Penyeliaan Pengajaran

DP Jilid 7, Bit. 112007 Pengurusan Pendidikan Penyeliaan Pengajaran Tang Keow Ngang [email protected] Abdul Ghani Abdullah [email protected] Pengenalan Penyelia...
Author: Hugo Wood
21 downloads 0 Views 4MB Size
DP Jilid 7, Bit. 112007

Pengurusan Pendidikan

Penyeliaan Pengajaran Tang Keow Ngang [email protected] Abdul Ghani Abdullah [email protected]

Pengenalan Penyeliaan telah menjadi tema atau agenda utama dalam pengurusan sekolah pada masa kini. Penglibatan pengetua dalam proses penyeliaan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah sangat dititikberatkan dan perlu diberi perhatian yang wajar. Unsur kepemimpinan waj ib dilaksanakan mengikut surat ikhtisas Bil. 3/87 iaitu aktiviti penyeliaan dan pemantauan pengajaran guru-guru. Oleh demikian penyeliaan pengajaran guru di bilik darjah dapat menjelmakan peranan profesional pengetua dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran guru. Arahan penyeliaan ini tentu sekali akan menimbulkan reaksi dan dilema yang bertentangan dalam suasana sekolah. Tugas pengetua akan menjadi pembimbing profesional keguruan dalam sekolah maka para pengetua akan menghadapi pelbagai persoalan seperti adakah para pengetua sudah melengkap diri mereka dengan kemahiran atau kepakaran untuk menyeiia guru mereka? Bagaimanakah anggapan guru berhubung dengan taraf kepakaran profesionai penyeliaan yang ada pada pengetua? Menurut Ayob Jantan (2004), pencapaian cemerlang murid amat berkait rap at dengan kompetensi, pengetahuan dan kemahiran guru serta keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru. Satu sistem kawalan untuk memastikan kualiti pengajaran dan kompetensi guru amat perlu disebabkan penyeliaan bukan sahaja dapat membaiki kesalahan dan penyeiewengan peranan guru bahkan dapat menyusun strategi yang berkesan hasil daripada maklum balas penyeliaan yang dilakukan (Zaidatol dan F 00 Say Fooi, 2003). Aktiviti penyeliaan pengajaran dapat membimbing guru agar lebih dedikasi dan kreatif di samping membantu guru mengembangkan pengetahuan, kemahiran, amalan dan sikap selaras dengan pemupukan budaya kerja dalam kalangan guru.

Konsep Penyeliaan Konsep penyeliaan bukanlah sesuatu yang baru dalam sistem pendidikan di Malaysia. Penyeliaan pengajaran telah diperkenalkan sejak Penyata Barnes lagi pada tahun 1950 dan telah diteruskan hingga kini. Terdapat beberapa definisi tentang penyeliaan yang dikemukakan, antaranya Rahimah Hj. Ahmad (1989), penyeliaan dalam erti kata yang luas bererti segaia kegiatan yang berkaitan dengan usaha untuk memastikan segala tugas dalam satu-satu organisasi berjalan dengan lancar dan menepati objektifnya. Glatthom (1990) menyatakan penyeliaan merupakan 'a process designed to improved instruction confering with teacher on lesson planning, observing the lesson, analyzing the observation by confering with the teacher feedback' Glickman (1990) menyatakan bahawa penyeliaan pengajaran adalah sejenis penyeliaan yang dinamik dalam proses pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan mutu pengajaran. Dalam erti kata lain, setiap penyeliaan perlu membawa perubahan yang positif utuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. 52

DP Jilid 7, Bit. I12007

Pengurusan Pendidikan

Teori-teori Penyeliaan Pengajaran Teori penyeliaan yang saintifik, preskriptif dan tradisional menganggap guru sebagai golongan yang perlu dikawal rapi. Di samping itu, hubungan antara guru dan penyelia perlu adajarak dan ruang yangjelas. Penyeliaan ini berkehendakkan guru diselia untuk memastikan tercapainya prestasi akademik yang tinggi. Teori penyeliaan kedua bersifat humanistik iaitu pendekatan kolaboratifkerana teori ini mementingkan hubungan antara penyelia dengan yang diselia. Keadaan ini dijangka dapat mewujudkan perasaan kepuasan bekerja dalam kalangan guru. Guru diberi kepercayaan penuh kerana mereka adalah golongan profesional yang telah menghadiri kursus yang panjang. Hubungan sebegini dapat meningkatkan motivasi guru. Teori penyeliaan ketiga menggabungkan kedua-dua teori yang awal iaitu memberi penekanan terhadap konsep keterampilan dan prestasi ke arah mencapai objektif dan kesan hasil berbanding dengan koso Di samping itu, teori ini mengenal pasti faktor- faktor motivasi seperti memberi pengikhtirafan, memuji kejayaan, dan menggalakkan kreativiti.

Peranan Pengetua Dalam Penyeliaan Pengajaran Di Bilik Darjah Pengetua memainkan peranan yang penting dalam proses penyeliaan dalam bilik darjah. Keterlibatan pengetua dalam proses penyeliaan pengajaran guru di bilik darjah merupakan usaha merealisasikan kepemimpinan pengajaran dalam pengurusan sekolah. Goldhammer (1999) menekankan aspek penyeliaan dapat memberi sokongan, bantuan, dan dorongan kepada guru dalam menjayakan unsur-unsur pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Yahya Don (2005) berpendapat bahawa pengetua selaku pemimpin perlu menyelia dan menilai pengajaran guru bagi memastikan matlamat sekolah diterjemahkan dalam amalan pengajaran di bilik darjah oleh guru. Pengetua seharusnya melaksanakan aktiviti penyeliaan di bilik darjah dengan sistematik dan teratur serta mengikut prosedur yang betul dan teknik yang sesuai. Pengetua sebagai penyelia pengajaran bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, dan menilai segala program yang berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu pengetua hendaklah merancang pelaksanaan program kurikulum dan memastikan program kurikulum tersebut berjalan dengan sempuma dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Pengetua juga perlu memastikan keperluan-keperluan bagi pelaksanaan program kurikulum disediakan di sekolah. Keperluan-keperluan ini meliputi tenaga pengajar, bahan-bahan pengajaran, dan suasana yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti Pencerapan Pengajaran Menurut Model Acheson dan Gall (1980), proses penyeliaan pengajaran di bilik darjah melibatkan tiga peringkat utama iaitu perbincangan sebelum penyeliaan, proses penyeliaan di bilik darjah, dan perbincangan hasil penyeliaan.

53

Pengurusan Pendidikan

DP Jilid 7, Bil. 112007

a. Perbincangan Sebelum Penyeliaan Sebelum penyeliaan dilakukan, penyelia akan mengadakan pertemuan dengan guru berkenaan untuk menentukan tujuan, fokus, bentuk, dan masa penyeiiaan dilakukan. Perbincangan sebelum penyeliaan diadakan oleh pihak pengurusan dengan guru yang hendak diselia ini penting. Dalam keadaan tertentu, guru dapat membuat penyesuaian bahan bantu mengajar dan perancangan aktiviti. Jika proses ini berlaku dengan baik, guru dapat menghadapi suasana penyeiiaan dengan selesa dan kurang ketegangan. Pada peringkat ini, penyelia dan guru berkongsi maklumat. Penyelia mendapat maklurnat berhubung dengan latar belakang bilik darjah atau membincangkan masalah yang sedia wujud di bilik darjah berkenaan. Oleh demikian, kedua-dua pihak dapat memberi fokus pada perkara khusus untuk menyelesaikan masalah yang timbul. b. Proses Penyeliaan Pengajaran Penyelia akan menggunakan satu atau kombinasi pelbagai cara penyeiiaan seperti kritikan, soal selidik, laporan, dan sebagainya. Pendekatan yang digunakan adalah untuk menilai pencapaian guru yang berkaitan dengan kemahiran mengajar guru. Pada peringkat ini, penyeliaan bukan sekadar mencari kesalahan tetapi mengenal pasti aspek kemahiran pengajaran guru untuk mengiktiraf dan mengembang potensi guru. Proses penyeliaan yang dilakukan merupakan peluang terbaik kepada pengetua untuk memperoleh maklurnat seperti keupayaan guru mengurus kelas, kemahiran pelajar serta butir-butir yang diperlukan daripada senarai semak dan senarai kemahiran yang sedia ada. Analisis boleh dilaksanakan untuk mencari kekuatan dan kelemahan demi tujuan penambahbaikan. c. Perbincangan

Selepas Penyeliaan Dalam peringkat perbincangan selepas penyeiiaan, penyeiia mengemukakan cadangan atau pendapat untuk diteliti dan dianalisis bersama dengan guru yang diselia. Oliva dan Pawlas (2004) telah mengenal pasti tujuan perbincangan selepas penyeliaan adalah mengikhtiraf tingkah laku pengajaran guru yang berkesan. Selain itu, perbincangan sedemikianjuga bertujuan untuk menggalakkan perkembangan pengajaran yang berkesan di samping mengenal pasti kelemahan secara kolaboratifuntuk dibaiki bersama. Mereka juga mencadangkan agar guru menentukan aspek pengajaran yang kurang berkesan dan mencari cara yang lebih sesuai. Satu perkara yang dianggap perlu dalam peringkat iniadalah menggalakkan pertumbuhan profesional guru dan memutuskan langkah-langkah untuk meningkatkan mutu pengajaran.

Panduan Penyeliaan Ayob Jantan (2004) menyenaraikan empat perkara yang perlu dilakukan oleh pengetua semasa melaksanakan penyeliaan iaitu: a. Prinsip Penyeliaan Penyeliaan yang dilakukan perlu berdasarkan prinsip profesional iaitu dijalankan secara terancang, berjadual, ketetapan masa, kelas, dan subjek. Guru-guru yang terlibat perlu dimaklumkan lebih awal tentang butir-butir tersebut dan tujuan penyeliaan diadakan. Adalah lebih baik perbincangan berkaitan dengan proses penyeiiaan itu diadakan.

54

DP. Jilid 7, Bil. 112007

Pengurusan Pendidikan

b. Alat Penyeliaan Bagi memastikan proses penyeliaan berlaku dengan Iancar dan berkesan, segala keperluan perlu disediakan dengan lengkap seperti senarai semak, borang penyeliaan, dan interactional analysis. Bahan-bahan sokongan juga perlu dikumpulkan dan disemak seperti rekod mengajar, buku nota, buku latihan, fail panitia, dan program-program pembangunan. Alat penyeliaan ini digunakan sebagai panduan dan bukan semata-mata untuk penilaian. c. Hubungan

Kemanusiaan Penyelia perlu sentiasa mematuhijadual yang dikeluarkan dan menjalankan penyeliaan sepenuhnya. Penyelia perlu meyakinkan guru bahawa penyeliaan dilaksanakan bukan untuk mencari kesalahan tetapi sebagai bantuan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Oleh itu, perlu diberi pengiktirafan terhadap kekuatan dan kelemahan yang didapati ketika penyeliaan dilakukan. Prinsip keadilan meliputi tanggungjawab pengetua untuk mewujudkan suasana tanpa tekanan dan ketegangan ketika proses penyeliaan. d. Penyeliaan Dilakukan oleh Pengetua atau Wakil Penyeliaanjuga boleh dilakukan oleh Penolong Kanan atau wakillain. Wakil-wakil yang dilantik dalam proses penyeliaan hendaklah diberi penerangan dan taklimat berkenaan falsafah dan strategi pelaksanaan penyeliaan yang akan dilakukan supaya tidak menimbulkan konflik dalam kalangan guru. Sorotan Literatur Kajian Foo dan Tang (2000) mendapati bahawa guru-guru mempersepsikan penyeliaan pengajaran di bilik darjah secara positif. Kajian Rafisah (2000) pula menunjukkan penyeliaan dapat dilakukan secara formal dan tidak formal. Beliau mendapati kebanyakan guru diselia sebanyak dua kali setahun dan mendapati sebanyak 5.1 peratus guru tidak pemah diselia dalam tempoh setahun. Kaj iannya juga menunjukkan guru mempersepsikan penyeliaan pada tahap sederhana dan para guru tidak suka diselia. Tambahan pula, wujud hubungannya dengan sikap penyelia, bentuk penyeliaan, dan sifat maklum balas yang diterima. Kajian Yearn (1998) menunjukkan guru lebih suka berbincang terlebih dahulu sebelum diselia. Beliau mendapati bahawa para guru menganggap perbincangan selepas penyeliaan bertujuan untuk mengukuhkan dan melibatkan proses penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Seterusnya dapatan kajiannya menunjukkan para guru mempersepsi secara positif terhadap penyeliaan pengajaran yang merupakan satu usaha untuk membantu guru meningkatkan prestasi pengajaran bilik darjah. Kajian Empi (2005) menunjukkan persepsi guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam daerah Kulim Bandar Baharu terhadap penyeliaan pengajaran di bilik darjah adalah positiftetapi pada tahap sederhana. Kajian beliau mendapati elemen-elemen seperti perbincangan sebelum penyeliaan, kekerapan mendapatkan maklum balas hasil penyeliaan serta bentuk maklum balas menunjukkan skor min yang agak rendah. Sebanyak 42.8 peratus guru berasa takut untuk diselia.

55

Pengurusan Pendidikan

DP Jilid 7, Bit. 112007

Dapatan kajian New Ah Kow (1998) menunjukkan hampir separuh daripada responden (49.3 peratus) mengatakan pentadbir sekolah kadang-kadang menjalankan penyeliaan pengajaran dengan tujuan untuk membantu guru dalam melaksanakan kurikulum di sekolah. Majoriti responden iaitu 82.0 peratus mengatakan bahawa pentadbir sekolah paling kerap memeriksa buku rekod mengajar guru. Ini diikuti pula dengan menghadiri mesyuarat panitia mata pelajaran, iaitu sebanyak 68.8 peratus. Di samping itu, 56.4 peratus responden mengatakan pentadbir sekolah memberi cadangan dan buah fikiran untuk meningkatkan prestasi pengajaran guru. Sebanyak 54.7 peratus responden mengatakan pentadbir sekolah menyediakan laporan pelaksanaan program kurikulum di sekolah manakala 45.9 peratus responden berpendapat pentadbir sekolah membantu guru menyelesaikan masalah berhubung dengan tugas pengajaran. Kajian Mohd Kassim (1998) menunjukkan penyeliaan merupakan aktiviti tetap yang dilaksanakan di lima buah sekolah menengah luar bandar, daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Pendekatan preskriptif merupakan pendekatan yang paling dominan digunakan oleh penyelia semasa menyelia. Beliau mencadangkan agar penyelia perlu didedahkan pendekatan penyeliaan kolaboratif.

Isu Berhubung Dengan Pengurusan Penyeliaan a. Guru Defensif Terhadap Penyeliaan Tradisi penggunaan instrurnen penyeliaan pada masa lampau sebagai satu langkah untuk mencari kelemahan dan kekurangan guru kerana lazirnnya digunakan untuk tujuan pengesahanjawatan, kenaikan pangkat ataupun tindakan tatatertib. Disebabkan persepsi sedemikian menyebabkan kebanyakan guru menunjukkan kelakuan dan sikap defensif terhadap penyeliaan. Peluang kenaikan pangkat bagi guru adalah kerana jawatan terhad dan tempoh kenaikan pangkat adalah lama. Misalnya seorang pegawai DG 41 dinaikkan pangkat ke DG 44 memerlukan 16 tahun semen tara DG 44 ke DG 48 memerlukan 22 tahun (seperti yang tercatat dalam Pembangunan Pengurusan Pendidikan 2001 - 2010). Oleh sebab ketandusan peluang dalam prospek pekerjaan, penyeliaan bukan sahaja dikonsepsi oleh sebilangan besar guru sebagai sesuatu yang tidak berrnakna atau memberi faedah kepada mereka bahkan menimbulkan rintangan terhadap pelaksanaan penyeliaan yang berkesan. Terdapat juga golongan guru yang berasa tidak senang terhadap perubahan sebaliknya berasa lebih selesa dengan suasana kerja yang stabil dan terjamin. Individu yang memasuki bidang perguruan lazimnya terdiri daripada mereka yang berpendirian konservatif dalam hidup (Abdul Shukur, 1992). Menurut beliau, kebanyakan guru mempunyai sikap presentism dalam sua sana kerja dan bersikap individualism. Presentism menggambarkan sikap yang inginkan persamaan dalam iklim kerja. Suasana kerja seseorang guru terpencil daripada rakan sejawat apabila guru bertugas dalam bilik darjah. Suasana kerja sedemikian menyebabkan ramai guru tidak gemar akan gangguan luar semasa menjalankan tugas. Penyeliaan dianggap sebagai satu pencerobohan terhadap individualism guru.

56

DP. Jilid 7, Bil. 112007

Pengurusan

Pendidikan

b. Konflik Berlaku Dalam Penyeliaan Konflik boleh lahir daripada peranan yang dipilih oleh pengetua dalam penyeliaan. Pengetua sebenamya adalah individu profesional yang dilantik untuk membimbing profesion perguruan dalam sekolahnya. Peranan pengetua yang dikehendaki oleh guru ialah beliau bertindak sebagai seorang mubaligh yang sekadar memberi nasihat, bimbingan atau tunjuk ajar kepada guru. Apabila melaksanakan instrumen penyeliaan, peranan pengetua sebagai polis yang diberi kuasa menghukum semasa penyeliaan akan lebih dominan dalam persepsi guru. Konflik dalam persepsi berhubung dengan peranan semasa penyeliaan perlu diselesaikan bersama pengetua dan guru sebelum penyeliaan. Konflikjuga boleh lahir daripada tujuan. Penyeliaan bertujuan untuk membawa perubahan terhadap sikap guru dan diharapkan dapat membimbing kemajuan profesional guru tetapi ramai guru yang beranggapan bahawa penyeliaan adalah satu ancaman terhadap terhadap status mereka. Ini disebabkan instrumen penyeliaan digunakan sebagai satu alat untuk membendung guru terhadap suatu sistem yang dikehendaki oleh pihak pengurusan sekolah bukan sistem yang dikehendaki oleh guru. Penyeliaan sering digunakan untuk memaksa guru mematuhi cara yang dikehendaki oleh pengetua. Memandangkan konflik tersebut, tujuan penyeliaan perlu dijelaskan kepada guru sepenuhnya. Selain itu, konflik akan lahir daripada latar belakang perhubungan personel antara pengetua dan guru. Seseorang pengetua akan menghadapi kesukaran untuk menerangkan kelemahan kepada seorang guru yang disayanginya. Sebaliknya guru yang tidak disukai oleh pengetua mungkin memperoleh penilaian yang negatif. Pendirian ataupun tanggapan sedemikian oleh seorang pengetua terhadap gurunya tentu sekali mempengaruhi proses penyeliaan. Di samping itu, konflik juga boleh lahir daripada perbezaan nilai dan kelakuan antara pengetua dengan guru. Sememangnya wujud diversiti pada kelakuan dan nilai yang ada pada setiap guru. Isu utama dalam penyelesaian konflik ini ialah pengetua semestinya mempunyai garis penduan berhubung dengan kelakuan yang direstui atau tidak. Penyeliaan boleh melahirkan konflik berkenaanjangkaan. Semasa penyeliaan, seseorang pengetua sepatutnya cuba mewujudkan suasana keselesaan sosial dan kemajuan profesional guru

dalam suasana sekolahnya. Proses penyeiiaan mungkin akan mengancam status kemasyarakatan ini dan harus dikurangkan supaya guru mempunyai harapan yang positif terhadap penyeliaan pengetua.

KesimpuJan Penyeliaan perlu berfungsi dalam bentuk iklim perhubungan yang collegial. Proses penyeliaan yang berkesan ialah guru menerima penyeliaan pengetua sebagai satu aktiviti profesional tanpa perasaan ancaman dan konflik. Secara asasnya, pembinaan budaya penyeliaan perlu berpandukan teori-teori penyeliaan. Teori-teori yang dikemukakan bukan merupakan preskriptif tetapi sekadar memberikan altematif dan pilihan untuk membina budaya penyeliaan dalam suasana sekolah. Budaya penyeliaan seharusnya dibina atas usahasama oleh pengetua, guru, dan pelajar hasil daripada pengalaman situasi, masa, dan tempat.

57

Pengurusan

Pendidikan

DP Jilid 7, Bil. 112007

Di samping itu, kita perlu menjadikan penyeliaan sebagai satu sistem pembelajaran bagi kedua-dua pihak iaitu penyelia dan yang diselia. Sistem ini mesti bersepadu dan mempunyai rangkaian supaya pengetua belajar dan mendapat faedah daripada kelemahan yang diperhatikan sementara guru pula belajar daripada teguran dan kelemahan yang didapati hasil daripada penyeliaan. Suasana yang perlu ditimbulkan semasa membetulkan kelemahan bergantung kesamaan taraf antara pengetua dengan guru. Sistem hierarki dan perbezaan taraftidak wujud dalam pemikiran kedua-dua pihak.

Rujukan Abdul Shukur Abdullah. (1992). Pengurusan Penyeliaan Dalam Suasana Sekolah - Isu Dan Strategi. Kertas Kerja Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan. (ms 33-39) Acheson, K.A. and Gall, M.D. (1987). Technique In The Clinical Supervision Preservice And Inservice Applications. New York: Longman.

Of Teacher:

Ayob Jantan. (2004). Pengetua Sekolah Yang Efektif. Kuala Lumpur: Utusan Publications Distributors Sdn. Bhd.

&

Empi Anak Naong. (2005). Persepsi Guru PPSMI Terhadap Pelaksanaan Pencerapan Pengajaran Di Bilik Darjah. Projek Penyelidikan Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia, Minden. Foo Say Fooi dan Tang Keow Ngang. (2000). "Kepimpinan Pengajaran Pengetua/Guru Besar Dan Kepuasan Guru". Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidik Institut Aminuddin Baki 11(2),35-49. Glatthorn, A.A. (1990). Supervisory Leadership: Scott, Foreman and Company.

Introduction

To Instructional

Supervision.

Glickman, C.D. (1990). Supervision Of Instruction: A Development Approach (Second Edition). Boston: Allyn and Bacon Goldhammer, R. (1999). Clinical Supervision. Special Method For The Supervision Of Teachers (4th Edition). Forth Worth: Holt, Rinehart and Winston, Inc. Mohd Kassim Jaafar (1998). Penyeliaan Pengajaran: Amalan Dan Fungsinya Dari Persepsi Guru, Satu Kajian Di Sekolah-sekolah Menengah Luar Bandar Di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Projek Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. New Ah Kow. (1998). Pentadbir Sekolah Sebagai Penyelia Pengajaran Di Sekolah-sekolah Menengah. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Lembah Pantai. Oliva, PF. and Pawlas, GE. (2004). Supervision For Today s Schools, 7th Edition. New York: Wiley. Rafisah Osman. (2000). Persepsi Guru Sekolah Menengah Terhadap Proses Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran. Tesis Sarjana Pengurusan Pendidikan. Universiti Utara Malaysia, Sintok. Rahimah Hj. Ahmad. (1986). Penyelidikan Klinikal- Satu Pendekatan Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Persidangan Tahunan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Pulau Pinang.

58

DP. Jilid 7, Bil. J 12007

Pengurusan

Pendidikan

Yearn,K.P. (1998). "Satu Kajian Kes: Persepsi Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting, Perak Terhadap Pelaksanaan Penyeliaan Klinikal". Jurnal Pendidikan Gerak. Bil. 10 Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. ZaidatolAkmaliah Lope Pihie dan Foo Say Fooi. (2003). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan - Satu Langkah Ke Hadapan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

59

Suggest Documents