PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI UTHM AISHA BINTI ABD.GHANI

i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI UTHM AISHA BINTI ABD.GHANI Laporan projek ini dikemukakan sebagai me...
Author: Roland Hunter
3 downloads 2 Views 161KB Size
i

PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI UTHM

AISHA BINTI ABD.GHANI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JUN 2012

v

ABSTRAK

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah banyak digunakan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di kebanyakan universiti. Pembelajaran elektronik (elearning) merupakan suatu pendekatan pengajaran daripada gabungan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) juga merupakan salah sebuah institut pengajian tinggi yang telah melaksanakan kaedah e-pembelajaran dalam proses pembelajaran sejak tahun 2000. UTHM baru melaksanakan Sistem E-pembelajaran Author pada awal 2011 yang sebelumnya UTHM menggunakan Sistem Blackboard 8. UTHM melihat penggunaan Sistem E-pembelajaran Author sebagai satu instruksi pelengkap yang mampu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka, memahami dan menjelaskan fenomena penggunaan Sistem E-pembelajaran Author dalam kalangan pensyarah dan pelajar di UTHM sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dan menggunakan kaedah temubual sebagai sumber utama pengumpulan data. Secara umumnya, dapatan kajian menunjukkan terdapat isu utama yang timbul iaitu kurangnya penggunaan Sistem Epembelajaran Author dalam kalangan pensyarah dan pelajar. Terdapat pelbagai alatan dalam Sistem E-pembelajaran author yang boleh digunakan oleh pensyarah dan pelajar dimana sistem ini dapat membantu pensyarah dalam penyampai bahan pengajaran. UTHM mempunyai organisasinya sendiri dalam mentadbir Sistem Epembelajaran Author. Dapatan kajian juga menunjukkan pensyarah dan pelajar tidak/ kurang menggunakan sistem E-pembelajaran Author disebabkan dua halangan iaitu halangan situasi dan halangan teknologikal, selain daripada itu, isu ini timbul disebab dua item penyebaran yang tidak berfungsi dengan baik iaitu proses pengadopsian dan peranan agen-agen perubahan. Hasil pemahaman keatas keseluruhan dapatan kajian, membolehkan penyelidik membentuk satu kerangka konseptual penggunaan Epembelajaran.

vi

ABSTRACT

Nowadays, information technology and communications (ICT) had been widely used in teaching and learning especially in higher institutions. Electronic learning (elearning) is a new teaching approach which emerges by combining the information technology in teaching and learning process. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia is one of the universities which has implemented the e-learning in it teaching and learning process since 2000UTHM implement Author E-learning System in early 2011 of the previous UTHM Blackboard 8 System. UTHM look Author e-learning system as a complementary instruction that can enhance the effectiveness of teaching and learning process (P & P). The purpose of this study is to explore, understand and explain the phenomenon of the use of E-learning System Rank among lecturers and students of the University as a teaching and learning methods. This study used qualitative research methods and used the interview as the primary source of data collection. In general, the study shows there are major issues that arose were the lack of use of E-learning System Rank among lecturers and students. There are various tools in e-learning system that can be used by the author of lecturers and students in which this system can assist lecturers in teaching presenter. UTHM has its own organization in administering the Author E-learning System. The findings also indicate that the lecturers and students are not / less use of Author e-learning system by two barriers of technological barriers and obstacles situation, other than that, this issue are caused the spread of two items that do not work well in adoption process and the role of agents the changes. Result comprehension on the findings, enabling researchers developed a conceptual framework of e-learning use.

vii

KANDUNGAN

BAB 1

JUDUL TESIS

i

HALAMAN PENGAKUAN

ii

HALAMAN DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

SENARAI KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI RAJAH

xii

SENARAI LAMPIRAN

xiii

PENDAHULUAN

1

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

3

1.3

Pernyataan Masalah

6

1.4

Tujuan Kajian

7

1.5

Persoalan Kajian

7

1.6

Skop Kajian

8

1.7

Batasan Kajian

8

1.8

Kepentingan Kajian

9

1.9

Kerangka Teoritikal

9

1.10

Definisi Operational

10

1.10.1 Inovasi

10

1.10.2 Pengadopsian

10

1.10.3 Penggunaan

11

viii 1.11

BAB 2

Rumusan

11

KAJIAN LITERATUR

12

2.1

Pengenalan

12

2.2

Apa Itu E-Pembelajaran

12

2.3

Perkembangan E-Pembelajaran Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia

13

2.4

E-Pembelajaran Di Peringkat Universiti

14

2.5

Sejarah E-Pembelajaran Di Uthm

15

2.5.1 Pelaksanaan Sistem ‘Learning management System’ (Lms) ‘Uthm Academic Online Resources’ (Author) 2.6

15

Kelebihan E-Pembelajaran Dan Kesannya Terhadap Pelajar

16

2.7

Kepentingan E-Pembelajaran

17

2.8

Kepelbagaian Strategi Penggunaan.

2.9

Kandungan Bahan Terkini

18

2.8.1 Kandungan Bahan Terkini

19

2.8.2 Perkongsian Maklumat

19

2.8.3 Maklumat Diakses Secara Serentak

19

2.8.4 Interaktif

20

Sikap Pelajar Terhadap E-Pembelajaran Dan Faktornya

20

2.10

Sistem Pengurusan Pembelajaran (Spp)

22

2.11

Teori Resapan Inovasi

23

2.11.1 Kajian Lepas Yang Menggunakan Teori Resapan Inovasi 2.12

24

Penyebaran Dan Penerimaan Inovasi

25

2.12.1 Ciri - Ciri Inovasi

25

2.12.2 Jenis-Jenis Keputusan Inovasi

26

2.12.3 Saluran Komunikasi

27

2.12.4 Sistem Sosial

27

ix 2.12.5 Peranan Agen Perubahan

29

2.12.6 Tahap Peristiwa Yang Mencipta Proses Resapan

BAB 3

BAB 4

29

2.12.7 Lima Tahap Proses Adopsi

30

2.13

Kategori Pengadopsi

31

2.14

Penggunaan

32

2.15

Rumusan

33

METODOLOGI

34

3.1

Pengenalan

34

3.2

Rasional Penyelidikan Kualitatif

34

3.3

Rekabentuk Kajian

35

3.4

Lokasi Kajian

36

3.5

Persampelan

37

3.6

Tempoh Kajian

38

3.7

Instrumen Kajian

38

3.8

Pengumpulan Data

39

3.8.1 Temubual

39

3.8.2 Temu Bual Tidak Formal

40

3.9

Analisis Data

40

3.10

Etika Dalam Penyelidikan

41

3.11

Etika Dilapangan Kajian

42

3.12

Pemilihan Tempat

43

3.13

Peranan Penyelidik

43

3.14

Kesahan Data

43

3.15

Kebolehpercayaan

44

3.16

Rumusan

44

DAPATAN KAJIAN

45

4.1

Pengenalan

45

4.2

Pengenalan Kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 4.2.1 Universiti Tun Hussein Onn

46

x Malaysia

49

4.2.2 Infrastruktur Dan Sokongan Kepada E-Pembelajaran 4.3

Dapatan Berasaskan Soalan Kajian

49 50

4.3.1 Subsoalan Utama1: Alatan Yang Disediakan Dalam Sistem EPembelajaran Author

50

4.3.1.1 Rumusan

63

4.3.2 Subsoalan Utama 2: Penerimaan

64

Pensyarah Dan Pelajar Terhadap Pelaksanaan Sistem E-Pembelajaran Author Di Uthm 4.3.2.1 Rumusan 4.3.3 Subsoalan Utama 3: Penyebaran

68 69

Penggunaan Sistem E-Pembelajaran Author Di Uthm 4.3.3.1 Pengadopsian Inovasi

69

4.3.3.2 Peranan Agen-Agen Perubahan 4.3.3.3 Rumusan

72 74

4.3.4 Subsoalan Utama 4 : Halangan Dalam Penggunaan Sistem E-Pembelajaran

4.4

BAB 5

Author

74

4.3.4.1 Halangan Situasi

75

4.3.4.2 Halangan Teknologikal

75

4.3.3.3 Rumusan

76

Rumusan Dapatan Kajian

76

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

78

5.1

Pengenalan

78

5.2

Alatan Dan Pelaksanaan Sistem E-Pembelajaran Author

78

xi 5.3

Penerimaan Pensyarah Dan Pelajar Terhadap Pelaksanaan Sistem E-Pembelajaran

5.4

Penyebaran Penggunaan Sistem E-Pembelajaran Author Di Uthm

5.5

85 88

Halangan Penggunaan Sistem E-Pembelajaran Author Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Dihadapi Oleh Pelajar, Pensyarah Dan Pegawai Organisasi E-Pembelajaran

90

5.6

Rumusan

93

5.7

Cadangan Untuk Meningkatkan Kadar Penggunaan Pensyarah Dan Pelajar Dalam

5.8

Sistem E-Pembelajaran Author

94

Cadangan Penyelidikan Lanjutan

96

RUJUKAN

98

LAMPIRAN

111

xii SENARAI JADUAL

1.1

Kerangka Teori Resapan Inovasi

10

4.1

Alatan yang disediakan dalam Sistem E-Pembelajaran Author

51

xiii SENARAI RAJAH

4.1

Halaman Utama Sistem E-pembelajaran Author

53

4.2

Kerangka Operasi Kajian

54

4.3

Paparan maklumat mata pelajaran

54

4.4

Paparan Senarai permarkahan

55

4.5

Paparan Utama email

55

4.6

Paparan Video Conference

56

4.7

Paparan Blog

56

5.1

Model Konsep Penggunaan dan Pelaksanaan Sistem E-pembelajaran

114

xiv SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH

AUKU

Akta Universiti dan Kolej Universiti

AUTHORS

UTHM Academic Online Resources

CAD

Centre Academic Developement / Pusat Pembangunan Akademik

IPTA

Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS

Institut Pengajian Tinggi Swasta

ITTHO

Institut Teknologi Tun Hussein Onn

KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia

KPT

Kementerian Pengajian Tinggi

KUITTHO

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia

LMS

Learning Management System

MQA

Malaysian Qualifications Agency

P&P

Pengajaran dan Pembelajaran

PLSP

Pusat Latihan Staf Politeknik

SMP

Sistem Maklumat Pelajar

SMS

Sistem Maklumat Staf

UTHM

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

UTM

Universiti Teknologi Malaysia

xv SENARAI LAMPIRAN

A

Carta Guntt Projek Sarjana 1

112

B

Carta Guntt Projek Sarjana 2

113

C

Rajah 5.1 : Model Konsep Penggunaan dan Pelaksanaan Sistem E-pembelajaran

114

D

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

115

E

Surat Kebenaran Peserta Kajian

117

F

Contoh Soalan Temubual

121

G

Transkrip Temubual

125

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Institusi pendidikan memainkan peranan yang cukup besar dalam membentuk serta mendidik insan untuk memenuhi matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat utamanya adalah membentuk masyarakat yang berpengetahuan tinggi serta beretika seterusnya dapat memajukan negara dalam menuju wawasan 2020. Sejajar dengan perkembangan semasa bidang teknologi maklumat dan komunikasi, terdapat pelbagai perisian dan perkakasan terkini telah dihasilkan. Dalam era ini juga, para pelajar kini lebih terdedah kepada pendekatan E-pembelajaran yang membolehkan mereka mencapai maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja. E-pembelajaran bermaksud reka bentuk kurikulum dan bahan pembelajaran yang dimasukkan ke dalam rangkaian komputer samada LAN, WAN atau internet yang boleh diakses oleh pelajar

secara

sinkronous

atau

asinkronous

untuk

membantu

pengajaran

konvensional (Yusuf Hashim, 2002). Menurut Garrison dan Anderson (2003), E-pembelajaran dimaksudkan sebagai penyampaian latihan dan pendidikan melalui interaksi berangkaian dan pengumpulan serta penyebaran teknologi. Manakala Rosenberg (2002) pula mendefinisikan E-pembelajaran sebagai sistem berangkaian, mampu mengumpul dan menyebar maklumat serta membolehkan jejakan maklumat melalui komputer di samping memfokus kepada persekitaran lebar pendidikan. Ia teranjak jauh daripada paradigma latihan tradisi. E-pembelajaran dalam pengajian pendidikan tinggi pula boleh difahami sebagai teknologi yang mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam sebuah institusi pendidikan Nichols& Anderson, (2005) dan konteks ini digunakan secara meluas di mana menurut (Wilson dan Stacey), 2004; Salmon,( 2005), (Sharpe et al, 2006). Pelajar juga mendapat pelbagai kemudahan menggunakan E-pembelajaran ini. Mereka boleh menghantar tugasan, menjawab soalan atau latihan secara online dan sebagainya. Penggunaan E-pembelajaran telah

2 lama digunakan di luar negara. Terdapat lebih 50 jenis sistem telah dibangunkan (Mohamad Hisyam, 2004). Antaranya ialah WebCT, Blackboard dan Top Class. Penggunaan perisian dan perkakasan tersebut memberi manfaat dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran interaktif yang lebih fleksibel serta canggih. Manakala di Malaysia, kebanyakan universiti menggunakan sistem epembelajaran tersendiri sama ada perisian open-source ataupun Learning Management System (LMS) yang berlesen. Semua sistem yang dibangunkan ini mempunyai pelbagai ciri yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di mana kesesuaian ciri-ciri bergantung kepada persekitaran pembelajaran itu sendiri. Begitu juga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), melihat penggunaan Epembelajaran sebagai satu instruksi pelengkap yang mampu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mempunyai platform tersendiri sebagai medium Epembelajaran antara pensyarah dan pelajar. Justeru, peranan pensyarah, pelajar juga pusat/jabatan E-pembelajaran amat penting bagi membudayakan E-pembelajaran sama ada melalui forum, kuiz, tugasan, bahan kuliah dan tutorial secara atas talian. Keberkesanan E-pembelajaran memerlukan sokongan dari aspek teknologi untuk membolehkan interaksi dalam talian dan budaya untuk menyokong penyampaian Epembelajaran tersebut di dalam dan di luar kampus dan ia menyokong rangka kerja pedagogi bahawa mempunyai kaitan dengan pembangunan dan penilaian kurikulum. E-pembelajaran dapat digunakan secara meluas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa, teknik, dan dalam keadaan tidak formal. E-pembelajaran juga banyak menyediakan bahan bersifat interaktif yang mampu memberi maklumat serta mudah memberikan maklum balas (E-learning.com.intros.2007). E-pembelajaran secara mutlak atau gabungan (blending) memerlukan komitmen pelajar sebagai salah satu faktor dalam memastikan bahawa objektif e-portal dapat dicapai. Meskipun pelajar lebih yakin bahawa E-pembelajaran tidak sewajarnya diambil alih secara mutlak (Chin, 1999), kaedah maya secara rasionalnya lebih ringkas, mudah, dan menjimatkan masa serta menyokong konsep dunia tanpa kertas sekiranya kesemua cabaran dan isu termasuk Infrastruktur ICT, Landasan LMS / LCMS, Pedagogi Dalam dan Luar Talian, Corak dan Pembangunan Kursus, Fakulti, Pelajar, Dasar, dan Standard (Zoraini Wati, 2005) ditangani dengan sebaik-baiknya.

3 Menurut Badrul Khan (2005), E-pembelajaran boleh dilihat sebagai satu pendekatan yang inovatif untuk menyampaikan perkara yang menarik, berpusatkan kepada pelajar dan suasana kemudahan pembelajaran kepada sesiapa sahaja, di mana sahaja dan pada bila-bila masa serta sumber kepada pelbagai teknologi digital kepada bahan pembelajaran yang sesuai untuk keterbukaan, fleksibel dan keserataan suasana pembelajaran. Institusi pengajian mempunyai pelbagai peringkat kejayaan dalam resapan epembelajaran. Beberapa institusi kekal reaktif sementara yang lain telah menerima Epembelajaran

sebagai

sebahagian

aktiviti

harian

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran. Nichols (2008) menekankan pentingnya dasar-dasar yang ditetapkan dan peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi dan menyimpulkan bahawa Epembelajaran boleh terhad kepada penggunanya melainkan jika keberkesanan sesebuah institusi menerapkan E-pembelajaran. Oleh itu, E-pembelajaran merupakan satu inovasi teknologi yang digunakan secara luas dalam pendidikan tinggi untuk tujuan komunikasi di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat dan Australia. Menurut Berge (2001), teknologi diperlukan dalam pendidikan tinggi untuk meningkatkan kualiti pembelajaran, mempertingkatkan jalan masuk ke pendidikan dan kursus, mengurangkan perbelanjaan pendidikan dan juga meningkatkan keberkesanan

pendidikan.

Walau

bagaimanapun,

proses

pengajaran

dan

pembelajaran E-pembelajaran ini perlu dikaji dengan lebih mendalam supaya penggunaannya adalah maksimum dan berkesan serta berkonsepkan pedagogi.

1.2

Latar Belakang Masalah

Secara amnya, penggunaan E-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan alternatif kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran sedia ada yang berasaskan papan putih dan pen marker atau pun kaedah tradisional yang menggunakan papan hitam dan kapur tulis. Walau bagaimanapun, sebahagian institusi menghadapi masalah di mana E-pembelajaran yang dilaksanakan kurang mendapat sambutan dari segi penggunaaannya oleh pensyarah dan pelajar sebagai bahan bantu mengajar selain dari kaedah tradisional. Selain itu, Alexander (2005) berpendapat bahawa pelajar lebih banyak meninggalkan kursus online daripada kursus dalam kelas. Hasil dapatan Alexander menunjukkan sebab pelajar

4 meninggalkan kursus online ialah kursus online agak panjang dan membosankan (Alexander, 2005). Terdapat juga pelajar yang tidak memilih menggunakan atau kurang menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat dalam universiti. Selwyn (2003) dalam kajiannya telah menunjukkan beberapa halangan pelaksanaan teknologi komunikasi dan maklumat yang menyebabkan mahasiswa menolak diri daripada teknologi elektronik. Salah satu sebab ialah faktor Epembelajaran itu sendiri, di mana E-pembelajaran yang dilaksanakan kurang mendapat sambutan dari segi penggunaaannya oleh pensyarah dan pelajar. Pelajar juga tidak memanfaatkan E-pembelajaran seperti yang diinginkan. Contohnya sesetengah pelajar di universiti hanya menggunakan E-pembelajaran untuk mencetak bahan rujukan daripada web lalu membacanya seperti dalam bentuk buku (Rashid Mohammed Salim Alhajri, 2006). Secara teorinya, perubahan inovasi dalam pendidikan adalah bertujuan untuk membantu institusi pendidikan mencapai matlamat dengan cara menggantikan struktur, budaya atau amalan dengan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Menguruskan perubahan dengan berkesan adalah sukar dan kompleks kerana berlakunya

sesuatu

yang

baru

dari

kelaziman.

Menurut

O'Sullivan

&

Samarawickrema (2008), pendidikan pada masa kini sedang digantikan oleh sebuah metafora "penyertaan" yang menekankan penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran berikutan pengambilalihan metafora pembelajaran dengan konotasi pembelajaran yang pasif. Rekabentuk terkini pembelajaran yang menggabungkan teknologi maklumat dan komunikasi termasuk kohort pelajar dan guru telah membawa kepada andaian-andaian yang berbeza tentang sifat pengajaran dan pembelajaran. Dari segi sosial, andaian-andaian dan jangkaan ini boleh menjadi permasalahan untuk semua individu (pensyarah dan pelajar) yang terlibat. Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) merupakan salah satu universiti tempatan yang dahulunya menggunakan Sistem Blackboard sebagai sistem pengurusan pembelajarannya (LMS). Perolehan Blackboard 5.0 Basic Edition telah dilakukan pada tahun 1999 dan mula diguna pakai bagi tujuan P&P bermula tahun 2000. Sehingga tahun 2010, sistem tersebut telah dinaik taraf kepada Sistem Blackboard Academic Suite - Learning System 8.0 Basic Edition. Sistem Blackboard Academic Suite - Learning System 8.0 Basic Edition ini mempunyai beberapa kekangan berbanding Enterprise Edition. Antaranya, pengguna sistem mempunyai had bagi 3000 pengguna berdaftar sahaja. Selain itu, pangkalan data sistem ini tidak

5 boleh diintegrasi dengan pangkalan data sistem Universiti yang lain. Penggunaan Sistem Blackboard dalam E-pembelajaran di UTHM dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama memerlukan staf akademik memuat naik maklumat kursus seperti rangka kursus dan masa pertemuan kuliah dan tutorial. Peringkat kedua pula memerlukan staf akademik memuat naik bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran seperti nota, slaid persembahan, dokumen dan soalan tugasan ke dalam sistem. Peringkat ketiga pula memerlukan staf akademik membina bahan kandungan yang berbentuk multimedia dan interaktif. Pensyarah juga digalakkan menggunakan beberapa kemudahan lain dalam sistem seperti kuiz di atas talian dan e-forum. Sistem LMS yang terdahulu digunakan ini tidak boleh diintegrasi dengan sistem lain, khususnya Sistem Maklumat Pelajar (SMP) dan Sistem Maklumat Staf (SMS) UTHM. Oleh itu, setiap semester pendaftaran akaun pelajar dilakukan secara manual oleh pentadbir sistem. Oleh itu, pegawai organisasi E-pembelajaran mendapati penggunaan Blackboard Basic Edition sebagai LMS adalah tidak efektif. Selain daripada kos yang kian meningkat saban tahun, fungsi yang ditawarkan juga adalah terhad. Menurut Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Pembangunan Akademik (CAD) UTHM, setelah dikaji penggunaan Sistem Blackboard dan kos yang agak mahal dikenakan bagi memperbaharui perisian, ia menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan membangun ekandungan sebagaimana yang dikendaki. Pihak Universiti telah membuat keputusan untuk menghentikan Blackboard sebagai sistem LMS dan menggantikannya dengan sistem yang baru iaitu Sistem E-pembelajaran Author . Kini sistem LMS yang baru telah mula beroperasi mulai Semester 2, Sesi 2010/2011 iaitu pada Januari 2011. Sistem E-pembelajaran Author ini mempunyai ciri-ciri yang menarik dan mesra pengguna serta mampu untuk diintegrasikan dengan sistem-sistem sokongan sedia ada seperti SMAP dan SMP. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melihat penggunaan Sistem E-pembelajaran Author sebagai satu instruksi pelengkap yang mampu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Selain UTHM, UPM juga menggunakan Sistem E-pembelajaran Author. Author digunakan di UTHM dalam mod ‘blended learning’, iaitu gabungan antara kaedah pembelajaran konvensional dan kaedah pembelajaran maya. Oleh itu, staf akademik dan pelajar masih bertemu di bilik kuliah secara bersemuka mengikut jadual yang ditetapkan oleh Universiti. Oleh kerana Sistem E-pembelajaran Author ini baru di Universiti Tun Hussein Onn

6 Malaysia, dan di peringkat permulaan, sudah tentu terdapat masalah, kekangan mahupun sesuatu kejayaan, idea atau pengalaman baru berinovasi diperolehi yang tidak kita ketahui. Kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan Author bergantung kepada keupayaan dan kebolehan yang ada pada pegawai organisasi E-pembelajaran, pensyarah dan pelajar-pelajar yang terlibat. Kajian mengenai penggunaan Author oleh siswazah yang mengikuti kursus di UTHM masih terlalu kurang. Maka, kajian penggunaan Author oleh siswazah di UTHM ini adalah amat diperlukan bagi mengetahui penggunaan Author dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.3

Pernyataan Masalah

Sistem E-pembelajaran Author, digunakan sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ia bermaksud, sistem ini digunakan oleh pensyarah dan pelajar di mana pensyarah boleh menggunakan dengan mereka bentuk bahan pengajaran dan berinteraksi dengan pelajar atau pensyarah lain. Pelajar pula boleh belajar dengan mengakses bahan pembelajaran yang telah di reka bentuk oleh pensyarah mereka dan berinteraksi dengan pelajar lain dan pensyarah. Sistem E-pembelajaran Author ini mempunyai pelbagai alatan yang boleh digunakan oleh pensyarah, pelajar dan pegawai organisasi E-pembelajaran selain daripada alatan komunikasi. Sistem ini telah dinaik taraf dan amatlah rugi jika Sistem E-pembelajaran Author ini tidak digunakan sepenuhnya. Sistem E-pembelajaran Author ini adalah sebagai medium perantaraan kepada pensyarah untuk digunakan alatan-alatannya untuk meraka bentuk bahan pembelajaran dan aktiviti supaya dapat digunakan oleh pelajar. Beberapa kajian yang menyelidik tahap penerima pelajar UTHM terhadap Epembelajaran serta faktornya telah menunjukkan bahawa masih terdapat pelajar yang menghadapi masalah semasa berhadapan dengan E-pembelajaran termasuk kekurangan kemahiran E-pembelajaran walaupun pandangan mereka terhadap Epembelajaran agak positif, Wong (2006). Disebabkan pelaksanaan sistem ini agak baru dalam pengajaran dan pembelajaran di UTHM, kajian ini cuba mengkaji penggunaan Sistem E-pembelajaran Author di mana pada masa kini penggunaannya masih kurang memuaskan dan kurang mendapat sambutan. Kajian ini perlu

7 dilaksanakan untuk membantu pelajar mempertingkatkan kedalaman ilmu dan menggunakan Author secara maksimum.

1.4

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka, memahami, dan menjelaskan fenomena penggunaan Sistem E-pembelajaran Author dari aspek alatan dan perlaksanaanya, penyebaran dan penerimaan serta halangan-halangan penggunaan Sistem Epembelajaran Author oleh pensyarah dan pelajar serta pegawai organisasi Epembelajaran menggunakan strategi penyelidikan kajian melalui pengalaman dan perspektif pensyarah dan pelajar serta pegawai yang berkaitan di organisasi. Berasaskan metodologi kualitatif, penyelidik memulakan kajian ini dengan pemahaman mengenai penggunaan Sistem E-pembelajaran Author di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Seterusnya penyelidik ingin memahami sebab pensyarah dan pelajar kurang atau tidak menggunakan Sistem E-pembelajaran Author. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kes kualitatif dan data diorganisasi menggunakan perisian NVivo8.

1.5

Persoalan Kajian

Soalan utama Mengapakah pensyarah dan pelajar kurang / tidak menggunakan Sistem Epembelajaran Author? Secara umumnya pengkaji ingin melihat empat sub soalan bagi menjawab soalan utama iaitu : i.

Bagaimanakah alatan dan pelaksanaan Sistem E-pembelajaran Author di UTHM?

ii.

Bagaimanakah penerimaan pensyarah dan pelajar terhadap pelaksanaan Sistem E-pembelajaran Author di UTHM?

iii.

Bagaimanakah penyebaran tentang penggunaan Sistem E-pembelajaran Author di UTHM?

8 iv.

Apakah halangan-halangan penggunaan Sistem E-pembelajaran Author dalam pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar, pensyarah dan pegawai organisasi Sistem E-pembelajaran Author?

1.6

Skop kajian

Dalam kajian ini, elemen ditekankan oleh pengkaji ialah pengadopsian dan peranan agen - agen perubahan. Kerangka Teori Resapan Inovasi yang dipelopori oleh Rogers (1995) antaranya ialah : i.

Resapan inovasi

ii.

Inovasi

iii.

Tahap proses adopsi Pengkaji dipandu oleh teori resapan dalam kajian ini untuk melihat

penyebaran inovasi penggunaan dan penerimaan pensyarah, pelajar serta pegawai organisasi

Sistem E-pembelajaran Author dalam pengajaran dan pembelajaran,

halangan dalam menggunakan Sistem E-pembelajaran Author dan faktor menyebabkan pensyarah dan pelajar kurang atau tidak menggunakan Sistem Epembelajaran Author. Dalam kajian ini, skop kajian hanya meliputi ketiga-tiga elemen. Dalam cadangan penyelidikan ini, penyelidik memilih seramai dua belas orang peserta kajian yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah dari lima fakulti yang berlainan, serta pegawai organisasi e-pembelajaran UTHM.

1.7

Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM di mana peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar dan pensyarah dari lima fakulti yang berlainan, serta pegawai organisasi e-pembelajaran UTHM.

9 1.8

Kepentingan Kajian

Secara umumnya dapatan kajian dapat membantu perkara-perkara berikut : i.

Cadangan hasil penyelidikan dijadikan model dalam meningkatkan lagi penggunaan E-pembelajaran serta penerapan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan staf akademik dan pelajar.

ii.

Dijadikan satu model penting dalam membantu menghasilkan para graduan yang berkualiti tinggi dan mampu menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara.

iii.

Menjadi asas dan model bagi kajian-kajian E-pembelajaran akan datang untuk meningkatkan tahap penggunaan Sistem E-pembelajaran Author di UTHM.

1.9

Kerangka Teoritikal

Penyelidik menggunakan Kerangka Teori Resapan Inovasi sebagai asas dalam penyelidikan ini. Kerangka teori adalah merupakan orientasi atau pendirian yang penyelidik bawa dalam kajian ini. Ia merupakan struktur, kerangka sokongan atau kerangka kajian (Merriam, 2001). Teori Resapan Inovasi adalah satu teori yang dipelopori oleh Everett M.Rogers. Resapan merupakan proses di mana sesuatu inovasi dihubungkan melalui saluran-saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli-ahli dalam sesebuah sistem sosial Rogers, (1995). Secara ringkasnya, teori ini membincangkan dengan mendalam bagaimana sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk idea, teknologi, barangan atau teknik-teknik berkembang dalam berbagaibagai khalayak contohnya dalam hal ini pelajar merupakan khalayak utama. Teori Resapan Inovasi digunakan dalam kajian ini untuk melihat inovasi penggunaan Sistem E-pembelajaran Author dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar, pensyarah dan Pegawai organisasi E-pembelajaran. Kerangka Teori Resapan Inovasi oleh Rogers, (1995). yang akan membantu penyelidik meneroka, memahami dan menjalankan penyelidikan. Kerangka teoritikal ini adalah sebagai panduan sahaja kepada penyelidik untuk memahami fenomena penggunaan Sistem E-pembelajaran Author. Kerangka teoritikal ini juga tidak bertujuan untuk diuji oleh penyelidik dalam kajian ini. Rogers, (1995) menjelaskan,

10 terdapat tiga unsur utama dalam proses Resapan Inovasi iaitu Difusi, Inovasi dan Pengadopsian. Jadual 1.1 di bawah menunjukkan unsur utama dalam proses Resapan Inovasi. Jadual 1.1: Kerangka Teori Resapan Inovasi oleh (Rogers, 1995)

DIFUSI

INOVASI

PENGADOPSIAN

1.10

i.

Inovasi,

ii.

Disampaikan melalui saluran tertentu,

iii.

Dalam jangka masa yang tertentu,

iv.

Di antara para ahli suatu sistem sosial.

i.

Relative advantage (keuntungan relative),

ii.

Compatibility (kesesuaian),

iii.

Complexity (kerumitan),

iv.

Trialability (kemungkinan di cuba),

iv.

Observability (kemungkinan diamati).

i.

Tahap pengetahuan

ii.

Tahap persuasi

iii.

Tahap turun keputusan

iv.

Tahap implementasi

iv.

Tahap pengesahan

Definisi Operational

1.10.1 Inovasi Inovasi merupakan suatu idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang individu atau unit penerimaan yang lain seperti yang ditakrif oleh ahli-ahli sesebuah sistem sosial.

1.10.2 Pengadopsian

Pengadopsian ialah satu proses di mana masyarakat mula menggunakan inovasi yang mereka pelajari. Diterima atau tidaknya sebuah inovasi oleh masyarakat ditentukan

11 juga oleh beberapa faktor. Semakin besar pengorbanan yang dikeluarkan untuk mengadopsi sebuah inovasi, semakin kecil peringkat angkatnya.

1.10.3 Penggunaan

Seels dan Richey (1994) menjelaskan terdapat empat domain penggunaan iaitu penggunaan Media, Penerimaan Inovasi, Pelaksanaan dan Institutionalisasi serta polisi dan peraturan. Penggunaan Media dijelaskan sebagai menggunakan pelbagai bahan pembelajaran secara sistematik. Penerimaan inovasi dijelaskan sebagai proses komunikasi melalui strategi yang telah dirancang untuk meningkatkan penerimaan. Pelaksanaan dan Institutionalsisasi dijelaskan sebagai menggunakan bahan pembelajaran atau strategi dalam persekitaran yang sebenar. Institutionalisasi adalah penerusan penggunaan inovasi dalam struktur

budaya organisasi. Fungsi

penggunaan adalah penting kerana ia menjelaskan antara pelajar dan bahan pembelajaran atau sistem.

1.11

Rumusan

Melalui kajian ini penyelidik dapat mengenal pasti halangan-halangan yang timbul dalam penggunaan dan pelaksanaan Sistem E-pembelajaran Author di UTHM. Penyelidikan ini diharapkan dapat menjadi penanda aras kepada UTHM dan institusi lain untuk menerapkan budaya penggunaan E-pembelajaran secara efektif dan maksimum serta membantu pelajar mempertingkatkan kedalaman ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran.

12

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

PENGENALAN

Pendidikan merupakan satu proses yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, ahli pendidikan sentiasa memperbaiki proses pengajaran supaya dapat menghasilkan satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan pelajar juga pensyarah. Penggunaan teknologi dikatakan dapat memenuhi keperluan tersebut (Johari, 2000). Dengan adanya kemudahan teknologi seperti epembelajaran, pelajar berpeluang menggunakan inovasi teknologi yang tidak dapat disediakan oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional.

2.2

APA ITU E-PEMBELAJARAN

E-pembelajaran membawa maksud yang berbeza terhadap setiap orang yang menilainya. Secara amnya, e-pembelajaran boleh dikenali sebagai penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran untuk menyampaikan maklumat. Konsep e-pembelajaran juga berubah apabila masa berlalu. Dublin (2003) dapati bahawa perkataan tersebut pada tahun 2000 adalah rujuk kepada pembelajaran berasaskan komputer khususnya dalam intranet dan internet dan Clark dan Mayer (2003) bersetuju dengan definisi tersebut dengan menambah lagi bahawa isi kandungan e-pembelajaran harus mengambil kira objektif pembelajaran dan pengajaran, kaedah pengajaran untuk membantu pembelajaran, elemen media yang berlainan untuk menyampaikan isi kandungan dan mencuba membina pengetahuan baru dan kemahiran yang berhubung dengan matlamat pembelajaran secara individu. Dublin (2003) juga menunjukkan bahawa pada hujung tahun 2002, pakar industri telah menggunakan definisi bahawa e-pembelajaran merupakan satu penggunaan teknologi untuk mencipta, menyebar dan menghantar sesuatu termasuk

13 data bernilai, maklumat, isi pembelajaran dan pengetahuan yang dapat menunjukkan persembahan dalam kerja serta perkembangan diri. skop e-pembelajaran seterusnya telah diperluas lagi oleh mereka yang membekalkan pembelajaran dengan memperkenal alat pengurusan dalam bentuk sistem pengurusan isi kadungan ( content management system ), bilik darjah maya, perisian PowerPoint , kursus dalam talian, portal dan sistem penyokong persembahan (performance support system) (Dublin, 2003). E-pembelajaran

juga

ditafsirkan

sebagai

sebarang

pengajaran

dan

pembelajaranyang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk menyampaikan isi kandunngan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, intranet, satelit, pita audio atau video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media elektronik yang dimaksudkan dalam kategori ini. Pengajaran boleh disampaikan secara segerak iaitu pada waktu yang sama atau serentak, ataupun tidak segerak iaitu pada waktu yang berbeza atau tidak serentak. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk perbincangan kumpulan dan bantuan professional isi kandunagn pelajaran secara dalam talian (Leonard, Bet al , 2006). Kini kemajuannya kian pesat dan digunakan secara meluas dalam dunia korporat dan akademik. E-pembelajaran menerusi teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communication Technology, ICT) merupakan tunjang uatam dalam perancangan ekonomi pengetahuan (k-ekonomi) Negara. Era berasakan ilmu pengetahuan merupakan satu penerokaan baru yang mana adalah mustahil ia dilaksanakan dengan cekap sebelun ini. Dalam hal ini, ciri-ciri tradisional sudah mula digantikan bagi membolehkan pelanggan menggunakan perkhidmatan secara terus dengan lebih murah, muadah dan fleksibel (Abidin, A, dan R.Nawi 2002).

2.3

PERKEMBANGAN

E-PEMBELAJARAN

DALAM

SISTEM

PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dalam

Rancangan

Malaysia

ke-9,

kerajaan

Malaysia

telah

mensasarkan

pembangunan modal insan sebagai teras utama pembangunan negara dalam mencapai impian Wawasan 2020. Dengan ini, e-pembelajaran ditekankan untuk

14 memainkan peranan yang penting supaya mencapai matlamat tersebut (Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006). Malaysia telah melaksanakan e-pembelajaran melalui dua peringkat iaitu di peringkat pendidikan dan peringkat kebangsaan. Sebagai persediaan pelaksanaan epembelajaran, kerajaan telah melancarkan penggunaan radio dan televisyen di sekolah pada tahun 1972 (Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006). Langkah-langkah lain yang penting termasuk penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan projek Sekolah Bestari dan pembukaan universiti maya. Di peringkat kebangsaan pula, banyak bengkel dan seminar mengenai epembelajaran telah diorganisasi (Asirvatham et al., 2004; Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006). Kerajaan juga melancarkan projek untuk mempromosikan pelaksanaan e-pembelajaran di kalangan masyarakat seperti projek Malaysian Grid for Learning (MyGfL), National E-pembelajaran Steering Committee, National Information Technology Council, National e-pembelajaran Centre dan ASEN E-pembelajaran Seminar (lihat Asirvatham et al., 2004; Suraya, 2005; Zailan dan Azmi, 2006; Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006). Projek E-pembelajaran Untuk Sepanjang Hayat, suatu projek yang diasaskan oleh United Nations Development Information Programme (UNDP), Coca-Cola Corp dan Kementerian Pelajaran, bertujuan menggunakan teknologi maklumat untuk menyebarkan maklumat dalam bentuk digital supaya mengurangkan jurang dari segi pendidikan dalam masyarakat (Suraya, 2005).

2.4

E-PEMBELAJARAN DI PERINGKAT UNIVERSITI

Di peringkat universiti pula, institusi-insitusi tinggi masing-masing melaksanakan e-pembelajaran dengan inisiatif bersendirian. Berdasarkan satu kajian yang bertajuk Survey Research on E-pembelajaran in Asia Countries (2002), Universiti tempatan mula menggunakan teknologi maklumat melalui pendidikan jarak jauh seperti Universiti Sains Malaysia (USM) (tahun 1999) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) (tahun 1999). Aktiviti-aktiviti yang melibatkan teknologi termasuk penggunakan e-mel, perbincangan dalam talian, pencapaian kursus dalam talian dan sebagainya. Universiti Malaya pula merupakan universiti tempatan pertama yang menggunakan sistem pengurusan pembelajaran untuk menyampaikan kursus dalam

15 talian pada tahun 1998 (Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006). Pada tahun 1999, Universiti Multimedia (MMU) didirikan dan ia merupakan universiti pertama yang menggunakan teknologi maklumat sepenuhnya dalam sistem P&P dan pengurusan. Universiti lain seperti International Medical Universiti (IMU) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) juga mengikut jejak membentukkan SSP tersendiri pada tahun 1999. Pada tahun 2001, Open Universiti Malaysia (OUM) memulakan sistem e-pembelajaran.

2.5

SEJARAH E-PEMBELAJARAN DI UTHM

Terdapat beberapa jenis teknologi yang diguna pakai dalam proses penyampaian ilmu dan maklumat. Teknologi ini dibangunkan dengan kombinasi teknologi sedia ada seperti komputer, internet dan peralatan rakaman seperti kamera video. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melihat penggunaan e-Pembelajaran sebagai satu instruksi pelengkap yang mampu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). e-Pembelajaran digunakan di UTHM dalam mod ‘blended learning’, iaitu gabungan antara kaedah pembelajaran konvensional dan kaedah pembelajaran maya. Oleh itu, staf akademik dan pelajar masih bertemu di bilik kuliah secara bersemuka mengikut jadual yang ditetapkan oleh Universiti. Terdapat tiga sistem utama yang menyokong pelaksanaan e-Pembelajaran di UTHM, iaitu : i.

Sistem LMS Blackboard Basic Edition.

ii.

Sistem Perpustakaan.

iii.

Universiti Campus Interactive TV (UCiTV).

2.5.1 PELAKSANAAN SISTEM ‘LEARNINGMANAGEMENT SYSTEM’ (LMS) ‘UTHM ACADEMIC ONLINE RESOURCES’ (AUTHOR)

Pihak CAD mendapati penggunaan Blackboard 8 sebagai LMS adalah tidak efektif. Selain daripada kos yang kian meningkat saban tahun, fungsi yang ditawarkan juga adalah terhad. Pihak Universiti telah membuat keputusan untuk menghentikan Blackboard sebagai sistem LMS dan menggantikannya dengan sistem yang baru iaitu

16 Sistem E-pembelajaran Author. Sistem LMS yang baru telah beroperasi mulai Januari 2011, Semester 2, (Sesi 2010/2011). Sistem LMS ini mempunyai ciri-ciri yang menarik dan mesra pengguna serta mampu untuk diintegrasikan dengan sistemsistem sokongan sedia ada seperti SMAP dan SMP. Bagi tujuan meningkatkan lagi penggunaan e-Pembelajaran serta penerapan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan staf akademik dan pelajar, pihak CAD merancang untuk memperkenalkan konsep Personal Learning Environment (PLE). Untuk itu, latihan dan kursus berkaitan akan dipergiatkan lagi. Selain daripada perkhidmatan video on demand yang disediakan oleh pihak UCiTV, perancangan juga perlu dilakukan untuk membangunkan sistem podcast dan juga mobile learning. Pihak CAD juga merancang untuk menambah koleksi bahan multimedia e-Kandungan. Untuk itu, pihak Universiti perlu mendapatkan tenaga kerja sokongan yang berkemahiran dalam bidang berkaitan. Pembangunan Makmal dan Pusat Latihan yang dilengkapi dengan kemudahan ICT dan perisian multimedia juga perlu dibangunkan.

2.6 KELEBIHAN E-PEMBELAJARAN DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR Pembelajaran mempunyai sifat yang unik yang menyebabkan sekolah atau universiti memilih e-pembelajaran untuk menyampaikan P&P. E-pembelajaran dapat menjimatkan kos pengajaran yang berkait dengan pensyarah, ruang bilik darjah, bahan bercetak, kos perjalanan dan sebagainya (Hartley, 2003). Contohnya, suatu kursus dapat disampaikan kepada bilangan pelajar secara maksimum sekaligus pada satu masa tanpa kekangan saiz ruang bilik darjah. Dengan bantuan teknologi seperti komputer dan Internet, masalah bilangan pensyarah yang tidak mencukupi dapat diselesaikan kerana pensyarah dapat dikongsi (Hasani, 2004 ). E-pembelajaran dapat membekalkan pembelajaran masa nyata (real-time learning) atau membekalkan maklumat terbaru pada bila-bila masa (Eklund, Kay dan Lynch, 2003). E-pembelajaran melalui internet terutamanya dapat membenarkan pelajar mengikut pembelajaran di mana-mana tempat, berdasarkan keupayaan masing-masing serta mengikut kesesuaian masa sendiri. Hal ini bermaksud seseorang dapat belajar secara fleksibel (Ertl, Winkler dan Mandi, 2007). Sifat sedemikian akan membantu masyarakat menjayakan program pembelajaran

17 sepanjang hayat. Selain itu, pelajar menjimatkan masa untuk belajar. Kebanyakan epembelajaran mengandungi latihan yang membenarkan pelajar mencabar subjek tersebut dan memintas bahagian maklumat yang telah diketahui (Ertl, Winkler dan Mandi, 2007). Hal ini menunjukkan bahawa pelajar tetap mencapai objektif pengajaran melalui proses pembelajaran yang berlainan. Kelebihan ini tidak dapat ditanding oleh pembelajaran tradisional. Dalam pembelajaran tradisional, pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza terpaksa menerima pengajaran yang sama. Seseorang pelajar juga dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran melalui e-pembelajaran. Pelajar dapat mencapai maklumat yang meluas apabila perlu. Maklumat dapat dikongsi antara individu dengan pakar dalam bidang tertentu yang dikenali melalui e-mail, chat-room atau papan buletin (Aldrich, 2003). Masa untuk proses pembelajaran secara langsung disingkatkan. Sifat e-pembelajaran yang tumpu pada kesesuaian pelajar menyebabkan pusat pembelajaran berubah dari guru ke pelajar (Eklund, Kay dan Lynch, 2003). Pelajar diberi kebebasan untuk belajar secara berdikari dan perlu bertanggungjawab dalam pembelajaran. Pelajar perlu rancang masa untuk belajar dan bersedia mencari maklumat berdasarkan daya inisiatif sendiri (Mohd Koharuddin et al., 2003). Dengan perkataan lain, motivasi seseorang pelajar amat penting untuk mengekalkan inisiatif supaya terus mengikuti e-pembelajaran. Didapati e-pembelajaran dapat meningkatkan motivasi pelajar. Hazura Mohamed et al. (2005) dalam kertas kerjanya yang mengkaji kesan e-pembelajaran mendapati semua responden mempunyai motivasi untuk belajar yang sederhana atau ke atas apabila berhadapan dengan e-pembelajaran.

2.7

KEPENTINGAN E-PEMBELAJARAN

Menurut Ismail (2003), e-pembelajaran ataupun e-pembelajaran mampu membawa satu perubahan dalam proses pembelajaran secara lebih berkesan daripada pelbagai aspek. Terdapat pelbagai kepentingan e-pembelajaran dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

18 Di antara kepentingan e-pembelajaran adalah membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang „selamat tanpa merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. Epembelajaran yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar dan juga untuk guru, pensyarah, mentor atau fasilitator. Dalam pembelajaran e-pembelajaran fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar perlu

berdikari

pada

masa-masa

tertentu

dan

bertanggung-jawab

untuk

pembelajarannya. Suasana pembelajaran e-pembelajaran akan menjadikan pelajar memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha, dan inisiatif sendiri.

2.8

KEPELBAGAIAN STRATEGI PENGGUNAAN.

Menurut Ismail (2003), di dalam mempelbagaikan strategi penggunaan, pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut tahap dan masa sendiri. Setiap maklumat atau bahan yang diakses boleh menggunakan samada secara atas talian atau di luar talian. Penulisan dan penghasilan bahan-bahan kandungan untuk e-pembelajaran ini kebiasaannya disampaikan dalam bentuk disket, CD, DVD, video, audio atau melalui internet dan intranet. Sesi perbincangan secara maya melalui forum, discussion board, chatting, atau email-group membolehkan percambahan ilmu berlaku tidak kira masa. Sehubungan dengan itu, e-pembelajaran dilihat sebagai salah satu medium pengajaran dan pembelajaran yang sangat efektif untuk menarik minat pelajar.

19 2.8.1 KANDUNGAN BAHAN TERKINI

Menurut Shiung (2007), sesi e-pembelajaran atas talian adalah sangat mudah untuk dikemaskinikan kerana bahan kandungan yang terkini boleh dimuatnaikkan ke komputer pelayan apabila perlu. Pada kebiasaannya, segala maklumat yang terdapat dalam sistem e-pembelajaran dikemas kini sepanjang masa. Pelajar akan dapat memperolehi bahan dengan cepat dan terkini.

2.8.2 PERKONGSIAN MAKLUMAT

Setiap maklumat yang diakses melalui e-pembelajaran boleh dikongsi dengan pelbagai cara. Pelajar boleh berkongsi maklumat yang diperolehi melalui kemudahan seperti forum dalam talian, e-mel, telesidang video dan chatting. Menurut Jamaludin Harun (2008), telesidang desktop atau desktop conferencing adalah kaedah komunikasi yang melibatkan kombinasi audio dan visual serta penggunaan komputer untuk menghasilkan suatu proses komunikasi yang interaktif antara dua atau lebih individu. Contoh penggunaannya adalah melalui perbincangan maya di antara individu dengan sesorang yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Perbincangan ini tidak memerlukan halangan jarak walau di mana seseorang individu tersebut berada di lokasi yang jauh.

2.8.3 MAKLUMAT DIAKSES SECARA SERENTAK

Menurut Shiung, (2007), secara amnya, pelajar boleh mengakses segala bahan maklumat pembelajaran secara serentak. Walau bagaimanapun, kadangkala berlaku juga masalah teknikal menyebabkan proses mengakses maklumat menjadi lambat. Pelajar boleh mengakses dengan menggunakan kaedah pembelajaran synchronous. Menurut Bendfield (2008), synchronous e-pembelajaran atau pun pembelajaran yang berlaku pada masa yang sama. Secara umumnya, synchronous e-pembelajaran dibantu oleh elemen multimedia seperti siding video, chatting. Pada kebiasaannya , ketika synchronous e-pembelajaran berlaku ianya lebih bersifat sosial dan soalan yang dikemukakan juga agak terhad.

20 2.8.4 INTERAKTIF

E-pembelajaran menyediakan kaedah pembelajaran yang interaktif dan inovatif. Ianya memudahkan pelajar untuk memahami setiap maklumat yang ingin disampaikan terhadap setiap topik perbincangan.

2.9 SIKAP FAKTORNYA

PELAJAR

TERHADAP

E-PEMBELAJARAN

DAN

Pelajar mempunyai sikap yang berbeza terhadap e-pembelajaran. Kajian Hanafi (2004) dan kajian Paris (2004) menyatakan pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran web dalam talian. Menurut Paris (2004), keyakinan terhadap web, kesukaan menggunakan web dan pandangan kegunaan web didapati memberikan kesan yang signifikan positif terhadap keinginan untuk menggunakan web. Drennean, Kennedy dan Pisarski (2005) berpendapat pelajar bertindak berlainan antara satu sama lain apabila menghadapi persekitaran pembelajaran dalam talian, bergantung pada tahap kemahiran e-pembelajaran dan sikap mereka terhadap e-pembelajaran. Namun demikian, Vuorela dan Nummenmaa (2004) pula menyatakan bahawa komputer masih dipandang secara ancaman dan dapat menghasilkan kegusaran pada tahap tertentu. Mereka juga berpendapat manusia tidak rela bertindak jika mereka berasa tidak mampu untuk bertindak walaupun pandangan mereka terhadap tindakan tersebut adalah positif. Kajian Drennean, Kennedy dan Pisarski (2005) menyokong bahawa semakin tinggi pandangan positif, semakin tinggi kepuasan seseorang pelajar dalam pembelajaran dalam talian yang fleksibel. Oleh itu, keyakinan, kesukaan, kegusaran dan pandangan terhadap sesuatu teknologi akan mempengaruhi keinginan seseorang dalam penerimaan teknologi tersebut. Jadi, walaupun e-pembelajaran mempunyai potensi menjadi satu kaedah pembelajaran yang dapat memuatkan khalayak ramai, kita mesti memahami faktor apakah yang akan mempengaruhi keinginan pelajar menerima teknologi yang baru ini (Razmah Mahmod et al., 2005). Di negara Thai, satu kajian kes mengenai penerimaan e-pembelajaran oleh pelajar dari Bangkok Universiti telah dijalankan (Research Institute of Bangkok

21 Universiti, 2002). Kajian ini menggunakan model “Technology Acceptance Model” atau TAM yang dibentukkan oleh Davis,F.D untuk mencari faktor pelajar terhadap penerimaan e-pembelajaran. Didapati faktor yang menyebabkan pelajar menerima e-pembelajaran termasuk kemahiran komputer, kemahiran Internet, pandangan kegunaan, kesenangan menggunakan dan sikap terhadap e-pembelajaran, manakala masa penggunaan seminggu tiada kaitan dengan penerima e-pembelajaran. Di negara kita pula, Ndubisi (2004) juga telah menjalankan kajian yang lebih kurang sama dengan kajian di Bangkok Universiti di sebuah universiti tempatan. Sistem e-pembelajaran yang digunakan dalam kajian ialah Blackboard. Model Decomposed version of Theory of Planned Behaviour (DTPB) pula digunakan untuk mengkaji faktor penerimaan e-pembelajaran. Hasilnya, didapati sikap merupakan pengaruh secara langsung terhadap penerimaan e-pembelajaran dan sikap dapat melihat kegunaan serta kesenangan mengguna e-pembelajaran (Ndubisi, 2004). Jun (2005) telah membuat sorotan kajian mengenai faktor seseorang pelajar meningkalkan e-pembelajaran. Jun (2005) membuat kesimpulan bahawa faktor pelajar meninggalkan e-pembelajaran dapat dikategori sebanyak lima bahagian iaitu latar belakang individu (termasuk kekurangan pengalaman dengan kominikasi berasaskan komputer), motivasi (termasuk keyakinan terhadap komputer), integrasi akademik, integrasi sosial dan persekitaran teknologi (termasuk masalah dengan teknologi). Kajian Ndubisi (2004) menunjukkan bahawa pengalaman komputer mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan keinginan seseorang menerima epembelajaran. Selwyn (2003) telah membuat satu laporan mengenai faktor pelajar menerima atau menolak teknologi komunikasi dan maklumat (TKM) di universiti. Menurut beliau, walaupun teknologi komunikasi dan maklumat telah ditentukan keberkesanannya dalam aktiviti akademik kebanyakan fakulti di universiti, namun integrasinya dalam aktiviti akademik setiap hari terhadap pelajar universiti secara keseluruhan kurang ditekankan. Beliau juga memberi pandangan bahawa tahap penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengajian tinggi sebenarnya tidak rata dan selalu berada pada tahap yang rendah. Faktor-faktor pelajar yang tidak menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat di universiti, hasil daripada kutipan maklumat Selwyn (2003), adalah seperti berikut:

22 i.

Tidak mendapat sokongan bahan dan sokongan kewangan

ii.

Kekurangan

pengetahuan

dan

kemahiran

tentang

teknologi

komunikasi dan maklumat iii.

'Technophobia' atau perasaan benci terhadap teknologi

iv.

Enggan menggunakan teknologi kerana salah tanggapan terhadap teknologi komunikasi dan maklumat Satu kajian mengenai pandangan pelajar universiti terhadap penggunaan e-

pembelajaran oleh Keller dan Cernerud (2002). Hasil dapatan amat mengesahkan orang. 50peratus respoden berpendapat bahawa e-pembelajaran tidak membantu mereka dalam pembelajaran. Oleh sebab itu, mereka tidak rela menggunakan epembelajaran yang dilaksanakan di universiti. Cheng-Chang, Sivo dan Brophy (2003) dalam kajian menguji pandangan pelajar mengenai penggunaan WebCT, satu persekitaran pembelajaran maya, berdasarkan Model Penerimaan Teknologi pula menyatakan bahawa faktor pandangan terhadap kesenangan penggunaan , pandangan kebergunaan dan sikap pengguna terhadap WebCT kononnya tidak menentukan antara satu sama lain. Hal ini bermaksud pandangan terhadap kesenangan penggunaan WebCT tidak akan mempengaruhi pandangan kebergunaan WebCT dan sikap pengguna terhadap WebCT; pandangan kebergunaan WebCT tidak akan mempengaruhi pandangan terhadap kesenangan penggunaan WebCT dan sikap pengguana terhadap WebCT; sikap pengguna terhadap WebCT juga tidak akan mempengaruhi pandangan terhadap kesenangan penggunaan WebCT dan pandangan kebergunaan WebCT.

2.10

SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (SPP)

Sistem Pengurusan Pembelajaran, atau Learning Management Systems (LMS) dalam bahasa Inggeris, juga dikenal sebagai Sistem Pengurusan Kursus (Course Management Systems (CMS) atau Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environments (VLE). Satu ensiklopedia di laman web, Wikipedia, mendefinisikan Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) sebagai satu pakej perisian yang membenarkan pengurusan isi pembelajaran dijalankan dan dapat menyalurkan isi pembelajaran

23 serta maklumat kepada pelajar. Kebanyakan SPP telah dilaksanakan melalui rangkaian web supaya pengurusan dan pembelajaran dapat dicapai di mana-mana tempat pada mana-mana masa. Lewis dan Whitlock (2003) telah menunjukkan empat jenis ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran yang dijelaskan dalam laporan DfEE (Department for Education and Employment). Pertama, Laporan DfEE menujukkan bahawa setiap SPP sebenarnya mempunyai beberapa ciri yang lazimnya wujud. Ciri-ciri tersebut termasuk data pendaftaran pelajar (maklumat persedirian, username, password), data pendaftaran program dan data kemajuan pelajar dalam subjek tertentu. Kedua, SPP mempunyai ciri memperuntuk sumber seperti ruang dan kelengkapan. Contoh fungsi-fungsi yang ada termasuk jadual waktu untuk setiap kelas, pembahagian pensyarah kursus tertentu, sokongan atau keperluan yang digunakan (seperti projector video, komputer dan sebagainya), jadual waktu setiap pelajar dan laporan seperti penglibatan setiap pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketiga, SPP dapat menyokong pembelajaran jarak jauh bukan dalam talian (off-line distance learning). Bahan-bahan yang diperlukan untuk ciri tersebut melibatkan multimedia dari bahan cetakan hingga CD-ROM. Ciri keempat sesuatu SPP ialah ia menyokong pembelajaran dalam talian. Kini, SPP secara sumber terbuka semakin berkembang pesat dalam pendidikan dan perniagaan (Wikipedia, 2006).

2.11

TEORI RESAPAN INOVASI

Teori Resapan Inovasi adalah satu teori yang dipelopori oleh Everett M. Rogers. ''Resapan'' merupakan proses di mana sesuatu inovasi dihubungkan melalui saluransaluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli-ahli dalam sesebuah sistem sosial (Rogers, 1995). Secara ringkasnya, teori ini membincangkan dengan mendalam bagaimana sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk idea, teknologi, barangan atau teknik-teknik berkembang dalam berbagai-bagai khalayak sehingga diterima dan diamalkan sepenuhnya oleh masyarakat. Ringkasan teori ini dapat dilihat pada rajah 2.1 Model Peringkat dalam Proses Keputusan-Inovasi

24 2.11.1 KAJIAN

LEPAS

YANG

MENGGUNAKAN

TEORI

RESAPAN

INOVASI

Zainal (1998) menggunakan Teori Resapan Inovasi dalam bidang pendidikan di Malaysia di mana kajiannya tertumpu kepada pembuatan keputusan oleh guru-guru sama ada menerima atau menolak Projek Sains Nuffield dari United Kingdom ke dalam kurikulum sekolah menengah di Malaysia. Proses Inovasi-Keputusan yang bermula daripada peringkat penerimaan sehingga ke peringkat implementasi telah dikaji dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan telah dikenalpasti. Faktor-faktor tersebut termasuk sikap terhadap sifat-sifat inovasi yang disarankan oleh Rogers. Cheah Phaik Kin (1999) juga mengaplikasikan Teori Resapan Inovasi dalam kajiannya yang melihat penerimaan Internet dalam kalangan pelajar Universiti Sains Malaysia. Beliau mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penerimaan Internet dalam kalangan pelajar-pelajar universiti, profil serta sifat pelajar-pelajar yang menerima internet serta melihat sifat-sifat inovasi yang mempengaruhi penerimaan atau penolakan inovasi. Hasil kajian mendapati tiada perbezaan antara pelajar aliran sains dan sastera tetapi dari segi jantina beliau mendapati lebih ramai pelajar perempuan menerima internet berbanding pelajar lelaki. Selain itu, kajiannya telah membuktikan kepentingan faktor sikap terhadap sifat-sifat inovasi dalam penerimaan sesuatu inovasi. Justeru itu, Cheah Phaik Kin (1999) menyarankan agar kajian beliau dapat dijadikan asas untuk membentuk strategi bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalam era teknologi informasi terkini. Kajian yang hampir sama juga telah dijalankan oleh Jamaludin (1995) yang melihat penerimaan internet oleh pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara dan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaannya. Kajian beliau mendapati internet lebih digunakan oleh pelajar-pelajar luar negara bagi tujuan sosialisasi dan mendapatkan berita dan maklumat tentang agama dan politik tetapi tidak ketara bagi tujuan akademik. Seterusnya, Teori Resapan Inovasi digunakan oleh Tricia Lim (1999) yang membuat kajian tentang penerimaan komputer peribadi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tricia Lim (1999) mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

98

RUJUKAN

Abdul Razak, A. Z. (2004). Teknologi Maklumat & Komunikasi. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: MzGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Abidin, A, dan R.Nawi, A. F. (2002). E-Learning : Penerokaan Media Pembelajaran Terkinidalamtalian.http://www.elearning.unimas.my/Articles/archieves/0000 02.html. Aldrich, C. (2003). Global Learning, 2008. AMA Handbook of E-learning. USA: AMACOM American Management Association, 420-422. Alexander, S. (2005). Do not go pass. http://www.onlinelearningmag.com/onlinelearning/magazine/article_display.j sp?vnu_content_id=1355614 and pedagogical innovation in higher education institutions’, Association Asirvatham, D. & Abtar Kaur Zoraini Wati Abas (2006). Country Report: E-learning inMalaysia,http://www.asiaelearning.net/content/conference/2005/file/Malays ia_Countryperatus20Reportperatus20v5.2.pdf Asirvatham et al., 2004; Country Report: Development of E-learning in Malaysia. http://www.asiaelearning.net/content/conference/2004/file/S2_Malaysia.pdf ASTD. (1998). Learning Technology Research Report. Alexandria, VA:ASTD. Badrul Khan (2005). Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan epembelajaran di kalangan pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (SPP, SPK, SPT) Fakulti Pendidikan, UTM. Tesis Sarjana Muda

99 Berge, Z. L. (2001). Sustaining Distance Training: IntegratingLearningTechnologies into the Fabric of The Fabric of the Enterprise. San Francisco: Jossey-Bases. Bishoff, A. (2000). The Elements of Effective Online Teaching: Overcoming Barriers To Success. In K. W. White & B. H. Weight (Eds). The online teaching guide: A handbook of attitudes, strategies and techniques for the virtual classroom. Needham Heights, MA: Allyn and Bacon. Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (1998). Qualitative research in education: An introduction to theory and methods (3rd ed.). Needham Heights, MA: Allyn & Bacon. Cavallaro dan Tan (2006). Computer mediated peer-peer mentoring. Assoclation the Advancement of computing in education Journal, 14(2), 129-138. http://go.editlib.org/a/6219 Cheah Phaik Kin (1999). Kadar Penerimaan Internet di Kalangan Pelajar Universiti: Satu Kajian Kes di Universiti Sains Malaysia,Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Cheng-Chang, S. P., Sivo, S. dan Brophy, J. (2003). Students' Attitude in a Webenhances Hybrid Course: A Structual Equation Modeling Inquiry. Journal of Educational Media & Library Sciences. 41(2), December: 181 - 194. Chidambaram, L., & Zigurs, I. (eds.) (2001). Our Virtual World: The Transformation of Work, Play and Life with New Media, Hershey, PA: Idea Group Publishing Chin, L. (1999). A study into students’ perceptions of Web-based learning environment, kertas kerja dibentangkan di HERDSA Annual International Conference on Information Technology and Multimedia di UNITEN, 1315hb Ogos 2001. Chow Fook Meng & Jaaizah Mahamud,(2004 2nd Edition). Panduan Kajian Tindakan, Jurnal Maktab Perguruan Perlis.

100

Chu & Hinton; Morgan & Tam, (1999) Institute for Computer Based Learning at Heriot-Watt UniversityRetrieved from(http://www.jisc.ac.uk/jtap044.html#_TOC465744599 [2001, Feb12] Clark, R. C. & Mayer, R. E. (2003). E-learning and the Science of Instruction. San Francisco: Jossey-Bass/Pfeiffer. Clarke A (1992). “The Principles of Screen Design for Computer-based Learning Materials Sheffield: Dept. for Education and Employment” Coollis dan Anderson, (1994). Computer literacy for the 1990s: Theoritical issues for an international assessment computer in schools, 11(2).55-67. Cresswel (2005). Educational Research Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (2nd Ed.). New Jersey Columbus, Ohio : Pearson Education Creswell(1998). Qualitative inquiry and research design : Choosing among five traditions. Tousand Oaks,CA : Sage. Curtin (2006) . WebCT and Online Tutorils: New Possibilities For Students Interaction [Electronic Version]. Australia Journal of Educational Technology 18(1), 110-126. http://ascilite.org.au/ajet/ajet18/ajet18.html Dereshiwsky & Moan (2000). diffusion, British Journal of Educational Technology 39(4), 598–609. Drennean, J. Kennedy, J. dan Pisarski, A. (2005). Factors Affecting Student Attitudes Toward Flexible Online Learning in Management Education. Journal of Educational Research. 98 (6), July/August: 331-338 http://web34.epnet.com/externalframe.asp

101 Dublin, L. (2003). If You Only Look Under the Street Lamps... Or Nine e-Learning Myths. The e-learning Developers’ Journal , June 16, 2- 7. http://www.elearningguild.com/pdf/2/061603MAN.pdf Educational Technology 20(1), 33–48. Eklund, J., Kay, M. dan Lynch, H. M. (2003). e-learning: emerging issues and key trends, A discussion paper. Australian National Training Authority. ISBN 1877057363 http://knowledgetree.flexiblelearning.net.au/edition04/pdf/elearning250903fi nal.pdf e-learning strategy: Levers for change within academic schools’ Association for Learning Technology Journal, Research in Learning Technology 14(2), 135– 151. eLearning.com.intros.2007. What is eLearning. (dalam talian) Embi,(2010). e-Learning in Malaysian Institutions of Higher Learning: Status, Trends and Challenges Ertl, B., Winkler, K. dan Mandi, H. (2007). E-Learning: Trends and Future Development, Advances in Computer-Supported Learning. USA: Information Scienve Publishing for Learning Technology Journal, Research in Learning Technology 13(3), Garland, M. (1993). Student Perceptions of The Situational, Institutional, Dispositional, And Epistemological Barriers to Persistence. Distance Education, 14(2), 181-198 Garrison, D., & Anderson, T. (2003). E-learning in the 21st Century. London: Routledge Falmer.http://agelesslearner.com/intros/elearning.html (capaian 5 Julai 2007)

102 Giles, 1999; Giles, I.M. (1999). An Examination of Persistence and Dropout N the Online Computer-Conferenced Classroom. Virginia Polytechnic Institute and State University: Doctoral dissertation. Gorard & Selwyn, 2000) Gorard, S. & Selwyn, N. (2000). Researching The Role of Digital Technology in Widening Participation. (ERIC Document Reproduction Service No. ED45442) Guba dan Lincoln(1985). Fourth Generation Evaluation, Newbury Park, CA : Stage Hanafi Atan, Zuraidah A Rahman dan Rozhan M Idrus (2004). Characteristics of the Web-Based Learning Environment in Distance Education: Students’ Perceptions of Their Learning Needs. Educational Media International. 41 (2), Jun: 103-110. http://www.tandf.co.uk/journals Hartley,D (2000). All Aboard The E-learning Train. Trainning and Development, 54(57),pp 37-43. Hasani Hassan (2004, Ogos 9). E-pembelajaran Atasi Kekurangan Pakar. Utusan Malaysia. Hazura Mohamed et al. (2005), Kesan Penggunaan E-pembelajaran, Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-18. September 16-19. Hotel Grand Continental Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Hisyam, (2000). Perisian Pembelajarn Berasaskan Web : Keperluan Dalam Pendidikan Jarak Jauh. Jurnal Pendidikan Jarak Jauh Malaysia. Holmes, 2006) Holmes, B dan Gardner, J. (2007). E-Learning: Concepts and Practice. London: SAGE Plications http://www.formatex.org/micte2005/261.pdf Ismail (2003), Ismail, Ayob et.al. (2003). Penjuruteraan Semula Pendidikan Teknikal dan Vokasional:Satu Cetusan Pemikiran dan Tnjauan. Kolej

103 Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.Persidangan Kebangsaan Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional 2003. Jailani (2002). Kepentingan ‘Content Management System’ dalam e-lesrning. Dalam Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 15 (m.s 282-290), Perlis: Hotel Putra Palace. Jamaludin (2000). Inovasi dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. AJM Publication. Jamalludin Harun (2006). Saya Tidak Berminat Menggunakan E-pembelajaran: Tolong Jangan Paksa Saya. Buletin e-Pembelajaran@UTM, edisi 1, Disember 2006. Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL), UTM Skudai, 14-15. Jamilah (2006). Organizing Enterprise-Wide E-learning and Human Capital Management.” Johari bin Mat (2000). Technology in the Malaysia Education System, Malaysia International Conference on Electronic Learning 2000 (e-learning 2000). 2526 Mei Kuala Lumpur: UTM, 1-10. Jongensen (1989). Forum Perbincangan berasaskan Web. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda Jun, J. (2005). Understanding E-dropout. International JI. On E-Learning. 4(2): 229240. Keller, C.& Cernerud, L. (2002). Students' Perceptions of E-Learning in University Education. Journal of Educational Media. 27 http://beat.doebe.li/bibliothek/t03555.html Khalili, A., & Shashoani, L. (1994). The Effectiveness of Computer Application: A Meta-Analysis. Journal of Research on Computing in Education, 27(1),48-61.

104

Kramarae, C. (2001). The third shift: Women learning online. Wishington, DC: AAUW Educational Foundation. Kvale (1996). Interactions in online education: Implications for Theory and Practice. New York,NY:Routledge Laurillard (1991). E-learning and Social Networking Handbook: Resources for Higher Education. London: Taylor and Francis Leonard, Bet al , 2006). E-learning: Strategies for delivering knowledge in the digital age. New York, NY : McGraw-Hill. Lewis, R. & Whitlock, Q. (2003). How to Plan and Manage an E-learning Programme. England: Gower Publishing Limited. Marohaini Yusoff (2001), Pengutipan dan Pengumpulan data perlakuan dan proses Menulis karangan dalam bilik darjah . dalam y, Maharoni (Ed).Penyelidikan Kualitatif : Pengalaman kerja lapangan) Marshall & Rosman (1995). Designing Qualitative Research NewBury Park, CA : Sage Publications. Masie, E. (2000). Blending Learning: The Magic is in The Mix. In A. Rosselt (Ed.) The ASTD E-learning handbook: Best practices, strategies, and case studies for an emerging field, (pp.58-63). New York: McGraw-Hill. Mauthner & Edwards (2002). "Ethics and feminist research: theory o

and practice", in Mauthner, M., Birch, M., Jessop, J. and Miller, T. (eds.) Ethics in qualitative research, Sage, London, pp. 14-31.

Merriam (1998). Qualitative Research and Case Study Application in Education. San Francisco : Jossey Bass

105 Merriam, S. B. (2001). The new update on adult learning theory. New Directions for Adult and Continuing Education, No. 89, San Francisco: Jossey Bass Publishers. Miles & Huberman (1994) Qualitative data analysis (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage. Mohamad Hisham Mohd Hashim dan Yusuo Hashim(2004). “Penggunaan Sistem pengurysan Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Tinjauan: Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 17. 25-29 Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Adanan Mat Junoh, et al. (2003). Kesediaan Pelajar University Malaysia Menggunakan E-Pembelajaran Sebagai Satu Alat Pembelajaran.Satu kajian kes di Unisversiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai. Moore, M.G., & Kearsley, G. (1996). Distance education: A system view. Belmont, CA: Wadsworth Publishing Company. Morgan, C.K. & Tam, M. (1999). Unraveling the complexities of distance education student attrition. Distance Education, 20(1), 96 – 108. Ndubisi, N. O. (2004). Factors Influencing E-learning Adoption Intention: Examining the Determinant Structure of the Decomposed Theory of Planned Behaviour Constructs, HERDSA 2004 Conference Proceedings. http://www.herdsa.org.au/conference2004/Contributions/RPapers/P057-jt.pdf Nichols & Anderson (2005). Strategik pelaksanaan e-pembelajaran. Teknologi Pendidikan & Society, 8 (4), 1-8. Nichols, M., 2008, ‘Institutional perspectives: The challenges of e-learning

106 O’Connor, C., Sceiford, E., Wang, g., Fourcar, Scocki, D., & Griffin, O. (2003). Departure, abandonmment, and dropout of e-learning: Dilemma and Solutions. Retrieved November 16, 2003, from www.masie.com O’Malley, J. & McCraw, H. (1999). Student perceptions of distance learning.Online learning and the traditional classroom. Online Journal of Distance Learning Administration, II(IV),p1-11. Retrieved January 15, 2002, from www.westga.edu/~distance/omalley 24.html. O’Sullivan, M, Samarawickrema, G .(2008). Changing learning and teaching relationships in the educational technology landscape. Proceedings ascilite Melbourne, 711-714. Othman Lebar (2006). Penyelidikan Kualitatif, Pengenalan Kepada teori dan Metod. o

Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris Paris, P. G. (2004). E-Learning: A study on Secondary Students'Attitudes towards Online Web Assisted Learning. International Education Journal. 5(1). http://iej.cjb.net Patton (1990). Qualitative Evaluation Methods. Beverly Hills, CA: Sage Publications. Phillip R. (1997).The Developer’s Handbook to Interactive Multimedia London: Pollard, E., & Hillage, J. (Eds). (2001). Exploring e-learning. The Institute for Emploment Studies. Report No. 376. Brighton: UK. Rashid Mohammed Salim Alhajri (2007). Teacher’s beliefs and self-efficacy in computer technology integration in teaching and learning : A comparative study between Oman and Malaysia.Unpublished PHD thesis. Universiti Sains Malaysia.

107 Razmah Mahmod, Noornina Dahlan, T. Ramayah, Noorliza Karia, Muhammad Hasmi Abu Hassan Asaari (2005). Attitudinal Belief on Adoption of E-MBA Progarm in Malaysia, Turkish Online Journal of Distance EducationTOJDE. April 2005. ISSN 1302-6488, 6(2). Research Institute of Bangkok University (2002), Model of e-Learning Adoption : Case Study in Bangkok University UndergraduateStudents, http://research.bu.ac.th/extra/article017.html Rogers (1995). Diffusion of Innovations. 4th ed. New York: Free Press,1995. Rosenberg, M. (2002). E-learning strategies for delivering knowledge in the digital age.New York: Mc Graw Hill. Rosenberg, M. J. (2001). E-learning: Strategies for delivering knowledge Rubiah Omar (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik. Jurnal Pendidikan (UKM) Salmon, G., 2005, ‘Flying not flapping: A strategic framework for e-learning Schilke, R.A. (2001). A case study of attrition in web-based instruction for adults: Updating Garland’s model of barriers to persistence in distance educational.(Doctoral dissertation, Northem Illinois University. Lee S. Shulman ,(1986): Educational Researcher, Vol. 15, No. 2. (Feb., 1986), pp. 414.Stable URL:http://links.jstor.org/sici?sici=001 189Xperatus28198602peratus2915peratus3A2peratus3C4peratus3ATWUKG Iperatus3E2.0.COperatus3B2-X Seels, B.B. & Richey, R.C. (1994). Instructional technology: The definitions and domains of the field. Washingston, DC: Association for Educational Communications and Technology.

108 Selwyn, N (2003). Why Students Do (and Do Not ) Make Use of ICT in University, ‘Finding Common Ground: IT Education, Dearing and Democracy in the Information Society’ Conference. 9th July. University of Leeds Department of Computing. Sharpe, R., Benfield, G. and Francis, R., (2006), ‘Implementing a university Ting Kung Shiung. (2007). Kajian Mengenai Penggunaan Epembelajaran (elearning) Di kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik danVvokasional Di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda Suraya Hamid (2005). A Framework for Strategic Future E-Learning Applications to Support Sustainable Growth in the E-Learning Industry. Proceedings Book of the 3rd International Conference on Multimedia and Information and Communication Technologies in Education, m-ICTE2005. Survey Research on E-pembelajaran in Asia Countries (2002) Survey Research on eLearning in Asian Countries :Fiscal Year 2002 (Overview) http://www.asiaelearning.net/content/relatedInfo/report/elearning-trend-2002-overview.pdf Teaching the teachers to teach online’, Australasian Journal o Tricia Lim (1999) , Competencies for distances education professionals. Education Technology Research & Development, 43(1), 57-59 Victor Jeurissen (2004). Distributed Education: Challenges, choices, and a new environment. Washington, DC: American Coucil on Education. Vuorela, M & Nummenmaa, L (2004). How undergraduate students meet a new learning environment?. Computers in Human Behavior. 20: 763-777. www.elsevier.com/locate/comphumbeh

109 Watson (2003). A case study. Exponential growth at the University of Durham. Diperolehi July 4, 2004 daripada http://www.blackboard.com/about/cc/durham/index.htm Wideman dan Owston, (1999) . An initial assessment technical report. Atkinson College: Atkinson College Press. Williams, (2001) Thirty-two trends affectingdistance education: An informed foundation for strategic planning. OnlineJournal of Distance Learning Administration, 6(3). Wilson, G. and Stacey, E., 2004, ‘Online interaction impacts on learning Wong, M.M. (2006). Kajian Mengenai Penggunaan E-learning UTM di Kalangan Pelajar Tahun 5 Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan. Tesis Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia , Skudai. Yahya (2005). Kajian Penggunaan E-pembelajaran di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (KH) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Tesis Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Universiti Teknologi Malaysia. Yusuf Hashim (1996). Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan, Penerbit FajarBakti Sdn Bhd Kuala Lumpur. Yusup Hashim (1998). From educational technology to information technology Malaysian experience. Jurnal Akademik MPSAH. Jilid 6, m.s. 28-40. Zailan Arabee Abdul Salam & Azmi Mansur (2006). MyGfL: A Lifelong Learning Platform for Malaysian Society. The Electronic Journal of e-Learning. 4 (1): 7-14. www.ejel.org

110

Zoraini Wati Abas. (2005). E-learning: Potential and challenges for Malaysian institutions. Dalam Mohd Zahedi Daud (et al.) E-learning: Issues and Challenges. (pp.8-16). Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Zainal, G., 1998, Curricular Decision-Making in the Diffusion of Educational Innovation in Malaysia, Tesis Ph.D., University of Southampton.

Suggest Documents