Peranan Guru Besar, Guru, dan, Ibubapa Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Ibu Bapa

Peranan Guru Besar, Guru, dan, Ibubapa Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Ibu Bapa Mohamad Johdi Salleh, IIUM: johdisalleh@gmai...
11 downloads 3 Views 526KB Size
Peranan Guru Besar, Guru, dan, Ibubapa Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Ibu Bapa Mohamad Johdi Salleh, IIUM: [email protected] Mohd Faesal Mazian Bin Jamian, Azrina Binti Mastor, Nor Azura Binti Yacob, Nor Fatihah Binti Mohamad Nagib, Che Norhuda Binti Mohd Roslan Abstrak Kajian ini bertujuan membincangkan peranan Guru Besar, Guru, dan, Ibu Bapa ke arah mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah berdasarkan perspektif Ibu Bapa. Kajian dijalankan di negeri Johor, Negeri Sembilan, dan, Melaka. Seramai 223 responden mengandungi 132 orang bapa dan 91 orang ibu telah dipilih secara convenient sampling sebagai responden yang tinggal berhampiran taman perumahan pengkaji-pengkaji. Taklimat ringkas telah diberikan kepada responden mengenai objektif kajian sebelum mereka mengisi borang kaji selidik yang diedarkan. Data respons dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) Version 16.0 dan dibentangkan dalam min. Kajian menunjukkan respons dimensi ’Perkembangan Asas Kendiri Murid’ mendapat skor tertinggi terhadap peranan guru dengan min 4.450, dimensi ‘Pembinaan Minat dan Bakat Murid’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.212, dimensi ‘Persediaan Persekolahan Rendah’ skor tertinggi adalah ke atas peranan guru dengan min 4.374, dimensi ‘Persediaan Persekolahan Menengah’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.374, dimensi ‘Pemahaman Budaya dan Kemahiran Sosial’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.336, dimensi ’Keagamaan dan Moral’ skor tertinggi kepada peranan ibubapa dengan min 4.530, dimensi ‘Persediaan Pekerjaan’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.352, dimensi ‘Sumbangan kepada Masyarakat’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.503. Jelaslah bahawa peranan guru dipandang amat tinggi oleh ibu bapa untuk mencapai objektif persekolahan sekolah rendah. Justeru, dapatan ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada semua pihak yang terlibat dengan memperkasakan kualiti, kecemerlangan, dan, keterampilan komprehensif anak-anak sebagai pendokong dan pemimpin negara akan datang khasnya dalam merealisasikan Wawasan 2020. Kata Kunci:

Guru Besar – Guru-guru - Ibu Bapa -– Objektif Sekolah Rendah

Pengenalan Pencapaian cemerlang sesebuah negara wajar dirintis oleh kepimpinan sekolah yang diterajui oleh Guru Besar, Guru Pentadbir dan guru-guru. Guru Besar sebagai ketua amat penting mempunyai matlamat, strategi, gaya dan pemantauan kepimpinan terhadap guru-guru ke arah pencapaian objektif sekolah. Kepimpinan perlu mempunyai sensitiviti terhadap bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi matlamat dan membuat keputusan, memberi latihan pembangunan profesionalisme staf, dan keharmonian interaksi yang tinggi terhadap guru-guru. Guru-guru seharusnya diberi latihan komprehensif melaksanakan tanggung-jawab dan meningkatkan profesionalisme ke arah pencapaian objektif sekolah bersama guru besar, guruguru, dan, ibu-bapa seperti yang diaspirasikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua pihak terutama ibu bapa perlu dilibatkan secara efektif dalam falsafah, matlamat dan perlaksanaan persekolahan demi mencapai sekolah berprestasi tinggi dan cemerlang. Ini menunjukkan pengetahuan dan kefahaman ibu bapa terhadap peranan Guru Besar sebagai peneraju persekolahan dan guru-guru yang merealisasikan kecemerlangan pelajar amat penting

untuk dianalisis demi mencari titik pertemuan komitmen dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab secara kolektif, bersepadu, efisien, dan, harmoni. Latar Belakang Kajian Falsafah Pendidikan Malaysia menegaskan bahawa matlamt pendidikan peringkat sekolah rendah adalah untuk menjana potensi individu yang seimbang, harmonis dan berketerampilan dalam aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Komponen ini perlu digilap, lentur, asuh, dan didik melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan diteruskan oleh Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula 2012 (Kementerian Pelajaran Malaysia 2011). Falsafah dan prinsip ini dilaksanakan secara bersepadu di seluruh sekolah rendah kerajaan dan swasta demi memastikan setiap kanak-kanak menjadi warganegara yang mempercayai Tuhan, komited dengan wawasan negara, berminda terbuka, mahir berinteraksi, bijak bersosialisasi, berhemah tinggi dan optimist-positif dalam tindakan. Kementerian Pelajaran Malaysia (2005, 2008, 2010, 2012) menegaskan objektif persekolahan sekolah rendah ialah membantu perkembangan diri murid; persediaan persekolahan rendah; persediaan persekolahan menengah; pemahaman budaya dan kemahiran sosial; pembinaan minat dan bakat; keagamaan dan moral; dan, sedia memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Hussein Mahmood (1993), Leithwood, Day, Sammons, Harris, & Hopkins (2006), Mulford (2008). Dan, Mohamad Johdi & Alfareez (2012) menegaskan bahawa Guru Besar transformatif dan guru-guru efektif sentiasa berfikiran dan bertindak progrsif dalam merancang pengajaran-pembelajaran, aktiviti ko-kurikulum, berkomunikasi dan interaksi kependidikan integratif dan harmonis. Situasi sedemikian akan dapat menimbulkan interaksi positif dan konstruktif yang menghasilkan keberkatan ilmu yang disampaikan demi manfaat jangka pendek dan jangka panjang murid, guru, dan sekolah, manakala masyarakat dan negara akan memperolehi manfaat seterusnya terutama negara yang aman damai dan mendapat keampunan Allah SWT (Al-Attas, 1990; Mohamad Johdi, 2008). Penggembelingan tenaga, personaliti dan ciri-ciri guru tersebut menjadi formula mewujudkan guru berkualiti, integriti dan efektif. Kajian yang dijalankan oleh Mohamad Johdi (2007) menyarankan bahawa sepuluh ciri-ciri guru efektif mengikut susunan terpenting adalah berpengetahuan, kemahiran dan kecekapan bidang; menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran; kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran; menjalankan pengukuran & penilaian; bermotivasi, minat dan mencungkil sikap ingin tahu murid; melaksanakan pemulihan & pengayaan; menimbulkan keceriaan, interaksi dan penglibatan murid; menyediakan rancangan mengajar; berkemahiran mengurus bilik darjah; dan menggunakan kepelbagaian kaedah dalam pengajaran (Whittington, 2010). Usaha guru yang mempunyai kecekapan tinggi dalam pengajaran menunjukkan tahap pencapaian murid lebih tinggi berbanding guru yang mempunyai kecekapan rendah. Pendekatan guru-guru yang dapat menarik minat pelajar, memenangi sokongan keluarga, menguatkuasakan kebiasaan, mengekalkan disiplin, mesra, dan secara bertegas inginkan kejayaan memberi kesan yang positif terhadap murid. Sekolah yang mengekalkan suasana pembelajaran yang positif memberi peningkatkan ketara terhadap pencapaian murid berbanding sekolah yang mempunyai persekitaran yang negatif dan tidak akademik (Hallinger dan Murphy, 1987; Webb & Vulliamy, 1996; Davies, 2005; Watkins, 2005; Bush, 2011). Pendidikan sekolah rendah amat penting dalam memastikan sistem pendidikan negara berjalan lancar dan matlamat pembangunan negara dapat dicapai dengan maksimum. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) menyatakan objektif persekolahan sekolah rendah ialah

membantu perkembangan diri murid; persediaan persekolahan; persediaan persekolahan menengah; pemahaman budaya dan kemahiran sosial; pembinaan minat; keagamaan dan moral; dan, sedia memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Objektif murni ini perlu diusahakan pencapaiannya melalui penggembelingan tenaga dari pelbagai pihak seperti Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah, guru-guru di peringkat pendidikan formal di sekolah dan para ibu-bapa serta masyarakat persekitaran yang memberi pendidikan non-formal kepada kanak-kanak. Matlamat Kajian Matlamat kajian ini adalah untuk meninjau pengetahuan dan kefahaman ibu bapa terhadap peranan Guru Besar, guru-guru dan ibu bapa dalam mencapai objektif persekolahan sekolah rendah yang jelas amat penting sebagai asas dalam melahirkan modal insan kelas pertama ke arah merealisasikan aspirasi pembangunan negara bertaraf global dan universal. Metodologi Kajian Kajian dijalankan di negeri Johor, Negeri Sembilan, dan, Melaka. Seramai 223 responden mengandungi 132 orang bapa dan 91 orang ibu telah dipilih secara convenient sampling sebagai responden yang tinggal berhampiran taman perumahan pengkaji-pengkaji. Taklimat ringkas telah diberikan kepada responden mengenai objektif kajian sebelum mereka mengisi borang kaji selidik yang diedarkan. Data respons dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) Version 16.0 dan dibentangkan dalam min (Creswell 2008). Persoalan Kajian Kajian ini adalah bertujuan untuk mencari jawapan persoalan berikut: i. Apakah Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Mencapai Perkembangan Asas Kendiri Murid? ii. Apakah Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Mencapai Pembinaan Minat dan Bakat Murid iii. Apakah Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Mencapai Persediaan Persekolahan Rendah Murid iv. Apakah Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Mencapai Persediaan Persekolahan Menengah Murid v. Apakah Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Mencapai Pemahaman Budaya dan Kemahiran Sosial Murid vi. Apakah Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Mencapai Keagamaan dan Moral Murid vii. Apakah Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Mencapai Persediaan Pekerjaan Murid viii. Apakah Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Mencapai Sumbangan kepada Masyarakat dan Negara Murid

Guru-guru, dan, Ibubapa Guru-guru, dan, Ibubapa Guru-guru, dan, Ibubapa Guru-guru, dan, Ibubapa Guru-guru, dan, Ibubapa Guru-guru, dan, Ibubapa Guru-guru, dan, Ibubapa Guru-guru, dan, Ibubapa

Dapatan kajian terhadap persoalan di atas dibentangkan dalam bahagian di bawah ini.

Dapatan Kajian i. Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Perkembangan Asas Kendiri Murid Jadual 1 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap peranan Guru Besar, guru-guru, dan, Ibubapa mencapai Perkembangan Asas Kendiri Murid dalam peringkat persekolahan sekolah rendah. Jadual 1: Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Perkembangan Asas Kendiri Murid No

Item

Peranan Mean 4.03 Guru Besar 1. Membina penampilan diri murid yang baik Guru 4.39 Ibu bapa 4.53 Guru Besar 4.36 Mengetahui perkara betul dan salah dari segi peraturan 2. Guru 4.54 sekolah, agama dan negara Ibu bapa 4.33 Guru Besar 4.25 Memberi pengalaman supaya sedar bahawa hidup mempunyai 4.44 3. Guru tanggung-jawab 4.51 Ibu bapa Guru Besar 4.26 Membina keyakinan diri agar lebih berdikari menghadapi alam 4. Guru 4.46 persekolahan Ibu bapa 4.41 Guru Besar 4.17 Membina kebolehan membuat keputusan dan tindakan yang 5. Guru 4.42 rasional/munasabah Ibu bapa 4.35 Skala: 1 = Sangat Tidak setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Tahu, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju

Jadual 1 menunjukkan persepsi Ibu bapa terhadap peranan mencapai objektif ‘Perkembangan Asas Kendiri Murid’ adalah tertinggi kepada ibu bapa pada item 1 min 4.53. Item 2 ‘Mengetahui perkara betul dan salah dari segi peraturan sekolah, agama dan negara’ pencapaian tertinggi guru min 4.53. Item 3 ’Memberi pengalaman supaya sedar bahawa hidup mempunyai tanggungjawab’ skor tertinggi Ibu-bapa min 4.51. Item 4 ‘Membina keyakinan diri agar lebih berdikari menghadapi alam persekolahan’ tertinggi Guru min 4.46. Item 5 ‘Membina kebolehan membuat keputusan dan tindakan yang rasional/munasabah’ tertinggi Guru min 4.42. Jadual 1 menunjukkan bahawa perpektif Ibu bapa terhadap peranan mencapai objektif ‘Perkembangan Asas Kendiri Murid’ dalam persekolahan rendah adalah tertinggi item 1 dan item 3 kepada ibu-bapa manakala guru tertinggi sebanyak tiga item iaitu item 2, 4, dan, 5. ii.

Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Pembinaan Minat dan Bakat Murid

Jadual 2 menunjukkan perspektif Ibu-Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa mencapai Pembinaan Minat dan Bakat Murid dalam persekolahan sekolah rendah.

Jadual 2: Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Pembinaan Minat dan Bakat Murid (N = 223 Ibu bapa) No

Item

1.

Berkebolehan mengendalikan Persatuan, Kelab dan Permainan di luar masa bersekolah

2.

3.

4.

5.

Menyertai Program Motivasi Jatidiri dan Kemahiran Belajar di sekolah sahaja

Menyertai Program Motivasi, Jatidiri, dan, Kemahiran Belajar di hutan lipur

Menyertai Program Motivasi Jatidiri, Kemahiran Belajar di institusi pengajian tinggi atau universiti

Melawat ke institusi pendidikan, universiti, Planetarium, Taman Sains, Muzium, dan, Zoo

Peranan Guru Besar

Mean 4.18

Guru

4.45

Ibu bapa

4.12

Guru Besar

3.72

Guru

3.91

Ibu bapa

3.91

Guru Besar

3.75

Guru

3.96

Ibu bapa

3.61

Guru Besar

4.22

Guru

4.39

Ibu bapa

4.27

Guru Besar

4.09

Guru

4.35

4.18 Ibu bapa Skala: 1 = Sangat Tidak setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Tahu, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju

Jadual 2 menunjukkan perspektif Ibu-Bapa terhadap Peranan Mencapai Pembinaan Minat dan Bakat Murid dalam persekolahan sekolah rendah item 1 ‘Berkebolehan mengendalikan Persatuan, Kelab dan Permainan di luar masa bersekolah’ skor tertinggi kepada guru min 4.45. Item 2 ‘Menyertai Program Motivasi Jatidiri dan Kemahiran Belajar di sekolah sahaja’ tertinggi guru dan ibu-bapa min 3.91. Item 3 ‘Menyertai Program Motivasi, Jatidiri, dan, Kemahiran Belajar di hutan lipur’ tertinggi guru min 3.96. Item 4 ‘Menyertai Program Motivasi Jatidiri, Kemahiran Belajar di institusi pengajian tinggi atau universiti’ tertinggi guru min 4.39. Item 5 ‘Melawat ke institusi pendidikan, universiti, Planetarium, Taman Sains, Muzium, dan, Zoo’ tertinggi min guru min 4.35. Jadual 2 menunjukkan bahawa perspektif Ibu-Bapa terhadap mencapai objektif ‘Pembinaan Minat dan Bakat Murid’ dalam persekolahan sekolah rendah kesemuanya tertinggi kepada peranan guru. iii.

Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Persediaan Persekolahan Rendah Murid Jadual 3 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa mencapai Persediaan Persekolahan Rendah Murid. Jadual 3 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Persediaan Persekolahan Rendah Murid item 1 ‘Memastikan kemahiran 3M – Membaca, Menulis, Mengira pada Tahun Satu’ tertinggi adalah guru min 4.53. Item 2

’Memastikan kebolehan menulis dan bertutur bahasa Inggeris dengan baik’ tertinggi peranan guru min 4.49. Item 3 ‘Menyediakan kebolehan membuat uji kaji Sains dengan sendiri’ tertinggi guru skor min 4.04. Item 4 ‘Memastikan kemahiran membuat latihan dan menguasai formula Matematik’ tertinggi min guru min 4.55. Item 5 ‘Menyediakan kemahiran belajar sendiri (independent-study) walaupun dengan menyertai tuisyen atau kelas tambahan’ tertinggi ibu-bapa min 4.29. Jadual 3: Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Persediaan Persekolahan Rendah Murid (N = 223 Ibu bapa) No. 1.

2.

3.

4.

5.

Item

Peranan Mean Guru Besar 4.20 Memastikan kemahiran 3M – Membaca, Menulis, Mengira pada Guru 4.53 Tahun Satu Ibu bapa 4.49 Guru Besar 4.21 Memastikan kebolehan menulis dan bertutur bahasa Inggeris Guru 4.49 dengan baik Ibu bapa 4.37 Guru Besar 3.72 Menyediakan kebolehan membuat uji kaji Sains dengan sendiri Guru 4.04 Ibu bapa 3.47 Guru Besar 4.21 Memastikan kemahiran membuat latihan dan menguasai formula Guru 4.55 Matematik Ibu bapa 4.36 Guru Besar 3.97 Menyediakan kemahiran belajar sendiri (independent-study) Guru 4.26 walaupun dengan menyertai tuisyen atau kelas tambahan Ibu bapa 4.29 Skala: 1 = Sangat Tidak setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Tahu, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju

Jadual 3 menunjukkan bahawa perspektif Ibu Bapa terhadap mencapai objektif ‘Persediaan Persekolahan Rendah’ murid majority tertinggi iaitu empat daripada lima item kepada peranan guru.

iv.

Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Persediaan Persekolahan Menengah Murid Jadual 4 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa mencapai Persediaan Persekolahan Menengah Murid. Jadual 4 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap mencapai Persediaan Persekolahan Menengah Murid item 1 ‘Mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan nasional UPSR’ tertinggi peranan guru dengan min 4.60. Item 2 ‘Berkebolehan merancang sendiri jenis sekolah menengah yang akan disertai selepas tamat sekolah rendah’ tertinggi guru min 4.15. Item 3 ‘Menetukan cita-cita sendiri selepas tamat alam persekolahan’ tertinggi ibu bapa min 4.21. Item 4 ’ Membina semangat untuk terus bersekolah hingga ke peringkat tertinggi’ tertinggi guru min 4.48. Item 5 ‘Menyediakan kemahiran Intelek, Rohani, Emosi, Jasmani dan Sosial – sebagai persediaan persekolahan menengah’ tertinggi guru min 4.46.

Jadual 4: Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Persediaan Persekolahan Menengah Murid (N = 223 Ibu bapa) No. 1.

2.

3.

4.

5.

Item

Peranan Mean 4.37 Guru Besar Mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan nasional UPSR 4.60 Guru 4.57 Ibu bapa 3.79 Guru Besar Berkebolehan merancang sendiri jenis sekolah menengah yang akan 4.15 Guru disertai selepas tamat sekolah rendah 4.03 Ibu bapa 3.87 Guru Besar Menetukan cita-cita sendiri selepas tamat alam persekolahan 4.18 Guru 4.21 Ibu bapa 4.34 Guru Besar Membina semangat untuk terus bersekolah hingga ke peringkat 4.48 Guru tertinggi 4.42 Ibu bapa 4.21 Guru Besar Menyediakan kemahiran Intelek, Rohani, Emosi, Jasmani dan Sosial 4.46 Guru – sebagai persediaan persekolahan menengah 4.28 Ibu bapa Skala: 1 = Sangat Tidak setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Tahu, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju

Judual 4 menunjukkan bahawa perspektif Ibu-bapa terhadap mencapai objektif ‘Persediaan Persekolahan Menengah’ murid tertinggi kesemua lima item adalah kepada peranan guru.

v.

Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Pemahaman Budaya dan Kemahiran Sosial Murid Jadual 5 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa mencapai Pemahaman Budaya dan Kemahiran Sosial Murid. Jadual 5 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap objektif mencapai Pemahaman Budaya dan Kemahiran Sosial Murid persekolahan rendah item 1 ‘Membolehkan murid untuk bekerjasamam dengan rakan-rakan’ tertinggi adalah guru min 4.49. Item 2 ’ Mengajar mengenai nilai tradisi dan amalan berbagai budaya’ tertinggi guru min 4.41. Item 3 ‘Menanamkan sikap bertanggung-jawab terhadap masyarakat setempat’ teringgi guru min 4.41. Item 4 ‘Mengembangkan bakat diri murid seperti bermain, bersukan dan berekreasi’ tertinggi guru min 4.52. Item 5 ‘Mengembangkan kebolehan menyanyi dan bermain alat muzik’ tertinggi guru min 3.85. Jadual 5 menunjukkan bahawa perspektif Ibu-bapa terhadap mencapai objektif ‘Pemahaman Budaya dan Kemahiran Sosial’ murid persekolahan rendah kesemua lima item adalah tertinggi kepada peranan guru.

Jadual 5: Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Pemahaman Budaya dan Kemahiran Sosial Murid (N = 223 Ibu bapa) No. 1.

2.

3.

4.

5.

vi.

Item

Peranan Mean 4.29 Guru Besar 4.49 Membolehkan murid untuk bekerjasamam dengan rakan-rakan Guru 4.35 Ibu bapa 4.17 Guru Besar 4.41 Mengajar mengenai nilai tradisi dan amalan berbagai budaya Guru 4.24 Ibu bapa 4.21 Guru Besar Menanamkan sikap bertanggung-jawab terhadap masyarakat 4.41 Guru setempat 4.35 Ibu bapa 4.18 Guru Besar Mengembangkan bakat diri murid seperti bermain, bersukan dan 4.52 Guru berekreasi 4.33 Ibu bapa 3.54 Guru Besar 3.85 Mengembangkan kebolehan menyanyi dan bermain alat muzik Guru 3.64 Ibu bapa Skala: 1 = Sangat Tidak setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Tahu, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju

Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Keagamaan dan Moral Murid

Jadual 6 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa mencapai Keagamaan dan Moral Murid persekolahan rendah. Jadual 6 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap peranan Mencapai Keagamaan dan Moral Murid persekolahan rendah item 1 ‘Membina kehidupan murid yang mempunyai pegangan agama’ tertinggi guru min 4.55. Item 2 ‘Membina akhlak/ moral universal yang disukai oleh ibu-bapa, guru-guru dan rakan-rakan’ tertinggi iaitu guru dan ibu-bapa min 4.43. Item 3 ‘Membina sikap berbaik-baik dengan semua kaum yang berlainan agama dan keturunan’ tertinggi min 4.51. Item 4 ‘Membina sikap untuk sentiasa berbakti kepada ibu-bapa terutama apabila dewasa’ tertinggi ibu bapa min 4.60. Item 5 ‘Membina sikap menghormati semua orang yg lebih tua termasuk bukan ahli keluarga sendiri’ tertinggi ibu bapa dengan min 4.61. Jadual 6 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap mencapai objektif ‘Keagamaan dan Moral’ murid persekolahan rendah peranan tertinggi adalah kepada guru.

Jadual 6: Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Keagamaan dan Moral Murid (N = 223 Ibu bapa) No. 1.

2.

3.

4.

5.

vii.

Item

Peranan Mean 4.36 Guru Besar 4.55 Membina kehidupan murid yang mempunyai pegangan agama Guru 4.51 Ibu bapa 4.18 Guru Besar Membina akhlak/ moral universal yang disukai oleh ibu-bapa, guru4.43 Guru guru dan rakan-rakan 4.43 Ibu bapa 4.37 Guru Besar Membina sikap berbaik-baik dengan semua kaum yang berlainan 4.51 Guru agama dan keturunan 4.50 Ibu bapa 4.37 Guru Besar Membina sikap untuk sentiasa berbakti kepada ibu-bapa terutama 4.53 Guru apabila dewasa 4.60 Ibu bapa 4.35 Guru Besar Membina sikap menghormati semua orang yg lebih tua termasuk 4.52 Guru yang bukan ahli keluarga sendiri 4.61 Ibu bapa Skala: 1 = Sangat Tidak setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Tahu, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju

Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Persediaan Pekerjaan Murid

Jadual 7 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa mencapai Persediaan Pekerjaan Murid persekolahan rendah. Jadual 7 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa mencapai Persediaan Pekerjaan Murid persekolahan rendah item 1 ‘Menyediakan maklumat tentang pekerjaan untuk murid memilih yang terbaik dan sesuai’ tertinggi guru min 4.37. Item 2 ‘Menyediakan kemahiran menggunakan Komputer dan Teknologi Maklumat’ tertinggi guru min 4.46. Item 3 ‘Murid-murid melawat ke berbagai institusi pendidikan tinggi untuk motivasi diri dan perluasan minda’ tertinggi guru min 4.42. Item 4 ‘Murid-murid melawat pelbagai tempat pekerjaan spt Parlimen, Pejabat, Mahkamah, Hospital, dan kilang’ tertinggi guru min 4.15. Item 5 ‘Membina keyakinan diri agar lebih berdikari terutama selepas alam persekolahan’ tertinggi ibu-bapa min 4.45. Jadual 7 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap mencapai Persediaan Pekerjaan Murid persekolahan rendah majoriti tertinggi iaitu empat daripada lima item kepada peranan guru.

Jadual 7: Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Persediaan Pekerjaan Murid (N = 223 Ibu bapa) No. 1.

2.

3.

4.

5.

viii.

Item

Peranan Mean 4.09 Guru Besar Menyediakan maklumat tentang pekerjaan untuk murid memilih yang 4.37 Guru terbaik dan sesuai 4.26 Ibu bapa 4.20 Guru Besar Menyediakan kemahiran menggunakan Komputer dan Teknologi 4.46 Guru Maklumat 4.39 Ibu bapa 4.13 Guru Besar Murid-murid melawat ke berbagai institusi pendidikan tinggi untuk 4.42 Guru motivasi diri dan perluasan minda 4.17 Ibu bapa 3.90 Guru Besar Murid-murid melawat pelbagai tempat pekerjaan spt Parlimen, 4.15 Guru Pejabat, Mahkamah, Hospital, dan kilang 3.95 Ibu bapa 4.06 Guru Besar Membina keyakinan diri agar lebih berdikari terutama selepas alam 4.36 Guru persekolahan 4.45 Ibu bapa Skala: 1 = Sangat Tidak setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Tahu, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju

Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Sumbangan kepada Masyarakat dan Negara Murid

Jadual 8 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa mencapai Sumbangan kepada Masyarakat dan Negara Murid. Jadual 8 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap peranan mencapai Sumbangan kepada Masyarakat dan Negara Murid persekolahan rendah item 1 ‘Menghayati persekitaran sekolah, rumah, dan kawasan sentiasa menjaga kebersihan’ tertinggi adalah ibu-bapa min 4.50. Item 2 ‘Mengamalkan sikap memelihara harta awam seperti telefon, pondok bas, dan, tandas’ tertinggi guru min 4.48. Item 3 ‘Mengamalkan sikap hormat-menghormati, bertoleransi dan sentiasa memelihara perpaduan’ tertinggi guru min 4.54. Item 4 ‘Menanamkan tanggungjawab mempertahankan negara dari musuh, dadah, dan jenayah’ tertinggi guru min 4.54. Jadual 8 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap objektif Sumbangan kepada Masyarakat dan Negara Murid persekolahan rendah skor min tertinggi iaitu tiga daripada empat item adalah peranan guru.

Jadual 8: Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Besar, Guru-guru, dan, Ibubapa Mencapai Sumbangan kepada Masyarakat dan Negara Murid (N = 223 Ibu bapa) No. 1.

2.

3.

4.

Item

Peranan Mean 4.35 Guru Besar Menghayati persekitaran sekolah, rumah, dan kawasan sentiasa 4.45 Guru menjaga kebersihan 4.50 Ibu bapa 4.30 Guru Besar Mengamalkan sikap memelihara harta awam seperti telefon, pondok 4.48 Guru bas, dan, tandas 4.44 Ibu bapa 4.31 Guru Besar Mengamalkan sikap hormat-menghormati, bertoleransi dan sentiasa 4.54 Guru memelihara perpaduan 4.53 Ibu bapa 4.34 Guru Besar Menanamkan tanggungjawab mempertahankan negara dari musuh, 4.54 Guru dadah, dan jenayah 4.48 Ibu bapa Skala: 1 = Sangat Tidak setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Tahu, 4 = Setuju, 5 = Sangat Setuju

Jadual 9 di bawah memaparkan rumusan perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah. ix.

Rumusan: Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah Jadual 9 menunjukkan perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah berdasarkan min pada setiap dimensi. Jadual 9: Rumusan Perspektif Ibu Bapa terhadap Peranan Guru Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah (N = 223 Ibu bapa) No.

Objektif Persekolahan Sekolah Rendah

Min

1

Perkembangan asas kendiri murid

4.450

2

Persediaan persekolahan rendah

4.374

3

Persediaan persekolahan menengah

4.374

4

Persediaan pekerjaan

4.352

5

Pemahaman budaya & kemahiran sosial

4.336

6

Pembinaan minat & bakat

4.212

7

Keagamaan & moral

4.530

8

Sumbangan kepada masyarakat

4.503

Jadual 9 di atas menunjukkan respons dimensi ’Perkembangan Asas Kendiri Murid’ mendapat skor tertinggi terhadap peranan guru dengan min 4.450, dimensi ‘Pembinaan Minat dan Bakat Murid’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.212, dimensi ‘Persediaan Persekolahan Rendah’ skor tertinggi adalah ke atas peranan guru dengan min 4.374, dimensi ‘Persediaan Persekolahan Menengah’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.374, dimensi ‘Pemahaman Budaya dan Kemahiran Sosial’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.336, dimensi ’Keagamaan dan Moral’ skor tertinggi kepada peranan ibubapa dengan min 4.530, dimensi ‘Persediaan Pekerjaan’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.352, dimensi ‘Sumbangan kepada Masyarakat’ skor tertinggi kepada peranan guru dengan min 4.503. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan bahawa persepsi ibu bapa adalah tertinggi kepada peranan guru dalam mencapai objektif persekolahan sekolah rendah. Dapatan ini selaras dengan peranan, tanggungjawab dan amanah guru-guru yang dilatih untuk meningkatkan profesionalism mereka ke arah pencapaian objektif sekolah bersama guru besar dan ibu bapa seperti teraspirasi dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Ditegaskan bahawa pendidikan sekolah rendah amat penting sebagai asas dalam memastikan sistem pendidikan negara berjalan lancar dan berkesan ke arah objektif pembangunan negara dapat dicapai dengan maksimum dan optimum seperti termaktub dalam Dasar Pembangunan Negara ke arah Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Objektif sekolah yang terpiagam kukuh boleh tercapai dengan usaha dan penglibatan tulus ikhlas guru-guru. Perlaksanaan tugas dan peranan sambil lewa, terpaksa atau kurang berminat akan menyebabkan objektif sekolah terabai yang akhirnya merugikan pelbagai pihak. Oleh itu, komitmen tinggi semua warga guru terutama yang tergolong dalam kategori guru cemerlang atau guru pakar amat penting demi merealisasikan objektif sekolah. Kesimpulan Kesimpulannya, jelaslah bahawa peranan guru dipandang amat tinggi oleh ibu bapa untuk mencapai objektif persekolahan sekolah rendah. Peranan guru amat penting dalam mengatasi segala kelemahan dengan berusaha memperkasakan wacana pendidikan formal bermula di peringkat sekolah rendah. Guru perlu berperanan lebih efektif mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Negara (FPN) melahirkan individu seimbang, harmonis, bersepadu, dan berketerampilan ke arah mewujudkan ’First Class Human Capital’ seperti termaktub dalam Dasar Pembangunan Negara Malaysia. Dapatan ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada semua pihak yang terlibat dengan memperkasakan kualiti, kecemerlangan, dan, keterampilan komprehensif anak-anak sebagai pendokong dan pemimpin negara akan datang khasnya dalam merealisasikan Wawasan 2020 serta terpiagam dalam Pelan Strategik Pembangunan Pendidikan Malaysia merentasi Tahun 2013-2025. Rujukan: Al-Attas, M. N. (1990). The concept of education in Islam. Kuala Lumpur: ISTAC. Bush, T. (2011). Becoming a school principal: exciting opportunity or daunting challenge? Educational Management, Administration & Leadership, 39 (5), 514-515. Davis, G.A. dan Thomas, M.A. (1989). Effective schools and effective teachers. Boston: Allyn dan Bacon. Davies, B. (2005). The essentials of school leadership. London: Paul Chapman & Corwin Press.

Hallinger, P. dan Murphy, J. (1987). Instructional leadership in the school context. Boston: Allyn & Bacon. Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Sekolah Berkesan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2005, 2008). Statistik Bilangan Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD) Kementerian Pelajaran Malaysia (2010, 2011, 2012). Matlamat dan Objektif Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD) Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, (2006). Pelan induk pembangunan pendidikan 2006 – 2010: Edisi pelancaran. Retrieved August 27, 2010. http://www.moe.gov.my/upload/ galeri_awam_manual/pipp2010/moe_pipp_00.pdf Leithwood, K., Day, C., Sammons, P., Harris, A., & Hopkins, D. (2006). Successful school leadership: What is it and how it influences pupil learning. University of Nottingham: NCSL Mohamad Johdi Salleh (2008). The Principles of Education in Islam. Proceeding “International Seminar on Philosophy of Education and Islamic Civilisation”, 2 – 3 August 2008. Venue: Wisma MUIS, Singapore. Organiser: Majlis Ugama Islam Singapore. Mohamad Johdi dan Alfareez (2012) Role of Headmasters in UPSR . International Journal of Arts and Commerce. Vol 1 No 3 August 2012 - ISSN 1929-7106 Mulford, B. (2008). Leadership and organisational and student learning in Tasmanian schools. International Studies in Educational Administration 36 (2), 38-45. Watkins, P. (2005). The Principal’s Role in Attracting, Retaining, and Developing New Teachers: Three Strategies for Collaboration and Support. The Clearing House; Nov/Dec 2005; 79, 2; ProQuest Education Journals pg. 83-86 Webb, R & Vulliamy, G. (1996). The Changing Role of the Primary School Head Teacher. Educational Management and Administration. 24 (3): 301-315. Whittington, R. (2010). What is strategy – and does it matter? (2nd edn). London: Thomson Learning.

Suggest Documents