PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERASASKAN ANALOGI TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR BAGI TOPIK ENZIM DALAM BIOLOGI TINGKATAN 4

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.4 NO.2 DIS 2014 / ISSN 2232-0393 PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERASASKAN ANALOGI TER...
Author: Alexina Charles
55 downloads 3 Views 458KB Size
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.4 NO.2 DIS 2014 / ISSN 2232-0393

PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERASASKAN ANALOGI TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR BAGI TOPIK ENZIM DALAM BIOLOGI TINGKATAN 4 Siti Shahida Mohd Aziri, 2Che Nidzam Che Ahmad 1,2 Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.

1

Abstrak Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangun modul pembelajaran dan pengajaran (PDP) berasaskan analogi dan mengenal pasti keberkesanan penggunaan modul analogi tersebut terhadap tahap pencapaian pelajar. Pengkaji telah memilih topik khusus dalam biologi iaitu Enzim. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif di mana kaedah eksperimental digunakan bagi melaksanakan kajian tersebut. Kajian ini melibatkan 42 orang pelajar tingkatan 4 aliran sains tulen di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja 1 (SMKDMPR 1), Tanah Merah, Kelantan. Sampel tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan di mana setiap kumpulan terdiri daripada 21 orang pelajar. Instrumen yang telah digunakan adalah modul dan ujian pencapaian (ujian pra dan ujian pos). Kesemua instrumen yang digunakan mempunyai kesahan dan tahap kebolehpercayaan yang baik. Data-data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS versi 17. Ujian-t (independent sample t-test dan paired sample t-test) juga turut dilakukan untuk menguji hipotesis nul. Hasil kajian mendapati kumpulan pelajar yang diajar menggunakan modul analogi telah menunjukkan peningkatan pencapaian. Pelajar yang diajar menggunakan modul analogi juga mempunyai pemahaman yang mendalam terhadap topik enzim. Oleh itu, penggunaan modul analogi dalam pembelajaran dan pengajaran terbukti berkesan dalam meningkatkan tahap pencapaian pelajar terhadap topik enzim. Kata kunci

keberkesanan modul, tahap pencapaian, analogi, enzim

Abstract The aim of this research is to develop a learning and teaching (L&T) module based on analogy and identify the effectiveness of the module on student’s achievement. The researcher has selected a specific topic in biology which is Enzyme. It is a quantitative design in which the experiment method is used to carry out the study. The study involved42 form four students from pure science stream of Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja 1 (SMKDMPR 1), Tanah Merah, Kelantan. The samples were divided into two groups, the control group and the treatment group where each group consists of 21 students respectively. The instruments that had been used in this research are the module and the achievement tests (pre-test and post-test). 91

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.4 NO.2 DIS 2014 / ISSN 2232-0393

All the instruments used have validity and a good level of reliability. The data obtained were collected and analyzed descriptively using SPSS version 17. A t-test (independent sample t-test and paired sample t-test) had also been carried out to test the null hypothesis. The results showed that there was an increment in the student’s achievement for the students who were taught using the analogy module. The students are also have a deeper understanding of the enzyme topic. Therefore, the use of the analogy module in teaching and learning prove to be effective in increasing student’s achievement on the topic of enzyme. Keywords

Module effectiveness, achievement level, analogy, enzyme

PENGENALAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Akta Pendidikan, 1996:1). Selain itu, usaha yang telah dilakukan adalah demi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2005). Jadi, keadaan ini selari dengan falsafah pendidikan sains di Malaysia iaitu memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetetif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi (Abu Hassan Kassim, 2003). Tambahan pula, Malaysia lebih menekankan subjek sains diajar melalui pendekatan inkuiri terpimpin - sebagai proses, bukannya hasil akhir. Sehubungan dengan ini, pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaranpembelajaran serta diberi peluang untuk melakukan penyelidikan bagi menyelesaikan sesuatu masalah, bukan secara mendemonstrasi atau mengesahkan sesuatu teori, konsep, prinsip, atau maklumat (Abu Hassan Kassim & Noor Din Maulid, 1999). Konsep analogi mampu memberi impak yang positif sekiranya diterapkan dengan berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran. Sebenarnya, cara guru menyampaikan pengajaran juga berkait rapat dengan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan(PPIK), yang melibatkan penggunaan analogi, contoh, penerangan dan demonstrasi yang efektif, disamping mengambil kira latar belakang pelajar (Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha & Abdul Razak Habib, 2009). Ini bersesuaian dengan definisi yang diberikan oleh Shulman (1986), PPIK ialah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi iaitu pengetahuan tentang cara mengajar yang dimiliki kepada pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar). Seterusnya, dalam pengajaran subjek biologi, pelajar bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan terhadap biologi, tetapi keupayaan untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara sistematik sangat dititikberatkan (Antal, 2004). Kemahiran berfikir secara sistematik termasuklah perbandingan, analisis, sintesis, generalisasi, klasifikasi dan menghubungkait merupakan komponen asas dalam analogi. Jadi, sebab itulah 92

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.4 NO.2 DIS 2014 / ISSN 2232-0393

analogi yang berkesan diperlukan untuk membantu pelajar memahami konsep yang kompleks dalam biologi (Hancock & Andrya Onsman, 2005). Oleh yang demikian, pengkaji telah memilih untuk membangun modul analogi dalam topik enzim bagi membantu pelajar memahami konsep dan fakta enzim. Selain itu, modul ini diasaskan berdasarkan kepada model Glynn (2007). Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut: i. Membangun modul pembelajaran dan pengajaran berasaskan analogi bagi topik enzim. ii. Untuk melihat kesan penggunaan modul pembelajaran dan pengajaran berasaskan analogi dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar berbanding kaedah tradisional terhadap topik enzim. Persoalan Kajian Terdapat beberapa persoalan yang timbul daripada objektif yang telah dibina. Antaranya termasuklah: i. Apakah ciri-ciri modul yang berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran bagi topik enzim? ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara skor keputusan ujian pra kumpulan kawalan dan rawatan? iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara skor keputusan ujian pos bagi kumpulan kawalan dan rawatan? iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pencapaian ujian pra dan pos bagi kumpulan kawalan? v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pencapaian ujian pra dan pos bagi kumpulan rawatan? Hipotesis Kajian Bagi mengetahui kebenaran objektif kajian, beberapa hipotesis telah dibina: Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi keputusan ujian pra di antara kumpulan kawalan dan rawatan. Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi keputusan ujian pos di antara kumpulan kawalan dan rawatan. Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi skor pencapaian ujian pra dan pos bagi kumpulan kawalan. Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi skor pencapaian ujian pra dan pos di antara kumpulan rawatan.

93

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.4 NO.2 DIS 2014 / ISSN 2232-0393

METODOLOGI KAJIAN Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif , dengan menggunakan kaedah eksperimental melalui set ujian untuk menilai kesan kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan modul analogi enzim-TWA bagi topik enzim dalam subjek biologi tingkatan 4 berbanding kaedah tradisional. Populasi dan Sampel Kajian Semua pelajar sains tulen di tingkatan 4 di daerah Tanah Merah, Kelantan mewakili populasi kajian. Manakala hanya 42 orang pelajar yang terpilih sebagai sampel kajian. Sampel kajian pula dipilih secara rawak berkelompok di mana seramai 42 orang pelajar yang terdiri daripada 18 orang pelajar lelaki dan 24 orang pelajar perempuan. Persampelan rawak kelompok digunakan kerana pengkaji menggunakan kelas yang sedia ada. Instrumen Kajian Instrumen kajian yang telah digunakan adalah modul analogi, ujian pra dan ujian pos. i. Modul Analogi Modul analogi yang dibina adalah berasaskan model Glynn (2007), TWA. Pengajaran berasaskan analogi Glynn terdiri daripada enam langkah iaitu: 1) Memperkenalkan konsep sasaran.; 2) Ingatkan pelajar apa yang mereka tahu konsep analog.; 3) Mengenalpasti ciri-ciri yang berkaitan; 4) Menyambung (memetakan) ciri-ciri yang sama.; 5) Menunjukkan di mana analogi antara analog dan sasaran yang rosak; 6) Membuat kesimpulan. Hasil pembelajaran turut disediakan untuk dijadikan panduan kepada pelajar mengenai perkara yang mereka harus tekankan dalam topik enzim. Terdapat tujuh subtopik dalam topik enzim. Kesemua subtopik tersebut menggunakan pendekatan analogi, iaitu setiap subtopik menggunakan analogi yang berbeza-beza. Analogi yang digunakan adalah berdasarkan kehidupan seharian untuk memudahkan pelajar memahami topik enzim. ii. Ujian Pra dan Pos Terdapat 15 soalan aneka pilihan iaitu A, B, C dan D. Kedua-dua set soalan mempunyai soalan yang sama. Namun begitu, terdapat perbezaan terhadap bentuk soalan serta pilihan jawapan pelajar. Item-item yang mendiskriminasikan diletakkan di dalam soalan. Soalan-soalan yang telah dibina adalah berdasarkan aras Taksonomi Bloom (1956) yang terdiri daripada beberapa aspek iaitu, soalan aras pengetahuan, aras kefahaman dan aras aplikasi. Tiga aspek ini dipilih kerana soalan-soalan dalam ujian pra dan pos terdiri daripada 15 soalan objektif sahaja. Maka, bagi membina soalansoalan objektif tersebut, hanya tiga aspek sahaja yang dipilih. Jadual Penentu Ujian (JPU) digunakan bagi memastikan soalan yang dibina berkualiti dan mampu memberi ukuran yang tepat mengenai penguasaan pelajar terhadap kaedah pembelajaran dan pengajaran yang telah digunakan. Selain itu, responden hanya dibenarkan memilih 94

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.4 NO.2 DIS 2014 / ISSN 2232-0393

salah satu daripada empat pilihan jawapan yang paling tepat. Setiap soalan yang diberikan adalah berdasarkan kepada pembelajaran dan pengajaran yang telah diajar sewaktu menjalankan kajian. Kesahan instrumen kajian telah disemak oleh guru biologi yang berpengalaman mengajar di sekolah menengah. Manakala, kebolehpercayaan instrumen pula ditentukan melalui kajian rintis yang melibatkan 12 orang pelajar di bandar Ipoh. Kaedah Analisis Data Data yang diperoleh dianalisis bergantung kepada jenis pemboleh ubah yang diukur. Markah bagi ujian pra dan pos diberi berdasarkan jumlah jawapan yang betul. Markah penuh adalah 100 manakala yang paling minimum pula adalah 0. Pengkaji telah menggunakan gred berdasarkan gred SPM mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kemudian, data yang diperoleh, dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS versi 17.0) bagi mengira min bagi peratus skor yang diperoleh pelajar dalam ujian pra dan pos. Perbezaan peratus min antara dua kaedah (kaedah tradisional dan kaedah analogi) ini akan dibandingkan. Nilai perbezaan antara min ujian pos dengan pra yang lebih tinggi menunjukkan kaedah yang digunakan berkesan. Bagi mengukur sama ada terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar, pengkaji menggunakan ujian dua ekor atau two-tailed test iaitu ujian-t tidak bersandar (Independent sample t-test) dan ujian-t berpasangan (Paired sample t-test). Pengkaji menggunakan nilai p=0.05 sebagai nilai signifikan dua arah (two-tailed). Min dikira bagi ujian pra dan pos untuk setiap kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Jika nilai signifikan p (p>0.05) maka hipotesis nul berjaya diterima. Jadual 1 menunjukkan gred dan pencapaian pelajar untuk menilai dan mengukur tahap pencapaian pelajar setelah ujian pra dan pos dijalankan. Jadual 1 Gred dan Pencapaian Pelajar Peratus

Gred

Pencapaian

90-100

A+

Cemerlang Tertinggi

80-89

A

Cemerlang Tinggi

70-79

A-

Cemerlang

65-69

B+

Kepujian Tertinggi

60-64

B

Kepujian Tinggi

55-59

C+

Kepujian Atas

50-54

C

Kepujian

45-49

D

Lulus Atas

40-44

E

Lulus

01-39

G

Gagal 95

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.4 NO.2 DIS 2014 / ISSN 2232-0393

Jadual 2 menunjukkan ringkasan analisis data yang telah digunakan bagi menganalisis segala hasil keputusan yang diperoleh dalam kajian ini. Jadual 2 Ringkasan Analisis Data No. 1.

2.

3.

4.

Persoalan Kajian Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara skor keputusan ujian pra kumpulan kawalan dan rawatan? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara skor keputusan ujian pos bagi kumpulan kawalan dan rawatan? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pencapaian ujian pra dan pos bagi kumpulan kawalan? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pencapaian ujian pra dan pos bagi kumpulan rawatan?

Instrumen

Analisis

Ujian Pra

Ujian t (Independent sample t-test)

Ujian Pos

Ujian t (Independent sample t-test)

Ujian Pra Ujian Pos

Ujian t (Paired sample t-test)

Ujian Pra Ujian Pos

Ujian t (Paired sample t-test)

DAPATAN KAJIAN Hasil dapatan kajian dibahagikan kepada dua bahagian: i. Ciri-ciri Modul Analogi ii. Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pos i. Ciri-ciri Modul Analogi Bagi menjawab objektif yang pertama iaitu apakah ciri-ciri modul yang berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran, pengkaji telah menggunakan modul analogi berasaskan TWA yang dihasilkan oleh Glynn (2007). Terdapat enam langkah yang diambil kira untuk memastikan setiap analogi yang terhasil dan dibina menepati fakta dan konsep biologi. Langkah pertama adalah mengingatkan pelajar dengan apa yang mereka tahu mengenai konsep analog. Kedua, mengenal pasti ciri-ciri yang berkaitan. Ketiga, menyambung (memetakan) ciri-ciri yang sama. Keempat, menunjukkan di mana analog dan sasaran yang rosak. Seterusnya, langkah yang terakhir adalah membuat kesimpulan. Gambaran analogi yang diberikan oleh guru turut membantu pelajar mengingati fungsi dan proses yang berlaku dengan jelas dalam enzim. Setiap subtopik yang terdapat dalam topik enzim diajar dengan menggunakan contoh dan perbandingan yang biasa diketahui oleh pelajar. Sebagai contoh, bagi memberi gambaran awal kepada pelajar apakah sebenarnya enzim, pengkaji menggunakan analogi kereta. Kereta digunakan oleh manusia untuk mempercepatkan pergerakan ke 96

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.4 NO.2 DIS 2014 / ISSN 2232-0393

destinasi yang dituju. Kemudian, analogi kereta ini dipadankan dengan enzim di mana enzim digunakan untuk mempercepatkan kadar tindak balas. Selain itu, pengkaji juga turut menekankan perbezaan di antara analogi yang dipadankan. Contohnya, kereta dan enzim. Kereta merupakan benda bukan hidup manakala enzim pula adalah benda hidup yang dihasilkan oleh protein. Dengan ini, pelajar akan mudah memahaminya dan analogi yang dihasilkan tidak membebankan pelajar. Ini kerana setiap analogi yang terhasil akan diterangkan dengan jelas oleh pengkaji. Begitu juga dengan subtopik yang seterusnya. Setiap analogi yang dipadankan akan diterangkan juga kekangan yang wujud seperti kereta dan enzim. Terdapat tujuh subtopik dalam topik enzim dan kesemua subtopik tersebut dibina menggunakan analogi berdasarkan TWA secara sistematik. Bagi memudahkan pelajar memahami setiap subtopik dalam topik enzim tersebut, hasil pembelajaran juga turut disertakan. Dengan ini, pelajar dapat menggunakannya sebagai panduan untuk menguasai topik enzim tersebut. ii.

Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pos

Jadual 3 hingga Jadual 11 menunjukkan nilai min dan sisihan piawai bagi kedua-dua kumpulan (kawalan dan rawatan) untuk ujian pra dan pos. Manakala, Rajah 1 pula menunjukkan taburan min bagi ujian pra dan pos untuk kumpulan kawalan dan rawatan. Jadual 3 Nilai min ujian pra bagi kumpulan kawalan dan rawatan Kumpulan Kawalan Rawatan

Kaedah Tradisional Analogi

Nilai min (%) 29.428 33.7619

Sisihan Piawai 8.675 10.554

Jadual 4 Keputusan analisis ujian-t untuk ujian pra bagi kumpulan kawalan dan rawatan Beza min (%)

t

Signifikan dua hala (p)

-4.333

-1.454

0.154

Pra kawalan-pra rawatan

Jadual 5 Nilai min dan sisihan piawai untuk ujian pos bagi kumpulan kawalan dan rawatan Kumpulan Kawalan Rawatan

Kaedah Tradisional Analogi

Nilai min (%) 72.71 82.57

Sisihan Piawai 10.397 8.669

Jadual 6 Keputusan analisis ujian-t untuk ujian pos bagi kumpulan kawalan dan rawatan Pos kawalan-pos eksperimen

Beza min (%) -9.86

t -3.337

Signifikan dua hala (p) 0.002

Jadual 7 Nilai min dan sisihan piawai untuk ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan Kumpulan Kawalan Min Sisihan Piawai

Pra (%) 29.43 8.675 97

Pos (%) 72.71 10.398

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.4 NO.2 DIS 2014 / ISSN 2232-0393

Jadual 8 Keputusan analisis ujian-t untuk ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan Kumpulan kawalan Ujian pra-Ujian pos

Beza min (%) -43.28

t -13.416

Signifikan dua hala (p) 0.000

Jadual 9 Nilai min dan sisihan piawai untuk ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan rawatan Kumpulan Rawatan Min Sisihan Piawai

Pra (%) 33.76 10.554

Pos (%) 82.57 8.669

Jadual 10 Keputusan analisis ujian-t untuk ujian pra dan pos bagi kumpulan rawatan Kumpulan Rawatan

Beza min (%)

t

Signifikan dua hala (p)

Ujian pra-Ujian pos

-48.810

-17.962

0.000

Jadual 11 Jadual taburan min dan siishan piawai bagi ujian pra dan pos untuk kumpulan kawalan dan rawatan Kumpulan

Kaedah

Kawalan Rawatan

Skor Min

Sisihan Piawai

Ujian Pra (%)

Ujian Pos (%)

Ujian Pra

Ujian Pos

Tradisional

29.43

72.71

8.675

10.397

Analogi

33.76

82.57

10.554

8.669

Rajah 1 Taburan min bagi ujian pra dan pos untuk kumpulan kawalan dan rawatan

PERBINCANGAN Perbincangan hasil kajian dibahagikan kepada dua bahagian: i. Ciri-ciri modul analogi ii. Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pos

98

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.4 NO.2 DIS 2014 / ISSN 2232-0393

i. Ciri-ciri Modul Analogi Pendedahan analogi menggunakan Model Teaching-With-Analogy (TWA) membantu pelajar memahami analogi yang diperkenalkan secara tersusun dan sistematik. Setiap subtopik terdapat analoginya yang tersendiri untuk memudahkan pelajar dapat memahami konsep dan fakta mengenai enzim. Selain itu juga, modul analogi ini juga turut menyediakan hasil pembelajaran sebagai panduan kepada pelajar untuk memasterikan diri mereka dalam semua subtopik yang terdapat di dalam topik enzim. Analogi yang dihasilkan juga adalah berdasarkan pengalaman pelajar itu sendiri dan keadaan sekeliling mereka. Contohnya, bagi memberi gambaran awal kepada pelajar mengenai enzim, pengkaji telah menggunakan analog kereta untuk dijadikan sasaran kepada enzim. Kereta digunakan oleh manusia untuk mempercepatkan masa sampai ke destinasi manakala enzim pula digunakan oleh sel untuk mempercepatkan kadar tindak balas biokimia. Modul analogi ini berlainan dengan modul yang dihasilkan oleh Lim (2008), dalam kajian yang bertajuk Pembinaan Modul P&P dan Penggunaan Model Analogi Dalam Topik Fotosintesis Biologi, Tingkatan 4. Hal ini kerana modul analogi yang dihasilkan tidak terdapat hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran sangat penting kerana melalui hasil pembelajaran kita dapat mengetahui konsep dan fakta penting yang mesti diberi penekanan dalam sesuatu topik. Analogi yang terhasil juga tidak ditunjukkan langkah demi langkah sewaktu proses menhgasilkan sesuatu analogi. Seterusnya, analogi yang telah dihasilkan di dalam modul enzim TWA ini merangkumi kesemua subtopik yang terdapat dalam topik enzim. Namun, ianya berbeza dengan analogi yang dihasilkan oleh Nur Amanah Ishak (2008), dalam kajian mengenai Perbandingan Keberkesanan Pendekatan Pengajaran Simulasi Dan Analog dalam Meningkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan Empat dalam Topik Enzim. Dalam kajian tersebut, pendekatan analogi digunakan untuk subtopik mekanisme dan faktorfaktor yang mempengaruhi aktiviti enzim sahaja. Manakala lima lagi subtopik yang terdapat di dalam topik enzim tidak diberi penekanan. Oleh yang demikian, modul analogi enzim TWA ini sesuai dan unik untuk digunakan di sekolah sebagai langkah alternatif bagi meningkatkan pemahaman pelajar. ii.

Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pos

Analisis ujian-t dalam Bab 4 dijalankan bertujuan untuk menguji empat hipotesis nul (Ho) yang dicadangkan di awal kajian. Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari keputusan ujian pra di antara kumpulan kawalan dan rawatan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa nilai min ujian pra bagi kumpulan kawalan adalah 29.43% dan kumpulan rawatan adalah 33.77%. Perbezaan min bagi kedua-dua kumpulan adalah sebanyak 4.34%. Manakala, nilai kiraan t yang diperoleh adalah -1.454 pada aras signifikan dua hala, p kiraan 0.154. Nilai signifikan dua hala, p= 0.154, (p>0.05) bermaksud hipotesis nul pertama (Ho1) tidak berjaya ditolak dan ini 99

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.4 NO.2 DIS 2014 / ISSN 2232-0393

bermakna tiada perbezaan yang signifikan antara keputusan ujian pra bagi kedua-dua kumpulan. Keputusan ini menunjukkan bahawa sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini mempunyai tahap pencapaian yang setara bagi kedua-dua kumpulan (kawalan dan rawatan). Hal ini kerana, pelajar yang diletakkan di dalam kelas tersebut telah pun disusun berdasarkan keputusan sains yang mereka perolehi sewaktu PMR. Tambahan pula, topik enzim ini merupakan topik yang pertama dipelajari dalam biologi Tingkatan 4 dan semua sampel tidak pernah diajar oleh guru mata pelajaran biologi. Jadi, pengetahuan sampel untuk kedua-dua kumpulan adalah sama dan berasaskan pengetahuan sewaktu belajar di tingkatan 3. Oleh itu, kedua-dua kumpulan mempunyai tahap akademik yang sama dan tidak mengetahui apakah sebenarnya enzim dan keperluannya dalam kehidupan. Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi keputusan ujian pos di antara kumpulan kawalan dan rawatan. Hasil analisis data bagi hipotesis nul kedua (Ho2) mendapati nilai min bagi ujian pos kumpulan kawalan adalah adalah 72.71% manakala nilai min kumpulan rawatan pula adalah 82.57%. Julat perbezaan min didapati lebih besar berbanding ujian pra bagi kedua-dua kumpulan iaitu sebanyak 9.86%. Nilai t yang didapati pula adalah -3.337 pada aras signifikan dua hala, p kiraan 0.002 (p

Suggest Documents