MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MACROMEDIA AUTHORWARE 7 (ASAS PENYEDIAAN KEMUDAHAN INTERAKTIVITI DI DALAM PERSEMBAHAN)

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MACROMEDIA AUTHORWARE 7 (ASAS PENYEDIAAN KEMUDAHAN INTERAKTIVITI DI DALAM PERSEMBAHAN) AZILAH BINTI AR...
Author: Emery Mathews
12 downloads 4 Views 885KB Size
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MACROMEDIA AUTHORWARE 7 (ASAS PENYEDIAAN KEMUDAHAN INTERAKTIVITI DI DALAM PERSEMBAHAN)

AZILAH BINTI ARSAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MACROMEDIA AUTHORWARE 7 (ASAS PENYEDIAAN KEMUDAHAN INTERAKTIVITI DI DALAM PERSEMBAHAN)

AZILAH BINTI ARSAD

Tesis ini telah dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

iii

Buat yang teristimewa, Ayah yang dikasihi : Arsad bin Kamil Emak yang disayangi : Kamisah binti Othman Abang, along, akak, adik yang diingati : Zulkifli, Afizah, Aziana, Arif, dan Rakan-rakan yang banyak membantu Terima kasih atas segalanya

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya projek yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah ditetapkan.

Jutaan penghargaan terima kasih diucapkan kepada Dr Noraffandy Yahaya, selaku penyelia projek sarjana muda ini yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan, dorongan dan sokongan di sepanjang tempoh projek ini dijalankan.

Akhir sekali, pembangun ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Penggunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan pada masa kini telah menjadi suatu keperluan dalam usaha membangun dan memperkembangkan bidang pendidikan.

Pembelajaran kendiri melalui modul telah lama digunakan dalam

pendidikan.

Modul elektronik merupakan sebuah perisian yang dibangunkan

menggunakan teknologi komputer dengan bantuan perisian-perisian lain yang mengandungi elemen-elemen multimedia seperti audio, video, teks, grafik, animasi dan interaktiviti. Sejajar dengan itu, pengkaji membangunkan sebuah modul pembelajaran kendiri bagi subjek Macromedia Authorware 7 bagi tajuk ‘Asas Penyediaan Kemudahan Interaktiviti di Dalam Persembahan’ berdasarkan pendekatan pembelajaran aktif. Modul ini menggunakan fail video yang menggunakan elemen ”screen capture” sebagai media penyampaian maklumat utama dan juga menggunakan elemen-elemen multimedia yang lain seperti teks dan grafik. Modul ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Adobe Captivate 3 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian yang lain seperti Macromedia Authorware 7, Adobe Photoshop CS2 dan Macromedia Dreamweaver 8. Modul ini berteraskan Model ADDIE (Rosset, 1987) sebagai model rekabentuk pengajaran dan panduan sepanjang proses pembangunan modul ini. Kumpulan sasaran projek ini adalah pelajar yang akan dan sedang belajar Macromedia Authorware 7 dan guru amnya. Modul ini dipakejkan dalam bentuk cakera padat (CD) bagi memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Penghasilan modul pembelajaran kendiri ini diharapkan dapat menggalakkan pengguna menjalankan pembelajaran kendiri di samping mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.

vi

ABSTRACT

Nowadays the use of multimedia technology in education field has become an essential in developing and expanding the education field. Individual learning based on module has been used in education.

Electronic module is a software that created by

using computer technology with the supported by the others software which contains multimedia elements such as audio, video, text, graphics, animation and interactivity. Thus, the researcher had developed a self-learning’s module of Macromedia Authorware 7 subject for topic ‘Asas Penyediaan Kemudahan Interaktiviti di Dalam Persembahan’ based on active learning approach. This module used video file which use screen capture element as the main media in presenting information and used the others multimedia elements such as texts and graphics. This interactive module was developed by using Adobe Captivate 3 as main software and supported by the others software such as Macromedia Authorware 7, Adobe Photoshop CS2 and Macromedia Dreamweaver 8. This module is based on Model ADDIE (Rosset, 1987) as a reference and guidance along the development process of this module. The target user for this project will be the students who are and will studying Macromedia Authorware 7 and teachers generally. This module is packaged in the form of compact disc (CD) to make it easy to be used by the user. This self-learning’s module production is hoped to encourage user to carry out learning by their own by increasing the education and learning quality parallel with the technological development nowadays.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGESAHAN FAKULTI JUDUL

1

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI RAJAH

xi

PENDAHULUAN

1

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

5

1.3

Pernyataan Masalah

7

1.4

Objektif Pembangunan MPK

8

1.5

Kepentingan Penghasilan MPK

8

1.5.1 Pelajar

8

1.5.2

9

Guru / Pensyarah

1.5.3 Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM )

9

viii 1.5.4

10

1.6 Skop Kajian

10

1.7

Definisi Istilah

10

1.7.1 Modul Pembelajaran Kendiri

10

1.7.2 Multimedia

11

1.7.3 Authorware

12

Penutup

12

1.8

2

Pihak Yang Berminat

SOROTAN KAJIAN

13

2.1 Pengenalan

13

2.2 Perkembangan MPK di Malaysia

13

2.3 Model Reka Bentuk Pembangunan MPK

17

2.3.1 Model ASSURE

17

2.3.2 Model Hannafin & Peck

19

2.3.3 Model Robert Glasea

20

2.3.4 Model Waterfall

21

2.3.5 Model ADDIE

22

2.3.5.1 Analisis (Analysis)

23

2.3.5.2 Rekabentuk(Design)

23

2.3.5.3 Pembangunan(Development)

24

2.3.5.4 Pelaksanaan (Implementation)

24

2.3.5.5 Penilaian (Evaluation)

24

2.4 Teori Pembelajaran dan Aplikasinya Dalam MPK

24

2.4.1 Teori Kognitivisme

25

2.4.2 Teori Konstruktivisme

26

2.4.3 Pendekatan Pembelajaran Aktif dan

27

Aplikasinya Dalam Penghasilan MPK 2.5 Kelebihan MPK

33

2.6 Penutup

34

ix 3

REKA BENTUK PEMBANGUNAN

35

3.1

35

Pengenalan

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran Dalam

35

Pembangunan MPK 3.2.1 Fasa Analisis (Analysis) 3.2.1.1 Analisis Terhadap Pengguna

37 37

(Pelajar) 3.2.1.2 Analisis Terhadap Persekitaran

38

Pembelajaran 3.2.2 Fasa Rekabentuk (Design)

38

3.2.2.1 Carta Alir

39

3.2.3

Fasa Pembangunan (Development)

42

3.2.4

Fasa Pelaksanaan (Implementation)

43

3.2.5

Fasa Penilaian (Evaluation)

43

3.3

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Aktif

44

3.4

Pemilihan Perisian

45

3.4.1 Adobe Captivate 3

46

3.4.2 Macromedia Authorware 7

46

3.4.3 Macromedia Dreamweaver 8

46

3.4.4 Adobe Photoshop CS

47

3.5 Penyebaran Modul Pembelajaran Kendiri yang

47

Dihasilkan 3.6

4

Penutup

HASIL REKA BENTUK MODUL PEMBELAJARAN

48

49

KENDIRI (MPK)

4.1 Pengenalan

49

4.2

49

Reka Bentuk Modul

x 51

4.2.2 Modul

52

4.2.2.1 Button

53

4.2.2.2 Time Limit

56

4.2.3 Contoh

57

4.2.4 Uji Minda

58

4.2.5 Pautan

59

4.2.6 Kredit

60

4.2.7 Peta Laman

61

Elemen Multimedia

62

4.3.1 Grafik

62

4.3.2 Teks dan Warna

62

4.3.3 Video

63

4.4

Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri Oleh Rakan

64

4.5

Penutup

65

4.3

5

4.2.1 Laman Utama

PERBINCANGAN, MASALAH DAN CADANGAN

66

5.1

66

Pengenalan

5.2 Perbincangan

66

5.3

68

Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri 5.3.1

Pengurusan Masa dan Kekurangan Panduan

68

5.3.2 Kekurangan Kemahiran dan Kepakaran

69

5.3.3

70

Masalah Memindahkan Strategi Pembelajaran Aktif ke Dalam Modul

5.4

Cadangan Kajian Lanjutan

70

5.5

Penutup

71

RUJUKAN

72

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

2.1

TAJUK

Aliran Kerja Berdasarkan Model Hannafin &

HALAMAN

20

Peck

2.2

Aliran Kerja Berdasarkan Model Robert Glasea

20

2.3

Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE

23

3.1

Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE

36

3.2

Carta Alir Pembangunan Modul

40

3.3

Carta Alir Projek

41

4.1

Paparan Laman Utama

51

4.2

Paparan Garis Navigasi

52

4.3

Paparan Laman Modul

52

4.4

Paparan Laman Modul Button

53

4.5

Hiperteks Kembali ke Laman Modul

54

xii 4.6

Paparan Arahan Kepada Pengguna

54

4.7

Paparan Modul Button

55

4.8

Paparan Panel Kawalan

55

4.9

Paparan Laman Modul Time Limit

56

4.10

Paparan Modul Time Limit

56

4.11

Paparan Laman Contoh

57

4.12

Paparan Laman Uji Minda

58

4.13

Paparan Laman Pautan

59

4.14

Paparan Laman Kredit

60

4.15

Paparan Peta Laman

61

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketrampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Ini secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang lebih berwawasan sebagai generasi baru yang akan mengisi tonggak kepimpinan negara di masa akan datang.

Selaras dengan usaha kerajaan ke arah mencapai Wawasan 2020, kerajaan telah merancang satu agenda untuk membangunkan satu sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Agenda tersebut dikenali sebagai Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (RMK-9) yang telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007.

Oleh itu, Kementerian

Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran.

Begitu juga dengan

2 kewujudan sekolah bestari, sekolah wawasan, serta sekolah kluster ke arah memartabatkan kualiti pendidikan di kalangan anak bangsa.

Pengajaran dan pembelajaran merupakan dua proses yang saling berkaitan sejak formalisasi pendidikan terutamanya apabila kita melihat pembelajaran sebagai hasil peristiwa pengajaran yang dikendali pengajar.

Menurut pandangan ahli kognitif,

pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal.

Aliran behavioris pula berpendapat,

pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku, iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi.

Dalam psikologi humanis, pembelajaran dianggap proses yang dapat

membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. Kimble (1961) pula menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan.

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Pembelajaran yang sebenar bukan hanya mengingat semata-mata apa yang diajar oleh guru. Ini kerana hampir semua yang dipelajari akan hilang mengikut peredaran masa. Untuk menyimpan apa yang telah dipelajari, pelajar perlu menyimpan apa yang mereka telah dengar dan lihat sebagai sesuatu yang bermakna. Dalam pelbagai cara, otak berfungsi sebagai komputer dan kita sebagai pengguna. Komputer perlu di pasang suis sebelum boleh digunakan begitu juga dengan otak kita. Apabila berlakunya pembelajaran pasif, otak tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Otak kita perlu mempunyai kaitan antara apa yang telah diajar dengan apa yang kita tahu dan fikir. Semasa pembelajaran pasif, otak kita tidak dapat berhubung dengan minda sepenuhnya. Ini kerana, minda tidak berfikir dan kita tidak dapat menyimpan maklumat.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di universiti, pelajar akan didedahkan dengan subjek multimedia tetapi bergantung kepada kursus yang diambil. Seperti di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kaedah yang biasa digunakan untuk

3 mengajar subjek tersebut adalah kaedah kuliah tetapi pelajar biasanya akan diberikan latihan amali di makmal komputer oleh tenaga pengajar yang berkebolehan. Walau bagaimanapun, kelas latihan amali tersebut mempunyai masa yang agak terhad untuk membolehkan mereka memahami keseluruhan isi kandungan yang ingin disampaikan. Ini akan melambatkan proses pembelajaran mereka tambahan pula, mereka perlu belajar sendiri tentang sesuatu yang baru tanpa panduan yang betul. Pensyarah hanya mengajar dalam bentuk kuliah dan akan memberi penerangan serba sedikit tentang perisian yang digunakan.

Selebihnya, pelajar perlu belajar sendiri dengan dibantu oleh tenaga

pengajar semasa latihan amali atau pun merujuk rakan. Pensyarah perlu menghabiskan silibus mereka supaya pelajar tidak akan ketinggalan sebelum berlakunya ujian atau pun peperiksaan akhir.

Jika diperhatikan di sini, pelajar hanya banyak menerima dari memberi sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ini akan melahirkan pelajar yang malas untuk berfikir dan hanya menunggu sahaja untuk diberi sesuatu pengetahuan. Tambahan pula, pensyarah mempunyai pelajar yang ramai dan tidak mampu untuk mengajar seorang demi seorang. Disinilah pentingnya modul pembelajaran kendiri. Melalui modul ini, pelajar dilatih untuk mencuba sesuatu yang baru untuk pemahaman mereka sebelum merujuk kepada pensyarah atau pun tenaga pengajar jika menghadapi masalah tentang sesuatu yang tidak difahami terutama semasa menyiapkan tugasan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.

MPK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan kepada pelajar.

Pelajar belajar sendiri dengan menggunakan akses di

bawah pengawasan dan bimbingan guru. Persekitaran pembelajaran yang sesuai perlu disediakan untuk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran pelajar. MPK menghasilkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Pembelajaran bermodul ini memberi kebebasan kepada pelajar memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut keperluan, minat, tahap serta gaya masing-masing. Melalui proses pembelajaran ini, pelajar dapat berkongsi kefahaman dan saling memberi tunjuk ajar antara satu sama lain. Proses ini secara tidak langsung dapat memotivasikan

4 mereka ke arah sikap kendiri. Pengetahuan ialah hasil penjelmaan maklumat peribadi (Larsen, 1986). Pengetahuan juga ialah pengalaman atau maklumat yang boleh dikongsi dan disampaikan (Allen, 1997).

Terdapat beberapa maksud MPK.

Menurut Goldschmid (1973), modul

pembelajaran kendiri (MPK) ditakrifkan sebagai : “Satu unit bebas yang serba lengkap dengan siri-siri perancangan melibatkan aktivitiaktiviti pembelajaran yang direkabentuk bagi membantu pelajar mencapai objektifobjektif tertentu dengan jelas.”

Meyer (1979) pula mentakrifkan MPK sebagai : “Program separa yang serba lengkap dan unit kerja sendiri yang direka untuk mencapai objektif-objektif tertentu dalam satu jangka masa yang pendek, biasanya beberapa hari atau kurang. Biasanya tetapi tidak selalu, berdasarkan satu model teknologi pendidikan. Sentiasa dipakej untuk digunakan sebagai satu sumber pembelajaran bebas. Mungkin ada atau mungkin tidak sebuah unit kursus yang dilanjutkan.”

Menurut Kamdi (1990), MPK ditakrifkan sebagai : ”Suatu pakej pengajaran pembelajaran atau pukal belajar sendiri yang lengkap mengandungi komponen-komponen pengajaran pembelajaran seperti objektif, bahan dan aktiviti pembelajaran, aktiviti penilaian serta arahan dan tatacaranya yang sistematik supaya murid-murid dapat mengikuti langkah demi langkah menguasai sesuatu unit pembelajaran dan menjadikan pembelajaran boleh dijalankan secara individu.”

Secara keseluruhannya, modul pembelajaran kendiri (MPK) ini boleh ditakrifkan sebagai satu pakej pengajaran pembelajaran yang serba lengkap dirancang dengan aktiviti pembelajaran direkabentuk bagi membantu pelajar mencapai objektif tertentu supaya pelajar dapat belajar dan mengikuti langkah demi langkah dalam menguasai

5 sesuatu unit pembelajaran dan proses pembelajaran dijalankan secara individu seperti satu sumber pembelajaran bebas untuk kefahaman yang lebih mendalam. Menurut Rogers (1994), pembelajaran kendiri adalah sama dengan perubahan dan pembesaran seseorang, secara semulajadi semua manusia mempunyai keinginan untuk belajar. Pelajar boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri (Shahrom Noordin, 1994). Menurut Russell (1974), MPK boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk media seperti bahan bercetak; bahan-bahan visual misalnya gambarajah, gambar-gambar, slaid dan filem, video; bahan-bahan audio misalnya rakaman-rakaman; bahan-bahan sebenar misalnya peralatan makmal; dan dalam bentuk pengajaran lisan (oral instruction) misalnya perbincangan.

1.2

Latar Belakang Masalah

Pembudayaan teknologi di sekolah dan institut pengajian tinggi walaupun bukan merupakan sesuatu perkara yang baru tetapi tetap merupakan satu perubahan yang akan menentukan sama ada teknologi akan digunakan dengan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di abad 21. Selaras dengan pembangunan modul ini yang dihasilkan dalam bentuk perisian cakera padat (CD), pengguna akan didedahkan dengan penggunaan komputer untuk membolehkan mereka menggunakan modul ini sebagai bahan rujukan untuk mempelajari Macromedia Authorware 7.

Perisian pendidikan yang dibangunkan dengan menggunakan pendekatan yang tertentu memberi manfaat kepada pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan dan bakat. Oleh sebab itu, adalah penting untuk guru mengguna dan mengkaji sesuatu perisian pendidikan sebelum diberi kepada pelajar.

Kesesuaian isi pelajaran,

pengetahuan sedia ada yang diperlukan serta kumpulan sasaran adalah penting supaya pelajar menggunakan perisian yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Menurut Gagne (1985), pelajar akan giat belajar jika dia berminat dan fikiran mereka dirangsang melalui pelbagai pancaindera.

6 Menurut Chee Liew Seong (1986), penggunaan komputer dalam pendidikan meliputi bidang pengurusan, pembelajaran dan pengajaran, dan pengajian dalam komputer.

Mengikut Heinich (dalam Winn, 1990), guru dan teknologi seharusnya

bergandingan, di mana teknologi sebagai penyampai maklumat yang rutin dan guru membuat perancangan dan menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran, inilah cara yang paling ideal. Mengikut definisi Association of Educational Technology and Communication (1977), teknologi pendidikan adalah merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu, yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah, merekabentuk, melaksana dan menilai serta menguruskan penyelesaiannya yang melibatkan semua aspek pembelajaran.

Cadangan untuk menggunakan program kaedah pengajaran dan pembelajaran individu berbentuk modul untuk mengatasi masalah kekurangan guru dan bahan rujukan adalah bagus untuk memperkenalkan cara baru untuk belajar ini (H.K.Chai, 1991). Modul pembelajaran kendiri (MPK) perisian Macromedia Authorware 7 yang akan dihasilkan

adalah

modul

yang

mengutamakan

pengajaran

dan

pembelajaran

menggunakan kaedah langkah demi langkah. Pelajar akan belajar mengikut arahan yang terdapat di dalam modul ini untuk mempelajari sesuatu tajuk. Dengan menggunakan modul ini, pelajar boleh belajar sendiri mengikut kebolehan dan kemampuan diri. Modul pengajaran kendiri perisian Macromedia Authorware 7 yang terdapat di pasaran adalah agak mahal.

Penulisan yang panjang serta isi kandungan yang tebal

menyukarkan pelajar untuk memfokuskan kepada beberapa tajuk yang ingin dipelajari. Urutan pelajaran dari susah ke senang seharusnya diaplikasikan dalam setiap modul pembelajaran kendiri. Ini kerana pelajar belajar dari senang ke susah, dari konkrit ke abstrak, dan dari am kepada yang khusus (Saniah Sayuti et al., 2000).

Sebagai contoh, di UTM, Skudai untuk matapelajaran Bahasa Gubahan (SPM2322) dan Pembangunan Multimedia Berasaskan CD-ROM (SPM4332), pelajar diajar menggunakan perisian Macromedia Authorware sebagai perisian untuk membuat tugasan yang akan diberikan oleh pensyarah. Pelajar dikehendaki mencari modul atau bahan pembelajaran sendiri tentang penggunaan perisian tersebut.

Pelajar akan

7 menghadapi masalah dalam pemilihan bahan yang terbaik untuk dijadikan rujukan. Matapelajaran Bahasa Gubahan merupakan asas kepada Pembangunan Multimedia Berasaskan CD-ROM kerana pelajar akan menghasilkan satu perisian pengajaran mengikut topik yang diberi dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7 sebagai perisian utama. Secara tidak langsung, modul ini dapat membantu pelajar dalam tajuk ‘Asas Penyediaan Kemudahan Interaktiviti di Dalam Persembahan’ untuk pembinaan soalan khususnya.

Penggunaan MPK akan memberikan para pelajar sedikit ruang kebebasan untuk meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan cara masing-masing dalam menyudahkan aktiviti pembelajaran yang terkandung dalam MPK berkenaan agar bahan pembelajaran tersebut boleh dikuasai dengan baik (Shaharom, 1990).

Dari

beberapa kajian yang telah dilakukan seperti (Shaharom, 1994; Kamdi, 1990; Hunt dan Lamkin, 1975; Gabriel dan Pillai, 1981; Brewer, 1977) mendapati bahawa pengajaran bermodul (PB) menggunakan MPK telah berjaya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, misalnya dari segi pencapaian akademik, penguasaan serta tanggapan terhadap sesuatu konsep, sikap pelajar terhadap matapelajaran, ketrampilan dalam pembelajaran serta beberapa aspek lain.

1.3

Pernyataan Masalah

Masalah kekurangan modul bagi perisian Macromedia Authorware 7 di pasaran memberi idea kepada pembangun untuk menghasilkan modul yang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Ini kerana bagi terbitan luar negara, penulis menggunakan Bahasa Inggeris di dalam penulisan modul mereka. Ini akan menyukarkan pelajar yang lemah penguasaan dalam Bahasa Inggeris mereka. Selain itu, harga di pasaran yang tinggi serta isi kandungan yang tebal menyukarkan pelajar untuk memahami dengan lebih tepat apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Tambahan pula tahap kefahaman pelajar adalah berlainan antara satu sama lain.

8 Disinilah timbulnya idea untuk menghasilkan modul ini. Modul yang dibina adalah menjurus kepada ‘Asas Penyediaan Kemudahan Interaktiviti di Dalam Persembahan’ sahaja untuk meningkatkan tahap kefahaman mereka bagi tajuk ini. Tujuan MPK perisian Macromedia Authorware 7 ini dihasilkan adalah untuk mengatasi masalah kekurangan guru dan bahan rujukan tambahan.

1.4

Objektif Pembangunan MPK

a) Merekabentuk Modul Pengajaran Kendiri (MPK) perisian Macromedia Authorware 7 menggunakan Model ADDIE dan pendekatan pembelajaran aktif. b) Membangunkan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) perisian Macromedia Authorware 7 untuk Fakulti Pendidikan, UTM bagi tajuk ‘Asas Penyediaan Kemudahan Interaktiviti di Dalam Persembahan’ yang menggunakan Bahasa Melayu.

1.5

Kepentingan Penghasilan MPK

Kepentingan MPK terbahagi kepada 4 golongan. Antaranya ialah pelajar, guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak yang berminat.

1.5.1 Pelajar

Modul Pembelajaran Kendiri ini dibina untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari perisian Macromedia Authorware kerana bahasa yang digunakan adalah

Suggest Documents