Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi Berbantukan Komputer

Persidangan Pendidikan Geografi Kebangsaan (II) 2004, 14-15 Julai 2004, Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Pengaja...
Author: Barry Ryan
6 downloads 3 Views 335KB Size
Persidangan Pendidikan Geografi Kebangsaan (II) 2004, 14-15 Julai 2004, Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi Berbantukan Komputer Habibah Hj. Lateh Arumugam Raman [email protected] [email protected]

Bahagian Geografi Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Abstrak

Kesedaran tentang kepentingan kaedah mengajar geografi sejak kebelakangan ini dapat dilihat dengan adanya penganjuran seminar, bengkel dan kursus pendidikan geografi di seluruh negara serta pelaksanaan sukatan pelajaran baru di peringkat sekolah menengah. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah pendekatan terbaru yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai Isian Kursus (courseware) telah dibangun dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) geografi di negara-negara maju. Di Malaysia kita masih di peringkat awal dalam penggunaan ICT dalam bidang geografi. Kertas ini mengkaji peranan komputer dalam pengajaran geografi. Selain itu, kajian juga dibuat ke atas sumber-sumber ICT yang terdapat pada masa kini dan mencadangkan penggunaannya dalam bidang geografi. Analisis pelbagai sumber ICT menunjukkan, sumber-sumber ICT dapat membantu proses P&P menjadi lebih berkesan. ________________________________________________________________________

Pengenalan

Kesedaran masyarakat terhadap kualiti pengajaran dan pengajaran meningkat selaras dengan perkembangan ekonomi negara yang agak mantap. Perkembangan teknologi mewujudkan pandangan baru bagi bidang pendidikan. Menurut Robert Taylor (1980), penggunaan komputer dalam pendidikan melibatkan tiga komponen: i) Tutor Komputer sebagai guru kepada pelajar ii) Alat - sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh: Pemproses perkataan, grafik, dan penerbitan meja (Desktop Publishing). iii) Tutee - mengajar komputer melalui bahasa pengaturcaraan. Ketiga-tiga komponen ini memainkan peranan penting dalam pengajaran 1

Persidangan Pendidikan Geografi Kebangsaan (II) 2004, 14-15 Julai 2004, Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

dan pembelajaran bilik darjah. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan khususnya dalam bidang geografi masih di peringkat awal di Malaysia. Bidang geografi bukan sahaja mengalami pembaharuan tetapi perubahan. Pelaburan dalam bidang geografi sejak 1980-an oleh Institusi Pengajian Tinggi di barat memberikan impak yang besar terhadap pengajaran geografi di seluruh dunia. Kemunculan pengajaran dan pembelajaran geografi berbantukan komputer di negara-negara maju membuka mata para penyelidik, guru dan penggubal dasar di negara kita. Pelbagai seminar, bengkel dan perbincangan telah dan sedang dijalankan di seluruh Malaysia untuk mengetahui peranan, dan kedudukan ICT dalam bidang geografi. Hasil usaha pelbagai pihak membuka ruang yang luas untuk menggunakan ICT dalam bidang geografi. Pertama, kemunculan dalam pembangunan kursus geografi yang berasaskan teknologi komputer. Kebanyakan kursus yang ditawarkan di universiti seperti 'Automasi Kartografi', 'Remote Sensing' dan 'Sistem Maklumat Geografi' melibatkan penggunaan komputer. Kedua, komputer digunakan sebagai alat pengajaran dan pembelajaran geografi dengan melalui beberapa kaedah seperti 'Pembelajaran Berbantukan Komputer' (CAL), 'Arahan Berbantukan Komputer' (CAI), atau 'Pembelajaran Berasaskan Komputer' (CBL).

Bidang geografi mengkaji keadaan dunia sebenar dan berpotensi memberikan sumbangan bermakna dalam bidang politik, penyelidikan dan perniagaan. Menyedari kepentingan

bidang

geografi,

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

harus

mempertimbangkan kemungkinan penggunaan sumber ICT untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Sumber-sumber ICT Dan Sokongannya Dalam Pendidikan Geografi

Di negara kita, sepanjang tempoh 25 tahun, pelbagai sumber dan perisian ICT telah pun dibangunkan bagi tujuan pendidikan khususnya pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sumber ICT yang direkacipta boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, perisian ICT yang bertujuan secara am. Kedua, perisian yang dibangunkan berdasarkan tuntutan pedagogi sebaik mungkin dan berdasarkan kurikulum

2

Persidangan Pendidikan Geografi Kebangsaan (II) 2004, 14-15 Julai 2004, Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

sekolah. Jadual 1, menunjukkan pemilihan pelbagai jenis perisian dan sumber ICT bearasaskan kriteria di atas.

Jadual 1: Jenis perisian dan sumber ICT serta kegunaannya dalam P&P Jenis Perisian Dan Penggunaan Dalam P&P Sumber ICT Latihtubi Latihan komputer mekanistik, direka untuk menyediakan latihan ujian dan latihan pengukuhan dalam pengetahuan tertentu dan kemahiran. Arahan Berbantukan 'pembelajaran berprogram' seperti ' sistem tutorial kecerdasan' Komputer (CAI) dibangunkan berasaskan kepintaran buatan. Isian Kursus Isian kursus untuk digunakan semasa demonstrasi dan sebagai alat Persembahan persembahan. Permainan Situasi yang disimulasikan. Pelajar berlakon dan berinteraksi berasaskan dengan komputer komputer Simulasi Mensimulasikan proses dalam dunia sebenar. Eksperimen bersistematik. Alat Binaan Model Pemodelan Grafik, Hamparan elektronik, Pengaturcaraan Bahasa digunakan untuk membentuk model. Perisian Maklumat Program yang digunakan untuk mengkaji data geografi dengan Geografi menggunakan kaedah standard. Contoh: Peta tematik, Perisian proses imej. Hyperteks dan 'Hyperteks' membolehkan maklumat teks diatur dalam rangkaian Hypermedia kompleks. Sistem 'Hypermedia' membantu pelbagai jenis maklumat dibangunkan dalam rangkaian. 'Data Logging' Perkakasan yang digunakan untuk mengolah dan memproses data. Maklumat yang diperolehi dimuatkan dalam komputer peribadi untuk mengawal dan memproses data selanjutnya. Cakera Video Alat penstoran besar yang boleh muatkan 55,000 bingkai setiap bahagian daripada 12 inci cakera padat. Maka ia sangat berguna untuk menyimpan gambarfoto, gambarajah dan peta. Cakera Padat Optik Alat penstoran besar yang boleh menyimpan 550 megabait setiap cakera 4.75 inci. Sistem Multimedia Sama seperti video, tetapi boleh menggabungkan pelbagai media seperti Teks, Grafik, Video, Animasi, dan Hipermedia. Komunikasi Komunikasi antara pelayan dan pengguna. Rangkaian kawasan Komputer setempat (LAN) dan Rangkaian Kawasan Luas (WAN) membantu pengumpulan sumber geografi secara spontan. Sumber: Microcomputer In Geography Teaching

3

Persidangan Pendidikan Geografi Kebangsaan (II) 2004, 14-15 Julai 2004, Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Sejak tahun 1970an, para ahli geografi berusaha merekabentuk dan mengguna sumber-sumber komputer dalam pengajaran mereka. Perisian 'generik' seperti pangkalan data, hamparan elektronik, pemprosesan perkataan yang tidak mengandungi unsur-unsur geografi banyak membantu dalam P&P geografi. Walaupun perisian begini tidak dibangunkan untuk geografi tetapi pemuatan data-data geografi dalam sistemnya menjadikan pengajaran pembelajaran lebih efektif. Sebagai contohnya, perisian generik boleh digunakan untuk menyelidik data daripada kajian lapangan, eksperimen makmal atau sumber kedua dalam penyediaan model simulasi.

Kesemua sumber ICT yang dibincangkan di atas boleh menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Beberapa pendekatan pengajaran dan pembelajaran seperti main peranan, permainan, kerja kumpulan, simulasi dan lain-lain lagi boleh diaplikasi dan diintergrasikan bersama ICT.

Komputer Sebagai Penyelaku (Simulator)

Simulasi komputer semakin popular dalam bidang pendidikan geografi (Shepherd, 1985). Kebanyakan perisian simulasi yang dibangunkan adalah untuk menerangkan konsep fizikal berbanding kemanusiaan. Pada masa kini program interaktif simulasi komputer menjimatkan masa guru dan pelajar. Para guru tidak perlu memodelkan sesuatu kejadian secara manual mengikut petua atau prosedur. Hampir semua kejadian dunia sebenar boleh ditunjukkan dalam simulasi komputer. Sebagai contohnya program simulasi 'Hujan' yang dibangunkan menunjukkan kitaran hidrologi di kawasan tasik (Riley, 1990). Simulasi komputer digunakan sebagai medium untuk mengkaji sistem persekitaran dan sosial yang menawarkan beberapa kelebihan seperti penyediaan demonstrasi, menjalankan eksperimen, meniru peristiwa, mengaitkan ciri-ciri dunia sebenar, mempersembahkan persekitaran untuk penyelesaian masalah dan bertindak sebagai penilai teori-teori geografi. Secara ringkasnya, simulasi komputer membantu pelajar memahami kejadian sebenar yang berlaku di bumi dengan cara yang lebih mudah, instruktif dan konkrit . Contohnya seperti letusan gunung berapi. Rajah 1,

4

Persidangan Pendidikan Geografi Kebangsaan (II) 2004, 14-15 Julai 2004, Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

menunjukkan urutan simulasi letusan gunung berapi. Pelajar Malaysia yang tidak pernah melihat kejadian letusan gunung berapi

boleh memahami kejadiannya melalui

penggunaan ICT.

1

2

4

3

Rajah 1 : Simulasi Letusan Gunung Berapi Sumber: www.childrensmuseum.org

Permainan Berasaskan Komputer

Permainan berasaskan komputer tidak seperti simulasi komputer tetapi ia dibangunkan dalam konteks geografi kemanusiaan seperti proses membuat keputusan dalam pertanian, menentukan lokasi industri dan pengembaraan ( Kent, 1978). Dalam kes ini selalunya pengguna boleh memilih tahap kesukaran, dan sistem yang dibangunkan menyediakan beberapa jenis permainan geografi. Sebilangan permainan melibatkan pengujian kemahiran manakala yang lain menguji pengetahuan geografi pengguna.

5

Persidangan Pendidikan Geografi Kebangsaan (II) 2004, 14-15 Julai 2004, Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Kegunaan permainan berasaskan komputer adalah untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Malone (1981), mencadangkan guru perlu berwaspada memilih jenis permainan. Permainan yang dipilih patut memotivasikan pelajar dan tidak begitu mementingkan unsur-unsur seperti grafik secara berlebihan. Selain itu, permainan juga menggalakkan penguasaan kemahiran. Sebagai contohnya, permainan ''Hunt the Hurkle" direkabentuk untuk membantu mengukuhkan pemahaman pelajar tentang topik 'panduan grid' di tingkatan dua. Tambahan pula, permainan membantu pembentukan sikap seseorang pelajar. Program permainan yang berkaitan dengan pengurusan sumber, kawalan pencemaran, pencegahan penyakit sosial memberikan pengetahuan kepada pelajar dan membentuk sikap positif terhadap alam sekitar dan sesama manusia. Walaubagaimanapun permainan komputer hanya akan berjaya jika guru mempunyai perancangan dalam jadual dan diuruskan dengan betul. Pelbagai strategi boleh dipraktikkan seperti 'Integrated Classroom', jika kekangan peralatan komputer wujud dalam bilik darjah.

Pembelajaran Berpasukan

Walaupun teknologi cakera padat telah wujud pada beberapa abad yang lalu, namun kebolehannya untuk digunakan dalam bidang pendidikan hanya baru disedari sekarang. Dengan kebolehan menyimpan maklumat yang begitu banyak (800MB) serta memaparkan setiap bingkai dalam satu masa, cakera padat optik boleh digunakan dalam pelbagai keadaan. Ia boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar di kelas sebagai perantaraan semasa pembelajaran berpasukan dan juga berperanan sebagai tutor individu. Cakera padat optik digital memiliki fungsi memainkan semula urutan bingkai. Sebagai contohnya tayangan gambar 'The Day After Tomorrow' yang menggambarkan perubahan cuaca di hemisfera utara dunia. Penayangan semula cakera padat optik ini berulangkali jauh lebih murah berbanding filem konvensional dan video. Cakera padat optik memberikan ruangan luas kepada para pembangun 'courseware' geografi berbentuk multimedia. Perisian multimedia yang terdiri daripada imej, klip video, grafik, suara latar serta animasi memerlukan ruang simpanan yang besar. Sebagai rumusannya penggunaan

6

Persidangan Pendidikan Geografi Kebangsaan (II) 2004, 14-15 Julai 2004, Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

cakera padat optik memiliki kelebihan dalam pengajaran geografi. Ia menawarkan pengalaman pembelajaran dengan mengintergrasikan visual dan pendengaran. Ia membenarkan pelajar belajar di tempat dan masa yang mereka pilih.

Strategi P&P Inkuiri Dan Penemuan Strategi inkuiri dan penemuan hanya akan berjaya jika pelajar diberi peluang untuk melihat dan menjustifikasi sesuatu bahan pelajaran yang dicadangkan oleh guru. Gambarfoto merupakan salah satu alat bantu belajar yang boleh digunakan untuk menjayakan strategi inkuiri dan penemuan. Teknologi terkini menawarkan 'Kamera Digital' yang merakam gambarfoto yang berkualiti tinggi. Ia boleh digunakan untuk mengumpul bukti, mengukuhkan pemerhatian kerana foto digital boleh digunakan sebagai lampiran dalam E-Mel dan boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat. Sebagai contohnya pengambilan gambar sekolah membantu pelajar sekolah menengah rendah menghayati kedudukan bangunan sekolah dan bilik mereka. Proses ini dapat membantu pelajar membandingkan keadaan dahulu (gambar lama) dengan keadaan sekarang. Mereka akan membandingkan kedua-dua foto dan dapat merumuskan perubahan yang berlaku dipersekitaran mereka. Guru boleh menyediakan latihan formatif berdasarkan gambarfoto yang diambil semasa proses P&P. Pelajar juga boleh menilai sendiri pengurusan alam sekitar di negara mereka. Amalan latihan geografi begini mewujudkan nilai murni dalam sanubari pelajar masing-masing. Peralatan ICT seperti pengimbas (scanner), kamera digital serta mesin cetak menimbulkan minat jika dibandingkan dengan pembelajaran secara konvensional.

Strategi P&P Akses Kendiri Internet menawarkan maklumat yang terlalu banyak kepada pelajar geografi. Pelajar boleh mengakses teks, gambar foto, klip video dan bunyi daripada lokaliti hingga ke peringkat global. Banyak laman web dibina untuk kegunaan dalam subjek geografi.

7

Persidangan Pendidikan Geografi Kebangsaan (II) 2004, 14-15 Julai 2004, Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Internet boleh digunakan untuk melancarkan P&P dalam bilik darjah. Penggunaan peta dari Internet merupakan satu lagi media pembelajaran yang boleh meluaskan pengetahuan mereka dalam bidang geografi.

Rajah 2: Peta Malaysia Dari Internet Sumber: www.multimap.com

Rajah 2, menunjukkan peta Malaysia yang dipetik daripada laman web. Laman ini menawarkan pembelajaran interaktif mudah. Contohnya pelajar boleh mengubahsuai skala peta untuk melihat dengan lebih dekat sesuatu tempat. Jika pelajar mengklik Kuala Lumpur dengan berdasarkan skala 1:1000000, peta akan berubah bentuk seperti dalam Rajah 3. Para pelajar boleh mendapatkan peta mana-mana negara yang mereka inginkan. Cara begini memudahkan pelajar Tingkatan Tiga mengakses maklumat geografi, khususnya untuk melengkapkan kerja kursus mereka. Beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan peta selain di atas termasuk " UK Ordance Survey Maps", "Historical maps of the UK" dan "Evironmental maps".

8

Persidangan Pendidikan Geografi Kebangsaan (II) 2004, 14-15 Julai 2004, Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Rajah 3: Peta Kuala Lumpur setelah dibesarkan Sumber: www.multimap.com

Enjin Pencarian ( Search Engine) adalah satu lagi bantuan dari Internet. Enjin Pencarian maklumat boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat seperti populasi dan statitisk cuaca tempatan dan luar negara. Ia selalunya digunakan untuk mencari jawapan bagi soalan spesifik. Contohnya soalan berbunyi "Apakah bangunan yang tertinggi di dunia?" serta maklumat mengenai pusat-pusat pelancongan, hotel, isu-isu alam sekitar dan sebagainya. Beberapa laman web yang dicadangankan untuk pelajar adalah seperti www.google.com, www.altavista.com dan www.lycos.co.uk.

Cadangan Penggunaan ICT dalam Geografi

Berdasarkan teori tingkahlaku (Behaviorism) dan kognitif pembelajaran berlaku apabila pengetahuan dipindahkan kepada pelajar dan ianya mementingkan produk atau hasil pembelajaran. Perbincangan diatas merumuskan ICT boleh melakukan keduaduanya. Aktiviti pendidikan dibahagikan kepada dua bahagian utama. Pertama, aktiviti memusatkan guru dan kedua, aktiviti memusatkan pelajar.

9

Persidangan Pendidikan Geografi Kebangsaan (II) 2004, 14-15 Julai 2004, Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Aktiviti memusatkan guru bermaksud guru menjadikan komputer sebagai penolong peribadi (personal assistant), komputer sebagai alat persembahan, sebagai pemangkin, guru, penasihat dan alat penganalisis. Dalam bidang geografi, komputer menyokong pengajaran konvensional. Rekod bibliografi seperti 'GEOBASE', pangkalan data CD-ROM menyediakan senarai bahan bacaan serta nota kuliah geografi. Pemprosesan kata dan hamparan elektronik pula boleh digunakan untuk menyediakan graf, carta dan peta geografi. Walaupun komputer masih dianggap pengganti yang lemah bagi pendidikan konvensional tetapi ia boleh memberikan impak yang kuat dalam persembahan kuliah. Kini terdapat pakej penganalisisan data, Rekabentuk Berbantukan Komputer (CAD), penganalisisan peta tematik yang boleh digabungkan untuk menerangkan teori dan ilustrasi geografi secara realistik. Semasa sesi perbincangan pula guru boleh menggunakan komputer bersama-sama dengan pelajar untuk menjawab soalan mereka serta menjana idea untuk perbincangan selanjutnya. Dalam kes ini, komputer bertindak sebagai pemangkin. Komputer boleh digunakan untuk mengeluarkan arahan, menyediakan latihan pengukuhan dan menyediakan maklumbalas. Sebagai contohnya, adalah sukar bagi seseorang guru untuk menyampaikan maklumat dan menilai tahap kefahaman individu dalam saiz kelas yang besar. Komputer boleh menyediakan persekitaran pembelajaran kendiri.

Kekurangan masa merupakan masalah besar bagi seseorang guru dan guru terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk menyelesaikan kemusykilan pelajar tentang sesuatu topik yang dipelajari. ICT boleh membantu guru dan bertindak sebagai penasihat menyelesaikan masalahnya. Beberapa cara boleh digunakan untuk menyelesaikan kemusykilan pelajar. Antaranya pangkalan data 'GEOBASE' mungkin boleh membantu pelajar mencari maklumat yang mereka perlukan. Jika guru ingin menguji pemahaman pelajar ke atas sesuatu topik,

komputer bertindak sebagai alat diagnostik yang

bersistematik. Komputer juga bertindak sebagai penganalisis. Dalam bidang geografi perisian analisa data penyelidikan (Computer-based exploratary data analysis) digunakan untuk menguji hipotesis sesuatu eksperimen. Sebilangan perisisan komputer seperti SPSS dan MINITAB merupakan pakej analisis interaktif sesuai penganalisisan data-data geografi.

digunakan dalam

Visualisasi Data Geografi (Geographical data

10

Persidangan Pendidikan Geografi Kebangsaan (II) 2004, 14-15 Julai 2004, Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

visualization) boleh digunakan untuk melakar peta berdasarkan data yang dikumpul dalam kerja lapangan. Komputer juga boleh digunakan untuk menterjemahkan data 'remote sensing'. Manipulasi data daripada gambar satelit mungkin tidak menjadi kenyataan tanpa sokongan komputer. Di peringkat tertiari perisian pemprosesan pengimejan yang lebih murah digunakan. Pengolahan maklumat geografi memerlukan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS) bersama dengan perisian peta. Perisian seperti PC-MAP menyediakan operasi grid - sel dan “Arcview” beroperasi berdasarkan bentuk vektor.

Kesimpulan Perkembangan dalam bidang ICT serta penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu mudah dicapai, disebar dan disimpan. Teknologi hanya dianggap sebagai pemangkin kepada keberkesanan proses P&P tetapi kemahiran guru dari segi aspek pedagogi, psikologi dan teknologi mempengaruhi kejayaan penggunaan teknologi yang dicadangkan dalam kertas ini. Bidang geografi tidak patut ketinggalan dalam arus pembangunan bidang lain. ICT perlu diintegrasikan berlandaskan pedagogi. Melalui penggunaan ICT,

para pelajar akan menyedari bagaimana ICT membolehkan

komunikasi berlaku dengan lebih berkesan dan berkongsi maklumat yang penting. Perbincangan dalam kertaskerja ini menunjukkan komputer boleh memainkan peranan yang penting dalam proses P&P geografi. Secara ringkasnya ICT boleh digunakan untuk mengkomunikasikan idea, mengumpul semula data, mengubahsuai data, memproses serta mempersembahkan data dalam pelbagai bentuk, menjadikan pembelajaran kolaboratif lebih berkesan, menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan alam sekitar dan membantu pelajar menjalankan penyelidikan dalam bidang geografi.

11

Persidangan Pendidikan Geografi Kebangsaan (II) 2004, 14-15 Julai 2004, Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Bibliografi

1. Baharuddin Aris, 2002. Reka Bentuk Perisian Multimedia. Skudai: Penerbit UTM. 2. Baharuddin Aris, 2003. Sains Komputer Teknik dan Teknologi. Venton Publishing: Selangor. 3. Ismail Zain, 2002. Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. KL: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 4. Kent, 1987. Microcomputers in Geography Teaching. NY: Longman Publishing. 5. Robert T., 1980. Educational Technology in Curriculum Development. London: Harper and Row Ltd. 6. Shepherd, 1980. Computer Assisted Learning in Geography. Englewood, CO: Libraries Unlimited Co. 7. Watson, 1984. Exploring Geography with Microcomputers. London: International Thompson Publishing.

12

Suggest Documents