WAO juga ingin memberi penghargaan kepada individu dan organisasi berikut:

WAO BM.indd 1 11/5/08 11:05:43 AM WAO BM.indd 2 11/5/08 11:05:43 AM WAO BM.indd 1 11/5/08 11:05:43 AM Pertubuhan Pertolongan Wanita Edisi Per...
13 downloads 0 Views 5MB Size
WAO BM.indd 1

11/5/08 11:05:43 AM

WAO BM.indd 2

11/5/08 11:05:43 AM

WAO BM.indd 1

11/5/08 11:05:43 AM

Pertubuhan Pertolongan Wanita Edisi Pertama 2008 ISBN: 978-983-40325-4-8 Diterbitkan oleh: Pertubuhan Pertolongan Wanita P. O Box 493, Jalan Sultan, 46760 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia Tel: 603 79575636 Faks: 603 79563237 Talian Kaunseling: 603 79563488 E-mel: [email protected] Laman Web: www.wao.org.my

Ucapan ribuan terima kasih diberikan kepada Kedutaan Finland, Kuala Lumpur yang bermurah hati membiayai projek ini dan kami terutamanya terhutang budi kepada En. Jaakko Lehtovirta atas sokongan beliau. WAO juga ingin memberi penghargaan kepada individu dan organisasi berikut: • Sister Radhi Devi, Klinik LPPKN Shah Alam • Jururawat Senelia, Klinik Nur Sejahtera, LPPKN Kuala Lumpur • Dr. Razila Farra bt. Razali • Dr. Roshan • Dr. S. P. Choong, Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia • Cik Chin Oy Sim, Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia • Asian-Pacific Resource & Research Centre for Women (ARROW) • Persekutuan Persatuan-Persatuan Perancangan Keluarga, Malaysia (FFPAM) (Federation of Family Planning Associations, Malaysia)

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Love Box dan SSL Healthcare Malaysia Sdn Bhd bagi sumbangan bekalan kondom. Akhir sekali, kami ingin merakamkan penghargaan istimewa kepada para wanita di WAO yang sudi berkongsi pengalaman peribadi mereka semasa perbincangan kumpulan fokus.

Diselidik dan ditulis oleh Rozana Isa Grafik oleh Farida Cheryl Faizal Reka bentuk oleh Michael Voon Diselaras, dikonsepsi dan disunting oleh Ivy Josiah Sumbangan utama daripada Shoba Aiyar, Jessie Ang, Nazlina Abdul Ghani, Wong Su Zane, Siti Salina Shamsudin, Normah Mohd. Nor dan Jac sm Kee Pembaca: Vizla Kumaresan dan Meera Samanther

WAO BM.indd 2

11/5/08 11:05:44 AM

KANDUNGAN Pengantara

1

Badan Anda, Milik Anda Sayangi Badan Anda Nikmati Badan Anda Kenali Badan Anda Mengetahui organ seks dan organ pembiakan anda Apakah yang berlaku ketika anda melakukan hubungan seks?

2 3 4 5 5 6

Soalan-Soalan Sebelum Anda Membuat Pilihan Adakah saya inginkan anak? Adakah saya ingin menjadi seorang ibu? Saya inginkan anak tetapi berapa ramai dan apa jarak umur antara mereka? Bagaimanakah saya tahu kaedah perancangan keluarga yang sesuai untuk saya? Siapakah yang boleh memberikan maklumat lanjut kepada saya?

7 7 7

AWAS! Jangkitan Penyakit Kelamin dan HIV/AIDS Kaedah Perancangan Keluarga Pil Suntikan Implan Alat Dalam Rahim (IUD) Kondom Kondom Perempuan Diafragma atau Penutup Serviks, dengan Spermisid Kaedah Semulajadi Kaedah Ritma (Kalendar) Kaedah Lelehan Faraj Suhu Badan Basal (BBT) Kaedah Pembedahan Vasektomi (Pemandulan Lelaki) Pengikatan tiub bilateral (Pemandulan Wanita) Kontraseptif Kecemasan (Kaedah selepas persetubuhan) Pengguguran Anak Menahan Diri (“Abstinence”)

9 9 11 11 12 13 14 15 16 17 18 18 20 21 22 22 23 24 25 26

Untuk Maklumat Lanjut Rujukan

27 35

WAO BM.indd 1

7 8 8

11/5/08 11:05:44 AM

WAO BM.indd 2

11/5/08 11:05:45 AM

Pengantara Pilih untuk Selamat ditulis bertujuan memberi maklumat berdasarkan kenyataan tentang pemilihan perancangan keluarga dalam konteks realiti kaum wanita, terutamanya realiti seperti keganasan rumah tangga. Wanita-wanita yang meminta perlindungan daripada WAO masing-masing mempunyai tahap kesedaran dan pengetahuan yang berbeza tentang perancangan keluarga. Walaupun dengan pengetahuan dan maklumat sebegitu, pemilihan kaedah perancangan keluarga amat sukar dibuat jika seseorang wanita itu berada dalam situasi keganasan rumah tangga. Keganasan rumah tangga berlaku disebabkan dinamik kuasa dalam sesuatu perhubungan antara dua insan di mana seorang dianggap lebih berkuasa daripada yang seorang lagi. Ini bukannya perhubungan yang sama rata. Kebanyakan wanita yang berada dalam situasi keganasan rumah tangga hampir tidak ada hak bersuara (atau kuasa berunding) dalam perhubungan seksual, dan ramai yang dipaksa melakukan perhubungan seksual setelah didera suami atau pasangan mereka. Dalam kejadian begini, besar kemungkinan seks berlaku tanpa sebarang perlindungan dan akan mengakibatkan kehamilan yang tidak dirancang. Malahan, terdapat juga kejadian di mana isteri atau teman wanita kemudiannya dijangkiti penyakit kelamin ataupun HIV/AIDS akibat paksaan seks tanpa perlindungan. Selain daripada senario keganasan rumah tangga, di peringkat kebangsaan, sebahagian besar kaum wanita di Malaysia secara amnya tidak tahu tentang hak seksual dan reproduktif mereka. Pada tahun 1994, 54% wanita sudah berkahwin mengguna kontraseptif . Pada tahun 2004, angka ini menurun kepada 51% di mana hanya 33% mengguna kaedah moden seperti pil, “IUD” dan kondom. Jika dibandingkan, Thailand, Vietnam and China, kadar penggunaan kontraseptif di kalangan wanita sudah berkahwin adalah di antara 70% - 80%.1 Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan WAO kepada wanita, pekerja sosial meneruskan usaha mereka untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelanggan mereka tentang hak-hak wanita, termasuk hak untuk bebas daripada keganasan dan hak dalam sesuatu perkahwinan. Isu tentang perancangan keluarga amat penting dalam perbincangan ini. Kerjasama antara pekerja sosial dan pelanggan mereka inilah yang telah melahirkan konsep untuk kit “Pilih untuk Selamat” ini. Risalah ini bukan sekadar teks sahaja, malah turut memberi contoh visual tentang pelbagai kaedah perancangan keluarga dan melahirkan buku yang menarik, komprehensif dan mudah digunakan sebagai rujukan bagi mereka yang bakal menggunakannya, misalnya: • Pekerja sosial yang bekerja dengan wanita, terutamanya mereka yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, • Wanita yang datang ke WAO untuk perlindungan, bekas penghuni WAO dan wanita yang datang untuk kaunseling bersemuka, • Organisasi yang memberi perkhidmatan kaunseling dan perlindungan kepada wanita. Kami berharap risalah Pilih untuk Selamat dapat memperkukuhkan lagi prinsip bahawa setiap wanita mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat dan hak untuk membuat pilihan. Pertubuhan Pertolongan Wanita ______________________ 1 Ringkasan Maklumat – “Speaking Out On Malaysian Women’s Access To Contraception And Abortion Services”. Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM) 1

WAO BM.indd 1

11/5/08 11:05:45 AM

Badan Anda, Milik Anda Saya rasa suami saya tidur dengan perempuan lain. Nak saya tinggalkan dia, tapi apakan daya bila memikirkan anak-anak. Kami masih lagi tidur bersama tetapi saya rasa seperti terperangkap dan tak tahu bagaimana nak menyuruh dia menggunakan kondom. Apa yang saya tahu, saya tak mahu dijangkiti apa-apa penyakit, tak mahu mengandung, lagipun kami cuma mampu ada 2 orang anak saja.

Saya pun takut nak bercakap dengan suami pasal kondom. Saya baru saja melahirkan anak ketiga dan tak mahu mengandung terlalu awal. Awak tahu apa saya buat, saya beli kondom dan letakkan di tepi katil dan cakap, “Mari saya pakaikan untuk abang!”

Suami saya suruh saya makan pil perancang kalau saya tak mahu mengandung.

Awak patut beritahu dia yang pil perancang cuma mencegah kehamilan. Kondom pula dapat mencegah kehamilan dan juga melindungi awak daripada penyakit. Kalau abang sayangkan saya dan anak-anak, abang patut ambil berat tentang kesihatan saya juga.

Pada tahun 2007, 745 orang wanita dijangkiti HIV, 193 orang wanita disahkan mengidap AIDS manakala 131 orang wanita lagi mati disebabkan AIDS. Kebanyakan wanita ini dijangkiti penyakit ini daripada suami mereka. Cara yang senang dan murah untuk melindungi diri adalah melalui penggunaan kondom. Anda mempunyai hak untuk melindungi dan menjaga kesihatan serta kesejahteraan diri anda.

2

WAO BM.indd 2

11/5/08 11:05:47 AM

Sayangi Badan Anda Saya benci buah dada saya yang leper dan pinggul yang sangat besar ni. Suami dan anak-anak selalu mengejek saya gemuk. Tau apa kata mereka? “Jangan banyak melompat, nanti gempa bumi pulak!”.

Awak sihat, ada badan yang menarik, boleh melahirkan anak, awak juga bijak dan kawan yang baik.

Eh, tak ke badan suami awak pun besar juga? Perut buncit dan kepala pun dah mula botak, kan? Tapi awak masih juga sayangkan dia dan boleh terima dia seadanya.

Betul tu, saya patut dilayan dengan baik; saya akan sayangkan badan ini, luar dan dalam walaupun orang lain tidak.

Kita perlu menghormati dan menyayangi diri kita dulu, barulah orang lain akan turut sama menghormati dan menyayangi kita, tanpa memandang rupa. Tidak salah jika anda inginkan badan yang lebih sihat, langsing dan kuat. Lakukannya kerana anda menyayangi dan bukannya membenci badan anda.

3

WAO BM.indd 3

11/5/08 11:05:48 AM

Nikmati Badan Anda Terukkah saya jika saya berkata yang saya suka seks, seronok disentuh, dibelai?

Sudah tentu tidak. Kita wanita bukan saja buat anak; kita pun ada nafsu dan ada hak untuk menikmati seks.

Saya segan dan malu nak cakap pasal puaskan diri sendiri, sebab dah biasa anggap lelaki saja yang ada nafsu.

Tak ada apa yang nak dimalukan, kita suka lakukan apa yang terasa seronok, itu biasalah. Badan kita, kita yang punya dan bukannya orang lain.

Setiap wanita berhak menikmati seks yang selamat dan memuaskan dan keputusan sebegini dibuat mengikut kepercayaan peribadi masing-masing. Jika kita tidak mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam dengan melakukan onani, kita tidak akan tahu apa yang dapat menyeronokkan dan memberi kepuasan dan ini pula akan membuat kita merasa tidak puas dan seolah-olah ada yang kurang setiap kali selepas melakukan hubungan seks.

4

WAO BM.indd 4

11/5/08 11:05:50 AM

Kenali Badan Anda Mengetahui organ seks dan organ pembiakan anda Kita semua pernah menyentuh diri sendiri di “bahagian bawah” sama ada ketika membersihkan diri atau semasa melakukan onani tetapi tahukah kita bagaimana rupa “bahagian bawah” dan apa yang ada di situ? Jangan malu-malu untuk melihat dan meneliti, inikan badan anda. Anda hanya perlukan sebuah cermin kecil dan cahaya terang. Anda boleh duduk, bertinggung atau membongkok dan betulkan kedudukan cermin supaya anda dapat melihat organ seks anda dengan jelas.

Mons Pembukaan salur kencing Pembukaan faraj

Hud klitoris Klitoris Bibir luar Bibir dalam

Perineum Dubur

Hud klitoris Klitoris

5

WAO BM.indd 5

11/5/08 11:05:52 AM

Apakah yang berlaku ketika anda melakukan hubungan seks? Beberapa bahagian badan kita adalah lebih sensitif kepada perangsangan seksual berbanding bahagian lain. Bibir, buah dada, kulit, pangkal leher, paha sebelah dalam merupakan bahagian badan yang sensitif kepada ciuman dan sentuhan dan membuatkan kita merasa tenang dan seronok. Keseronokan seksual boleh membawa kita ke tahap memuncak di mana kita mengalami orgasma atau klimaks. Perangsangan faraj dan klitoris, sama ada dengan menggunakan zakar (penis), jari atau lidah boleh membuatkan seseorang wanita mencapai orgasma. Ia merupakan suatu perasaan yang menyeronokkan, seolah-olah melegakan otot-otot yang tegang, yang datang beralun-alun atau secara tiba-tiba, bermula dari bahagian faraj atau klitoris dan kemudiannya bergetar ke seluruh badan. Selepas orgasma, faraj kita mungkin merasa lebih basah dan lembap daripada biasa. Mengecap kenikmatan dan mencapai orgasma tidak ada kena-mengena dengan badan dan rupa yang sempurna, tetapi lebih bergantung kepada perasaan dan pemikiran kita. Semasa seks, zakar lelaki akan dimasukkan ke dalam faraj. Apabila lelaki mencapai orgasma, dia akan memancutkan air mani yang mengandungi berjuta-juta sperma. Sperma dapat hidup sehingga 48 jam. Seseorang wanita boleh hamil jika melakukan hubungan seks ketika dia sedang subur atau bila berlaku ovulasi (apabila ovari mengeluarkan telur atau ovum). Ovulasi berlaku sebulan sekali dan ovum dapat hidup sehingga 24 jam. Sperma bergerak ke arah rahim dan masuk ke dalam tiub Fallopio untuk bertemu ovum lalu menembusinya. Daripada jutaan sperma yang dilepaskan, hanya satu yang akan berjaya. Ini dikenali sebagai persenyawaan. Setelah disenyawakan, telur itu akan bergerak sepanjang tiub Fallopio Tiub Fallopio dan akan membenam ke dalam lapisan (pelapik) rahim. Lapisan ini menjadi persekitaran untuk telur tersebut membesar. Wanita itu kini sudah mengandung Ovari Ovum atau hamil. Jika ovum tidak disenyawakan, lapisan rahim itu akan gugur apabila tiba masanya dan ketika itulah seseorang wanita akan mengalami haid yang juga dikenali sebagai “datang bulan”.

Serviks Rahim (Uterus)

Faraj

6

WAO BM.indd 6

11/5/08 11:05:54 AM

Soalan-Soalan Sebelum Anda Membuat Pilihan Adakah saya inginkan anak? Kaum wanita boleh membuat pilihan tentang rancangan kehidupan reproduktif mereka; memikirkan sama ada atau seandainya mereka ingin mempunyai seorang atau beberapa orang anak, bilakah masa yang paling sesuai untuk mempunyai anak, bilangan anak yang mereka impikan. Mempunyai anak membawa banyak perubahan dan tuntutan, bukan saja dari aspek fizikal, tetapi juga emosi, psikologi, sosial dan kewangan. Anda harus berbincang dengan suami mengenai bilangan anak yang anda berdua mahukan.

Adakah saya ingin menjadi seorang ibu? Ibu bapa patut berkongsi tanggungjawab dan keseronokan pengalaman membesarkan anak-anak mereka. Kebanyakan wanita bekerja di luar rumah dan selepas sehari suntuk penat bekerja mereka masih dikehendaki membuat kerja-kerja rumah, memasak untuk keluarga dan melayani karenah anak-anak walaupun mereka keletihan. Ramai wanita yang dibebani pelbagai tanggungjawab sebegini kerana kebanyakan suami selalunya tidak mahu turut sama menolong dengan kerja-kerja rumah. Sebahagian besar daripada mereka juga mengharapkan isteri untuk mendidik anak-anak. Oleh sebab wanita terlalu sibuk mengurus aspek fizikal pembesaran anak, mereka tidak mempunyai masa atau tenaga untuk menikmati aspek-aspek lain dalam membesarkan anak-anak. Anda sepatutnya mengharapkan bapa kepada anak-anak anda untuk menolong membesarkan anak-anak dan juga menolong dengan kerja-kerja rumah agar anda dapat berehat dan dapat meluangkan masa yang cukup bersama anak-anak serta keluarga.

Saya inginkan anak tetapi berapa ramai dan apa jarak umur antara mereka? Membuat keputusan sama ada mahukan anak atau tidak belum lagi memadai, anda juga perlu menentukan bilangan anak dan jarak umur antara mereka. Menjadi hamil sekali lagi tidak lama selepas melahirkan anak akan menyebabkan ibu tidak mendapat masa yang cukup untuk menambah kembali khasiat dalam badannya. Jarak antara dua kehamilan yang dinasihatkan adalah sekurang-kurangnya 18 bulan. Jika seseorang ibu yang masih menyusu menjadi hamil sekali lagi, dia memerlukan pemakanan yang lebih untuk anak yang dikandung dan juga anak yang masih disusukan. Pemakanan yang cukup akan memastikan tumbesaran dan kesihatan anak yang bakal lahir tidak terganggu. 7

WAO BM.indd 7

11/5/08 11:05:55 AM

Kesihatan seseorang ibu paling diutamakan. Para ibu harus menjalani pemeriksaan kesihatan yang tetap sebelum dan selepas kehamilan. Para bapa juga harus sentiasa berada di samping pasangannya semasa berjumpa doktor dan melibatkan diri dalam setiap peringkat kehamilan.

Bagaimanakah saya tahu kaedah perancangan keluarga yang sesuai untuk saya? Beberapa soalan yang perlu diberi pertimbangan: • Kekal atau sementara? • Adakah anda merancang untuk mempunyai anak dalam jangka masa yang pendek atau panjang? • Dengan cara mengambil ubat makan atau dimasukkan ke dalam rahim atau badan? • Ubat diambil setiap hari? Setiap kali sebelum membuat hubungan seks? Dimasukkan 3 - 5 tahun sekali? • Senang atau tidak kaedah merancang keluarga itu dari segi masa, tempat dan belanja? • Adakah saya perlukan perlindungan daripada penyakit kelamin (STI) dan HIV/AIDS?

Kaedah Kekal memberi anda jaminan bahawa anda tidak akan hamil selepas mengadakan hubungan seks tetapi ini tidak akan melindungi anda daripada penyakit kelamin atau HIV/ AIDS. Kaedah Sementara bermakna anda boleh mengeluarkan atau menghentikan kaedah perancangan keluarga tersebut apabila anda membuat keputusan untuk hamil.

Siapakah yang boleh memberikan maklumat lanjut kepada saya? Buat temu janji untuk rundingan dengan jururawat di Persatuan Perancangan Keluarga, Malaysia (FFPAM) atau Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LLPKN). Anda boleh berunding dengan doktor atau jururawat di hospital kerajaan dan klinik swasta. Anda juga boleh berbincang dengan wanita yang bersedia untuk berkongsi pengalaman mereka dengan anda tentang kaedah yang mereka gunakan. Bincanglah dengan pasangan anda tentang pilihan yang ada dan kaedah yang paling sesuai diamalkan oleh anda berdua. “Hak untuk membuat pilihan reproduktif secara bebas dan bertanggungjawab merangkumi hak untuk memutuskan sama ada untuk mempunyai anak atau tidak, bilangan dan jarak antara anak, dan hak untuk mendapat akses penuh kepada kaedah pengawalan kesuburan” Program Cairo 8

WAO BM.indd 8

11/5/08 11:05:56 AM

Awas! Jangkitan Penyakit Kelamin dan HIV/AIDS Jangkitan Penyakit Kelamin (STI) • Jangkita n Penyakit Kelamin adalah jangkitan yang dipindahkan daripada

seseorang kepada orang lain melalui aktiviti seksual. • Ini termasuk seks faraj, seks oral dan seks dubur. • Penyakit yang boleh dijangkiti adalah Herpes, Chlamydia, Sifilis, Gonorea, dan banyak lagi. • Sesetengah jangkitan dapat dirawat dengan pengambilan antibiotik untuk suatu tempoh tertentu. • Bagi jangkitan yang tidak dapat dirawat dengan antibiotik, terdapat ubat lain yang boleh mengurangkan kekerapan jangkitan dan bahayanya. • Gejala STI adalah rasa gatal di sekeliling faraj, dubur atau mulut, rasa sakit ketika membuang air kecil, lelehan berwarna keruh atau kekuningan atau kehijauan, lelehan berbau busuk, bintil atau kudis di sekeliling faraj, dubur atau mulut. • Jika anda mengalami salah satu atau lebih daripada gejala di atas, jumpalah doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan. • Jika anda mempunyai jangkitan, anda dinasihatkan supaya mengelakkan diri daripada sebarang aktiviti seksual sehingga rawatan ubat anda selesai ataupun amalkan hubungan seks selamat dengan menggunakan kondom.

9

WAO BM.indd 9

11/5/08 11:05:57 AM

HIV/AIDS HIV • HIV adalah singkatan bagi “Human Immunodeficiency Virus”.

• HIV adalah sejenis virus yang menjangkiti manusia, sama seperti virus lain, contohnya demam selesema, campak, SARS dan lain-lain lagi. • Virus HIV menyerang sistem pertahanan badan, membuatkan badan kita terdedah kepada jangkitan lain. Virus ini dapat dijangkiti melalui: 1) Melakukan hubungan seks faraj atau dubur tanpa perlindungan dengan orang yang telah dijangkiti. 2) Apabila berlaku pertukaran darah yang dijangkiti melalui: a) Berkongsi jarum atau picagari b) Pemindahan darah c) Pemindahan organ 3) Ibu menjangkiti kandungan semasa mengandung, semasa kelahiran dan semasa menyusu. AIDS • AIDS adalah singkatan bagi “Acquired Immunodeficiency Syndrome”, iaitu

sekumpulan penyakit yang terjadi kepada mereka yang HIV-positif disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang lemah. • AIDS disebabkan oleh virus HIV. • Seseorang akan mendapat AIDS apabila dia tidak dapat lagi melawan jangkitan yang biasanya dapat dilawan jika sistem pertahanan badannya kuat. • Pada masa ini, AIDS tidak dapat disembuhkan. • Sukar untuk mengetahui jika seseorang itu dijangkiti virus HIV. Satu-satunya cara untuk memastikannya adalah dengan berjumpa doktor untuk membuat ujian HIV. • Seorang yang telah diuji dijangkiti virus HIV (HIV-positif) tidak semestinya menghidap AIDS. • Dengan rawatan ubat, seorang yang HIV-positif boleh meneruskan kehidupan sihat yang berpanjangan • Dia masih dapat menikmati kehidupan seks seperti biasa tetapi mesti mengamalkan cara seks yang selamat agar pasangannya tidak dijangkiti virus tersebut.

10

WAO BM.indd 10

11/5/08 11:05:58 AM

Kaedah Perancangan Keluarga Apakah maksudnya? Bagaimana fungsinya? Di mana boleh didapati? Berapakah harganya?

Pil • Mengandungi hormon yang mencegah kehamilan dengan menghalang ovari seseorang wanita daripada mengeluarkan telur. • Diambil (ditelan) pada waktu yang sama setiap hari. Jika anda terlupa, walau sekali pun, mengambil Pil ataupun mengambilnya pada waktu yang berlainan setiap hari, Pil tidak akan berkesan dan anda mungkin akan hamil. Perhatian lebih perlu diberikan jika anda mengambil ubat-ubatan lain atau antibiotik kerana Pil mungkin tidak berkesan sepenuhnya. Dapatkan nasihat doktor atau amalkan kaedah perancangan yang lain seperti menggunakan kondom untuk mendapat perlindungan yang lebih. • Boleh didapati di hospital kerajaan, klinik LLPKN, Persatuan Perancangan Keluarga, hospital, klinik swasta, dan farmasi. • Harga bekalan pil untuk satu bulan adalah antara RM 9 – RM 50, bergantung kepada jenis pil yang diambil.

11

WAO BM.indd 11

11/5/08 11:06:00 AM

Suntikan • Mengandungi hormon yang akan membuatkan lelehan putih (mukus serviks) seseorang wanita bertukar menjadi lebih pekat daripada biasa. Ini menghalang sperma daripada memasuki ke dalam rahim. • Hormon itu juga mengelakkan persenyawaan dengan menghalang ovari daripada mengeluarkan telur dan menyebabkan perubahan di dalam rahim dan tiub Fallopio. • Boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik swasta. • Pada permulaannya, 2 suntikan diperlukan dalam masa sebulan diikuti dengan satu suntikan setiap 3 bulan. Harga setiap suntikan adalah lebih kurang RM45 ke atas.

12

WAO BM.indd 12

11/5/08 11:06:02 AM

Implan • Kapsul kecil (panjang lebih kurang 4 – 5 cm) dimasukkan di bawah kulit pada bahagian dalam lengan atas sebelah kiri seseorang wanita. • Kapsul ini mengeluarkan hormon ke dalam badan yang akan menghalang kehamilan, sama seperti Pil dan suntikan. • Boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik swasta. Harga implan adalah daripada RM450 ke atas. Bergantung kepada bilangan implan yang dimasukkan, kaedah ini boleh bertahan antara 3 – 5 tahun.

Mungkin terdapat kesan sampingan seperti rasa loya, sakit kepala, penahanan air, kenaikan berat badan, payu dara berasa sakit atau haid tidak teratur. Dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui kaedah perancangan keluarga yang paling sesuai untuk anda dan keadaan kesihatan anda. Jika anda mengalami rasa tidak selesa atau sebarang perubahan yang tidak normal, jumpa doktor dengan segera.

13

WAO BM.indd 13

11/5/08 11:06:03 AM

Alat Dalam Rahim (IUD) • Biasanya dibuat daripada plastik atau tembaga yang dililit sekeliling plastik. IUD

dimasukkan ke dalam rahim wanita dan menghalang percantuman sperma dan telur. • Terdapat pelbagai jenis IUD yang ada, oleh itu tempoh penggantian adalah berbeza bagi setiap jenis IUD. Ada yang mesti diganti setiap tahun, manakala ada pula yang boleh diganti selepas 4 tahun ataupun lebih. • IUD boleh didapati di hospital kerajaan, klinik swasta dan juga di klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (Klinik LPPKN) (sila lihat halaman XX untuk senarai klinik). • Harga IUD bermula daripada RM90 – RM120 di klinik dan hospital swasta. Di Klinik LPPKN harganya cuma RM 5.

14

WAO BM.indd 14

11/5/08 11:06:05 AM

Kondom Kondom lelaki dan perempuan dibuat daripada lateks (getah) berbentuk silinder. Kondom menghalang sperma daripada memasuki rahim. Selain daripada mencegah kehamilan, kondom juga mengelak jangkitan penyakit kelamin dan HIV/AIDS.

Terdapat tarikh tamat tempoh pada kondom, oleh itu jangan lupa periksa bungkusan atau kotaknya sebelum kondom digunakan. Kondom mesti disimpan jauh daripada cahaya matahari dan haba panas (di dalam poket seluar jean juga!) kerana ini akan menyebabkan kondom menjadi rosak dan reput. • Kondom lelaki disarungkan menutupi zakar yang sedang tegang sebelum zakar

dimasukkan ke dalam faraj. Selepas pancutan mani, sperma akan terkumpul di dalam ruang kosong di hujung kepala zakar. Kondom mesti dibuang dengan segera untuk mengelakkan sebarang kebocoran. Setiap kondom boleh diguna hanya sekali. • Agar lebih selesa, guna pelincir berasaskan air (contoh: KY Jelly) sahaja, jika tidak kondom akan terkoyak. • Boleh didapati dalam paket (RM 1.20 ke atas bagi setiap paket) atau dalam kotak yang mengandungi 6 atau 12 keping, di farmasi, pasar raya, kedai runcit 24-jam dan mana-mana Persatuan Perancangan Keluarga.

15

WAO BM.indd 15

11/5/08 11:06:07 AM

Kondom Perempuan • Kondom perempuan sama seperti kondom lelaki tetapi terdapat gelang di kedua-

dua hujungnya. • Dimasukkan ke dalam faraj sebelum zakar memasuki faraj. • Hujung yang tertutup menghalang sperma masuk ke dalam faraj. Hujung ini dimasukkan dulu ke dalam faraj. Hujung yang terbuka adalah untuk membolehkan zakar dimasukkan. • Perlukan latihan untuk membiasakan diri mengguna kondom ini. • Buat masa ini, kondom perempuan belum ada dijual di Malaysia.

16

WAO BM.indd 16

11/5/08 11:06:09 AM

Diafragma atau Penutup Serviks, dengan Spermisid • Penutup serviks sama seperti diafragma, cuma lebih kecil.

• Dibuat daripada getah lembut dan berbentuk seperti kubah. Mesti digunakan bersama spermisid, sejenis gel yang membunuh sperma. • Dimasukkan ke dalam faraj dan menutup pembukaan serviks. Mencegah kehamilan dengan cara menahan sperma daripada memasuki rahim. • Boleh dimasukkan beberapa jam sebelum membuat hubungan seks dan dikeluarkan beberapa jam kemudian. • Pasangan tidak akan perasan bahawa diafragma atau penutup serviks sedang digunakan. • Penggunaan diafragma dan penutup serviks tidak lagi popular di Malaysia kerana wanita perlu memasukkannya sendiri, jadi tidak mudah untuk mendapatkannya. • Jika kaedah ini nampaknya selesa, dapatkan nasihat doktor tentang bagaimana untuk mendapatkannya. Saiz serviks wanita berbeza antara satu sama lain. Doktor perlu mengukur saiz serviks supaya dapat memastikan saiz dan padanan diafragma atau penutup serviks yang betul dan supaya dapat dimasukkan dengan betul ke dalam faraj.

17

WAO BM.indd 17

11/5/08 11:06:11 AM

Kaedah Semulajadi Biasanya diamalkan oleh wanita yang cuba untuk mendapatkan anak, dan bukannya untuk mencegah kehamilan.

Melibatkan pengawasan kitar haid supaya dapat menganggarkan waktu ketika wanita itu sedang berovulasi atau subur. Risiko kehamilan menggunakan kaedah semula jadi adalah tinggi. Tidak memberi perlindungan daripada jangkitan penyakit kelamin (STI) atau HIV/AIDS. Sebagai langkah mencegah, ia sesuai diamalkan bersama kaedah perancangan keluarga yang lain. Kaedah ini juga bergantung kepada kerjasama pasangan yang sanggup melakukan hubungan seks hanya pada hari-hari apabila wanita itu pasti bahawa dia bukan berovulasi atau subur.

Kaedah Ritma (Kalendar) • Rekodkan pada kalendar, kitaran haid anda selama 8 – 12 bulan berturut-turut.

• Sebagai contoh, Anisa datang haid pada 15 April. Ini direkodkan sebagai Hari 1. 16 April direkodkan sebagai Hari 2, 17 April sebagai Hari 3, dan seterusnya. • Pada bulan seterusnya, dia datang haid pada 13 Mei. Seperti bulan yang lalu dia merekodkan hari itu sebagai Hari 1. • Tempoh kitaran haid dari 15 April sehingga 12 Mei adalah 28 hari. Rekod dibuat sekali lagi untuk bulan yang seterusnya hingga mendapat 8 atau lebih, rekod kitaran haid. Bagi Anisa, rekod kitaran haidnya adalah seperti berikut: Bulan April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember

Tempoh Kitaran Haid 30 hari 28 hari 32 hari (paling lama) 29 hari 27 hari 30 hari 25 hari (paling pendek) 28 hari 31 hari

18

WAO BM.indd 18

11/5/08 11:06:12 AM

• Kitaran yang paling lama dan yang paling pendek digunakan untuk

menganggarkan waktu Anisa sedang subur. Hari-hari dalam tempoh subur dapat diketahui dengan menggunakan formula berikut:

Bagi hari subur pertama, tolak 18 daripada tempoh kitaran yang paling pendek. Bagi hari subur terakhir, tolak 11 daripada tempoh kitaran yang paling lama.

• •

Dalam kes Anisa, kitaran yang paling pendek adalah 25 hari. 25 – 18 = 7. Jadi, Hari 7 adalah hari subur pertama. Kitaran paling lama adalah 32 hari. 32 – 11 = 21. Hari 21 adalah hari subur terakhir.

• Tempoh subur adalah dari Hari 7 sehingga ke Hari 21. Anisa mesti mengelakkan diri daripada melakukan hubungan seks semasa tempoh ini jika dia tidak mahu hamil. • Kaedah ini perlu terus diawasi setiap bulan untuk mengira semula anggaran tempoh subur. Hanya bacaan bagi 8 – 12 bulan kitaran haid terakhir patut digunakan.

19

WAO BM.indd 19

11/5/08 11:06:13 AM

Kaedah Lelehan Faraj • Lelehan faraj keluar melalui faraj dan berasa licin atau lekit.

• Ada kalanya tidak berwarna dan jernih atau kuning muda. Lelehan Faraj semasa haid • Semasa haid, lelehan faraj akan terselindung oleh lelehan haid. • Kesuburan semasa haid jarang berlaku tetapi ada kemungkinan kecil seseorang wanita boleh subur ketika itu. Perlu lebih berhati-hati semasa melakukan hubungan seks (seperti menggunakan kondom) untuk mencegah kehamilan. Lelehan Faraj selepas haid • Selepas haid, terdapat beberapa hari kekeringan (tidak ada lelehan). • Dalam waktu sebelum ovulasi ini, hari-hari kering ini dianggap selamat untuk melakukan hubungan seks. Lelehan Faraj semasa ovulasi • Semasa ovulasi, mukus serviks berasa basah dan licin, seperti putih telur. Ini tanda bahawa wanita itu sedang subur. Ovulasi berlaku 2 hari sebelum itu, sehingga 3 hari selepas hari mukus yang paling basah dan licin. • Dinasihatkan agar hubungan seks ditangguhkan atau kaedah perancangan lain digunakan sehingga tamat tempoh ovulasi kecuali anda merancang untuk hamil. Lelehan Faraj selepas ovulasi • Selepas ovulasi, mukus bertukar menjadi lebih pekat dan lekit atau anda akan mengalami kekeringan sekali lagi.

20

WAO BM.indd 20

11/5/08 11:06:14 AM

Suhu Badan Basal (BBT) • Jangka suhu basal badan (jangka suhu senang dibaca yang memberi bacaan dalam persepuluh darjah) digunakan untuk menganggar tempoh kesuburan dengan memerhatikan perubahan suhu badan. • Suhu diambil setiap pagi sebaik sahaja bangun tidur dan sebelum membuat apa-apa aktiviti. Suhu itu kemudian direkodkan dan dipantau di atas kertas graf. • Semasa ovulasi atau tempoh kesuburan, suhu badan akan turun sedikit. Suhu akan meningkat semula selepas ovulasi dan setelah 3 hari berturut-turut suhu berada pada tahap tinggi, tempoh kesuburan sudah tamat. • Serupa dengan kaedah ritma (kalendar), seseorang wanita mesti menyimpan carta untuk tempoh selama 8 – 12 bulan agar dapat membuat anggaran bila masanya dia selalu subur dalam sesuatu kitaran.

21

WAO BM.indd 21

11/5/08 11:06:15 AM

Kaedah Pembedahan Kaedah ini adalah kekal dan tidak boleh diubah kembali kepada keadaan asal. Oleh itu, prosedur ini dilakukan ke atas lelaki atau wanita yang berumur 40 tahun ke atas (atau kitar reproduktif mereka telah lengkap). Mereka yang berumur di bawah 40 tahun perlu mendapatkan kaunseling terlebih dahulu sebelum menjalani prosedur tersebut. Kaedah ini melibatkan mikrosurgeri memandangkan tiub yang dibedah sangat sempit dan kecil.

Vasektomi (Pemandulan Lelaki) • Vasektomi adalah prosedur pembedahan lelaki untuk mengelakkan air mani bercampur

dengan sperma. • Satu pembedahan kecil dibuat di kedua-dua belah kantung buah zakar (skrotum) dan kemudiannya tiub vas deferens diikat dan dipotong. Ini akan menghalang sperma daripada memasuki air mani. • Prosedur ini merupakan pembedahan kecil dan tidak memerlukan seseorang itu dimasukkan ke hospital. • Ibu pejabat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menawarkan perkhidmatan kaunseling dan vasektomi yang berpatutan. Bayaran untuk vasektomi adalah RM100. • Juga boleh didapati di hospital swasta.

Vas Deferens

Skrotum

22

WAO BM.indd 22

11/5/08 11:06:17 AM

Pengikatan Tiub Bilateral (Pemandulan Wanita) • Pengikatan tiub adalah satu prosedur pembedahan bagi wanita untuk menghalang sperma daripada bertemu dan mempersenyawakan telur. • Satu pembedahan kecil dibuat di bahagian abdomen untuk mendapat akses ke tiub Fallopio. Tiub ini kemudiannya dipotong, diikat atau diklip. • Prosedur ini mungkin memerlukan seseorang wanita itu dimasukkan ke hospital. • Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) hanya memberi perkhidmatan kaunseling dan akan merujuk pasangan ke hospital kerajaan untuk pembedahan. Bayaran pembedahan di hospital kerajaan tidak melebihi RM100. • Pembedahan sedemikian juga boleh didapati di hospital swasta.

Tiub Fallopio

23

WAO BM.indd 23

11/5/08 11:06:18 AM

Kontraseptif Kecemasan (Kaedah Selepas Persetubuhan) Pil perancang kecemasan (“The morning-after pill”) • Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil, kadang kala kejadian yang tak diingini

mungkin berlaku. • Contohnya, kondom mungkin terkoyak selepas pancutan mani lelaki. Ini akan mendedahkan wanita itu kepada risiko kehamilan. • Untuk menghalang kehamilan, kontraseptif kecemasan boleh diambil misalnya pil perancang kecemasan (Postinor). Pil ini mengandungi paras hormon yang tinggi, yang dapat mencegah telur yang telah disenyawakan daripada membenam di dalam rahim. • Terdapat 2 biji pil; pil pertama mesti diambil dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Pil kedua pula mesti diambil 12 jam selepas pil pertama diambil. • Tidak begitu berkesan seperti pencegah kehamilan yang diguna sebelum atau semasa hubungan seks, seperti pil atau kondom. • Pil perancang kecemasan ini berharga RM3.50 dan boleh dibeli di farmasi. • Pil ini juga boleh diambil jika seseorang wanita tidak menggunakan sebarang kontraseptif, ataupun dipaksa melakukan hubungan seks. • Digalakkan mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

24

WAO BM.indd 24

11/5/08 11:06:20 AM

Pengguguran Anak • Kehamilan yang tidak diingini menyebabkan seseorang wanita itu mengalami dilema kerana tidak tahu apa yang sepatutnya atau dapat dilakukan olehnya. • Ada yang mungkin mencuba amalan kepercayaan karut bahawa mengambil makanan tertentu seperti nenas, atau jamu tradisional, akan menyebabkan keguguran embrio atau fetus. Cara ini hanya akan memberi harapan palsu bahawa dia tidak lagi hamil dan masalahnya telah selesai. • Namun begitu, wanita tersebut mungkin masih hamil dan apabila tiba masanya dia berjumpa doktor, sudah terlambat untuk berbuat apa-apa. • Pengguguran (atau penamatan kehamilan) adalah satu prosedur yang sah di sisi undang-undang. Jika seorang doktor bertauliah membuat keputusan bahawa kehamilan akan membawa kesan buruk ke atas kesihatan fizikal dan mental seseorang wanita, bergantung kepada keadaannya, maka pengguguran tersebut adalah sah. • Pengguguran boleh dilakukan dengan selamat melalui: • prosedur pembedahan yang mengambil masa 5-10 minit, atau • dengan memakan ubat. • Memakan ubat boleh mengambil masa 1-2 minggu dan kadar kegagalannya adalah tinggi sedikit dan mungkin memerlukan pembedahan kemudian. • Pengguguran patut dilakukan seelok-eloknya dalam 3 bulan pertama kehamilan. Ini adalah satu prosedur yang tidak boleh dibalikkan dengan risiko minimum. Prosedur pembedahan harus dilakukan di klinik yang bersih dan selamat. • Seseorang wanita boleh membuat pilihan untuk mendapat perkhidmatan kaunseling sebelum melakukan pengguguran. Kaunseling tidak perlu jika dia sudah benar-benar

pasti yang dia mahu melakukan pengguguran. • FFPAM dan “Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia” (RRAAM) memberi perkhidmatan sebelum dan selepas pengguguran. RRAAM juga mempunyai maklumat hubungan bagi perkhidmatan pengguguran. • Kos pengguguran bermula daripada RM300 ke atas bergantung kepada saiz kehamilan.

25

WAO BM.indd 25

11/5/08 11:06:22 AM

Menahan Diri (“Abstinence”) • Menahan diri bermakna tidak melakukan hubungan seks atau mengambil bahagian

dalam apa-apa bentuk aktiviti seksual yang akan membawa kepada hubungan seks. • Apabila pasangan tidak membuat apa-apa aktiviti seksual, zakar lelaki tidak masuk ke dalam rahim wanita. Oleh itu, tidak ada risiko kehamilan ataupun jangkitan penyakit kelamin atau HIV/AIDS. • Sesiapa sahaja boleh mengamalkan kaedah ini, walaupun mereka dahulu pernah membuat hubungan seks. Kaedah ini tidak melibatkan apa-apa perbelanjaan dan tiada kesan sampingan.

26

WAO BM.indd 26

11/5/08 11:06:23 AM

Untuk Maklumat Lanjut PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN Women’s Aid Organisation (WAO) Pertubuhan Pertolongan Wanita P.O. Box 493 Jalan Sultan 46760 Petaling Jaya Selangor Tel: 03-7956 3488 Faks: 03-7956 3237 E-mel: [email protected] Laman Web: www.wao.org.my All Women’s Action Society (AWAM) 85, Jalan 21/1, Sea Park 46300 Petaling Jaya Selangor Tel: 03-7877 4221 Faks: 03-7874 3312 Telenita (talian kaunseling): 03 7877-0224 E-mel: [email protected] Laman Web: www.awam.org.my Malaysian AIDS Council (MAC) No. 12, The Boulevard Shop Office Jalan 13/48A, Off Jalan Sentul 51000 Kuala Lumpur Tel: 03-4045 1033 Faks: 03-4042-6133 E-mel: [email protected] Laman Web: www.mac.org.my

Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM) c/o ARROW No. 80 & 82 3rd Floor, Jalan Tun Sambanthan Brickfields 50470 Kuala Lumpur Tel: 012-477 2551 Faks: 04-656 8511 E-mel: [email protected] Laman Web: www.womenonwaves.org Sisters in Islam (SIS) No. 7, Jalan 6/10 46000 Petaling Jaya Selangor Tel: 03-7785 6121/ 7784 2733/ 7784 4357 Faks: 03-7785 8737 E-mel: [email protected] Laman Web: www.sistersinislam.org.my Women’s Centre for Change Penang (WCC) 24-D Jalan Jones, 10250 Penang Tel: 04-228 0342 Faks: 04-228 5784 E-mel: [email protected] Laman Web: www.wccpenang.org

27

WAO BM.indd 27

11/5/08 11:06:24 AM

PERSEKUTUAN PERSATUAN-PERSATUAN PERANCANGAN KELUARGA, MALAYSIA (FEDERATION OF FAMILY PLANNING ASSOCIATIONS, MALAYSIA [FFPAM])

Ibu pejabat FFPAM 81 B, Jalan SS 15/5A, 47500 Subang Jaya, Selangor Tel: 03-5633 7514/ 7516/ 7528 Faks: 03-5634 6638 E-mel: [email protected] Laman Web: www.ffpam.org.my Persatuan Perancangan Keluarga Selangor & Wilayah Persekutuan 2B Lorong Syed Putra Kiri P.O. Box 10710 50722 Kuala Lumpur Tel: 03-2274 3489 / 2272 5817 Faks: 03-2273 8901 E-mel: [email protected] Persatuan Perancangan Keluarga Johor 10-A Jalan Abiad Satu Taman Pelangi 80400 Johor Bahru Tel/Faks: 07-333 7772 E-mel: [email protected] Persatuan Perancangan Keluarga Kedah 2, Jalan Kampong Baru 05000 Alor Setar Tel/Faks: 04-732 1280 E-mel: [email protected] Persatuan Perancangan Keluarga Kelantan 4261-F, Jalan Kebun Sultan 15350 Kota Bharu Tel/Faks: 09-743 2407 E-mel: [email protected]

Persatuan Perancangan Keluarga Melaka Dewan Hang Tuah Jalan Hang Tuah P.O. Box 270 75750 Melaka Tel: 06-284 4475 Faks: 06-281 3969 E-mel: [email protected] Persatuan Perancangan Keluarga Negeri Sembilan No. 3, Jalan Dr. Krishnan 70000 Seremban Tel: 06-762 2969 Faks: 06-763 5778 E-mel: [email protected] Persatuan Perancangan Keluarga Pahang B-1582 Tingkat Atas Jalan Beserah 25300 Kuantan Tel: 09-566 6403 Faks: 09-566 8707 E-mel: [email protected] Persatuan Perancangan Keluarga Penang 333 Jalan Perak 11600 George Town Penang Tel: 04-282 5191 Faks: 04-281 9380 E-mel: [email protected]

28

WAO BM.indd 28

11/5/08 11:06:25 AM

Persatuan Kesihatan Keluarga Perak (Family Health Association Perak) No. 60A, Regat Sri Cempaka Taman Cempaka 31400 Ipoh Tel: 05-547 7849 Faks: 05-546 7633 E-mel: [email protected] Persatuan Perancangan Keluarga Perlis 140 Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar Tel/Faks: 04-976 0739 Persatuan Perancangan Keluarga Sabah Council of Management 613 Jalan Family Planning Centre off Jalan Kebajikan 88000 Kota Kinabalu Tel: 088-245 209 Faks: 088-210 813 E-mel: [email protected] Persatuan Perancangan Keluarga Sarawak Jalan P Ramlee P.O. Box 788 93716 Kuching Tel: 082-426 982 / 244 629 Faks: 082-418 981 E-mel: [email protected] Persatuan Perancangan Keluarga Terengganu 12G Jalan Engku Pengiran Anom 2 20300 Kuala Terengganu Tel: 09-622 1763 Faks: 09-624 8071 E-mel: [email protected]

29

WAO BM.indd 29

11/5/08 11:06:26 AM

LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA, MALAYSIA - LPPKN (NATIONAL POPULATION AND FAMILY DEVELEPMENT BOARD [NPFDB])

SELANGOR

WILAYAH PERSEKUTUAN

Klinik LPPKN Shah Alam Jalan Sempadan 16/7 Peti Surat 7080 40702 Shah Alam Tel: 03-5510 1231

Klinik Nur Sejahtera Bangunan LPPKN 12B Jalan Raja Laut 50712 Kuala Lumpur Tel: 03-2692 9675

Klinik LPPKN Kelang 54, Leboh Tapah Jalan Gih Hock Huat 41400 Kelang Tel: 03-3342 2546

Klinik LPPKN Kepong No. 343-A, Jalan 1/33A Batu 7, Jalan Kepong 52000 Kepong Tel: 03-6274 9670

Klinik LPPKN Batu Caves No.8, Jalan 2A/2B Taman Desa Bakti 68100 Batu Caves Tel: 03-6138 0601

Klinik LPPKN Hospital Universiti d/a Pusat Perubatan Universiti Malaya 59100 Kuala Lumpur Tel: 03-7956 2079

Klinik LPPKN Pelabuhan Kelang No.19A, Jalan Chungah 42000 Pelabuhan Kelang Tel: 03-3368 8114

Klinik LPPKN Jalan Kelang Lama No.12-2, Jalan Mega Mendung (OUG) Batu 5, Jalan Kelang Lama 58200 Kuala Lumpur Tel: 03-7982 7314

Klinik LPPKN Kajang d/a Hospital Kajang 43000 Kajang Tel: 03-8736 7758 Klinik LPPKN Ampang 420 Wisma Saudagar Batu 5, Jalan Ampang 68000 Ampang Tel: 03-4256 0130

Klinik LPPKN Sungai Besi No. 40-2, Jalan 7/108C Taman Sg. Besi 57100 Kuala Lumpur Tel: 03-7980 8296

30

WAO BM.indd 30

11/5/08 11:06:27 AM

KEDAH Klinik LPPKN Alor Setar Kawasan Hospital Besar Peti Surat 98 05710 Alor Setar Tel: 04-731 1471 Klinik LPPKN Baling 71, Jalan Tuanku Badlishah 09100 Baling Tel: 04-421 2900 Klinik LPPKN Sungai Petani d/a Hospital Daerah Peti Surat 86 08007 Sungai Petani Tel: 04-470 2133 Klinik LPPKN Kulim No. 1530, Jalan Hospital 09000 Kulim Tel: 04-490 6204

JOHOR Pusat Kepakaran Wilayah LPPKN Johor Bahru Jalan Dato’ Wilson Kawasan Hospital Sultanah Aminah 80100 Johor Bahru Tel: 07-223 5232 Klinik LPPKN Batu Pahat Lot G14 & G15 (Tingkat Bawah) Plaza Lian Hoe Jalan Mohd Akil 83000 Batu Pahat Tel: 07-434 2315

Klinik LPPKN Batu Kluang Jalan Hospital 86000 Kluang Tel: 07-771 3344 Klinik LPPKN Kota Tinggi Jalan Lombong 81900 Kota Tinggi Tel: 07-883 1876 Klinik LPPKN Muar Jalan Salleh 84000 Muar Tel: 07-951 4159 Klinik LPPKN Pontian 745, Tingkat 1 Bgn. Wisma Koperasi Jalan Taib 82000 Pontian Tel: 07-687 3696 Klinik LPPKN Segamat d/a Hospital Daerah 65000 Segamat Tel: 07-931 1003

KELANTAN Klinik LPPKN No. 10, Tingkat 1 Bangunan SEDC Jalan Maju 50000 Kota Bahru Tel: 09-744 5634

31

WAO BM.indd 31

11/5/08 11:06:28 AM

MELAKA

PAHANG

Klinik LPPKN Melaka 24A, Lorong Banda Kaba 75700 Melaka Tel: 06-283 9413

Klinik LPPKN Kuantan d/a Kawasan Hospital Ampuan Afzan Peti Surat 2 25700 Kuantan Tel: 09-513 1082 Faks: 09-517 1082

NEGERI SEMBILAN Klinik LPPKN Hospital Umum Lama Jalan Rasah 70300 Seremban Tel: 06-763 0503 Klinik LPPKN Jelebu d/a Hospital Daerah 71600 Jelebu Tel: 06-613 7193 Klinik LPPKN Kuala Pilah Kelab Ulu Muar 231, Jalan Tuanku Burhanuddin 72000 Kuala Pilah Tel: 481 4518 Klinik LPPKN Port Dickson d/a Klinik Kesihatan 71000 Port Dickson Tel: 06-647 4544 Klinik LPPKN Gemas F4, Arked Mara Jalan Segamat 73400 Gemas Tel: 07-948 2600

Klinik LPPKN Bentong d/a Hospital Daerah 28700 Bentong Tel/Faks: 09-222 1744 Klinik LPPKN Raub Jalan Pejabat 25700 Raub Tel/Faks: 09-355 2354 Klinik LPPKN Temerloh C-324, Jalan Kuantan 28000 Temerloh Tel/Faks: 09-296 1319 Klinik LPPKN Mentakab 38, Jalan Zabidin 28400 Mentakab Tel/Faks: 09-277 1488 Klinik LPPKN Kuala Lipis No. 8, Jalan Bukit Bius 27200 Kuala Lipis Tel/Faks: 09-312 1716

32

WAO BM.indd 32

11/5/08 11:06:29 AM

PERLIS Klinik LPPKN Perlis Jalan Hospital (Jalan Abi Tok Hashim) Peti Surat 18, 01700 Kangar Tel: 04-977 0914

PENANG Klinik LPPKN Jalan Residensi d/a Hospital Bersalin Jalan Residensi, Georgetown 10450 Penang Tel: 04-228 9840 Klinik LPPKN Seberang Jaya 14, Jalan Hala Kalui Seberang Jaya. 13700 Prai Tel: 04-390 4104

PERAK Klinik LPPKN Tanjung Malim No. 20, Taman Bunga Raya 35900 Tanjung Malim Tel: 05-459 0082 Klinik LPPKN Bidor Jalan Sungkai 35500 Bidor Tel: 05-434 4400

Klinik LPPKN Kampar No. 9, Jalan Market 31900 Kampar Tel: 05-465 1548 Klinik LPPKN Parit Buntar No. 2, Taman Sri Tenggara Jalan Taiping 34200 Parit Buntar Tel: 05- 716 1399 Klinik LPPKN Kuala Kangsar No. 31, Jalan Daeng Seelili 33000 Kuala Kangsar Tel: 05-776 5833 Klinik LPPKN Teluk Intan Jalan Woo Saik Hong 36000 Teluk Intan Tel: 05-622 2004 Klinik LPPKN Taiping 30, Kompleks Kota Mulia Lorong Long Jaafar Peti Surat 104 34008 Taiping Tel: 05-807 2581 Faks: 05-808 4772 Pusat Kepakaran Wilayah, LPPKN Ipoh 137, Jalan Dato’ Onn Jaafar 30300 Ipoh Tel: 05-254 1807/ 254 8623

Klinik LPPKN Sitiawan 11A, Taman Anson Jalan Raja Omar 32000 Sitiawan Tel: 05-691 0030 33

WAO BM.indd 33

11/5/08 11:06:29 AM

TERENGGANU

SARAWAK

Klinik LPPKN Kuala Terengganu d/a Hospital Besar Peti Surat 58 20700 Kuala Terengganu Tel: 09-625 2305

Pejabat LPPKN Negeri Sarawak Lot 387, Sublot 16 Section 5, Wisma Polarwood Jalan Satok 93400 Kuching Tel: 082-411 944 Faks: 082-241 036

Klinik LPPKN Dungun Jalan Besar 23000 Dungun Tel: 09-844 1108 Klinik LPPKN Besut Lot 257, Tingkat 1 Jalan Mokmek 22000 Besut Tel: 09-697 2633

SABAH

LABUAN Pejabat LPPKN Labuan Lot 8, 9 dan 10, Tingkat 4 Wisma Wong Wo Lo Jalan Tun Mustapha 87000 Wilayah Persekutuan Labuan Tel: 087-418 717 Faks: 087-418 716

Pejabat LPPKN Negeri Sabah Lot A31 N32, Blok A, Tingkat 4 Tanjung Aru Plaza Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru 88100 Kota Kinabalu Tel: 088-261 497 Faks: 088-252 214

34

WAO BM.indd 34

11/5/08 11:06:31 AM

Rujukan Information Brief - Speaking Out On Malaysian Women’s Access To Contraception And Abortion Services. Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia Quick Reference Chart on Family Planning Options. World Health Organization, Regional Office for the Western Pacific, Manila The Pill. Federation of Family Planning Associations, Malaysia The Rhythm Method. Federation of Family Planning Associations, Malaysia Hyman, Jane W., and Rome, Esther R., in cooperation with the Boston Women’s Health Book Collective. Sacrificing Ourselves For Love: Why Women Compromise Health And Self-Esteem… And How To Stop. California: The Crossing Press, 1996 The Boston Women’s Health Book Collective. The New Our Bodies, Ourselves. New York: Simon & Schuster Inc., 1992 http://www.ffpam.org.my Federation of Family Planning Associations, Malaysia http://www.lppkn.gov.my National Population and Family Development Board http://www.femalehealth.com The Female Health Company http://www.thewellproject.org The Well Project http://www.fwhc.org Feminist Women’s Health Center

35

WAO BM.indd 35

11/5/08 11:06:32 AM

WAO BM.indd 36

11/5/08 11:06:32 AM

WAO BM.indd 37

11/5/08 11:06:32 AM

WAO BM.indd 38

11/5/08 11:06:33 AM

Suggest Documents