PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT BAB KETURUNAN DAN VARIASI

PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT BAB KETURUNAN DAN VARIASI MAISARAH HAJAR AISYAH BINTI ESA UNIVERSITI ...
Author: Theodora Boone
45 downloads 1 Views 425KB Size
PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT BAB KETURUNAN DAN VARIASI

MAISARAH HAJAR AISYAH BINTI ESA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL :PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT BAB KETURUNAN DAN VARIASI SESI PENGAJIAN : Saya

2003/2004

MAISARAH HAJAR AISYAH BINTI ESA (820627-01-5470) (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. 2. 3. 4.

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan ( 9 )

9

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 )

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS)

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: K-9 JALAN KOLAM AIR, FELDA TENANG, 85300 LABIS, SEGAMAT, JOHOR. Tarikh : 9 MAC 2004

PROF MADYA DR. SETH BIN SULAIMAN Nama Penyelia Tarikh : 9 MAC 2004

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan :

_____________________

Nama Penyelia:

PM DR. SETH BIN SULAIMAN

Tarikh

9 MAC 2004

:

PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT BAB KETURUNAN DAN VARIASI

MAISARAH HAJAR AISYAH BINTI ESA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2004

ii

PERAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

_____________________

Nama Penulis :

Maisarah Hajar Aisyah Binti Esa

Tarikh

9 MAC 2004

:

iii

DEDIKASI

Kepada ayahanda dan bonda Hj Esa bin Hj Ismail dan Hjh Asiah Hj Md Ali yang telah membesar dan mendidik diriku agar menjadi insan berguna….

Buat saudara-saudaraku, Abang, Mohd Kyalil Usyairi Esa dan Fauziana Mohd Zaker

Kak Ngah, Mizatul Fairuz Esa dan Noradnan Masoud serta Mizatul Aina Alya Syafiah Noradnan

Nurul Faezah Esa, Umi Umairah Esa, Noor Mahfuzah Esa dan Nur Atikah Esa

dan yang teristimewa Mohd Hafiz Hj Mohd Kamisan

Terima kasih di atas sokongan yang kalian berikan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah penulis menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Walaupun projek ini mencabar, tetapi sebagai mahasiswa yang berdedikasi haruslah menyiapkannya dengan tekun dan sabar.

Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya. Dr. Seth bin Sulaiman di atas segala bimbingan, kerjasama, bantuan, dorongan serta masa yang telah diluangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.

Penulis juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan yang banyak memberi semangat dan membantu dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang membantu secara langsung ataupun tidak langsung.

Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan segala jasa baik yang dicurahkan diucapkan terima kasih.

v

ABSTRAK

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) adalah satu bahan untuk membantu guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia dibina berdasarkan tajuk Keturunan dan Variasi. Ia digunakan oleh pelajar sama ada di dalam kelas atau di rumah. Pembinaan MPK adalah berdasarkan kepada Model Teras-Cabang Shaharom (1994). Kajian yang dijalankan adalah untuk menilai status kesesuaian MPK Keturunan dan Variasi bagi mata pelajaran Sains tingkatan empat. Persoalan kajian membabitkan kesesuaian objektif pembelajaran, isi kandungan, latihan dan aktiviti murid serta keseluruhan MPK. Alat kajian yang digunakan bagi mencari status kesesuaian MPK ialah skala pemeringkatan untuk Soal Selidik Kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri (ubah suai Shaharom 1994) dan analisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min dan peratus. Hasil daripada analisis yang dijalankan, MPK ini sesuai digunakan untuk para pelajar tingkatan empat bagi mata pelajaran Sains.

vi

ABSTRACT

Self Instructional Modules (SIMs) are materials used in teaching and learning process. SIMs are constructed based on sub topics of Heredity and Variation and can be used at students own convenience either in the classroom or at home. The development of SIMs was based on Shaharom’s Core-Branch Model (1994). This study includes the evaluation on the suitability of SIMs for Form Four Science Students. The research questions looked into the affections of learning objectives, contents, activities and exercises and the also whole of SIMs. The research instrument used was the rating scale for Soal Selidik Kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri (Shaharom 1994). Descriptive statistics were used to analyze the data using means and percentages. Result showed that SIMs are suitable as teaching and learning materials for form four students in Science subject.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL

i

PERAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI RAJAH

xi

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI SINGKATAN

xiii

SENARAI LAMPIRAN

xiv

viii BAB I

BAB II

PENDAHULUAN

1

1.0

Pengenalan

1

1.1

Latar Belakang Masalah

3

1.2

Pernyataan Masalah

5

1.3

Objektif Kajian

5

1.4

Persoalan Kajian

5

1.5

Rangka Kerja Konsep

6

1.6

Kepentingan Kajian

7

1.7

Skop Kajian

8

1.8

Istilah

8

1.8.1 Bahan Pengajaran

9

1.8.2 Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)

9

1.8.3

9

Kesesuaian

SOROTAN KAJIAN

10

2.0

Pengenalan

10

2.1

Model-model MPK

10

2.1.1

Model Burns

11

2.1.2

Model Klingstedt

12

2.1.3

Model de Vito-Krockover

13

2.1.4 Model Meyer

14

2.1.5

Model Teras-Cabang Shaharom

15

2.1.5.1 Rasional

16

2.1.5.2 Aktiviti Utama

16

2.1.5.3 Praujian

17

2.1.5.4 Objektif Pembelajaran

17

2.1.5.5 Isi Kandungan dan Aktiviti Pembelajaran Teras

17

2.1.5.6 Ujian Diagnostik

17

2.1.5.7 Bahagian Pemulihan

18

ix

BAB III

2.1.5.8 Bahagian Pengayaan

18

2.1.5.9 Maklum Balas

18

2.1.5.10Rujukan

19

2.2

Modul di Luar Negara

2.3

Kajian tentang pembinaan MPK dalam

19

bidang Sains

20

REKA BENTUK MODUL

23

3.0

Pengenalan

23

3.1

Reka Bentuk Kajian Kesesuaian Modul

24

3.2

Tajuk-Tajuk MPK

24

3.2.1

MPK 1 : Proses Pembahagian Sel dan Pewarisan Sifat

3.2.2

25

MPK 2 : Penentuan Seks Anak dan Kejadian Kembar pada Manusia

25

3.3

Penilai-penilai Kesesuaian Modul

25

3.4

Alat Kajian Kesesuaian Modul

26

3.5

Kaedah Analisis Data

27

3.6

Tatacara Proses Pembinaan Modul

29

3.6.1

Komponen Teras

32

3.6.1.1 Objektif Pembelajaran

32

3.6.1.2 Isi Pelajaran

33

3.6.1.3 Latihan dan Aktiviti Pelajar

33

3.6.1.4 Penilaian Kendiri dalam bentuk Ujian Diagnostik 3.6.2

3.7

33

Komponen Cabang

34

3.6.2.1 Bahagian Pengayaan

34

3.6.2.2 Bahagian Pemulihan

34

3.6.2.3 Bahagian Jawapan

34

Peraturan Menggunakan Modul

35

x

BAB IV

BAB V

3.8

Menyediakan Modul

35

3.9

Penutup

35

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

36

4.0

Pengenalan

36

4.1

Dapatan Kajian

37

4.1.1

Persoalan Kajian 1

37

4.1.2

Persoalan Kajian 2

38

4.1.3

Persoalan Kajian 3

40

4.1.4

Persoalan Kajian 4

42

4.1.5

Persoalan Kajian 5

45

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

47

5.0

Pengenalan

47

5.1

Perbincangan

48

5.2

Cadangan

49

5.3

Cadangan Penyelidikan Masa Depan

51

BIBLIOGRAFI

53

LAMPIRAN A

55

LAMPIRAN B

61

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Rangka kerja konsep penyelidikan

6

2.1

Model Teras-Cabang Shaharom (1994)

16

3.1

Proses Pembinaan Modul

29

3.2

Rangka kerja pembinaan MPK (ubahsuai Sazila, 2002)

31

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1

Skala Likert

27

3.2

Item-item yang diuji

27

3.3

Pengelasan Pemeringkatan Likert

28

3.4

Pemarkatan skala Likert yang dipermudahkan

28

3.5

Pengelasan skor min yang dipermudahkan

28

4.1

Penilaian kesesuaian bagi objektif pembelajaran yang terdapat dalam MPK

4.2

Penilaian kesesuaian modul bagi isi pelajaran MPK

4.3

37 39

Penilaian kesesuaian bagi aktiviti yang terdapat dalam MPK

41

4.4

Penilaian kesesuaian modul bagi keseluruhan MPK

43

4.5

Penilaian kesesuaian bagi aktiviti pengayaan dan pemulihan

45

xiii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN

BUTIRAN

MPK

Modul Pembelajaran Kendiri

P&P

pengajaran dan pembelajaran

SIMs

Self Instructional Modules

SPN

ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

SPSS

Statistical Package For Social Science For Windows

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A

B

TAJUK

MUKA SURAT

Soal Selidik Kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)

55

Surat Akuan Fakulti

61

BAB I

PENDAHULUAN

1.0

Pengenalan

Jika diperhatikan secara sepintas lalu, senario pengajaran di dalam kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai dan guru yang mengajar pula menggunakan kaedah tradisional dan tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran, akan menyebabkan implikasi pengajaran yang kurang berkesan. Justeru itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran penekanan yang lebih harus di berikan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar dan bukannya pengajaran yang berpusatkan guru. Impaknya kepada para pelajar ialah proses pembelajaran dan objektif pembelajaran berkemungkinan besar tidak tercapai.

Oleh yang demikian, pelbagai penyelidikan telah dibuat bagi mencari satu kaedah yang berkesan dalam pendekatan pengajaran. Bagi mengatasi masalah tersebut, guru perlu cekap dan kreatif dalam memilih strategi pengajaran yang sesuai supaya para pelajar akan menanamkan minat untuk terus belajar berikutan pelbagai karenah pelajar yang bakal di hadapi. Ini kerana, strategi dan langkah yang diambil oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bakal memberikan kesan kepada prestasi dan pencapaian pelajar.

Sudah menjadi lumrah kehidupan seorang guru untuk menerima pelbagai karenah dan perangai pelajarnya. Sememangnya guru tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai masalah dalam proses pengajarannya terutamanya apabila terpaksa melaksanakan kurikulum. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas bagi mencapai objektif pembelajaran. Pelajar pula mengeluh mengatakan bahawa pelajaran yang diterimanya terlalu padat menyebabkan proses pembelajaran menjadi tidak menarik dan membosankan. Pelajar akan mudah bosan dengan pengajaran yang berkonsepkan ‘kapur dan papan hitam’ kerana mereka lebih cenderung untuk belajar dengan kaedah yang lebih menarik dan menyeronokkan.

Idea baru perlu diperkenalkan dalam pendekatan kepada pengajaran yang berpusatkan pelajar. Justeru itu, guru hendaklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam membentuk strategi pengajarannya bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai.Ini menunjukkan guru memainkan peranan yang penting dalam persediaan bagi menyusun strategi pengajaran untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai dengan menggunakan kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan dinamik. Hujah ini diperkukuhkan lagi dengan pendapat Kong Yoon Tiam (1991) yang telah merumuskan 5 sebab mengapa guru harus bersedia dengan pelbagai strategi. 1. Lain pelajar lain cara belajarnya dalam keadaan berbeza 2. Ada pelajaran yang lebih sesuai diajarkan dalam strategi yang tertentu sahaja 3. Objektif yang pelbagai memerlukan pendekatan yang pelbagai corak 4. Hanya kebolehan guru yang dapat menentukan keberkesanan strategi 5. Faktor iklim seperti masa, keupayaan, kemudahan dan lain-lain memerlukan strategi tertentu

1.1

Latar Belakang Masalah

Kewujudan perbezaan individu di kalangan para pelajar seperti dari segi minat terhadap mata pelajaran, latar belakang, gaya belajar, nilai, motivasi dan lain-lain lagi sememangnya disedari oleh golongan pendidik. Dalam beberapa keadaan, mereka mampu untuk membantu meringankan kesulitan yang dihadapi oleh individu pelajar berkenaan akibat dari perbezaan tadi. Walaubagaimanapun dalam pengajaran dan pembelajaran sebenar, kita dapati bahawa para pelajar biasanya terikat kepada turutan pengajaran dan bahan-bahan pengajaran yang sama seperti yang dialami oleh rakanrakan mereka yang lain. Konsep pengajaran individu yang ideal dalam sesebuah bilik darjah akan dapat dipertingkatkan jika sesuatu mata pelajaran tertentu dipecahkan kepada beberapa tajuk-tajuk kecil supaya ia mudah dibaca atau digunakan dan kaedah yang sistematik dapat diwujudkan untuk menguruskannya (Burns, 1971). Oleh yang demikian, alternatif yang sesuai perlu dicari bagi memantapkan pelajar supaya pengajaran yang berorientasikan pelajar itu sendiri dapat diwujudkan. Salah satu kaedah yang dianggap mudah ialah dengan membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang berturutan dalam bentuk Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) atau dikenali juga sebagai modul sahaja (Shaharom dan Yap 1992).

Tidak dinafikan bahawa pada masa kini terdapat satu pendekatan popular dalam pendidikan berkenaan dengan penggunaan MPK dalam pengajaran dan pembelajaran memandangkan para pelajar memerlukan pengalaman melakukan sesuatu dengan berjaya dan melakukannya mengikut kebolehan sendiri. MPK adalah satu alternatif atau cara bagi memupuk dan memberi pendedahan awal kepada para pelajar untuk belajar sendiri tanpa bergantung kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga merupakan pembelajaran yang lebih menjurus kepada pembelajaran terarah kendiri (self-directed learning). Secara amnya semua MPK yang dibina mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu ia dipelajari secara bersendirian dan mengikut kadar masa tertentu mengikut kesesuaian sesuatu objektif pembelajaran. Pembinaan modul juga diselaraskan dengan Sukatan Mata pelajaran Sains Tingkatan Empat Kementerian Pendidikan Malaysia. Di samping mengekalkan pendekatan sistem yang

diamalkan sekarang, langkah ini juga boleh membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku lebih bersifat humanistik. Ini adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani (Falsafah Pendidikan Negara, 1990).

Selain itu, pembinaan MPK ini juga dilihat dari segi aspek minat pelajar terhadap cara pembelajaran kendiri. Biasanya pelajar lebih gemar untuk belajar sendiri dan merujuk kepada guru apabila perlu. Pelajar mempunyai cara atau kaedah pembelajaran yang berbeza. Oleh yang demikian, guru perlu peka tentang keadaan ini dan cuba mengambil strategi yang berkesan bagi memperbaiki mutu dan kualiti pencapaian pelajar. Pelbagai perkara perlu dipertimbangkan bagi menarik minat pelajar dalam pembinaan modul ini. Antaranya adalah matlamat atau objektif pembelajaran yang jelas, mutu persembahan, isi kandungan pelajaran, aktiviti yang sesuai dan motivasi untuk belajar yang boleh diselitkan.

Justeru MPK juga merupakan satu inisiatif dalam melatih pelajar menyesuaikan diri dengan pembelajaran di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi yang lebih cenderung kepada pembelajaran kendiri. Hujah ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Burns (1972) iaitu satu cara yang dapat membantu pendidik menangani masalah perbezaan individu di kalangan pelajar adalah dengan mengindividukan pengajaran menerusi pengubahsuaian terhadap bahan dan aktiviti pembelajaran tanpa mengubah pendekatan sistem yang diamalkan. Di samping itu, bahan MPK juga boleh digunakan bagi tujuan pengayaan dan pemulihan. Bahan MPK ini jika dibentuk dengan teliti menggunakan kaedah yang betul, ia boleh membantu para pelajar menguasai aspek-aspek tertentu dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Pembelajaran bermodul menggunakan MPK bertujuan untuk membolehkan pelajar meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan kadar kendiri (Shaharom dan Yap, 1991).

1.2

Pernyataan Masalah

Memandangkan terdapatnya para pelajar yang menghadapi masalah untuk mengikuti pengajaran guru di dalam kelas khususnya dalam mata pelajaran Sains, maka satu strategi yang boleh dilaksanakan untuk mengatasinya ialah dengan menghasilkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) untuk kegunaan pelajar tersebut.

1.3

Objektif Kajian

Di akhir kajian ini diharapkan penyelidik dapat : (i)

Membina dua Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) yang bertajuk Keturunan dan Variasi iaitu MPK 1 : Proses Pembahagian Sel dan Perwarisan Sifat dan MPK 2 : Penentuan Seks Anak dan Kejadian Kembar pada Manusia berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan Empat

(ii)

Menilai kesesuaian MPK Keturunan dan Variasi oleh pelajar tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains (SPN)

1.4

Persoalan Kajian

Persoalan kajian dalam proses pembinaan modul ini adalah seperti berikut : (i)

Adakah semua objektif modul adalah jelas dan mampu dicapai oleh para pelajar?

(ii)

Adakah isi kandungan MPK yang dibina bersesuaian dan merangkumi sukatan mata pelajaran Sains Tingkatan Empat ?

(iii)

Adakah aktiviti yang terdapat di dalam MPK bersesuaian dengan tajuk dan menimbulkan minat para pelajar?

(iv)

Adakah penilaian kesesuaian modul oleh pelajar 4 (SPN) ke atas MPK Keturunan dan Variasi yang dibina menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sains Tingkatan Empat ?

(v)

Adakah bahagian pengayaan dan pemulihan membantu para pelajar memahami konsep dan isi kandungan pelajaran ?

Suggest Documents