PROMOSI HELLO KITTY & FRIENDS

PROMOSI HELLO KITTY & FRIENDS TERMA & SYARAT (“Terma & Syarat”) Dikemaskinikan pada 1 September 2014 TEMPOH PROMOSI 1. “Promosi Hello Kitty & Friend...
6 downloads 3 Views 175KB Size
PROMOSI HELLO KITTY & FRIENDS TERMA & SYARAT (“Terma & Syarat”)

Dikemaskinikan pada 1 September 2014

TEMPOH PROMOSI 1. “Promosi Hello Kitty & Friends” (“Promosi”) Hong Leong Bank Berhad (97141-X) (“HLB”)/ Hong Leong Islamic Bank Berhad (686191-W) (“HLISB”) [secara kolektif dan kemudian daripada ini disebut ”Bank”] bermula pada 1 September 2014 dan berakhir pada 31 Disember 2014, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Promosi”), melainkan diberitahu sebaliknya. KELAYAKAN 2. Promosi ini terbuka kepada Akaun Semasa dan Simpanan Konvensional dan Islamik (“CASA/i”) Bank serta Kad Debit dan kriteria kelayakan penyertaan adalah seperti berikut: CASA/i (i) Promosi ini terbuka kepada pelanggan individu Bank warganegara Malaysia sahaja yang merupakan Pemegang Akaun Utama CASA/i, tidak termasuk pelanggan Perbankan Peribadi (“Pemegang Akaun”). (ii) Promosi ini TIDAK sah kepada pelanggan bukan individu termasuk empunya tunggal, perkongsian dan amalan profesional. (iii) Promosi ini terbuka kepada semua Pemegang Akaun baru dan sedia ada bagi akaun berikut (“Akaun Sertaan”): (a) Akaun Simpanan Asas Hong Leong (b) Akaun Simpanan Hong Leong (c) Akaun Semasa Asas Hong Leong (d) Akaun Semasa Hong Leong (e) Akaun Pay&Save Hong Leong (f) Akaun One Hong Leong (g) Akaun SmartLink Hong Leong (h) Akaun Simpanan Junior Hong Leong (i) Akaun Simpanan Senior Savers Hong Leong (j) Akaun Simpanan Premium Hong Leong (k) Akaun-i Simpanan Multi-tier Hong Leong (l) Akaun Semasa One-i Hong Leong (m) Akaun-i Simpanan Junior Hong Leong Kad Debit (i) Promosi ini terbuka kepada Pemegang Kad Debit Visa Bank warganegara Malaysia (“Pemegang Kad”). (ii) Pelanggan yang berikut TIDAK layak menyertai Promosi: (a) Pemegang Kad Debit Bank yang TIDAK dikeluarkan di Malaysia; (b) Pemegang Kad Debit Junior Bank; (c) Pemegang Kad Debit Bank yang akaun Kad Debitnya TIDAK berkedudukan baik, tidak aktif, dipautkan kepada CASA/i yang telah ditutup atau tidak aktif atau melanggar mana-mana Terma & Syarat Bank pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Promosi dan/atau sebelum 31 Mac 2015; (d) Pemegang Kad Debit Bank yang akaun Kad Debitnya dipercayai telah dikendalikan secara penipuan, menyalahi undang-undang dan/atau Kad Debitnya tidak sah atau dibatalkan menurut takrif Bank pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Promosi dan/atau sebelum 31 Mac 2015; dan (e) Pelanggan Perbankan Peribadi Bank.

Terma & Syarat – Promosi Hello Kitty & Friends

1

3. Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad yang merupakan pekerja Bank sama ada secara tetap atau kontrak, pekerja mana-mana wakil atau ejen Bank (termasuk juruaudit luar, vendor, pembekal, ejen Pengiklanan dan Promosi) dan ahli-ahli keluarga terdekat masing-masing (cth. pasangan, anak-anak, ibu atau bapa, adik-beradik) TIDAK layak menyertai Promosi ini. KAEDAH (i) Peraduan Perkenal & Menang (“Peraduan”) 4. Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad secara automatik layak menyertai Peraduan dengan syarat mereka melaksanakan langkah-langkah berikut semasa Tempoh Promosi (“Pengenal”) dan berpeluang memenangi satu (1) Hadiah. Hadiah-hadiah ialah Mainan Lembut 10” My Melody, Badtz Maru, Kero-Keroppi dan/atau Hello Kitty (“Hadiah”): Perkenalkan ahli keluarga dan/atau rakan tidak kira usia yang bukan Pemegang Langkah 1 Akaun Bank sedia ada untuk membuka CASA/i di mana-mana cawangan Bank (“Pelanggan Baru”) Daftarkan semua nama dan nombor Kad Pengenalan (KP) Pelanggan Baru di Langkah 2 www.hlb.com.my/HK&Friends Perbelanjaan minimum RM100 (resit terkumpul atau satu resit) dengan mana-mana Langkah 3 Kad Debit Visa Hong Leong 5. Pengenal tidak boleh perkenalkan diri mereka sendiri untuk menyertai Peraduan ini. 6. Pengenal dengan ini membuat akuan bahawa mereka telah mendapatkan keizinan daripada Pelanggan Baru untuk mendedahkan/ mendaftarkan nama dan nombor KP mereka untuk menyertai Peraduan dan Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang liabiliti termasuk tetapi tidak terhad kepada kesalahan menurut Akta Perlindungan Data Perbadi 2010 (“PDPA”) terbit daripada pendaftaran dan/atau penyertaan dalam Peraduan ini. 7. Pengenal hanya akan dianggap berjaya jika Pelanggan Baru membuka CASA/i setelah disyorkan oleh Pengenal semasa Tempoh Promosi dan CASA/i itu dibuka semasa Tempoh Promosi (“Pengenal Berjaya”). 8. Tiga ratus (300) Pengenal Berjaya akan dipiih secara rambang dan disaring pada akhir Tempoh Promosi (“Pengenal Berjaya Disaring”) untuk sesi soal jawab. Pemilihan tidak akan didasarkan pada bilangan Pelanggan Baru paling ramai diperkenalkan untuk membuka CASA/i di cawangan Bank. 9. Pengenal Berjaya Disaring akan dihubungi satu (1) kali sahaja pada bila-bila masa dalam waktu pejabat (9:00 pagi hingga 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat) untuk sesi soal jawab bagi menjawab dua (2) soalan dengan betul dalam masa terpantas oleh Bank dan/atau Pengurus Peraduan lantikannya, Dynamic Search Sdn. Bhd. (136574V) (“Dynamic Search”) (Nombor Telefon 03-7875 4387 dan Waktu Urusan dari 9:00 pagi hingga 5:30 petang, Isnin hingga Jumaat) atas dasar usaha terbaik melalui nombor telefon terkini yang diberi oleh Pengenal Berjaya Disaring sepertimana ditunjukkan dalam sistem Bank. 10. Jika Pengenal Berjaya Disaring gagal menjawab panggilan telefon selepas lima (5) kali deringan atas apa jua sebab, maka Pengenal Berjaya Disaring dianggap telah terlepas peluang menang dan Bank dan/atau Dynamic Search akan mempunyai hak mutlak untuk memilih seorang lagi Pengenal Berjaya Disaring jika perlu. 11. Daripada tiga ratus (300) Pengenal Berjaya Disaring, hanya satu ratus (100) Pengenal Berjaya Disaring yang menjawab paling banyak soalan dengan betul dalam masa terpantas akan diisytiharkan pemenang Hadiah (“Pemenang”). 12. Jika terdapat lebih daripada satu (1) Pengenal Berjaya Disaring yang dapat menjawab soalan sama banyak bilangannya dengan betul dalam tempoh masa yang sama (“seri”), maka Pengenal Berjaya Disaring yang memperkenalkan paling ramai Pelanggan Baru untuk membuka CASA/i dengan Bank

Terma & Syarat – Promosi Hello Kitty & Friends

2

sepanjang Tempoh Promosi akan menjadi Pemenang. Jika berlaku seri lagi, maka Pengenal Berjaya Disaring yang mempunyai baki terkumpul tertinggi di dalam CASA/i Pengenal Berjaya akan diisytiharkan Pemenang. 13. Pengenal Berjaya Disaring tidak akan diberitahu serta merta sama ada dia Pemenang atau tidak setelah selesai sesi soal iawab. Pemenang akan dimaklumkan oleh Bank sama ada melalui surat, panggilan telefon atau penyiaran nama Pemenang dalam laman web Bank di www.hlb.com.my (“Laman Web Bank”) selewat-lewatnya 31 Mac 2015. 14. Tanpa mengira bilangan Pelanggan Baru diperkenalkan dan seterusnya berjaya membuka CASA/i dengan Bank, setiap Pemenang layak memenangi maksimum empat (4) Mainan Lembut sepanjang Tempoh Promosi dan Pemenang tidak dibenarkan memilih jenis Hadiah. Jika Pemenang perkenalkan lebih daripada 4 Pelanggan Baru kepada Bank semasa Tempoh Promosi, hanya empat (4) Mainan Lembut akan diberi kepada Pemenang ini. 15. CASA/i dan/atau Kad Debit Pemenang mestilah kekal dibuka, aktif dan sah dengan mempunyai deposit minimum Ringgit Malaysia Tiga Ratus (RM300) semasa Tempoh Promosi dan sehingga 31 Mac 2015, jika gagal, Pemenang akan terlucut kelayakan untuk menerima Hadiah. 16. Jika Pengenal Berjaya tidak menerima pemakluman melalui surat, panggilan telefon atau menerusi penyiaran dalam Laman Web Bank sebelum 31 Mac 2015, maka Pengenal Berjaya dianggap BUKAN Pemenang. 17. Pemenang akan dihubungi oleh cawangan Bank berkenaan supaya datang mengambil Hadiah daripada cawangan tersebut. 18. Pemenang bertanggungjawab untuk memaklumkan Bank melalui surat selewat-lewatnya 30 April 2015 sekiranya tidak mendapat Hadiah, jika gagal, Pemenang ini akan dianggap telah mendapat dan menerima Hadiah daripada Bank. 19. Bank tidak akan bertanggungjawab atas kelewatan, kehilangan, kecurian atau Hadiah tidak dituntut selepas 30 April 2015. 20. Pemenang mungkin akan diminta menghadiri majlis penyampaian hadiah yang tarikh, waktu dan tempatnya akan dimaklumkan oleh Bank. Segala perbelanjaan pengangkutan, penginapan, belanja peribadi dan apa-apa kos lain yang terlibat berkait desngan menghadiri majlis penyampaian hadiah akan ditanggung oleh Pemenang. 21. Pengenal dan/atau Pemenang dengan ini memberi keizinan dan membenarkan Bank untuk mendedahkan nama, nombor telefon dan alamat mereka kepada Dynamic Search untuk tujuan pemilihan Pemenang Peraduan. 22. Pengenal dan/atau Pemenang juga dengan ini memberi keizinan dan membenarkan Bank untuk mendedahkan nama, nombor KP (dalam bentuk terlindung) atau foto mereka dalam bahan media, pemasaran atau pengiklanan untuk tujuan Peraduan ini. (ii) Hadiah Khas Bulanan 23. Pemegang Akaun juga layak mendapat Hadiah Khas Bulanan (“HKB”) berikut semasa Tempoh Promosi dengan menguntukkan Ringgit Malaysia sepuluh ribu (RM10,000) selama empat (4) bulan berturut-turut (“Tempoh Peruntukan”) dalam Akaun Sertaan dan kelayakan mereka untuk mendapat HKB adalah tertakluk kepada Amaun Deposit Minimum dalam Akaun Sertaan sepanjang bulan berkenaan Tempoh Promosi sepertimana ditetapkan dalam jadual di bawah (“Pemegang Akaun Layak”):

Terma & Syarat – Promosi Hello Kitty & Friends

3

Bulan (2014)

HKB (Mainan Lembut 10”)

September

My Melody

Oktober

Badtz-Maru

November

Kero-Keroppi

Disember

Hello Kitty

Amaun Deposit Minimum selama 4 bulan (Bagi Setiap HKB)

Kuantiti HKB Disediakan (Unit) 3,000

RM10,000

3,000 3,000 4,000

24. Semua deposit mestilah dana baru. “Dana baru” ditakrifkan sebagai: (a) Wang tunai, GIRO antara bank, dana baru yang diterima melalui pindahan telegraf daripada bank lain, cek tempatan atau cek jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain; dan (b) Dana unit amanah ekuiti, bon/ sukuk dan Hong Leong Invest Safe yang ditebus dan didepositkan semula ke dalam mana-mana CASA/i Bank. 25. “Dana baru” BUKAN: (a) Deposit Tetap (“FD”). Deposit Bertempoh-i (“TDI”), Akaun Pelaburan Am (“GIA”) yang matang dan pengeluaran FD, TDI atau GIA sebelum matang; (b) Pindahan antara cawangan di dalam Bank termasuk pindahan pihak ketiga (ke-3). 26. Pemberian HKB adalah atas dasar siapa cepat dia dapat, dihadkan kepada satu (1) HKB bagi setiap Pemegang Akaun Layak yang memenuhi syarat Amaun Deposit Minimum sepanjang Tempoh Promosi. Pemberitahuan akan dikeluarkan jika HKB kehabisan stok dengan cara menyiarkannya dalam Laman Web Bank. 27. HKB akan diberi kepada Pemegang Akaun Layak pada masa peletakan Deposit di cawangan Bank berkenaan. 28. Bank tidak akan bertanggungjawab sama sekali jika HKB hilang, koyak, rosak, luput tarikh atau dicuri dan sebarang permintaan bagi HKB gantian tidak akan dilayan oleh Bank. 29. Jika amaun diuntukkan itu dikeluarkan (sebahagian atau keseluruhan) semasa Tempoh Peruntukan atas apa jua sebab, maka Bank akan membuat potongan fi sebanyak RM60 daripada Akaun Sertaan konvensional pada tarikh pengeluaran oleh Pemegang Akaun Layak berkenaan sebagai bayaran HKB. Bayaran ini tidak dikenakan ke atas Pemegang Akaun HLISB. UMUM 30. Dengan menyertai Promosi ini, Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad: (i) Bersetuju bahawa Bank tidak memberi representasi atau waranti berkenaan dengan kualiti atau kesesuaian Hadiah dan/atau HKB. Pemenang, Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad hendaklah berurus terus dengan pembekal dan/atau pembuat bagi semua maklumat waranti; (ii) Bersetuju bahawa Hadiah dan/atau HKB akan disediakan atas dasar “Sebagaimana Ada”. Hadiah dan/atau HKB yang dipaparkan dalam semua bahan bercetak dan/atau Laman Web Bank adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Apa-apa prop, aksesori atau peralatan yang dipaparkan bersama Hadiah dan/atau HKB dalam sebarang bahan bergambar adalah untuk tujuan hiasan dan tidak menjadi sebahagian daripada Hadiah dan/atau HKB; (iii) Bersetuju bahawa Hadiah dan/atau HKB tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga (ke-3) dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai muka, kredit, cek atau manfaat barangan; (iv) Bersetuju bahawa keputusan Bank atas semua hal berkaitan dengan Promosi, Hadiah Peraduan dan HKB adalah muktamad dan terikat terhadap semua Pemenang, Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad dan sebarang surat-menyurat dan/atau rayuan untuk mempertikaikan keputusan Bank tidak akan dilayan; (v) Bersetuju untuk mematuhi Terma & Syarat Promosi; (vi) Bersetuju bahawa Terma & Syarat di dalam ini, Terma dan Syarat Am Akaun dan Terma dan Syarat Kad Debit Bank hendaklah dibaca sebagai suatu perjanjian keseluruhan dan Terma & Syarat tertentu di dalam ini hendaklah diutamakan jika terdapat sebarang percanggahan; dan

Terma & Syarat – Promosi Hello Kitty & Friends

4

(vii) Bersetuju untuk mengakses Laman Web Bank dari semasa ke semasa untuk menyemak Terma & Syarat dan Memastikan sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan kepada Terma & Syarat; 31. Bank mempunyai hak untuk: (i) Menambah, menggugurkan, menggantung atau meminda Terma & Syarat di dalam ini, sama ada keseluruhan atau sebahagian, termasuk tetapi tidak terhad kepada menggantikan Hadiah dan/atau HKB dengan produk lain yang sama nilainya menurut budi bicaranya yang mutlak, dengan cara menyiarkannya dalam Laman Web Bank atau dengan apa-apa cara yang dianggap sesuai oleh Bank, untuk memberi notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pemenang, Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad; (ii) Melucutkan kelayakan mana-mana Pemenang, Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad atas apa jua sebab menurut budi bicara mutlak Bank yang dianggap wajar daripada menyertai Promosi dan/atau layak menerima Hadiah dan/atau HKB; dan (iii) Menarik balik Hadiah dan/atau HKB jika Terma & Syarat di dalam ini tidak dipatuhi. 32. Pemenang, Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad yang telah melakukan atau disyaki melakukan apa-apa penipuan atau kesalahan berkaitan dengan apa-apa kemudahan yang diberi oleh Bank atau telah diisytiharkan Muflis (menurut petisyen oleh sama ada Bank atau mana-mana pihak ketiga) atau bakal dikenakan prosiding kemuflisan pada bila-bila masa sebelum atau semasa Tempoh Promosi TIDAK layak menyertai Promosi dan/atau TIDAK berhak mendapat Hadiah dan/atau HKB. 33. Pemenang, Pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad hendaklah menanggung sendiri segala cukai berkenaan, fi kerajaan atau apa-apa caj lain yang mungkin dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang berkenaan, jika ada, berkaitan dengan penyertaan dalam Promosi dan/atau pengambilan Hadiah dan/atau HKB. 34. Jika terdapat sebarang percanggahan antara Terma & Syarat ini berbanding dengan bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain berkaitan atau bersabit dengan Promosi, maka Terma & Syarat muktamad dalam Laman Web Bank akan diutamakan. 35. Terma & Syarat di dalam ini akan tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan pemegang Akaun dan/atau Pemegang Kad bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Malaysia.

Layak dilindungi oleh PIDM.

Terma & Syarat – Promosi Hello Kitty & Friends

5

Suggest Documents