PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK BAGI MATAPELAJARAN FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT

PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK BAGI MATAPELAJARAN FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT MOHD AFIFFI BIN BAHARUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAY...
Author: Lewis Willis
27 downloads 0 Views 4MB Size
PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK BAGI MATAPELAJARAN FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT

MOHD AFIFFI BIN BAHARUDDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK BAGI MATAPELAJARAN FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT SESI PENGAJIAN : Saya :

2010/2011

MOHD AFIFFI BIN BAHARUDDIN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) 

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : BLOK U6-09 KEM PGA,

_______________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) EN. MOHD ALI BIN IBRAHIM (NAMA PENYELIA)

31150 ULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN Tarikh :

Tarikh :

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah san Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENGAKUAN

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan :

…………………………………………..

Nama Penyelia: EN MOHD ALI BIN IBRAHIM Tarikh

:

PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK BAGI MATAPELAJARAN FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT

MOHD AFIFFI BIN BAHARUDDIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER 2010

PENGAKUAN

“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan

:

……………………………………

Nama Penulis

:

MOHD AFIFFI BIN BAHARUDDIN

Tarikh

:

i

DEDIKASI

TERISTIMEWA BUAT, Ayah dan Ibu yang Disayangi dan Dikasihi, Baharuddin Bin Yaacob dan Intan Bte Hashim Adik-beradik Tersayang, Intan Eirdahartini, Intan Nurulhani, Muhammad Azizzi Segala Doa, Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang Daripada Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai… KHAS BUAT, Penyelia pembimbing yang dikasihi, En. Mohd Ali Bin Ibrahim Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai … Rakan-rakan Sekelas Teman-teman Seperjuangan yang masih setia bersama-sama sepanjang menempuhi kehidupan sepanjang pengajian ini terutamanya Mohd Khairil Anuar, Mohd Azizol dan Muhammad Abu Bakar,

Terima Kasih Di atas Sokongan dan Semangat Daripada Kalian Sepanjang Pengajian Ku

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi saya peluang dan kekuatan untuk menyiapkan projek ini. Semoga Allah s.w.t mencurahkan rahmat ke atas kita semua.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing saya iaitu En. Mohd Ali Bin Ibrahim yang telah banyak membantu, memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta sentiasa bersabar dengan kerenah saya. Segala teguran, nasihat dan tunjuk ajar serta kata-kata semangat akan tetap saya ingati dan amatlah dihargai.

Seterusnya, terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa, Baharuddin Bin Yaacob dan Intan Bte Hashim yang sering memberikan nasihat dan dorongan serta semangat untuk saya melaksanakan projek ini. Tidak lupa juga kepada adikberadik, Intan Eirdahartini, Intan Nurulhani dan Muhammad Azizzi yang turut membantu.

Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada temanteman seperjuangan, rakan-rakan sekelas serta rakan-rakan sepermainan yang banyak membantu dan memberi kerjasama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung di sepanjang tempoh menyiapkan laporan projek ini.

Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t. Amin.

v

ABSTRAK

Pembelajaran

berasaskan

projek

dalam

pembelajaran

sains

seperti

matapelajaran fizik sangat berpotensi untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran proses sains, berfikiran kreatif, mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman konsep fizik mereka di dalam kehidupan seharian dan membuat penyelesaian terhadap masalah yang berkaitan dengan sains. Persepsi-persepsi negatif pelajar terhadap fizik menjadikan matapelajaran ini sering dianggap sukar. Kaedah pengajaran yang tidak sesuai, hanya menekankan kepada pengiraan dan penggunaan rumus manakala kaedah pembelajaran terbatas kepada latih tubi tanpa penerapan kemahiran-kemahiran proses sains akan menyebabkan daya kreativiti dan inovasi pelajar menjadi terhad. Oleh yang demikian, modul pembelajaran berasaskan projek ini dibangunkan khas untuk penerapan konsep fizik, kemahiran proses sains, pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah. Modul ini dibangunkan mengikut fasafasa pembangunan yang berasaskan Model ADDIE. Setiap fasa dijelaskan secara terperinci dan rekabentuk modul pula berasaskan Model Dick and Reisser. Modul pembelajaran berasaskan projek ini menekankan pembelajaran terbuka, pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif dimana ia membenarkan pelajar untuk belajar secara sendiri selain berinteraksi dengan objek pembelajaran, guru dan rakan sebaya. Pelajar akan dibimbing dengan modul dalam penerapan nilai-nilai murni, kemahirankemahiran proses sains, berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta mampu untuk mengaplikasikan kefahaman dan pengetahuan konsep fizik mereka semasa proses pembelajaran. Oleh yang demikian, diharapkan dengan penggunaan modul pembelajaran berasaskan projek ini mampu untuk membawa perubahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran fizik sekaligus membentuk generasi masyarakat yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam bidang sains dan teknologi.

vi

ABSTRACT

Project-based learning in teaching science subjects such as physics has a potential to produce students with science process skills, creative thinking, able to apply knowledge and understanding of physics concepts in their daily lives and make progress on issues related to science. Negative perceptions of students towards physics makes this subject is often considered difficult. Inappropriate teaching methods, emphasis on the calculation and use of the formula while learning method is limited to drill without the application of science process skills will lead to creativity and innovation of students to be limited. Thus, project-based learning module was developed specifically for the application of physics concepts, science process skills, creative thinking and problem solving skills. This module is developed according to the phases of the ADDIE Model-based development. Each phase is explained in detail and design modules are based on model Dick and Reisser. This project-based learning module emphasizes open learning, independent learning and collaborative learning which allows students to learn by themselves in addition to interact with learning objects, teachers and peers. Students will be guided by the module in the application of moral values, science process skills, critical thinking, creative and innovative and able to apply their understanding and knowledge of the physics concepts they are learning. Therefore, it is expected to use project-based learning module is able to bring about change in methods of teaching and learning physics community that once formed the generation of creative and innovative thinking in science and technology.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL

BAB 1

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI SINGKATAN

xvi

SENARAI JADUAL

xvii

SENARAI LAMPIRAN

xviii

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1

1.2 Latar Belakang Masalah

3

1.2.1 Persepsi Pelajar

3

1.2.2 Penggunaan Buku Teks

3

1.2.3 Kaedah Pengajaran Tradisional

4

1.2.4 Kemahiran Proses Sains

4

1.3 Pernyataan Masalah

5

1.4 Objektif Projek

6

viii 1.5 Rasional Projek

6

1.6 Kepentingan Projek

7

1.6.1 Pelajar

7

1.6.2 Guru Fizik

8

1.6.3 Ibu Bapa

8

1.7 Skop Dan Batasan Projek 1.7.1 Tajuk Projek

9

1.7.2 Kemahiran Proses Sains

9

1.7.3 Penilaian Formatif

10

1.8 Pengertian Istilah

10

1.8.1 Pembangunan

10

1.8.2 Modul

10

1.8.3 Pembelajaran

10

1.8.4 Keahiran Proses Sains

11

1.10Rumusan

BAB 2

9

11

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

12

2.2 Modul Pengajaran Dan Pembelajaran

12

2.3 Kaedah Pengajaran

13

2.4 Kekuatan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek

14

2.4.1 Konsep Fizik

14

2.4.2 Kemahiran Proses Sains

15

2.4.3 Kemahiran Kritis Dan Kreatif

15

2.4.4 Penyelesaian Masalah

15

2.5 Model-Model Berkaitan Modul Pengajaran

16

2.5.1 Model Heinich, Molenda, Russel and Smaldino

16

2.5.2 Model Morrison, Ross dan Kemp (MRK)

18

2.5.3 Model Dick and Reiser

19

2.6 Rasional Pemilihan Model Dick and Reiser

21

ix 2.7 Kajian Kerangka Alternatif Konsep Mekanik Dan Dinamik

22

2.7.1 Menghubungkan Daya Dengan Gerakan

22

2.7.2 Daya Dengan Jatuh Bebas

22

2.7.3 Daya Dengan Tekanan

23

2.8 Kajian-kajian Lepas Tentang Kemahiran Proses Sains

23

2.9 Penutup

BAB 3

24

PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan

25

3.2 Kandungan Modul

26

3.3 Pembangunan Modul

26

3.3.1 Fasa Analisis (Analysis)

28

3.3.1.1 Kumpulan Sasaran

28

3.3.1.2 Tahap Projek

29

3.3.1.3 Tajuk Projek

29

3.3.1.4 Kos Penghasilan Projek

30

3.3.2 Fasa Rekabentuk (Design)

31

3.3.2.1 Pembentukan Matlamat

31

3.3.2.2 Menyatakan tajuk Projek

32

3.3.2.3 Latar Belakang Projek Dan Konsep Fizik Yang Terlibat 3.3.2.4 Merancang Aktiviti Pembelajaran

32 32

3.3.2.5 Memilih Dan Membina Media Pengajaran

32

3.3.2.6 Penilaian Dalam Modul

33

3.3.3 Fasa Pembangunan (Develop)

33

3.3.3.1 Perisian Office Power Point 2007

34

3.3.3.2 Perisian Sketchup Pro

36

3.3.3.3 Gambar Foto

37

3.3.3.4 Saiz Buku Modul

38

x 3.3.4 fasa Perlaksanaan (Implementation)

38

3.3.5 Fasa Penilaian (Evaluation)

39

3.4 Rangka kerja Keseluruhan

39

3.3 Rumusan

40

BAB 4 PEMBANGUNAN MODUL

4.1 Pengenalan

41

4.2 Kaedah Menggunakan Modul

41

4.3 Rekabentuk Modul

42

4.3.1 Muka Depan

43

4.3.2 Matlamat

44

4.3.3 Objektif

45

4.3.4 Penilaian Formatif I

46

4.3.5 Pengenalan Projek

47

4.3.6 Peralatan Dan Bahan-bahan

48

4.3.7 Penilaian Formatif II

49

4.3.8 Pembangunan Projek

50

4.3.9 Penilaian Formatif III

51

4.3.10 Penilaian Guru

52

4.3.11 Aktiviti Pembelajaran

53

4.3.12 Penilaian Sumatif

54

4.3.13 Refleksi Kendiri

55

4.4 Ciri-ciri Modul

56

4.4.1

Kreatif dan Inovatif

56

4.4.2

Mesra Pengguna

56

4.4.3

Grafik

57

4.4.4

Teks

57

4.4.5

Visual

57

4.5 Penilaian Terhadap Modul 4.5.1 Kriteria Penilaian

58 58

4.5.1.1 Kulit hadapan

58

4.5.1.2 Matlamat

58

xi 4.5.1.3 Objektif

59

4.5.1.4 Penilaian Formatif I

59

4.5.1.5 Pengenalan projek

59

4.5.1.6 Penilaian Formatif II

59

4.5.1.7 langkah-langkah Pembinaan

60

4.5.1.8 Penilaian Guru

60

4.5.1.9 Aktiviti Pembelajaran

60

4.5.1.10 Refleksi Kendiri

60

4.5.2 Penilaian Keseluruhan

61

4.6 Hasil Penilaian Modul

63

4.7 Rumusan

63

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

64

5.2 Perbincangan

64

5.2.1

Pembangunan Model Pembelajaran Berasaskan Objektif

5.2.2

65

Pembangunan Modul Pembelajaran Berasaskan Model Dick and Reiser Dan Model ADDIE

5.2.3

65

Pembangunan Modul Berasaskan Penilaian Formatif

5.3 Kelebihan Modul

66 66

5.3.1 Kelebihan Ciri-ciri Modul

66

5.3.2 Kelebihan Kepada Pelajar

67

5.3.3 Kelebihan Kepada Guru

67

5.4 Kelemahan Modul

68

5.5 Masalah-masalah Yang Dihadapi

68

5.5.1

Merekabentuk Projek Dalam modul

5.5.2

Kekurangan Pakar Dalam Melukis

5.5.3

69

Dan Membuat Ilustrasi

69

Kekangan Masa

70

xii 5.5.4

Sumber Dan Bahan-bahan Rujukan Yang Terhad

5.6 Dapatan Hasil Penilaian

70 71

5.6.1

Rekabentuk Kulit Hadapan

71

5.6.2

Isi Kandungan Modul

71

5.6.3

Teks Dan Ilustrasi

71

5.6.4

Saiz Modul

72

5.6.5

Contoh Komen Dan Pandangan Kritis Penilai

72

5.7 Cadangan Penambahbaikan Modul

73

5.7.1

Penguasaan Kemahiran Mengaplikasi Perisian-Perisian Ilustrasi

5.6.2

Pemilihan Tajuk Modul Berasaskan Topik-topik Kritikal Dan Sukar

5.6.3

5.6.5

74

Menyediakan Proses Penghasilan Projek Dalam Bentuk Video

5.6.4

73

74

Pelbagaikan Contoh Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Menggunakan Projek

75

Pelbagaikan Alat-alat Pengujian Di Dalam Modul

75

5.8 Cadangan Memperluaskan Penggunaan Projek

75

5.8.1

Membangunkan Dua Versi Modul

75

5.8.2

Memperkenalkan Modul Di Sekolah

76

5.8.3

Modul Sampingan Aktiviti Pembelajaran Di Rumah

76

5.9 Rumusan

77

5.9.1

Penerapan Konsep Fizik

77

5.9.2

Penerapan KPS

78

5.9.3

Penerapan Pemikiran Kritis, Kreatif

5.9.4

Dan Inovatif

79

Penyelesaian Masalah

80

5.10 Kesimpulan

81

5.11 Penutup

81

xiii RUJUKAN

82

LAMPIRAN

84

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

HALAMAN

3.1

Model ADDIE

26

3.2

Model Dick and Reiser

27

3.3

Ubahsuai Daripada Model Dick and Reiser

27

3.4

Rekabentuk Modul

31

3.5

Aplikasi Fungsi Shapes Dalam Microsoft Power Point 2007

3.6

34

Contoh Hasil Binaan Menggunakan Microsoft Power Point 2007

35

3.7

Paparan Perisian Sketchup Pro

36

3.8

Contoh hasil Aplikasi Perisian Sketchup Pro

36

3.9

Contoh Gambar Foto

37

3.10

Rangka Kerja Keseluruhan

39

4.1

Rekabentuk Model Dick and Reiser Dalam Modul

42

4.2

Muka Depan

43

4.3

Matlamat Modul

44

4.4

Objektif Modul

45

4.5

Penilaian Formatif I

46

4.6

Pengenalan Projek

47

4.7

Peralatan Dan Bahan-bahan

48

4.8

Penilaian Formatif II

49

4.9

Langkah Pembinaan Projek

50

xv 4.10

Penilaian Formatif III

51

4.11

Borang Penilaian Guru

52

4.12

Aktiviti Pembelajaran Eksperimen

53

4.13

Penilaian Sumatif

54

4.14

Refleksi Kendiri

55

4.15

Borang Penilaian Modul

62

5.1

Komen Dan Pandangan Penilai

72

xvi

SENARAI SINGKATAN

MP :

Modul Pembelajaran

KBSM :

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

P&P :

Pengajaran dan Pembelajaran

KPM :

Kementerian Pelajaran Malaysia

KPS :

Kemahiran Proses Sains

xvii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

5.1

Penerapan Konsep Fizik

77

5.2

Penerapan Kemahiran Proses Sains

78

5.3

Penerapan Pemikiran kritis, kreatif

5.4

HALAMAN

Dan Inovatif

79

Penyelesaian Masalah

80

xviii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN

TAJUK

HALAMAN

A

Muka Hadapan Modul

84

B

Hasil penilaian Guru

85

C

Contoh Modul

91

D

Borang Soal Selidik

118

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Perkembangan dunia pada masa kini dalam bidang sains dan teknologi telah banyak memberi kesan dan mempengaruhi perubahan sistem pendidikan di Malaysia. Seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI), pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dibentuk dan diperkenalkan untuk memberikan pendidikan yang lebih berkualiti dan produktif. bagi merealisasikan hasrat tersebut, terdapat beberapa aspek dalam sistem pendidikan yang perlu dikemaskini dan dirombak secara berperingkat dan teliti seperti pembaharuan dalam bidang kurikulum di sekolah.

Apabila berkata tentang matapelajaran Fizik, ia seringkali dianggap sukar dan tidak menarik. Banyak kajian tentang persepsi pelajar terhadap matapelajaran ini dan antara faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan pelajar terhadap Fizik adalah seperti tidak memahami konsep, kurangnya penggunaan pemikiran kritis dan kreatif dalam Fizik, pendekatan latih tubi tanpa pendedahan konsep yang mencukupi, kekurangan kemudahan pembelajaran yang terkini dan kaedah pembelajaran yang membosankan (Khatim Hasan 2001). Di samping itu juga, masalah pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan juga banyak memberi kesan dan menyebabkan Fizik ini tidak mampu dilihat dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian pelajar.

2 Menyedari kepentingan Fizik dalam perkembangan sains dan teknologi masa kini, pelbagai bahan bantu mengajar yang interaktif diperkenalkan termasuklah penggunaan kemudahan komputer dan alat pandang dengar yang dapat memaparkan dengan jelas contoh-contoh dan aplikasi Fizik melalui tayangan. Persoalannya, adakah pendedahan sedemikian sudah cukup dalam usaha melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif terutamanya dalam mengaplikasikan dan memanfaatkan pengetahuan Fizik mereka.

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik merujuk kepada bahan-bahan yang dibina berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan oleh KPM dan mementingkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah menggalakkan proses pemikiran pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan (Roshidayah, 2004).

Oleh yang demikian, Fizik yang akan diajar kepada pelajar

haruslah mempunyai pendedahan aktiviti pembelajaran yang mampu memupuk kreativiti dan inovasi pelajar dan bukan berorientasikan peperikasaan semata-mata.

Pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek adalah alternatif yang baik kepada guru-guru Fizik yang mahukan penerapan konstruktif, rekacipta, kreativiti dan inovasi dalam pengajaran mereka. Dengan ini diharapkan modul yang telah dibangunkan ini dapat membantu guru-guru Fizik dalam mempelbagaikan penyampaian mereka dan memberikan pemahaman konsep Fizik yang lebih berkesan ke arah melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif seiring dengan kehendak FPK.

3 1.2

Latar Belakang Masalah

Penghasilan modul pembelajaran berasaskan projek mengambilkira latar belakang masalah yang telah dikenalpasti untuk memperbaiki dan menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering dipraktikkan oleh gugu dan pelajar fizik terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan yang akan dihuraikan dengan lebih jelas.

1.2.1 Persepsi pelajar

Persepsi negratif pelajar terhadap matapelajaran fizik menjadi salah satu masalah penerimaan dan pembelajaran fizik di kalangan pelajar. Antara faktornya adalah tidak menguasai konsep, kurangnya penggunaan pemikiran kritis dan kreatif, pendekatan latih tubi dan kaedah pembelajaran yang membosankan,(Khatim Hasan,2001). Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran yang lebih interaktif adalah perlu dalam menangani masalah ini.

1.2.2 Penggunaan Buku Teks

Proses pengajaran dan pembelajaran yang hanya bergantung kepada buku teks semata-mata menjadi punca pelajar tidak dapat memahami konsep sebenar yang ingin disampaikan. Ini kerana buku teks hanya menerangkan dan memberikan contoh-contoh konsep fizik yang asas sahaja. Ini boleh menyebabkan pengajaran Fizik kurang menarik dan pelajar menganggap Fizik bosan dan sukar difahami (Khursheed Syed, 1987). Ini akan menyebabkan pengetahuan dan kefahaman pelajar menjadi terbatas dan pelajar tidak dapat meneroka lebih jauh tentang apa yang telah mereka pelajari.

4 1.2.3 Kaedah Pengajaran Tradisional

Pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan dalam penyampaian Fizik di sekolah. P&P yang terlalu menekankan kepada peperiksaan adalah menjadi salah satu masalah kepada pelajar di mana pelajar hanya diberikan latihan-latihan dan menghafal fakta-fakta penting dalam Fizik sahaja. Menurut Nawi Rahman dan Aminah Ayob (2008) bahawa pelajar yang belajar secara menghafal memang tidak akan berjaya dalam hidup kerana mereka hanya menyimpan maklumat dalam masa yang singkat. Pengajaran tradisional yang sering diamalkan guru-guru Fizik perlu mendapat perubahan dari segi kaedah pengajaran mereka kerana kaedah ini akan menyekat pemikiran pelajar daripada berfikir secara kreatif dan inovatif. Menurut Razali Ismail (2002) berpendapat bahawa pengajaran secara tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-istilah saintifik secara terasing yang mana akhirnya akan dilupakan.

1.2.4 Kemahiran Proses Sains

Sains merupakan kata kerja yang bersifat seperti bertindak, membuat dan menyiasat. Bukan sebagai kata nama yang melibatkan fakta-fakta untuk dihafal. Oleh yang demikian, sains lebih memberi tumpuan kepada bagaimanakah cara atau kaedah yang perlu digunakan bagi membantu pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran. Pelajar tidak didedahkan serta diberi peluang mencari pengetahuan dan kemahiran. Seharusnya pelajar perlu membina pengetahuan dan kefahaman mereka sendiri melalui aktiviti tertentu bukannya disogokkan dengan fakta-fakta untuk dihafal. Pembelajaran berkesan berlaku melalui tindakan, bukan menyerap maklumat secara pasif. Justeru, pelajar perlu dilatih mempelajari sesuatu ( konsep, prinsip, fakta, kemahiran, nilai dan sebagainya) secara “hands-on”, dengan melibatkan proses mengukur, merekod, menyusun, menganalisis dan menilai data serta maklumat yang dikumpul dengan kaedah bersistem (Abu Hassan, 2003).

5 1.3

Pernyataan Masalah

Thornton (1982), menyatakan bahawa para pendidik kurang berminat untuk menjalankan aktiviti kritis dan kreatif semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku disebabkan oleh beberapa perkara. Di antaranya ialah kawalan kelas dan penggunaan masa. Penerapan kemahiran proses sains terhadap pelajar sukar untuk dilaksanakan jika guru Fizik masih mengajar melalui kaedah tradisional. Guru-guru Fizik yang ingin menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek pula perlu merancang, menyusun dan membina langkah-langkah kerja penghasilan sesebuah projek yang menepati kehendak kurikulum. Kekangan masa dan idea menyebabkan guru-guru Fizik tidak berminat untuk menggunakan kaedah pembelajaran ini. Oleh yang demikian, projek yang dijalankan ini ialah membangunkan Modul Pembelajaran Berasaskan Projek Bagi Matapelajaran Fizik yang merangkumi konsep mekanik dan dinamik sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi sekolah menengah peringkat tingkatan empat. Modul ini membantu guru Fizik yang ingin menggunakan teknik pembelajaran ini dalam memberikan idea, menyusun keperluan serta langkah kerja dan memberikan contoh penilaian untuk pelajar.

6 1.4

Objektif Projek

Pembangunan ini bertujuan membina modul pengajaran untuk kegunaan guru Fizik yang ingin menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam penyampaian matapelajaran Fizik tingkatan empat untuk konsep mekanik dan dinamik. Pernyataan objektif tentang projek ini adalah :

Membangunkan modul pembelajaran berasaskan projek bagi matapelajaran fizik tingkatan empat untuk penerapan :

1.5

o

Konsep fizik

o

Kemahiran proses sains (KPS)

o

Pemikiran kritis dan kreatif

o

Penyelesaian masalah

Rasional Projek

Pembangunan modul ini adalah berlandaskan keperluan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai sebagai satu alternatif kepada guru Fizik dalam menyampaikan pembelajaran mereka menggunakan kaedah projek. Modul ini membantu para guru fizik dalam usaha menerapkan kemahiran proses sains kepada pelajar dan menjurus kepada melahirkan pelajar Fizik yang berfikiran kreatif dan inovatif sejajar dengan keperluan pembangunan sains dan teknologi masa kini.

Penerapan kemahiran proses sains kepada pelajar dilihat mampu melahirkan pelajar yang dapat mengaplikasikan pengetahuan Fizik mereka melalui hasil kerja mereka. Pembelajaran di sekolah akan menjadi lebih menarik dan suasana pembelajaran akan menjadi lebih aktif kerana ia merupakan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Guru adalah sebagai pembimbing dan fasilitator.

7 1.6

Kepentingan Projek

Modul ini secara amnya dibangunkan untuk membantu guru Fizik yang ingin menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek supaya pembelajaran mereka lebih menarik dan tersusun. Secara tidak langsung ia membantu meringankan beban guru dalam merancang aktiviti pembelajaran mereka. Semua aktiviti projek yang disediakan menggunakan kos perbelanjaan yang minimum di samping penggunaan bahan-bahan terpakai. Modul ini disusun untuk menarik minat pelajar terhadap Fizik dan memadam persepsi negatif mereka terhadap matapelajaran ini.

“The developement of scientific process skills is an important aim of science education for several reasons. They are important as part of the core, key and thinking skill that are valued as outcomes of education. They are also essential in enabling children to develop understanding and the ability to identify and use relevant scientific evidence in solving problems and making decisions” Wynne Harlen (2000).

Secara khususnya kepentingan projek ini boleh diperincikan kepada beberapa bahagian kepentingannya kepada :

1.6.1

Pelajar

Pelajar sebagai kumpulan sasaran utama modul pembelajaran ini. Kepentingan modul pembelajaran ini kepada pelajar adalah untuk penerapan elemenelemen konsep fizik, kemahiran proses sains, pemikiran kritis dan kreatif serta penyelesaian masalah. Penerapan elemen-elemen ini adalah penting untuk pelajar dapat mempelajari fizik dengan lebih berkesan.

8 1.6.2

Guru Fizik

Kepentingan modul ini juga dapat dilihat apabila guru-guru fizik menggunakan modul pembelajaran ini. Modul ini dapat membantu meringankan beban guru dalam merancang projek, memilih keperluan dan bahan-bahan serta rekabentuk projek yang boleh dihasilkan. Modul pembelajaran ini dapat mengatasi kekangan masa yang dihadapi oleh guru di samping menyediakan kaedah penilaian pelajar untuk memudahkan guru membuat penilaian hasil pengajaran mereka.

1.6.3

Ibu Bapa

Modul pembelajaran ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa sebagai aktiviti pembelajaran di rumah. Penggunaan modul pembelajaran ini lebih terbatas dan bertujuan mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti dan pembelajaran yang lebih berfaedah, di mana ibu bapa tidak perlu bertindak seperti guru untuk membuat penilaian-penilaian pembelajaran. Hanya sekadar memberikan sokongan kepada anak-anak dalam membina dan membangunkan projek mereka.

Oleh itu, bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menginginkan transformasi dalam kurikulum yang sedia ada untuk membentuk pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif dan cenderung ke arah sains dan teknologi, pembelajaran berasaskan projek merupakan satu usaha yang jelas menyokong pembaharuan kurikulum yang telah dilaksanakan tersebut.

9 1.7

Skop Dan Batasan Projek

Skop dan batasan projek secara keseluruhannya adalah menekankan kepada pembelajaran fizik tingkatan empat di mana ia memfokuskan konsep mekanik dan dinamik. Walaubagaimanapun, skop dan batasan projek perlu diperincikan untuk pembangun dapat melihat hala tuju pembangunan modul pembelajaran ini. Skop dan batasan projek ini dapat dihuraikan dengan lebih jelas iaitu :

1.7.1

Tajuk Projek

Pembinaan modul pembelajaran ini memfokuskan aplikasi mekanik dan dinamik daripada tajuk kedua dan ketiga dalam sukatan pelajaran Fizik tingkatan empat KBSM iaitu Daya dan Gerakan ( Force and Motion ) dan Daya dan Tekanan ( Force and Pressure)

1.7.2

Kemahiran Proses Sains

Penerapan kemahiran-kemahiran proses sains merupakan salah satu ciriciri utama modul pembelajaran berasaskan projek ini. Penghasilan modul pembelajaran ini mestilah berasaskan kemahiran-kemahiran proses sains ini dan perlu diketengahkan dan dinilai sepanjang proses pembelajaran berlaku.

10 1.7.3

Penilaian Formatif

Penilaian formatif dan berterusan terhadap kemahiran-kemahiran proses sains, konsep-konsep fizik, pemikiran kreatif dan kritis serta penyelesaian masalah. Elemen-elemen ini perlu difokuskan sepanjang penghasilan dan pebangunan modul pembelajaran ini.

1.8

Pengertian Istilah

1.8.1

Pembangunan

Merujuk kepada Kamus Dewan (2002) istilah pembiaan membawa maksud perbuatan (kegiatan atau usaha) membangunkan atau membina. Pembinaan modul pembelajaran ini berdasarkan model Dick and reiser.

1.8.2

Modul

Terdapat banyak pengertian dan definisi modul. Oleh yang demikian menurut Sidek Mohd Noah (2005) dalam bidang pendidikan modul boleh dianggap sebagai unit-unit media dalam satu rancangan mengajar bagi memudahkan pemahaman pelajar.

1.8.3

Pembelajaran

Menurut Kamus Dewan edisi ke 5, pembelajaran adalah satu kegiatan atau proses belajar. Modul pembelajaran merupakan modul yang digunakan untuk pelajar untuk menjalankan proses pembelajaran.

11 1.8.4

Kemahiran Proses Sains

Menurut Abu Hassan (2003), Kemahiran proses sains merujuk kepada kemahiran asas yang perlu dikuasai pelajar bagi membolehkan mereka menjalankan eksperimen di makmal atau menyelesaikan masalah harian.

1.9

Rumusan

Di dalam bab ini, penulis telah membincangkan pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, rasional kajian, kepentingan kajian dan definisi istilah. Antara masalah yang telah dibincangkan adalah penggunaan buku teks, kaedah pengajaran guru Fizik dan kemahiran proses sains di kalangan pelajar. Pernyataan masalah tersebut membawa kepada perbincangan membangunkan modul pembelajaran. Kemudian objektif kajian yang memfokuskan pembangunan lima modul pembelajaran berasaskan projek untuk konsep Fizik mekanik dan dinamik iaitu tajuk Daya dan Gerakan serta Daya dan Tekanan dalam kurikulum fizik KBSM tingkatan empat.

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

Dalam bab ini, penulis akan membincangkan tentang modul pengajaran dan pembelajaran,

kaedah-kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran,

model-model

pengajaran, modul pengajaran dan kesesuaian aplikasi model Dick and Reiser sebagai model yang digunakan dalam pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek.

2.2

Modul Pengajaran Dan Pembelajaran

Modul pengajaran dan pembelajaran merupakan modul yang diperkenalkan untuk membantu pelajar-pelajar yang lemah. Ia lebih berfokus kepada pengajaran individu di mana aktiviti pengajaran bermodul ini adalah lebih kepada berpusatkan pelajar. Setiap pelajar akan dibekalkan sebuah modul dan pelajar berkenaan akan mengikuti modul tersebut berpandukan arahan-arahan yang terdapat di dalamnya (Sidek Mohd Noah, 2005)

Pembinaan

modul

lazimnya

membantu

pelajar

untuk

menguasai

matapelajaran yang lemah. Walaubagaimanapun, modul yang dibangunkan ini lebih kepada membantu guru-guru Fizik dalam penyampaian mereka di sekolah. Modul ini

13 memudahkan kepada mana-mana guru Fizik yang ingin menggunakan kaedah projek sebagai kaedah pengajaran mereka.

2.3

Kaedah Pengajaran

Proses pembelajaran yang berlaku di sekolah adalah mengikut corak kaedah pengajaran guru. Guru bukan sahaja perlu untuk memberikan penyampaian yang jelas dan teratur, malah suasana pembelajaran perlu menarik dan bermakna supaya proses pembelajaran dan penerimaan pelajar terhadap penyampaian guru menjadi lebih berkesan. Oleh yang demikian, guru adalah bertanggungjawab dalam memastikan suasana pembelajaran adalah kondusif dan selesa kepada pelajar.

Dalam proses penyampaian atau pembelajaran, guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai golongan pelajar yang berbeza terutamanya dari segi kebolehan penerimaan mereka terhadap pembelajaran guru. Dalam situasi ini, guru perlu bijak dalam memilih dan menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Dengan kata lain, guru adalah bertanggungjawab menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik serta teori pengajaran yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.

Dalam perancangan persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dipilih perlulah tersusun dan mempunyai urutan yang baik. Susunan aktiviti perlu seiiring dengan isi kandungan pelajaran dan menepati objektif pembelajaran. Lazimnya aktiviti pembelajaran adalah berbentuk gerak kerja kerana aktiviti seperti ini dapat memberikan kesan pembelajaran yang baik dan mampu merangsang dan memberi kesan terhadap intelek, ingatan, emosi dan kecenderungan pelajar. Oleh yang demikian, guru haruslah menentukan pemilihan strategi dan kaedah pengajaran yang akan mereka gunakan. Pilihan kaedah yang tepat dapat memastikan kelancaran dan keberkesanan penyampaian suatu pembelajaran tersebut.

14 2.4

Kekuatan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek

Kaedah pembelajaran berasaskan projek dipilih pembangun sebagai kaedah pembelajaran yang digunapakai di dalam modul pembelajaran ini. Ini kerana kaedah pembelajaran ini mempunyai kebaikan dan kekuatannya sendiri berbanding kaedahkaedah pembelajaran yang lain iaitu dari segi penerapan : •

Konsep Fizik



Kemahiran Proses Sains



Pemikiran Kritis dan Kreatif



Penyelesaian masalah

2.4.1

Konsep Fizik

Penerapan konsep fizik di dalam aktiviti pembelajaran adalah penting di dalam memastikan proses pembelajaran dapat berlaku. Walaupun pembangun mengambil konsep mekanik dan dinamik sebagai konsep fizik keseluruhan dan skop pembangunan modul, terdapat juga konsep-konsep fizik lain yang dapat diintegrasikan di dalam modul pada masa yang sama. Sebuah projek yang dihasilkan biasanya mempunyai lebih dari satu konsep fizik di dalamnya. Sebagai contoh seperti konsep elektrik, di mana pelajar perlu mempelajari sambungan wayar sesiri atau selari dalam penghasilan projek mereka.

15 2.4.2

Kemahiran Proses Sains

Penerapan kemahiran proses sains lebih mudah dilakukan dengan menjalankan aktiviti yang berasaskan projek. Ini kerana penghasilan sesebuah projek banyak memerlukan kemahiran-kemahiran proses sains seperti memerhati, meramal, mengukur dan sebagainya. Istilah sains perlu digunakan dalam bentuk kata kerja- bertindak, membuat dan menyiasat; bukannya sebagai kata nama yang melibatkan fakta-fakta untuk dihafal ( Abu Hassan Kassim, 2003).

2.4.3

Pemikiran Kritis Dan Kreatif

Pemikiran kritis dan kreatif dapat diterapkan dengan memberikan kebebasan kepada pelajar dalam mengeluarkan idea, memilih bahan dan rekabentuk, kaedah pembinaan dan sebagainya. Kebebasan yang diberikan ini membolehkan pelajar menunjukkan potensi dan daya kreativiti mereka.

This creative component is precisely what traditional education often ignores, and even inhibis, in favor of a focus on particular facts and skills that can be easily tested. ( Christine Ebert & Edward S. Ebert II, 1998 )

2.4.4

Penyelesaian Masalah

PBL ( Problem Based Learning ) is not the solution for all problems in education; however it is powerfull tools for allowing students to actively bulid collaborative problem-solving skill that will be required in the work environment ( Sue E. Baptiste,2003 )

16 2.5

Model-Model Berkaitan Modul Pengajaran

Terdapat beberapa model pengajaran yang dikenali sebagai berorientasikan bilik darjah. Antaranya ialah Heinich, Molenda, Russell and Smaldino (1996), Model Kemp, Mrrison and Ross (1994) dan Dick and Reiser (1996).

2.5.1 Model Heinich, Molenda, Russell and Smaldino

Model Heinich, Molenda, Russell and Smaldino (1996) memperkenalkan Model ASSURE. Model ini mengandungi 6 huruf bermaksud memastikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu akan berlaku:

A = Analysis learner (Analisis pelajar) Pelajar yang akan menggunakan model ini perlu dianalisis untuk mengetahui kesesuaian. Analisis pelajar boleh dicadangkan hanya memilih ciri-ciri umum seperti tahap pencapaian, budaya dan ekonomi atau tahap kecekapan seperti pengetahuan, kemahiran dan sebagainya.

S = State Objectives (Nyatakan objektif) Objektif perlu dinyatakan dengan jelas supaya perjalanan pembelajaran menjurus kepada mencapai objektif yang telah ditetapkan. Penekanan adalah kepada hasil pembelajaran yang dinyatakan lebih spesifik dan boleh diukur.

S = Select method, media and material (Pilih kaedah, media dan bahan) Pemilihan kaedah perlu bersesuaian dengan topik pembelajaran. Tidak semua topik pembelajaran boleh menggunakan kaedah pembelajaran yang sama. Pemilihan dan penyediaan bahan yang baik dapat membantu penyampaian pembelajaran dengan lebih berkesan.

17 U = Use media and material (Gunakan media dan bahan) Bahan-bahan dan kaedah yang dipilih haruskah digunakan secara optimum. Guru perlu memainkan peranan utama dalam penggunaan bahan-bahan pengajaran dengan baik.

R = Require leaner participation ( Perlukan penglibatan pelajar) Model ini menekankan penglibatan pelajar secara aktif dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Guru adalah sebagai fasilitator yang memantau dan memberi bantuan supaya proses pembelajaran berjalan dengan baik.

E = Evaluate instruction (Menilai dan menyemak semula pengajaran) Pengajaran yang telah dijalankan perlu dinilai dan dikaji semula untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang terdapat dan seterusnya merancang penambahbaikan kepada proses pengajaran tersebut.

18 2.5.2 Model Morrison, Ross dan Kemp (MRK)

Model Kemp, Morrison and Ross (1994) mengandugi 4 elemen asas yang terdiri daripada pelajar, kaedah, objektif dan penilaian. Beberapa komponen tambahan yang diintegrasikan dengan keempat-empat komponen asas ini akan menghasilkan satu reka bentuk pengajaran yang lebih komprehensif. Justeru itu, Kemp telah memperkenalkan sembilan elemen dalam reka bentuk pengajarannya.

i.

Keperluan Pembelajaran Taksirkan keperluan pembelajaran untuk membina suatu modul pengajaran. Matlamat,

kekangan

dan

keutamaan

uang

dipertimbangkan

hendaklah

dinyatakan dengan jelas.

ii.

Ciri-ciri Pelajar Mengkaji dan menganalisis ciri-ciri kumpulan sasaran atau pelajar yang akan mengikuti pembelajaran menggunakan modul yang akan dibangunakan.

iii.

Kandungan Pelajaran Kenalpasti kandungan pelajaran yang akan disampaikan. Komponen tugasan dan objektif yang berkaitan tentang matlamat modul perlu dirancang.

iv.

Objektif Pembelajaran Meyatakan dengan jelas objektif pembelajaran yang ingin dicapai menerusi kaedah pembelajaran dan modul yang ingin dibangunkan.

v.

Susunan Kandungan Kandungan pembelajaran perlu disusun mengikut kesesuaian. Pemilihan tajuk perlu bertepatan dengan matlamat dan objektif setiap satunya dinyatakan dengan jelas.

vi.

Strategi Pembelajaran Pilih dan bina strategi penyampaian yang tersusun sesuai dengan pemilihan material pembelajaran dan kandungan yang ingin disampaikan.

19 vii.

Merancang Aktiviti Rancang aktiviti pembelajaran mengikut rekabentuk modul pengajaran dan pembelajaran yang akan dibina. Faktor masa, penglibatan pelajar dan kesesuaian aktiviti perlu diambilkira dan dinyatakan dengan jelas.

viii.

Membina Penilaian Penilaian adalah penting dan amat diperlukan di akhir setiap penggunaan modul pengajaran dan pembelajaran untuk melihat secara keseluruhan hasil dan keberkesanan penggunaan modul.

ix.

Sumber Sokongan Tentukan khidmat sokongan seperti kewangan, kakitangan, kemudahan, peralatan dan jadual-jadual untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan membina bahan pengajaran

2.5.3 Model Dick and Reiser

Model Dick and Reiser (1996) dibina untuk membantu guru merancang pelan pengajaran yang berkesan menggunakan beberapa prosedur asas reka bentuk pengajaran. Dalam model ini terdapat 7 komponen yang boleh membantu kita merancang pengajaran yang sistematik dan berkesan.

i.

Menentukan Matlamat Komponen pertama dalam model ini adalah menentukan matlamat modul. Matlamat yang ditetapkan adalah penting untuk mengatur keseluruhan pembangunan modul.

ii.

Menulis Objektif Objektif modul ditetapkan sebagai objektif pembelajaran. Daripada matlamat, objektif dapat ditulis dengan lebih spesifik atau ditunjukkan sebagai hasil pembelajaran menggunakan modul ini.

20 iii.

Bina Aktiviti Pembelajaran Aktiviti pembelajaran dibina berpandukan kehendak matlamat dan objektif. Untuk modul pembelajaran berasaskan projek ini, aktiviti pembelajaran telah diselaraskan iaitu menggunakan kaedah projek di mana aktiviti pelajar ialah menghasilkan sebual model projek dengan merujuk panduan dalam modul yang akan dibangunkan.

iv.

Pilih Dan Bina Media pengajaran Media pengajaran dipilih dan dibangunkan untuk membantu proses pembelajaran. Untuk modul pembelajaran ini, media pengajaran yang digunakan adalah buku modul dan powerpoint sebagai panduan kepada pelajar. Tayangan video setiap langkah penghasilan projek juga boleh dipilih sebagai media pengajaran yang baik.

v.

Melaksanakan Pengajaran Dalam komponen ini, proses pembelajaran yang akan dilaksanakan adalah berpusatkan pelajar. Pelajar akan membina model projek sebagaimana yang dikehendaki dengan penerapan elemen-elemen kreativiti dan inovasi serta mengaplikasikan kemahiran proses sains.

vi.

Bina Penilaian Penilaian adalah penting dalam sesebuah modul pembelajaran. Penilaian untuk modul pembelajaran berasaskan projek ini lebih tertumpu kepada penilaian terhadap kemahiran proses sains pelajar dan penilaian terhadap produk yang telah dibina. Elemen-elemen yang dikehendaki di dalam penilaian perlu dinyatakan dengan jelas.

vii.

Menilai Semula Pengajaran Proses keseluruhan pembelajaran dikaji dan dinilai. Kelemahan-kelemahan yang wujud semasa proses pembelajaran dan mengganggu untuk mencapai objektif yang dikehendaki perlu disusun semula dan memerlukan penambahbaikan.

21 2.6

Rasional Pemilihan Model Dick and Reiser

Model Dick and Reiser (1996) telah dipilih sebagai model rekabentuk pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek untuk lima tajuk projek rekacipta yang berbeza. Ini kerana terdorong oleh beberapa elemen-elemen yang menarik dan sesuai iaitu :

i.

Segala maklumat dan elemen dapat disesuaikan dan mudah untuk diubahsuai untuk memenuhi kehendak kurikulum, Huraian Sukatan Matapelajaran Fizik Tingkatan Empat.

ii.

Model yang dibina sesuai untuk guru-guru yang ingin menggunakan pendekatan atau kaedah projek terutamanya guru-guru baru dan guru pelatih.

iii. Semua aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dibina adalah berpusat pelajar dan guru adalah sebagai pemantau dan fasilitator.

iv. Terdapat

elemen

yang

membincangkan

pengenalan

terhadap

konsep,

perbincangan idea projek dan contoh penggunaan konsep tersebut dalam model projek yang sebenar.

v.

Terdapat bahagian di mana pelajar dapat mengaplikasikan konsep fizik yang telah dipelajari ke dalam kehidupan seharian pelajar.

vi. Aktiviti-aktiviti yang disusun serta pemilihan material pembelajaran adalah sesuai dengan aras kefahaman, mudah dan menarik untuk digunakan oleh pelajar.

vii. Terdapat penilaian dalam bentuk yang pelbagai untuk menarik minat pelajar menyelesaikan masalah-masalah dalam penilaian menggunakan pengetahuan dan model projek yang telah dibina.

viii. Perlaksanaan pembelajaran yang dirancang rapi dan bersistematik, memudahkan pelajar dan guru untuk menggunakan modul.

22 2.7

Kajian Kerangka Alternatif Konsep Mekanik Dan Dinamik

Dalam konsep mekanik dan dinamik, yang meliputi konsep dan kefahaman tentang daya, gerakan dan tekanan, kerangka alternatif banyak terdapat pada konsep mekanik iaitu di dalam tajuk daya dan gerakan. Berikut merupakan contoh kerangkakerangka alternatif pelajar terhadap konsep daya, gerakan dan tekanan.

2.7.1

i.

Menghubungkan Daya Dengan Gerakan

Tiada daya bertindak semasa objek dalam keadaan rehat.

ii. Daya diperlukan untuk objek bergerak dengan halaju malar pada arah gerakan. Kelajuan objek semakin berkurangan kerana daya yang bertindak semakin berkurangan. iii. Objek yang bergerak dengan lebih laju mempunyai daya yang lebih besar. iv. Daya adalah tunggal dan tidak bertindak dalam pasangan.

2.7.2

i.

Daya Dengan Jatuh Bebas

Objek yang dilambung ke atas mempunyai daya yang lebih besar daripada daya graviti bumi.

ii. Hanya daya graviti sahaja yang bertindak apabila objek yang dilambung dilepaskan dari tangan pembaling. iii. Semakin tinggi objek tersebut jatuh, semakin besar daya yang dipunyai oleh objek dan menyebabkan objek jatuh dengan semakin laju.

23 2.7.3

i.

Daya dengan tekanan

Cecair yang menerima tekanan luar, tekanan tersebut akan dibahagi sama rata kepada seluruh titik dalam cecair tersebut.

ii. Vakum mempunyai tekanan udara yang malar. iii. Semakin tinggi dari aras laut, tekanan udara semakin tinggi.

2.8

Kajian-Kajian Lepas Tentang Kemahiran Proses Sains

Menurut Hazrulrizawati (2006) ,dalam kajiannya mendapati tahap penguasaan kemahiran proses sains yang baik pada kemahiran merekod data, melukis graf, mentafsir maklumat daripada graf, mentafsir maklumat secara makroskopik, mengenalpasti pembolehubah, mengawal pembolehubah dan membuat pemerhatian yang mana skor bagi keenam-enam kemahiran tersebut adalah dalam julat 2.0 hingga 3.0. Kemahiran proses sains yang lemah adalah mentafsir maklumat secara mikroskopik iaitu dalam julat skor 0 hingga 0.9. Secara keseluruhannya tahap penguasaan kemahiran proses sains bagi pelajar kumpulan amali makmal mikro komputer adalah baik.

Dalam kajian lain oleh Siti Noor Zulita pada 2007, mengenai tahap kefahaman Kemahiran Saintifik (KS) yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman kemahiran saintifik. Dalam kajian ini, hanya dua kemahiran sahaja yang dikaji iaitu kemahiran memerhati dan mentakrif secara operasi. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman memerhati adalah pada tahap sederhana manakala bagi kemahiran mentakrif secara operasi adalah pada tahap baik.

24 2.9

Penutup

Secara kesimpulannya, pembangunan modul berasaskan projek ini sangat sesuai untuk menjadi aktiviti pembelajaran alternatif dalam penyampaian matapelajaran Fizik kerana ia menepati kriteria yang mampu meningkatkan pembelajaran secara aktif di kalangan pelajar. Melalui pendekatan konstruktivisme sosial yang diterapkan, pelajar akan mampu untuk membina pengetahuan dan kefahaman mereka melalui interaksi yang berlaku, perbincangan bersama ahli kumpulan,

pembentukan kemahiran-kemahiran

proses sains dan

meneroka

pengetahuan serta pengalaman baru melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pembangunan projek yang mereka jalankan.

BAB 3

PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1

Pengenalan

Proses penghasilan sebuah modul yang baik dan berkesan perlu mengambil satu jangkamasa tertentu untuk pembinaanya. Modul yang akan dibina memerlukan beberapa peraturan yang harus diikuti. Peraturan-peraturan itu memerlukan seseorang pembina modul membuat pembacaan, kajian, penelitian, penyemakan, pemahaman, penerokaan terhadap pelbagai perkara, antaranya ialah yang berkaitan dengan struktur dan bentuk modul (Sidek Mohd Noah, 2005). Pemilihan rekabentuk yang baik dan sesuai dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul ini.

Lazimnya

terdapat

pelbagai

panduan

dalam

membangunkan

dan

merekabentuk sesebuah modul. Dalam bab ini perbincangan adalah tertumpu kepada penghasilan dan rekabentuk modul, isi kandungan, pemilihan model dan strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul dan penghasilan penilaian formatif untuk setiap modul.

26 3.2

Kandungan Modul

Dalam projek ini terdapat empat modul yang akan dibangunkan meliputi aplikasi konsep mekanik dan dinamik dari tajuk kedua dan keempat dalam sukatan pelajaran Fizik tingkatan empat KBSM iaitu Force and Motion dan Force and Pressure iaitu :

MP I

: Mini Water Fountain

MP II : Hollow Sub Marine MP III : Simple Vacuum Cleaner MP IV : Mini Hovercraft

Secara keseluruhannya, modul-modul ini memuatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan projek di mana modul ini setiap satunya mengandungi objektif, bahan-bahan yang diperlukan, kaedah membuat dan penerangan bergambar. Setiap sesi proses penghasilan projek akan dimuatkan penilaian secara formatif dan di akhir setiap modul akan dimasukkan penilaian sumatif dan aktiviti-aktiviti penilaian yang sesuai.

3.3

Pembangunan Modul

Untuk

pembangunan

modul

pembelajaran

berasaskan

projek

ini,

pembangunan modul ini berasaskan Model ADDIE dan rekabentuknya berasaskan Model Dick and Reiser. Sedikit pengubahsuaian dilakukan terhadap Model Dick and Reiser dan beberapa elemennya diserap kepada Model ADDIE sebagai asas pembangunan modul.

Rajah 3.1 : Model ADDIE

27 Manakala Model Dick and Reiser pula mempunyai tujuh elemen, walaubagaimanapun sedikit pengubahsuaian terhadap model ini dilakukan dan hanya beberapa elemen yang diperlukan sahaja diketengahkan iaitu mengenalpasti matlamat, mengenalpasti objektif, bina strategi pengajaran, menyediakan bahan pengajaran, penilaian formatif dan sumatif.

Rajah 3.2 : Model Dick and Reiser

Rajah 3.3 : Ubahsuai daripada Model Dick and Reiser

28 3.3.1 Fasa Analisis ( Analysis )

Fasa analisis telah dipecahkan kepada tiga elemen yang lebih terperinci untuk dianalisis. Elemen-elemen tersebut adalah kumpulan sasaran, menentukan tajuk projek yang dibangunkan, menganalisis tahap projek dan kos penghasilan.

3.3.1.1 Kumpulan Sasaran

i.

Pelajar

Pelajar adalah kumpulan sasaran utama pembangunan modul pembelajaran ini. Ciri-ciri pelajar, jantina, umur, dan beberapa faktor lain seperti gaya pembelajaran, bakat dan intelektual perlu dianalisis sebelum pembinaan modul pembelajaran ini dijalankan.

Memandangkan modul pembelajaran ini difokuskan kepada pelajar sekolah, oleh yang demikian paparan yang perlu dibuat seharusnya menepati minat dan daya tarikan terhadap mereka. Pelajar-pelajar ini perlu dianalisis keupayaan mereka, bakat dan pengetahuan sedia ada mereka. Elemen-elemen ini adalah sangat penting dalam menentukan aras atau tahap projek yang akan dicadangkan sebagai modul.

ii.

Guru / Sekolah

Guru adalah penting sebagai pembimbing dan fasilitator sepanjang proses pembelajaran menggunakan modul ini. Dengan mengambilkira keperluan guru dan sekolah, modul ini dapat dijadikan sebagai aktiviti pembelajaran alternatif untuk mengajar. Selain guru, sekolah juga merupakan aspek yang perlu diambil kira. Sumber dan kekangan yang wujud di sekolah atau organisasi yang berkenaan seperti alatan, kos, masa, kepakaran dan budaya kerja (termasuklah nilai, misi dan polisi) akan menentukan jenis projek yang akan dipilih sebagai projek dalam modul ini.

29

iii.

Ibu Bapa / Masyarakat

Ibu bapa dan masyarakat juga tidak ketinggalan menjadi kumpulan sasaran pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek ini. Ibu bapa juga boleh bertindak sebagai fasilitator dalam melatih anak-anak mereka merekacipta dan memupuk daya kreativiti dan inovasi mereka selain menghantar mereka ke sekolah untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman, aktiviti pembelajaran di rumah seperti ini mampu mewujudkan masyarakat yang lebih berintelektual dan harmoni.

3.3.1.2 Tahap Projek

Analisis tahap projek perlu bertepatan dengan kumpulan sasaran yang dipilih. Kumpulan sasaran yang lebih tepat adalah pelajar-pelajar menengah atas kerana Fizik hanya dipelajari oleh pelajar yang berada di tahap ini. Oleh yang demikian, setelah mengenalpasti kumpulan sasaran, tahap projek yang akan dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap intelek, bakat dan kemampuan kumpulan sasaran.

3.3.1.3 Tajuk Projek

Setelah menganalisis tahap projek, tajuk projek perlu dianalisis supaya tajuktajuk projek yang akan dipilih menepati topik-topik yang dipelajari untuk matapelajaran Fizik dan tidak terkeluar dari skop yang telah dipilih. Oleh yang demikian, antara tajuk-tajuk projek yang telah dipilih secara ringkasnya seperti water fountain, submarine, hovercraft dan vacuum cleaner. Kesemua tajuk-tajuk projek ini menepati konsep kinetik dan dinamik Fizik dalam topik Daya dan Gerakan (Force and Motion ) dan Daya dan Tekanan ( Force and pressure ) di dalam sukatan pelajaran Fizik KBSM tingkatan empat.

30 3.3.1.4 Kos Penghasilan Projek

Perkara terakhir adalah kos penghasilan projek. Analisis tentang kos bahanbahan dan peralatan adalah sangat penting bagi mengelakkan pembaziran dan menyusahkan kumpulan sasaran. Oleh yang demikian, pembangun cuba menerapkan sikap kitar semula dalam pemilihan bahan-bahan projek di samping dapat mengurangkan kos penghasilan projek.

31 3.3.2 Fasa Rekabentuk ( Design )

Seterusnya setelah melalui fasa analisis adalah fasa rekabentuk. Di sini, aspek-aspek yang terlibat dalam rekabentuk perlu disusun dengan baik supaya lebih bersifat sistematik. Aspek yang dimaksudkan adalah :

Rajah 3.4 : Rekabentuk Modul

3.3.2.1 Pembentukan Matlamat dan Objektif Modul

Matlamat modul ini diseragamkan untuk kelima-lima projek yang akan dibina. Objektif setiap modul adalah berbeza mengikut jenis projek kerana setiap satu projek membawa konsep Fizik yang berbeza dibawah konsep mekanik dan dinamik.

32 Objektif modul dibentuk di dalam fasa analisis rekabentuk iaitu semasa pemilihan tajuk projek dibuat. Objektif setiap modul dirancang supaya menepati kehendak matlamat dan hasil pembelajaran.

3.3.2.2 Menyatakan Tajuk Projek

Tajuk projek yang telah dipilih perlu dinyatakan dengan jelas. Pernyataan tajuk projek yang jelas memudahkan pelajar menggambarkan binaan keseluruhan projek yang akan dibuat.

3.3.2.3 Latar Belakang Projek dan Konsep Fizik Yang Terlibat

Di dalam bahagian ini, latar belakang atau pengenalan terhadap projek dipaparkan supaya pelajar dapat membentuk idea dan dapat mengetahui jenis binaan projek yang akan dihasilkan. Pelajar juga dapat menyesuaikan konsep Fizik yang didedahkan dengan pengetahuan sedia ada mereka terhadap projek tersebut.

3.3.2.4 Merancang Aktiviti Pembelajaran

Perancangan aktiviti pembelajaran berasaskan projek merangkumi susunan perlaksanaan dan pembinaan projek tersebut. Langkah-langkah kerja yang teratur dan kemas memudahkan pelajar untuk merujuk panduan yang disediakan di dalam modul ini. Dalam bahagian ini, penerangan tentang pembinaan projek, rekabentuk projek, langkah-langkah pemasangan sehingga projek siap dibina diterangkan dengan terperinci dan paparannya secara visual bergambar untuk memudahkan pelajar.

3.3.2.5

Memilih dan Membina Media pengajaran

Untuk langkah-langkah pembinaan dan penghasilan projek, modul ini memaparkan penerangan secara visual dan bergambar untuk memudahkan pelajar merujuknya. Langkah kerja disusun dengan kemas dan teratur mengikut urutan

33 menjadikan pelajar dapat memahami bagaimana rekabentuk model projek mereka. Penerangan secara visual merangkumi gambar lukisan dan gambar foto untuk setiap langkah-langkah pembinaan projek. Selain panduan dalam buku modul, terdapat juga paparan dalam bentuk powerpoint untuk memudahkan proses pembelajaran.

3.3.2.6

Penilaian Dalam Modul

Penilaian formatif secara berterusan terhadap pelajar dibuat dan dipecahkan kepada tiga fasa iaitu penilaian sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja penghasilan projek. Setiap fasa penilaian merujuk kepada aktiviti pelajar semasa proses penghasilan bahan projek. Penilaian ini fokus terhadap aplikasi dan perlaksanaan kemahiran proses sains yang akan diterapkan kepada pelajar. Manakala penilaian summatif adalah menggunakan alat-alat pengujian seperti mana terdapat dalam modul ini antaranya seperti teka silang kata, suai padan, isi tempat kosong dan sebagainya.

3.3.3 Fasa Pembangunan ( Develop )

Di dalam fasa pembangunan, sepanjang pembangunan modul pembelajaran ini dibina akan dihuraikan dengan lebih jelas. Sepanjang pembinaan modul, penggunaan perisian untuk merekabentuk visual dan ilustrasi adalah sangat kerap digunakan. Ini kerana, modul pembelajaran berasaskan projek ini memerlukan banyak gambaran dan visual untuk membantu penyampaian dan langkah-langkah penghasilan projek.

34 3.3.3.1 Perisian Microsoft Office Power Point 2007

Untuk melukis ilustrasi pembangunan dan langkah-langkah penghasilan projek, pembangun mengaplikasikan sepenuhnya perisian Microsoft Power Point 2007. Fungsi-fungsi garisan, lengkungan, bongkah dan bentuk dimanfaatkan sepenuhnya untuk menghasilkan ilustrasi dan gambarajah yang dikehendaki.

Rajah 3.5 : Aplikasi Fungsi Shapes dalam Microsoft Power Point 2007

35 Hampir sepanjang penghasilan ilustrasi dan gambarajah modul menggunakan perisian Microsoft Power Point seperti gambarajah di bawah. Aplikasi fungsi bentuk dalam perisian ini banyak membantu menghasilkan bentuk-bentuk yang ringkas, jelas dan tidak terlalu padat.

Rajah 3.6 : Contoh Hasil Binaan Menggunkan Microsoft Power Point 2007

36 3.3.3.2 Perisian Sketchup Pro

Perisian ini digunakan untuk melukis ilustrasi yang terdapat pada contoh aktiviti pembelajaran. Perisian ini lebih mudah dan penghasilannya lebih kompleks dan terperinci. Ilustrasi menggunakan perisian ini diaplikasi untuk melukis gambarajah susunan radas dan bahan-bahan dalam aktiviti pembelajaran eksperimen.

Rajah 3.7 : Paparan Perisian Sketchup Pro

Rajah 3.8 : Contoh Hasil Aplikasi Perisian Sketchup Pro

37 3.3.3.3 Gambar Foto

Selain menggunakan ilustrasi dan gambarajah lukisan, gamber foto juga dipaparkan untuk paparan dan penjelasan yang lebih terprinci di dalam modul pembelajaran. Gambar-gambar foto yang disediakan memudahkan pengguna terutamanya pelajar dalam memastikan bahan-bahan yang diperlukan, langkahlangkah pembinaan dan menjadi bukti projek dimodulkan dapat dibangukan dengan sempurna.

Rajah 3.9 : Contoh Gambar Foto

38 3.3.3.4 Saiz Buku Modul

Saiz modul telah ditetapkan menggunakan saiz kertas B5. Saiz ini amat sesuai dengan konsep modul, fleksibel, lebih menarik dan tidak terlalu besar. Penggunaan saiz kertas A4 sebagai saiz buku modul pembelajaran ini dilihat kurang sesuai kerana saiz ini sudah dianggap besar. Dengan saiz yang tidak terlalu kecil, seperti saiz A5, modul pembelajaran yang bersaiz kertas B5 ini lebih sesuai dan selesa untuk digunakan.

3.3.4 Fasa Perlaksanaan ( Implementation )

Dalam fasa ini, modul pembelajaran yang telah siap dibina perlu dipersembahkan untuk menguji keberkesanannya serta melihat masalah-masalah yang mungkin wujud tanpa disedari sepanjang fasa merekabentuk modul. Biasanya fasa perlaksanaan ini dilaksanakan dengan menggunakan sekumpulan pengguna yang menpati kriteria yang telah ditetapkan dalam fasa analisis.

Daripada

pemerhatian yang dilakukan, proses pembaikan atau pemulihan dapat dilaksanakan sebelum modul pembelajaran yang sebenarnya dikeluarkan atau dibangunkan secara rasmi.

Walaubagaimanapun untuk projek ini pembangun menjadikan penyelia

projek dan rakan - rakan sebagai pemerhati kepada projek ini.

39 3.3.5 Fasa Penilaian ( Evaluate )

Fasa penilaian merupakan fasa terakhir dalam pembangunan modul berasaskan Model ADDIE. Maklum balas daripada guru-guru Fizik yang berpengalaman terhadap elemen-elemen yang diterapkan dalam modul ini seperti pemilihan tajuk, kesesuaian konsep Fizik yang disampaikan, penilaian projek yang dibina diambil sebagai keputusan penilaian sesebuah modul yang telah siap dibangunkan. Penilaian dibuat berperingkat dalam memastikan kualiti modul yang baik dicapai.

3.4

Rangka Kerja Keseluruhan

Rajah 3.10 : Rangka Kerja Keseluruhan

40 3.5

Rumusan

Bab ini membincangkan prosedur pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek. Pembinaan modul ini menggabungkan dua jenis model rekabentuk iaitu Model ADDIE dan Model Dick and Reiser. Model ADDIE terdiri daripada elemen Analysis, Design, Develope, Implimentation dan Evaluate ini digunakan sebagai asas pembangunan modul dan Model Dick and Reiser merupakan model yang digunakan untuk merekabentuk modul. Penilaian berterusan dan pengubahsuaian dilakukan pada setiap fasa pembinaan modul ini untuk memastikan hasil pembangunan modul ini menepati kehendak yang diharapkan.

BAB 4

PEMBANGUNAN MODUL

4.1

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dan menjelaskan hasil pembangunan modul yang telah siap dibina dan penilaian yang telah dijalankan.

4.2

Kaedah Menggunakan Modul

Setiap modul mempunyai tajuk projek yang berlainan. Skop modul tertumpu kepada mekanik dan dinamik fizik iaitu merangkumi tajuk force and motion dan force and pressure di dalam sukatan pelajaran fizik tingkatan empat KBSM. Modul ini adalah panduan kepada guru dan pelajar. Tanpa menyimpang daripada tajuk projek, pelajar adalah bebas untuk memilih rekabentuk, material yang hendak digunakan dan tidak semestinya perlu mengikut sepenuhnya apa yang telah diberikan di dalam modul. Kebebasan yang diberikan akan memupuk daya kreativiti dan inkuiri pelajar dalam membina dan merekabentuk projek yang lebih baik.

42 4.3

Rekabentuk Modul

Rekabentuk dihuraikankan

keseluruhan

tiap-tiap

mengenalpasti objektif,

satu

menggunakan

dengan

jelas

model

iaitu

Dick

and

mengenalpasti

Reiser, matlamat,

merancang aktiviti pembelajaran, pemilihan media

pembelajaran dan membina alat-alat pengujian.

Rajah 4.1 : Rekabentuk Model Dick and Reiser Dalam Modul

43 4.3.1 Muka Depan

Rekabentuk kulit depan modul dibuat secara ringkas dan tidak terlalu padat, untuk memastikan tajuk modul yang dipaparkan adalah jelas.

Rajah 4.2 : Muka Depan Modul

44 4.3.2 Matlamat

Pengkaji menghuraikan matlamat untuk menjadi panduan kepada guru atau pelajar yang menggunakan modul ini. Matlamat ini dipaparkan secara mudah dan jelas.

Rajah 4.3 : Matlamat Modul

45 4.3.3 Objektif

Pengkaji menyenaraikan objektif yang dijelaskan untuk menjadi penanda aras supaya pengguna dapat memahami apakah objektif yang harus dicapai atau ditunjukkan oleh pelajar apabila menggunakan modul ini.

Rajah 4.4 : Objektif Modul

46 4.3.4 Penilaian Formatif I

Pengetahuan sedia ada pelajar dinilai dengan menggunakan soalan-soalan mudah yang berkaitan dengan projek yang akan dibangunkan pelajar. Pelajar seharusnya mempunyai idea dan pengetahuan ringkas mereka sendiri terhadap projek tersebut.

Rajah 4.5 : Penilaian Formatif I

47 4.3.5 Pengenalan Projek

Projek diperkenalkan dengan memberikan gambaran binaan yang sebenar, aplikasi dalam kehidupan, konsep-konsep fizik yang terlibat dan bagaimana binaan tersebut berfungsi dengan mengaplikasikan konsep fizik tersebut. Pengenalan yang ringkas ini dapat memberikan idea yang lebih terperinci kepada pelajar untuk membina sendiri projek mereka.

Rajah 4.6 : Pengenalan Projek

48 4.3.6 Peralatan Dan Bahan-bahan

Pemilihan material untuk pembinaan projek adalah bebas dan tidak bergantung sepenuhnya kepada apa yang dicadangkan di dalam modul. Pemilihan peralatan

dan

bahan-bahan

yang

tidak

terhad

ini

membolehkan

pelajar

mengembangkan idea dan potensi kreativiti mereka dengan lebih baik dan menarik. Pemilihan bahan-bahan adalah berdasarkan kepada hasil perbincangan pelajar semasa menentukan rekabentuk projek dan bahan-bahan yang diperlukan.

Rajah 4.7 : Peralatan Dan Bahan-bahan

49 4.3.7 Penilaian Formatif II

Pengkaji menilai kemahiran proses sains pelajar sebaik sahaja aktiviti pembinaan bermula. Pelajar diajukan soalan yang berkaitan dan membawa kepada aplikasi kemahiran proses sains di dalam projek yang mereka usahakan.

Rajah 4.8 : Penilaian Formatif II

50 4.3.8 Pembangunan Projek

Pengkaji memaparkan bagaimana projek tersebut dibangunkan dengan lebih terperinci. Setiap langkah-langkah pembinaan disertakan dengan visual bergambar untuk

memudahkan

pengguna

memahami

langkah

yang

ditunjukkan.

Walaubagaimanapun, kaedah pembangunan dan bagaimana projek ini dibina juga terpulang kepada kreativiti pelajar, kerana mereka mungkin dapat memikirkan idea pembangunan yang lebih ringkas, mudah dan menarik. Panduan yang diberikan di dalam modul ini hanya merupakan idea pengkaji dan gambaran bagaimana projek dihasilkan.

Rajah 4.9 : Langkah Pembinaan Projek

51 4.3.9 Penilaian Formatif III

Hasil pembelajaran dan projek pelajar perlu dibentangkan dalam bentuk laporan dan persembahan. Segala maklumat, konsep-konsep fizik dan cara kerja projek yang dihasilkan dilaporkan dengan terperinci di dalam laporan pelajar. Maklumat-maklumat yang diperolehi pelajar ini akan menunjukkan proses pembelajaran konstruktif yang terbina secara semulajadi kepada pelajar.

Rajah 4.10 : Penilaian Formatif III

52 4.3.10 Penilaian Guru

Pengkaji menyediakan helaian kriteria penilaian untuk memudahkan guru memberikan penilaian dan di samping itu juga memberi maklumat kepada pelajar tentang kriteria yang perlu dipenuhi dalam menghasilkan projek mereka.

Rajah 4.11 : Borang Penilaian Guru

53 4.3.11 Aktiviti Pembelajaran

Projek yang telah pelajar dihasilkan akan digunakan sebagai material pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen. Pengkaji telah memberikan panduan dan contoh pembelajaran yang dapat dilakukan dengan menggunakan bahan projek pelajar sebagai bahan bantu mengajar. Di sini, pelajar dapat menguji aplikasi konsep fizik yang telah mereka pelajari sepanjang pembinaan projek ini.

Rajah 4.12 : Aktiviti Pembelajaran Eksperimen

54 4.3.12 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif dibuat oleh guru berbantukan jadual amalan kemahiran proses sains yang telah dipraktik dan ditunjukkan oleh pelajar. Penilaian sumatif ini berdasarkan

penilaian-penilaian

formatif

yang

telah

pembelajaran berlaku.

Rajah 4.13 : Penilaian Sumatif

dilakukan

sepanjang

55 4.3.13 Refleksi Kendiri

Pengkaji memberikan penilaian sumatif berbentuk soalan seperti soalan struktur untuk menguji dapatan hasil pembelajaran yang telah dilakukan. Pelajar akan diuji tentang konsep fizik yang terlibat dalam pembinaan projek, diminta untuk melukiskan rajah yang berkaitan dan menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan pengiraan fizik.

Rajah 4.14 : Refleksi Kendiri

56 4.4

Ciri-ciri Modul

Modul pembelajaran berasaskan projek ini dibangunkan adalah bersesuaian dengan matlamat modul di mana pembelajaran menggunakan modul ini lebih kepada berpusatkan pelajar. Selain itu, untuk meningkatkan kualiti modul yang dibangunkan, beberapa unsur-unsur interaktif telah diterapkan antaranya penggunaan teks, grafik dan visual. Penerapan elemen-elemen ini bertujuan untuk menarik minat pengguna yang menggunakan modul ini sebagai medium atau bahan pembelajaran mereka.

4.4.1 Kreatif Dan Inovatif

Pelajar atau guru yang ingin menggunakan modul ini bebas memilih tajuk projek yang diinginkan, bersesuaian dengan tajuk atau bahan pengajaran yang ingin disampaikan. Modul yang disediakan adalah sebagai panduan dan pencetus idea kepada pengguna dan mereka bebas untuk merekabentuk, memilih bahan dan kaedah untuk membina projek mereka. Idea daripada modul ini seterusnya dapat membantu pengguna untuk membuat inovasi dan rekaan terbaik terhadap projek mereka.

4.4.2 Mesra pengguna

Modul pembelajaran ini memaparkan tajuk-tajuk dan bahagian yang hendak disampaikan dengan ringkas dan jelas. Setiap paparan mengandungi arahan-arahan dan penyampaian yang mudah difahami oleh pengguna. Visual dan gambarajah yang disediakan juga adalah jelas dan ringkas,

memudahkan pengguna untuk

membayangkan bagaimana projek itu dibangunkan mengikut langkah-langkah yang disediakan. Selain itu juga, modul yang dibina ini disediakan juga di dalam bentuk Microsoft Power Point untuk memudahkan guru-guru menggunakannya di dalam kelas.

57 4.4.3 Grafik

Menyedari pengguna lebih menggemarkan bahan pembelajaran atau modul yang berwarna berbanding hitam dan putih, modul ini telah dibangunkan dengan penerapan warna-warna yang ringkas dan menarik. Gabungan warna yang sesuai telah diambilkira mengikut tema dan diseragam untuk ke semua modul untuk hasil yang lebih menarik dan kemas. Latar belakang keseluruhan berwarna putih kerana warna ini sesuai dipadankan untuk teks dan gambar visual berwarna.

4.4.4 Teks

Teks memainkan peranan penting terhadap penyampaian melalui modul ini. Teks di dalam modul ini diseragamkan dengan menggunakan jenis tulisan Times New Roman, kerana tulisan ini jelas dan membawa gambaran formal terhadap modul dan tidak bervariasi. Selain itu penggunaan tulisan jenis Arial digunakan di dalam visual pembangunan projek kerana teks ini jelas dan mudah dibaca. Saiz teks dibezakan untuk setiap penggunaan seperti tajuk dan sebagainya. Untuk tulisan yang digunakan sebagai tajuk, saiznya adalah lebih besar dan terdapat juga bingkai dan latar berwarna untuk kelihatan lebih kemas dan menarik.

4.4.5 Visual

Modul ini menggunakan gabungan gambar sebenar dan ilustrasi animasi sebagai medium visual di dalam modul ini. Gabungan visual ini menghasilkan paparan yang lebih jelas bagaimana binaan projek tersebut dilakukan dan dibangunkan. Paparan yang jelas ini dapat memudahkan pengguna dalam membentuk idea bagaimana menghasilkan dan membangunkan projek mereka dengan lebih kreatif dan inovatif.

58 4.5

Penilaian Terhadap Modul

Penilaian terhadap modul pembelajaran ini dilakukan oleh guru-guru Fizik yang bepengalaman dan dipilih dari sekolah-sekolah yang tertentu. Setiap modul dinilai oleh seorang guru Fizik yang berpengalaman. Oleh yang demikian, terdapat empat orang guru Fizik dari empat sekolah yang berbeza telah memberi sumbangan dalam membuat penilaian terhadap modul ini. Penilaian terhadap modul ini menggunakan borang soal selidik yang mengandungi setiap satu aspek yang harus dinilai.

4.5.1 Kriteria Penilaian

Terdapat sepuluh kriteria yang terdapat di dalam modul ini yang perlu dinilai oleh guru-guru Fizik tersebut. Kriteria ini disusun mengikut turutan seperti yang terdapat di dalam modul. Aspek-aspek dalam kriteria ini dihuraikan dengan jelas supaya penilaian dapat dibuat dengan lebih bersistematik.

4.5.1.1 Kulit hadapan

Kulit hadapan perlulah jelas, menarik dan ringkas. Terdapat visual yang menggambarkan dengan jelas tentang projek yang akan dibangunkan oleh pelajar apabila memilih modul-modul yang disediakan ini. Keempat-empat modul ini diseragamkan rekaannya dan dapat dibezakan melalui warna tema kulit setiap modul.

4.5.1.2 Matlamat

Matlamat penggunaan modul dipaparkan dengan jelas dan mudah difahami. Matlamat juga perlu menepati kehendak kurikulum dan falsafah pendidikan kebangsaan.

59 4.5.1.3 Objektif

Objektif pembelajaran dipaparkan dengan jelas untuk memudahkan pengguna mengetahui apakah objektif yang seharusnya dicapai apabila menggunakan modul ini sebagai keadah dan medium pembelajaran mereka.

4.5.1.4 Penilaian Formatif I

Ditulis dengan tajuk ‘Tahukah Anda?’ merupakan penilaian formatif yang jelas menilai dan menguji secara ringkas tentang pengetahuan sedia ada pelajar terhadap konsep, aplikasi, cara kerja sesuatu projek tersebut dalam keadaan yang sebenar. Penilaian formatif ini penting untuk menguji sejauh mana pengetahuan pelajar berkaitan dengan projek yang akan dibangunkan oleh mereka.

4.5.1.5 Pengenalan Projek

Pelajar diperkenalkan dengan jelas apakah tajuk projek yang akan mereka bangunkan. Pengenalan terhadap projek memberikan gambaran terhadap aplikasi sebenar projek yang akan mereka bangunkan. Pengenalan projek dapat memberikan idea dan mewujudkan sikap inovasi di kalangan pelajar.

4.5.1.6 Penilaian Formatif II

‘Sudahkah Anda’ sebagai tajuk merupakan penilaian formatif kedua yang khususnya untuk menguji dan menilai kemahiran proses sains pelajar sebelum menjalankan sesuatu aktiviti atau projek. Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat, mengelaskan

secara

kuantitatif

dan

kualitatif,

meramal,

berkomunikasi,

mengeksperimen dan pelbagai lagi kemahiran-kemahiran proses sains yang dapat diterapkan dan dipraktikkan sebelum projek dijalankan.

60 4.5.1.7 Langkah-langkah pembinaan

Langkah-langkah pembinaan divisualkan menggunakan dua medium yang saling bergantungan iaitu gambarajah sebenar dan ilustrasi visual. Kombinasi keduadua medium ini menghasilkan kaedah penyampaian langkah-langkah pembinaan projek yang lebih jelas dan tersusun.

4.5.1.8 Penilaian Guru

Penilaian guru terhadap projek yang telah dihasilkan adalah jelas, mudah difahami dan kriteria yang diperlukan di paparkan jelas sebagai maklumat kepada pengguna dalam memastikan apakah kriteria yang perlu dipenuhi apabila menyiapkan projek ini.

4.5.1.9 Aktiviti Pembelajaran

Contoh aktiviti pembelajaran iaitu eksperimen diberikan dengan jelas dan sesuai dengan hasil projek yang telah disiapkan. Hasil aktiviti pembelajaran boleh diberikan sebagai laporan eksperimen dan dinilai oleh guru.

4.5.1.10 Refleksi Kendiri

Refleksi kendiri merupakan alat pengujian pelajar yang jelas menguji hasil dapatan aktiviti pembelajaran mereka. Penguasaan konsep, pengetahuan fizik dan kefahaman mereka di uji menggunakan alat-alat pengujian yang terdapat di dalam bahagian refleksi kendiri ini.

61 4.6

Penilaian Keseluruhan

Penilaian ini memberikan gambaran keseluruhan modul ini dan guru-guru penilai juga disediakan ruangan untuk mencoretkan komen-komen dan pandangan kritis mereka dalam menambahbaikkan modul ini.

62

Rajah 4.15 : Borang Penilaian Modul

63 4.7

Hasil Penilaian Modul

Modul-modul yang telah dibangunkan sebagai draf dihantar kepada guruguru Fizik yang berpengalaman untuk dinilai. Seramai empat orang guru telah meluangkan masa mereka untuk melihat, menilai dan memberikan pandangan masing-masing terhadap modul pembelajaran ini. Setiap satu modul yang telah dihasilkan diserahkan kepada seorang guru penilai. Hasil penilaian akan dibincangkan di bab seterusnya.

4.8

Rumusan

Pembangunan keseluruhan dan rekabentuk modul berasaskan Model Dick and Reiser dan juga penerapan Model ADDIE. Aktiviti pembelajaran menggunakan modul ini lebih kepada berpusatkan pelajar dan guru bertindak sebagai fasilitator dalam memantau aktiviti dan pembinaan projek pelajar. Pembelajaran berlaku sepanjang proses pembangunan projek berlaku. Kemahiran proses sains sangat mudah dan berkesan untuk diterapkan dan dipraktikkan oleh pelajar melalui pembelajaran berasaskan projek seperti ini. Penilaian terhadap aspek ini juga dapat dilakukan dengan mudah kerana hasil pembelajaran dapat dilihat secara nyata iaitu produk yang telah dihasilkan. Di sinilah kreativiti, inovasi, kemahiran proses sains dan pelbagai elemen-elemen pembelajaran lain yang berasaskan hands-on dapat dilihat.

Pembangunan modul pembelajaran seperti ini diharap dapat diperbanyakkan dan dipelbagaikan lagi idea projek yang boleh dihasilkan. Merujuk kepada penilaian yang telah dijalankan, beberapa kelemahan dan kekurangan telah dikenalpasti dan akan dibincangkan pada bab yang seterusnya.

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1

Pengenalan

Dalam bab ini akan merumuskan tentang keseluruhan modul pembelajaran Fizik berasaskan projek yang telah dibina secara ringkas serta membincangkan masalah-masalah yang dihadapi semasa membangunkan modul pembelajaran ini. Selain itu, kekuatan dan kelemahan modul pembelajaran ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut di dalam bab ini.

5.2

Perbincangan

Pembinaan

modul

pembelajaran

berasaskan

projek

ini

ditetapkan

rekabentuknya untuk memenuhi kehendak dan keperluan pembelajaran. Pembinaan modul ini melibatkan beberapa fasa dan penelitian berterusan harus dilakukan supaya dapat memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhannya, pembinaan modul pembelajaran ini dipastikan kesinambungannya dengan objektif pembelajaran, teori yang terlibat dan model rekabentuk yang digunakan. Asas-asas kepada pembinaan modul pembelajaran ini dapat dilihat daripada huraian aspek-aspek yang terlibat.

65 5.2.1 Pembangunan Modul Pembelajaran Berasaskan Objektif

Objektif pembinaan modul pembelajaran ini ialah :

Membangunkan modul pembelajaran berasaskan projek bagi matapelajaran fizik tingkatan empat untuk penerapan : o

Konsep fizik

o

Kemahiran proses sains (KPS)

o

Pemikiran kritis dan kreatif

o

Penyelesaian masalah

Pengkaji telah membangunkan empat modul berasaskan projek dan membawa rekabentuk modul ini kepada modul pembelajaran yang menerapkan elemen-elemen yang dikehendaki oleh objektif pembangunan. Penilaian terhadap elemen-elemen yang dipraktikkan juga dapat dibuat dengan lebih berkesan dan bersistematik. Penetapan objektif sebagai asas pembinaan modul pembelajaran ini dapat menjadi panduan supaya rekabentuk dan proses pembinaan modul ini tidak tersasar daripada kehendak penghasilan modul pembelajaran ini.

5.2.2 Pembangunan Modul berasaskan Model Dick and Reiser dan Model ADDIE

Model Dick and Reiser digunakan sebagai asas rekabentuk modul ini. Terdapat tujuh elemen yang diperkenalkan di dalam model ini iaitu menentukan matlamat, menulis objektif, membina aktiviti pembelajaran, memilih dan membina media pembelajaran, perlaksanaan, bina penilaian dan menilai semula pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan keseluruhan projek adalah berpandukan Model ADDIE yang mana mempunyai lima fasa dalam menyempurnakan pembangunan modul ini, iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian.

66 5.2.3 Pembangunan Modul Berasaskan Penilaian Formatif

Penerapan yang berkesan dan penilaian terhadap konsep, kemahiran proses sains, pemikiran kritis dan kreatif serta penyelesaian dapat dilihat dengan jelas apabila pelajar melakukan membina projek. Kemahiran-kemahiran proses sains seperti memerhati, meramal, berkomunikasi, membuat pengukuran, dan pelbagai lagi dapat

diperhatikan

sepanjang

proses

pembelajaran

menggunakan

modul

pembelajaran berasaskan projek ini.

5.3

Kelebihan Modul

5.3.1 Kelebihan Ciri-ciri Modul

Modul pembelajaran berasaskan projek yang telah dibangunkan ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang menarik seperti : •

Muka hadapan yang seragam, ringkas dan menarik.



Saiz modul yang sederhana, mudah untuk dibawa.



Paparan yang jelas, ringkas dan tidak terlalu padat.



Mempunyai gambar dan imej yang sebenar memudahkan menjadi bahan rujukan untuk pembinaan projek.



Penerangan langkah-langkah pembinaan berbantukan gambarajah dan ilustrasi ringkas memudahkan pelajar untuk mengikut dan memahami binaan yang diberikan.



Penilaian formatif terhadap kemahiran proses sains dibuat dan diterapkan secara tidak langsung dan semulajadi



Modul ini memberikan contoh aktiviti pembelajaran yang boleh dijalankan menggunakan hasil projek yang telah dibangunkan.



Alat-alat pengujian yang mudah dan ringkas sebagai refleksi kendiri pelajar.

67 5.3.2 Kelebihan Kepada Pelajar

Kelebihan kepada pelajar apabila menggunakan modul pembelajaran berasaskan projek ini dapat dilihat seperti : •

Memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan potensi mereka di dalam bidang rekacipta dan inovasi.



Memupuk daya kreativiti dan inovasi.



Memupuk nilai-nilai murni seperti kesedaran tentang kebaikan kitar semula bahan-bahan terpakai, sikap kepimpinan, belajar membuat keputusan dan bekerjasama di dalam kumpulan.



Mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berpusatkan pelajar.



Dapat mempelajari konsep fizik dan aplikasinya di dalam kehidupan dengan kaedah pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.

5.3.3 Kelebihan Kepada guru

Selain pelajar, guru juga merupakan kumpulann sasaran yang penting. Tidak kurang juga modul pembelajaran ini dapat memberikan kelebihan kepada guru-guru fizik antaranya : •

Membantu dan memudahkan guru dalam menyusun dan merancang aktiviti pembelajaran jika guru ingin menggunakan kaedah projek.



Projek yang dihasilkan boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk kelas yang lain.



Memudahkan penilaian guru terhadap pengetahuan konsep fizik, kemahiran proses sains, kreativiti serta penyelesaian masalah.



Guru sebagai fasilitator sepanjang aktiviti pembelajaran berlaku.

68 5.4

Kelemahan Modul

Berdasarkan ciri-ciri modul pembelajaran yang telah dibangunkan, modul pembelajaran yang telah dihasilkan telah memenuhi kehendak-kehendak yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan yang dikenalpasti antaranya : •

Melalui modul, contoh visual pembinaan projek tidak dapat ditayangkan sebagai video, oleh yang demikian mungkin terdapat bahagian-bahagian penerangan yang tidak jelas kepada pelajar yang tidak dapat ditunjukkan secara sebenar.



Aktiviti pembelajaran menggunakan projek yang telah dihasilkan terhad kepada ujikaji dan eksperimen. Walaubagaimanapun projek yang telah dihasilkan dapat menjadi bahan bantu mengajar guru-guru fizik di dalam menyampaikan pengajaran mereka.

5.5

Masalah–masalah Yang Dihadapi

Kewujudan masalah-masalah sepanjang pembinaan modul pembelajaran seperti ini juga adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Masalah-masalah yang dihadapi pembangun dapat dilihat jelas dengan tempoh pembangunan modul ini yang diambil agak lama.

69 5.5.1 Merekabentuk Projek Dalam Modul

Memilih projek yang akan dibangunkan di dalam modul bukanlah kerja yang mudah. Pembangun perlu memilih tajuk projek yang sesuai dengan skop pembangunan dan merekabentuk projek tersebut. Masalah yang berlaku di sini adalah merekabentuk projek yang sebenar adalah tidak semudah merekabentuk projek di atas kertas. Pengkaji harus memastikan projek yang dicadangkan dan telah direkabentuk mempunyai potensi dan kebolehpercayaan untuk dihasilkan. Oleh yang demikian, pembangun sendiri telah membangunkan dan menyiapkan projek-projek yang telah dipilih dalam usaha memastikan projek tersebut berkeupayaan untuk dihasilkan dengan hasil kraftangan. Projek-projek yang tidak logik, sangat sukar dan melibatkan kos penghasilan yang tinggi akan dimansuhkan dan dikeluarkan daripada modul pembelajaran ini. Terdapat beberapa projek yang telah direkabentuk dan dirancang tetapi akhirnya gagal untuk dihasilkan merujuk kepada faktor-faktor yang tersebut, antaranya seperti helikopter mini (mini helicopter), pesawat terbang mini (mini aircraft) dan maglev mini (mini magnetic levitation train). Dalam usaha menghasilkan projek-projek ini pembangun telah menyedari projek-projek yang disebutkan ini telah melibatkan kos yang tinggi dan hasil yang telah disiapkan adalah mustahil untuk mempamirkan konsep fizik yang telah digunapakai. Pembaziran dan kekangan masa juga berlaku dan akan dibincangkan pada bahagian berikutnya.

5.5.2 Kekurangan Pakar Dalam Melukis Dan Membuat Ilustrasi

Gambarajah dan ilustrasi mendominasi hampir keseluruhan modul. Oleh yang demikian, ilustrasi berkomputer dipilih kerana selain jelas dilihat dan dirujuk, gambarajah yang dihasilkan berbantu komputer juga adalah lebih kemas, ringkas dan seragam.

Walaubagaimanapun,

pembangun

kekurangan

kemahiran

dalam

menggunakan perisian-perisian ilustrasi ini seperti Adobe Photoshop, Autocad, Sketchup Pro dan lain-lain. Pengkaji hanya berkeupayaan mengaplikasi sepenuhnya ilustrasi yang dihasilkan melalui perisian Microsoft Office Power Point 2007 dan sedikit kemahiran menggunakan perisian Sketchup Pro. Kekurangan kemahiran

70 terhadap perisian-perisian ini menjadi masalah kepada pembangun di dalam membuat paparan ilustrasi yang lebih baik dan jelas. Walaupun begitu, juga tidak dapat dinafikan hasil penggunaan Microsoft office Power Power Point 2007 juga adalah baik, jelas dan menarik tetapi ia memerlukan kemahiran, ketelitian, dan kreativiti yang tinggi dalam proses penghasilan ilustrasi tersebut.

5.5.3 Kekangan Masa

Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan modul pembelajaran ini juga begitu terhad untuk menghasilkan modul pembelajaran yang lebih sempurna. Masa banyak dihabiskan kepada pembangunan ilustrasi dan gambarajah. Selain itu, pembangun juga dikehendaki membangunkan projek yang telah dipilih dalam memastikan projek yang dipilih benar-benar boleh dibangunkan dan bukan sekadar perancangan dan model di atas kertas. Semua ini telah memakan masa yang panjang berikutan terdapat empat modul yang perlu dibangunkan

serentak. Hasil projek-

projek yang gagal juga menyumbang kepada penggunaan masa yang berlebihan. Masa yang ada perlu diimbangi dengan penulisan dan pembangunan projek ini di samping perlu menghadiri kuliah.

5.5.4 Sumber Dan Bahan-bahan Rujukan Yang Terhad

Bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan pembangunan projek adalah terhad dan kebanyakannya ditumpukan kepada projek-projek untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Projek-projek pada tahap ini biasanya adalah sangat ringkas, terlalu mudah dibuat dan tidak mengaplikasikan konsep fizik dan cara kerja sebenar projek tersebut. Rujukan dan contoh projek yang memenuhi tahap dan kehendak pembangun agak terhad di mana ianya hanya boleh diperolehi dari perpustakaan atau membelinya sendiri.

71 5.6

Dapatan Hasil Penilaian

Dapatan hasil penilaian daripada guru-guru fizik berpengalaman di sekolah telah

dirumuskan

dan

diringkaskan.

Berikut

ialah

elemen-elemen

yang

diketengahkan pembangun untuk dihuraikan.

5.6.1 Rekabentuk Kulit Hadapan

Hasil dapatan penilaian, secara purata penilai berpuas hati dengan rekabentuk kulit hadapan modul pembelajaran.

5.6.2 Isi Kandungan Modul

Secara purata, modul yang dinilai memerlukan penambahbaikan dari segi matlamat, objektif, fokus pembelajaran projek dan aktiviti pembelajaran. Matlamat pembelajaran kurang tepat dan memerlukan pengubahsuaian.

5.6.3 Teks Dan Ilustrasi

Penggunaan teks adalah jelas, mudah difahami dan ringkas. Secara purata penilai berpuas hati dengan hasil ilustrasi yang telah pembangun hasilkan. Penilai juga mencadangkan supaya menggunakan perisian khas yang lebih baik untuk menghasilkan ilustrasi yang dikehendaki.

72 5.6.4 Saiz Modul

Secara purata, penilai berpus hati dengan pemilihan saiz modul iaitu menggunakan kertas bersaiz B5. Penilaian formatif yang dijalankan semasa merekabentuk modul menggunakan kertas bersaiz A5 adalah kurang sesuai dan terlalu kecil.

5.6.5 Contoh Komen Dan Pandangan Kritis Penilai

Rajah 5.1 : Komen dan Pandangan penilai

73 5.7

Cadangan Penambahbaikan Modul

Cadangan penambahbaikan kebanyakkannya dipetik daripada hasil soal selidik dan penilaian yang dibuat oleh guru-guru fizik yang berpengalaman. Hasil dapatan, komen kritis dan cadangan mereka dimasukkan sebagai cadangan penambahbaikan modul pembelajaran ini.

5.7.1 Penguasaan Kemahiran Mengaplikasi Perisian-perisian Ilustrasi

Pembangun perlu

menguasai kemahiran-kemahiran

mengaplikasi dan

menggunakan perisian-perisian membuat visual dan ilustrasi dengan baik. Penguasaan terhadap perkara ini dapat membantu kepada penghasilan visual dan ilustrasi dalam modul dengan lebih menarik, jelas, mudah dan berkualiti. Keseragaman dan latar belakang dalam modul dapat dihasilkan dengan lebih baik dan hasil modul yang berkualiti dapat meletakkan modul pembelajaran ini seiiring dengan modul-modul pembelajaran yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat penerbitan.

74 5.7.2 Pemilihan Tajuk Modul Berasaskan Topik-Topik Kritikal Dan Sukar

Cadangan yang diberikan ini adalah sangat baik. Pembangun perlu meneliti dan melihat kajian-kajian yang lepas tentang topik-topik dalam matapelajaran fizik yang bermasalah. Seterusnya setelah mengenalpasti topik-topik tersebut, pembangun perlu mendapatkan idea terbaik tentang tajuk projek yang dapat mengaplikasi konsep fizik tersebut. Oleh yang demikian, pembangunan modul berasaskan projek ini lebih bermakna dan dapat menjadi kaedah pembelajaran alternatif kepada guru-guru. Cadangan ini mungkin boleh dibawa untuk kajian dan pembangunan pada masa akan datang.

5.7.3 Menyediakan Proses Penghasilan Projek Dalam Bentuk Video

Modul yang telah dihasilkan mempunyai dua sumber yang boleh dirujuk semasa membina projek. Langkah-langkah bertulis dan bergambar yang disediakan di dalam modul mungkin masih tidah dapat membantu dari segi penyampaian. Oleh yang demikian, langkah-langkah penghasilan projek adalah lebih baik dan menarik jika disediakan juga di dalam bentuk video. Langkah-langkah pembinaan dari pemilihan bahan-bahan sehingga akhirnya menguji projek yang telah dihasilkan dirakamkan dan diedit menggunakan perisian-perisian video yang banyak boleh didapati. Penghasilan video seperti ini dapat menonjolkan kelebihan dan keistimewaan modul pembelajaran ini berbanding modul-modul pembelajaran yang terdapat di pasaran sekarang.

75 5.7.4 Pelbagaikan Contoh Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Menggunakan Projek

Aktiviti-aktiviti pembelajaran menggunakan projek dicadangkan supaya dipelbagaikan. Tidak semata-mata membuat eksperimen menggunakan projek. Projek yang telah dihasilkan juga boleh dijadikan sebagai model rujukan atau sebagai bahan bantu mengajar guru dalam usaha memberikan penerangan terhadap konsep fizik dengan lebih berkesan.

5.7.5 Pelbagaikan Alat-alat Pengujian Di Dalam Modul

Alat-alat pengujian juga dicadangkan supaya dipelbagaikan lagi supaya lebih menarik dan mempunyai variasi. Alat-alat pengujian boleh dibuat dalam bentuk isi tempat kosong, membuat gambarajah peta minda, teka silangkata, menyusun ayat dan sebagainya selain daripada soalan struktur.

5.8

Cadangan memperluaskan Penggunaan Modul

5.8.1 Membangunkan Dua Versi Modul

Modul pembelajaran berasaskan projek ini dibangunkan dalam versi dwibahasa iaitu bahasa Malaysia dan bahasa inggeris. Penghasilan modul pembelajaran dalam versi bahasa inggeris mampu membawa modul pembelajaran ini ke peringkat global.

76 5.8.2 Memperkenalkan Modul Di Sekolah-sekolah

Modul yang dihasilkan ini diperkenalkan kepada guru dan sekolah. Guru-guru yang berminat menggunakan modul pembelajaran ini sebagai kaedah pengajaran mereka boleh memanfaatkan modul pembelajaran ini sepenuhnya.

5.8.3 Modul Sampingan Aktiviti Pembelajaran Di Rumah

Modul yang dihasilkan boleh dijadikan modul sampingan untuk kegunaan ibu bapa memberikan pembelajaran kepada anak-anak mereka di rumah. Modul sampingan dapat memberikan contoh-contoh aktiviti pembelajaran berasaskan projek yang

boleh

dilakukan

di

rumah

dengan

pemantauan

ibu

bapa.

77 5.9

Rumusan

Berdasarkan objektif, Pembangunan modul pembelajaran fizik berasaskan projek ini bertujuan menerapkan konsep fizik, kemahiran-kemahiran proses sains, pemikiran kritis dan kreatif serta penyelesaian masalah. Oleh yang demikian, hasil pembangunan berdasarkan elemen-elemen tersebut ditunjukkan secara ringkas menggunakan jadual di bawah :

5.9.1 Penerapan Konsep Fizik

Elemen

Modul 1 Mini Submarine

Modul 2 Mini Water Fountain

Modul 3 Mini Hovercraft

Modul 4 Mini Vacuum Cleaner

Penerapan Konsep Fizik • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •

Prinsip Archimedes Ketumpatan Daya apungan Prinsip kerja Kapal Selam Kegunaan tangki balast Tekanan dalam cecair Tekanan atmosfera Elektrik ( litar sesiri dan selari ) Elektromagnet ( motor elektrik ) Tekanan udara Geseran Prinsip kerja hovercraft dan kusyen udara Elektrik ( litar sesiri dan selari ) Elektromagnet (motor elektrik ) Prinsip bernoulli Tekanan udara Pergerakan tekanan udara Prinsip kerja penyedut hampagas Elektrik (litar sesiri dan selari ) Elektromagnet ( motor elektrik )

Jadual 5.1 : Penerapan Konsep Fizik

78 5.9.1 Penerapan Kemahiran Proses Sains

Elemen

Penerapan Kemahiran Proses Sains

Modul 1 Mini Submarine Modul 2 Mini Water Fountain Modul 3 Mini Hovercraft

Modul 4 Mini Vacuum Cleaner

Secara keseluruhan, kemahiran proses sains yang dapat diperlihatkan sepanjang aktiviti pembelajaran berasaskan projek ini antaranya : • Memerhati • Mengelas • Menggunakan perhubungan ruang dan masa • Mengukur • Meramal • Berkomunikasi • Membuat Inferens • Mengumpul data • Merekod data • Membuat hipotesis • Mentafsir maklumat • Mendefinisi secara operasi • Mengawal pembolehubah • Mengeksperimen

Jadual 5.2 : Penerapan Kemahiran Proses Sains

79 5.9.3 Penerapan Pemikiran Kritis, kreatif dan Inovatif

Elemen

Modul 1 Mini Submarine

Modul 2 Mini Water Fountain

Modul 3 Mini Hovercraft

Modul 4 Mini Vacuum Cleaner

Penerapan Pemikiran Kritis, Kreatif dan inovatif • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •

Idea baru rekabentuk unik projek. Sifat kalis atau tahan air. Binaan tangki balast. Penyambungan tiub udara. Aliran keluar masuk air dalam tangki balast. Idea baru rekabentuk projek. Sifat kalis atau tahan air. Rekaan unik perumah untuk pam. Binaan pam. Material yang digunakan. Rekabentuk badan hovercraft. Material yang digunakan. Pengemasan dan penyambungan wayar. Persembahan projek. Inovasi dan keunikan projek. Idea baru rekabentuk projek. Material yang digunakan. Kuasa kipas yang diperlukan. Saiz projek. Kekemasan penyambungan.

Jadual 5.3 : Penerapan Pemikiran Kritis, Kreatif Dan Inovatif

80 5.9.1 Penyelesaian Masalah

Elemen

Modul 1 Mini Submarine

Modul 2 Mini Water Fountain

Modul 3 Mini Hovercraft

Modul 4 Mini Vacuum Cleaner

Penyelesaian Masalah • Daya apungan yang diperlukan • Material yang diperlukan untuk memudahkannya tenggelam. • Keseimbangan projek semasa tenggelam. • Berat projek. • Kekuatan pam air. • Kuasa elektrik yang diperlukan • Ketahanan motor pam • Tekanan air yang ingin dicapai • Mengelakkan motor daripada terkena air. • Saiz projek yang diperlukan • Kesesuaian Berat projek • Pemilihan motor elektrik dan kipas • Kekuatan motor dan aliran udara yang dihasilkan • Pemilihan material projek • Arah putaran motor elektrik • Kekuatan aliran udara yang dihasilkan • Kekuatan motor elektrik • Kesesuaian saiz projek • Penentuan arah putaran kipas

Jadual 5.4 : Penyelesaian Masalah

81 5.10 Kesimpulan

Pembangun telah berjaya menghasilkan empat buah modul pembelajaran berasaskan projek bagi tujuan penerapan konsep fizik, kemahiran proses sains, pemikiran kritis dan kreatif serta penyelesaian masalah. Penghasilan modul pembelajaran ini merujuk kepada objektif yang telah ditetapkan dan telah dijelaskan tentang elemen-elemen tersebut di dalam modul pembelajaran ini.

5.11 Penutup

Diharapkan dengan terhasilnya modul pembelajaran berasaskan projek ini mampu menjadikannya asas kepada pengeluaran modul-modul pembelajaran berasaskan projek yang lebih baik dan meliputi keseluruhan kurikulum sekolah rendah dan menengah. Persediaan ini adalah penting di dalam usaha mengharungi transformasi

dalam

kreativiti,inovasi,

sains

pendidikan dan

di

teknologi

Malaysia. menjadi

Pendidikan pemangkin

berteraskan dalam

usaha

mengembangkan pembelajaran berasaskan projek ke seluruh negara. Kewujudan modul pembelajaran berasaskan projek ini secara tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai murni, penerapan pemikiran sains serta teknologi terhadap generasi baru yang akan menerajui perkembangan dan pembangunan negara pada masa hadapan. Semoga bidang pendidikan di Malaysia terus berkembang dan meningkat maju.

82

RUJUKAN

Abu Hassan bin Kasim (2003). Kurikulum Sains Sekolah Malaysia. Edaran Dalaman. Fakulti pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia

Aminah Ayob (2008). Melangkah ke hadapan ke arah membangunkan Modal Insan yang celik Sains, Matematik dan Teknologi. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik, 11 & 12 Oktober 2008, UTM

Badariah binti Hamzah, Cham You, Chang See Leong, Koey Kheng Chuam, Yew Kok Leh (2005). Physics Form 4 Practical Book. Selangor : Zeti Enterprise.

Brian E. Woolnough

(1994). Effective Science Teaching. Open University

Press : Buckingham.Philadelphia

Christine Ebert & Edward S. Ebert II (1998), The Inventive Mind In Science: Creative Thinking Activities : Teacher Idea Press. Foo Seng Teek, Yee Cheng Teik, Chong Geok Chuan & Lee Beng Hin (2007). Success Physics SPM. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hazrulrizawati Bt Abd Hamid.(2007). Perbandingan Tahap Penguasaan KemahiranProses Sains Dan Cara Penglibatan PelajarDalam Kaedah Amali Tradisional Dengan Kaedah Makmal Mikro Komputer.Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia

Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khoo Goh Kow & Yap Eng Keat (2007). Reference text Series Physics. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

83 Mohammad Khatim Hassan (2001). “ Pembelajaran matematik Di Era Digital : Pendekatan dan Cabarannya”. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan. Siri 3. 80-90.

Neal A. Glasgow & Cathy D. Hicks (2003). What Successful Teachers Do : Research-based Classroom Strategies for New and Veteran teacher :Corwin Press Inc. Sage Publication Company

Nor Rahimah Bte Abu Bakar (2003) Pembinaan dan Penilaian Kesesuaian Pembelajaran Kendiri Daya dan Gerakan Bagi Mata Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat. Universiti Teknologi Malaysia : Tidak Diterbitkan.

Omardin Ashaari (1997). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Richard Gott & Sandra Duggan (1994). Developing Science And Technology Education; Investigative Work In The Science Curriculum. Open University Press : Buckingham.Philadelphia

Roshidayah Yang (2004). Pembinaan dan Penilaian Kesesuaian Pembelajaran Kendiri (MPK) Sifat Jirim Bagi Mata Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat. Universiti Teknologi Malaysia : Tidak Diterbitkan

Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad ( 2005). Pembinaan Modul : Bagaimana Membina Modul Latihan Dan Modul Akademik. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Siti Noor Zulita Binti Kamsan. (2007). Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati dan Mentakrif Operasi Di Kalangan Pelajar Tahun Satu Pendidikan Fizik, Universiti Teknologi Malaysia. Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia

Sue E. Baptiste (2003). Problem Based Learning ; A Self Directed Journey : SLACK Incorporated Yew Kok Leh (2009). Hands-On Integrated with PEKA Form 4 Physics .Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd

84 LAMPIRAN A MUKA DEPAN MODUL

85 LAMPIRAN B HASIL PENILAIAN GURU

86

87

88

89

90

91 LAMPIRAN C CONTOH MODUL

92

93

94

95

96

97

98

99

100

101

102

103

104

105

106

107

108

109

110

111

112

113

114

115

116

117

118 LAMPIRAN D BORANG SOAL SELIDIK

119

Suggest Documents