PROSES DAN FASA DALAM KAUNSELING

PROSES DAN FASA DALAM KAUNSELING Oleh, Mansor abu Talib Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Mala...
Author: Bonnie Daniels
29 downloads 3 Views 91KB Size
PROSES DAN FASA DALAM KAUNSELING Oleh, Mansor abu Talib Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Kemahiran menjalankan kerja penasihatan, bimbingan dan kaunseling boleh dipelajari sama ada secara formal atau melalui pengalaman. Bab ini membincangkan mengenai proses dan peringkat serta kemahiran asas kaunseling, apa yang dimaksudkannya secara ringkas. Bersesuaian dengan pemeringkatan dalam modaliti menolong yang melihat kaunseling sebagai lebih professional berbanding bimbingan dan penasihatan, proses dan kemahiran yang dibincangkan dalam bab ini boleh diterima pakasi secara asasnya Mizan & Halimahtun (1995) menggariskan ciri-ciri proses kaunseling seperti berikut: 1. 2.

3.

4.

Proses kaunseling mempunyai suatu jangka masa untuk membolehkan klien berubah. Ia memerlukan beberapa jam atau sesi pertemuan. Proses kaunseling diikuti dengan kaedah atau langkah tertentu. Pembimbing atau pengamal kaunseling memulakan hubungan kaunseling dengan mengujudkan hubungan yang baik dengan kliennya sehingga akhir perhubungan. Sepanjang sesi, klien dipermudah untuk meneroka permasalahannya, mengenali atau menghampiri dirinya daripada pelbagai perspektif. Klien dibantu untuk memahami, menganalisis, mengakui realiti dan bersama mencari jalan penyelesaiannya. Proses kaunseling mementingkan perhubungan terbuka antara pembimbing atau pengamal kaunseling dan klien. Hubungan terapeutik ini merupakan unsur utama yang akan mempertingkatkan perkongsian dan peluahan perasaan klien. Kaunseling memerlukan pemahaman tentang ilmu psikologi. Proses kaunseling melibatkan aplikasi pemahaman pembimbing atau pengamal kaunseling tentang ilmu mengenai manusia dan kejadiannya. Ini meliputi pemahaman tentang permasalahan manusia, punca masalah, motivasi, keperluan dan kaedah pembelajaran.

Berdasarkan ciri-ciri proses, kaunseling boleh dibahagikan kepada tiga fasa ringkas seperti berikut: a.

Fasa membina hubungan 1.

Mendengar dengan aktif Pembimbing atau pengamal kaunseling perlu berlatih untuk mendengar secara aktif dan selektif, memahami apa yang didengarinya dan mengkomunikasikan apa yang telah didengarnya kembali kepada klien.

Pembimbing atau pengamal kaunseling digalakkan sentiasa ‘berada bersama klien’, merespon terhadap verbal dan non verbal klien. Melalui kemahiran aktif ini, pembimbing atau pengamal kaunseling akan mengesan dan merespon kepada ketidak seragaman terhadap apa yang dia dengan (secara verbal) dengan apa yang dilihat melalui pernyataan tingkahlaku non verbal klien. 2.

Berempati Empati ialah kebolehan pembimbing atau pengamal kaunseling merasai apa yang dirasai oleh klien seolah-olah dirinya adalah diri klien sebenar. Empati melibatkan dua kemahiran asas : 1. Persepsi (mahir membuat tanggapan yang sama) 2. Komunikasi (kemahiran menyatakan mesej kepada klien) Rogers (1980) yang mengemukan teori pendekatan klien atau humanistik sangat mementingkan empati dan mentakrifkannya sebagai; ‘It means entering the private perseptual world of others and becoming thoroughlu at home in it. It involves being sensitive, moment by moment, to the changing felt meanings which flow in this other person, to the fear or rage or tenderness or confusion or whatever that he or she is experiencing. It means temporarily living in other’s life, moving about it delicately without making judgement.(p142) Empati memberi mesej bahawa pembimbing atau pengamal kaunseling memahami tema atau isu utama klien. Pembimbing atau pengamal kaunseling yang berempati dapat merasai secara intuitif dunia subjektif kliennya (yang dia sendiri berusaha untuk memahaminya). Pembimbing atau pengamal kaunseling berkebolehan untuk melihat dan merasai dari kaca mata klien walau pun dia sendiri belum pernah merasainya. Pembimbing atau pengamal kaunseling yang mahir menggunakan rasa empatinya akan menyatakan kefahamannya kepada klien agar klien rasa diri mereka di fahami. Dalam menyatakan rasa empatinya kepada klien, pembimbing atau pengamal kaunseling masih perlu sedar untuk membezakan identiti dirinya dan tidak bersimpati kepada klien seolah-olah isu klien adalah isunya sendiri sehingga menjadi personal kepada dirinya.

3.

Hormat dan tulen Hubungan kaunseling adalah hubungan kemanusiaan yang terbina secara sukarela dengan rasa hormat menghormati antara pembimbing atau pengamal kaunseling dan klien. Pembimbing atau pengamal

kaunseling menunjukkan yang dia sentiasa mementingkan klien dan menghargai hubungan kaunselingnya itu. Pembimbing atau pengamal kaunseling yang hormat kepada kliennya akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan secara semula jadi. Pembimbing atau pengamal kaunseling menerima klien tanpa syarat dan mengiktiraf keunikan klien sebagai sangat berharga dan mempunyai potensi untuk berkembang secara optimum. 4.

Konkrit Pembimbing atau pengamal kaunseling juga berperanan sebagai pembimbing dan seorang pemudah cara. Melalui proses kaunseling, pembimbing atau pengamal kaunseling membantu kliennya melihat dengan jelas dan objektif terhadap pemikiran, perasaan atau tingkah laku sendiri yang berkemungkinan menjadi penyebab kepada isu yang dihadapinya. Ivey (1994) menjelaskan kaunselor yang konkrit cuba mendapatkan perasaan yang spesifik, atau pemikiran yang spesifik atau pun tingkah laku yang spesifik dan bukannya secara umum. Klien dibantu oleh pembimbing atau pengamal kaunseling untuk menjelaskan setiap pernyataan yang diungkapkan dan mencanggah perasaan atau pernyataannya yang berkonflik. Klien seringkali tidak menyedari isu sebenar atau cuba berdalih. Pembimbing atau pengamal kaunseling secara konkrit membantu klien memfokuskan kepada punca utama yang menyebabkan isunya itu. Penjelasan pembimbing atau pengamal kaunseling yang dilakukan secara penuh berasas akan membantu klien meneroka secara mendalam ke dalam dirinya yang sebelum ini masih samar.

5.

Sensitif kepada budaya berbeza Pembimbing atau pengamal kaunseling sentiasa menghormati dan mengiktiraf keunikan serta perbezaan yang ada pada diri klien termasuk latar belakang budayanya. Penerimaan tanpa syarat oleh pembimbing atau pengamal kaunseling meliputi menerima secara automatik perbezaan bahasa, budaya hidup, bangsa dan status ekonomi kliennya. Pembimbing atau pengamal kaunseling sentiasa faham pengaruh perbezaan faktor gender, etnik, status sosial, status ekonomi, agama, politik dan diversiti nya dalam proses kaunseling (Pedersen, 1991). Sue, Arredondo & McDavis (1992) menggariskan tiga kemahiran pelbagai budaya untuk pembimbing atau pengamal kaunseling iaitu (1) kesedaran pembimbing atau pengamal kaunseling mengenai nilai dan bias budayanya, (2) pemahaman pembimbing atau pengamal kaunseling terhadap sudut pandangan atau world view klien, dan (3) kebolehan pembimbing atau pengamal kaunseling menggunakan strategi intervensi dalam kaunseling yang bersesuaian dengan budaya klien dan setempat.

B.

Fasa Penerokaan dan pemahaman 6.

Mengenalpasti tema Setelah hubungan terbina hasil dari pemecahan tembuk asing antara dua belah pihak, proses kaunseling memasuki ke fasa ‘bekerja’ iaitu peringkat di mana pembimbing atau pengamal kaunseling bertindak balas bagi penerokaan lebih mendalam dan mempertingkatkan kefahaman dirinya tentang klien. Pada peringkat ini, pembimbing atau pengamal kaunseling menunjukkan kemahirannya mengenalpasti tema utama isu yang diutarakan oleh klien dan melihat pola perluahannya. Pembimbing atau pengamal kaunseling akan meneroka lebih jauh bukan sekadar apa yang diluah atau nyatakan. Pembimbing atau pengamal kaunseling akan meletakkan pelbagai serpihan cerita atau pelbagai ranting untuk mengenalpasti pokok secara dinamik. Memandangkan sesetengah isu belum lagi disedari kewujudannya oleh klien, pembimbing atau pengamal kaunseling menjelaskan tema yang difahaminya dan meminta pengesahan dari klien. Pada ketika ini, pembimbing hendaklah membezakan ‘pokok’ dari ‘rantingnya’ dan melihat pokok sebagai lebih utama dari pelbagai ranting yang menghiasnya.

7.

Memfokus dan merumus Pembimbing atau pengamal kaunseling menyusun kembali senario dan mencantumkan pelbagai cerita untuk menjadikan satu kisah yang lebih jelas tema permasalahannya. Setelah mendapat pengesahan dari klien, pembimbing atau pengamal kaunseling akan terus bersama klien menentukan arah sesi kaunseling selanjutnya. Pembimbing atau pengamal kaunseling akhirnya menyatakan ringkasan secara merumuskan apa yang telah dinyatakan dan dipersetujui oleh klien.

8.

Pendedahan kendiri pembimbing Proses kaunseling berlaku dalam suasana mesra dan selamat. Pengambilan risiko oleh pembimbing atau pengamal kaunseling dengan berkongsi tentang dirinya akan mendorong klien mencabar dirinya sendiri untuk meneroka jauh lebih dalam secara selesa dan bersahaja. Pendedahan kendiri melibatkan kesediaan pembimbing atau pengamal kaunseling berkongsi reaksi peribadinya yang berkait dengan isu yang sedang dan tengah diperbincangkan. Perkongsian ini bukannya bersifat penilaian atau penghakiman kepada klien kerana ini akan membantutkan perkembangan kendiri klien dalam proses kaunseling. Pendedahan kendiri juga dilihat sebagai model kepada klien untuk ditiru untuk hidupnya di luar sesi kaunseling.

9.

Memberi maklum balas Memberi maklum balas tidak bermaksud memberi nasihat kerana nasihat paling tidak digunakan dalam kaunseling kecuali dalam kes tertentu seperti krisis. Demi kesejahteraan dan manfaat klien, pembimbing atau pengamal kaunseling berkongsi maklumat profesional yang pada pandangannya dapat digunakan oleh klien secara yang konstruktif untuk perubahan diri. Maklumbalas adalah seharusnya penuh jujur dan bersifat neutral tanpa terlalu peribadi. Pembimbing atau pengamal kaunseling menjelaskan maklumbalas yang dikongsi dan menyerahkan kembali kepada klien untuk bertindakbalas terhadapnya serta membuat keputusan sendiri samada mahu menggunakan maklumat tersebut atau tidak.

10.

Menanyakan soalan Pembimbing atau pengamal kaunseling akan menggunakan soalan untuk mencerna secara aktif pemikiran dan tindakan klien dan menjauhkan pola soal-jawab seolah berada dalam sesi temuduga jawatan kosong. Pembimbing atau pengamal kaunseling yang direktif akan merasa selesa dengan banyak menyaol manakala yang berorientasikan kepada klien akan hanya mengemukakan soaln juka perlu. Kesimpulannya, menyoal perlu dilakukan dengan berhati-hati agar sesi kaunseling tidak menjadi serupa dengan komunikasi harian klien samada bersama rakan sebaya atau ahli keluarganya.

11.

Konfrontasi Setelah pembimbing atau pengamal kaunseling memahami pola pemikiran dan tingkahlaku klien, pembimbing atau pengamal kaunseling mengesan percanggahan yang mungkin ditunjukkan oleh klien. Untuk mencapai perubahan diri, klien dirangsang untuk melalui zon kurang selesa. Pembimbing atau pengamal kaunseling ‘mencabar’ klien secara berhemah dan terus terang bagi membolehkan klien bertindakbalas secara tidak defensif. Melalui cabaran kesan konfrantasi akan menggalakkan klien melihat percanggahan atau ketidakselarasan dirinya dalam keadaan yang selamat dan tidak terancam. Pada masa yang sama, pembimbing atau pengamal kaunseling memodelkan kepada klien bagaimana untuk ‘mencabar’ orang lain secara asertif, berjaga-jaga dan penuh hurmat. Konfrantasi tidak bererti mencabar klien dengan cara melemparkan penilaian kerana ini akan menjejaskan keberkesanan proses kaunseling.

12.

Intrepretasi Pembimbing atau pengamal kaunseling adalah manusia biasa yang kadangkala membawa pengalaman sehariannya ke sesi kaunseling. Pembimbing atau pengamal kaunseling juga tidak dapat lari dari bermain dengan persepsi dirinya tetapi jika keterlaluan akan menjejaskan kredibilitinya dalam bertindak balas terhadap permasalahan klien. Melalui interpretasi, pembimbing atau pengamal kaunseling menyemak persepsinya dan meminta pengesahan dari klien. Interperstasi juga perlu menjauhi dari bersifat penilaian. Pembimbing atau pengamal kaunseling yang mahir akan membuat pernyataan interpretasinya secara tentatif atau kemungkinan sahaja. Interperasti juga boleh dinyatakan sebagai satu bentuk hipotesis atau gerak hati (haunch) pembimbing atau pengamal kaunseling. Pembimbing atau pengamal kaunseling kemudiannya menjemput klien membuat interpretasinya tersendiri.

c.

Fasa tindakan 13.

Penentuan matlamat Setelah berpuas hati meneroka dan memahami ‘dunia’ klien dan kehidupannya, pembimbing atau pengamal kaunseling menggunakan kemahiran untuk mengerakkan klien bertindak. Pembimbing atau pengamal kaunseling mendorong klien untuk memberikan definisi baru terhadap isu sebenar yang sedang dihadapinya. Pada peringkat ini, klien telah jelas mengenai perkara yang menjadi pokok permasalahannya dan bukan lagi ranting-ranting yang melengkapkan pokok asal. Pembimbing atau pengamal kaunseling kemudiannya membantu klien membentuk matlamat dan bersama-sama membincangkan matlamat yang berkemungkinan berfaedah baginya untuk perubahan dan perkembangan selanjutnya. Setelah persetujuan dua belah pihak tercapai, pembimbing atau pengamal kaunseling menggunakan keadah perjanjian atau kontrak diri sebagai kaedah untuk klien menjelaskan lagi matlamat, peranan, kaedah dan motivasi dirinya bagi keberkesanan proses kaunseling. Pembimbing atau pengamal kaunseling bertanggungjawab membantu klien kenalpasti isu dan menentukan matlamat sesi kaunseling. Dyer & Vriend (1993), menjelaskan 7 kriteria mengenai matlamat kaunseling: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Matlamat dipersetujui bersama oleh pembimbing atau pengamal kaunseling-klien. Matlamat adalah spesifik Matlamat berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Matlamat boleh dicapai Matlamat boleh diukur (quantifiable & measurable) Matlamat berasaskan tingkah laku yang boleh dilihat Mudah difahami dan dinyatakan kembali

14.

Penyelesaian masalah Tidak semua klien berminat menyelesaikan masalahnya. Majoriti dari mereka hanya inginkan orang berkecuali untuk mendengar permasaalahannya tanpa sebarang prejudis dan penghakiman. Masalah yang telah dikenalpasti di analisis agar akhirnya matlamat yang telah ditentukan terdahulu tercapai.

15.

Mengerakkan tindakan Setelah pelbagai alternatif dipertimbangkan baik dan buruknya, pembimbing atau pengamal kaunseling mendorong klien untuk memilih alternatIf yang dirasai bersesuaian. Berdasarkan penilaian klien, pembimbing atau pengamal kaunseling seterusnya mendorongnya untuk mengambil tindakan seperti yang dipersetujuinya dengan bertanyakan soalan seperti bagaimana melakukannya, bila? jika berlaku sebaliknya ? dan lain-lain. Pembimbing atau pengamal kaunseling mendorong klien untuk melakukan apa yang telah dipersetujuinya agar klien dapat bersedia secara mental. Egan (1998) menjelaskan mengerakkan tindakan diskong dengan adanya pelan tindakan yang meliputi lebih dari satu aktiviti, ianya merupakan satu pelan bertindak yang berstruktur yang sangat jelas berkait dengan matlamat yanbg spesifik yang telah ditentukan di fasa terdahulu.

15.

Membuat rujukan Rujukan (referal) boleh dilakukan dalam beberapa keadaan; a. b.

Mansor Abu Talib FEM3107/PEM3501 Semester Pertama 2010

Atas permintaan klien agar kes dan/atau dirinya dirujukkan kepada pakar atau orang lain. Apabila pembimbing atau pengamal kaunseling merasakan ada orang lain yang akan lebih memberikan manfaat kepada klien. Dalam hal ini, klien hendaklah diberitahu dan keizinannya diperolehi terlebih dahulu. Walau bagaimana pun, klien tidak boleh meminta dirinya dirujukkan kepada pembimbing atau pengamal kaunseling lain sedang dalam waktu yang sama hubungannya dengan pembimbing atau pengamal kaunseling asal belum ditamatkan.

Suggest Documents