FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT WONG JING KAE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT WONG JING KAE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ...
Author: Ella Shepherd
5 downloads 1 Views 992KB Size
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT

WONG JING KAE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ii

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT

WONG JING KAE

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

iii

iv

DEDIKASI

TE R ISTIM E W A B U A T,

Ibu B apa yang D ikenangi dan D ikasihi, K akak dan A dik Tersayang,

Segala Pengorbanan, D orongan, K esabaran Serta K asih Sayang D ari K alian A m atlah K u Sanjungi dan K u H argai…

K H A S B U A T,

D r. L okm an B in M ohd Tahir yang dikasihi, Segala B im bingan, N asihat, Tunjuk A jar dan Jasam u Tidak akan K u L upai…

Tem an-tem an dan R akan-rakan Seperjuangan Terim a K asih D i atas Sokongan dan Sem angat D ari K alian Sepanjang Pengajian K u s

v

PENGHARGAAN

Di ruangan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya iaitu DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR yang banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan, idea, nasihat, motivasi

dan kesudian

meluangkan masa serta kesabaran mengadakan sesi perbincangan sepanjang projek ini dijalankan. Segala teguran, nasihat dan kata-kata semangat akan tetap saya ingati dan hargai sepanjang hidup.

Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru yang bertugas di sekolah menengah yang terlibat dalam kajian ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih saya kepada pelajar-pelajar yang sudi menjadi sampel kajian ini dan kesungguhan serta kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Penghargaan juga turut ditujukan kepada ibu bapa, kakak dan adik saya yang sentiasa bersedia memberi dorongan dan galakan, sama ada dari segi sokongan moral atau kewangan walaupun mereka berada jauh dari sisi saya. Saya juga sangat berterima kasih kepada pihak fakulti dan pihak universiti yang sentiasa bersiap sedia untuk membantu saya dalam menyiapkan dan menyempurnakan projek kajian ini. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, budi mereka akan saya kenang selama-lamanya.

Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera diberkati oleh Tuhan.

vi

ABSTRAK

Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran Matematik Tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat di zon Skudai, Johor. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti minat pelajar terhadap pembelajaran Matematik Tambahan, kefahaman pelajar terhadap konsep Matematik Tambahan yang dipelajarinya, strategi pengajaran guru berdasarkan penilaian pelajar dan faktor galakan daripada ibu bapa yang mempengaruhi minat pembelajaran pelajar dalam Matematik Tambahan. Sampel kajian ini terdiri daripada seramai 159 orang pelajar tingkatan empat aliran sains dari tiga buah sekolah menengah kebangsaan. Nilai alpha yang diperolehi dalam kajian rintis ialah 0.8355. Instrumen berbentuk soal selidik yang mengandungi 39 item pernyataan berbentuk Likert Skala digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor galakan daripada ibu bapa amat mempengaruhi pembelajaran Matematik Tambahan pelajar berdasarkan nilai purata skor min yang tertinggi iaitu bernilai 3.38. Ini diikuti oleh faktor strategi pengajaran guru dan faktor minat

manakala

kefahaman

dalam

konsep

matematik

tambahan

kurang

mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran Matematik Tambahan. Oleh itu, semua pihak terutama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pihak sekolah, dan para ibu bapa dicadangkan agar bekerjasama untuk membantu pembelajaran pelajar dalam memahami dan menguasai Matematik Tambahan dan seterusnya pencapaian akademik turut akan meningkat.

vii

ABSTRACT

This descriptive study is conducted to identify the factors that influence the learning of Additional Mathematics among the form four students in Skudai zone, Johor. Four objectives were built in order to identify the factors that influence the learning of Additional Mathematics which are students’ interest in Additional Mathematics, students’ understanding concept of Additional Mathematics, teachers’ teaching strategies, and encouragement from parents to their child/ children in learning Additional Mathematics. The sample of this study was consisted of 159 form four science stream students from three secondary schools in Skudai zone, Johor. Reliability of the research instrument had alpha values of 0.8355. A set of questionnaire which contained of 39 items using Likert Scale was used as the research instrument of this study. Result indicated that encouragement from parents to their child/ children in learning Additional Mathematics was the most influential factor in enhancing students while learning Additional Mathematics based on the highest average of mean score i.e. 3.38. It was followed by the factor of teachers’ teaching strategies and students’ interest. However, students’ understanding concept of Additional Mathematics was the less influential factor in enhancing students in learning Additional Mathematics. Thus, it is hoped that authorities especially Ministry of Education, teachers and parents will cooperate in order to solve this kind of problem in the future.

viii

KANDUNGAN

BAB

1

PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN PENYELIA

i

HALAMAN JUDUL

ii

PENGAKUAN PELAJAR

iii

DEDIKASI

iv

PENGHARGAAN

v

ABSTRAK

vi

ABSTRACT

vii

KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI SINGKATAN

xiii

SENARAI LAMPIRAN

xiv

PENDAHULUAN

1

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

3

1.3

Pernyataan Masalah

5

1.4

Objektif Kajian

6

1.5

Persoalan Kajian

6

1.6

Kepentingan Kajian

7

1.7

Batasan Kajian

8

ix

2

3

4

1.8

Definisi Istilah

9

1.9

Penutup

11

SOROTAN KAJIAN

12

2.1

Pengenalan

12

2.2

Minat

13

2.3

Kefahaman Konsep Matematik Tambahan

15

2.4

Strategi Pengajaran Guru

18

2.5

Faktor Galakan Ibu Bapa

20

2.6

Penutup

22

METODOLOGI KAJIAN

23

3.1

Pengenalan

23

3.2

Reka Bentuk Kajian

23

3.3

Populasi dan Sampel

24

3.4

Instrumen Kajian

25

3.5

Kajian Rintis

27

3.6

Prosedur Kajian

28

3.7

Analisis Data

29

3.8

Penutup

31

ANALISIS DATA

32

4.1

Pengenalan

32

4.2

Latar Belakang

33

4.2.1

Nama Sekolah

33

4.2.2

Jantina

34

4.2.3

Keputusan Matematik Tambahan Peperiksaan Tahun 2009

4.3

Analisis Statistik Deskriptif 4.3.1

35 36

Analisis Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Matematik Tambahan

37

x 4.3.2

5

Analisis Kefahaman Konsep Matematik Tambahan

41

4.3.3

Analisis Strategi Pengajaran Guru

44

4.3.4

Analisis Galakan Daripada Ibu Bapa

47

4.4

Analisis Keseluruhan

51

4.5

Penutup

52

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

53

5.1

Pengenalan

53

5.2

Rumusan

54

5.3

Perbincangan

56

5.3.1

Minat Pelajar Terhadap Pembelajaran Matematik Tambahan

5.3.2

Kefahaman Pelajar Terhadap Konsep Matematik Tambahan

5.3.3

58

Strategi Pengajaran Guru Matematik Tambahan Berdasarkan Penilaian Pelajar

5.3.4

57

59

Faktor Galakan Ibu Bapa Mempengaruhi Minat Pembelajaran Matematik Tambahan 60

5.4

Cadangan

61

5.4.1

Guru

61

5.4.2

Pelajar

62

5.4.3

Ibu Bapa

63

5.4.4

Kementerian Pelajaran Malaysia

64

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

64

5.6

Penutup

66

RUJUKAN

67

LAMPIRAN

72

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

3.1

TAJUK

MUKA SURAT

Bilangan Pelajar Tingkatan Empat Yang Mengambil Matematik Tambahan

25

3.2

Jumlah Item Mengikut Faktor

27

3.3

Markat Skala 3 Mata

29

3.4

Perubahan Markat Dan Skala

30

3.5

Jadual Ringkasa Pengujian Statistik Objektif Kajian

4.1

30

Bilangan Pelajar Tingkatan Empat Mengikut Sekolah

33

4.2

Jantina Responden

34

4.3

Taburan Responden Mengikut Jantina dan Nama Sekolah

4.4

34

Keputusan Matematik Tambahan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

36

4.5

Pengelasan Skala Lima Mata kepada Tiga Mata

36

4.6

Markat skala 3 mata

37

4.7

Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor minat

4.8

38

Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor kefahaman konsep Matematik Tambahan

42

xii 4.9

Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor pengajaran guru

4.10

Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor galakan ibu bapa

4.11

45

48

Rumusan min respon pelajar terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran Matematik Tambahan

52

xiii

SENARAI SINGKATAN

JPN

-

Jabatan Pelajaran Negeri

KBSM

-

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM

-

Kemnterian Pelajaran Malaysia

SMK

-

Sekolah Menengah Kebangsaan

SPM

-

Sijil Peperiksaan Malaysia

SPSS

-

Statistic Package for Social Science

STPM

-

Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia

UTM

-

Universiti Teknologi Malaysia

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A

Set Soal Selidik

72

B

Pengesahan Item Set Soal Selidik

77

C

Surat Pengesahan Status Pelajar UTM

79

D

Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia

80

E

Jadual Krejcie dan Morgan

81

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan dua mata pelajaran matematik kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah atas (tingkatan empat dan lima) iaitu Matematik dan Matematik Tambahan. Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran elektif bagi pelajar-pelajar aliran sains tulen dan matlamat kewujudan Matematik Tambahan bermatlamat memenuhi keperluan matematik bagi murid yang mengambil bidang sains dan teknologi serta murid yang mirip kepada sains sosial. Secara umum, Kurikulum Matematik Tambahan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan, keterampilan dan minat pelajar dalam pembelajaran matematik (Sukatan pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah, 2000).

Matematik Tambahan merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan penggunaannya amat meluas dalam kehidupan harian kita terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Ini adalah kerana Matematik Tambahan yang diajar di sekolah menengah atas dapat membekalkan ilmu pengetahuan matematik yang berperingkat tinggi kepada pelajar-pelajar untuk memperkembangkan pemikiran

2

pelajar dalam segi

kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran berkomunikasi

melalui elemen matematik, kemahiran penggunaan matematik dalam situasi sebenar dan pemikiran yang logikal, kreatif, kritis serta bersistematik.

Kini, Malaysia tengah melangkah ke arah Wawasan 2020. Untuk mencapai Wawasan 2020 iaitu berubah menjadi sebuah negara yang maju dari segi sains dan teknologi, negara kita memerlukan banyak pakar dalam bidang sains dan teknologi terutamanya mereka yang berkebolehan menilai maklumat dan data secara matematik dan statistik. Oleh itu, penguasaan dalam Matematik Tambahan merupakan satu syarat atau kelebihan yang diutamakan sekiranya seseorang pelajar ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan teknologi seperti bidang kejuruteraan.

Namun begitu, Matematik Tambahan bukan merupakan satu mata pelajaran yang popular dan digemari oleh para pelajar terutamanya dalam kalangan pelajar Melayu yang beranggapan bahawa Matematik Tambahan merupakan satu subjek yang sukar dikuasai (Siti Marlina, 2005). Oleh itu, kurikulum Matematik Tambahan telah digubal oleh Kementerian Pelajaran bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dalam matematik dan memupuk minat pelajar dalam pembelajaran matematik. Justeru itu, pelajar-pelajar diharapkan dapat menggunakan matematik secara berkesan dan bertanggungjawab untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah serta mempunyai persediaan yang mencukupi bagi melanjutkan pelajaran dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya mereka.

Bagi merealisasikan matlamat dalam kurikulum pembelajaran Matematik Tambahan, pelbagai aktiviti dan program telah dirancang untuk memupuk minat dan motivasi pelajar-pelajar terhadap Matematik Tambahan, seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Sebagai contoh, kursus peningkatan profesionalisme telah dianjurkan bagi memperbaiki mutu dan strategi pengajaran guru-guru Matematik Tambahan di sekolah-sekolah. Pihak sekolah pula mengadakan dan melancarkan pelbagai aktiviti dan program dalam mengatasi

3

masalah ini seperti menganjurkan pertandiangan kuiz matematik, ceramah tentang kerjaya dalam jurusan matematik, kem matematik dan kelas tambahan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Matematik Tambahan.

1.2

Latar Belakang Masalah

Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran elektif yang ditawarkan kepada pelajar sekolah menengah atas yang mengambil aliran sains tulen. Pelajar mempunyai kebebasan memilih subjek tersebut mengikut minat dan kebolehan pelajar sendiri. Mengikut kandungan kurikulum Matematik Tambahan, matlamat utamanya adalah menyediakan pelajar yang mengikuti pelajaran matematik di peringkat pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penguasaan konsep-konsep dalam kandungan kurikulum Matematik Tambahan sangat penting bagi membantu pelajar menguasai konsep-konsep matematik yang berperingkat lebih tinggi dan kompleks apabila mereka melanjutkan pelajaran mereka di kolej atau universiti.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (2002) berpendapat bahawa pengetahuan matematik yang lebih mendalam penting untuk berjaya dalam bidang peniagaan. Beliau juga telah menyuarakan bahawa matematik bukan sahaja merupakan satu mata pelajaran yang dipelajari di sekolah tetapi ia boleh diperkembangkan kepada pelbagai bidang professional seperti perakaunan, pelaburan, perniagaan dan keusahawanan.

Namun demikian, Matematik Tambahan merupakan satu subjek yang sukar dikuasai terutamanya para pelajar Melayu (Siti Marlina Sabran, 2005). Ini adalah kerana kebanyakan pelajar mempunyai persepsi bahawa Matematik merupakan satu mata pelajaran yang sangat abstrak dan sukar difahami (Marzita, 2002). Kajian lalu daripada Marzita telah membuktikan bahawa terdapat banyak faktor yang

4

menyebabkan ramai pelajar sekolah mempunyai kebimbangan yang tinggi terhadap Matematik dan elemen kebimbangan sering dikaitkan dengan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran tersebut sendiri.

Pelbagai faktor telah dikaji oleh pakar-pakar dalam bidang penyelidikan bagi mencari

punca-punca

kemerosotan

dan

permasalahan

dalam

pembelajaran

Matematik Tambahan. Menurut Salawati (1998), pencapaian awal, kemahiran asas, minat, sikap, motivasi dan kemahiran menyelesaikan masalah merupakan antara faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Selain itu, faktor-faktor lain adalah seperti ketidakselarasan strategi dan pendekatan pengajaran guru dengan keperluan dan gaya pembelajaran pelajar di mana pelajar tidak tahu teknik dan cara pembelajaran yang berkesan dan efektif (Rohani, 1993) juga didapati menyumbang kepada punca kemerosotan pelajar dalam Matematik Tambahan. Faktor-faktor tersebut adalah antara faktor yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena kemerosotan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di sekolahsekolah menengah.

Menurut Kamaruddin Mohd. Ali (2004) pula, minat dan dorongan merupakan faktor-faktor yang penting dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran di sekolah. Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran yang sering dikaitkan dengan konsep dan idea abstrak yang sukar difahami dan sukar digambarkan dengan jelas. Tambahan pula, cara dan kaedah penyampaian guru serta penggunaan alat bantu mengajar seperti kapur, papan hijau dan buku teks yang kurang kreatif dan membosankan turut mengurangkan minat pelajar terhadap subjek tersebut.

Berdasarkan kajian-kajian yang lepas yang dijalankan oleh penyelidikpenyelidik, kebanyakan pelajar didapati tidak mempunyai minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Matematik Tambahan disebabkan kefahaman pelajar terhadap konsep Matematik Tambahan yang rendah dan strategi pengajaran guru Matematik Tambahan yang membosankan serta kurang kreatif. Sehubungan dengan itu, pihak-

5

pihak tertentu perlulah berganding bahu untuk menangani masalah tersebut bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.

1.3

Pernyataan Masalah

Ketidakfahaman konsep Matematik Tambahan oleh para pelajar telah berupaya membatas dan mengurangkan minat pelajar dalam pembelajaran Matematik Tambahan. Diikuti dengan proses pengajaran dan pembelajaran guru Matematik Tambahan yang membosankan kurang menarik dan kreatif serta kekurangan dorongan dan galakan daripada ibu bapa juga akan mempengaruhi pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan dalam kalangan pelajar.

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran Matematik Tambahan dalam kalangan pelajar sekolah dari segi minat pelajar terhadap Matematik Tambahan, kefahaman konsep tentang Matematik Tambahan oleh pelajar, strategi pengajaran guru Matematik Tambahan dan galakan ibu bapa pelajar yang mempengaruhi minat anak-anak mereka dalam pembelajaran Matematik Tambahan.

6

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

i.

Mengenalpasti minat pelajar terhadap pembelajaran Matematik Tambahan.

ii.

Mengenalpasti kefahaman pelajar terhadap konsep Matematik Tambahan.

iii.

Mengenalpasti strategi pengajaran guru Matematik Tambahan berdasarkan penilaian pelajar.

iv.

Mengenalpasti galakan ibu bapa terhadap pembelajaran Matematik Tambahan pelajar.

1.5

Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut:

i.

Adakah minat mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran Matematik Tambahan?

ii.

Adakah kefahaman konsep Matematik Tambahan mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran Matematik Tambahan?

iii.

Adakah

strategi

pengajaran

guru

Matematik

mempengaruhi pembelajaran Matematik Tambahan?

Tambahan

7

iv.

Adakah galakan ibu bapa mempengaruhi minat pembelajaran Matematik Tambahan pelajar?

1.6

Kepentingan Kajian

Kajian ini dijangka dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada guru Matematik Tambahan, pihak pentadbir sekolah, pelajar, ibu bapa dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Melalui penyelidikan ini, pihak pentadbir dan guru Matematik Tambahan di sekolah dapat menangani dan menyelesaikan masalah pembelajaran Matematik Tambahan dalam kalangan pelajar. Contohnya, pihak sekolah dan guru boleh menyediakan alat bantu mengajar yang lebih menarik dan sesuai untuk meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran Matematik Tambahan.

Melalui dapatan daripada kajian ini nanti, pelbagai strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran boleh dirancang dan dilaksanakan untuk membantu pelajar menguasai konsep Matematik Tambahan dengan lebih kukuh. Selain itu, pelbagai program juga boleh dilancarkan oleh pihak sekolah seperti program bulan Matematik, pertandiangan kuiz Matematik, ceramah tentang kerjaya dalam jurusan Matematik dan lain-lain supaya dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik Tambahan.

Di samping itu, hasil kajian ini boleh digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai panduan dalam pengubahsuaian kurikulum Matematik Tambahan. Pihak KPM juga boleh menggunakan kajian ini untuk mengkaji masalah pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dan seterusnya boleh mengambil tindakan yang efektif untuk memperbaiki dan meningkatkan keputusan Matematik Tambahan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

8

Sementara itu, kesedaran dan peranan ibu bapa tentang memupuk kepentingan mempelajari ilmu Matematik Tambahan juga dapat dipertingkatkan melalui penyelidikan ini. Ibu bapa dapat menggalakkan dan memotivasikan anakanak mereka untuk menghadiri kelas tambahan, seminar, ceramah dan pertandingan yang berkaitan dengan Matematik agar dapat meningkatkan minat anak-anak mereka dalam Matematik Tambahan.

1.7

Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan 159 orang pelajar-pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan di tiga buah sekolah menengah kebangsaan di zon Skudai, Johor. Kumpulan responden ini dipilih kerana mereka kurang sibuk dalam pelajaran jika berbanding dengan pelajar tingkatan lima yang sedang sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Selain itu, kajian ini tidak dapat dijalankan di sekolah-sekolah lain kerana masalah kewangan dan kekangan masa.

Selain itu, dapatan kajian ini hanya berdasarkan kepada soalan set soal selidik yang disediakan. Pengkaji hanya memilih empat faktor utama yang mempengaruhi pembelajaran Matematik Tambahan pelajar iaitu minat pelajar terhadap Matematik Tambahan, kefahaman pelajar tentang konsep Matematik Tambahan, strategi pengajaran guru Matematik Tambahan dan galakan ibu bapa pelajar dalam pembelajaran Matematik Tambahan.

9

1.8

Definisi Istilan

Definisi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1.8.1

Matematik Tambahan

Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran ini bertujuan untuuk meningkatkan keterampilan matematik pelajar supaya mereka mempunyai persediaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran di pelbagai kerjaya yang muncul dalam bidang sains dan teknologi. Kandungan

sukatan pelajaran

Matematik Tambahan

Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah ini merangkumi konsep dan kemahiran daripada pelbagai cabang matematik iaitu Algebra, Geometri, Trigonometri, Kalkulus dan Statistik (Sukatan pelajaran KBSM, 2000).

1.8.2

Sekolah

Sekolah ialah tempat ilmu pengetahuan, tempat untuk belajar (murid-murid) dan mengajar (cikgu), tempat menerima dan memberi pelajaran (Kamus Dewan, 1998). Dalam kajian ini, sekolah merujuk kepada sekolah menengah di zon Skudai, Johor Bahru.

1.8.3

Pelajar

Menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998), pelajar ialah penuntut, murid, penyelidik, mahasiswa, siswa, murid, mahasiswi, pelatih, perantis atau kadet. Menurut Kamus Dewan (1994 ) pula, pelajar bermaksud orang yang belajar atau

10

orang yang mengaji. Dalam kajian ini, pengkaji hanya menumpukan pelajar-pelajar tingkatan empat beraliran sains yang belajar di Skudai, Johor.

1.8.4

Pembelajaran

Pembelajaran adalah suatu sistem yang bertujuan untuk membantu proses belajar siswa, yang berisi serangkaian peristiwa yang dirancang, disusun sedemikian rupa untuk mempengaruhi dan mendukung terjadinya proses belajar siswa yang bersifat internal (Gagne dan Briggs 1979).

Eggen & Kauchak (1996) pula menjelaskan bahawa terdapat enam ciri pembelajaran yang efektif iaitu:

i. Siswa menjadi pengkaji yang aktif terhadap lingkungannya melalui mengobservasi, membandingkan, menemukan kesamaan-kesamaan dan perbedaan-perbedaan serta membentuk konsep dan generalisasi berdasarkan kesamaan-kesamaan yang ditemukan.

ii. Guru menyediakan material sebagai fokus berfikir dan berinteraksi dalam pelajaran.

iii. Aktiviti-aktiviti siswa sepenuhnya didasarkan pada pengkajian.

iv. Guru secara aktif terlibat dalam pemberian arahan dan tuntunan kepada siswa dalam menganalisis informasi.

v. Orientasi pembelajaran penguasaan isi pelajaran dan pengembangan keterampilan berfikir

vi. Guru menggunakan teknik mengajar yang bervariasi sesuai dengan tujuan dan gaya mengajar guru.

Suggest Documents