Penyertaan Komuniti dalam Bidang Keusahawanan Luar Bandar. Kajian di Daerah Kubang Pasu, Kedah

PROSIDING PERKEM VII, JILID 2 (2012) 738 – 749 ISSN: 2231-962X Penyertaan Komuniti dalam Bidang Keusahawanan Luar Bandar. Kajian di Daerah Kubang Pas...
Author: Marsha Jacobs
36 downloads 1 Views 261KB Size
PROSIDING PERKEM VII, JILID 2 (2012) 738 – 749 ISSN: 2231-962X

Penyertaan Komuniti dalam Bidang Keusahawanan Luar Bandar. Kajian di Daerah Kubang Pasu, Kedah Community Participation in Rural Entreprenuership: A Study in Kubang Pasu, Kedah Azlizan Talib [email protected] Pusat Pengajian Kerajaan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Hamzah Jusoh [email protected] Pusat Pengajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43650 Bangi Selangor Darul Ehsan

ABSTRAK Penyertaan komuniti memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan kepada sesuatu program pembangunan yang dijalankan. Dalam konteks penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan, kajian-kajian lalu menunjukkan penyertaan penduduk di dalam bidang ini adalah masih kurang. Faktor-faktor seperti minda yang sukar untuk menerima perubahan, karenah birokrasi, masalah peruntukan kewangan, kekurangan kursus dan latihan, perselisihan politik, kurangnya sambutan dan sokongan daripada penduduk serta sebagainya dilihat memberi kesan dalam mempengaruhi tahap penyertaan komuniti. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan menghuraikan tahap penyertaan penduduk dan menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan di kawasan kajian bagi mendapatkan gambaran sebenar yang lebih terperinci berkenaan dengan permasalahan kajian yang dikaji. Kajian ini dilakukan di perkampungan Gerakan Daya Wawasan (GDW) terpilih di Daerah Kubang Pasu, Kedah iaitu Kampung Natoi dan Kampung Tradisi Paya Pahlawan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan senarai semak untuk tujuan pengumpulan maklumat. Dapatan kajian menunjukkan tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan di kawasan kajian adalah sederhana. Faktor-faktor yang dikenalpasti mempengaruhi tahap penyertaan ini termasuklah modal/ kewangan dan kursus serta latihan keusahawanan. Paling penting, penemuan kajian ini juga telah menunjukkan bahawa faktor kronisme dan hubungan ahli politik turut memberi kesan yang signifikan dalam mempengaruhi tahap penyertaan penduduk di kawasan kajian. Kata Kunci :Penyertaan komuniti, faktor mempengaruhi, keusahawanan luar bandar

ABSTRACT Community’s participation plays a significant role in determining the success of a development program. In the context of the entrepreneurship, previous studies have been able to sample the evidence of the scarcity of this participation. Factors like the difficulty of accepting change, the idiosyncrasies of the bureaucracy, financial allocation issues, the shortage of training and courses, political frictions, the lack of response and support from the rural people and the like, are seen to leave an impact in influencing this public participation. In relation to this, research has been done to identify the level of participation in the area of study, and analyse the influencing factors for the participation in the area as to be able to obtain the actual, detailed conditions regarding the issue being examined. This research was conducted in the selected village of Gerakan Daya Wawasan (GDW) in the district of Kubang Pasu, Kedah namely Kampung Natoi and Kampung Tradisi Paya Pahlawan. This study made use of the questionnaire and the checklist for the purpose of the dataPersidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII), Transformasi Ekonomi Dan Sosial Ke Arah Negara Maju, Ipoh, Perak, 4 – 6 Jun 2012

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012

739

collection. The study findings have shown that the level of participation of the rural residents in the entrepreneur fields is moderate. The factors identified to have influenced this level of participation include capital/financial factor also the training and courses of entrepreneurship. Ultimately, the findings also demonstrate that the factor of cronyism and the relationships of politicians also significantly affects the participation level of these rural residents. Keywords :Community’s participation, factorsthat influence rural entrepreneurship.

PENGENALAN Aktiviti pembangunan baru seperti keusahawanan bakal memberikan impak yang besar sekali gus mampu membawa perubahan terhadap aspek sosioekonomi dan fizikal komuniti tempatan terutamanya di negara-negara Dunia Ketiga. Negara-negara ini yang rata-ratanya suatu masa dahulu ketinggalan dari segi pembangunan, kini berlumba-lumba untuk memajukan bidang keusahawanan yang dilihat semakin berpotensi untuk dimajukan. Oleh yang demikian, pelaburan dalam bidang ini terbuka luas kepada sesiapa sahaja terutama bagi mereka yang berkemampuan dari segi modal, kemahiran dan juga kadang-kala kuasa politik bagi menzahirkan agenda pembangunan tersebut. Dalam usaha untuk menjayakan sesuatu program pembangunan yang dirancang, komuniti tempatan harus memainkan peranan sebagai penyokong ke arah memakmur dan memajukan lagi bidang berkenaan melalui penglibatan yang aktif dan positif. Dalam konteks keusahawanan, penyertaan penduduk tempatan amat perlu bukan sahaja sebagai pengusaha dan tenaga kerja dalam sektor ini dan juga sektor-sektor pelengkap yang lain, malahan mereka juga boleh berperanan untuk menggalakkan lagi penglibatan penduduk lain bagi turut sama memajukan bidang keusahawanan ini. Kesediaan komuniti tempatan merupakan suatu sokongan moral terhadap sektor keusahawanan yang juga secara langsung mencerminkan kesediaan mereka untuk melibatkan diri dalam bidang ini (Yahaya Ibrahim 2008). Melalui penglibatan secara langsung oleh anggota komuniti, peranan anggota komuniti bukan sahaja dapat dilihat daripada sudut faedah yang diterima malahan penglibatan mereka juga akan mempengaruhi hala tuju sesuatu pembangunan sesuai dengan keperluan, keinginan dan permasalahan yang dihadapi dalam konteks persekitaran kehidupan berkomuniti. Penglibatan komuniti sebagai aktor pembangunan sedemikian dapat mendorong usaha untuk menggembelingkan tenaga, kepakaran dan seterusnya mencapai matlamat agensi-agensi pembangunan dan komuniti terbabit sebagai kelompok sasaran. Namun begitu, disebalik pelbagai program dan aktiviti pembangunan yang telah dianjurkan, didapati komuniti luar bandar masih kurang terlibat terutamanya di dalam bidang keusahawanan. Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penglibatan ini perlu dikenalpasti dan diteliti bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang isu dan masalah yang memberi kesan kepada tahap penglibatan komuniti. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dan sejauhmana ianya memberi kesan kepada tahap penglibatan komuniti ini dalam bidang keusahawanan di kawasan kajian. Walaupun telah banyak kajian-kajian yang dilakukan, kenapakah isu yang berlaku di kawasan luar bandar ini masih belum dapat diselesaikan terutamanya berkaitan dengan penyertaan penduduk dalam keusahawanan luar bandar? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya perkara sedemikian? Penyertaan anggota komuniti terutamanya dalam bidang keusahawanan adalah amat penting dalam mengembangkan potensi ekonomi dan seterusnya menentukan hala tuju sesuatu pembangunan di kawasan luar bandar. Memandangkan bidang keusahawanan dilihat sebagai salah satu mekanisme dalam menggalakkan aktiviti pembangunan, faktor-faktor yang dilihat mempengaruhi tahap penglibatan anggota komuniti haruslah dikenalpasti dan ditanggani dengan sewajarnya bagi memastikan bidang keusahawanan ini mampu memberikan sumbangan yang signifikan terhadap pembangunan baik aspek ekonomi mahupun sosial penduduk. Secara umumnya, kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengenalpasti tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan dan menganalisa faktor-faktor yang memberi kesan signifikan dalam mempengaruhi tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan di kawasan kajian.

PENYERTAAN KOMUNITI DAN KEUSAHAWANAN Johannisson dan Nilsson (1989) menyatakan terdapatnya keperluan kepada ‘keusahawanan komuniti’ untuk menggunapakai sumberjaya yang ada untuk pembangunan setempat. Mereka melihat usahawan komuniti sebagai fasilitator untuk aktiviti keusahawanan berbanding seorang ahli perniagaan yang

740

Azlizan Talib, Hamzah Jusoh

mewujudkan kerjasama dengan ahli komuniti. Usahawanan komuniti seharusnya mengadakan usahasama sama ada sesama individu atau komuniti terlibat. Haugh dan Pardy (1999) menekankan rangkaian sebagai elemen utama dan menyangkal usahawan komuniti boleh memainkan peranan sebagai agen penting dalam persekitaran sosioekonomi. Usahawan komuniti bukan sahaja memainkan peranan di dalam persekitaran keusahawanan malahan turut merangsang ahli komuniti yang lain. Haugh dan Pardy (1999) menghuraikan kumpulan komuniti itu sendiri yang memainkan peranan di dalam pelaksanaan ekonomi dan penjanaan sosial bagi komuniti terbabit. Mereka juga turut menjelaskan usahawan komuniti sebagai individu yang memulakan usahasama beserta komitmen untuk memenuhi objektif komuniti. Berdasarkan kepada intrepretasi yang dikemukakan, keusahawanan komuniti dirujuk sebagai penghasilan usahasama yang baru dimana aktiviti-aktiviti yang dijanakan mampu meningkatkan kualiti persekitaran sosial dan ekonomi penduduk. Keusahawanan komuniti juga dilihat sebagai satu proses untuk membangunkan usahasama dalam konteks penjanaan aktiviti baru, perkhidmatan atau institusi untuk manfaat dan keperluan anggota komuniti. Austin et al. (2006) menjelaskan usahawan komuniti seharusnya mencorakkan aktiviti keusahawanan ke arah penerokaan dan pengeksploitasian peluang-peluang sosial melalui penggunaan sumber-sumber sediada sebagai elemen utama proses ini. Aktiviti keusahawanan ini boleh dikendalikan sama ada oleh organisasi sediada atau mewujudkan organisasi baru untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan secara sukarela, peluang perniagaan dan penglibatan agensi kerajaan. (Borch et al. (2008).

METODOLOGI KAJIAN Rekabentuk kajian ini mengaplikasikan kaedah tinjauan keratan rentas menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada penduduk kampung. Satu set borang soal selidik disediakan dan dibahagikan kepada beberapa bahagian yang berkaitan untuk disesuaikan bagi melancarkan proses analisa data. Selain itu, senarai semak untuk temubual dengan beberapa responden terpilih (penduduk, usahawan dan pemimpin kampung) turut disediakan bagi melengkapkan proses pengumpulan data kajian. Borang kaji selidik ini dibina berdasarkan kepada ulasan karya dan model-model kajian terdahulu yang dirujuk. Soalan-soalan yang terdapat dalam borang soalselidik dibahagikan kepada tiga jenis iaitu soalan berbentuk terbuka, tertutup dan berbentuk pengujian. Proses pengumpulan data melalui tinjauan isirumah dijalankan secara formal dan sistematik bagi mengumpul maklumat secara seragam dan standard. Terdapat dua tujuan penyelidikan ini dilakukan. Pertama, untuk mengenalpasti tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan dan kedua, mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan. Selain itu, pengumpulan data sekunder juga turut dilakukan bagi mendapatkan input-input tambahan bagi menyokong data-data sediada melalui temubual dengan pegawai-pegawai daripada pelbagai agensi yang berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) iaitu merupakan agensi-agensi yang bertanggungjawab secara langsung kepada pentadbiran kampung-kampung terbabit serta bahan-bahan rujukan bercetak daripada beberapa sumber seperti laporan agensi-agensi kerajaan, buku, jurnal, akhbar, buletin dan sebagainya. Kebanyakan ulasan literatur telah menterjemahkan aspek penyertaan sebagai perlakuan organisasi (Ward dan Davis 1995). Penyertaan di dalam komuniti seringkali dirujuk sebagai kecenderungan untuk terlibat di dalam komuniti. Oleh sebab itu, temubual secara mendalam dilakukan bagi mengenalpasti elemen yang menentukan kecenderungan seseorang ahli komuniti untuk terlibat di dalam aktiviti yang dianjurkan. Maklumbalas yang diperolehi dimantapkan lagi dengan item-item sokongan yang telah dicadangkan melalui ulasan literatur di dalam kaji selidik yang dijalankan. Keputusan hasil temubual ini dapat menunjukkan tahap penyertaan komuniti seringkali dipengaruhi oleh aspek penglibatan atau keinginan untuk melibatkan diri di dalam aktiviti berkomuniti. Melalui penyertaan di dalam aktiviti kemasyarakatan serta kesanggupan untuk membantu ahli komuniti yang lain, ianya juga turut digunakan sebagai pengukuran bagi menilai tahap penyertaan ini (Scott dan Vitartas 2008).

HASIL PENEMUAN DAN PERBINCANGAN Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini dan menjadi faktor penggerak kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan sekadar

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012

741

meningkatkan kadar perkapita pengeluaran dan pendapatan, malahan ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini diiringi oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. Teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Aktiviti pembaharuan juga menjadi pendorong para pemodal untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses pembaharuan mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, dimana ia akan meningkatkan perkembangan ekonomi, peluang pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran. Namun begitu, tahap penyertaan komuniti luar bandar di dalam aktiviti-aktiviti keusahawanan masih kurang memberangsangkan. Ini kerana, kebanyakan daripada mereka masih lagi mengamalkan cara pemikiran yang lama serta tidak berpandangan jauh. Berdasarkan tinjauan awal, taraf pendidikan, sikap dan mentaliti penduduk juga memainkan peranan dalam mempengaruhi penyertaan mereka di dalam aktiviti keusahawanan ini. Secara tidak langsung, perkara-perkara ini turut memberi kesan kepada perkembangan bidang keusahawanan di kawasan kajian. Selain itu, faktor-faktor lain yang turut dikenalpasti memberi pengaruh kepada penyertaan komuniti luar bandar dalam bidang keusahawanan termasuklah sikap penduduk, mentaliti subsidi yang menebal, kurangnya komitmen, tidak mempunyai inisiatif untuk berjaya, kekurangan kursus dan latihan serta pelbagai faktor lain yang berkaitan. Faktor-faktor ini seharusnya dinilai secara teliti bagi mendapatkan kepastian dan penjelasan secara terperinci sejauhmana faktor-faktor ini memainkan peranan dalam mempengaruhi tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan di kawasan kajian. Tahap Penyertaan Penduduk Dalam Bidang Keusahawanan Penyertaan penduduk melibatkan suatu tahap aktiviti dan sumbangan-sumbangan individu kepada komuniti mereka. Ianya memainkan peranan yang penting dalam sesebuah komuniti. Penyertaan secara sukarela di dalam aktiviti yang diadakan menunjukkan tahap kebanggaan serta komitmen penduduk terhadap komuniti terbabit. Setiap anggota komuniti mempunyai tanggungjawab sosial untuk menyumbang kepada komuniti terutamanya melalui penglibatan di dalam aktiviti yang diadakan. Ahli komuniti yang sering terlibat secara langsung dengan komunitinya akan berasa dihargai dan lebih komited kepada komuniti terbabit (Scott dan Vitartas 2008). Jika dinilai kepada situasi di kawasan kajian, majoriti responden daripada kalangan penduduk ini atau 59 peratus mengatakan bahawa tahap sambutan penduduk dalam bidang keusahawanan di kawasan kajian adalah sederhana manakala 40 peratus pula berada pada tahap rendah. Bagaimana pun, purata min menunjukkan nilai 2.18 yang dapat dikategorikan berada pada tahap ‘rendah’ iaitu dalam julat 1.00 hingga 2.33. Jadual 1 menunjukkan nilai min bagi menilai tahap penyertaan usahawan dalam bidang keusahawanan. JADUAL 1 : Min Tahap Penyertaan Penduduk Dalam Bidang Keusahawanan Item Soalan Min Interpretasi Bagaimana sambutan penduduk terhadap aktiviti keusahawanan di 2.39 Sederhana kawasan anda Saya seorang yang aktif dalam komuniti 2.36 Sederhana Saya sentiasa menyertai aktiviti keusahawanan yang dianjurkan 1.78 Rendah Untuk lebih jelas lagi, tahap penyertaan penduduk di kawasan kajian dapat dikategorikan sebagai penglibatan pergerakan sendiri dengan merujuk kepada teori yang dikemukakan oleh Mowforth dan Munt (1998). Berdasarkan teori ini, penduduk itu sendiri yang mengambil inisiatif bagi menggerakkan sesuatu projek pembangunan. Keadaan ini berlaku di kawasan kajian dimana sesetengah daripada penduduk yang mempunyai keinginan untuk memperbaiki kehidupan mereka akan mengambil inisiatif sendiri untuk meneroka bidang perniagaan yang dijalankan berbekalkan kepada pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diperolehi melalui kursus-kursus dan latihan-latihan yang telah diberikan oleh agensi-agensi pembangunan luar bandar terutamanya pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Secara keseluruhannya, tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan ini dapat dikaitkan dengan tiga aspek utama berkenaan dengan latar belakang responden iaitu umur, taraf pendidikan dan pekerjaan utama. Paparan jadual silang menunjukkan 70 peratus responden berumur diantara 20 hingga 50 tahun, 81 peratus mempunyai kelulusan diantara sekolah rendah hingga SPM/MCE dan 64 peratus daripada responden adalah terdiri daripada mereka yang bekerja sendiri, pesara, surimah dan tidak bekerja.

742

Azlizan Talib, Hamzah Jusoh

Secara kasarnya, 40 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk yang terlibat sebagai responden kajian ini menyatakan berminat untuk menceburi bidang keusahawanan dan 85 peratus daripada jumlah ini adalah mereka yang berumur diantara 20 hingga 50 tahun, 88 peratus berkelulusan diantara SRP/PMR/LCE hingga sijil/diploma serta 73 peratus terdiri dikalangan mereka yang bekerja sendiri, swasta dan pesara. Ini menunjukkan bahawa kumpulan umur produktif iaitu usia bekerja mempunyai keinginan yang tinggi untuk lebih berjaya dalam kehidupan di masa hadapan. Disamping itu, kumpulan umur aktif ini dilihat mampu menjadi tenaga penggerak di dalam menjayakan sesuatu program yang dianjurkan memandangkan kepada tenaga yang masih kuat untuk menabur khidmat bakti kepada masyarakat. Selain itu, responden dikalangan mereka yang telah berkahwin didapati lebih berminat untuk menceburi bidang keusahawanan iaitu dengan 79 peratus. Ini mungkin disebabkan oleh timbulnya lebih rasa tanggungjawab dan inisiatif untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga masing-masing. Walaupun telah mempunyai minat untuk menceburi bidang keusahawanan, golongan ini sewajarnya terus disokong dan diberi galakan melalui kursus, latihan dan bimbingan yang mencukupi dan berterusan agar dapat merealisasikan impian mereka untuk menjadi seorang usahawan di masa hadapan. Elemen keinginan untuk lebih maju dan berjaya telah wujud dan hanya perlu disokong dengan bimbingan yang sewajarnya. Merujuk kepada teori yang dikemukakan oleh Arnstein (1969) berkenaan dengan peringkatperingkat tahap penyertaan penduduk, dapatlah dirumuskan bahawa tahap penyertaan penduduk di kawasan kajian berada pada peringkat ke enam iaitu ‘partnership’, ke tujuh ‘delegated power’ dan ke lapan iaitu ‘citizen control’. Bermula pada peringkat ke enam iaitu partnership, ianya mula menunjukkan ruang penglibatan yang lebih luas dimana penduduk tempatan berpeluang untuk melakukan kerjasama dengan pihak luar yang terlibat. Pada peringkat ke tujuh pula, sedikit lagi kuasa telah diberikan kepada penduduk bagi memutuskan perkara-perkara tertentu manakala akhir sekali penduduk itu sendiri mempunyai kuasa untuk mengawal segala urusan yang berada di bawah bidang kuasanya. Situasi ini jelas menyokong teori yang dikemukakan oleh Mowforth dan Munt (1998) dimana setiap aktiviti atau program yang dianjurkan adalah di atas inisiatif penduduk itu sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Pihak-pihak luar hanya bertindak sebagai pemantau dan penasihat bagi memberi bimbingan dan untuk memastikan sesuatu program itu dapat berjalan dengan lancar dan jayanya di samping memenuhi tuntutan matlamat program itu sendiri. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Penyertaan Penduduk Penyertaan penduduk merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu program yang dijalankan. Melalui penyertaan, penduduk dapat menyelami, memberikan input serta maklumbalas berkenaan dengan aktiviti terbabit dari segi manfaat dan keberkesanannya kepada ahli komuniti. Maklumbalas yang diperolehi amat penting dalam membuat proses penambahbaikan untuk perencanaan aktiviti-aktiviti lain di masa hadapan. Penyertaan merupakan satu wadah untuk penduduk mendapat peluang melibatkan diri secara langsung di dalam program atau aktiviti yang dianjurkan. Dalam konteks umum, selain beroleh manfaat daripada program terbabit, budaya penyertaan juga dapat menyuburkan jalinan silaturahim sesama penduduk yang terlibat. Namun begitu, tidak semua penduduk mempunyai keinginan dan minat untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan di kawasan mereka. Bagi tujuan itu, faktor-faktor sebenar yang dikenalpasti wujud di kawasan kajian perlu diteliti bagi mengkaji sejauhmana faktor-faktor ini mempengaruhi dan memberi kesan kepada penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan di kawasan kajian. Jika diteliti paparan secara deskriptif dalam Jadual 2, faktor modal/ kewangan dilihat paling dominan dalam mempengaruhi tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan. Nilai 71 peratus yang ditunjukkan dapat menjelaskan betapa pentingnya aspek modal dan kewangan ini dalam menentukan hala tuju dan corak penglibatan kepada penduduk. Tanpa modal yang diperlukan dan kewangan yang mencukupi, akan membatas dan menghadkan seseorang individu itu untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan walaupun mempunyai minat dan keinginan yang tinggi untuk berbuat sedemikian. Selain itu, faktor kedua paling dominan iaitu kekurangan kursus serta latihan keusahawanan yang ditawarkan juga didapati memberi pengaruh yang ketara kepada responden untuk melibatkan diri iaitu dengan 59 peratus. Kenyataan ini disokong dengan statistik berkenaan dengan kursus dan latihan keusahawanan yang pernah diikuti oleh responden iaitu menunjukkan hanya 9 peratus daripada keseluruhan responden pernah mengikuti kursus-kusus dan latihan yang dianjurkan. Jika diteliti mengikut pecahan jenis kursus dan latihan yang pernah diikuti, perniagaan (3 peratus), jahitan (2 peratus) dan masakan, makanan serta asuhan masing-masing dengan satu peratus. Sebagai tambahan, faktor-faktor ini turut disokong dengan kelemahan-kelemahan sediada yang terdapat dalam komuniti terbabit. Ini termasuklah kurangnya sambutan dan sokongan penduduk dengan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012

743

23 peratus, kurangnya inisiatif untuk melibatkan diri (22 peratus), kurangnya komitmen (19 peratus), sikap penduduk (17 peratus) dan kurangnya kefahaman terhadap program keusahawanan (16 peratus). Walaupun nilai peratusan yang ditunjukkan adalah rendah, namun perkara ini dilihat signifikan dan perlu diberi perhatian khusus memandangkan faktor-faktor sampingan ini mempunyai kaitan langsung dengan sikap dan peribadi penduduk serta merupakan hal ehwal dalaman ahli komuniti berkenaan yang mampu diatasi dan ditanggani dengan sebaiknya terutamanya oleh organisasi kepimpinan kampung terbabit dalam usaha untuk menarik minat dan meningkatkan tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan di kawasan kajian. JADUAL 2 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penyertaan Penduduk Dalam Aktiviti Keusahawanan Faktor Mempengaruhi Peratus Sikap penduduk 17 Mentaliti subsidi 5 Sambutan dan sokongan penduduk 23 Kurang kefahaman terhadap program keusahawanan 16 Kurangnya inisiatif untuk melibatkan diri 22 Kurangnya komitmen 19 Birokrasi 6 Modal/ kewangan 71 Perselisihan politik 5 Kursus/ latihan 59 Nilai min bagi menilai faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3 secara keseluruhannya berada pada kategori ‘rendah’ iaitu dengan nilai purata 1.75. Ini menunjukkan bahawa faktor-faktor yang disenaraikan hanya memberi pengaruh yang lemah dalam mempengaruhi tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan. Namun begitu, perhatian perlu diberikan bagi mengatasi segala permasalahan yang ada agar segala halangan dan kekangan yang wujud dapat ditanggani bagi menggalakkan penyertaan penduduk dalam program keusahawanan ini. JADUAL 3 : Min Bagi Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tahap Penyertaan Penduduk Dalam Bidang Keusahawanan Item Soalan Min Interpretasi Sikap penduduk 1.83 Rendah Mentaliti subsidi 1.95 Rendah Kurangnya sambutan dan sokongan penduduk 1.78 Rendah Kurangnya kefahaman terhadap program keusahawanan 1.84 Rendah Kurangnya inisiatif untuk melibatkan diri 1.78 Rendah Kurangnya komitmen 1.81 Rendah Birokrasi 1.94 Rendah Modal/ kewangan 1.29 Rendah Perselisihan politik 1.95 Rendah Kursus dan latihan 1.41 Rendah Hasil analisis korelasi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan penduduk menunjukkan terdapat tiga pembolehubah utama yang dominan dalam mempengaruhi tahap penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan iaitu umur, jantina dan taraf perkahwinan. Analisis korelasi yang dilakukan diantara pembolehubah umur dengan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan penduduk menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan diantara umur dengan tiga faktor utama yang mempengaruhi tahap penyertaan iaitu kurang kefahaman, komitmen dan kursus/ latihan. Selain itu, turut terdapat perkaitan yang signifikan pembolehubah jantina dengan faktor kurang inisiatif manakala pembolehubah taraf perkahwinan pula mempunyai perkaitan yang signifikan dengan faktor modal/ kewangan serta kursus/ latihan.

744

Azlizan Talib, Hamzah Jusoh

JADUAL 4 : Analisis Spearman’s rho diantara Pembolehubah Umur Dengan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Penyertaan Penduduk Dalam Bidang Keusahawanan Faktor-faktor Nilai r Nilai p Kurang kefahaman 0.149* 0.031 Komitmen 0.196** 0.005 Kursus/ latihan 0.187** 0.007 *. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed). **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed). Jadual 4 menunjukkan secara keseluruhannya bahawa terdapat perhubungan yang signifikan diantara pembolehubah umur dengan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan penduduk iaitu kurang kefahaman, kurangnya komitmen dan kursus/ latihan. Nilai r bagi pembolehubah umur dengan faktor kurangnya kefahaman terhadap program keusahawanan adalah 0.149, komitmen (0.196) serta kursus/ latihan (0.187). Oleh itu, ini membuktikan bahawa pembolehubah-pembolehubah ini mempunyai hubungan positif yang rendah. Selain itu, hasil analisis juga menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan diantara pembolehubah umur dengan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan penduduk iaitu kurang kefahaman, kurangnya komitmen dan kursus/ latihan dimana nilai signifikannya adalah 0.031 bagi faktor kurang kefahaman, 0.005 untuk faktor kurangnya komitmen serta 0.007 untuk faktor kursus/ latihan. Nilai-nilai ini adalah lebih kecil daripada aras keyakinan yang ditetapkan iaitu p

Suggest Documents