TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK HANIZAH BINTI MISBAH

i TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK HANIZAH BINTI MISBAH Laporan projek in...
Author: Anastasia Hood
16 downloads 2 Views 903KB Size
i

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK

HANIZAH BINTI MISBAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

ii

iii

Buat abah, En. Misbah Mohibah dan mak, Pn. Sa’diah Ibrahim... Jasa dan kasih sayangmu tidak dapat diganti dengan harta dunia, hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya. Segala pengorbanan yang dicurahkan akan menjadi kekuatan bagiku untuk mengharungi cabaran hidup...

Akak, Hafizah dan abang, Fahrurrazi… Terima kasih atas bantuan, dorongan dan semangat yang diberikan selama ini...

Adik-adik , Faiz dan Fadhli… Teruskan perjuangan kalian yang masih jauh. Semoga kejayaanku ini sentiasa menjadi suntikan semangat untuk kalian agar terus cemerlang pada masa hadapan...

Nenda Hj. Ibrahim Ali dan Hjh. Halimah Mohamad yang telah kembali ke Rahmatullah… Semangat dan kata-kata yang inginkan ku berjaya akan sentiasa tersemat di hati. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian...

Rakan-rakan seperjuangan 4 SPF… Terima kasih atas segala keprihatinan dan semangat yang diberikan. Semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke akhir hayat...

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, laporan projek ini berjaya disiapkan dengan jayanya.

Ucapan penghargaan dan

terima kasih yang tidak terhingga kepada Profesor Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin selaku penyelia projek yang tidak jemu-jemu memberikan ilmu, tunjuk ajar dan bimbingan serta dorongan sehingga projek ini dapat disiapkan sepenuhnya. Ucapan terima kasih juga kepada Profesor Madya Dr. Mohini Mohamed dan En. Abdul Halim Abdullah selaku penilai yang memberi komen-komen membina serta pandangan semasa pembentangan projek. Tidak lupa juga kepada pelajar tahun dua Pendidikan Fizik, 2 SPF dan 2 SPP yang sudi memberikan kerjasama bagi menjayakan kajian ini dan kepada rakan-rakan 4 SPF yang saling membantu dalam menyiapkan karya bermanfaat ini, terima ksih diucapkan. Akhir sekali, buat keluarga tersayang, terima kasih atas dorongan dan semangat yang diberikan. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya.

v

ABSTRAK

Tahap kefahaman pelajar dalam Kemahiran Proses Sains telah menjadi minat banyak penyelidik.

Dalam konteks kajian ini, tahap kefahaman kemahiran

komunikasi dan mengeksperimen sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I dikaji. Seramai 41 orang pelajar yang terdiri daripada 12 lelaki dan 29 perempuan yang merupakan pelajar tahun dua Pendidikan Fizik di Univesiti Teknologi Malaysia, Skudai terlibat dalam kajian ini. dalam kajian ini ialah tahap kefahaman pelajar.

Pembolehubah bersandar

Pembolehubah yang dimalarkan

ialah pengkhususan Fizik dan tahun pengajian. Jantina dan program pengajian pula merupakan pembolehubah bebas. Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen yang mengandungi 40 item berbentuk aneka pilihan adalah alat kajian yang digunakan dengan kebolehpercayaan, α = .93. Soalan Jawapan-terbuka Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen juga digunakan sebagai maklumat tambahan bagi dapatan kajian. Statistik analisis deskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim digunakan untuk mengukur tahap kefahaman pelajar.

Secara keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan tahap

kefahaman pelajar sebelum dan selepas menjalani kursus dengan masing-masing adalah baik.

Terdapat perbezaan tahap kefahaman merentas jantina sebelum

mengikuti kursus dengan masing-masing adalah sederhana bagi lelaki dan baik bagi perempuan, sementara tahap kefahaman kedua-dua jantina selepas mengikuti kursus adalah baik. Tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman merentas program pengajian sebelum dan selepas mengikuti kursus.

Pelajar kedua-dua program pengajian

masing-masing menunjukkan tahap kefahaman yang baik. Secara keseluruhannya, tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen pelajar adalah sama sebelum dan selepas menjalani kursus Pendidikan Amali Fizik I. Kesimpulannya, kursus Pendidikan Amali Fizik I kurang membantu dalam meningkatkan tahap kefahaman pelajar terhadap Kemahiran Proses Sains. Justeru, usaha-usaha untuk

vi meningkatkan tahap kefahaman pelajar perlu dilaksanakan bagi melahirkan individu yang cemerlang dan berkualiti dalam bidang sains dan teknologi.

vii

ABSTRACT

The level of understanding among students in Science Process Skills has attracted many researchers.

In this research, the level of understanding of

communication skill and experimenting skill before and after students attending Pendidikan Amali Fizik I course were studied. Forty-one respondents consisting of 12 males and 29 females of second year students majoring in Physics at Universiti Teknologi Malaysia, Skudai were involved in this research. The dependent variable was level of students’ understanding, while the fixed variables were Physics major course and year of study which was second year. Gender and study programme were the independent variables.

The instrument used was Ujian pencapaian Tahap

Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen contained 40 multiple choice items with the reliability value, α = .93.

Soalan Jawapan-terbuka Tahap

Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen was utilized to gain extra information in findings. Descriptive analysis statistics in the form of mean and standard deviation were used to measure the level of students’ understanding. Overall, there was no difference in students’ understanding before and after they attended the course with each of them were good. There was a difference between gender in students’ understanding before they attended the course with each of them was average for male and good for female, while both of the genders show a good level of understandings after they attended that course. There was no difference between study programme before and after they attended the course. Both of them show a good level of understandings. Overall, the finding shows that the students’ understanding before and after they attended the Pendidikan Amali Fizik I course was the same. As a conclusion, Pendidikan Amali Fizik I course does not help students in improving their understanding in Science Process Skills. Therefore, more effort in improving students’ understanding should be put to produce excellent and quality students in science and technology field.

viii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vii

KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI SIMBOL

xvi

SENARAI LAMPIRAN

xvii

ix 1

PENGENALAN

1

1.1

Pendahuluan

1

1.2

Latar belakang Masalah

2

1.2.1 Salah Konsep (Misconception) dalam Kalangan Guru dan Pelajar 1.2.2 Strategi Pengajaran Guru

5

1.3

Pernyataan Masalah

7

1.4

Objektif Kajian

7

1.5

Persoalan Kajian

8

1.6

Rangka Kerja Konsep

9

1.7

Kepentingan Kajian

11

1.8

Skop Kajian

13

1.9

Andaian Kajian

14

1.10 Batasan Kajian

15

1.11 Takrifan

15

1.12

2

3

1.11.1 Tahap Kefahaman

16

1.11.2 Kemahiran Komunikasi

16

1.11.3 Kemahiran Mengeksperimen

18

1.11.4 Pelajar Pendidikan Fizik

19

Rumusan

19

SOROTAN PENULISAN

21

2.1

Pendahuluan

21

2.2

Teori-teori tentang Kemahiran Proses Sains (KPS)

21

2.2.1 Kemahiran Komunikasi

24

2.2.2 Kemahiran Mengeksperimen

26

2.3

Kajian-kajian Berkaitan Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Dalam Negara

2.4 2.5

28

Kajian-kajian Berkaitan Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Luar Negara

35

Rumusan

39

x 3

4

PENGKAEDAHAN

40

3.1

Pendahuluan

40

3.2

Reka bentuk Kajian

40

3.3

Subjek Kajian

42

3.4

Alat Kajian

42

3.5

Tatacara Kajian

45

3.5.1 Kajian Sebenar

45

3.6

Analisis Data

47

3.7

Rumusan

49

DAPATAN KAJIAN

50

4.1

Pendahuluan

50

4.2

Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)

4.3

51

Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) Merentas Jantina

4.4

59

Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)

4.5

Merentas Program Pengajian

63

Rumusan

67

xi 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

69

5.1

Pendahuluan

69

5.2

Ringkasan dan Perbincangan

69

5.2.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)

71

5.2.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) Merentas Jantina

78

5.2.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) Merentas Program Pengajian

83

5.3

Kesimpulan

89

5.4

Implikasi

90

5.5

Cadangan

94

5.6

Cadangan Kajian Masa Depan

98

5.7

Rumusan

100

RUJUKAN

101

LAMPIRAN

106

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Analisis Keputusan Peperiksaan Fizik SPM Negeri Sembilan Tahun 2006

3.1

Pemeringkatan Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen

3.2

47

Peringkatan Tahap Kefahaman Bagi Satu Kemahiran

4.1

3

47

Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Sebelum Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)

4.2

51

Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)

4.3

52

Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Sebelum Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) Merentas Jantina

4.4

60

Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) Merentas Jantina

61

xiii 4.5

Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Sebelum Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) Merentas Program Pengajian

4.6

64

Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) Merentas Program Pengajian

66

5.1

Kesimpulan bagi persoalan kajian yang pertama

89

5.2

Kesimpulan bagi persoalan kajian yang kedua

89

5.3

Kesimpulan bagi persoalan kajian yang ketiga

89

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Rangka Kerja Konsep Kajian

10

2.1

Langkah-langkah Kaedah Saintifik

28

3.1

Reka Bentuk Kajian

41

3.2

Subskala Alat Kajian

44

xv

SENARAI SINGKATAN

et al.

And Others

DBP

Dewan Bahasa dan Pustaka

FP

Fakulti Pendidikan

FPSN

Falsafah Pendidikan Sains Negara

KF

Kurikulum Fizik

KFSM

Kurikulum Fizik Sekolah Menengah

KM

Kemahiran Manipulatif

KPS

Kemahiran Proses Sains

KPSA

Kemahiran Proses Sains Asas

KPSB

Kemahiran Proses Sains Bersepadu

KS

Kemahiran Saintifik

KSSM

Kurikulum Sains Sekolah Malaysia

P&P

Pengajaran dan Pembelajaran

PEKA

Pentaksiran Kerja Amali

PPK

Pusat Perkembangan Kurikulum

SJTKKM

Soalan Jawapan-terbuka Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen

SPF

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPM

Sijil Pelajaran Malaysia

SPN 2221

Pendidikan Amali Fizik I

SPP

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

SPSS

Statistical Package for Social Science

UPTKKM

Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen

UTM

Universiti Teknologi Malaysia

xvi

SENARAI SIMBOL

X

-

Nilai min

Xi

-

Markat

N

-

Bilangan responden

F

-

Bilangan kekerapan



-

Jumlah

Xi

-

Data diukur pada beberapa kali pengukuran

M

-

Markat Min

SL

-

Sisihan lazim

NL

-

Bilangan responden lelaki

NP

-

Bilangan responden perempuan

NX

-

Bilangan responden SPF

NY

-

Bilangan responden SPP

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A

Alat Kajian - Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen (UPTKKM)

B

106

Alat Kajian - Soalan Jawapan-terbuka Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen (SJTKKM)

C

124

Surat Kelulusan Menulis Tesis Melebihi Had Muka Surat Yang Ditetapkan

131

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Kurikulum Sains Sekolah Malaysia (KSSM) telah menetapkan beberapa objektif yang perlu dititikberatkan dalam melahirkan individu atau lebih tepat lagi insan yang harmonis dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rasional, intelek dan juga sahsiah (JERIS).

……..membentuk insan yang berkebolehan berfikir secara logis, analitis, kreatif, inovatif serta memiliki ilmu pengetahuan. (Abu Hassan, 2003:16)

Petikan di atas menyatakan objektif KSSM yang ingin dicapai.

Kriteria-

kriteria tersebut amat penting bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bukan sahaja berilmu, tetapi mampu mengharungi cabaran di era globalisasi yang semakin mencabar kini.

………memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan berketrampilan teknologi. (Abu Hassan, 2003:79)

Petikan di atas menyentuh tentang Falsafah Pendidikan Sains Negara (FPSN). Jelas di sini bahawa FPSN mahu melahirkan warganegara Malaysia yang mampu memberi sumbangan sains dan teknologi kepada negara selaras dengan matlamat negara yang mahu menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Oleh itu, sistem pendidikan sesebuah negara perlu diberi perhatian kerana ia merupakan asas pembentukkan sebuah negara maju.

Mata pelajaran Fizik merupakan mata pelajaran asas dalam membina masyarakat berteknologi. Justeru, pelbagai langkah perlu diambil bagi merealisasikan hasrat negara yang ingin mewujudkan masyarakat berilmu serta berteknologi. Bagi mencapai matlamat negara, ia perlu bermula dari akar umbi iaitu bermula dengan penggubalan Kurikulum Fizik Sekolah Menengah (KFSM) yang harus selari dengan hasrat negara. Kurikulum yang digubal penting kerana ia berperanan sebagai panduan atau tunjang kepada perlaksanaannya di setiap sekolah.

1.2

Latar Belakang Masalah

Penilaian dalam Pendidikan Fizik merupakan aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). “Ia bertujuan untuk mengetahui sejauh mana objektif pengajaran guru dapat dicapai (Lilia et al., 2002).” Penilaian Berasaskan Sekolah seperti penilaian amali dan juga Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) adalah antara bentuk penilaian yang perlu dilaksanakan oleh setiap pelajar yang mengambil mata pelajaran Fizik. “Ia mengukur kebolehan pelajar terhadap penguasaan unsurunsur kemahiran saintifik, penghayatan sikap saintifik dan nilai murni (Lilia et al., 2002).”

Walaupun PEKA telah dilaksanakan sejak tahun 1999, ia masih menunjukkan bahawa perlaksanaannya kurang membantu pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Fizik.

Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan

analisis keputusan peperiksaan Fizik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Negeri Sembilan tahun 2006 seperti dalam Jadual 1.1 yang berikut :

Jadual 1.1 : Analisis Keputusan Peperiksaan Fizik SPM Negeri Sembilan Tahun 2006 PERINGKAT GRED CEMERLANG

KEPUJIAN

LULUS

GAGAL

1

2

%

3

4

5

6

%

7

8

%

9

%

431

438

12.86

561

603

683

870

40.22

1595

1263

42.31

311

4.60

Sumber : Pejabat Pelajaran Negeri Sembilan

Merujuk Jadual 1.1, daripada 6755 orang calon, peratus pelajar yang mencapai gred cemerlang hanya 12.86% berbanding peratus pelajar yang mencapai gred lulus dan gagal iaitu 48.91%. Memandangkan peratus gred lulus adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding gred lulus dan gagal, ini jelas menunjukkan bahawa pelajar kurang menguasai konsep Fizik. Berdasarkan keputusan yang dinyatakan, penyelidik berpendapat bahawa kelas amali yang dijalankan di sekolah kurang membantu pelajar untuk menguasai konsep Fizik. Penyelidik ingin menyatakan beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada keputusan yang kurang memuaskan ini.

1.2.1

Salah Konsep (Misconception) dalam Kalangan Guru dan Pelajar

Berdasarkan analisis keputusan peperiksaan Fizik SPM yang dinyatakan di atas, antara punca-punca pelajar tidak mencapai keputusan cemerlang adalah salah konsep dalam kalangan pelajar dan kadang-kala dalam kalangan guru juga. Mata pelajaran Fizik bukanlah mata pelajaran yang hanya menghafal rumus dan membuat pengiraan sahaja, tetapi mempelajari Fizik ini memerlukan kefahaman konsep Fizik. Seterusnya penyelidik ingin menyatakan beberapa perkara tentang salah konsep dalam kalangan guru dan pelajar.

Guru merupakan sumber miskonsepsi pelajar. Ini adalah kerana kajian di kalangan guru pelatih dan juga guru berpengalaman menunjukkan bahawa guru-guru tersebut juga mempunyai miskonsepsi yang sama dengan pelajar, di mana miskonsepsi tersebut bermula sejak zaman persekolahan mereka. (Lilia et al., 2002:39)

Daripada petikan di atas, jelas menunjukkan bahawa antara faktor utama salah konsep adalah berpunca dari guru. Masalah ini memberi impak yang sangat besar sekiranya tidak ditangani dengan segera kerana apa yang disampaikan oleh guru dalam pengajaran akan diingat oleh pelajar dan ia akan diguna pakai secara berterusan oleh pelajar tersebut.

Maka, salah konsep yang berlaku akan kekal sebagai

pengetahuan mereka. Ini akan menimbulkan masalah yang lebih rumit apabila pelajar belajar di peringkat lebih tinggi. Selain itu, kebanyakan fenomena alam semulajadi seperti cahaya, gelombang, daya dan sebagainya berkait rapat dengan konsep Fizik. Pengalaman seharian pelajar yang ada kaitan dengan konsep-konsep Fizik ini akan membuatkan pelajar membentuk dan menjana idea mereka sendiri terhadap konsep Fizik yang berkaitan dengan fenomena alam tersebut.

Namun, idea ini sering bertentangan dengan pemikiran saintifik. (Lilia et al., 2002:40)

Seterusnya mereka akan membina kefahaman sendiri yang akhirnya akan menyebabkan berlaku salah konsep.

Pelajar juga kebiasaanya, mempunyai

pengetahuan sedia ada tentang sesuatu konsep itu.

Masalah pembelajaran Fizik berlaku bukan disebabkan mereka tidak tahu tentang Fizik, sebaliknya mereka sudah pun tahu serba sedikit tentang Fizik. (Lilia et al., 2002:35)

Maka, pelajar seharusnya memperbetulkan pengetahuan sedia ada mereka yang

biasanya

diperolehi

melalui

pengalaman

seharian

yang

kadang-kala

mempengaruhi cara pemikiran mereka terhadap konsep Fizik yang dipelajari. Mereka seharusnya memahami konsep Fizik dan membuat perkaitan antara konsep Fizik dengan pengalaman seharian secara tepat dan betul.

1.2.2

Strategi Pengajaran Guru

Strategi pengajaran guru penting bagi memastikan objektif pengajaran tercapai. Ia bergantung kepada seseorang guru itu sendiri bagaimana mahu mengurus, mentadbir serta mengawal pelajar di dalam kelas bagi memastikan isi kandungan pelajaran dapat difahami oleh semua pelajar.

Selaras dengan hasrat KBSM dan FPN, strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) hendaklah memberi penekanan kepada kesepaduan di antara perolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan pemupukan nilai murni; yang dilakukan secara terancang, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan bersahaja. (Meor Ibrahim, 2001:31)

Dari petikan langsung di atas, guru disarankan untuk menjadi lebih kreatif dalam menggabungjalin antara pengetahuan, kemahiran saintifik dan nilai murni dalam pengajaran mereka. Guru seharusnya dapat mewujudkan pembelajaran aktif di dalam kelas untuk mengelakkan kebosanan dalam kalangan pelajarnya.

Apabila

timbul rasa bosan dan jemu, pelajar tidak akan berminat terhadap mata pelajaran Fizik, sedangkan mata pelajaran Fizik ini merupakan mata pelajaran yang sangat menarik untuk dipelajari kerana ia banyak melibatkan aplikasi dalam kehidupan kita sehari-hari.

Apabila minat terhadap Fizik tiada, pelajar tidak mahu berusaha

bersungguh-sungguh mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran ini.

Selain itu, terdapat segelintir guru yang tidak melaksanakan kemahiran

pengajaran Fizik. berikut :

Kemahiran pengajaran Fizik yang dimaksudkan ialah seperti

1. Set induksi - tujuannya adalah supaya pelajar bersedia untuk belajar dan dilakukan di permulaan pengajaran. Ini akan menarik perhatian dan minat pelajar kepada proses pembelajaran. 2. Penyoalan - melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran dengan meminta mereka berfikir dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. 3. Memberi arahan - ia merupakan kemahiran penting yang akan membuatkan pelajar tahu apa yang guru jangkakan daripada mereka, dan pelajar boleh bertingkah laku dengan cara yang sesuai. 4. Kemahiran interpersonal - bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang positif, di mana ia merupakan keupayaan untuk menerima perasaan dan pendapat pelajar dan memberikan maklum balas yang betul dan meneguhkan penglibatan pelajar. 5. Kemahiran menutup sesi pengajaran - kemahiran ini melibatkan guru membimbing pelajar dengan membuat ulasan semula tentang apa yang telah diajar, meneguhkan idea-idea utama dan membina maksud tambahan yang mungkin diperoleh pelajar daripada pengajaran guru tersebut. (Lilia et al., 2002:136-137)

Kemahiran-kemahiran pengajaran yang dinyatakan sebagaimana di atas amat penting bagi mencapai objektif pengajaran di dalam kelas. Ia akan memudahkan guru melaksanakan tugasan atau pengajaran mereka dengan lebih sistematik, tersusun dan berstruktur.

Startegi P&P dalam kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah. Ia merupakan proses perolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang pelajar ke tahap yang optimum. (Abu Hassan, 2003:100)

Merujuk petikan di atas, pembelajaran berfikrah ini boleh dilaksanakan melalui eksperimen, lawatan, simulasi, perbincangan, kajian masa depan dan banyak lagi. Kaedah eksperimen ialah kaedah di mana pelajar menguji hipotesis melalui penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Maka, ia akan memberi pengalaman yang baru kepada pelajar dan sedikit sebanyak ia akan membantu pelajar untuk memahami sesuatu konsep Fizik dengan lebih mudah dan berkesan.

1.3

Pernyataan Masalah

Merujuk kepada latar belakang masalah yang telah dinyatakan, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) dalam kalangan pelajar tahun dua Pendidikan Fizik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

1) Mengenal

pasti

tahap

kefahaman

kemahiran

komunikasi

dan

mengeksperimen sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) dalam kalangan pelajar tahun dua Pendidikan Fizik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

2) Mengenal

pasti

tahap

kefahaman

kemahiran

komunikasi

dan

mengeksperimen sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) merentas jantina dalam kalangan pelajar tahun dua Pendidikan Fizik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

3) Mengenal

pasti

tahap

kefahaman

kemahiran

komunikasi

dan

mengeksperimen sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) merentas program pengajian, SPF dan SPP dalam kalangan pelajar tahun dua Pendidikan Fizik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Suggest Documents