FARIDAH BINTI MOHAMAD

PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN SENARIO BAGI TAJUK PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN C...
Author: Cori Park
6 downloads 2 Views 327KB Size
PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN SENARIO BAGI TAJUK PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM

FARIDAH BINTI MOHAMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN SENARIO BAGI TAJUK PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM

SESI PENGAJIAN : Saya :

2007 / 2008

FARIDAH BINTI MOHAMAD (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan (9 ) SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) 9

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 2669 JALAN TELAGABATU SEBERANG MARANG 21600, MARANG TERENGGANU Tarikh : 02 MEI 2008

_______________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) PUAN NORASYKIN BT MOHD ZAID (NAMA PENYELIA)

Tarikh : 02 MEI 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)”.

Tandatangan

: _____________________________

Nama Penyelia

: PN. NORASYKIN BT MOHD ZAID

Tarikh

: 02 MEI 2008

i

PEMBANGUNAN MODUL MULTIMEDIA INTERAKTIF MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN SENARIO BAGI TAJUK PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM.

FARIDAH BINTI MOHAMAD

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan

: _______________________________

Nama Penulis

: FARIDAH BINTI MOHAMAD

Tarikh

: 02 MEI 2008

iii

Buat yang teristimewa, Ayahanda yang dikasihi Mohamad bin Embong Bonda yang disayangi Yahana bt Othman Abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik yang diingati Roslan, Suhaimi, Marlina, Liza, Asiah, Muhammad Yusof dan Muhammad Amirul Anak saudara yang disayangi Ahmad Asyraf, Ariesya Saffiyah, Ammar Aqashah, Afiq Aqashah dan Irfan Mukhriz Yang banyak membantu Mohd Rashidi Ahmad dan rakan-rakan seperjuangan Segala pengorbanan kalian sumber inspirasi bagiku untuk meneruskan perjuangan. Kejayaan ini adalah hadiah buat kalian. Sekian, terima kasih.

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya projek yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini, pembangun ingin merakamkan sejuta penghargaan ikhlas buat penyelia projek, Pn. Norasykin binti Mohd Zaid yang telah banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh pembangunan ini dijalankan.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa tersayang dan juga adik beradik yang sentiasa memberi sokongan dan semangat bagi membangunkan Projek Sarjan Muda ini.

Akhir sekali, pembangun ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Penggunaan teknologi multimedia pada masa kini telah menjadi suatu keperluan dalam usaha membangun dan memperkembangkan bidang pendidikan. Sehubungan

itu,

pembangunan

modul

multimedia

interaktif

bagi

kursus

Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM dihasilkan dengan kombinasi beberapa eleman multimedia seperti penggunaan teks, grafik, audio dan animasi. Selain itu, pembangunan modul pembelajaran ini dapat membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Model rekabentuk pengajaran ADDIE telah digunakan sebagai panduan dalam merekabentuk modul pembelajaran ini. Modul ini mengaplikasikan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Senario (Scenario Based Learning) dan menggunakan teori konstriktivisme bagi menjana pemahaman serta pemikiran pelajar dalam tajuk tersebut. Modul ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Authoware 7.0 sebagai platform pembangunan, di samping penggunaan perisian Macromedia Flash MX 2004, Adobe Photoshop CS dan Sound Forge 7.0, sebagai perisian sokongan bagi menghasilkan modul pembelajaran yang lebih menarik. Dengan terhasilnya modul multimedia interaktif ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dan secara tidak langsung menambahkan koleksi bahan rujukan yang diterbitkan oleh Fakulti

vi

ABSTRACT

The use of multimedia technology nowadays has become an essential with the aim to develop and expand our education field. In conjunction with that, the development of an interactive multimedia module for Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM course was done with the combination of interactive multimedia elements such as text, graphic, audio and animation. This interactive module can assist and ease the teaching and learning process. Apart from that, ADDIE instructional design model has been used as a guideline in constructing this interactive learning module. This module also implements Scenario Based Learning approach and constructivism theory in order to generate a fine comprehension and clear thoughts among students in the topic. This interactive module has been developed using Macromedia Authorware 7.0 as a development platform, together with the usage of other supporting software namely Macromedia Flash MX 2004, Adobe Photoshop CS and Sound Forge 7.0 in order to produce an attractive module. This module will be beneficial for both students and faculty. For instance, it would be help in increasing student’s achievement n provide supplementary learning materials.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI RAJAH

xii

SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN

BAB 1

80

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

3

1.3

Pernyataan Masalah

5

1.4

Objektif Projek

5

1.5

Rasional Pemilihan Tajuk

6

1.6

Kepentingan Projek

7

1.6.1 Pelajar

7

1.6.2 Pensyarah

7

viii 1.6.3

8

1.7

Skop Projek

8

1.8

Definisi Istilah

8

1.8.1 Modul

9

1.8.2

9

1.9

BAB 2

Fakulti

Multimedia

1.8.3 Pengajaran

10

1.8.4 Pembelajaran

10

1.8.5

Interaktif

10

1.8.6 CD-ROM

11

Penutup

12

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

13

2.2

Modul

14

2.2.1

Prinsip-Prinsip Modul

16

2.3

Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

16

2.4

Keberkesanan PBK Dalam Pendidikan

18

2.5

Strategi Pengajaran dalam Perisian Multimedia

19

2.5.1

19

2.6

Latih Tubi

2.5.2 Tutorial

20

2.5.3

Simulasi

20

2.5.4

Permainan

20

2.5.5 Penyelesaian Masalah

21

Teori Pembelajaran

21

2.6.1

Teori Konstruktivisme

22

2.6.2

Implikasi Teori Konstruktivisme dalam P&P

23

2.7

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Senario

26

2.8

Multimedia

29

2.8.1

30

Teks

2.8.2 Grafik

30

2.8.3

Video

30

2.8.4 Audio

31

ix

BAB 3

2.8.5

Animasi

31

2.8.6

Hypermedia

31

2.9

Penggunan Multimedia dalam Pendidikan

32

2.10

Kelebihan Multimedia Dalam Pendidikan

32

2.11

Proses Pembangunan Modul Interaktif

33

2.12

Penutup

36

REKABENTUK PERISIAN

3.1

Pengenalan

37

3.2

Model ADDIE

38

3.2.1

Fasa Analisis

38

3.2.1.1 Analisis Terhadap Pengguna

39

3.2.1.2 Pemilihan Skop dan Tajuk

39

3.2.1.3 Analisis Terhadap Persekitaran Pembelajaran 3.2.2

3.2.3

3.3

39

Fasa Rekabentuk

40

3.2.2.1 Objektif Pengajaran

40

3.2.2.2 Pemilihan Strategi Pengajaran

41

Fasa Pembangunan

41

3.2.4 Fasa Perlaksanaan

42

3.2.5

43

Fasa Penilaian

Pemilihan Perisian

43

3.3.1

Perisian Pengarangan

43

3.3.2

Perisian Sokongan

44

3.3.2.1 Adobe Photoshop CS

45

3.3.2.2 Sound Forge 7.0

45

3.3.2.3 Macromedia Flash MX 2004

45

3.4

Carta Alir Perisian

46

3.5

Penutup

48

x BAB 4

HASIL REKABENTUK PERISIAN

4.1

Pengenalan

49

4.2

Pakej dan Cara Penggunaan Modul Multimedia

49

4.3

Struktur Asas dan Kandungan Modul Multimedia

50

4.4

Ikon Permulaan

51

4.5

Permulaan Modul Multimedia

51

4.6

Menu Utama (menu)

53

4.6.1

54

4.7

4.8

Sepintas Lalu

4.6.2 Model Rekabentuk Instruksi (senario 1)

55

4.6.3

59

Pengurusan Projek Multimedia (senario 2)

4.6.4 Glosari

61

4.6.5

Latihan

62

4.6.6

Bantuan

63

4.6.7 Kredit

64

4.6.8 Keluar

66

Ciri-ciri multimedia Dalam Modul Multimedia

66

4.7.1

Teks

67

4.7.2

Warna

67

4.7.3 Grafik

67

4.7.4

Animasi

68

4.7.5

Audio

68

Penutup

69

xi BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1

Pengenalan

70

5.2

Rumusan Perisian

70

5.3

Masalah-Masalah yang Dihadapi Semasa Proses Pembangunan Perisian

71

5.3.1

72

Pemilihan Strategi

5.3.2 Menghasilkan Rekabentuk Yang Sesuai 5.3.3

72

Mengintergrasikan Elemen Multimedia Dengan Lebih Efektif

72

5.4

Kelebihan Perisian

73

5.5

Kelemahan Perisian

74

5.6

Cadangan

74

5.7

Kesimpulan

75

5.8

Penutup

76

RUJUKAN

77

xii

SENARAI RAJAH

No. Rajah

Tajuk

Muka

Surat

2.1

Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE

34

3.1

Carta Alir Perisian – Menu Utama

47

4.1

Antaramuka Montaj Intro (i)

52

4.2

Antaramuka Montaj Intro (ii)

53

4.3

Antaramuka Antaramuka Paparan Menu Utama

54

4.4

Antaramuka Antaramuka Paparan Sepintas Lalu

55

4.5

Antaramuka Paparan Senario 1 (Model Rekabentuk Instruksi)

56

4.6

Antaramuka Senario 1- Perpustakaan

56

4.7

Antaramuka Senario 1 – E-learning

57

4.8

Antaramuka Senario 1 – Internet

57

4.9

Antaramuka Senario 1- Pensyarah

58

4.10

Antaramuka Senario 1- Kawan

58

4.11

Antaramuka Paparan Senario 2

59

4.12

Antaramuka Senario 2-Paparan Dialog

60

4.13

Antaramuka Senario 2-Paparan Dialog - Paparan Konsep Projek

60

4.14

Antaramuka Paparan Glosari

61

4.15

Antaramuka Paparan Latihan

62

4.16

Antaramuka Paparan Latihan – Soalan 1

63

4.17

Antaramuka Paparan Bantuan

64

4.18

Antaramuka Paparan Kredit (i)

65

4.19

Antaramuka Paparan Kredit (ii)

65

xiii 4.20

Antaramuka Paparan Keluar

66

xiv

SENARAI SINGKATAN

ABM

Alat bantu mengajar

CD

Cakera padat (Compact Disc)

CD-ROM

Compact Dics-Read Only Memory

FP

Fakulti Pendidikan

IT

Information Technology

KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia

MSC

Multimedia Super Coridor

PBK

Pengajaran Berbantukan Komputer

P&P

Pengajaran dan Pembelajaran

SBL

Scenario Based Learning

UTM

Universiti Teknologi Malaysia

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pendidikan di negara kita merupakan satu bidang yang sangat dititik beratkan oleh kerajaan. Mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, kementerian telah memperuntukkan sejumlah wang bagi program pendidikan untuk menjayakan beberapa teras pembaharuan dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu salah satunya membangunkan modal insan negara. Modal insan yang berkualiti merupakan elemen kritikal bagi mencapai misi nasional negara serta melahirkan warganegara yang produktif, mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dan bertanggungjawab selaras dengan wawasan negara. Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek serta memiliki sikap, nilai dan etika positif melalui pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Proses pengajaran dan pembelajaran telah bermula sejak kita lahir tanpa kita sedari. Proses tersebut sentiasa berjalan secara formal atau tidak formal di mana sahaja. Falsafah pendidikan kebangsaan menyatakan:

’pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

2 dari segi intelek, rohani, emosi jasmani dan sahsiah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan’. (Falsafah Pendidikan)

Ini adalah bertujuan melahirkan generasi bijak pandai yang akan menerajui negara merentas dunia global dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang teguh, maju dan bersatu padu walaupun terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang harus dihadapi.

Bagi merealisasikan pernyataan tersebut, semua pihak harus bekerjasama menyumbang tenaga bagi menghasilkan produktiviti yang cemerlang. Usaha menjamin kualiti pendidikan di negara kita bukan semata-mata merupakan tugas individu atau jabatan tertentu, tetapi ia merupakan tugas ahli masyarakat. Ini selaras dengan teras keenam di dalam pelan induk pembangunan pendidikan iaitu meningkatkan kecemerlangan institusi pendidikan negara. Salah satu usaha yang dilakukan ialah dengan menyediakan bahan pembelajaran yang bermutu dan berkesan. Bahan pembelajaran yang bermutu akan memberi kesan yang besar dalam sistem pendidikan negara. Ini kerana, ia mampu menarik minat pelajar untuk terus belajar serta meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Salah satu bahan pembelajaran yang dianggap bermutu dan berkesan ialah modul interaktif berasaskan multimedia. Modul telah diterima pakai oleh masyarakat sejak dahulu lagi. Menurut Sidek Mohd Naoh et al. (2005), modul ialah satu unit pengajaran dan pembelajaran yang membincangkan sesuatu tajuk tertentu secara sistematik dan berturutan bagi memudahkan pelajar belajar secara bersendirian bagi menguasai sesuatu unit pembelajaran dengan mudah dan tepat. Namun ia sering mendapat saingan dari media elektronik selaras dengan ledakan teknologi maklumat masa kini.

Oleh itu, jika modul dihasilkan berasaskan multimedia, ia mungkin akan memberi impak yang positif kepada pelajar dan pengguna. Multimedia merupakan

3 sesuatu yang dinamik maka apabila ianya diserap ke dalam bidang pendidikan maka lahirlah satu konsep yang dinamakan edutaiment (education + entertainment) (Jamalludin, 2000). Maka lahirlah banyak aplikasi multimedia yang bercorak edutainment terutamanya bagi pelajar-pelajar muda dan remaja.

Pendekatan pembelajaran berasaskan multimedia mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran baru yang lebih menarik (Jamalludin, 2000). Para pelajar boleh belajar mengikut kesesuaian masa serta dapat menikmati keseronokan menerokai pembelajaran dan memperkembangkan pengetahuan sedia ada. Di samping meningkatkan minat terhadap kemahiran, ia juga mampu mencungkil daya kreativiti dan inovasi mereka dengan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari untuk menghasilkan teknologi baru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan.

1.2

Latar Belakang Masalah

Setiap program di bawah kendalian Jabatan Multimedia dan Jabatan Sains Sosial perlu mendaftar kursus Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CDROM dengan kod SPM 4332. Kursus ini adalah bertujuan memberi pengalaman kepada pelajar membangunkan perisian multimedia pendidikan bagi satu tajuk dalam mana-mana mata pelajaran di sekolah. Pembangunan tersebut adalah berasaskan kepada gabungan teori dan kemahiran yang telah dikembangkan dalam kursus-kursus terdahulu. Namun, kursus ini masih tidak mempunyai modul khusus untuk dijadikan modul P&P dan bahan rujukan elektronik. Keadaan ini mendatangkan banyak masalah kepada pelajar.

Terdapat banyak bahan rujukan yang berkaitan dijual dipasaran hari ini. Namun yang menjadi masalah para pelajar ialah buku rujukan tersebut tidak disekelompokkan mengikut kursus SPM 4332 yang digariskan oleh Jabatan Multimedia Fakulti Pendidikan. Keadaan ini mengakibatkan pelajar terpaksa merujuk kepada bilangan rujukan yang banyak dan kadang kala tidak mendapat

4 sumber rujukan yang bertepatan. Secara tidak langsung, pelajar juga menjadi tidak yakin apabila hendak membuat tugasan dan terutama sekali apabila hendak membuat persediaan mengulangkaji bagi peperiksaan. Dengan terhasilnya modul multimedia interaktif bagi matapelajaran Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CDROM dapat memberikan pelajar bahan rujukan yang berkualiti serta kandungan yang menepati silibus.

Kebanyakan bahan rujukan yang terdapat di pasaran tidak mempunyai kepelbagaian bentuk dan hanya berunsurkan teks semata-mata, namun pelajar mempunyai pelbagai cara untuk belajar. Oleh kerana bahan rujukan dalam bentuk CD-ROM kurang atau tidak terdapat di pasaran, pelajar perlu membawa bahan rujukan yang agak berat tersebut apabila menghadiri kuliah atau membuat tugasan berkumpulan. Penghasilan modul multimedia interaktif ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar kerana ia merupakan bahan rujukan yang sangat fleksibel.

Selain itu, bahan rujukan tersebut kurang menarik kerana menyampaikan isi pembelajaran secara teks linear. Ini secara tidak langsung mengakibatkan pembelajaran menjadi tidak menarik dan tidak menyeronokkan. Pembelajaran juga lebih berpusat kepada peperiksaan bukannya untuk pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, bahan pembelajaran yang menerapkan unsur atau elemen multimedia perlu bagi menarik minat pelajar. Menurut Mohd Bilal Ali et al. (2002), kebanyakan penyelidikan telah membuktikan bahawa pengajaran berbantukan komputer yang dirancang dengan teliti mampu mempertingkatkan pengetahuan dan mengubah sikap pelajar.

Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, pembangun ingin membangunkan satu modul multimedia interaktif bagi kursus ini dalam bentuk CD-ROM. Modul ini mengandungi elemen multimedia bagi menarik minat pelajar untuk belajar secara seronok dan berkesan. Selain menjanjikan keseronokan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, multimedia juga memudahkan banyak proses penyaluran ilmu (Jamalludin, 2000). Ini terutamanya bagi program-program pendidikan jarak jauh atau separuh masa yang mana pelajar dan pendidik tidak dapat bertemu secara bersemuka sepanjang masa.

5 1.3

Pernyataan Masalah

Memandangkan masih tidak terdapat modul khusus untuk kursus SPM 4332, maka wajar bagi saya menyediakan sebuah modul khusus bagi kursus ini. Tajuk yang dipilih

untuk

penghasilan

modul

ini

Menggunakan

Pendekatan

Pembelajaran

ialah

Modul

Berasaskan

Multimedia senario

Interaktif

Bagi

Tajuk

Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan . Penghasilan modul multimedia ini adalah bertujuan untuk beberapa mengatasi masalah berikut :

i.

ketiadaan modul khusus untuk kursus SPM 4332

ii.

tiada kepelbagaian dalam penyediaan bahan rujukan sedangkan pelajar mempunyai pelbagai cara untuk belajar

Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar yang mengambil kursus SPM 4332. Gangguan-gangguan tersebut boleh mengakibatkan proses P&P menjadi tidak berkesan. Dengan terhasilnya Modul Multimedia Interaktif Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM boleh mengurangkan beberapa masalah yang dihadapi oleh para pelajar yang mendaftar matapelajaran ini. Maklumat seperti isi pelajaran mudah disampaikan dan difahami kerana modul ini mengikut silibus yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan efektif kerana modul pembelajaran yang dihasilkan adalah lebih menarik berbanding buku rujukan bercetak yang berbentuk teks linear.

1.4

Objektif Projek

Pembangunan projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah modul pembelajaran interaktif berasaskan multimedia untuk kegunaan para pelajar dan pensyarah bagi kursus Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan CD-ROM (SPM 4332). Objektif projek ini ialah:

6 i.

membangunkan modul multimedia interaktif berdasarkan pendekatan Scenario Based Learning.

ii.

menghasilkan

modul

pengajaran

dan

pembelajaran

dengan

menggabungkan elemen-elemen multimedia mengikut huraian sukatan pelajaran Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan, UTM.

1.5

Rasional Pemilihan Tajuk

Pembangun memilih 3 tajuk pertama bagi kursus pembangunan berasaskan CD-ROM kerana ia merupakan subtajuk yang penting. Pelajar yang mendaftar kursus ini perlu memahami 3 subtajuk pertama sebelum melangkah ke subtajuk seterusnya. Subtajuk ini merupakan pendahuluan atau pengenalan kepada sesuatu pembangunan perisian multimedia berasaskan CD-ROM.

PBK memudahkan para pelajar belajar di mana sahaja serta dapat memudahkan proses pembelajaran para pelajar. Perisian multimedia yang berasaskan pendekatan SBL merupakan sesuatu yang positif dalam perkembangan pendidikan terkini di negara kita. Hal ini menunjukkan bahawa pendekatan SBL ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang efektif dan berkesan untuk dipraktikkan, bukan sahaja di peringkat sekolah, malahan di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, perisian multimedia yang mengandungi gambar, grafik, animasi, audio dan video turut membantu pelajar memahami dan mengingati apa yang dipelajari dengan lebih baik. Modul pembelajaran ini juga membantu pelajar dari segi membuat persediaan awal atau pra bacaan sebelum mengikuti waktu kuliah yang sebenar. Ini membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah dengan adanya sumber bacaan awal.

Suggest Documents