MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM MEMPELAJARI KONSEP LUKISAN PERSPEKTIF BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJU...
Author: Deborah Oliver
25 downloads 0 Views 291KB Size
PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM MEMPELAJARI KONSEP LUKISAN PERSPEKTIF BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN LIMA

MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM MEMPELAJARI KONSEP LUKISAN PERSPEKTIF BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN LIMA SESI PENGAJIAN : 2009/2010

MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN__________

Saya

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4.

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

SULIT



(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

_______________________ (TANDATANGAN PENULIS)

___________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

DR MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD

IBU PEJABAT POLIS, DAERAH KOTA KINABATANGAN, SANDAKAN, SABAH

(NAMA PENYELIA)

Tarikh : 20 APRIL 2010

Tarikh : 20 APRIL 2010

CATATAN:

* ** ♦

Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

Tandatangan

: …………………………..........................

Nama Penyelia

: Dr. Muhammad Sukri Bin Saud

Tarikh

: 20 APRIL 2010

i

PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM MEMPELAJARI KONSEP LUKISAN PERSPEKTIF BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN LIMA

MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)”

Tandatangan

: ……………………………………….

Nama Penulis

: Mohd Zulfadly Bin Othman

Tarikh

: 20 APRIL 2010

iii

Teristimewa untuk insan – insan tersayang ...

Untuk Ayahanda & Bonda Othman Bin Baharum & Orip Binti Alan Yang banyak berkorban dan memberikan semangat serta mengiringkan doa buatku agar tercapai kejayaan ini.

Untuk kekanda-kekandaku & insan-insan yang dihargai Terima kasih atas dorongan dan tunjuk ajar.

Untuk teman – teman seperjuangan, Terima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan daripada kalian Ya Allah, Tuhan yang menetapkan segala sesuatu. Hanya Engkaulah yang memberikan segala kekuatan padaku Golongkanlah kami ke dalam golongan orang – orang bersyukur Amin

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat, taufik dan hidayah serta inayahNya, kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada mereka yang telah banyak memberikan sokongan dan dorongan untuk menjayakan Projek Sarjana Muda ini sehingga dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada kesempatan ini ingin saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Muhammad Sukri Bin Saud, selaku penyelia kajian saya di atas sokongan, nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan. Segala yang dipelajari daripada beliau amat berguna dalam menjayakan projek ini.

Kepada kedua-dua ibu bapa saya, Othman Bin Baharum dan Orip Binti Alan yang tidak pernah jemu-jemu memberi sokongan dan semangat semenjak saya mula melihat dunia. Dorongan, doa dan keperluan bahan yang diberikan amat saya hargai dan tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Turut tidak saya lupakan sahabat-sahabat, kawan-kawan, kenalan dan juga teman seperjuangan yang telah memberi sokongan dan pendapat.

Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam projek pembinaan laman web ini.

v

ABSTRAK

Pembelajaran berasaskan laman web dan pembelajaran konstruktivisme merupakan dua penyumbang penting kepada perkembangan semasa dalam bidang pendidikan profesional. Pembelajaran berasaskan web

menawarkan lebih peluang untuk

mempersembahkan pengalaman pembelajaran dari pelbagai aspek yang boleh dicapai oleh individu pelajar pada berlainan masa atau tempat berbanding peluang pembelajaran secara tradisional. Laman web ini menawarkan pendekatan intruksi yang dapat memotivasikan

pelajar

terlibat

dalam

pembelajaran

yang

authentik

serta

memperkembangkan sikap dan kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran kendiri sepanjang hayat. Projek ini adalah mengenai reka bentuk dan pembangunan sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menggunakan pendekatan konstruktivisme sebagai rangkakerja reka bentuk. Objektif projek ini adalah untuk membantu pelajar dalam mempelajari topik Lukisan Perspektif Tingkatan Lima dan bagaimana ia boleh digunakan dengan efektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dapat mempelajari konsep dan membina Lukisan Perspektif. Di samping itu, antara faktor yang ditekankan adalah elemen interaktiviti, kepelbagaian aktiviti dan pembelajaran melalui pengalaman. Projek ini juga menggunakan grafik dan animasi sebagai kekuatan yang dapat dimanipulasikan bagi menarik minat pelajar terhadap topik yang disediakan. Adobe Flash CS4 dipilih sebagai perisian pengarangan yang utama untuk mencipta sistem pembelajaran berasaskan laman web dan disokong oleh perisian pembangunan yang lain seperti Adobe Dreamweaver CS4, Adobe Fireworks CS4 dan Sound Forge 8.0. Dengan terhasilnya laman web ini, diharapkan dapat membantu pengguna memahami topik ini dengan baik serta mampu dijadikan sebagai panduan kepada pembinaan pembelajaran berasaskan web yang lain.

vi

ABSTRACT

Web based learning and constructivist learning are two significant contributions to current developments in professional education. Web based learning offers the opportunity to present rich, multifaceted learning experiences that can be accessed by individual students who are separated by time or geography from more traditional learning opportunities. This web site offers instructional approaches that motivate students to engage with authentic problems of practice and to develop the attitudes and skills required for lifelong independent learning. This project is about the design and development of web based learning system using a constructivist learning design framework. The objective was to assist students in learning about Perspective Drawing and how it can be used effectively teaching and learning process. Students learn fundamental concepts and constructing Perspective Drawing. In addition, few other factors that has been highlighted on this project is the element of interactivity, multiple activities and exploratory learning This project also make use of the graphic and animation which can be manipulated to attract student’s interest on the given topic. Adobe Flash CS4 was chosen as the primary authoring tool to create the web based learning system and supported by other development software such as Adobe Dreamweaver CS4, Adobe Fireworks CS4 and Sound Forge 8.0. With the availability of this web based leaning system, hoped that it can be utilized in order to help user to understand this topic easier and able to become an example to the development of other web based learning.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL

i

PENGAKUAN PENULIS

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

ISI KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiii

SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

viii

1

PENGENALAN 1 1.1

Pendahuluan

5

1.2

Latar Belakang Masalah

8

1.2.1

Kelemahan Pelajar untuk Memahami Konsep Lukisan Kejuruteraan

1.2.2

8

Pembelajaran Berbantukan Komputer Sangat Bersifat Tradisi

1.2.3

Cabaran

10

Mengintegrasikan

Teknologi

Multimedia Interaktif dan Web dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan 1.2.4

Aplikasi

Teori

Konstruktivisme

12 dalam

Perisian Integrasi Multimedia dan Web.

13

1.3

Pernyataan Masalah

14

1.4

Rasional Pembangunan Laman Web

14

1.5

Objektif Rekabentuk dan Pembangunan Laman Web

15

1.6

Tujuan Pembangunan Laman Web

16

1.7

Skop Laman Web

16

1.8

Kepentingan Laman Web

17

1.9

Definisi Operasi

17

1.9.1

Multimedia

18

1.9.2

Web Berasaskan Multimedia

18

1.9.3

Interaktif

18

1.9.4

Internet

19

1.9.5

Teori Konstruktivisme

19

1.10

Penutup

19

xii

2

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

21

2.2

Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan

22

2.3

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

22

2.4

Komputer Dalam Pendidikan Teknikal

24

2.5

Multimedia Dalam Pendidikan

25

2.6

Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

27

2.7

Pembelajaran Teori Konstruktivisme

28

2.7.1

Ciri-ciri

Pembelajaran

Secara

30

Konstruktivisme

3

2.8

Pembelajaran Berasaskan Web

31

2.9

Penutup

32

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

33

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran ADDIE

34

3.2.1 Fasa Pertama Analisis

36

3.2.2 Fasa Kedua: Reka bentuk

30

3.2.3 Fasa Ketiga: Pembangunan

37

3.2.4 Fasa Keempat: Perlaksanaan

38

3.2.5 Fasa Kelima: Penilaian

39

3.3 Konsep Reka Bentuk Integrasi Web Multimedia

33

3.3.1 Reka Bentuk Informasi

40

3.3.2 Reka Bentuk Interaksi

41

3.3.3 Reka Bentuk AntaraMuka dan Persembahan

44

xiii

3.4 Pemilihan Perisisan Pembangunan Aplikasi Web dan

46

Multimedia 3.4.1 Perisian Pengarangan Web

47

3.4.2 Perisian Animasi

47

3.4.3 Perisian Penyuntingan Grafik

48

3.4.4 Perisian Penyuntingan Video

48

3.4.5 Perisian Penyuntingan Audio

49 49

3.5 Penutup

4

REKA BENTUK LAMAN WEB

4.1

Pendahuluan

50

4.2

Persembahan Laman Web

51

4.2.1

Halaman Utama

53

4.2.2

Bahagian Pembelajaran Utama

56

4.2.3

Bahagian Aktiviti, Rujukan dan Pautan-

59

pautan lain 4.3

Penilaian Pengguna

62

4.4

Analisis Dapatan Soal Selidik

63

4.4.1

Reka

bentuk

Infromasi

atau

Strategi

Pembelajaran

64

4.4.2

Reka Bentuk Antaramuka atau Persembahan

65

4.4.3

Reka Bentuk Interaksi

67

4.5

Pengujian Sistem

68

4.6

Penutup

69

xiv

5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pendahuluan

70

5.2

Perbincangan

70

5.2.1

71

Pandangan Pengguna Mengenai Reka bentuk Informasi atau Strategi Pembelajaran

5.2.2

Pandangan Pengguna Mengenai Reka Bentuk

72

Antara Muka Atau Persembahan 5.2.3

Pandangan Pengguna Mengenai Reka bentuk

73

Interaksi 5.3

Rumusan

74

5.4

Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan

75

5.5

Penutup

76

RUJUKAN

77

LAMPIRAN

79

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

4.1

Ruangan tambahan dalam Lukisan Perspektif

Laman Web

59

4.2

Analisis Data Bagi Reka Bentuk Informasi

63

4.3

Analisis Data Bagi Reka Bentuk Antara Muka

64

4.4

Analisis Data Bagi Reka Bentuk Interaksi

65

4.5

Pengujian sistem laman web

66

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

2.1

Teori Konstruktivisme

28

2.2

Ciri-ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

30

3.1

Aliran kerja Model Reka Bentuk Pengajaran ADDIE

35

3.2

Reka bentuk interaksi: Struktur hirarki

45

4.1

Paparan kandungan Perspektif

Laman

Web

Lukisan 52

4.2

Menu utama pembelajaran Lukisan Perspektif

54

4.3

Pautan tambahan yang terletak pada bahagian atas laman web

54

4.4

Ruangan forum pelajar dan guru

55

4.5

Bahagian pautan-pautan menarik laman web

56

4.6

Bahagian Perspektif

57

4.7

pembelajaran

Bahagian pembelajaran Perspektif

Konsep

Jenis-jenis

Lukisan

Lukisan 58

xvii

4.8

Bahagian pembelajaran Pembinaan Lukisan Perspektif

58

Ruangan Aktiviti dan Tips yang terdapat dibawah Pautan Interaktif

60

4.10

Sumber nota dan soalan yang disediakan

61

4.11

Ruangan Berita dan Ruangan pembelajaran yang disediakan

4.9

Laman 62

xviii

SENARAI SINGKATAN

ABM



Alat Bantu Mengajar.

CAD



Computer Aided Design

CS4



Creative Suite version 4

KPM



Kementerian Pelajaran Malaysia.

MSC



Multimedia Super Corridor

PBK



Pembelajaran Berbantukan Komputer.

PSM



Projek Sarjana Muda.

PTV



Pendidikan Teknik dan Vokasional.

P&P



Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

SPM



Sijil Pelajaran Malaysia.

xix

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A

Borang Penilaian Soal Selidik Pengguna

77

B

Borang Papan Cerita

78

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian

khususnya

di

sekolah-sekolah

yang

berfungsi

sebagai

institusi

perkembangan ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. Namun begitu, dengan kepesatan zaman sekarang yang semakin berlumba-lumba dalam menghasilkan teknologi terkini, masyarakat kita bukan sahaja perlu menjadi bijak fikiran malah berkemahiran dalam menggunakan teknologi yang semakin canggih dari semasa ke semasa.

Bidang pendidikan dalam negara kita juga tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan teknologi maklumat ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malah, kerajaan optimis bahawa dengan menyerapkan teknologi maklumat ke dalam sistem pendidikan dapat meningkatkan lagi tahap pendidikan kita. Ini dapat

2 dibuktikan dengan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam merealisasikan hasrat negara ini. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Kewujudan Sekolah Bestari yang sekaligus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor atau MSC). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Komitmen kerajaan untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah bestari menjelang tahun 2010 juga memberikan satu gambaran tentang arus perubahan besar yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara khususnya berhubung dengan penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan. Perkembagan ini sejajar dengan aspirasi negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dengan memberikan penekanan kepada penguasaan teknologi maklumat di kalangan rakyat Malaysia. Koridor Raya Multimedia, sebagai satu langkah strategik kearah mencapai matlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat bermaklumat telah menetapkan sekolah bestari salah satu tempat dari tujuh aplikasinya (Mohd Aizaini, 2004).

Sebelum pengenalan komputer di sekolah-sekolah, kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah secara tradisional hanya melibatkan dua entiti utama sahaja iaitu antara guru dan pelajar. Di samping itu, ia juga lebih banyak menggunakan konsep menghafal fakta-fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah sebegini menimbulkan banyak masalah terutamanya apabila hendak mengingati fakta yang terlalu banyak dan tidak banyak dokumen bertulis yang boleh dirujuk mengenainya apabila diperlukan. Penyediaan alat bantu mengajar bagi pengajaran tradisi juga terhad kepada bahan-bahan statik sifatnya. Perkara ini secara tidak langsung mengurangkan minat pelajar terhadap pengajaran yang diberikan.

3

Multimedia merupakan salah satu bidang yang amat penting pada masa kini. Maklumat dapat disampaikan secara lebih mudah dengan penggunaan aplikasi multimedia. Di zaman teknologi maklumat ini, penyampaian maklumat dengan cara yang lebih mudah difahami adalah salah satu faktor untuk menarik minat orang ramai terhadap perkara yang ingin disampaikan. Kini, pengguna multimedia boleh berinteraksi dengan perisian tersebut, bukannya sekadar lihat dan dengar sahaja. Perkara ini merupakan antara faktor yang menarik minat orang ramai terhadap multimedia.

Penggunaan

teknologi

multimedia

dalam

pembelajaran

sesebuah

matapelajaran akan dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai apa yang mereka pelajari. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia contohnya, telah menjadikan bidang pembelajaran menggunakan multimedia atau lebih dikenali sebagai e-pembelajaran sebagai alat untuk memberikan kefahaman kepada para pelajar sekolah di seluruh Malaysia. Jelaslah di sini bahawa penggunaan multimedia adalah sebagai pemangkin dalam bidang pembelajaran untuk masa depan yang lebih mencabar.

Dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) khasnya, penggunaan teknologi multimedia masih belum digunakan secara meluas berbanding matapelajaran lain seperti sains dan matematik. Bagi pengajaran Lukisan Kejuruteraan pula, kaedah biasa digunakan adalah linear iaitu pengajaran guru menggunakan kaedah-kaedah biasa seperti tunjukcara, perbincangan dan kaedah berkumpulan. Kaedah-kaedah ini menunjukkan sesuatu langkah untuk melukis sesuatu lukisan. Sekiranya terdapat segelintir pelajar yang tercicir, guru terpaksa menerangkan kembali sesuatu langkah dan ini akan menyukarkan tugas guru dan pengajaran pelajar-pelajar yang lain.

4 Bagi menarik minat golongan pelajar dan sebagai memudahkan lagi proses pengajaran, satu kaedah baru adalah perlu bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran konsep Lukisan Kejuruteraan di sekolah. Menyelitkan elemen-elemen multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu kaedah yang boleh membantu para pelajar dalam memahami konsep Lukisan Kejuruteraan. Dengan wujudnya elemen-elemen multimedia ini, maka sesuatu perubahan akan menjadi lebih menarik dan berlakunya proses komunikasi interaktif. Manakala proses pengajaran dan pembelajaran pula akan menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan dan membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan lebih cepat dan mudah.

Terdapat beberapa strategi pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada menggunakan teknologi multimedia interaktif, sumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan penggunaan internet juga boleh menjadi wahana yang berkesan dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Rangkaian internet yang begitu meluas membolehkan pelajar mendapat maklumat ke serata dunia. Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik. Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibu bapa khususnya dalam menghadapi cabaran teknologi maklumat dan era globalisasi.

Pengalaman dalam penggunaan internet dalam kehidupan harian seharusnya diintegrasikan kepada dunia pendidikan bagi menyediakan pengalaman pembelajaran sebenar kepada pelajar. Ciri interaktif dan fleksibel yang disediakan menjadi pilihan utama yang menjadikan laman web dilihat sebagai alternatif terkini proses penyampaian pengajaran. Oleh yang demikian, penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia interaktif dan laman web dapat membantu guru-guru dalam mempelbagaikan teknik pengajaran mereka agar pembelajaran di dalam kelas menjadi efektif dan bermakna bagi pelajar. Guru mempunyai alternatif dalam menyampaikan pengajaran mereka di samping mengurangkan beban mencari maklumat melalui buku-buku rujukan. Tambahan pula, melalui penggunaan laman

5 web, pelajar akan berasa lebih tertarik untuk terus melayari maklumat yang ada memandangkan laman web yang dibina digabungkan dengan unsur-unsur multimedia di dalamnya bagi menggalakkan pembelajaran secara kendiri.

Kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan laman web bergantung kepada keupayaan dan kebolehan aplikasi teknologi yang ada pada guru-guru dan pelajarpelajar yang terlibat. Isu ini memberi satu cabaran besar terhadap kadar penerimaan dan persiapan mental dan kompetensi dalam penggunaan teknologi di kalangan guruguru secara amnya. Justeru itu, guru-guru perlu bersedia untuk menukar peranan yang mereka jalankan selama ini kepada sebagai pemudahcara dengan menggunakan teknologi maklumat dan multimedia di hadapan pelajar-pelajar mereka.

1.2

Latar Belakang Masalah

Sistem pendidikan negara sedikit sebanyak telah mengalami perubahan sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Perkembangan sains dan teknologi yang mula berkembang dengan pesat harus dieksploitasikan ke dalam sistem pendidikan negara. Jika sains dan teknologi sahaja yang berkembang tetapi sistem pendidikan masih tidak berubah adalah tiada ertinya perkembangan itu. Oleh itu, perkembangan ini hendaklah diterapkan sebaik mungkin ke dalam sistem pendidikan negara agar sistem pendidikan negara tidak ketinggalan oleh arus perkembangan sains dan teknologi.

Menurut Sulaiman (1996), Internet akan menjadi sebahagian dari program Sekolah Bestari menjelang Januari 2012 kelak dan telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat talian ke Internet pada tahun 2009. Kementerian Pendidikan Malaysia pada ketika itu dengan kerjasama serta bantuan

6 kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan. Melalui projek ini, pihak kementerian telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik disamping menyediakan program latihan yang berterusan kepada para guru. Ini menunjukkan pihak kerajaan telah mula memandang serius penggunaan laman web dalam pendidikan.

Bidang kejuruteraan kini memerlukan lebih ramai pakar yang dapat membantu membangunkan industri negara ini mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Selaras dengan ini, satu kaedah pengajaran yang menarik dan mudah difahami perlu disediakan bagi membolehkan negara menghasilkan jurutera yang berkualiti bagi memenuhi bekalan tenaga kerja dalam bidang kejuruteraan pada masa akan datang.

Melalui penggunaan multimedia berasaskan web, penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah. Berdasarkan penggunaan aplikasi multimedia dan teknologi maklumat yang semakin berkembang, adalah perlu bagi mereka yang terlibat dalam bidang kejuruteraan bagi mengikut arus ini. Ini kerana, jika kita tidak mengikut arus ini, kita akan ketinggalan jauh di belakang dari pelbagai aspek. Oleh itu, penyampaian multimedia dalam bentuk interaktif ditambah pula dengan aplikasi maklumat berasaskan web dikatakan mampu menarik minat orang ramai menggunakan teknologi tersebut.

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran yang amat penting. Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan memerlukan daya imaginasi yang mendalam bagi menggambarkan objek yang dihasilkan. Penguasaan pada peringkat asas adalah amat penting kepada pelajar dalam mempelajari sesuatu topik dalam mata pelajaran ini sebelum dapat diaplikasikan sepenuhnya. Selain diajarkan di sekolah-sekolah teknik, mata pelajaran ini juga telah ditawarkan kepada pelajarpelajar sekolah menengah harian biasa. Bagi sesebuah sekolah teknik, ia dilengkapi dengan bilik lukisan yang lengkap dengan perlalatan melukis seperti meja lukis, sesiku-T dan alat-alat melukis yang lain. Akan tetapi sebaliknya di sekolah

7 menengah harian kerana peruntukan yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk melengkapkan sesebuah sekolah dengan bilik lukisan yang lengkap. Ini akan menyukarkan pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Pendekatan pengajaran secara tradisi awal yang berasaskan “chalk and talk” tidak berapa menarik minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan kesemua pancaindera terutama sekali dalam pembelajaran mata pelajaran pengajian Lukisan Kejuruteraan. Mata pelajaran ini berhubung kait dengan mata pelajaran teknikal yang mengandungi banyak topik yang memerlukan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis untuk menggambarkan lukisan yang akan dihasilkan.

Salah satu daripada topik yang memerlukan kefahaman yang mendalam dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah topik Lukisan Perspektif. Penggunaan sedia ada sekarang untuk mengajar topik Lukisan Perspektif kurang sesuai kerana penggunaan kapur tulis sukar untuk membezakan jenis-jenis garisan. Penggunaan papan putih dapat mengatasi sedikit masalah ini namun ia tetap tidak dapat mengelakkan masalah lain seperti: (a)

Pelajar tidak nampak dengan jelas konsep perspektif.

(b)

Alat bantu mengajar sedia ada tidak dapat menggambarkan konsep perspektif.

(c)

Kejituan lukisan guru adalah rendah kerana penggunaan jangka lukis pada papan tulis adalah kurang sesuai.

Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lambat kerana guru terpaksa melukis dan menerangkan sesuatu langkah kerja kepada pelajar. Jika terdapat keciciran di antara pelajar, guru terpaksa mengulangi langkah melukis sesuatu lukisan.

8 1.2.1

Kelemahan pelajar untuk memahami konsep Lukisan Kejuruteraan

Lukisan Kejuruteraan adalah gabungan antara Lukisan Geometri dan Lukisan Berkaitan. Analisis peperiksaan SPM yang dibuat oleh KPM menunjukkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan mempunyai prestasi pencapaian yang paling rendah berbanding dengan mata pelajaran kejuruteraan yang lain.

Dalam Lukisan Kejuruteraan, pembentukan konsep yang tepat amatlah diperlukan agar setiap pelajar mampu menggambar dan menyelesaikan masalah dalam lukisan dengan betul. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil pelajar masih mengulangi kesalahan yang sama apabila melukis objek yang sama. Perkara ini adalah disebabkan kebanyakan daripada mereka gagal untuk memahami konsep yang betul.

Kajian mendapati bahawa kelemahan pelajar dalam penyelesaian Lukisan Kejuruteraan adalah dari sudut persepsi yang rendah dan tidak memahami konsep dengan jelas serta lemah dalam visualisasi. Secara keseluruhan, beberapa kajian yang telah dijalankan lebih bersetuju bahawa kelemahan pembelajaran pelajar adalah disebabkan tidak dapat mengintegrasikan pengetahuan yang terdahulu dengan yang baru dipelajari secara bersepadu dan bermakna.

1.2.2

Pembelajaran Berbantukan Komputer Sangat Bersifat Tradisi

Sesuatu perisian yang bermutu tinggi serta berkualiti agak sukar untuk dihasilkan. Faktor masa dan kekurangan tenaga mahir adalah penghalang utama menjadikan perisian yang bermutu tinggi sukar dihasilkan. Pembangunan sesebuah perisian juga sering menumpukan kepada nilai komersial yang menyebabkan kualiti

9 hanya dinilai berdasarkan kualiti media yang digunakan dan bukannya kepada kualiti nilai pengajaran dan pembelajaran serta perubahan tingkahlaku pelajar yang ingin dicapai.

Kebanyakan perisian yang ada pada hari ini tidak mempunyai ciri tambahan sepertimana yang diperlukan. Biasanya, perisian tidak mampu membezakan input pelajar yang hampir sama ataupun yang mempunyai maksud yang sama. Pembelajaran melalui komputer pada hari ini lebih tertumpu kepada kaedah tutorial dan latih tubi yang bersifat objektif. Selain daripada itu, perisian yang dibangunkan kebanyakannya bersifat tradisi dan tidak berkualiti. Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2001), fungsi sesetengah perisian yang menyerupai buku teks hanya membantu pelajar dari segi pemahaman serta perubahan tingkahlaku secara berperingkat apabila berlakunya suatu proses pembelajaran.

Menurut Rio Sumarni (1996), pembelajaran berasaskan komputer (PBK) sewajarnya menerapkan teori pembelajaran yang berupaya membantu pelajar berfikir dan melaksanakan proses pembelajaran secara aktif. Pembelajaran berasaskan komputer juga sewajarnya mampu membimbing pelajar meneroka, menyelesaikan masalah dan mempelajari sesuatu konsep dengan berkesan. Kesemua ini hanya dapat dicapai sekiranya pembangunan sesuatu PBK diasaskan kepada sesuatu teori yang sesuai seperti teori konstruktivisme. PBK ini juga perlu diaplikasikan untuk membantu pelajar menguasai konsep dalam sesuatu mata pelajaran seperti mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Usaha ke arah pembinaan perisian ini direka bentuk disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor kekurangan perisian berbentuk teknikal di pasaran menjadikan matlamat utama projek ini. Perisian pendidikan yang terdapat di pasaran kebanyakannya tidak menepati objektif atau hasil pembelajaran serta aktiviti pembelajaran yang digariskan dalam kurikulum yang dikehendaki oleh pihak pendidikan. Perisian berperanan sebagai sebuah buku elektronik yang memerlukan murid menggunakan komputer sahaja. Masalah kekurangan guru pakar dalam mata

10 pelajaran Lukisan Kejuruteraan juga mendorong pembangun untuk membina perisian integrasi ini.

1.2.3

Cabaran mengintegrasikan teknologi multimedia interaktif dan web dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Pembelajaran yang banyak memerlukan kefahaman tentang bentuk, pergerakan dan ketepatan seperti mata pelajaran teknikal iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam dan Lukisan Kejuruteraan akan lebih mudah difahami dan dihayati oleh pelajar sekiranya suatu sumber alternatif direka untuk mempengaruhi dan merangsang minda pelajar. Pelbagai media pengajaran perlu digabungkan bertujuan untuk mengatasi masalah ini. Sehubungan dengan itu, projek ini merupakan satu usaha untuk mereka bentuk perisian yang mengintegrasikan multimedia dan web khususnya untuk pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di sekolah.

Penggunaan laman web sebagai salah satu sumber untuk proses pengajaran dan pembelajaran semakin mendapat pendedahan dan perhatian pendidik. Perkembangan web yang semakin meluas membuatkan majoriti masyarakat terutamanya pelajar menjadikan sumber ini sebagai sumber untuk mencari maklumat ataupun bahan pembelajaran. Tidak dinafikan terdapat banyak laman-laman web yang dibangunkan dengan pelbagai reka bentuk khusus untuk tujuan pembelajaran dan pendidikan supaya pelajar-pelajar memperolehi pendedahan dan dapat mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran mereka.

Namun begitu, tidak semua laman web yang terdapat di dalam internet tersebut dapat memenuhi keperluan untuk sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar bukan setakat tidak dapat belajar atau sukar mencari maklumat

11 malah pelajar akan berasa keliru kerana terpaksa berhadapan dengan masalah yang terdapat di dalam web. Kadangkala masalah laman web yang tidak memenuhi spesifikasi proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja mengelirukan malah seterusnya akan mengganggu peringkat perlaksanaan pembelajaran pelajar sendiri. Ditambah lagi dengan grafik laman web yang tidak direka bentuk dengan sempurna, ini akan menyulitkan lagi pembelajaran pelajar dan pemahaman pelajar menjadi kurang jelas. Hal ini adalah kerana reka bentuk juga merupakan salah satu unsur penting dalam memudahkan lagi pemahaman pelajaran dalam sesuatu subjek.

Elemen-elemen multimedia yang terdapat dapat laman web seharusnya direka bentuk sebaik mungkin agar fungsi-fungsinya dapat berfungsi dengan baik. Pembelajaran menerusi integrasi multimedia dan web ini dapat dilaksanakan dengan lebih kondusif dan efektif sekiranya pembinaannya dilakukan berdasarkan teknik dan kaedah yang betul.

Kebaikan yang ditawarkan oleh integrasi multimedia dan laman web dapat menghasilkan satu suasana pembelajaran yang lebih segar dan efektif. Pelajar bukan sahaja dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran malah dapat belajar secara kendiri. Kesepaduan web di dalam teknologi multimedia sesuai digunakan sebagai sumber topik ini kerana pelajar dapat mencapai contoh-contoh bagi topik ini dengan lebih mudah dan realistik. Terdapat banyak contoh yang boleh didapati dengan cepat hanya dengan terus melayari internet berbanding terpaksa mencarinya di dalam buku-buku.

Oleh itu pembinaan dan penggunaan integrasi multimedia dan web merupakan suatu kaedah yang sesuai yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajarannya dalam tajuk Lukisan Perspektif. Perisian integrasi ini akan menjadi satu alternatif kepada guru bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

12

1.2.4

Aplikasi Teori Konstruktivisme dalam perisian integrasi multimedia dan web

Menyedari kelemahan perisian yang dibangunkan pada masa kini, pengkaji memilih pendekatan konstruktivisme sebagai satu pendekatan dalam perisian integrasi multimedia dan web yang dibangunkan kerana teori ini memberi penekanan kepada penglibatan pelajar secara aktif. Teori ini memberi penekanan kepada tingkahlaku pelajar (hands-on) serta menekankan aktiviti mental (minds-on) pelajar. Mengikut pandangan teori konstruktivisme, pelajar telah mempunyai idea tersendiri mengenai kejadian suatu fenomena sebelum memasuki bilik darjah.

Pembelajaran berasaskan komputer yang berlandaskan teori konstruktivisme menekankan kepada pembangunan suatu perisian yang mempunyai perspektif yang pelbagai (multiple perspectives) seperti penggunaan alat kolaborasi dan komunikasi dan juga akses kepada data bagi membolehkan pelajar belajar dari pelbagai perspektif. Pembelajaran juga berpusatkan pelajar mengaplikasikan sepenuhnya keupayaan pelajar untuk bebas memilih tajuk yang ingin dipelajari, menjana persoalan

sendiri

serta

merancang

pembelajaran

masing-masing.

Menurut

Baharuddin (2002), teori konstruktivisme menggalakkan strategi penemuan dalam perisian yang dibangunkan. Pelajar harus diberikan aktiviti yang membolehkan pelajar menemui sendiri prinsip pelajaran. Guru pula tidak seharusnya membantu dengan memberi prinsip kepada pelajar bagi membantu proses pengajaran supaya lebih berkesan. Dalam konteks ini, pelajar dibantu untuk membuat generalisasi dan memindahkan pembelajaran kepada situasi lain dengan menggunakan konsep yang sama.

Pembangun berpendapat bahawa teori pembelajaran konstruktivisme sesuai dipraktikkan di dalam penghasilan laman web ini kerana teori ini memberi penekanan kepada kegiatan pelajar. Teori ini juga kurang memberi penekanan

13 kepada tingkahlaku pelajar tetapi lebih menekankan aktiviti mental pelajar. Mengikut pandangan teori konstruktivisme, pelajar telah mempunyai idea tersendiri mengenai kejadian sesuatu fenomena sebelum memasuki bilik darjah. Melalui laman web yang dihasilkan ini, pembelajaran kendiri akan dapat dibentuk di mana pelajar akan belajar dengan sendirinya yang melibatkan interaksi antara pelajar dengan komputer.

1.3

Pernyataan Masalah

Pemerhatian dan kesedaran terhadap peri pentingnya kesan, implikasi dan cabaran penggunaan teknologi dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan kepada generasi muda, khususnya pelajar, ditambah pula dengan kekurangan pendedahan penggunaan perisian dan web di dalam kelas Lukisan Kejuruteraan. Maka projek pembangunan ini diharap dapat membantu dalam memperkasakan penggunaan aplikasi laman web multimedia pada masa kini.

Perisian integrasi multimedia interaktif berasaskan web boleh bertindak sebagai pembimbing dalam proses pembelajaran. Pakej perisian kursus multimedia interaktif boleh digunakan dalam bentuk cakera padat, sistem rangkaian internet dan cakera keras. Perisian integrasi multimedia dan web ini juga diharap akan dapat menjadi media pengajaran yang boleh digunakan oleh semua sekolah di Malaysia pada waktu pembelajaran yang anjal.

14 1.4

Rasional Pembangunan Perisian

Perubahan sistem pendidikan yang fleksibel telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memilih bidang yang bersesuaian diminati dengan minat mereka. Perkara ini terbukti apabila pelajaran Lukisan Kejuruteraan telah pun dikembangkan di sekolah sekolah akademik harian biasa berbanding dengan sebenarnya apabila mata pelajaran dulu hanya tertumpu di sekolah-sekolah aliran teknik sahaja.

Sehubungan dengan itu, perisian integrasi multimedia dan web amat diperlukan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih menarik. Proses pengajaran dan pembelajaran ini juga lebih fleksibel dan mampu berinteraksi mengikut kehendak pengguna serta kesesuaian tahap pembelajaran dibandingkan dengan penggunaan alat bantu mengajar yang sedia ada. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu guru dan juga pelajar memahami setiap konsep dengan cepat dan tepat. Proses pengajaran guru juga akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

1.5

Objektif Reka Bentuk dan Pembangunan Perisian

Berdasarkan penyataan masalah yang telah dibincangkan, pembangun telah menggariskan dua objektif utama untuk dicapai menerusi pembangunan perisian integrasi ini. Objektif-objektif rekabentuk dan pembangunan perisian integrasi ini adalah seperti berikut:

1.5.1

Menghasilkan sebuah perisian pembelajaran laman web yang diintegrasikan dengan Multimedia mengenai satu topik kecil “Lukisan Perspektif” mengikut Sukatan Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Lima yang dapat

15 menggabungkan pelbagai media seperti audio, imej, animasi grafik dan sumber maklumat dengan tujuan meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran para pendidik dan pelajar. 1.5.2

Menambah bilangan dan kualiti perisian pembelajaran berasaskan laman web versi tempatan khasnya dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan serta boleh dijadikan sebagai panduan kepada pembinaan perisian-perisian pembelajaran yang lain.

1.6

Tujuan Pembangunan Laman Web

Pembinaan perisian integrasi multimedia dan web ini mempunyai beberapa tujuan dan matlamat yang hendak dicapai. Antara tujuan perisian integrasi ini dibangunkan adalah seperti berikut: (a)

Membolehkan pelajar-pelajar belajar secara sendiri tanpa kehadiran guru.

(b)

Memberikan keselesaan dan menarik minat pelajar untuk terus belajar bagi menghasilkan pembelajaran berkesan.

(c)

Membantu pelajar-pelajar dalam memahami bahagian-bahagian abstrak dengan melihat simulasi yang disediakan.

(d)

Memudahkan pelajar-pelajar membuat ulangkaji pelajaran, membuat latihan pengukuhan dan mendapatkan maklumat tambahan melalui pautan yang disediakan di dalam perisian tersebut.

(e)

Membolehkan pelajar berinteraksi dan bertanya secara terus kepada guru melalui kemudahan forum internet yang disediakan.

(f)

Menyediakan ruang kepada pelajar-pelajar untuk berkongsi maklumat dengan pelajar dari sekolah-sekolah lain melalui rangkaian yang disediakan di dalam perisian integrasi tersebut.

Suggest Documents