Penggunaan Sumber Berasaskan Al-Quran Dalam Pengajaran Geografi: Satu Perbincangan

PERSPEKTIF Journal Vol.4, No.1 (46-58) ISSN 1985-496X Penggunaan Sumber Berasaskan Al-Quran Dalam Pengajaran Geografi: Satu Perbincangan Use of Al-Qu...
69 downloads 0 Views 157KB Size
PERSPEKTIF Journal Vol.4, No.1 (46-58) ISSN 1985-496X

Penggunaan Sumber Berasaskan Al-Quran Dalam Pengajaran Geografi: Satu Perbincangan Use of Al-Quran-Based Resources in Teaching Geography: A Discussion Habib M. Som Faculty of Human Sciences, Sultan Idris Education University, 35900 Tanjong Malitn, Perak., Malaysia. Email:habibmsWsk.upsi.edu.my

Abstrak Rekabentuk kurikulum bersifat "bidangan luas" mencakupi pelbagai disiplin dan multidimensi ilmu pengetahuan. Ini akan memberi ruang kepada pelajar untuk memahami ilmu pengetahuan secara lebih konstruktif dan holistik termasuk aspek berkaitan kerohaniaan. Artikel ini membincangkan bagaimana mata pelajaran Geografi boleh diajar dengan pendekatan sedemikian dengan memberi penekanan kepada tanggungjawab seseorang manusia kepada alam sekitar, menggunakan alam ciptaan Tuhan dengan bertanggungjawab dan menyedari statusnya sebagai hamba Tuhan. Kata kunei: kurikiihon, rekabentuk kurikulum,kurikulum bidangun luas, pedagogi Abstract Broad field curriculum design encompass multidisciplinary and multidimensional knowledge in which students can actually participate through the construction meaning of knowledge in holistic manner including spiritual aspect. This article discusses on how multidisciplinary and multidimensional approach can be taught in teaching Geography in such way which emphasis on human responsibility to the environment, utilize God's creation with full responsibility and realize themselves as servants of God. Key words: curriculum, curriculum design, broad field curriculum, pedagogy

Pendahuluan. Firman Allah: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pertukaran malam dan slang menjadi tanda (alas kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal iai(u orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dun waktu berbaring clan mereka memikirkan tentang kejadiaan langit dan bumi (sambil berkata): Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau jadikan semua ini bukan dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksaan neraka (AlQuran, 3: 190-192)

Geografi merupakan mata pelajaran teras di peringkat Sekolah Menengah Rendah dan sebagai mata pelajaran elektif di peringkat Sekolah Menengah Atas. Mata pelajaran Geografi bertujuan untuk melengkapkan murid dengan pemahaman dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan. Mata pelajaran ini menyediakan murid menghadapi cabaran hidup ke arah mewujudkan kesejahteraan diri dan masyarakat. Kandungan mata pelajaran Geografi digubal

PERSPEKTIF Journal Vo1.4„Nlo. I (46-58) ISSN 1985-496X

47

berdasarkan pemahaman bahawa bumi dan alam sekitarnya adalah ruangan kediaman manusia. Kurikulum geografi juga adalah untuk memupuk nilai hidup yang harmonis dan sejahtera serta memupuk nilai amanah, bersyukur. Kesederhanaan, bertanggungjawab dan menyintai alam sekitar ( KPM, 2000)

Rasional Dokumentasi matlamat kurikukum geografi yang digariskan Kementerian Pelajaran Malaysia menjelaskan bahawa satu daripada organisasi kurikulum adalah berkaitan komponan pemahaman geografi iaitu (a) bumi sebagai ruangan kediaman dan kegiatan manusia (b) kaitan dan interaksi antara manusia dengan alam sekitar (c) proses interaksi alam sekitar melalui kegiatan ekonomi, sosial dan politik dan (d) manusia sentiasa berusaha meneroka kawasan baru untuk kesejahteraan hidup (KPM, 2000).

Penyataan matlamat kurikulum tersebut sekiranya dapat dihayati pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memberi sumbangan bermakna dalam melahirkan rakyat yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan memastikan kemampanan ekosisitem dan ekologi itu sendiri.

Apa yang berlaku sekarang ialah pelbagai isu alam sekitar seperti pencemaran, gangguan terhadap persekitaran fizikal berlaku secara berleluasa, tidak terkawal serta tidak bertanggungjawab. Terjadinya perkara seperti ini adakah disebabkan kandungan geografi itu "terlepas" daripada rub dan semangat mencintai alam? Sejauhmana pula pemahaman pelajar terhadap elemen-elemen yang tersurat pada pernyataan matlamat kurikukum geografi tersebut. Apakah disebabkan kandungan kurikukum itu sendiri kurang mantap dari segi membangunkan kesedaran dalaman jiwa pelajar sehingga kurang berkesan dalam mendidik jiwa kerohanian pelajar, membangkitkan kesedaran dalaman dan keinsafan untuk melestarikan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa? Justeru, kajian ini mencadangkan sumber kurikulum mata pelajaran geografi diperkukuhkan kandungannya dengan mengambil sumber dari Al-Quran agar dapat disepadukan dalam rangka melahirkan "warga bumi" yang mengenal dirinya sebagai makhluk dan sentiasa terpaut di hatinya rasa syukur kepada Pencipta Alam ini. Seperti yang pernah divatarakan oleh Ornstein dan Hunkins (1998) salah satu sumber kurikulum yang perlu

PERSPEKTIF Journal Vol.4, No.1 (46-58) ISSN 1985-496X

48

dipertimbangkan dalam merekabentuk kurikulum ialah sumber bersifat abadi dan mempunyai unsur ketuhanan. Rasional beliau ialah kedua-dua aspek tersebut berkait rapat dengan unsur kemanusiaan dan kerohanian yang sepatutnya menjadi elemen penting dalam rekabentuk sesuatu kurikulum. Selain itu kedua-dua unsur tersebut mempunyai nilai spiritual yang berfungsi dalam pembangunan jatidiri dan prinsip- prinsip moral manusia.

Huebner (1985) pula menjelaskan "sentuhan" unsur kerohanian dalam kurikulum merupakan intipati (essence) bagi melihat ilmu itu secara tulin dan perkaitan ilmu itu sendiri dengan penghidupan manusia sejagat. Aspek tersebut akan membangkitkan kesedaran kemanusiaan yang tinggi, bertimbangrasa, kepekaan terhadap segala fenomena kehidupan yang melengkari kehidupan kita sepanjang masa ( Moffet, 1994). Terdapat pandangan yang lebih kritis yang menyebut bahawa kurikulum perlu berkonsepkan theological text supaya pendidikan yang dihasilkan adalah bersifat sepadu (Piner, 1995)

Fenomena Alam: Sumber Kurikulum Daripada Al-Quran.

Kurikulum adalah satu laluan, balapan yang menjadi lorong bagi seseorang pelajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan, pembinaan sikap dan sahsiah dan mengasah bakat serta kemahiran. Bahan kurikulum yang relevan dapat membantu mencapai matlamat kurikulum yang digariskan. Sekiranya matlamat kurikulum adalah untuk melahirkan kefahaman kepada pelajar bahawa bumi sebagai tempat kediaman dan kegiatan manusia, mewujudkan kesedaran perlunya interaksi yang harmonis manusia dengan alam sama ada dari segi ekonomi, politik dan sosial, maka kajian ini berpendapat bahan kurikulum yang ingin disajikan kepada pelajar perlu mempunyai unsur-unsur kerohanian yang dapat mendidik dan memupuk kesedaran dalam pada diri seseorang pelajar itu sendiri. Bahan tersebut perlu mempunyai autoriti moral yang tinggi dan autentik sifatnya dan tidak tercabar ketulenannya dari segi fakta. Dalam konteks ini Al-Quran menyajikan sumber berkenaan untuk dijadikan rujukan bagi manusia untuk ditelaah, diambil iktibar dan dipelajari semua yang berkaitan dengannya hasil daripada berlakunya pelbagai fenomena alam. Intipatinya disajikan Allah melalui wahyuNya adalah bersifat holistik yang bukan sahaja dapat menyumbang kepada penerokaan kegiatan penyelidikan tetapi dapat memberi panduan kehidupan dalam mengurus dan mentadbir alam ini. Allah S.W.T

PERSPEKTIF Journal V61.4, No.1 (46-58) ISSN 1985-496a

49

menjelaskan; "Sesungguhnya Quran itu bukanlah untuk menjadikan kamu pavah melainkan menjadi peringatan kepada yang takut" (Al-Quran, 20:2-3)

Penggunaan sumber Al-Quran sebagai bahan kurikulum dalam menjelaskan beberapa tajuk berkaitan geografi seperti pandangan darat fizikal, aktiviti pengangkutan , kejadian hujan, tanah-tanih, gunung-ganang dan sebagainya adalah satu alternatif bagi memantapkan lagi keberkesanan kurikulum bagi melahirkan warga bumi yang bertanggungjawab. Al-Quran bukan sahaja memaparkan kehebatan penciptaan alam dan segala fenomena yang ada di muka bumi ini tetapi juga mempunyai falsafah yang seharusnya menjadi bahan pemikiran bagi direalisasikan dalam merancang sesuatu kurikulum. Ini bagi memenuhi matlamat pendidikan itu sendiri yang holistik sifatnya. Menurut Dewey (1916) aspek falsafah perlu mendasari perancang dan penggubal sesuatu kurikulum kerana pendidikan adalah makmal untuk menghasilkan beberapa hasilan uji kaji. Justeru aspek falsafah yang dipilih dan menjadi tunggak kekuatan kurikulum tersebut perlulah bersumberkan sumber yang mantap dan berupaya merangkumi pelbagai dimensi kehidupan manusia. Dalam konteks ini, murid sebagai produk daripada kurikulum itu sendiri merupakan "testimoni" kepada keberkesanan sesuatu falsafah kurikulum dan pendidikan yang di laksanakan. Goodlad (1979) dalam hal ini mengutarakan pandangannya bahawa pendidikan yang berkesan perlu berkisar bukan sahaja kepada penghasilan individu yang berkembang potensinya secara positif tetapi juga seimbang dengan peranannya dalam menghasilkan masyarakat yang berwibawa dan bertanggungjawab. Justeru aliran pemikiran yang percaya kepada keutamaan terhadap pelajar sebagai prioriti utama perlu melihat kepada "pemikiran kedua" di mana pendidikan perlu mengekalkan unsur-unsur tradisi seperti nilai, jatidiri, kesedaran, keinsafan, bekerjasama dan lain-lain (Ornstein et al, 2009)

Analisis Beberapa Fenomena Alam Yang Disentuh Oleh Al-Quran

Aspek yang tidak dapat kita sangkal adalah realiti di mana kejadian alam yang berlaku dalam kehidupan kita telah memberi sumbangan besar kepada manusia di muka bumi ini sehingga mereka dapat melakukan pelbagai ativiti bagi kelangsungan kehidupan manusia itu sendiri. Kejadiaan siang dan malam misalnya memberi banyak faedah dan manfaatnya dalam dalam menentukan peredaran masa, bulan, hari dan keperluan kehidupan. Begitu juga dengan kejadian

PERSPEKTIF Journal Vol.4, No.1 (46-58) ISSN 1985-496X

50

awan, turunnya hujan, kewujudan langit, kehidupan yang melata, kejadian haiwan dan sebagainya. Segalanya telah disebut dengan nyata dalam Al-Quran, kitab yang menjadi hidayah dan panduan bagi kesejahteraan hidup manusia. Justeru berikut dikemukakan bagaimana AlQuran menjelaskan perkara tersebut untuk kita renung dan mengkajinya. Fenomena tersebaut adalah seperti berikut:

Fenomena 1: proses kejadian siang dan malam. Firman Allah: a)

"Engkau panjangkan (waktu) malam dari slang dan Engkau panjangkan (waktu) slang dan malam. Engkau keluarkan (ciptakan) yang hidup dari yang mati dan Engkau ciptakan yang mati dari yang hidup. Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab." ( Al-Quran, 3: 27)

b)

"Dan Dia memudahkan malam dan slang, matahari dan bulan untukmu." (Al-Quran, 16: 12)

Ulasan. Ayat tersebut di atas menjelaskan bagaimana Allah mengatur proses silih berganti kejadian siang dan malam dengan begitu tersusun dan kemas sehingga terjadinya putaran masa. Allah juga menjelaskan nikmat berupa rezeki yang begitu banyak untuk manusia mengatur aktiviti kehidupan atas muka bumi ini di mana Allah "tidak berkira" untuk memberikannya atas sifatnya sebagai "Yang Maha Pemurah". la boleh diberi dalam bentuk kesuburan tanih, tumbuhan yang menghijau, hasil pertanian, ternakan dan keselesaan kehidupan manusia itu sendiri sebagai kesan daripada fenomena kejadian siang dan malam. Ini adalah kerana tanpa siang dan malam yang "dijadualkan" secara silih berganti, ekosistem alam akan terganggu dan menjejaskan aktiviti ekonomi, kemanusiaan, perkembangan industri, pelancongan dan sebagainya akan terbantut dan menjadi tidak produktif.

Fenomena 2: pengangkutan darat dan kegunaan haiwan sebagai alat kenderaan. Firman Allah: a)

"Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu. Padanya ada bulu yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat sebahagiannya kamu makan....Dan is memikul beban-bebananmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup sampai kepadanya melainkan dengan kesukaran....Dia menciptakan kuda, baghal dan kaldai agar kamu menunggangnya dan menjadikan perhiasan." ( Al-Quran, 16: 5, 7, 8)

PERSPEKTIF Journal lio1.4, No.1 (46-58)

51

ISSN 1985-496X

Ulasan . Bidang geografi juga berkait dengan urusan pergerakan manusia dari satu tempat ke satu tempat. Manusia bergerak kerana faktor migrasi, perniagaan, perdagangan, kegiatan pertanian dan sebagainya. Di kawasan yang mempunyai lanskap yang menyukarkan untuk dibina jalan raya, jalan keretapi dan medium pengangkutan darat yang lain, maka penggunaan haiwan adalah alternatif terbaik. Justeru Allah telah menyediakan kemudahan tersebut untuk manusia bagi tujuan mengangkut dan memunggah barang-barang dari suatu destinasi ke destinasi lain. Malah dalam proses pergerakan manusia itu sendiri, sebahagian haiwan yang dibawa untuk mengangkut barangan boleh juga dijadikan "bekalan makanan' yang dapat dimanfaatkan dagingnya untuk dimakan. Ini adalah satu alternatif bagaimana Allah memberi kemudahan kepada manusia walau dalam apa situasi sekalipun aktiviti ekonomi masih lagi boleh bergerak secara aktif dengan adanya pilihan tersebut.

Fenomena 3 : kejadian bumi dan alam semesta.

Firma Allah: a)

-Sesungguhnya Tuhan hum, adalah Allah yang telah tnenciptakan langit dan bumi dalam enam masa ...Dia melina'ungi malam dengan slang yang mengikutinya dengan cepat dan diciptakan matahari, bulan dan hintang masing-tnasing tunduk kepada perintahnya. - ( Al-Quran, 7: 54).

b)

"Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan hintang-hintang dan Diu juga menjadikan padanya matahari dan bulan yang bercahaya. Dia yang menjadikan tnalam dan slang silih herganti (Al-Quran, 25: 61-62)

c)

"Dialah yang menjadikan htnni sebagai hampuran bagi mu dan langit sebagi atop dan Dia memtrunkan hujan dari langit itu lulu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala huah-buahan sehagai rezeki. Quran, 2:22)

Ulasan. Proses kejadiaan bumi yang dirakamkan Allah menjelaskan segala yang ada di maya ini adalah tidak terlepas dari "sentuhanNya". Dari segi kejadiaan bumi dalam enam masa guru boleh memberi penjelasan dengan teliti bagaimana bumi ini terbentuk. Proses perjalanan cakerawala berada pada pergerakannya secara teratur. Malah diindahkan lagi alam ini dengan diciptakan

PERSPEKTIF Journal Vol.4, No. I (46-58) ISSN 1985-496X

52

gugusan bintang di langit. Di sebalik kewujudan bintang tersebut Allah menjadikan matahari dan bulan yang mengeluarkan cahaya di mana cahaya matahari menjadi elemen penting kepada proses kesempurnaan kehidupan manusia baik dari segi kemudahan menjalankan aktiviti, membantu proses kehidupan flora dan fauna sama ada di daratan atau di lautan di mana kesemuanya itu adalah untuk kemanfaatan manusia itu sendiri. Di samping itu hujan yang diturunkan dari langit adalah untuk melengkapi keperluan hidup manuisa di mana air hujan dapat menyuburkan muka bumi yang tandus dan hujan juga dapat menyuburkan pelbagai tumbuhan yang pastinya memberi sumber ekonomi kepada manusia.

Fenomena 4 : kejadian hujan.

Firman Allah: "Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahinatnya (hujan) hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami ha/au ke satu daerah yang tandus lalu Kami turunkan hujan di daerah itu maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan." (AlQuran, 7: 57)

Ulasan. Allah merakamkan Dialah yang meniupkan angin untuk memberi tahu manusia "hujan akan turun" yang pasti akan menggembirakan manusia. Al-Quran merakamkan bagaimana hujan yang turun di sesuatu kawasan adalah melalui beberapa proses yang berada dalam aturan Allah iaitu; a) angin yang bertiup b) pergerakan awan yang membawa awan mendung c) awan bergerak ke kawasan yang "memerlukan". Demikianlah Allah mengatur proses supaya manusia faham dan mengerti dengan mudah untu menerima hakikat kejadiaan fenomena alam ini adalah di dalam ilmu Allah SWT.

Fenomena 5: kejadian guruh.

Firman Allah: "Dialah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepada mu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan. Dan Dia mengadakan awan mendung. Dan guruh itu bertasbih memuji Allah. Dan Dia melepaskan halilintar lalu menimpakannya pada siapa Dia kehendaki." (Al-Quran, 13: 13)

PERSPEKTIF Journal Vol.4, No.1 (46-58) ISSN 1985-496X

53

Ulasan. Kilat yang muncul dan kejadiaan guruh serta halilintar adalah mesej yang jelas kepada manusia bahawa mereka adalah makhluk yang kecil dan kerdil. Pada jiwa mereka tertanam perasaan takut, harap dan gerun apabila mendengar dentuman yang kuat iaitu guruh dan halilintar. Fenomena alam ini adalah untuk mengingatkan manusia tentang adanya kuasa Yang Maha Perkasa di sebalik kejadian atau fenomena alam. Ini adalah aspek kerohanian yang boleh diterapkan guru dalam proses pengajaran mata pelajaran geografi di mana manusia perlu mempunyai rasa gerun dari bertindak sewenang-wenangngya di atas muka bumi ini.

Fenomena 6: pandangan darat fizikal.

Firman Allah: a)

''Dan kami hidupkan bumi yang man int dan kami keluarkan daripadanva biji-bijian maka daripadanya mereka makan. Dan kami jadikan padanva kebun-kebun kurmu dan anggur dan Kami pancarkan padanva beherapa mata air. Maha Suci Allah yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya sama ada yang ditumbuhkan dari bumi dan dari diri mereka sendiri. (A1-Quran, 36: 33-36)

b)

"Dan Dialah yang metnbentangkan bumf dan menjadikan gunung-ganang dan sungai-sungai padanya. Dia tnenjadikan padanya setnua huah-buahan yang berpasangan-pasangan... Dan di butni terdapat hahagianbahagian yang berdampingan dan kebun-kebun anggw-, tanam-tanatnan dan potion lairma yang bereabang dan tidak hercahang, disirami dengan air rang sama. Kami melehihkan sehahagian tanam-tanaman int alas sehahagian yang lain. - (Al-Quran, 13: 3-4)

c)

telah menw-unkan air (hujan) dari langit maka tnengalirlah air di lembah-letnbah menttrut ukurannya. " (Al-Quran, 13: 17)

Ulasan. Pandangan darat fizikal adalah antara topik yang terkandung dalam kurikulum geografi di sekolah. Cakupan perbincangan mengenai tajuk ini adalah luas yang merangkumi bentuk muka bumi, gunung-ganang, cerun, bukit, tanah pamah, kawasan delta dan sebagainya. Berdasarkan ayat-ayat dipaparkan di atas, menunjukkan Al-Quran telah memberi penjelasan tentang kewujudan perkara berikut yang mewarnai pandangan darat fizikal sesuatu kawasan iaitu:

a)

lembah-lembah

b)

gunung-ganang

c)

sunga-sungai

PERSPEKTIF Journal Vol.4, No.1 (46-58) ISSN 1985-496X

d)

kawasan pertanian

e)

jalan perhubungan

0

kesuburan tanah-tanih

g)

pelbagai jenis tumbuhan

54

Fenomena 7: cakerawala

Firman Allah

Dan (sebahagian dari da1il yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempo! yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melaIui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan ma/am pula tidak dapat mendahului slang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing (Al-Quran, 36: 38-40)

Ulasan. Sumber al Quran menjelaskan beberapa fakta yang jelas dan tepat mengenai sistem cakerawala iaitu:

a)

matahari berputar pada paksinya tersendiri

b)

bulan beredar pada garis orbitnya yang ditetapkan

c)

pergerakan bulan dalam peredarannya adalah dalam satu pusingan secara berpingkatperingkat dari kecil (anak bulan dan setrusnya kembali semula kepada anak bulan)

d)

pergerakan bulan dan matahari teratur tanpa pertembungan samada tercepat atau terlembat. Segalanya bergerak secara teratur pada garis orbit yang telah ditentukan.

Aplikasi Kepada Kurikulum

Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menjelaskan fenomena kejadiaan alam dan proses geografi yang berlaku di atas muka bumi. Penemuan yang diperoleh oleh pakar-pakar geografi dalam bidang berkaitan perlu diberi nilai tambah bagi memperkukuhkan nilai ilmu dan maklumat yang terdapat dalam kurikulum geografi yang diajar di sekolah. Banyak pengajaran serta

55

PERSPEKTIF Journal Vol.4, No.1 (46-58) ISSN 1985-496X

pengiktibaran yang dapat diteroka dan dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut. Guru boleh menggunakan bahan kurikulum yang dipetik dari ayat-ayat Al-Quran tentang fenomena alam yang berlaku dalam kehidupan bagi menjadikan pengajaran lebih menarik. Ilmu yang disampaikan lebih dekat di hati pelajar sekiranya dikaitkan dengan unsur ketuhanan dan kerohanian. Keberkatan wahyu Allah dalam membincangkan topik-topik berkaitan dapat menjana kesediaan murid untuk mengembangkan naluri penerokaan dan semangat ingin tahu dan sekali gus dapat melahirkan generasi ulul albab yakni generasi pelajar yang berfikir dan merenung fenomena persekitaaran kehidupan ciptaan Allah yang begitu banyak manfaatnya dalam kehidupan ini.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpandukan sumber-sumber yang dinyatakan, diikuti dengan pengajaran berasaskan kaedah pemerhatian, tayangan slide, video, muat turun bahan bergambar dari internet boleh diaplikasikan guru. Guru boleh mengajak murid berbincang kepentingan memahami fenomena alam ciptaan Allah bagi meningkatkan kecintaannya untuk melestarikan keindahan alam jagat dan persekitarannya. Mengaitkan dengan aspek dosa, pahala, amal soleh, mukmin sejati dan adab dalam menjaga keindahan alam ini dapat diterapkan kepada pelajar sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Apa yang lebih bermakna, mempelajari ilmu geografi yang membincangkan tajuk berkaitan fenomena alam seharusnya akan mendekatkan manusia kepada Pencipta Alam itu sendiri. Ini bermakna kesepaduan dalam pembelajaran akan mencakup aspek kognitif, afektif dan kemahiran.

Dari segi kognitif pelajar dapat pengetahuan dan ilmu dari sumber yang hakiki, mantap dan autentik. Cakupannya adalah luas dan melebar dari aspek daratan, lautan, kegiatan ekonomi, pengangkutan darat dan air, topografi, pandangan darat, aktiviti pertanian dan sebagainya. Dari segi afektif, pelajar dapat dipupuk dengan nilai-nilai bersyukur, menghargai, prihatin, semangat meneroka, menginsafi dan pembentukan adab dalam memakmur dan melestarikan muka bumi. Aspek kemahiran pula boleh dilakukan dengan melakukan pelbagai aktiviti pengukuhan seperti pencerapan planet di balai-balai cerap, penggunaan teropong, mencerap kejadian gerhana, merakam kcindahan fenomena alam melalui aktiviti fotografi, lukisan dan sebagainya.

PERSPEKTIF Journal Vol.4, No.1 (46-58) ISSN 1985-496X

56

Analisis dan Kesimpulan

Finnan Allah: "Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pertukaran malatn dan slang menjadi tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang berakal. laitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring dan mereka memikirkan tentang kejaidian langit dan bumi (seraya berkata) "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya tidak Engkau jadikan semuanya ini dengan sia-sia" (Al-Quran, 3: 190-191)

Pemilihan bahan kurikulum yang berpaksikan sumber Al-Quran ini, dapat mencetuskan kesedaran untuk melahirkan generasi pelajar yang kreatif dalam melihat fenomena alam. Kejadian alam tidak seharusnya dilihat dengan pandangan kosong tanpa roh. Pada diri pelajar perlu disematkan segala fenomena alam ini adalah merupakan ayat yakni tanda-tanda kebesaran Allah yang perlu dijelmakan dengan reaksi yang positif dari segi penglahiran jatidiri pelajar yang berkualiti.

Disini dicadangkan pengajaran geografi dengan bersumberkan bahan dari Al-Quran perlu menjurus dan memberi fokus kepada penglahiran generasi ulul albab. Generasi ulul albab merujuk kepada golongan yang menggunakan kekuatan minda untuk merenung, memikir, meneliti dan membuat sintesis terhadap apa yang dilihat, di alami dan seterusnya dihayati dalam kehidupan di atas muka bumi ini. Golongan ini mampu berfikir jauh ke hadapan secara futuristik. Melalui sumber kurikulum geografi berasaskan Al-Quran diharapkan akan lahir gernerasi yang berupaya menampilkan karektor berikut:

Kreatif: • Genarasi yang berupaya menggunakan pemikiran dengan berkesan yang memungkinkan mereka dapat membuat interpretasi dan menilai fenomena kejadian alam serta kaitannya dengan kehidupan secara holistik. Tidak berfikir secara stereotype Cenderung untuk berfikir secara sistematis dan saintifik Mempunai sifat ingin tahu yang kuat.

PERSPEKTIF Journal i'oL4, No.I (46-58) ISSN I985-496X

57

Inovatif

Menerokai dunia inovasi melalui pemerhatian, pembacaan dan mengkaji kandungan Al -



Quran sebagai panduan Menyahut cabaran sebagai seorang khalifah atas muka bumi dan menginsafi dirinya sebagai sebaik-baik makhluk ciptaan Allah.

Futuristk

Berupaya memacu minda jauh ke hadapan terhadap pembangunan kehidupan yang



sejahtera •

Pemikiran jauh ke hadapan yang terbimbing oleh panduan wahyu



Sikap yang dapat menyinarkan beberapa nilai positif seperti bermotivasi, cemerlang



Membawa mesej ummah contoh dalam setiap dimensi kehidupan khususnya dalam konteks memakmurkan bumi

Penerokaan



Berupaya menyahut cabaran untuk mengetahui secara ilmiah dan konsisten rahsia kejadian fenomena alam



Menjadi insan pelajar yang suka berfikir dan menekuni segala fenomena persekitaran di muka bumi sebagai menyahut seruan Allah " katakanlah: perhatikanlah apa-apa yang di langit dan di bumi". ( Al-Quran, 10: 101)

Firman Allah

-

Sesungguhnva Al Quran adalah !cloth pentunjuk dan hidavah. Kitab tersebut memberi panduan kepada kehidupan manusia dalam meneroka ihnu. menjana pemikiran, melestarikan .fenomena kehidupan sejagat dan menjadi somber autentik yang sepatutnya di rujuk kepada pencinta ihnu dan pencari kehenaran Kerana Dia Yang menjadikan tujuh langit bertingkmtingkat. Tiadalah engkau lihat kekurangannya -. (Al-Quran, 67: 3)

58

PERSPEKTIF Journal Vol.4, No.1 (46-58) ISSN 1985-496X

Ruj ukan Al-Quran (1980). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, Kuala Lumpur: Darulfikir, 1756 pp. Dewey, J. (1916). Democracy and education. New York: Macmillan Company Huebner, D.E. ( 1985). "Spirituality and knowing" dlm Eisner, E. W., ed. Learning and teaching the ways of knowing (1985). Chicago: University pf Chicago Press Goodlad, J. (1979). Curriculum inquiry. New York: Mc Graw-Hill KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Geografi. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Moffett, J. (1994). The Universal Schoolhouse. San Fransisco: Jossey-Bass Publication Ornstein, A.C., & F. Hunkins, (1998). Curriculum: Fundation, principles and issues. London: Allyn & Bacon. Ornstein, A,C., E.F. Pajak, & S.B. Ornstein ( 2009). Contemporary issues in curriculum. Boston: Pearson. Piner, W. F., W.M. Reynolds, S. Patrick & P.M. Tubman (1995). Understanding curriculum. New York: Peter Lang

Suggest Documents