PENERIMAAN LAYANAN EMOSI ANAK YATIM DI RUMAH PERLINDUNGAN: KAJIAN DI WISMA YATIM PEREMPUAN ISLAM, PULAU PINANG

478 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilizati...
Author: Deirdre Willis
151 downloads 2 Views 405KB Size
478 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

PENERIMAAN LAYANAN EMOSI ANAK YATIM DI RUMAH PERLINDUNGAN: KAJIAN DI WISMA YATIM PEREMPUAN ISLAM, PULAU PINANG Farah Syazrah Mohd Ghazalli1, Muhammad Fadhil Nurdin2 & Norizan Abdul Ghani3 1,3 Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia. 2 Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia. [email protected] [email protected] [email protected]

Abstrak Anak yatim yang ditempatkan di rumah perlindungan cenderung mengalami kemurungan lantaran baru kehilangan ibu bapa atau salah seorang daripadanya. Layanan yang sering diterima oleh anak yatim di rumah perlindungan lebih tertumpu kepada aspek material seperti sumbangan kewangan, keperluan harian serta makanan. Kajian ini dilakukan untuk melihat layanan emosi yang diterima oleh anak yatim di rumah perlindungan menerusi aspek perkongsian masalah dan hubungan antara anak yatim dengan kakitangan di rumah perlindungan. Kajian menggunakan kaedah kualitatif dan data diperoleh daripada temu bual yang dilakukan ke atas 10 orang responden yang tinggal di Wisma Yatim Islam Perempuan, Pulau Pinang. Hasil kajian mendapati kesemua responden mempunyai hubungan yang baik dengan kakitangan tetapi tidak semua dapat berkongsi masalah bersama kakitangan disebabkan jumlah penghuni yang ramai berbanding kakitangan. Layanan emosi kepada anak yatim sangat penting kerana sedang melalui fasa penting dalam tempoh pembesaran kanak-kanak. Persekitaran yang positif mampu membantu anak yatim melalui kehidupan seperti kanak-kanak yang mempunyai keluarga lain. Kata kunci: layanan emosi, anak yatim, Wisma Yatim Islam Perempuan.

1.

PENGENALAN Layanan yang diberikan kepada anak yatim di rumah perlindungan lebih tertumpu pada layanan berbentuk fizikal dan material. Layanan bentuk ini lebih cenderung diberikan oleh orang ramai berdasarkan komitmen dan masa. Anak yatim ini cenderung mengalami kemurungan akibat kehilangan ibu, bapa atau keduaduanya dan diletakkan di institusi yang berlainan dengan suasana rumah. keadaan ini harus ditangani dengan baik agar kemurungan ini dapat diatasi dan perkembangan kanak-kanak tidak terjejas. Oleh yang demikian, kajian dilakukan untuk melihat penerimaan layanan emosi oleh anak yatim daripada kakitangan rumah perlindungan. 2.

TINJAUAN LITERATUR Howard, Matinhure, McCurdy dan Johnson (2009) mengatakan perhatian dari sudut sokongan emosi serta pemulihan daripada kesedihan kurang diberi penekanan dalam program-program pembangunan kesihatan anak yatim. Anak yatim yang kehilangan kedua-dua ibu bapa merasa terpinggir, kurang sokongan dan mengalami perubahan peribadi sementara anak yatim yang berumur bawah 13 tahun pula

479 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

mengalami kesukaran pada tahap yang tinggi. Sengendo dan Nambi (1997) mengatakan merasa kehilangan, putus asa, marah, murung serta gagal meneruskan persekolahan merupakan impak negatif yang berlaku dalam kalangan anak yatim kehilangan ibu atau bapa. Cluver dan Gardner (2006) pula mengatakan sistem sokongan kepada anak yatim yang lemah berlaku kerana kanak-kanak ini dijaga oleh datuk, nenek, keluarga angkat yang tidak mempunyai pertalian keluarga atau dibiarkan tanpa penjaga. Kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa memerlukan sokongan untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Justeru, kegagalan institusi dan program mengisi keperluan ini menyebabkan anakanak yatim ini terus terabai dari sudut psiko-sosialnya. Perbincangan tentang pengisian dalam pembinaan diri kanak-kanak di rumah perlindungan menurut Collings dan Davies (2008) perlu mengambil kira dua aspek iaitu isu anak yatim yang perlu diselamatkan dan hak individu kanak-kanak tersebut. Hak anak yatim menjelaskan penempatan seseorang anak yatim itu haruslah bergantung kepada keperluan seperti keperluan makanan, perlindungan serta pendidikan yang sepatutnya di mana semua itu boleh didapati di institusi penjagaan. Sementara hak individu kanak-kanak adalah berada dekat dengan ahli keluarga atau persekitaran yang selesa bagi kanak-kanak tersebut. Menurut Wolf dan Fesseha (1998), kaedah pengurusan institusi rumah anak yatim boleh mempengaruhi perkembangan kesihatan mental dan kognitif anak yatim. Institusi yang melibatkan semua kakitangan dalam membuat keputusan mempengaruhi kanak-kanak menjadi berdikari dan kurang stress kerana boleh berinteraksi secara terus dengan kakitangan berbanding institusi yang hanya bergantung kepada pentadbir untuk membuat keputusan dalam rutin harian. Institusi penjagaan anak yatim merupakan satu bentuk perlindungan memerlukan kakitangan bersama-sama memikul tanggungjawab menyediakan persekitaran yang selamat, peka, dan mempunyai hubungan langsung bagi menjamin keperluan emosi dan perkembangan psikososial yang lebih berkesan. Rasional penglibatan kesemua kakitangan disokong oleh Castillo, Sarver, Bettmann, Mortensen dan Akuoko (2012) di mana kakitangan di institusi perlindungan anak yatim peka dengan kelemahan dan kekurangan institusi mereka dalam menyediakan keperluan asas yang diperlukan oleh anak yatim. Umumnya kakitangan menyedari peranan yang dimainkan sebagai pengganti ibu bapa, kepentingan penyediaan asas dan layanan emosi yang lebih rapat tetapi terdapat beberapa faktor yang menjadi halangan kepada perkara tersebut. 3. OBJEKTIF Kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif-objektif berikut: i. Mengenal pasti bentuk perkongsian masalah dalam kalangan anak yatim bagi mengatasi kesedihan dan kesulitan menguruskan kehidupan seharian. ii. Mengenal pasti bentuk hubungan penghuni anak yatim dengan kakitangan di rumah perlindungan. 4.

METODOLOGI Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan reka bentuk adalah kajian kes. Kajian kes menumpukan pengumpulan dan pembentangan maklumat secara terperinci berkaitan sebuah kes (Bryman 2012). Kajian ini lebih menekankan aspek penerokaan dan penerangan berbanding generalisasi dan hubungkait. Data dikumpul

480 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

menggunakan kaedah temu bual, temu bual ikut serta pemerhatian berkaitan pengalaman, dan kefahaman tentang sesuatu isu yang berkaitan dengan kajian (Bryman 2012). Temu bual dilakukan dengan soalan separa struktur untuk mendapat data yang dikaitkan dengan kajian. Responden pula terdiri daripada 10 orang anak yatim daripada pelbagai latar belakang dan berusia antara tujuh (7) hingga tujuh belas (17) tahun di Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang. Pemilihan responden berdasarkan kaedah pemilihan sampel bertujuan di mana responden dipilih berdasarkan kemampuan responden memberi maklumat kepada pengkaji (Matthews & Ross 2010). Analisis data pula menurut Miles dan Huberman (1992) di dalam Agusta (2003) mengatakan terdapat tiga tahap iaitu pengelasan data, pembentangan data serta kesimpulan. Data yang diperoleh dikelaskan mengikut tema-tema jawapan, dibentangkan mengikut dalam bentuk susunan yang boleh difahami dan akhirnya dianalisis secara deskriptif. 5.

DAPATAN KAJIAN Layanan emosi merupakan perhatian dari sudut emosi yang di terima oleh penghuni di rumah anak yatim. Layanan emosi yang dimaksudkan adalah tempat berkongsi masalah oleh penghuni serta bentuk hubungan antara kakitangan dan penghuni. 5.1 Berkongsi Masalah Penghuni terutama kanak-kanak pada usia yang muda terpaksa belajar berdikari untuk menguruskan diri mengalami masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rutin yang baru. Kesannya, wujud konflik yang menghalang peranan diri dimainkan sebaik mungkin. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Responden Responden 4 Responden 6 Responden 7 Responden 8 Responden 9 Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 5 Responden 10

Umur Cara Perkongsian Masalah 11 tahun 13 tahun Berkongsi masalah dengan kakitangan 14 tahun Wisma dan rakan penghuni 15 tahun 16 tahun 7 tahun Berkongsi dengan kakitangan Wisma 9 tahun 10 tahun Berkongsi masalah dengan rakan 12 tahun penghuni Wisma 17 tahun Jadual 1: Cara Perkongsian Masalah

Berdasarkan jadual 1, semua responden ditanya mengenai individu yang cenderung untuk di kongsi masalah, seramai lima orang atau 50% iaitu R4, R6, R7, R8 dan R9 memberitahu mereka berkongsi masalah dengan kedua-dua kakitangan Wisma dan rakan lain. Penghuni cenderung bercerita masalah dengan rakan-rakan baik juga kakitangan yang paling hampir dan kerap berurusan dengan penghuni. Kebanyakan penghuni mempunyai rakan karib atau disebut sebagai yang “geng". Ramai daripada penghuni ini mempunyai geng dengan nama gelaran tertentu dan tidak menjadi ahli kepada geng lain dan. Geng inilah sering kali menjadi tempat berkongsi dan menyelesaikan masalah bersama. Selain geng, penghuni wisma juga

481 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

mempunyai kakak angkat dan adik angkat. Kakak dan adik angkat ini berperanan saling membantu jika adanya masalah atau pun sebagai tempat untuk mengadu. Hal ini diakui oleh responden 4 (R4) di mana beliau akan bercerita masalahnya dengan kakak angkatnya terlebih dahulu berbanding kakak kandungnya kerana kakaknya disifatkan sebagai garang. Selain kakak angkat, R4 juga bercerita masalahnya kepada geng dan juga seorang kakitangan yang paling hampir dengannya. Responden 6 (R6) pula pada awalnya selesa mendiamkan masalah, kemudian memilih untuk berkongsi masalah dengan rakan atau geng dan ia diakui memberikan kelegaan. Berkongsi masalah dengan kakitangan adalah pilihan terakhir dan hanya memilih kakitangan tertentu sahaja kerana faktor malu. Responden 7 (R7) pula memilih kakitangan terlebih dahulu berbanding dengan rakan-rakannya jika melibatkan pertikaian dengan rakan lain. Selain itu, R7 juga mempunyai rakan untuk dikongsi bersama masalah. Responden 8 (R8) pula menyatakan pada awalnya beliau lebih selesa berkongsi masalah dengan rakan penghuni yang lebih tua dan mempunyai jawatan di dalam organisasi penghuni seperti ketua keseluruhan mahupun biro-biro tertentu. Apabila hubungan bersama biro tersebut semakin renggang, R8 memilih untuk berkongsi masalah dengan kakitangan. Walau bagaimanapun, R8 memilih untuk bercerita dalam masalahmasalah tertentu kerana lebih suka menyimpan sendiri masalahnya. Temu bual pengkaji bersama-sama responden 9 (R9) mendapati responden pada awalnya memilih untuk berkongsi masalah bersama rakan penghuni yang lebih tua dan di panggil kakak. Namun, apabila kakak tersebut tidak lagi tinggal di wisma, R9 berkongsi masalah bersama kakitangan. Sementara itu, seorang atau 10% mengakui hanya menceritakan masalahnya hanya pada kakitangan wisma. Responden 1 (R1) berusia tujuh tahun, suka memendamkan masalahnya dan jika perlu beliau akan menceritakan masalah kepada kakitangan dan selalunya berkaitan masalah kesihatan. Selain kakitangan, R1 ada menceritakan masalahnya dengan rakan di sekolah dan bukan dalam kalangan penghuni Wisma. Empat orang responden atau 40% mengakui hanya berkongsi masalah dengan rakan-rakan dalam kalangan penghuni sahaja. Responden 2 (R2) juga menolak untuk berkongsi masalah dengan kakitangan lain kerana hubungan yang tidak rapat. Responden 3 (R3) pula hanya berkongsi masalah dengan seorang rakan baik dan kadangkala membiarkan sahaja masalah tersebut. Responden 5 (R5) pula selesa berkongsi masalah dengan rakan baiknya, rakan sebaya umur atau kakak kandung yang turut sama tinggal di Wisma. R5 menolak untuk berkongsi masalah dengan kakitangan oleh kerana rasa takut untuk berkongsi masalah. Bagi responden 10 (R10) berkongsi masalah hanya dengan rakan baiknya sahaja dan tidak pernah berkongsi sebarang masalah dengan kakitangan Wisma. Alasan R10 tidak pernah berkongsi dengan kakitangan adalah kerana bimbang mempunyai pandangan yang berbeza. Secara ringkasnya, tiga pola perkongsian masalah dalam kalangan responden dikenal pasti iaitu berkongsi bersama rakan sahaja, berkongsi dengan kakitangan sahaja dan berkongsi dengan rakan dan kakitangan. Kecenderungan memilih individu untuk berkongsi perasaan dan masalah adalah bergantung kepada hubungan rapat serta keselesaan penghuni. Ringkasnya, pecahan tersebut dapat dilihat dalam carta di bawah.

482 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

Cara Perkongsian Masalah Kakitangan 10%

Rakan dan kakitangan 50%

Rakan Penghuni 40%

Carta 1: Pecahan Mengikut Peratusan Cara Perkongsian Masalah 5.2 Hubungan Antara Penghuni dan Kakitangan Hubungan antara kakitangan dengan penghuni adalah penting bagi memastikan komunikasi yang berkesan berjalan dengan lancar. Hubungan antara kakitangan dengan penghuni adalah baik di mana sembilan daripada 10 responden atau 90% mengakui mempunyai hubungan yang baik dengan kakitangan. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Responden Umur Bentuk Hubungan Responden 1 7 tahun Responden 2 9 tahun Responden 3 10 tahun Responden 5 12 tahun baik, erat dan mesra Responden 6 13 tahun Responden 7 14 tahun Responden 8 15 tahun Responden 9 16 tahun Responden 10 17 tahun Responden 4 11 tahun tidak erat Jadual 2: Bentuk Hubungan Responden dengan Kakitangan

Berdasarkan jadual 2, R1 mengatakan beliau menyukai kakitangan di Wisma kerana merasakan kakitangan tidak garang, melayan beliau dengan baik dan terdapat kakitangan yang mempelawanya untuk datang berkongsi jika mempunyai sebarang permasalahan tanpa mengira masa. Bagi R2 dan R3 pula, semua kakitangan mengambil berat, tidak pernah menghampakan permintaan dan perhatian yang diberikan telah mencukupi. R3 Beliau menyukai cara layanan mesra kakitangan yang selalu berbual dan bergurau di masa-masa lapang. hal yang sama diakui oleh kedua-dua R5 dan R6 di mana mereka tidak pernah diabaikan oleh kakitangan, tetapi perhatian yang diperoleh tidak sama dengan perhatian yang diperoleh semasa bersama keluarga dahulu. walaupun begitu, R6 yang mempunyai hubungan baik dengan kakitangan merasa seronok dengan perhatian yang diberikan dan

483 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

mengharapkan bentuk hubungan antara kakitangan dengan penghuni mestilah dalam bentuk yang tidak formal. Manakala R8 pula mengatakan kakitangan telah memberi perhatian kepada beliau jika terdapat masalah seperti sakit, masalah persekolahan, motivasi serta masalah lain. R8 juga mengatakan beliau memahami kesibukan dan kekurangan kakitangan di wisma oleh itu, beliau akan berurusan apabila perlu sahaja. R9 pula memaklumkan kakitangan yang bersikap memahami dan mengambil berat apabila beliau mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan sekolah baru sewaktu mula tinggal di Wisma. R9 tidak mengharapkan apa-apa layanan istimewa daripada kakitangan kerana penjagaan keperluan asas yang diberikan sudah mencukupi. R10 dalam temu bual mengakui rapat dengan kakitangan tertentu dan menyifatkan layanan dan hubungan kakitangan kini lebih mesra dan menggunakan pendekatan yang boleh diterima penghuni berbanding kakitangan terdahulu yang lebih tegas dan tidak mesra. R10 juga mengatakan kakitangan kini telah banyak mengubah suasana Wisma di samping menggunakan pelbagai pendekatan untuk mendidik. Selain itu, R10 turut memaklumkan kepada pengkaji sekiranya terdapat kakitangan yang menyedari beliau mempunyai masalah, kakitangan tersebut menghantar sistem kiriman ringkas (SMS) kepada beliau bertanya masalah. Walau bagaimanapun, terdapat 10% atau seorang penghuni menyatakan hubungan yang kurang akrab dengan salah seorang kakitangan di Wisma di mana kakitangan tersebut sering memberikan alasan apabila R4 meminta bantuan selain sukar membuat keputusan jika dirujuk tentang satu-satu perkara. Walau bagaimanapun, menurut R4 terdapat kakitangan yang bertemu secara berkumpulan biasanya mengikut kawan-kawan. R4 menyatakan bahawa beliau tidak suka apabila ada kakitangan sekadar berbual jika beliau tidak mempunyai sebarang masalah. Hubungan responden bersama kakitangan boleh dibahagikan kepada dua bentuk hubungan iaitu baik dan juga tidak rapat. Hubungan antara responden dengan kakitangan dipengaruhi oleh hubungan dan layanan yang diterima oleh penghuni. Ringkasnya, pecahan bentuk hubungan dapat dilihat dalam carta di bawah.

484 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

Bentuk Hubungan Responden hubungan kurang rapat 10%

hubungan baik 90%

Carta 2: Pecahan Mengikut Peratusan Bentuk Hubungan antara Responden dengan Kakitangan 5.3 Perbincangan Kecenderungan memilih individu untuk berkongsi masalah bergantung pada hubungan antara penghuni dengan kakitangan. Hubungan ini adalah salah satu bentuk interaksi sosial, di mana menurut Teori Pembangunan Sosial oleh Vygotsky (1896-1934) interaksi sosial merupakan asas kepada pembentukan kognitif penghuni Wisma Yatim ini. Pada peringkat individu, pembentukan kognitif anak yatim berlaku apabila penghuni berkongsi masalah dan berusaha mencari penyelesaian masalah tersebut menerusi interaksi dengan diri sendiri seperti memendam, mengelak daripada memikirkan permasalahan, dan berusaha menyelesaikan sendiri tanpa bantuan daripada orang lain merupakan pembelajaran kepada diri penghuni Wisma Yatim untuk berdikari dan menyelesaikan masalah sendiri (Mcleod 2007). Pada peringkat sosial pula, perkongsian masalah bersama penghuni lain atau kakitangan memberikan kanak-kanak input baru yang tidak difikirkan sebelum ini. Menerusi pemerhatian, pembelajaran dan pertukaran maklumat, penghuni ini mampu membentuk konsep kendiri yang tinggi dan mempertingkatkan keyakinan diri dalam kehidupan seharian. Interaksi sosial ini membantu membina kemahiran dan kebolehan responden menerusi persekitaran saling membantu sekali gus membolehkan anak yatim merasa lebih terjamin seperti dinyatakan oleh Myers dan Rittner (2008), pengalaman positif yang dialami oleh para penghuni semasa tinggal rumah anak yatim akan meningkatkan keyakinan dan mendorong bekas penghuni ini menikmati kehidupan yang berjaya sama seperti individu yang membesar dengan ibu bapa. Secara ringkasnya, kesemua responden memilih untuk berkongsi masalah berbanding memendam sendiri. Perkongsian ini ditambah dengan maklum balas yang positif daripada individu tersebut seperti mendengar, menasihati, menyelesaikan mahupun berkongsi pengalaman membolehkan responden berasa dihargai dan berpeluang untuk meluahkan perasaan. Hal ini sangat penting oleh

485 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

kerana anak-anak yatim ini berada pada tahap pembentukan kognitif dan memerlukan sokongan bagi membolehkan tekanan yang dialami ditangani dengan baik. Bentuk hubungan ini berasaskan daripada Teori ekologi sosial oleh Bronfenbrenner (1979), adalah hubungan manusia dengan persekitaran yang bersifat timbal balik di mana manusia dan persekitaran saling mengubah. Hubungan yang baik antara responden dengan kakitangan membolehkan responden berkomunikasi secara langsung dan merujuk jika mempunyai sebarang permasalahan semasa tinggal di wisma. Hal ini bertepatan dengan kajian oleh Cluver dan Gardner (2006) telah membincangkan peranan institusi penjagaan anak yatim sebagai sistem sokongan kepada kanak-kanak menghadapi trauma kehilangan ibu bapa serta kesukaran meneruskan kehidupan harian. Hubungan yang baik atau renggang antara kakitangan dan responden adalah dibentuk oleh layanan yang diberikan oleh kakitangan. Hubungan yang harmoni adalah penting oleh kerana pergantungan antara satu sama lain serta kekerapan bertemu dalam kehidupan seharian. Selain itu, hubungan yang baik juga boleh mendorong mewujudkan persekitaran yang menyeronokkan dan memberangsangkan bagi pembesaran dan perkembangan penghuni di Wisma. KESIMPULAN Bentuk hubungan antara kakitangan dengan penghuni yang mesra dan erat membolehkan penghuni berkongsi perasaan dan berbincang mengenai permasalahan yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Kesediaan kakitangan untuk memberi perhatian dan membantu menyelesaikan masalah telah meletakkan perasaan dihargai dan dilindungi dalam kalangan penghuni. Asasnya, bentuk hubungan yang akrab dan terbuka membina keselesaan kepada penghuni untuk meluah dan berbincang tentang permasalahan yang dihadapi. Persekitaran yang baik ini memberi kesan positif kepada perkembangan emosi anak yatim supaya mampu menjalani hidup seperti kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa lain.

RUJUKAN Agusta, I. (2003). Teknik pengumpulan data dan analisis data kualitatif. Dicapai daripada carian http://ivanagusta.files.wordpress.com/2009/04/ivanpengumpulan-analisis-data-kualitatif.pdf. Bogdan, R and Taylor S.J. (1995). Introduction to Qualitative Research Method. New York: J. Wiley. Bryman, A. (2012). Social Research Methods 4th edition. New York: Oxford University Press Inc. Castillo, J.T., Sarver, C.M., Bettmann, J.E., Mortensen, J. & Akuoko, K. (2012). Orphanage Caregiver’s Perceptions: The Impact of Organizational Factors on the Provision of Services to Orphans in the Ashanti Region of Ghana. Journal of Children and Poverty, 18:2, v0l.18, No.2 September 2012, 141-160. Cluver, L. & Gardner, F. (2006). The Psychosocial Well Being of ChildrenOrphaned by AIDS in Cape Town, South Africa. Journal of Annals of General Psychiatry 2006, 5:8.

486 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

Collings, S. & Davies, L. (2008). For the Sake of the Children’: Making Sense of Children and Childhood in the Context of Child Protection. Journal of Social Work Practice: Psychotherapeutic approaches in Health, Welfare and the Community, 22:2, 181-193. Howard, B., Matinhure, N., McCurdy, S.A., & Johnson, C.A. (2006). Psychosocial Disadvantage: Preparing, Grieving, Remembrance and Recovery for Orphan in Eastern Zimbabwe. African Journal of AIDS Research, 5:1, 71-83. Mcleod, S. (2007). Lev Vygotsky. Dicapai daripada carian http://www. simplypsychology.org/vygotsky.html. Myers, Laura L. & Rittner, B. (2001). Adult Psychosocial Functioning of children Raised in an Orphanage. Journal of Residential Treatment for Children and Youth, 18:4, 3-21. Sengendo, J. & Nimbi, J. (1997). The Psychological Effect Orphanhood: A Study of Orphan in Rakai District. Journal of Health Transition Review, Supplement to, 7, 1997,105-124. Social Development Theory (L. Vygotsky). Dicapai daripada carian http://www.innstrucitionaldesign.org/theories/social-development.html. Social Development Theory (L. Vygotsky). Dicapai daripada carian http://www.learning-theories.com/vygotsky-social-learning-theory.html. Wolf, P.H. (1998). The Orphans of Eritea: Are Orphanages Part of the Problem or Part of Solution?, Am J Psychiatry 1998: 155: 1319-1324.

Suggest Documents