FENOMENA PENEMPATAN KOMUNITI MELAYU BANDAR DI TANAH WAKAF: KAJIAN DI GEORGETOWN, PULAU PINANG

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 15, 2005 FENOMENA PENEMPATAN KOMUNITI MELAYU BANDAR DI TANAH WAKAF: KAJIAN DI GEORGETOWN, PULAU PINANG Yahaya Ibrahim ...
Author: Leona Lawson
28 downloads 2 Views 242KB Size
Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 15, 2005

FENOMENA PENEMPATAN KOMUNITI MELAYU BANDAR DI TANAH WAKAF: KAJIAN DI GEORGETOWN, PULAU PINANG Yahaya Ibrahim

Pengenalan Komuniti Melayu kelas bawahan di bandar-bandar utama di Malaysia yang tidak memiliki kediaman tetap sering menjadi mangsa perpindahan demi perpindahan lantaran anjakan pembangunan dari semasa ke semasa. Rata-rata kawasan kediaman bandar yang sebelumnya bermula sebagai sebuah kampung kini telah terhapus dan diganti atau berubah statusnya menjadi kawasan penempatan setinggan yang begitu jelik dan janggal kedudukannya dalam sebuah bandar yang sedang berkembang maju. Sesungguhnya penghapusan status kampung dalam bandar sewajarnya ditangani dengan bijaksana agar permasalahan penempatan setinggan tidak akan menjadi suatu wabak yang menyakitkan anggota bandar yang lain. Kawasan penempatan sedemikian bukan sahaja menunjukkan permasalahan sosioekonomi, tetapi kini telah menjadi suatu fenomena sosiobudaya di kalangan komuniti Melayu bandar. Tidak dinafikan etnik lain juga menduduki kawasan setinggan ini, tetapi jumlahnya terlalu kecil

jurnal Pengajian Melayu, ji!id 15, 2005

berbanding etnik Melayu. Masalah ini semakin parah akhir-akhir ini apabila pendatang Indonesia mula mendirikan "mini Jakarta" di sekitar kawasan pembangunan elit di pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Kepesatan pembangunan di pusat bandar sekitar akhir 70an dan awal 80an untuk pelbagai tujuan, terutamanya untuk tujuan komersial telah menuntut kepada persaingan dalam memperoleh tapak yang strategik. Selagi ada tapak yang boleh dimajukan, maka akan terdapatlah pelbagai rancangan untuk memajukannya sama ada oleh pemilik, usaha sama dengan pemaju yang lebih berkemampuan, dipajak untuk suatu tempoh yang lama ataupun dijual terns kepada syarikat-syarikat gergasi korporat yang berminat. Inilah di antara beberapa kaedah yang menyebabkan terhakisnya hak pemilikan harta individu terutamanya orang Melayu di bandar-bandar. Tidak dinafikan juga ianya bertitik-tolak daripada permasalahan sosioekonomi di kalangan orang Melayu bandar itu sendiri dan juga daya tarikan pasaran yang boleh menyegerakan impian mereka untuk menjadi kaya pada masa itu juga. Dengan terhakisnya pemilikan tanah-tanah orang Melayu di bandarbandar, maka terjelmalah pula fenomena menumpang di kalangan generasi berikutnya. Fenomena ini tidak akan berlaku sekiranya generasi terdahulu menyedari akan peri pentingnya tanah sebagai sumber p~warisan harta utama yang boleh merubah sebahagian daripada takdir · ro.sioekonomi generasi berikutnya. Manakala bagi yang kuat beragama m~yerahkan sebahagian harta tanah ini untuk diwakafkan. Ada yang mewakafkannya secara khusus dan ada yang tidak menyebutkannya secara khusus. Keadaan ini juga telah menyebabkan berlakunya perselisihan pendapat dari segi tuntutan hak milik terhadap harta yang telah diwakafkan tersebut. Perselisihan pendapat tersebut berlaku disebabkan beberapa faktor seperti tuntutan pasaran yang bernilai tinggi terhadap lokasi yang strategik, tuntutan ruang tempat tinggal yang amat menyulitkan di bandar-bandar dan juga kelemahan sistem pengurusan harta tersebut oleh pihak yang dipertanggungjawabkan yang dilihat kurang serius bertindak mencari jalan penyelesaiannya.

Konsep Tarrah Wakaf Wakaf pada asasnya merupakan satu daripada institusi Islam yang telah

2

Fenomena Penempatan Komuniti Melayu Bandar Di Tanah W'akaf

dimulakan sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi selain institusi seperti zakat, Baitulmal, dan lain-lain. Ia memainkan peranan yang amat penring bukan sahaja sebagai ibadah, bahkan juga sebagai satu institusi ekonomi yang amat berkesan. Malahan sehingga kini, kebanyakan daripada negara-negara Islam masih memandang wakaf sebagai institusi yang penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. Perkataan wakaf berasal daripada kata kerja waqafa (jiil madhz), yaqifu (jiil mudari), waqfon (isim masdar) yang bererti berhenti atau berdiri (H.Adijani, 1992: 23). Mengikut istilah syarak, wakaf bermaksud menahan harta yang mungkin diambil manfaarnya tanpa menghabiskan atau merosakkan bendanya (ainnya) dan digunakan untuk kebaikan (Mohamad Ibn Ismail, t.t: 114). Jadi jelas bahawa wakaf menurut Islam secara teparnya adalah pemisahan sesuatu harta benda seseorang yang disahkan dan benda itu ditarik dari benda milik perseorangan dialihkan kepenggunaannya pada jalan kebaikan yang diredhai Allah s. w. t sehingga benda-benda tersebut tidak boleh dihutang, dikurangi, atau dilenyapkan (Imam Suhadi, 1985: 3). Sesuatu benda yang dijadikan wakaf itu pula dalam fikah .Islam merupakan suatu objek yang umum bentuknya dan boleh meliputi berbagai benda. Walaupun berbagai hadis atau riwayat yang menc~ritakan masalah ini adalah mengenai tanah, tetapi ramai. ulama memahami bahawa wakaf yang tidak berbentuk tanah (bukan tanah-J. juga · boleh dijadikan wakaf asalkan objek tersebut tidak mudah musnah atau boleh mengekalkan bentuknya secara abadi ketika diambil manfaarnya (H. Adijani, 1992:24). Sesuatu benda yang diwakafkan itu sesungguhnya bertujuan untuk mengubah kepenggunaannya ke sesuatu yang lebih baik khususnya untuk kepentingan umum. Penggunaannya yang barn itu semestinya tidak bercanggah daripada landasan Islam serta diredhai oleh Allah s.w.t. Dengan adanya atau dengan sahnya sesuatu perwakafan itu, bermaksud pemilik asal sesuatu benda itu bukan lagi menjadi miliknya, sebalik ianya menjadi milik Allah s.w. t. Dengan itu, benda terse but harus dipergunakan sebaik-baiknya ke jalan Allah dan diredhaiNya. Jelasnya, menurut definisi di atas harus ada suatu harta benda seseorang yang disahkan atau benda itu harus bersifat kekal dan manfaat.

3

}urnal Pengajian Melayu, jilid I 5, 2005

Kemudian harta benda itu ditarik dari benda-benda perdagangan atau peredaran iaitu yang tidak menjadi pokok persetujuan seperti dijual, dipinjamkan, digadaikan, atau dimiliki oleh orang perseorangan (Imam Suhadi, 1985:3). Secara umumnya harta wakaf merupakan harta keagamaan yang bersifat abadi untuk mashalihul-mursalah, mengikut ketetapan syaratsyarat dan menjadi amal jariah bagi orang yang mewakafkannya. (Kamaruddin, 1992:1). la adalah kerangka keadilan sosioekonomi, altruism atau humanisme yang kreatif, menyumbang kepada kebajikan sebenar bagi kepentingan umat manusia dan menolak kepentingan peribadi. Ini bererti, harta dalam Islam perlu bercirikan ekonomi yang mencegah pemusatan ataupun penimbunan harta secara tidak efektif, tetapi mengalirkannya dalam lapangan yang produktif. Hana itu secara mutlaknya mempengaruhi seluruh aspek kehidupan manusia. la juga tidak statik, tetapi berkembang untuk kesejahteraan ummah. Tanah merupakan harta wakaf yang terpenting kerana harta tanah mempunyai ciri-ciri istimewa sebagai satu sumber pelaburan yang baik, sama ada melalui sewaan, pajakan, ataupun dibangunkan semula berasaskan permintaan dan arus pembangunan semasa. Setiap negeri di Semenanjung Malaysia sebenarnya mempunyai tanah wakaf yang boleh dirancang dan dibangunkan semula sebagai sumber pendapatan dan pembangunan ekonomi umat Islam secara berkesan. Tarrah wakaf tidak seharusnya dilihat dalam bentuk tapak untuk kegiatan ibadah seperti membina surau, masjid, atau kubur semata-mata, malah ia boleh diusahakan bagi kegiatan ekonomi yang lain asalkan berlandaskan hukum syarak. Dengan ini fungsi tanah wakaf itu boleh diperkembangkan lagi kepada kegiatan-kegiatan lain yang lebih ekonomi mengikut tuntutan pembangunan terkini. Beberapa negara di Asia Barat telah memperkenalkan beberapa langkah dengan menubuhkan institusi wakaf secara formal. Institusi ini telah berperanan sebagai institusi pembangunan ummah yang menyalurkan manfaatnya melalui pembiayaan kebajikan dan pembangunan negara seluruhnya. Sesungguhnya, al-Quran sendiri telah menegaskan dan menyeru manusia memanfaatkan sumber semula jadi ciptaan Allah s.w.t digunakan untuk kepentingan-kepentingan umum dan bukannya untuk kepentingan peribadi.

4

Fenomena Penempatan Komuniti Melayu Bandar Di Tanah Waka[

Menurut undang-undang Islam, wakaf terbahagi kepada dua bahagian iaitu: a. Wakaf Khusus (wakaf zurri atau wakaf ahli) b. Wakaf Um um (wakaf khairi) Wakaf khusus a tau wakaf zurri adalah wakaf yang ditujukan kepada orang-orang atau kumpulan tertentu sama ada orang ditujukan itu terdiri daripada pewaris wakif, keluarga wakif, atau orang lain (Imam Suhadi, 1985:26). Sekiranya harta itu diwakafkan dalam penggunaan yang khusus, ini bermakna harta wakaf tersebut dan hasil daripadanya tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain daripada apa yang telah ditentukan oleh orang yang mewakafkannya (wakif). Sebagai contohnya, seseorang itu mewakafkan sebuah rumah untuk ditumpangi atau diduduki oleh sanak- saudaranya, maka wakaf itu dikira sebagai sah dan yang berhak ke atas wakaf itu adalah mereka yang ditunjukkan dalam pernyataan wakaf tersebut. Sekiranya sanak-saudara wakif sudah tiada lagi, maka hendaklah dipindahkan harta wakaf itu kepada keluarga wakif atau keturunannya yang lain. Wakaf um um atau dikenali sebagai wakaf khairi iaitu wakaf yang sejak mula atau telah lama ditujukan oleh wakif kepada umum untuk kegunaan dan kebajikan umat Islam. Wakaf jenis ini tidak ditujukan atau ditetapkan kepentingan dan kepenggunaannya kepada orang-orang atau kumpulan tertentu. Wakaf umum merupakan amalan wakaf yang sempurna dan baik serta digalakkan oleh Islam. Mereka yang menyatakan wakaf ini dijelaskan bahawa pahalanya akan terus mengalir walaupun si wakif meninggal dunia dan selagi harta itu diterima sah sebagai wakaf, selagi itulah wakif akan mendapat manfaat daripadanya. Wakaf um um ini juga mampu atau benar-benar dapat memberi kebajikan dan kepentingan kepada masyarakat secara luas dan juga merupakan suatu yang dapat mewujudkan kesejahteraan ummah dan pembangunan masyarakat umumnya. Oleh itu, perancangan, pembangunan dan pengurusannya boleh diserahkan dan diamanahkan kepada pemerintah, dan hasil pendapatan dari harta wakaf itu termasuk dalam kumpulan harta Baitulmal. Manakala menurut sesetengah ulama, terdapat satu lagi wakaf iaitu Waka/ mustarak. Wakaf ini merupakan wakaf campuran antara wakaf

5

jurnal Pengajian Melayu, Jilid 15, 2005

zurri dan wakaf khairi iaitu membahagikan harta wakaf kepada satu bahagian untuk wakaf khusus (zurrz) dan sebahagian lagi untuk wakaf umum (khairi). Misalnya, wakaf tanah pertanian yang sebahagian daripada hasilnya ditujukan kepada saudaranya atau anak cucunya sementara sebahagian lagi untuk tujuan umum. Setengah-setengah daripada wakaf mustarak ini telah menimbulkan masalah perpecahan harta yang melahirkan kerosakan dan juga masalah-masalah lain yang berkaitan. Berhubung dengan ha! ini, setiap bahagian wakaf tersebut akan mengambil kedudukan serta hukum khusus sama ada sebagai wakaf zurri atau khairi.

Isu Pembangunan Tanah Wakaf Bandar Setiap negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai harta wakaf, dalam berbagai bentuk iaitu tanah, bangunan perniagaan, perumahan, dan sebagainya selain dalam bentuk tempat ibadat dan tanah perkuburan. Dianggarkan terdapat kira-kira 40,000 hektar tanah wakaf di seluruh negara (Berita Harian, 25 Ogos 1993). Malangnya institusi wakaf ini seperti juga institusi keagamaan yang lain (seperti zakat dan Baitulmal), masih belum berjaya sepenuhnya untuk berfungsi secara efisien seterusnya berhasil membawa umat Islam ke ambang kemajuan seperti yang sepatutnya. Satu daripada sebabnya yang paling nyata dan sering diperkatakan ialah umat Islam itu sendiri masih lagi dijajah pemikirannya sehingga tidak berupaya bersaing dan menangani permasalahan yang wujud daripada proses pembangunan itu sendiri dan sering menganggap kebanyakan perkara yang berasaskan Islam kurang sesuai dalam konteks pembangunan moden hari ini. Ekoran daripada alasan inilah, maka umat Islam tidak langsung mengambil berat apatah lagi untuk mempergunakan institusi-institusi Islam yang ada bagi faedah mereka dan kesejahteraan umat Islam seluruhnya. Apa yang berlaku sekarang institusi tersebut tidak memainkan peranan secara lebih efektif Contohnya konsep wakaf iru sendiri. Disebabkan umat Islam ridak begitu memahami tentang konsep tersebut, maka mereka beranggapan bahawa harta wakaf itu hanyalah tanah-tanah kubur atau tapak-tapak masjid dan surau. Sedangkan konsep wakaf itu lebih luas, mencakupi unsur-unsur pembangunan moden hari tnl.

6

Fenomena Penempatan Komuniti Melayu Bandar Di Tanah Waka/

Selain itu, didapati kebanyakan tanah wakaf terus terbiar tanpa adanya pihak pengurusan yang berkesan untuk berusaha memajukan tanah tersebut walaupun ia amat berpotensi untuk dimajukan secara komersial. Di Johor misalnya memiliki 1,500 hektar tanah wakaf terbiar, kerajaan negeri masih lagi menunggu garis panduan yang lengkap daripada Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk membangunkan tanah wakaf di negeri tersebut dengan lebih sempurna melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor (PKEINJ). Semasa Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menjadi menteri besar Johor, beliau sendiri menyatakan bahawa ketiadaan garis panduan tersebut menyebabkan tanah wakaf yang berpotensi di negeri itu tidak dapat dibangunkan secara berkesan (Berita Harian, 10 Ogos 1992). Oleh itu satu garis panduan yang berlandaskan fatwa yang seragam dan bersesuaian perlu diwujudkan. Sementara itu, bagi sesetengah harta tanah wakaf, penggunaannya tidak menepati kehendak Islam serta tidak mengikut keadaan pembangunan semasa. Contohnya, berlaku di sesetengah tempat seperti di Pulau Pinang dan Johor, penyewanya terdiri dari orang bukan Islam dan yang lebih menyedihkan lagi ada kes harta tanah wakaf yang terlepas ke tangan orang bukan Islam berikutan kegagalan waris mendaftarkannya (Berita Harian, 12 Ogos 1993). Selain itu, kadar sewa yang dikenakan juga amat rendah berbanding dengan kadar semasa. Misalnya di Melaka, terdapat kadar sewa yang dikenakan ke atas tanah wakaf di Bandar Melaka ialah antara RMl.00 dan RM14.00 sebulan. Sewa bagi tapak dan bangunan kedai pula ialah antara RM17.75 dan RM430.00. Di negeri Perak pula, kebanyakan tanah yang dimiliki oleh pihak masjid telah disewakan untuk tempoh 66 atau 99 tahun. Hampir semua tanah yang disewakan pada akhir kurun ke 18 dan awal kurun ke 19 dikenakan sewa cuma sebanyak RMI .00 sebulan untuk tempoh 99 tahun. Bagi tanah yang disewakan dari tahun 1964 untuk tempoh 66 tahun pula kadar sewanya cuma RMl0.00 sebulan. Sebahagian besar dari orang-orang yang menyewa tanah-tanah wakaf ini pula terdiri dari orangorang bukan Islam yang menikmati penggunaan harta tersebut dengan kadar sewa yang amat rendah. Kadar sewa yang sedemikian terpaksa diteruskan semata-mata kerana terikat dengan Akta Kawalan Sewa 1966 yang lebih mirip melindungi penyewa dan bukannya tuan tanah (Syed Othman, 1989:24). 7

Jurnal Pengajian Me!ayu, jilid 15, 2005

Sebenarnya, pembangunan harta tanah wakaf boleh dirancang selari dengan dasar pembangunan negara, khususnya dalam mengurangkan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi melalui perkongsian faedah secara lebih adil dan saksama menerusi satu sistem pentadbiran, pengurusan, dan perancangan sumber yang cekap, dinamik, dan berkeupayaan. Di Pulau Pinang terdapat sejumlah kira-kira 74 lot tanah wakaf dengan keluasan keseluruhannya 97.97 hektar. Jumlah ini merupakan yang tertinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia. Kebanyakan tanah wakaf ini terletak di sekitar Pusat Bandar Georgetown, di mana sekitar bandar ini sahaja dianggarkan tanah-tanah wakaf tersebut bernilai kira-kira 60 ju ta. Hana tanah wakaf yang terdapat di Pusat Bandar Georgetown ini merupakan tanah yang mempunyai potensi baik untuk dibangunkan dan dijangka akan memberikan pulangan yang besar. Namun begitu, sehingga ke hari ini tanah-tanah tersebut masih tidak dibangun dan diuruskan dengan sempurna. Seperti mana yang berlaku di negeri-negeri lain, tanah wakaf di Pulau Pinang juga mempunyai kadar sewa yang amat rendah. Daripada rekod Majlis Ugama Islam Pulau Pinang (MUIPP), kadar sewaan terendah ialah RMl.00 bagi satu tapak rumah, manakala kadar sewaan tertinggi RM352.90 sebulan iaitu bagi tapak bangunan kedai. Daripada perjanjian penyewaan yang telah dibuat, didapati tiada peruntukan untuk menyemak semula kadar sewa yang telah ditetapkan meskipun keadaan telah jauh berubah dengan peningkatan nilai hartanah itu sendiri. Ini bermakna, untuk selama berpuluh tahun, malah beratus tahun, kadar sewa harta wakaf tersebut tidak berubah. Sa tu lagi keadaan yang wuj ud ialah kegiatan perniagaan yang dilakukan di atas tanah wakaf tersebut adalah terdiri daripada orang bukan Islam (62 peratus daripadanya) dan terdapat beberapa kes tanah wakaf di negeri ini yang telah berpindah tangan kepada orang bukan Islam. Kes ini perlu dipandang serius oleh umat Islam dan pihak berkenaan seharusnya menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya berasaskan undang-undang. Dengan berlakunya ha! yang sedemikian, matlamat sebenar wakaf untuk memberi faedah dan kebajikan kepada pewakaf dan umat Islam telah tercemar.

8

Fenomena Penempatan Komuniti Me!ayu Bandar Di Tanah Wakaf

Ditinjau dari perspektif perancangan pula, didapati aktiviti guna tanah wakaf itu sendiri tidak menepati kehendak perancangan bandar raya Georgetown. Guna tanahnya bercanggah dengan pembangunan kawasan sekitar serta tidak menepati zon perancangan. Ini adalah kerana kebanyakan guna tanah wakaf ini terdiri daripada kawasan penempatan lama yang berpenduduk padat dan melampaui piawaian perancangan yang telah ditetapkan. Selain itu masih terdapat tanah-tanah wakaf di Pulau Pinang yang ditadbir oleh pemegang amanah masing-masing. Keadaan ini benentangan dengan peruntukan Seksyen 9, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, 1959 yang memberi kuasa sepenuhnya kepada MUIPP bagi mentadbir kesemua harta tanah wakaf di negeri tersebut. Ini menunjukkan bahawa sistem pengurusan harta tanah wakaf di Pulau Pinang pada dasarnya masih lagi menyeluruh. Begitu juga dari segi pembangunannya, memerlukan suatu garis panduan yang lengkap agar ia menepati hukum syarak, mematuhi piawaian perancangan bandar, dan memberi manfaat demi kesejahteraan umat Islam seluruhnya.

Tanah Wakaf Sebagai Tapak Kediaman Melayu Bandar Di Pulau Pinang terdapat tiga lokasi tanah wakaf yang menjadi tumpuan sebagai tapak kediaman di kalangan komuniti Melayu bandaraya tersebut iairu Tanah Wakaf Coopee Amah, Tanah Wakaf Shaikh Eusoff, dan Tanah Wakaf Masjid Haji Kassim.

Tanah Waka/ Coopee Amah Tanah Wakaf Coopee Amah terl~tak di lot 147 P.B. 4, berhadapan Jalan Burmah iaitu kira-kira 4 km ke utara pusat bandaraya Georgetown. Keluasan tanah wakaf ini ialah 3 ekar (142,386 kaki persegi) dan kini di atasnya terdapat 22 buah rumah kediaman jenis sesebuah (banglo dan rumah tradisional) serta kawasan makam (perkuburan) seluas 30' x 40'. Rumah-rumah yang berkeadaan baik, kemas, berpagar, dan tersusun dari segi sempadan lot ini dimiliki 100 peratus oleh komuniti elit Melayu berketurunan 'Syed'. Tanah wakaf ini juga di kenali sebagai "Kampong Syed" di mana komuniti di sini dikeruai oleh Dato' Syed Abbas Al Habsyi 1 iaitu waris kelima daripada pewakaf.

9

jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 15, 2005

Proses pewakafan tan ah ini berm ula pada tahun 19 36 apabila seorang perempuan berketurunan India Muslim bernama Ku Pah Mah (kini dicatat sebagai Coopee Amah) iaitu isteri kepada Syed Mohamad Putih Al Habsyi telah mewasiatkan untuk mewakafkan tanah tersebut bagi kegunaan "kediaman anak cucu dan umat Islam". Pada tahun 1936, untuk tujuan pentadbiran dan penyelarasan, tanah wakaf ini telah di serah tadbir kepada Hindu and Muslim Endownment Board. Selepas merdeka tanah wakaf ini telah diserah tadbirkan kepada pihak MUIPP. Guna tanah sekitar tanah wakaf ini ialah jenis pembangunan bernilai tinggi di mana di bahagian utaranya ialah bangunan perniagaan dan pejabat 3 tingkat, bahagian selatannya restoran seafood dan penjual kereta terpakai, di bahagian timur pula kediaman kondominium mewah, dan di bahagian barat iaitu di seberang Jalan Burmah terdapat bangunan perniagaan, bank, dan stesen minyak Shell.· Keadaan pembangunan sekitar yang pesat, menjadikan tanah wakaf ini seolah-olah sebuah perkampungan yang dikepung oleh pembangunan moden. Nilai tanah yang dianggarkan untuk tapak ini ialah sekitar RM 1OORM120 sekaki persegi. Oleh itu nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM14 juta hingga RM16 juta iaitu nilai tanah wakaf yang tertinggi di Pulau Pinang. Nilai yang tinggi ini adalah kerana lokasinya amat baik iaitu di tepi jalan utama ke pusat bandar raya, berhampiran dengan aktiviti perniagaan dan kawasan perumahan elit yang dikenali sebagai "Gurney Drive". Hasil kutipan sewa oleh pihak MUIPP cuma RM142 sebulan di mana purata sebuah rumah cuma membayar RM6.45 sahaja. Dari segi taraf sosioekonomi penduduk, didapati 63.6 peratus berpendapatan isi rumah melebihi RM2,000 sebulan dan 9.1 peratus melebihi RM4,000 sebulan. Dari segi bidang pekerjaan pula didapati 27.3 peratus terdiri daripada pekerja di bidang profesional, 45.4 peratus di sektor perkhidmatan, 18.2 peratus berniaga, dan 9.1 peratus lagi pesara. Majoriti iaitu 90.9 peratus daripada ketua isi rumah telah mendiami di sini lebih daripada 25 tahun dan didapati 18.2 peratus rumah-rumah di sini adalah rumah kekal, 72. 7 peratus rumah separuh kekal dan 9 .1 peratus lagi rumah sementara (rumah pa pan). Dari segi kepadatan rumah-rumah di tanah wakaf ini agak rendah, iaitu lebih kurang 7 unit 10

Fenomena Penempatan Komuniti Melayu Bandar Di Tanah Waka[

rumah per ekar dan 70 peratus daripadanya didiami oleh lebih daripada satu keluarga. Keadaan ini tidak sesak memandangkan saiz rumah-rumah agak besar serta kesemuanya mempunyai lebih daripada 3 bilik tidur di mana 45 peratus mempunyai 5-7 bilik tidur. Dari segi pemilikan rumah lain, didapati 23.3 peratus komuniti di sini memiliki rumah di tempat lain dan lebih daripada 50 peratus pula tidak pernah memohon untuk membeli rumah lain. Hasil kajian mendapati 81. 8 peratus tidak bercadang untuk berpindah keluar dan 90.9 peratus menyatakan mereka tidak akan berpindah sekiranya pihak MUIPP tidak membayar harga pampasan rumah dan tanah kepada mereka. Manakala dari segi jumlah pampasan yang dicadangkan sekiranya mereka terpaksa juga berpindah ialah 63.6 peratus mencadangkan RM120,000 keatas, 27.3 peratus RMS0,000 hingga RM 110,000 dan cuma 9 .1 peratus sahaja yang mencadangkan RM40,000. hingga RM70,000. Disebabkan nilai tanah ini begitu tinggi dan pernyataan asal wakaf disebut "untuk kediaman anak cucu ... " maka pihak waris menuntut bahawa tanah ini adalah hak milik mereka secara sah. Keadaan ini menggambarkan bahawa mereka benar-benar mempertahankan tanah tersebut sebagai milik warisan walaupun mereka mengetahui bahawa ianya telah diwakafkan. Keadaan sedemikian telah menyulitkan pihak MUIPP untuk menguruskan dan seterusnya memajukan tanah tersebut. Disebabkan masalah ini dan campur tangan politik, maka pihak MUIPP setakat ini belum mempunyai cadangan pembangunan yang khusus untuk memajukan tanah tersebut. Kurangnya pemahaman ten tang konsep wakaf telah menimbulkan salah faham di kalangan ahli komuniti ini yang seterusnya lahir perasaan tidak puas hati terhadap pihak MUPP. Pertelingkahan dari segi tuntutan hak milik oleh waris-waris yang mendiami tanah ini memuncak bila ada ura-ura pihak MUIPP ingin membangunkan kawasan ini sebagai kawasan perniagaan dan kediaman. Kes ini berlanjutan hingga kini tanpa penyelesaian yang muktamad.

Tanah Waka/ Shaikh Eusojf Tanah wakaf Shaikh Eusoff terletak di lot 1396 dan 1397 P.B. 5, 11

jumal Pengajian Melayu, jilid 15, 2005

di persimpangan Jalan Air Itam/Jalan Thean Teik iaitu kira-kira 8 km daripada pusat bandar raya. Lokasinya yang terletak di tepi jalan utama dari pusat bandar raya ke kawasan peranginan Bukit Bendera menjadikannya kawasan yang amat berpotensi untuk dimajukan. Tarrah wakaf ini merupakan 2 lot bercantum yang keluasan keseluruhannya ialah 15 ekar (6 51,867 kaki persegi) iaitu tanah wakaf yang terbesar di Pulau Pinang. Proses pewakafan tanah ini bermula pada tahun 1936 apabila seorang peniaga berketurunan India Muslim bernama Shaikh Eusoff telah mewasiat untuk mewakafkan tanah tersebut bagi kegunaan penduduk Islam di Pulau Pinang. Pada tahun 1948, untuk tujuan pentadbiran dan penyelarasan, tanah wakaf ini telah diserah tadbir kepada Hindu and Muslim Endownment Board. Selepas merdeka tanah wakaf ini telah diserah tadbir dan diuruskan oleh pihak MUIPP. Pada tahun 1949 tanah wakaf ini telah dipohon oleh Persatuan Melayu Pulau Pinang untuk didiami dan ditanam dengan pokok buah-buahan dan pada tahun itu juga, pihak berkuasa tempatan Pulau Pinang membahagikan tanah wakaf tersebut kepada lot-lot kecil seluas lebih kurang 1/8-116 ekar untuk tapak rumah. Kini guna tanahnya terdiri daripada 73 buah rumah kediaman jenis sesebuah (rumah tradisional) dan 14 pintu rumah sewa. Terdapat 2 kategori rumah yang terdapat di sini, iaitu rumah milik sendiri dan rumah panjang untuk disewa. Rumah milik sendiri ini rata-rata berkeadaan baik, kemas, berpagar, dan tersusun dari segi sempadan lot dan dimiliki 100 peratus oleh orang Melayu. Manakala aktiviti lain yang terdapat ialah 2 buah tapak jualan kereta terpakai, sebuah kedai baiki motosikal, rumah anak yatim, dan asrama Syed Hussain. Guna tanah sekitar tanah wakaf ini ialah jenis perniagaan di mana di bahagian utaranya ialah bangunan rumah kedai 2 tingkat, bahagian selatannya disempadani oleh sungai Air Itam, di bahagian timur sekolah tinggi swasta jenis kebangsaan (Cina), dan di bahagian barat iaitu di seberang Jalan Thean Teik ialah bangunan rumah kedai 2 tingkat. Nilai tanah yang dianggarkan untuk tapak ini secara puratanya ialah sekitar RM25-RM30 sekaki persegi. Oleh itu nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM16 juta hingga RM19.5 juta. Nilai yang 12

Fenomena Penempatan Komuniti Mefayu Bandar Di Tcmah VVakaf

cinggi ini adalah kerana lokasinya amac baik iaitu di tepi jalan utama ke pusat bandar raya dari Pekan Air ltam, berhampiran dengan aktiviti perniagaan dan kawasan pelancongan Bukit Bendera. Hasil kutipan sewa oleh pihak MUIPP cuma RM549 sebulan di mana purata sebuah rumah cuma membayar RM6.30 sahaja. Didapati 94.6 peratus daripada rumah-rumah di atas tanah wakaf ini didiami oleh orang Islam dan 5.4 peratus lagi bukan Islam. Dari segi taraf sosioekonomi penduduk, didapati 67.6 peratus berpendapatan isi rumah kurang daripada RM 1,000 sebulan, 27 peratus berpendapatan antara RMI ,OOO-RM2,000, dan cuma 5.4 peratus sahaja yang melebihi RM2,000 sebulan. Dari segi bidang pekerjaan pula didapati 10.8 peratus terdiri daripada pekerja kacegori perkhidmatan sokongan (juruteknik, kerani, dan sebagainya), 45.9 peratus buruh, 2.7 peratus berniaga, dan 40.5 peratus pesara. Hasil kajian mendapaci 65 peratus daripada ketua isi rumah ini celah mendiami canah wakaf ini melebihi 20 cahun. Oleh itu didapaci 78.4 peratus tidak bercadang uncuk berpindah keluar walaupun 19 peracus daripadanya memiliki rumah lain. Hampir separuh iaitu 43 peratus daripadanya cidak pernah memohon dan 45 peracus lagi pernah memohon capi tidak berjaya dan cuma 12 peratus daripadanya sahaja yang berjaya. Manakala dari segi jumlah pampasan yang dicadangkan sekiranya mereka cerpaksa juga berpindah, 2.7 peratus mencadangkan ancara RMl0,000 - RM30,000, 29.7 peratus antara RM30,000 - RM70,000, 45.9 peratus ancara RM70,000 - RMl00,000, dan 21.6 peratus mencadangkan RMl00,000 ke acas. Di antara tempat pilihan sekiranya kawasan itu dibangunkan didapati 45.9 peracus meminca mereka ditempackan di tapak yang sama, 35. l peratus memilih di sekicar bandar raya Georgetown, dan 18.9 peratus memilih di luar Georgetown cecapi masih di Pulau Pinang. Disebabkan lokasi ini begitu strategik, berhampiran dengan tempat kerja dan nilai canah yang cinggi juga maka rata-raca komuniti di sini enggan berpindah. Mereka sanggup menunggu sehingga kawasan cersebuc benar-benar akan dibangunkan dan pampasan yang setimpal dibayar barulah mereka bersetuju untuk berpindah. 13

jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 15, 2005

Tanah Waka/Masjid Haji Kassim Tarrah wakaf Masjid Haji Kassim juga dikenali dengan Kampung Makam. Ia terletak di lot 30 P.B. l 0, kira-kira 1 km daripada pusat bandaraya Georgtown, berhadapan dengan Jalan Dato' Keramat. Keluasan tanah ini ialah 323,705 kaki persegi (7 ekar). Proses pewakafan tanah ini bermula pada awal abad ke 18, iaitu dipercayai pada tahun 1819 2 di mana Allahyarham Haji Kassim, iaitu seorang peniaga clan juga mubaligh telah bertapak di tanah berkenaan. Beliau mendirikan rumah, pondok serta surau untuk tujuan mengajar ilmu Islam kepada komuniti setempat. Pada tahun 1936, untuk tujuan pentadbiran clan penyelarasan, tanah wakaf ini telah diserah tadbir kepada Hindu and Muslim Endownment Board. Selepas merdeka iaitu pada tahun 1967 tanah wakaf ini telah diserah tadbir kepada pihak MUIPP. Pada masa kini guna tanahnya terdiri daripada 116 buah rumah (rumah setinggan clan rumah tradisional), 8 buah kedai separuh kekal, tapak masjid, tanah perkuburan, dewan Kemas, clan beberapa gerai sementara. Guna tanah di sekitar tanah wakaf ini ialah jenis pembangunan bercampur antara kediaman clan perdagangan. Di bahagian hadapan Jalan Dato' Keramat, iaitu utaranya ialah bangunan perniagaan (seperti kedai j ual kereta terpakai) clan pejabat 2 tingkat, bahagian baratnya ialah bangunan kedai 3 tingkat, di bahagian timurnya j uga bangunan kedai 3 tingkat, manakala di bahagian selatannya disempadani oleh Sungai Pinang yang amat tercemar. Nilai tanah yang dianggarkan untuk tapak ini secara puratanya ialah sekitar RM25-RM30 sekaki persegi. Oleh itu nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RMS juta hingga RM9. 7 ju ta. Nilai yang tinggi ini adalah kerana lokasinya amat baik, iaitu di tepi jalan utama ke pusat bandar raya, cuma lebih kurang lkm daripada bangunan Kompleks Tuanku Abdul Rahman (Komtar). Hasil kutipan sewa oleh pihak MUIPP cuma RM505 sebulan di mana purata sebuah rumah cuma membayar RM4.07 sahaja. Kepadatan komuniti setinggan di sini ialah 15.6 unit per ekar. Komposisi penduduk menunjukkan dari 593 orang penduduk, 94.8

14

Fenomena Penempatan Komuniti Melayu Bandar Di Tanah Waka/

peratus adalah terdiri daripada bangsa Melayu, 3.0 peratus India Muslim, dan 2.2 peratus bukan Melayu. Daripada 116 buah rumah, didapati jumlah keluarga yang tinggal di sini adalah 167 buah keluarga. Ini bermakna terdapat rumah-rumah yang didiami oleh lebih daripada satu keluarga. Jumlah keluarga yang paling ramai sekali yang mendiami dalam sebuah rumah ialah 8 keluarga, di mana 2 buah rumah (2.3 peratus) dari jumlah keseluruhan. Terdapat 19 buah rumah (21.8 peratus) yang mempunyai lebih daripada 3 keluarga. Mengenai bilangan penghuni dalam sesebuah rumah, sebahagiannya sesak. Terdapat 5 buah rumah yang didiami lebih daripada 21 orang. Didapati 68. 7 peratus rumah diduduki oleh pemiliknya, manakala 28.9 peratus diduduki oleh penyewa. Terdapat juga kes sewa atas sewa iaitu 2.4 peratus. Dari segi kadar sewa pula 51.3 peratus menyewa kurang daripada RM500 sebulan, 41 peratus menyewa dalam lingkungan RM50 - RMlOO sebulan. Hasil kajian juga mendapati lebih daripada 70 peratus menetap di sini lebih dari 10 tahun, hampir 15 peratus mendiami 5 hingga 10 tahun, 10 peratus antara 1 hingga 5 tahun, dan 4 peratus menghuni kurang dari 1 tahun. Daripada segi taraf sosio ekonomi penduduk, didapati 35.5 peratus berpendapatan kurang daripada RM300 sebulan, 49.5 peratus antara RM300 hingga RM600 sebulan, 8.5 peratus antara RM600 hingga RM900, dan cuma 6.7 peratus berpendapatan melebihi RM900 sebulan. Dari segi bidang pekerjaan pula didapati majoritinya, iaitu 41.9 peratus bekerja buruh, 37.2 peratus di bidang perkhidmatan dan sokongan, 18.7 peratus bekerja sendiri, dan cuma 2.2 peratus bekerja di bidang profesional. Melihat kepada keadaan rumah-rumah di sini, didapati majoritinya adalah rumah papan beratap zink dan rumah papan serta konkrit beratap zink. Umur bangunan pula didapati 65 peratus telah dibina sebelum merdeka 1957, 15 peratus dibina antara tahun 1957 hingga 1963, 15 peratus lagi antara 1963 hingga 1980, dan 5 peratus lagi selepas tahun 1980. Majoriti, iaitu 68 peratus penghuni di sini telah pun memohon untuk mendapatkan rumah dan pernah ditemu duga. Rata-rata, iaitu 59.6 peratus berkehendakkan rumah jenis pangsa, manakala 25 peratus inginkan rumah teres, dan 14.4 peratus lagi memilih jenis lain. Mengenai kadar sewa pula, 60.4 peratus menyatakan sanggup membayar sewa pada 15

jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 15, 2005

kadar kurang daripada RM 100 sebulan, 30.8 peratus sanggup antara RM 100 hingga RM 150, dan hanya 2.4 peratus sanggup menyewa melebihi RM200 sebulan. Dari segi pemilihan tempat yang ingin diduduki, majoritinya ingin terus tinggal di sini, iaitu 70.4 peratus. Cuma 16.9 peratus yang inginkan di kawasan sekitar yang berhampiran dan 12.7 peratus inginkan tempat kediaman di kawasan lain.

Isu dan Kesimpulan Di antara beberapa isu yang dikenal pasti ialah: Penduduk asal di tanah-tanah wakaf ini enggan berpindah disebabkan: Lokasi yang strategik seperti berhampiran dengan pusat bandar raya, berhampiran dengan pusat perkhidmatan bandar yang lain, dan berhampiran dengan tempat kerja. -

Tiada kos untuk membeli atau membina rumah disebabkan kebanyakan rumah yang mereka diami sekarang adalah rumah bekas peninggalan ibu-bapa atau nenek moyang mereka. Nilai sen ti men ta! kawasan berkenaan kerana mereka tel ah mendiami kawasan tersebut semenjak lahir. Ingin berdekatan dengan saudara mara dan sahabat handai yang telah lama mereka kenali dan dengan ini memudahkan urusan kemasyarakatan. Mereka akan ditempatkan di kawasan baru yang bukan pilihan mereka dan ini akan menyusahkan urusan harian mereka.

-

Budaya komuniti Melayu yang lebih gemarkan rumah-rumah tradisi sesebuah berbanding dengan rumah pangsa. Mengekalkan status perkampungan 'Melayu Elit' yang berketurunan 'Syed' seperti yang berlaku di Tanah Wakaf Coopee Am ah.

16

Fenomena Penempatan Komuniti Melayu Bandar Di Tanah Wakaf

Rata-rata penduduk meminta pampasan yang tinggi sekiranya pihak berkuasa memaksa juga mereka berpindah kerana tanah ini telah didiami turun temurun lagi. Mereka menganggap adalah tidak adil jika dibayar pampasan yang rendah sedangkan nilai tanah tersebut tinggi walaupun ianya bukan hak milik mereka. -

Rata-rata penduduk tidak faham tentang konsep pembangunan baru yang dicadangkan. Ini membuatkan mereka curiga tentang cadangan pembangunan ini kerana bimbangkan ia akan jatuh ke tangan bukan Islam. Pihak MUIPP juga tidak membuat penerangan yang sejelas-jelasnya tentang cadangan baru oleh pihak mereka clan bagaimana umat Islam akan mendapat manfaamya.

-

Tanah-tanah wakaf menjadi kawasan setinggan yang terdedah kepada bahaya pencemaran disebabkan oleh banjir, tiada pengurusan sampah yang betul, kemudahan asas yang kurang terurus serta sistem perparitan, clan pembuangan najis yang tidak sempurna. Keadaan ini memudahkan berlakunya wabak penyakit. Contohnya, di Tanah Wakaf Haji Kassim.

-

Sewa tapak yang amat rendah. Pihak MUIPP kerugian berjutaj uta ringgit kerana lembap dalam menyelaraskan urusan penyewaan clan pembangunan. Penduduk mengambil kesempatan ini kerana mereka dapat menyewa dengan kadar yang rendah di lokasi yang bernilai tinggi.

Dalam menangani isu tanah wakaf ini, semua pihak perlu berhatihati agar ianya tidak menghangatkan lagi situasi yang ada. Setiap perkara yang berkaitan dengan pemilikan, perpindahan clan pembangunan adalah sensitif terutama bagi mereka yang terlibat secara langsung clan pihakpihak yang berkepentingan. Dapat dirumuskan di peringkat ini adalah tidak adil tanah yang sedemikian tinggi nilainya hanya didiami oleh segelintir umat Islam sedangkan sekiranya dimajukan maka ia akan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai umat Islam. Secara keseluruhan, akan dapat meneguhkan lagi ekonomi umat Islam setelah aktiviti yang menguntungkan dapat diadakan di tapak tanah-tanah wakaf di sekitar Bandaraya Pulau Pinang ini. Pihak MUIPP yang bertanggungjawab

17

Jurna! Pengajian Melayu, Ji/id 15, 2005

sebagai pemegang amanah seharusnya lebih profesional dalam menangani permasalahan ini. Usaha-usaha ke arah memajukan tanah wakaf secara komersial dan adil kepada semua pihak harus disegerakan bagi menyelesaikan kekusutan yang telah sekian lama dibiarkan tanpa sebarang jalan penyelesaian mutlak.

Nota Dato' Syed Abbas adalah YDP Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang. 2

Tarikh ini berasaskan kepada tarikh yang tercatat pada Masjid Haji Kassim yang masih kekal hingga kini.

Rujukan Adijani al-Alabij, 1989. Perwakafan Tanah di Indonesia. Jakarta: C.V. Rajawali. Imam Suhadi, 1985. Hukum Waka/ di Indonesia. Yogyakarta: Dua Damensi. Kamaruddin N gah, 1992. Isu Pembangunan Tanah Wakaf Kuala Lumpur: DBP. Mustapha Ibrahim, 1986. The Concept of Endowment, Gift and Wills In Islam. Accra. Islamic Book Development and Translation Council. Naziroeddin Rachmat, 1964. Harta Wakaf Jakarta: Bulan Binrang. Raja Aris Hussain, Prinsip-prinsip dan Praktis Penilaian Harta Tanah. Kuala Lumpur: DBP. Ridzuan Awang, 1994. Undang-undang Tanah Islam. Kuala Lumpur: DBP.

Rancangan Struktur, 1987. Majlis Perbandaran Pulau Pinang. 18

Suggest Documents