NORLIZAH BINTI HAJI JANTAN

i ii FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TERHADAP BIDANG MASAKAN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI TIGA BUAH SEKOL...
Author: Rudolph Hudson
20 downloads 0 Views 342KB Size
i

ii

FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TERHADAP BIDANG MASAKAN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH JASIN, MELAKA. SATU TINJAUAN.

NORLIZAH BINTI HAJI JANTAN

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

iii

iv

DEDIKASI

Teristimewa untuk : Ayahanda dan Bonda, Jua kedua mertuaku, Hj. Jantan B.Hj. Abas, Siti Aminah Bt.Rasiman, Adi B.Dollah, Saleha Bt.Hj Ibrahim

Doa dan pengorbanan kalian tidak dapat dinilai dan dibayar hingga akhir hayat Seiring dengan doa restu, moga Allah merahmati dan memberkati kalian. Suami Yang dikasihi, Imran Bin Adi

Kasih sayangmu dan pergorbananmu, Pendorongku mengecap kejayaan Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat Terima kasih atas segalanya Tanpa mu takkan ku berada di sini. Buat Permata Hati, Miza Najwa Binti Imran

Kehadiranmu adalah sumber kekuatan jiwa raga ku. Buat adik beradik dan ipar duai,

Sokongan kalian amatlah dihargai. Buat para pensyarah, guru-guru, dan rakan taulan,

Didikan dan galakan yang diberi, akan ku genggam sebagai pedoman diri. Hanya kepada Allah s.w.t daku berserah Moga diberkatiNya, Insan-insan yang menjadi nadi perjuanganku ini.

v

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang” Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya, saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ). Ucapan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi pendedahan dan peluang untuk saya menjalankan penulisan ilmiah ini. Rakaman ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dan terbabit terutamanya pensyarah pembimbing, Encik Md.Yusup Bin Kayat yang telah banyak menyumbangkan idea dan memberi tunjuk ajar berguna sebagai pedoman untuk saya menghasilkan tesis ini. Terima kasih tidak terhingga juga kepada pengetua, guru-guru dan pelajar sekolah yang telah memberikan kerjasama semasa kajian dijalankan. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Malaysia (EPRD) di Kementerian Pendidikan Malaysia serta Jabatan Pendidikan Negeri melaka kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Norlizah Binti Haji Jantan Februari, 2004

vi

ABSTRAK

Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran yang penting dan ianya memainkan peranan yang besar dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar di dalam bidang kerjaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang dapat meningkatkan minat pelajar dalam bidang masakan di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di 3 buah sekolah menengah Daerah Jasin, Melaka. Skop kajian ini adalah tertumpu kepada faktor-faktor yang dapat meningkatkan minat pelajar di dalam bidang masakan. Faktor-faktor yang dikaji ialah dari aspek sikap pelajar, kandungan kurikulum, peranan guru, persekitaran, keluarga dan rakan sebaya. Jumlah populasi dan sampel kajian yang terlibat adalah seramai 214 orang. Kajian rintis dan kajian sebenar dijalankan dengan kerjasama pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak sekolah. Sementara itu, borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisa menggunakan perisian SPSS versi 11.5 berdasarkan kepada frekuensi dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan, peratusan keseluruhan bagi kelima-lima faktor adalah pada tahap yang baik, namun faktor kandungan kurikulum, peranan guru dan faktor persekitaran merupakan tiga faktor utama yang meningkatkan minat pelajar berbanding dengan faktor yang lain. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini boleh membantu kajian lanjutan dan seterusnya kepada pihak-pihak yang berkenaan di dalam meningkatkan minat pelajar terhadap bidang masakan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

vii

ABSTRACT

Living Skills is one of the important subject, that give students first expression in their carrier. The purpose of the research is to identify the factors that can make students more interest in learning cooking of Living Skills at 3 secondary schools in Jasin District, Malacca. The focus of the study was towards the factors that can increased more interest in learning this subject. The aspects are students attitude, curriculum content, teachers, environment factor, family and adolescent. The sample were involved in the research is 214 respondent. This research have been done successfully and get cooperated by Educational Department of State and schools. A questionnaires was used as an instrument in the research. The data was analyzed by using SPSS for Windows Version 11.5 to asses frequency and percentage. From research, all the five factors showed as a positive condition. The main factors that make students more interest are curriculum content, teacher and environment. From the research in the future hope that the research can help and guide all related personnel to make more interest in the cooking of Living Skills subject.

viii

KANDUNGAN

BAB

BAB 1

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

i

DEDIKASI

iv

PENGHARGAAN

v

ABSTRAK

vi

ABSTRACT

vii

KANDUNGAN

viii

HALAMAN SENARAI JADUAL

ix

HALAMAN SENARAI LAMPIRAN

xi

PENGENALAN 1.1

Pendahuluan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

5

1.3

Pernyataan Masalah

8

1.4

Persoalan Kajian

10

1.5

Objektif Kajian

11

1.6

Kepentingan Kajian

12

1.7

Skop kajian

13

1.8

Definisi Istilah

14

1.8.1

Faktor

14

1.8.2

Meningkatkan

14

1.8.3

Menyumbang

15

1.8.4

Bidang masakan

15

1.8.5

Pelajar

15

1.8.6

Kemahiran Hidup

15

1.8.7

Minat

16

ix

1.9

BAB 2

1.8.8

Kurikulum

16

1.8.9

Sikap

16

1.8.10 Rakan Sebaya

17

1.8.11 Keluarga

17

1.8.12 Guru

18

1.8.13 Persekitaran

18

Penutup

18

SOROTAN PENULISAN 2.1

Pendahuluan

2.2

Faktor-faktor yang Menyumbang Dalam

20

Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Bidang Masakan.

2.3

BAB 3

2.2.1

Kandungan Kurikulum

22

2.2.2

Sikap

24

2.2.3

Peranan Guru

25

2.2.4

Keluarga dan Rakan Sebaya

27

2.2.5

Persekitaran

28

Penutup

29

METODOLOGI KAJIAN 3.1

Pendahuluan

30

3.2

Reka Bentuk Kajian

31

3.3

Populasi dan Sampel Kajian

32

3.4

Instrumen Kajian

33

3.5

Tatacara Kajian

35

3.6

Kajian Rintis

36

3.7

Dapatan Kajian Rintis

37

x

BAB 4

3.8

Analisis Data

37

3.9

Penutup

39

ANALISIS DATA 4.1

Pendahuluan

40

4.2

Dapatan Latar Belakang Responden

41

4.3.1

Jantina

42

4.3.2

Bangsa / Kaum

43

4.3.3

Pengkhususan / Pilihan Elektif

44

4.4

BAB 5

Dapatan Kajian Bahagian B 4.4.1

Analisis Persoalan Kajian Pertama

46

4.4.2

Analisis Persoalan Kajian Kedua

49

4.4.3

Analisis Persoalan Kajian Ketiga

52

4.4.4

Analisis Persoalan Kajian Keempat

55

4.4.5

Analisis Persoalan Kajian Kelima

58

4.5

Purata Keseluruhan Persoalan Kajian

60

4.6

Penutup

62

RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1

Pendahuluan

63

5.2

Rumusan

64

5.2.1

64

Rumusan Hasil Dapatan Kajian

5.3

Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian A

68

5.4

Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian B

68

5.4.1

Perbincangan Soalan Kajian 1

68

5.4.2

Perbincangan Soalan Kajian 2

71

5.4.3

Perbincangan Soalan Kajian 3

72

5.4.4

Perbincangan Soalan Kajian 4

74

xi 5.4.5 5.5

RUJUKAN

Perbincangan Soalan Kajian 5

75

Cadangan

77

5.5.1

Kepada Pelajar

78

5.5.2

Kepada Ibu bapa

79

5.5.3

Kepada Guru

79

5.5.4

Kepada Jabatan Pendidikan Negeri

81

5.5.5

Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia 81

5.6

Saranan Untuk Kajian Lanjutan

82

5.7

Penutup

83

84

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

3.1

Taburan Populasi Mengikut Sekolah

3.2

Pembahagian soal selidik Berdasarkan

MUKA SURAT

33

Persoalan Kajian

34

3.3

Skor Skala Likert 5 Mata

35

3.4

Jadual Nilai Alpha Cronbach

36

3.5

Pengelasan Skor Skala 3 Mata

38

3.6

Tahap Pertimbangan Peratusan

38

4.1

Taburan Jantina Responden

42

4.2

Taburan Bangsa Responden

43

4.3

Taburan Elektif Pengkhususan Responden

44

4.4

Analisis Faktor Sikap Yang Dapat Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Bidang Masakan.

4.5

46

Analisis Faktor Kandungan Kurikulum Yang Dapat Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Bidang Masakan

49

xiii 4.6

Analaisis Faktor Peranan Guru Yang Dapat Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Bidang Masakan.

4.7

Analisis Faktor Persekitaran Yang Dapat Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Bidang Masakan.

4.8

55

Analisis Faktor Keluarga dan Rakan Sebaya Yang Dapat Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Bidang Masakan.

4.9

52

58

Taburan Purata Peratusan Keseluruhan Berdasarkan Persoalan Kajian

60

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A

Contoh Borang Soal Selidik

B

Analisis Kajian Rintis

C

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian di

MUKA SURAT

Sekolah-sekolah, Maktab Perguruan, Jabatan Pendidikan Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. D

Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah-sekolah Menengah / Rendah Negeri Melaka

E

Surat Memohon Kebenaran Melakukan Kajian Di Sekolah-sekolah Di Bawah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

F

Surat Akuan Pelaja

G

Surat Pengesahan Menjalankan Kajian Rintis.

D

Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah-Sekolah Dari Kementerian Pendidikan

F

Surat Permohonan Menjalankan Kajian Rintis

xv

G

Surat Permohonan Menjalankan Kaji Selidik

H

Surat Kebenaran Menjalankan Kaji Selidik

I

Surat Pengesahan Item Kajian Soal Selidik

J

Carta Morgan

BAB I

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Falsafah Pendidikan Negara mentafsirkan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah merupakan satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992 ). Menerusi Falsafah Pendidikan Negara dapatlah disimpulkan bahawa satu perkara yang asas dan amalan penting dalam pendidikan ialah wawasan. Wawasan tentang apa dan bagaimanakah rupa dan jiwa anak bangsa yang akan dilahirkan adalah menjadi tugas dan tanggungjawab sekolah dan guru. Falsafah ini menegaskan matlamat pendidikan di

2 Malaysia dan wawasan ini sekaligus menyebabkan peranan sekolah dan guru sangat penting agar matlamat Falsafah Pendidikan Negara tercapai ( Tajul Ariffin Noordin, 1992 ). Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara diatas dan wawasan negara dalam menuju era 2020, sistem pendidikan masa kini bertujuan untuk membina masyarakat penyayang dan bersopan santun di samping mempunyai teknologi yang tinggi. Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terdapat subjek Pengurusan Diri ( Masakan ) yang merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan perancangan menu, penyediaan dan penyajian hidangan dan etika makan yang baik merupakan salah satu salur bidang pendidikan yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat dalam melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan juga dapat menyediakan generasi yang mempunyai daya tahan serta daya saing yang cemerlang. Dengan adanya pendidikan yang berkesan, seseorang lebih mudah berhadapan dengan cabaran hidup kerana pendidikan yang memperkembangkan potensi individu kearah kesejahteraan dan kemantapan ilmu. Ini bersesuaian dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang mahukan pendidikan di Malaysia sebagai usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Sebagai pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran yang diterima di sekolah seharusnya dapat dikuasai dengan baik. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran komponen Masakan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu seharusnya dititik beratkan agar pelajar-pelajar menaruh minat sepenuhnya. Dengan itu pencapaian pelajar akan menjadi baik seterusnya dapat digunakan dalam kehidupan yang serba mencabar ini. Minat yang sepenuhnya terhadap Komponen Masakan akan memberikan pengetahuan dan kemahiran tentang makanan , pengendalian makanan serta mengetahui etika ketika makan yang betul. Ini akan memberikan kesan tingkah laku yang positif di

3 kalangan pelajar dan bersesuaian dengan kehendak sukatan pelajaran bagi Komponen Masakan agar dapat membekalkan pelajar satu persediaan asas dan kemahiran tertentu untuk mempertingkatkan potensi pelajar dalam pemilihan dan pengendalian makanan serta memupuk nilai-nilai murni dalam etika semasa makan ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002 ). Menurut Menteri Pendidikan Malaysia Dato’ Najib Tun Abdul Razak, pengambilan untuk mengikuti pengajian dalam latihan kemahiran yang diperkenalkan mulai sesi persekolahan tahun 1999 ini akan diberi keutamaan kepada pemohon yang memperolehi keputusan paling minimum dalam PMR. Najib berkata lagi, calon memperolehi pencapaian agak rendah dalam peperiksaan PMR digalakkan mengikuti aliran kemahiran yang ditawarkan di Sekolah Menengah Vokasional bagi mendapat Sijil Kemahiran Malaysia. Sebelas kursus di tawarkan di antaranya ialah jurusan katering, ini adalah kerana pihak kementerian ingin mengelakkan dari gejala sosial di kalangan remaja. Selaras dengan langkah itu sejumlah 7,600 tempat disediakan di sekolah tersebut ( Amad Bahri, Berita Harian, Januari 1999 ).

1.1.1

Sejarah Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

Mata pelajaran KHB merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran ini telah digubal kearah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan

4 sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inventif. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa murid menjalankan aktiviti amali bagi meneruskan konsep kesepaduan dalam mata pelajaran. Perubahan dari segi kandungan memperlihatkan beberapa tajuk Kemahiran Hidup Bersepadu telah disusun semula, digugurkan atau ditambah, dengan hasrat untuk mengukuhkan kesinambungan dan menggelakkan pertindihan serta mengemaskinikan kandungannya. Dua tajuk dalam Bahagian Teras Huraian Sukatan Pelajaran Edisi Tahun 1992, ‘Perdagangan dan Keusahawanan’ dan ‘Kekeluargaan’ digugurkan. Elemen Reka Bentuk dan Teknologi diberi lebih fokus dan tajuk Lukisan Teknik diberi lebih penekanan dalam mata pelajaran pilihan Kemahiran Teknikal. Pertukaran nama tajuk juga berlaku. Tajuk ‘Kemahiran Manipulatif’ dalam bahagian teras Edisi 1992 ditukar kepada nama baru iaitu “Rekabentuk dan Teknologi” dan pilihan ‘Kemahiran Manipulatif Tambahan’ ditukar kepada “ Kemahiran Teknikal”. Walaupun tajuk Perdagangan dan Keusahawanan digugurkan daripada Bahagian Teras, Huraian Sukatan Pelajaran 1992 tetapi dalam edisi 2002 satu bidang baru iaitu Perniagaan dan Keusahawanan merupakan satu-satu bidang yang merentasi tiga pilihan iaitu Pilihan 1,2, dan 3. Di samping itu satu pilihan baru diwujudkan sebagai Pilihan 4 iaitu Perdagangan dan Keusahawanan sebagai tambahan kepada pilihan yang sedia ada ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002 ).

5 1.2

Latar Belakang Masalah

Peranan Kurikulum adalah untuk membentuk dan mengembangkan minat pelajar agar minatnya dapat dikekalkan untuk tujuan pendidikan ( Sharifah Alwiyah Al Sagof, 1985 ). Kurikulum sesuatu mata pelajaran adalah antara faktor penting dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Kurikulum yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah segala pengalaman yang disediakan untuk pelajar di sekolah. Ianya adalah saluran pengajaran yang digunakan untuk memberi pengajaran yang dikehendaki ( Edward A.Crug, 1957, Nordin Sadali, 1995 dalam Jami’ah Md Salleh,1999 ) Menurut kajian lepas Md Nawawi ( 1994 ), daripada pengalamannya dan hasil tinjauan di dapati ada beberapa andaian telah dibuat di mana : 1.

Pelajar-pelajar lelaki telah mengetahui tentang asas KHB, tetapi pengetahuan mereka belum mencukupi dalam bidang masakan.

2.

Pelajar lelaki atau perempuan tidak semua berminat terhadap bidang masakan dan jahitan.

Kajian ini disokong oleh Nur Amirul Izaly ( 2003 ) dalam kajiannya di 5 buah sekolah di Daerah Johor yang menawarkan subjek katering dan penyajian didapati hanya 15.74 % lelaki dan 84.26 % perempuan sahaja yang mengambil katering, ini bermakna kekurangan pelajar lelaki mengambil bidang tersebut kerana tidak berminat dan beranggapan bidang masakan adalah bidang orang perempuan. Faktor kekurangan guru juga menyebabkan tidak semua sekolah menawarkan Katering dan Penyajian Masakan kepada pelajar di mana setiap sekolah hanya terdapat seorang sahaja guru yang mengajar katering. Ini menimbulkan masalah kepada guru dan pihak sekolah di mana terpaksa

6 menghadkan pengambilan pelajar-pelajar terhadap subjek Katering dan Penyajian Makanan. Apabila mata pelajaran vokasional Katering dan Masakan diperkenalkan di sekolah berbagai –bagai masalah berkaitan dengan proses pelaksanaannya terpaksa dihadapi seperti kurangnya kelengkapan peralatan dan bahan, kurangnya tenaga pengajar yang benar-benar dari bidang tersebut dan kesediaan pelajar dimana perlu menghadapi pembelajaran yang berbeza. Menurut kajian lepas, terdapat beberapa masalah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang masakan khususnya subjek Katering dan Penyajian dimana daripada dapatan kajian tersebut, guru-guru menghadapi masalah dari segi disiplin pelajar, bahan rujukan untuk guru dan pelajar tidak mencukupi, penyediaan alat bantuan mengajar dan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran sebanyak 75 %. Peratusan ini menunjukkan guru dan pelajar menghadapi masalah dari segi yang disebutkan di atas, satu kajian lanjutan adalah perlu untuk mengetahui adakah masalah ini menyebabkan pelajar-pelajar kurang berminat di dalam bidang masakan. ( Nur Amirul, 2003 ). Mengikut kandungan Kurikulum Kemahiran Hidup pelajar-pelajar tidak mengira jantina sama ada pelajar perempuan atau pelajar lelaki tidak akan terkecuali mempelajari bidang masakan secara teori dan amali. Latihan amali masakan dilakukan di bilik masakan. Pelajar-pelajar secara berkumpulan melakukan latihan memasak untuk menyediakan hidangan sepinggan lengkap dan seimbang dari segi kandungan nutriennya. Pelajar juga diajar untuk mengurus dan menyimpan peralatan dan makanan serta adap sopan semasa makan juga diajar ( Pusat Perkembangan Kurikulum 2003 ). Menurut kajian Saadiah ( 1998 ), pelajaran Pengurusan Diri ( Masakan ) ini juga mungkin memberi kejutan kepada mereka, kerana selama ini mereka menganggap bidang masakan hanya sesuai dipelajari oleh pelajar perempuan sahaja. Ini pasti menimbulkan masalah kepada pelajar lebih-lebih lagi baru pertama kali mereka menceburi bidang

7 masakan ini. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menghadapinya, ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati, tidak selesa dan kekok untuk menjalankan aktiviti masakan tersebut. Dari sini pelajar akan hilang minat tentang bidang masakan kerana ia terikat dengan berbagai peraturan di dalam makmal masakan, contohnya pelajar perlu menggunakan alatan yang betul ketika memasak dan pelajar harus mengikut prinsip-prinsip memasak yang diajar oleh guru dengan betul, pelajar tidak boleh mengikut cara mereka memasak di rumah yang tiada peraturan dan kita bebas memasak apa sahaja dan menggunakan apa sahaja peralatan yang bersesuaian mengikut kehendak sendiri. Umumnya ramai di kalangan kita yang tidak berminat menjadi tukang masak, malah tidak pernah pun bercita-cita menjadikannya sebagai suatu kerjaya yang boleh mencerahkan masa depan. Malahan ada juga dikalangan masyarakat yang memandang hina, mencebir dan sentiasa menyindir kepada tukang masak kerana memilih bidang tersebut. Ramai dikalangan kita juga menganggap kerja tukang masak itu rendah kedudukannya, rendah martabatnya, tidak mempunyai masa depan, dan sesuai hanya untuk kaum wanita sahaja ( Zaiton, Dewan Siswa, April 1987 ). Oleh itu, minat pelajar terhadap bidang masakan harus disemai dari awal lagi dan guru harus mengubah persepsi masyarakat, ibu bapa dan pelajar-pelajar terhadap bidang masakan.

1.3

Pernyataan Masalah

Pengenalan pelajaran Pengurusan Diri ( Masakan dan Jahitan ) dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah mungkin menimbulkan masalah kepada pelajar lelaki kerana setiap pelajar diwajibkan mempelajari bidang masakan dan jahitan walaupun mereka tidak biasa terhadap bidang tersebut.

8 Mungkin kita tidak sedar bahawa tukang masak yang paling masyhur di dunia ialah kaum lelaki dan di negara kita juga chef yang terkenal adalah kaum lelaki contohnya seperti Chef Wan, Chef Ismail dan lain-lain lagi. Menurut Carta Kedudukan Jawatan Tukang Masak Dan Gaji, kerjaya tukang masak boleh memperolehi pendapatan lebih RM 10,000 sebulan mengikut jawatannya. Tukang masak juga berperanan membantu meningkatkan industri pelancongan. Pengurusan sekolah disaran tidak mengehadkan pelajaran masakan kepada pelajar perempuan semata-mata, sebaliknya turut memberi peluang kepada pelajar lelaki menunjuk bakat dalam bidang tersebut. Pengarah Pendidkan Johor, Rokhani Mangi, berkata ini kerana ramai tukang masak terkenal di hotel dan resort sama ada peringkat negara dan antarabangsa adalah golongan lelaki. Sehubungan itu, katanya peluang untuk pelajar lelaki dalam bidang itu perlu diperluaskan dan menjadi tugas guru untuk mengesan dan mengenalpasti bakat pelajar dengan memberi banyak pendedahan kepada mereka. “Seperti dipaparkan di televisyen, sebahagian besar tukang masak dan chef terkenal di hotel dan warung adalah lelaki. Oleh itu, pendedahan dan proses mengetengahkan bakat pelajar lelaki perlu dimulakan di peringkat sekolah,” katanya ( Berita Harian, Ogos 2003 ). Jadi disini dapatlah disimpulkan sebenarnya pelajar lelaki dan perempuan berminat terhadap bidang masakan. Cuma kurangnya pendedahan di rumah dan juga di peringkat sekolah. Menurut pakar-pakar masakan yang telah menceburi bidang ini menyatakan bahawa kerjaya di bidang masakan begitu banyak dan meluas dan menjanjikan kepuasan dari segi bidang kerja dan di samping gaji yang lumayan mengikut kemahiran dan pengalaman mereka. Banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta menawarkan kursus dalam bidang perhotelan, katering dan penyediaan makanan , contohnya Universiti Teknologi Mara. Jadi tanggapan bahawa kerjaya juru masak tiada masa depan amatlah meleset sama sekali. Kedudukan tukang masak cukup penting dan mereka dipandang tinggi dan terhormat. Mereka dianggap mempunyai suatu taraf profesional. Peranan mereka boleh

9 juga menentukan sama ada hotel tempat mereka bekerja terkenal dan popular atau tidak ( Dewan Siswa, April 1987 ). Ini menunjukkan bidang masakan adalah penting dan tidak sia-sia untuk dipelajari oleh setiap pelajar lelaki dan perempuan. Menurut kajian Md Nawawi Ismail, (1994 ) , bidang pelajaran yang dipelajari di sekolah ada hubungkaitnya dengan sikap, minat dan pemilihan kerjaya pada masa hadapan. Minat pelajar yang berlainan dengan apa yang dipelajari di sekolah boleh memberi masalah kepada seseorang dalam pembelajaran mereka. Oleh itu, kurikulum sesuatu mata pelajaran dilihat berhubung dengan masa hadapan pelajar dan menjadi penentu minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Begitu jugalah yang sepatutnya terdapat dalam kurikulum Kemahiran Hidup khasnya dalam bidang Masakan. Mata pelajaran ini juga akan dapat membekalkan pelajar dengan kemahiran asas dan berfungsi bagi membolehkan mereka bertindak dan mengendalikan hidup secara produktif dalam dunia yang maju teknologi dan perdagangan yang kompleks serta sentiasa berubah ( Shahril Marzuki, 1992 dalam Ahmad Nizam Indar, 1997 ). Pendidikan Masakan mempunyai tujuan yang tertentu iaitu membentuk kemahiran, kebolehan, sikap, tabiat kerja serta tanggungjawab. Dengan mendalaminya pelajar dapat membantu serta meningkatkan kemahiran dan teori yang diajar ( Mohd Mahbob, 1991 dalam Ahmad Nizam Indar, 1997 ). Minat juga merupakan satu tindakbalas ataupun tarikan kepada seseorang untuk menyukainya. Apabila seseorang itu berminat dengan sesuatu perkara, ianya akan berusaha untuk mempelajarinya sehingga ianya dapat menguasainya terutama perkara yang diminati. Contohnya dalam pendidikan masakan atau dikenali sebagai katering, bagi seseorang pelajar yang berminat dalam bidang masakan, ia akan berusaha untuk mendalami atau menguasaai bidang ini sehingga berjaya. Seterusnya bolehlah menggunakan ilmu serta minatnya untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan membuka kedai atau restoran makanan.

10 Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang dapat meningkatkan minat pelajar-pelajar terhadap komponen masakan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di 3 buah sekolah menengah di Daerah Jasin, Melaka. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji adakah faktor sikap, kurikulum, peranan guru, persekitaran, keluarga dan rakan sebaya dapat menyumbang minat pelajar-pelajar terhadap komponen masakan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

1.4

Persoalan Kajian

Kajian ini akan menjawab soalan penyelidikan berikut : 1. Adakah faktor sikap menyumbang dalam meningkatkan minat pelajar terhadap komponen masakan ? 2. Adakah faktor kandungan kurikulum dapat mempertingkatkan minat pelajar ? 3. Adakah peranan guru dapat meningkatkan minat pelajar terhadap komponen masakan ? 4. Adakah faktor persekitaran menyumbang dalam meningkatkan minat pelajar terhadap komponen masakan ? 5. Adakah keluarga dan rakan sebaya menyumbang dalam meningkatkan minat pelajar terhadap komponen masakan ?