PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TERHADAP PERANAN HARTA WAKAF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH : SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI UTM

PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TERHADAP PERANAN HARTA WAKAF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH : SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI UTM SITI FAT...
26 downloads 0 Views 267KB Size
PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TERHADAP PERANAN HARTA WAKAF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH : SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI UTM

SITI FATIMAH BINTI AB HAMID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS‹ JUDUL :

PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TERHADAP PERANAN HARTA WAKAF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH : SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI UTM

SESI PENGAJIAN : 2008 / 2009 SAYA :

SITI FATIMAH BINTI AB HAMID (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2.

Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 9 )



SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

_______________________

_________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

(TANDATANGAN PENYELIA)

ALAMAT TETAP : LOT 1585, KAMPUNG JAL KECHIK, 16210 TUMPAT, KELANTAN.

SAYED MAHUSSAIN BIN SAYED AHMAD

Tarikh : 12 November 2008

CATATAN: *

Nama Penyelia

Tarikh : 12 November 2008

Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

i

PERSEPSI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TERHADAP PERANAN HARTA WAKAF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH : SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI UTM

SITI FATIMAH BINTI AB HAMID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2008

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Islam (Pengajian Islam)”

Tandatangan

: ....................................................................

Nama Penyelia

: UST SAYED MAHUSSAIN BIN SAYED AHMAD

Tarikh

: NOVEMBER, 2008

iii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan

:.

Nama Penulis

: SITI FATIMAH BINTI AB HAMID

Tarikh

: NOVEMBER, 2008

iv DEDIKASI

Khas Buat: Bonda & Ayahanda Yang Disayangi Siti Ramlah Binti Jusoh & Ab Hamid Bin Minal Terima Kasih Yang Tidak Terhingga, Pengorbanan, Dorongan Dan Sokonganmu Yang Telah Membakar Semangat Perjuanganku, Tidak Akan Kulupakan Hingga Akhir Hayatku, Insyaallah...Akan Kubalas Segala Jasa-Jasamu...

Untuk Suami Tercinta... Muhd Hakim Hailwani Bin Abdul Aziz Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Di Atas Kasih Sayang Yang Diberikan.. Pengorbanan Dan Doronganmu Tidak Kulupakan..

Untuk Adik-Adikku.. Kalian semua adalah harapanku…. Didiklah diri menjadi insan yang soleh dan solehah…

Buat Penyelia Yang Dikagumi Ustaz Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Di Atas Tunjuk Ajarmu Dan Ilmu Berguna Yang Diberikan.. Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan..

Buat Pensyarah-Pensyarah PPIPS Dan Fakulti Pendidikan Yang Disanjungi Terima Kasih Atas Bimbingan Dan Didikan Yang Diberikan.. Nasihat Dan Teguran Kalian Akan Ku Jadikan Pedoman Buat Bekalan Di Masa Hadapan..

Sahabat-Sahabat Seperjuanganku.. Kerana Ilmu Kita Bertemu, Kerana Perkenalan Persahabatan Terjalin Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Dan Mewangi Selamanya Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama.. Terima Kasih Atas Segalanya......

v

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w., ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi’in, tabi’- tabi’in serta seluruh umat Islam sekalian. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dengan sempurna.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia yang disegani, Ustaz Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad atas segala nasihat, dorongan dan bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan di sepanjang proses menyiapkan laporan PSM ini. Kesediaan beliau meluangkan masa juga menjadi pendorong kepada penyelidik untuk terus berusaha ke arah melengkapkan projek ini.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial (PPIPS) atas tunjuk ajar yang diberikan selama ini. Terima kasih juga kepada kakitangan Fakulti Pendidikan, UTM, Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Perpustakaan Utama, UM atas segala bantuan yang diberikan sepanjang penyelidik mendapatkan bahan rujukan.

Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat tahun akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) sesi 2008/2009, terima kasih atas segala bantuan, sumbangan, kerjasama dan sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini.

Akhir kata, saya berbesar hati untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Semoga apa yang dilaksanakan ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Amin.

Wassalam.

vi

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui persepsi pelajar Fakulti Pendidikan bagi Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap harta wakaf dan peranannya dalam pembangunan ummah dan pembangunan tanah wakaf dalam aspek perkembangan ekonomi umat Islam di Malaysia. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 58 pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dan set soal selidik yang mengandungi 36 soalan telah diedarkan kepada responden serta dianalisis secara diskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Versi 12.0 digunakan untuk menganalisis data. Dapatan data dipersembahkan dalam bentuk jadual. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah a = 0.876. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan persepsi pelajar SPI terhadap konsep harta wakaf berada pada tahap tinggi iaitu 4.11. Diikuti persepsi pelajar SPI terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah berada pada tahap tinggi iaitu 4.07. Kemudian, kefahaman pelajar SPI terhadap pembangunan tanah wakaf dalam aspek perkembangan ekonomi umat Islam di Malaysia berada pada tahap tinggi iaitu 3.85. Sebagai maklum balas kepada kajian yang telah dilakukan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada beberapa pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

vii

ABSTRACT

This study was conducted by Education Faculty student's undergoing Degree Programme Science and Education (Islamic Learning) on Wakaf Properties and its role in the ummah development and development on Wakaf Properties for Islamic economic development in Malaysia. The random sampling technique was applied and 58 students was chosen as respondents. This study was conducted by quantitative method and a sets of questionnaires contains 36 questions were distributed to the respondents. A descriptive analysis was used to get frequency value, percentage and mean. Statistical's Software Package For Social Science (SPSS) Version 12.0 was applied to analyse the data, which was presented in tabular form. Reliability value of this questionnaire stood at 0.876. In conclusion, the maximum value on the concept of Wakaf Properties based on Student SPI is 4.11 while the SPI maximum value for role of Wakaf Properties stood at 4.07. On the other hand, the student’s understanding about Wakaf Properties in aspect of Islamic economy development increased up to level 3.85. As responding to the investigation, the researcher would give some suggestions for relevant autorities to take an action, and the further research should be suggest to the future study.

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB

BAB I

PERKARA

HALAMAN

JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iv

PENGHARGAAN

v

ABSTRAK

vi

ABSTRACT

vii

SENARAI KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

xiii

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvii

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

5

1.3

Pernyataan Masalah

10

1.4

Objektif Kajian

11

1.5

Persoalan Kajian

11

1.6

Kepentingan Kajian

12

1.7

Skop Kajian

13

1.8

Definisi Istilah

13

1.8.1 Persepsi

14

1.8.2 Pelajar SPI

14

ix

1.9

BAB II

1.8.3 Harta Wakaf

14

1.8.4 Pembangunan Ummah

15

Kesimpulan

15

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

16

2.2

Definisi Harta

17

2.2.1

Definisi Harta dari Sudut Bahasa

17

2.2.2

Definisi Harta dari Sudut Istilah

17

2.2.3

Pembahagian Harta

18

2.3

2.4

2.5

Definisi Wakaf

21

2.3.1

Definisi Wakaf dari Sudut Bahasa

21

2.3.2

Definisi Wakaf dari Sudut Istilah

22

2.3.3

Definisi Wakaf menurut Empat Mazhab

23

2.3.3.1 Mazhab As-Syafie

23

2.3.3.2 Mazhab Hanafi

24

2.3.3.3 Mazhab Hanbali

26

2.3.3.4 Mazhab Maliki

27

Dalil Pensyariatan Wakaf

28

2.4.1

Dalil dari Al-Quran

28

2.4.2

Dalil dari As-Sunnah

30

Rukun Wakaf

34

2.5.1

Pewakaf

34

2.5.1.1 Baligh, Berakal dan Merdeka

34

2.5.1.2 Berkelayakan untuk Bersedekah

34

2.5.1.3 Dilakukan dengan Kemahuannya

36

Harta yang Diwakafkan (mauquf)

36

2.5.2

2.5.2.1 Hendaklah ia Suatu Benda yang Tertentu

36

2.5.2.2 Hendaklah ia Dimiliki oleh Orang yang Berwakaf

37

x 2.5.2.3 Hendaklah ia boleh Digunakan Selama-lamanya

2.5.3

37

2.5.2.4 Hendaklah ia Halal

38

Penerima Wakaf

38

2.5.3.1 Penerima Khusus sama ada

2.5.4

Seorang ataupun Lebih

38

2.5.3.2 Penerima tidak Khusus

39

Akad Wakaf (ucapan orang yang berwakaf)

40

2.5.4.1 Jenis Lafaz Akad

40

2.5.4.2 Syarat-syarat Lafaz Wakaf

41

2.6

Syarat-syarat Wakaf

42

2.7

Jenis-jenis Wakaf

43

2.7.1 Wakaf Zurri (wakaf khas)

43

2.7.2 Wakaf Khairi (wakaf am)

44

2.8

Hukum Wakaf

44

2.9

Hikmah Pensyariatan Wakaf

45

2.10

Perbezaan Wakaf dengan Sedekah Biasa

47

2.11

Peranan Harta Wakaf

47

2.11.1

Dari Sudut Agama

47

2.11.2

Dari Sudut Sosial

51

2.11.3

Dari Sudut Ekonomi

55

2.11.3.1

Taburan Tanah Wakaf Negeri-Negeri

BAB III

58

2.12

Kajian Lepas

66

2.13

Kesimpulan

71

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

72

3.2

Reka Bentuk Kajian

72

3.3

Lokasi Kajian

73

3.4

Populasi Kajian dan Sampel Kajian

73

xi

BAB IV

3.5

Instrumen Kajian

75

3.6

Kajian Rintis

77

3.7

Prosedur Kajian

78

3.8

Analisis Kajian

79

3.9

Kesimpulan

79

ANALISIS DATA

4.1

Pendahuluan

80

4.2

Analisis Data Bahagian A

81

4.2.1 Jantina Responden

81

4.2.2 Umur Responden

82

4.2.3 Tahun Pengajian Responden

82

4.2.4 Penginapan Responden

83

4.2.5 Sekolah Terdahulu Responden

83

4.2.6 Tahap Pendidikan Tertinggi Responden

84

Analisis Data Bahagian B

85

4.3

4.3.1 Analisis Data Berkaitan Persepsi Pelajar SPI Terhadap Harta Wakaf 4.3.2

85

Analisis Data Berkaitan Persepsi Pelajar SPI Terhadap Peranan Harta Wakaf Dalam Pembangunan Ummah

4.3.3

90

Analisis Data Berkaitan Kefahaman Pelajar SPI Terhadap Pembangunan Tanah Wakaf Dalam Aspek Perkembangan Ekonomi Umat Islam Di Malaysia

4.4

4.5

95

Analisis Pecahan Konstrak

101

4.4.1 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Satu

101

4.4.2 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Dua

102

4.4.3 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Tiga

103

Kesimpulan

104

xii BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pendahuluan

105

5.2

Perbincangan

106

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden

106

5.2.2 Perbincangan Item Soalan Bagi Setiap Objektif

108

5.3

5.2.2.1 Objektif I

108

5.2.2.2 Objektif II

112

5.2.2.3 Objektif III

117

Rumusan 5.3.1

Persepsi Pelajar SPI Terhadap Konsep Harta Wakaf

5.3.2

121

Persepsi Pelajar SPI Terhadap Peranan Harta Wakaf Dalam Pembangunan Ummah

5.3.3

120

121

Kefahaman Pelajar SPI Terhadap Pembangunan Tanah Wakaf Dalam Aspek Perkembangan Ekonomi Umat Islam Di Malaysia

5.4

122

Cadangan

123

5.4.1 Institusi Pengajian Tinggi

123

5.4.2 Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS)

124

5.4.5 Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)

124

5.5

Kajian Lanjutan

124

5.6

Kesimpulan

125

BIBLIOGRAFI

126

LAMPIRAN

132

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

HALAMAN

Jadual 2.1

Taburan Hartanah Wakaf Johor

59

Jadual 2.2

Taburan Hartanah Wakaf Melaka

60

Jadual 2.3

Taburan Hartanah Wakaf Perak

61

Jadual 2.4

Taburan Hartanah Wakaf Pulau Pinang

62

Jadual 3.1

Jumlah Populasi dan Responden

74

Jadual 3.2

Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik

75

Jadual 3.3

Skala Likert

76

Jadual 3.4

Klasifikasi Item Mengikut Persoalan Kajian

76

Jadual 3.5

Klasifikasi Item Mengikut Nilai Positif dan Negatif

77

Jadual 3.6

Peringkat Mata Nilai

79

Jadual 4.1

Taburan Responden Mengikut Jantina

81

Jadual 4.2

Taburan Responden Mengikut Umur

82

Jadual 4.3

Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian

82

Jadual 4.4

Taburan Responden Mengikut Penginapan

83

Jadual 4.5

Taburan Responden Mengikut Sekolah Terdahulu

83

Jadual 4.6

Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi

84

Jadual 4.7

Taburan Skor Bagi Item 1

85

Jadual 4.8

Taburan Skor Bagi Item 2

86

Jadual 4.9

Taburan Skor Bagi Item 3

86

Jadual 4.10

Taburan Skor Bagi Item 4

87

Jadual 4.11

Taburan Skor Bagi Item 5

87

Jadual 4.12

Taburan Skor Bagi Item 6

88

Jadual 4.13

Taburan Skor Bagi Item 7

88

xiv Jadual 4.14

Taburan Skor Bagi Item 8

89

Jadual 4.15

Taburan Skor Bagi Item 9

89

Jadual 4.16

Taburan Skor Bagi Item 10

90

Jadual 4.17

Taburan Skor Bagi Item 11

90

Jadual 4.18

Taburan Skor Bagi Item 12

91

Jadual 4.19

Taburan Skor Bagi Item 13

91

Jadual 4.20

Taburan Skor Bagi Item 14

92

Jadual 4.21

Taburan Skor Bagi Item 15

92

Jadual 4.22

Taburan Skor Bagi Item 16

93

Jadual 4.23

Taburan Skor Bagi Item 17

93

Jadual 4.24

Taburan Skor Bagi Item 18

94

Jadual 4.25

Taburan Skor Bagi Item 19

94

Jadual 4.26

Taburan Skor Bagi Item 20

95

Jadual 4.27

Taburan Skor Bagi Item 21

95

Jadual 4.28

Taburan Skor Bagi Item 22

96

Jadual 4.29

Taburan Skor Bagi Item 23

96

Jadual 4.30

Taburan Skor Bagi Item 24

97

Jadual 4.31

Taburan Skor Bagi Item 25

97

Jadual 4.32

Taburan Skor Bagi Item 26

98

Jadual 4.33

Taburan Skor Bagi Item 27

98

Jadual 4.34

Taburan Skor Bagi Item 28

99

Jadual 4.35

Taburan Skor Bagi Item 29

99

Jadual 4.36

Taburan Skor Bagi Item 30

100

Jadual 4.37

Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Satu

101

Jadual 4.38

Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Dua

102

Jadual 4.39

Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian Tiga

103

xv

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

%

-

Peratus

*

-

Item Negatif

Cet

-

Cetakan

Ed

-

Edisi

et.al

-

Dan lain-lain

JAIN

-

Jabatan Agama Islam Negeri

Jld

-

Jilid

JWZH

-

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

K11

-

Kolej 11

K16

-

Kolej 16

K17

-

Kolej 17

K9

-

Kolej 9

KDSE

-

Kolej Datin Seri Endon

KRP

-

Kolej Rahman Putra

KTDI

-

Kolej Tun Doktor Ismail

KTF

-

Kolej Tun Fatimah

KTHO

-

Kolej Tun Husain Onn

n

-

Sebahagian Responden

SBP

-

Sekolah Berasrama penuh

Sdn. Bhd

-

Sendirian Berhad

SMA

-

Sekolah Menengah Agama

SMK

-

Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA

-

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SPI

-

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Pengajian Islam

SPSS

-

Statistical Package For Social Science

STS

-

Sangat Tidak Setuju

xvi TS

-

Tidak Setuju

TP

-

Tidak Pasti

S

-

Setuju

SS

-

Sangat Setuju

UIA

-

Universiti Islam Antarabangsa

UM

-

Universiti Malaya

UTM

-

Universiti Teknologi Malaysia

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A

Borang Soal Selidik

B

Surat Kebenaran Fakulti

HALAMAN 132

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

138

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Kehidupan di dunia merupakan jambatan menuju akhirat yang bersifat kekal untuk selama-lamanya. Sebagai manusia beriman hendaklah mencari sebanyak mungkin bekalan yang berbentuk amal ibadat dan seterusnya berperanan sebagai khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi. Sebagaimana firman Allah s.w.t :

‫ض َﻓﻤَﻦ َآ َﻔ َﺮ َﻓ َﻌَﻠ ْﻴ ِﻪ ُآ ْﻔ ُﺮ ُﻩ وَﻻ‬ ِ ‫ﻷ ْر‬ َ ‫ﻒ ﻓِﻲ ا‬ َ ‫ﺟ َﻌَﻠ ُﻜ ْﻢ ﺧَﻼ ِﺋ‬ َ ‫ُه َﻮ اﱠﻟﺬِي‬ ‫ﻦ‬ َ ‫ﻦ ُآ ْﻔ ُﺮ ُه ْﻢ ﻋِﻨ َﺪ َرﱢﺑ ِﻬ ْﻢ إِﻻ َﻣ ْﻘﺘًﺎ وَﻻ َﻳﺰِﻳ ُﺪ ا ْﻟﻜَﺎ ِﻓﺮِﻳ‬ َ ‫َﻳﺰِﻳ ُﺪ ا ْﻟﻜَﺎ ِﻓﺮِﻳ‬ ‫ﺧﺴَﺎرًا‬ َ ‫ُآ ْﻔ ُﺮ ُه ْﻢ إِﻻ‬

Maksudnya: “Dialah yang menjadikan kamu orang-orang yang berkuasa di muka bumi silih berganti; oleh itu sesiapa yang kufur ingkar maka balasan kufurnya itu akan menimpa dirinya sendiri;

2 dan orang-orang yang kafir, kufurnya tidak menambahkan mereka di sisi Tuhan mereka melainkan kemurkaan dan kehinaan; dan juga orang-orang yang kafir itu, kufurnya tidak menambahkan mereka melainkan kerugian jua.” (Surah al-Faatir 35 : 39)

Allah s.w.t telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian yang mempunyai akal fikiran, roh, jasad, hati, perasaan serta nafsu untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab. Oleh itu, Allah s.w.t telah menyediakan pelbagai ciptaanNya di dunia ini yang terdiri daripada harta benda dan makhluk sama ada di bumi, di udara atau di dasar laut. Semuanya untuk kemudahan dan kepentingan umat manusia. Segala kurniaan Allah s.w.t ini hendaklah digunakan menurut lunas-lunas Islam. Sebagaimana manusia diberi hak untuk memiliki harta, mengumpulkannya, mengembangkannya dan menggunakannya, tetapi mereka hendaklah dipandu dan dikawal oleh undang-undang Islam. Walaupun demikian, pemilik hakiki harta tersebut adalah Allah s.w.t dan manusia hanyalah pemegang amanah dan pentadbirnya sahaja ( Ghazali bin Haji Abd. Rahman, 2004).

Amalan kebajikan merupakan satu bentuk ibadat yang sangat digalakkan oleh Islam. Amalan tersebut terdapat dalam pelbagai jenis seperti berjihad di jalan Allah s.w.t, tolong-menolong, bersedekah (dengan membelanjakan harta di jalan Allah s.w.t), berdakwah (mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran) dan sebagainya. Allah s.w.t menjanjikan ganjaran yang besar bagi hambaNya yang melakukan amalan kebajikan sebagaimana yang terkandung dalam firman Allah s.w.t :

3

‫ﺳ ْﺒ َﻊ‬ َ ‫ﺖ‬ ْ ‫ﺣﱠﺒ ٍﺔ أَﻧ َﺒ َﺘ‬ َ ‫ﻞ‬ ِ ‫ﻞ اﻟّﻠ ِﻪ َآ َﻤ َﺜ‬ ِ ‫ﺳﺒِﻴ‬ َ ‫ن َأ ْﻣﻮَاَﻟ ُﻬ ْﻢ ﻓِﻲ‬ َ ‫ﻦ ﻳُﻨ ِﻔﻘُﻮ‬ َ ‫ﻞ اﱠﻟﺬِﻳ‬ ُ ‫ﻣﱠ َﺜ‬ ‫ﻒ ِﻟﻤَﻦ َﻳﺸَﺎء وَاﻟّﻠ ُﻪ‬ ُ ‫ﻋ‬ ِ ‫ﺣ ﱠﺒ ٍﺔ وَاﻟّﻠ ُﻪ ُﻳﻀَﺎ‬ َ ‫ﻞ ﻓِﻲ ُآﻞﱢ ﺳُﻨ ُﺒَﻠ ٍﺔ ﻣﱢ َﺌ ُﺔ‬ َ ‫ﺳﻨَﺎ ِﺑ‬ َ ‫ﻋﻠِﻴ ٌﻢ‬ َ ‫ﺳ ٌﻊ‬ ِ ‫وَا‬ Maksudnya:

“Bandingan

(derma)

orang-orang

yang

membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah s.w.t akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah s.w.t maha luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Surah al-Baqarah 2 : 261)

Firman Allah s.w.t :

‫ﻋ ُﺒﺪُوا َرﱠﺑ ُﻜ ْﻢ وَا ْﻓ َﻌﻠُﻮا‬ ْ ‫ﺠﺪُوا وَا‬ ُ‫ﺳ‬ ْ ‫ﻦ ﺁ َﻣﻨُﻮا ا ْر َآﻌُﻮا وَا‬ َ ‫ﻳَﺎ َأ ﱡﻳﻬَﺎ اﱠﻟﺬِﻳ‬ ‫ن‬ َ ‫ﺨ ْﻴ َﺮ َﻟ َﻌﱠﻠ ُﻜ ْﻢ ُﺗ ْﻔِﻠﺤُﻮ‬ َ ‫ا ْﻟ‬

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, ruku'lah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amalamal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah al-Hajj 22 : 77) Antara amalan kebajikan yang sangat dituntut oleh syara’ ialah amalan berwakaf. Ia adalah bertujuan peribadatan dan kebajikan serta salah satu cara untuk

4 mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Wakaf juga termasuk dalam amal kebajikan yang pahalanya tidak akan terputus-putus yang diberikan oleh Allah s.w.t, selama barang yang diwakafkan itu masih digunakan oleh orang ramai dan dimanfaatkan oleh mereka.

Terdapat pelbagai jenis harta yang boleh diwakafkan untuk kepentingan umat Islam. Harta yang hendak diwakafkan mestilah boleh memberi manfaat kepada sesiapa yang

menggunakannya. Ini bermakna, pewakaf tidak dibenarkan

mewakafkan harta yang tidak dapat memberi faedah kepada pengguna seperti mewakafkan sepasang pakaian yang telah terkoyak yang tidak dapat digunakan lagi, barang yang telah rosak, barang atau makanan yang haram dan seumpamanya. Wakaf tersebut adalah tidak sah di sisi syara’. Antara harta yang boleh diwakafkan ialah masjid, surau, bangunan, perpustakaan, hospital, rumah, tanah, perkuburan, sejadah, buku-buku ilmiah dan sebagainya.

Harta kekayaan merupakan satu perkara yang amat penting di sisi Islam. Dalam konteks ekonomi, harta atau modal adalah faktor pengeluaran yang mampu bertambah jika sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Oleh sebab itu Islam menggalakkan umatNya supaya mewakafkan sebahagian daripada harta yang dimiliki ke jalan Allah s.w.t. Amalan wakaf ini antara lainnya menunjukkan bahawa harta itu tidak boleh dihabiskan, tetapi hendaklah dilaburkan dan hasilnya digunakan untuk manfaat umat manusia. Salah satu cara dilaburkan ialah untuk kegunaan masyarakat. Memandangkan kepada kepentingan amalan wakaf ini, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua umat Islam membangunkannya. Ia mampu memberi sumbangan besar ke arah pembangunan ekonomi dan sosial umat Islam yang lebih baik.

5 1.2

Latar Belakang Masalah

Harta wakaf adalah harta amanah orang Islam yang disebut dengan jelas di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri bahawa Majlis Agama Islam adalah satu-satunya pemegang amanah bagi semua wakaf sama ada wakaf khas atau wakaf am (Siti Mashitoh Mahamood, 2008).

Amalan wakaf ini telah lama dipraktikkan dan menjadi sebahagian kehidupan masyarakat Islam semenjak kemasukan Islam ke rantau ini lagi. Kemasukan Islam dan perkembangannya ke rantau ini telah menyemarakkan lagi sifat pemurah di kalangan masyarakat Islam yang nyata amat terpuji. Kesan-kesan amalan wakaf orang-orang terdahulu yang masih dapat kita lihat hingga ke hari ini antaranya ialah tapak dan Masjid Kampung Hulu di Melaka, Masjid Sultan Abu Bakar di Johor, Masjid Kampung Laut di Kelantan, sebahagian buku-buku di perpustakaan UKM dan sebagainya (Baharuddin Sayin, Asmak Hj. Ali & S. Salahudin Suyurno, 2006a).

Lazimnya wakaf ketika itu berlaku secara lisan dengan disaksikan oleh beberapa orang yang amanah. Pengurusannya begitu mudah dan masyarakat akur dengan hukum-hakam yang bersangkutan dengan wakaf. Mana-mana harta dan hasil wakaf khas akan digunakan untuk wakaf khas dan mana-mana wakaf am serta hasilnya akan digunakan untuk kebajikan Islam secara umum. Jarang sekali berlaku salah faham, pencerobohan, pecah amanah atau tuntutan kembali harta wakaf oleh ahli waris sekalipun amalan ini dilakukan secara lisan. Pemegang amanah yang dilantik dan ditugaskan sebagai pengurus biasanya terdiri daripada mereka yang mempunyai sifat amanah dan disegani oleh masyarakat setempat seperti alim ulamak, imam, ketua kampung, penghulu dan sebagainya (Baharuddin Sayin, et.al, 2006a).

Terdapat sesetengah daripada harta wakaf telah didaftarkan atas mereka sebagai pemegang amanah. Tidak kurang jumlahnya harta-harta wakaf yang

6 langsung tidak didaftarkan sebagai wakaf, sebaliknya masih kekal atas nama pewakaf. Ada juga antara harta wakaf yang direkodkan oleh pemegang amanah sebagai harta wakaf tetapi nama pewakaf masih tercatit pada surat hak milik. Berlakunya keadaan ini adalah disebabkan ketiadaan undang-undang atau sistem yang mewajibkan agar semua harta wakaf dapat didaftarkan sebagai wakaf. Di samping itu, sikap sesetengah pemegang amanah yang tidak peka ketika itu untuk mendaftarkan atau membuat catitan untuk tujuan rekod peringatan tentang hartaharta yang telahpun diwakafkan.

Keadaan sedemikian berlarutan sehingga

tertubuhnya Majlis Agama Islam Negeri-negeri (Baharuddin Sayin, et.al, 2006a).

Terdapat belbagai jenis dan bentuk harta wakaf yang boleh dibangunkan atau dimajukan bagi kepentingan umat Islam untuk menikmati manfaatnya. Ia mampu membela nasib golongan yang kurang bernasib baik. Harta wakaf yang dimaksudkan adalah seperti pembinaan hospital, perpustakaan, masjid, surau, tanah, pakaian dan sebagainya. Antara harta wakaf yang menjadi perhatian dalam kajian ini ialah tanah. Menurut Kamus Dewan (2002), tanah membawa maksud lapisan bumi yang di atas sekali. Ia merupakan harta yang turun temurun dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Malah, ia diperlukan oleh manusia untuk pelbagai kegunaan seperti untuk mendirikan rumah, bangunan, bercucuk tanam dan seumpamanya. Ini bertepatan dengan pendapat Fadilah Mohd. Taufek & Kamsiah Hj Sirat (1987), bahawa tanah adalah keperluan asasi kepada manusia dimana ia diperlukan untuk apa jua jenis kegiatan.

Tanah merupakan harta yang sangat bernilai dan besar faedahnya kepada sesiapa sahaja yang mampu membangunkannya atau menghidupkannya dengan cara yang betul. Pengkaji melihat tanah mempunyai faedah yang besar dalam tiga aspek iaitu dari segi agama, ekonomi dan sosial umat Islam. Yang mana harta tanah ini mampu mendekatkan diri seseorang pewakaf kepada Allah s.w.t. Ia juga dapat memberi pulangan yang besar dari sudut ekonomi umat Islam sekiranya tanah tersebut dibangunkan dengan pelbagai aktiviti ekonomi, contohnya dengan menjadikan tanah tersebut sebagai tanah pertanian, perladangan, perkilangan dan seumpamanya. Manakala dari sudut sosialnya, pengkaji melihat ia dapat

7 mengeratkan silaturrahim, mengikis sifat sombong dan bangga diri dengan harta yang dimiliki dan seumpamanya di kalangan umat Islam.

Walaupun kita sedari, bahawa amalan wakaf tersebut dapat memberi belbagai kesan positif kepada pewakaf dan penerima wakaf, namun harta wakaf yang ada pada hari ini ada sebahagiannya tidak dimajukan untuk pembangunan yang mendatangkan manfaat kepada umat Islam. Begitu juga sering kali timbul pelbagai isu dan masalah apabila harta wakaf ingin dibangunkan seperti dihalang oleh pemegang amanah harta wakaf dan sebagainya. Ini disebabkan kurang kefahaman tentang konsep wakaf itu sendiri dengan mempersoalkan bagaimana cara dan bentuk ia dibangunkan atau dimajukan. Permasalahan-permasalahan inilah yang menjadi penghalang kepada pelaksanaan pembangunan harta wakaf yang ada di Malaysia khususnya.

Isu tentang pengurusan pelaburan wakaf di negara kita banyak dibincangkan dan sehingga kini belum ada satu mekanisma yang sesuai untuk mengembangkan harta wakaf ini. Wakaf adalah aset penting dalam membangunkan umat Islam bukan sahaja dari sudut keagamaan dan sosial malah juga membabitkan pembangunan sumber ekonomi. Masih terdapat 36,000 hektar tanah wakaf di seluruh negara yang boleh dibangunkan secara komersial dan diberi tambah nilai agar hasilnya dapat digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan umat Islam bersama (Berita Harian, 11 Jun 2007).

Menurut Nik Mohd Zain Nik Yusof (1989), Timbalan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan, terdapat tanah-tanah wakaf yang diletak di bawah jagaan Yang di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri-Negeri. Kebanyakan negeri tidak mengetahui dengan tepat akan kedudukan tanah-tanah berkenaan oleh kerana tidak mempunyai rekod-rekod yang dikemaskini.

8 Pembinaan Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dibangunkan atas tanah wakaf milik majlis itu di kawasan segi tiga emas Jalan Perak, Kuala Lumpur membuka dimensi baru bagi pembangunan tanah-tanah wakaf di Malaysia. Idea penubuhan ini dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 27 Mac 2004, negara bakal menyaksikan pelbagai projek komersial dibangunkan di atas tanah-tanah wakaf untuk kemaslahatan umat. Tugas itu dipikul oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JWZH) (Utusan Malaysia, 6 Julai 2007). Ia sekaligus mengikis tanggapan adat dalam masyarakat bahawa tanah wakaf hanya boleh dibangunkan untuk membina masjid, surau, perkuburan dan rumah anak-anak yatim.

Menurut Dr. Ahmad Hidayat Buang, Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, tidak semestinya wakaf harta dibangunkan untuk masjid dan surau. Ia boleh digunakan untuk tujuan lain seperti bangunan atau kompleks perniagaan asalkan ia bermatlamat kebaikan untuk umat (Utusan Malaysia, 19 Jun 2007).

Malah, beliau berpendapat ada beberapa sebab mengapa pembangunan tanah wakaf ini sukar. Antaranya tanah wakaf itu berselerak. Kajian di Melaka mendapati tanah tersebut kadang-kadang terletak di tepi jalan, tepi rumah dengan saiz yang agak kecil iaitu kira-kira 0.2 hektar. Yang kedua, ia melibatkan masalah hukum. Kalau mengikut mazhab Syafie, kita tidak boleh mengubah niat pewakaf. Kalau pewakaf kata hendak membina masjid, hanya itu yang boleh dibuat. Masalah ketiga ialah dari segi perundangan. Kadang-kadang tanah terlibat berstatus tanah pertanian. Jadi untuk menukar status ini memakan masa yang panjang selain ada yang tidak boleh dipecah milik (Utusan Malaysia, 19 Jun 2007).

Menurut Abu Bakar Manat (2007) kebanyakan tanah wakaf terletak di lokasi yang kurang strategik, tidak ekonomik dan tidak begitu berpotensi untuk dimajukan. Namun begitu, ada juga tanah wakaf yang begitu strategik dan terletak di pusat bandar tetapi masih tidak dibangunkan. Menurut Hasnol Zam Zam Ahmad (2007)

9 pula, menyatakan kedudukan sebahagian besar tanah-tanah wakaf di luar kawasan bandar, pusat pertumbuhan atau koridor pembangunan menjadikan tanah-tanah wakaf seperti terpenjara. Cabaran utama yang perlu diatasi adalah membebaskan tanah-tanah wakaf tersebut daripada terus terpenjara. Selagi tanah-tanah wakaf tersebut tidak dapat dibebaskan, selagi itulah institusi wakaf tidak akan mendapat manfaat sebenar yang diharapkan.

Selain itu, isu wakaf sering dikaitkan dengan tapak masjid dan tanah perkuburan, walaupun konsep wakaf dalam Islam lebih luas. Malah, umat Islam digalakkan mewakafkan wang tunai dan saham sebagai suatu ibadat kerana ia lebih praktikal dengan keadaan semasa. Wakaf dalam bentuk itu lebih mudah disalurkan kepada mereka yang layak berbanding tanah yang memerlukan modal untuk dimajukan. Keadaan ini menyebabkan banyak tanah wakaf di seluruh negara gagal dimajukan kerana Majlis Agama Islam Negeri tiada modal membangunkan tanah itu (Berita Harian, 30 Mei 2007).

Tanah wakaf tidak dimajukan untuk tujuan pembangunan. Hal ini berlaku kerana masih ada halangan menyekat kelancaran usaha membangunkan tanah ke tahap optimum termasuk isu berkaitan perundangan, pendaftaran pemilikan dan ketiadaan maklumat lengkap tentang harta wakaf (Berita Harian, 30 Mei 2007). Masalah perundangan yang berkaitan dengan tanah wakaf, masalah penyusunan semula struktur organisasi pentadbiran wakaf dan yang penting ialah mewujudkan rekod maklumat hartanah wakaf berpusat perlu diselesaikan segera (Berita Harian, 11 Jun 2007).

Wakaf hanya dilaksanakan secara lisan. Pewakaf tidak menyempurnakan proses pindah milik yang diperlukan khususnya berkaitan dengan tanah dan bangunan. Apa yang berlaku adalah nama pewakaf masih kekal di dalam suratan hak milik hartanya sehingga dia meninggal dunia. Justeru, pihak waris akan menuntutnya sebagai harta peninggalan si mati memandangkan tiada bukti yang jelas mengenai wakaf yang dibuat oleh pewakaf ketika hidupnya (Berita Harian, 4 September 2006).

10 Isu-isu yang telah dinyatakan merupakan isu yang berkisar dalam Majlis Agama Islam Negeri, tetapi tidak sampai kepada pengetahuan masyarakat. Yang mana kebanyakan masyarakat tidak didedahkan dengan permasalahan sebenar yang berlaku berkaitan harta wakaf

1.3

Pernyataan Masalah

Melalui latar belakang masalah tersebut. Jelaslah kepada kita bahawa masih lagi terdapat isu-isu yang berkaitan dengan tanah wakaf yang terbiar tanpa dimanfaatkan dan diusahakan bagi kepentingan umat Islam. Selain itu, timbulnya kesulitan dalam pentadbiran harta wakaf seperti kekurangan modal untuk membangunkannya oleh Majlis Agama Islam Negeri. Ada juga kes-kes yang terikat dengan undang-undang tanah, seperti menukar status tanah dan tanah yang tidak boleh dipecah milik. Masyarakat hari ini tidak memahami tentang konsep dan peranan harta wakaf. Begitu juga dengan pelajar Institusi Pengajian Tinggi hari ini tidak memahami tentang konsep dan peranan harta wakaf.

Oleh kerana tidak terdapat banyak kajian dibuat, maka kajian ini dilakukan untuk mengetahui apakah persepsi dan tahap kefahaman pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam khususnya pelajar Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) UTM, Skudai, Johor tentang konsep dan peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah.

11 1.4

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut :

1.3.1

Untuk mengetahui persepsi pelajar Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) UTM terhadap konsep harta wakaf.

1.3.2

Untuk mengetahui persepsi pelajar Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) UTM terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah.

1.3.3

Untuk mengetahui kefahaman pelajar Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) UTM terhadap pembangunan tanah wakaf dalam aspek perkembangan ekonomi umat Islam di Malaysia.

1.5

1.5.1

Persoalan Kajian

Apakah persepsi pelajar Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) UTM terhadap konsep harta wakaf ?

1.5.2

Apakah persepsi pelajar Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) UTM terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah ?

Suggest Documents