INTEGRASI AGAMA DALAM AMALAN KAUNSELING DI MALAYSIA

600 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilizati...
Author: Herbert Blake
94 downloads 5 Views 312KB Size
600 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

INTEGRASI AGAMA DALAM AMALAN KAUNSELING DI MALAYSIA Mazidah Mohd Dagang, Raja Zirwatul Aida Raja Ibrahim & Azlina Abu Bakar Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia [email protected]

Abstrak Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap integrasi agama dalam kalangan kaunselor berdaftar di Malaysia. Kaedah kajian tinjauan digunakan. Kajian ini melibatkan 240 orang kaunselor berdaftar di seluruh Malaysia. Soal selidik dihantar secara pos kepada sampel terpilih. Analisis deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (ujian t dan ANOVA) digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan integrasi agama dalam kalangan kaunselor adalah sederhana. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, antara cadangan yang dikemukakan adalah latihan yang standard dan pendedahan berterusan mengenai integrasi agama dalam amalan kaunseling perlu diwujudkan untuk meningkatkan tahap kompetensi kaunselor untuk mengintegrasikan agama dalam sesi yang dijalankan. Kata kunci: Integrasi agama, Kaunselor Berdaftar, kaunseling

1.

PENDAHULUAN Malaysia sebuah negara majmuk yang mempunyai penduduk pelbagai bangsa dan agama. Melayu, Cina, India, pribumi Sabah dan Sarawak merupakan etnik utama di Malaysia. Setiap individu diberi kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing. Masyarakat Melayu keseluruhannya beragama Islam, masyarakat Cina kebanyakannya beragama Buddha dan Kristian manakala masyarakat India pula kebanyakannya beragama Hindu dan Kristian. Laporan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (2010) menunjukkan populasi penduduk Malaysia ialah 28.3 juta orang. Daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia, 61.3 peratus adalah beragama Islam , 19.8 peratus beragama Buddha, 9.2 peratus beragama Kristian, 6.3 peratus beragama Hindu, 1.3 peratus menganut Konfucius, Taoism dan agama tradisional etnik Cina yang lain, 0.4 peratus lain-lain agama, 1.0 peratus tidak diketahui dan hanya 0.7 peratus yang tidak beragama. Ini menggambarkan hampir keseluruhann rakyat Malaysia adalah beragama iaitu 98.3 peratus adalah beragama. Pembentukan dan perkembangan kehidupan setiap individu dalam etnik tersebut berasaskan kepada nilai, kepercayaan dan falsafah yang berteraskan budaya serta agama yang dianuti. Walau bagaimanapun, ketika negara berkembang pesat menuju ke arah sebuah negara perindustrian, caragaya kehidupan masyarakat juga berubah dan dipenuhi dengan pelbagai tekanan. Individu terpaksa bekerja keras untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik, kerjaya dan kehidupan peribadi. Kesan daripada ini, ramai individu mengalami tekanan, kebimbangan, penghargaan kendiri yang rendah, konflik peranan dan nilai serta masalah emosi dan interpersonal (Mardiana & Lily Mastura, 2006). Selaras dengan fenomena tersebut, keperluan kepada perkhidmatan

601 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

psikoterapi dan kaunseling semakin meningkat. Namun begitu kesesuaian amalan kaunseling yang berasaskan kepada teori dan falsafah Barat masih dipersoalkan (Mardiana & Lily Mastura 2006). Di sebalik kerancakan pembangunan negara, kebejatan masalah sosial juga semakin meruncing. Kembali kepada ajaran agama dilihat sebagai salah satu jalan pencegahan dan penyelesaian yang sangat efektif (Norliah & Mahadi, 2006) untuk menangani kes-kes pembuangan bayi, sumbang mahram, salahlaku seksual, penagihan dadah dan sebagainya. Khidmat kaunseling juga dilihat sebagai salah satu alternatif bagi membantu remaja dan individu yang menghadapi masalah tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya khidmat kaunseling diberikan dengan hanya bersandarkan kepada fahaman teori sekular sahaja, kemampuan untuk memberi impak yang positif secara keseluruhan kepada klien masih boleh dipersoalkan. Justeru itu, khidmat kaunseling yang mengambil kira pelbagai aspek individu termasuk budaya, agama dan spiritual klien dilihat akan lebih membantu keberkesanan proses kaunseling yang dijalankan (Ivey, Ivey, Myers & Sweeney 2005). Kaunseling keagamaan secara umumnya merujuk kepada perkhidmatan kaunseling yang menggunakan pendekatan agama samaada dari segi falsafah, matlamat, proses, prosedur dan pendekatan penyelesaian masalah (Amaluddin, 2006). Worthington, Hook, Davis & McDaniel (2011), mendefinisikan kaunseling keagamaan sepertimana berikut; Religious counseling shares many methods and goals as secular counseling but also incorporates methods or goals that are religious in nature. For example, in addition to using cognitive or behavioral techniques to alleviate depression, a counselor practicing religious counseling might conceptualize using a religious framework and, within that framework, use methods such as prayer or religious imagery. Besides pursuing goals that are psychological, a client in religious counseling might also work toward spiritual goals, such as adhering more closely to the teachings of Buddha (m.s. 205). Berdasarkan definisi yang dikemukakan oleh Worthington et al. (2011), kaunseling keagamaan menggunapakai teori dan intervensi kaunseling yang sedia ada, walau bagaimanapun agama dan spiritual dimasukkan sebagai salah satu aspek yang diambil kira dalam proses kaunseling tersebut. Agama sebagai kerangka yang digunakan untuk mengkonsepsikan permasalahan atau isu yang dibawa oleh klien, di samping itu intervensi yang berasaskan kepada agama seperti sembahyang dan berdoa juga diaplikasikan dalam proses kaunseling dalam usaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh klien dalam sesi kaunseling. Matlamat sesi kaunseling juga disandarkan kepada agama yang dianuti oleh klien di mana matlamat sesi mungkin lebih menyeluruh dan berkait dengan kesejahteraan spiritual klien. Kaunselor perlu memahami pelbagai budaya, etnik dan agama klien kerana personaliti, sikap dan tingkah laku klien dibentuk daripada nilai budaya dan agama (Briggs & Rayle 2005). Antara sebab agama perlu dimasukkan dalam proses kaunseling, pertamanya, agama menyediakan panduan untuk memahami nilai pegangan kehidupan klien (Miranti 1998). Kedua, agama adalah pengaruh utama identiti budaya klien (Worthington 1991) Ketiga, agama adalah salah satu komponen

602 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

pelbagai budaya (Pedersen 1990) dan keempat, agama membantu penerokaan dan penyelesaian masalah dalam proses kaunseling (Burke, Chauvin & Miranti 2005). Agama dan spiritual juga dilihat sebagai komponen utama yang mempengaruhi fizikal, sosial, emosi dan intelektual klien (Witmer & Sweeney, 1992). Hefner (1998) menegaskan seperti mana berikut: Culture is where religion happens; religion is located within human culture.Religion has emerged within the cultural phase of evolution. What does religion do—what is it for?—in the cultural realm? It is a primary force for the organization of consciousness and therefore for the worldviews and values and decisions that drive culture. Religion is above all concerned with what the natural world can become—its possibilities. Religion’s adaptive success in strengthening individual psyches and mobilizing group spirit flows from its vision of what the world can become. (m.s.540) Oleh itu, agama perlu dimasukkan sebagai salah satu komponen yang dinilai dalam proses kaunseling seperti mana aspek-aspek lain seperti fizikal, sosial, emosi dan intelektual klien. Di sebalik kepentingan agama dan spiritual yang diakui dalam kalangan masyarakat Barat, didapati daripada hasil kajian yang telah dijalankan oleh Burke, Hackney & Hudson (1999), Hall, Dixon & Mauzey (2004), Shimabukuro, Daniels & D’Andrea (1999), kebanyakan kaunselor merasakan mereka tidak bersedia daripada segi pengetahuan dan pengalaman yang menyentuh aspek spiritual dan agama. Ini adalah kerana aspek spiritual dan agama membabitkan kesanggupan kaunselor untuk meneroka sikap dan kepercayaan klien. Hasil kajian mereka juga menunjukkan kaunselor cenderung untuk tidak membabitkan diri dalam aspek tersebut dan mereka melihatnya sebagai isu kecil dalam kehidupan manusia. Kebanyakan kaunselor mempunyai pandangan masing-masing tentang keagamaan, tetapi mereka tidak begitu berminat untuk membicarakan hal ini dengan klien (Holden, Watts & Brookshire 1991). Faktor ini berkemungkinan besar berlaku kerana kurangnya unsur keagamaan dalam latihan klinikal mereka. Kajian yang dijalankan oleh Kelly (1994) mendapati majoriti program kaunseling atau psikologi kaunseling tidak mengandungi atau mengandungi sedikit sahaja subjek yang berkaitan dengan agama. Dapatan kajian itu juga menyatakan secara keseluruhannya, kaunselor tidak begitu fasih dengan isu keagamaan yang ditimbulkan oleh klien. Hanya 45.3 peratus kaunselor yang mengambil bahagian dalam kajian ini menyatakan bahawa agama atau unsur spiritual adalah penting atau sangat penting dalam program kaunseling. Kajian ini merumuskan bahawa walaupun hanya sedikit kurikulum yang mengandungi isu keagamaan, namun agama tidak dipandang sebagai sesuatu yang negatif dalam kaunseling. Kaunselor juga dikatakan tidak bersedia untuk memasukkan elemen spiritual dan agama dalam amalan kaunseling disebabkan mereka tidak menerima latihan formal yang mencukupi dalam aspek spiritual dan agama. Berdasarkan kajian tinjauan yang dilakukan oleh CACREP mendapati kurang daripada 25 peratus program yang ditawarkan mempunyai kursus berkaitan aspek spiritual dan agama. Majoriti daripada program yang ditawarkan juga tidak mempunyai penyeliaan berkaitan aspek tersebut (Kelly 1994; Belaire 2000). Oleh yang demikian, mereka mencadangkan kursus yang lengkap berkaitan aspek spiritual dan agama dalam

603 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

kaunseling perlu diwujudkan, dipertingkatkan dan diberi penekanan yang sewajarnya agar kaunselor mempunyai pendedahan yang secukupnya. Oleh yang demikian kajian ini cuba meneroka apakah tahap integrasi kefahaman beragama dalam kalangan kaunselor berdaftar di Malaysia. 2.

PERNYATAAN MASALAH Aspek agama dan spiritual tidak dilihat sebagai salah satu aspek penting dalam kepelbagaian budaya. Semakan yang telah dibuat menunjukkan hanya empat buah universiti yang menawarkan kursus berkaitan dengan agama dan ianya juga tertumpu kepada agama Islam (Lembaga Kaunselor, Jun 2010). Walaupun terdapat subjek-subjek seperti kaunseling pelbagai budaya dan hubungan etnik, namun persoalan yang timbul, adakah mereka kompeten dari aspek spiritual dan agama, dan adakah ilmu serta latihan yang diperoleh ketika mengikuti program pengajian tersebut mencukupi untuk membolehkan mereka mengintegrasikan kefahaman beragama dalam sesi kaunseling yang mereka jalankan. Seseorang kaunselor boleh dianggap tidak beretika sekiranya mengamalkan perkhidmatan kaunseling di luar bidang kompetensinya sebagaimana yang terkandung dalam Kod etika ACA (2005) di bawah seksyen tanggungjawab professional (c.2.a). Kod etika kaunselor Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA, 2008) juga menyatakan bahawa kaunselor hendaklah memberi perkhidmatan kaunseling mengikut bidang kepakaran dengan tidak melangkaui sempadan kepakaran berasaskan kepada pendidikan, latihan dan pengalaman diselia. Kajian berkaitan dengan Integrasi Kefahaman Beragama dalam amalan kaunseling di Malaysia juga adalah amat terhad. 3.

TUJUAN KAJIAN Tujuan utama kajian ini adalah untuk memperihalkan integrasi kefahaman beragama dalam kalangan kaunselor berdaftar di Malaysia. Secara khusus tujuan kajian ini adalah seperti berikut: 1. Untuk memperihalkan tahap integrasi kefahaman beragama dalam kalangan kaunselor berdaftar. 2. Untuk mengenalpasti perbezaan tahap integrasi kefahaman beragama berdasarkan faktor-faktor demografi (kategori umur, jantina, keturunan, anutan agama, kelulusan akademik, tempoh pengalaman bekerja). 3. Untuk mengenalpasti apakah cabaran yang dihadapi oleh kaunselor untuk mengintegrasikan agama dalam kaunseling. 4. METOD KAJIAN 4.1 Reka Bentuk Kajian Pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan untuk menguji dan menjawab persoalan serta hipotesis kajian. Kaedah ini dipilih kerana ia mampu menghuraikan isu-isu dan masalah dalam pelbagai perspektif yang melibatkan sikap, pandangan, kepercayaan, perasaan, tingkah laku dan persepsi (Creswell 2008). Oleh kerana kajian berkaitan integrasi kefahaman beragama dalam amalan kaunseling ini masih kurang dijalankan, di samping maklumat dalam bidang yang dikaji juga terhad, maka pemilihan reka bentuk tinjauan adalah bersesuaian dengan fokus utama kajian dijalankan. Kajian yang dijalankan ini melibatkan data-data berbentuk nominal, ordinal dan selang. Statistik deskriptif seperti min, peratusan,

604 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

pangkatan dan sisihan piawai serta statistik inferensi akan digunakan bagi menganalisis dan menerangkan persoalan dan hipotesis kajian. 4.2 Subjek Kajian Subjek kajian terdiri daripada 240 orang kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor. Pemilihan sampel dilakukan dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah pemilihan sampel dengan rawak mudah ini dijalankan setelah penyelidik mendapatkan senarai kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor. Satu set soal selidik berserta sampul surat bersetem dan beralamat penyelidik dihantar kepada responden terpilih. 4.3 Alat Kajian Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian. Bahagian A adalah item-item yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat demografi responden. Dalam bahagian ini juga dimasukkan satu soalan terbuka telah dikemukan dalam soal selidik ini iaitu nyatakan pandangan anda terhadap halangan dan cabaran anda dalam mengintergasikan kefahaman beragama dalam amalan kaunseling yang anda jalankan. Bahagian B adalah soal selidik Integrasi Kefahaman Beragama (IKbA) dalam amalan kaunseling. Soal selidik ini mempunyai 31 item dengan skala likert lima mata yang dibina oleh penyelidik berdasarkan kepada sorotan kajian lepas. Daripada analisis kebolehpercayaan menggunakan model Alpha Cronbach menunjukkan soal selidik IKbA mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu .97. 4.4 Penganalisisan Data Statistik Data yang diperoleh daripada soal selidik kemudiannya dianalisis menggunakan analisis deskriptif (min dan peratusan) dan analisis inferensi (ujian-t dan ANOVA) untuk memerihalkan dapatan kajian. Secara keseluruhannya data telah diproses dengan menggunakan program SPSS versi 18. 5.

KEPUTUSAN KAJIAN Seramai 240 orang kaunselor berdaftar terlibat dalam kajian ini. Peratusan tertinggi bagi responden adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam serta berumur dalam lingkungan 36 tahun hingga 55 tahun. 44.96 peratus berkelulusan Ijazah Sarjana dan peratusan tertinggi bagi tempoh perkhidmatan adalah antara 1 hingga 5 tahun iaitu sebanyak 39.2 peratus. Taburan demografi terperinci bagi responden kajian ini adalah seperti Jadual 1: Jadual 1: Taburan Demografi Responden Demografi Kategori Umur > 35 tahun 36 hingga 45 tahun 46 hingga 55 tahun < 51tahun Jantina Lelaki Perempuan Keturunan Melayu

Kekerapan 91 69 67 13 115 125 181

Peratusan 37.9 28.8 27.9 5.4 47.9 52.1 75.24

605 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

Cina India Pribumi Sabah & Sarawak Lain-lain Agama Islam Hindu Buddha Kristian Lain-lain Kelulusan Diploma Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Doktor Falsafah Tempoh 1-5 tahun Perkhidmatan 6-10 tahun 11-15 tahun 16-20 tahun 20 tahun ke atas

30 14 12 3 190 10 22 17 1 17 101 107 15 70 52 41 19 58

12.5 5.8 5.0 1.3 79.2 4.2 9.2 7.1 0.4 7.1 42.1 44.6 6.3 29.2 21.7 17.1 7.9 24.2

Nilai min IKbA adalah pada tahap sederhana iaitu 3.45 dengan sisihan piawai 0.83 (Jadual 2). Item yang mempunyai nilai min yang paling tinggi adalah bagi item 5 iaitu membincangkan nilai-nilai keagamaan (contoh; sabar, memaafkan kesalahan diri dan orang lain, bertanggungjawab) yang dirasakan sesuai dengan isu atau masalah yang dibawa oleh klien. Item ini menunjukkan skor min 4.23 dengan sisihan piawai .86. Item yang menunjukkan min kedua tertinggi adalah item 22 iaitu membincangkan bahawa setiap perkara yang berlaku mempunyai kebaikan di sebaliknya dengan nilai min 4.08 dan sisihan piawai 1.04. Item yang menunjukkan skor min yang ketiga tertinggi adalah item 4 (mengambil kira aspek agama klien dalam proses membantu klien mencari penyelesaian) dengan min 4.04 dan sisihan piawai .96. Seterusnya item yang mempunyai nilai min yang paling rendah (M=2.45, SP=1.16) adalah item 15 iaitu berbincang tentang agama walaupun klien menganut agama berbeza. Item yang menunjukkan skor min yang kedua terendah, (M=2.45, SP=1.21) ialah item 30 (menggunakan ayat-ayat dalam kitab agama sebagai rujukan dalam permasalahan klien). Item yang mempunyai skor min yang ketiga rendah ialah item 1,(M=2.77, SP=1.48) iaitu memulakan sesi kaunseling dengan cara seperti berdoa yang dianjurkan oleh agama yang anda anuti sekiranya klien menganuti agama yang sama. Bagi memperoleh maklumat yang lebih terperinci, analisis julat antara kuartil dijalankan (Jadual 2) untuk mengenal pasti berapa ramai responden yang mengintegrasikan kefahaman beragama dalam amalan kaunseling. Secara keseluruhannya 50% responden mengintegrasikan kefahaman beragama secara sederhana. 25.8% mengintegrasikan kefahaman beragama secara minima manakala 24.2% mengintegrasikan kefahaman beragama secara maksimum. Jadual 2: Kategori responden bagi IKbA Pemboleh ubah Kategori

Frekuensi

Peratus

M

SP

606 6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6

IKbA

Rendah Sederhana Tinggi

62 120 58

25.8 50.0 24.2

3.45

.83

Bagi menjawab persoalan kajian kedua, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor IKbA antara lelaki, (M= 3.61, SD= 0.79) dan perempuan (M=3.55, SD=0.89); t (240) = 0.62, p>.05, kategori umur F(3,236) = 0.50, p>.05, tahap pendidikan, F(3, 236) = 0.90, p>.05 dan tempoh perkhidmatan sebagai kaunselor, F(4, 235) = 0.76, p>.05). Oleh yang demikian, keempat-empat hipotesis nul bagi faktor demografi tersebut diterima. Terdapat perbezaan signifikan IKbA berdasarkan keturunan, F (3, 233)=16.01, p

Suggest Documents