UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN (MI) GARDNER DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN BUKAN SAINS TINGKATAN 4 BUMIPUTERA...
Author: Theodora Morton
1 downloads 1 Views 2MB Size
KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN (MI) GARDNER DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN BUKAN SAINS TINGKATAN 4 BUMIPUTERA DI DAERAH PENAMPANG SABAH.

JESSICA A. MOSIKON

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN (MI) GARDNER DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN BUKAN SAINS TINGKATAN 4 BUMIPUTERA DI DAERAH PENAMPANG SABAH.

JESSICA A. MOSIKON

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER, 2004

iii

DEDIKASI

TERISTIMEWA BUAT SELURUH AHLI KELUARGA TERSAYANG YANG SENTIASA MEMBERIKAN DORONGAN DAN GALAKAN UNTUK TERUS BERJAYA. TERUTAMANYA DADY & MUMY,

ALEXANDER MOSIKON & MARY JIVONIS YANG SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN SAYA.

BUAT ADIK-ADIK TERSAYANG

JAY-JAY & JACK TERUSKANLAH PERJUANGAN KALIAN DALAM MENGEJAR CITACITA YANG MURNI

JUGA UNTUK INSAN YANG TERSAYANG PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI…

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan rahmat-Nya akhirnya saya berjaya menyelesaikan Projek Sarjana Muda ini dengan sempurna. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Prof. Madya Dr. Zaleha Ismail di atas kesungguhan beliau membimbing dan menunjuk ajar saya di sepanjang kajian ini sehingga selesai. Tidak lupa juga di ucapkan terima kasih kepada penasihat akademik saya, Dr. Seth Bin Sulaiman kerana memberi bantuan dan sokongan semangat kepada saya dalam menyiapkan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin Penampang, Sabah di atas kerjasama yang diberikan dalam melancar dan menjayakan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat saya Clarence yang tidak jemu membantu dalam menjayakan kajian ini. Penghargaan yang tidak terhingga juga buat keluarga kerana dorongan dan sokongan sepanjang pengajian saya. Akhir sekali ucapan terima kasih saya tujukan kepada mereka yang memberikan bantuan secara langsung atau pun tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.

Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran di kalangan pelajar tingkatan 4 bumiputera Sabah berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner. Kajian ini melibatkan 114 orang responden. Soal selidik oleh Gary Harms yang mengandungi 80 item telah digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai gaya pembelajaran pelajar. Data-data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang dikemukakan di dalam kajian ini. Kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan, responden menunjukkan gaya pembelajaran kecerdasan intrapersonal, muzikal, kinestetik badan, verbal linguistik dan logik matematik. Dapatan kajian menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Walau bagaimanapun, gaya pembelajaran kecerdasan logik matematik sahaja yang menunjukkan perhubungan yang signifikan. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pembelajaran mengikut kecerdasan di kalangan responden mengikut jantina. Dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan hanya dalam gaya pembelajaran kecerdasan kinestetik badan di kalangan responden mengikut keturunan. Beberapa cadangan telah dikemukakan agar para pendidik dapat memenuhi keperluan gaya pembelajaran Sains pelajar-pelajar bumiputera Sabah di daerah Penampang.

vi

ABSTRACT

This study was conducted to identify the learning styles among the indigenous form four students in Sabah based on the Gardner’s Multiple Intelligence Theory. This study involved 114 respondents. Information on students’ learning styles was collected using questionnaires by Gary Harms, which consisted of 80 items. These data were analyzed using statistical functions in Microsoft Excel to obtain the frequencies, percentages, means, and significant differences in order to answer each of the problem statements proposed in this study. The study show that overall; the respondents had intrapersonal, musical, bodily kinesthetic, verbally linguistic, and logically mathematic learning styles. The results also show that no significant difference exist between the students’ learning styles and their academic achievements. However, there is a significant correlation between logically mathematic learning style and the students’ academic achievements. The study also shows that there was no significant difference in learning styles based on multiple intelligence among the respondents of different sexes. However, results show that there was a significant difference in learning style based on bodily kinesthetic intelligence among the respondents of different races. Some suggestions are proposed for the teachers to fulfill the needs of learning styles of indigenous students in the district of Penampang Sabah in Science subject.

vii

KANDUNGAN

BAB

1

PERKARA

PENDAHULUAN 1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar belakang Masalah

3

1.3

Pernyataan Masalah

4

1.4

Objektif Kajian

5

1.5

Persoalan kajian

6

1.6

Hipotesis Kajian

6

1.7

Kepentingan Kajian

7

1.8

Skop Kajian

8

1.9

Kerangka Teori

9

1.10

Definisi Terminologi

10

1.10.1 Sains

10

1.10.2 Aliran Bukan Sains

10

1.10.3 Pelajar Bumiputera

11

Penutup

11

1.11

2

HALAMAN

SOROTAN PENULISAN 2.1

Pengenalan

12

2.2

Objektif Matapelajaran Sains

13

2.3

Pembelajaran

13

2.4

Gaya Pembelajaran

15

viii 2.5

Gaya Pembelajaran

17

2.6

Kecerdasan

19

2.7

Teori Kepelbagaian Kecerdasan (Multiple Intelligences)

20

2.7.1 Kecerdasan Verbal Linguistik

21

2.7.2 Kecerdasan Logik Matematik

21

2.7.3 Kecerdasan Ruang Visual

22

2.7.4 Kecerdasan Kinestetik Badan

22

2.7.5 Kecerdasan Muzikal

23

2.7.6 Kecerdasan Intrapersonal

24

2.7.7 Kecerdasan Interpersonal

24

2.7.8 Kecerdasan Naturalis

25

Kajian Terhadap Gaya Pembelajaran Dengan Teori kepelbagaian Kecerdasan

25

Persamaan dan Perbezaan Di Antara Gaya pembelajaran Dunn and Dunn Dengan Teori Gardner

27

Aplikasi Teori Kepelbagaian Kecerdasan Dalam Bilik Darjah

28

Penggunaan Teori Kepelbagaian kecerdasan Dalam Sistem Pendidikan

30

Penggunaan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Dalam Pemilihan Kerjaya

31

Penutup

33

2.8 2.9

2.10 2.11 2.12 2.13

3

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

METODOLOGI KAJIAN 3.1

Pengenalan

34

3.2

Reka Bentuk Kajian

34

3.3

Prosedur Mengumpul Data kajian

35

3.4

Kawasan Kajian

35

3.5

Sampel Kajian

36

3.6

Instrumen Kajian

36

3.6.1 Bahagian A

37

3.6.2 Bahagian B

37

ix

4

3.7

Analisis Data

38

3.8

Kajian Rintis

39

3.9

Penutup

40

DAPATAN KAJIAN 4.1

Pengenalan

41

4.2

Analisis Latar Belakang Responden

42

4.3

Dapatan Kajian Berasaskan Persoalan Kajian

44

4.3.1 Analisis Persoalan 1: Jenis Gaya Pembelajaran Di Kalangan Responden Berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan (MI)

44

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2: Mengenalpasti Kewujudan Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Responden Berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan.

59

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3: Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner Di Kalangan Responden Mengikut Jantina.

60

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4: Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner Di Kalangan Responden Mengikut Keturunan.

61

Penutup

64

4.4

5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1

Pengenalan

65

5.2

Perbincangan Kajian

65

5.2.1 Persoalan Kajian 1

66

5.2.2 Persoalan Kajian 2

71

5.2.3 Persoalan Kajian 3

72

5.2.4 Persoalan Kajian 4

73

Rumusan Kajian

74

5.3

x 5.4

Implikasi Dan Cadangan

75

5.5

Saranan Kajian Lanjutan

79

5.6

Penutup

80

RUJUKAN

82

LAMPIRAN Soal Selidik Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

89

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL

TAJUK

HALAMAN

4.1

Taburan Responden Mengikut Jantina

42

4.2

Taburan Responden Mengikut Keturunan

42

4.3

Taburan Responden Mengikut Gred Bagi Matapelajaran Sains Yang Diperolehi Dalam PMR.

4.4

43

Skala Tahap Kepelbagaian Kecerdasan Di Kalangan Responden.

45

4.5

Kecerdasan Verbal Linguistik

45

4.6

Kecerdasan Logik Matematik

46

4.7

Kecerdasan Ruang Visual

48

4.8

Kecerdasan Kinestetik Badan

49

4.9

Kecerdasan Muzikal

51

4.10

Kecerdasan Interpersonal

52

xii 4.11

Kecerdasan Intrapersonal

54

4.12

Kecerdasan Naturalis

55

4.13

Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Sains PMR

4.14

59

Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner Mengikut Jantina secara keseluruhan

4.15

60

Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner Mengikut Jantina Bagi setiap kecerdasan

4.14

60

Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner Mengikut keturunan

66

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH

1.1

TAJUK

Perhubungan Di Antara Gaya Pembelajaran Dengan Teori Kepelbagaian Kecerdasan

4.1

HALAMAN

9

Min Gaya Pembelajaran (Kepelbagaian Kecerdasan) Secara Keseluruhan

4.2

57

Peratus Gaya Pembelajaran (Kepelbagaian Kecerdasan) Secara Keseluruhan

57

xiv

SENARAI SIMBOL

α

-

Alfa (0.05)

%

-

Peratus

Sig.

-

Signifikan

SM

-

Sangat Menyerupai Saya

M

-

Menyerupai Saya

HM

-

Hampir Menyerupai Saya

TM

-

Tidak Menyerupai Saya

STM

-

Sangat Tidak Menyerupai Saya

MI

-

Multiple Intelligences (Kepelbagaian Kecerdasan)

UPSR

-

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

PMR

-

Penilaian Menengah Rendah

SPM

-

Sijil Pelajaran Malaysia

PPD

-

Pejabat Pendidikan Daerah

JPN

-

Jabatan Pendidikan Negeri

KPM

-

Kementerian Pendidikan Malaysia

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Sains adalah salah satu mata pelajaran yang penting di sekolah sama ada peringkat sekolah rendah, menengah mahupun di institusi pengajian tinggi. Di sekolah, prestasi kecemerlangan pelajar dalam mata pelajaran sains diukur melalui keputusan mereka dalam peperiksaan sekolah dan awam. Namun ternyata pada setiap peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya, pelajar negara masih tidak mampu memberikan keputusan semua lulus dalam mata pelajaran sains.

Walau bagaimanapun, negara sentiasa mengharapkan peningkatan pelajar dalam mata pelajaran ini. Ini kerana, pencapaian yang cemerlang dalam sains memberikan peluang yang besar kepada pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Pelbagai bidang sains yang diperlukan oleh negara membangun seperti Malaysia. Ini termasuklah penggunaan tenaga kerja yang mahir dalam bidang sains dan teknologi untuk meningkatkan semua industri negara seperti pembuatan, pembinaan dan sebagainya. Peningkatan tenaga mahir negara akan mengurangkan pengimportan tenaga mahir dari negara lain. Selain daripada itu, sains juga

2 membantu manusia dalam menguruskan alam dan sumber-sumbernya dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana.

Oleh itu, apakah tindakan yang harus diambil untuk memastikan pencapaian matapelajaran sains sentiasa menunjukkan peningkatan? Mengikut pendapat Dunn & Dunn (1979), penyelesaiannya adalah dengan mengetahui gaya pembelajaran pelajar dan menyesuaikannya dengan rancangan pelajaran mengikut gaya mereka. Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan berbeza secara individu seperti mana cap ibu jari (Gremli, 1996). Sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan gaya pembelajaran? Gaya pembelajaran adalah cara seseorang individu memahami semasa menerima dan memproses maklumat dan pengetahuan yang akhirnya mewujudkan perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Menurut pendapat, Pengarah Kesatuan kebangsaan pengetua-pengetua sekolah menengah (NASSP), Keele (1979):

“Learning style diagnosis that gives the most powerful leverage yet available to educators to analyze, motivate and assist students in school. It is the foundation of truly modern approach to education”.

Sebenarnya terdapat banyak definisi gaya pembelajaran yang didefinisikan oleh para pengkaji dan pendidik. Walau bagaimanapun terdapat satu teori yang komprehensif berkaitan dengan gaya pembelajaran iaitu Teori Kepelbagaian Kecerdasan ( multiple intelligences ) yang diperkenalkan oleh Howard Gardner pada tahun 1983. Dalam teori ini, terdapat beberapa jenis kecerdasan dan setiap manusia mempunyai semua jenis kecerdasan (Gardner, 1993). Namun keunikannya, setiap manusia mempunyai satu set kekuatan dan kelemahan intelektual. Menurut Gardner (1999), terdapat 9 kecerdasan iaitu verbal linguistik, logik matematik, muzik, ruang visual, kinestetik badan, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan eksistensialis. Keupayaan dalam memahami gaya pembelajaran dan situasi yang boleh menyokong belajar secara berkesan akan dapat mempertingkatkan pencapaian akademik, kekuatan dalamannya dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

3 1.2

Latar belakang Masalah

Tahun demi tahun jumlah pelajar di negara kita sentiasa menunjukkan peningkatan dan setiap pelajar mempunyai gaya pembelajarannya yang tersendiri kerana datang dari pelbagai latar belakang, pengalaman dan kecenderungan yang berbeza. Menurut Dunn (1993), gaya pembelajaran adalah satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seseorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Oleh itu, gaya pembelajaran pelajar menjadi aspek penting di sekolah. Gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada cara interaksi individu dengan sesuatu maklumat atau rangsangan kemudian memproses dan menganalisis maklumat tersebut di dalam otak untuk dijadikan pengetahuan.

Menurut Kolb (1971), salah satu kegagalan seseorang ialah tidak faham proses pembelajaran dirinya sendiri atau gaya pembelajarannya. Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar lebih berdikari, bertanggungjawab dan berkeyakinan sekiranya memahami gaya pembelajaran mereka ( Sims and Ehrardt,1978 ; Myers,1992). Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas adalah suatu yang kompleks. Di sekolah pelajar membentuk gaya pembelajaran tersendiri serta berinteraksi dengan maklumat dengan bantuan guru yang mempunyai gaya pengajaran tersendiri. Guru-guru selalu mengandaikan mereka hanya bertanggungjawab mengenai subjek yang diajar tanpa menghiraukan proses kognitif pelajar tersebut. Kelemahan pelajar dalam pembelajaran sering dikaitkan dengan suasana sekolah yang tidak kondusif, saiz kelas yang besar, kemudahan yang tidak mencukupi dan bebanan sukatan pelajaran yang berat serta peperiksaan (Subahan,1996 ).

Sistem persekolahan sekarang lebih tertumpu kepada dua kecerdasan sahaja iaitu verbal-linguistik dan logik-matematik (Gardner,1995). Kebanyakan guru tidak menghargai kepelbagaian pelajar dan tidak merancang pengajaran mereka mengikut kesemua kecerdasan atau mana-mana bidang kecerdasan khusus yang ada pada murid mereka. Ramai pelajar yang berbakat atau 'gifted' juga kurang bermotivasi untuk ke sekolah kerana masalah guru yang hanya tertumpu kepada sistem

4 pengajaran dan pembelajaran ‘chalk and talk’. Proses pembelajaran tersebut akan menyebabkan beberapa pelajar sahaja yang terlibat aktif dalam bilik darjah. Terdapat banyak pelajar yang lebih cenderung kepada kecerdasan selain kecerdasan verbal-linguistik dan logik-matematik akan terpinggir dalam proses pembelajaran dan pengajaran (Hearne &Stone,1995). Pelajar-pelajar ini telah dilabelkan sebagai murid yang bermasalah, pencapaian rendah dan tidak bermotivasi. Guru telah meletakkan harapan yang rendah terhadap mereka maka ini menyebabkan harga diri mereka menurun dan masalah disiplin meningkat.

Pelajar bumiputera Sabah yang berketurunan Kadazan, Dusun, Murut dan Bajau adalah golongan terbesar dalam negeri merupakan tunggak kepada pemerintahan dan pembangunan negeri seterusnya kepada negara. Sebagaimana yang kita sedia maklum, gaya pembelajaran yang diamalkan dalam proses pembelajaran mempengaruhi kecemerlangan seseorang pelajar. Oleh itu, adalah menjadi satu usaha yang baik untuk menumpukan bagaimana seseorang pelajar itu dapat belajar dengan lebih berkesan dan efisien dengan mengetahui gaya pembelajaran pelajar.

1.3

Pernyataan Masalah

Kecemerlangan seseorang pelajar amat dipengaruhi dengan gaya pembelajarannya. Sekiranya gaya pembelajaran tidak dikenalpasti, pelajar agak sukar mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran kerana pendekatan pembelajaran tidak bersesuaian dengan gayanya. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis gaya pembelajaran sains menurut Teori kepelbagaian kecerdasan di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin Penampang Sabah. Terdapat 8 jenis kecerdasan iaitu verbal linguistik, logik matematik, muzikal, ruang visual, kinestetik badan, intrapersonal, interpersonal dan naturalis dalam teori tersebut. Setiap pelajar mempunyai kesemua kecerdasan

5 sebut tetapi masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan terhadap kecerdasan tersebut (Brualdi,1996). Oleh itu penyelidik cuba mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar yang sebenarnya. Gaya pembelajaran penting untuk membantu pelajar dalam proses pemahaman pembelajaran.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar aliran bukan Sains Tingkatan 4 bumiputera Sabah di daerah Penampang Sabah berdasarkan Teori kepelbagaian Kecerdasan. Berikut merupakan objektif kajian penyelidik:

a)

Mengenalpasti jenis gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar aliran bukan Sains bumiputera Sabah secara keseluruhan.

b) Mengenalpasti hubungan antara jenis gaya pembelajaran sains dengan pencapaian akademik pelajar aliran bukan Sains bumiputera Sabah. c)

Mengenalpasti perbezaan jenis gaya pembelajaran di kalangan pelajarpelajar aliran bukan Sains bumiputera Sabah mengikut jantina.

d) Mengenalpasti perbezaan jenis gaya pembelajaran di kalangan pelajarpelajar aliran bukan Sains bumiputera Sabah mengikut keturunan.

6 1.5

Persoalan kajian

Dalam kajian ini, terdapat beberapa persoalan kajian untuk mengetahui jenis gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 4 aliran bukan Sains bumiputera Sabah. Antara persoalan kajian penyelidik ialah: 1) Apakah jenis gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar aliran bukan Sains bumiputera Sabah secara keseluruhan? 2) Adakah terdapat hubungan antara jenis gaya pembelajaran sains dengan pencapaian akademik pelajar-pelajar aliran bukan sains bumiputera Sabah? 3) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam jenis gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar aliran bukan Sains bumiputera Sabah mengikut jantina? 4) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam jenis gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar aliran bukan Sains bumiputera Sabah mengikut keturunan?

1.6

Hipotesis Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik telah menetapkan beberapa hipotesis. Hipotesis yang ditetapkan adalah berdasarkan persoalan kajian yang dikemukakan untuk melihat perbezaan signifikan dalam gaya pembelajaran sains berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner di kalangan responden. Berikut adalah hipotesis yang telah ditetapkan: