RELEVAN SILIBUS KOR SISPA DALAM PEMBENTUKAN MAHASISWA YANG SEIMBANG

Seminar Kebangsaan Kor SISPA IPT Kali-3 2014 21-23 November 2014 Universiti Malaysia Perlis, Perlis Indera Kayangan RELEVAN SILIBUS KOR SISPA DALAM P...
Author: Ralph Robbins
80 downloads 0 Views 467KB Size
Seminar Kebangsaan Kor SISPA IPT Kali-3 2014 21-23 November 2014 Universiti Malaysia Perlis, Perlis Indera Kayangan

RELEVAN SILIBUS KOR SISPA DALAM PEMBENTUKAN MAHASISWA YANG SEIMBANG Kapt. (PA) Ahmad Shazrin Mohamed Azmi, Lt. M (PA) Yasmin Ahmad Kushairi, Lt. M (PA) Siti Norhazima Bosra@Abu, Lt.M (PA)Suhailah Adilah Saarim Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA),Pejabat Pentadbiran Kor SISPA, Jalan Graduan 1/23, Bulatan Lingua,Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor Abstrak : Kor SISPA adalah satu ketumbukan beruniform di dalam organisasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang fokusnya adalah untuk melatih mahasiswa dan mahasiswi di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta. Ia bertujuan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin baru dalam organisasi sukarelawan Pertahanan Awam yang boleh menggalas tugas dalam aspek pentadbiran, mengawalselia anggota bawahan dan menangani pelbagai situasi dalam skop tugas JPAM. Menerusi Kor SISPA, pelatih akan dilatih berdasarkan silibus yang telah digubal bersesuaian dengan kehendak dan keperluan JPAM dan pihak universiti selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahukan penerapan kemahiran insaniah kepada mahasiswa dan mahasiswi yang tidak semestinya dapat disampaikan sepenuhnya menerusi program pengajian yang diikuti. Penglibatan dalam kokurikulum menerusi unit beruniform khususnya Kor SISPA dilihat sebagai satu platform yang utuh dalam mengembangkan nilai diri pelajar IPT. Asimilasi antara ilmu yang diperolehi menerusi pengajian yang diikuti dan kemahiran insaniah yang digarap dari latihan Kor SISPA dilihat memberi keseimbangan kepada diri mahasiswa dan mahasiswi. Kertas kerja ini cuba melihat aspek kandungan dan susunan silibus Kor SISPA dalam memberi nilai tambah kepada pelatih. Ia merangkumi kaedah bagaimana sesi pembelajaran dan latihan dibuat beserta tempoh pembelajaran tersebut. Kertas kerja ini tidaklah dapat untuk mengukur secara muktamad tahap keberkesanan silibus yang digunakan dalam memberi keseimbangan diri kepada mahasiswa mahasiswi kerana kekangan dalam mencari kaedah pengukuran yang standard untuk menilai tahap keseimbangan pelajar IPT. Namun, menerusi temubual dan kajiselidik bersama kumpulan pelajar UiTM Shah Alam yang terdiri dari pelatih Kor SISPA UiTM Shah Alam, telah memberikan input berguna dalam memahami konteks keseimbangan mahasiswa dan mahasiswi. Kajian ini telah menghasilkan dapatan yang bercampur, namun ia tetap memberikan satu petunjuk bahawa pelajar yang mengikuti Kor SISPA mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kumpulan pelajar yang lain. Keywords : Kor SISPA, Silibus, Mahasiswa Seimbang, UiTM Shah Alam PACS : 01.40.G-

PENDAHULUAN Pembangunan silibus Kor SISPA dibuat selari dengan hasrat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menubuhkan cabang unit beruniform Pertahanan Awam di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). Pembangunan silibus ini dibuat dengan merujuk pengalaman dalam pelaksanaan kokurikum Pertahanan Awam sebelum ini dan beberapa badan beruniform yang sudah dilaksanakan di IPT seperti PALAPES dan SUKSIS. Kandungan silibus yang digunakan adalah merupakan intipati kepada ilmu-ilmu Pertahanan Awam yang perlu dikuasai oleh Pegawai Kadet SISPA (PKS). Buat masa ini pembabitan pelajar IPT di dalam mana-mana badan berunifom adalah bersifat galakan, ia bukanlah bersifat paksaan meski pun ada terdapat beberapa IPT yang telah mewajibkan penglibatan pelajar dalam kokurikulum berorientasikan badan beruniform. Segala usaha yang dilaksanakan oleh pihak IPT ini adalah untuk memupuk disiplin yang unggul di kalangan pelajar serta untuk meningkatkan aspek kemahiran insaniah pelajar. Selaras dengan hasrat yang dinyatakan oleh pihak kementerian, pelajar-pelajar IPT hendaklah dipupuk dengan pelbagai kemahiran yang tidak semestinya diajar di dalam kursus pengajian yang diceburi. kemahirankemahiran ini diangap sebagai nilai tambah kepada diri pelajar untuk menjadi seorang yang mempunyai kebolehan yang seimbang dalam pelbagai aspek. Nilai tambah yang tinggi serta keseimbangan yang ada dalam diri pelajar adalah merupakan faktor penting dalam menentukan kebolehpasaran pelajar di dalam industri pekerjaan kelak. Sehubungan dengan itu, pihak kementerian melihat perlunya ada langkah proaktif untuk memastikan para pelajar ini mempertingkatkan nilai tambah diri masing-masing menerusi program-program pembentukan kemahiran insaniah. Keseimbangan ini bukanlah sesuatu yang mudah hendak dicapai, terutamanya jika melibatkan tempoh pembelajaran yang singkat dan tidak berstruktur. Ia juga sukar dicapai jika sesi pembelajaran tersebut hanya

Seminar Kebangsaan Kor SISPA IPT Kali-3 2014 21-23 November 2014 Universiti Malaysia Perlis, Perlis Indera Kayangan tertumpu pada kursus pengajian sahaja tanpa ada penglibatan sampingan yang boleh menjadikan pelajar terbabit menjadi aktif. Namun timbul juga persoalan berkenaan bagaimana untuk mengukur tahap keseimbangan di kalangan pelajar. Buat masa ini masih tiada satu mekanisma standard yang benar-benar diterima pakai di IPTIPT untuk mengukur tahap keseimbangan pelajar. Meski pun berdasarkan kajian literature, memang terdapat kaedah-kaedah pengukuran yang boleh digunakan. Bagi tujuan kajian ini, kertas penyelidikan ini cuba melihat kepada dua objektif iaitu pertama untuk melihat aspek kandungan dan susunan silibus Kor SISPA dalam memberi nilai tambah kepada pelatih. Manakala objektif kedua adalah untuk melihat tahap keseimbangan dan kelebihan yang dimilik oleh PKS. Manakala untuk mengukur keseimbangan pelajar, kaedah ‘Balanced Scorecard’ telah dipilih kerana ia dilihat mampu memberi gambaran yang jelas mengenai tahap keseimbangan pelajar. Kajian ini telah dihadkan untuk mengkaji aspek silibus pembelajaran Kor SISPA yang terdapat di dalam Buku Panduan Kor SISPA yang dikeluarkan oleh JPAM serta respoden dari UiTM Shah Alam sahaja.

KAJIAN LITERATUR Latar belakang proses pembelajaran Pendidikan di peringkat IPT merupakan satu tahap pendidikan yang menekankan kepada penguasaan kepada aspek kebolehan yang lebih tinggi serta lebih menyeluruh. Pada tahap ini, pendidikan yang dilaksanakan adalah tertumpu kepada dua aspek yang utama iaitu program akademik dan program bukan akademik yang mana ia seterusnya terbahagi kepada tiga domain utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Ketiga-tiga domain ini adalah merujuk kepada tiga jenis pembelajaran yang diperkenalkan oleh Dr. Benjamin Bloom pada tahun 1956 yang meliputi aspek pembangunan intelek atau pengetahuan (kognitif); perasaan dan sikap (afektif) dan kemahiran fizikal (psikomotor). Program akademik meski pun dianggap sebagai teras utama pembelajaran di IPT, namun kebanyakkannya adalah terhad kepada domain kognitif kerana ia khusus kepada subjek pembelajaran dan pertukaran maklumat sahaja. Selain itu, penekanan program akademik banyak terhadap domain kognitif yang fokus kepada perkembangan intelektual menerusi kepelbagaian kaedah pembelajaran. Penekanan terhadap satu domain pembelajaran dianggap tidak cukup untuk membentuk pelajar yang seimbang. Bagi memenuhi ketiga-tiga domain pembelajaran yang dimaksudkan, pembelajaran perlu dilengkapkan dengan program bukan akademik yang khusus dalam pembentukan domain afektif dan psikomotor yang boleh diterapkan melalui pelbagai aktiviti kokurikulum (Mohamad & Esa, 2012). Penerapan kesemua domain pembelajaran di dalam diri pelajar sebenarnya tidaklah dianggap terlalu sukar kerana di kebanyakan IPT sudah pun mempunyai pelbagai kemudahan pembelajaran serta platfom yang sesuai untuk memenuhi pelbagai program akademik dan program bukan akademik (Hassan et al., 2008). Namun, usaha untuk mengenal pasti bentuk pembelajaran yang betul mesti dilakukan bersesuaian dengan objektif pendidikan di peringkat IPT yang mahukan pelajar-pelajar yang cemerlang secara seimbang. Kajian yang dilaksanakan oleh J. Hassan & Safar (2010) telah mendedahkan bahawa kecemerlangan pelajar adalah berkait dengan pembinaan sahsiah diri dan ciri kepimpinan di dalam diri pelajar. Kajian yang menggunakan 290 responden dari kalangan pemimpin pelajar yang terlibat dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dapat membuktikan nilai signifikan yang jelas dalam ujian korelasi. Ia dianggap sebagai penting untuk membuktikan bahawa penghasilan pelajar yang cemerlang secara seimbang mestilah mempunyai pelbagai kemahiran yang tidak boleh hanya tertumpu kepada program berbentuk akademik sahaja.

Kokurikulum Kor SISPA Kementerian Pelajaran mahu pun pihak industri sudah berulang-ulang kali menyatakan bahawa graduan yang lahir dari IPT haruslah mempunyai kualiti diri yang unggul dalam menjamin tempat yang baik di alam pekerjaan kelak. Pembentukkan modal insan yang yang unggul dan pemupukan ‘minda kelas pertama’ akan dapat menjamin kelangsungan pembangunan Negara di masa hadapan sejajar dengan teras kedua Misi Nasional 2006-2020 (Muhammad et al., 2010). Banyak kajian dan penulisan (rujuk (Esa & Jamaludin, 2009; Esa et al., 2005; Mohamad & Esa, 2012; Mohamad et al., 2014) telah menegaskan bahawa proses pembentukan graduan yang unggul sukar dilaksanakan jika proses pembelajaran hanya memberi penumpuan terhadap program akademik sahaja tanpa adanya pelaksanaan kursus-kursus pelengkap bukan akademik seperti ko-kurikulum, persatuan, kursus elektif dan sebagainya. Maka kokurikulum harus dilaksanakan seiring dengan program akademik demi memastikan pelajar yang unggul dapat dihasilkan.

Seminar Kebangsaan Kor SISPA IPT Kali-3 2014 21-23 November 2014 Universiti Malaysia Perlis, Perlis Indera Kayangan Pembabitan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum, khususnya unit berunifom seperti Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) adalah dianggap bersesuaian dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang inginkan pelajar-pelajar IPT bergiat secara seimbang dengan aktiviti pembelajaran bukan akademik demi melahirkan modal insan yang unggul secara holistik. Di bawah kelolaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Kor SISPA telah dilengkapkan dengan struktur pembelajaran ilmu-ilmu pertahanan awam yang dilihat mampu memberi nilai tambah di dalam aspek kemahiran dan pembentukan kendiri pelajar. Jika merujuk kepada tujuh teras kemahiran insaniah yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan, silibus pembelajaran di dalam Kor SISPA telah memenuhi sekurang-kurangnya lima dari teras-teras yang ada.

Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaika n Masalah Kemahiran Kepimpinan

Kemahiran Kerja Berpasukan Etika dan Moral Professional

Kemahiran Komunikasi Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

Kemahiran Keusahawana n

Rajah 1. 7 teras Kemahiran Insaniah yang digariskan pihak Kementerian Pendidikan

KAEDAH KAJIAN Kajian ini mempunyai dua objektif dua objektif iaitu pertama untuk melihat aspek kandungan dan susunan silibus Kor SISPA dalam memberi nilai tambah kepada pelatih. Manakala objektif kedua adalah untuk melihat tahap keseimbangan dan kelebihan yang dimilik oleh PKS berbanding pelajar-pelajar lain. Bagi mencapai objektif pertama, kajian ini telah melihat keseluruhan kandungan silibus Kor SISPA dan menduga wawasan atau pun semangat yang ingin diterapkan. Bahan rujukan utama yang digunakan adalah Baku Panduan Pengurusan Kor SISPA yang diterbitkan oleh pihak JPAM pada tahun 2010. Manakala bagi mencapai objektif kedua, kajian ini telah menggunakan kaedah kajiselidik terhadap kesemua pelatih PKS dan pegawai sudah tauliah, namun tanpa pembabitan dari pelatih PKS Muda yang dilihat masih belum sesuai untuk dimasukkan sebagai responden. Borang kajiselidik yang disediakan adalah berlandaskan kepada lima daripada tujuh teras kemahiran insaniah yang dilihat mampu diterapkan melalui Kor SISPA. Lima teras tersebut adalah: 1. Kemahiran Kepimpinan 2. Kemahiran Komunikasi 3. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah 4. Etika dan Moral Professional 5. Kemahiran Kerja Berpasukan Manakala dua teras kemahiran insaniah iaitu Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat serta Kemahiran Keusahawanan dilihat sebagai sukar diterapkan oleh Kor SISPA atau pun difahami oleh para pelatih Kor SISPA buat masa ini disebabkan faktor kematangan untuk menilai kepentingan kedua-dua teras ini. Jadi

Seminar Kebangsaan Kor SISPA IPT Kali-3 2014 21-23 November 2014 Universiti Malaysia Perlis, Perlis Indera Kayangan kajian ini membuat keputusan untuk hanya menilai lima teras yang mempunyai impak yang langsung daripada pelaksanaan Kor SISPA. Kajiselidik ini menggunakan ‘Skala Likert’ untuk mengukur tahap penguasaan pelatih PKS terhadap terasteras Kemahiran Insaniah yang telah dikenalpasti. Para responden diminta untuk membuat penilaian sendiri terhadap teras-teras tersebut melalui soalan-soalan yang dikemukakan. Kebanyakan soalan yang dikemukakan adalah direka untuk mengaktifkan kefahaman responden terhadap teras-teras yang dinyatakan agar responden dapat keluar dari keadaan pasif sewaktu menjawab kajiselidik tersebut. Jumlah responden yang dapat menyertai kajiselidik ini adalah seramai 60 orang yang merupakan jumlah keseluruhan populasi pelatih PKS dan pegawai sudah tauliah yang masih berada di UiTM sebagai pelajar. Di peringkat analisa, kajian ini telah menggunakan SPSS sebagai perisian utama untuk kerja-kerja analisa data. Matlamat analisa ini adalah untuk mendapatkan min dan korelasi bagi teras-teras kemahiran insaniah yang dikaji. Korelasi adalah dibuat untuk mendapatkan hubungkait antara kecemerlangan akademik dan kemahiran insaniah yang telah dapat digarap dari pelaksanaan Kor SISPA. Manakala min digunakan untuk mendapatkan skor purata untuk diapplikasikan kepada kaedah ‘Balanced Scorecard’ yang telah diperkenalkan oleh Kaplan dan Norton pada tahun 1993. Ia dianggap sesuai kerana ia konsep kaedah ini adalah untuk membawa masuk keseimbangan di dalam organisasi sama ada objektif jangka pendek atau jangka panjang selain daripada ia fleksibel untuk dilaksanakan (Azmi et al., 2013). Skor bagi setiap teras akan ditunjukkan di dalam dimensi ‘Balanced Scorecard’ bagi menunjukan tahap keseimbangan pencapaian pelatih Kor SISPA. Ia secara tidak langsung dapat membantu pihak yang berkaitan untuk mengenalpasti teras-teras yang memerlukan penambahbaikan dari segi pelaksanaannya kelak.

PENEMUAN DAN HASILAN KAJIAN Penelitian terhadap silibus Kor SISPA yang dirangka untuk tempoh lima semester pengajian telah mendedahkan bahawa penggubalan silibus ini telah mengambil kira hampir kesemua aspek ilmu-ilmu Pertahanan Awam yang sangat berguna kepada pelatih Kor SISPA sebagai persiapan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat umum. Silibus yang digubal ini telah disusun bersesuaian dengan tahap seseorang pelatih Kor SISPA. Jika dilihat secara tuntas, silibus semester 1 hingga 3 adalah cenderung terhadap memperkenalkan kemahiran-kemahiran Pertahanan Awam. Pada peringkat ini pelatih diajar untuk mendalami segala ilmu dan kemahiran untuk menangani keadaan kecemasan dan menyelamatkan mangsa. Skop yang diperkenalkan adalah begitu besar yang memerlukan para pelatih Kor SISPA untuk cepat memahami dan menguasai perkara-perkara yang diajar. Silibus semester 1 hingga 3 memberi banyak penumpuan terhadap domain psikomotor kerana perkara-perkara yang diajarkan pada peringkat ini memerlukan pelatih untuk menguasai aspek teknikal yang banyak melibatkan pergerakan dan kecergasan fizikal. Ia secara tidak langsung melatih dan meningkatkan koordinasi anggota tubuh badan supaya cekap dalam pergerakan dan mempunyai kejituan dalam tindakan. Manakala silibus untuk semester 4 dan 5 banyak memfokuskan pembangunan kendiri pelatih Kor SISPA dalam mempersiapkan mereka untuk menjadi seorang pegawai pasukan. Pada peringkat ini pelatih diajar untuk menguasai aspek-aspek pengurusan organisasi dan membentuk kemahiran menjadi pemimpin dalam organisasi. Tahap kematangan dan kebolehan untuk berfikir sangat dituntut pada peringkat ini kerana ia memerlukan pelatih untuk menguasai aspek pengurusan anggota bawahan yang sudah pasti akan memerlukan kemahiran sosial dan interaksi yang jitu dalam usaha mengurus tadbir organisasi. Ia secara tidak langsung akan memasukkan domain afektif ke dalam diri pelatih Kor SISPA yang memerlukan kawalan emosi dan permainan psikologi agar usaha-usaha untuk mengetuai anggota-anggota bawahan berjalan dengan baik. Dengan mengikuti program pembelajaran akademik dan keseluruhan silibus Kor SISPA, para pelatih Kor SISPA akan dapat manfaat menguasai ketiga-tiga domain pembelajaran yang telah ditetapkan. Ini seterusnya memberi keseimbangan kepada diri mahasiswa dan mahasiswi IPT secara langsung. Meski pun semangat kesukarelawanan tidak dinyatakan secara khusus dalam silibus yang digubal, tetapi keseluruhan perjalanan latihan Kor SISPA sememangnya ada memasukkan elemen-elemen kesukarelawanan. Penerapan aspek kesukarelawanan yang berterusan di dalam silibus Kor SISPA dan aspek-aspek kemahiran ilmu pertahanan awam yang melengkapkan keseluruhan domain pembelajaran telah menjadikan Kor SISPA begitu relevan untuk diikuti oleh mahasiswa mahasiswi IPT. Bagi melihat tahap keseimbangan pelatih Kor SISPA di antara pencapaian akademik dan kemahiran insaniah yang ingin diterapkan oleh Kementerian Pendidikan, kajian ini telah mendapatkan maklumbalas mengenai CGPA terkini para pelatih Kor SISPA UiTM Shah Alam dan juga meminta mereka mengukur tahap pencapaian Kemahiran Insaniah diri sendiri melalui soalan-soalan yang telah dikemukakan di dalam borang kajiselidik. Maklumat berkenaan pencapaian CGPA pelatih Kor SISPA UiTM Shah Alam telah ditunjukkan di dalam Rajah 2 dibawah. Berdasarkan prestasi akademik terkini, pelatih Kor SISPA UiTM Shah Alam dilihat berada di tahap

Seminar Kebangsaan Kor SISPA IPT Kali-3 2014 21-23 November 2014 Universiti Malaysia Perlis, Perlis Indera Kayangan yang memuaskan, yang mana majoriti dari mereka berada dalam linkungan CGPA 2.51 hingga 3.50. Namun terdapat empat pelatih yang berada di bawah CGPA 2.50 dan memerlukan perhatian yang sewajarnya. Walau bagaimana pun terdapat juga dua pelatih yang dapat mengekalkan CGPA mereka berada di atas 3.51. Meski pun kelompok responden telah dipecahkan kepada empat kumpulan CGPA, nyata jumlah pelatih Kor SISPA UiTM Shah yang berada di kelompok atas CGPA 3.00 adalah kurang jika berbanding dengan yang mencapai CGPA atas 3.00. Perkara ini belumlah menjadi isu yang kritikal, namun dapat dilihat bahawa pencapaian akademik para pelatih ini haruslah lebih tinggi bagi mendapatkan lebih ramai pelajar unggul.

Rajah 2. Pencapaian CGPA Pelatih Kor SISPA UiTM Shah Alam

Dimensi Keseimbangan Pencapaian KI Kemahiran Kepimpinan 5.0000 4.0000 3.0000

3.0481

2.0000

Kemahiran Kerja Berpasukan

Kemahiran Komunikasi 1.0000

3.9859

3.7367 Series1

0.0000

3.6944 Etika dan Moral Professional

3.8917

Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Rajah 3. Dimensi ‘Balanced Scorecard’ bagi mengukur tahap keseimbangan pencapaian Kemahiran Insaniah di kalangan Pelatih Kor SISPA UiTM Shah Alam

Seminar Kebangsaan Kor SISPA IPT Kali-3 2014 21-23 November 2014 Universiti Malaysia Perlis, Perlis Indera Kayangan Bagi mengukur tahap pencapaian Kemahiran Insaniah pelatih Kor SISPA UiTM Shah Alam, kajian ini telah mengira pencapaian purata kesemua 60 orang responden bagi setiap teras Kemahiran Insaniah yang hendak dikaji. Kajian ini hanya menggunakan lima teras Kemahiran Insaniah dan skor purata pencapaian bagi setiap teras telah dipaparkan menerusi Jadual 1 hingga 5 di bahagian Lampiran kertas kerja ini. Purata skor pencapaian bagi setiap teras Kemahiran Insaniah yang dikaji adalah di antara 3.00 hingga 4.00. Tidak dapat dipastikan mengapa skor tersebut tidak dapat melepas skor 4.00 dan ini memerlukan kajian terperinci yang lebih lanjut di masa hadapan. Rajah 3 di atas telah menunjukkan dimensi keseimbangan seperti yang telah dicadangkan oleh kaedah ‘Balanced Scorecard’ yang mana lima dimensi tersebut mewakili setiap teras Kemahiran Insaniah yang dikaji. Keseimbangan pencapaian bagi setiap teras diukur dengan memasukkan nilai purata setiap teras dan dicantumkan seperti yang ditunjukkan dalam rajah dimensi tersebut. Kaedah ini menyatakan bahawa skor yang terletak jauh dari pusat dimensi dianggap lebih baik berbanding berada hampir dengan pusat dimensi. Dari rajah dimensi tersebut dapat kita lihat bahawa skor bagi kesemua teras kelihatan hampir sama kecuali teras kemahiran kepimpinan yang ternyata agak rendah dan membuatkan rajah dimensi ‘Balance Scorecard’ ini sedikit tidak seimbang. Sebarang ketidakseimbangan perlulah diberikan perhatian untuk usaha penambahbaikan. Pencapaian Kemahiran Insaniah berdasarkan kajian ini terhadap pelatih Kor SISPA UiTM Shah Alam tidaklah mencapai tahap optimum, namun mereka berada dalam tahap pemahaman dan penguasaan yang baik terhadap teras-teras Kemahiran Insaniah yang dimaksudkan.

KESIMPULAN Kajian ini dapat menyimpulkan bahawa pelaksanaan Kor SISPA adalah sangat relevan di IPT kerana ia melengkapkan kesemua domain pembelajaran yang mana program akademik banyak tertumpu kepada domain cognitif dan kurang dari segi input domain afektif dan psikomotor. Elemen pembelajaran Kor SISPA yang banyak melatih elemen afektif dan psikomotor yang begitu penting kepada pembangunan kendiri pelatih. Peranan yang dimainkan oleh Kor SISPA adalah setaraf dengan aktiviti kokurikulum yang lain malahan turut memberi nilai tambah yang tersendiri kepada pelatih terutamanya elemen kesukarelawanan. Mengenai keseimbangan diri pelatih Kor SISPA, kajian ini berpuas hati untuk menyatakan bahawa Kor SISPA mampu membawa keseimbangan ke dalam diri pelajar. Cuma yang menjadi sedikit kegusaran adalah skor yang diperolehi agak tidak optimum dengan harapan yang dinyatakan oleh pihak Kementerian Pendidikan yang mahukan keunggulan pelajar dalam setiap aspek samada akademik mahupun Kemahiran Insaniah. Melihat kepada aspek ini, banyak usaha perlu dilakukan oleh pelatih Kor SISPA itu sendiri untuk meningkatkan kebolehan diri dan tidak boleh terlalu bergantung kepada pihak universiti untuk meningkatkan prestasi diri. Sememangnya tidak dinafikan bahawa untuk mencapai keseimbangan dalam semua aspek memerlukan usaha yang berganda, namun ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak berjaya universiti sudah menyediakan platform pembelajaran seimbang yang terbaik yang seharusnya digunapakai secara optimum oleh pelatih Kor SISPA.

PENGHARGAAN Barisan penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kor SISPA UiTM Shah Alam kerana memberi ruang untuk membuat kajian dan berkongsi ilmu menerusi kertas kajian ini. Kerjasama dari para responden juga amatlah dihargai kerana telah memberikan maklumbalas yang yang penting kepada kajian ini. Turut berterima kasih kepada penganjur Seminar Kebangsaan Kor SISPA 2014 kerana memberi peluang untuk kami menyertai seminar ini.

RUJUKAN 1. 2.

Azmi, A. S. M., Nawawi, A. H., & Adnan, H. (2013). Balanced Scorecard for Corporate Real Estate (CRE) Practice in Higher Education Institutions. Shah Alam, Selangor: Penerbit UiTM Press. Esa, A., & Jamaludin, H. (2009). Peranan kokurikulum di universiti dalam membentuk keterampilan mahasiswa. Presented at the International Confeerence on Teaching and Learning in Higher Education 2009 (ICTLHE09), Kuala Lumpur. Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/292/1/ahmad_esa.ICTLHE.pdf

Seminar Kebangsaan Kor SISPA IPT Kali-3 2014 21-23 November 2014 Universiti Malaysia Perlis, Perlis Indera Kayangan 3.

4.

5.

6.

7.

8.

Esa, A., Yunus, J. M., & Kaprawi, N. (2005). Penerapan Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum di Politeknik. Presented at the Seminar Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Batu Lintang (MBPL) 2005, Kuching, Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Retrieved from http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2005/ahmadKUITTHO.pdf Hassan, H., Ahmad, R., & Bahari, A. (2008). Kemahiran Insaniah dan Kepentingan Penerapannya dalam Program Baktisiswa Perdana UniMAP (pp. 634–644). Presented at the International Conference on the Roles of the Humanities and Social Sciences in Engineering 2008 (ICOHSE08), Kuala Lumpur. Retrieved from http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/5842/1/KEMAHIRAN%20INSANIAH%20 DAN%20KEPENTINGAN%20PENERAPANNYA%20DALAM%20PROGRAM%20BAKTISISWA %20PERDANA%20UniMAP.pdf Hassan, J., & Safar, S. A. (2010). Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan Pelajar Menerusi Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. (unpublished). Retrieved from http://eprints.utm.my/10788/1/Pembinaan_Kecemerlangan_Diri_Pimpinan_Pelajar_Menerusi_Pengliba tan_Dalam_Aktiviti_Kokurikulum_Di_Universiti_Teknologi_Malaysia.pdf Mohamad, N. H., & Esa, A. (2012). Penerapan Kemahiran Komunikasi Menerusi Unit Beruniform PALAPES UTHM. In Prosiding Seminar Pendidikan Pasca Ijazah dalam PTV 2012 (pp. 162–178). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM): Pejabat Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Retrieved from http://fptv.uthm.edu.my/Download/Prosiding%20Seminar%20Pendidikan%20Pasca%20Ijazah%20201 2.pdf Mohamad, N. H., Esa, A., & Abdul Aziz, Z. A. (2014). Pembangunan modal insan holistik menerusi aktiviti kokurikulum politeknik: sorotan literatur. In Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014 ) (pp. 165–178). Batu Pahat, Johor. Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/5472/1/Nurul_Haerani_bt_Mohamad%28Full_Paper%29.pdf Muhammad, Z., Jawan, J., Ahmad, Z., & Othman, N. (2010). Kesan Penawaran Kursus Umum Universiti ke atas pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Malim: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara (SEA JOurnal of General Studies), 11, 73–89.

Seminar Kebangsaan Kor SISPA IPT Kali-3 2014 21-23 November 2014 Universiti Malaysia Perlis, Perlis Indera Kayangan

Lampiran Jadual 1. Purata Skor Teras Kemahiran Insaniah 1: Kemahiran Komunikasi

N

Valid Missing

Mean

Komunikasi Q1 60

Komunikasi Q2 60

Komunikasi Q3 60

Komunikasi Q4 60

Komunikasi Q5 60

Komunikasi Q6 60

Komunikasi Q7 60

Komunikasi Q8 60

Komunikasi Q9 60

Komunikasi Q10 60

0

0

0

0

0

0

0

0

0

0

3.3500

3.7333

3.8333

3.6833

3.6500

3.7333

4.3000

3.7833

3.6000

3.7000

Min Keseluruhan

3.7367

Jadual 2. Purata Skor Teras Kemahiran Insaniah 2 : Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Valid

Pemikiran Q1 60

Pemikiran Q2 60

Pemikiran Q3 60

Pemikiran Q4 60

Pemikiran Q5 60

Pemikiran Q6 60

0

0

0

0

0

0

3.7167

3.9000

3.7833

3.5167

3.5667

3.6833

Missing Mean

Min Keseluruhan

3.6944

Jadual 3. Purata Skor Teras Kemahiran Insaniah 3: Kemahiran Kerja Berpasukan

N

Valid Missing

Mean

Kerja Q1 60

Kerja Q2 60

Kerja Q3 60

Kerja Q4 60

Kerja Q5 60

Kerja Q6 60

Kerja Q7 60

Kerja Q8 60

Kerja Q9 60

Kerja Q10 60

Kerja Q11 60

Kerja Q12 60

Kerja Q13 60

0

0

0

0

0

0

0

0

0

0

0

0

0

4.1000

4.0500

4.0333

3.9833

3.9833

3.8667

3.9167

3.9167

3.9000

4.0500

4.3667

3.7500

3.9000

Min Keseluruhan

3.9859

Seminar Kebangsaan Kor SISPA IPT Kali-3 2014 21-23 November 2014 Universiti Malaysia Perlis, Perlis Indera Kayangan

Jadual 4. Purata Skor Teras Kemahiran Insaniah 4: Etika dan Moral Professional

N

Etika Q1 60

Valid Missing

Mean

Etika Q2 60

Etika Q3 60

Etika Q4 60

Etika Q5 60

Etika Q6 60

Etika Q7 60

Etika Q8 60

0

0

0

0

0

0

0

0

3.8833

3.8333

3.8167

4.0167

4.0000

3.9000

3.8833

3.8000

Min Keseluruhan

3.8917

Jadual 5. Purata Skor Teras Kemahiran Insaniah 5: Kemahiran Kepimpinan

N

Valid Missing

Mean

Kepimpinan Q1 60

Kepimpinan Q2 60

Kepimpinan Q3 60

Kepimpinan Q4 60

Kepimpinan Q5 60

Kepimpinan Q6 60

Kepimpinan Q7 60

Kepimpinan Q8 60

Kepimpinan Q9 60

0

0

0

0

0

0

0

0

0

3.4167

3.2833

3.4667

3.3333

2.6333

2.3167

2.4167

3.3167

3.2500

Min Keseluruhan

3.0481

Suggest Documents