QUEK MIOW LENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA SIKAP, MINAT, PENGAJARAN GURU DAN PENGARUH RAKAN SEBAYA DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH BATU...
Author: Lydia Manning
3 downloads 2 Views 179KB Size
HUBUNGAN ANTARA SIKAP, MINAT, PENGAJARAN GURU DAN PENGARUH RAKAN SEBAYA DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH BATU PAHAT, JOHOR.

QUEK MIOW LENG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA SIKAP, MINAT, PENGAJARAN GURU DAN PENGARUH RAKAN SEBAYA DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH BATU PAHAT, JOHOR.

QUEK MIOW LENG

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

iii

Untuk ayah, ibu dan keluarga tersayang

iv

PENGHARGAAN

Sesungguhnya segala pujian dan setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan Izin Tuhan projek sarjana muda ini telah berjaya saya siapkan. Penghargaan yang menggunung tinggi dan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada penyelia saya iaitu Puan Yeo Kee Jiar atas bimbingan, tunjuk ajar, saranan yang bernas dan kesudian meluangkan masa serta kesabaran mengadakan sesi perbincangan sepanjang projek ini dijalankan. Terima kasih juga dirakamkan kepada Dr. Tan Soo Yin yang banyak membimbing saya dalam penulisan Bab 1, Bab 2 dan Bab 3. Sekalung kasih buat ibu bapa dan adik-beradik yang jauh berada di kampung halaman kerana dengan sokongan dan dorongan mereka menguatkan semangat saya untuk terus menyiapkan projek ini. Ribuan terima kasih ingin saya rakamkan kepada sekolah-sekolah di daerah Batu Pahat yang sudi memberi peluang kepada saya untuk mengagihkan soal selidik. Tanpa kerjasama daripada pihak sekolah, projek ini tidak akan berjalan lancar. Tidak ketinggalan juga rakan sekursus saya atas bantuan dan galakan yang dihulurkan semasa saya menghadapi masalah dalam usaha menyiapkan projek ini. Akhirnya, jasa kalian akan saya kenang sepanjang hayat. Semoga Tuhan akan membalas jasa baik kalian.

v

ABSTRAK

Pencapaian Matematik pelajar tingkatan empat masih belum memuaskan. Oleh itu, faktor yang berkaitan dengan pencapaian Matematik mendapat perhatian pengkaji. Dalam konteks kajian ini, hanya empat faktor yang dikaji iaitu sikap pelajar terhadap Matematik, minat pelajar terhadap Matematik, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya. Seramai 361 orang pelajar tingkatan empat dari tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat telah diambil sebagai sampel kajian. Pencapaian Matematik adalah berdasarkan keputusan PMR. Kajian ini dijalankan dengan kaedah tinjauan secara soal selidik. Soal selidik mengandungi 40 item dengan nilai kebolehpercayaan α = 0.85. Semua data diproses dengan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) for Windows Version 11.5. Analisis deskriptif dan analisis inferensi telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan responden mempunyai tahap sikap yang tinggi dan minat yang sederhana terhadap Matematik. Persepsi responden tentang pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian Matematik adalah positif. Sikap dan minat mempunyai hubungan yang positif signifikan dengan pencapaian Matematik.

vi

ABSTRACT

The Mathematics achievement among the form four students is not satisfactory. Therefore, most of the researchers are interested on the factors which influence the achievement of Mathematics. In this study, only four factors were considered which include the students’ attitude toward Mathematics, students’ interests toward Mathematics, teaching methods and peer groups effect. A total of 361 form four students from three secondary schools in Batu Pahat were chosen as samples of the study. The Mathematics achievement was based on PMR result. The data was collected by using questionnaire which consists of 40 items with reliability coefficient α = 0.85. Data was analyzed using Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) for Windows Version 11.5. Descriptive and inference analysis were used in the procedures of data analysis. The outcomes indicated most of the respondents had positive attitude and moderate interest towards Mathematics. The perception of respondents on teaching method and peer groups effect towards Mathematics were positive. The result also showed that the students’ attitude towards Mathematics and the students’ interests toward Mathematics had positive significant relation with Mathematics achievement.

vii

KANDUNGAN

BAB

1

PERKARA

HALAMAN

JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

PENDAHULUAN 1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

2

1.3

Pernyataan Masalah

6

1.4

Objektif Kajian

7

1.5

Persoalan Kajian

8

1.6

Hipotesis Kajian

8

1.7

Rasional Kajian

9

1.8

Kepentingan Kajian

10

1.8.1

Kepentingan kepada Pelajar

10

1.8.2

Kepentingan kepada Guru Matematik

10

1.8.3

Kepentingan kepada Pihak Sekolah

11

viii 1.8.4

Kepentingan kepada Kementerian Pelajaran

11

Malaysia dan Agensi-agensinya 1.8.5

Kepentingan kepada Ibu Bapa

Batasan Kajian

12

1.10 Definisi Kajian

13

1.9

1.10.1

Pencapaian

13

1.10.2

Mata Pelajaran Matematik

13

1.10.3

Sikap

14

1.10.4 Minat

14

1.10.5

Pengajaran Guru

15

1.10.6

Pengaruh Rakan Sebaya

15 16

1.11 Penutup

2

12

SOROTAN PENULISAN 2.1

Pengenalan

17

2.2

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembelajaran

17

2.2.1

Sikap

18

2.2.2 Minat

18

2.2.3

Pengajaran Guru

19

2.2.4

Pengaruh Rakan Sebaya

20

2.3

2.4

2.5

Kerangka Teori

22

2.3.1

Teori Pembelajaran Sosial

22

2.3.2

Teori Pembelajaran Behaviorisme

23

2.3.3

Teori Humanistik

24

2.3.4

Teori Garner tentang Multiple Intelligences

26

Kajian-kajian Lepas dalam Negeri

26

2.4.1 Sikap

27

2.4.2 Minat

28

2.4.3 Pengajaran Guru

29

2.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya

30

Kajian-kajian Lepas Luar Negera

31

2.5.1 Sikap

32

2.5.2 Minat

33

ix

2.6

3

34

2.5.4 Pengaruh Rakan Sebaya

35

Penutup

36

METODOLOGI KAJIAN 3.1

Pengenalan

37

3.2

Reka Bentuk Kajian

37

3.3

Lokasi Kajian

38

3.4

Populasi dan Sampel Kajian

38

3.5

Instrumen Kajian

39

3.6

Kajian Rintis

43

3.7

Prosedur Mengumpul Data Kajian

44

3.8

Analisis Data

44

3.8.1

Analisis Deskriptif

45

3.8.2

Analisis Inferensi

45

3.9 4

2.5.3 Pengajaran Guru

46

Penutup

ANALISIS DATA 4.1

Pengenalan

47

4.2

Analisis Deskriptif

47

4.2.1

48

Analisis Maklumat dan Latar Belakang Responden 4.2.1.1

Taburan Responden Mengikut

48

Jantina 4.2.1.2

Taburan Responden Mengikut

48

Kumpulan Etnik 4.2.1.3

Taburan Pencapaian Matematik

49

Responden dalam PMR 4.2.1.4

Taburan Taraf Pendidikan Ibu

50

Bapa Responden 4.2.1.5 Taburan Pendapatan Keluarga Responden

51

x 4.2.2

Analisis Tahap Sikap Responden terhadap

51

Matematik 4.2.3

Analisis Tahap Minat Responden terhadap

52

Matematik 4.2.4

Analisis Persepsi Responden tentang

53

Pengajaran Guru terhadap Pencapaian Matematik 4.2.5

Analisis Persepsi Responden tentang

53

Pengaruh Rakan Sebaya terhadap Pencapaian Matematik 4.2.6

Analisis Item Soal Selidik Berdasarkan

54

Faktor Sikap, Faktor Minat, Faktor Pengajaran Guru dan Faktor Pengaruh Rakan Sebaya 4.3

Analisis Inferensi

67

4.3.1

67

Analisis Hubungan antara Sikap Responden dengan Pencapaian Matematik

4.3.2

Analisis Hubungan antara Minat Responden

68

dengan Pencapaian Matematik 4.3.3

Analisis Hubungan antara Pengajaran Guru

69

dengan Pencapaian Matematik 4.3.4

Analisis Hubungan antara Pengaruh Rakan

69

Sebaya dengan Pencapaian Matematik 4.4 5

70

Penutup

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 5.1

Pengenalan

71

5.2

Kesimpulan (Perbincangan dan Rumusan)

71

5.2.1

Tahap Sikap Responden terhadap Matematik

71

5.2.2

Tahap Minat Responden terhadap

73

Matematik 5.2.3

Persepsi Responden tentang Pengajaran Guru terhadap Pencapaian Matematik

73

xi 5.2.4

Persepsi Responden tentang Pengaruh Rakan

74

sebaya terhadap Pencapaian Matematik 5.2.5

Hubungan antara Sikap dengan Pencapaian

75

Matematik 5.2.6

Hubungan antara Minat dengan Pencapaian

76

Matematik 5.2.7

Hubungan antara Pengajaran Guru dengan

76

Pencapaian Matematik 5.2.8

Hubungan antara Pengaruh Rakan Sebaya

77

dengan Pencapaian Matematik 5.3

Implikasi Kajian

78

5.4

Cadangan Kajian Lanjutan

81

5.5

Penutup

82

SENARAI RUJUKAN

83

LAMPIRAN

91

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

HALAMAN

1.1

Perbandingan peratusan kelulusan mata pelajaran berlainan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2004 dan tahun 2005 untuk seluruh negara

4

1.2

Perbandingan peratusan kelulusan mata pelajaran berlainan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2004 dan tahun 2005 untuk daerah Batu Pahat

5

3.1

Pemberian skor bagi maklumat dan latar belakang responden

40

3.2

Pecahan-pecahan item positif dan item negatif mengikut faktor

40

3.3

Pemberian skor bagi item positif dan item negatif

41

3.4

Selang kelas bagi penentuan tahap sikap dan minat pelajar terhadap Matematik

42

3.5

Selang kelas bagi persepsi pelajar terhadap pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya

42

3.6

Klasifikasi kekuatan korelasi (Rowntree, 1981)

46

4.1

Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina

48

4.2

Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kumpulan etnik

49

4.3

Taburan kekerapan dan peratusan pencapaian Matematik responden mengikut gred

49

4.4

Taburan kekerapan dan peratusan taraf pendidikan ibu bapa responden

50

4.5

Taburan kekerapan dan peratusan pendapatan keluarga responden

51

xiii 4.6

Analisis tahap sikap responden terhadap Matematik

52

4.7

Analisis tahap minat responden terhadap Matematik

52

4.8

Analisis persepsi responden tentang pengajaran guru terhadap pencapaian Matematik

53

4.9

Analisis persepsi responden tentang pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian Matematik

54

4.10 Taburan bilangan dan peratusan responden menjawab setiap item dalam bahagian “Faktor Sikap”

55

4.11 Taburan bilangan dan peratusan responden menjawab setiap item dalam bahagian “Faktor Minat”

58

4.12 Taburan bilangan dan peratusan responden menjawab setiap item dalam bahagian “Faktor Pengajaran Guru”

61

4.13 Taburan bilangan dan peratusan responden menjawab setiap item dalam bahagian “Faktor Pengaruh Rakan Sebaya”

64

4.14 Analisis hubungan antara sikap responden dengan pencapaian Matematik

67

4.15 Analisis hubungan antara minat responden dengan pencapaian Matematik

68

4.16 Analisis hubungan antara pengajaran guru dengan pencapaian Matematik

69

4.17 Analisis hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian Matematik

69

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH 2.1

TAJUK

Piramid hierarki keperluan Maslow

HALAMAN 25

xv

SENARAI SINGKATAN

AS

-

Amat Setuju

ATS

-

Amat Tidak Setuju

Bil

-

Bilangan

EPRD

-

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

KBSM

-

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR

-

Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KPM

-

Kementerian Pelajaran Malaysia

PMR

-

Penilaian Menengah Rendah

PPK

-

Pusat Perkembangan Kurikulum

S

-

Setuju

SPM

-

Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS

-

Statistical Packages for Social Sciences

STPM

-

Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia

TIMSS

-

Third International Mathematics and Science Survey

TP

-

Tidak Pasti

TS

-

Tidak Setuju

UPSR

-

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

HALAMAN

A

Borang soal selidik hubungan sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian Matematik pelajar.

91

B

Jadual penentuan saiz sampel berdasarkan populasi Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W.

94

C

Surat pengesahan item soal selidik.

95

D

Surat pengesahan pelajar dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

96

E

Surat kebenaran menjalankan kajian dari Jabatan Pelajaran Johor.

97

F

Surat kebenaran menjalankan kajian dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

98

xvi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Dalam mengharungi arus globalisasi yang kian deras, pelbagai bidang telah mengalami perubahan yang pesat lagi mendadak. Begitu juga halnya dengan bidang pendidikan negara kita. Bidang pendidikan tetap memainkan peranan penting dalam melahirkan bakal pemimpin yang akan menerajui pemerintahan negara kita pada masa kelak. Tanpa sistem pendidikan yang kukuh, maka berkecailah negara.

Pada umumnya, pendidikan merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan daripada pendidik kepada pelajar. Proses ini boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Berdasarkan Laporan Jawantankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan pada tahun 1982, diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 dengan tujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bermutu. Dalam pelaksanaan KBSR, penekanan diberi kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). KBSM pula digubal berteraskan prinsip-prinsip kesinambungan pendidikan asas dari KBSR dan penumpuan khusus kepada ilmu dan kemahiran, nilai murni dan bahasa (Yew, 1994).

Antara mata pelajaran yang diterap dalam sistem pendidikan negara kita, Matematik yang digelar Ilmu Hisab Moden merupakan salah satu subjek yang mustahak. Mata pelajaran ini diajar daripada tadika disambung ke sekolah rendah

2 dan diteruskan ke sekolah menengah serta ke peringkat institusi pengajian tinggi bagi kursus-kursus tertentu. Di bawah pelaksanaan KBSR dan KBSM, Matematik diajarkan di sekolah dengan tujuan untuk memberikan pengetahuan kira-mengira secara spontan kepada pelajar (Yew, 1994).

Kita sedia maklum bahawa pendidikan Matematik di negara kita dirancang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara dan penegasan diberi kepada penguasaan bahasa Matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira dan penggunaan Matematik dalam penyelesaian masalah (Mok Soon Sang, 1996). Abdul Latif (1983) menyatakan bahawa kebolehan penaakulan secara operasi formal yang diperlukan oleh seseorang individu dalam pembelajaran Matematik biasanya dapat dikaitkan dengan kebolehan menyelesaikan Matematik serta Sains dan seterusnya mempengaruhi pencapaian individu dalam subjek tersebut.

1.2

Latar Belakang Masalah

Tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan Matematik adalah amat penting bagi seseorang. Hal ini demikian kerana ilmu Matematik mempunyai kaitan yang rapat dengan kemahiran mengira iaitu salah satu kemahiran yang perlu dikuasai dalam KBSR seperti yang dijelaskan di atas. Berbekalkan ilmu pengetahuan Matematik yang cukup, pelajar dapat menyesuaikan diri dan mengendalikan dunia ledakan teknologi yang semakin kompleks dan sentiasa berubah-ubah. Ini disebabkan Matematik bukan sahaja digunakan dengan meluas dalam bidang perniagaan, perdagangan, perindustrian, malahan sektor kejuruteraan juga. Daripada aktiviti jual beli, pengukuran objek, pengiraan kuantiti objek dan sebagainya semuanya tidak dapat lari daripada penggunaan Matematik. Ini jelas membuktikan betapa relevannya fungsi Matematik dalam kehidupan harian. Cuba bayangkan, tanpa Matematik, bagaimanakah pertukaran wang asing dikira? Bagaimana pula Menara Kembar yang melangit tinggi itu didirikan?

Oleh hal yang demikian, mata pelajaran Matematik menikmati kedudukan yang istimewa dalam sistem pendidikan negara kita. Keadaan ini berlaku disebabkan

3 Matematik telah menjadi salah satu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar dalam peperiksaan awam negara kita bermula daripada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan akhirnya Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM). Keutamaan Matematik ternyata sekali apabila penguasaan Matematik menjadi salah satu matlamat utama pembangunan tenaga manusia seperti yang dinyatakan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-2 (RRJP2).

Mengikut kajian Kementerian Pelajaran Malaysia, kebanyakan pelajar tidak mendapat keputusan yang cemerlang khasnya dalam subjek Matematik. Ini dibuktikan dengan ucapan Dr Sharifah Maimunah Syed Zin, Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), sempena Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik 2002 yang menyatakan bahawa pencapaian mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar sekolah di negara ini masih pada tahap rendah sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti (Berita Harian, 30 Oktober 2001).

Pencapaian yang rendah ini jelas menunjukkan bahawa ramai pelajar mempunyai pandangan yang negatif terhadap Matematik kerana ‘tekanan Matematik’ (D’Augustine, 1993). Akibatnya, bilangan pelajar yang gagal meningkat, malahan pelajar benci dan takut kepada Matematik dan matlamat pendidikan Matematik menemui jalan buntu (Nik Aziz Nik Pa, 1989).

Menurut Masmuda (1980) dalam kajiannya mendapati bahawa pelajar biasanya menganggap mata pelajaran seperti Sains, Matematik dan Matematik Tambahan sebagai mata pelajaran yang berkecenderungan saintifik dan memerlukan penelitian dan ketekunan untuk belajar. Penerokaan yang baik dan teliti ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak mempunyai sikap yang positif terhadap mata pelajaran itu.

Ekoran daripada itu, langkah awal telah diambil bagi membendung masalah yang kian membimbangkan ini. Misalnya, Projek Gerak Gempur Matematik telah dilaksanakan sejak tahun 1995 bagi memperbaiki prestasi pencapaian Matematik pelajar. Walaupun usaha telah dilakukan, tetapi penguasaan Matematik di kalangan

4 pelajar masih belum memuaskan. Situasi ini boleh dibukti melalui laporan akhbar, jurnal, kritikan daripada masyarakat dan juga daripada keputusan peperiksaan. Perbandingan peratusan kelulusan PMR bagi tahun 2004 dan 2005 untuk seluruh negara dapat dilihat dalam jadual 1.1 manakala perbandingan peratusan kelulusan PMR untuk daerah Batu Pahat dapat dilihat dalam jadual 1.2.

Jadual 1.1: Perbandingan peratusan kelulusan mata pelajaran berlainan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2004 dan tahun 2005 untuk seluruh negara (Sin Chew Daily, 23 Disember 2005) Mata Pelajaran

Tahun 2004

Tahun 2005

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Matematik Sains Sejarah Geografi Pendidikan Islam Bahasa Arab Bahasa Tamil

93.2 70.1 86.9 83.7 88.5 94.7 93.8 91.7 90.2 75.4

92.3 73.8 87.0 84.1 90.1 96.1 95.1 91.1 90.3 75.3

Peratusan Meningkat (+) atau Merosot (-) -0.9 +3.7 +0.1 +0.4 +1.6 +1.4 +1.3 -0.6 +0.1 -0.1

5 Jadual 1.2: Perbandingan peratusan kelulusan mata pelajaran berlainan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2004 dan tahun 2005 untuk daerah Batu Pahat Mata Pelajaran Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Matematik Sains Sejarah Geografi Pendidikan Islam Bahasa Arab Bahasa Tamil Kemahiran Hidup 1 (Kemahiran Teknikal) Kemahiran Hidup 2 (Ekonomi Rumah Tangga) Kemahiran Hidup 3 (Pertanian) Kemahiran Hidup 4 (Perdagangan dan Keusahawanan)

Tahun 2004

Tahun 2005

90.46 69.29 86.67 86.21 84.70 92.61 91.58 92.60 92.79 78.10 94.40

90.63 75.84 89.27 87.31 89.68 94.69 94.00 94.34 93.05 75.86 92.55

Peratusan Meningkat (+) atau Merosot (-) +0.17 +6.55 +2.60 +1.10 +4.98 +2.08 +2.42 +1.74 +0.26 -2.24 -1.85

97.13

97.53

+0.40

85.48

95.74

+10.26

-

97.66

-

Daripada jadual 1.1 dan jadual 1.2 dapat diperhatikan bahawa peratusan kelulusan bagi mata pelajaran Matematik untuk tahun 2005 telah meningkat. Namun demikian, jika dilihat secara keseluruhan, didapati bahawa tahap pencapaian Matematik adalah lebih rendah berbanding dengan mata pelajaran lain. Pada tahun 2005, peratusan kelulusan bagi mata pelajaran wajib yang lain seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan Geografi adalah melebihi 90% sedangkan peratusan kelulusan bagi Matematik adalah 84.1% sahaja untuk peringkat negara dan 87.31% untuk peringkat daerah.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian pelajaran dalam mata pelajaran Matematik. Antara faktor-faktor tersebut boleh dikategorikan dalam dua jenis. Yang dimaksudkan di sini ialah faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman dalam erti kata lain adalah faktor yang berkaitan atau disebabkan oleh pelajar itu sendiri. Antara yang dikategorikan sebagai faktor dalaman ialah minat, sikap dan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.

6 Bagi faktor luaran pula ialah faktor yang disebabkan oleh persekitaran pelajar. Kaedah pengajaran guru, pengaruh rakan sebaya, ibu bapa, kemudahan dan peralatan sekolah, isi pelajaran dan seumpamanya adalah dikelaskan sebagai faktor luaran.

Sedia maklum bahawa sikap pelajar terhadap Matematik adalah amat mustahak. Jika pelajar tidak bersikap positif sebaliknya bersikap acuh tak acuh terhadap sesuatu mata pelajaran. Sudah pastinya dengan sedikit sebanyaknya ini akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut. Di samping itu, perlu kita mengakui bahawa adalah susah bagi seseorang itu mempelajari sesuatu yang langsung tidak boleh menarik perhatiannya. Oleh itu, lumrahnya pelajar hanya akan belajar bersungguh-sungguh bagi mata pelajaran yang diminati oleh mereka.

Selain itu, guru juga memainkan peranan penting dalam pencapaian akademik pelajar juga. Kaedah pengajaran guru yang mudah dan jelas akan memudahkan pemahaman pelajar. Beberapa kajian telah menunjukkan sikap dan harapan guru memberi kesan yang kuat dalam peningkatan kualiti akhlak dan pencapaian pelajar (T. Marimuthu, 1990).

Biasanya, pada zaman remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut syarifah Alwiah Alsagoff (1988), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kajian tentang kumpulan sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar belakang atau komposis sekolah.

1.3

Pernyataan Masalah

Penguasaan dan pencapaian Matematik pelajar secara keseluruhannya masih belum memuaskan berbanding dengan mata pelajaran lain. Menurut Ishak Harun (1989), pencapaian akademik adalah berbeza antara pelajar. Antara faktor yang menyebabkan wujudnya masalah pencapaian akademik ialah kurangnya usaha untuk

7 mengenal pasti kelemahan pelajar serta kurangnya aktiviti pengukuhan dalam pendidikan untuk mewujudkan asas yang mantap bagi perkembangan selanjutnya.

Sekiranya keadaan tersebut dibiarkan berlanjutan, sudah pasti akan menimbulkan impak negatif terhadap sistem pendidikan negara kita. Selain berlakunya keciciran pelajar dalam mata pelajaran Matematik, peluang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam bidang Matematik atau jurusan yang berkaitan dengannya turut terjejas. Seterusnya, pelajar akan mengalami kesukaran semasa mencari pekerjaan. Sekiranya, tuntutan bagi tenaga manusia yang celik ilmu gagal dipenuhi, hatta, wawasan unggul Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tentulah susah direalisasikan.

Oleh itu, dengan mengambil kira empat faktor iaitu sikap pelajar terhadap Matematik, minat pelajar terhadap Matematik, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya, pengkaji cuba mengenal pasti hubungan antara faktor-faktor tersebut dengan pencapaian Matematik pelajar.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor-faktor (sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya) dengan pencapaian pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran Matematik di daerah Batu Pahat. Secara khusus, objektif yang hendak dicapai adalah untuk

i.

Mengenal pasti tahap sikap pelajar terhadap Matematik.

ii.

Mengenal pasti tahap minat pelajar terhadap Matematik

iii.

Mengenal pasti persepsi pelajar tentang pengajaran guru terhadap pencapaian Matematik.

iv.

Mengenal pasti persepsi pelajar tentang pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian Matematik.

v.

Mengenal pasti hubungan antara faktor sikap dengan pencapaian Matematik pelajar.

8 vi.

Mengenal pasti hubungan antara faktor minat dengan pencapaian Matematik pelajar.

vii.

Mengenal pasti hubungan antara pengajaran guru dengan pencapaian Matematik pelajar.

viii.

Mengenal pasti hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian Matematik pelajar.

1.5

Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang cuba dijawab dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i.

Apakah tahap sikap pelajar terhadap Matematik?

ii.

Apakah tahap minat pelajar terhadap Matematik?

iii.

Apakah persepsi pelajar tentang pengajaran guru terhadap pencapaian Matematik?

iv.

Apakah persepsi pelajar tentang pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian Matematik?

v.

Adakah terdapat hubungan antara faktor sikap dengan pencapaian Matematik pelajar?

vi.

Adakah terdapat hubungan antara faktor minat dengan pencapaian Matematik pelajar?

vii.

Adakah terdapat hubungan antara pengajaran guru dengan pencapaian Matematik pelajar?

viii.

Adakah terdapat hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian Matematik pelajar?