PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENCARIAN MAKLUMAT DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR INDONESIA DI UNIVERSITI MALAYA MARLIN!

PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENCARIAN MAKLUMAT DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR INDONESIA DI UNIVERSITI MALAYA MARLIN! DISERTASI IN! DIKEMUKAKAN UNTUK MEME...
Author: Alison Pearson
33 downloads 2 Views 198KB Size
PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENCARIAN MAKLUMAT DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR INDONESIA DI UNIVERSITI MALAYA

MARLIN!

DISERTASI IN! DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAG! IJAZAH SARJANA SAINS PERPUSTAKAAN DAN MAKLUMAT

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLU MAT UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2008

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti beberapa perkara yang berkaitan dengan penggunaan Internet dikalangan pelajar-pelajar Indonesia Universiti Malaya dari segi pemanfaatan Internet dalam pencarian maklumat, corak dan kekerapan pelajar tentang Internet dalam proses pembelajaran, mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam penggunaan Internet oleh pelajar-pelajar tersebut. Seramai 200 orang pelajarpelajar dari pelbagai jabatan, meliputi pelajar sarjana dan doktor falsafah telah menjawab soal selidik yang disediakan. Penyelidik memilih kaedah penyelidikan kuantitatif dengan cara pembahagian soal selidik dan menjalankan kajian di Universiti Malaya dengan memilih pelajar-pelajar Indonesia pascasiswazah sebahagai responden utama. Subjek kajian adalah penggunaan Internet di lingkungan Universiti Malaya. Kajian mendapati pelajar-pelajar secara optimal telah memanfaatkan Internet untuk keperluan studi, terbukti dengan hasil penemuan menunjukkan bahawa seramai 91% pelajar-pelajar memanfaatkan penggunaan Internet adalah untuk keperluan studi serta mencari maklumat di keranakan sumbangan Internet yang menarik pelajar adalah maklumat terkini dan global. Kajian juga mendapati 25%-50% maklumat yang didapati pelajar melalui Internet dapat di manfaatkan untuk studi. Adapun kekerapan pelajar menggunakan Internet adalah setiap hari, masa yang diluangkan 2-4 jam dalam sehari. Berdasarkan hasil kajian yang didapati seramai 73.7% pelajar adalah status pengajiannya adalah sarjana manakala 26.3% adalah PhD. Adapun masalah yang paling utama di kalangan pelajar-pelajar Indonesia pascasiswazah Universiti Malaya disebabkan masalah terkendala dengan akses Internet yang terlalu lambat dan terlalu banyaknya maklumat di dalam Internet sehingga kesukaran didalam menemukan maklumat yang relefan, oleh yang demikian cadangan yang diperlukan adalah pihak universiti dan perpustakaan mestilah memberikan pengamatan yang berkesan terhadap permasalahan ini serta menyediakan inisiatif bagi menjadikan masalah ini terbendung dengan memberikan tambahan kecepatan akses Internet untuk mencegah masalah utama yang di rasakan oleh sebahagian besar pelajar-pelajar.

ABSTRACT This study identifies the pattern of Internet use among Indonesian students at the University of Malaya. It focuses on the benefits of the Internet in searching for information usage, pattern and the frequency of students' use of the Internet for learning as well as the problems these students faced. The population of this study comprises of two hundred post-graduate (master and doctorate) students from various faculties. The qualitative methodology was used in the study and was done by distributing questionnaire. Indonesian postgraduate students are the main respondents. This study aims to determine Internet usage pattern amongst Indonesian postgraduate students. It has shown that students do gain benefits from the use of Internet for learning. The result shows 91% of the students have benefited from the usage of the Internet in learning and information searching. It is believed that most current and global information are the main factors that attract students to use the Internet. About 25% to 50% of the information from the Internet is used by the students for their learning. The frequency of Internet usage amongst the students is 2 to 4 hours a day. Based on the results of this study, it is indicated that 73.7% of the students are at master level, while 26.3% are PhD students. The study identifies some major problems among the Indonesian students in using the Internet such as "slow Internet connection" and "too much information". The respondents claim that it is difficult to find the information that is relevant to their subjects. It is therefore the responsibility of the university and the library to look into the problems and to provide alternative solutions on ways to provide faster Internet connection to the students.

IS! KANDUNGAN Mukasurat ABSTRAK ABSTRACT PENGHARGAAN

iv

IS! KANDUNGAN SENARAI JADUAL

viii

BAB SATU : PENGENALAN

1

1.1. Latar Belakang

2

1.2. Internet

2

1.3. Internet di Malaysia

3

1.4. Internet di Indonesia

8

1.5. Pemyataan Masalah

12

1.6. Objektif Kaj ian

14

1.7. Persoalan Kajian

15

1.8. Kepentingan Kajian

15

1.9. Batasan Kajian

16

1.10. Sistematika Penulisan

16

1.11. Rumusan

17

BAB DUA : KAMAN LITERATUR

18

2.1. Pengenalan

18

2.2. Kajian Terdahulu

18

2.3. Internet di Perpustakaan Universiti

19

2.4. Penggunaan Internet di Kalangan Pelajar

28

2.5. Corak Penggunaan Internet di Kalangan Pelajar

36

2.6. Masalah dalam Mengakses Internet

37

2.7. Rumusan

41

BAB TIGA : METODOLOGI KAJIAN

42

3.1. Pengenalan

42

3.2. Metodologi Kajian

42

3.3. Populasi dan Persampelan

43

3.4. Alat Kajian

45

3.5. Instrumen

45

3.6. Ujian Rintis

46

3.7. Pengedaran Soal Selidik

47

3.8. Analisa Data

48

3.9. Rumusan

48

BAB EMPAT : PENEMUAN DAN PENGANALISAAN DATA

49

4.1. Penganalisaan Data

49

4.2. Maklumat Asas Responden

49

4.3. Corak Penggunaan Internet

54

4.4. Kekerapan Penggunaan Internet

57

4.5. Manfaat Penggunaan Internet

66

4.6. Masalah Penggunaan Internet

71

4.7. Rumusan

73

BAB LIMA : PERBINCANGAN DAN CADANGAN

75

5.1. Perbincangan Penemuan

75

5.2. Maklumat Asas Responden

75

5.3. Corak Penggunaan Internet

75

5.4. Kekerapan Penggunaan Internet

77

5.5. Manfaat Penggunaan Internet

80

5.6. Masalah Penggunaan Internet

81

5.7. Cadangan

82

5.7.1. Perubahan Sikap Pelajar

82

5.8. Cadanngan untuk Penyelidikan akan datang

83

5.9. Penutup

84

vi

BIBLIOGRAFI

86

LAMPIRAN

95

vii

SENARAI JADUAL

Jadual

Mukasurat

Jadual 1: Perkembangan Jumlah Pelanggan dan Pengguna Internet (kumulatif) * perkiraan s/d akhir 2007

9

Jadual 2 : Status Pengajian

50

Jadual 3: Fakulti

50

Jadual 4: Jantina

51

Jadual 5: Jantina, Umur dan Status Pengajian

52

Jadual 6: Bantuan Kewangan

53

Jadual 7: Umur

53

Jadual 8: Pembelajaran Penggunaan Internet

54

Jadual 9: Lokasi Penggunaan Internet

55

Jadual 10: Pencarian maklumat di sumber lain

56

Jadual 11: Penggunaan maklumat dari Internet

56

Jadual 12: Alamat Site

57

Jadual 13: Jangkaan Penggunaan Internet

58

Jadual 14: Kekerapan Penggunaan Internet

58

Jadual 15: Umur Kekerapan Penggunaan Internet

59

Jadual 16: Jantina dan Kekerapan Penggunaan Internet

60

Jadual 17: Status Pengajian dan Kekerapan Penggunaan Internet

61

Jadual 18: Masa Penggunaan Internet

62

Jadual 19: Penggunaan fasiliti mailing list

62

Jadual 20: Kekerapan penggunaan fasiliti newsgroup

63

Jadual 21: Aktifiti pengiriman / penerimaan maklu mat selain teks

64

Jadual 22: Maklumat yang kerap di akses lewat Internet

65

Jadual 23: Enjin pencarian yang digunakan

65

Jadual 24: Kekerapan Penggunaan emel

66

Jadual 25: Penggunaan maklumat dalam studi

67

Jadual 26: Apakah pada amnya anda Mendapatkan Maklumat Yang di cari

68

Jadual 27: Kepuasan dengan hasil carian di Internet

68

Jadual 28: Tujuan Penggunaan Internet

69

Jadual 29: Sumbangan Internet yang menarik minat

70

Jadual 30: Kepentingan Internet kepada proses pembelajaran dan penyelidikan

71

Jadual 31: Masalah Penggunaan Internet

72

Jadual 32: Dapatkah Internet Menggantikan Jasa Perpustakaan

72

ix

BAB I PENGENALAN 1.1 Latar Belakang

Kesan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa perubahan yang besar dalam budaya hidup semua masyarakat di dunia. la telah mengubah dan meningkatkan kuasa daya pengkomputeran dalam penyampaian dan penyebaran maklumat secara global (Rozinah, 2000). Salah satu penggunaan komputer yang paling populer sekarang ialah penggunaan Internet yang dikatakan sebagai gedung maklumat dalam proses komunikasi dan penyebaran maklumat (Baharuddin, Mohd, Jamaludin dan Zaidatun, 2001). Menurut Yusup (1997), Internet kini telah menjadi salah satu inovasi penting dalam pendidikan. Manakala menurut William (1995) dalam Asmah (2001) pula, Internet merupakan buku teks masa depan.

Penggunaan Internet berkait rapat dengan keperluan pelajar-pelajar yang lebih menjurus kepada mencorak dan menjana minda selaras dengan perkembangan dunia masa kini. Disamping itu juga, ia boleh memberi pengalaman kepada pelajar supaya turut serta dalam pembelajaran secara terus dan pantas dengan dunia luar. Dengan itu pelajar-pelajar secara langsung, bukan sahaja tahu menggunakan teknologi berkenaan melalui bacaan dan tulisan yang terpapar dilayamya tetapi tahu bagaimana menggunakannya untuk mendapatkan sumber maklumat yang pelbagai menerusi perkhidmatan yang ditawarkannya.

Hakikatnya, teknologi Internet memberikan banyak maklumat bagi para pelajar sebagai sumber pembelajaran, rekreasi, penyelidikan, analisis, rujukan dan bahan1

bahan lain yang berfaedah. Para ilmuwan seperti penyelidik, guru dan pelajar universiti adalah di antara kumpulan yang sangat diuntungkan dengan perkembangan Internet. Meskipun demikian, penggunaan Internet yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Penggunaan Internet yang bijaksana perlu diwujudkan dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan. Oleh sebab itu, kepantasan pelajar terhadap penggunaan kemudahan internet amat diperlui di dalam mendapatkan maklumat yang berkesan, khasnya terhadap pelajar pascasiswajah di peingkat universiti.

1.2 Internet Internet merupakan hasil teknologi komputer dan komunikasi yang berkembang dan mashur kerana ia mampu memberikan berbagai kemudahan dan manfaat. Internet merupakan suatu teknologi maklumat dan komunikasi global yang tidak membezakan faktor lingkungan. Sebagai sumber dan media maklumat global, Internet boleh menyampaikan berbagai bentuk komunikasi secara interaktif dan cepat.

Zainuddin (2001) dalam bukunya yang bertajuk Memahami Internet telah mentakrifkan Internet sebagai satu rangkaian global yang terdiri daripada gabungan rangkaian-rangkaian komputer yang lebih kecil. Rangkaian sejagat ini menghubungkan berjuta-juta komputer di pelbagai negara di seluruh dunia. Komputer-komputer ini yang terdiri daripada komputer peribadi hinggalah ke komputer kerangka utama menggunakan satu set aturan atau piawai pemindahan data yang dikenali sebagai Protokol Kawalan Transmisi dan Protokol Internet (TCP/IP).

2

Manakala Peter (1995) pula mendefinisikan Internet sebagai rangkaian komputer yang terbesar di dunia. Ia merupakan rangkaian komputer yang dijalankan keseluruh benua di dalam dunia yang membolehkan komunikasi dilakukan secara dua hala dan secara bebas. Sedangkan Sutedjo (2002) memberikan definisi mengenai Internet adalah International Network (Internet) yang mana sebuah rangkaian komputer yang sangat besar yang terdiri dari rangkaian-rangkaian kecil yang saling terhubung yang menjangkau seluruh dunia.

Internet atau Net merupakan rangkaian komputer yang terbesar di dunia, (Yeow, 1997). Internet menjalinkan serangkaian komputer yang berselerak di benua ini untuk membolehkan komunikasi dua hala dan petukaran maklumat secara bebas berlaku. Sebenarnya perkataan Internet berasal daripada istilah Internetworking yang bermaksud komunikasi antara rangkaian. Internet bukan berbicara tentang komputer, tetapi tertumpu kepada komunikasi antara individu dan dunia sejagat. Komputer sekadar saluran yang memungkinkan komunikasi terlaksana.

Dan i pengertian diatas, dapat diambil kesimpulan bahawasanya Internet merupakan rangkaian yang luas dan tidak mengenal batasan tempat suatu negara akan tetapi merupakan kumpulan dari berbagai rangkaian yang sating terhubung yang dapat menjangkau seluruh dunia dengan cepat dan mudah.

1.3 Internet di Malaysia

Kelahiran Internet bukan saja membuka peluang baru dalam pelbagai urusan di dunia ini dan menjadi penyelesai serta memudahkan kehidupan manusia. Bagaimanapun, 3

serentak dengan wujudnya Internet, ia juga mewujudkan perbezaan yang amat ketara dalam masyarakat; antara yang berada dan yang tidak berada, antara yang kaya maklumat dan yang miskin maklumat, antara yang boleh menikmati penggunaan Internet dan mereka yang tidak dapat menikmati penggunaan Internet oleh kerana kurang mampu ataupun kurang pendidikan untuk menggunakan inovasi baru itu.

Majoriti organisasi dan individu yang dihubungkan dengan Internet adalah dari negara membangun. Bagi negara yang sedang membangun, hanya minoriti organisasi dan individu berkemampuan untuk mencapai Internet. Kajian menunjukkan adanya peningkatan dari segi jurang maklumat antara negara membangun dengan negara yang sedang membangun. Ramai yang beranggapan bahawa pengadaptasian Internet merupakan kebolehupayaan sosial yang bernilai. Pembelajaran berkenaan penyebaran Internet mencadangkan bahawa proses penyebaran teknologi Internet di negara yang sedang membangun mempunyai dimensi yang berbeza dari negara yang telah membangun. Perbezaan dimensi diukur dari kebudayaan dan nilai keagamaan hingga kawalan kerajaan dan ketidak cukupan kemudahan telekomunikasi.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kadar penembusan pada akhir 2004 ialah 12.7 peratus berdasarkan 3.3 juta langganan, dan anggaran bilangan penggunanya ialah 9.9 juta orang. Jumlah pengguna mungkin lebih tinggi kerana perangkaan ini tidak mengambilkira pengguna selain penggunaan

dial-up. Namun demikian, penggunaan Internet masih jauh dari memuaskan. Itulah sebabnya diperlukan antara lainnya langkah pemerkasaan rakyat melalui peruntukan perkhidmatan rangkaian yang membolehkan individu dan kumpulan untuk 4

mengakses maklumat dan juga pembinaan atau penajaan pengetahuan bagi masyarakat dan negara; akses yang saksama dan seimbang antara bandar dan kawasan-kawasan yang kurang mendapat perhatian, dan juga antara kumpulan yang kaya maklumat dan yang kurang maklumat. Penggunaan Internet di kalangan rakyat Malaysia telah bermula pada tahun 1984. Dr. Mohamed Awang Lah merupakan orang yang pertama yang membuat sambungan pada Internet. lanya diikuti dengan pengenalan Rangkaian Komputer Malaysia yang menyediakan aplikasi mel-elektronik dan USENET dan pada 24 Jun 1990, JARING (Joint Advance Research Integrated Networking Project) di bawah kelolaan M1MOS. (Wong, 1998).

Satu kajian pula mendapati penggunaan Internet di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pengguna rumah, pelajar dan organisasi. Sebanyak 60% pengguna JARING terdiri daripada pengguna rumah, 30% terdiri daripada pelajar, dan 10% adalah daripada organisasi (Wong, 1998). Peratus pengguna Internet yang paling tinggi adalah pengguna yang berpendidikan tinggi iaitu sebanyak 67%. lanya diikuti pula oleh pengguna yang berpendidikan diploma iaitu sebanyak 21%, sekolah menengah 11%, dan sekolah rendah sebanyak 1%. (Seen, 1997).

Masyarakat Malaysia di abad ke-21 merupakan masyarakat yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Corak hidup masyarakat dalam era globalisasi berbeza daripada corak hidup sebelumnya (Rozinah, 2000). Antara perbezaan itu ialah manusia sangat bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan. Operasi kerja pula lebih bergantung kepada 5

usaha secara berpasukan menerusi rangkaian yang terdapat di seluruh dunia dan bukan lagi boleh digerakkan sepenuhnya atas usaha perseorangan. Penggerak utama kemajuan itu ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi (Jaya, Kumar, 2001).

Satu kajian menjelaskan Malaysia menduduki tangga ke-19 dalam senarai 25 negara teratas yang mempunyai jumlah pengguna Internet paling ramai.Walau bagaimana pun, dari segi kadar penembusan, Malaysia tidak tersenarai dalam lingkungan 25 negara teratas yang mempunyai kadar penembusan penggunaan tertinggi. Kadar penembusan bagi Malaysia hanyalah 32% sahaja. Di Malaysia pula, Bahasa Melayu menjadi bahasa utama Internet diikuti dengan bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. (http://www.karangkraf.com.my)

Jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 pengguna pada Disember 2005. Jumlah ini 38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 200% Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas (Khairi, 2006).

Malaysia adalah antara negara yang sedang memberi perhatian serius bagaimana meningkatkan penggunaan Internet supaya ia boleh memberi faedah kepada negara dan rakyat. Malaysia melihat kewujudan Internet sebagai suatu peluang yang harus diterokai dan cabaran yang harus ditangani. Malaysia sudah meletakkan dasar 6

pembangunan IT (Information Technology) di Malaysia di bawah agenda IT Nasional yang bergerak daripada ripple to tidal waves iaitu dari gelombang kecil kepada gelombang besar. Di bawah dasar inilah terletak dasar untuk meningkatkan penggunaan Internet yang boleh mendatangkan faedah kepada rakyat. Tanpa dasar yang pro-aktif ini hanya mereka yang mampu akan berpeluang menikmati inovasi mi. Pelaksanaan dasar ini dibuat melalui pewujudan komuniti elektronik atau lebih dikenali sebagai e-komuniti.

Dalam era pendidikan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang untuk menerapkan IT selaras dengan perkembangan ICT (Information Comunication Technology) atau teknologi informasi dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah bistari menjelang tahun 2010. Masa kini terdapat 7,000 buah sekolah rendah dan 1,500 buah sekolah menengah di Malaysia. Dani jumlah tersebut 90 buah sekolah telah dipilih sebagai sekolah printis sekolah bistari pada Januari 1999. Pada tahun 2000, jumlahnya meningkat ke 500 buah sekolah dengan penglibatan sejumlah 300,000 pelajar kearah pembelajaran bistari. Pada tahun 2010, semua sekolah di negara ini yang berjumlah 10,000 buah sekolah akan terlibat sebagai sekolah bistari. Ini bermakna 8.5 juta pelajar dan 450,000 orang guru akan terlibat (MSC, 1997).

Dalam pada itu, Mohamad Salmi Mohd. Sohod, pengarah projek KUB Malaysia Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), salah satu universiti swasta yang terawal di Malaysia menggunakan kemudahan IT, pernah menyebut pembelajaran sebenar berkonsepkan ICT yang diperkenalkan mungkin sebagai satu perubahan pradigma

7

bagi kebanyakan warganegara Malaysia. Tetapi bagi sesebuah universiti yang unggul yang mengamalkan konsep ini, ianya akan menjadi sumber kemahiran yang diperlukan sealiran kemajuan pengetahuan semasa dan terkini (Zoraini, 1998).

1.4 Internet di Indonesia

Di Indonesia, Internet mulai dikembangkan pada tahun 1983 di Universiti Indonesia, berupa University Network (UINet) oleh Dr.Joseph F.P Luhukay yang seketika itu baru sahaja menamatkan program doktor Filosofi llmu Komputer di Amerika Syarikat. Rangkaian itu dibangunkan selama empat tahun. Pada tahun yang sama, Luhukay juga mulai mengembangkan UlNet di lingkungan Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan yang merupakan rangkaian komputer dengan jangkauan lebih luas yang meliputi Universiti Indonesia, Institut Teknologi Bandung, Institut Pertanian Bogor, Universiti Gadjah Mada, Institut Tekrtologi Surabaya, Universiti Hasanudin dan Ditjen Dikti. (Sutedjo, 2002) Secara amnya, IT masih menjadi barang "mahal" dan "mewah" bagi bangsa Indonesia. (Onno, 2003) Internet di Indonesia secara amnya masih menjadi cost center dan belum menjadi profit center. Faktor yang cukup ketara masih mahalnya

Internet di Indonesia antaranya ialah bilangan telefon yang minimum, taburan rangkaian akses tidak merata (kabel atau serat optik), dan mahalnya sewa talian ke Internet. Selain itu, pengguna Internet di Indonesia kebanyakannya adalah dari kalangan kelas sosial menengah ke atas dan corak penggunaannya lebih banyak untuk keperluan pendidikan. Salah satu faktor tersebut yang tidak kalah pentingnya adalah pembelian dan penjualan barang-barang IT, di mana semua transaksinya menggunakan mata wang dollar AS. Apabila nila mata wang AS meningkat terhadap 8

mata wang Indonesia, maka secara tidak langsung harga barang-barang IT di Indonesia semakin meningkat. Prayitno (2007) menyatakan secara keseluruhan bahawa Internet relatif baru dikenali oleh masyarakat Indonesia dan bilangan penggunanya masih sedikit. Namun perkembangan Internet di Indonesia telah memperlihatkan kemajuan yang signifikan. Dapat dilihat daripada jadual 1 dibawah mi. Jadual 1: Perkembangan Jumlah Pelanggan dan Pengguna Internet (kumulatif) * perkiraan s/d akhir 2007 (Sumber: APJII, 2008) TAHUN PELANGGAN PENGGUNA 1998 1999 2000 2001 2002 2003 , 2004 2005 2006 2007*

134.000 256.000 400.000 581.000 667.002 865.706 1.087.428 1.500.000 1.700.000 2.000.000

512.000 1.000.000 1.900.000 4.200.000 4.500.000 8.080.534 11.226.143 16.000.000 20.000.000 25.000.000

Berdasaskan hash l dapatan jadual di atas, pada tahun 1998 pen gguna Internet di Indonesia hanya 512.000 orang. Kajian dapatan pada tahun 2000 menjelaskan bahawa pengguna Internet di Indonesia masih 1.900.000 orang. Jumlah itu meningkat tajam selama kurun waktu enam tahun menjadi 18 juta pengguna dengan penerobosan 8.1%. Sedangkan pada tahun 2007, pengguna Internet mencecah sehingga 25.000.000 orang. Pen ingkatan yang berketerusan tersebut menunjukkan bahawa masyarakat Indonesia sangat terhuja terhadap penggunaan Internet. 9

Menurut Asosiasi Penyelenggara Jasa Internet Indonesia (ARM) mendedahkan bahawa Indonesia berada di jajaran tengah bersama tiga negara, Brunei Darussalam, Thailand dan Filipina yang memiliki tingkat penerobosan tak terpaut jauh, masingmasing 14.2%, 12.7% dan 9.1%. Namun, penerobosan Indonesia masih jauh dibandingkan dengan negara-negara Asia yang lebih maju, seperti Singapura, Malaysia, Taiwan dan Hong kong, Indonesia masih ketinggalan jauh. Hal ini di keranakan penyebaran penggunaan Internet di Indonesia juga tidak merata dan masih berpusat di Jawa, sementara desa-desa di luar Jawa kurang mendapatkan akses Internet. Indonesia memerlukan sedikitnya 25 juta unit komputer guna meningkatkan penerobosan Internet yang diperkirakan mencapai 20 juta pengguna (APB', 2008). Ketua Umum Asosiasi Penyelenggara Jasa Internet Indonesia (APJII) Sylvia W. Sumarlin mengatakan perkembangan penggunaan Internet di Indonesia relatif stabil iaitu 25% per tahun, namun condong berbanding lurus dengan pertambahan penduduk. Rendahnya penerobosan Internet di Indonesia bukan semata-mata kerana harga talian yang mahal, melainkan kerana masih terbatasnya jumlah komputer. Berdasarkan keterangan statistik di atas maka tidak berlebihan jika dikatakan bahawa masyarakat pengguna Internet di Indonesia masih baru di tahap pengenalan atau masih menipakan sesuatu yang barn muncul.

Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Raharjo (2000), jika sememangnya IT dan Internet memiliki banyak manfaat, tentunya ingin kita gunakan secepatnya. Namun ada beberapa faktor penghalang di Indonesia yang menyebabkan IT dan Internet belum dapat digunakan sebaik mungkin. Satu penyebab utama adalah kurangnya ketersediaan peralatan telekomunikasi, talian telepon masih belum tersedia 10

secara luas di berbagai tempat di Indonesia, dan biaya penggunaan layanan telekomunikasi yang masih mahal. Permasalahan ini dapat diatasi sejalan dengan perkembangan telekomunikasi yang semakin pantas dan semakin murah. Kerana penggunaan komputer di Indonesia masih terlalu rendah. Kerana itu perlu difikirkan akses ke Internet tanpa melalui komputer peribadi di rumah. Penggunaan peralatan Internet lain seperti Internet TV diharapkan dapat menolong. Sementara itu tempat akses Internet dapat diperluas jangkauannya melalui fasiliti di kampus, sekolah, dan kedai siber. Persediaan isi atau content yang berbahasa Indonesia di Internet sedikit ditemui. Hal ini merupakan masalah penting yang perlu diatasi. Berbagai upaya kegiatan-kegiatan atau cadangan-cadangan untuk memperbanyak maklumat yang ditujukan kepada masyarakat Indonesia perlu ditingkatkan. Dimana proses ini mesti dilakukan secara cepat dan tepat.

Untuk kondisi di Indonesia, kita dapat merujuk pada hasil kajian yang didapati oleh MarkPlus pada awal 2000 lalu (Donny, 2007). Responden yang diambil sebanyak 1100 orang adalah dari lima kota utama di Indonesia, iaitu Jabotabek, Bandung, Yogyakarta, Surabaya dan Medan. Hal penting yang perlu digarisbawahi pada hasil survei tersebut temyata 90% dari jumlah responden belum pernah menggunakan atau tidak mahu bertransaksi secara online. Ketika berbagai pernyataan yang diajukan kepada responden takut melakukan transaksi, jawapan yang diberikan antara lain: tidak percaya (15.1%) dan tidak aman (13.6%). Ini bermakna 25.85% atau sekitar 284 dari 1100 responden yang diselidiki temyata enggan bertransaksi dengan e-commerce kerana takut dengan faktor keamanan bertransaksi melalui Internet.

11

Menurut Onno (2003), kemampuan Indonesia berkembang dalam dunia maklumat dan Internet sangat bergantung kepada jumlah atau massa orang terdidik. Kegagalan dalam meningkatkan jumlah orang terdidik di Indonesia akan melemahkan kemampuan Indonesia untuk berkembang dan bertahan di dunia maya. Jelas sekali bahawa pendidikan menjadi isu yang sangat penting bagi keberhasilan pembangunan dunia maklumat Indonesia.

Bagi Indonesia, manfaat-manfaat yang disebutkan di atas dapat dijadikan alasan yang kuat untuk menjadikan Internet sebagai peralatan di bidang pendidikan (Raharjo, 2000). Untuk menyatukan manfaat Internet bagi bidang pendidikan di Indonesia iaitu: a) Akses ke perpustakaan; b) A k s e s

k e

p a k a r ;

c) Menyediakan fasiliti kerjasama. Gagasan penggunaan IT dan Internet di bidang pendidikan di Indonesia sudah mulai bermunculan. Salah satu gagasan yang sekarang sedang giat di lakukan adalah program "Sekolah 2000", dimana disasarkan sejumlah sekolah (khususnya SMU dan SMK) terhubung ke Internet (http://www.sekolah2000.or.id).

1.5 Pernyataan Masalah Secara amnya, maklumat adalah sebagai nadi utama bagi proses pembelajaran yang cemerlang. Sumbangan Internet yang positif di dalam mendapatkan maklumat yang berkualiti dan terkini juga memerlukan kemahiran dan pengetahuan bagi merealisasikan proses pembelajaran yang berkesan dan global. la juga boleh

12

membimbing pelajar agar mampu menggunakan bahan dengan cekap dan berdikari. Disebabkan faktor ini, corak penggunaan Internet di kalangan pelajar-pelajar adalah semakin meningkat dari masa ke semasa. Ini kerana tarikan maklumat yang terdapat di dalam Internet bersifat pantas, mudah, menjimatkan masa dan kos. Sekiranya kepelbagaian medium ini tidak digunakan dengan baik oleh pelajar, maka mereka akan menjadi manusia yang terpinggir disudut kecanggihan teknologi yang melimpahi kehidupan kini.

Pengetahuan dan kemahiran pelajar di dalam pencarian maklumat menggunakan Internet merupakan aspek penting di dalam proses pembelajaran. Pelajar-pelajar kerap menggunakan Internet di dalam pencarian maklumat dan merasa seronok belajar dengan menggunakan Internet. Nazan Ozenc Ucak (2005) berpendapat bahawa umumnya penggunaan Internet di kalangan pelajar bermaksud untuk membuat tugasan atau menyiapkan untuk keperluan pengajian. Meskipun demikian, masih ramai yang tidak menggunakan Internet secara efektif di dalam mendapatkan maklumat untuk keperluan pengajian. Kajian yang dibuat oleh O'Sullivan et. al (2000) mendedahkan bahawa 63% pelajar menggunakan Internet di dalam mendapatkan maklumat secara mendalam, namun hanya 10% sahaja yang boleh mendapat maklumat secara relevan. Berdasarkan hat itu, pelajar semestinya efektif di dalam menggunakan Internet menurut corak dan kekerapannya.

Pada dasarnya, penggunaan Internet memudahkan setiap pelajar di dalam memperoleh maklumat sebagai sumber pembelajaran, rekreasi, penyelidikan, analisis,

11

rujukan dan bahan-bahan lain yang berfaedah. Sebelumnya, telah dijelaskan tentang 13

corak dan kekerapan pelajar menggunakan Internet di dalam pencarian maklumat. Berkaitan dengan hal itu, pengkaji merasa perlu melakukan kajian terhadap penggunaan Internet dalam pencarian maklumat di peringkat ijazah tinggi. Pengkaji telah mengamati terhadap pelajar-pelajar Indonesia pascasiswazah Universiti Malaya bahawa ramai daripada mereka setiap hari menggunakan Internet akan tetapi ramai daripada mereka setelah melayari Internet tergendala dengan limpahan maklumat yang ada di dalam Internet sehingga kesukaran di dalam mendapati maklumat yang relevan. Di samping itu, pengkaji juga mendapati tidak semua pelajar-pelajar Indonesia pascasiswazah mahir dalam menggunakan Internet untuk mencari artikel serta maklumat lainnya. Berdasarkan hal itu, penulis melakukan kajian tentang bagaimanakah para pelajar Indonesia pascasiswazah di Universiti Malaya telah dapat menguasai tahap penggunaan yang baik dalam penggunaan Internet, sejauh manakah pelajar-pelajar dapat memanfaatkan dan memahami Internet, dan apakah masalah pengaksesan yang dihadapi oleh pelajar terhadap Internet dalam proses pencarian maklumat.

1.6 Objektif Kajian a) Mengkaji tentang corak penggunaan Internet di kalangan pelajar Indonesia Pascasiswazah Universiti Malaya di dalam pencarian maklumat. b) Mengkaji kekerapan pelajar Indonesia pascasiswazah Universiti Malaya menggunakan Internet dalam pencarian maklumat. c) Mengkaji masalah pengaksesan dan penggunaan Internet yang dihadapi oleh pelajar Indonesia pascasiswazah Universiti Malaya.

14

1.7 Persoalan Kajian

a) Apakah corak penggunaan Internet dikalangan pelajar-pelajar Indonesia pascasiswazah Universiti Malaya? b) Bagaimanakah kekerapan pelajar-pelajar Indonesia pascasiswazah Universiti Malaya tentang Internet dalam proses pencarian maklumat? c ) Ap aka h ma sala h ya ng d ih ada p i ole h p el aja r-pel aja r Ind on e sia pascasiswazah Universiti Malaya, khususnya dari aspek pengaksesan dan penggunaan Internet?

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat tentang tahap penggunaan Internet di kalangan pelajar pascasiswazah Indonesia di Universiti Malaya, maklumat yang menjadi tumpuan pelajar dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan Internet. Ia juga sebagai masukan bagi Universiti Malaya, khususnya bagi pelajar-pelajar pascasiswazah Indonesia dalam meningkatkan efektifiti penggunaan rangkaian Internet.

Disamping itu, kajian ini berguna bagi pihak perpustakaan untuk mengenal pasti sama ada masih terdapat pelajar yang bermasalah dan tidak boleh mengakses Internet bagi tujuan pembelajaran mereka. Persoalan yang lain ialah adakah mereka mendapat latihan atau menghadapi masalah tertentu serta memerlukan bantuan dari segi teknikal atau nasihat. Dengan cadangan-cadangan yang diberikan oleh pengkaji, diharapkan semua pihak yang terlibat secara langsung mengambil tindakan tertentu

5

bagi memperbaiki dan meningkatkan tahap professional maklumat sebagai penyalur maklumat.

Hash l penyelidikan ini akan juga meningkatkan jumlah maklumat mengenai penggunaan Internet bagi masyarakat awam maupun ilmuan yang tertarik untuk mengguna serta mengetahui manfaat Internet dengan lebih mendalam. Ianya juga merupakan kajian dasar atau tahap awal mengenai Internet dilingkungan Universiti Malaya khususnya bagi pelajar-pelajar Indonesia pascasiswazah sehingga dapat memacu munculnya kajian berkesinambungan dan kajian-kajian yang lebih mendalam mengenai kajian Internet.

1.9 Batasan Kajian

Oleh kerana Internet adalah teknologi yang semakin menguasai kehidupan, maka kajian mengenainya banyak. Oleh itu pengkaji banyak menggunakan artikel elektronik dari jurnal, majalah, suratkhabar dan buku sebagai latar belakang pengkajian. Kajian ini akan terbatas dan memberi tumpuan kepada penggunaan Internet di kalangan pelajar pascasiswazah Indonesia Universiti Malaya yang hanya akan merangkumi pelajar Doktor Falsafah, dan Sarjana.

1.10 Sistematika Penulisan

Sistematika penyusunan kajian ini terdiri dari 5 bab dengan rincian sebagai berikut: Bab I Pengenalan berisikan latar belakang, Internet, Internet di Malaysia, Internet di Indonesia, pemyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi istilah dan sistematika penulisan. Bab 2 Kajian Literatur pula 16

berisikan pengenalan, kajian terdahulu, Internet di perpustakaan universiti, penggunaan Internet di kalangan pelajar, corak penggunaan Internet dikalangan pelajar, masalah dalam mengakses Internet dan rumusan. Bab 3 Kaedah Kajian berisikan pengenalan, metodologi kajian, populasi dan persampelan, alat kajian, instrumen, ujian rintis, pengedaran soal selidik, analisa data dan rumusan. Bab 4 Penemuan dan Penganalisaan Data berisikan penganalisaan data dan hasil akhir sekali. Bab 5 berisikan perbincangan, rumusan dan cadangan.

1.11 Rumusan

Bab ini menerangkan tentang pengenalan dan latar belakang kajian. Selain daripada itu, ia juga menjelaskan tentang permasalahan, persoalan, kepentingan, serta batasan kajian, definisi istilah tajuk kajian dan sistematika penulisan.

17

Suggest Documents