Pembangunan Sistem Perladangan: Kearah Penggunaan Sumber Secara Optimum

PertanikaH(l), 101-109(1991) Pembangunan Sistem Perladangan: Kearah Penggunaan Sumber Secara Optimum MOHD. GHAZALI MOHAYIDIN dan SARIPAH MOHD. NOR Ja...
Author: Rosemary Mason
35 downloads 2 Views 1MB Size
PertanikaH(l), 101-109(1991)

Pembangunan Sistem Perladangan: Kearah Penggunaan Sumber Secara Optimum MOHD. GHAZALI MOHAYIDIN dan SARIPAH MOHD. NOR Jabatan Ekonomi Pertanian Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Pertanian Malaysia 43400 UPM, Serdang, Selangor DarulEhsan, Malaysia Istilah Penting: pembangunan sistem perladangan, pekebun kecil, pemprograman linear, sistem perladangan semasa, sistem perladangan optimum, kombinasi bidangusaha.

ABSTRAK Pendapatan rendahyangdiperolehi olehpekebun kecilialah kesan daripada masalah saiz kebunyangtidak ekonomik, penggunaan teknologi modenyangmasih rendah, perpindahan golongan belia ke bandar serta penggunaan sumber yangtidak optimal. Tujuan kajian ini ialah untuk menilai dan membandingkan Sistem Perladangan Semasa (SPS) dengan Sistem Perladangan Optimal (SPO) untuk pekebun-pekebun kecil di daerah-daerah Muar (Johor), Sepang (Selangor) danjerantut (Pahang). Kaedah pemprograman linear digunakan untuk mendapatkan SPO tertakluk kepadapemhataspengeluaran seperti tanah, buruh dan modal. Keputusanyangdiperoleh menunjukkan pendapatan bulanan pekebun-pekebun kecil dapat ditingkatkan daripada $ 193 kepada $1,287 di Muar, $523 kepada $2,404 di Sepangdan daripada $119kepada $543dijerantut. Kertas inijuga mengesanperubahan kepada SPOsekiranyasaiz tanah ditambah. ABSTRACT

The loiv income of smallholders is a result of an interplay of many problems such as uneconomic land holdings, low utilization of modern innovative technologies, outmigration of young peoplefrom this subsector and suboptimal lev of resource-use. The purpose of this study is to evaluate and compare current and optimum farming systems for smallholders in the districts of Muar (fohor), Sepang (Selangor) andjerantut (Pahang). Linear programming analys is used to obta in opti mu mfarming systems su bject to agricutural constraints su ch as land, labour and capital. The res indicate that the optimum farming system could raise the monthly income of the smallholders from $193 to $1,287 in Muar, $523 to $2,404 in Sepang and $119 to $543 in/erantut. The paper also traces the changes to optimum farming systems if the size of land is increased. PENGENALAN

Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, sistem pengurusan ladang yang diamalkan pada keseluruhannya mula berubah. Perubahan paling ketara terdapat pada sikap petani-petani sendiri. Ramai petani terpaksa menjalankan usaha mereka sebagai suatu jenis perusahaan atau perniagaan yangharus mendapatkan keuntungan dan tidak lagi sebagai sara hidup sahaja. Untuk menghadapi cabaran ini, konsep pembangunan sistem perladangan boleh digunakan sebagai suatu pendekatan untuk memenuhi keperluan bagi meninggikan produktiviti dan pendapatan, supaya mereka dapat terus bersaing dengan pengeluarpengeluarlain.

Sistem perladangan bukanlah suatu cara pertanian yang baru bagi petani-petani di Malaysia, malah ia telah diamalkan secara tradisional sejak dahulu lagi. Tetapi masalah yang terdapat dalam sistem tradisional ini, antara lain, ialah perancangan dan pengurusan yang kurang teratur, daya pengeluaran yang rendah dan pendapatan yang kecil. Di antara faktor-faktor yang menimbulkan masalah di atas dan dapat dikenal pasti oleh agensiagensi kerajaan ialah saiz kebun yang kurang ekonomik yang dimiliki dan diusahakan oleh para petani. Pilihan kombinasi bidang usaha yang dijalankan oleh pekebun kecil juga dapat mempengaruhi pendapatan mereka. Jika kombinasi yang

MOHD. GHAZALJ MOHAY1DIN DAN SAR1PAH MOHD. NOR

dipilih tidak bersesuaian dengan keadaan tanah atau input pertanian, segalausaha mungkin tidak dapat mencapai potensi yang diharapkan. Masalah jugaberlakukerana tiadanyapenilaian tentang kesesuaian sistem perladangan yang diusahakan dari segi kehendak pekebun kecil, perkembangan teknologidan perubahan keadaan ekonomi. Kelemahan yang wujud dalani sistem perladangan inijuga tidak dikenalpasti. Keadaan tersebut rnenyukarkan lagi usaha memajukan sektor pekebun kecil. Pembangunan sistem perladangan merupakan satu corak pengusahaan ladang yang unik, mengikut peraturan tertentu yang telah ditetapkan berasaskan kepada tiga faktor utama. Pertama, faktor fizikal dan biologi. Faktorfizikalmerangkumi pembolehubah-pembolehubah seperti saiz tanah, kualiti tanah, topografi, iklim, lokasi dan jarak. Manakala faktor biologi ialah dari segi fisiologi tanaman dan ternakan, penyakit dan sebagainya. Kedua, faktor dalaman yang dapat mempengaruhi corak sistem perladangan di sesuatu kawasan seperti saiz keluarga, tenaga buruh, pelajaran, kaedah p e n g u r u s a n , saiz ladang, k e m u d a h a n kredit dan tunai serta sikapdan matlamatpetani. Ketiga, faktor luaran seperti dasar kerajaan tentang harga, perniagaan, bank dan kredit, subsidi serta infrastruktur.

Objektifumum kajian ini ialah untukmengkaji serta menilai keberkesanan sistem perladangan yang ada sekarang. Secara khusus kajian ini akan menilai sistem perladangan semasa, mendapatkan sistem perladangan yang optimum, membandingkan sistem perladangan semasa dengan yang optimum dan menentukan pengaruh perubahan saiz tanah kepada kombinasi bidang usaha dalaifl sistem perladangan. METODOLOGI Kawasan dan Sampel Kajian Kajian ini dijalankan di tiga buah daerah, di JADUAL1 Keluasan tanaman mengikutjenisdi Muar, 1984 Jenis Tanaman Getah

Kelapa sawit Kelapa Koko Nenas Kopi Tanaman jangka pendek

Luas (Hektar) 90,081 30,177 10,487 2,834

2,263 398 412

Sumber: I^aporan Statistik Pertanian, Jabatan Pertanian Negeri Johor, 1984 102

Semenanjung Malaysia. Daerah tersebut ialah Muar diJohor, Sepang di Selangor danjerantut di Pahang. Ketiga-tiga daerah serta mukim-mukiro dibawahnyadipilih secara 'purposive' berdasarkan ciri-ciri yang sa-ma seperti sistem perladangan yang diamalkan sekarang, keadaan tanah dan persekitaran. Daerah Muar mempunyai keluasan 234,654 hektar. Daripadajumlah tersebut, 164,322 hektar ialah tanah pertanian. Penduduknya berjumlah seramai 333,168 orang dan keluarga tani terdil daripada 94,360 orang. Daerah Muar meng. andungi 18 buah mukim. Bag] kajian ini 4 buah mukim yang telah dipilih ialah Serom, Sungai Balang,TangkakdanJorak. Tanaman utamadisini ialah kelapa sawit, getah, koko, kelapa dan nenas (Jaduall). JADUAL 2 Keluasan tanaman mengikutjenisdi Sepang, 1984 Jenis Tanaman (ictah

Kelapa sawit Kelapa Kopi Koko Bnah-buahan Tanaman jangka pendek Sayuran

Luas (Hektar) 7,946 4,076 350 423 34 419 496 10

Sumber Laporanjabatan Pertanian Daerah Sepang, 1984

JADUAL3 Keluasan tanaman mengikutjenisdi Jerantut, 1984 (enis Tanaman Getah Kelapa sawit Kelapa Koko Buah-buahan Padi Sayuran Tanamanjangka pendek

Luas (Hektar) 50,692 23,633 364 6,580 1,092 272 25 567

Sumber: Laporanjabatan Pertanian Daerah, Jerantut. 1984

Daerah Sepang mempunyai keluasan 63,675 hektar dan mempunyai penduduknya seramai 46,025 orang. Keluarga taninya ialah seramai 4,104 orang. Daerah Sepang terdiri daripada 3 buah mukim iaitu Sepang, Salak atau Labu dan Dengkil Keluasan tanah pertaniannya ialah 31,914 hektar. Jadual 2 menunjukkan taburan jenis tanaman. Tanaman utamanya ialah getah, kelapa sawit, buah,

PERTANIKAVOL. 14NO.1, 1991

PEMBANGUNAN SISTEM PERLADANGAN: KEARAH PENGGUNAAN SUMBER SECARA OPTIMUM

buahan, kelapa dan tanaman jangka pendek seperti jagung, kacang tanah dan keledek. Luasdaerahjerantutialahlebihkurang 756,017 hektar, tetapi tanah yang sesuai untuk pertanian hanya 302,597 hektar. Kawasan yang diusahakan untuk pertanian sekarang ialah 83,266 hektar. Penduduknyaberjumlahserarnai 68,033 orang dan keluarga taninya seramai 4,863 orang. Daerah ini mempunyai 10 buah mukim. Kajian ini dijalankan di empat buah mukim ialah Pulau Tawar, Tembeling, Pedah dan Tebing Tinggi. Jenis tanaman yangditanam dijerantut adalah seperti dijadual 3. Tanaman utamanya ialah kelapa sawit, koko, buahbuahan, getah dan tanaman jangka pendek. Sampel untuk kajian ini dipilih dari senarai pekebun-pekebun kecil yang disediakan oleh pejabat RJSDA daerah. Sampel dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah.

penggunaan sumber-sumber pengeluaran (input) yang terhad supaya keuntungan dapat dimaksimumkan. Satu masalah yang dihadapi dalam kaedah ini ialah kesesuaiannya kepada tanaman jangka panjang seperti getah, kelapa sawit dan koko. Walau bagaimanapun masalah ini dapat diatasi dengan mendapatkan aliran tunai sepanjang hayat tanaman tersebut, mengira nilai kini tahunan aliran pendapatan dan perbelanjaan seterusnya mengira nilai kini pendapatan bersih tahunan. Dengan berbuat demikian, perbezaan-perbezaan yang timbul akibat daripadajangka hayat bidang-bidang usaha yang berlainan akan dapat dikurangkan. Untuk kajian ini model pemprograman linear ialah seperti berikut: objektif ialah untuk memaksimumkan: Z = ICjXj

Jenis dan Bentuk Data

Jenis data yang dikumpulkan dalam kajian ini ialah data primer dan data sekunder. Data primer dikumpulkan melalui borang soal selidik yang diisi oleh pembanci semada menemuduga para pekebun kecil di kawasan kajian. Data primer yang dikumpul adalah berkaitan dengan perbelanjaan keluarga, komposisi dan saiz isirumahjantina, umur, pekerjaan utama dan taraf pelajaran. Maklumat perladangan seperti saiz ladang, hakmilik, kegunaan tanah, kemudahan pertanian, pengangkutan, perhubungan, jenis bidangusaha, input digunakan, output dikeluarkan, pendapatan ladang dan bukan ladang, pemasaran, kredit dan kewangan juga dikutip. Antara lain, data-data ini akan digunakan untuk membentuk belanjawan tanaman dan ternakan dan seterusnya menjadi input kepada model pemprograman linear (LP). Data sekunder pula dikumpul dan diperoleh daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia dan pejabat-pejabat pertanian. Data sekunder yang dikumpul ialah taburan jenis tanaman, penggunaan tanah, iklim, taburan hujan, bilangan pekebun kecil sebenar di kawasan kajian, jumlah penggunaan modal (agihan perbelanjaan) dan buruh bagi setiap tanaman dan ternakan serta jumlah hasil. AnalisisData

Bagi data-data yang telah dikumpulkan, kaedah analisis diskriptif dan pemprograman linear (LP) digunakan. I ,P digunakan bagi mendapn ikan sistem perladangan yang optimum. Dalam kajian ini, LP digunakan sebagai suatu teknik merancang

tertakluk kepada pembatas-pembatas: Ay Xj < bj dan X| > 0 j=

di mana: C. = Vektor baris margin kasar sehektar bidang usaha j , X = Vektor lajur bidangusaha j , A.. = Metrik pekali input-output sumber i U satu unit bidangusaha j , b. = Vektor lajur pembatas-pembatas sumber, i - 1,2, ...,m. (Bilangan input digunakan), j = 1, 2, ..., n. (Bilangan bidang usaha dicadangkan). PENEMUAN KAJIAN Sistem Perladangan Semasa (SPS)

Seramai 125 pekebun kecil dari daerah Muar, 99 dari Sepang dan 82 darijeran tut ditemuduga untuk kajian ini. Lebih daripada 70 peratus pekebun kecil berumur melebihi 41 tahun. Purata umur pekebun-pekebun kecil ialah 45 tahun di Muar, 48 tahun di Sepang dan 54 tahun dijerantut. Selain daripada usia yang agak lanjut, hampir semua pekebun kecil mendapat pendidikan setakat sekolah rendah sahaja. Dari segi pekerjaan, kajian ini mendapati ada sebilangan pekebun kecil yang berkebun secara sambilan. Di Sepang, seramai 32.3 peratus yang ditemuduga mempunyai pekerjaan utama selain

PERTANIKAVOL. 14 NO. 1, 1991

103

MOHD. GHAZAI.I MOHAYIDIN DAN SARIPAH MOHD. NOR

JADUAL4 Peratus bilangan pekebun kecil dan purata pendapatan tahunan mengikut jenis sistem perladangan yang diusahakan oleh pekebun-pekebun kecil SEPANG

MUAR JENIS SISTEM PERLADANGAN

1. 2. 3. 4.

Tanaman saka sahaja Tanaman jangkapendek sahaja Ternakan sahaja Tanaman saka dan jangka pendek sahaja 5. Tanaman saka dan ternakan sahaja 6. Tanaman jangka pendek dan ternakan sahaja 7. Tanaman saka, jangka ptMidek dan ternakan

Purata Bilangan Pdptn/ P/kecil Tahun ($) (%)

Bilangan P/kecil (%)

Purata Pdptn/ Tahun ($)

JERANTUT Bilangan P/kecil (%)

Purata Pdptn/ Tahun ($)

34.5 2.7 8.0 8.0

2,096.40 249.60 104.40 1,794.00

39.4

6,844.80

3.7

1,276.80

2.0

3,835.20

1.2 4.9

0 4,466.40

39.8

3,735.60

54.5

6,798.00

42.0

1,461.60

1.8

138.00

5.3

2,775.60

4,800.00

48.2

1,1160.40



4.1

Nota: P/kecil = Pekebun kecil Pdptn • Pendapatan ketujuh-tujuh jenis sistem perladangan di atas diusahakan.

daripada berkebun. Di Muar angkanya ialah 22.4 peratus, manakaladijerantut 12.3 peratus. Ketigatiga faktor di atas dijangka m e m p e n g a r u h i k e c e k a p a n p e n g u r u s a n s u m b e r - s u m b e r dan seterusnya prestasi sistem perladangan mereka. Jadual 4 menunjukkan SPS yang diamalkan oleh pekebun-pekebun kecil di daerah kajian. Kombinasi tanaman saka dan ternakan ialah sistem perladangan yang paling popular terutama di daerah Muar (39.8 peratus) dan Sepang (54.5 peratus), Pendapatan tahunan yang diperoleh daripada sistem perladangan jenis ini ialah $3,735.60 di Muar dan $6,798.00 di Sepang. Manakala di Jerantut, sistem ini ialah sistem yang kedua paling popular di mana seramai 42.0 peratus pekebun kecil mengamalkannya dengan pendapatan tahunan sebanyak $1,461.60. Di daerah ini, sistem perladangan yang utama ialah kombinasi tanaman saka, tanaman jangka pendek dan ternakan iaitu sebanyak 48.2 peratus dan pendapatan tahunannya hanya $1,160.40 Di Muar dan Sepang, jenis sistem perladangan kedua terbanyak yang diusahakan oleh pekebunpekebun kecil ialah tanaman saka sahaja (34.5 peratus di Muar dan 39.4 peratus di Sepang) dengan pendapatan tahunannya sebanyak $2,096.40 di Muar dan $6,844.80 di Sepang.

Tiga kumpulan pembatas utama dalam kajian ini ialah tanah, buruh dan modal. Tanah merupakan suatu faktor yang terpenting kerana ia menentukan di mana sesuatu sistem perladangar boleh dijalankan. Untuk SPO keluasan purata semasa telah dipilih sebagai pembatas iaitu 1.25 hektar di Muar, 5.74 hektar di Sepang dan 23 hektar di Jerantut. Tiada tanah diperuntukan untuk ternakan kerana diandaikan bahawa sistem yang sesuai ialah pemeliharaan ternakan di bawah tanam-tanaman jangka panjang atau di sekitai rumah. Oleh itu saiz tanah untuk tanam-tanaman tidak terjejas.

Sistem perladangan yang paling kurang diamalkan oleh pekebun-pekebun kecil di Sepang dan Jerantut ialah kombinasi tanaman jangka pendek bersama ternakan, tanaman jangka pendek, dan ternakan sahaja. Manakala di Muar

Modal penting untuk membiayai segala kegiatan yang berkaitan dengan bidangusaha. Puna modal dapat diperoleh melalui wang simpanar; sendiri, pinjaman atau bantuan dari kerajaan Pembatas modal untuk model pemprogramar

104

Sistem Perladangan Optimum (SPO) P e m p r o g r a m a n linear d i g u n a k a n untuk mendapatkan SPO. Untuk kajian ini, hanya bidang usaha bidangusaha yang sesuai berdasarkan ikliqj tanah dan pengetahuan petani bagi mengendalikannya sahaja yang dipilih untuk dianalisis Bidangusaha tersebut ialah tanaman getah, kelapa sawit, koko, buah-buahan, sayuran, tanamanjangka pendek seperti jagung, kacang tanah dan cili serta ternakan kambing, biri-biri, lembu daging dan ayam daging.

PERTANIKAVOL. 14NO.1,1991

PEMBANGUNAN SISTEM PERLADANGAN: KEARAH PENGGUNAAN SUMBER SECARA OPTIMUM

JAD UAL 5 Matrik asas bagi sistem perladangan di Muar XI

Pendapatan Tanah Modal Buruh

1800 1 431 75

X2

X3

2100 1 431 32

2100 1 311 88

X4

X5

X6

X7

X8

680 5800 1 1 291 1495 32 163

5944 1 1490 164

109 0 84 9

2198 0 1629 12

X9

25 0 20 0.3

b

1.25 8000 750

JADUAL6 Matrik asas bagi sistem perladangan di Sepang XI

Pendapatan Tanah Modal Buruh

1709 1 432 74

X8

X3

2201 1 432 31

1963 1 311 88

X5

X6

X7

1114 10800 1 1 355 2680 14 20

5944 1 1495 162

109 0 84

X4

X8

2198 0 1630 8 12

X9

25 0 19 0.3

b

5.74 6500 1200

JADUAL7 Matrik asas bagi sistem perladangan dijerantut

Pendapatan Tanah Modal Buruh

XI

X2

X3

X4

X6

X7

X8

1020 | 346 99

1457 1 588 49

961 1 395 94

1114 1 355 14

1100 1 954 77

110 0 84 9

2198 0 1629 12

Nota: XI =Tanaman X2 = Tanaman X3 = Tanaman X4 = Tanaman X5 = Tanaman

getah kelapa sawit koko buah-buahan sayuran

X9

25 0 20 0.3

2.70 3500 550

X6 = Tanaman jangka pendek X7 = Ternakan biri-biri dan kambing X8 = Ternakan lembu daging X9 = Ternakan ayam daging b. = Jumlah tertinggi sumber i.

linear ini dikira berasaskan keupayaan pekebunpekebun kecil mendapatkan modal untuk menjalankan setiap bidangusaha di ladang mereka. Selain wang simpanan dan bantuan, pinjaman ialah satu punca yang penting bagi pekebun-pekebun kecil mendapatkan modal. Lazimnya institusiinstitusi kewangan memerlukan cagaran. Tanah ialah aset yang sering digunakan sebagai cagaran ter-sebut. Daripada ketiga-tiga punca di atas, jumlah purata modal yang terdaya dikumpulkan oleh pekebun kecil ialah $8,000 di Muar, $6,500 di Sepang dan $3,500 di Jerantut. Pembatas ketiga ialah buruh. Walaupun teknologimoden rnemperkenalkan penggunaanjentera dan mesin, tetapi buruh masih memainkan peranan yang penting dalam sistem perladangan. Di samping kos pengurusan yang lebih rendah terutama kepada pekebun kecil, ia juga dapat menjimatkan penggunaan modal yang tinggi ber-

banding dengan penggunaanjentera. Terdapatduajenis buruh, iaitu buruh keluarga dan buruh upahan. Jumlah buruh dari kedua-dua jenis bagi setiap daerah kajian ialah 750 hari di Muar, 1,200 hari di Sepang dan 550 hari dijerantut. Selain andaian-andaian yang berkaitan dengan model pemprograman linear, pekebunpekebun kecil diandaikan beroperasi di bawah pasaran sempurna. Keadaan ini tidak mempengaruhi harga barangan pertanian yang dikeluarkan. Jadi pekebun kecil boleh mengeluarkan seberapa banyak kuantiti tanpa menjejaskan harga. Kuantiti dihadkan oleh sumber yang dapat diperoleh oleh pekebun-pekebun kecil berkenaan. Data-data yang telah dikumpul, diolah dan diubahsuai ke dalam bentuk matrik asas seperti dalam Jadual 5, 6 dan 7. Keputusan daripada analisis pemprograman linear merupakan kemungkinan mendapatkan suatu sistem perladangan yang optimum iaitu yang

PERTANIKAVOL. 14NO.1, 1991

105

MOHD. GHAZALI MOHAYIDIN DAN SARIPAH MOHD. NOR

memaksimumkan pendapatan (atau jumlah margin kasar). SPO di kawasan kajian adalah seperti di Jadual 8. Bagi seorang pekebun keci! di daerah JADUAL8 Si:;tem perladangan vang optimum (dalam hektar atau ekor). Bidang usaha

Muar

Sepang

Jerantul

Purata luas tanah (Hektar)

1.25

5.74

2.70

Koko Kelapa sawit Sayuran Tanaman jangka pendek 1.25 Kambing dan biri-biri 60 Lembudaging 1

3.75 1.99 —

Anggaran pendapatan Setahun ($) 15,444

28,855

2.70 — 1

6,514

Muar, SPOnya ialah kombinasi tiga bidangusah iaitu tanaman jangka pendek seluas 1.25 hekd ternakan kambing dan biri-hiri scbanyak 60 e j serta seekor lembu daging. Pendapatan dari sistd ini ialah $15,444 setahun.

Di Sepang kombinasi bidang usaha yang sesua dan optimum ialah sayuran 1.99 hektar dan kofo 3.75 hektar. Sistem ini memberi pendapatan yang paling tinggi, iaitu sebanyak $28,855 setahun.

Manakala di Jerantut pula kombinasi bidang usaha yang optimum ialah 2.7 hektar kelapa sawii dan menternak seekor lembu. Ini menghasilkan pendapatan sebanyak $6,514 setahun.

Kesan Penambahan Luas Tanah Bahagian ini bertujuan melihat kesan kepada SPO dari segi kombinasi bidangusaha dan pendapatan akibatdari penambahan saiz tanah. Untuk tujuan ini, keluasan tanah diubahsuai kepada 3, 5, 10,15

JADUAL9 Ringkasan kombinasi bidangusaha optimum bila keluasan tanah ditambah Kombinasi bidangusaha optimum

Keluasan tanah yang dicadangkan 3

Pendapatan 5

Pendapatan 10

Pendapatan 15

Pendapatan 20

Pendapatan 106

Muar

Sepang

Jerantut

Tanaman jangka pendek (3.00), kambing dan biri-biri (28 ekor), lembudaging (seekor)

Savuran (2.34), koko (0.65)

Kelapa sawit (3.00) lembudaging (seekor)

$22,430

$26,655

$6,713

Tanaman jangka pendek (4.40), kelapa sawit (0.59), lembu daging (seekor)

Sayuran

(2i)9) (5.00), Koko (8.57)

Kelapa sawit lembu daging (seekor)

$28,951

S28,261

$8,040

Kelapa sawit (6.75), tanaman jangka pendek (3.24), lembu daging (seekor)

Savuran (1.43), Koko (8.57)

Buah-buahan (9.86)

$33,796

$32,275

$10,983

Kelapa sawit (12.32), tanaman jangkapendek (1.58), koko (1.11)

Sayuran (0.71), koko (13.03)

Buah-buahan (9.86)

$37,555

$36,021

$10,983

Kelapa sawit (16.83), koko (2.43) (7.00)

Koko (11.17), Kelapa sawit

Buah-buahan (9.86)

$40,385

$37,344

$10,983

PERTANIKAVOL. 14 NO. 1,1991

PEMBANGUNAN SISTEM PER1ADANGAN: KEARAH PENGGUNAAN SUMBER SECARA OPTIMUM

dan20hektar. Hanya keluasan tanah atau ladang diubah tetapi faktor modal dan buruh ditetapkan. Keputusan yang diperoleh ialah seperti berikut. a) Muar Untuk keluasan tanah 3 hektar, kombinasi bidangusaha yang optimum ialah tanamanjangka pendek, ternakan kambing dan biri-biri sebanyak 28 ekor serta seekor lembu daging dan ia menghasilkan pendapatan sebanyak $22,430 setahun (Jadual9). Apabila keluasan ditambah kepada 5 hektar, keluasan bagi tanamanjangka pendek meningkat kepada 4.40 hektar, kelapa sawit seluas 0.59 hektar vangdisertai dengan ternakan lembu daging. Ini membolehkan pendapatan meningkat kepada $28,951 setahun. Untuk keluasan 10 hektar, keluasan tanaman kelapa sawit terus meningkat kepada 6.75 hektar tetapi tanaman jangka pendek berkurangan kepada 3.24 hektar kerana tanaman jangka pendek memerlukan buruh yang lebih berbanding dengan kelapa sawit. Kombinasi ini menghasilkan pendapatan $33,796 setahun. Kombinasi bidangusaha telah bertambah untuk keluasan tanah 15 hektar, iaitu kelapa sawit sebanyak 12.32 hektar, tanaman jangka pendek 1.58 hektar serta koko 1.11 hektar. Kombinasi berkenaan mampu menghasilkan pendapatan sebanyak $37,554 setahun. Untuk keluasan maksimum 20 hektar, hanya koko dan kelapa sawit sahaja merupakan kombinasi bidangusaha yang optimum dan ia menghasilkan pendapatan sebanyak $40,384 setahun. b) Sepang Jadual 9 juga menunjukkan perubahan kepada SPO apabila saiz tanah diubah di Sepang. Untuk keluasan tanah sebanyak 3 hektar kombinasi bidang usahayang optimum ialah 0.65 hektar untuk koko dan 2.34 hektar untuk sayur-sayuran. Kombinasi ini menghasilkan pendapatan sebanyak $26,655 setahun. Apabila keluasan terus ditambah kepada 5, 10, 15 dan 20 hektar, keluasan tanaman koko terus meningkat iaitu dari 2.91, 8.57, 13.03 tetapi kemudian berkurangan kepada 11.17 hektar. Sementara itu keluasan sayur-sayuran terus berkurangan sehingga 0.71 hektar di keluasan 15 hektar dan ianya terkeluar dari sistem apabila saiz tanah meningkat kepada 20 hektar. Keadaan ini berlaku kerana untuk menghasilkan pendapatan maksimum, tanaman sayuran memerlukan modal dan buruh yang lebih banyak berbanding dengan tanaman koko. Untuk keluasan 20 hektar, kombinasi

bidangusaha yang optimum ialah 11.17 hektar koko dan 7.00 hektar kelapa sawit. Sistem ini menghasilkan pendapatan sebanyak $37,343 setahun. c)Jerantut Jadual 9 juga menunjukkan kesan perubahan SPO di Jerantut. Kombinasi bidangusaha kelapa sawit bersama ternakan lembu daging dapat menghasilkan pendapatan $6,713 setahun bagi ladang seluas 3 hektar. Apabila keluasan ditambah kepada 5 hektar, kombinasi yang sama diperoleh iaitu kelapa sawit dan ternakan lembu daging. Pendapatan maksimumnya ialah sebanyak $8,040 setahun. Tetapi bagi keluasan 10, 15 dan 20 hektar hanya bidangusaha buah-buahan yang optimum diusahakan. Keluasan bidangusaha tidak berubah lagi selepas 10 hektar. Ini bermakna modal dan buruh yang terdapat di daerahjerantut hanya sesuai bagi keluasan 10 hektar sebagai keluasan maksimum. Pada tahap ini keluasan tanaman buahbuahan yang optimum ialah 9.86 hektar dan pendapatan ialah $10,983 setahun. PERBINCANGAN DAN KESlMPULAN JikaSPS masihdijalankan, hanya pekebun-pekebun kecil di Sepang sahaja memperoleh pendapatan melebihi paras pendapatan isirumah miskin (diandaikan sebanyak $385 sebulan). Manakala pekebun kecil di Muar dan Jerantut berada di bawah paras berkenaan. Keadaan ini berlaku kerana majoriti pekebun kecil merupakan golongan tua (lebih daripada 60 peratus bagi ketiga-tiga daerah kajian berada di dalam lingkungan umur 41 hingga 70 tahun). Oleh itu tenaga buruh yang digunakan adalah kurang produktif dan kurang berpengetahuan kerana ramai di antara mereka tidak pernah bersekolah. Tambahan pula mereka tinggal di luar bandar (84.0,92.9 dan 100.0 peratus masing-masing bagi daerah Muar, Sepang dan Jerantut). Keadaan ini serba sedikit menyukarkan pemasaran hasil keluaran pertanian dan penerimaan idea baru dalam bidang teknologi pertanian yang disebarkan oleh agen-agen pengembangan. Melalui SPO, pendapatan para pekebun kecil dapat ditingkatkan beberapa kali, iaitu dengan menggunakan semua input pertanian yang sedia ada seperti modal, buruh dan tanah. Apabila pendapatan dapat ditingkatkan, taraf hidup pekebun kecil akan dapat diperbaharui dan seterusnya kemiskinan dapat dikurangkan.

PERTANIKAVOL. 14NO.1, 1991

107

MOHD. GHAZALI MOHAYIDIN DAN1 SARIPAH MOHD. NOR

Di Muar, kombinasi yang optimum ialah tanaman jangka pendek bersama ternakan kambing, biri-biri dan lembu daging. Pendapatan dapat ditingkatkan daripada $ 193 kepada $ 1,287 sebulan (Jadual 10). Di Sepang, tanaman koko dan sayuran menghasilkan peningkatan pendapatan daripada $523 kepada $2,404 sebulan. Manakala dijerantut pula tanaman kelapa sawit bersama ternakan lembu daging dapat menambah pendapatan daripada $ 119 kepada $543 sebulan. Perbandingan kombinasi bidangusaha SPS dan SPO dapat diringkaskan seperti Jadual 11. Pekebun-pekebun kecil yang telah mengusahakan bidang usaha seperti dalam SPO ialah sebanyak 12.5 peratus di Muar, manakala di Sepang dan Jerantut melebihi 40 peratus. Ini bermakna jika pekebun-pekebun kecil di ketiga-tiga daerah, mengusahakan kombinasi bidangusaha seperti dalam SPO maka seramai 87.5 peratus petani di JADUAL 10 Perbandingan purata pendapatan setahun/bulan bagi sistem perladangan semasa dan sistem perladangan optimum Pendapatan

Muar

Jerantut

Sepang

Setahun ($)

2,316

6,270

1,432

Sebulan ($)

193

523

119

Setahun ($)

15,444

28,855

6,514

Sebulan ($)

1,287

2,404

543

Perubahan (kaliganda. 6.67 antaraSPSdanSPO)

4.60

4.56

SPS

SPO

Nota: SPS - Sistem perladangan semasa, pendapatan ialah purata dari semua jenis sistem SPO- Peratusperbandinganbidangusahaantara sistem perladangan semasa dan yang optimum JADUAL 11 Peratus perbandingan bidangusaha antara sistem perladangan semasa dan yang optimum Bidangusaha Tanaman jangka pendek Tanaman jangka pendek dan ternakan Ternakan Tanaman jangka pendek dan saka Tanaman saka Tanaman saka dan ternakan

Jumlah 108

Muar

Sepang

Jerantut

2.7

_

1.8 8.0

_

0 1.2

_ _

2.0 39.4

_ 3.7

-

-

42.0

12.5

41.4

46.9

Muar, 58.6 peratus petani di Sepang dan 53.1 peratus petani dijerantut perlu mengubah corak sistem perladangan mereka bagi memastikan pendapatan yang mereka peroleh berada di atas garis kerrriskinan. Terdapat dua faktor yang membolehkan peningkatan pendapatan pekebun-pekebun kecil di-! lakukan. Pertama, adanya "slack" iaitu sumbersumber seperti buruh dan modal yang tidak digunakan sepenuhnya di dalam SPS. Dengan menggunakan sunber-sumber ini secara optimum pendapatan dapat ditingkatkan. Kedua, di dalam SPS, sumber-sumber buruh, modal dan tanah tidakdiagihkan dengan cekap. Pengagihan semula sumber-sumber tersebut dalam mengeluarkan hasil pertanian yang lebih sesuai akan dapat meningkatkan pendapatan. Terdapat persamaan dalam kombinasi bidang usaha di antara SPS dengan kombinasi bidang usaha SPO apabila keluasan tanah ditambah. Kombinasi bidangusaha yang popular di Muar ialah tanamanjangka pendek, tanaman saka (kelapa sawit dan koko) dan ternakan (kambing, biri-biri dan lembu daging). Kombinasi ini bertepatan dengan SPS yang diusahakan oleh pekebun kecii. Walau bagaimanapun keluasan tiap-tiap bidang usaha berbeza-beza. Bidangusaha di Sepang ialah tanamanjangka pendek (sayuran), tanaman saka (koko dan kelapa sawit). Tanaman saka (kelapa sawit, buah-buahan) dan ternakan (lembu daging) merupakan bidangusaha yang popular dijerantut. Sebagai kesimpulan, kajian dan penyelidikan yang terperinci mestilah terlebih dahulu dilakukan ke atas kesesuaian tanah apabila sesuatu sistem perladangan diperkenalkan, Ini penting supaya bidangusaha-bidangusaha tersebut benar-benar memberikan pulangan yang diharapkan dan dapat memenuhi keperluan pengguna dan pasaran tempatan. Untuk melaksanakan SPO (kecekapan menggunakan input-input pertanian sepenuhnya) kerjasama diperlukan daripada perlbagai disiplin atau pihak kerana pembangunan sistem perladangan merupakan campuran pelbagai kegiatan daripada pelbagai disiplin seperti agronomi, penternakan, kejuruteraan, ekonomi pertanian, sosio logi luar bandar dan Iain-lain. Kerajaan dan sektor swasta haruslah memberi perhatian yang khusus kepada para pekebun kecil terhadap keperluan perkhidmatan sokongan seperti pemasaran, bantuan kredit (pinjaman) dan bekalan input-input pertanian di samping pemberian bantuan yang sedia ada.

PERTANIKAVOL 14 NO. 1,1991

PEMBANGUNAN SISTEM PERLADANGAN: KEARAH PENGGUNAAN SUMBER SECARA OPTIMUM

Memandangkan pekebun kecil mempunyai keluasan tanah yang agak kecil maka pilihan kombinasi bidang usaha yang tepat amatlah perlu untuk m e m a k s i m u m k a n p u l a n g a n serta m e n gurangkan pembaziran akibat penggunaan sumbersumber yang terhad. RUJUKAN BENEKA, RAYMOND and RONALD WINTERBOER. 1973.

Linear Programming Applications to Agriculture. Ames: Iowa State University Press. DEMETERIO, JINDRA LINDA. 1987.

The Philippines

Experience in Farming System Research Development, Farm Management Notes for Asia and the Far East, No. 10, Bangkok: Food and Agriculture Organization.

Farm in Cameron Highlands. Masters Thesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. IAPORAN EKO^OMI MALAYSIA. 1986/87. Kementerian

Kewangan, Kuala Lumpur. MOHD. GHA7ALI MOHAYIDIN. 1987. Farming System Options in Northern Terengganu, Farm Management Notes, No. 10, Bangkok: Food and Agiculture Organization. WAN MOHAMED WAN EMBONG DAN CHEE YAN KUAN.

1976. Maximizing Returns in Immature Rubber Smallholdings, Proceedings of the RJRJM Planters Conference. 34.

EDDIE F.C. CHIEW. 1976. Application of Linear Programming in Farm Planning at a Vegetable

PERTANIKAVOL. 14NO.1, 1991

(DitenmalSOgos, 1988)

109

Suggest Documents