PERSEPSI PELAJAR PRASISWAZAH TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN KEBOLEHPASARAN SISWAZAH: KES UNIVERSITI SAINS MALAYSIA [USM]

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61 PERSEPSI PELAJAR PRASISWAZAH TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN K...
Author: Mabel Jenkins
145 downloads 1 Views 596KB Size
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

PERSEPSI PELAJAR PRASISWAZAH TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN KEBOLEHPASARAN SISWAZAH: KES UNIVERSITI SAINS MALAYSIA [USM] Nooriah Yusof*, Norain Mat Lazim & Zakiah Jamaluddin Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia

Abstrak: Kebolehpasaran siswazah pada masa ini telah mula menjadi agenda penting di kebanyakan institusi pengajian tinggi. Terdapat pelbagai tafsiran apabila merujuk kepada isu kebolehpasaran ini sehingga ia menarik minat ramai pengkaji untuk mengenal pasti faktor-faktor yang membawa kepada permasalahan ini. Universiti sebagai institusi pengajian tinggi yang melahirkan graduan dalam pelbagai bidang pengajian memainkan peranan penting dari segi dasar dan tindakan dalam memastikan graduan yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Institusi pengajian tinggi semakin didesak untuk turut berperanan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti selaras dengan keperluan majikan dalam pasaran buruh. USM merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang dipilih untuk Program Pemacuan Kecemerlangan (Accelerated Programme for Excellence – APEX) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) pada tahun 2008 yang bermatlamatkan menjadi satu institusi mercu dan pusat akademik negara yang unggul serta berkelas dunia dengan memberikan penekanan dari segi pembangunan kualiti pelajar. Banyak kajian mendapati kualiti dan reputasi universiti juga merupakan antara faktor penting yang boleh mempengaruhi kebolehpasaran graduan selain daripada faktor penawaran dan permintaan, kesesuaian ijazah, kemahiran insaniah dan personal attribute pelajar. Fokus utama kertas kerja ini adalah untuk membincangkan tahap kebolehpasaran graduan USM berdasarkan data yang diperoleh daripada Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dibangunkan oleh KPT. Selain daripada itu, kertas kerja ini juga membincangkan secara kritis pandangan pelajar prasiswazah terhadap peluang dan kekangan yang dihadapi dalam mengikuti program pembangunan kebolehpasaran graduan berdasarkan kajian lapangan yang telah dijalankan. Penilaian juga dibuat terhadap keberkesanan program-program pembangunan kemahiran kebolehpasaran yang dijalankan oleh pihak universiti serta mengenal pasti permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh universiti dalam menjayakan agenda ini. Kata kunci: kebolehpasaran, pembangunan kemahiran, siswazah, peranan universiti, USM.

Abstract: Employability at this time has come to be the key in most institutions of higher learning. There are different interpretations when referring to the employability issue which attracted many researchers in identifying the factors that lead to this problem. University as an institution of higher learning to produce graduates in various fields’ plays an important role in terms of policy and action need to be taken to ensure graduates produced, meet the market needs. Institutions of higher education were forced to produce the quality human capital in line with the needs of employers in the labor market. USM is the only university in Malaysia which selected for the Accelerated Program for Excellence (Accelerated Program for Excellence - APEX) under the Ministry of Higher Education Malaysia (MOHE) in 2008 which aims to be a milestone institutions and academic centers of the country as well as world-class superior to concentrate on the development of quality students. Many studies found that the quality and reputation of the university also one of the important factors that may affect the employability of graduates other than supply and demand factors, the suitability degree, soft skills and personal attributes of students. The main focus of this paper is to discuss the level of USM graduates based on data obtained from the Tracer Study System (SKPG) developed by KPT. In addition, this paper also discusses the critical view of undergraduate opportunities and constraints faced in pursuing graduate development program based on field studies that have been conducted. It also includes assessment of the effectiveness of development programs employability skills, conducted by the university just to identify the problems and challenges faced by universities in order to ensure this agenda become successful. Keywords: employability, skills development, graduate students, the role of universities, university.

*

E-mail: [email protected] 43

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

PENDAHULUAN Masalah pengangguran dan kesukaran mendapat pekerjaan dalam kalangan siswazah telah menimbulkan kerisauan kepada graduan yang masih belajar di pusat pengajian tinggi. Pertambahan institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta bilangan pelajar yang memasuki pusat pengajian tinggi ini telah meningkatkan lagi tekanan terhadap persaingan untuk mendapatkan pekerjaan dalam pasaran. Daripada segi pembangunan modal manusia, peningkatan institusi pengajian tinggi ini satu petunjuk yang positif kerana ianya dapat memberikan peluang yang lebih besar kepada penduduk untuk mendapatkan pendidikan tertiari dan seterusnya meningkatkan akumulasi modal manusia dalam negara. Namun demikian, sekiranya peningkatan bilangan graduan tidak disertai dengan peluang pekerjaan yang selaras dengan kelulusan dan bidang pengajian ianya boleh menimbulkan tanggapan bahawa pendidikan tinggi di sesebuah negara itu kurang berjaya dalam menghasilkan tenaga kerja yang sepadan dengan keperluan pasaran. Ini merupakan dilema yang dihadapi oleh kebanyakan negara membangun termasuk Malaysia apabila peningkatan dalam bilangan pelajar berpendidikan tinggi tidak dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Ketidakselarasan penawaran dan permintaan dalam pasaran buruh siswazah telah menimbulkan banyak isu bukan sahaja dari segi peranan institusi pengajian tinggi dan program pengajian yang ditawarkan tetapi juga dari segi kualiti graduan yang dilahirkan. Kesukaran memperoleh pekerjaan dan pengangguran siswazah dikatakan berkait rapat dengan kekurangan kemahiran kebolehpasaran dan kebolehkerjaan graduan yang memasuki pasaran buruh. Pembangunan dari segi kualiti graduan adalah sangat penting agar selaras dengan perubahan pesat dalam pasaran buruh dan pekerjaan. Kertas kerja ini akan meneliti pandangan pelajar prasiswazah terhadap peranan universiti dalam membangunkan kemahiran kebolehpasaran dengan merujuk kepada kes Universiti Sains Malaysia. Perbincangan juga akan menyentuh pandangan pihak universiti terhadap cabaran dan permasalahan yang wujud dalam meningkatkan kelebihan daya saing graduan.

UNIVERSITI, PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN PASARAN BURUH SISWAZAH Universiti memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang sangat diperlukan dalam pasaran pekerjaan pada masa ini. Modal insan merupakan indikator penting dalam menggambarkan kelebihan daya saing sesuatu kawasan/negara. Modal manusia atau modal insan merupakan faktor pengeluaran yang penting dalam semua aktiviti ekonomi. Keperluan terhadap modal manusia yang pelbagai menggambarkan peri pentingnya pembangunan modal manusia yang sesuai dengan keperluan pasaran pekerjaan. Ini kerana modal manusia mempunyai kaitan yang rapat dengan pertumbuhan ekonomi dan sebagai penggerak kepada ekonomi dalam era globalisasi yang mana penciptaan teknologi semakin canggih dan dinamik. Ini diperkukuhkan lagi oleh kenyataan yang dikemukakan oleh Venhorst et al. (2010) bahawa modal manusia merupakan kunci kepada teori pertumbuhan ekonomi moden. Kepentingan pembangunan ekonomi telah memberikan tekanan yang hebat kepada universiti untuk terlibat dalam melahirkan sumber tenaga kerja mahir pada pelbagai skala untuk keperluan negara dan wilayah. Ini selaras dengan perubahan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Universiti pada masa ini telah dianggap sebagai enjin pertumbuhan wilayah dan bukan lagi sekadar gedung penjanaan ilmu. Peranan baru universiti ini dijangka akan meningkatkan penglibatan universiti dengan masyarakat khususnya sektor industri yang menjadi tunjang penting dalam pembangunan ekonomi di sesebuah negara. Peralihan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan telah membawa kepada peranan penting universiti dan institusi pengajian tinggi kerana pada masa ini, kemahiran dan pengetahuan pekerja telah dianggap sebagai faktor penting yang boleh mempengaruhi kejayaan sesebuah negara. Malahan pembangunan modal insan telah menjadi satu keperluan yang kritikal kepada banyak negara khususnya dalam melahirkan modal insan yang sesuai dan selaras dengan keperluan pasaran pekerjaan. Perkembangan ekonomi kontemporari dan kepesatan globalisasi yang disertai dengan 44

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

kemajuan teknologi dan peningkatan persaingan telah meningkatkan permintaan untuk pendidikan tinggi. Menurut OECD (2007), banyak negara telah memperuntukkan sumber dan usaha untuk membangunkan tahap pendidikan dan kemahiran penduduk sebagai respons kepada tekanan persaingan akibat daripada globalisasi. Nilai dalam ekonomi kontemporari banyak dicipta oleh produktiviti dan inovasi. Ini telah menyebabkan pengetahuan turut dianggap sebagai faktor pengeluaran penting pada masa ini kerana dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan produktiviti dan inovasi. Namun demikian, pengetahuan sangat bersifat heterogeneous dan nilainya lebih bersifat tersirat dan sukar diukur seperti mana faktor pengeluaran fizikal yang lain. Oleh itu adalah sukar untuk mengukur nilai ekonomi pengetahuan kerana ianya boleh wujud dalam pelbagai bentuk tetapi tidak semuanya membawa kepada peningkatan produktiviti dan inovasi. Keadaan ini memberi satu cabaran yang besar kepada universiti dan institusi pengajian tinggi yang lain dalam pembangunan modal insan kerana perubahan teknologi yang cepat dan pesat berbanding tempoh masa yang diperlukan dalam membangunkan modal insan boleh menimbulkan isu yang lain dalam pasaran buruh.

Di Malaysia, Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) yang digubal dan dilancarkan pada Ogos 2007 telah membincangkan dengan jelas peranan pengajian tinggi di negara ini. Negara perlu melahirkan modal insan yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan, tetapi juga kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang unggul dalam menghadapi cabaran pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Pada masa ini, pandangan terhadap peranan penting pendidikan dan universiti telah meningkat. Pendidikan tinggi di universiti diharap dapat menyumbang kepada pembangunan pelbagai kemahiran yang kompleks agar dapat mengukuhkan stok modal insan yang penting kepada pembangunan ekonomi negara. Menurut Knight dan Yorke (2003), pembangunan modal insan secara tidak akan meningkatkan produktiviti melalui peningkatan potensi produktiviti pekerja. Sementara menurut Faggian dan McCann (2009), universiti turut memainkan peranan dalam pertumbuhan wilayah dalam jangka panjang dari segi pendapatan ekonomi tempatan dan kesan pengganda pekerjaan. Selain itu, kewujudan penawaran sumber tenaga mahir dan pengetahuan juga boleh mempengaruhi kelebihan daya saing lokasi sesuatu kawasan/negara dalam menarik aliran masuk pelaburan dan aktiviti produktif bernilai tinggi. Menurut Florida (2000), penumpuan dan taburan stok modal insan berkemahiran tinggi di sesuatu lokasi akan menjadi daya tarikan kepada firma ‘high-tech’ untuk menempatkan operasi mereka di lokasi tersebut. Kesediaan stok modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi boleh mendatangkan kesan positif terhadap lokasi tertentu dari segi penjanaan ekonomi wilayah dan peningkatan dalam pendapatan per kapita. Tambahan pula keupayaan untuk menarik bakat ke sesuatu lokasi merupakan asas penting kepada pertumbuhan bandar dan wilayah (Norain & Nooriah, 2012). Perancangan dan pelaksanaan PSPTN menunjukkan peranan universiti ini telah berubah. Universiti bukan lagi dilihat sebagai gedung ilmu semata-mata tetapi juga memainkan peranan sebagai mekanisme penting untuk melonjak negara ke arah status negara maju menjelang tahun 2020. Transformasi pendidikan tinggi di Malaysia dapat dilihat dengan jelas pada masa ini bukan sahaja dari segi kuantiti institusi pengajian tinggi tetapi juga usaha-usaha mengukuhkan kualiti graduan yang dihasilkan. Pada hari ini, hampir semua negeri di Malaysia mempunyai universiti termasuk Sabah dan Sarawak. Perkembangan pesat institusi pengajian tinggi dapat dilihat dengan peningkatan ketara bilangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) termasuklah kehadiran kampus cawangan universiti luar negara. Sehingga ini terdapat 20 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan 437 buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2011). Begitu juga dengan bilangan pelajar yang semakin meningkat setiap tahun apabila peluang mendapatkan pendidikan tinggi ini semakin terbuka luas akibat daripada liberalisasi sektor pendidikan tinggi negara. Ini telah menyebabkan pengeluaran pelajar IPTA dan IPTS juga menunjukkan trend yang semakin meningkat. Pada tahun 2000, jumlah keseluruhan pelajar yang berjaya dihasilkan oleh IPT di Malaysia yang terdiri daripada IPTA, IPTS, Kolej Tunku Abdul 45

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Rahman, politeknik dan kolej komuniti adalah seramai 116,673 orang. Jumlah ini telah meningkat kepada seramai 239,303 orang pada tahun 2010 (Kementerian Pengajian Tinggi, 2011). Pada masa ini peranan universiti dan institusi pengajian tinggi berada dalam persimpangan yang kritikal dalam memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan terhadap graduan yang dihasilkan. Kebolehpasaran graduan telah mula menjadi satu isu penting yang dikaitkan dengan masalah yang wujud dalam pasaran buruh siswazah. Pada masa ini, graduan yang dilahirkan bukan sahaja perlu memiliki ilmu pengetahuan yang baik dalam bidang pengajian yang diikuti tetapi pada masa yang sama perlu memiliki kemahiran insaniah dan ciri-ciri peribadi yang unggul untuk membolehkan mereka bersaing dalam pasaran pekerjaan. Peningkatan bilangan universiti di Malaysia telah membawa kepada lambakan siswazah dalam pasaran buruh. Dari segi kuantiti, berlaku peningkatan bilangan siswazah saban tahun (Jadual 1). Selain daripada itu, dari segi kualiti, siswazah yang ada kebanyakannya tidak dapat memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh industri. Ini terbukti berdasarkan kajian kebolehpasaran siswazah yang mendapati kebanyakan siswazah yang keluar dari institusi pengajian tinggi tidak berupaya untuk memenuhi kehendak majikan dari segi kemahiran insaniah dan kebolehkerjaan. Menurut MPEN (2010) kekurangan kemahiran berserta rungutan tentang kurangnya kreativiti dan kemahiran berbahasa Inggeris secara konsistennya adalah rintangan utama yang dihadapi oleh firma (MPEN, 2010). Isu lambakan siswazah dalam pasaran buruh bukan sahaja disebabkan oleh faktor siswazah kekurangan dari segi kemahiran insaniah dan kebolehkerjaan, tetapi turut berkaitan dengan struktur guna tenaga di negara ini yang lebih banyak tertumpu dalam jenis pekerjaan yang tidak memerlukan lulusan pada peringkat tertiari. Jadual 1: Penawaran dan Permintaan dalam Pasaran Buruh di Malaysia, 2002 – Jun 2012

Tahun

2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 Sehingga Jun 2012

Penawaran Pengeluaran Pelajar Peringkat Ijazah Awam Swasta Jumlah (ribu) (ribu) (ribu) 36.8 20.3 57.1 50.2 17.8 68.0 43.8 18.4 62.2 51.8 20.3 72.1 55.5 27.2 82.7 59.5 23.6 83.1 59.8 26.6 86.4 65.8 40.5 106.3 66.4 80.6 147.0 66.3 54.3 120.6

Bil. Tenaga Buruh (ribu)

Permintaan Guna Tenaga

Kadar Pengangguran

(ribu)

9,886.2 10,239.6 10,346.2 10,413.4 10,628.9 10,889.5 11,028.1 11,315.3 11,517.2 12,825.9

9,542.6 9,869.7 9,979.5 10,045.4 10,275.4 10,538.1 10,659.6 10,897.3 11,102.6 12,440.3

3.5 3.6 3.5 3.5 3.3 3.2 3.3 3.7 3.4 3.0

12,912.6

12,524.0

3.0

Sumber: Ubah Suai daripada Data Pelbagai Tahun Perangkaan Pengajian Tinggi dan Perangkaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2006 - 2012 dan Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011& 2012.

Kebelakangan ini isu kebolehpasaran siswazah telah kerap dibincangkan dan perkara ini bukan merupakan satu isu yang baru. Mereka merupakan tenaga buruh yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Namun, golongan ini sering kali terbelenggu dengan permasalahan yang berlaku dalam pasaran buruh seperti masalah pengangguran yang tinggi dalam kalangan mereka. Berdasarkan statistik, kadar pengangguran di negara ini meningkat saban tahun terutamanya bagi lepasan pengajian tinggi. Sehingga tahun 2009, kadar pengangguran di negara ini adalah pada kadar 46

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

3.7 peratus berbanding pada tahun 1996 yang hanya 2.5 peratus sahaja (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011). Peningkatan kadar pengangguran ini dikaitkan dengan pengeluaran pelajar dari institut pengajian tinggi yang semakin meningkat saban tahun berikutan pertambahan bilangan universiti sama ada awam mahupun swasta di negara ini. Bilangan pengeluaran pelajar dari institusi pengajian tinggi di Malaysia sehingga tahun 2009 adalah seramai 104,870 orang bagi pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) sementara bagi institut pengajian tinggi swasta (IPTS) seramai 97,333 orang (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2011). Bilangan ini adalah sangat besar berbanding tahuntahun 1980-an dan 1990-an.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEBOLEHPASARAN GRADUAN Menurut Saterfiel dan Maclarty (1995) (dalam Litisha dan Surina, 2010), kebolehpasaran siswazah merujuk kepada kemahiran yang diperlukan oleh siswazah untuk mendapatkan dan mengekalkan pekerjaan melalui pembelajaran kemahiran-kemahiran baru untuk fungsi yang berbeza yang diperlukan oleh majikan atau industri (Koo et al., 2009). Sementara menurut Hillage dan Pollard (1998), kebolehpasaran adalah memiliki keupayaan untuk memperoleh pekerjaan pertama, mengekalkan dan memperoleh pekerjaan baru sekiranya diminta. Harvey (1999) pula mendefinisikan kebolehpasaran siswazah sebagai keupayaan siswazah untuk mempamerkan sifat-sifat yang diperlukan oleh majikan untuk keperluan masa depan organisasi. Kerjaya dan kemahiran kebolehkerjaan merangkumi kemahiran dalam pengurusan sumber, komunikasi dan kemahiran interpersonal, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah (Zinser, 2003). Menurut definisi yang dikemukakan oleh ESECT (2004), kemahiran kebolehpasaran adalah satu set pencapaian, pemahaman dan sifat peribadi yang menjadikan seseorang individu lebih berpotensi untuk memperoleh pekerjaan dan berjaya dalam pemilihan kerjaya. Pada amnya, kemahiran kebolehpasaran adalah kemahiran yang perlu ada pada pelajar dalam mempersiapkan diri mereka bagi memenuhi keperluan dalam pelbagai pekerjaan dalam pasaran buruh selepas tamat pengajian.

Kebolehpasaran individu siswazah merujuk kepada keupayaan individu siswazah untuk memiliki, mempersembahkan dan menentukan segala kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan. Kebolehpasaran siswazah diukur berdasarkan kadar kebolehkerjaan mereka (Harvey, 2001). Dalam pasaran buruh, majikan memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran berbahasa terutamanya bahasa Inggeris, pengetahuan umum dan semasa, mampu membuat pembentangan yang baik, mempunyai pengetahuan asas ICT dan mempunyai pengalaman kerja (Koo et al., 2009). Petunjuk kebolehpasaran siswazah adalah berdasarkan kadar pengangguran siswazah. Pelbagai faktor yang mempengaruhi kebolehpasaran siswazah yang telah dikenal pasti dalam kajian-kajian lepas ditunjukkan dalam Rajah 1. Kajian yang dijalankan oleh Daria et al. (2010) ke atas graduan Itali menemukan bahawa terdapat dua kunci utama kepada kebolehpasaran siswazah iaitu lokasi geografi dan kualiti universiti yang akan menentukan kebolehpasaran siswazah muda di wilayah tersebut selain faktor bidang pengajian dan perbezaan keluasan wilayah. Kualiti dan reputasi universiti sebagai penentu kepada kebolehpasaran siswazah turut diakui dalam kajian yang dijalankan oleh Giorgio dan Cappellari (2008). Walau bagaimanapun, kajian McGuiness (2003) (dalam Daria et al., 2010) ke atas pasaran buruh siswazah UK menunjukkan faktor penentu kepada kebolehpasaran siswazah di negara tersebut adalah pemilihan subjek pengajian dan jenis ijazah yang diperoleh lebih utama berbanding universiti yang dihadiri. Selain itu, menurut Beatrice et al. (2008) dan Sharifah Md Nor dan Bahaman Abu Samah (2009), faktor sosioekonomi termasuk latar belakang keluarga juga dikatakan sebagai faktor penentu kebolehpasaran siswazah.

47

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Rajah 1: Faktor yang Mempengaruhi Kebolehpasaran Siswazah

Di Malaysia, kajian oleh Chang (2004) dan Kementerian Pengajian Tinggi (2009) menemukan faktor graduan menganggur adalah disebabkan tidak memiliki ijazah yang betul selain tidak menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diikuti mereka. Kajian lain mendapati kelemahan dalam kemahiran berkomunikasi terutamanya bahasa Inggeris merupakan penyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah (IPPTN, 2003; KPT, 2009). Gurvinder dan Sharan (2008) turut mendapati kemahiran kebolehkerjaan penting untuk memastikan kebolehpasaran siswazah. Kepentingan terhadap kemahiran kebolehkerjaan diakui oleh graduan dan majikan dalam kajian ini walaupun terdapat perbezaan persepsi terhadap faktor kebolehkerjaan antara mereka. Menurut Filer et al. (1996), kepentingan soft skill seperti penguasaan bahasa, kemahiran menyelesaikan masalah dan kepimpinan tidak dapat dinafikan lagi untuk memastikan kebolehpasaran siswazah dan kadar pengangguran lebih rendah dalam kalangan mereka yang lebih berkemahiran. Selain itu, majikan memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan sifat peribadi yang baik dan berpengetahuan dalam bidang ICT (IPPTN, 2007a; 2007b). Globalisasi menyebabkan permintaan terhadap pendidikan dan kemahiran telah berubah. Dalam hal ini Lall (2000) telah mengkaji peranan kemahiran yang diperlukan untuk menggerakkan teknologi dalam negara membangun dan mereka perlu menjadi lebih efektif untuk mempromosikan eksport pembuatan. Tambah beliau lagi, bagi meningkatkan kebolehsaingan, negara membangun memerlukan kemahiran baru yang lebih maju, terkini dan pelbagai agar dapat memenuhi tuntutan pasaran yang bersifat dinamik. Malah, dalam aktiviti ekonomi yang menggunakan teknologi yang rendah juga memerlukan pembaharuan dan peningkatan dari segi kemahiran teknikal, pengurusan, mereka bentuk dan tidak kurang juga kemahiran berkomunikasi. Ini menjelaskan bahawa globalisasi menuntut perubahan dalam segala aspek kemahiran dan pengetahuan kerana corak persaingan pada masa ini telah berubah. Bagi memastikan kebolehpasaran siswazah, penawaran program akademik di universiti perlu juga mengambil kira permintaan pasaran yang mengutamakan keperluan guna tenaga semasa untuk negara.

48

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Bidang kritikal harus diberikan keutamaan bukan sahaja dari aspek penawaran malah dari aspek kerjaya bakal siswazah. Stewart (1996) dalam kajiannya menyentuh tentang implikasi globalisasi ke atas pendidikan dan seterusnya mengaitkannya dengan keupayaan sesebuah negara untuk bersaing dalam ekonomi global. Beliau berpendapat pendidikan merupakan satu elemen penting dalam menggerakkan ekonomi sesebuah negara dan pembangunan sosial. Walaupun infrastruktur dan peraturan juga merupakan faktor yang menentukan kejayaan sesebuah negara dalam ekonomi global, namun pendidikan adalah lebih kritikal. Ini kerana pendidikan berupaya untuk memperkaya kehidupan manusia, mengupayakan manusia dan meningkatkan kualiti kehidupan yang sejahtera. Pendidikan merupakan faktor yang sangat kritikal kesan daripada globalisasi. Pendidikan bukan sahaja memberi kesan ke atas produktiviti dan keupayaan negara untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa, tetapi pendidikan sangat diperlukan untuk menarik modal antarabangsa termasuk pelaburan langsung asing (PLA). Secara umumnya, modal manusia yang terhasil daripada pendidikan merupakan mekanisme penting yang diperlukan dalam pembangunan secara keseluruhannya.

OBJEKTIF DAN METODOLOGI KAJIAN Perkembangan pendidikan tinggi di negara ini telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan. Bilangan institusi pendidikan tinggi telah bertambah dengan hebatnya, selain daripada kemunculan institusi pendidikan tinggi swasta yang turut memainkan peranan penting dalam peningkatan output graduan di pasaran buruh. Namun demikian, peningkatan bilangan graduan dalam pasaran buruh telah menimbulkan isu yang lebih penting terutamanya isu pengangguran dan kebolehpasaran graduan. Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk membincangkan persepsi pelajar prasiswazah di USM terhadap usaha dan tindakan universiti dalam pembangunan kemahiran kebolehpasaran semasa pengajian mereka di universiti. Kajian ini melibatkan pengumpulan data primer daripada graduan tahun akhir di universiti tersebut. Pensampelan responden [pelajar prasiswazah] pada awalnya dibuat berdasarkan fakulti/pusat pengajian menggunakan kaedah pensampelan sistematik dalam mendapatkan bilangan responden yang mencukupi untuk keperluan kajian. Namun demikian, saiz sampel yang ditentukan agak sukar dicapai kerana penyelidik bergantung kepada respons daripada pelajar untuk melengkapkan dan mengembalikan borang soalselidik yang diedarkan kepada mereka. Penyelidik menggunakan pelbagai kaedah untuk mengedar borang soal selidik iaitu melalui lawatan penyelidik ke kampus, melalui pihak desasiswa dan juga edaran melalui atas talian serta pos. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan ditunjukkan melalui jadual dan rajah dalam membincangkan hasil dapatan kajian.

TAHAP KEBOLEHPASARAN DAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN USM USM merupakan universiti kedua tertua di Malaysia selepas Universiti Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1969. Pada masa penubuhannya, USM dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Kemudiannya ditukarkan kepada Universiti Sains Malaysia pada April 1972 bagi mencerminkan kepentingan bidang sains dan teknologi dalam pembangunan guna tenaga negara. Pada peringkat awal, USM bermula dengan pengambilan seramai 57 orang pelajar sains. Sejak itu, USM membangun dengan pesatnya dan kini USM mampu menawarkan pelbagai kursus pada peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi kepada lebih 20,000 orang pelajar. Kini, USM terkenal sebagai antara universiti tersohor di dalam mahupun di luar negara. Sejak penubuhannya, USM melaksanakan sistem pusat pengajian yang agak berbeza dengan sistem fakulti yang lazimnya diamalkan. Uniknya sistem ini adalah pelajar setiap pusat pengajian dapat memenuhi keperluan pengijazahan khusus di dalam bidang yang dipilih dan pada masa yang sama pelajar berpeluang mengikuti bidang pengajian dalam disiplin lain yang ditawarkan oleh pusat pengajian yang lain. USM merupakan universiti pertama yang mengamalkan pendekatan antara bidang ini. Melalui pendekatan ini, USM dapat memastikan bahawa graduan yang dihasilkannya terlatih dan serba boleh. 49

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

USM telah diiktiraf sebagai Universiti berintensifkan Penyelidikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada 11 Oktober 2006, turut menawarkan peluang pendidikan dan penyelidikan kepada pelajar dan staf. Satu daripada elemen utama dalam pembangunan kecemerlangan akademik di USM adalah penubuhan pusat dan unit penyelidikan. Hal ini selaras dengan hakikat bahawa universiti sememangnya sedar akan keperluan bidang penyelidikan dan pendidikan yang harus sentiasa terbuka terhadap permintaan masyarakat. Penubuhan pusat dan unit ini telah membuka peluang yang lebih baik ke arah penyepaduan dan pembentukan jaringan. Pada September 2008 pula USM dipilih sebagai satu-satunya universiti di Malaysia untuk Program Pemacuan Kecemerlangan (Accelerated Programme for Excellence - APEX) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Di bawah agenda APEX, USM telah mencorakkan satu kerangka khas untuk memasukkan aspek nilai dalam pembangunannya iaitu melalui konsep Insaniversiti – Menginsankan Universiti. Jadual 2 menunjukkan bilangan kemasukan, enrolment dan pengeluaran pelajar ijazah sarjana muda di USM sejak tahun 1990-2011. Jelas dilihat pada tahun 1990an, bilangan kemasukan dan enrolment pelajar meningkat secara konsisten dan mencapai tahap tertinggi pada tahun 2000/2001. Pengambilan pelajar ijazah sarjana muda mula menurun sejak tahun 2001/02 mungkin disebabkan oleh perubahan dasar pengajian dan kemunculan banyak institusi pengajian tinggi yang baru dengan program pengajian yang lebih berorientasikan pasaran pekerjaan semasa. Jadual 2: Kemasukan, Enrolment dan Pengeluaran Pelajar Ijazah Sarjana Muda USM mengikut Sidang Akademik 1990/91- 2010/2011 Sidang Akademik 1990/91 1991/92 1992/93 1993/94 1994/95 1995/96 1996/97 1997/98 1998/99 1999/2000 2000/01 2001/02 2002/03 2003/04 2004/05 2005/06 2006/07 2007/08 2008/09 2009/10 2010/11 2011/12

Kemasukan 1,818 2,002 2,162 2,385 2,483 2,656 3,160 3,800 4,139 5,272 5,620 4,576 5,024 5,237 5,135 5,160 4,749 3,912 3,588 3,284 2,934 5,635

Enrolment 8,303 8,611 8,829 9,193 9,640 10,246 10,960 12,244 13,901 14,139 17,188 16,468 16,725 17,497 18,145 18,541 17,940 16,444 15,088 13,494 12,087 18,659

Pengeluaran 1,908 2,236 2,303 2,382 2,382 2,391 2,557 2,534 3,331 5,645 5,030 4,826 5,610 5,526 5,249 5,499 6,237 6,468 6,279 6,069 5,436 4,471

Sumber: Unit Kemasukan dan Pengeluaran Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, USM (2011) & Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2012)

Pemberian taraf universiti penyelidikan juga turut memberikan kesan terhadap kejatuhan pengambilan pelajar ijazah sarjana muda kerana orientasi universiti telah mula beralih ke arah universiti yang menekankan penyelidikan dan inovasi. Sementara Jadual 3 menunjukkan syer USM dalam pengeluaran pelajar ijazah sarjana muda di Malaysia berbanding dengan universiti awam yang lain. 50

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Syer USM dalam pengeluaran pelajar telah mengalami kejatuhan yang konsisten sejak tahun 2007 kepada hanya 5.7 peratus pada tahun 2011.

Jadual 3: Peratusan Pengeluaran Pelajar Mengikut IPTA di Malaysia, 2005 -2011 Universiti Universiti Malaya (UM)

2005 7.8

2006 8.3

2007 7.6

2008 7.7

2009 6.8

2010 6.7

2011 7.5

Universiti Sains Malaysia (USM) 7.3 8.7 8.4 7.4 6.9 5.8 5.7 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 8.6 8.0 8.0 7.1 6.5 5.8 6.5 Universiti Putra Malaysia (UPM) 13.0 8.7 9.3 8.4 7.2 6.7 6.7 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 7.8 7.8 9.8 9.7 7.1 6.6 5.0 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 3.7 4.5 4.4 7.6 6.3 7.2 4.1 (UIAM) Universiti Utara Malaysia (UUM) 7.7 7.1 5.0 4.3 7.5 8.1 7.7 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 1.7 1.5 1.8 1.7 1.5 1.6 1.5 Universiti Malaysia Sabah (UMS) 3.3 4.5 4.9 3.5 3.8 4.2 3.5 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2.2 4.5 4.4 4.4 4.1 5.2 4.1 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 0.5 0.7 0.7 0.3 0.6 0.8 1.6 Universiti Teknologi MARA (UiTM) 31.3 30.1 29.0 29.0 33.4 33.3 36.7 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 1.4 1.6 1.8 1.7 1.5 1.4 1.7 Universiti Teknologi Tun Hussein Onn 2.9 1.7 1.8 2.1 2.3 1.9 2.2 Malaysia (UTHM) Universiti Teknikal Malaysia Melaka 0.6 1.2 1.6 1.3 1.3 1.4 1.4 (UTeM) Universiti Malaysia Pahang (UMP) 0.1 0.2 0.8 0.9 0.9 0.9 0.9 Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) 0.1 0.7 0.7 1.0 1.1 1.2 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 0.8 1.5 1.0 0.8 1.1 Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 0.3 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 0.4 0.3 0.4 0.7 (UPNM) Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 Sumber: Ubahsuai daripada Data Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia, 2005-2011. Malaysia. 2005 – Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia 2005 - 2010. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Jumlah 7.4 7.1 7.1 8.3 7.6 5.5 6.8 1.6 3.9 4.2 0.8 32.1 1.6 2.1 1.3 0.7 0.7 0.8 0.04 0.3 100.0 2011.

Berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan IPT yang dijalankan oleh KPT menunjukkan bahawa kadar pengangguran siswazah USM ternyata agak rendah dalam kalangan lima universiti berstatus universiti penyelidikan (UM, UKM, UTM dan UPM) (Jadual 4). Kelima-lima Universiti ini merupakan antara universiti terawal yang ditubuhkan dan telah membina reputasi yang baik pada peringkat nasional dan antarabangsa. Malahan USM juga merupakan satu-satunya universiti yang diberi taraf universiti APEX di Malaysia yang bermatlamatkan menjadi satu institusi mercu dan pusat akademik negara yang unggul dan berkelas dunia serta menekankan kepentingan kecemerlangan dari segi pembangunan kualiti pelajar. Sebaliknya bagi kebanyakan universiti yang agak baru, mencatatkan kadar pengangguran siswazah yang agak tinggi seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniZA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Terengganu(UMT) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Bilangan siswazah yang memasuki pasaran buruh semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini adalah berikutan bertambahnya bilangan institusi pengajian tinggi di negara ini yang menghasilkan bilangan siswazah yang semakin ramai saban tahun. Bilangan siswazah yang memasuki pasaran buruh pada tahun 1982 hanya 231,800 orang berbanding 2.10 juta orang pada tahun 2010. Trend yang sama dapat dilihat bagi guna tenaga siswazah yang meningkat daripada 228,100 orang kepada 2.03 juta orang dalam tempoh yang sama (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011). Jadual 5 pula menunjukkan status pekerjaan graduan ijazah pertama bagi setiap IPTA di Malaysia bagi tahun 2010, didapati hanya 51

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

51.1% daripada graduan USM yang memperoleh pekerjaan sebaik tamat pengajian. Sementara Jadual 6 menunjukkan status pekerjaan graduan USM bagi tempoh 2006-2010 yang menunjukkan peningkatan tahap graduan yang tidak mendapat pekerjaan setelah enam bulan tamat pengajian, walaupun USM telah diberi taraf universiti APEX pada tahun 2007.

Jadual 4: Kadar Pengangguran Siswazah Ijazah Pertama Mengikut IPTA di Malaysia, 2006 -2010 (%) IPTA 2006 2007 2008 2009 2010 UM 41.5 26.0 28.6 28.6 31.7 UKM 49.6 37.4 33.0 32.6 29.9 UPM 30.4 26.5 15.9 23.7 20.3 UIAM 31.7 22.0 18.2 22.3 23.7 UiTM 33.4 26.2 21.3 27.0 24.6 USM 34.7 25.6 23.7 24.8 25.3 UTM 22.1 28.9 19.6 23.0 20.6 UUM 52.1 38.3 29.5 35.1 32.6 UNIMAS 55.2 53.0 43.3 41.2 40.9 UMS 58.3 54.0 51.7 44.4 40.9 UPSI 1.6 3.2 3.4 3.9 4.9 UTHM 31.9 27.7 31.9 37.1 27.2 UMT 60.2 51.5 64.1 50.9 49.9 UTeM 49.4 45.8 33.5 29.2 35.8 USIM 56.2 45.8 32.2 58.6 48.0 UMP 31.7 16.8 19.6 36.4 33.6 UniMAP 67.9 55.7 44.7 49.9 54.9 UnisZA 64.0 58.6 MALAYSIA 37.3 30.3 26.2 29.1 27.6 Sumber: Kajian Pengesanan Graduan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2011

Jadual 5: Status Pekerjaan Graduan Ijazah Pertama bagi Setiap IPTA di Malaysia, 2010 IPTA

Melanjutkan Meningkatkan Menunggu Pengajian Kemahiran Penempatan UM 44.9 5.9 2.9 14.6 UKM 50.2 6.7 2.3 10.9 UPM 61.6 7.9 0.7 9.5 UIAM 53.5 8.2 10.3 4.3 UiTM 62.3 5.8 2.5 4.8 USM 51.1 7.3 1.0 15.3 UTM 56.8 11.4 1.4 9.8 UUM 56 1.6 2.4 7.4 UNIMAS 47.7 3.9 2.4 5.1 UMS 42 2.6 0.7 13.8 UPSI 17.2 0.2 0.1 77.6 UTHM 48.5 5.9 1.2 17.2 UMT 34.1 7.3 2.1 6.6 UTeM 48.8 5 3.9 6.5 USIM 45 1.4 2.7 2.9 UMP 57.3 2.7 1.6 4.8 UniMAP 28.8 9.5 2.2 4.6 UnisZA 23.5 9 0.9 8.0 UPNM 80.3 5.4 3.4 10.9 Sumber: Ubah Suai Data Kajian Pengesanan Graduan IPT Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2011 Bekerja

52

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Jadual 6: Status Graduan USM Selepas Tamat Pengajian, 2006-2010

Bekerja (%)

Melanjutkan Pelajaran (%)

Meningkatkan Kemahiran (%)

Menunggu Penempatan

Belum Bekerja

Jumlah

(orang) (%) (%) 2006 49.6 5.1 0.8 9.8 34.7 5,635 2007 58.3 5.9 0.8 9.4 25.6 5,601 2008 55.2 7.0 0.8 13.4 23.6 5,405 2009 47.8 9.4 2.1 16.0 24.7 5,402 2010 51.1 7.3 1.0 15.3 25.3 4,727 Sumber: Ubah Suai Data Kajian Pengesanan Graduan IPT Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2011)

Rajah 2 pula menunjukkan secara perbandingan peratusan graduan yang berjaya mendapat pekerjaan dengan yang belum bekerja selepas tamat pengajian. Ini menunjukkan lebih kurang 25 peratus graduan USM tidak memperoleh pekerjaan setelah tamat pengajian. Peratus (%) 70 58.3

60 50

55.2

49.6

47.8

51.1

40 30

34.7 25.6

20

23.6

24.7

2008

2009

25.3

10 0 2006

2007

2010

Tahun Bekerja (%)

Menganggur (%)

Sumber: Ubah Suai Data Kajian Pengesanan Graduan IPT Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2010)

Rajah 2: Status Pekerjaan Graduan Ijazah Pertama USM sebaik Tamat Pengajian, 2006-2010

USM telah menubuhkan Pusat Penempatan Graduan, Kerjaya & Kaunseling (PPGKK), Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar yang beroperasi secara rasmi pada 1 Mac 2013. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pelajar datang sendiri ke unit ini untuk mendapatkan maklumat dan bantuan berkaitan dengan kerjaya dan pekerjaan serta pentingnya melengkapkan diri dengan kemahiran kebolehkerjaan. Pusat ini merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan berlandaskan pendekatan kaunseling kerjaya yang merangkumi aspek pembangunan, intervensi, pencegahan dan pemulihan. Pusat ini juga memberi 53

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara profesional kepada semua pelajar bagi membantu usaha universiti melahirkan tenaga kerja profesional yang seimbang dari aspek tingkah laku, pemikiran, keterampilan fizikal dan kemahiran insaniah yang dikehendaki oleh bakal majikan. Terdapat beberapa program dan khidmat nasihat yang disediakan oleh pusat ini bagi membantu pelajar dalam mengukuhkan kemahiran kebolehpasaran seperti dalam Jadual 7. Dalam usaha memberi perkhidmatan yang berkesan, telah diwujudkan cluster dalam kalangan pensyarah yang diketuai oleh Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) yang turut memainkan peranan dalam membantu dalam meningkatkan kemahiran kebolepasaran pelajar. Pusat ini juga menyediakan lebih daripada 1,000 direktori syarikat yang menyediakan peluang pekerjaan yang selaras dengan kelulusan akademik pelajar. Berdasarkan temu bual yang dijalankan dengan pegawai di PPGKK didapati bahawa walaupun PPGKK telah menyediakan modul dan mengadakan program serta khidmat nasihat kepada pelajar namun sambutan daripada pelajar kurang memuaskan. Hanya sebilangan kecil pelajar yang datang ke pusat ini dan terlibat dalam aktiviti atau program yang berkaitan kerjaya (contoh: expo kerjaya, career talk). Malahan tidak ramai yang menggunakan khidmat nasihat unit kerjaya dalam membantu merancang matlamat kerjaya yang diingini. Selain itu, Pusat kaunseling dan kerjaya di USM hanya boleh memberikan maklumat dan penerangan yang bersifat umum sahaja kerana pengetahuan mengenai skop kerja yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang pelbagai adalah terhad. Oleh itu, pusat ini mengharapkan kerjasama daripada pusat pengajian untuk membantu dalam hal ini kerana pensyarah dirasakan lebih mengetahui prospek pekerjaan dan kerjaya yang sesuai dengan bidang masing-masing. Jadual 8 menunjukkan beberapa bentuk bantuan dan khidmat nasihat yang ditawarkan oleh PPGKK kepada pelajar dalam usaha menangani permasalahan dan kekurangan kemahiran yang dihadapi oleh pelajar dalam memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Jadual 7: Perkhidmatan dan Program yang disediakan oleh Pusat Penempatan Graduan, Kerjaya dan Kaunseling USM PERKHIDMATAN DAN PROGRAM Perkhidmatan         

Penasihatan dan bimbingan kaunseling kerjaya Ujian-ujian psikologi dan minat kerjaya Perkhidmatan kebajikan pelajar dan OKU Khidmat nasihat ‘Cuti Dengan Kebenaran’ ‘Career one stop center’ bagi maklumat berkaitan industri dan bakal majikan Tatacara penulisan resume dan temu duga Menyelaras Kajian Pengesanan Graduan serta Kajian Tahap Kemudahan dan Perkhidmatan Universiti Pendaftaran ‘student profile’ Penempatan ‘part time & full time job’

Program & Aktiviti       

Ekspo Kerjaya & Pendidikan Program Kebolehpasaran Graduan Seminar Ujian Personaliti: Kenali Minat Kerjaya Bengkel Mentor Rakan Siswa ‘Student Profile’ Seminar/ bengkel/ ceramah kerjaya Penganjuran temu duga terbuka

Sumber: Pusat Penempatan Graduan, Kerjaya & Kaunseling USM (2013)

54

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Jadual 8: Bentuk-bentuk Bantuan yang diberikan bagi Menyelesaikan Masalah yang dihadapi oleh Pelajar KEKURANGAN/MASALAH 1. Kurang maklumat tentang kerjaya 2. Kabur tentang hala tuju kerjaya 3. Etika alam pekerjaan 4. Promosi diri kepada majikan 5. Perkhidmatan lain yang ditawarkan

PENYELESAIAN Temu janji bersama kaunselor kerjaya Dapatkan maklumat bakal majikan Jalani ujian minat kerjaya Sertai program “Career Development Module” Bimbingan penulisan resume dan cover letter Temu janji untuk latihan temu duga Kemas kini ‘student profile’ Sertai ‘part-time job’ ‘Career One Stop Center’ Ujian Psikometrik Bengkel pembangunan kerjaya dan kaunseling

Sumber: Pusat Penempatan Graduan, Kerjaya & Kaunseling USM (2013)

PERSEPSI PELAJAR PRASISWAZAH TERHADAP KEMAHIRAN KEBOLEHPASARAN DI USM

PROGRAM

PEMBANGUNAN

Profil responden yang terlibat dalam kajian yang dijalankan ditunjukkan dalam Jadual 9. Sebahagian besar responden terdiri daripada pelajar perempuan mewakili lebih daripada 70 peratus dan tidak kurang daripada 76 peratus merupakan pelajar berbangsa Melayu. Rata-rata responden mempunyai PGNK antara 2.50-3.49. Sementara pelajar daripada bidang sains mewakili 41.6 peratus dan diikuti oleh pelajar sastera sebanyak 31.7 peratus. Berdasarkan persepsi responden terhadap usaha meningkatkan kemahiran kebolehpasaran semasa pengajian mereka di USM, didapati hampir 55 peratus daripada responden menyatakan mereka menghadapi masalah/kekangan dalam mengikuti program/kursus yang dianjurkan melainkan kemahiran yang diperoleh melalui program pengajian yang diikuti sahaja. Kekangan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor kekangan masa, kos dan program latihan, masalah kekurangan informasi serta faktor sikap pelajar sendiri (Jadual 10). Didapati bahawa faktor masa merupakan kekangan utama yang dihadapi oleh pelajar dalam meningkatkan kemahiran kebolehpasaran mereka khususnya disebabkan oleh bebanan tugasan dan kuliah yang agak padat. Ini diikuti oleh faktor kurangnya informasi berkaitan dengan program latihan/kursus yang dianjurkan oleh pihak universiti, selain daripada masalah kesukaran untuk mengikuti kursus/latihan di luar universiti kerana faktor kewangan.

55

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Jadual 9: Profil Responden Kajian Universiti Sains Malaysia Jumlah Keseluruhan Responden = 303 PROFIL

BIL.

%

JANTINA Lelaki Perempuan

86 217

28.4 71.6

ETNIK Melayu Cina India Lain-lain

231 58 6 7

76.5 19.2 2.0 2.3

UMUR 19 – 22 tahun 23 – 26 tahun 27 tahun dan ke atas

162 135 3

53.5 44.6 1.0

BIDANG PENGAJIAN Hybrid Sains Sastera Kejuruteraan

35 126 96 46

11.6 41.6 31.7 15.2

PNGK Kurang daripada 2.00 2.00 – 2.49 2.50 – 2.99 3.00 – 3.49 3.50 – 4.00

1 31 110 119 39

0.3 10.3 36.7 39.7 13.0

Majoriti responden melihat faktor sikap bukan merupakan faktor yang boleh mempengaruhi usaha meningkatkan kemahiran kebolehpasaran masing-masing tetapi yang lebih penting adalah faktor luaran khususnya peranan yang dimainkan oleh pihak universiti. Tempoh program pengajian selama tiga tahun turut memainkan mempengaruhi bebanan tugasan dan kursus pengajian yang perlu diikuti bagi setiap semester. Keadaan ini menyebabkan pelajar sukar untuk mengambil peluang mengikuti program latihan atau kursus pembangunan kemahiran kebolehpasaran sama ada yang dianjurkan oleh pihak universiti atau pihak luar. Pelajar lebih banyak bergantung kepada pembangunan kemahiran melalui program pengajian yang diikuti. Oleh yang demikian, adalah penting sekiranya kemahiran kebolehpasaran diintegrasikan dalam program pengajian dan diajar secara berkesan kepada pelajar kerana ianya menjadi satu saluran utama pembangunan kemahiran ini kepada pelajar. Program pengajian yang lebih menekankan kepada amalan (praktikal) dan pendedahan kepada persekitaran kerja sebenar perlu ditingkatkan selain daripada menggalakkan pelajar terlibat dalam aktiviti luar universiti sama ada terlibat sama dengan industri ataupun komuniti.

56

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Jadual 10: Faktor Kekangan dalam Meningkatkan Kemahiran Kebolehpasaran FAKTOR KEKANGAN Faktor Masa Kesibukan dan bebanan tugasan (assignment) dan kelas/kuliah Sering berlaku pertindihan masa kursus/ latihan dengan waktu kuliah Bebanan memenuhi keperluan kursus untuk pengijazahan Faktor Kos dan Program Sukar untuk mengikuti kursus di luar universiti dengan pembiayaan sendiri kerana kekangan kewangan Kurang keyakinan terhadap kredibiliti penyedia kursus/latihan swasta Tiada/Tidak banyak program latihan kemahiran kebolehkerjaan yang dianjurkan oleh universiti/pusat pengajian Kebanyakan kursus/latihan yang ditawarkan di universiti tidak menimbulkan minat untuk disertai oleh pelajar Tiada/ kekurangan peluang untuk mengikuti program latihan yang dianjurkan oleh pihak universiti/ pusat pengajian Faktor Informasi Kurang maklumat/ info tentang latihan/kursus yang dianjurkan Maklumat/ info tentang peluang latihan/ kursus yang tidak meluas Tiada sumber rujukan untuk mengetahui kesesuaian latihan/ kursus dengan program pengajian Tidak tahu untuk mencari maklumat berkaitan latihan yang sesuai Faktor Sikap Tidak berminat untuk terlibat dengan aktiviti/kursus di luar bidang pengajian Kurang suka mengikuti latihan/ kursus dalam kelompok yang pelbagai Latihan kemahiran kebolehkerjaan tidak perlu, memadai dengan program pengajian untuk mendapatkan pekerjaan

Bil.

Peratus

120 81 81

86.3 58.3 58.3

89

64.0

34

24.5

56

40.3

51

36.7

76

54.7

98 73

70.5 52.5

68 67

48.9 48.2

33

23.7

37

26.6

22

15.8

Selain itu, responden kajian juga menyatakan bahawa unit kaunseling dan khidmat nasihat kerjaya juga kurang berjaya memainkan peranan secara berkesan dalam membantu pelajar untuk menentukan haluan kerjaya selepas tamat pengajian (Jadual 11). Sebahagian besar responden berharap unit ini dapat memperbanyakkan lagi aktiviti bersama pelajar serta meningkatkan maklumat, sebaran maklumat dan promosi berkaitan dengan program atau kursus pembangunan kemahiran kebolehpasaran dengan lebih giat lagi. Ini kerana 41.2 peratus daripada responden menghadapi masalah dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan pekerjaan dan pasaran kerja. Didapati 72.3 peratus daripada responden mendapatkan maklumat berkaitan dengan pekerjaan daripada laman sesawang berbanding dengan medium yang lain seperti unit kerjaya universiti, alumni atau ekspo kerjaya yang dianjurkan oleh pihak universiti.

Jadual 11: Keberkesanan Unit Kaunseling dan Kerjaya Universiti dalam Membantu pelajar Menentukan Haluan Kerjaya

Sangat berkesan Berkesan Sederhana Tidak berkesan Sangat tidak berkesan Jumlah

Frekuensi 18 100 111 16 3 248

Peratus 7.3 40.3 44.8 6.5 1.2 100.0

57

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Sementara dari segi mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat berkaitan dengan kerjaya dan prospek pekerjaan, sebilangan besar responden merujuk kepada pensyarah dan Penasihat Akademik mereka sebagai pihak yang dianggap lebih mengetahui tentang prospek kerjaya dan kemahiran yang diperlukan alam pekerjaan (Jadual 12). Sementara unit kaunseling dan kerjaya universiti hanya hanya menjadi rujukan sebilangan kecil pelajar (26.6%).

Jadual 12: Khidmat Kaunseling dan Kerjaya

Unit kaunseling dan kerjaya universiti Penasihat Akademik Pensyarah Unit kerjaya luar IPT Individu[rakan/kenalan/saudara] Lain-lain

Frekuensi 76 138 197 73 150 9

Peratus 26.6 48.3 68.9 25.5 52.4 3.1

Malahan pelajar lebih banyak mendapatkan pandangan dari individu lain (rakan/kenalan/saudara) dalam hal ini berbanding dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti. Dalam konteks ini, pensyarah pada masa ini seharusnya mempunyai pengetahuan yang baik berkaitan dengan prospek kerjaya program pengajian yang ditawarkan serta juga pengetahuan berkaitan dengan keperluan pasaran pekerjaan dari segi kemahiran kebolehkerjaaan yang sangat dikehendaki oleh majikan pada masa ini. Tugas sebagai pensyarah pada masa ini semakin mencabar kerana perlu memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda pembangunan kebolehpasaran siswazah di universiti masingmasing. Oleh hal yang demikian, para pensyarah juga perlu didedahkan kepada program/kursus pembangunan kebolehpasaran agar mereka dapat memainkan peranan secara berkesan.

USM pada umumnya telah menyediakan peluang yang banyak kepada pelajar sama ada dari segi peranan institusi tertentu dalam memberi khidmat nasihat mahupun dari segi menganjur dan mengadakan program/kursus yang sesuai dengan keperluan pelajar. Namun selain daripada itu hasil temu bual yang dijalankan dengan piha PPGKK juga mendapati bahawa sebilangan besar pelajar tidak tahu kepentingan kemahiran kebolehpasaran dan ini menyebabkan ramai yang tidak mengambil peluang mengikuti program/kursus yang dianjurkan oleh pihak universiti. Ini mungkin disebabkan oleh program/kursus ini bukan merupakan sebahagian daripada program pengajian yang penting untuk pengijazahan serta tidak diwajibkan kepada pelajar untuk terlibat. Oleh yang demikian, untuk menjayakan agenda kebolehpasaran siswazah semua pihak khususnya pelajar sendiri perlu mengambil inisiatif dan tindakan proaktif dalam mempersiapkan diri masing-masing bagi menghadapi persaingan dalam pasaran pekerjaan.

KESIMPULAN Isu kebolehpasaran siswazah merupakan satu isu yang perlu diberikan perhatian yang serius bukan sahaja oleh graduan yang masih belajar di institusi pengajian tinggi tetapi juga oleh pihak universiti. Universiti sebagai penghasil sumber modal insan yang penting harus mengambil langkah proaktif dalam mengukuhkan kebolehpasaran graduan masing-masing. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa USM telah mengambil langkah yang sewajarnya dengan menubuhkan pusat sehenti (PPGKK) yang memainkan peranan penting dalam membantu pelajar dari segi memberi khidmat nasihat, penyebaran maklumat dan juga melaksanakan program serta kursus yang sesuai untuk mengukuhkan kelebihan daya saing dan seterusnya kebolehpasaran graduannya. Namun demikian, dalam kalangan pelajar prasiswazah yang terlibat dalam kajian mendapati bahawa 58

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

wujudnya kekangan yang menghadkan mereka untuk mengambil peluang mengikuti program dan kursus yang dianjurkan disebabkan oleh masalah bebanan tugasan dan kuliah. Selain dari itu, masalah kekurangan maklumat dan promosi juga merupakan antara penyebab ramai kalangan responden tidak menjadikan PPGKK sebagai pusat rujukan dalam membantu pelajar. Sebaliknya, pensyarah dan penasihat akademik lebih banyak dijadikan sebagai rujukan dalam mendapatkan khidmat nasihat berkaitan dengan prospek kerjaya. Oleh hal yang demikian, pensyarah dan penasihat akademik di universiti bukan sahaja perlu pakar dalam bidang akademik masing-masing tetapi juga perlu menambah pengetahuan berkaitan dengan bidang kerjaya, prospek pekerjaan serta keperluan kemahiran kebolehkerjaan yang penting dalam pasaran buruh.

PENGHARGAAN Makalah ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan di bawah Geran Universiti Penyelidikan (RUUSM) [1001/PHUMANITI/816167] dan Geran Jangka Pendek USM [304/PHUMANITI/6312063].

BIBILIOGRAFI Beatrice, D., Tarantola, S., & Nijlen, D.V. (2008). Labour Market Performance of University Graduates: Evidence from Italy. JRC Scientific and Technical Report. CRELL. European Commission. Ispra. Chang, M. (2004). Why Some Graduate are More Marketable than Others: Employer’s Perspective. Kertas Kerja Dibentangkan dalam Workshop on Enhancing Graduate Employability in a Globalised Economy. Unit Perancang Ekonomi Malaysia. Daria, C., & Alessandro, M. (2010). Does University Choice Drive Graduate’s Employability? Munich Personel RePEc Arvhive. ESECT. (2004). Enhancing Student Employability Co-ordination Team. Diakses pada 20 Ogos 2011 daripada http://www.hefce.ac.uk/learning/tinits/esect/ Faggian, A. & McCann, P. (2009). Universities, agglomerations and graduate human capital mobility. Tijdschrift voor Economische eb Sociale Geografie, 100(2), 210-223. Filer, R., Hamermesh, D.S., & Rees, A.E. (1996). Economics of work and pay. New York: Harper Collins. Florida, R. (2000). The Economic Geography of Talent. Pittsburgh PA: Carnegie Mellon University. Giorgio, B., & Cappellari, L. (2008). The Labour Market Effect of Alma Mater: Evidence from Italy. Economic of Education Review, 27(5), 564-574. Gurvinder Kaur, Gurcharan Singh, & Sharan Kaur Garib Singh (2008). Malaysian graduates’ employability skills. UNITAR E-Jornal, 4(1), 44-44. Harvey, L. (1999). Employability: Developing the Relationship between Higher Education and Employment. Pembentangan di Seminar Kelima Quality in Higher Education 24-Hour, 28 Oktober, Scarman House, Warwick University. Harvey, L. (2001). Defining and Measuring Employability. Quality in Higher Education, 7(2), 97-109. DOI: 10.1080/13538320120059990. Hillage, J., & Pollard, E. (1998). Employability: Developing a Framework for Policy Analysis. EfEE Research Briefing. No. 85. Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) (2003). Laporan Akhir Kajian Masalah Pengangguran di Kalangan Graduan. Pulau Pinang: Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN). 59

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) (2007a). University Education Curricula and Workplace Literacy. Pulau Pinang: Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN). Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) (2007b). Enhancing the Effectiveness of the Industrial Training of Undergraduate Students: Input from Industries and Organization. Pulau Pinang: Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN). Jabatan Perangkaan Malaysia (2011). Data siri masa penyiasatan tenaga buruh, 1982-2010. Jabatan Perangkaan Malaysia. Diakses pada 27 September 2011 daripada http://www.statistics.gov.my Jabatan Perangkaan Malaysia (2011). Perangkaan tenaga buruh siswazah: Penyiasatan tenaga buruh. Jabatan Perangkaan Malaysia. Diakses pada 10 September 2012 daripada http://www.statistics.gov.my Jabatan Perangkaan Malaysia (2011). Buku tahunan perangkaan Malaysia 2010. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia (2012). Siaran bulanan: Perangkaan tenaga buruh, Malaysia, Jun 2012. Jabatan Perangkaan Malaysia. Diakses pada 10 September 2012 daripada http://www.statistics.gov.my Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006). Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2005. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2007). Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2006. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2008). Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2007. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2009). Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2008. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2010). Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2009. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2011). Kajian Pengesanan Graduan IPT. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi (2011). Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2010. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2012). Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2011. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Knight, P. T. dan Yorke, M. (2003) Employability and Good Learning in Higher Education. Teaching in Higher Education, 8(1), 3-16. DOI: 10.1080/1356251032000052294. Koo, Y.L., Vincent, P., & Fadhil Mansur (2009). Employer perception on graduate literacy’s in higher education in relation to the workplace. Diakses pada 28 April 2011 daripada http://www.espworld.info/Articles_20/DOC/Koo_vp_employer_Journal18Oct09.pdf Lall, S. (2000). FDI and Development: Research Issues in the Emerging Context. Policy Discussion Paper 20. Centre for International Economic Studies, University of Adelaide. Litisha Asmaak Shafie, & Surina Nayan (2010). Employability Awareness among Malaysian Undergraduates International Journal of Business and Management, 5(8), 119-123. Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) (2010). Model Baru Ekonomi untuk Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional. 60

Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Norain Mat Lazim dan Nooriah Yusof (2012). Pelaburan Langsung Asing di Kedah dan Daya Tarikan Taman Teknologi Tinggi Kulim. AKADEMIKA [Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Asia Tenggara], 82(1), 31-48. Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) (2007). Education at a Glance: OECD Indicators 2007. Paris: OECD. Pusat Penempatan Graduan, Kerjaya & Kaunseling USM (2013). Universiti Sains Malaysia. Sharifah Md Nor & Bahaman Abu Samah (2009) Socioeconomic Factor and First-Degree Graduate Employability: The Malaysian Scenario. International Journal of Diversity in Organisations, Communities and Nations, 9(3), 87-102. Stewart, F. (1996). Globalisation and Education. International Journal Educational Development, 16(4), 327333. Unit Kemasukan dan Pengeluaran Pelajar (2011). Bahagian Pengurusan Akademik USM. Venhorst, V., Dijk, J. V. & Wissen, L. V. 2010. Do The Best Graduates Leave the Peripheral Areas of the Netherlands? Tijdschrift voor Economische en Social Geografie, 521–537. Zinser, R. (2003). Developing Career and Employability Skills: A US Case Study. Diakses pada 13 September 2008. Daripada http://www.google.com.my/search?hl=ms&q=Developing+career+and+Employability+Skills%3A+a+ US+case+study%2C+zinser&meta.

61

Suggest Documents