BAHAN PENGAJARAN DWIBAHASA: KESANNYA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MURID-MURID DI PERINGKAT DARJAH 1

BAHAN PENGAJARAN DWIBAHASA: KESANNYA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MURID-MURID DI PERINGKAT DARJAH 1 Haslindah Mispan Bahagian Pe...
1 downloads 2 Views 851KB Size
BAHAN PENGAJARAN DWIBAHASA: KESANNYA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MURID-MURID DI PERINGKAT DARJAH 1 Haslindah Mispan Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Singapura. [email protected]

ABSTRAK Bahan pengajaran merupakan alat yang penting yang dapat menjadi pemangkin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk berupaya menjadi bahan pengajaran yang efektif, bahan tersebut haruslah menitikberatkan kesediaan, keupayaan dan minat murid dalam Bahasa Melayu(BM). Memandangkan meningkatnya jumlah pelajar yang mempelajari BM datang dari keluarga yang menggunakan Bahasa Inggeris(EL) di rumah, satu pedagogi alternatif perlu diterokai untuk membantu murid-murid ini. Oleh itu, kajian ini merupakan kajian awal bagi meneliti kesan penggunaan bahan pengajaran dwibahasa terhadap pengajaran dan pembelajaran BM dalam kalangan murid-murid darjah 1 yang datang daripada keluarga yang tidak menggunakan BM di rumah. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif melalui praujian dan pascaujian sebelum dan sesudah murid menggunakan bahan ini. Kajian kualitatif juga dilakukan untuk meneliti perubahan sikap dan perlakuan murid dalam proses pembelajaran. Secara umum, terdapat perubahan yang signifikan di segi pemahaman dan motivasi murid dalam proses pembelajaran di bilik darjah. Kata kunci: Dwibahasa, bahan pengajaran dwibahasa, literasi bahasa, teknik terjemahan, kurikulum bahasa Melayu ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1. Pengenalan Dasar dwibahasa di Singapura bertujuan untuk mengekalkan nilai tradisi melalui bahasa ibunda dan pada masa yang sama menguasai bahasa Inggeris (EL) bagi kepentingan ekonomi telah berakar umbi sejak tahun 1959 lagi1. Dasar ini memang telah mendapat banyak perhatian di dalam dan luar negara dan pelaksanaannya juga sering diperdebatkan untuk tujuan meningkatkan mutu pendidikan bahasa agar hasrat dwibahasa ini dapat dicapai. Atas alasan inilah, pengemaskinian2 terhadap kurikulum bahasa Melayu dijalankan agar selaras dengan perubahan yang berlaku terhadap penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat majmuk Singapura sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini untuk memastikan agar dasar bahasa ini dapat diperbaik, diperkukuh dan tetap relevan demi mempersiapkan generasi muda menghadapi era globalisi pada masa kini dan mendatang.3

1

L. Quentin Dixon. , 2005. The Bilingual Education Policy in Singapore: Implications for Second Language Acquisition, Proceedings of the 4th International Symposium on Bilingualism, MA: Cascadilla Press, hal 625. 2

Semakan Kurikulum BM telah dijalankan oleh Jawatankuasa Semakan Kurikulum dan Pedagogi BM yang dipengerusikan oleh A/P Dr Hadijah Rahmat dan saranan pembaikannya terdapat dalam Laporan Semakan Kurikulum dan Pedagogi BM, 2005. Selepas itu, Semakan Kurikulum BM 2010 yang dipengerusikan oleh Pengarah Agung Pendidikan menyusuli untuk memperhalus Kurikulum BM 2005 bagi menangani profil murid Bahasa Melayu yang terus berubah. 3 MOE Singapura, 2007. Mempersiapkan Pelajar bagi Masa Depan yang Global – Memperkukuh Pembelajaran Bahasa dalam Sidang Akhbar , 7 Mar 07.

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

614

2. Cabaran Masa Kini dan Hadapan Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Singapura (MOE) menunjukkan bahawa semakin ramai murid yang memasuki Darjah 1 dan mempelajari Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa ibunda (BI) datang daripada keluarga yang lebih banyak menggunakan EL di rumah. Jumlah ini pada tahun 1982 hanya 0.5 bagi 10 orang murid berbanding dengan 3.5 pada tahun 2009.4 Trend ini menyokong tanggapan bahawa satu perubahan besar telah berlaku kepada amalan literasi bahasa Melayu di rumah. Apa yang lebih menjadi keprihatinan ialah pelajar ini menghadapi lebih banyak kesukaran mempelajari BM5 di peringkat yang selanjutnya sehinggalah peringkat maktab rendah. Pelbagai usaha seperti membina sukatan, bahan pengajaran dan melatih guru-guru menggunakan sukatan dan bahan secara berkesan telah dijalankan. Namun, dalam hal mengajar murid-murid yang mempunyai latar belakang sedemikian, guru masih mencari-cari strategi yang berkesan dan bahan pengajaran yang sesuai yang dapat membantu mereka meluaskan kosa kata dan membina makna dalam memperoleh dan menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Selain strategi penyerapan yang mendedahkan penggunaan bahasa Melayu secara langsung dalam kelas, mereka juga menggunakan teknik terjemahan semasa pengajaran dijalankan. Perkara ini disarankan dengan jelas oleh Menteri Pembimbing, MM Lee Kuan Yew dalam mengajarkan bahasa ibunda dengan cara yang lebih berkesan agar pemahaman dapat dibina dan diperkukuh. '...If you are speaking English at home and you are taught Mandarin in Primary 1 by Chinese teachers who teach Mandarin as it was taught in the former Chinese schools, by the direct method, using only Mandarin, you will soon lose interest because you do not understand what the teacher is saying.’ 6 3. Matlamat Kajian Berkaitan dengan aspek meningkatkan pemahaman murid-murid ini, ramai guru yang mengajar muridmurid yang berlatarbelakangkan EL menggunakan kaedah yang dapat memberikan pemahaman melalui terjemahan. Hal ini tidak dapat dielakkan terutama sekali semasa memberikan arahan pada peringkat awal. Kaedah menterjemah ini merupakan satu kaedah yang mencabar bagi guru-guru. Guru menterjemah setiap perkataan yang dicetak dalam teks untuk membantu pemahaman murid. Selain itu, terdapat juga satu lagi kaedah dalam meningkatkan kosa kata, merangsang dan meningkatkan pemahaman serta minat murid; iaitu penggunaan bahan dwibahasa. Kejayaan penggunaan bahan dwibahasa di beberapa buah sekolah di Amerika, Australia dan New Zealand, perlu diteliti untuk mendapatkan beberapa cara lain yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, satu percubaan untuk menghasilkan bahan dwibahasa ini telah dilakukan untuk mengetahui dan memahami keupayaan bahan yang meningkatkan pemahaman murid.7

4

Ucapan Dr Ng Eng Hen, Menteri Pelajaran dan Menteri Kedua Pertahanan dalam Upacara Pelantikan Pengetua ke-12 di Hotel Shagri-La pada 29 Dec 2009. 5 Kementerian Pendidikan, 2005. Laporan Jawatankuasa Semakan Kurikulum dan Pedagogi Bahasa Melayu. Singapura, hal 2. 6 Au Yong, J., Bilingual policy was most difficult: Minister Mentor, The Straits Times, 3 Nov 2009. 7 Bahan dwibahasa ini bertajuk ‘Mari Ikut DIdi’ oleh Noor Afidah Abdul Rahman dan Haslindah Mispan yang dibina bagi memenuhi satu modul dalam Kursus Sarjana, Literasi dalam Pendidikan.

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

615

4. Permasalahan Kajian Sebelum menyarankan penggunaannya secara meluas, bahan yang dibina ini haruslah diuji untuk mengetahui sejauh mana bahan ini boleh diguna pakai. Langkah ini merupakan langkah rintis kerana ini merupakan kali pertama bahan dwibahasa ini digunakan untuk membantu murid meningkatkan pemahaman mereka. Pernyataan Masalah Justeru kajian ini dijalankan untuk mencari pendekatan alternatif yang sesuai bagi membantu murid-murid ini darjah 1 yang baru sahaja memasuki sekolah rendah bulan Januari. Pelajaran BM yang dimaksudkan ialah pelajaran kosa kata dan memahami arahan-arahan asas yang dapat membantu mereka menjalankan aktiviti pembelajaran. Pengajaran akan menggunakan bahan dwibahasa, BM dan EL, bagi pembelajaran BM murid-murid darjah 1 ini. Dua soalan yang ingin diteliti dengan terperinci dalam kajian ini adalah: Dapatkah kita membantu meningkatkan pemerolehan kosa kata dan pemahaman murid-murid darjah 1 yang tidak berbahasa Melayu di rumah dengan menggunakan bahan dwibahasa, BM dan EL?  Bagaimanakah dapat kita menambah kosa kata dan pemahaman mereka dengan menggunakan bahan dwibahasa tersebut? Kedua-dua soalan ini sebenarnya membawa pengkaji melihat peningkatan jumlah kosa kata yang diperoleh murid-murid dengan meneliti jumlah perkataan sebelum dan selepas bahan ini digunakan. Di samping itu pengkaji juga boleh mengukur pemahaman murid dengan meneliti aspek-aspek lain seperti bagaimana respons mereka secara lisan dan pergerakan8 terhadap arahan dan soalan serta interaksi mereka bersama guru dan kawan-kawan yang lain. Hal ini juga penting untuk menunjukkan pemahaman mereka. Oleh itu hipotesis kajian ini ialah penggunaan bahan dwibahasa, BM dan EL dapat membantu meningkatkan kosa kata dan pemahaman murid-murid mempelajari BM. 5. Pengertian Istilah 5.1 Bahan Pengajaran Dwibahasa Bahan pengajaran dwibahasa (BM dan EL), ‘Mari Ikut Saya’(MIS) yang digunakan dalam kajian ini merupakan bahan yang dibina untuk memberikan pendedahan murid terhadap dua bahasa yang dicetak pada muka surat yang sama. Kedua-dua bahasa ini menerangkan cerita yang serupa bagi gambar yang sama agar dapat membantu murid membina makna9 yang disampaikan dalam BM dengan bantuan EL yang lebih difahami oleh murid seperti yang terdapat dalam Rajah 1 berikut.10

Ini Didi. Didi hendak ke Bumi. Mari ikut Didi.

This is Didi. Didi wants to go to Earth Let΄s follow Didi.

Rajah 1 : Bahan pengajaran dwibahasa

8

Anstey, M. & Bull, G., (2006). Teaching and Learning Multiliteracies: Changing Times, Changing Literacies. International Reading Association , hal 25 9 C. Driessen, et al., 2008. A Quantitative Analysis of Language Learning Tasks: The Design of a Tool, Journal of Curriculum Studies, 40:6, hal 805. 10 Mari Ikut Saya, hal 14.

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

616

Selain itu, buku MIS ini juga menerapkan prinsip pembinaan bahan yang bertujuan untuk menggalakkan perlakuan mental. Hal ini termasuklah pengulangan rima dan struktur, seperti yang tertera di atas; Didi, bumi, mari dan ayat-ayat yang terdapat dalam halaman 15 dalam buku MIS. Contohnya, Nasib Didi malang. Didi jatuh melayang-layang, ke atas penyu yang sedang berenang. Begitu juga susunan perkataan dari mudah kepada susah dan ayat yang pendek kepada yang panjang. Contohnya, ayat pertama ialah ‘Ini Didi’ dan ayat terakhir pula ialah ‘Dia melambung keluar dan jatuh ke tempat asal.’ Susunan idea pula dari yang konkrit kepada yang abstrak. Contohnya perjalanan daripada hutan ke dalam lautan, dan kata kerja ‘lompat’ kepada ‘hidup dalam lautan’. MIS juga bermatlamat untuk memupuk pemikiran positif dalam diri mereka agar berani meneroka hal-hal yang baharu. Hal ini ditekankan semasa murid diajak melihat perkara-perkara yang dapat dilihat di darat secara dekat, melalui pandangan dari angkasa dan menyelam dalam air. Soalan seperti ‘Awak siapa?, Awak makan apa, Tupat?, Ini apa?’ dapat menggalakkan mereka berfikir dan menimba pengetahuan tentang alam sekeliling mereka. Soalan-soalan ini dapat memberikan peluang pada murid mengaitkan hal tersebut dengan kehidupan mereka. Menurut Westhoff (2000), hal dan objek yang menggerakkan mental melalui perlakuan memudahkan ingatan dan informasi yang diperoleh dapat disimpan dalam ingatan jangka panjang. Bertemakan alam semula jadi, perkara yang disentuh juga merupakan perkara yang biasa didengar daripada ibu bapa atau guru walaupun dalam EL. Konsep benda maujud seperti nama binatang, perbuatan dan deskripsi benda juga telah mereka peroleh dalam EL. Mereka juga diberi peluang untuk mempelajari pengetahuan bahasa yang lain. Buku MIS juga memasukkan input bahasa yang disisip secara kontektual seperti yang disarankan oleh Krashen (1981). Matlamat pengajaran dan pembelajaran BM dalam buku MIS adalah:     

Memperkenalkan golongan kata seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Golongan kata yang lazim digunakan ialah kata nama yang terdiri daripada kata nama konkrit seperti nama orang dan binatang. Merangsang penggunaan mental dan psikomotor murid misalnya melalui penggunaan rima dan aktiviti membaca secara lantang secara beramai-ramai. Menggalakkan murid berkongsi pengalaman melalui peristiwa dalam bahan. Menggalakkan literasi dwibahasa agar murid terangsang untuk membaca dalam dua bahasa BM dan EL. Mengukuhkan kemahiran mendengar, bertutur di peringkat awal dan kemudian kemahiran membaca dan menulis di peringkat selanjutnya.

Selain itu, warna dan ilustrasi kartun disertakan untuk merangsang minat dan perhatian murid. Buku yang berukuran 400X550 mm boleh digunakan untuk kegiatan membaca bersama bagi kelas kecil yang kurang daripada 10 orang. Reka letak buku ini juga disusun berdasarkan cerita yang ingin disampaikan. Aksara bagi BM lebih besar untuk pembelajaran daripada aksara EL. Ini membolehkan tumpuan kepada BM bagi memudahkan pemerolehan kosa kata. 5.2 Pemerolehan Kosa Kata Memiliki kosa kata yang banyak dan tepat merupakan satu tuntutan dalam membolehkan murid bertutur dan menulis dengan baik. Seseorang murid yang mempunyai kosa kata yang banyak dapat bertutur dengan yakin dan lancar. Menurut Snow & Dickinson (1991) pendedahan terhadap peluang memperoleh kosa kata pada peringkat awal melalui wacana yang merangsang kognitif dan linguistik murid mempunyai kaitan dengan kejayaan literasi pada masa hadapan. Kosa kata boleh dikembangkan melalui pendengaran dan pembacaan. Pendekatan yang boleh digunakan melalui penggunaan bahan ini ialah pendekatan terus dan

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

617

pendekatan tidak langsung.11 Murid akan mempelajari perkataan dalam bahan ini melalui sebutan yang diulang berkali-kali dalam bacaan atau nyanyian mereka. Perkataan ‘lompat’ misalnya digunakan dalam teks dan diperkukuh dalam lagu ‘Lompat si Katak Lompat’ dan penggunaan alitrasi serta asonansi dalam teks yang disertakan. Pendekatan tidak langsung pula diperoleh melalui kegiatan mempelajari tatabahasa, membaca dan menulis. 5.3 Mengukuhkan Pemahaman Dalam usaha memberikan makna pada apa yang didengar atau dibaca, seseorang murid harus memahami teks. Menurut Freebody & Luke (2003), teks pula boleh dalam bentuk kertas, elektronik atau lisan. Teks juga mencakupi sistem semiotik yang melibatkan sistem linguistik seperti penggunaan perbendaharaan kata atau kosa kata. Selain itu, kesan visual seperti gambar tetap dan bergerak, warna dan sudut pandangan juga termasuk dalam sistem semiotik ini. Kesan bunyi seperti rentak dan rima, dan ekspresi muka dan bahasa isyarat atau badan juga termasuk dalam sistem semiotik. 6. Kepentingan Kajian Untuk membantu guru menangani kesulitan kerana terpaksa menterjemah setiap perkataan yang terdapat dalam teks, buku yang telah tersedia perkataannya dalam EL yang boleh membantu murid membina pemahaman mereka semasa membaca. Murid juga dapat membina keyakinan mereka dalam pembelajaran. Dengan erti kata yang lain, kaedah menggunakan bahan dwibahasa ini mempunyai potensi memudahkan pengajaran. Guru dapat menggunakan masa menterjemah untuk mengembangkan kosa kata yang terdapat dalam teks dan mengukuhkan pemahaman murid terhadap teks yang dibaca. Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan peluang murid-murid menggunakan keupayaan EL mereka untuk membina makna dalam BM. Dengan mengetahui apa yang dipelajari, minat dan keyakinan mereka untuk belajar BM semakin bertambah dan meningkatkan. 7. Kajian Lepas Penggunaan buku cerita dwibahasa bagi memperkayakan kosa kata, meningkatkan kecekapan membaca, memperkukuh pemahaman dan memperbaik penguasaan bahasa lisan dalam dua bahasa pernah dikaji oleh ramai pengkaji di barat. Durgunoglu, Nagy, Hancin (1993) misalnya mengkaji faktor yang mempengaruhi penguasaan kosa kata EL bagi pembaca berbahasa Sepanyol. Mereka mendapati bahawa kelakonan pembaca mempunyai kaitan dengan kebolehan mereka mengalihkan pengetahuan bahasa Sepanyol ke EL. Gonzales(1999) pula membuat kesimpulan bahawa perkembangan fonologi EL penutur bahasa Sepanyol ialah rintitan bukan serentak. Dalam kajian yang dijalankan oleh Neugebauer dan Currie-Rubbin (2009), mereka memperlihatkan bagaimana buku dwibahasa digunakan dalam pengajaran bacaan di Calca, Peru. Kajian yang berkaitan dengan kaedah bacaan kuat. Kajian buku dwibahasa juga pernah dijalankan oleh yang lain seperti Mello, 2001 dan Silverman, 2007. Hal ini melibatkan kanak-kanak tahun satu di sekolah yang mengamalkan bahasa Sepanyol sebagai bahasa pengantar di Calca, dalam kelas EL. Kanak-kanak membaca dengan kuat dan diajak berbincang mengenai teks dan gambar dalam buku. Melalui perbincangan dan penceritaan semula, kanak-kanak dapat menemukan makna kosa kata dalam buku tersebut. Di dalam kajian ini, penggunaan bahasa pertama untuk pembelajaran bahasa kedua telah menunjukkan keberkesanan dalam perkembangan kosa kata serta pemahaman kanak-kanak.

11

Othman, Y., 2005. Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. PTS Professional Snd. Bhd, hal 126.

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

618

Sneddon (2008) menggunakan buku dwibahasa dalam pembacaan buku cerita dua orang kanak-kanak sekolah tahun satu berketurunan Albania yang belajar di England. Kajian yang bertitik-tolak daripada Cummins (1986) menunjukkan bahawa kejayaan di dalam pendidikan boleh diraih jika bahasa dan budaya sesuatu masyarakat itu disepadukan dalam pengajaran. Cummins menggalakkan keluarga untuk memainkan peranan aktif dalam pendidikan anak-anak mereka. Sekolah dan rumah harus menggalakkan sesi interaktif sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan terhadap dua orang kanak-kanak, Magda dan Albana yang fasih bertutur di dalam bahasa Albania sewaktu mereka kecil. Semenjak kanak-kanak ini mengikuti prasekolah, amalan literasi mereka dalam bahasa Albania semakin merosot walaupun ibu bapa mereka masih berbahasa Albania. Guru mereka telah memperkenalkan buku cerita dwibahasa untuk melancarkan bacaan dalam bahasa ibunda dan EL dengan bantuan ibu mereka. Melalui inisiatif guru serta bantuan ibu bapa akhirnya kanak-kanak ini mahir dan yakin membaca dalam bahasa Albania. Terdapat juga kajian yang dijalankan terhadap penguasaan bahasa Mandarin dengan menggunakan buku dwibahasa. Ma (2008) di dalam kajiannya pula menunjukkan bagaimana buku dwibahasa dapat digunakan untuk mempertingkatkan pemahaman kanak-kanak berusia tujuh tahun, Minnie, yang berketurunan Cina, berasal dari Hong Kong dan tidak lagi boleh menguasai bahasa Mandarin semenjak berhijrah dan bersekolah di England. Proses membaca dan memahami yang dijalankan melalui buku dwibahasa oleh Minnie dan ibunya adalah sama seperti yang digunakan oleh Sneddon (2008). Secara tidak langsung, ibu Minnie pula telah memperluaskan kosa kata EL melalui penerangannya kepada Minnie. Edwards, Monaghan & Knight (2000) pula dalam kajian mereka cuba memperlihatkan bagaimana buku dwibahasa dapat mempertingkatkan amalan literasi dalam EL dan bahasa Welsh bagi kanak-kanak berusia antara 6 hingga 10 tahun. Kajian ini juga memperhatikan respons, penggunaan serta pemilihan bahasa kanak-kanak serta gaya pembelajaran mereka. Pembelajaran bacaan dan pemahaman diajar melalui kegiatan intepretasi makna perkataan dalam kedua-dua bahasa yang tidak difahami. Kajian ini telah membuktikan keberkesanan penggunaan buku dwibahasa akibat interaksi antara kanak-kanak dengan bahan dwibahasa tersebut. Kehadiran dua bahasa di dalam buku cerita ini telah mempercepatkan proses permaknaan dan pemahaman kanak-kanak terhadap teks yang mereka baca.

8. Kerangka Teori Pembinaan dan penggunaan bahan dwibahasa dalam pembelajaran dan pengajaran BM sebenarnya berlandaskan Teori Pemerolehan Bahasa Kedua (L2) oleh J. Cummins(1980). Menurut Cummins penutur asing telah mempunyai kefasihan dan ketepatan bertutur dalam bahasa pertama (L1) mereka dan hal ini dapat digunakan untuk mempelajari bahasa kedua (BM). Secara am, Cummins berpendapat bahawa dalam mempelajari bahasa, seorang murid memerlukan set kemahiran dan pengetahuan metalinguistik dalaman yang boleh digunakan dalam proses mempelajari bahasa lain. Ini dikenal pasti sebagai Kecekapan Asas Umum yang menjadi dasar bagi pembelajaran bahasa kedua. Sebarang pengembangan dalam bahagian ini akan memberikan kesan yang positif pada yang lain. Rajah 2 di bawah menerangkan kedudukan Kecekapan Asas Umum yang diperoleh dalam L1 dapat menjadi asas pada pemerolehan L2.

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

619

Te ori Cummins

Bahasa Pertama

Bahasa Kedua

Ke ceka pa n As a s Umum

Rajah 2 : Kecekapan Asas Umum Menurut Cummins lagi, selain keupayaan dalam L1, makna juga boleh diperoleh melalui hubungan sosial. Tanda-tanda paralinguistik seperti mimik muka, pergerakan fizikal dan intonasi dapat membina dan mengukuhkan makna. Krashen (1981) juga menyatakan bahawa dalam memperoleh penguasaan L1 atau L2, makna yang disampaikan merupakan satu aspek yang penting. Pemerolehan yang sebenar berlaku secara perlahan. Kemahiran bertutur akan datang selepas kemahiran mendengar. Pendekatan yang terbaik ialah memberikan kemasukan yang bermakna dalam pembelajaran. Dalam mengambil keputusan membina pendekatan pengajaran dan pembinaan bahan, tiga perkara harus diperhatikan; menggunakan teori pemerolehan bahasa kedua, menggunakan kajian linguistik gunaan (applied linguistic) dan menggunakan idea dan intiusi daripada pengalaman. Kedua-dua teori ini digunakan untuk membina bahan pengajaran dwibahasa dan melakar rancangan pengajaran yang dikongsi bersama guru. 9. Kaedah Kajian Kajian menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk memanfaatkan peluang memperoleh data yang dapat menyokong kajian deskriptif ini. Kaedah kuantitatif dijalankan untuk 9.1 Batasan Kajian Dalam kajian ini, tenaga pengajar mempunyai keupayaan yang berbeza di segi menjalankan pengajaran dalam kelas. Memandangkan keupayaan menggunakan buku besar sebagai alat mengajar amat penting, pengetahuan dan kemahiran guru diperlukan untuk keberkesanan pengajaran. Dan bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan data yang dikumpul, pengetahuan tenaga pengajar penting. Untuk itu, pengajaran dalam salah satu kelas yang dipilih telah diambil alih oleh pengkaji. Hal ini dipersetujui oleh guru terlibat kerana ini memberikannya peluang untuk mempelajari strategi dan teknik menyampaikan pengajaran melalui demonstrasi yang diikuti. Satu lagi aspek yang boleh menghambat kebolehpercayaan dan kesahihan kajian ini ialah keselarasan di segi strategi penggunaan bahan dan penilaian dalam kelas. Untuk memastikan terdapat keselarasan dalam penggunaan bahan pengajaran dan penilaian, rancangan pengajaran disediakan bagi ketiga-tiga pelajaran dan perbincangan diadakan bagi kedua-dua pembimbing tadi. Soalan-soalan rangsangan, panduan dan yang dapat menguji kefahaman dalam pembelajaran juga disertakan. Memandangkan kajian ini dijalankan dalam jangkamasa dua minggu sahaja, yakni dua kali perbincangan dengan guru dan tiga kali pemerhatian dalam bilik darjah bagi setiap sekolah, masa-masa pertemuan ini dirancang dan digunakan sebaik mungkin untuk mengumpul data. Guru-guru diberikan jadual pertemuan dan program pemantauan melalui pemerhatian dalam kelas. Terdapat juga perbincangan dan pertukaran idea dengan guru untuk memberikan pemahaman yang sama sebelum menjalankan pengajaran.

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

620

9.2 Reka Bentuk Kajian Dengan meneliti batasan kajian, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk memanfaatkan peluang memperoleh data yang dapat menyokong kajian deskriptif ini. Kaedah kuantitatif dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai perbezaan kelakonan murid dalam dua ujian; praujian yang diberikan sebelum pengajaran dan pascaujian yang diberikan selepas pengajaran. Data kuantitatif ini diproses untuk mendapatkan informasi tentang kelakonan murid secara individu dan kumpulan. Untuk menentusahkan dapatan kuantitatif ini, kaedah kualitatif juga digunakan untuk mengumpulkan data. Pengumpulan data ini juga dilakukan secara triangulasi, iaitu dengan catatan anekdotal, pemerhatian dalam kelas dan temu ramah untuk memahami apa yang berlaku dalam kelas. Temu bual ini dijalankan secara informal. Data yang diperoleh ini dianalisis selaras dengan soalan yang dikemukan dan permasalahan kajian. 9.3 Instrumen Kajian Buku MIS dan Rancangan Pengajaran – Buku MIS diberikan kepada kedua-dua sekolah ini untuk digunakan sebagai alat pengajaran. Untuk menjalankannya dalam kelas, rancangan pengajaran bagi tiga pelajaran dibina untuk menyarankan aktiviti-aktiviti bagi tujuan mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Langkah-langkah pengajaran juga disertakan. Soalan-soalan yang boleh digunakan untuk rangsangan dan menguji pemahaman juga diberikan agar guru tahu arah tuju pengajaran. Lampiran lain untuk menyokong pengajaran seperti lirik lagu juga disisipkan bagi kegunaan guru. Sebanyak tiga rancangan pengajaran disertakan untuk kegunaan guru dalam masa 3 waktu (1 jam bagi setiap waktu). Soalan praujian dan pascaujian – Soalan praujian dan pascaujian ini dibina untuk membolehkan pengkaji mengukur kelakonan murid selepas menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Soalan-soalan ini berkisar kepada pemahaman mendengar arahan, mengetahui kosa kata, memahami ayat dan mengenal warna. Soalan berbentuk respons dengan memilih jawapan betul dan mewarnakan objek yang dipilih. Sebanyak 25 soalan disediakan bagi praujian dan 33 soalan selepas pengajaran, 25 soalan yang telah diberikan dan 8 lagi soalan baharu. Soalan baharu ini ingin melihat sama ada mereka dapat menambah kosa kata selepas menjalani tiga pelajaran. Soalan temu ramah – Sebanyak 16 soalan disediakan untuk mengetahui secara khusus tentang penggunaan bahan ini dalam kelas. Soalan ini juga ingin mengetahui kekuatan dan kekurangan bahan serta mengenal pasti ciri yang dapat dikekalkan atau dicantas bagi tujuan memastikan mutu bahan yang akan digunakan pada masa depan. Terdapat juga soalan yang diajukan kepada responden untuk mengetahui pendapat mereka tentang sejauh mana bahan ini dapat memberikan motivasi dan keseronokan kepada murid. Borang anekdotal/pemerhatian – Borang anekdotal ini digunakan acap kali pemerhatian dalam kelas dijalankan. Borang ini digunakan untuk mencatatkan segala interaksi yang terjadi antara guru dengan murid dan murid-dengan murid. Selain itu terdapat juga catatan mengenai keghairahan murid terhadap sesuatu atau keresahan jika pengajaran tidak bervariasi. 9.3 Subjek Kajian Sekolah pilihan – Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah; Sekolah A, sekolah bantuan di Zon Selatan dan Sekolah B, sekolah pemerintah di Zon Timur. Pemilihan ini mengambil kira pandangan Marshall dan Rossman (1995) yang menggariskan empat perkara termasuklah perkara-perkara yang berikut:  

Sekolah-sekolah ini mempunyai murid BM yang datang daripada pelbagai latar belakang bahasa dominan. Oleh itu, kedua-dua sekolah ini berkemungkinan tinggi dapat digunakan untuk melaksanakan pengumpulan data yang lebih baik. Kajian ini mendapat sokongan daripada guru besar dan guru. Ada semacam kepercayaan antara guru dan pengkaji.

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

621

Sampel dan latar belakang – Darjah 1 kelas BM Sekolah A terdiri daripada 15 orang murid lelaki. Enam orang berbangsa Melayu, empat Nasrani, tiga Cina dan dua India. Kesemua murid termasuk murid Melayu datang daripada keluarga yang menggunakan EL di rumah. Melalui pemantauan dan maklum balas guru, mereka merupakan murid aktif yang mempunyai kepelbagaian minat, keupayaan dan kecerdasan. Namun bahasa yang digunakan untuk komunikasi ialah EL. Mereka juga datang daripada status sosial yang pelbagai. Bagi murid-murid darjah 1 di Sekolah B, terdapat enam orang murid yang mengikuti kajian ini, tiga lelaki dan tiga perempuan. Namun, seorang murid perempuan tidak hadir kerana sakit. Dua orang berbangsa Filipino, seorang Inggeris, seorang lagi Melayu dan seorang India. Murid lelaki juga sama seperti Sekolah A, aktif dan mempunyai kepelbagaian minat serta datang dari status sosial yang pelbagai. Murid perempuan lebih terkawal tetapi responsif dan mengambil bahagian dalam aktiviti kelas secara aktif. Mereka amat selesa berbual dalam EL. Pengajaran dijalankan oleh guru BM. Sekolah A diajar oleh seorang guru lelaki (KZ) berumur 36 tahun dan tidak mempunyai pengalaman mengajar darjah 1. Pengalaman mengajar ialah lebih kurang tiga tahun dan mempunyai hubungan yang rapat dengan murid-muridnya. Sekolah B pula diajar oleh seorang guru wanita (AA) yang mempunyai pengalaman mengajar enam tahun. AA juga mempunyai lima tahun pengalaman mengajar murid darjah 1 dan 2. Beliau juga mengajar menggunakan buku besar dan kerap menjalankan strategi membaca bersama-sama. 10. Prosedur Kajian Kajian ini dimulakan dengan pengumpulan data kuantitatif melalui ujian prapembelajaran yang diajukan untuk mengukur kecekapan kemahiran mendengar dan bertutur murid. Semua perkataan, ayat dan warna yang diuji ini terdapat dalam buku dwibahasa. Selepas seminggu praujian, pengajaran dwibahasa ini dijalankan.

Selepas tiga minggu mengajar, pascaujian dijalankan dan kali ini murid-murid tersebut diberikan kertas ujian yang mempunyai 33 soalan. 25 soalan lama dan 8 soalan baharu. Soalan-soalan lama ditukar kedudukannya secara rambang. Soalan bagi melakukan arahan dijalankan secara individu dan soalan kosa kata, ayat dan warna diberikan kepada seluruh kelas. Semasa guru menjalankan pengajaran, pengkaji mencatat nota anekdotal untuk mengumpul data yang menunjukkan reaksi dan interaksi dalam bentuk lisan seperti soalan dan jawapan antara murid dengan guru serta murid dengan murid. Soalan temu ramah dengan guru dijalankan pada hari terakhir ujian ini dijalankan. Semua murid di temu bual untuk mengetahui minat dan tabiat membaca mereka. Mereka juga memberikan pendapat mereka tentang buku dwibahasa ini. 11. Pengumpulan Data Kesemua data kuantitatif (praujian dan pascaujian) dan kualitatif kemudian dikumpulkan sebagai data primari dan diproses untuk mendapatkan perangkaan deskriptif yang dapat menerangkan kelakonan murid secara individu dan kumpulan. Beberapa ujian statistik dijalankan untuk mengetahui korelasi antara keduadua ujian. Ada juga untuk mengetahui sama ada terdapat perubahan yang signifikan ke atas kelakonan murid jika diteliti dengan menggunakan purata skor.

Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

622

11.1 Analisis Data Kuantitatif Dengan menggunakan skor kedua-dua ujian yang menunjukkan jawapan yang betul, pengkaji meneliti perubahan pemerolehan kosa kata dengan penggunaan MIS. Yang berikut merupakan analisis data kuantitatif kedua-dua sekolah. Pendekatan yang dibuat ialah menganalisis secara berasingan data keduadua sekolah dahulu. Untuk menyatukan data, sampel harus menunjukkan ciri yang serupa di segi taburan sampel serupa dan kecondongannya. Analisis Data Kelakonan Sekolah A – Jadual 1 yang berikut menunjukkan kelakonan murid dalam pra dan pascaujian berdasarkan jawapan yang betul. Jadual 1 : Kelakonan Murid Sekolah A (Kadar Jawapan yang Betul) Nama

Praujian Jumlah Soalan

AL MDI MHAR RH LKA MDE NAPSK RSG CL MAAH SLO CCB MNA EF MA Purata jawapan yang betul

Pascaujian

Soalan Baharu

25 0.64 1 0.96 0.32 0.24 0.64 0.44 0.4 0.36 0.88 0.44

33 0.82 0.97 0.91 0.70 0.52 0.79 0.91 0.88 0.58 0.82 0.67

8 0.75 0.88 0.75 0.63 0.25 0.63 0.88 0.5 0.5 0.5 0.5

0.44 0.28 0.4 0.16 0.51

0.67 0.58 0.48 0.24 0.70

0.37 0.5 0.5 0 0.54

Jadual ini menunjukkan bahawa skor ujian semua murid meningkat kecuali MD,MH dan MA. Jumlah penurunan kadar ini antara 0.06 – 0.02. Apabila diteliti skor pascaujian, ketiga-tiga murid ini mendapat skor penuh atau hampir penuh bagi soalan-soalan praujian. Oleh yang demikian, amat jelas bahawa penurunan ini disebabkan oleh kelakonan mereka yang tidak sepenuhnya dalam soalan-soalan tambahan yang baharu bukan penurunan di segi jumlah kosa kata yang diperoleh. Walau bagaimanapun, terdapat perubahan positif yang signifikan terhadap kelakonan NA, RGS, CL, MNA dan RH. Mereka menunjukkan kenaikan antara 0.28 – 0.48. NAPSK menunjukkan penambahan kadar yang tinggi dan mencapai kelakonan yang baik dalam pascaujian dan soalan-soalan baharu yang terdapat dalam ujian tersebut. RGS yang sebelum ini mendapat 0.4 pula telah menunjukkan kenaikan sebanyak 0.48 kepada 0.88. Ini disebabkan oleh kelakonannya yang amat baik dalam menangani soalan-soalan praujian sebelumnya. Walau bagaimanapun, kelakonannya dalam soalan-soalan baharu adalah sederhana. Peningkatan kelakonan yang sederhana juga dapat dilihat pada murid-murid lain. Statistik Perihalan ini juga menunjukkan bahawa skor purata telah meningkat. Skor min juga meningkat daripada 50% kepada 70% setelah murid-murid diajar dengan menggunakan buku MIS. Walaupun skor min bertambah baik, kita juga ingin melihat sama ada murid-murid ini telah bertambah baik kelakonannya Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net

623

sebagai kumpulan. Hal ini amat penting untuk memastikan bahawa tidak ada murid yang tertinggal kebelakang. Peningkatan ini ditunjukkan oleh data yang berikut. Jadual 2 : Kadar Min dan Pemusatan Praujian Pascaujian Mean 0.51 Mean Median 0.44 Median Mode 0.44 Mode Standard Deviation 0.26 Standard Deviation Sample Variance 0.07 Sampel Variance Skewness 0.85 Skewness Right skewed data Right skewed data Mean>Median Mean>Median

0.70 0.69 0.82 0.20 0.04 -0.74

Jadual yang diberikan menunjukkan bahawa kadar sisihan piawai (standard deviation) dan varian sampel (sample variance) kumpulan Sekolah A semasa praujian pada min 0.51, sisihan piawai ialah 0.26 dan lebih besar daripada kadar semasa pascaujian pada min 0.7 dan sisihan piawai ialah 0.2. Hal ini bererti lebih ramai yang berkelompok di min yang lebih tinggi semasa pascaujian. Jarak antara murid yang mendapat skor rendah dan tinggi semakin mengecil. Pencongan data di mana terdapat pengelompokan kelakonan berdasarkan median pula menunjukkan bahawa min pada kedua-dua ujian ini lebih daripada median. Namun, kita dapat melihat bahawa lebih ramai murid yang berada di sekitar min yang lebih tinggi dan ini menunjukkan peningkatan di segi kelakonan murid keseluruhannya. Jadual berikut merupakan dapatan data yang telah diuji dengan menggunakan Ujian-t berpasangan (T- test: Paired Two Sample). Koefisien korelasi 0.76 pula menunjukkan bahawa murid-murid yang berkelakonan baik semasa ujian pertama mempunyai kemungkinan yang besar untuk berkelakonan baik pada masa ujian kedua. Ujian-t ini juga menerangkan bahawa pada aras signifikan 5%, terdapat perubahan yang signifikan pada skor purata sebelum dan sesudah ujian. Hal ini menunjukkan bahawa pengajaran dengan menggunakan buku MIS mempunyai kesan pada pemerolehan kosa kata dan pemahaman murid. Jadual 3 : Ujian-t Berpasangan Praujian Pascaujian Mean 0.51 0.70 Variance 0.06 0.03 Pearson Correlation 0.76 Hypothesized Mean Difference 0 P(T

Suggest Documents