Tugas dan Tanggungjawab Guru Pembimbing dari Perspektif Guru Pelatih

Tugas dan Tanggungjawab Guru Pembimbing dari Perspektif Guru Pelatih Ahmad Zamri bin Khairani, Nordin bin Ab. Razak & Mohammad Zohir bin Ahmad@Shaari ...
Author: Chad Melton
6 downloads 0 Views 193KB Size
Tugas dan Tanggungjawab Guru Pembimbing dari Perspektif Guru Pelatih Ahmad Zamri bin Khairani, Nordin bin Ab. Razak & Mohammad Zohir bin Ahmad@Shaari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk meneliti tugas dan tanggungjawab guru pembimbing dalam latihan mengajar dari perspektif guru pelatih dalam tiga aspek utama, iaitu tugas-tugas profesional perguruan, penasihatan dan penyeliaan pengajaran. Seramai 332 orang guru pelatih yang sedang mengikuti latihan mengajar memberi respons tentang guru pembimbing mereka. Soal selidik yang terdiri daripada 34 item dibangunkan untuk mendapatkan respons daripada sampel kajian. Dapatan menunjukkan secara umumnya guru pembimbing dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik dalam aspek-aspek yang diukur. Namun begitu terdapat perkara yang masih kurang diberi perhatian oleh guru pembimbing seperti pengurusan kokurikulum dan juga hubungan bentuk peribadi. Guru pembimbing juga kurang serius semasa membuat pencerapan. Implikasi kajian terhadap program latihan mengajar dan program pendidikan guru turut dibincangkan. Kata kunci: Guru pembimbing, guru pelatih, profesional perguruan, penasihatan, penyeliaan pengajaran Abstract: The present study explores views towards the roles of cooperating teachers by student teachers with regards to three fundamental aspects, namely, roles in teaching professionals, guidance and supervision. 332 student teachers attending their teaching practicum provided responses about their cooperating teachers. A 34-item self-developed instrument was used in this study. The findings showed that in general, the cooperating teachers adapted well towards their specified roles. Nevertheless, they were several aspects that were lacking such as managing co-curricular activities and sharing personal problems. In fact, the finding showed that the cooperating teachers were not serious enough in there observations. Implications of the findings towards both teaching practice and teaching program were also discussed. Keywords: Cooperating teachers, student teachers, teaching professionals, guidance, supervision

PENDAHULUAN Program pendidikan guru merupakan satu elemen penting dalam perkembangan profesional seseorang guru. Objektif utama program pendidikan guru ialah untuk menyediakan guru pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran isi kandungan dan juga kemahiran mengajar (Wilke, 2004). Namun begitu program pendidikan guru sahaja tidak mencukupi untuk menjadi seorang guru yang baik. Stansbury & Zimmerman (2002) menegaskan bahawa guru pelatih memerlukan satu bentuk pengalaman di lapangan yang boleh membantu mereka mengaplikasikan pengetahuan-pengetahuan yang diperoleh semasa program pendidikan guru ke dunia pendidikan sebenar. Justeru, latihan mengajar dilihat sebagai satu fasa penting dalam perkembangan profesional seorang guru pelatih. Latihan mengajar memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengetahui dan memahami situasi sebenar bilik darjah dan sekolah serta mencuba dan mengubah suai pendekatan-pendekatan yang dipelajari (Jawatankuasa Latihan Mengajar dan Praktikum, 2007). Semasa latihan mengajar, seseorang guru pelatih itu didedahkan dengan dunia sebenar profesion perguruan. Mereka berhadapan dengan situasi sebenar persekitaran sekolah, baik dari aspek kurikulum dan pengajaran mahu pun aspek fizikal murid, kelas dan sekolah. Namun guru pelatih dilihat bakal mengalami masalah kerana mereka perlu berhadapan dengan situasi yang sama sekali berbeza dengan pengetahuan yang lebih berorientasikan teori di maktab ataupun universiti. Namun begitu, kajian-kajian lepas telah menunjukkan hal sebaliknya. Kajian oleh Syed Mohammad, Ahmad Zamri, Nordin dan Jamalsafri (2010) menunjukkan

13

bahawa semasa latihan mengajar, guru pelatih dari Universiti Sains Malaysia mempunyai efikasi pengajaran yang tinggi. Mereka percaya mereka mampu melaksanakan pengajaran dengan berkesan walaupun perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek pengurusan kelas, penglibatan dengan murid dan melaksanakan strategi pengajaran yang dirancang. Dapatan yang sama juga dilaporkan oleh Abdul Rahim, Mohd Majid, Rashid and Lyndon (2008) bagi guru pelatih sains Universiti Putra Malaysia. Kedua-dua kajian dapatan dari guru pelatih di Malaysia ini selari dengan kajian di luar negara oleh Woolfolk dan Hoy (1990) dan Fortman dan Pontius (2000). Menurut Klobnoch(2006), antara faktor tahap efikasi yang tinggi dalam kalangan guru pelatih ini ialah adanya sokongan berterusan daripada guru pembimbing mereka semasa latihan mengajar. Sorotan kajian-kajian lepas menunjukkan tiada definisi yang jelas tentang guru pembimbing (disebut juga guru mentor) (Robert, 2000; Wojnowski, Bellamy & Cooke, 2003). Kebanyakan pengkaji memberi definisi guru pembimbing dari segi hubungan yang berhieraki, sama ada (1) guru pembimbing lebih berpengalaman daripada guru pelatih, atau (2) guru pembimbing mampu membimbing guru pelatih menimba pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengajar (Billet, 2003; Fowler & Gorman, 2005; Price & Chen, 2003). Pengkaji-pengkaji juga bersependapat bahawa hubungan guru pembimbing dengan guru pelatih adalah kompleks. Smith (2007) berpendapat hubungan guru pembimbing – guru pelatih merupakan satu proses. Guru pembimbing bukan sahaja perlu memberikan bimbingan, tetapi juga mengemukakan cabaran-cabaran positif kepada guru pelatih agar pemerolehan ilmu mengajar itu menjadi lebih bermakna. Namun begitu, pandangan Lai (2005) dilihat mampu memberikan definisi guru pembimbing yang lebih komprehensif. Beliau mencadangkan tiga dimensi penting yang perlu ada bagi mendefinisikan guru pembimbing, iaitu perhubungan, perkembangan, dan kontekstual. Perhubungan merujuk kepada hubungan antara guru pembimbing dengan guru pelatih manakala dimensi perkembangan merangkumi aspek cara kedua-dua pihak membina dan meningkat pengetahuan personal antara satu sama lain dan pengetahuan profesional terhadap profesion perguruan. Kontekstual pula merujuk kepada aspek budaya dan situasi semasa dalam hubungan antara guru pembimbing dengan guru pelatih. Kajian-kajian lepas menunjukkan guru pembimbing memainkan peranan penting dalam perkembangan guru-guru pelatih (Beck & Kosnik, 2002; Koerner, Rust, & Baumgartner, 2002; Lane, Lacefield-Parachini, & Isken, 2003). Glenn (2006) membahagikan peranan guru pembimbing ini kepada dua, iaitu sebagai (1) model dan (2) mentor. Kajian oleh Osunde (1996), misalnya, mendapati bahawa guru pelatih menjadikan guru pembimbing mereka sebagai model terutamanya dari aspek pengurusan kelas, membina hubungan yang mesra dengan murid, penguasaan isi kandungan yang mendalam, menentukan rutin harian dalam kelas serta keperihatinan terhadap murid. Sebagai mentor, guru pembimbing juga membina hubungan baik dengan guru-guru dalam perkhidmatan, membantu membuat penilaian atau refleksi diri berkenaan tugas dan tanggungjawab seseorang guru pelatih disamping mengekalkan minat dan komitmen walaupun berdepan realiti sebenar berkaitan dengan cabaran-cabaran dan kesukaran-kesukaran dalam profesion perguruan. Dari aspek mentor, Boreen, Johnson, Niday, & Potts (2000) merumuskan tugas guru pembimbing sebagai “membimbing, membuat refleksi kendiri dan melatih” (“guiding, reflecting, and coaching”). Hubungan baik yang berlandaskan kepercayaan merupakan elemen penting bagi membolehkan guru berfungsi sebagai mentor yang baik (Stanulus & Russell, 2000). Hal ini penting kerana kajian-kajian lepas juga menunjukkan berlakunya konflik antara guru pembimbing dengan guru pelatih kerana tidak wujudnya hubungan yang baik ini. Malah menurut Eby, McManus, Simon, & Russell (2000), hubungan berbentuk model dan mentor seperti yang dinyatakan di atas lebih kepada aspek negatif. Faktor utama yang menyumbang kepada perkara ini ialah kurangnya pengetahuan dan kemahiran guru pembimbing selain daripada perbezaan personaliti. Graham (1997) pula berpendapat bahawa perbezaan dalam pegangan dan falsafah serta sifat prejudis antara satu sama lain turut menyumbang kepada hubungan negatif ini. Walaupun hubungan guru pembimbing dan guru pelatih semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengkaji-pengkaji pendidikan guru, masih ada ruang yang perlu diberi perhatian bagi meningkatkan kefahaman dalam bidang ini. Ambrosetti dan Dekkers (2010) misalnya menyatakan bahawa kajian tentang

14

tugas dan tanggunjawab guru-guru pembimbing masih terhad. Cherian (2007) pula berpendapat belum ada dokumentasi yang menyeluruh tentang ekspektasi terhadap guru pembimbing dari perspektif guru pelatih dan prestasi sebenar guru pelatih tersebut. Hall, Draper, Smith, dan Bullough Jr. (2008) pula menunjukkan bahawa guru pembimbing selalunya mempunyai kefahaman yang berbeza dengan institusi latihan guru tentang tugas dan tanggungjawab guru pembimbing. Dalam konteks pendidikan guru di Malaysia, walaupun latihan mengajar merupakan komponen wajib, kajian tentang hubungan guru pembimbing – guru pelatih masih lagi kurang. Oleh kerana kajian-kajian lepas telahpun menunjukkan peranan guru pembimbing penting dalam perkembangan professional guru pelatih, maka penting bagi sesebuah institusi latihan guru itu mempunyai standard tentang kualiti dan sifat guru yang dipilih sebagai guru pembimbing tersebut. Namun begitu, individu yang rapat dengan guru-guru pembimbing yang dipilih ini jarang ditanya tentang apakah kualiti dan sifat-sifat guru pembimbing yang berkesan. Selain daripada itu, tiada garis panduan yang jelas berkenaan tugas dan tanggungjawab guru pembimbing. Setiap universiti dan setiap institusi pendidikan guru mempunyai sistem dan kriteria sendiri yang menyebabkan guru pembimbing keliru dengan peranan mereka semasa menyelia guru pelatih. Justeru, tugas dan peranan guru pembimbing dalam setting sedia ada perlu dikaji bagi membuat penambahbaikan program latihan mengajar khususnya dan program pendidikan guru amnya.

TUJUAN KAJIAN Kajian eksploratori ini bertujuan untuk mengkaji tugas dan tanggungjawab guru pembimbing dalam latihan mengajar dari perspektif guru-guru pelatih. Secara lebih spesifik, kajian ini bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pandangan guru pelatih terhadap guru pembimbing mereka. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mendapat jawapan tentang sejauh manakah guru pembimbing memainkan peranan membantu guru pelatih dalam perkara-perkara berikut: 1. Tugas-tugas profesional perguruan 2. Tugas-tugas penasihatan 3. Tugas-tugas penyeliaan pengajaran

METODOLOGI Sampel Kajian ini melibatkan 332 orang guru pelatih dari Universiti Sains Malaysia yang sedang mengikuti latihan mengajar di sekolah-sekolah menengah di negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Majoriti guru pelatih diselia oleh seorang guru pembimbing, manakala sebahagian kecil diselia oleh dua orang guru pembimbing. Pelantikan guru pembimbing bergantung kepada budi bicara sekolah sepenuhnya walaupun pihak Jawatankuasa Latihan Mengajar dan Praktikum mencadangkan seorang guru pembimbing bagi setiap seorang guru pelatih.

Instrumen Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan satu soal selidik yang terdiri daripada 34 item. Soal selidik ini ditadbir kepada guru pelatih pada minggu ke 10 hingga minggu ke 12 semasa tempoh latihan mengajar. Item-item soal selidik ini dikonsepsikan sendiri oleh pengkaji berdasarkan 4 komponen seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Respons guru pelatih dikategorikan sebagai 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Setuju, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju

15

Jadual 1: Komponen Soal selidik Peranan Guru Pembimbing Bil 1 2

Komponen Pandangan umum terhadap guru pembimbing Tugas-tugas profesional perguruan

Bil. Item 5

Contoh item Saya berpuashati dengan guru pembimbing saya

9

3

Tugas-tugas penasihatan

10

4

Tugas-tugas penyeliaan pengajaran

10

Jumlah

34

Guru pembimbing saya membantu memupuk dan meningkatkan kesedaran dan kepekaan terhadap mata pelajaran Guru pembimbing merupakan sumber rujukan utama saya Dalam menjalankan pencerapan pengajaran saya, guru pembimbing mambantu saya merangka satu pengajaran yang berkesan

Analisis Data Respons kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif asas. Ini termasuklah peratusan setiap kategori respons, min dan juga sisihan piawai bagi setiap item. Pekali alpha dilaporkan bagi setiap komponen.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dapatan menunjukkan guru-guru pelatih mempunyai pandangan positif terhadap guru-guru pembimbing mereka. Jadual 2 di bawah menunjukkan guru pelatih memberikan skor yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab guru-guru pembimbing mereka (min = 4.47, sisihan piawai = 0.089). Guru-guru pelatih yang dikaji memberikan skor yang hampir sama bagi tugas dan tanggungjawab guru pembimbing dalam komponen-komponen profesional (min = 4.20, sisihan piawai = 0.13), penasihatan (min = 4.15, sisihan piawai = 0.26) dan penyeliaan pengajaran (min = 4.14, sisihan piawai = 0.14). Setiap komponen mempunyai pekali alpha yang tinggi iaitu antara 0.90 – 0.93. Jadual 2: Min dan Sisihan Piawai bagi Komponen Peranan Guru pembimbing Bil 1 2 3 4

Komponen

Min

Pandangan umum terhadap guru pembimbing Tugas-tugas profesional perguruan Tugas-tugas penasihatan Tugas-tugas penyeliaan pengajaran

4.47 4.20 4.15 4.14

Sisihan Piawai 0.089 0.13 0.26 0.14

Pekali Alpha .90 .93 .92 .92

Pandangan Umum Terhadap Guru Pembimbing Secara umum, guru-guru pelatih mempunyai pandangan yang positif terhadap guru pembimbing mereka seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3. Mereka mendapati guru pembimbing yang dipilih sesuai dengan mereka. Majoriti berpendapat guru pembimbing mereka seorang yang bertanggungjawab dan banyak membantu memahami kerjaya sebagai seorang guru. Hasilnya, lebih 93% daripada guru-guru pelatih

16

berpuas hati dengan guru pembimbingnya dan hampir 90% daripada mereka juga mahukan skim guru pembimbing ini diteruskan. Jadual 3: Peratus Respons, Min dan Sisihan Piawai Item bagi Komponen Pandangan Umum Terhadap Guru Pembimbing

Pemilihan guru pembimbing adalah sesuai Skim guru pembimbing perlu diteruskan Saya berpuashati dengan guru pembimbing saya Guru pembimbing saya seorang yang bertanggungjawab Guru pembimbing saya banyak membantu memahami kerjaya sebagai seorang guru

1 0.3 0.3 0.9 0.9

2 0.6 1.2 0.6

3 0.9 2.4 4.5 4.5

4 39.5 40.4 38.0 43.4

5 59.3 56.3 55.4 50.6

min 4.58 4.52 4.46 4.42

sp 0.55 0.61 0.72 0.69

1.2

0.9

6.6

44.6

46.7

4.35

0.75

1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Setuju, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju Tugas-tugas Profesional Perguruan Bagi komponen tugas-tugas profesional perguruan, guru-guru pembimbing dilihat berfungsi dengan paling berkesan dalam memberikan kesedaran dan kepekaan terhadap satu-satu mata pelajaran kepada guru-guru pelatih. Guru-guru pembimbing juga mampu menerapkan nilai-nilai positif seperti keperihatinan, komitmen, keyakinan diri, sifat penyayang dan keterbukaan dalam kalangan guru-guru pelatih terhadap tugas profesional mereka. Kajian oleh Kwan & Lopez-Real (2005) juga menunjukkan trend yang sama iaitu guru pembimbing berfungsi sebagai kaunselor dalam memberi bimbingan dan nasihat berkenaan dengan tugas-tugas profesional. Guru-guru pembimbing juga menjadi model kepada guru pelatih dengan menunjukkan sikap profesional. Walau bagaimanapun, guru-guru pembimbing didapati kurang memberikan penekanan terhadap aspek pengurusan kelas dan tugas-tugas berkaitan kokurikulum. Hal ini boleh dikaitkan dengan kurangnya penglibatan secara langsung oleh guru pelatih dalam kedua-dua aspek ini. Guru pelatih biasanya tidak dilantik menjadi guru kelas ataupun mengetuai mana-mana aktiviti kokurikulum semasa latihan mengajar. Oleh itu aspek ini mungkin dilihat kurang penting untuk diberi perhatian berbanding penguasaan isi kandungan ataupun kemahiran pedagogi. Namun, norma bagi profesion perguruan di Malaysia ialah apabila guru-guru pelatih ini dilantik menjadi guru nanti, kedua-dua aspek ini merupakan pilihan tugasan yang perlu dipikul oleh mereka. Justeru itu, kajian ini mencadangkan agar pihak sekolah mengambil inisiatif tambahan dengan meletakkan guru-guru pelatih di bawah seorang guru pembimbing yang khusus untuk membimbing mereka dalam aspek pengurusan kelas dan tugas-tugas kokurikulum.

Jadual 4: Peratus Respons, Min dan Sisihan Piawai Item bagi Komponen Tugas-tugas Profesional Perguruan

Kesedaran dan kepekaan terhadap mata pelajaran Keperihatinan terhadap tugasan guru Komitmen terhadap tugas harian Keyakinan diri terhadap tugas mengajar

17

1 0.3

2 1.2

3 3.6

4 57.2

5 37.3

min 4.36

sp 1.16

0.6 0.3 0.3

0.6 1.8 1.8

3.6 4.8 3.3

58.7 58.7 62.3

36.4 34.3 32.2

4.30 4.25 4.24

0.63 0.66 0.63

Sifat penyayang terhadap pelajar Keyakinan diri terhadap tugas mengajar Keterbukaan dalam profesion perguruan Tugas-tugas pengurusan kelas Tugas-tugas kokurikulum

0.6 0.3 0.6 1.2 1.5

0.6 1.8 1.8 3.3 3.9

8.1 3.3 6.3 10.8 19.0

55.1 62.3 57.2 55.1 52.7

35.5 32.2 34.0 29.5 22.9

4.24 4.24 4.22 4.08 3.92

0.68 0.63 0.69 0.80 0.84

1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Setuju, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju

Tugas-tugas Penasihatan Bagi tugas-tugas penasihatan, guru-guru pembimbing dilihat memainkan peranan yang berkesan dalam kebanyakan aspek yang disoal. Guru pembimbing berperanan utama memberi nasihat dalam hal berkenaaan pengajaran seperti menjadi sumber rujukan, berkongsi masalah pengajaran, memberi teguran dan nasihat serta menggalakkan guru pelatih membuat refleksi dan penilaian kendiri. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Jones (2000) di England dan Jerman yang mendapati guru-guru pembimbing berfungsi memberikan sokongan dan juga bertindak sebagai critical friend yang turut memberi maklum balas yang membina. Walau bagaimanapun, satu perkara yang memerlukan perhatian ialah dapatan menunjukkan guru pembimbing kurang membantu dalam merangka pengajaran yang berkesan. Hal ini amat merugikan memandangkan guru pembimbing merupakan individu yang memahami selok-belok isi kandungan dan persekitaran sekolah. Justeru itu, mereka perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam merancang pengajaran agar guru pelatih lebih cepat belajar merancang pengajaran terutamanya dalam menghadapi murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan. Hal ini penting kerana kajian menunjukkan walaupun guru mampu menyampaikan pengetahuan, mereka kurang mampu memastikan murid dapat mengikuti pengajaran mereka. Guru lemah dalam merancang pengajaran kerana pengajaran dirancang secara keseluruhan. Hal ini menyebabkan murid yang lemah akan ketinggalan manakala murid yang berkebolehan tinggi tidak dirangsang dengan aktiviti yang lebih mencabar (Mohd. Daud, Mustapha, Lee, Khadijah, Ismail, Zulkifli & Chew, 2000). Dapatan kajian juga menunjukkan guru pembimbing kurang memainkan peranan dalam hal selain pengajaran. Mereka paling kurang berbincang tentang hal peribadi dan sahsiah guru pelatih. Perkara ini seharusnya diberi perhatian kerana seperti guru awalan (guru yang baru berkhidmat), guru pelatih juga seringkali menghadapi pelbagai masalah dalam menyesuaikan diri di sekolah. Hal ini kerana dunia sebenar perguruan adalah kompleks dan sangat berbeza dengan ekspektasi guru pelatih (Inman & Marlow, 2004; Melnick & Meister, 2008). Guru pelatih (sama seperti guru-guru yang baru berkhidmat) perlu berhadapan dengan isu-isu yang baru pada mereka seperti pengurusan kelas, strategi pengajaran, dan penglibatan dengan pelajar (Barrett, Kutcy & Schulz, 2006; Cookson, 2005; Ewing & Manuel, 2005). Sikap mengambil berat guru pembimbing tentunya akan dapat membantu meringankan masalah guru-guru pelatih.

Jadual 5: Peratus Respons, Min dan Sisihan Piawai Item bagi Komponen Tugas-tugas Penasihatan

Menjadi sumber rujukan Membina keyakinan Memberi teguran dan nasihat Berbincang tentang masalah pengajaran Mewujudkan hubungan berteraskan kepercayaan Menilai keupayaan mengajar secara berterusan

18

1 0.3 1.2 0.6 1.2 0.9

2 1.2 0.9 0.6 0.0 0.9

3 3.3 1.2 4.8 6.0 4.5

4 50.0 52.4 50.9 48.8 51.8

5 45.2 44.3 43.1 44.0 41.9

min 4.39 4.38 4.35 4.34 4.33

sp 0.64 0.68 0.66 0.70 0.69

0.9

0.9

6.6

60.5

31.0

4.20

0.68

Memberi peneguhan berterusan Menggalakkan membuat refleksi dan penilaian kendiri Menilai keupayaan sahsiah secara berterusan Membantu merangka pengajaran berkesan Berbincang tentang masalah peribadi

1.5 1.2

1.2 1.5

9.6 10.2

56.3 60.8

31.3 26.2

4.15 4.09

0.76 0.73

1.5 2.1 3.9

1.8 4.2 8.7

19.0 19.6 28.0

58.7 50.0 44.6

19.0 24.1 14.8

3.92 3.90 3.58

0.76 0.89 0.98

1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Setuju, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju

Tugas-tugas Penyeliaan Pengajaran Bagi aspek penyeliaan pengajaran, guru-guru pembimbing didapati berperanan baik terutamanya dalam membuat perbincangan sebelum dan selepas penyeliaan. Guru-guru pembimbing juga membantu merangka strategi susulan disamping menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan seperti memberi bimbingan tentang sumber dan alat bantuan mengajar serta menyemak buku persediaan guru pelatih. Namun begitu, guru pembimbing perlu lebih berperanan membantu guru pelatih memahami latar belakang kelas dan juga merancang pengajaran. Satu perkara menarik ialah dapatan menunjukkan guru pembimbing kurang serius dalam membuat pencerapan pengajaran walaupun kajian-kajian lepas seperti Kilcullen (2007) menunjukkan guru pembimbing mampu menjalankan tugas ini dengan baik. Hal ini mungkin disebabkan ekspektasi tinggi guru pelatih terhadap sesi penyeliaan yang dianggap sangat serius seperti satu bentuk pentaksiran formal. Selain daripada itu, ada kemungkinan guru pembimbing tidak menganggap aspek penyeliaan sebagai satu komponen yang penting kerana gred sebenar hanya akan ditetapkan oleh pensyarah sahaja. Pada mereka, tugas guru pembimbing lebih kepada membantu guru pelatih dalam komponen isi kandungan dan pedagogi sahaja. Namun begitu, adalah wajar perkara ini diteliti dan dikaji dengan lebih lanjut bagi mengenal pasti faktor sebenar yang menyebabkan guru-guru pelatih menganggap guru pembimbing kurang serius semasa membuat penyeliaan mereka. Jadual 6: Peratus Respons, Min dan Sisihan Piawai Item bagi Komponen Tugas-tugas Penyeliaan Pengajaran

Berbincang selepas penyeliaan Membuat analisis dan penilaian tentang pengajaran Membantu merangka strategi susulan Memberi bimbingan tentang sumber dan alat bantuan mengajar Berbincang sebelum penyeliaan Membuat semakan buku persediaan Membantu memahami latarbelakang pelajar kelas Membantu merancang pengajaran Serius dalam membuat pencerapan

1 0.6 0.6

2 1.5 1.8

3 3.3 6.3

4 55.1 53.0

5 39.5 38.3

min 4.31 4.27

sp 0.67 0.71

0.3 1.2

2.1 2.4

7.5 9.9

50.6 48.5

39.5 38.0

4.27 4.20

0.72 0.81

1.2 0.9 0.9

2.1 3.6 3.9

11.4 10.2 16.3

50.6 52.7 47.9

34.6 32.5 31.0

4.15 4.12 4.04

0.80 0.80 0.84

0.9 1.5

3.0 4.5

18.1 19.3

48.8 51.5

29.2 23.2

4.02 3.90

0.82 0.86

1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Setuju, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju

19

Penutup dan Cadangan Dapatan kajian menunjukkkan secara umumnya guru pembimbing memainkan peranan yang berkesan dalam membantu guru-guru pelatih semasa latihan mengajar dalam aspek-aspek yang dibincangkan. Hal ini mungkin dapat menjelaskan sebab guru pelatih memperlihatkan efikasi pengajaran atau keyakinan untuk mengajar yang tinggi semasa mereka menjalani program latihan mengajar. Namun begitu, guru pembimbing juga dikatakan kurang serius semasa membuat pencerapan, kurang membincangkan masalah peribadi anak didiknya dan kurang memberi perhatian terhadap pengurusan kokurikulum. Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah sorotan kajian menunjukkan tugas dan tanggungjawab guru pembimbing bersifat dinamik dan sentiasa berubah mengikut masa (Bouquillon, Sosik & Lee, 2005; Kostovich & Thurn, 2006). Sebagai contoh, pada peringkat awal latihan mengajar, guru-guru pelatih memerlukan sokongan yang lebih kuat dari guru pembimbing. Sokongan yang dimaksudkan termasuklah hal berkaitan isi kandungan, kurikulum dan juga pedagogi asas yang biasanya banyak ditentukan oleh guru pembimbing. Namun, selepas memahami isi kandungan, murid dan persekitaran pembelajaran sedia ada yang lain, guru pelatih perlu diberi kebebasan untuk mencuba sesuatu yang baru, contohnya menerapkan elemen Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) dalam pengajaran. Untuk tujuan ini, adalah lebih baik guru pelatih tersebut dibimbing oleh guru pembimbing yang lain. Menurut D‟Abate dan Eddy (2008), bimbingan seperti ini membolehkan guru pembimbing menguasai kemahiran dan pengetahuan yang spesifik yang dapat membantu guru pelatih mempelbagaikan teknik dan strategi pengajarannya. Malah, McCormack dan West (2006) menegaskan bahawa mempelbagaikan mentor merupakan salah satu daripada resepi kejayaan program berbentuk pementoran seperti guru pembimbing ini.

RUJUKAN Abdul Rahim, B., Mohd Majid, K. Rashidi, J. & Lyndon, N. (2008). Teaching efficacy of Universiti Putra Malaysia science student teachers. College Student Journal, 42 (2), 493 – 508. Ambrosetti, A. & Dekkers, J. (2010). The interconnectedness of the roles of mentors and mentees in preservice teachereducation mentoring relationships. Australian Journal of Teacher Education, Vol 35, 6, 42-55. Bouquillon, E. A., Sosik, J. J. & Lee, D. (2005). 'It's only a phase': Examining trust, identification and mentoring functions received across the mentoring phases. Mentoring and Tutoring, 13(2), 239258. D'Abate, C. P. &. Eddy, E. R. (2008). Mentoring as a learning tool: Enhancing the effectiveness of an undergraduate business mentoring program. Mentoring and Tutoring, 16(4), 363-378. Fortman, C. K., & Pontius, R. (2000, October). Self-efficacy during student teaching. Paper presented at the annual meeting of the Mid-Western Educational Research Association, Chicago, IL. Klobloch, N. A. (2006). Exploring relationship of teachers‟ sense of efficacy in two student teaching programs. Journal of Agricultural Education, 47 (2), pp. 36 – 47. Kostovich, C. T. & Thurn, K. E. (2006). Connecting: Perceptions of becoming a faculty mentor. International Journal of Nursing Education Scholarship, 3(3), 1-15.

20

Lai, E. (2005). Mentoring for in-service teachers in a distance teacher education programme: Views of mentors, mentees and university teachers. Paper presented at the Australian Association for Research in Education International Education Research Conference, Parramatta. McCormack, C. & West, D. (2006). Facilitated group mentoring develops key career competencies for university women: A case study. Mentoring and Tutoring, 14(4), 409-431. Mohd. Daud, Hamzah., Mustapha, Kassim., Lee, M. N. N., Khadijah, Zon., Ismail, Jusoh., Zulkifli Mohamed, R., & Chew, D. (2000). Education in Simunjan project. Kuching: Sarawak Development Institute. Jawatankuasa Latihan Mengajar dan Praktikum (2006). Panduan latihan mengajar 2007/2008. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Syed Mohamad Syed Abdullah, Ahmad Zamri Khairani, Nordin Abd. Razak & Jamalsafri Saibon (2010). Teaching efficacy among Universiti Sains Malaysia student teachers of diverse background. International Journal of Learner Diversity (accepted for publication) Wilke, R. (2004). How content area influences choice of instructional methods: an examination of one component of preservice teacher belief. Unpublished master‟s thesis, the Florida State University, College of Education, USA. Woolfolk, A. E., Rosoff, B., & Hoy, W. K. (1990). Teachers‟ sense of efficacy and their beliefs about managing students. Teaching and Teacher Education, 6, 137-148.

21

Suggest Documents