Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran Melalui Program Televisyen: Kajian di Tv Al-Hijrah

Proceedings: The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 E-ISBN: 978-967-12182-6-6 © 2014 Centre of Quranic Research Strategi Pengajaran da...
Author: Baldwin Gibbs
47 downloads 1 Views 196KB Size
Proceedings: The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 E-ISBN: 978-967-12182-6-6 © 2014 Centre of Quranic Research

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran Melalui Program Televisyen: Kajian di Tv Al-Hijrah

Monika @ Munirah Abd Razzak1 Liyana Nadzirah Md Saril2 Nor Hizwani Ahmad Thohir3 Nik Mohd Zaim Ab Rahim4

ABSTRAK: Pembelajaran al-Quran bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia pada hari ini. Hal ini dibuktikan melalui kepelbagaian program-program pembelajaran al-Quran yang disiarkan melalui media-media elektronik yang ada di Malaysia. TV Al-Hijrah selaku stesen penyiaran Islam di Malaysia telah menerbitkan pelbagai bentuk program yang berkonsepkan pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dalam usaha mempertingkatkan pengetahuan masyarakat tentang al-Quran. Artikel ini akan membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran al-Quran melalui program-program yang disiarkan di TV Al-Hijrah. Selain itu, artikel ini turut membincangkan masalah dan cabaran yang dihadapi dalam menerbitkan program pembelajaran al-Quran di televisyen. Metode kajian deskriptif dilakukan ke atas stesen televisyen TV Al-Hijrah. Penelitian dilakukan ke atas rancangan-rancangan yang mengandungi pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Hasil kajian menunjukkan bahawa strategi pembelajaran dan pengajaran yang digunakan dalam menyampaikan pengajian al-Quran masih menggunakan kaedah yang biasa digunakan iaitu interaksi dua hala di antara penyampai dan penonton (antara guru dan pelajar) melalui televisyen. Kaedah ini dilihat sebagai salah satu kaedah yang efektif dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Kata kunci : Strategi, Konsep pengajaran dan pembelajaran, TV Al-Hijrah

1

Pensyarah Kanan, Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Tel: 03-79676040, Faks: 03-79676143, Emel: [email protected] 2 Pelajar Master, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Tel: 03-79676009, Faks: 03-79676145, Emel: [email protected] 3 Pelajar Master, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Tel: 03-79676009, Faks: 03-79676145, Emel: [email protected] 4 Pensyarah, Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur Tel: 03-26154530, Faks: 03-26934844, Emel: [email protected]

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran Melalui Program Televisyen: Kajian di Tv Al-Hijrah Monika @ Munirah Abd Razzak et al. |

PENDAHULUAN Islam sentiasa menggalakkan umatnya agar sentiasa mendalami pelbagai ilmu pengetahuan terutamanya ilmu al-Quran agar tidak mudah terjerumus ke dalam kancah kejahilan. Namun, amalan tadabbur terhadap al-Quran merupakan satu perkara yang kurang diberi perhatian oleh umat Islam pada hari ini. Mereka bagaikan terlupa bahawa kitab al-Quran merupakan sebuah kitab yang diturunkan kepada mereka untuk diteliti dan difahami. Sekiranya aspek tersebut diabaikan tidak mustahil sekiranya umat Islam tidak mengamalkan apa yang diperintahkan menerusi al-Quran. Maka, menjadi satu kewajipan setiap umat Islam untuk berusaha mencari inisiatif untuk mempelajari al-Quran agar mereka dapat memahami setiap isi kandungan al-Quran dengan betul sekali gus menjadi galakan untuk beramal dengannya. Al-Quran merupakan mukjizat yang terbesar pernah diturunkan kepada umat manusia. Ia diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibril dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepada manusia. Ia juga merupakan mukjizat yang paling kekal dan wujud sehingga ke hari ini. Walaupun terdapat pelbagai usaha yang dilakukan oleh anasir-anasir yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkan nama baik Islam, namun Allah telah berjanji bahawasanya tidak akan ada satu perkara pun yang boleh mengubah kesucian al-Quran. Firman Allah:

﴾٩﴿ ‫ﺎ ﻟَﻪُ ﻟَ َﺤﺎﻓِﻈُﻮ َن‬‫ﺬ ْﻛ َﺮ َوإِﻧ‬ ‫ﺰﻟْﻨَﺎ اﻟ‬ ‫ﺎ ﻧَ ْﺤ ُﻦ ﻧَـ‬‫إِﻧ‬ Maksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. Surah al-Hijr 15: 9 Nilai ketinggian al-Quran sebagai teras panduan hidup manusia seharusnya diterapkan dalam jiwa setiap umat Islam tanpa mengira peringkat umur. Menurut Ibnu Khaldun1 dalam kitabnya Muqaddimah menyatakan bahawa “al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada peringkat awal, kerana membaca al-Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanak-kanak”. Yusuf Qaradawi2 pula menegaskan di antara manfaat membaca dan menghafal Al Quran pada masa kanakkanak adalah, ia dapat meluruskan lidah, membaca huruf dengan tepat, dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj hurufnya. Di Malaysia segala usaha pemerkasaan pembelajaran al-Quran giat dilakukan. Semuanya bertujuan bagi membasmi golongan buta al-Quran. Hal ini sama seperti yang dinyatakan dalam akhbar Utusan Malaysia yang mengatakan bahawa Masalah buta huruf al-Quran di negara ini agak membimbangkan kerana masih ramai umat Islam lemah dari segi bacaan tajwid yang betul dan tidak menyebut huruf hijai'yyah dengan lafaz makhraj yang tepat.3 Berikutan daripada ini, lahirlah teknik pengajaran dan pembelajaran al-Quran 1

Mohd Majid Konting & Zakaria Kasa, “Pengetahuan dan kemahiran pengajaran: Satu Kajian Kes Di Kalangan Guru Pelatih” (makalah, Seminar Kebangsaan Pendidikan Guru, Alor Setar 19-20 Mei 2002). 2 Yusuf. Al-Qardhawi, “Menghafal al-Quran” (Bandung: Seri Tarbiyah Mizan, 2010) 3 Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131104/dn_17/Ramai-buta-huruf-alQuran, dicapai pada 20 Mac 2014.

|MUQADDAS IV, 14-15 April 2014, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, MALAYSIA

yang menekankan kaedah-kaedah tertentu yang bersifat ringkas dan mudah malah berbentuk hiburan bagi menarik minat masyarakat mempelajari al-Quran. Kelas-kelas pengajian al-Quran pada hari ini tidak sekadar berpusat pada institusiinstitusi tertentu, malah terdapat individu-individu masyarakat yang mengajar dari rumah ke rumah. Selain itu juga, perkembangan teknologi hari ini turut memudahkan masyarakat mempelajari al-Quran. Kecanggihan media elektronik menerusi media tradisional dan media baru yang ada dimanfaatkan bagi tujuan memudahkan masyarakat mempelajari al-Quran. Sebagai contoh, terdapat pembelajaran al-Quran yang dibuat menerusi talian, pelajar atau pengguna hanya mengakses internet sahaja untuk mempelajarinya. Selain itu terdapat juga pembelajaran al-Quran menerusi media penyiaran seperti di radio dan juga televisyen yang memperlihatkan kaedah yang efektif serta memudahkan masyarakat untuk mempelajari al-Quran. Hasilnya, pada hari ini kita dapat lihat hampir kesemua stesen televisyen berusaha mempelbagaikan program pembelajaran al-Quran yang bersesuaian dengan setiap lapisan masyarakat.

KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengajaran secara umumnya merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai.1 Namun di dalam konteks pendidikan, pengajaran merupakan aktiviti menyampaikan isi pengajaran di samping memotivasikan pelajar supaya bersedia untuk belajar, mengurus mereka supaya mempunyai disiplin diri serta menggerakkan mereka dengan aktiviti dan interaksi yang positif.2 Hal ini memperlihatkan bahawa wujudnya interaksi antara pelajar dan guru. Menurut Noraini Idris (2009), pengajaran adalah interaksi antara pelajar dan guru dalam mempelajari isi kandungan yang melibatkan kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran tertentu. Kaedah pengajaran ini melibatkan kaedah yang pelbagai seperti syarahan, perbincanga, tunjuk ajar, dan kajian luar. 3 Manakala pembelajaran pula dilihat sebagai suatu proses memperoleh dan mengekalkan pengetahuan disamping proses memperoleh kemahiran malah ia juga melibatkan proses memahami dan bertindak balas terhadap persekitaran.4 Di antara aktiviti pembelajaran termasuklah melakukan eksperimen, mendengar syarahan, menonton video, dan aktiviti luar.5 Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa pengajaran merupakan suatu proses interaksi antara guru dan pelajar dalam menyampaikan suatu isi pengajaran, manakala pembelajaran dilihat sebagai suatu proses penerimaan isi pengajaran oleh pelajar dalam memahaminya dan bertindak balas dengannya.Berdasarkan daripada konsep pengajaran dan pembelajaran yang dikemukakan dapatlah difahami bahawa antara pengajaran dan pembelajaran sama sekali mempunyai hubung kait yang sangat rapat di mana pengajaran bertujuan untuk menghasilkan suatu pembelajaran yang memberikan suatu tindak balas ke atas pelajar. 1

Noraini Idris, Shuki Osman, Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis 2009 McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd---h.77 2 Mok, 2000 dalam Noraini Idris, Shuki Osman, Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis 2009 McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd---h.76 3 Ibid, Noraini Idris (2009), 36 4 Ibid, Noraini Idris (2009), 76 5 Ibid, Noraini Idris (2009), 36

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran Melalui Program Televisyen: Kajian di Tv Al-Hijrah Monika @ Munirah Abd Razzak et al. |

Hal ini sama juga dilihat dalam konteks pengajaran dan pembelajaran al-Quran, di mana ia melibatkan proses dua hala iaitu interaksi antara guru dan juga pelajar. Kebanyakan program pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang ada di Malaysia memfokuskan kepada penguasaan bacaan al-Quran. Oleh itu, terdapat pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang diamalkan seperti kaedah Iqra, al-Baghdadi, al-Jabari dan lain-lain lagi. Kepelbagaian kaedah yang muncul dalam pengajaran alQuran dilihat banyak menitikberatkan kecepatan dan kemahiran. Kesemua kaedah ini bersaing antara satu sama lain dalam menarik minat masyarakat untuk mempelajari alQuran.1 Oleh itu, di sini sudah pastinya setiap satu kaedah ia mempunyai proses pengajaran dan pembelajaran yang berbeza-beza dalam mencapai keberkesanannya. Menurut Al-Ghazali (2001), untuk mencapai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran dan penghayatannya ia memerlukan latih tubi bermusyafahah secara individu dan kumpulan. Hal ini termasuklah aspek membaca, menghafaz, memahami dan menghayatinya kerana ia memerlukan aktiviti seperti melihat, mendengar, menyebut, memahami, mengamal dan seterusnya menghayatinya.2 Di antara kaedah dan pendekatan yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran adalah seperti berikut:3 A

B

C

D

1

Membaca Al-Quran 1) Membaca suku kata 2) Membaca kalimah 3) Membaca ayat 4) Membaca surah 5) Membaca bertajwid 6) Membaca betul/fasih 1) Membaca ayat 2) Membaca Surah 3) Membaca suku kata 4) Membaca ayat/ kalimah 5) Membaca bertajwid 6) Membaca surah 7) Membaca betul/fasih 1) Membaca surah 2) Membaca ayat 3) Membaca kalimah/suku kata 4) Membaca bertajwid 5) Membaca surah 6) Membaca betul/fasih 1) Mendengar bacaan rakaman kaset 2) Membaca kalimah bersambung-sambung 3) Membaca surah 4) Meniru bacaan rakaman

Mohd Alwi Yusoff, Adel M.Abdulaziz, Ahmad Kamel Mohamed, “Kajian Keberkesanan Iqra’ Sebagai Kaedah Pembelajaran Membaca Al-Quran di Semenanjung Malaysia” (makalah Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan, Kolej Islam Universiti Malaysia, 2003) 2 Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2001), 232. 3 Ibid, Ghazali Darusalam, 234-240

|MUQADDAS IV, 14-15 April 2014, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, MALAYSIA

E

F

G

H

I

A

B

C

5) 1) 2) 3) 4) 5) 6) 1) 2) 3) 4) 5) 6) 1) 2) 3) 4) 5) 6) 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 1) 2) 3) 4) 5) 6)

Bacaan betul/fasih Mendengar bacaan kaset (rakaman) qari Arab dan lain-lain. Mencontohi bacaan rakaman Mendengar rakaman Membaca ayat Membaca surah Membaca betul/fasih Membaca secara senyap Membaca mengikut nombor ayat Membaca tidak mengikuit susunan nombor Membaca surah Membaca bertajwid Membaca betul/fasih Memerhati kalimah-kalimah yang baru Menyebut kalimah-kalimah Membaca kalimah-kalimah bertajwid Membaca ayat Membaca surah Membaca betul/fasih Menandakan kalimah-kalimah yang sudah dibaca Mengasingkan kalimah-kalimah baru Menyebut kalimah-kalimah yang sudah dibaca Menyebut kalimah-kalimah baru Membaca ayat Membaca surah Membaca betul/fasih Menyusun kalimah Membaca ayat Menyusun ayat Membaca surah Membaca bertajwid Membaca betul/fasih

1) 2) 3) 4) 5) 6) 1) 2) 3) 4) 5) 1) 2)

Menghafaz Membaca suku kata Membaca kalimah Membaca ayat Membaca surah Membaca bertajwid Membaca betul/fasih Membaca kalimah/potongan ayat Membaca secara hafaz kalimah Membaca secara hafaz potongan ayat Membaca secara hafaz ayat Membaca secara hafaz surah Membaca kalimah/potongan ayat Membaca secara hafaz ayat-ayat

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran Melalui Program Televisyen: Kajian di Tv Al-Hijrah Monika @ Munirah Abd Razzak et al. |

D

E

F

A

B

C

D

3) 4) 1) 2) 3) 4) 5) 6) 1) 2) 3) 4) 5) 6) 1) 2) 3) 4) 5)

Membaca secara hafaz bersambung Membaca secara hafaz surah Rakaman bacaan murid Murid mendengar serta mengikut secara senyap Membaca ayat-ayat secara hafaz Membaca ayat-ayat secara hafaz bersambung Membaca ayat-ayat secara hafaz bergilir-gilir Membaca surah secara hafaz Mendengar rakaman daripada qari Arab Murid ikut bacaan secara senyap Membaca secara hafaz kalimah Membaca secara hafaz ayat Membaca secara hafaz surah Mengulang hafazan ikut rakaman Memerhati dan membaca senyap carta-carta ayat dalam komputer Membaca secara hafaz kalimah Membaca secara hafaz ikut ayat Membaca secara hafaz surah Mengulang hafazan ikut komputer

1) 2) 3) 4) 5) 6) 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 1) 2) 3) 4) 5)

Pengertian (al-Quran) Membaca surah Membaca secara hafaz surah Pengertian kalimah/potongan ayat Pengertian satu-satu ayat Pengertian surah Pengajaran surah Membaca surah Membaca secara hafaz surah Pengenalan ayat/surah Pengertian satu-satu ayat Pengertian ayat Pengertian surah Pengajaran surah/ayat Membaca surah Membaca surah secara hafaz Membaca pengertian satu-satu ayat Pengertian ayat Pengertian kalimah/potongan ayat Pengertian surah Pengajaran Membaca surah Membaca surah secara hafaz Mendengar rakaman pengertian kalimah/potongan ayat Menyebut pengertian kalimah/potongan ayat Mendengar rakaman pengertian satu-satu ayat

|MUQADDAS IV, 14-15 April 2014, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, MALAYSIA

6) Mendengar pengertian satu surah 7) Menyebut pengertian satu-satu surah 8) Memahami pengajaran E

1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9)

A

1) 2) 3) 4) 1) 2) 3)

B

C

D

4) 1) 2) 3) 4) 5) 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7)

Membaca surah Membaca surah secara hafaz Melihat pengertian kalimah potongan/ayat pada carta Menyebut pengertian ayat Melihat pengertian satu-satu ayat pada carta Menyebut pengertian satu-satu ayat Melihat pengertian surah pada carta Menyebut pengertian surah/ayat Memahami pengajaran ayat Tajwid (Hukum Tilawah) Membaca ayat/surah Mengenal tanda/hukum Membaca kalimah/ayat yang ada tanda/hukum Bacaan betul/fasih Membaca ayat/surah Memerhati kalimah yang ada tanda/hukum Menyebut/ membaca kalimah/ potongan ayat yang ada tanda/hukum Bacaan betul/fasih Membaca ayat/surah yang ada hukum Penerangan pengertian hukum/tanda Memerhati kalimah/ayat yang ada hukum/tanda Membaca kalimah/potongan ayat yang ada hukum/tanda Bacaan betul/fasih Membaca ayat/surah yang ada hukum berkaitan Mendengar rakaman kalimah/potongan ayat yang ada hukum Menyebut kalimah/potongan ayat yang ada hukum Merakam ayat yang ada hukum Membaca ayat yang ada hukum Mendengar rakaman surah yang ada hukum Bacaan betul/fasih

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran Melalui Program Televisyen: Kajian di Tv Al-Hijrah Monika @ Munirah Abd Razzak et al. |

STRATEGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Menurut Kamus Dewan1 edisi keempat, mendefinisikan perkataan strategi sebagai satu ilmu tentang perancangan teratur yang menggabungkan pelbagai faktor sebagai usaha untuk mencapai matlamat dan kejayaan. Menurut Kamus Federal Chambers, strategi ditakrifkan sebagai rancangan jangka panjang bagi sesuatu objektif2. Menurut Kamaruddin Hj Hussin3, dalam bidang pendidikan strategi merujuk kepada satu aktiviti pengurusan atau kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia lebih berkait rapat dengan pendekatan, teknik, kaedah dan aktiviti. Maka strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dirumuskan sebagai satu strategi dan taktik di mana taktik disifatkan sebagai aktiviti-aktiviti yang spesifik atau cara-cara tertentu dalam pelaksanaan rancangan4. Jadual di bawah menunjukkan hubung kait teori pembelajaran dan strategi pengajaran5.

Pendekatan Model Prinsip dan Teori

Strategi Kaedah

Pengajaran

Teknik mengajar Aktiviti

i. Pendekatan Pendekatan merupakan aspek yang paling berkait rapat dengan strategi. Menurut Eee Ah Meng6, pendekatan merupakan satu cara untuk mendekati sesuatu atau bagaimana mata pelajaran itu diajar berdasarkan kepada objektif jangka panjang yang telah ditetapkan. Dalam konteks pendidikan, Mok Soon Seng menyatakan bahawa pendekatan dalam bidang pendidikan ialah satu teori pembelajaran yang beraksiomatik7 dan diamalkan dalam sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektif yang hendak dicapai. Oleh itu, segala bentuk pendekatan yang hendak dilakukan seharusnya disandarkan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran seperti konkrit kepada abstrak, mudah kepada kompleks dan umum kepada khusus8. Zawawi Hj Ahmad pula mentafsirkan pendekatan ialah 1

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka , dicapai pada 17 Mac 2014, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=strategi. 2 Noraini Idris dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis (Malaysia: Mc Graw Hill Sdn Bhd), 79 3 Kamaruddin Hj Hussin, Pedagogi: Asas Pendidikan (Selangor: Kumpulan Budiman, 2003), 120 4 Noraini Idris dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis, 79 5 Siti Rohana Abd. Majid, “Strategi Pengajaran Pembelajaran Ibadah Dalam Pendidikan Islam : Kajian Di Sekolah-Sekolah Menengah di Daerah Petaling, Selangor”( disertasi Syariah, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2007), 16 6 Eee Ah Meng, Pedagogi: Satu Pengenalan ( Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1991), 235 7 Aksiomatik: Kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti dan alasan. 8 Mok Soon Sang, Pedagogi Semester III (Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd, 2002),50

|MUQADDAS IV, 14-15 April 2014, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, MALAYSIA

usaha menghuraikan sifat-sifat mata pelajaran yang diajar serta menghuraikan falsafahnya. ii.

Kaedah

Kaedah ialah satu cara atau peraturan membuat sesuatu1. Eee Ah Meng berpendapat kaedah ialah satu siri tindakan guru yang sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif yang spesifik iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran2. Menurut Zawawi Haji Ahmad, dalam konteks pendidikan kaedah merupakan satu perancangan yang sistematik untuk menyampaikan bahan pengajaran3. Ia menerangkan cara menguruskan sesuatu dengan menggabungkan teknik-teknik pengajaran, isi kandungan dan bahan bantuan mengajar agar objektif sesuatu pengajaran dapat dicapai. Sesuatu perkara yang hendak disampaikan seharusnya menggunakan kaedah atau metode yang tertentu dan bersesuaian agar perkara yang hendak disampaikan itu dapat diterima dengan baik dan berkesan. Setiap kaedah yang dipilih seharusnya dilihat daripada pelbagai aspek untuk memudahkan kita untuk mengetahui bahawa kaedah yang dipilih itu adalah bersesuaian. Antara aspek yang perlu dilihat adalah seperti berikut : a) b) c) d) e)

Objektif pengajaran Jangka masa pengajaran Bahan-bahan pengajaran yang ada Latar belakang pelajar Jumlah dan susunan pelajar

iii. Teknik Pengajaran Teknik diibaratkan sebagai senjata bagi seorang guru apabila hendak mengajar di dalam kelas. Tanpa teknik yang khusus, segala input yang diberikan tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada pelajaran yang diajar. Abdul Raof Dalip4 menyatakan bahawa teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Manakala Kamaruddin Haji Hussin5 mentafsirkan teknik sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti. Guru perlu merangka teknik-teknik yang tertentu untuk menyampaikan sesuatu pelajaran kepada pelajar agar proses pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Terdapat pelbagai teknik yang boleh di aplikasi oleh seorang guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Teknik-teknik yang hendak digunakan perlu bersesuaian dengan mata pelajaran yang diajar dan suasana pembelajaran. iv. Aktiviti Aktiviti perlu dijalankan dalam proses pembelajaran dan pengajaran kerana ia dapat mengukuhkan lagi proses pembelajaran di mana ia berkait rapat dengan strategi pembelajaran dan pengajaran. 1

Kamus Dewan, (2002), 557 Eee Ah Meng, 1991, 236 3 Zawawi Haji Ahmad, Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM (Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1992), 43 4 Abdul Raof Dalip et.al, Pendidikan Islam Malaysia ( Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993), 155 5 Kamaruddin Haji Husin, Pedagogi Bahasa: Pengkaedahan (Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman, 1998), 83 2

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran Melalui Program Televisyen: Kajian di Tv Al-Hijrah Monika @ Munirah Abd Razzak et al. |

PROGRAM PEMBELAJARAN TELEVISYEN DI TV AL-HIJRAH

AL-QURAN

MELALUI

PROGRAM

Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan, terdapat beberapa program pembelajaran alQuran yang telah disiarkan oleh TV Al-Hijrah. Jadual di bawah menunjukkan senarai program pembelajaran al-Quran yang disiarkan melalui TV Al-Hijrah. Bil 1 2 3 4 5

Nama Program 30 Minit Bersama Ustaz Don Reflections Madrasah Al-Quran Al-Quran The New Dawn Atlas Al-Quran

1. 30 Minit Bersama Ustaz Don Program ini merupakan sebuah kuliah yang berbentuk interaktif. Ia dikendalikan oleh Ustaz Don Danial. Program ini disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 9.30 malam. Program ini akan membincangkan mengenai fardhu ain dan juga mengenai hukum-hukum tajwid. 2 hari diperuntukkan untuk membincangkan mengenai fardhu ain dan juga 2 hari selebihnya untuk hukum tajwid1. 2. Reflections2 Program ini merupakan sebuah program tafsir al-Quran dalam bahasa Inggeris. Ia dikendalikan oleh Imam Suhaib Webb dari Amerika Syarikat. Program ini memfokuskan pembelajaran tafsir al-Quran yang berkait dengan isu-isu yang berlaku dalam kalangan masyarakat umat Islam seperti aspek sosial, spiritual, akidah dan pelbagai lagi isu-isu yang bersifat global. Surah-surah dari Al-Quran akan dipilih berdasarkan isu yang dibincangkan pada hari tersebut. Program ini disiarkan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad pada jam 9.30 malam dan akan diulang semula pada hari Isnin hingga Rabu pada jam 7.00 pagi. 3. Madrasah Al-Quran3 Program ini merupakan salah satu daripada rangkaian program Madrasah AlHijrah. Ia disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 pagi. Rancangan ini disampaikan secara tidak formal agar mudah didekati oleh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Tujuan utama rancangan ini adalah supaya masyarakat menyedari kepentingan untuk menuntut ilmu melalui guru yang tepat dan betul serta bijak membuat pilihan yang betul melalui jalan penyelesaian yang telah ditunjukkan oleh Islam melalui al-Quran dan Sunah demi melahirkan masyarakat yang celik dalam Islam. Program ini disampaikan oleh tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang pakar dalam bidang AlQuran, Hadis, Syariah dan sebagainya. 1

30 Min Bersama Ustaz Don, dicapai pada 21 Mac 2014, http://www.tvalhijrah.com/Rancangan/SantapanRohani/30-Minit-Ustaz-Don.aspx . 2 Reflections, dicapai pada 24 Mac 2014, http://www.tvalhijrah.com/Rancangan/SantapanRohani/Reflection.aspx . 3 Madrasah Al-Hijrah, dicapai pada 24 Mac 2014, http://www.tvalhijrah.com/Rancangan/SantapanRohani/Madrasah-Alhijrah.aspx .

|MUQADDAS IV, 14-15 April 2014, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, MALAYSIA

4. Al-Quran The New Dawn Sebuah program dokumentari berkaitan dengan tafsir al-Quran berdasarkan surahsurah yang terpilih. Program ini mengajak setiap penonton merenungi semula setiap kalimah dalam AL-Quran yang mengandungi seribu satu makna yang tersirat dan tersurat. 5. Atlas Al-Quran1 Program ini merupakan sebuah program dokumentari yang membincangkan tempat-tempat yang dinyatakan di dalam Al-Quran tentang berlakunya sesuatu peristiwa. Ia disiarkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 2.30 petang. Satu tempat yang berkaitan dengan kisah tertentu akan disampaikan pada setiap episode. Ia dimulai dengan bacaan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan tempat tersebut seterusnya dibacakan tafsir oleh adik-adik yang mengacarakan program ini. Di antara kisah-kisah yang disampaikan di dalam program ini adalah seperti kisah Nabi Nuh, Qabil & Habil, Ashabul Ukhdud, kisah Firaun dan banyak lagi. Program ini bertambah menarik dengan nilai-nilai pengajaran yang boleh diambil melalui kisah-kisah yang disampaikan. MASALAH DAN CABARAN Manusia tidak pernah sunyi daripada menghadapi masalah dalam setiap gerak kerja yang dilakukan. Hatta kerja yang dilakukan mengikut perancangan sekalipun pasti akan berhadapan dengan masalah yang tersendiri. Dalam menelusuri perkembangan semasa pada hari ini, kita melihat proses dakwah melalui jalan-jalan yang begitu mencabar terutamanya ketika berhadapan dengan golongan sasaran yang mempunyai seribu satu watak. Cabaran-cabaran ini sekiranya tidak ditangani dengan baik sudah pasti akan menimbulkan masalah yang lebih besar pula. Di antara masalah dan cabaran yang dihadapi dalam proses pembelajaran dan pengajaran melalui program televisyen TV AlHijrah adalah seperti berikut: 1) Komunikasi yang terhad Komunikasi merupakan satu proses yang amat penting dalam penyampaian mesej dakwah. Menurut Ghazali Sulaiman2, komunikasi dalam Islam merupakan komunikasi yang berasaskan nilai-nilai keagamaan dan terjamin kebenarannya serta membawa keselamatan di dunia dan akhirat. Islam amat mementingkan proses komunikasi kerana ia melambangkan ketelusan dan kejujuran dalam sesuatu perhubungan. Secara tidak langsung, ia mampu mewujudkan nilai kepercayaan antara satu sama lain. Program pembelajaran al-Quran yang disiarkan di televisyen kebanyakannya disiarkan secara langsung bagi memudahkan interaksi antara pengacara dan penonton di rumah. Di antara contoh program yang menggunakan konsep program secara langsung adalah seperti program 30 Minit Ustaz Don dan Reflections. Program ini menggunakan kaedah komunikasi dua hala di mana penonton boleh menghubungi Ustaz Don secara 1

Atlas Al-Quran, dicapai pada 24 Mac 2014, http://www.tvalhijrah.com/Rancangan/SantapanRohani/Atlas-Quran.aspx . 2 Nor Raudhah Hj Siren, Retorik Penulisan Dakwah (Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 2013), 24

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran Melalui Program Televisyen: Kajian di Tv Al-Hijrah Monika @ Munirah Abd Razzak et al. |

langsung bagi mengemukakan sebarang soalan kepadanya. Namun timbul permasalahan di sini di mana waktu yang diperuntukkan bagi setiap program agak terhad menyebabkan komunikasi berjalan secara terhad. Penonton juga tidak dapat bertanya dengan lebih lanjut sekiranya wujud kekeliruan terhadap jawapan yang diberikan. 2) Kemudahan tontonan semula Kadang kala program-program pembelajaran al-Quran disiarkan pada waktu yang kurang bersesuaian dengan penonton. Bagi penonton yang tidak bekerja agak mudah mereka mengikuti rancangan tersebut secara langsung namun bagi golongan bekerja ia menjadi satu kekangan bagi mereka untuk mengikuti pembelajaran al-Quran. Ia menyebabkan tidak semua penonton dapat menonton program tersebut. Justeru itu, pihak stesen penyiaran seharusnya mengambil inisiatif dengan menyediakan laman web yang menyediakan kemudahan untuk tontonan semula. Sebagai contoh, pihak Media Prima telah menyediakan laman web tersendiri di bawah alamat www.tonton.com.my bagi memudahkan penonton menonton semula rancangan-rancangan kegemaran mereka pada bila-bila masa dengan mudah. Hal ini perlu dicontohi oleh pihak TV Al-hijrah agar matlamat untuk menyampaikan dakwah melalui media penyiaran kepada masyarakat dapat dicapai. Walaupun laman web rasmi TV Al-Hijrah telah disediakan namun akses bagi memudahkan penonton menonton semula rancangan-rancangan yang telah disiarkan masih belum lagi diwujudkan. Tambahan pula dengan adanya kemudahan akses internet yang begitu mudah dicapai pada hari ini dapat menggalakkan masyarakat untuk terus mendalami ilmu berkaitan dengan al-Quran pada bila-bila masa sahaja. KESIMPULAN Hari ini kita menyaksikan media memainkan peranan yang penting dalam proses penyampaian maklumat kepada masyarakat. Maka golongan pendakwah seharusnya merebut peluang ini sebaik yang mungkin agar proses pembelajaran ilmu agama khususnya pembelajaran al-Quran tidak hanya berlangsung di dalam kelas-kelas agama sahaja bahkan boleh diperkembangkan di pelbagai tempat. Kita harus sedar melalui media pembelajaran al-Quran tidak hanya tertakluk kepada masyarakat Islam sahaja bahkan golongan bukan Islam juga berpeluang untuk mendalami ilmu al-Quran.

PENGHARGAAN Kajian ini mendapat peruntukan dana penyelidikan dari geran penyelidikan Universiti Malaya iaitu RP008C-13SBS

|MUQADDAS IV, 14-15 April 2014, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, MALAYSIA

RUJUKAN Mohd Majid Konting & Zakaria Kasa, “Pengetahuan dan kemahiran pengajaran: Satu Kajian Kes Di Kalangan Guru Pelatih” (makalah, Seminar Kebangsaan Pendidikan Guru, Alor Setar 19-20 Mei 2002). Yusuf. Al-Qardhawi, “Menghafal al-Quran” (Bandung: Seri Tarbiyah Mizan, 2010) Pusat Rujukan Persuratan Melayu, laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka , dicapai pada 17 Mac 2014, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=strategi. Noraini Idris dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis (Malaysia: Mc Graw Hill Sdn Bhd) Kamaruddin Hj Hussin, Pedagogi: Asas Pendidikan (Selangor: Kumpulan Budiman, 2003) Siti Rohana Abd. Majid, “Strategi Pengajaran Pembelajaran Ibadah Dalam Pendidikan Islam : Kajian Di Sekolah-Sekolah Menengah di Daerah Petaling, Selangor”( disertasi Syariah, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2007) Eee Ah Meng, Pedagogi: Satu Pengenalan ( Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1991) Mok Soon Sang, Pedagogi Semester III (Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd, 2002),50 Kamus Dewan Zawawi Haji Ahmad, Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM (Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1992) Abdul Raof Dalip et.al, Pendidikan Islam Malaysia ( Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993) Kamaruddin Haji Husin, Pedagogi Bahasa: Pengkaedahan (Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman, 1998) Nor Raudhah Hj Siren, Retorik Penulisan Dakwah (Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 2013) Syahrul N. Junaini dan Sulaiman Kadikon, “Isu dan Cabaran dalam Memperkasakan Ummah Melalui ICT” (makalah, Seminar Antarabangsa Sains Islam dan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, Putra World Trade Centre (PWTC), 18-19 Mac 2008

Suggest Documents