Pemantauan Ibu Bapa Terhadap Persepsi Tingkah laku Seksual Berisiko Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam di Sabah

ISBN : 978-967-0582-32-0 Pemantauan Ibu Bapa Terhadap Persepsi Tingkah laku Seksual Berisiko Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam di...
14 downloads 0 Views 463KB Size
ISBN : 978-967-0582-32-0 Pemantauan Ibu Bapa Terhadap Persepsi Tingkah laku Seksual Berisiko Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam di Sabah. Norsimah Dasan, Balan Rathakrishnan, Mohd Mahadzir Rahimi bin Mohamed Nawi Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK

Pembentang: Norsimah Dasan

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan pemantauan ibu bapa dengan persepsi tingkah laku seksual berisiko dalam kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kota Kinabalu Sabah. Kajian ini berfokus Sesi : 2.30 – 4.30 Ptg sepenuhnya kepada pelajar-pelajar sebagai sampel yang terdiri daripada pelajar BS 1 Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah. Seramai 882 responden yang terlibat sebagai subjek kajian telah dipilih menggunakan persampelan rawak. Kajian tinjauan ini menggunakan sepenuhnya soal selidik sebagai alat kajian untuk mendapatkan data. Alat ukuran yang digunakan adalah Parental Monitoring Scale dan Persepsi Tingkah laku Seksual Berisiko. Kedua-dua alat ukuran ini menggunakan data berskala Likert untuk menjawab persoalan kajian. Keputusan kajian melalui analisa Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang sangat lemah di antara pemantauan ibu bapa dengan persepsi tingkah laku seksual berisiko. Kata Kunci: Pemantauan Ibu Bapa, Tingkah Laku Seksual Berisiko, Persepsi Pelajar IPTA

1

PENDAHULUAN Tingkah laku seksual berisiko adalah suatu amalan yang mengundang kesan yang tidak baik kepada individu dan masyarakat. Tapert, Aarons, Sedlar, & Brown,(2001) dalam kajian mereka mengaitkan tingkah laku seksual berisiko dengan tiga aspek iaitu hubungan seksual pertama pada awal usia, jumlah pasangan seksual yang ramai dan tidak konsisten dalam penggunaan kaedah prophylactic seperti kondom. Demikian juga dengan Huebner & Howell, (2003) yang melihat tingkah laku seksual berisiko berdasarkan sejarah hubungan seksual sama ada melibatkan pasangan seksual yang pelbagai dan juga penggunaan kondom. Di samping itu, perbezaan matlamat melakukan seks berdasarkan jantina turut dikenal pasti sebagai salah satu kayu pengukur dalam amalan tingkah laku seksual berisiko (Leigh,1989). Bagi golongan perempuan hubungan seks yang dilakukan adalah atas dasar meluahkan perasaan dan rasa cinta kepada pasangan, sedangkan lelaki pula adalah atas dasar memuaskan nafsu. Malah ia boleh menjadi satu elemen yang penting untuk menguatkan hubungan antara pasangan (Kaestle and Halpern 2007). Berdasarkan beberapa kajian dari negara barat, kebanyakan remaja mereka melakukan tingkah laku seksual yang pertama sebelum mencapai usia 17 tahun (Maticka-Tyndale, 2001). Peratusan yang tinggi iaitu di antara 60-70 peratus direkodkan dalam kalangan individu yang melakukan aktiviti seks secara aktif apabila berusia 18 tahun (Grunbaum, Kann,Kinchen,Ross,Haweekins, Lowry, 2004). Natijahnya ramai di kalangan mereka ini telah dikenalpasti menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) kerana jangkitan virus HIV (Human Immunodeficiency Virus) hasil dari tingkah laku seksual secara rambang. Malahan terdapat kepelbagaian penyakit jangkitan kelamin atau sexually transmitted diseases (STDs) seperti gonorrhoea, syphilis, herpes genitalis dan lain-lain lagi. Lingkungan usia tersebut sangat signifikan dengan kebanyakan pelajar IPTA kerana rata-rata mereka yang memulakan pengajian di IPTA berusia sekitar 18 tahun dan ke atas. Ini bermakna mereka masih terdiri daripada golongan remaja akhir bermula dari usia 18 tahun sehingga mencapai 24 tahun (Vivona, 2000). Dalam fasa ini, mereka akan memperolehi lebih banyak autonomi berbanding di usia kecilnya, memiliki rakan sebaya dan kerap memperlihatkan tingkah laku berisiko (Donovan ,Jessor dan Costa,1988). Oleh itu adalah tidak mustahil jika dalam kalangan pelajar sudah menunjukkan kepada tingkah laku seksual, serta tingkah laku bermasalah yang lain (Kann, Kinchen dan Williams, 1998). Kegagalan menghapuskan tingkah laku tidak bermoral ini apatah lagi mengawalnya akan menyebabkan mereka meneruskan tingkah laku seksual berisiko tersebut ke tahap seterusnya. Sebagaimana menurut Duncan, Miller, Borskey, Fomby, Dawson, dan Davis, (2002) bahawa pada peringkat global, pelajar universiti adalah golongan yang dilaporkan tertinggi kadar jangkitan HIV. Dengan wujudnya persekitaran kolej tanpa pengawasan ibu bapa menawarkan peluang besar bagi pelajar ini untuk menguji had kebebasan baru mereka melalui eksperimen seksual. Lantaran itu, statistik jumlah pesakit STDs yang berusia kurang daripada 25 tahun sentiasa meningkat dari tahun ke tahun dengan mencatatkan pelajar sebagai pencatat rekod tertinggi (Chitwood, Griffin, Comerford,1995). Ini menunjukkan bahawa aktiviti seksual secara berisiko membawa padah kepada pelajar. Selari dengan dakwaan oleh Leigh dan Temple, 1993, bahawa golongan ini lebih suka mempunyai pelbagai pasangan, memilih pasangan berisiko tinggi dan melibatkan diri dengan tingkah laku seksual tanpa mengambil langkah-langkah perlindungan. Dapatan kajiannya membuktikan bahawa individu-indidivu yang mendapat STDs adalah lima kali lebih tinggi apabila dia mempunyai 5 atau lebih pasangan dalam tempoh 5 tahun sebelum kajian dijalankan (Leigh, Temple, dan Trocki,1993). Tidak terkecuali dengan pelajar di beberapa buah Negara Eropah yang lain seperti Scotland, Finland, Perancis dan Poland yang mendapati peratus penglibatan pelajar dalam tingkah laku seksual berisiko adalah tinggi serta mempunyai perkaitan dengan najis dadah, rokok dan alkohol (Madkour, Farhat, Halpern, Godeau, & Gabhainn, 2010). Adalah mendukacitakan apabila tingkah laku seksual ini turut berlaku di Malaysia. Berita Harian bertarikh 7 Julai 2010 pernah melaporkan kajian yang dijalankan oleh Mazlin Mohamad Mokhtar di dua Institutsi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan dua Institusi Pengajian Tinggi Awam. Beliau telah mendedahkan bahawa 50 peratus daripada 727 sampel kajian pernah terbabit dalam seks. 2

Sementara 34 peratus pula berpendapat bahawa penggunaan kondom tidak berkesan untuk mencegah jangkitan HIV. Senario ini diburukkan lagi apabila terdapat kajian yang menunjukkkan pelajar yang berumur lingkungan 18 hingga 24 tahun adalah paling kerap melakukan hubungan seks dan melahirkan anak luar nikah. Purata daripada mereka melakukan hubungan sebanyak 121 kali setahun atau tiga kali seminggu. Didapati percintaan merupakan faktor utama responden melakukan seks bebas (Farahwahida dan Norazila, 2011). Berdasarkan statistik Kes HIV/AIDS di Malaysia untuk tempoh 1986-2008. dilaporkan bahawa penduduk Malaysia yang berusia 20-29 tahun adalah kelompok umur kedua tertinggi selepas kelompok umur 30-39 tahun yang menghidap jangkitan HIV iaitu seramai 28,874 ribu orang . Malah kelompok umur ini juga dilaporkan pengidap AIDS iaitu sebanyak 2,780 orang dan menjadi kelompok ketiga tertinggi dalam statistik berkenaan Kelompok umur tersebut memberikan satu gambaran yang tidak menyenangkan apabila ia juga merujuk kepada kebanyakan umur dalam kalangan pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi khususnya yang mengikuti program peringkat Diploma, Matrikulasi dan Sarjana Muda yang berusia seawal 18 tahun. Kelompok umur ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan kelompok pelajar yang kebanyakannya melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan ini seharusnya menggambarkan satu isyarat yang membimbangkan kesan dari tingkah laku seksual berisiko yang merupakan faktor utama selain tingkah laku penyalahgunaan dadah dan bahan. Di samping itu, tingkah laku seksual berisiko turut menambahkan kerunsingan pelbagai pihak apabila memberi kesan kepada peningkatan jumlah pembuagan bayi. Berdasarkan stastistik yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Kuala Lumpur, kes pembuangan bayi yang direkodkan adalah sebanyak 76 kes pada tahun 2007 iaitu pertambahan sebanyak 14 kes daripada 62 kes pada tahun 2006. Malah, jumlah kes pembuangan bayi yang diterima oleh pihak polis terus meningkat kepada 407 kes pada 2010. Sementara laporan pada tahun 2009 menunjukkan bahawa negeri Selangor, Johor dan Sabah merupakan tiga buah negeri yang mempunyai kes pembuangan bayi yang ramai berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Malah statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara pula mendapati sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf bermula dari tahun 2000 hingga Julai 2008. Senario ini menunjukkan bahawa amalan tingkah laku seksual berisiko jelas merupakan tingkah laku yang bukan sahaja tidak sihat kepada diri individu itu sendiri malah memberi kesan yang negatif kepada bayi dan persekitaran Bagi memastikan pembangunan Malaysia yang mampan, tanggungjawab untuk membentuk pelajar yang sihat perlu digalas bermula dari rumah. Dalam konteks ini, ibu bapa dianggap berperanan penting untuk memantau kegiatan anak-anak mereka. Konsep pemantauan ibu bapa di kalangan pengkaji sebelum ini hampir mempunyai persamaan di kalangan mereka. Di antaranya adalah pengetahuan ibu bapa berkaitan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak di bawah jagaan mereka. Malah disokong dengan hubungan komunikasi yang baik di antara dua pihak iaitu ibu bapa dan anak-anak (Hayes,Hudson dan Matthew,2004). Sementara itu, ia juga didefinisikan sebagai pengetahuan ibu bapa terhadap keberadaan anak mereka, apakah aktiviti yang dijalankan serta siapakah rakan-rakan anak mereka (Jacobson & Crockett, 2000). Walau bagaimanapun kajian terkini oleh Kerr dan Statin (2000)memperluaskan lagi konteks definisi tersebut dengan mengambil kira faktor keinginan anak-anak untuk bercakap tentang aktiviti mereka dengan ibu bapa selain menekankan tahap pengetahuan ibu bapa tentang di mana anak mereka berada, rakan-rakan dan kegiatan-kegiatan yang dijalankan. Pengkaji ini menyarankan agar tahap pengetahuan ini perlu dilihat dalam konteks proses dua arah iaitu setiap ibu bapa dan pelajar mempunyai sumbangan yang unik dan memberi respon di antara satu sama lain dan bukan hanya berorientasikan ibu bapa kepada anak sahaja. Justeru interaksi ini akan menghasilkan pemantauan ibu bapa yang berkualiti dan anak-anak cenderung untuk tidak berahsia dan seterusnya boleh memberi kesan kepada perubahan positif pelajar. Objektif Kajian Kajian ini dilaksanakan adalah dengan tujuan untuk mengkaji hubungan di antara pemantauan ibu bapa dengan persepsi tingkah laku seksual berisiko dalam kalangan pelajar IPTA di Sabah.

3

METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan menggunakan sepenuhnya soal selidik yang perlu diisi oleh responden. Kaedah kuantitatif ini memerlukan sampel yang besar untuk dapatan yang lebih bermakna dan hasil daripada analisis statistik adalah satu inferensi yakni yang digeneralisasikan kepada populasi (Chua,2006). Sampel dan Tempat Kajian Dalam kajian ini, populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar UMS dan UiTM Sabah. Pemilihan populasi ini adalah tepat kerana ia penting untuk menentukan bidang masalah yang ingin dikaji, menentukan sejauh mana dan sebanyak mana data dan maklumat perlu dikumpul dan dianalisis, juga akan menentukan sebanyak mana masa dan tenaga diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah (Mohd. Majid, 2002). Jumlah populasi khususnya untuk program Diploma dan Sarjana Muda bagi pelajar UMS sehingga tahun 2013 adalah lebih kurang 13,000 orang dan jumlah populasi pelajar UiTM adalah lebih kurang 4370 orang. Oleh yang demikian, jumlah keseluruhan sampel yang terlibat adalah seramai 882 orang iaitu melebihi daripada jumlah minimum yang telah disarankan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Alat Kajian Parental Monitoring Scale yang dibina oleh Kerr dan Stattin (Huebner dan Howell, 2003) digunakan untuk mengukur Pemantauan Ibu Bapa. Ia terdiri daripada 6 item dan pelajar perlu memilih jawapan yang paling tepat berkenaan pemantauan ibu bapa terhadap diri merekasepanjang menjalani pengajian. Pelajar perlu memberi respons kepada satu pernyataan yang paling tepat berdasarkan skala Likert yang digunakan iaitu “Tidak Pernah”, “Jarang-jarang”, “Kadang-kadang”, “Seringkali” dan“Selalu”. Setiap skor soalan adalah dari 1 hingga 5. Kajian terdahulu menunjukkan alpha cronbach adalah 0.84 (Huebner dan Howel, 2003). Ini menunjukkan bahawa alat ini tekal, stabil dan konsisten dalam mengukur fenomena kajian. Contoh item adalah “Ibu bapa saya tahu di mana saya berada selepas kelas” dan “ Apabila saya keluar pada waktu malam, ibu bapa saya tahu di mana saya berada”. Persepsi Tingkah laku Seksual Berisiko digunakan dalam kajian ini bagi mengukur persepsi pelajar berkenaan amalan tingkah laku seksual berisiko. Soal selidik ini diubah suai berdasarkan soal selidik yang digunakan oleh Howell, (2001). Pengubah suaian ini dijalankan atas sebab kesesuaian budaya dan format pentadbiran soal selidik (Mohamad dan rakan, 2007) Prosedur Kajian Gerak kerja untuk pentadbiran soal selidik telah dijalankan dengan membahagikannya kepada 2 fasa. Pada fasa yang pertama iaitu pada bulan Jun 2013 pengkaji telah berhubung dengan setiap penolong pendaftar sekolah di UMS untuk menyatakan tujuan penyelidikan. Sebanyak 6 buah sekolah yang bersetuju untuk terlibat. Sekolah-sekolah berkenaan adalah Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Sekolah Pengajian Seni, Sekolah Perhutanan Tropika dan Antarabangsa, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Sains Sosial, dan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial. Sementara pada fasa kedua, pengkaji memberikan tumpuan kepada pentadbiran data di UiTM Sabah pada Januari 2014 dengan melibatkan beberapa fakulti iaitu Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Pentabiran soal selidik dijalankan di dalam kelas dengan dikendalikan oleh pengkaji sendiri. DAPATAN KAJIAN Dapatan Deskriptif Berdasarkan analisis kajian, secara keseluruhannya mendapati seramai 519 orang adalah responden perempuan yang mencatatkan 58.8 peratus dan selebihnya iaitu 41.2 peratus bersamaan dengan 363 orang adalah resoponden lelaki. Bilangan responden kajian mengikut jantina serta peratusannya boleh dirujuk dalam Jadual 1.

4

Jadual 1: Taburan Responden Mengikut Jantina Jantina Perempuan Lelaki Jumlah

Bil. 519 363 882

Peratusan 58.8 41.2 100.0

Berdasarkan kepada daerah asal responden yang merujuk kepada bandar dan luar bandar, didapati bahawa taburan kedua-dua daerah asal ini mempunyai sedikit perbezaan . Jumlah perbezaan taburan bandar dan luar bandar adalah sebanyak 16 peratus. Bilangan responden kajian mengikut daerah asal serta peratusannya di dalam kajian ini boleh dirujuk dalam Jadual 2. Jadual 2: Taburan Responden Berdasarkan Daerah Asal Daerah Asal Bandar Luar Bandar Jumlah

Bilangan responden 370 512 882

Peratusan 42 58 100

Sementara itu Jadual 3 menunjukkan taburan pendapatan tahunan ibu bapa yang mendedahkan bahawa seramai 362 orang responden berasal daripada keluarga yang berpendapatan tahunan RM1000 dan ke bawah. Diikuti dengan 349 orang responden yang berpendapatan RM1001-RM10000. Kedua dua kelompok ini menyumbang 80.6 peratus daripada keseluruhan taburan pendapatan tahunan ibu bapa. Sementara selebihnya iaitu 19.4 peratus adalah responden yang berasal daripada keluarga berpendapatan tahunan di antara RM10001 dan ke atas. Jadual 3: Taburan Pendapatan Tahunan Ibu Bapa Pendapatan Tahunan RM 0-RM 1000 RM1001-RM 10000 RM10001-RM 20000 RM20001-RM 30000 RM 30001 dan ke atas Jumlah

Bilangan responden 362 349 66 52 53 882

Peratusan 41 39.6 7.5 5.9 6 100

Dapatan Inferensi Analisa Korelasi Pearson telah digunakan bagi mengkaji hubungan di antara pemantauan ibu bapa sebagai pemboleh ubah bebas dengan persepsi tingkah laku seksual berisiko sebagai pemboleh ubah bersandar . Dapatan data untuk pemantauan ibu bapa dapat dirujuk dalam Jadual 4 Jadual 4: Hubungan Pemantauan Ibu Bapa Dengan Persepsi Tingkah laku Seksual Berisiko Pemboleh Ubah Pemantauan Ibu bapa **p

Suggest Documents