PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN E-PETA MINDA BERTAJUK ALCOHOL UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN LIMA VALARIE ANNE VELIAN

PENGESAHAN PENYELIA " Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti...
Author: Roy Evans
11 downloads 1 Views 702KB Size
PENGESAHAN PENYELIA

" Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia Minor Matematik)".

Tandatangan

:

Nama Penyelia : TUAN HAJI MUSLIM BIN JONID Tarikh : 10 MEI 2011

PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN E-PETA MINDA BERTAJUK ALCOHOL UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN LIMA

VALARIE ANNE VELIAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendididkan (Kimia/Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."

Tandatangan Nama Penulis : VALARIE ANNE VELIAN Tarikh

: 10MEI2011

iii

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin mengucap syukur kerana berjaya menyiapkan projek sarjana muda ini. Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan yang tulus ikhlas kepada penyelia saya Tuan Haji Muslim Bin Jonid, atas tunjuk ajar dan bimbingan diberikan di samping tidak jemu memberikan bantuan sepanjang melaksanakan projek ini.

Tidak dilupakan semua dorongan dan nasihat daripada ibubapa saya En Velian Koyoi dan Puan Sameh Manggal. Adik beradik yg lain dan guru-guru yang telah memberi kerjasama dalam menyiapkan projek ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menyumbangkan idea-idea yang berguna dan nasihat serta tunjuk ajar kepada saya bagi menyelesaikan masalah sepanjang membangunkan projek ini terutama sekali pada teman-teman Maswadi Mardin, Ang Sher Ryn dan Elizabeth Rachel.

Segala penghargaan turut disampaikan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan projek sarjana muda ini. Jasa baik semua tidak akan dilupakan.

iv

ABSTRAK

Perkembangan dalam sektor pendidikan masa kini lebih menjurus kepada penggunaan teknologi serta penggunaan internet. Untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, satu pembangunan e-peta minda bagi tajuk “Alcohol” Tingkatan Lima telah dilaksanakan. Projek ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint 2007, Adobe photoshop CS3, Ulead Cool 3D, Sony Sound Forge 7.0, Ulead Gif Animator 5.0, Windows Movie Maker 2.6 dan Hot Potatoes. Elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio, video, hiperteks dan hypermedia disepadukan bersama ke dalam modul ini menjadikannya menarik, lengkap dan mesra pengguna. Pelbagai aktiviti disediakan seperti Quiz, Lesson dan Games. Satu Penilaian formatif yang dijalankan di kalangan dua guru di sekolah-sekolah kawasan skudai yang berasaskan instrument borang senarai semak memberi respon yang positif terhadap projek ini dan menunjukkan bahawa projek ini sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Diharap dengan adanya kemudahan seperti ini akan memberi peluang kepada golongan pendidik untuk mengaplikasikan kemudahan teknologi yang wujud agar tidak terhad dengan ilmu buku teks sahaja.

v

ABSTRACT

The development of the education field nowadays is moving towards the usage technology especially the use of internet. To make teaching and learning process more interesting, the development of e-Mind Map for "Alcohol" form five topic was being implement. This module establish using various softwares such as Microsoft Powerpoint 2007, Adobe photoshop CS3, Ulead Cool 3D, Sony Sound Forge 7.0 and Ulead Gif Animator 5.0, Windows Movie Maker 2.6 and Hot Potatoes. Thus, multimedia elements likes text, graphics, animations, audios, videos, hypertexts and hypermedias are united together into this module so as to make it interesting, complete, and user friendly. Many activities are being set up such as Quiz, Lesson and Games. A formative evaluation has been conducted among two teachers in Skudai area school based on the instrument of checklist form and gives a positive response that show this project is suitable to apply in teaching and learning process. It is hope that the existence of this facilities will provide an opportunity for educators to apply the technologies and not rely on text book knowledge only.

vi

ISI KANDUNGAN

BAB

1

TAJUK

MUKA SURAT

PENGAKUAN

ii

PENGHARGAAN

iii

ABSTRAK

iv

ABSTRACT

v

KANDUNGAN

vi

SENARAI RAJAH

xi

SENARAI RINGKASAN

xii

PENDAHULUAN

1

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

4

1.3

Pernyataan Masalah

5

1.4

Objektif Projek

6

1.5

Rasional Pemilihan Tajuk

6

1.6

Kepentingan Projek

8

1.7

Skop Kerja

8

1.8

Definisi dan Istilah 1.8.1 Perisian

10 10

vii

1.9 2

1.8.2

Komputer

11

1.8.3

Audio

11

1.8.4

Video

11

1.8.5

Animasi

12

1.8.6

Multimedia

12

1.8.7

Konsep Teknologi Komunikasi dan Maklumat

12

1.8.8

Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK)

13

Penutup

13

SOROTAN PENULISAN

14

2.1

Pengenalan

14

2.2

Definisi Multimedia

15

2.3

Definisi Pembelajaran Berbentuk Komputer 2.3.1 Kelebihan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran

16

2.3.2

17

2.4

Kelemahan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Bahan Bantu Mengajar 2.4.1 Ciri-ciri BBM yang baik

17 17

2.4.2

18

Kepentingan BBM

2.5

Mind Mapper 2008

18

2.6

Peta Minda

19

2.7

Pembelajaran Berkesan Dengan Peta Minda

20

2.8

Kelebihan Peta Minda

21

2.9

Strategi Pengajaran Dalam Modul Perisian BBM

22

viii

Berasaskan Komputer 2.10

2.11 3

Teori Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Reka Bentuk Perisian

23

2.10.1 Teori Konstruktivisme

23

Penutup

24

METADOLOGI PENGURUSAN PROJEK

25

3.1

Pengenalan

25

3.2

Pemilihan Tajuk dan Skop

25

3.3

Pengumpulan Bahan Dan Penjanaan Idea

26

3.4

Reka Bentuk Model pembangunan

26

3.5

Objektif Pengajaran

32

3.6

Kumpulan Sasaran

32

3.7

Pemilihan Perisian Pembangunan 3.7.1 Kelebihan Menggunakan Perisian Microsoft Powerpoint Sebagai perisian Utama

33 33

3.8

Pemilihan Perisian Multimedia 3.8.1 Photoshop CS3

34 34

3.8.2

Sony Sound Forge 5

35

3.8.3

Ulead Cool 3D Production Studio

35

3.8.4

Ulead GIF Animator 5

35

3.8.5

Microsoft Windows Movie Maker

36

3.8.6

Sony Vegas 8

36

3.8.7

Windows Sound Recorder

36

3.8.8

Hot potatoes Version 6

37

ix

3.9

Spesifikasi Perkakasan untuk Pembangunan Projek

38

3.10

Spesifikasi Keperluan Minimum Perkakasan

38

untuk Pengguna 3.11 4

5

Penutup

39

HASIL PEMBANGUNAN

40

4.1

Pengenalan

40

4.2

Komponen dalam Projek 4.2.1 Bahagian Pengenalan

41 41

4.2.2

Bahagian Pembelajaran

43

4.2.3

Bahagian Kuiz

44

4.2.4

Bahagian Glosari

45

4.2.5

Bahagian Permainan

46

4.3

Penghasilan dan Sumber Bahan Pembelajaran

47

4.4

Stuktur Asas Bahan Pembelajaran

48

4.5

Penilaian Guru-Guru di Sekolah

48

4.6

Penutup

49

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

50

5.1

Pengenalan

50

5.2

Ringkasan Projek

50

5.3

Kelebihan Projek

51

5.4

Kelemahan Projek

52

5.5

Masalah-masalah yang dihadapi semasa pembangunan

52

x

Modul BBM 5.5.1 Kekurangan Pakar Perisian

51

5.5.2

53

Kekangan Masa

5.6

Cadangan

53

5.7

Kesimpulan

54

RUJUKAN

55

LAMPIRAN

57

xi

SENARAI RAJAH

NOMBOR

TAJUK

3.1

Pelan Pembangunan Perisian berdasarkan Model ADDIE

4.1

Paparan skrin utama e-peta minda

4.2

Paparan keseluruhan modul pembelajaran

4.3

Paparan utama topik pembelajaran

4.4

Paparan isi pembelajaran dalam Alcohol

4.5

Paparan isi pembelajaran dalam Chemical Properties

4.6

Paparan Animasi

4.7

Contoh respon kepada jawapan yang betul

4.8

Contoh respon kepada jawapan yang salah

4.9

Paparan kuiz menggunakan Microsoft Powerpoint 2007

4.10

Paparan Kuiz Menggunakan JCross Hot Potaoes 6.0

4.11

Paparan Kuiz Menggunakan JMatch Hot Potaoes 6.0

xii

4.12

Paparan kuiz berbentuk aneka pilihan

4.13

Paparan Glossary

4.14

Paparan Put-Out Glossary

4.15

Paparan utama Wheel Game

4.16

Paparan item soalan dalam Wheel Game

xiii

SENARAI SINGKATAN

IT

-

Information Technology

ICT

-

Information and Communication Technology

PBK

-

Pengajaran Berbantukan Komputer

BBM

-

Bahan Bantu Mengajar

GIF

-

Graphic Interchange Format

TIFF

-

Tagged Image File Format

JPEG

-

Joint Photographic Experts Group

MP3

-

MPEG-1 Audio Layer 3

MPEG

-

Moving Picture Expert Group

WMV

-

Window Media Video

OHP

-

Over Head Projector

ADDIE

-

Analysis Design Development Implementation Evaluation

xiv

PSD

-

Photoshop Document

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

telah

banyak

mencurahkan

bakti

terutamanya dalam bidang pendidikan agar negara kita Malaysia setanding dengan negara-negara maju di dunia. Ini melambangkan betapa negara kita begitu pentingkan bidang pendidikan untuk generasi muda. Perkembangan infrastruktur di sekolah-sekolah haruslah seiring dengan perkembangan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) pada masa kini. Perkembangan ini membantu kita mencapai visi 2020 dengan lebih mudah lagi. Generasi-generasi akan datang semuanya berkebolehan tinggi dan juga celik IT.

Penggunaan teknologi ICT di Malaysia telah diilhamkan oleh kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Datuk Seri Dr Mahathir Muhammad. Ini terbukti dengan terbinanya Malaysian Superhighway Corridor (MSC) in 1996. Teknologi ICT ini juga tertera pada visi 2020 negara iaitu memacu ke arah negara maju pada abad ke-21 setanding dengan negara-negara maju di dunia.

2 Kesan dari perkembangan ini, sistem pendidikan negara telah berubah seiring dengan perkembangan ICT. Ini sebagai satu langkah awal untuk mewujudkan golongan yang celik IT dari peringkat sekolah lagi. Dengan perkembangan ini, kita mampu melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Demi mencapai status negara maju pada 2020, ini merupakan satu langkah yang bertepatan dengan misi negara.

Penggunaan teknologi multimedia dapat memberi “nilai tambahan” dalam modul pengajaran kerana boleh menambahkan variasi modul seperti kesan audio visual, animasi, dan penggunaan video klip yang berkaitan dengan topik yang dipelajari. Multimedia lebih sesuai digunakan semasa mengendalikan eksperimen di dalam makmal. Dengan bantuan animasi, pelajar lebih mudah memahami tentang prosedur-prosedur

semasa

menjalankan

eksperimen.

Dari

segi

luarannya,

penggunaan teknologi masa kini oleh guru melambangkan guru tersebut tidak ketinggalan dengan peredaran masa. Ini juga menggambarkan guru sentiasa peka akan perubahan sekeliling dan sentiasa ingin maju ke hadapan.

Shaharom Noordin (1993) menjelaskan pembelajaran berkesan apabila pelajar menunjukkan perubahan tingkah laku secara khusus melalui aktiviti-aktiviti yang dicadangkan. Ini bermaksud pembelajaran dikatakan berkesan apabila objektif dan matlamat pembelajaran tercapai atau memperlihatkan reaksi yang baik di akhir pengajaran. Dengan menggabungkan elemen-elemen teknologi grafik, animasi, audio dan video diyakini akan memberikan kesan yang positif di akhir proses pembelajaran sesuatu topik.

Schuitz dan fogasty (2002) menyatakan bahawa pemilihan kaedah dan strategi yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran adalah penting. Secara keseluruhannya, tenaga pengajar haruslah meningkatkan alat bantu mengajar mereka agar selaras dengan perkembangan teknologi ICT.

3 Perkembangan yang pesat dari sektor pendidikan dalam ICT pada masa kini banyak membantu para guru dalam menyediakan modul pengajaran yang terbaik untuk para pelajarnya. Contoh yang terbaik adalah dengan penggunaan perisian epeta minda.

Chuck Frey (2008) menyatakan bahawa perisian ini bukan sahaja mudah digunakan, tetapi membantu untuk meringkaskan nota-nota pegajaran ke satu bentuk yang lebih menarik seperti animasi. Memandangkan pelajar-pelajar pada masa kini lebih tertarik kepada audio visual ataupun animasi, penggunaan perisian ini mampu melaksanakan tugas ini. Dengan perisian ini, para guru boleh memasukkan animasi ataupun audio visual ke dalam peta minda. Ini mampu menarik minat pelajar untuk terus belajar dan memberikan sepenuh perhatian dalam kelas. Melalui penggunaan perisian ini juga menggalakkan komunikasi secara dua hala antara guru dan juga pelajarnya. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara guru dan juga pelajarnya.

Mengaplikasikan perisian peta minda ke dalam topik Alcohol dapat memudahkan tugas guru dalam menyediakan modul pengajaran. Ini kerana nota yang terdapat dalam peta minda adalah ringkasan dari buku rujukan dan juga buku teks. Di dalam peta minda ini juga terdapat animasi. Animasi yang digunakan ini adalah sebagai satu alat pemudah cara untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman pelajarpelajar. Ini kerana pelajar dapat memahami dengan lebih mudah mengenai topik yang telah dipelajari semasa didalam kelas dan seterusnya meningkatkan minat mereka kepada subjek kimia.

4 1.2

Latar Belakang Masalah

Kebanyakan strategi pengajaran dan pembelajaran sering kali dikaitkan dengan hanya penyampaian guru dalam kelas dan tahap kefahaman pelajar. Berbanding dengan kaedah tradisional seperti penggunaan papan hitam, kertas mahjong dan OHP, penggunaan ICT dapat menjadikan pengajaran lebih mudah dilaksanakan dan lebih berkesan. Dari kajian Laurence dan Helen (2003), guru lebih mudah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan ICT.

Guru juga tidak perlu bergantung kepada buku teks sahaja sehingga mewujudkan budaya menghafal fakta-fakta sains semata-mata untuk pengredan keputusan peperiksaan. Pelajar-pelajar cenderung menghafal fakta-fakta saintifik dari diagram dan penerangan buku teks. Hal ini sangat membimbangkan kerana penggunaan buku teks secara linear akan memberi kebosanan tahap maksimum kepada pelajar. Buku teks dan grafik tidak mampu menunjukkan audio, animasi dan rajah yang berwarna kerana kos yang diperlukan adalah sangat tinggi.

Guru perlu lebih peka terhadap perkembangan teknologi terkini dan mereka perlu memahirkan diri dalam bidang komputer. Komputer digunakan sebagai satu alat bantu mengajar supaya pelajar dapat memahami pelajaran dengan lebih berkesan. Penerapan model ADDIE adalah salah satu cara untuk guru mengikuti perkembangan terkini dan memudahkan persediaan pengajarannya.

Setiap guru dan pelajar harus memahami perubahan teknologi yang semakin pantas dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan, menyeronokkan dan lebih bermakna kepada pelajar. Alsafgoff (1986) menyatakan media dapat membuat pengajaran yang lebih tersusun dan memperkayakan pengalaman dan memberi pengajaran yang lebih bersifat individu.

5 1.3

Pernyataan Masalah

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah bertungkus lumus untuk memperkenalkan pelbagai variasi kaedah pembelajaran dan pengajaran yang boleh diguna pakai di sekolah. Kaedah yang lebih sistematik dan padat dengan infomasi- infomasi diperlukan agar mampu membawa kesan positif serta dapat menarik perhatian para pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah atau pun makmal kimia. Kaedah tradisional yang telah lama diamalkan perlulah diberikan nafas yang baru agar seiring dengan pembangunan kemudahan masa kini iaitu berasaskan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi. Dengan penggunaan teknologi ICT masa kini di seluruh sekolah di Malaysia, secara tidak langsung dapat melahirkan golongan yang celik IT dan berpengetahuan kelas perdana serta berdaya saing dalam sistem pendidikan bertaraf dunia.

Tajuk Alcohol dalam rangka mata pelajaran kimia tingkaan lima merupakan tajuk yang memerlukan pemahaman yang tinggi. Para pelajar sering keliru dalam membezakan proses-proses penghasilan dan penamaan sesuatu Alcohol. Kebanyakan guru-guru sekolah hanya menggunakan buku teks dan buku latih tubi selain peta minda dalam menyampaikan tajuk ini.

Terdapat kelemahan di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional yang kurang menarik perhatian pelajar terutamanya dalam subjek Kimia. Misalnya;

a. Kebanyakan pelajar-pelajar lebih tertarik kepada modul pengajaran yang berorientasikan animasi dan mempunyai banyak contoh-contoh gambar. Ini tidak terdapat di dalam kaedah tradisional. b. Kaedah pengajaran yang sama pada setiap kali kelas menimbulkan suasana bosan di dalam kelas.

6 c. Kaedah tradisional dengan menggunakan kapur (chalk) boleh membahayakan kesihatan kepada guru dan pelajar. d. Penggunaan masa akan menjadi lebih efisien jika dibandingkan kaedah tradisional dengan penggunaan teknologi masa kini. Ini kerana dengan menggunakan kaedah tradisional, guru terpaksa menulis di papan kayu atau papan putih (white board) setiap kali masuk kelas. Sebaliknya, dengan penggunaan teknologi masa kini, guru telah siapkan modul pengajaran setiap kali sebelum masuk kelas. Ini dapat menjimatkan masa penyediaan modul pengajaran semasa di dalam kelas.

Suggest Documents