NADIA BINTI ALWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR-PELAJAR BUMIPUTERA BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL DI SEKOLAH SATU JANTINA KAWASAN WILAYAH PE...
Author: Antony Burns
21 downloads 1 Views 1MB Size
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR-PELAJAR BUMIPUTERA BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL DI SEKOLAH SATU JANTINA KAWASAN WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR

NADIA BINTI ALWI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR-PELAJAR BUMIPUTERA BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL DI SEKOLAH SATU JANTINA KAWASAN WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR

NADIA BINTI ALWI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Elektrik )

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Mac, 2004

iii

DEDIKASI

Untuk Ayah dan Emak yang ku sayangi, Alwi Bin Mahruf Norishah Bte Hassan Dengan doa dan kasih sayangmu membantuku dalam menghadapi arus kehidupan sehingga kini. Buat adik-adik yang disayangi, Lin Odin Amir

Untuk rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu sepanjang perjuangan kita di sini. Terima kasih di atas segalanya, sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama

iv

PENGHARGAAN

Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Subhanahu Wataala serta selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan keredhaan dan keberkatan-Nya sahajalah saya diberi kekuatan bagi menyempurnakan kertas projek sarjana muda ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Prof Madya Dr. Azizi b. Haji Yahya di atas teguran dan bimbingan serta sedia meluangkan masa untuk berbincang sepanjang proses menyediakan kertas projek sarjana muda ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di atas kebenaran menjalankan kajian di sekolah-sekolah. Tidak dilupakan kepada guru-guru sekolah yang telah banyak membatu dan memberi bantuan kepada saya.

Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menyempurnakan projek sarjana muda ini.

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik bagi mata pelajaran teknikal di kalangan pelajar bumiputera di empat buah sekolah satu jantina. Kajian ini telah di jalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bintang (Utara), Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Ampang (L), Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (L) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah (P), Kuala Lumpur. Kajian ini telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan seramai 120 orang responden. Kaedah persampelan yang digunakan ialah sampel tidak rawak bertujuan. Kajian rintis telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bintang (Utara) terhadap 20 orang responden, dan nilai alpha cronbach adalah 0.87. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Kolerasi Pearson dan Ujian-t telah digunakan untuk menguji persoalan-persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan faktor keluarga adalah faktor paling dominan diikuti faktor rakan sebaya dan kaedah belajar yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran teknikal di kalangan pelajar keempat-empat sekolah tersebut. Walaupun begitu, kesemua faktor didapati tiada hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Kajian juga mendapati bahawa penyertaan program motivasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik dan arah hubungan adalah negatif. Kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara taraf pekerjaan ibu bapa dengan pencapaian akademik dan tiada perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan pencapaian akademik. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi pencapaian akademik mata pelajaran teknikal para pelajar.

vi

ABSTRACT

The objective of this research is to determine the factors that influenced the academic achievements for technical subjects among bumiputera students in four single sex schools. This research was conducted in Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bintang (Utara), Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Ampang (L), Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (L) and Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah (P), Kuala Lumpur. This research has utilized questionnaires as research instrument involving 120 respondents. The sampling method used in this research is purposive not random.A pilot research was done in Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bintang (Utara) involving 20 respondents resulting to an alpha cronbach value of 0.87. All the accumulated data was processed using SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) software. The Pearson Colleration and T-test was used to test the research questions. The results show that family factor is the main dominants influence of academic achievements in technical subjects among the students of the schools involved. This is followed by peers and learning techniques factors. Although family factor is the dominant factor among the factors, research found that all factor shows no significant relation with academic achievement. This research also found that the involvement of students in motivational courses has a significant relation with academic achievements with a negative function. This research also shows that there is a significant difference between parent’s occupation and academic achievement. Furthermore it also shows no significant difference between gender and academic achievement. Based on the findings of this research, a number of proposals are laid out in order to enhance the students’ achievement in technical subjects.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI SINGKATAN

xiv

SENARAI LAMPIRAN

xv

PENGENALAN BAB I

1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Penyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Batasan Kajian 1.8 Definisi 1.9 Penutup

1 4 6 7 7 8 9 10 14

viii SOROTAN KAJIAN

BAB II

2.1 Pengenalan 2.2 Faktor Keluarga 2.3 Faktor Rakan Sebaya 2.4 Faktor Kaedah Belajar 2.4.1

Elemen-Elemen Gaya Pembelajaran

2.4.1.1 Menguruskan Cara Belajar 2.4.1.2 Mempelajari, Memahami dan

15 18 20 22 22 24 25

Mengingati 2.4.1.3 Mengambil Nota 2.4.1.4 Membaca

25 27

2.5 Penutup 28 BAB III

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka bentuk Kajian 3.3 Tempat Kajian 3.4 Sampel Kajian 3.5 Instrumen Kajian 3.6 Kajian Rintis 3.7 Analisis Data 3.8 Prosedur Kajian

30 30 31 32 34 35 36 37

3.9 Penutup

BAB IV

29

ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 4.2 Keputusan Analisis Data 4.3 Bahagian A 4.3.1 Jurusan Responden 4.3.2 Bilangan Ahli Keluarga

38 39 39 39 40

Responden 4.3.3 Pekerjaan Ibu Bapa Responden

41

ix 4.3.4 Tempat Tinggal Responden

42

4.3.5 Bilangan Kelab Yang Diikuti

43

Responden 4.3.6 Bilangan Motivasi Yang

44

Diikuti Responden 4.3.7 Keputusan Akademik

44

Responden 4.4 Bahagian B 4.4.1 Adakah Faktor Keluarga

45 47

Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Bumiputera? 4.4.2

Adakah Faktor Rakan Sebaya

50

Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Bumiputera? 4.4.3

Adakah Faktor Kaedah Belajar

54

Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Bumiputera? 4.4.4 Adakah Terdapat Perbezaan Di

56

Antara Jantina Mengikut Pencapaian Akademik Pelajar? 4.4.5 Adakah Penyertaan Program

57

Motivasi dan Aktiviti Pelajar Ada Hubungan Terhadap Pencapaian Akademik? 4.4.6 Adakah Terdapat Perbezaan Di

58

antara Taraf Pekerjaan Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar? 4.4.7 Adakah Terdapat Hubungan Di antara Faktor Keluarga, Faktor

58

x Rakan Sebaya dan Faktor Kaedah Belajar dengan Pencapaian Akademik? 4.4.8 4.5

BAB V

Analisis Keseluruhan

Penutup

59 59

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Perbincangan 5.2.1 Demografi Responden 5.2.2 Perbincangan Tentang

60 60 61 62

Pencapaian Pelajar Mengikut Faktor Keluarga 5.2.3 Perbincangan Tentang

64

Pencapaian Pelajar Mengikut Faktor Rakan Sebaya 5.2.4

Perbincangan Tentang

66

Pencapaian Pelajar Mengikut Faktor Kaedah Belajar 5.2.5

Perbincangan Terhadap

68

Perbezaan Di antara Jantina Mengikut Pencapaian Akademik Pelajar 5.2.6

Perbincangan Tentang Hubungan

68

Penyertaan Program Motivasi dan Aktiviti Pelajar Dengan Pencapaian Akademik 5.2.7

Perbincangan Terhadap Perbezaan Di antara Pekerjaan Ibu Bapa Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

69

xi 5.2.8

Perbincangan Tentang Hubungan

70

Di antara Faktor Keluarga, faktor Rakan Sebaya dan Faktor Kaedah Belajar dengan Pencapaian Akademik 5.2.9

Perbincangan Analisis

70

Keseluruhan 5.3

Rumusan

5.4

Cadangan

5.4.1

Cadangan Kepada Kementerian

71

72 72

Pendidikan Malaysia 5.4.2

Cadangan Kepada Pihak Sekolah

5.4.3

Cadangan Kepada Ibu Bapa dan

72 74

Keluarga 5.4.4

Cadangan Kepada Para Pelajar

75

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

5.6

Penutup

75 76

BIBLIOGRAFI

77

LAMPIRAN

84

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL

TAJUK

HALAMAN

2.1

Jadual Elemen-Elemen Gaya Belajar

21

3.1

Sampel Responden Mengikut Sekolah

31

3.2

Pernyataan Skor dan Skala yang Digunakan Bagi Setiap Item Di Dalam Soal Selidik

33

3.3

Kelompok Item Berdasarkan BahagianBahagian Di Dalam Soal Selidik

33

3.4

Kelompok Item Berdasarkan Objektif Kajian

33

3.5

Nilai Kebolehpercayaan

34

3.6

Analisis Tentang Skor Min

36

3.7

Klasifikasi Kekuatan Koerasi

36

4.1

Taburan Jurusan Responden Mengikut Frekuensi dan Peratus

38

4.2

Taburan Bilangan Ahli Keluarga Responden Mengikut Frekuensi dan Peratus

39

4.3

Taburan Pekerjaan Bapa Responden Mengikut Frekuensi dan Peratus

40

4.4

Taburan Pekerjaan Ibu Responden Mengikut Frekuensi dan Peratus

41

4.5

Taburan Tempat Tinggal Responden Mengikut Frekuensi dan Peratus

41

4.6

Taburan Bilangan Kelab Yang Diikuti Responden Mengikut Frekuensi dan Peratus

42

4.7

Taburan Bilangan Motivasi Yang Diikuti Responden Frekuensi dan Peratus

42

xiii

4.8

Taburan Keputusan Peperiksaan Responden Mengikut Frekuensi Dan Peratus

44

4.9

Taburan Responden Mengikut Peratus, Min, Min Keseluruhan, Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Keluarga

46

4.10

Taburan Responden Mengikut Tahap Rendah, sederhana dan Tinggi Bagi Faktor Keluarga

48

4.11

Taburan Responden Mengikut Peratus, Min, Min Keseluruhan, Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Rakan

49

4.12

Taburan Responden Mengikut Tahap Rendah, sederhana dan Tinggi Bagi Faktor Rakan

51

4.13

Taburan Responden Mengikut Peratus, Min, Min Keseluruhan, Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Kaedah Belajar

53

4.14

Taburan Responden Mengikut Tahap Rendah, sederhana dan Tinggi Bagi Faktor Kaedah Belajar

56

4.15

Taburan Responden Menggunakan Analisis Ujian-t Mengikut Perbezaan Jantina Dengan Pencapaian Akademik

57

4.16

Taburan Responden Menggunakan Analisis Kolerasi Pearson Mengikut Hubungan Di Antara dan Motivasi Dengan Pencapaian Akademik

58

4.17

Taburan Responden Menggunakan Analisis Ujian-t Mengikut Hubungan Pekerjaan Ibu Bapa Dengan Pencapaian Akademik

58

4.18

Taburan Responden Menggunakan Analisis Kolerasi Pearson Mengikut Hubungan Faktor Keluarga, Faktor Rakan Sebaya dan Faktor Kaedah Belajar Terhadap Pencapaian Akademik

58

4.19

Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Pencapaian Akademik

59

xiv

SENARAI SINGKATAN

BPPDP

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan

DR

Doktor

IT

Teknologi Maklumat

IPTA

Institut Pengajian Tinggi Awam

KH

Kemahiran Hidup

LK

Lukisan Kejuruteraan

PMR

Penilaian Menengah Rendah

RC

Reka Cipta

SPSS

Statistical Package of Social Science

SPM

Sijil Pelajaran Malaysia

STPM

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UPSR

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UMNO

United Malay National Organisation

BAB I

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

“Dalam usaha membangunkan bangsa dan negara, pendidikan memainkan peranan yang amat penting. Dalam hal ini peranan pendidikan perlu dikaji dari semasa ke semasa dan tekanan diberi kepada kaitan ilmu yang dipelajari dengan kerja yang akan dilaksanakan.” Kata Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO 1988. Dasar Ekonomi baru telah dilaksanakan suatu masa dahulu untuk memajukan orang Melayu agar setanding dengan kaum-kaum lain supaya mereka mengambil bahagian cergas dalam pembangunan negara.

Tun Dr. Mahathir juga percaya bagi meneroka pelbagai bidang ilmu, penguasaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ilmu dan antarabangsa adalah amat penting. Beliau sedar bahawa kelemahan pelajar bumiputera di pusat-pusat pengajian tinggi berbanding dengan kaum lain ialah disebabkan oleh kelemahan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Sehubungan itu, kaedah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris diperkenalkan pada awal tahun ini. Ia antara lain, bertujuan memahirkan pelajar dalam bahasa tersebut di samping memudahkan mereka menimba ilmu kerana kebanyakan buku-buku sains dan teknologi ditulis dalam bahasa Inggeris. Kaedah tersebut walaupun mendapat sedikit tentangan dari

beberapa pihak tertentu pada peringkat awalnya, kini berjalan lancar dan diterima sebagai salah satu kemestian pada era dunia tanpa sempadan ini.

Idea utama yang berkembang ialah, bumiputera memerlukan kepada persediaan moral dan ketahanan nilai yang tinggi bagi berhadapan dengan perubahan zaman yang mencabar. Ia bererti, kaum bumiputera hanya setanding dengan bangsa atau umat yang lain, sekiranya persaingan dan daya kreativiti yang tinggi (Berita Harian: 24 Mei 1999).

Masyarakat bumiputera yang dahulunya mementingkan kepakaran yang diwarisi turun temurun daripada nenek moyang mereka. Mereka meneruskan pekerjaan tersebut tanpa memikirkan tentang kemajuan yang akan lebih memudahkan pekerjaan mereka. Dengan ini ilmu kepakaran dan keyakinan disamping faktor sokongan yang boleh menyelamatkan bangsa dan negara daripada jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang pembangunan, khususnya bidang sains dan teknologi, yang mana di dalam era teknologi maklumat (IT). Menurut Muhyuddin Yassin faktor terpenting yang berfungsi dalam memastikan kejayaan sesebuah negara pada era teknologi maklumat dan era baru ialah kemampuan rakyat menguasai dan menggunakan sains dan teknologi secara kreatif dan inovatif (Utusan Malaysia: 19 April 2000).

Dengan tertubuhnya bilangan Sekolah Menengah Teknik dan sekolah vanekular yang menerapkan kemahiran telah meningkat, maka ianya akan dapat melahirkan sejumlah besar masyarakat bumiputera yang berpengetahuan di dalam bidang teknologi dan tanpa membelakangi pengetahuan yang lain. Ianya juga dapat mengurangkan bilangan masyarakat bumiputera yang mundur dalam dunia kini. Dengan adanya kemahiran yang diperolehi di peringkat persekolahan, ianya dapat dimanfaatkan sesudah tamat pengajiannya. Sungguhpun masih kurangnya penglibatan masyarakat bumiputera yang profesional di dalam bidang perakuanan, kejuruteraan, sains dan ekonomi ini tidak bermakna kaum bumiputera masih lagi mundur.

Seperti kenyataan Awang Had (1996), sungguhpun kerajaan telah menyediakan tempat kepada pelajar bumiputera dengan menetapkan kuota kemasukan pelajar baru ke Institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ), dengan harapan kuota ini dapat mengimbangi kemasukan pelajar bukan bumiputera ke IPTA ini adalah kerana pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar bukan bumiputera masih menyaingi pelajar bumiputera. Ini kerana pelajar bumiputera tidak serius belajar yang mana mereka banyak menumpukan pada kegiatan luar (Berita Harian: 17 Julai 1999). Bagaimanapun, pencapaian pelajar bumiputera khususnya di pusat pengajian tinggi awam dan swasta amat mengecewakan berbanding kaum Cina. Ini dapat dilihat daripada keputusan peperiksaan akhir yang mencatatkan peratusan kecil sahaja pelajar bumiputera yang mendapat kelas pertama.

Negara Malaysia tidak mahu kaum bumiputera terus terpinggir walaupun usaha kita menjadikan Malaysia negara maju tercapai. Perkara ini kita perlu sedar dari awal lagi. Ini mungkin kerana terdapat faktor yang menyatakan pelajar bumiputera tidak pandai mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan dan tidak memiliki sifat daya saing di dalam diri mereka. Kebanyakan pelajar bumiputera masih dihanyuti budaya yang mementingkan keseronokan daripada pelajaran yang menjamin keseronokan berpanjangan apabila memperolehinya (Berita Harian: 24 Mei 1999).

Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan sistem terbuka bagi Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional, untuk membantu pelajar yang lemah yang mana mereka diberi peluang memilih mata pelajaran yang mampu diikuti oleh pelajar. Adakah ini mampu mengatasi masalah yang membelenggu pelajar bumiputera dan mungkinkah kita lihat negara Malaysia diterajui olah bangsa-bangsa asing. Hanya pelajar-pelajar bumiputera sahajalah yang mampu membendung daripada ianya terjadi.

1.2

Latar belakang masalah

Tidak dinafikan bahawa banyak telah dicapai oleh masyarakat bumiputera melayu dari segi pendidikan sejak negara mencapai kemerdekaan. Bagi masyarakat bumiputera melayu pada penghujung abad 20 ini, peluang bagi menembus semula kecemerlangan dari segi ilmu yang pernah dikecapi beberapa abad lalu, dan setelah mengalami zaman malap selama lebih satu abad, terbuka luas.

Kecemerlangan ilmu yang telah dicapai suatu waktu dulu bukanlah diukur semata-mata dari segi fizikal, iaitu menghasilkan peralatan yang mengatasi orang lain, tetapi mengadakan satu sistem hidup yang membawa kesejahteraan kepada manusia. Kecemerlangan ilmu kini bermakna mencapai kejayaan dalam bidang sains dan teknologi dari segi kehidupan fizikal, mengimbanginya dengan kejayaan mempelajari ilmu-ilmu yang mengisi kehidupan rohaniah, agama ataupun moral kita. (Mohd Taib Osman,1997)

Seperti yang dinyatakan oleh Awang Had ( 1996 ), kemajuan adalah satu proses bukan satu titik pencapaian yang terakhir dan mutlak, ia adalah sasar yang sentiasa berganjak kedepan. Tetapi pelajar bumiputera adalah tidak cukup dari segi kualiti dan menjadikan orang melayu yang bergiat dalam bidang profesional juga tidak mencukupi. Ini dapat dilihat dari pencapaian akademik dari peringkat SPM hinggalah keperingkat yang tertinggi diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Misalnya, statistik pencapaian pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), terutama bagi mata pelajaran sains dan matematik. Beliau memberi contoh pada 1998, hanya 2.6 peratus pelajar bumiputera mendapat A1 dan A2 bagi matapelajaran Fizik dalam peperiksaan SPM berbanding 17.3 peratus pelajar bukan bumiputera. Begitu juga subjek matematik tambahan, 6.7 peratus pelajar bumiputera mendapat A1 dan A2 berbanding 36.4 peratus bukan bumiputera (Awang had, 1996).

Kelemahan pelajar bumiputera pada kini yang ditinjau dari aspek pembelajaran pada peringkat sekolah menengah di aliran sains adalah sangat ketara berbanding dengan pelajar bukan bumiputera. Ini adalah kerana kebanyakan mata pelajaran yang dibekal adalah menekankan tentang sains dan matematik, daripada kelemahan dalam mata pelajaran ini ianya akan memberi kesan apabila melanjutkan pelajaran pada peringkat yang tertinggi. Kelemahan penguasaan pelajar bumiputera terhadap mata pelajaran berasaskan sains dan matematik, dibebani dengan tertekan dan program pengajian yang diadakan di peringkat yang tertinggi, mereka tidak dapat menumpukan terhadap pelajaran (Berita Harian: 24 Mei, 1999).

Pengetahuan dan pengalaman akademik dalam skop kurikulum atau pun kefahaman formal mengenai tanggungjawab, ciri-ciri dan etika kewarganegaraan tidak akan mencukupi untuk menangkis secara berkesan segala tomahan dan andaian berperasangka yang membelenggu pelajar-pelajar bumiputera. Ianya haruslah disusuli oleh tanggungjawab bersama oleh semua masyarakat. (Berita Harian: 24 Mei 1999).

Berdasarkan kepada fenomena yang dinyatakan, ini akan dapat mengupas serba sedikit tentang permasalahan pelajar bumiputera di dalam perbezaan pencapaian akademik berbanding dengan pelajar bukan bumiputera. Dengan ini penyelidik ingin mengetahui aspek-aspek atau ciri-ciri dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar bumiputera dalam mata pelajaran teknikal.

Ianya dapat dilihat daripada permasalahan yang boleh dikatakan sudah mencapai ke tahap yang membimbangkan. Ianya dilihat daripada bermacam-macam gejala yang tidak sihat berlaku disebabkan oleh remaja atau pelajar. Masalah ini akan mempengaruhi proses pembelajaran mereka jika ianya tidak dikawal. Permasalahan ini dilihat pada peringkat menengah kerana ianya adalah untuk mempersiapkan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Ianya memerlukan pergabungan tenaga pelbagai pihak dalam usaha membendung masalah ini.

1.3

Pernyataan masalah

Permasalahan tentang pencapaian akademik pelajar bumiputera sering diperkatakan oleh pemimpin politik, tokoh-tokoh akademik serta masyarakat. Apa yang lebih kritikal ialah mutu pencapian pelajar bumiputera rata-ratanya lebih rendah daripada golongan lain terutamanya bangsa cina. Persaingan ini lebih kritikal dalam konteks ekonomi persaingan pasaran terbuka. Maka masalah keciciran, keguguran dan mutu rendah dalam pendidikan di kalangan masyarakat bumiputera perlu diiktiraf.

Sekolah akademik satu jantina terdiri daripada pelbagai kaum. Pelajar bumiputera yang berada di sekolah jenis ini lebih banyak bergaul dengan pelajar bukan bumiputra berbanding dengan pelajar sekolah kebangsaan yang bercampur jantina. Bagaimanakah dari segi pencapaian mereka di sekolah satu jantina? Kebanyakkan sekolah satu jantina tidak menawarkan mata pelajaran teknikal yang lain bagi mata palajaran elektif selain dari kemahiran hidup. Hanya beberapa sekolah sahaja yang menawarkan mata pelajaran teknikal bagi tingkatan 4.

Benarkah pencapaian akademik pelajar di sekolah satu jantina lebih baik daripada sekolah campur? Benarkah juga sekolah sejenis yang terdiri daripada pelajar perempuan lebih baik daripada sekolah sejenis pelajar lelaki? Faktor pencapaian akademik sekolah jenis ini mungkin disebabkan oleh budaya yang dibawa oleh mubaligh kristian ke sekolah berkenaan berkesan dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Adakah juga budaya belajar di sekolah ini sesuai dengan pelajar bumiputera?

Berdasarkan situasi ini, pengkaji ingin mengenalpasti faktor pencapaian akademik pelajar bumiputera bagi mata pelajaran teknikal di sekolah satu jantina. Faktor-faktor ini ingin dikaji untuk memastikan apakah faktor dominan pencapaian akademik mata pelajaran teknikal bagi pelajar di sekolah satu jantina yang di

bangga-banggakan oleh sesetengah pihak yang menyatakan sekolah satu jantina lebih baik daripada sekolah campur jantina. Agar dengan ini jurang perbezaan antara golongan bukan bumiputera dengan bumiputera dapat dikurangkan dan prestasi bumiputera dapat di tingkatkan.

1.4

Objektif kajian

Kajian yang akan dijalankan terhadap cabaran pendidikan bumiputera ini mempunyai beberapa objektif iaitu untuk:

1.4.1 Untuk mengenal pasti sama ada faktor keluarga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar bumiputera. 1.4.2 Untuk mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya mempengaruhi pencapaian akademik pelajar bumiputera. 1.4.3 Untuk mengenal pasti sama ada faktor kaedah belajar mempengaruhi pencapaian akademik pelajar bumiputera.

1.5

Persoalan Kajian

Didalam penyelidikan yang akan di jalankan, penyelidik akan cuba mencari jawapan yang sering di persoalkan tentang pencapaian yang di nyatakan pada objektif kajian. Faktor-faktor yang akan diselidiki adalah meliputi;

1.5.1 Adakah faktor keluarga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar bumiputera?

1.5.2 Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi pencapaian pelajar bumiputera di dalam akademik? 1.5.3 Apakah faktor kaedah belajar mempengaruhi pencapaian pelajar bumiputera di dalam akademik? 1.5.4 Adakah terdapat perbezaan di antara jantina mengikut pencapaian akademik pelajar bumiputera? 1.5.5 Adakah penyertaan program motivasi dan aktiviti pelajar mempunyai hubungan terhadap pencapaian akademik pelajar bumiputera? 1.5.6 Adakah terdapat perbezaan di antara pekerjaan ibubapa terhadap pencapaian akademik pelajar bumiputera? 1.5.7 Adakah terdapat hubungan diantara faktor keluarga, rakan sebaya dan kaedah belajar dengan pencapaian akademik?