BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR DAN LUAR BANDAR DI DAERAH MUAR

BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR DAN LUAR BANDAR DI DAERAH MUAR ASRAF MUBARAK BIN ATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAY...
Author: Diane Watson
52 downloads 4 Views 148KB Size
BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR DAN LUAR BANDAR DI DAERAH MUAR

ASRAF MUBARAK BIN ATAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pin. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI

JUDUL :

SEKOLAH

KEBANGSAAN

BANDAR

DAN

LUAR

BANDAR DI DAERAH MUAR SESI PENGAJIAN : 2012/2013

ASRAF MUBARAK BIN ATAN

Saya

No. Matriks

MP 111466

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4.

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan ( 4 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS)

____________________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

No. 25, Jalan Bintang Emas 11/2, Taman Bintang Emas, Bukit Pasir, 84300, Muar, Johor.

DR. M.AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN Nama Penyelia

Tarikh:

___________________________

CATATAN:

* **



Tarikh:

_____________________________

Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”

Tandatangan

:

………………………………………….….

Nama Penyelia

:

DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN

Tarikh

:

BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR DAN LUAR BANDAR DI DAERAH MUAR

ASRAF MUBARAK BIN ATAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2013

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan

:

………………………………

Nama Penuh

:

ASRAF MUBARAK BIN ATAN

Tarikh

:

iii

DEDIKASI

Istimewa Untuk

Isteriku Nurul Firdaus, Anak Tercinta Muhammad Amzar Serta Ibuku Hjh Misnah Dan Bapaku Hj Atan Dan Ahli Keluarga Yang Selalu Memberi Galakkan Dan Kerjasama Sepanjang Masa

Juga

Pihak Pentadbir Dan Rakan Setugas Di SK Paya Redan, Muar Yang Bertimbangrasa, Memahami Keadaan Dan Memberi Pelepasan Serta Kelonggaran Kepada Saya Untuk Mengikut Kelas Pada Hujung Minggu.

Penyelia Yang Dihormati Dr. M. Al-Muz-zammil Bin Yasin Yang Sentiasa Memantau Serta Memberi Bimbingan Dan Tunjuk Ajar Dari Semasa Ke Semasa.

Rakan-Rakan Yang Banyak Membantu Dan Memberi Galakkan

Dorongan Dan Komitmen Kalian Telah Menguatkan Semangatku Untuk Meneruskan Perjuangan Jihad Yang Tidak Berkesudahan Ini

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Dr. M. Al-Muz-zammil Bin Yasin kerana tidak jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dari permulaan kajian sehinggalah selesai kajian ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada semua pensyarah UTM yang menjadi tenaga pengajar serta pihak yang terlibat secara langsung bagi program Pesisir Muar ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak pentadbir di lima belas buah Sekolah Kebangsaan di daerah Muar yang memberikan kerjasama penuh memberikan kebenaran menjalankan soal selidik di sekolah dan menghantar kembali kepada saya seadanya.

Kerjasama daripada guru-guru di semua sekolah yang

menjadi responden kajian ini juga amat saya hargai kerana mereka sudi meluangkan masa untuk mendengar dan menjadi responden dalam kajian saya ini.

Akhir sekali, kepada rakan seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi segala suka dan duka sepanjang proses pembelajaran ini. Semangat setia kawan dan keikhlasan membantu serta sedia berkongsi maklumat akan saya ingat buat selamanya.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap beban tugas guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan di daerah Muar.

Bidang beban tugas dikaji adalah pengurusan,

kemahiran pelaksanaan dan halangan pelaksanaan dihadapi guru di Sekolah Kebangsaan. Seramai 275 orang guru dari 15 buah Sekolah Kebangsaan di daerah Muar dipilih secara rawak kelompok.

Data dikumpul melalui soal selidik dan

temubual. Temu bual telah dijalankan ke atas empat orang guru dan semua pendapat daripada penemubual telah direkod dan dirakamkan oleh penyelidik melalui alat perakam.

Semua data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical

Package for Social Sciences (SPSS) versi 19.0. Analisis data mendapati bahawa para guru secara keseluruhannya memikul beban tugas dalam pelaksanaan PBS yang agak tinggi.

Min dapatan kajian beban tugas guru dalam bidang pengurusan,

kemahiran pelaksanaan dan halangan pelaksanaan PBS ialah 4.34, 3.83 dan 4.01. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi bidang pengurusan PBS dan halangan pelaksanaan PBS diantara guru-guru di sekolah Bandar dan sekolah Luar Bandar di Sekolah Kebangsaan. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan bagi bidang kemahiran pelaksanaan PBS dengan dua kategori sekolah dikaji.

Akhirnya, cadangan yang bernas untuk mengatasi

masalah beban tugas guru dalam pelaksanaan PBS juga dikemukakan dalam kajian ini.

vi

ABSTRACT

The main purpose of the research was to identify the level of workload faced by the primary school teachers in Muar due to the implementation of the SchoolBased Assessment (PBS). Among the areas studied were: the management, the implementation skills and the obstacles faced by teachers at the schools. A total of 275 teachers from 15 primary schools in Muar had been chosen randomly through cluster sampling. The data was collected through questionnaires and interviews. The interviews were conducted on four teachers, and all the opinions of the interviewers were recorded by researchers using recorder. The data were analyzed using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 19.0. The data revealed that the overall workload of teachers in the implementation of the PBS task was quite high. The mean scores of workloads found in the management, implementation skills and obstacles dimensions were 4.34, 4.01 and 3.83 respectively. The study also showed that there were no significant differences in term of management and obstacles faced by teachers in urban and rural schools.

However, there were

significant differences between the PBS’s implementing skills between these two schools. Finally, constructive ideas to overcome the workloads of teachers in the implementation of PBS were presented in this study.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKASURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA

1

JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xiii

SENARAI RAJAH

xvi

SENARAI SINGKATAN

xix

SENARAI SIMBOL

xx

SENARAI LAMPIRAN

xxi

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

3

1.3

Pernyataan Masalah

10

1.4

Objektif Kajian

13

1.5

Persoalan Kajian

13

1.6

Kepentingan Kajian

14

viii

Kementerian Pelajaran

15

1.6.2

Pihak Pentadbir

15

1.6.3

Guru-guru

16

1.6.4

Pihak-pihak Lain

17

1.7

Skop Kajian

17

1.8

Batasan Kajian

18

1.9

Definisi Istilah / Operasional

19

1.9.1

Beban Tugas Guru

19

1.9.2

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

20

1.9.3

Halangan Pelaksanaan PBS

20

1.9.4

Kemahiran Pelaksanaan PBS

21

1.9.5

Sekolah Kebangsaan

21

1.10

2

1.6.1

Kesimpulan

21

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

23

2.2

Pelaksanaan PBS

23

2.2.1

Pengoperasian PBS

24

2.2.2

Jenis Pentaksiran PBS

26

2.2.3

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

2.2.4

Tugas Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

2.3

Beban Tugas Guru Dalam Pelaksanaan PBS 2.3.1

29 31

Beban Tugas Guru Dalam Bidang Pengurusan PBS

2.3.2

28

Beban Tugas Guru Dalam Bidang

32

ix

Kemahiran Pelaksanaan PBS 2.3.3

Beban Tugas Guru Dalam Bidang Halangan Pelaksanaan PBS

2.4

2.5

2.6

3

33

34

Kajian Lepas

35

2.4.1

Kajian Dalam Negara

35

2.4.2

Kajian Luar Negara

37

Cadangan Mengatasi Masalah Dalam Pelaksanaan PBS

38

Kesimpulan

40

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

41

3.2

Reka Bentuk Kajian

42

3.3

Lokasi Kajian

44

3.4

Populasi Dan Sampel Kajian

44

3.4.1

Pensampelan Rawak Kelompok (Cluster Sampling)

3.4.2

Pensampelan Tidak Rawak Bertujuan (Purposive Sampling)

3.5

3.6

46

49

Instrumen Kajian

49

3.5.1

Soal Selidik

50

3.5.2

Temubual

63

Kajian Rintis

64

3.6.1

Kesahan Instrumen

65

3.6.2

Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

65

3.7

Prosedur Kajian

67

3.8

Analisis Data

69

x

3.9

4

3.8.1

Analisis Data Kuantitatif

70

3.8.2

Analisis Data Kualitatif

71

Kesimpulan

74

ANALISIS DATA

4.1

Pengenalan

75

4.2

Taburan Pengagihan Soal-Selidik Kajian

77

4.3

Latar Belakang Responden

77

4.3.1

Jantina

78

4.3.2

Bangsa

78

4.3 3

Umur

79

4.3.4

Taraf Perkahwinan

79

4.3.5

Kelayakan Akademik Tertinggi

80

4.3.6

Kelayakan Ikhtisas

81

4.3.7

Kategori Sekolah

81

4.3.8

Pengalaman Bertugas Di Sekolah Ini

82

4.3.9

Pengalaman Mengajar

83

4.3.10

Pengalaman Pentaksiran Berasaskan Sekolah

83

4.3.11

Gred Jawatan Guru

84

4.4

Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 4.4.1

85

Analisis Persoalan Kajian 1 : Apakah tahap beban tugas guru dalam pelaksanaan PBS dalam bidang Pengurusan PBS dan Kemahiran Pelaksanaan PBS di Sekolah Kebangsaan di daerah Muar ?

86

4.4.1.1

Bidang Pengurusan PBS

86

4.4.1.2

Bidang Kemahiran Pelaksanaan PBS

92

xi

4.4.2

Analisis Persoalan Kajian 2 : Apakah tahap halangan-halangan dalam pelaksanaan PBS

4.4.3

di Sekolah Kebangsaan daerah Muar ?

98

4.4.2.1

98

Bidang Halangan Pelaksanaan PBS

Analisis Persoalan Kajian 3 : Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari bidang pengurusan PBS antara Sekolah Bandar dan Sekolah Luar Bandar ?

4.4.4

102

Analisis Persoalan Kajian 4 : Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari bidang kemahiran pelaksanaan PBS antara Sekolah Bandar dan Sekolah Luar Bandar ?

4.4.5

103

Analisis Persoalan Kajian 5 : Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari bidang halangan pelaksanaan PBS antara Sekolah Bandar dan Sekolah Luar Bandar ?

4.4.6

104

Analisis Persoalan Kajian 6 : Bagaimanakah guru-guru berupaya untuk menangani masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan PBS di Sekolah Kebangsaan (SK) daerah Muar? 4.4.6.1

Menggunakan masa di luar waktu sekolah bagi mengisi markah SPPBS

4.4.6.2

105

109

Mengadakan perbincangan bersama rakan guru untuk membina eviden dan berkaitan isu PBS

4.4.6.3

Menggunakan bahan sedia ada dalam melaksanakan eviden di sekolah

4.4.6.4

111

Mengadakan kursus membina modul eviden pentaksiran peringkat sekolah

4.4.6.5

111

Membuat benchmarking dengan

113

xii

sekolah yang lebih baik pengurusan PBS 4.4.6.6

Mewujudkan jawatan guru penyelaras bagi setiap subjek PBS

4.4.6.7

114

115

Membina dan menggunakan borang sementara (rekod transit) bagi rekod eviden

5

116

4.5

Rumusan Analisis Data

117

4.6

Kesimpulan

118

DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

119

5.2

Perbincangan Hasil Kajian

119

5.2.1

Perbincangan Persoalan Kajian 1 : Tahap Beban Tugas Pelaksanaan PBS Dalam Bidang Pengurusan PBS Dan Kemahiran PBS Di Sekolah Kebangsaan (SK) Daerah Muar

5.2.2

121

Perbincangan Persoalan Kajian 2 : Tahap Halangan-halangan Pelaksanaan PBS Yang Di Hadapi Oleh Guru-guru Di Sekolah Kebangsaan

5.2.3

125

Perbincangan Persoalan Kajian 3 : Perbezaan Beban Tugas Guru Dalam Bidang Pengurusan PBS Dengan Kategori Sekolah Iaitu Sekolah Bandar dan Sekolah Luar Bandar

127

xiii

5.2.4

Perbincangan Persoalan Kajian 4 : Perbezaan Beban Tugas Guru Dalam Bidang Kemahiran Pelaksanaan PBS Dengan Kategori Sekolah Iaitu Sekolah Bandar dan Sekolah Luar Bandar

5.2.5

128

Perbincangan Persoalan Kajian 5 : Perbezaan Beban Tugas Guru Dalam Bidang Halangan Pelaksanaan PBS Dengan Kategori Sekolah Iaitu Sekolah Bandar dan Sekolah Luar Bandar

5.2.6

129

Perbincangan Persoalan Kajian 6 : Cara Guru-guru Di Sekolah Kebangsaan Mengatasi Masalah Yang Timbul Dalam Pelaksanaan PBS Di Sekolah Daerah Muar

5.3

130

Cadangan Penambahbaikan Supaya Beban Tugas Dalam Pelaksanaan PBS Di Kalangan Guru Di Sekolah Kebangsaan (SK) Dapat Dikurangkan

131

5.4

Cadangan Penambahbaikan Kajian

133

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

134

5.6

Kesimpulan

135

RUJUKAN LAMPIRAN A-I

137 143-186

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

2.1

PERKARA

MUKA SURAT

Pelaksanaan PBS Tahap 1 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012)

2.2

Pelaksanaan PBS Tahap 2 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012)

2.3

27

28

Tugas-tugas Dalam Pelaksanaan PBS Di Sekolah Kebangsaan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012)

30

3.1

Kerangka kajian secara keseluruhan

43

3.2

Jadual penentuan saiz sampel, Krejcie dan Morgan (1970)

3.3

47

Senarai sekolah dan bilangan guru yang terlibat sebagai responden

48

3.4

Dimensi soal selidik yang dibina

51

3.5

Skala Likert dalam kajian (Mohd Najib, 2003)

51

3.6

Senarai item soal selidik dari temubual 6 orang guru PBS

52

3.7

Pembinaan item melalui temubual

55

3.8

Taburan item bagi kajian beban tugas guru

56

3.9

Item yang diubahsuai bagi dimensi Pengurusan PBS

3.10

Item yang diubahsuai bagi dimensi Kemahiran Pelaksanaan PBS

3.11

58

59

Senarai item yang diterimapakai sebagai instrumen soalselidik

61

xv

3.12

Pemeringkatan kedudukan item berdasarkan nilai Alpha Cronbach

3.13

66

Analisis pekali kepercayaan Alpha Cronbach mengikut dimensi soal selidik bagi kajian rintis (Alpha if Item Deleted)

3.14

66

Penambahbaikan item soalan berdasarkan ‘Alpha Cronbach if item Deleted’

67

3.15

Kaedah analisis data berdasarkan persoalan kajian

69

3.16

Tahap pemeringkatan min

71

3.17

Proses penganalisisan data kualitatif

73

4.1

Taburan pengagihan soal selidik kajian

77

4.2

Taburan responden mengikut jantina

78

4.3

Taburan responden mengikut bangsa

78

4.4

Taburan responden mengikut umur

79

4.5

Taburan responden mengikut taraf perkahwinan

80

4.6

Taburan responden mengikut kelayakan akademik tertinggi

80

4.7

Taburan responden mengikut kelayakan ikhtisas

81

4.8

Taburan responden mengikut kategori sekolah

82

4.9

Taburan responden mengikut pengalaman bertugas di sekolah ini

4.10

82

Taburan responden mengikut pengalaman mengajar

83

4.11

Taburan responden mengikut pengalaman PBS

84

4.12

Taburan responden mengikut gred jawatan guru

84

4.13

Maklum balas responden terhadap item-item beban tugas guru dari bidang pengurusan PBS mengikut min dan sisihan piawai

4.14

Maklum balas responden terhadap item-item beban tugas guru dari bidang kemahiran

91

xvi

pelaksanaan PBS mengikut min dan sisihan siawai 4.15

Beban tugas guru dari bidang PBS mengikut min dan sisihan piawai

4.16

96

98

Maklum balas responden terhadap item-item beban tugas guru dari bidang halangan pelaksanaan PBS mengikut min dan sisihan piawai

4.17

Analisis item beban tugas guru bagi bidang halangan pelaksanaan PBS mengikut min

4.18

102

Keputusan analisis ujian T bagi perbezaan min pengurusan PBS berdasarkan kategori sekolah

4.19

101

103

Keputusan analisis ujian T bagi perbezaan min kemahiran pelaksanaan PBS berdasarkan kategori sekolah

4.20

104

Keputusan analisis ujian T bagi perbezaan min halangan pelaksanaan PBS berdasarkan kategori sekolah

4.21

Rumusan analisis ujian T bagi semua bidang kajian beban tugas guru

4.22

104

105

Dapatan temubual bersama penyelaras PBS dan idea yang diberikan

106

4.23

Analisis tema dan responden kajian kualitatif

108

4.24

Rumusan dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian

117

xvii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

2.1

PERKARA

MUKA SURAT

Komponen PBS (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012)

26

xviii

SENARAI SINGKATAN

ABM

-

Alat Bantu Mengajar

Bil

-

Bilangan

EPRD

-

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

FPN

-

Falsafah Pendidikan Negara

G1

-

Guru Sekolah A

G2

-

Guru Sekolah B

G3

-

Guru Sekolah C

G4

-

Guru Sekolah D

ICT

-

Information and Communication Technology

ILO

-

Pertubuhan Buruh Antarabangsa

JKPMIBTG -

Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru

FPM

-

Fail Perkembangan Murid

FS

-

Fail Showcase

JPN

-

Jabatan Pelajaran Negeri

JPNJ

-

Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KPM

-

Kementerian Pelajaran Malaysia

KPPK

-

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

KSSR

-

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

LPM

-

Lembaga Peperiksaan Malaysia

M

-

Min

MCE

-

Malaysian Certificate of Education

NRKA

-

National Key Result Areas / Bidang Keberhasilan Utama Negara

NUTP

-

National Union Of The Teaching Profession

PdP

-

Pembelajaran dan Pengajaran

PBS

-

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PIBG

-

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PIPP

-

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

xix

PPD

-

Pejabat Pelajaran Daerah

S

-

Setuju

SD

-

Sisihan Piawai

SK

-

Sekolah Kebangsaan

SS

-

Sangat Setuju

SMM

-

Sistem Maklumat Murid

SPI

-

Surat Pekeliling Ikhtisas

SPM

-

Sijil Pelajaran Malaysia

SPPBS

-

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

SPS

-

Sistem Pengurusan Sekolah

SPSS

-

Statistical Package for Social Sciences

STPM

-

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

STS

-

Sangat Tidak Setuju

TP

-

Tidak Pasti

TS

-

Tidak Setuju

TTG

-

Tugas dan Tanggungjawab Guru

UPPM

-

Ujian Pentaksiran Pencapaian Murid

UPSR

-

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

xx

SENARAI SIMBOL

%

-

Peratus

f

-

Kekerapan



-

Alpha

df

-

Degrees of Freedom

p

-

Nilai Signifikan

xxi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A

Borang Soal Selidik

B

Transkripsi Temubual Dengan Guru SK Bakri Batu 5 Di Daerah Muar

C

151

154

Transkripsi Temubual Dengan Guru SK Bakri Bt 2 Di Daerah Muar

E

144

Transkripsi Temubual Dengan Guru SK Pekan Pagoh Di Daerah Muar

D

MUKA SURAT

158

Transkripsi Temubual Dengan Guru SK Jorak Di Daerah Muar

161

F

Senarai Pengguna SPPBS Daerah Muar

164

G

Nilai Analisis Data- Kajian Rintis

167

H

Nilai Analisis Data- Kajian Sebenar

172

I

Nilai Analisis Ujian T Sampel Tidak Bersandar

J

183

Surat Kelulusan Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

185

Surat Kelulusan PPD Muar

186

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Beban tugas kerja guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sering menjadi isu perdebatan masalah pendidikan beberapa tahun ini. Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran baru memberi penekanan kerja guru atas sebab perubahan silibus, konsep pengajaran, jens pentaksiran dan bahan-bahan yang terlibat dalam tugas pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru merupakan agen perubahan dalam sistem pendidikan negara. Seorang agen perubahan merupakan individu yang akan mempengaruhi keputusan orang lain (murid dan rakan sekerja) untuk beranjak ke arah yang dikehendaki oleh agensi perubahan (Akhiar, Shamsina dan Muhamad, 2012). Keadaan ini memerlukan pengorbanan dan kesediaan guru untuk bergerak dan berubah seiring dengan perubahan keperluan pendidikan. Perubahan memerlukan guru sentiasa peka, rajin dan bersemangat untuk melaksanakan tugas guru di sekolah.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah dilaksanakan pada murid tahun 1 di seluruh negara bermula tahun 2011 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011a). Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di semua sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut set prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Penilaian PBS adalah bersifat holistik iaitu secara menyeluruh meliputi aspek kognitif, afektif, psikomotor selaras dengan

2 

Falsafah Pendidikan Malaysia dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sistem PBS yang dilaksanakan mampu memberi maklumat secara menyeluruh berkenaan prestasi murid dari segi pengetahuan, kemahiran serta pengamalan nilai murni murid secara berterusan. Komponen penilaian dalam PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

Konsep pelaksanaan PBS bukanlah suatu konsep penilaian yang baru. Ianya sering dilakukan oleh guru di sekolah seperti kuiz, projek, soal jawab dan kerja rumah. Namun demikian ianya tidak direka dengan baik dan tiada standard yang ditetapkan. PBS yang dijalankan kini telah ditetapkan standard dan dokumentasi cara pelaksanaan supaya pelaksanaannya mampu meliputi semua aspek Falsafah Pendidikan Negara iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu bidang akademik dan juga bukan akademik (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Penilaian PBS yang dijalankan adalah bersifat fleksibel iaitu kaedah pentaksiran boleh dipelbagai dan diubah mengikut situasi, murid, keperluan serta kesediaan murid semasa.

PBS boleh dilaksanakan dengan menggunakan dua kaedah iaitu formatif dan sumatif. Melalui kaedah formatif, satu set latihan, soalan atau penilaian akan diberikan kepada murid selepas proses pengajaran dan pembelajaran setiap hari atau selepas sesuatu unit diajar. Kaedah sumatif pula merupakan set soalan atau penilaian diberikan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun. Penilaian yang dijalankan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap prosedur dan langkah pentafsiran PBS dilaksanakan sepenuhnya oleh guru dan pihak sekolah yang bermula dari aspek perancangan, pembinaan item, instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan, perekodan dan pelaporannya. Guru merekabentuk penilaian berdasarkan prestasi dan keupayaan semasa murid.

3 

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Kurikulum Kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Kedua-dua kategori ini memberi kepercayaan dan kuasa autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berbentuk formatif dan sumatif yang dijalankan di sekolah.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan meliputi pelbagai tugas serta kerja yang perlu dilaksanakan oleh guru. Tugas pelaksanaan PBS yang pelbagai kadangkala menimbulkan suasana yang negatif kepada guru. Guru merasakan tugas penilaian PBS memerlukan masa pelaksanaan yang lama dan kemahiran yang tinggi untuk dilaksanakan. Ini ditambah lagi dengan konsep penilaian yang berterusan dan sepanjang masa menyebabkan tugas yang tidak kunjung habis kepada guru.

1.2

Latar Belakang Masalah

Beban tugas guru dilihat semakin bertambah dengan perubahan kehendak semasa. Pelaksanaan KSSR dan penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilihat meningkatkan tahap beban tugas guru di sekolah.

Guru berasa tertekan

dengan pertambahan tugas sedia ada dan proses pelaksanaan baru yang memerlukan komitmen tinggi guru dan pihak sekolah.

Kemahiran dan penggunaan alatan ICT yang tinggi diperlukan untuk melaksanakan PBS di sekolah.

Guru menggunakan kemahiran penggunaan dan

peralatan ICT seperti komputer, alat cetak, mesin imbas dan pelbagai perisian seperti microsoft word, powerpoint, excel, paint dan internet untuk membina instrumen.

4 

Instrumen yang dibina oleh guru harus menggabungkan perkataan, gambar, gambar rajah, dan pelbagai media. Instrumen yang dibina mestilah mampu menguji murid dan

memenuhi

kehendak

Lembaga

Peperiksaan

Malaysia.

Guru

mesti

melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan komputer, mengakses internet dan menggunakan segala peralatan ICT yang disediakan. Menurut Akhiar et al (2012), guru-guru abad ke-21 perlu terus mempelajari teknologi terkini yang dapat menggalakkan pembelajaran murid serta memenuhi tujuan peningkatan profesional guru sendiri.

Tugas yang pelbagai dalam prosedur PBS memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru dan pelaksana PBS.

Komitmen yang tinggi ini sedikit sebanyak

mewujudkan beban tugas guru di sekolah.

Guru perlu memberikan sepenuh

komitmen dalam membuat eviden, memeriksa eviden, merekod dan menyimpan keputusan dalam sistem online setiap minggu. Guru perlu memberi ruang masa menanda eviden hampir setiap hari dan memasukkan eviden ke dalam fail murid yang mencecah ratusan fail setiap minggu. Ini mengambil purata guru mengajar empat kelas berlainan dalam seminggu dan setiap kelas mempunyai 35 orang murid. Maka guru perlu menyenggara eviden dan fail berjumlah 120 selepas setiap kali pentaksiran dijalankan. Ini kerana prosedur PBS perlu dilaksanakan hampir setiap hari semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Rutin tugas yang pelbagai memerlukan guru memberikan sepenuh perhatian dari segi masa, tenaga dan kemampuan setiap hari. Komitmen guru di sekolah akan menentukan keberkesanan pembelajaran, kemajuan pelajar dan pencapaian matlamat sekolah. Ini selaras dengan kenyataan Robiah (1998) iaitu pengajaran yang berkesan oleh seseorang guru itu adalah penggerak utama kepada segala pembaharuan dalam kurikulum.

Prosedur pelaksanaan PBS memerlukan guru melaksanakan pelbagai tugas yang rencam dan diluar tugas utama mengajar di sekolah. Terdapat pelbagai tugas sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan PBS. Bagi eviden, guru perlu melakukan proses membina, memeriksa, mencetak, menanda, merekod dan menyimpan. Guru juga perlu melaksanakan pelbagai tugas seperti menyediakan bilik PBS,

5 

menyenggara eviden, menguruskan pelbagai fail eviden, showcase dan sebagainya. Ini menyebabkan timbulnya lambakan kerja yang tidak kehabisan, seterusnya meningkatkan tahap beban tugas guru.

Akhiar et al. (2012) menyatakan selain

mengajar, guru juga perlu melakukan tugas-tugas perkeranian seperti menyemak buku latihan murid, menyemak kertas ujian, merekodkan kemajuan murid, menanda kedatangan, menyimpan fail, membuat nota pelajaran dan menulis surat kepada ibu bapa serta penjaga berkenaan hal ehwal murid.

Ini jelas menunjukkan melalui

pelaksanaan PBS, semakin bertambah tugas guru di sekolah dan menyebabkan tugas utama sebagai pengajar semakin terhimpit dan kurang diberikan penekanan oleh guru.

Bagi meningkat kemahiran serta maklumat semasa guru, banyak kursus atau program dijalankan bagi membolehkan guru-guru memperolehi kemahiran dan maklumat yang terkini. Guru dikehendaki mengikuti pelbagai kursus atau program anjuran kementerian, JPN, PPD dan sekolah. Kursus berkenaan meliputi bidang KSSR, PBS, sistem SPPBS, sistem fail, bilik PBS, alatan PBS dan bermacam-macam lagi supaya guru dapat melaksanakan KSSR dan PBS di sekolah dengan berkesan. Namun demikian meskipun pelbagai program dan kursus yang dijalankan, didapati masih lagi terdapat masalah timbul dalam pelaksanaan program PBS. Kursus yang dijalankan selama hampir seminggu kepada wakil setiap sekolah meliputi hampir keseluruhan intipati penting pelaksanaan PBS.

Kursus ini sepatutnya mampu

memberi gambaran, maklumat serta kemahiran yang diperlukan oleh guru. Akan tetapi masalah wujud apabila guru yang menghadiri kursus pulang ke sekolah dan memberikan kursus dalaman di sekolah hanya selama dua jam.

Situasi ini

meningkatkan kadar kecairan maklumat berlaku dan mengurangkan kadar keberkesanan kursus.

Menurut Robiah (1998), dari kaca mata peserta kursus,

keberkesanan ini biasa dilihat dari kesan program terhadap perkembangan profesional dan keprofesionalan dalam pengajaran iaitu termasuklah dalam aspek penyuburan diri guru, dalam pekerjaan mereka, peningkatan atau pengukuhan keyakinan diri, memupuk kemahiran, mengemaskinikan pengetahuan secara berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas tentang apa yang mereka ajar dan menambahkan kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu dalam bilik darjah.

6 

Melalui pelaksanaan PBS, didapati guru memperuntukkan masa yang banyak dalam PBS berbanding tugas mengajar di sekolah. Guru menggunakan masa yang banyak untuk membina eviden, menanda eviden, merekod eviden, menyimpan eviden dalam fail serta merekod keputusan. Dapatan kajian Yazi (2006) mendapati guru menggunakan masa 52.40 jam seminggu bagi melaksanakan tugas akademik manakala 31.86 jam seminggu bagi tugas bukan akademik. Ini menunjukkan dalam sehari guru menggunakan lebih 10 jam untuk tugas akademik. Berdasarkan tugas pengurusan PBS yang banyak seperti mengurus eviden, membuat pentaksiran dan merekod eviden, maka tugas akademik guru semakin bertambah dan ianya akan melebihi penggunaan 10 jam sehari berbanding tahun 2006. Ini menyebabkan guru merasakan masa tidak mencukupi dan menyebabkan guru terpaksa melakukan tugas sekolah di rumah. Situasi ini mewujudkan beban tugas disebabkan kekurangan masa untuk melaksanakan semua tugas tersebut.

Guru banyak melaksanakan tugas PBS di luar waktu sekolah iaitu sama ada di sekolah selepas waktu persekolahan atau di rumah. Ini secara langsung memberikan tekanan kepada guru untuk menyiapkan segala tugas yang diperolehi. Disebabkan kesuntukan masa di sekolah, guru selalu membawa kerja sekolah ke rumah seperti memeriksa kertas pentaksiran, merekod dalam sistem SPPBS, membina instrumen dan pelbagai lagi.

Waktu berkualiti bersama keluarga

kadangkala terpaksa digunakan untuk membuat proses PBS di rumah.

Sebagai

contoh ketika hari cuti, kebanyakan guru masih lagi membawa balik kertas ujian, membuat rekod ujian, membina instrumen ujian, membina lembaran kerja dan lainlain. Ini menunjukkan bahawa tugas guru memang tidak dapat diselesaikan sepenuhnya pada waktu bertugas di sekolah. Guru terpaksa membahagikan kerja yang utama untuk diselesaikan dan kerja sampingan dilakukan di luar waktu kerja. Situasi ini menujukkan bebanan tugas wujud dalam PBS sehingga ianya mengganggu waklu di luar waktu kerja guru.

Dalam pelaksanaan PBS, guru perlu menyedia dan menggunakan pelbagai alatan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan alatan dalam kaedah pentaksiran PBS memerlukan guru sendiri menyedia atau menghasilkan bahan bantu

7 

mengajar yang sesuai. Guru perlu membuat senarai keperluan dan menyediakan segala kelengkapan dan peralatan yang diperlukan.

Alatan yang pelbagai

memerlukan kemahiran menggunakannya serta kemahiran menghasilkannya jika tiada di sekolah. Menurut Abd Ghafar (2003), sebagai guru kita perlu bijak memilih media yang paling sesuai dengan kehendak pelajar dan dapat mencapai objektifobjektif pengajaran. Proses menghasilkan media seperti lembaran kerja, objek, slaid tayangan, persembahan powerpoint, video, gambar, dan lain-lain memerlukan kemahiran guru memanipulasi segala alatan yang sedia ada. Kadang-kadang guru terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membeli bahan keperluan serta menggunakan barangan peribadi sebagai alat bahan bantu mengajar. Situasi ini kadang kala meningkatkan kerisauan guru untuk meyediakan pelbagai alatan supaya sesi pengajaran dan pembelajaran yang direka dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Melalui sistem PBS, guru dan pihak sekolah terpaksa menyediakan dan menyenggara fail dan sistem fail yang pelbagai.

Setiap orang murid akan

mempunyai satu fail perkembangan. sekiranya jumlah murid tahun satu adalah seramai 100 orang, maka 100 fail perlu diwujudkan. Ini ditambah dengan satu fail dinamakan fail showcase setiap kelas dan fail peribadi setiap guru untuk setiap mata pelajaran. Pihak sekolah terpaksa menyediakan ruang yang besar bagi menyimpan fail yang akan bertambah seiring dengan pertambahan murid. Guru juga menghadapi masalah untuk memasukkan eviden ke dalam setiap fail perkembangan murid. Sebagai contoh bagi guru yang mengajar 4 kelas seminggu dengan purata 35 orang murid dalam satu kelas, maka guru mesti memasukkan eviden dalam 140 fail setiap minggu. Penggunaan masa yang banyak diperlukan bagi memasukkan eviden ke dalam 140 fail murid. bertambah setiap minggu.

Beban tugas serta serta penggunaan masa guru akan Ini dilihat sangat tidak praktikal kerana jangkamasa

memasukkan eviden yang terlalu lama itu boleh digunakan untuk membuat persediaan tugas pengajaran di dalam kelas.

Peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan (Utusan Malaysia

8 

Online, 18 Mei 2009). Peningkatan beban tugas ini menyebabkan ramai pendidik mengalami tekanan kerana tidak mampu berdepan dengan perkembangan semasa serta memenuhi kehendak perubahan. Hal ini adalah disebabkan pendidik adalah insan yang memiliki keupayaan serta kemahiran yang berbeza-beza.

Tekanan

berpunca daripada pihak sekolah, rakan sekerja, murid-murid, dan masyarakat yang inginkan pencapaian yang positif daripada guru.

Tekanan ini ditambah dengan

ekspektasi stakeholder yang tinggi yang memberi kesan dalam peningkatan beban tugas guru.

Masyarakat, murid dan kementerian sentiasa berfikir guru mampu

memberikan apa sahaja perkhidmatan kepada murid tanpa memikirkan kesanggupan dan kekangan masa yang dihadapi oleh guru. Peratusan kadar stress dalam kalangan pekerja di Malaysia yang telah dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan bahawa guru berada pada tempat keempat dengan peratusan sebanyak 45.8 % berbanding pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti jururawat, doktor dan sebagainya (Mohd Nasaruddin, 2011). Ini menunjukkan tugas guru bukanlah mudah dan tiada beban tugas.

Pihak kementerian telah merancang pelbagai program bagi meringankan beban tugas guru berkaitan PBS di sekolah. Sokongan dari JPN, PPD dan pentadbir sekolah dalam meringankan beban tugas guru perlu selaras dan boleh membantu meringankan beban tugas guru. Adakalanya pihak sekolah melakukan aktiviti seperti motivasi, penggiliran jawatan, post mortem aktiviti yang telah dilaksanakan, dan lain-lain bagi memastikan guru-guru tidak berasa tertekan di sekolah. Kementerian memandang serius usaha mengurangkan isu beban tugas guru.

Banyak artikel

terpampang di dada akhabar seperti “14 Isu Beban Guru Ditangani”(Utusan Online, 17 Mei 2012), “Khidmat Pembantu Mampu Atasi Beban Tugas Guru di Sekolah” (Berita Harian Online, 13 Mei 2010), “Perdana Menteri Azam Kurangkan Beban Guru” (Utusan Online, 8 Februari 2013), “Sokongan Sosial Bantu Kurangkan Beban Guru” (Utusan Online, 24 Januari 2008) dan sebagainya.

Perubahan, aktiviti,

program, insentif yang diberikan kepada guru dilihat kurang memberi kesan yang banyak dan mampu mengurangkan beban tugas guru kerana dilihat semakin banyak jawatan dan tugas baru diwujudkan dari masa ke masa. Maka keberkesanan usaha yang telah dilakukan dilihat masih lagi tidak mampu mengurangkan beban tugas guru secara menyeluruh.

9 

Penerimaan ibu bapa tentang konsep dan penerimaan pelaksanaan PBS sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan kepada guru.

Guru selalu mendapat

rungutan ibu bapa berkenaan kemajuan dan kedudukan pencapaian anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa beranggapan pembelajaran tanpa peperiksaan boleh menimbulkan kesan yang negatif terhadap fokus dan matlamat murid-murid di sekolah.  Selain guru, para ibu bapa juga perlu diberikan pemahaman yang jelas mengenai perlaksanaan PBS agar tidak timbul kecelaruan dengan membuat tanggapan negatif terhadap sistem pembelajaran baharu itu (Utusan Online, 22 Oktober 2012).

Tanggapan negatif dan ketiadaan kerjasama dari masyarakat

membuatkan guru rasa tertekan dengan pelaksanaan PBS kerana ibu bapa kurang memberi sokongan moral terhadap anak-anak dan sistem pentaksiran baru ini.

Pelaksanaan sistem PBS atas talian iaitu Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) didapati meningkatkan kerisauan dan seterusnya meningkatkan beban tugas guru di sekolah. instrumen yang dijalankan di sekolah.

Guru dikehendaki merekod setiap

Minimum satu ujian dijalankan bagi setiap

mata pelajaran untuk seminggu. Maka guru perlu memasukkan rekod pentaksiran secara rutin setiap minggu. Masalah yang timbul adalah tiada panduan pengguna untuk menggunakan sistem yang digunakan.

Guru terpaksa memahirkan diri

menggunakan sistem dan membuat kemasukan rekod.

Guru juga menghadapi

masalah akibat capaian internet yang lemah serta kesesakan sistem yang berlaku hampir setiap masa. Adakalanya guru terpaksa bangun di awal pagi semata-mata untuk memasukkan rekod pentaksiran dalam SPPBS. Akibat kesesakan sistem atas talian, guru sering memasukkan rekod pentaksiran di rumah dan ini mengganggu masa berkualiti guru bersama keluarga masing-masing. Capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) sering tergendala dan sukar diakses oleh guru adalah disebabkan bilangan pengguna mencecah 40,000 orang dalam satu-satu masa (Utusan Online, 7 November 2012).

Prestasi pencapaian KSSR dan pentaksiran PBS yang dijalankan bergantung kepada tahap kesediaan guru dan sekolah sepenuhnya. Kajian oleh Sanitah dan Norsiwati (2012) terhadap kesediaan guru matematik melaksanakan KSSR di daerah

10 

Kluang, Johor, mendapati bahawa tahap kesediaan minat guru, sikap guru dan kemahiran guru adalah pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa kesediaan minat dan sikap guru yang positif mengajar KSSR akan memberikan impak yang berkesan dalam proses pelaksanaan KSSR. Guru perlu bersedia dari semua segi dan bersedia mengorbankan masa, tenaga dan kepentingan diri dalam melaksanakan KSSR dan PBS. Ini kerana kurikulum baru dan sistem pentaksiran baru selalunya terdapat banyak kelemahan dan penambahbaikan akan sentiasa berlaku sehingga sampai satu tahap kesempurnaan dicapai. Oleh itu guru perlu bersedia untuk berubah mengikut ketetapan baru serta bersedia memperbaiki kelemahan diri.

1.3

Penyataan Masalah

Beban tugas guru yang berlaku adalah berbeza dari segi gred sekolah dan matlamat sekolah. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kelainan ini seperti beban kerja guru, latar belakang guru, dasar semasa, gaya pentadbiran, ciri-ciri guru, disiplin pelajar, penyertaan masyarakat dan persekitaran, matlamat sekolah dan sebagainya. Faktor tersebut saling berkaitan dan memberi kesan secara langsung terhadap situasi di sekolah dan warganya.

Tugas guru masa kini amat berbeza dengan tugas guru 20 tahun yang lepas. Masa kini guru selain mengajar dilibatkan dengan pelbagai tugas berkaitan kurikulum, pentadbiran, perkeranian, hal ehwal murid dan sebagainya. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan wujudnya beban tugas berlaku pada guru. Dapatan kajian Yazi (2006) menunjukkan guru menggunakan masa sebanyak 84 jam seminggu dalam bidang akademik sahaja.

Ini jelas melebihi 48 jam yang

diperuntukkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Selain itu dapatan Tan Lay Sim (2012) mendapati beban tugas guru adalah pada tahap yang tinggi dengan nilai min 4.04 bagi bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Ini juga selaras dengan dapatan kajian Azita (2012) juga mendapati tahap beban tugas yang tinggi bagi guru dengan nilai min 3.80 bagi bidang pentadbiran, bidang pengajaran dan pengurusan kelas serta bidang tugasan sampingan.

Pelaksanaan KSSR dan

11 

proses PBS yang dijalankan meningkatkan lagi peluang kenaikan beban tugas guru di sekolah. Penglibatan guru dalam pelbagai tugas dan menggunakan masa yang lama dalam PBS ini sedikit sebanyak mempengaruhi komitmen guru terhadap sekolah. Ini secara langsung mempengaruhi prestasi akademik pelajar dan prestasi guru khususnya.

Ini ditambah lagi dengan harapan yang tinggi terhadap guru untuk

melaksanakan tugas dan mencapai objektif KSSR dan PBS daripada stakeholder iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), ibu bapa serta masyarakat.

Situasi ini

menyebabkan tekanan dan beban tugas guru bertambah.

Guru di Sekolah Kebangsaan menyatakan mereka sering melaksanakan pelbagai tugas berkaitan dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) seperti membuat eviden, menanda eviden, merekod eviden, dan menyimpan eviden dalam fail murid yang banyak. Ini kerana pengurusan tugas tersebut memerlukan penggunaan masa yang agak lama dan kemahiran yang tinggi. Sebagai contoh jika guru mengajar 4 kelas yang purata murid seramai 35 orang. Guru perlu mengurus eviden minimum sebanyak 140 seminggu. Ini belum termasuk kerja menanda buku latihan atau buku aktiviti. Ini ditambah lagi dengan guru perlu merekabentuk eviden yang berlainan mengikut tahap keupayaan murid dalam setiap kelas.

Ini

menyebabkan mereka kekurangan masa untuk membuat persediaan untuk mengajar di sekolah. Kadangkala tugas-tugas tersebut perlu dilakukan secara mendadak dan segera. Satu kajian oleh Azizi, Tee & Sharifudin (2010) di 9 buah sekolah teknik di Johor mendapati bahawa faktor beban kerja adalah faktor kedua tertinggi bagi stress di kalangan guru dengan skor min 3.00. Manakala dapatan kajian Raja Maria di sekolah menengah di Pasir Puteh mendapati faktor kekangan masa merupakan skor min tertinggi (2.66) diikuti dengan faktor beban tugas (2.58) bagi mengkaji faktor yang mendorong tekanan kerja di kalangan guru-guru. Dapatan tersebut menunjukkan faktor kekangan masa dan beban tugas mampu mempengaruhi komitmen guru dalam menjalankan tugas mereka di sekolah.

Ramai guru di Sekolah Kebangsaan merungut mengenai beban jawatan dan tugas yang perlu dilakukan di sekolah berkaitan dengan PBS. Pelaksanaan PBS

12 

menambah tugas guru dalam bidang pengajaran dan pentaksiran murid (Azuan Md Noh, komunikasi peribadi, 12 Ogos 2013). Semua tugas yang ditanggung oleh guru telah ditentetukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan ianya terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007.

Guru Besar sebagai

pentadbir pula berdasarkan surat lantikan sebagai ketua jabatan berhak untuk melantik guru untuk menjalankan tugas-tugas di sekolah.

Guru di Sekolah

Kebangsaan merungut kerana proses pentaksiran baru iaitu PBS adalah terlalu banyak dan berbeza dengan pentaksiran sedia ada. Maka wujud perbezaan tugas di antara guru yang terlibat dengan kurikulum baru KSSR dengan kurikulum lama KBSR. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati kerana pembahagian tugas yang dirasakan tidak adil. Guru-guru yang dipilih mengajar KSSR dan PBS dipilih tanpa melihat kesediaan guru dari segi kemahiran dan kemampuan guru. Pihak pentadbir memilih guru berdasarkan keperluan dan mengharapkan guru berusaha untuk melengkapkan diri sendiri sebagai langkah persediaan menghadapi cabaran KSSR dan PBS. Pentadbir memilih guru matapelajaran PBS tanpa melihat kemahiran guru, tetapi melihat matapelajaran asal semasa guru sahaja (Juliana Ahmad, komunikasi peribadi, 12 Ogos 2013).

Banyak program dan aktiviti yang telah dilakukan oleh pihak kementerian, JPN, PPD dan sekolah bagi menangani isu beban tugas guru berkaitan PBS di sekolah.

Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Tugas Guru sedang

melaksanakan 28 perakuan bagi menangani 14 isu yang memberi kesan terhadap beban tugas guru termasuk memperkenalkan sistem tunggal kemasukan data (Utusan Online, 17 Mei 2012). Akan tetapi guru di Sekolah Kebangsaan banyak mengatakan aktiviti yang dijalankan masih tidak mampu menangani atau menyelesaikan isu beban tugas guru seperti yang diharapkan. Sekolah telah mengadakan aktiviti seperti latihan dalam perkhidmatan, ceramah, mesyuarat, dan lain-lain bertujuan untuk mengurus isu PBS. Menurut Akhiar et al. (2012), satu cara untuk terus seiring dengan perubahan dan perkembangan semasa adalah dengan mengikuti latihan dalam perkhidmatan. Guru-guru di Sekolah Kebangsaan banyak menyatakan latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan di sekolah tidak memberikan banyak input maklumat, kemahiran atau sokongan yang diperlukan bagi menjalankan tugas. Pihak sekolah banyak merangka latihan secara tangkap muat dan tidak berdasarkan keperluan

13 

semasa guru-guru.

Maka dilihat kepentingan program yang dijalankan perlulah

ditentukan dan dinilai dari masa ke masa berdasarkan keperluan semasa setiap sekolah.

Oleh itu, kajian ini dibuat untuk mengenalpasti tahap beban tugas berkaitan PBS dalam kalangan guru sekolah kebangsaan di daerah Muar. Beban tugas guru cuba dikaji dari segi aspek pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), keberkesanan program dan aktiviti berkaitan PBS dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan untuk mengurangkan beban tugas guru.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

i)

Mengenal pasti tahap beban guru yang dihadapi dalam aspek pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

ii)

Mengetahui sama ada terdapat perbezaan beban tugas guru di antara dua kategori sekolah yang dikaji (Bandar dan Luar Bandar).

iii)

Mengemukakan cadangan supaya beban tugas di kalangan guru dalam aspek PBS di Sekolah Kebangsaan dapat dikurangkan.

1.5

Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan mencari jawapan kepada beberapa persoalan di bawah:

14 

i)

Apakah tahap beban tugas guru dalam aspek pelaksanaan PBS di Sekolah Kebangsaan daerah Muar?

ii)

Apakah tahap halangan-halangan dalam pelaksanaan PBS di Sekolah Kebangsaan daerah Muar?

iii)

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek pengurusan PBS dalam pelaksanaan PBS antara sekolah Bandar dan Luar Bandar?

iv)

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek kemahiran pelaksanaan PBS dalam pelaksanaan PBS antara sekolah Bandar dan Luar Bandar?

v)

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek halangan pelaksanaan PBS dalam pelaksanaan PBS antara sekolah Bandar dan Luar Bandar?

vi)

Bagaimanakah guru-guru berupaya untuk menangani masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan PBS di Sekolah Kebangsaan?

1.6

Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan di kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan kategori Berprestasi Tinggi, Bandar dan Luar Bandar di daerah Muar, Johor. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti sejauh mana beban tugas seorang guru dan cadangan program atau aktiviti bagi mengatasi masalah beban tugas yang dihadapi di kalangan guru. Di samping itu, cadangan penambahbaikan berkenaan aktiviti serta program yang sesuai dijalankan juga dikemukakan supaya dapat mengatasi masalah beban tugas guru berdasarkan dapatan yang diperolehi. Diharap cadangan aktiviti tersebut dapat dijalankan di semua peringkat institusi pendidikan

seterusnya dapat

mengurangkan ketidakselesaan guru dalam menghadapi ketegangan dan konflik dalam pekerjaan. Kajian ini dijalankan sebagai panduan dan rujukan kepada mereka yang terlibat dengan bidang pendidikan iaitu Kementerian Pelajaran, pihak pentadbir,

15 

semua lapisan guru dan pihak-pihak lain. Dengan adanya kajian ini, ianya sedikit sebanyak membantu kita melihat dengan lebih jelas lagi senario beban tugas guru berkaitan PBS yang berlaku di sekolah rendah dan mengatasinya.

1.6.1

Kementerian Pelajaran

Hasil kajian ini dapat memberi gambaran kepada pihak kementerian tentang beban tugas dan tekanan kerja yang sering dihadapi oleh para guru pada masa kini berkaitan PBS. Di samping itu, kajian ini dapat memberi garis panduan kepada pihak kementerian dalam mengkaji semula tentang tugas guru yang sepatutnya dijalankan oleh para guru dan seterusnya dapat mengurangkan beban tugas guru. Dengan ini membolehkan para guru mempunyai lebih banyak masa untuk memberi tumpuan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada setiap masa hari persekolahan. Pihak kementerian juga dapat menyemak semula norma perjawatan guru dan mengenal pasti keadaan bekerja guru mengikut lokasi, jenis dan saiz sekolah. Maklumat ini penting supaya pembuat dasar dapat menentukan pendekatan yang terbaik bagi menangani masalah guru di sekolah.

1.6.2

Pihak Pentadbir

Hasil dapatan kajian ini dapat memberi petunjuk atau maklumat sebenar kepada pihak pentadbir, khususnya Guru Besar tentang tahap beban tugas yang ditanggung oleh guru di bawah seliaan berkaitan dengan pelaksanaan PBS di sekolah. Dapatan ini diharap memberi panduan kepada guru besarsemasa mengambil tindakan yang bersesuaian berkaitan PBS. Pihak pentadbir haruslah memberikan sesuatu tugas kepada guru mengikut keupayaan dan kebolehannya. Peningkatan kemahiran dan pengetahuan guru-guru perlu diambilkira dan dititikberatkan dalam pelaksanaan PBS supaya tugas yang dilaksanakan berjalan lancar.

Peningkatan

profesionalisme guru perlu seiring dengan perubahan sistem pendidikan negara.

16 

Pihak pentadbir diharapkan mengambil perhatian terhadap sebarang penambahan tugas guru supaya tidak terlalu membebankan sehingga mengganggu tugas pengajaran dan pembelajaran. Selain itu halangan dalam pelaksanaan PBS dapat dikenalpasti dan di kurangkan di sekolah.

Cadangan penambahbaikan akan

disarankan kepada Guru Besar melalui JPN untuk mengurangkan atau mengatasi isu berkaitan dengan beban tugas guru terutamanya dengan isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan.

1.6.3

Guru-guru

Hasil dapatan kajian ini dapat membantu para guru mengenalpasti tugas-tugas yang memberikan beban tugas dan tugas utama berkaitan dengan PBS yang seharusnya dilakukan oleh mereka di sekolah. Guru-guru memahami bahawa beban tugas adalah suatu keadaan yang mesti berlaku dalam suasana pekerjaan yang semakin mencabar. Guru mesti diberi peluang untuk mengurangkan tugas-tugas rencam yang boleh mengganggu tumpuan serta perhatian dalam menjalankan tugas utama sebagai pendidik kepada generasi muda akan datang.

Kajian ini diharapkan dapat memberi peluang kepada guru-guru di Sekolah Kebangsaan untuk menyatakan pendapat serta perasaan guru berkenaan pelaksanaan dan tugas-tugas berkaitan PBS di sekolah. Tugas PBS dilaksanakan oleh guru tanpa rasa jemu dan menganggapnya sebagai suatu amanah tugas dalam bidang pendidikan. Cabaran guru dalam bidang pelaksanaan pentaksiran baru melibatkan pelbagai tugas yang banyak perlu dilihat dari sudut pembangunan guru. Pembangunan guru penting bagi memastikan kemahiran dan pengetahuan guru sentiasa relevan dan seiring dengan perkembangan pendidikan. Apabila kemahiran guru meningkat, tugas dapat dilaksanakan dengan lebih baik seterusnya mengurangkan beban tugas guru di sekolah.

17 

Selain itu, para guru seharusnya sedar betapa pentingnya pelaksanaan dan pembaharuan tugas guru disekolah. Pembaharuan penting bagi menjadikan pelajar dapat menempuh alam persekolahan serta memperolehi ilmu yang bersesuaian kehendak semasa. Produk guru merupakan murid-murid, maka pembaharuan sistem pendidikan perlu dilakukan dari masa ke masa supaya murid mampu bersaing dalam dunia moden ini.

Tugas yang diberikan pada guru perlu dicari penyelesaian

dimudahkan proses pelaksanaan dan bukannya menolah tugas tersebut jika banyak halangan dan masalah yang timbul. Kepuasan kerja dalam tugas dapat ditingkatkan jika beban tugas guru dapat dikurangkan.

1.6.4

Pihak-pihak lain

Kajian ini diharap dapat memberi gambaran kepada masyarakat mengenai beban tugas guru berkaitan tugas dalam pelaksanaan PBS di sekolah. Gambaran beban tugas PBS mampu memberi penerangan tentang proses pelaksanaan PBS yang melibatkan murid di sekolah. Dapatan ini diharap memberi peluang kepada ibu bapa dan masyarakat implikasi beban tugas guru terhadap sistem pendidikan negara. Sokongan masyarakat dan semua pihak amat penting terhadap guru dalam melaksanakan tugas dalam bidang pendidikan yang semakin mencabar ini. Dengan itu, diharapkan masyarakat dapat bersama-sama memahami dan menyokong penggerak sistem pendidikan dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan muridmurid.

1.7

Skop Kajian

Kajian ini difokuskan berkenaan beban tugas guru Sekolah Kebangsaan (SK) dalam aspek Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kajian akan melihat beban tugas utama yang dihadapi oleh guru di sekolah berkaitan aspek PBS. Selain itu, ia juga adalah untuk mengetahui pandangan guru bagaimanakah mengatasi masalah-

18 

masalah dalam pelaksaaan PBS bagi mengatasi beban tugas di sekolah rendah di samping mendapat cadangan penambahbaikan bagi mengurangkan masalah beban tugas tersebut.

Kajian dijalankan hanya di Sekolah Kebangsaan (SK) di daerah Muar sahaja. Kajian tidak melibatkan responden dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di daerah Muar. Maka, kajian tidak menggambarkan keseluruhan tahap beban tugas yang dihadapi di semua sekolah negeri Johor.

1.8

Batasan Kajian

Kajian ini hanya dijalankan ke atas guru di Sekolah Kebangsaan (SK) di daerah Muar berkaitan beban tugas PBS dan cadangan aktiviti atau program bagi mengurangkan beban tugas PBS terhadap guru di sekolah mereka. Pihak pentadbir tidak terlibat dalam kajian ini. Data-data yang dikumpul adalah berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada semua guru terlibat dengan PBS di Sekolah Kebangsaan (SK) daerah Muar.

Maka, dapatan yang diberikan oleh guru adalah

bergantung kepada keikhlasan mereka semasa menjawab soal selidik yang dikemukakan.

Selain itu, kajian ini hanya dijalankan ke atas guru PBS mata pelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) daerah Muar sahaja. Kajian ini tidak melibatkan guruguru di sekolah menengah. Maka data yang diperolehi tidak boleh digeneralisasikan kepada semua sekolah di daerah Muar.

19 

1.9

Definisi Istilah/ Operasional

1.9.1

Beban Tugas Guru

Menurut Kamus Dewan (2010), beban membawa maksud tanggungan (kewajiban) yang berat. Manakala perkataan tugas pula memberi makna kepada kewajiban sesuatu kerja atau tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dan sesuatu yang ditentukan untuk dikerjakan. Guru pula memberi makna orang yang mengajar, sebagai pendidik, pengajar atau pengasuh.

Tugas guru adalah merujuk kepada tugas guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dikeluarkan pada tahun 2012. Secara khusus, tugas PBS meliputi tugas pentaksiran dan pelaporan pentaksiran dalam sistem SPPBS.

Beban tugas guru dalam pelaksanaan PBS merujuk tugas rencam dalam pelaksanaan PBS sepanjang tahun serta aktiviti berkaitan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru setiap hari sepanjang sesi persekolahan.

Ini bermakna tugas guru semakin bertambah

dengan bilangan pentaksiran dilakukan sepanjang tahun, pembinaan bahan pentaksiran serta proses menyimpan rekod pentaksiran. Ia berbeza dengan sistem berorientasikan peperiksaan yang melaksanakan peperiksaan empat kali sahaja setahun.

Dalam konteks kajian ini, beban tugas guru merujuk kepada tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh seseorang guru dalam pelaksanaan PBS yang berkaitan dengan aspek pengurusan, kemahiran pelaksanaan dan halangan pelaksanaan PBS.

20 

1.9.2

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning. PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.

Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan

Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Dalam konteks kajian ini, kajian dilakukan keatas proses kerja pelaksanaan komponen PBS iaitu pentaksiran sekolah.

Kajian melibatkan

proses pembinaan bahan, pentaksiran dan merekod eviden pentaksiran.

1.9.3

Halangan Pelaksanaan PBS

Halangan bermaksud aral, gangguan, rintangan dan tegahan dalam melaksanakan sesuatu perkara (Kamus Dewan, 2010). Halangan dalam pelaksanaan PBS meliputi kekurangan atau kekangan seperti peruntukan, rujukan, bahan, alatan dan infrastruktur dalam melaksanakan PBS di Sekolah Kebangsaan. Halangan yang wujud menjadikan guru-guru menghadapi masalah dalam menjalankan tugas PBS dengan baik dan berkesan. Halangan yang wujud menimbulkan tekanan dalam pelaksanaan tugas guru di sekolah dan ini menimbulkan situasi beban tugas terhadap guru. Maka kajian ini memberi tumpuan terhadap aspek keperluan yang disediakan oleh pihak sekolah dan kementerian dalam memastikan PBS dijalankan dengan baik dan menepati piawai Lembaga Peperiksaan.

21 

1.9.4

Kemahiran Pelaksanaan PBS

Pelaksanaan PBS di sekolah memerlukan pelbagai kemahiran dan kebolehan guru di sekolah. Pelaksanaan PBS memerlukan guru memahirkan diri dari segi pelaksanaan, mengurus bahan yang digunakan serta aplikasi yang terlibat dalam PBS. Guru perlu kemahiran memanipulasi pelbagai bahan dalam membina fail, bahan pentaksiran, pelbagai rekod dan penyimpanan bahan yang digunakan. Guru juga diukur dalam kemahiran mengaplikasi dan menggunakan peralatan serta perisian ICT. Kemahiran tersebut penting bagi guru membina eviden dalam PBS serta menyimpan rekod secara online. Kemahiran yang diukur dalam kajian ini melibatkan kemahiran diri guru dalam menggunakan peralatan, kemahiran iCT, pengurusan masa dan pelbagai sumber bagi memastikan PBS dapat dilaksnakan dengan berkesan terhadap murid di Sekolah Kebangsaan.

1.9.5

Sekolah Kebangsaan

Sekolah Kebangsaan (SK) merujuk kepada sekolah rendah kerajaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Ia merupakan institusi pendidikan asas bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun. Dalam kajian ini, Sekolah Kebangsaan (SK) merujuk kepada dua jenis kategori sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan kategori Bandar dan Luar Bandar.

1.10

Kesimpulan

Beban tugas guru yang banyak sering menimbulkan keresahan dan stress di kalangan guru-guru. Terdapat pelbagai tugas dan komitmen yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah dan di luar sekolah. Kepercayaan dan harapan yang tinggi dari kementerian, JPN, PPD dan pihak sekolah terhadap prestasi guru sedikit sebanyak meningkatkan keresahan dan tekanan terhadap guru. beban tugas ini

22 

bertambah

dengan

harapan

semua

stakeholder

terhadap

keupayaan

guru

menyelesaikan semua tugas dengan segera, berkesan dan berupaya membawa kejayaan kepada sekolah.

Oleh itu kerjasama pelbagai pihak diperlukan untuk membantu guru menangani masalah beban tugas guru dengan memberi sokongan serta kepercayaan kepada guru dalam menjalankan tugas mereka di sekolah. Kebajikan dan luahan guru perlu diambil berat supaya pembangunan dan objektif kerajaan mewujudkan negara maju dapat dicapai dengan jaya dan berterusan.

Suggest Documents