PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI TOPIK PENEUTRALAN, KIMIA TINGKATAN 4 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME NURUL HIDAYAH BINTI ABD LATIP

PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI TOPIK PENEUTRALAN, KIMIA TINGKATAN 4 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME NURUL HIDAYAH BINTI ABD LATIP Laporan in...
6 downloads 0 Views 77KB Size
PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI TOPIK PENEUTRALAN, KIMIA TINGKATAN 4 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME

NURUL HIDAYAH BINTI ABD LATIP

Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

ii  

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan: ................................................ Nama Penulis: Nurul Hidayah Binti Abd Latip Tarikh: 20 April 2009

iii  

Teristimewa buat, Ayahanda dan bonda tersayang, En. Abd Latip Bin Mohd Yunus Pn. Saadiah Binti Mohamed Terima kasih di atas pengorbanan dan doa kalian untukku, Ketabahan kalian mengajarku erti kepayahan.

Buat abang, kakak dan adik-adikku, Ahmad Lutfi, Rahimah, Nurul Akmal, Mohd Fitri dan Abdul Hakim Kalian adalah pembakar semangatku untuk berjaya.

Serta tidak dilupakan rakan-rakan seperjuagan yang dikasihi, Terima kasih di atas persahabatan dan sokongan kalian, Sepanjang perkenalan kita.

iv  

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujipujian kepunyaan Allah S.W.T yang telah memberikan keizinan kepada penghasilan projek ini dan menjadikannya suatu kenyataan.

Pada kesempatan ini, jutaan terima kasih ditujukan khas kepada penyelia projek iaitu Dr. Noraffandy Bin Yahaya di atas segala tunjuk ajar dan nasihat sepanjang proses penghasilan projek ilmiah ini. Setiap bimbingan yang dicurahkan akan sentiasa diingati dan dihargai.

Untuk keluarga tercinta, tiada kata-kata yang mampu diucapkan

di atas

sokongan moral dan doa kalian selama ini. Terima kasih di atas kasih sayang dan doa yang sentiasa mengiringi.

Di samping itu, sekalung penghargaan ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberi nasihat, kerjasama dan sokongan moral dalam membantu saya menyiapkan projek ini. Sekian terima kasih.

v

ABSTRAK

Projek ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah perisian multimedia interaktif berasaskan web bagi tajuk Neutralisation untuk topik Acids and Bases Tingkatan 4, KBSM dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penyampaian. Pembinaan laman web ini bukan sahaja berhasrat untuk menghasilkan perisian multimedia yang interaktif tetapi juga dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar di dalam pembelajaran mereka serta sebagai alat bantu mengajar kepada para guru Kimia di sekolah. Perisian ini dibangunkan dengan berpandukan kepada Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan, Model 5 Fasa Needham dijadikan sebagai teras pembangunan projek. Manakala model reka bentuk pengajaran ADDIE digunakan dalam proses pembangunan perisian multimedia ini. Laman web ini telah dibangunkan dengan menggunakan Macromedia Dreamweaver 8.0 sebagai medium utama di samping menggunakan perisian sokongan lain seperti Macromedia Flash 8.0 dan Adobe Photoshop CS2. Pembangun juga mengintegrasikan pelbagai elemen interaktif seperti teks, grafik, audio, video dan animasi untuk menghasilkan sebuah laman web yang menarik dan berkesan. Diharapkan laman web ini dapat membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar mengenai konsep Peneutralan, serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Kimia di sekolah lebih bermakna dan menyeronokkan.

vi

ABSTRACT

This website was developed in order to produce web-based interactive multimedia software for the subtopic of Neutralisation which is one of the topics of Acids and Bases Form 4 KBSM by using English as the medium. The purpose of this project is to assist the students in their learning and provide teaching material for the chemistry teachers. This website was developed based on Constructivism Theory and Needham’s 5 Phase Model. Besides that, ADDIE Model was used as the Instructional Design Model for the development process.

This website mainly

developed using Macromedia Dreamweaver 8.0 and supported by other multimedia software such as Macromedia Flash 8.0 and Adobe Photoshop CS2.

It also

combined all six multimedia elements such as text, graphic, audio, video, animation and interactivity in producing a benificial website. Hopefully this website will help students to enhance their understanding in Chemistry. Moreover for the teachers, this website will assist them in teaching.

vii  

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL TESIS

BAB I

PENGAKUAN PENULIS

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI RAJAH

xi

SENARAI SINGKATAN/TATANAMA

xii

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1

1.2 Latar Belakang Masalah

4

1.3 Pernyataan Masalah

7

1.4 Objektif Projek

7

viii  

1.5 Rasional Pemilihan Laman Web Sebagai Medium

8

Pengajaran 1.5.1

Mudah dan Efisyen

8

1.5.2

Menyokong Pembelajaran Secara Inkuiri

8

1.6 Kepentingan Projek 1.6.1

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

9

1.6.2

Guru

9

1.6.3

Pelajar

10

1.7 Batasan Projek

10

1.8 Definisi Istilah

11

1.8.1 Laman Web

11

1.8.2 Interaktif

11

1.8.3 Internet

11

1.8.4 Eksperimen

12

1.8.5 Teori Konstruktivisme

12

1.8.6 Kerangka Alternatif

12

1.8.7 Kimia

12

1.9 Penutup

BAB II

9

13

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

14

2.2 Komputer dan Teknologi dalam Pendidikan

15

2.2.1 Multimedia dalam Pendidikan

16

2.2.2 Pembelajaran Melalui Laman Web

17

2.3 Teori-teori Pembelajaran

19

2.3.1 Teori Behaviorisme

19

2.3.2 Teori Kognitivisme

20

2.3.3 Teori Konstruktivisme

22

2.4 Model Reka Bentuk Pengajaran

24

2.4.1 Model ASSURE

25

2.4.2 Model ADDIE

25

ix  

2.4.3 Model Air Terjun (Waterfall)

26

2.4.4 Model Rapid Prototyping

26

2.4.5 Model Jerolld Kemp

27

2.4.6 Model Dick dan Carey

27

2.4.7 Model Hannafin dan Peck

28

2.5 Pendekatan Pembelajaran

BAB III

29

2.5.1 Pendekatan Inkuiri-Penemuan

29

2.5.2 Pendekatan Masteri

30

2.6 Masalah dalam Pembelajaran Kimia

30

2.7 Penutup

33

REKA BENTUK LAMAN WEB

3.1 Pengenalan

34

3.2 Proses Pembangunan Laman Web

36

3.3 Model ADDIE

37

3.3.1 Fasa Analisis

38

3.3.2 Fasa Reka Bentuk

39

3.3.2.1

Reka Bentuk Informasi

39

3.3.2.2

Reka Bentuk Persembahan

41

3.3.2.3

Reka Bentuk Interaksi

42

3.3.3 Fasa Pembangunan

43

3.3.3.1

Perkakasan

43

3.3.3.2

Perisian

45

3.3.4 Fasa Perlaksanaan

47

3.3.5 Fasa Penilaian

48

3.4 Rasional Pemilihan Model ADDIE

49

3.5 Aplikasi dan Rasional Pemilihan Teori

50

Konstruktivisme 3.6 Aplikasi dan Rasional Pemilihan Model Lima Fasa

53

Needham 3.7 Rasional Pemilihan Pendekatan Inkuiri-Penemuan

54

x  

3.8 Penutup

BAB IV

HASIL REKA BENTUK LAMAN WEB

4.1 Paparan Laman Web

BAB V

57

4.1.1

Menu Utama

58

4.1.2

Edu Site

59

4.1.3

K-Test

63

4.1.4

Fun Zone

64

4.2 Pengujian

65

4.3 Penilaian

65

4.4 Kesimpulan

66

PERBINCANGAN, MASALAH DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

67

5.2 Perbincangan

67

5.3 Masalah yang Dihadapi

69

5.3.1

RUJUKAN

56

Kepakaran

69

5.4 Kelebihan Laman Web yang Telah Dibangunkan

70

5.5 Kekurangan Laman Web yang Telah Dibangunkan

71

5.6 Cadangan

72

5.7 Cadangan Susulan

73

74

xi  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Segitiga Kimia

2

2.1

Model Rapid Prototyping

26

2.2

Model Jerolld Kemp

27

2.3

Model Dick dan Carey

28

2.4

Model Hannafin dan Peck

29

3.1

Model ADDIE

38

3.2

Carta Alir

41

4.1

Paparan Menu Utama

58

4.2

Paparan Edu Site

60

4.3

Paparan Edu Site

61

4.4

Paparan Edu Site

62

4.5

Paparan K-Test

63

4.6

Paparan Fun Zone

64

xii

SENARAI SINGKATAN/TATANAMA

 

SINGKATAN

PENERANGAN

PBK

Pembelajaran Berbantukan Komputer

ICT

Infromation and Communication Technology

P&P

Pengajaran dan Pembelajaran

MSC

Multimedia Super Corridor

KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia

PPBK

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

UNIMAS

Universiti Malaysia Sarawak

HTML

Hypertext Markup Language

UTM

Universiti Teknologi Malaysia

1  

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Bidang Kimia merupakan salah satu cabang ilmu Sains terpenting yang membolehkan para pelajar memahami fenomena alam di sekeliling mereka. Namun demikian, terdapat banyak kajian yang menyatakan subjek Kimia merupakan antara subjek yang sukar difahami oleh pelajar-pelajar di sekolah. Menurut Noraini (2001), terdapat empat topik yang sukar dikuasai oleh para pelajar di dalam matapelajaran tersebut iaitu Keseimbangan Kimia, Tindak Balas Stoikiometri, Konsep Mol serta Tindak Balas Pengoksidaan dan Penurunan. Pelajar juga menghadapi kesukaran yang sama untuk mempelajari topik Asid dan Bes (Nakhleh dan Krajcik, 1993). Kedua-dua kenyataan ini turut dipersetujui oleh Barke (2009) dan Sirhan (2007) di dalam kajian yang telah dijalankan oleh mereka.

Hal ini disebabkan oleh kerangka idea pelajar yang tidak selaras dengan kerangka pemikiran guru serta tidak selari dengan teori Sains yang sebenar. Selain itu, menurut Noraini(2001), keabstrakkan subjek Kimia itu sendiri dan kaedah

2  

pengajaran guru juga turut mempengaruhi tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang dipelajari. Keabstrakkan ilmu Kimia secara semulajadi dan kesukaran isi kandungannya memerlukan para pelajar untuk melengkapkan diri mereka dengan satu set kemahiran yang tinggi untuk mempelajari subjek tersebut (Sirhan, 2007). Di samping itu, salah satu ciri pembelajaran subjek Kimia yang menyukarkan lagi pelajar untuk menguasai subjek tersebut adalah para pelajar perlu mengaitkan ketigatiga aspek di dalam Segitiga Kimia iaitu kefahaman daripada aras makro, mikro dan simbolik atau perwakilan dengan konsep Kimia yang dipelajari.

“Macro”: What can be seen, touched and smelled

“Micro”: Atoms, ions, molecules, chemical structure

“Representational”: Symbols, formulae, equations, molarities, tables and graphs.

Rajah 1.1 Segitiga Kimia    

Menurut Turro (2001) serta disokong oleh Korkmaz dan Harwood (2004), pembelajaran Kimia akan menjadi lebih mudah dan berkesan apabila para pelajar mempelajarinya secara visual. Oleh yang demikian, komputer memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kefahaman konsep Sains pelajar serta memudahkan pembelajaran Kimia berlangsung di samping memperbetulkan salah konsep di kalangan pelajar di dalam mempelajari subjek tersebut. Di samping itu, pelajar juga dapat membina pembelajaran secara kendiri dengan adanya bantuan alat Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ini.

Sejarah aplikasi internet hanya bermula sekitar penghujung tahun 1960-an apabila Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat memulakan suatu projek rangkaian

3  

komputer secara meluas bagi menghubungkan komputer-komputer di seluruh Amerika Syarikat dengan menggunakan talian telefon.

Projek yang melibatkan

beberapa buah universiti di Amerika Syarikat ini dikenali sebagai “Advance Research Projects Agency Network” atau ARPA-NET. Selepas beberapa dekad, penggunaan internet telah berkembang pesat dan meliputi pelbagai bidang seperti penyampaian maklumat, perniagaan, pengiklanan dan pendidikan.

Perkembangan teknologi komputer dan internet di Malaysia banyak berkait rapat dengan usaha pembangunan dan pelaburan kerajaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mana kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 7885.1 juta ringgit bagi tujuan tersebut dalam Rancangan Malaysia ke-8 (Sobhi dan Musa, 2007).

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan

kemahiran dan memaksimumkan penggunaan ICT di kalangan rakyat Malaysia dalam menjelmakan masyarakat Malaysia kepada sebuah masyarakat yang bermaklumat (knowledge based soceity). Ianya selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang telah diutarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1991 yang mana dalam Era Maklumat ini masyarakat Malaysia seharusnya berubah menjadi sebuah masyarakat yang lebih berdaya saing sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat global.

Dalam abad ke-21 ini, institusi pendidikan menghadapi cabaran baru akibat daripada persaingan yang hebat di kalangan masyarakat dunia.

Bagi mencapai

matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat yang bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu. Pengintegrasian ICT dalam P&P perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam proses P&P (Ling, Rahayah dan Saemah, 2006).

Oleh yang demikian, Multimedia Super Corridor (MSC) yang telah dilancarkan pada tahun 1996 merupakan bukti kesungguhan kerajaan dalam menempatkan Malaysia di dalam dunia global. Sekolah Bestari yang merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana MSC telah dilihat sebagai suatu medium

4  

penambahbaikan sistem pendidikan di negara ini. Projek ini telah mula dilaksanakan pada tahun 1999 di 88 buah sekolah terpilih sebagai perintis.

Sekolah-sekolah

tersebut telah dilengkapi dengan infrastruktur teknologi, bahan pengajaran dan pembelajaran, sistem pengurusan dan sistem penilaian sekolah bestari.

Matlamat utama pengintegrasian ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu pelajar memperkembangkan kebolehan dan potensi diri dari segi penggunaan, pengurusan dan pemahaman mengenai ICT (Ling, Rahayah dan Saemah, 2006). Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif. Hal ini adalah bersesuaian dengan intipati Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu (Syed, 2001).

1.2

Latar Belakang Masalah

Menurut Noraini (2001) subjek Kimia merupakan suatu subjek tentang pembelajaran konsep-konsep yang abstrak, bersifat 3 dimensi dan juga dinamik. Oleh yang demikian, pelajar memerlukan daya imiginasi yang tinggi bagi membayangkan sesuatu konsep Kimia pada aras makro, mikro dan simbolik. Sebagai contoh dalam mempelajari tindak balas peneutralan antara asid hidroklorik dengan natrium hidroksida di mana terdapat kesukaran untuk pelajar membuat transisi kefahaman konsep tersebut daripada aras makro kepada aras simbolik atau perwakilan. Hal ini terbukti apabila para pelajar mencampur adukkan pengetahuan di antara kedua-dua aras tersebut.

Pelajar juga sering menghadapi masalah dalam menguasai sesuatu konsep Sains serta tidak bersedia menghadapi pelbagai kaedah pengajaran yang sukar seperti

5  

eksperimen. Keabstrakan subjek Kimia itu sendiri juga meninggalkan kesan negatif kepada pelajar di mana mereka merasakan subjek tersebut adalah suatu matapelajaran yang sukar untuk difahami dan dipelajari (Noraini, 2001). Hal ini dibuktikan kebenarannya melalui kajian Sirhan (2007), yang menunjukkan bilangan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang Kimia pada peringkat tinggi adalah kurang berbanding bidang lain disebabkan oleh faktor tersebut. Selain itu, kerangka alternatif pelajar juga menjadi penghalang kepada kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang ingin dipelajarinya.

Pengajaran Kimia di peringkat sekolah adalah tidak mencukupi bagi membolehkan pelajar memahami sesuatu konsep Kimia, pengajaran itu sebaliknya lebih menekankan penghafalan algoritma dan peraturan bagi penyelesaian sesuatu masalah.

Maka kesilapan yang sering kali dilakukan oleh pelajar apabila

mempelajari matapelajaran Kimia adalah mereka akan cuba menghafal segala fakta dan formula yang terdapat di dalam buku tanpa cuba untuk memahaminya terlebih dahulu. Tambahan pula, matapelajaran Kimia bukannya suatu matapelajaran yang berorentasikan teks serta penceritaan tetapi lebih kepada fakta dan prinsip asas yang bersifat teknikal (Quah, 2007).

Antara konsep dalam pembelajaran Asid dan Bes yang menimbulkan masalah kepada pelajar adalah takrifan asid dan bes, peranan air dalam pembentukan asid, konsep peneutralan, penggunaan kemahiran serta interpretasi graf pH melawan kemolaran atau kepekatan. Kajian oleh Nakhleh dan Krajcik (1993), menyatakan terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran konsep lanjutan Asid dan Bes seperti topik Peneutralan. Pelajar mempunyai 3 idea utama bagaimana asid dan bes bertindak balas apabila dicampurkan ketika proses peneutralan berlaku.

Pertama, asid dan bes tidak bertindak balas tetapi cuma

membentuk campuran secara fizikal. Idea yang kedua, asid dan bes bertindak balas dengan hanya melekat bersama bagi membentuk satu partikel. Manakala idea yang ketiga pula adalah lebih sesuai dengan konsep yang sebenar di mana ia melibatkan tindak balas ion hidrogen, H+ serta ion hidroksida, OH- dan tindak balas yang berlaku

6  

adalah tindak balas ganda dua. Namun begitu, pendapat tersebut hanya sesuai untuk konsep garam tidak terlarut dan bukannya untuk tindak balas peneutralan asid dan bes.

Oleh yang demikian, para guru perlu mencari suatu pendekatan yang lebih konkrit bagi memudahkan pelajar untuk membayangkan dan memahami konsepkonsep Kimia yang mereka pelajari dan seterusnya menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna. Justeru, komputer dipercayai dapat menjadi medium yang sesuai dalam membantu para guru untuk mempersembahkan dan melaksanakan idea abstrak dalam

subjek

Kimia

kerana

keabstrakkan

sesuatu

konsep

Kimia

dapat

divisualisasikan melalui teknologi komputer. Secara tidak langsung pendekatan ini akan menghasilkan pencapaian yang lebih signifikan di dalam matapelajaran tersebut.

Perkembangan dunia teknologi juga memberi pendekatan baru untuk

menarik minat pelajar di samping mengekalkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Ia juga mampu menerangkan sesuatu konsep Kimia dalam pelbagai cara dan dapat melibatkan pelajar secara aktif di dalam proses pembelajaran.

Berpandukan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam mempelajari subjek Kimia maka sebuah laman web telah direka bentuk dan dibangunkan oleh pembangun bagi menyediakan satu alternatif baru kepada para pelajar dan para guru yang terlibat dengan subjek tersebut. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan penggunaan laman web dalam pembelajaran dapat meningkatkan minat serta kefahaman pelajar terhadap sesuatu matapelajaran.

Hal ini kerana

pembelajaran melalui laman web bukan sahaja dapat melibatkan pelajar secara aktif di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, di samping itu ia juga dapat memotivasikan pelajar untuk mempelajari sesuatu topik yang sukar.

Justeru,

pembangun telah mengintegrasikan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan interaktiviti di dalam laman web yang dibangunkan untuk mewujudkan sebuah laman web yang interaktif bagi menarik perhatian serta tumpuan pengguna terutamanya kumpulan sasaran yang telah dikenal pasti.

7  

1.3

Pernyataan Masalah

Kesukaran yang dihadapi oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu konsep dan fakta di dalam matapelajaran Kimia berpunca daripada konsep dan juga fakta yang abstrak di dalam subjek tersebut yang merumitkan pelajar untuk memahami isi kandungan sesuatu topik Kimia. Pelajar memerlukan daya imiginasi yang tinggi untuk membayangkan sesuatu proses atau tindak balas Kimia yang berlaku. Oleh yang demikian, penggunaan laman web adalah suatu alternatif bijak yang dapat membantu para guru untuk menyampaikan isi pelajaran sesuatu topik yang dianggap sukar dan selama ini diajar dengan menggunakan kaedah tradisional kerana melalui penggunaan komputer isi kandungan subjek tersebut dapat diterjemah kepada bentuk yang lebih mudah untuk difahami dengan menggunakan gabungan pelbagai elemen multimedia.

1.4

Objektif Projek

Berikut adalah objektif yang telah dikenal pasti bagi tujuan pembangunan laman web ini:

i.

Mereka bentuk dan membangunkan laman web interaktif bagi tajuk Neutralisation untuk topik Acids and Bases berbahasa Inggeris yang menerangkan konsep-konsep utama yang ringkas serta mudah difahami bagi memenuhi keperluan para pelajar dengan menggunakan elemen multimedia.

Suggest Documents