TAHAP PENGUASAAN TOPIK `LINES AND ANGLES` DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN MATEMATIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN TOPIK `LINES AND ANGLES` DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN MATEMATIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SITI HAJAR BINTI RAMZAN UNIVE...
Author: Mildred Brooks
0 downloads 3 Views 308KB Size
TAHAP PENGUASAAN TOPIK `LINES AND ANGLES` DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN MATEMATIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SITI HAJAR BINTI RAMZAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS‹ JUDUL: TAHAP PENGUASAAN TOPIK `LINES AND ANGLES` DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN MATEMATIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 SAYA:

SITI HAJAR BINTI RAMZAN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut : 1. 2. 3. 4.

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan (3) SULIT

TERHAD

3

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: POS 26, KM. 3, PRT. KEROMA, JLN. TEMENGGONG AHMAD, 84000 MUAR, JOHOR. TARIKH:

_________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

TUAN. HJ MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN Nama Penyelia TARIKH:

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ‹

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

TAHAP PENGUASAAN TOPIK `LINES AND ANGLES` DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN MATEMATIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SITI HAJAR BINTI RAMZAN

Tesis ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (MATEMATIK)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik).”

Tandatangan:

Nama Penyelia : TN HJ. MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDIN

Tarikh:

iii

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan petikan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan:

Nama Penulis: SITI HAJAR BINTI RAMZAN

Tarikh :

iv

DEDIKASI

Teristimewa buat mak dan abah, Encik Ramzan Bin Taib dan Puan Puziah Bte Ismail, Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi dorongan dan sokongan sejak kaki ini mula melangkah ke alam persekolahan sehinggalah sekarang… sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi… Buat semua ahli keluarga, Terima kasih di atas segalanya… Buat teman, Rakan-rakan seperjuangan…Nurul Huda, Norwahida, Jacinta, Natasha dan Hasriani Pengorbanan anda adalah besar sepanjang penulisan dan ketika menjalani kehidupanku di UTM ini... Dan kepada semua rakan dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung... Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T...

v

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan hidayahNya, penulisan ini dapat disiapkan akhirnya. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Rasulullah S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Setinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada Tuan Hj. Meor Ibrahim Bin Kamarudin yang telah banyak memberi tunjuk ajar, menasihat, menyemak, memberi cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu sepanjang tempoh projek ini dijalankan.

Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak menyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. Tidak lupa juga kepada para pelajar pendidikan Matematik tahun empat di Universiti Teknologi Malaysia, terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi dorongan, sokongan dan kekuatan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Dengan kerjasama semua, maka kajian ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik kalian.

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti corak kesilapan pelajar dalam pembelajaran topik `Lines and Angles` Tingkatan Satu dan Tiga. Antara aspek kemahiran dan konsep dalam topik `Lines and Angles` dikaji terdiri daripada mendefinisi sudut, mengenalpasti jenis-jenis sudut, mengenalpasti jenis-jenis garisan, sudut pada garis lurus, sudut pada satu titik dan penyelesaian soalan masalah. Kajian telah dijalankan ke atas 59 responden yang terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Matematik(Kimia)-4SPM dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Matematik(Komputer)-4SPT tahun empat di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and Angles` yang terdiri daripada 19 item merangkumi semua aspek yang dikaji menjadi instrumen untuk mengumpulkan data. Data dikumpulkan dan dianalisis secara kualitatif serta pemerhatian dijalankan terhadap corak kesilapan yang dilakukan oleh responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden menghadapi masalah dalam semua aspek kemahiran dan konsep dalam topik `Lines and Angles` dikaji. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, beberapa cadangan tindakan pemulihan dikemukakan. Antaranya ialah pembaikan proses penyampaian guru yang perlu memberi perhatian lebih kepada penanaman definisi istilah matematik dan menggilap tahap penguasaan Bahasa Inggeris responden.

vii

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the patterns of errors made by students in the topic of Lines and Angles. This study focused on defining the angles, identification of lines and angles, identification of angles on a straight line, identification of angles at a point and problems solving. 59 respondents from Bachelor of Science with Education (Mathematics-Chemistry) course, 4SPM and the Bachelor of Science with Education (Mathematics-Computer) course, 4SPT were chosen as the sample of this study. A set questionnaire consists of 19 items on all aspects above was used as the instrument of collecting the data. Data were collected and analyzed qualitatively. Patterns of errors made by the respondents were observed manually based on their solution. The finding of this study shows that the respondents face some difficulties in all aspects of Lines and Angles. Several ideas and suggestions were forwarded such as reconstructing the process of delivering the contents by focusing more on the definitions of mathematical terms and improve the English language of the respondents.

viii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

BAB 1

HALAMAN JUDUL

i

PENGESAHAN PENYELIA

ii

HALAMAN PENGAKUAN

iii

DEDIKASI

iv

PENGHARGAAN

v

ABSTRAK

vi

ABSTRACT

vii

KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI SINGKATAN

xiv

SENARAI LAMPIRAN

xv

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

3

1.3

Penyataan Masalah

5

1.4

Objektif Kajian

6

1.5

Persoalan Kajian

6

1.6

Kepentingan Kajian

7

1.7

Batasan Kajian

8

ix 1.8

1.9

BAB 2

Definisi Istilah

8

1.8.1

Diagnosis

9

1.8.2

Kesalahan Lazim

9

1.8.3 Mengenalpasti

9

1.8.4

10

`Lines and Angles`

1.8.5 Masalah

10

1.8.6

10

Konsep

Penutup

11

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

12

2.2

Konsep Tajuk `Lines and Angles`

13

Tingkatan Satu 2.3

Masalah Pembelajaran dalam Tajuk

17

`Lines and Angles`

BAB 3

2.4

Diagnostik Kesalahan Matematik

22

2.5

Penguasaan Bahasa Inggeris

26

2.6

Strategi Pemulihan dan Pengayaan

28

2.7

Penutup

32

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

33

3.2

Reka Bentuk Kajian

33

3.3

Kajian Rintis

34

3.4

Lokasi Kajian

35

3.5

Populasi dan Sampel Kajian

36

3.6

Instrumen Kajian

37

3.6.1

37

3.7

Soalan Ujian Diagnosis

Analisis Data

38

3.7.1

39

Analisis Soalan Ujian

x Diagnosis Matematik 3.7.1.1 Analisis Tahap

39

Kefahaman 3.7.1.2 Analisis

39

Kesalahan Lazim Yang Dilakukan 3.8

BAB 4

Penutup

41

ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1

Pengenalan

42

4.2

Analisis Data

43

4.2.1

43

Latar Belakang Responden

4.2.2

Tahap Penguasaan

44

Responden dalam Topik `Lines and Angles` 4.2.2.1 Aspek Simbol

47

Sudut 4.2.2.2 Aspek Definisi

48

Sudut 4.2.2.3 Aspek Unit Sudut

49

4.2.2.4 Aspek Melukis

50

Sudut 4.2.2.5 Aspek Jenis-jenis

52

Sudut 4.2.2.6 Aspek Jenis-jenis

58

Garisan 4.2.2.7 Aspek Sudut Pada

62

Garis Lurus 4.2.2.8 Aspek Sudut Pada Satu Titik

64

xi 4.2.2.9 Aspek Soalan

65

Penyelesaian Masalah 4.3

BAB 5

Penutup

71

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

72

5.2

Kesimpulan Dapatan

72

5.3

Implikasi Kajian

73

5.3.1

74

Masalah Pelajar Dalam Simbol, Definisi, Unit, dan Melukis Sudut.

5.3.2

Masalah Pelajar Dalam

74

Jenis-jenis Sudut 5.3.3

Masalah Pelajar Dalam

75

Jenis-jenis Garisan 5.3.4

Masalah Pelajar Dalam

76

Sudut Pada Garis Lurus 5.3.5

Masalah Pelajar Dalam

76

Sudut Pada Satu Titik 5.3.6

Masalah Pelajar Dalam

76

Soalan Penyelesaian Masalah 5.4

Cadangan

77

5.5

Cadangan Kajian Akan Datang

79

5.6

Penutup

80

RUJUKAN

81

LAMPIRAN

86

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1

Taburan sampel kajian mengikut kursus

36

3.2

Spesifikasi soalan Ujian Diagnosis

38

3.3

Jadual pengkelasan tahap penguasaan berdasarkan

39

skor markah betul 4.1

Pengkelasan latar belakang responden berdasarkan

43

jantina dan Gred PMR 4.2

Pengkelasan tahap penguasaan berdasarkan skor

44

betul 4.3

Analisis kesilapan secara keseluruhan

45

4.4

Analisis kesalahan lazim yang dilakukan

47

4.5

Contoh salah aplikasi bagi penamaan sudut

47

4.6

Analisis kesalahan lazim yang dilakukan

48

4.7

Contoh salah aplikasi bagi mendefinisi sudut

49

4.8

Analisis kesalahan lazim yang dilakukan

49

4.9

Contoh salah aplikasi bagi unit sudut

50

4.10

Analisis kesalahan lazim yang dilakukan

50

4.11

Contoh salah aplikasi bagi melukis sudut

51

4.12

Analisis kesalahan lazim yang dilakukan

52

4.13

Contoh salah aplikasi bagi jenis-jenis sudut

54

4.14

Analisis kesalahan lazim yang dilakukan

58

4.15

Contoh salah aplikasi bagi jenis-jenis garisan

60

4.16

Analisis kesalahan lazim yang dilakukan

62

xiii 4.17

Contoh salah aplikasi bagi sudut pada garis lurus

63

4.18

Analisis kesalahan lazim yang dilakukan

64

4.19

Contoh salah aplikasi bagi sudut pada satu titik

65

4.20

Analisis kesalahan lazim yang dilakukan

65

4.21

Contoh salah aplikasi bagi soalan penyelesaian

67

masalah

xiv

SENARAI SINGKATAN

KBSM

-

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR

Kurikulumm Bersepadu Sekolah Rendah

PPK

Pusat Perkembangan Kurikulum

KPM

-

Kementerian Pelajaran Malaysia

ICT

-

Information Centre Technology

PMR

-

Penilaian Menengah Rendah

SMK

-

Sekolah Menengah Kebangsaan

SPT

-

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (MatematikKomputer)

SPM

-

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (MatematikKimia)

SPC

-

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (KimiaMatematik)

UTM

-

Universiti Teknologi Malaysia

KP

-

Kesilapan pemahaman

KM

-

Kesilapan tafsir maklumat

KF

-

Miskonsepsi fakta

KT

-

Kesilapan transformasi

KC

-

Kesilapan cuai

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A

Set Soalan Ujian Diagnosis

86

B

Borang Pengesahan Ujian Diagnosis

98

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Falsafah Pendidikan Kebangsaan).

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan satu kurikulum matematik sekolah menengah digubal yang bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

2 Peranan matematik dalam kemajuan tamadun hari ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Aplikasi matematik ke dalam pelbagai bidang sains dan teknologi telah mendatangkan suatu pembaharuan dan perubahan yang besar kepada dunia. Matematik boleh dikatakan kunci kepada peluang pekerjaan dan kerjaya di mana kebolehan menyelesaikan masalah dalam matematik adalah mustahak sebagai asas pendemokrasian dalam era teknologi terkini (Mazlan, 2002). Yang terkini, pemilihan Dr. Sheikh Muzaffar Shah sebagai angkasawan Malaysia yang pertama merupakan satu contoh dimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah melahirkan satu generasi yang mampu membawa impak besar kepada negara. Ilmu matematik merupakan bidang yang luas dan meliputi semua aspek kehidupan. Tidak salah jika dikatakan bahawa kehidupan seharian manusia semuanya berkisarkan aplikasi matematik. Devis dan Hersh (1981, dalam Zaimas, 1999) menyatakan bahawa matematik gunaan secara automatik merentas disiplin ilmu yang lain. Matematik sentiasa diamalkan dalam setiap bidang kehidupan termasuklah sains semulajadi, sains sosial, perniagaan dan sebagainya.

Perkembangan

pembelajaran

matematik

adalah

meliputi

perolehan

pengetahuan tentang pembinaan idea, pemilihan konsep dan fakta, perlaksanaan prosedur, kemahiran mengira dan kemahiran menyelesaikan masalah. Pelajaran matematik merupakan pembelajaran yang menguji kecerdasan seseorang itu berfikir untuk menyelesaikan masalah dengan kepintaran yang dibantu oleh daya ingatan terhadap konsep, fakta dan prosedur dalam ilmu matematik. Selari dengan kemajuan sains dan teknologi, pelbagai alat canggih direka dan dicipta bagi menyelesaikan masalah matematik. Namun jika diletakkan alat canggih itu didepan mata berserta satu soalan matematik yang mudah, soalan matematik tersebut tidak akan dapat diselesaikan tanpa pemahaman konsep dan formula yang dikehendaki. Jelas dapat dilihat bahawa penggunaan alat elektronik hanya mampu memudahkan dan memendekkan cara pengiraan bagi mendapatkan jawapan. Mustahil bagi seseorang yang tidak mengenali formula matematik dapat menyelesaikan satu soalan matematik hanya menggunakan sebuah alat elektronik yang canggih.

3 Walaupun bagaimanapun, pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik tidak begitu menggalakkan (Mazlan, 2002). Persepsi pelajar terhadap matapelajaran matematik sebagai satu subjek yang sukar masih tidak dapat ditangani. Pelbagai perubahan dalam dunia pendidikan termasuklah dari segi corak pendekatan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, penggunaan teknologi komputer dan kalkulator, penerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, pembelajaran masteri dan perubahan bahasa Sains dan Matematik belum mampu mengikis persepsi pelajar terhadap matapelajaran matematik. Maka, disinilah tugas berat seorang pendidik dalam memastikan anak didiknya yang terdiri daripada pelbagai ragam menerima ilmu matematik yang disampaikan dengan jelas dan tepat disamping menerapkan pembelajaran sepanjang hayat.

1.2

Latar Belakang Masalah

Kandungan matematik KBSM merupakan satu kontinum daripada Tingkatan Satu hingga ke Tingkatan Lima yang diolah mengikut tiga bidang yang saling berkait iaitu Nombor, Bentuk dan Ruang, dan Perkaitan. Skop pengetahuan dan kemahiran bagi suatu tajuk disusun mengikut hierarki dan hubungkait di antara tajuk-tajuk. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum ini menegaskan pembinaan konsep dan penguasaan kemahiran dengan menyeluruh dan mengambil kira aspek penyelesaian masalah, penaakulan, komunikasi dalam matematik dan membuat perkaitan Sharifah Maimunah (2001, dalam Noraini, 2007).

Sukatan Pelajaran Tingkatan Satu untuk topik `Lines and Angles` ini terdiri daripada cara-cara melukis dan mengukur sudut, jenis-jenis sudut, sudut pada satu garis lurus, sudut pada satu titik, dan ciri-ciri garisan selari, garisan serenjang dan garisan bersilang. Kemahiran melukis dan mengukur sudut yang perlu dikuasai pelajar adalah hanya menggunakan pembaris dan protaktor. Manakala konsep asas yang perlu dikuasai dalam topik ini termasuklah empat jenis sudut dan julat setiap

4 sudut tersebut, ciri-ciri sudut yang terbentuk pada satu garis lurus dan pada satu titik, dan ciri-ciri sudut yang terbentuk daripada garisan selari, garisan serenjang dan garisan bersilang. Dalam sukatan pelajaran Tingkatan Tiga untuk topik `Lines and Angles` ini pula terdiri daripada ciri-ciri sudut yang terbentuk apabila satu garis melintang pada dua atau lebih garisan selari. Terdapat tiga jenis sudut iaitu sudut sejajar, sudut selang-seli, sudut bertentangan dan sudut pedalaman.

Lomas (1979, dalam Zaimas, 1999) menyatakan kebanyakan pelajar menggunakan masa yang lebih untuk menyelesaikan masalah matematik dibandingkan dengan matapelajaran lain. Terdapat tahap-tahap kesukaran tertentu yang menggagalkan proses penyelesaian masalah. Tahap-tahap kesukaran tersebut berhirarki dan bermula dari peringkat mengamati, memahami, mempelajari dan memproses maklumat matematik secara tersendiri (Malik, 1999).

Seringkali pelajar menghadapi masalah dengan soalan permasalahan matematik apabila melibatkan keupayaan pelajar mentafsir maklumat secara visual dan spatial. Pelajar tidak dapat mengaplikasikan maklumat daripada simbol-simbol matematik kepada bentuk ayat mudah, dan ini mengakibatkan kesilapan pelajar dalam memilih teorem dan formula yang tepat dalam menyelesaikan soalan tersebut. Penggunaan gambarajah yang banyak dalam topik `Lines and Angles` ini merupakan masalah pokok kepada pelajar dalam menyelesaikan soalan permasalahan. Penggunaan `Lines and Angles` tidak terhad dalam matapelajaran matematik sahaja malah juga dalam matapelajaran fizik, sains, biologi dan sebagainya. Kelemahan pelajar di peringkat awal akan menghalang pelajar menguasai peringkat kemahiran yang lebih tinggi. Kelemahan pembelajaran ini termasuklah kesilapan pengiraan sistematik, kesilapan pengiraan arithmetik atau kesilapan akibat kecuaian. Seterusnya, masalah ini akan menjejaskan prestasi pekerjaan pelajar pada masa akan datang yang akan bergelar seorang pendidik.

”Para pendidik seharusnya mengenalpasti punca-punca kemerosotan pencapaian sekolah kebangsaan dan harus bertindak untuk

5 mengatasinya. Mereka juga seharusnya sanggup menerima punca sebenar walaupun ia mendedahkan kesilapan yang lepas.” (Tun Dr. Mahathir Mohamad, The Star, 2 September 2001)

Memandangkan pelajar pendidikan matematik tahun empat di UTM merupakan pelajar tahun akhir yang bakal bergelar seorang pendidik, maka usahausaha pemulihan perlulah diambil bagi mengelakkan masalah ini berlanjutan dan mendatangkan kesukaran kepada pelajar semasa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.

1.3

Pernyataan Masalah

Matematik kini merupakan subjek penting di sekolah dan juga di pusat pengajian tinggi.

“ Matematik bukan saja satu mata pelajaran yang dipelajari di sekolah tetapi asasnya boleh diperkembangkan kepada bidang professional seperti perakaunan, pelaburan, perniagaan, dan keusahawanan.” ( Tun Dr. Mahathir Mohamad, Berita Harian, 20 Oktober 1998)

Tajuk `Lines and Angles` dalam sukatan pembelajaran matematik Tingkatan Satu dan Tiga merupakan antara pengetahuan asas dalam matematik yang sering diaplikasikan kepada beberapa matapelajaran lain. Kesukaran pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan konsep `Lines and Angles` seharusnya diberi perhatian agar para pelajar tidak menghadapi masalah dalam matapelajaran seterusnya. Pelbagai langkah pemulihan dan penggayaan perlulah diatur bagi mengelakkan prestasi pelajar menurun dan menyebabkan pelajar hilang minat

6 terhadap matapelajaran matematik. Maka kajian ini mengambil satu pendekatan diagnosis bagi mengenalpasti tahap penguasaan pelajar pendidikan matematik di UTM dalam tajuk `Lines and Angles`.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif iaitu:

a)

Menentukan tahap penguasaan konsep `Lines and Angles` pelajar pendidikan matematik di UTM.

b)

Mengenalpasti kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar pendidikan matematik di UTM dalam tajuk `Lines and Angles`.

1.5

Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan iaitu :

a)

Apakah tahap penguasaan pelajar pendidikan matematik di UTM dalam tajuk `Lines and Angles`?

b)

Apakah kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar pendidikan matematik di UTM dalam tajuk `Lines and Angles`?

7 1.6

Kepentingan Kajian

Cox (1975, dalam Shahrina, 2006) mendapati bahawa tanpa pengajaran pemulihan kesilapan sistematik akan berterusan bagi tempoh masa yang panjang. Beliau menyatakan bahawa 23.0% daripada pelajar-pelajar yang melakukan kesilapan sistematik akan terus melakukan kesilapan yang sama dan serupa pada masa-masa yang berikutnya.

Analisis pengagihan soalan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari tahun 2000 hingga 2007 menunjukkan bahawa terdapat soalan dari tajuk `Lines and Angles` dalam kertas Matematik Satu. Oleh yang demikian, soalan dari tajuk `Lines and Angles` menjadi soalan wajib bagi pelajar. Ini menunjukkan penekanan tajuk `Lines and Angles` adalah dititikberatkan dalam silibus Pembelajaran Matematik Menengah Rendah.

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan diagnosis bagi mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar dalam tajuk `Lines and Angles`. Kesalahan-kesalahan lazim dan langkah-langkah penyelesaian pelajar dianalisis untuk mengenalpasti masalah-masalah pelajar dalam tajuk `Lines and Angles` dan seterusnya mencadangkan beberapa langkah pemulihan dan penggayaan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Pendekatan pemulihan bertujuan membantu para pelajar yang mengalami masalah pembelajaran dan mendalami bidang kesukaran mereka. Manakala pendekatan pengayaan kebiasaannya dapat membantu pelajar yang mengalami masalah lambat faham atau lebih dikenali sebagai `slow learner`. Selain itu langkah pemulihan dan pengayaan ini membolehkan para guru mencuba pelbagai pendekatan baru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan kesilapan berulang yang dilakukan pelajar. Maklum balas dari kajian ini juga dapat mengenalpasti bagaimana seseorang pelajar itu mentafsirkan sesuatu masalah dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut.

8 Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat dalam bidang pendidikan terutamanya kepada bakal guru Matematik. Disebabkan kekangan masa, dapatan kajian ini hanya akan mengumpul maklumat tentang tahap penguasaan konsep `Lines and Angles` dalam kalangan pelajar pendidikan matematik tahun empat di UTM. Setelah usaha-usaha pemulihan dan pengayaan dilaksanakan, diharap prestasi bakalbakal guru dari UTM dapat ditingkatkan.

1.7

Batasan Kajian

Beberapa batasan kajian telah ditetapkan iaitu:

a)

Kajian ini hanya melibatkan para pelajar pendidikan matematik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai sahaja.

b)

Kajian

ini

melibatkan

ujian

diagnosis

untuk

mengenalpasti

kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar pendidikan matematik.

c)

Kesimpulan kajian ini tidak dapat mentafsirkan pemahaman para pelajar di Malaysia dan kejayaan kajian ini bergantung kepada kerjasama sampel yang dipilih dan pihak-pihak yang berkaitan.

1.8

Definisi Istilah

Kajian ini menumpukan beberapa definisi istilah bagi membolehkan kajian dijalankan dengan lebih tepat dan jelas.

9 1.8.1

Diagnosis

Kamus Dewan edisi ketiga (2003) mentakrifkan diagnosis sebagai perbuatan mengenalpasti sesuatu penyakit daripada tanda dan gejalanya. Dalam koteks pendidikan, diagnosis boleh dinyatakan sebagai usaha mencari alasan-alasan mengapa para pelajar melakukan kesilapan atau menghadapi kesukaran dengan meneliti serta mengenalpasti pola kesalahan yang mereka lakukan.

1.8.2

Kesalahan Lazim

Kesalahan lazim dalam konteks kajian ini bermaksud jenis-jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menjawab soalan-soalan dalam topik `Lines and Angles`.

1.8.3

Mengenalpasti

Mengenalpasti membawa maksud mengetahui atau mengecam dengan sebenar sehingga dapat menyatakan dengan pasti sesuatu perkara itu berdasarkan fakta-fakta atau statistik yang diperolehi.

10 1.8.4

`Lines and Angles`

`Lines and Angles` merupakan salah satu topik dalam sukatan pelajaran matematik Tingkatan Satu dan Tiga. Topik ini membincangkan cara-cara melukis dan mengukur sudut, jenis-jenis sudut, sudut pada garis lurus, sudut pada satu titik, ciri-ciri garisan selari, garisan serenjang dan garisan bersilang, dan ciri-ciri sudut sejajar, sudut selang-seli dan sudut dalaman.

1.8.5

Masalah

Masalah diklasifikasikan sebagai satu situasi sama ada bersifat kuantitatif atau sebaliknya yang dihadapi oleh pelajar atau sekumpulan pelajar yang memerlukan penyelesaian tetapi pelajar tersebut tidak mengetahui sebarang kaedah atau cara jelas untuk menghasilkanpenyelesaian tersebut.

1.8.6

Konsep

Konsep dalam kajian ini merujuk kepada kemahiran dan perkara-perkara asas dalam tajuk `Lines and Angles` yang perlu dikuasai oleh pelajar.

11 1.9

Penutup

Oleh kerana pelajar pendidikan matematik tahun empat di UTM merupakan pelajar tahun akhir dan bakal bergelar seoarang pendidik, maka masalah penguasaan isi matapelajaran dalam tajuk `Lines and Angles` ini perlulah dititikberatkan. Melalui kajian ini tahap penguasaan pelajar pendidikan matematik tahun empat di UTM dalam tajuk `Lines and Angles` dapat dikenalpasti.

Sehubungan

dengan

itu,

hasil

kajian

ini

akan

digunakan

dalam

mengemukakan beberapa langkah pemulihan dan penyelesaian kepada bakal-bakal guru yang menghadapi masalah dalam tajuk `Lines and Angles`.

Suggest Documents