x

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN AWAL DALAM MEMBENTUK SAHSIAH REMAJA: SATU KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM

UMI KALSUM BINTI JAMAK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

x PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ Judul : PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN AWAL DALAM MEMBENTUK SAHSIAH REMAJA: SATU KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT DIIBU FAKULTI UTM. PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN BAPAPENDIDIKAN PADA PENDIDIKAN

AWAL DALAM MEMBENTUK SAHSIAH REMAJA: SATU KAJIAN DI SESI PENGAJIAN: 2003/2004 KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM Saya :

UMI KALSUM BINTI JAMAK (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4.

Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan UMI KALSUM BINTI JAMAK pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan ( √ ) SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

projek ini dikemukakan TERHAD Laporan (Mengandungi meklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) √

sebagai sebahagian daripada syarat

TIDAK TERHAD penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

__________________ (TANDATANGAN PENULIS)

__________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 166-12-03, DR. TAMAR JAYA BIN NIZAR Jalan Sentul, Nama Penyelia Fakulti Pendidikan 51000 Kuala Lumpur.

Universiti Teknologi Malaysia

Catatan : * ** ♦

Potong yang tidak berkenaan Jika tesis ini Sulit atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan FEBRUARI, 2004 penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

x

“ Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan saya berpendapat karya ini adalah memadai daripada aspek skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Pengajian Islam ).”

Tandatangan : ………………………………..... Nama Penyelia : DR TAMAR JAYA BIN NIZAR Tarikh :

15 MAC 2004

x

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERANAN IBU BAPA PADA PENDIDIKAN AWAL DALAM MEMBENTUK SAHSIAH REMAJA: SATU KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM

UMI KALSUM BINTI JAMAK

Laporan projek ini dikemukakan sebagai sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

x

“Saya mengakui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan oleh diri saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan akan sumber-sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………..... Nama Penulis : UMI KALSUM BINTI JAMAK Tarikh :

15 MAC 2004

x

DEDIKASI

Ayahanda dan bonda yang amat ku kasihi Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu Segala pengorbanan mu, dorongan mu dan jasa mu Tidak akan ku lupa buat salama-lamanya

Sesungguhnya kejayaanku adalah milik kalian berdua

Buat adinda-adindaku yang tercinta…… Segala kata nasihat mu, dorongan mu dan kata-kata semangat mu Selama ini Segala jasa baik mu akan ku kenang buat selamanya

Tidak ku lupai sahabat handai, Yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar

Kepada ku selama ini Semoga Allah membalas segala jasa kalian selama ini Terima kasih ku ucapkan kepada kalian semua.

x

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih,

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah dan kurnia-Nya kerana telah memberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan diri dan kesihatan yang baik kepada penulis sehinggalah dapat menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dengan sebaik yang mungkin. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Tamar Jaya bin Nizar selaku penyelia kepada penulis yang banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan teguran yang membina sejak awal sehinggalah sempurnanya Projek Sarjana Muda ini. Semoga segala pengorbanan dan tunjuk ajar selama ini mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. Begitu juga dengan penilai-penilai, pensyarah-pensyarah dan pihak Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial yang terlibat dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Tidak ketinggalan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu dari segi idea dan buah fikiran dalam membuat kajian ini.

Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa dan budi baik kalian. Amin………

x

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap peranan ibu bapa pada pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja. Aspek-aspek yang ditinjau ialah dari segi peranan ibu bapa, gaya asuhan dan langkah-langkah untuk mempertingkatkan peranan ibu bapa pada pendidikan awal. Fakulti Pendidikan UTM dipilih untuk kajian ini yang membabitkan 2 buah kursus. Sampel yang diambil ialah keseluhuran populasi iaitu seramai 81 orang. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang mengandungi bahagian A, B, C dan D. Segala data yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS 11.0 berdasarkan peratus dan min. Hasil dapatan kajian mendapati persepsi pelajar terhadap peranan ibu bapa pada pendidikan awal adalah positif manakala gaya asuhan pada pendidikan awal adalah gabungan demokratik dan autokratik. Terdapat 6 langkah paling berkesan dalam mempertingkatkan peranan ibu bapa pada pendidikan awal iaitu menanamkan nilai-nilai agama dalam diri anakanak, memberi nasihat dengan cara yang baik, memberi perhatian dan galakan kepada anak-anak, mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan menjadi contoh yang baik buat anak-anak. Di akhir kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada ibu bapa dan pihak-pihak yang berkenaan seperti PERKIM, JAIJ, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Keluarga Dan Wanita untuk kebaikan bersama.

x

ABSTRACT

This study is conducted to find out about students perception on the role of parents during the early education of developing the attitudes af teenagers. Aspects that had been focused on in this study are role of parents, style of family upbringing and ways of enhancing the role of parents during early education. This study had involved two course of the Faculty of Education in UTM. The whole population of 81 students were used as the sample. The instrument was a questionnaire that comprises section A, B, C and D. All data was processed using the SPSS 11.0 software based on percentage and mean. The finding of this study showed that students perception on the role of parents in early education is positive whereas the style of family upbringing during the early education are a mixture of democratic and autocratic. There are most effective ways of enhancing the role of parents during the early education and there are by instilling religious values in the children, giving advices in good ways, paying more attention, giving encouragement, being a good role model and caring to the children problem. By the end of this study, the researcher proposed few suggestion to parents and other parties such as PERKIM, JAIJ, The Darul Takzim Family Development Institution, The Ministry Of Education and The Ministry Of Development and Women for the good at everyone’s.

x

KANDUNGAN

BAB

BAB I

PERKARA

MUKA SURAT

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

x

SENARAI LAMPIRAN

xiii

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

2

1.3

Pernyataan Masalah

6

1.4

Objektif Kajian

6

1.5

Persoalan Kajian

7

1.6

Kepentingan Kajian

7

1.7

Batasan Kajian

8

1.8

Definisi Istilah

9

x BAB II

SOROTAN PENULISAN

2.1

Pengenalan

16

2.2

Konsep Pendidikan Awal

17

2.3

Peranan Ibu Bapa

19

2.4

Kepentingan Pendidikan Islam

23

2.5

Gaya Asuhan Ibu Bapa Pada Pendidikan Awal

24

2.6

Rangka Teori Yang Berkaitan

27

2.7

Sorotan Kajian Lepas

28

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

31

3.2

Reka bentuk kajian

32

3.3

Lokasi Kajian

32

3.4

Populasi Kajian

32

3.5

Sampel Kajian

33

3.6

Instrumen Kajian

33

3.7

Prosedur Kajian

35

3.8

Kajian Rintis

36

3.9

Kaedah Analisis Data

37

3.10

Rumusan

38

x BAB IV

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1

Pengenalan

39

4.2

Analisis Data

39

4.3

Analisis Latar Belakang Responden

40

4.4

Rumusan Latar Belakang Responden

44

4.5

Analisis Persoalan Kajian

45

BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

74

5.2

Rumusan Kajian

75

5.3

Perbincangan Dapatan Kajian

76

5.4

Kesimpulan

88

5.5

Cadangan-Cadangan

89

5.6

Cadangan Kajian Lanjutan

91

5.7

Penutup

92

BIBLIOGRAFI

93

LAMPIRAN

99

x

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

3.1

Taburan Skor Mengikut Skala Likert

3.2

Skala Penilaian Maklumbalas Bagi Soal

MUKA SURAT

34

Selidik Bahagian B, C dan D

37

4.1

Taburan Responden Mengikut Jantina

41

4.2

Taburan Responden Mengikut Bangsa

41

4.3

Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa/ Penjaga

4.4

Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa Sebulan

4.5

43

Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan Ibu

4.7

42

Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan Bapa.

4.6

42

43

Taburan Responden Mengikut Persekitaran Tempat Tinggal

44

4.8

Item 1

45

4.9

Item 2

46

4.10

Item 3

46

4.11

Item 4

47

4.12

Item 5

47

x 4.13

Item 6

48

4.14

Item 7

48

4.15

Item 8

49

4.16

Item 9

49

4.17

Item 10

50

4.18

Item 11

50

4.19

Item 12

51

4.20

Item 13

51

4.21

Item 14

52

4.22

Item 15

52

4.23

Item1-15: Taburan Responden Mengikut Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Ibu Bapa Pada Pendidikan Awal Dalam Membentuk Sahsiah Remaja

53

4.24

Item 16

55

4.25

Item 17

55

4.26

Item 18

56

4.27

Item 19

56

4.28

Item 20

57

4.29

Item 21

57

4.30

Item 22

58

4.31

Item 23

58

4.32

Item 24

59

4.33

Item 25

59

4.34

Item 26

60

4.35

Item 27

60

4.36

Item 28

61

4.37

Item 29

61

4.38

Item 30

62

4.39

Item 31

62

x 4.40

Item16-23: Taburan Responden Mengikut Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Gaya Asuhan Autokratik Pada Pendidikan Awal

4.41

63

Item 16-23: Responden Mengikut Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Gaya Asuhan Permisif /Liberal Pada Pendidikan Awal

4.42

65

Item 24-31: Taburan Responden Mengikut Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Gaya Asuhan Demokratik Pada Pendidikan Awal

66

4.43

Item 32

68

4.44

Item 33

68

4.45

Item 34

69

4.46

Item 35

69

4.47

Item 36

70

4.48

Item 37

70

4.49

Item 38

71

4.50

Item 39

71

4.51

Item 40

72

4.52

Item 32-40: Taburan Responden Mengikut Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Langkah-Langkah Mempertingkatkan Peranan Ibu Bapa Pada Pendidikan Awal.

72

x

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A

Borang Soal Selidik

99

B

Surat Kebenaran Fakulti

107

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Pendidikan awal merupakan aspek penting dalam pembentukan sahsiah individu. Sesuatu bangsa itu akan hancur sekiranya masyarakatnya berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat dari aspek sejarah, kegemilangan tamadun Islam yang dibina adalah bertunjangkan sahsiah yang mantap daripada umat terdahulu.

Menurut Suhana (2002) jika disingkap dari aspek pendidikan, peranan membentuk generasi berilmu dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan perlu diatur sejak kecil. Asuhan keluarga ditambah dengan asuhan guru merupakan proses membentuk diri seseorang individu.

Robiah K. Hamzah (2001) keluarga ialah unit sosial yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak. Ia merupakan satu-satunya institusi sosial selain agama yang terkandung secara formal dalam semua masyarakat. Konfusius percaya bahawa kebahagiaan dan kemakmuran akan tercapai apabila tiap-tiap orang berkelakuan yang sewajarnya sebagai anggota keluarga (Mohd. Rodzik Bon Mohd. Abdul, 1998).

2 Gaya asuhan keluarga merupakan antara faktor yang terpenting dalam membentuk personaliti remaja yang berwibawa (Abdullah Abdul Syukur, 1993). Peranan ibu bapa dalam usaha untuk meningkatkan potensi anak mereka boleh diwujudkan melalui konsep asuhan yang berkesan terutama pada pendidikan awal dan sahsiah si anak itu supaya ciri-ciri tingkahlaku yang ditunjukkan adalah sesuai dan baik dengan kehendak ibu bapa, keluarga, masyarakat, negara dan negara.

Dasar kependudukan baru negara menekankan kewujudan satu generasi yang sihat, dinamik, produktif serta mempunyai nilai-nilai hidup dan moral yang tinggi. Ibu bapalah mesti mempunyai pengetahuan tentang perkembangan anak-anak, strategi pendidikan, strategi asuhan dan strategi pengubahsuaian tingkahlaku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan sahsiah anak mereka sepertimana yang diharapkan.

Menurut Patmah Bustaman (1995) menjadi ibu bapa adalah pekerjaan yang amat sulit. Peranan ini harus dilaksanakan dengan menggunakan kebijaksanaan, ketekunan, pengalaman, pengetahuan dan ketabahan hati yang tinggi. Oleh itu sekiranya setiap anggota keluarga melaksanakan kewajipan terhadap keluarga dengan berkesan, nescaya keharmonian keluarga dapat dikekalkan.

1.2

Latar Belakang Masalah

Rancangan Malaysia ke Tujuh (1996 - 2000) mencatatkan bilangan remaja pada tahun 1995 ialah kira-kira 19.2 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Menjelang tahun 2020 dianggarkan bilangan ini akan bertambah kepada 20 juta orang. Kedudukan ini menjadikan golongan ini sebagai satu kumpulan penting di dalam menerajui masa depan negara. Mereka merupakan generasi penyambung dan penentu pembangunan negara. Golongan remaja mempunyai

3 tanggungjawab dan peranan yang amat penting di dalam penerusan dan pengekalan institusi-institusi dan sistem-sistem kemasyarakatan negara. Pendek kata, untuk merealisasikan Wawasan 2020, remaja merupakan generasi penyambung dan penentu pembangunan negara.

Mutakhir ini, masalah moral dan disiplin di kalangan remaja dan pelajar sekolah kembali hangat diperkatakan. Walaupun dianggap isu basi dan “ketinggalan zaman,” namun ia sebenarnya sudah berada di tahap membimbangkan.

Penagihan dadah, bohsia, merompak, penipuan, merokok, rasuah, buli atau budaya samseng, seakan penyakit “keturunan” di dalam masyarakat. Kerahan tenaga seperti diwawarkan mungkin dapat membantu membasmi atau mengurangkan gejala sosial ini. Begitu juga di kalangan masyarakat. Sikap saling tegur menegur juga mungkin boleh membantu. Misalnya jika ada yang melepak di pusat beli belah, Dataran Merdeka dan sebagainya. Jika semua masyarakat mengambil peranan menegur, mungkin lama-kelamaan mereka remaja ini akan menjadi bosan dan tidak lagi berada di tempat-tempat sedemikian.

Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada masalah-masalah remaja masa kini. Faktor-faktor tersebut boleh berupa masalah ekonomi, sosial, pergaulan, media masa, keluarga dan pendidikan. Pengabaian ibu bapa terhadap anak-anak pada hari ini antara salah satu faktor yang mengundang malapetaka ini. Tidak dapat dinafikan peranan institusi keluarga berperanan besar dalam menanam nilai-nilai murni masyarakat terutamanya generasi muda. Golongan muda khususnya remaja mempunyai persepsi dan jangkaan sosial yang objektif, subjektif dan nilai sahsiah yang bersifat dua hala. Ibu bapa harus menjadi tonggak kepercayaan mereka untuk membentuk sahsiah diri yang bertepatan dengan agama dan adat. Ibu bapa sebenarnya menjadi teladan kepada anak-anak. Rasulullah bersabda:

... ‫ﻛﻞ ﻣﻮﻟﻮﺩ ﻳﻮﻟﺪ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻔﻄﺮﺓ ﻓﺄﺑﻮﺍﻩ ﻳﻬﻮﺩﺍﻧﻪ ﺃﻭ ﻳﻨﺼﺮﺍﻧﻪ ﺃﻭ ﳝﺠﺴﺎﻧﻪ‬

4 “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang manjadikan dia seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Imam Ahmad, Jilid 2: 275)

Kurangnya perhatian dan kasih-sayang dari para keluarga juga memainkan peranan penting di dalam menyumbang kepada salah-laku dikalangan para remaja ini. Di tahap umur begini, mereka amat terdedah kepada pelbagai krisis identiti dan budaya yang melingkungi persekitaran mereka. Oleh itu, bimbingan dan pedoman terutama pada pendidikan awal adalah elemen terpenting untuk mensosialisasikan mereka agar menjadi generasi transisi yang berguna.

Pembentukan remaja yang bersikap positif, dinamik dan kreatif bergantung kepada faktor dalaman dan luaran termasuk peranan institusi kekeluargaan. Gaya asuhan yang betul dalam membentuk sahsiah merupakan satu cabaran yang timbul dalam proses perkembangan melalui pendidikan awal yang disediakan oleh sesebuah keluarga walaupun tidak dapat dinafikan bahawa membesarkan dan mengasuh anakanak bukanlah satu tugas dan tanggungjawab mudah atau boleh diambil ringan sahaja. Namun di sini ibu bapalah merupakan orang yang utama dalam keluarga yang akan memberi kesan mendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial seseorang individu.

Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membentuk sahsiah remaja kerana bentuk yang kukuh dan baik tidak akan menjejaskan peribadi remaja yang dibina seumur hidup. Peranan orang dewasa khususnya ibu bapa dianggap paling penting kerana peribadi yang dibentuk pada zaman kanak-kanak memberi kesan kepada pembentukan sahsiah pada zaman remaja. Peranan ibu bapa dalam memberi bentuk asuhan yang baik akan secara tidak langsung mempengaruhi pembentukan personaliti yang baik (Singgih, 1982).

5 Memang tidak dapat dinafikan bahawa permulaan pembentukan individu bermula sejak kanak-kanak lagi. Kesemua tokoh-tokoh dari teori-teori psikologi seperti Teori Psikoanalisis, Pemusatan Klien, Terapi Gestalt, Psikologi Individu Adler Terapi atau Analisis Perlakuan mengatakan bahawa permulaan atau peringkat awal kehidupan kanak-kanak adalah penting untuk sahsiah mereka seterusnya.

Peningkatan gejala-gejala sosial yang terjadi pasti mempunyai sebab dan faktornya. Antaranya disebabkan faktor persekitaran, urbanisasi, pendidikan media masa, kemiskinan, perbezaan ekonomi, kemiskinan, pendidikan yang tidak sempurna dan peranan yang dimainkan ibu bapa. Memandangkan remaja harus menyahut cabaran dan menjadi penentu kepada masa depan negara, satu jalan penyelesaian perlu dicari. Penyelidik merasakan peranan ibu bapa merupakan faktor yang paling utama menyumbang ke arah gejala sosial memandangkan pembentukan seseorang anak itu bermula di rumah. Bak kata pepatah Melayu melentur buluh biar dari rebungnya. Ini turut disokong Alili Hanim Hashim (2004) yang menyatakan faktor ibu bapa juga perlu dilihat sebagai penyumbang kepada peningkatan gejala sosial di kalangan remaja. Oleh itu satu kajian permulaan perlu dijalankan untuk melihat persepsi pelajar terhadap peranan ibu bapa pada pendidikan awal dari segi pelaksanaan dan gaya asuhan pendidikan awal bagi membentuk sahsiah remaja. Tanpa remaja menjadi tiang yang kukuh sudah tentu harapan Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 hanya akan menjadi impian kosong sahaja. Mudah-mudahan dengan kajian ini akan terjawab pertanyaan apakah peranan dan bagaimanakah ia dilaksanakan dan apakah langkah-langkah bagi mempertingkatkan peranan ibu bapa.

6 1.3

Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada besarnya pengaruh ibu bapa dalam peranan mereka mendidik dan mengasuh sahsiah remaja, maka penyelidik akan menjalankan satu kajian permulaan untuk melihat Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Ibu Bapa Pada Pendidikan Awal Dalam Membentuk Sahsiah Remaja: Satu Kajian Di Kalangan Pelajar Tahun Empat Di Fakulti Pendidikan UTM.

1.4

Objektif Kajian

Dalam kajian yang dijalankan ini, terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai iaitu: 1.4.1 Untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap peranan ibu bapa pada pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja. 1.4.2

Untuk mengetahui persepsi mereka terhadap gaya asuhan yang dilakukan ibu bapa pada pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja.

1.4.3 Untuk mengetahui langkah-langkah mempertingkatkan peranan ibu bapa dalam pendidikan awal bagi membentuk sahsiah remaja

7 1.5

Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti: 1.5.1

Apakah persepsi pelajar terhadap peranan ibu bapa pada pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja?

1.5.2

Apakah persepsi mereka terhadap gaya asuhan yang dilakukan ibu bapa pada pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja?

1.5.3

Apakah langkah-langkah untuk mempertingkatkan peranan ibu bapa pada pendidikan awal dalam membentuk sahsiah remaja?

1.6

Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi suatu pengetahuan yang amat berguna bukan sahaja kepada para ibu bapa tetapi juga setiap individu, pengasuh dan pendidik yang terlibat dalam mendidik anak bangsa terutamanya di peringkat awal pendidikan. Tambahan pula dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu guruguru kaunselor dan pentadbir sekolah untuk menyelami perlakuan remaja dan pelajar supaya bantuan dan bimbingan yang bersesuaian dan sewajarnya dapat disalurkan sejajar dengan proses sosialisasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Seterusnya PIBG boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk menyebarkan maklumat yang berkaitan dan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya peranan dan bentuk asuhan yang bersesuaian dalam membentuk sahsiah yang positif. Selain daripada itu pengkaji-pengkaji lain juga diharapkan