ROSMAN BIN MUHAMMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER (PPBK) BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN DUA (ELEKTIF PILIHAN...
6 downloads 4 Views 165KB Size
PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER (PPBK) BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN DUA (ELEKTIF PILIHAN TEKNIKAL) LUKISAN TEKNIK BERTAJUK HAMPARAN

ROSMAN BIN MUHAMMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS  JUDUL:

PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER (PPBK) BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN DUA (ELEKTIF PILIHAN TEKNIKAL) LUKISAN TEKNIK BERTAJUK HAMPARAN. SESI PENGAJIAN:

Saya

2005/2008

ROSMAN BIN MUHAMMAD ( HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT

TERHAD



(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: NO 2 , JLN INTAN, TMN SAMUDRA, 86200 SIMPANG RENGAM, JOHOR. Tarikh: 28 APRIL 2008 CATATAN:

(TANDATANGAN PENYELIA) PN HANIM BINTI SULAIMAN

Tarikh: 28 APRIL 200

* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuanliti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan

:

………………………………………………

Nama Penyelia

:

PN. HANIM BINTI SULAIMAN

Tarikh

:

28 APRIL 2008

i

PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER (PPBK) BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN DUA (ELEKTIF PILIHAN TEKNIKAL) LUKISAN TEKNIK BERTAJUK HAMPARAN

ROSMAN BIN MUHAMMAD

Laporan projek ini dikemukakan Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

April 2008

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiaptiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan

:

…………………………………………………..

Nama penuh

:

ROSMAN BIN MUHAMMAD

Tarikh

:

28 APRIL 2008

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayah dan ibuku, Muhammad Bin Hj. Pardi, Miskiah Binti Hj. Hashim Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua dan buat adinda-adindaku terima kasih atas segalanya. Buat bapa dan ibu mertuaku, Demiyati Bin Abdullah, Jamilah Binti Sian, Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu. Buat isteri tercinta Julaiha Binti Demiyati serta anak-anak tersayang, Aiman Nur Qamarina, Aiman Muhammad Qashri, Aiman Muhammad Qarin, Aiman Nur Qistina Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga . Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

iv

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur ke hadrat ilahi sehingga perisian pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan berhasil dengan jayanya.

Pengajian Projek Sarjana Muda ini adalah salah satu subjek dalam memenuhi kursus Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Universiti Teknologi Malaysia dalam pengkhususan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) bagi Tahun 2005 / 2008

Syukur pada tuhan kerana memberi kekuatan dan ketabahan kepada saya dalam menghadapi cabaran sehingga sempurnanya tugasan ini. Terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing Puan Hanim Binti Sulaiman , Jabatan Asas Pendidikan kerana memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan. Kepada kedua ibu bapa dikasihi, isteri dan anak-anak tersayang, semangat, dorongan dan doa kalian banyak membantu untuk menyempurnakan tugasan ini.

Akhir sekali setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama membantu sehingga berjaya menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih

v

ABSTRAK

Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer merupakan alat Bantu mengajar yang amat berkesan.

Namun begitu perisian pengajaran dan

pembelajaran berbantu komputer bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup khususnya bagi tajuk elektif lukisan teknik hamparan amat kurang pada masa kini. Pembelajaran menggunakan PPBK adalah bertujuan untuk memudahkan proses pembelajaran

dan

mewujudkan

suasana

persekitaran

pembelajaran

yang

menyeronokkan. Oleh yang demikian, projek ini bertujuan membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Elektif Pilihan Teknikal bertajuk Lukisan Teknik Hamparan berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme.

Perisian ini dibangunkan

menggunakan pelbagai perisian Autoware 7.0, dibantu dengan pelbagai perisian sokongan seperti Macromedia Flash 8.0, Autocad 2005, Sound Forge 7, Swishmax 2007 dan Adobe Photoshop CS . Isi kandungan perisian ini disusun berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan dua dan buku teks KBSM. Kandungan pelajaran yang dipilih ialah konsep lukisan teknik hamparan, jenis, kaedah lukisan selari dan jejari. Perisian ini juga menerapkan konsep pembelajaran kendiri untuk memberi peluang kepada pelajar persekitaran yang menyeronokkan.

vi

ABSTRACT

The software and courseware in learning process is the most effective learning aids. However the Computer Aided Teaching and learning software’s for the subject of living skills particularly for the elective topic “Lukisan Teknik Hamparan” is not easily accessible these days.

The use of Computer Aided

Teaching (CAT) is to facilitate the learning process and to provide a stimulating environment for the learning. Hence, the purpose of this project is to develop a software and courseware for “Kemahiran Hidup Elektif Pilihan Teknikal Bertajuk Lukisan Teknik Hamparan”. The software and courseware built by the use of Authoware 7.0 and Macromedia Flash 8.0, Autocad 2005, Sound Forge 7, Swishmax 2007 and Adobe Photoshop CS. The content of the software was constructed based on the Form Two integrated Living Skills Syllabus and its accompanying text book. The chosen topic on the concept of “Lukisan Teknik Hamparan”, types and methods of parallel and radius drawing. This software also inculcates the self learning concept so as to encourage students to learn by themselves in an enjoyable environment.

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENYELIA

1

JUDUL

i

PENGAKUAN PENYELIDIK

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

SENARAI KANDUNGAN

vii

SENARAI RAJAH

xiii

SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

3

1.3

Pernyataan Masalah

4

1.4

Objektif Projek

6

1.5

Rasional Projek

7

1.6

Kepentingan Perisian

8

1.7

Skop Kajian

9

1.8

Definisi Istilah

10

viii

1.9

2

1.8.1

Membangunkan Perisian

10

1.8.2

Bahan Bantu Mengajar

10

1.8.3

Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK)

10

1.8.4

Multimedia

11

1.8.5

Interaktif

12

Rumusan

13

SOROTAN PENULIS

2.1

Pengenalan

2.2

Sejarah Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu komputer

2.3

15

16

Perkembangan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Di Malaysia

16

2.4

Pengajaran Dan Pembelajaran Komputer

18

2.5

Kelebihan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu Komputer

2.6

Peranan Media dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

2.7

20

Teori Pembelajaran Konstruktivism Dalam Pembangunan Perisian PPBK

2.8

19

21

Implikasi Teori Pembelajaran Konstruktivism Dalam rekabentuk Dan Pembinaan Perisian PPBK

2.9

22

Aplikasi Teori Pembelajaran Konstruktism dalam Pembinaan Dan Rekabentuk Perisian PPBK

24

2.9.1

Pembelajaran Tulen

25

2.9.2

Konteks Sosial

26

2.9.3

Galakkan Autonomi dan Pemilihan Dalam Proses Pembelajaran

27

ix 2.9.4

Pengalaman Dengan Proses Pembinaan Pengetahuan

2.9.5

Kesedaran Kendiri Dalam Proses Membina Pengetahuan

2.10

28

Teori-Teori Pembelajaran

28 30

2.10.1 Asas Teori Behaviourisme Ke dalam Rekabentuk Pembinaan Perisian PPBK

2.11

2.12

30

2.10.2 Asas Teori Kognitif

31

Elemen-Elemen Multimedia

32

2.11.1 Teks

33

2.11.2 Grafik

33

2.11.3 Audio

34

2.11.4 Video

34

2.11.5 Paparan

35

2.11.6 Animasi

35

Kelebihan-Kelebihan Multimedia Dalam PPBK

36

2.12.1 Taraf Interaktif Yang Tinggi

36

2.12.2 Pengajaran Berdasarkan Kebolehan Pelajar

36

2.12.3 Pelajar Mengawal Sendiri Pembelajarannya

37

2.12.4 Menarik Dan Mengekalkan Minat Terhadap Pelajaran 2.13

3

Rumusan

37 37

METODOLOGI PEMBANGUNAN PERISIAN PPBK

3.1

Pengenalan

38

3.2

Model Reka perisian

39

3.2.1

40

Fasa Analisa Keperluan

x

3.4

4

.

3.2.2

Rekabentuk

41

3.2.3

Pembangunan

41

3.2.4

Pelaksanaan

41

3.2.5

Penilaian Dan Pengujian

42

3.3

Cara Pelaksanaan

42

Perkakasan Dan Perisian Yang Digunakan

43

3.4.1

Perkakasan yang Digunakan

43

3.4.2

Perisian Yang Digunakan

44

3.5

Pembinaan Carta Alir

45

3.6

Rumusan

48

HASIL REKA BENTUK PERISIAN

4.1

Pengenalan

49

4.2

Pakej Perisian

49

4.3

Panduan Pengguna

50

4.4

Kandungan Perisian

53

4.5

Menu Utama

53

4.5.1

Menu Info

54

4.5.2

Menu Info Perisian

54

4.5.3

Menu Info Sistem

55

4.5.4

Menu Info Mata Pelajaran

56

4.5.5

Objektif Perisian

56

4.5.6

Pengenalan Isi Kandungan Perisian

57

4.5.7

Menu Konsep Lukisan Hamparan

58

4.5.8

Menu Istilah

59

4.5.9

Menu Jenis Lukisan Hamparan

59

4.5.9.1 Menu Kaedah Selari

60

4.5.9.2 Menu Kaedah Jejari

62

4.6

4.5.10 Menu Latihan

64

4.5.11 Menu Kuiz

65

Menu Keluar

66

xi 4.7

Menu Penghargaan

67

4.8

Dapatan Hasil Penilaian Soal Selidik

68

4.8.1

Analisis Elemen Multimedia

68

4.8.2

Cara Pengunaan Perisian

68

4.8.3

Kandungan Perisian

69

4.8

5

Rumusan

69

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

70

5.2

Perbincangan

70

5.2.1

Faktor Kemahiran

71

5.2.2

Faktor Masa

71

5.2.3

Faktor Penilaian

72

5.3

Kelebihan Perisian Yang Dibangunkan

72

5.4

Implikasi Kajian

73

5.5

Rumusan

74

5.6

Cadangan Lanjutan Kajian

75

5.6.1

Elemen Perisian

75

5.6.2

Proses Pembinaan

75

5.6.3

Kajian

75

5.6.4

Maklumat

76

5.6.5

Pengujian

76

RUJUKAN

77

LAMPIRAN

81

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

3.1

Carta Alir Model ADDIE

44

3.2

Carta Alir Bagi Keseluruhan Perisian

52

4.1

Menu Pendahuluan Perisian

56

4.2

Menu Pendaftaran Pengguna

57

4.3

Menu Daftar Detail Pengguna

57

4.4

Menu Utama

59

4.5

Menu Info

60

4.6

Menu Info Perisian

61

4.7

Menu Info Sistem

62

4.8

Menu Info Mata Pelajaran

63

4.9

Objektif Perisian

64

4.10

Pengenalan Lukisan Hamparan

65

4.11

Konsep Lukisan Hamparan

66

4.12

Menu Istilah

67

4.13

Menu Jenis Lukisan Hamparan

68

4.14

Menu Lukisan Hamparan Selari

69

4.15

Kaedah Lukisan Hamparan Selari1

69

4.16

Kaedah Lukisan Hamparan Selari 2

70

4.17

Menu kaedah Jejari

71

4.18

Kaedah Lukisan Hamparan Jejari 1

71

4.19

Kaedah Lukisan Hamparan Jejari 2

72

4.20

Menu Latihan

73

4.21

Paparan Kuiz

74

4.22

Keputusan Kuiz

74

4.23

Menu Keluar

75

xiii 4.24

Menu Penghargaan

76

xiv

SENARAI SINGKATAN

MSC

-

Multimedia Super Coridor

PPBK

-

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer

PBK

-

Pembelajaran Berbantu Komputer

FPK

-

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

P&P

-

Pengajaran dan Pembelajaran

KBSM

-

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

DBP

-

Dewan Bahasa dan Pustaka

GEN-2

-

Generasi Kedua

ICT

-

Information Comunication Technology

GFL

-

Great For Learning

IBM

-

International Business Machines

CAI

-

Computer Aided Instruction

CBI

-

Computer Basic Instruction

CAL

-

Computer Aided Learning

CBI

-

Computer Basic Learning

ComIL

-

Computer Intelligent Learning

KDP

-

Komputer Dalam Pendidikan

CD

-

Compact Disc

IMLE

-

rekabentuk multimedia interaktif

CMC

-

komunikasi berperantara komputer

UTM

-

Universiti Teknologi Malaysia

PKPG

-

Program Khas pensiswazahan Guru

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A

TAJUK Soalan Soal Selidik

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang semakin berkembang maju dan salah satunya adalah penyediaan MSC (Multimedia Super Coridor). Ia merupakan suatu projek teknologi maklumat yang penting kepada Malaysia untuk meningkatkan seterusnya menjadikan taraf ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa dan pentadbiran bersifat lebih bersistematik dan efisyen.

Di bawah projek MSC, terdapat tujuh aplikasi telah diperkenalkan dan salah satunya

adalah

untuk

meningkatkan

sistem

pendidikan

negara

dengan

memperkenalkan teknologi maklumat sebagai satu komponen dalam persekitaran dan pembelajaran. Dengan sebab ini, Program Sekolah Bestari dilaksanakan di mana sekolah-sekolah dibekalkan dengan pelbagai kemudahan yang canggih seperti komputer multimedia yang dapat membantu para guru mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik.

Justeru itu,

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Unit Teknologi Maklumat khusus untuk membina perisian Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK).

Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran.

2

K-Ekonomi merupakan isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk generasi yang akan datang.

Mohd Zaliman et al. (2001)

menyatakan teknologi multimedia kian diiktiraf sebagai alat bantuan pengajaran yang sesuai dalam membantu para pendidik untuk mendalami dan mendasari cabaran dunia pendidikan era baru.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran

teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan ,mengunpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

Teknik

pengajaran

dan

pembelajaran

perlu

disesuaikan

dengan

perkembangan teknologi masa kini. Pengajaran dan pembelajaran secara tradisional lebih menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru perlu diubah kepada pembelajaran berpusatkan pelajar dimana pelajar berpeluang melibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Konsep pembelajaran berbantu komputer PBK semakin dominan dalam dunia pendidikan sekarang.

Pendekatan PBK ini membolehkan pelajar

melengkapkan diri dengan kemahiran asas yang diperlukan untuk memanfaatkan sumber pembelajaran dengan lebih berkesan. Pendekatan ini secara tidak langsung dapat membentuk kreativiti pelajar serta mewujudkan iklim pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan.

Untuk merealisasikan salah satu teori pedagogi dalam pendidikan iaitu guru bertindak sebagai fasilitator kepada murid-murid, pembelajaran berpandukan komputer (PBK) telah dikenalpasti sebagai bahan yang dapat membantu guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) memberikan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam subjek yang mereka ikuti.

3

1.2

Latar Belakang Masalah

Teknologi komputer juga adalah salah satu contoh hasil dari pemerhatian dan pengkajian yang mendalam oleh manusia yang bertujuan untuk memudahkan urusan duniawi manusia.

Dengan teknologi ini juga telah berjaya merancakkan lagi

perkembangan teknologi-teknologi lain seperti teknologi dalam bidang geologi dan pertanian.

Bidang pendidikan juga tidak terlepas dari arus gelombang ledakan teknologi komputer di mana ia telah memudahkan para pendidik untuk melahirkan satu generasi yang mampu memperkembangkan bakat diri dalam setiap aspek sepertimana yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Keperluan untuk meneroka bidang teknologi baru selaras dengan ledakan teknologi maklumat telah menjadikan pendidikan sebagai agen utama untuk menangani perkembangan masyarakat bermaklumat.

Pendidikan di Malaysia adalah satu proses atau usaha pendidikan yang berterusan dan sempurna dan menjadi tanggungjawab bagi setiap pendidik untuk merealisasikan objektif ini seterusnya dapat melahirkan dan membentuk sebuah generasi yang memiliki kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Atas sebab ini, para guru harus menggunakan segala kemahiran yang dimiliki dan mengaplikasi secara maksimum sumber-sumber yang wujud di sekeliling mereka. Salah satu sumber tersebut adalah komputer dan perisian yang berbentuk pembelajaran (PPBK). Malah dalam satu kajian, penggunaan komputer dan perisian berbentuk pembelajaran (PPBK) telah mempercepatkan proses pendidikan dan berjaya mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan meyeronokkan.

Ia terbukti lebih berkesan dari penggunaan alat-alat yang

konvesional seperti papan tulis dan kapur. Pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer adalah penggunaan komputer yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok yang melibatkan interaktivi antara pelajar dengan komputer dan guru hanya sebagai fasilitator.

4

Menurut Yusuf (1998), penubuhan Unit Teknologi Komputer oleh Kementerian pelajaran Malaysia hanya khusus untuk membina perisian PPBK bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. Bagi mata pelajaran lain belum lagi dilaksanakan hingga kini. Mata pelajaran vokasional telah diperkenalkan dan diterapkan secara berperingkat di sekolah menengah harian bermula pada tahun 2002. Pembangunan perisian bagi mata pelajaran pendidikan vokasional amat sesuai dibangunkan untuk membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk hamparan.

Perisian ini menjadi satu

alternatif kepada guru bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

1.3

Penyataan Masalah

Jika dilihat kepada suasana pengajaran dan pembelajaran dahulu, kebanyakan para guru lebih cenderung menggunakan kaedah konvesional iaitu menggunakan kaedah “Chalk and Talk” di mana guru secara total menjadi tutor kepada pelajar dengan kapur dan papan tulis.

Ini kerana kaedah ini mudah

dilaksanakan tanpa perlu membuat persediaan yang lama oleh guru tersebut. Namun begitu, bagi pelajar suasana pembelajaran sebegini membuat mereka bosan dan jemu kerana hanya wujud hubungan satu hala sahaja di mana guru sahaja yang mengemukakan kandungan dan pelajar hanya mendengar serta suasananya yang statik dan sama pada setiap sesi pembelajaran.

Ini membuatkan minat pelajar-

pelajar untuk mendalami pelajaran mata pelajaran itu berkurangan. Hasil dari kesedaran ini, perlu adanya revolusi pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar untuk melibatkan pelajar secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Mata pelajaran Lukisan Teknik merupakan mata pelajaran Elektif Kemahiran Teknikal yang ditawarkan kepada pelajar sekolah menengah tingkatan dua. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran lukisan teknik kurang berkesan disebabkan oleh kekurangan media pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

5

teknikal. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer untuk mata pelajaran lukisan teknik boleh menghasilkan pembelajaran yang efektif. Terdapat fakta telah membuktikan bahawa pelajar menggunakan 75 peratus keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan lakukan, 40 peratus daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus daripada apa yang mereka dengar sahaja. Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia itu sendiri.

Memandangkan keupayaan

multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses penyampaian maklumat, maka tidak hairanlah mengapa ia dipilih sebagai agen membantu Pengurusan P&P dalam bilik darjah.

Sebab kedua pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lukisan teknik kurang berkesan adalah disebabkan oleh kekurangan tenaga pengajar dalam bidang teknikal. Kekurang guru menyebabkan pelajar kurang mendapat tumpuan semasa proses pembelajaran. Selain itu, sistem pembelajaran masa kini di mana seorang guru bagi tiga puluh pelajar akan membantutkan perjalanan kelas jika pelajar tidak memahami langkah kerja yang menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan penghasilan lukisan sehinggalah dibantu oleh guru.

Selain itu, kebolehan berbeza yang ada pada pelajar menyebabkan penerangan oleh guru hanya dapat dimanfaatkan oleh segelintir pelajar. Bagi pelajar yang yang kurang memahami penerangan yang diberikan, menyebabkan mereka kurang mendapat peluang untuk mengulangi langkah kerja lukisan yang mereka pelajari.

Berdasarkan permasaalahan tersebut, media pembangunan perisian untuk mata pelajaran lukisan teknik amat diperlukan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar tingkatan dua. Media perisian interaktif PPBK membolehkan pelajar mempelajari pembelajaran mereka secara langkah demi langkah mengikut kebolehan mereka. Bagi pelajar yang menggunakan multimedia lebih memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap. Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan berulangkali dan

6

kemampuan mereka dapat diukur dan perisian menjadi sangat berguna kepada pelajar. Sesuatu media pengajaran yang dibina berperanan untuk membantu pelajar memahami dan menguasai konsep, aspek dan subjek tersebut dengan lebih jelas supaya dapat membuka minda pelajar kearah pemikiran mendalam melalui pembelajaran secara interaktif.

Bagi perancang media perisian PPBK perlu

mendalami bentuk pembelajaran agar perisian PPBK yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran.

Pembangunan perisian yang dibina diharap setanding dengan media perisian PPBK yang berada dipasaran masa kini. Bagi memastikan pembangunan perisian ini berfungsi dan boleh digunakan oleh pelajar, satu penilaian awal akan dilakukan terhadap keberkesanan pembangunan perisian ini. Penilaian awal dilakukan untuk mendapat komen, kritikan dan maklumbalas daripada pengguna perisian untuk proses pembaikan mutu perisian dan memenuhi kehendak dan citarasa pengguna.

1.4

Objektif Projek

Objektif utama penghasilan projek pembangunan perisian ini adalah untuk menghasilkan satu perisian berasaskan CD-rom dengan menggunakan teknologi Multimedia. Ia akan diguna pakai oleh guru-guru atau pelajar-pelajar tingkatan dua dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Elektif Pilihan Teknikal), lukisan teknik bertajuk Hamparan. Secara khususnya objektif kajian ini adalah seperti berikut;

1.4.1 Membina satu perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) bagi tajuk “Hamparan” dalam mata pelajaran elektif Kemahiran Teknikal Lukisan Teknik, Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua.

1.4.2 Menghasilkan perisian PPBK yang mengandungi elemen-elemen kaedah pembelajaran kendiri.

7

1.4.3 Menghasilkan Perisian yang interaktif dan sesuai mengikut sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua.

1.4.5 Perisian dapat memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran sub tajuk hamparan lukisan teknik, Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua. Dalam penggunaan aplikasi komputer ini, pelajar akan menggunakan secara maksimum deria penglihatan dan deria pendengaran mereka di mana mereka akan melihat paparan atau gambar rajah yang ditayangkan di dalam perisian ini, dan mendengar setiap arahan yang dikemukakan semasa proses pembelajaran.

Ini

menunjukkan bahawa pelajar telah menggunakan kemahiran berfikir dengan bermakna (mindtools) dalam proses pembelajaran.

1.5

Rasional Projek

Memahami sesuatu pengajaran dan pembelajaran seperti sub tajuk hamparan ini bukanlah satu perkara yang mudah bagi seseorang pelajar. Dengan adanya perisian ini, pelajar dapat memahami dengan jelas setiap topiktopik yang dipaparkan seperti konsep hamparan, jenis lukisan hamparan, istilah-istilah yang digunakan dan aplikasi lukisan hamparan kaedah selari dan jejari dalam lukisan teknik.

Perisian ini juga dapat membantu pelajar untuk

belajar secara kendiri iaitu belajar mengikut kehendak mereka pada bila-bila masa yang mereka suka.

Ini secara tidak langsung, sedikit sebanyak telah

membantu guru dalam proses pemindahan pengajaran kepada pelajar. Di antara tujuan perisian ini dibangunkan adalah seperti berikut:

1.5.1 Memberi pemahaman secara jelas dan menarik minat pelajar dalam sub tajuk lukisan teknik Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

8

Tingkatan dua dengan bantuan penggunaan unsur-unsur tambahan multimedia

1.5.2 Membantu pelajar dengan mengikuti semua program yang telah disediakan dalam perisian contohnya penyediaan soalan latih tubi dan mengikuti pembelajaran dalam tutorial.

1.5.3 Membantu pelajar memahami sub topik hamparan dalam mata pelajaran lukisan teknik yang susah dengan bantuan animasi.

1.5.4 Membantu guru dan pelajar dalam proses pengulangan isi pelajaran tajuk hamparan lukisan teknik Kemahiran Hidup Tingkatan Dua pada bilabila masa.

1.5.5 Sebagai memenuhi tuntutan semasa yang mementingkan penggunaan dalam teknologi multimedia dalam bidang pendidikan.

1.6

Kepentingan Perisian

Perisian PBK yang dibangunkan ini mempunyai pelbagai kepentingan terhadap penggunanya. Antaranya ialah:

1.6.1

Guru dapat mengaplikasikan teknologi komputer dengan lebih luas lagi dalam proses P&P di sekolah.

1.6.2

Pelajar dapat belajar mengikut kehendak mereka di samping dapat membuat proses pengulangan mengikut kemahuan mereka dansecara tidak langsung, pelajar dapat belajar secara kendiri pada bila-bila masa.

9

1.6.3

Dapat menarik minat pelajar dengan adanya penambahan elemen-elemen seperti audio, video, dan montaj perisian seterusnyamereka dapat meningkatkan tahap pencapaian dengan pembelajaran yang berterusan.

1.6.7

Membantu guru dalam mewujudkan proses P&P dengan lancar seterusnya dapat meningkatkan mutu pengajaran.

1.6.8

Memberikan peluang kepada pihak sekolah untuk mempelbagaikan bahan rujukan di pusat sumber sebagai kemudahan kepada pelajar dan guru

1.6.9

Membantu pihak Kementerian Pelajaran dalam mempelbagaikan sumber bahan perisian multimedia PPBK mata pelajaran teknikal untuk proses P&P.

1.7

Skop Kajian

Perisian multimedia yang akan dibangunkan ini adalah mengikut sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua dan subjek yang dipilih untuk dibangunkan adalah subjek lukisan teknik bertajuk hamparan. Isi pelajaran yang disediakan dalam perisian ini berteraskan Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan 2, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Perisian yang akan dibangunkan ini dikhususkan kepada penggunaan pelajarpelajar tingkatan dua. Perisian ini digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bertajuk lukisan teknik sebagai bahan bantu mengajar tambahan yang menarik bagi memudahkan penyampaian dan pemahaman terhadap isi pelajaran subjek ini kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Suggest Documents