UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KERTAS KERJA. Integrasi Sistem Solar Hibrid dan Komuniti di Perkampungan Orang Asli di Malaysia TARIKH :

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KERTAS KERJA Integrasi Sistem Solar Hibrid dan Komuniti di Perkampungan Orang Asli di Malaysia TARIKH : 1 MAC 2015 – 29 F...
Author: Edward Nash
97 downloads 2 Views 189KB Size
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KERTAS KERJA

Integrasi Sistem Solar Hibrid dan Komuniti di Perkampungan Orang Asli di Malaysia

TARIKH : 1 MAC 2015 – 29 FEBRUARI 2016 TEMPAT : Perkampungan Orang Asli di Johor dan Pahang

ANJURAN : Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Green Energy Research Centre (GERC), Universiti Teknologi MARA (UiTM) DENGAN KERJASAMA : JKKK Kg Sungai Peroh, Kg. Punan dan Kg Ganuh Tenaga Nasional Berhad

1.0

TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan kewangan daripada Dana University Community Transformation Centre (UCTC) bagi menjalankan program berikut: 1.1 Program Integrasi Sistem Solar Hibrid dan Komuniti di Perkampungan Orang Asli di Malaysia

2.0

PENGENALAN Bekalan elektrik merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Ia adalah sumber penting untuk operasi sistem pencahayaan ruang, penyejukan, teknologi maklumat & komunikasi, serta pelbagai peralatan elektrik yang lain. Kemudahan bekalan elektrik akan membantu membangunkan sosio-ekonomi sesebuah keluarga, masyarakat dan negara secara amnya. Menyedari kepentingan bekalan elektrik, program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik di kampungkampung tradisional di luar bandar yang tidak dapat dihubungkan secara terus kepada rangkaian talian grid kebangsaan. Oleh kerana kedudukan geografi kampung yang terletak jauh dari talian grid serta implikasi kos sambungan yang tidak ekonomikal, kerajaan telah melaksanakan sistem solar hibrid sebagai cara alternatif untuk membekalkan kemudahan bekalan elektrik di kawasan perkampungan luar bandar di semenanjung Malaysia dan juga di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Operasi semua sistem solar hibrid dipantau dan dijalankan sepenuhnya oleh pihak berkuasa elektrik negeri seperti Tenaga Nasional Berhad, Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) tanpa penglibatan komuniti setempat. Sistem solar hibrid terdiri daripada sistem fotovoltan kendiri yang diintegrasikan bersama sistem janakuasa elektrik berasaskan diesel untuk mengoptimakan operasi dan kos bekalan elektrik di sesebuah kampung. Sistem fotovoltan kendiri tersebut terdiri daripada rangkaian modul fotovoltan (yang mengandungi sel-sel suria) yang berfungsi untuk mengubah tenaga cahaya daripada cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang

dijanakan kemudiannya disalurkan kepada bateri untuk tujuan simpanan tenaga sebelum dibekalkan kepada beban elektrik yang terdapat di rumah-rumah, klinik, sekolah dan premis-premis lain yang terdapat di sesebuah kampung. Selain itu, sistem fotovoltan juga mempunyai beberapa peralatan elektronik yang digunakan untuk tujuan kawalan cas kepada bateri dan pengubahan kuasa elektrik yang terhasil daripada modul-modul fotovoltan kepada kuasa elektrik yang bersesuaian dengan ciri-ciri beban elektrik yang digunakan oleh pengguna. Selain daripada sistem fotovoltan, sistem janakuasa elektrik berasaskan diesel sering kali diintegrasikan dengan sistem fotovoltan untuk memastikan bekalan elektrik yang berterusan dapat dibekalkan kepada pengguna sekiranya bateri mempunyai aras kapasiti cas yang rendah susulan keadaan cuaca yang membantutkan usaha sel-sel suria untuk mengecas bateri mahupun akibat daripada penggunaan beban yang berlebihan di pihak pengguna. Namun begitu, sistem solar hibrid yang menggunakan janakuasa elektrik diesel boleh melibatkan kos pembelian diesel dan senggaraan janakuasa yang tinggi jika tidak dioperasikan secara optima. Di sebaliknya, operasi sistem secara tidak optima juga boleh berlaku sekiranya penggunaan elektrik di pihak pengguna adalah minima walaupun kapasiti cas bateri pada sistem solar hibrid sedang berada pada tahap maksima, Berdasarkan, sistem solar hibrid amat berbeza jika dibandingkan dengan sistem bekalan elektrik secara konvensional memandangkan operasi sistem solar hibrid banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor cuaca, kapasiti diesel semasa dan pola penggunaan beban elektrik di pihak pengguna. Untuk memastikan bahawa sistem solar hibrid dapat dimanfaatkan secara optima, penerapan pengetahuan asas berkenaan operasi sistem solar hibrid kepada komuniti kampung yang terlibat adalah amat penting agar para penduduk dapat menggunakan kemudahan bekalan elektrik secara berhemah. Selain itu, operasi sistem solar hibrid adalah sama seperti operasi sistem jana juasa elektrik lain yang terdedah kepada risiko-risiko kebakaran dan kemalangan. Namun begitu, risiko-risiko ini memungkinkan kesan yang lebih buruk jika tidak di ambil perhatian memandangkan sistem solar hibrid sering kali dilaksanakan di kawasan pedalaman yang mempunyai akses yang sukar dan jauh

daripada sumber-sumber bantuan kecemasan seperti balai bomba, balai polis dan hospital. Oleh itu, latihan perlu diterapkan kepada komuniti setempat agar mereka bersedia menghadapi situasi kecemasan akibat daripada kebakaran atau kemalangan yang berpunca daripada operasi sistem solar hibrid. Berdasarkan perihatinan dan kesedaran tentang pentingnya proses untuk melibatkan pihak komuniti secara langsung dalam operasi sistem solar hibrid yang telah dibiayai oleh kerajaan Malaysia, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Green Energy Research Centre (GERC), UiTM dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan JKKK Kampung Sg Peroh, Kampung Punan dan Kampung Ganuh ingin melaksanakan program integrasi sistem solar hibrid bersama komuniti setempat. Melalui program ini, aspek-aspek operasi dan keselamatan dapat diterapkan kepada komuniti setempat yang juga bertindak sebagai pengguna kepada sistem solar hibrid. 3.0

OBJEKTIF 3.1

3.2

3.3

Melaksanakan program pengenalan kepada sistem solar hibrid bersama komuniti setempat bagi tujuan menerapkan pemahaman tentang fungsi dan operasi sistem solar hibrid yang optima. Menjalankan program kajian penggunaan beban bersama komuniti setempat bagi tujuan mendapatkan profil beban yang terkini bagi tujuan perancangan operasi dan senggaraan untuk pihak berkuasa elektrik negeri. Menjalankan program latihan kecemasan kepada komuniti setempat semasa menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran yang melibatkan sistem solar hibrid.

4.0

IMPAK 4.1

Nyatakan impak projek terhadap komuniti dari segi:

Cadangan program Program pengenalan kepada sistem solar hibrid untuk komuniti

Hasil program - Input dan maklumbalas daripada komuniti berkenaan permasalahan dan keboleh harapan bekalan elektrik melalui sistem solar hibrid

Program kajian penggunaan beban di rumah-rumah dan premis-premis lain di kawasan komuniti

- Penyediaan profil penggunaan beban terkini di setiap komuniti selepas sistem solar hibrid dilaksanakan

Impak program - Meningkatkan pemahaman berkenaan fungsi dan operasi sistem solar hibrid dalam membekalkan elektrik kepada komuniti (20 - 40 rumah dalam setiap kampung) - Mendapatkan impak keberkesanan semasa yang dikira dengan menggunakan indeks ‘Loss of Power Supply Probability’ yang menunjukkan indeks keboleh harapan bekalan elektrik melalui sistem solar hibrid - Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman di kalangan komuniti tentang bagaimana sistem solar hibrid dapat membantu:  Mengurangkan kos sara hidup melalui penggunaan elektrik secara berhemah  Meningkatkan produktiviti komuniti melalui impak sistem solar hibrid kepada pembelajaran dan perniagaan - meningkatkan apresiasi di kalangan komuniti (20 - 40 rumah dalam setiap kampung) berkenaan dengan kadar penggunaan dan

Cadangan program

Program latihan kecemasan kepada komuniti

5.0

Hasil program - Pemantauan prestasi sistem solar hibrid dan penggunaan beban

- Latihan asas kepada komuniti (20 - 40 rumah dalam setiap kampung) untuk menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran yang melibatkan sistem solar hibrid.

Impak program kos tenaga elektrik yang dibekalkan oleh pihak kerajaan - membantu komuniti untuk menggunakan beban elektrik secara berhemah bagi memastikan sistem solar hibrid dapat membekalkan elektrik secara optima - membantu pihak beruasa elektrik negeri (iaitu Tenaga Nasional Berhad) untuk merancang aktiviti operasi dan senggaraan sistem solar hibrid dengan adanya profil penggunaan beban yang terkini. - meningkatkan perlindungan dan keselamatan komuniti dan juga sistem solar hibrid - meningkatkan peranan komuniti dan ‘sense of ownership’ dalam memastikan kelangsungan operasi sistem solar hibrid yang dibekalkan oleh pihak kerajaan.

JUSTIFIKASI 5.1 Program-program yang dicadangkan amat perlu memandangkan penglibatan komuniti dalam pelaksanaan sistem solar hibrid di Malaysia amat minima kerana tanggungjawab untuk memastikan kelangsungan bekalan elektrik di luar bandar sering kali terletak pada pihak berkuasa elektrik negeri dan kerajaan Malaysia. Melalui program ini,

pengetahuan dan pemahaman tentang operasi sistem solar hibrid yang optima bukan sahaja dapat ditingkatkan di kalangan komuniti, malahan dapat membantu meningkatkan tahap perlindungan dan keselamatan komuniti sekiranya berlaku kebakaran yang melibatkan sistem tersebut. 5.2

6.0

Berdasarkan perihatinan dan kesedaran tentang pentingnya proses untuk melibatkan pihak komuniti secara langsung dalam operasi sistem solar hibrid yang telah dibiayai oleh kerajaan Malaysia, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Green Energy Research Centre (GERC), UiTM dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad dan JKKK Kampung Sg Peroh, Kampung Punan dan Kampung Ganuh ingin melaksanakan program integrasi sistem solar hibrid bersama komuniti setempat.

TEMPOH, TEMPAT DAN CARTA PERBATUAN PROGRAM 6.1 6.2   

Tempoh : 1 Mac 2015 hingga 29 Februari 2016 ( 1 tahun) Tempat : Kg Sungai Peroh, Kluang, Johor (Jarak dari UiTM: 333 km) Kg Punan, Mersing, Johor (Jarak dari UiTM: 352 km) Kg Ganuh, Rompin, Pahang (Jarak dari UiTM: 172 km)

Justifikasi jika lebih dari radius 100km: Kampung-kampung ini adalah kawasan perkampungan orang asli yang mendapat manfaat bekalan elektrik daripada sistem solar hibrid yang dibiayai oleh kerajaan Malaysia. Kampung-kampung tersebut terletak di kawasan pedalaman yang jauh daripada agensi bantuan kecemasan. 6.3

Carta perbatuan :

Bulan Perkara

1. Menyediakan pelan kerja dan tindakan

Bulan 1 Mac 2015

Bulan 2 Apr 2015

Bulan 3 Mei 2015

Bulan 4 Jun 2015

Bulan 5 Jul 2015

Bulan 6 Ogo 2015

2. Menyediakan manual program pengenalan sistem solar hibrid, program kajian penggunaan beban dan program latihan kecemasan 3. Menjalankan program pengenalan sistem solar hibrid Bulan Perkara

4. Menjalankan program kajian penggunaan beban 5. Membentangkan laporan kajian penggunaan beban kepada TNB 6. Menjalankan program latihan kecemasan 7. Menjalankan soal selidik

Bulan 7 Sep 2015

Bulan 8 Okt 2015

Bulan 9 Nov 2015

Bulan 10 Dis 2015

Bulan 11 Jan 2016

Bulan 12 Feb 2016

keberkesanan program

7.0

SENARAI PAKAR

7.1 Senarai pakar yang terlibat dalam projek ini adalah: Penceramah / pakar

Dr Ahmad Maliki Bin Omar

Dr Shahril Irwan Bin Sulaiman

Dr Sulaiman Shaari

Jawatan

Fakulti

Bidang Kepakaran

Profesor Madya

Fakulti Kejuruteraan Elektrik; Green Energy Research Centre

Sistem fotovoltan, Elekronik kuasa

Pensyarah Kanan

Fakulti Kejuruteraan Elektrik; Green Energy Research Centre

Sistem fotovoltan

Profesor Madya

Fakulti Sains Gunaan; Green

Sistem fotovoltan

Kejayaan Lalu - Menganggotai projek pemantauan sistem solar hibrid di bawah pembiayaan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) - Master trainer untuk kursus berkaitan solar fotovoltan anjuran Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia - Menganggotai projek pemantauan sistem solar hibrid di bawah pembiayaan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) - Master trainer untuk kursus berkaitan solar fotovoltan anjuran Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia - Menganggotai projek

Energy Research Centre

Dr Nor Zaini Ikrom Zakaria

Pensyarah Kanan

Dr Mohamad Pensyarah Zhafran Hussin Kanan

Dr Mohamad Fahmi Hussin @ Mohammad

Pensyarah Kanan

Fakulti Sains Gunaan; Green Energy Research Centre

Fakulti Kejuruteraan Elektrik; Green Energy Research Centre Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Sistem fotovoltan; kecekapan tenaga

Sistem fotovoltan

pemantauan sistem solar hibrid di bawah pembiayaan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) - Master trainer untuk kursus berkaitan solar fotovoltan anjuran Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia - Menganggotai projek pemantauan sistem solar hibrid di bawah pembiayaan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) - Master trainer untuk kursus berkaitan solar fotovoltan anjuran Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia - Menjadi perunding kepada pelbagai projek ujilari sistem fotovoltan

Kejuruteraan Keselamatan; - Menjadi salah Keselamatan seorang ‘safety dan officer’ di UiTM kesihatan pekerjaan

8.0

KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran yang terlibat dalam program ini adalah: Bil

9.0

Kumpulan sasaran

1

Komuniti Kg Sungai Peroh, Kg Punan dan Kg Ganuh

2

Tenaga Nasional Berhad

3

Pakar-pakar dari Universiti Teknologi MARA

4

Pelajar-pelajar sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah kejuruteraan elektrik dari Universiti Teknologi MARA

Justifikasi pemilihan Komuniti tersebut mendapat bekalan elektrik daripada sistem solar hibrid yang dibiayai oleh pihak kerajaan Lokasi kampung yang terletak di pedalaman dan jauh daripada agensi bantuan kecemasan Menjalankan operasi dan senggaraan bekalan elektrik melalui sistem solar hibrid di kampung-kampung tersebut Mempunyai pengalaman luas dalam penyelidikan dan konsultansi berkenaan sistem solar fotovoltan termasuk sistem solar hibrid; mewakili negara dalam jawatan kuasa kerja berkaitan sistem solar fotovoltan di peringkat antarabangsa; terlibat dalam pembangunan piawaian berkaitan sistem solar fotovoltan di Malaysia Memberi manfaat praktikal dan kemahiran berkenaan operasi sistem solar hibrid Membantu menjalankan kajian penggunaan beban dengan pemantauan pakar

SENARAI KETUA, AHLI PROGRAM SERTA SENARAI TUGAS 9.1

Bil

1

Senarai nama penuh ketua dan ahli projek berserta jawatan yang disandang serta peranan. Jawatan Nama (dalam Peranan program ) Dr Ahmad Maliki Ketua Bertanggungja Bin Omar, UiTM Projek wab dalam perlaksanaan dan pemantauan projek

Emel

Telefon

ambomaliki @gmail.com

0122399455

2

Dr Shahril Irwan Bin Sulaiman, UiTM

Ahli

3

Dr Sulaiman Bin Shaari, UiTM

Ahli

4

Dr Nor Zaini Ikrom Binti Zakaria, UiTM

Ahli

5

Dr Mohamad Zhafran Hussin, UiTM

Ahli

6

Dr Mohamad Fahmi Hussin @ Mohammad, UiTM

Ahli

7

En Rosdin Abdul Razak, Pengurus Kanan, Tenaga Nasional Berhad

Ahli

Bertanggunjaw ab menggerakkan program pengenalan kepada sistem solar hibrid Bertanggunjaw ab menggerakkan program kajian penggunaan beban Bertanggunjaw ab menggerakkan program kajian penggunaan beban Bertanggunjaw ab menggerakkan program pengenalan kepada sistem solar hibrid Bertanggunjaw ab menggerakkan program latihan kecemasan Bertanggunjaw ab membantu pakar untuk mendapatkan akses kepada sistem solar hibrid

shahril_irwa n2004@yah oo.com

0198195376

solarman100 [email protected] m

0162848842

norzaini@sal 012am.uitm.edu. 2650434 my 6

mzhafran@s alam.uitm.ed u.my

0124561717

fahmi478@s alam.uitm.ed u.my

0139281098

rosdinra@tn b.com.my

037967905 3

10.0

ANGGARAN KEWANGAN 10.1 Anggaran perbelanjaan program beserta kos perbandingan dengan kaedah konvensional.

Perbelanjaan Program Bil Perkara Jumlah (RM) 1 Pengangkutan: 9,000.00 a) Lawatan tapak – Program pengenalan kepada operasi sistem solar hibrid untuk komuniti

2

3

Kos Konvensional Perkara Jumlah (RM) Pengangkutan: 12,000.00 a) Lawatan tapak – Program pengenalan kepada operasi sistem solar hibrid untuk komuniti

b) Lawatan tapak – Program kajian penggunaan beban di premis / rumah di komuniti

9,000.00

b) Lawatan tapak – Program kajian penggunaan beban di premis / rumah di komuniti

12,000.00

b) Lawatan tapak – Program latihan kecemasan untuk komuniti

9,000.00

b) Lawatan tapak – Program latihan kecemasan untuk komuniti

12,000.00

Penginapan: a) Penginapan – Kampung Sungai Peroh, Kluang, Johor

6,000.00

Penginapan: a) Penginapan – Kampung Sungai Peroh, Kluang, Johor

6,000.00

b) Penginapan – Kampung Punan, Mersing, Johor

6,000.00

b) Penginapan – Kampung Punan, Mersing, Johor

6,000.00

b) Penginapan – Kampung Ganuh, Rompin, Pahang

6,000.00

b) Penginapan – Kampung Ganuh, Rompin, Pahang

6,000.00

Peralatan pengukuran elektrik: sedia ada

Peralatan pengukuran elektrik: disewa

Perbelanjaan Program Bil Perkara Jumlah (RM) 0 (sedia a) Multimeter (4 ada) unit) 0 (sedia b) Clampmeter (3 ada) unit) 0 (sedia c) Thermal imager ada) (1 unit) 4

5

Pepasangan dan pemantuan sistem: kos pasang Data acquisition system (3 unit) Penerbitan dan Percetakan: a) borang kajian penggunaan beban b) manual pengenalan kepada sistem solar hibrid c) manual panduan penggunaan beban d) kertas cadangan operasi dan senggaraan sistem solar hibrid kepada pihak TNB e) Manual latihan kecemasan

Jumlah keseluruhan

11.0

30,000.00

5,000.00 12,000.00

10,000.00 8,000.00

10,000.00

120,000.00

Kos Konvensional Perkara Jumlah (RM) 12,000.00 a) Multimeter (4 unit) 9,000.00 b) Clampmeter (3 unit) 6,000.00 c) Thermal imager (1 unit) Pepasangan dan pemantuan sistem: disewa Data acquisition system (3 unit) Penerbitan dan Percetakan: a) borang kajian penggunaan beban b) manual pengenalan kepada sistem solar hibrid c) manual panduan penggunaan beban d) kertas cadangan operasi dan senggaraan sistem solar hibrid kepada pihak TNB e) Manual latihan kecemasan

58,000.00

5,000.00 36,000.00

30,000.00 20,000.00

20,000.00

250,000.00

KELESTARIAN Program-program seumpama ini dapat dilaksanakan di perkampungan pedalaman di seluruh Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak yang menerima bekalan elektrik dari sistem solar hibrid. Sehingga kini, terdapat lebih 250 kampung di seluruh Malaysia yang mendapat manfaat bekalan elektrik daripada sistem

solar hibrid. Penglibatan komuniti dalam operasi sistem solar hibrid adalah amat penting dalam jangka masa panjang untuk:  Membantu pihak berkuasa elektrik negeri untuk merancang operasi dan sengaraan sistem solar hibrid bagi memastikan bekalan elektrik yang beterusan kepada pihak komuniti.  Memupuk kesedaran di kalangan komuniti tentang kepentingan penggunaan beban secara berhemah bagi menjimatkan kos penggunaan elektrik kepada komuniti dan seterusnya menijmatkan kos penjanaan elektrik di pihak kerajaan.  Menghargai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia.  Memelihara keselamatan diri, harta benda dan kemudahan sistem solar hibrid melalui latihan yang dijalankan. 12.0

PENUTUP Semoga kertas cadangan ini mendapat pertimbangan dan sumber kewangan daripada Dana University Community Transformation Centre (UCTC).

13.0

TANDATANGAN Sila sediakan ruang tandatangan nama penuh serta jawatan ketua program, disemak oleh pegawai UCTC, diperakukan oleh Pengarah UCTC di peringkat universiti masing-masing.

Disediakan oleh:

……….......................................................... ( Ketua Projek )

Disemak oleh :

……….......................................................... ( Pegawai UCTC )

Diperakukan oleh :

……….......................................................... ( Pengarah UCTC )

Suggest Documents