HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN DENGAN GAYA KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN TERHADAP GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH DI PASIR GUDANG

DIAN DIANTI BINTI JUMAAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN DENGAN GAYA KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN TERHADAP GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH DI PASIR GUDANG

DIAN DIANTI BINTI JUMAAT

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai Memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan ( Teknik Dan Vokasional )

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2014

ii

“Saya Akui Bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya Karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan ( Teknik Dan Vokasional )”

TANDATANGAN

: ………………………………………..

NAMA PENSYARAH

: DR. AEDE HATIB BIN MUSTA’AMAL

TARIKH

: JANUARI 2014

iii

PENGAKUAN

“ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya dan dinyatakan dalam rujukan ”

TANDATANGAN

: ___________________________

NAMA

: DIAN DIANTI BINTI JUMAAT

TARIKH

: ___________________________

iv

DEDIKASI

Khas buat insan yang teramat ku sayangi Ayahanda dan Bonda

Terima kasih atas semangat, dorongan dan bantuan yang dihulurkan. Jasa kalian tak mampu untuk ku balas………. Suamiku tercinta Mohd. Razali Bin Abdullah Sani

Anak-anakku yang sangat kusayangi Nur Dini Haziqah, Muhammad Nur Aiman dan Muhammad Nur Imran

Dan Adinda-adindaku Pengorbanan, pengertian, kesabaran serta kasih sayang kalian amat ku hargai dan sanjungi

Teman-teman…… Terima kasih atas segala sokongan, semangat dan bantuan yang kalian hulurkan sepanjang pengajianku ini.

v

PENGHARGAAN

Segala pujian kehadrat Allah s.w.t yang mengizinkan terlaksananya penyelidikan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya dan mereka yang mendokong perjuangannya hingga akhir zaman.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada supervisor yang telah banyak membantu, Dr. Aede Hatib Bin Musta’amal, di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan sehingga penulisan ini dapat disiapkan. Terima kasih juga diucapkan kepada beliau yang telah memberikan pendedahan awal tentang cara menulis tesis dan pemprosesan data. Jasa yang dicurahkan akan dikenang dan dihargai selamanya.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak sekolah-sekolah yang terlibat dalam penyelidikan ini dalam zon G dalam daerah Pasir Gudang yang memberi laluan kepada kajian ini serta guru-guru yang terlibat.

Akhir sekali kepada rakan-rakan setugas dan rakan-rakan sekuliah, terima kasih atas segala bantuan dan idea-idea yang disumbangkan bagi menyempurnakan tesis ini. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa baik kalian………

TERIMA KASIH

vi

ABSTRAK

Penyelidikan deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan pegangan penyeliaan dengan gaya kepimpinan Guru Penolong Kanan terhadap guru-guru Kemahiran Hidup di daerah Pasir Gudang . Seramai 39 orang guru Kemahiran Hidup dari sekolah-sekolah rendah daerah Pasir Gudang telah terlibat. Penyelidik

telah

menggunakan

instrumen MLQ (Multi Factor Leadership

Questionnare) untuk melihat gaya kepimpinan transformasional dan pegangan penyeliaan pula adalah menggunakan borang soal selidik Glickman & Tamashiro, (1980) sebagai instrumen kajian. Kesemua data telah dianalisis menggunakan SPSS versi 20.0 dengan analisis statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan korelasi sahaja. Jenis pegangan kepercayaan yang paling dominan adalah Existentialism manakala gaya kepimpinan transformasi yang paling dominan ialah Motivasi Inspirasi. Analisis korelasi juga mengesahkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepercayaan kepenyeliaan dengan gaya kepimpinan Guru Penolong kanan terhadap guru-guru Kemahiran Hidup sekolah rendah di Pasir Gudang. Akhirnya beberapa cadangan telah dikemukakan untuk tindakan pihak yang berkenaan serta kajian pada masa hadapan.

vii

ABSTRACT

This descriptive research aims to identify the relationships holding supervisory leadership style

Senior Assistant Teacher of

Kemahiran Hidup

teachers in the Pasir Gudang. A total of 39 Kemahiran Hidup teachers from primary schools were involved in the Pasir Gudang. Researcher been using instruments MLQ (Multi Factor Leadership Questionnare) to see transformational leadership style and supervisory belief is used questionnaires Glickman & Tamashiro, (1980). All of the data was analyzed using SPSS version 20.0 with descriptive statistical analysis and inference involving correlation sake only. Type of grip most dominant belief is Existentialism when leadership style is the most dominant transformation Motivation Inspiration. Correlation analysis also confirmed that there was no significant relationship between leadership style supervisory beliefs Senior Assistant teacher of teachers of primary school Kemahiran Hidup in Pasir Gudang. Finally, several suggestions were made for action by the parties concerned as well as future research.

viii

KANDUNGAN

BAB

1

TAJUK

MUKASURAT

Tajuk

i

Pengesahan

ii

Pengakuan

iii

Dedikasi

iv

Penghargaan

v

Abstrak

vi

Abstract

vii

Kandungan

viii - xi

Senarai Jadual

xii - xiii

Senarai Rajah

xiv

Senarai Singkatan

xv

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

1-4

1.2 Latar Belakang Masalah

4-7

1.3 Pernyataan Masaalah

8-9

1.4 Objektif Kajian

9 - 10

1.5 Persoalan Kajian

10 - 11

1.6 Hipotesis Kajian

11 - 12

1.7 Kerangka Konsep Kajian

12 - 13

1.8 Kepentingan Kajian

13 - 14

1.9 Batasan Kajian

14 - 15

1.10 Definisi Operasi

15 - 18

1.10.1 Kepimpinan

15

1.10.2 Penyeliaan Pengajaran

16 - 17

1.10.3 Penyeliaan

17

1.10.4 Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan

18

1.11 Rumusan

18 -19

ix

2

SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan

20 - 21

2.2 Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan (Supervisory Beliefs)

21

2.2.1 Essentialisme

21 - 22

2.2.2 Experimentalisme

22

2.2.3 Existentialisme

23

2.3 Gaya Kepimpinan Penyeliaan

23

2.3.1 Direktif

24

2.3.2 Stail Direktif Kawalan

24 - 25

2.3.3 Stail Direktif Informatif

25

2.3.4 Kolaboratif

25

2.3.5 Non-Direktif

26

2.4 Model-model Penyeliaan

26

2.4.1 Model Penyeliaan Klinikal

26 - 27

2.4.2 Model Penyeliaan Developmental

27 - 28

2.4.2.1 Kawalan Langsung ( Directive Control )

28 - 29

2.4.2.2 Kawalan Terhad Atau Maklumat ( Directive

29

Information ) 2.4.2.3 Kolaborasi ( Collaborative )

29

2.4.2.4 Delegasi ( Non-Directive )

29 - 30

2.4.3 Model Penyeliaan Diperbezakan ( Differentiated )

30

2.4.3.1 Penyeliaan Kolaborasi Dan Kerakanan

31 - 32

2.4.3.2 Penyeliaan Taksiran Ataupun Terarah Kendiri

32 - 33

2.4.3.3 Penyeliaan Pentadbiran (GPK )

33 – 34

2.4.4 Penyeliaan Model Sistem

35

2.4.5 Penyeliaan Model Langkah Mc Ewan

36

2.4.6 Penyeliaan Kerja Berasaskan Pengetahuan

37

( Knowledge Work Supervision – KWS ) 2.5 Teori Kepimpinan

38

2.5.1 Konsep Kepimpinan

38 - 40

2.5.2 Ciri-ciri Tingkah Laku Kepimpinan Transformasional

40 - 44

2.5.3 Model Teori Kepimpinan Transformasional Leithwood

45

2.5.4 Model Kepimpinan Transformasi Slocum Dan Hellrigel

46 – 47

x

i)

Motivasi Berinspirasi

47

ii)

Membina Rangsangan Intelektual

47 - 48

iii) Memupuk Pengaruh Yang Ideal

48 - 49

iv) Pertimbangan Berasaskan Individu

49 45

2.5.5 Model Kepimpinan Transformasi a)

Motivasi Berinspirasi

51 - 52

b)

Pengaruh Ideal

52

c)

Stimulasi Intelektual

53

d)

Pertimbangan Individu

53 - 54

2.5.6 Kajian-kajian Lepas Kepimpinan 2.6 Rumusan

3

4

50 - 51

54 - 59 59

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan

60

3.2 Rekabentuk Kajian

60 – 61

3.3 Prosedur Kajian

61

3.4 Populasi Dan Sampel

61 - 62

3.5 Instrumen Kajian

63 - 64

3.6 Kajian Rintis

64

3.7 Analisa Kajian

65

3.8 Rumusan

65

DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan

66 - 67

4.2 Profil Responden

67 - 77

4.3 Gaya Kepimpinan GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah

77 - 87

Rendah Di Pasir Gudang 4.4 Hubungan Antara Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan Dengan Gaya Kepimpinan GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang

88

xi

4.5 Perbezaan Antara Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan

89 - 90

Dengan Jantina Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang 4.6 Perbezaan Antara Gaya Kepimpinan Dengan Jantina Terhadap

91 - 92

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang

5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN 5.1 Pengenalan

93

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

94

5.2.1 Mengenalpasti Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan

94 - 98

GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang 5.2.2 Mengenalpasti Gaya Kepimpinan GPK Terhadap Guru-

98 - 101

Guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang 5.2.3 Mengenalpasti Hubungan Antara Pegangan Atau

102

Kepercayaan Penyeliaan Dengan Gaya Kepimpinan GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang 5.2.4 Mengenalpasti Perbezaan Antara Gaya Kepimpinan Dengan

103 - 105

Jantina Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang 5.2.5 Mengenalpasti Perbezaan Antara Pegangan Atau

105 - 106

Kepercayaan Penyeliaan Dengan Jantina Terhadap GuruGuru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang 5.3 Implikasi kajian

106 – 107

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

107 – 108

5.5 Kesimpulan

108 - 109

RUJUKAN

110 – 127

LAMPIRAN

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL

TAJUK

MUKASURAT

4.1

Pecahan Responden Mengikut Jantina

67

4.2

Pecahan Responden Mengikut Umur

68

4.3

Pecahan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar

69

4.4

Jenis Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan GPK Terhadap

70

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan Piawai 4.5

Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan Essentialisme

71

GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang 4.6

Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan

71

Eksperimentalisme GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang 4.7

Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan Exixtentialisme

72

GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang 4.8

Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan Essentialisme

73

GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item 4.9

Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan

74 - 75

Eksperimentalisme GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item 4.10

Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan Existentialisme

76 - 77

GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item 4.11

Gaya Kepimpinan GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah

78

xiii

Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan Piawai 4.12

Tahap Gaya Kepimpinan Karisma GPK Terhadap Guru-guru

78

KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang 4.13

Tahap Gaya Kepimpinan Bertimbang Rasa GPK Terhadap

79

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang 4.14

Tahap Gaya Kepimpinan Merangsang Intelek GPK Terhadap

80

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang 4.15

Tahap Gaya Kepimpinan Motivasi Inspirasi GPK Terhadap

80

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang 4.16

Tahap Gaya Kepimpinan Karisma GPK Terhadap Guru-guru

81 - 82

KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item 4.17

Tahap Gaya Kepimpinan Bertimbang Rasa GPK Terhadap

83

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item 4.18

Tahap Gaya Kepimpinan Merangsang Intelek GPK Terhadap

85

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item 4.19

Tahap Gaya Kepimpinan Motivasi Inspirasi GPK Terhadap

87

Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item 4.20

Hubungan Antara Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan

88

Dengan Gaya Kepimpinan GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang 4.21

Perbezaan Antara Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan

90

Dengan Jantina Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang 4.22

Perbezaan Antara Gaya Kepimpinan Dengan Jantina Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang

92

xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH

TAJUK

MUKASURAT

1.1

Kerangka Konsep Kajian

12

2.1

Ciri-ciri Kepimpinan Transformasional

41

2.2

Model 4I’S

51

xv

SENARAI SINGKATAN

GB

:

Guru Besar

GPK

:

Guru Penolong Kanan

JPNJ

:

Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KH

:

Kemahiran Hidup

KWS

:

Knowledge Work Supervision

MBWA

:

Management By Walking About

P&P

:

Pengajaran Dan Pembelajaran

SPSS

:

Statistical Pakage For Social

WAYS

:

Walk Around Your School

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu yang dinyatakan Noriati, Lee Keok Cheong, Zulkufli & Zakiah (2012) dalam bukunya yang bertajuk, Falsafah & Pendidikan di Malaysia adalah seperti berikut :

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara inilah maka pelbagai program telah diadakan dan dijalankan di institusi pendididkan negara bagi mencapai hasrat negara

2

ini. Usaha-usaha yang dijalankan adalah berterusan bagi menghasilkan rakyat Malaysia yang boleh diharapkan oleh negara dan seterusnya menjadikan negara Malaysia maju dan aman. Contohnya seperti program KIA2M, LINUS dan PROTIM yang sedang dijalankan oleh sekolah-sekolah di Malaysia, Noriati , Lee Keok Cheong, Zulkufli & Zakiah

(2012). Oleh sebab itu pelbagai program telah diadakan dan

dijalankan di sekolah-sekolah bagi menyahut cabaran tersebut oleh Kementerian Pendidikan di Malaysia. Pelbagai anugerah yang telah dibuat bagi memastikan sekolah-sekolah di Malaysia sentiasa cemerlang dari semua segi iaitu termasuklah pelajarnya dan persekitaran sekolah.

Sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang berkesan. Peranan yang dimainkan oleh Guru Penolong Kanan (GPK) dan Guru Besar (GB) adalah sangat penting bagi menjadikan sekolah mereka sebagai sebuah institusi pembelajaran yang berkesan. Dengan keupayaan mereka mengembeling seluruh tenaga dengan cemerlangnya maka akan terhasillah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah satu proses penting dalam pendidikan formal bagi melihat adanya perubahan perlakuan dalam kalangan pelajar, Mohd Sahandri, Roselan & Saifuddin (2012). Mereka juga mengatakan bahawa kejayaan proses P&P adalah tanggungjawab guru matapelajaran tersebut. Kerjasama perlu diwujudkan antara pelbagai penyelia pengajaran sekolah dengan guru bagi menentukan kejayaan program pendidikan di sekolah. Oleh sebab itu, sebagai seorang penyelia, mereka perlulah mengetahui aspek penting dalam P&P dengan tujuan dapat mempertingkatkan keberkesanan program penyeliaan di sekolah, terutamanya di dalam bilik darjah bagi menghasilkan produk yang berkualiti.

Dalam menjalankan sesuatu penyeliaan di bilik darjah, GPK dan GB perlulah mempunyai pengetahuan yang cukup luas serta kemaskini tentang perubahan sukatan pelajaran. Abdul Rahman ( 2007). GPK dan GB juga seharusnya mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam mengesan masalah-masalah pedagogi yang timbul di dalam proses P&P serta dapat mengemukakan cadangan-cadangan yang munasabah

3

bagi memperbaiki kelemahan yang dikesaninya itu. Justeru itu, kebolehan untuk berkomunikasi juga penting agar dapat mempengaruhi guru yang diselianya untuk mengubah cara dan sikap dalam menjalankan tugasnya.

Menurut Asnah (1993) gaya GPK dan GB memainkan peranan yang penting terutama selepas penyeliaan dilakukan. Contohnya, sokongan, cara arahan dan penerangan yang positif dapat membantu guru meningkatkan pengajarannya. Ini adalah untuk mengelakkan wujudnya pertembungan antara GB dan guru yang mana akan mewujudkan ketidak sefahaman haluan antara mereka. Penyeliaan P&P terhadap guru di dalam kelas maupun di bilik-bilik khas, sepatutnya menjadi perkara yang paling utama dilaksanakan oleh kumpulan penyelia di sekolah bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan pelaksanaan kurikulum sebagaimana ditekankan dalam Akta 550 (Akta Pendidikan 1996).

Pandangan McNulty et al. (2005) turut disokong oleh Sheilds (2005) yang mengatakan bahawa tugas utama GPK tidak terhad hanya melaksanakan peranan fungsional seperti pengelolaan, penyelarasan dan penilaian tetapi perlu menjadi suri teladan atau sumber inspirasi kepada guru-guru. Di samping itu, kepimpinan sekolah juga disaran supaya mengamalkan stail kepimpinan yang lebih mengutamakan nilai kemanusiaan seperti membina hubungan yang harmonis dengan guru, bersikap telus, mudah didekati, kerap memberi motivasi, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru (Bush, 2003; Hussein, 2001). Mengikut Chan Yuen Fook (2000) pula, aspirasi pendidikan negara tidak akan mencapai matlamat jika kepimpinan sekolah terlalu tertumpu kepada tugas pentadbiran sahaja sedangkan bidang GPK hari ini bersifat dinamik, kompleks malah menuntut sesuatu yang lebih tinggi (Herbert, 2006) dalam menyediakan GPK yang mampu menghasilkan guru yang komited terhadap sekolah. Sehubungan dengan itu Fullan (2001) juga menyuarakan pendapat mereka tentang ciri-ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh GPK sekolah dalam era globalisasi. Ciri yang dimaksudkan dikenali sebagai kepimpinan profesional iaitu merujuk kepada sikap tegas GPK dalam membuat keputusan, mempunyai matlamat

4

yang realistik serta menekankan keunggulan sebagai pemimpin ketika di sekolah. Di samping itu, GPK juga perlu menitikberatkan aspek pembangunan manusia seperti kepuasan kerja dan komitmen guru terhadap sekolah (Deal & Peterson, 2000; Ghazali, 2001). Pendek kata, GPK dituntut untuk memberikan keseimbangan antara kecemerlangan dalam pengurusan dengan kepimpinan yang efektif sebagai pembuka ruang kepada penghasilan guru yang komited terhadap sekolah dan profesion.

1.2 Latar Belakang Masalah

Bagi pengurusan sekolah di abad ke-21 ini, elemen yang paling penting ialah kualiti kepimpinan yang cemerlang. Menurut Ab. Aziz (2003), tunggak utama penilaian terhadap keberkesanan pengurusan adalah melalui kualiti kepimpinan yang ditunjukkannya. Pernyataan ini turut disokong oleh Robbins (2000) yang menyatakan bahawa sememangnya tidak dapat dipersoalkan bahawa kejayaan sesebuah organisasi atau sebarang kumpulan dalam organisasi bergantung kepada kualiti kepimpinan sebagai penentu utama kualiti organisasi. Maka jika dalam konteks organisasi sekolah, GPK adalah individu yang paling penting dan berpengaruh kerana GPK lah yang menetapkan iklim pembelajaran di sekolah, tahap profesionalisme guru-guru dan masa depan modal insan iaitu pelajar (Hussein, 1997).

Walau bagaimanapun, terdapat isu yang timbul apabila pemimpin sekolah di Malaysia didapati masih tidak dapat berfungsi sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran yang berkesan seperti dalam Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 – 2010). Dapatan menunjukkan bahawa perubahan bentuk kepimpinan yang telah diperkenalkan untuk diimplementasikan oleh pemimpin sekolah masih tidak sejajar dengan perubahan dan keperluan semasa. Setiap guru mempunyai gaya pengajaran dan personaliti yang berbeza. Begitu juga dengan cara penyeliaan seseorang penyelia berbeza antara seorang penyelia dengan penyelia yang

5

lain. Penyeliaan yang berkesan boleh membantu guru memahami, menjelajah dan belajar menghadapi cabaran masa kini (Abdul Rahman Abdul Majid Khan, 2011). Pentadbiran dan penyeliaan berkesan juga boleh memotivasikan guru dalam bidangnya itu.

Proses penyeliaan yang baik adalah mengambil kira personaliti dan perbezaanperbezaan individu juga memberi ruang kepada individu untuk berkembang secara personal dan juga professional. Holland (1996) telah membuat kajian yang amat tipikal dan jelas berkenaan bentuk-bentuk personaliti yang wujud pada diri manusia. Holland (1985)

telah mengelaskan personaliti kepada 6 jenis personaliti iaitu

‘realistik’, ‘artistik’, sosial, ‘investigatif’, ‘enterprising’ dan ‘conventional’. Setiap personaliti ini akan menentukan keberkesanan tingkah laku dan pencapaian individu itu dalam bidang yang diceburinya itu. Personaliti ini juga akan menzahirkan kemahiran,

kebolehan, sikap, nilai dan usaha menyelesaikan masaalah dan

peranannya dalam sesuatu perkara. Berdasarkan personaliti-personaliti yang dinyatakan di atas, kajian ini dibuat untuk mengetahui dan menyelidik pegangan atau kepercayaan penyeliaan, gaya-gaya kepimpinan seorang penyelia yang diguna pakai dalam proses penyeliaan serta ciri-ciri dan situasi ketika

gaya berkenaan

diaplikasikan.

Guru yang komited seringkali dikaitkan dengan keberkesanan pengurusan dan kepimpinan organisasi (Meyer & Allen, 1997). Pelopor teori organisasi menyatakan bahawa keberkesanan organisasi berkait rapat dengan kaedah pengurusan fungsi sumber manusia dan guru. Pemimpin yang berupaya memahami tindak balas dan tingkah laku, serta dapat menjangkakan reaksi orang lain terhadap sesuatu situasi, lazimnya lebih berjaya dalam membina serta memperkukuhkan hubungan dan persekitaran yang positif (Bloom, 2004), serta boleh mempengaruhi kakitangan untuk bersikap optimis, komited kepada organisasi, dan saling bekerjasama (Mumford et al., 2002).

6

Biarpun GPK mempunyai kuasa yang sah dalam hierarki organisasi yang mana kuasa sah itu membolehkan GPK untuk memerintah dan menjalankan fungsi-fungsi sekolah, namun begitu Abdullah dan Ainon (2007) berpendapat bahawa GPK tidak lagi dapat menjalankan tugas-tugas mereka dengan berkesan sekiranya mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada kuasa yang ada pada jawatan yang mereka sandang semata-mata. Menurut Karen Ortazo (2007), pemimpin sekolah yang baik ialah mereka yang bijak menggunakan kuasa, memberi kebebasan tetapi ada kawalan, mempengaruhi guru, mewujudkan perhubungan yang baik dan mempercayai orang lain untuk melaksanakan tugasan untuk mencapai matlamat. Kepelbagaian gaya kepimpinan mendorong kepada kesan yang berbeza-beza kepada sesuatu organisasi sekolah. Pelbagai dimensi tingkah laku dan gaya kepimpinan yang wujud hasil daripada

pengkaji-pengkaji

kepimpinan

yang

lalu

boleh

digunakan

untuk

meningkatkan keberkesanan kepimpinan GPK.

GPK yang efektif akan menggunakan pelbagai jenis kepimpinan mengikut keadaan dan situasi dan tidak hanya akan bertumpu kepada satu gaya kepimpinan sahaja. Kepuasan kerja guru banyak bergantung kepada kemahiran, keupayaan dan kualiti kepimpinan sekolah untuk mengorganisasikan, memobilisasikan guru dan menginstitusikan mereka bagi merealisasikan visi dan misi yang dipersetujui bersama (Aminuddin, 1994). GPK perlu peka dan prihatin dengan cara atau kaedah amalan kepimpinan mereka, sama ada mampu atau tidak untuk memberi impak perubahan yang positif di sekolah dalam menghadapi isu yang timbul di dalam dunia pendidikan kini.

Penyeliaan telah diiktiraf sebagai aspek penting dalam pendidikan terancang untuk membantu guru dalam menyelesaikan masaalah yang dihadapi di sekolah terutama dalam proses P&P. Dalam penyeliaan P&P, seorang penyelia haruslah memberi perhatian kepada masaalah yang guru hadapi dan berusaha bersama guru yang bermasaalah itu untuk menyelesaikannya. Penyelia perlu menentukan bahawa seseorang guru itu dalam keadaan yang baik dan bersiap sedia dalam proses P&P,

7

sentiasa sedia bantu membantu guru yang menghadapi masaalah sehingga dapat menimbulkan rasa hormat dan keyakinan orang lain terhadap mereka (Ibrahim,1998).

Dalam membincangkan isu tentang kelemahan kepimpinan GPK, Vishalache Balakrishnan (2005) turut melaporkan bahawa GPK di Malaysia masih mengamalkan komunikasi yang sehala, kurang berinteraksi dengan guru, tidak melaksanakan autonomi guru malah jarang melaksanakan pengurusan pengupayaan dianggap menjadi punca penurunan tahap komitmen guru terhadap sekolah. Secara keseluruhan, dapatan kajian mereka membuktikan bahawa peranan GPK di sekolah kini hanya sebagai pentadbir dan bukan pemimpin pendidikan profesional seperti yang diinginkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu mencakupi peranan sebagai pendidik, pembimbing guru serta pemimpin yang dapat menjana kesetiaan guru supaya lebih komited dan produktif (Abdul Shukor Abdullah, 2004).

Sehubungan itu, GPK turut dituntut untuk mengamalkan stail kepimpinan yang pelbagai ketika memimpin sekolah kerana setiap model kepimpinan mempunyai kelemahannya tersendiri. Antara kelemahan yang nyata adalah tidak semua model mampu digunakan dalam semua konteks dan situasi (Rahimah, 2003; Ross, 2006). Oleh itu, GPK perlu cekap menyesuaikan stail kepimpinan mengikut situasi, jenis sekolah dan keperluan ketika memimpin. GPK sekolah yang bijak didapati mampu mengamalkan stail kepimpinan yang sesuai berdasarkan situasi tanpa berpegang kepada satu stail kepimpinan sahaja (Dunford, et al. 2000). Dalam konteks ini, Abdul Shukor Abdullah (2004) berpendapat bahawa amalan kepimpinan yang pelbagai dan luwes lebih menjurus kepada keberkesanan kepimpinan berbanding amalan satu stail kepimpinan sahaja. Persoalannya, adakah GPK sekolah kini telah mengamalkan stail kepimpinan yang pelbagai ketika mentadbir sekolah atau masih berpegang kepada satu model kepimpinan sahaja? Jawapan kepada persoalan tersebut memerlukan kupasan terperinci tentang stail kepimpinan GPK di Malaysia.

8

1.3

Penyataan Masalah

Kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti pegangan atau kepercayaan penyeliaan di kalangan pentadbir sekolah rendah iaitu GPK dalam daerah Pasir Gudang semasa menyelia guru dan gaya kepimpinannya semasa guru sedang mengajar di dalam bilik darjah. Penyelidik juga akan mengkaji dari aspek pegangan atau kepercayaan penyeliaan dan gaya kepimpinan GPK terhadap guru berdasarkan pengetahuan sedia ada, tahap keyakinan dan perkembangan yang ada pada guru yang diselianya itu.

Banyak diperkatakan tentang perlunya penyeliaan pengajaran dijalankan oleh GB untuk peningkatan prestasi murid. Al Ramaiah (1999) menyatakan penyeliaan sebagai satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing para guru dalam hal pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Mohd.Salleh Lebar (2000) pula menyatakan bahawa penyeliaan dalam konteks pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti P&P. Ia menjadi tugas GPK kerana penyeliaan adalah sebahagian dimensi pentadbiran sekolah dan dianggap sebagai satu perkembangan bidang professional pengurusan.

Pada dasarnya, keberkesanan sesebuah sekolah berhubung kait dengan pengurusan sekolah yang sistematik. Setiap warga sekolah mempunyai akauntabiliti dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Menurut Wan Mohd. Zahid

(1993) keberkesanan sesebuah sekolah dapat diukur daripada proses pelaksanaannya dan bukan bergantung kepada dapatan kajian semata-mata. Lantas, peningkatan kecemerlangan, sahsiah dan profesionalisme kerja guru perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan sekolah melalui amalan penyeliaan kurikulum di sekolah.

Menyedari

pentingnya

penyeliaan

dalam

menentukan

keberkesanan

pelaksanaan pengurusan kurikulum, kebanyakan sekolah telah menjadikan proses

9

penyeliaan sebagai salah satu daripada tugas utama yang dijalankan oleh GPK-GPK sekolah. Tetapi persoalannya adakah guru faham dan bersedia untuk diselia pengajaran mereka. Bagi GPK pula, adakah amalan penyeliaan yang dijalankan oleh mereka menggunakan langkah dan pendekatan yang betul. Jikalau pun penyeliaan telah dibuat oleh GB mengikut masa yang dijadualkan, timbul juga persoalan adakah penyeliaan itu memberi kesan terhadap profesionalisme guru dan seterusnya memberi impak kepada prestasi murid. Dari itu, kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk melihat tanggapan guru dan pegangan atau kepercayaan penyeliaan pengajaran yang dijalankan oleh GPK terhadap guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Pasir Gudang. Kajian ini juga turut meninjau sama ada penyeliaan pengajaran dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan profesionalisme guru-guru sekolah rendah dalam daerah Pasir Gudang.

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenalpasti pegangan atau kepercayaan penyeliaan Guru-guru Penolong Kanan sekolah rendah dalam daerah Pasir Gudang semasa menyelia guru-guru

Kemahiran Hidup (KH) dan gaya

kepimpinannya semasa menyelia di dalam bilik-bilik darjah ataupun di dalam bengkel KH. Secara khususnya objektif kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti jenis pegangan atau kepercayaan penyeliaan GPK terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

2. Mengenalpasti gaya kepimpinan GPK terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

10

3. Mengenalpasti hubungan yang signifikan diantara pegangan atau kepercayaan penyeliaan dengan gaya kepimpinan GPK terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

4. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan diantara pegangan atau kepercayaan penyeliaaan dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir gudang.

5. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

1.5 Persoalan Kajian

Secara umumnya, kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti pegangan atau kepercayaan penyeliaan Guru-guru Penolong Kanan di sekolah rendah

dalam

menyelia guru-guru matapelajaran KH dan gaya kepimpinan penyeliaannya semasa berada di dalam bilik darjah atau di dalam bengkel KH. Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan di atas, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan berikut :

1. Apakah jenis pegangan atau kepercayaan penyeliaan GPK terhadap guruguru KH sekolah rendah di Pasir Gudang ?

2. Apakah gaya kepimpinan GPK terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang ?

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan diantara pegangan atau kepercayaan penyeliaan dengan gaya kepimpinan GPK terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang ?

11

4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan diantara pegangan atau kepercayaan penyeliaaan dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir gudang?

5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang ?

1.6

Hipotesis Kajian

Berikut merupakan hipotesis kajian ini:

Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara pegangan atau kepercayaan penyeliaan dengan gaya kepimpinan GPK terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara pegangan atau kepercayaan penyeliaaan Essentialisme dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara pegangan atau kepercayaan penyeliaaan Experimentalisme dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara pegangan atau kepercayaan penyeliaaan Existentialisme dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

12

Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan Karisma dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

Ho6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan Bertimbang Rasa Secara Individu dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir

Gudang. Ho7: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan Merangsang Intelek dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

Ho8: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan Motivasi Inspirasi dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

1.7

Kerangka Konsep Kajian

Berikut merupakan kerangka Konsep Kajian :

INDIVIDU PEGANGAN / KEPERCAYAAN PENYELIAAN

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian

GAYA KEPIMPINAN

13

Dalam kerangka konsep di atas menunjukkan di dalam diri individu itu ada pegangan atau kepercayaan penyeliaan yang diamalkannya semasa menyelia orang bawahannya. penyeliaannya.

Berlainan

individu

berbeza pula pegangan

atau kepercayaan

Berdasarkan pegangan atau kepercayaan penyeliaan ini maka

terhasillah pelbagai gaya kepimpinannya semasa mereka menyelia. Dalam kajian ini, kita akan melihat perkaitan seseorang individu yang berlainan jantina yang mempunyai pegangan atau kepercayaan penyeliaannya akan menyerlahkan gaya kepimpinannya semasa menyelia orang bawahannya.

1.8

Kepentingan Kajian

Berikut adalah beberapa kepentingan kajian ini dijalankan.

1. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan dalam mengadaptasikan fungsi penyeliaan pengajaran yang sebenar.

2. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan untuk guru-guru memahami proses penyeliaan pengajaran yang dipertanggungjawabkan kepada GPK. Dengan cara sedemikian diharapkan dapat mengikis tanggapan-tanggapan negatif terhadap penyeliaan yang dilakukan olehnya. Di samping itu, memperkukuhkan hubungan profesionalisme antara guru penyelia dan guru.

3. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh GPK untuk melaksanakan penyeliaan pengajaran ke arah pengurusan sekolah berkesan. Serta dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam proses penyeliaan pengajaran yang telah dijalankan.

14

4. Diharapkan melalui kajian ini, pandangan guru terhadap penyeliaan pengajaran diperolehi untuk mengetahui keadaan sebenar guru-guru yang diselia. Hasil maklum balas ini, boleh dijadikan rujukan untuk meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang.

5. Dapatan kajian ini diharap akan memberikan input kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor terhadap situasi sebenar perlaksanaan penyeliaan pengajaran yang telah diarahkan kepada pentadbir ( GPK ) sekolah agar dapat membuat penilaian dan tindakan yang sewajarnya terhadap perlaksanaan penyeliaan pengajaran di sekolahsekolah.

1.9

Batasan Kajian

Setiap kajian pasti ada beberapa kekangan yang tidak boleh dielakkan oleh penyelidik. Berikut adalah beberapa kekangan yang akan berlaku semasa proses kajian sedang dijalankan. Antaranya ialah :

a) Dalam kajian ini wujud kesukaran untuk mengawal pembolehubah luar yang boleh memesongkan dari arah tujuan kajian ini dijalankan. Contohnya, mungkin ada beberapa maklumat palsu telah diberikan oleh sampel kajian.

b) Sampel kajian hanya terdiri daripada guru-guru di sekolah rendah daerah Pasir Gudang iaitu dalam zon G sahaja iaitu hanya 8 sekolah sahaja , dan tidak melibatkan guru-guru dari sekolah

di tempat lain. Segala dapatan yang

dipaparkan adalah berdasarkan konteks kajian yang disebutkan sahaja dan mungkin boleh digeneralisasikan kepada guru-guru di tempat lain di Malaysia.

15

c) Kajian ini hanya beberapa buah sekolah sahaja di dalam daerah Pasir Gudang kerana kekangan masa, kewangan dan batasan geografi bagi menjalankan penyelidikan ke atas jumlah sampel yang besar.

1.10

Definisi Operasi

Sejarah

perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan

Pelajaran Tinggi di Malaya (1939),

Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak

(1956) yang menyarankan agar penubuhan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan yang berfungsi sebagai satu badan professional yang bebas, bertanggungjawab memeriksa sekolah-sekolah dan menyelia pengajaran di seluruh negara (Mok Soon Seng, 2006). Maka sekitar 1950an dan awal 1960an, penyeliaan berfungsi sebagai pendekatan untuk memeriksa sekolah, memerhati aktiviti-aktiviti di sekolah dan pembelajaran (seksyen 96a Akta Pelajaran 1961). Secara ringkasnya penyeliaan ialah pemeriksaan dan penyelia adalah sebagai pemeriksa. Berikut adalah definisi beberapa perkataan yang dianggap penting dalam tesis ini.

1.10.1

Kepimpinan

Kepimpinan mengikut Robbins (2003) boleh didefinisikan sebagai kemampuan untuk mempengaruhi sesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat.

Menurut

Schlechty (1990) pula menjelaskan bahawa pemimpin adalah seseorang yang dalam kedudukan untuk mempengaruhi orang-orang lain untuk bertindak; dengan ianya sendiri ada kemahiran-kemahiran moral, intelektual dan sosial yang diperlukan untuk mengambil peluang kedudukan tersebut. Konsep kepimpinan membawa pelbagai maksud kepada individu yang berlainan. Mungkin maksud itu berbeza kerana pemahaman seseorang individu itu berbeza berasaskan pemahaman masing-masing,

16

skema pemikiran kita sebelum ini dan termasuklah juga peribadi masing-masing. Kepimpinan juga berkaitan dengan sesuatu kepercayaan, pegangan atau minatnya sebagaimana disebut Covey (1994) sebagai ‘personal leadership’ iaitu membawa maksud kepimpinan boleh juga terjadi walaupun cuma seorang sahaja yang berkaitan.

Mengikut Rahimah (2001) menyatakan semua yang terlibat dalam profesion pendidikan perlu menjadi pemimpin untuk organisasi masa depan atau ‘leaders of the future’, kerana apabila seseorang itu berkecimpung dalam alam pendidikan, tidak kira apa peranan rasminya, beliau terlibat dalam pendidikan generasi masa depan. Guru sebagai seseorang yang dapat mempengaruhi perkembangan murid-muridnya sesungguhnya adalah pemimpin bersesuaian dengan definisi kepemimpinan. Dalam kajian ini gaya kepimpinan telah definisikan sebagai Karisma, Bertimbang Rasa Secara Individu, Merangsang Intelek, Motivasi Inspirasi dalam kalangan GPK terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

1.10.2

Penyeliaan Pengajaran

Istilah ini merujuk kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak tertentu bagi membantu, membimbing dan memandu seseorang guru menjalankan tugas mengajar dengan lebih berkesan sebelum, semasa dan selepas proses P&P dijalankan. Penyeliaan pengajaran juga membawa maksud yang positif

iaitu satu usaha

membantu guru meningkatkan prestasi pengajaran mereka dan bukan mencari kesalahan semata-mata.

Menurut McEwan (2003) penyeliaan pengajaran secara umumnya adalah usaha-usaha di mana fungsi-fungsi pengurusan seperti merancang, mengorganisasi, memimpin, mengawal, menilai dan terus menambah baik yang diperkaitkan dengan bidang-bidang pentadbiran utama melibatkan staf, murid, komuniti, kurikulum,

17

pengajaran dan kewangan dapat dijalankan dengan cekap dan pada masa yang sama dapat mewujudkan ‘learning community’. Bagi Ibrahim Mamat (1998), penyeliaan adalah bermaksud memberi pimpinan kepada guru untuk berkembang, meningkat dan mencapai kesempurnaan dalam tugas mereka. Justeru itu dapat dirumuskan di sini bahawa untuk memimpin, seseorang penyelia mestilah mempunyai pengetahuan tentang bidang yang akan diselia serta ilmu bagaimana untuk memimpin orang bawahannya.

1.10.3 Penyeliaan

Dalam perjalanan organisasi, elemen-elemen dalam organisasi tidak dapat lari daripada berkomunikasi. Menerusi komunikasi juga, ahli-ahli dalam organisasi dapat bertukar maklumat untuk kemajuan unit masing-masing. Organisasi tidak dapat hidup dan meneruskan aktiviti tanpa komunikasi (Hickson, Stacks & Greely, 1998). Salah satu elemen yang penting di dalam kajian komunikasi organisasi adalah komunikasi ketua dan subordinat atau juga dikenali sebagai komunikasi kepenyeliaan. Komunikasi kepenyeliaan merupakan satu bentuk komunikasi ‘dyadic’ yang menumpukan bagaimana ketua dan subordinat berkomunikasi dalam mengekalkan hubungan mereka. Hubungan ketua dan subordinat yang harmoni dan baik dapat melicinkan lagi perjalanan organisasi disamping dapat mencapai misi dan visi organisasi. Secara tidak langsung komunikasi yang berkesan di antara ketua dan subordinat akan dapat menentukan kejayaan sesebuah organisasi (Jablin, 1987). Justeru itu, komunikasi penyeliaan dapat memberi gambaran pola komunikasi keseluruhan dalam sesebuah organisasi (Lee & Jablin, 1995).

18

1.10.4 Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan

Hishamudin Ibrahim (2005) mendefinisikan pegangan atau kepercayaan penyeliaan sebagai pedoman yang akan memandu seseorang penyelia bagi membuat keputusan tentang kaedah dan pendekatan bagi menyelesaikan masalah dalam pembangunan profesionalisme guru. Secara psikologinya,pegangan atau kepercayaan (belief) adalah kefahaman, premis atau pembawaan yang dipegang terhadap sesuatu yang dianggap sebagai benar atau betul (Richardson, 1996). Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan perkataan

pegangan atau kepercayaan

bagi

menggambarkan kepercayaan. Ini adalah kerana istilah kepercayaan seolah-olah membawa anutan seseorang terhadap sesuatu agama. Pandangan seorang penyelia tentang ilmu pengetahuan, keadaan semulajadi manusia dan kawalan dikatakan sebagai pegangan atau kepercayaan penyeliaan (supervisory belief) (Glickman 2005). Dalam konteks yang sama, pegangan atau kepercayaan penyeliaan dalam kajian ini merujuk kepada suatu tanggapan maya GPK, hasil daripada himpunan pendedahan dan pengalaman yang diperoleh selama ini lalu dijadikan panduan asas dalam menentukan hala tuju bagaimana untuk mencorak interaksi dalam sesi konferensi penyeliaan pengajaran. Dalam kajian ini jenis pegangan atau kepercayaan penyeliaan didefinisikan sebagai pegangan Essentialisme, Experimentalisme dan Existentialisme dalam kalangan GPK terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.

1.11 Rumusan

Berdasarkan kepada Bab 1 ini, penyelidik telah menerangkan tentang pengenalan, definisi beberapa perkataan yang digunakan oleh penyelidik, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, kerangka konsep, kepentingan kajian dan batasan kajian . Berdasarkan elemenelemen di atas penyelidik akan melakukan penyelidikan untuk kajian selanjutnya.

19

Para penyelia di sekolah mempunyai peranan yang amat kompleks. Kebiasaannya peranan ini adalah mengikut situasi di mana ianya berlaku. Pada masa dahulu, penyeliaan di sekolah-sekolah cuma berkisar sekitar lanjutan daripada aspek pentadbiran ataupun kerja-kerja yang dibuat oleh ketua di kalangan guru. Walau bagaimanapun peranan dan tugas-tugas para penyelia ini telah dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran, seperti dari segi politik, sosial, perkembangan teknologi dan sebagainya.

Penyeliaan merupakan salah satu tugas harian GB dan GPK bagi memastikan pengajaran guru di bawah seliaannya berada dalam keadaan yang baik serta mempunyai kualiti yang tinggi.

Menurut Hamdan dan Rahimah (2011) dalam

menjalankan penyeliaan di bilik darjah, GPK

ataupun GB

perlu mempunyai

pengetahuan yang mencukupi serta kemaskini tentang perubahan sukatan pelajaran. Mereka juga harus berkemampuan dalam mengesan masaalah-masaalah pedagogi yang timbul di dalam proses P&P serta dapat mengemukakan cadangan-cadangan yang munasabah dan membina uintuk membaiki kelemahan yang dikesaninya seterusnya juga dapat mempertingkatkan prestasi para guru.