PENGAKUAN. Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

ii PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. 2...
Author: Randolph Fields
5 downloads 0 Views 2MB Size
ii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

27 Jun 2013

Tan Dai Wang A134688

iii

PENGHARGAAN

Salam Sejahtera. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggitinggi penghargaan kepada mereka yang telah membantu saya sepanjang perlaksanaan projek tahun akhir ini yang bertajuk Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia projek saya iaitu Puan Hairulliza Mohamad Judi di atas segala tunjuk ajar, dorongan serta bimbingan yang membina bagi membolehkan saya menrealisasikan projek ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi cabaran dan dugaan kehidupan di UKM serta bantuan dan dorongan diberikan secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan projek tahun akhir ini.

Selain itu, tidak dilupakan juga saya ucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa serta ahli keluarga saya. Mereka memberi saya sokongan yang tidak terhingga di atas pencapaian saya sekarang dan sentiasa mendoakan kejayaan saya dalam apa jua yang saya lakukan.

iv

ABSTRAK

Permintaan terhadap perkhidmatan teknologi mudah alih termasuk penggunaan telefon pintar terus berkembang dan ini telah mendorong organisasi dan pengurus pemasaran untuk menggunakan teknologi ini bagi memasarkan produk mereka. Antara kelemahan penggunaan buku katalog adalah butiran maklumat produk yang tidak dapat dikemaskini dari semasa ke semasa dan ini menyulitkan pengedar semasa memaparkan butiran produk kepada pelanggan. Oleh yang demikian, kajian ini membangunkan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung untuk memudahkan pengedar produk jualan langsung dalam pengurusan dan pemaparan katalog produk. Dalam pembangunan aplikasi ini, perisian Eclipse Integrated Development Environment(IDE) telah digunakan untuk membangunkan antara muka dan fungsi aplikasi ini. Manakala, pembangunan pangkalan data bagi aplikasi ini pula menggunakan SQLite. Aplikasi ini membolehkan pengedar produk jualan langsung menguruskan produk dan memaparkan kepada pelanggan. Selain itu, fungsi pengawalan stok produk juga disediakan dalam aplikasi ini. Dengan menggunakan aplikasi ini, pengedar boleh memaparkan katalog produk dalam kategori masing-masing serta mengemaskini data stok dengan lebih efisien dan efektif.

v

PRODUCT CATALOGUE MOBILE APPLICATION FOR DIRECT SELLING

ABSTRACT

Demand for mobile technology, including smart phones that continues to grow has led organizations and marketing managers to use this technology to market their product. A catalogue with the details of product that can not be updated from time to time have trouble the distributor while showing catalogue to the customer. Thus, Product Catalogue Mobile Application For Direct Selling was developed to facilitate direct selling distributor in the management and display of product catalogue. During the application development, Eclipse Integrated Development Environment (IDE) was used to develop the interface and functionality of this application. Meanwhile, SQLite was used in the development of database system. In this application, direct selling distributor can manages their product catalogue and display them to customer. In addition, direct selling distributor can also control the stock using the stock control functions available in this application. By using this application, direct selling distributor may presents the product in their respective categories and be able to update stock data more efficiently and effectively.

vi

KANDUNGAN

Halaman PENGAKUAN

ii

PENGHARGAAN

iii

ABSTRAK

iv

ABSTRACT

v

KANDUNGAN

vi

SENARAI RAJAH

ix

SENARAI JADUAL

xi

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1

1.2

Pernyataan Masalah

2

1.3

Objektif Projek

3

1.4

Skop Projek

3

1.5

Metodologi

4

1.5.1 Fasa Analisis

4

1.5.2 Fasa Rekabentuk

5

1.5.3 Fasa Implementasi

5

1.5.4 Fasa Pengujian

6

1.6

Organisasi Projek

6

BAB II

KAJIAN KESUSASTERAAN

2.1

Pengenalan

8

2.2

Sistem Operasi Telefon

8

2.3

Pemasaran Produk Jualan Langsung Melalui Aplikasi Mudah

11

Alih 2.4

Kajian Kes Antara Organisasi

13

2.5

Tinjauan Aplikasi Sedia Ada Di Pasaran

13

vii

2.6

Perbandingan Aplikasi

18

2.7

Kesimpulan

18

BAB III

ANALISIS DAN REKA BENTUK

3.1

Pengenalan

19

3.2

Siasatan Awal Aplikasi Semasa

20

3.3

Reka Bentuk Pembangunan Aplikasi

20

3.3.1 Ciri Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan

21

Langsung 3.3.2 Kegunaan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan

23

Langsung 3.4

Spesifikasi Aplikasi

24

3.4.1 Keperluan Perkakasan Komputer

24

3.4.2 Keperluan Perisian Komputer

25

3.4.3 Spesifikasi Fungsian

26

3.4.4 Kebolehgunaan

28

3.5

Pangkalan Data

28

3.6

Reka Bentuk Sistem

29

3.6.1 Rajah Konteks

29

3.6.2 Rajah Aliran Data (DFD) dan Rajah Hubungan Entiti

29

(ERD) 3.6.3 Kamus Data

36

3.7

Reka Bentuk Antara Muka

37

3.8

Kesimpulan

42

BAB IV

IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN

4.1

Pengenalan

43

4.2

Persekitaran Pembangunan

44

4.3

Hasil Pembangunan Aplikasi

44

4.4

Pengujian Aplikasi

59

viii

4.4.1 Kes Pengujian bagi Modul Pangkalan Data

60

4.5

Ujian Kebolehgunaan

62

4.6

Kesimpulan

63

BAB V

KESIMPULAN

5.1

Pengenalan

64

5.2

Kelebihan Aplikasi

65

5.3

Kelemahan Aplikasi

67

5.4

Kekangan

67

5.5

Cadangan Penambahbaik Aplikasi

68

5.6

Kesimpulan

69

RUJUKAN

70

ix

SENARAI RAJAH

No. Rajah

Halaman

1.1

Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC)

4

2.1

Antara muka aplikasi TESCO

15

2.2

Antara muka aplikasi AVON

16

2.3

Antara muka aplikasi katalog IKEA

17

3.1

Carta Senibina Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan

22

3.2

Rajah konteks Aplikasi Mudah Alih Produk Jualan Langsung

31

3.3

Rajah aliran Data Paras 0

32

3.4

Rajah aliran Data Proces 1 Paras 1

33

3.5

Rajah aliran Data Proces 2 Paras 1

33

3.6

Rajah aliran Data Proces 3 Paras 1

34

3.7

Rajah aliran Data Proces 4 Paras 1

34

3.8

Rajah aliran Data Proces 5 Paras 1

35

3.9

Rajah hubungan entiti Aplikasi Mudah Alih Produk Jualan

35

Langsung 3.10

Reka bentuk antara muka daftar masuk

38

3.11

Reka bentuk antara muka menu utama

38

3.12

Reka bentuk antara muka senarai pelanggan

39

3.13

Reka bentuk antara muka butiran dan gambar pelanggan

39

3.14

Reka bentuk antara muka menambah pelanggan

40

3.15

Reka bentuk antara muka membuat tempahan

40

3.16

Reka bentuk antara muka senarai tempahan

41

3.17

Reka bentuk antara muka katalog

41

3.18

Reka bentuk antara muka butiran dan gambar produk

42

4.1

Antara muka mendaftar masuk

45

4.2

Antara muka mendaftar akaun

46

4.3

Antara muka log masuk

46

4.4

Antara muka Menu Utama

47

x

4.5

Antara muka Senarai Pelanggan sebelum pelanggan ditambah

48

4.6

Antara muka Senarai Pelanggan selepas pelanggan ditambah

48

4.7

Antara muka Tambah/Kemas Kini pelanggan

49

4.8

Antara muka butiran pelanggan yang dipilih

50

4.9

Antara muka pilih pelanggan

51

4.10

Antara muka borang tempahan ringkas

52

4.11

Antara muka senarai tempahan yang telah dibuat

53

4.12

Antara muka senarai pelanggan yang mempunyai sejarah

54

jualan 4.13

Antara muka senarai butiran sejarah tempahan

54

4.14

Antara muka senarai produk dalam katalog

55

4.15

Antara muka produk diterangkan bagi kuantitinya pada tahap

55

yang rendah 4.16

Antara muka mengemaskini kuantiti stok

56

4.17

Antara muka katalog produk

57

4.18

Antara muka butiran produk yang dipilih

58

4.19

Antara muka menambah produk

59

xi

SENARAI JADUAL

No. Jadual

Halaman

2.1

Perbandingan aplikasi sedia ada

21

3.1

Kes kegunaan Log Masuk

27

3.2

Kes kegunaan kemas kini maklumat peribadi pelanggan

27

3.3

Kes kegunaan paparan Katalog Produk

27

3.4

Kes kegunaan membuat tempahan

27

3.5

Kes kegunaan melihat senarai tempahan dan senarai sejarah

28

jualan 3.6

Kes kegunaan kemas kini butiran Katalog Produk

28

3.7

Simbol dalam ERD

29

3.8

Hubungan antara entiti

30

3.9

Simbol Rajah Aliran Data

30

3.10

Kamus data jadual log masuk

36

3.11

Kamus data jadual stok jualan

36

3.12

Kamus data jadual senarai pelanggan

36

3.13

Kamus data jadual senarai tempahan

37

4.1

Pengujian Aplikasi

61

4.2

Penilaian bagi Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan

62

Langsung

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Pada masa kini, dunia telefon pintar sedang berkembang pada kadar yang pesat. Statistik telah menunjukkan bahawa bilangan pengguna telah mencecah satu bilion. Ini membuktikan bahawa telefon pintar telah menjadi alat yang penting dan tidak dapat diabaikan dalam kehidupan masyarakat kini. Telefon pintar mempunyai banyak fungsi seperti Sistem Kedudukan Global/Global Positioning System(GPS), kamera dan banyak lagi kemudahan yang dapat menigkatkan keselesaan dan taraf hidup manusia.

Perkembangan teknologi mudah alih dan telefon pintar yang pesat, terdapat banyak sistem operasi telah dicipta untuk mengendalikan fungsi asas dalam telefon pintar yang serba canggih ini. Contoh sistem operasi bagi telefon pintar ialah iOS, Android, Symbian, Microsoft dan lain-lain. Sistem operasi Android merupakan sistem operasi yang paling popular. Ini disebabkan Android menawarkan satu persekitaran pembangunan aplikasi di atas kernel Linux yang merupakan sumber terbuka. Platform Android membenarkan perkakasan akses kepada semua aplikasi Android melalui perpustakaan antara muka pengaturcaraan aplikasi/Aplication Programming Interface(API) Libraries dan interaksi aplikasi dengan mengawalnya secara teliti.

2

Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung merupakan satu aplikasi yang boleh membantu pengedar produk jualan langsung untuk menguruskan stok produk mereka. Pengedar boleh menambah stok produk yang ada dalam tangan mereka ke dalam aplikasi ini dan mengkategorikan produk mengikuti jenis masing-masing. Selepas itu, pengedar boleh mengedit butiran produk seperti gambar, nama, harga, kuantiti dan penerangan atau menghapuskan produk tersebut. Selain itu, aplikasi tersebut juga membenarkan pengedar untuk mengendalikan pelanggan mereka. Pengedar boleh menambah pelanggan baru dan mengedit maklumat peribadi bagi pelanggan lama ataupun menghapuskan pelanggan daripada senarai pelanggan. Di samping itu, pengedar boleh mengambil tempahan daripada pelanggan mereka. Pengedar juga boleh melihat sejarah tempahan bagi setiap pelanggan yang ada buat tempahan.

1.2

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Baker (2007), permintaan terhadap perkhidmatan teknologi mudah alih termasuk telefon pintar yang terus berkembang telah mendorong organisasi dan pengurus pemasaran untuk menggunakan teknologi ini bagi memasarkan produk mereka. Konsep pemasaran menggunakan teknologi mudah alih masih belum banyak diterokai dalam kajian akademik (Bauer et al., 2005). Kajian ini mencadangkan sebuah aplikasi yang dapat memasarkan produk jualan langsung melalui katalog menggunakan teknologi mudah alih.

Kawalan stok merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam menguruskan satu perniagaan termasuk jualan langsung. Masalah yang dihadapi oleh pengedar produk jualan langsung adalah tidak mampu membiayai kos sistem kawalan stok yang tinggi. Selain itu, pengedar juga mengalami masalah dalam memaparkan butiran stok produk yang ada dalam tangan mereka secara sistematik kepada pelanggan mereka. Pengedar hanya bergantung kepada buku katalog yang diberikan oleh pihak syarikat produk jualan langsung dan menghadapi masalah apabila mencari sesuatu produk daripada buku katalog. Salinan keras katalog-katalog daripada syarikat produk jualan langsung juga tidak dikemaskinikan dengan produk yang terbaru dari masa ke semasa.

3

Pengurusan hubungan dengan pelanggan juga satu aspek yang amat penting dalam menjalani urus niaga jualan langsung. Pengedar produk jualan langsung tidak ada satu cara yang sistematik untuk menguruskan pelanggan. Cara menghubungi pelanggan iaitu nombor telefon bimbit biasanya telah dicampurkan dengan nombor keluarga dan nombor kawan dalam telefon bimbit. Ini amat menyusahkan apabila hendak mencari nombor telefon pelanggan dalam nombor hubungan yang beratus-ratus. Secara tidak langsung akan menyebabkan kehilangan sesetengah pelanggan. Selain itu, pembelian produk oleh pelanggan juga hanya dicatatkan pada buku catatan sahaja sebelum membuat tempahan dalam talian. Oleh itu, pengedar produk jualan langsung memerlukan satu aplikasi yang mempunyai fungsi yang boleh mengatasi masalah yang dihadapi.

1.3

OBJEKTIF PROJEK

Berpandukan pernyataan masalah yang telah dinyatakan, objektif kajian adalah untuk membangunkan satu Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung. Aplikasi ini mempunyai dua modul yang fungsinya berlainan. Antara modul yang terkandung dalam aplikasi ini ialah:

1.4

SKOP PROJEK

Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung dibangunkan untuk pengedar produk jualan langsung. Pembangunan aplikasi ini juga hanya menggunakan beberapa kategori produk jualan langsung seperti produk komestik, nutrisi dan barangan mandi sebagai kajian kes. Hanya satu jenama jualan langsung iaitu jenama Amway digunakan sebagai kajian kes.

4

1.5

METODOLOGI

Metodologi yang digunakan untuk membangunkan aplikasi ini adalah Metodolgi Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) (Blanchard et al., 2006). Antara fasa yang terdapat dalam metodologi ini ialah fasa analisis, rekabentuk, implementasi, dan pengujian. Rajah 1.1 menunjukkan empat fasa utama yang perlu dilaksanakan di dalam proses pembangunan aplikasi.

ANALISIS

REKABENTUK

IMPLEMENTASI

PENGUJIAN

Rajah 1.1 Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) 1.5.1

FASA ANALISIS

Fasa tersebut mengkaji latar belakang organisasi, menentukan masalah yang dihadapi dan mencadangkan penggunaan aplikasi baru atau mengubahsuai cara lama. Aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam fasa ini ialah pengumpulan fakta, mengenal pasti keperluan aplikasi, dan penjanaan alternatif dan pemilihan, pembentangan kepada pihak pengurusan. Peringkat pertama tersebut juga merangkumi fasa analisis iaitu merupakan peringkat yang amat penting untuk memulakan pembangunan sesuatu aplikasi. Keperluan pengguna harus dikaji dengan teliti supaya tidak menghadapi masalah untuk pembangunan aplikasi kemudian. Penghasilan keputusan peringkat ini akan dibawa kepada peringkat yang berikutnya untuk meneruskan pembangunan.

1.5.2

FASA REKABENTUK

Merekabentuk aplikasi seperti yang telah dirancangkan. Terdapat 4 rekabentuk yang dihasilkan iaitu rekabentuk input, rekabentuk output, rekabentuk pangkalan data dan rekabentuk antaramuka pengguna. Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung akan dibahagikan kepada dua komponen iaitu, modul katalog dan modul pangkalan data.

5

Dalam modul katalog, butiran produk jualan langsung akan dipaparkan dan dikategorikan melalui jenis masing-masing dalam aplikasi ini. Ini memudahkan pengguna untuk mencari sesuatu produk yang dikehendaki dan pengguna juga boleh membuat perbandingan produk yang dikehendaki oleh mereka.

Dalam modul pangkalan data, pengedar boleh mengemaskini data stok jualan. Ini akan menyenangkan pengedar dan menjimatkan masa dalam proses kawalan stok. Pengedar juga dapat menguruskan maklumat pelaggan seperti nama, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel bagi mendirikan satu hubungan yang baik dengan pelanggan. Selain itu, pengedar boleh membuat tempahan produk yang diminta oleh pelanggan dan tempahan tersebut akan direkodkan di bawah nama pelanggan.

1.5.3

FASA IMPLEMENTASI

Untuk memulakan proses implementasi, komputer yang ingin mengimplimentasikan sistem tersebut haruslah dipastikan mempunyai keperluan asas seperti perisian atau sistem operasi yang diperlukan. Bagi Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung, komputer yang digunakan untuk membina aplikasi ini haruslah dipastikan menepati keperluan sistem Android Software Development Kit (SDK). Seterusnya, pakej Android Software Development Kit (SDK) dan Plugin Android Development Tools (ADT) perlu dipasang pada perisian Eclipse yang merupakan platform pembangunan sistem Android. Algoritma yang ditulis akan ditukarkan kepada bahasa mesin yang difahami oleh platform Android melalui perisian Eclipse. Selain itu, Android Virtual Device (AVD) Manager juga perlu dipasangkan sebagai sistem simulasi bagi aplikasi yang akan dibangunkan (Meier, 2010).

1.5.4

FASA PENGUJIAN

Dalam peringkat pengujian, Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung akan diimplementasikan ke dalam beberapa telefon pintar atau tablets. Fungsi-fungsi aplikasi akan diuji untuk memastikan aplikasi yang dibina menepati keperluan pengguna. Dalam

6

peringkat pengujian juga, Android Virtual Device (AVD) Manager akan digunakan untuk menguji fungsi Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung. Fungsi-fungsi aplikasi akan diuji untuk memastikan aplikasi yang dibina menepati keperluan pengguna. Selain itu, telefon pintar yang berplatform Android juga akan digunakan untuk proses pengujian. Aplikasi yang telah dibangunkan akan memasang dalam telefon pintar selepas pengujian dalam AVD Manager berjaya. Fungsi yang penting juga akan diuji semula selepas aplikasi ini dipasangkan ke dalam telefon pintar.

1.6

ORGANISASI PROJEK

Dokumentasi ini dibahagikan kepada lima bab. Setiap bab mewakili segmentasi tertentu dalam bab masing-masing.

Bab I menerangkan pengenalan kepada dokumentasi ini di mana ia menyentuh pengenalan, penyataan masalah, objektif, skop projek, metodologi dan ringkasan keseluruhan projek dan dokumentasi.

Bab II merupakan kajian kesusteraan bagi projek ini. Sebelum membangunkan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung, kajian terhadap sistem operasi bagi telefon pintar, kajian tentang pemasaran produk jualan langsung melalui aplikasi mudah alih dan kajian kes antara organisasi dilakukan. Selain itu, satu tinjauan terhadap aplikasi yang sedia ada di pasaran dibuat dan aplikasi yang dipilih dibandingkan dengan aplikasi katalog yang kini digunakan.

Bab III pula tertumpu kepada analisis dan reka bentuk bagi aplikasi yang dibangunkan. Dalam fasa analisis, kajian mengenai aplikasi semasa dan spesifikasi aplikasi dikaji dan dianalisis. Reka bentuk antara muka, proses dan data ditunjukkan dalam fasa reka bentuk. Pelbagai jenis rajah digunakan dalam fasa analisis dan reka bentuk semasa pembangunan aplikasi ini.

7

Bab IV pula menerangkan fasa implementasi dan pengujian. Hasil pembangunan aplikasi ditunjukkan dan fungsi bagi setiap antara muka dinyatakan dengan jelas. Kes pengujian bagi modul katalog dan pangkalan data juga dipaparkan.

Bab V merangkumi kelebihan dan kelemahan aplikasi. Kekangan semasa membangunkan aplikasi ini juga dinyatakan. Selain itu, bab ini juga menyatakan cadangan penambahbaik bagi Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung pada masa akan datang dan kesimpulan projek.

8

BAB II

KAJIAN KESUSASTERAAN

2.1

PENGENALAN

Dalam bab ini, pembangunan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung berasaskan platform Android dikaji. Terdapat lima bahagian yang dibincangkan dalam bab ini iaitu kajian tentang sistem operasi bagi telefon, kajian tentang pemasaran produk jualan langsung melalui aplikasi mudah alih, kajian kes antara organisasi, kajian dan perbandingan bagi aplikasi sedia ada di pasaran. Kajian tentang sistem operasi bagi telefon menghuraikan dan membandingkan sistem operasi Android dan iOS. Kajian tentang pemasaran produk jualan langsung melalui aplikasi mudah alih pula membincangkan produk jualan langsung, pemasaran mudah alih serta penerimaan pengguna terhadap pemasaran produk jualan langsung berasaskan mudah alih. Kajian kes antara organisasi membincangkan mengenai bidang yang digunakan sebagai kajian kes, ciri aplikasi yang dibina dan huraian manfaat yang diperolehi. Seterusnya, hasil analisis yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah perbandingan aplikasi sedia ada di pasaran akan dihuraikan.

2.2

SISTEM OPERASI TELEFON

Sukar untuk membayangkan dunia tanpa penggunaan telefon pada hari ini. Tidak kira di mana jua pun, pasti lebih ramai yang menggunakan telefon berbanding telefon bimbit biasa yang hanya mempunyai fungsi asas iaitu menelefon dan menghantar Short Message

9

Service(SMS) saja. Jika ada sekalipun, telefon bimbit ‘kuno’ yang digunakan masih mampu mengambil gambar, memainkan lagu dan sesetengahnya boleh melayari internet. Secara ringkasnya, definisi telefon

meliputi unit telefon bimbit yang dibina

menggunakan landasan perkomputeran dan mempunyai keupayaan serta capaian lebih canggih berbanding telefon bimbit biasa. Pada akhir 90-an, sebahagian besar telefon bimbit hanya mempunyai fungsi asas telefon. Mereka yang memerlukan kegunaan melebihi telefon bimbit biasa sering membawa bersama pembantu digital peribadi (PDA) atau peranti seperti ‘pager’ yang menggunapakai antaranya sistem operasi awal Palm OS, Blackberry OS atau Windows CE dan Pocket PC (Helmy Abd Rahman, 2007).

Pada era teknologi yang berkembang pesat ini, banyak sistem operasi bagi telefon telah dicipta untuk mengendalikan fungsi aplikasi yang berlainan. Antara sistem operasi yang popular ialah iOS, Windows, Symbian, Andriod, Blackberry dan sebagainya. Sistem operasi iOS dikeluarkan oleh syarikat Apple; Windows dicipta oleh Miscosoft; Symbian dibangunkan oleh Symbian Ltd; Android dibangunkan oleh Open Handset Alliance; manakala sistem operasi Blackberry dibangunkan oleh Research In Motion (RIM).

Hari ini, peranti canggih yang menampilkan semua sistem terbabit dikenali sebagai telefon (Helmy Abd Rahman, 2007). Terma telefon pertama kali digunakan sejak 1997 apabila syarikat Ericsson memperkenalkan peranti yang dilabelkan sebagai ‘smartphone’. Bagaimanapun, telefon pertama sebenarnya berada di pasaran lebih awal dari itu apabila IBM Simon dilancarkan pada 1993. Dalam lapisan Android Runtime, mesin maya Dalvik dan teras perpustakaan Java menyediakan fungsi yang paling teras.

Perpustakaan Android bagi kelas C/C++ terdapat dalam lapisan Library bersepadu oleh lapisan Application Framework dan kemudian diperuntukkan kepada pemaju. Manakala, lapisan Application Framework menyediakan semua jenis modul untuk pengawalan program. Tujuannya adalah untuk memudahkan penggunaan komponen dan membenarkan pembangun untuk melakukan apa yang mereka hendak capai dalam program atau aplikasi mereka. Strim utama bagi aplikasi terletak dalam

10

lapisan Application. Pengguna boleh berinteraksi secara langsung dalam lapisan ini (Zou et al., 2011).

Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon , komputer tablet dan komputer riba. Seni bina aplikasi Android terdiri daripada lima lapisan iaitu kernel Linux, Android Runtime, Library, Application Framework dan Application. Android menyediakan perkhidmatan teras seperti keselamatan, pengurusan memori, proses pengurusan, rangkaian tindanan dan pemacu berdasarkan Linux 2.6. Kernel Linux sebagai abstrak lapis antara perisian dan perkakasan menyembunyikan butiran pelaksanaan perkakasan dan menyediakan perkhidmatan bersepadu kepada lapisan di atasnya.

Android ialah landasan sumber terbuka yang disokong Google bersama pembangun perisian dan perkakasan utama antaranya Intel, HTC, ARM, Motorola dan Samsung (Helmy Abd Rahman, 2007). Android digunakan oleh 34 syarikat telekomunikasi sebagai sistem operasi bagi produk mereka. Sebagai contohnya, Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia. Bahasa pengaturcaraan JAVA dan bahasa pengaturcaraan C/C++ digunakan untuk membangunkan aplikasi bagi platform Android. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi yang berfungsi di bawah platform Android dibangunkan (Wikipedia 2012).

Sistem operasi iOS sepatutnya dibangunkan hanya untuk iPhone, tetapi ia juga digunakan untuk produk Apple yang lain seperti iPod Touch, iPad and Apple TV. Namun sedemikian, iOS hanya dilesenkan untuk produk Apple sahaja. Bahasa pengaturcaraan seperti objectif C digunakan untuk menghasilkan aplikasi iOS. Java tidak dibenarkan membangunkan aplikasi iOS kerana iOS mempunyai lesen untuk pengeluaran aplikasi. Lebih daripada 550,000 aplikasi bagi Apple tersedia untuk dimuat turun oleh penggunanya (Wikipedia 2012).

Sistem operasi iPhone OS yang berdasarkan pada Unix Kernel dan Darwin model diperkenalkan oleh Darwin. iPhone OS ini berkembang dari Mac OS X dan merupakan

11

sumber yang tertutup. iOS merupakan sistem operasi untuk telefon, iPhone. iPhone OS terdiri daripada empat lapisan abstrak iaitu Core OS, Core Service, Media dan Cocoa Touch. Lapisan Core OS dan Core Service dicipta dalam bahasa C untuk mengendalikan perkhidmatan sistem teras. Selain itu, lapisan ini juga membolehkan pembangun untuk melaksanakan capaian fail, socket calling dan pengendalian data. CFNetwork dan SQLite juga merupakan bahagian dalam dua lapisan ini. Lapisan Media digunakan untuk mengawal video dan audio serta mengendalikan imej 2D dan 3D. Manakala, lapisan Cocoa Touch membina satu rangka kerja asas untuk semua jenis program dalam iPhone (Sadun 2009).

Satu kajian telah dijalankan oleh Millennial Media yang berkaitan dengan sistem operasi bagi telefon. Daripada kajian tersebut, didapati sistem operasi Android merupakan sistem operasi yang paling banyak digunakan iaitu 50%. Manakala, sistem operasi iOS merupakan sistem operasi yang kedua banyak digunakan iaitu 30% (Bauer 2011). Keputusan kajian ini menunjukkan sistem operasi Android mempunyai pengguna yang lebih ramai berbanding dengan sistem operasi iOS.

Pada masa depan, telefon dijangka akan mengambil alih tugas komputer, kamera dan pemain MP3. Antara teknologi baru yang sedang dikaji kini termasuk kamera yang mampu menembusi dinding dan video hologram serta mungkin diperkenalkan kepada pengguna tidak lama lagi. Hakikatnya, telefon mengalami evolusi menakjubkan yang kadangkala tidak langsung terfikir oleh manusia normal terutama sejak lima tahun terakhir ini.

2.3

PEMASARAN PRODUK JUALAN LANGSUNG MELALUI APLIKASI MUDAH ALIH

Perkembangan di dalam industri perdagangan mudah alih yang pesat telah membawa satu bidang baru dalam penyelidikan akademik, di mana kajian telah mengkaji pelbagai faktor yang mempengaruhi penerimaan pemasaran mudah alih dari kedua-dua perspektif pengguna dan organisasi. Pemasaran mudah alih yang melibatkan komunikasi dan

12

promosi dua atau pelbagai cara dengan menggunakan telefon mudah alih menjadi semakin penting dalam persekitaran peruncitan (Shankar et al., 2010).

Menurut Yen et al. (2008), strategi pengurusan jualan langsung adalah agak berbeza daripada pentadbiran perniagaan perusahaan umum. Ia melibatkan interaksi bersemuka dan memberi penekanan kepada hubungan interpersonal. Oleh itu, pemasaran produk jualan langsung memerlukan strategi bersesuaian terutama menggunakan teknologi mudah alih yang sedang berkembang.

Bagi pengedar produk jualan langsung yang berjaya, antara usaha untuk dirinya diterima sebagai sebahagian daripada entiti perniagaan, mereka perlu menggambarkan imej dan konsep syarikat. Ia penting untuk menjelaskan dan memenuhi keperluan pelanggan. Ini juga merupakan semangat yang paling penting dalam jualan langsung dan adalah sebab mengapa sebuah syarikat jualan langsung yang cemerlang kekal kukuh di pasaran.

Pada masa lalu, apabila pengedar menjual produk menggunakan cara jualan tradisional, keuntungan akan diagihkan kepada peserta peringkat pertama dan kedua. Oleh itu, kos pengedar akan meningkat dengan banyak. Dengan ini, kos tersebut akan dipindahkan kepada pelanggan, yang seterusnya membawa kepada beban kepada pelanggan. Untuk mengurangkan agihan keuntungan dalam beberapa peringkat, pengedar mula mencari kakitangan sendiri untuk jualan produk, atau cuba untuk menggunakan teknologi mudah alih untuk membantu jualan produk.

Satu kajian telah dijalankan oleh Roach (2009) untuk mengkaji persepsi pengguna terhadap pemasaran mengguna teknologi mudah alih. Kajian meninjau penglibatan pengguna dalam penggunaan telefon mudah alih sebagai strategi pemasaran. Analisis statistik menunjukkan bahawa kelebihan strategi dan keserasian strategi berkait rapat dengan penerimaan mereka terhadap mesej pemasaran yang dihantar melalui telefon mudah alih mereka. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang agak lemah antara tahap penglibatan pengguna dengan telefon mudah alih mereka dan penerimaan mereka

13

terhadap pemasaran menggunakan cara ini. Hasil kajian ini telah memberi input yang penting berkenaan faktor-faktor yang menggalakkan atau menghalang penerimaan pengguna terhadap bentuk pemasaran langsung yang baru ini.

2.4

KAJIAN KES ANTARA ORGANISASI

Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung ini adalah khas untuk perniagaan jualan langsung. Jualan langsung yang dipilih sebagai kajian kes ialah Jenama Amway. Pengedar Amway ini masih menggunakan cara perniagaan tradisional. Buku katalog merupakan salah satu cara digunakan untuk memaparkan stok yang dijual. Setiap pengedar akan menggunakan sekurang-kurang satu buku katalog untuk menunjukkan barang yang dijual kepada pelanggan. Selepas mendapatkan tempahan stok daripada pelanggan, pengedar Amway akan mencatatkan tempahan mereka ke dalam sebuah buku rekod secara manual. Ini menyebabkan pengedar Amway terpaksa menyimpan banyak buku katalog dan juga buku rekod yang berat dan tidak teratur. Selain itu, salinan keras buku katalog Amway jarang dikemaskini dari semasa ke semasa. Barangan yang terbaru tidak dikatalogkan dan barangan yang tidak dijual masih dipapar dalam buku katalog. Akibatnya, peniaga terpaksa meluangkan masa yang lama untuk mengemas kini buku katalognya secara manual.

2.5

TINJAUAN APLIKASI SEDIA ADA DI PASARAN

Dalam pasaran masa ini, terdapat banyak aplikasi yang fungsinya agak serupa dengan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung ini. Mereka juga memaparkan produk dengan menggunakan platform Android. Antara organisasi yang menggunakan aplikasi katalog yang agak serupa dengan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung ialah AVON, TESCO, IKEA, dan lain-lain.

TESCO adalah sebuah peruncit antarabangsa berpangkalan di Britain. TESCO diasaskan oleh Jack Cohen di East End, London pada tahun 1924. Manakala, gedung

14

TESCO pertama di Malaysia dibuka pada tahun 2002 di Puchong. TESCO plc adalah sebuah peruncit antarabangsa berpangkalan-British dan rangkaian runcit perdagangan umum. Ia peruncit terbesar British oleh kedua-dua jualan global dan bahagian pasaran tempatan dengan keuntungan melebihi £3 bilion (Wikipedia 2011). Ia pada masa ini adalah

peruncit

dunia

ketiga

terbesar

berdasarkan

pendapatan,

di

belakang Walmart dan Carrefour Perancis hanya kedua terbesar berdasarkan keuntungan, mendahului Carrefour. Pada asalnya mengkhusus dalam makanan dan minuman, ia telah mempelbagai kepada bahagian seperti pakaian, elektronik pengguna, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi; insurans rumah, kesihatan dan kereta; pelan gigi, peruncitan dan menyewa DVD, CD, muat turun muzik, perkhidmatan Internet, dan perisian.

TESCO Malaysia sekarang mempunyai sebanyak 30 gedung dan TESCO Extra (TESCO Store (Malaysia) Sdn Bhd). Aplikasi TESCO dalam platform Android dilancarkan pada tahun 2011. Aplikasi ini boleh memaparkan katalog promosi bagi TESCO Malaysia. Pengguna boleh melihat gambaran yang besar dengan klik katalog dalam skrin. Selain itu, aplikasi ini juga menunjukkan berita yang terkini mengenai TESCO Malaysia. Aplikasi TESCO Malaysia hanya mempunyai fungsi memaparkan katalog promosi dan berita organisasinya. Rajah 2.1 menunjukkan antara muka bagi aplikasi TESCO Malaysia dalam platform Android.

TESCO membuka gedung pertama di Malaysia pada 2002. TESCO Malaysia kini mengoperasi 30 gedung TESCO dan TESCO Extra. TESCO membina usahasama dengan Sime

Darby yang

memegang

30%

saham. TESCO

turut

mengambil

alih Makro yang dijenama semula kepada TESCO Extra. TESCO Malaysia clubcard memperkenalkan Green Club Card Points pada 2007 menjadikan TESCO Malaysia perniagaan antarabangsa TESCO pertama untuk memperkenalkan skim Green Club Card Points (TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd).

15

Rajah 2.2 Antara muka aplikasi TESCO Sumber: TESCO Store (Malaysia) Sdn Bhd (2013)

AVON telah diasaskan di USA pada 120 tahun yang lalu oleh seorang penjual buku yang berumur 28 tahun bernama David McConnell. Beliau mendapati bahawa minyak wangi aroma ros yang diberikan kepada pelanggan yang membeli bukunya sebagai insentif telah menjadi alasan bahawa banyak wanita yang membeli buku beliau. Keadaan itu telah mengilhamkan beliau untuk merealisasikan impian besar, iaitu pemprosesan produk yang bergerak pantas sebagai barangan berkualiti, dijual pada rangkaian luas terus dari pengilang ke rumah pengguna. Tidak lama kemudian, California Perfume Company telah ditubuhkan, dengan jenis lima wangian bau bunga, dan pelbagai barangan keperluan harian. Semua barang-barang telah disokong oleh jaminan wang kembali tanpa syarat - sesuatu yang masih dikekalkan oleh AVON.

Aplikasi AVON membolehkan pengguna melihat butiran produk seperti nama, gambar dan harga produk. Pengguna aplikasi Avon juga boleh membuat tempahan bagi pelanggan mereka melalui aplikasi ini. Fungsi pencarian produk yang disediakan dalam aplikasi ini membolehkan pengguna mencari sesuatu produk dengan cepat dan senang. Selain itu, Aplikasi AVON juga dapat menunjukkan produk promosi dan berita terkini yang ada kepada pelanggan mereka. Akan tetapi, aplikasi AVON hanya boleh dicapai apabila terdapat akses internet sahaja. Oleh itu, pengguna aplikasi AVON tidak dapat

16

merujuk katalog produk pada bila-bila masa. Rajah 2.2 menunjukkan antara muka bagi aplikasi AVON dalam platform Android.

Rajah 2.3 Antara muka aplikasi AVON Sumber: AVON (2013)

IKEA merupakan organisasi menjual perabot

yang terkenal. IKEA adalah

syarikat dari Sweden yang mempunyai lebih daripada 160 cawangan di 29 buah negara. IKEA ditubuhkan pada tahun 1943 oleh Ingvar Kamprad. Awalnya, IKEA menjual berbagai barang, dari pen, dompet, bingkai gambar, hingga jam tanggan. Perabot mulai masuk ke dalam senarai pada 1947 dan IKEA mulai merancang sendiri pada 1955.

17

Organisasi ini mengedar produk melalui kesemua cawangannya. IKEA juga menyediakan perkhidmatan laman web untuk memudahkan pelanggan untuk melihat katalog produk yang dijual. Katalog IKEA dalam platform Android diwujudkan pada tahun 2011. Dengan menggunakan aplikasi ini dalam telefon, pengguna boleh melihat kira-kira 4000 gambar dan 2000 produk. Penguna juga boleh menggunakan fungsi carian yang disediakan untuk mencari produk yang dikehendaki dengan hanya menaip kata kunci yang berkaitan. Tetapi, aplikasi katalog IKEA ini mengambil ruang yang banyak dalam telefon kerana aplikasi ini tidak boleh berfungsi dalam kad memori SD (Google Play 2011). Rajah 2.3 menunjukkan antara muka katalog IKEA dalam platform Android.

Rajah 2.4 Antara muka aplikasi katalog IKEA Sumber: Google Play (2013)

18

2.6

PERBANDINGAN APLIKASI

Ringkasan aplikasi sedia ada dalam pasaran bagi organisasi yang dikaji dibentangkan dalam bahagian ini. Perbandingan dibuat di antara setiap aplikasi yang dikaji. Hanya satu jenama jualan langsung yang dipilih sebagai kes kajian. Dua buah organisasi (Aplikasi Katalog AVON dan APLIKASI Katalog IKEA) dipilih untuk dibandingkan dengan aplikasi Katalog Produk Jualan Langsung yang dicadangkan. Dengan membandingkan aplikasi sedia ada di pasaran dengan aplikasi yang digunakan, satu analisis tentang kelebihan dan kelemahan aplikasi dapat dihasilkan untuk meningkatkan prestasi Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung ini. Jadual 2.1 menunjukkan keputusan analisis aplikasi yang dikaji.

Jadual 2.1 Perbandingan aplikasi sedia ada

Kriteria Gambar Produk Butiran Produk Harga Produk Kuantiti Produk Promosi & Diskaun Fungsi Carian Akses Internet

2.7

Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung √ √ √ √ -

Aplikasi katalog AVON

Aplikasi katalog IKEA

√ √ √ √ √

√ √ √ √ √

KESIMPULAN

Dengan melakukan kajian terhadap sistem operasi bagi telefon dan kajian kes antara organisasi, pelbagai maklumat yang penting telah didapati sebelum pembangunan aplikasi ini. Tinjauan aplikasi yang sedia ada membolehkan satu perbandingan antara aplikasi yang sedia ada dengan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung dilakukan. Kelemahan dan kelebihan ditelitikan dalam perbandingan tersebut.

19

BAB III

ANALISIS DAN REKA BENTUK

3.1

PENGENALAN

Setelah mengetahui dengan panjang lebar pada bab kajian kesusasteraan, di dalam bab ini pula analisis dan rekabentuk bagi pembangunan Aplikasi Mudah Alih Produk Jualan Langsung akan dibincangkan.

Bab III mengkaji masalah yang dihadapi oleh cara yang sedang digunakan oleh jualan langsung berjenama Amway dan perkara yang perlu diperbaiki atau dilaksanakan dalam Aplikasi Mudah Alih Produk Jualan Langsung. Aktiviti perolehan maklumat dan data seperti temu bual dengan pihak yang terlibat dijalankan untuk mengetahui keperluan perniagaan mereka yang berkaitan. Melalui aktiviti temu bual, maklumat yang diperolehi dianalisis dan diterjemahkan kepada bentuk yang berguna untuk membangunkan aplikasi.

Maklumat yang paling penting untuk dikaji dan dinilai ialah proses mengemaskini pangkalan data dan cara untuk memaparkan produk dalam aplikasi. Beberapa pertemuan dan perbincangan tentang pembangunan aplikasi dijalankan bersama pihak yang terlibat untuk lebih memahami keperluan mereka bagi aplikasi yang dibangunkan. Melalui proses analisis berdasarkan perbincangan yang dijalankan, satu gambaran yang jelas tentang aliran maklumat yang terlibat diperolehi. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh aplikasi yang sedang digunakan dikenalpasti dan dijadikan sebagai garis panduan bagi pembangunan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung.

20

3.2

SIASATAN AWAL APLIKASI SEMASA

Berdasarkan temu bual bersama ejen Amway yang diadakan, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti. Antara masalah yang dikenal pasti ialah:1.

Pengedar produk jualan langsung adalah tidak mampu membiayai kos sistem kawalan stok yang tinggi.

2.

Pengedar juga mengalami masalah dalam memaparkan butiran stok produk yang ada dalam tangan mereka secara sistematik kepada pelanggan mereka. Pengedar hanya bergantung kepada buku katalog yang diberikan oleh pihak syarikat produk jualan langsung dan menghadapi masalah apabila mencari sesuatu produk daripada buku katalog.

3.

Salinan keras katalog-katalog daripada syarikat produk jualan langsung juga tidak dikemaskinikan dengan produk yang terbaru dari masa ke semasa.

4.

Pengedar produk jualan langsung tidak mempunyai satu cara yang sistematik untuk menguruskan pelanggan. Cara menghubungi pelanggan iaitu nombor telefon bimbit biasanya telah dicampurkan dengan nombor keluarga dan nombor kawan dalam telefon bimbit. Ini amat menyusahkan apabila hendak mencari nombor telefon pelanggan daripada nombor hubungan yang beratus-ratus. Secara tidak langsung akan menyebabkan kehilangan sesetengah pelanggan.

5.

Pembelian produk oleh pelanggan juga hanya dicatatkan pada buku catatan saja sebelum membuat tempahan dalam talian.

3.3

REKA BENTUK PEMBANGUNAN APLIKASI

Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung akan dapat mengurangkan beban pengedar Amway kerana beliau tidak perlu menyediakan ruang bagi menyimpan buku katalog semasa pergi berjumpa dengan pelanggan mereka. Selain itu, pengedar Amway juga boleh mengemaskini maklumat stok dengan cepat. Bukan sahaja begitu, aplikasi tersebut memudahkan pengedar Amway kerana mereka tidak perlu mencatat tempahan pelanggan mereka secara manual tetapi boleh merekodkan jualan

21

mereka dengan mengunakan aplikasi ini dengan mudah dan teratur. Penambahan maklumat stok baru dan penghapusan maklumat stok yang tidak dijual dalam katalog dapat dilakukan dengan cepat dan mudah. Segala fungsi yang terdapat dalam aplikasi ini dapat memenuhi permintaan pengedar kerana aplikasi ini dibina khas untuk perniagaan mereka. Dengan menggunakan aplikasi tersebut, pengedar Amway hanya membawa sebuah alat elektronik contohnya ipad, telefon dan sebagainya untuk berjumpa dengan pelanggan mereka tanpa membawa sebarang katalog yang berat.

3.3.1 Ciri Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung

Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung ini menyediakan cara yang mudah dan cekap bagi pengguna untuk memaparkan produk jualan mereka dalam katalog tanpa memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi dalam penggunaan alat eletronik yang canggih. Untuk menyempurnakan fungsi yang dinyatakan, aplikasi ini mempunyai beberapa ciri yang penting.

Antara ciri Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung adalah seperti di bawah:-

i.

Modul katalog 

Pengguna dapat membaca spesifikasi produk terperinci seperti harga dan kuantiti. Pengguna juga boleh melihat imej produk.



Pengguna boleh membuat tempahan bagi pelanggan mereka dan jumlah harga juga dikira secara automatik.



Pengurangan kuantiti produk berlaku apabila pembuatan tempahan daripada pelanggan. Secara langsungnya, kuantiti produk dalam pangkalan data juga akan berkurang.



Memaparkan produk-produk dalam senarai. Produk dimasukkan ke dalam kategori masing-masing.

22

ii.

Modul Pangkalan Data 

Halaman log masuk bagi admin untuk keselamatan perniagaan.



Senarai maklumat pelanggan akan menunjukkan pelanggan yang berurusan dengan pengedar Amway atau pentadbir.



Pengguna boleh menambah kuantiti stok dengan menaip bilangannya dalam antara muka tertentu.



Pengguna boleh menukar gambar produk untuk mengemaskini maklumat produk tersebut.



Satu peringatan akan muncul dan stok tersebut akan diterangkan apabila kuantiti stok berkurang sehingga satu paras yang ditetapkan.



Rekod jualan pelanggan juga dapat ditunjukkan sebagai satu rujukan.

Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung

Modul Katalog

Modul Pangkalan Data Log Masuk

Log Masuk

Spesifikasi Produk

Imej Produk

Kemaskini Data Stok Secara Automatik

Senarai Maklumat Pelanggan

Kemaskini Data Stok Dan Gambar Produk Secara Manual

Rajah 3.1: Carta Senibina Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung

Rekod Jualan Pelanggan

23

3.3.2 Kegunaan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung Pengguna dan pelanggan dapat mencari barangan yang dikehendaki dalam masa yang singkat kerana produk yang dijual dikategorikan mengikut kategori yang tertentu. Pelanggan yang berurusan dengan pengedar Amway juga ditunjukkan dalam satu senarai untuk memudahkan pengguna mencapai maklumat yang berkaitan. Rekod jualan dalam aplikasi tersebut juga dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pengedar Amway pada masa kelak.

Pengguna sebagai pentadbir bagi aplikasi ini juga boleh membina dan mengemas kini katalog produknya pada bila-bila masa. Gambar produk boleh dikemaskini pada bilabila masa apabila diperlukan untuk memastikan gambar tersebut adalah sentiasa terbaru. Dengan menggunakan fungsi log masuk, pengguna tidak perlu bimbang pengguna lain boleh mencapai atau menukar data dan maklumat perniagaannya.

Fungsi peringatan yang dicipta dalam modul pangkalan data boleh mengingatkan peniaga untuk menambahkan stok baru apabila kuantiti stok berkurang sehingga satu paras yang ditetapkan. Produk yang kekurangan stok akan ditunjukkan dengan perkataan dalam warna merah untuk mengigatkan pengguna untuk menambahkan stok produk tersebut. Dengan fungsi ini, stok produk sentiasa berada dalam kuantiti yang optimum dan masalah kekurangan stok dapat dielakkan.

24

3.4

SPESIFIKASI APLIKASI

Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung dibangunkan untuk membolehkan pengedar jualan langsung berjenama Amway memaparkan produk jualannya dengan lebih sistematik dan kawalan stok boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat. Penggunaan aplikasi ini dapat meningkatkan keefisienan pengurusan dalam proses pemaparan katalog produk jualan dan pengemaskinian pangkalan data stok jualan serta pangkalan data maklumat peribadi pelanggan.

Spesifikasi aplikasi yang bersesuaian mempengaruhi prestasi persembahan sesebuah aplikasi yang dibangunkan. Terdapat beberapa kategori yang perlu dipertimbangkan semasa membangunkan sesebuah aplikasi. Dalam pembangunan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung, faktor penggunaan perkakasan dan perisian adalah amat penting untuk memastikan pembangunan aplikasi dapat dilaksanakan dengan lancar. Berikut adalah huraian bagi spesifikasi perkakasan dan perisian. Di antaranya ialah: 1. Keperluan Perkakasan Komputer 2. Keperluan Perisian Komputer 3. Spesifikasi Fungsian 4. Kebolehgunaan

3.4.1

Keperluan Perkakasan Komputer i.

Spesifikasi Komputer Peribadi  Minimum pemproses adalah Intel Pentium IV  Minimum RAM adalah 256MB  Minimum ruangan cakera keras adalah 40GB  Kad antaramuka rangkaian adalah 10/100 Base-T  Sistem pengoperasian adalah Windows XP/NT/2000

25

ii.

Spesifikasi Desktop Komputer  Minimum pemproses adalah Intel Pentium IV  Minimum RAM adalah 256MB  Minimum ruangan cakera keras adalah 40GB  Kad antaramuka rangkaian adalah 10/100 Base-T  Sistem pengoperasian adalah Windows Window me, Window XP, Window 7 atau Window 8.

3.4.2

Keperluan Perisian Komputer

Perisian yang diperlukan untuk pembangunan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung adalah seperti berikut:1. Android Software Development’s Kit (SDK) Android SDK merupakan salah satu alat pembangunan perisian yang menggunakan bahasa pengaturcaraan, Java sebagai bahasa pembangunan aplikasi Android. Android SDK mengandungi penyahpepijat, perpustakaan, pelagak, dokumentasi, kod sampel dan tutorial (Lee 2011).

2. Android Virtual Device (AVD) Android Virtual Device (AVD) merupakan peranti maya bagi telefon pintar yang boleh berfungsi baik dalam komputer. AVD merupakan peranti yang membolehkan pembangun aplikasi Android membangun dan menguji aplikasi Android tanpa menggunakan peranti fizikal seperti telefon pintar. 3. Android Developer Tool (ADT) – Eclipse plug-in Android Developer Tool (ADT) merupakan plug-in bagi Eclipse. Ciri tambahan yang ditokok pada Eclipse ini menyokong penciptaan dan penyahpepijatan bagi pembangunan aplikasi Android. Dengan menggunakan ADT, pembangun aplikasi dapat melakukan aktiviti yang berikut:-

26



Mencipta aplikasi Adroid yang baru



Alat akses bagi mengakses pelagak dan peranti Android



Kompil dan penyahpepijat aplikasi android



Eksport aplikasi Android ke dalam Android Package (APK)

4. Eclipse Integrated Development Environment (IDE) Eclipse merupakan persekitaran yang membolehkan pembangunan perisian yang mengandungi pelbagai bahasa pengaturcaraan. Dengan menggunakan fungsi plug-in, Eclipse boleh digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis aplikasi dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Java, Ada, C, C++, Python dan sebagainya. Eclipse digunakan dalam membangunkan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung kerana ia merupakan integrasi yang terbaik dengan Android SDK dan integrasi ini adalah percuma.

5. Microsoft Office Word 2007 

Digunakan untuk kegunaan harian bagi desktop kompter dan komputer riba.



Penjanaan laporan dan rekabentk antaramuka.

6. Microsoft Office PowerPoint 2007 

Digunakan untuk kegunaan harian bagi desktop kompter dan komputer riba.



Digunakan untuk membuat demo Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung.

3.4.3

Spesifikasi Fungsian

Spesifikasi fungsian merujuk kepada kesemua fungsi yang dilaksanakan oleh aplikasi untuk memenuhi keperluan pengguna. Jadual 3.1 hingga Jadual 3.6 menunjukkan kes kegunaan yang terperinci bagi setiap kes kegunaan.

27

Jadual 3.1 Kes kegunaan Log Masuk Aktor Utama

Admin

Senario

Admin mencapai menu utama.

Pra-syarat

Admin mengetahui kata laluan untuk log masuk.

Pasca-syarat

Menu utama dipaparkan oleh aplikasi.

Jadual 3.2 Kes kegunaan kemas kini maklumat peribadi pelanggan Aktor Utama

Admin

Senario

Admin mengemaskini maklumat peribadi pelanggan.

Pra-syarat

Admin mengetahui kata laluan untuk log masuk.

Pasca-syarat

Maklumat peribadi pelanggan yang berkenaan dikemaskinikan dan maklumat dipaparkan semula oleh aplikasi.

Jadual 3.3 Kes kegunaan paparan Katalog Produk Aktor Utama

Admin dan Pelanggan

Senario

Admin atau pelanggan merujuk katalog produk.

Pra-syarat

Admin mengetahui kata laluan untuk log masuk.

Pasca-syarat

Kategori stok dipaparkan oleh aplikasi.

Jadual 3.4 Kes kegunaan membuat tempahan Aktor Utama

Admin dan Pelanggan

Senario

Admin menerima tempahan daripada pelanggan dan membuat tempahan.

Pra-syarat

Admin mengetahui kata laluan untuk log masuk.

Pasca-syarat

Tempahan dimasukkan ke dalam pangkalan data oleh aplikasi.

28

Jadual 3.5 Kes kegunaan melihat senarai tempahan dan senarai sejarah jualan Aktor Utama

Admin

Senario

Admin mencapai dan merujuk senarai tempahan atau senarai sejarah jualan.

Pra-syarat

Admin mengetahui kata laluan untuk log masuk.

Pasca-syarat

Senarai tempahan dan sejarah jualan dipaparkan oleh aplikasi.

Jadual 3.6 Kes kegunaan kemas kini butiran Katalog Produk Aktor Utama

Admin

Senario

Admin mengemaskini butiran maklumat produk.

Pra-syarat

Admin mengetahui kata laluan untuk log masuk.

Pasca-syarat

Butiran maklumat bagi produk yang berkenaan dikemaskinikan dan maklumat dipaparkan semula oleh aplikasi.

3.4.4

Kebolehgunaan

Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung yang dibangunkan ini mempunyai antara muka yang ringkas dan jelas. Antara muka yang ringkas ini menjadikan aplikasi ini mudah diguna oleh pengguna. Fungsi aplikasi dibangunkan mesra pengguna dan senang digunakan supaya tidak membebankan pengguna dalam proses mempelajari cara penggunaan semasa mengoperasi perniagaannya.

3.5

PANGKALAN DATA

Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung menggunakan SQLite untuk membangunkan aplikasi. SQLite merupakan pangkalan data yang berorientasikan fail. SQLite berfungsi lebih daripada pelayan dan mempunyai satu perpustakaan disokong oleh kebanyakan bahasa pengaturcaraan. SQLite menyediakan akses kepada fail tempatan bagi pangkalan data yang terlibat (Josep 2011). Aplikasi ini merupakan pangkalan data yang berdiri sendiri. Data boleh dicapai tanpa sambungan kepada rangkaian Internet.

29

3.6

REKA BENTUK ANTARA MUKA

Rajah konteks, rajah aliran data (DFD), rajah hubungan entiti (ERD) dan kamus data digunakan untuk menerangkan reka bentuk data bagi keseluruhan aplikasi.

3.6.1

Rajah Konteks

Rajah konteks digunakan bagi menerangkan reka bentuk fizikal dan logikal bagi keseluruhan aplikasi. Rajah 3.11 menerangkan rajah konteks secara terperinci.

3.6.2

Rajah Aliran Data (DFD) dan Rajah Hubungan Entiti (ERD)

Rajah aliran data dan rajah hubungan entiti menggambarkan struktur logik bagi pangkalan data. DFD bertujuan unutk menyediakan pendekatan yang aplikasiatik untuk menerbitkan struktur aturcara. ERD adalah satu teknik pemodelan data yang mencipta gambaran grafik entiti dan hubungan antara entiti dalam sesuatu aplikasi maklumat. Rajah aliran data dan rajah hubungan entiti bagi Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung diterangkan secara jelasnya dalam Rajah 3.2 hingga Rajah 3.8. Simbol-simbol dan hubungan antara dua entiti pula dijelaskan dalam Jadual 3.7 hingga Jadual 3.9.

Jadual 3.7 Simbol dalam ERD Simbol

Keterangan Entiti

Hubungan

Aliran Hubungan

30

Jadual 3.8 Hubungan antara entiti Hubungan

Penerangan

1–1

Hubungan 1 entiti kepada 1 entiti

1–M

Hubungan 1 entiti kepada banyak entiti Hubungan banyak entiti kepada banyak entiti

M-M

Jadual 3.9 Simbol Rajah Aliran Data Maksud

Simbol

Contoh 2

Proses

Terima Log Masuk

Log Masuk

Aliran Data

Storan

Entiti Luar

D1

Penerangan

Proses utama yang terlibat dalam sistem.

Aliran data keluar atau masuk.

Senarai

Tempat bagi data disimpan.

Admin / Pengedar Amway

Entiti luar yang terlibat secara langsung dengan sistem.

31

Pangkalan Data

Kata laluan yang sah

Katalog produk, data stok jualan, maklumat peribadi pelanggan, rekod pembelian pelanggan.

Katalog produk, data stok jualan, maklumat peribadi pelanggan, rekod pembelian pelanggan.

Admin / Pengedar Amway

0 Aplikasi Mudah Alih Produk Jualan Langsung

Melihat katalog produk

Pelanggan

Katalog produk

Log masuk, memaparkan katalog, kemas kini pangkalan data

Rajah 3.2 Rajah konteks Aplikasi Mudah Alih Produk Jualan Langsung

32

5.0

D3

Kemaskini senarai tempahan pelanggan

Senarai tempahan pelanggan Data stok

Senarai tempahan pelanggan

Admin / Pengedar Amway

Log masuk

1.0

Kata laluan

Terima Log Masuk

2.0

Kemaskini Data Stok

Memilih Perkara Untuk Dibuat Pada Menu Utama Maklumat peribadi pelanggan

4.0 Kemaskini maklumat peribadi pelanggan

D2

Rajah 3.3 Rajah aliran Data Paras 0

3.0 Data stok

Senarai Maklumat pelanggan

D1

Stok Jualan

33

1.1

Log Masuk

Admin / Pengedar Amway

1.2

Kata Laluan

Kenal Pasti Kata Laluan

Pangkalan Data

Sahkan Log Masuk

Rajah 3.4 Rajah aliran Data Proces 1 Paras 1

2.1

Log Masuk

Admin / Pengedar Amway

Kemaskini Data Stok Secara Automatik

2.2 Log masuk

Pangkalan Data

D1

Stok Jualan

Pangkalan Data

Masukkan Data Stok Secara Manual

Log masuk Log masuk

2.3 Masukkan Maklumat Peribadi Palanggan

2.4 Masukkan Tempahan Pelanggan secara on the spot

Pangkalan Data

Pangkalan Data

D2

D3

Rajah 3.5 Rajah aliran Data Proces 2 Paras 1

Senarai Maklumat pelanggan

Senarai tempahan pelanggan

34

Admin / Pengedar Amway

3.2

3.1 Pemprosesan Data

Memgumpul / Menambah dan mengira data stok semasa

Pemprosesan Data

Masukkan data stok semasa ke dalam aplikasi Pangkalan Data

3.3 Pangkalan Data

D1

Kemaskini / Pengurangan kuantiti stok secara automatik dengan aplikasi

Stok Jualan

Rajah 3.6 Rajah aliran Data Proces 3 Paras 1

Admin / Pengedar Amway

4.1 Pengumpulan Data

Memgumpul maklumat peribadi pengguna

4.2 Pemprosesan Data

Masukkan maklumat pengguna ke dalam aplikasi Pangkalan Data

D2

Rajah 3.7 Rajah aliran Data Proces 4 Paras 1

Senarai Maklumat pelanggan

35

Admin / Pengedar Amway

Stok Jualan

5.1

5.2

Mempromosikan produk kepada pelanggan

Pelanggan Membuat tempahan

Kemaskini Secara Automatik

D1

Senarai tempahan pelanggan

D3

5.3 Masukkan tempahan ke dalam aplikasi on the spot

Pangkalan Data

Rajah 3.8 Rajah aliran Data Proces 5 Paras 1

M

Pelanggan M

1

Minta katalog

M

Pengedar Amway / Admin 1

1

Tunjuk Lihat

M Beli

Katalog Produk

M

M

M

Produk

Rajah 3.9 Rajah hubungan entiti Aplikasi Mudah Alih Produk Jualan Langsung

Jual

36

3.6.3

Kamus Data

Kamus data dibuat berdasarkan reka bentuk pangkalan data. Medan bagi setiap pangkalan data dikenalpasti dan dikategorikan kepada nama, jenis data dan saiz data. Kamus data bagi aplikasi yang dibina dinyatakan seperti Jadual 3.10 hingga Jadual 3.13. Jadual 3.10 Kamus data jadual log masuk NAMA

JENIS DATA

SAIZ

row_id

Auto increment

username

Text

30

password

Text

20

Jadual 3.11 Kamus data jadual stok jualan NAMA

JENIS DATA

SAIZ

product_id

Auto increment

category

Text

10

name

Text

30

description

Text

50

unit_price

Double

10

quantity

Integer

100

picture

image

Jadual 3.12 Kamus data jadual senarai pelanggan NAMA

JENIS DATA

SAIZ

customer_id

Auto increment

name

Text

20

Phone number

Integer

15

Email

Text

30

Address

Text

50

Picture

image

37

Jadual 3.13 Kamus data jadual senarai tempahan NAMA

JENIS DATA

SAIZ

order_id

Auto increment

customer_id

Integer

100

product_id

Integer

100

order_quantity

Integer

30

order_date

Date

50

order_status

Text

10

total_amount

Double

50

3.7

REKA BENTUK ANTARA MUKA

Satu antara muka menentukan bagaimana subaplikasi berinteraksi antara satu sama lain. Antara muka yang baik tidak akan memaparkan maklumat yang tidak berkaitan kepada pengguna (Thimbleby et al. 2003). Untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini dalam aplikasi baru, antara muka antara sub aplikasi haruslah jelas, mudah difahami dan mudah digunakan.

Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung ini melibatkan pembangunan antara muka yang membolehkan pengguna berinteraksi dengannya. Antara muka yang dibangunkan mengambil kira aspek mesra pengguna supaya pengguna tidak menghadapi kesukaran menggunakannya. Oleh itu, faktor seperti antara muka yang mudah difahami dan mudah digunakan diperlukan dalam aplikasi ini. Perkara yang harus dipertimbangkan ialah bagaimana keputusan dipaparkan kepada pengguna semasa penggunaan aplikasi ini.

Rajah 3.9 menunjukkan reka bentuk antara muka bagi aplikasi apabila pengguna memulakan aplikasi ini. Pengguna perlu mendaftar masuk sebelum boleh mencapai menu utama.

38

Rajah 3.10 Reka bentuk antara muka daftar masuk

Rajah 3.10 menunjukkan reka bentuk antara muka bagi menu utama Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung selepas admin berjaya log masuk ke aplikasi. Admin dikehendaki untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan bagi mencapai menu utama. Rajah 3.11 menunjukkan reka bentuk bagi pengguna yang menekan pada butang Contact Book untuk melihat senarai pelanggan.

Rajah 3.11 Reka bentuk antara muka menu utama

39

Rajah 3.12 Reka bentuk antara muka senarai pelanggan

Untuk melihat butiran dan gambar pelanggan dengan lebih jelas, pengguna hanya perlu menekan pada nama pelanggan. Satu antara muka mengenai butiran pelanggan akan dipaparkan seperti dalam Rajah 3.12. Rajah 3.13 pula menunjukkan antara muka bagi menambah atau mengemaskini butiran pelanggan.

Rajah 3.13 Reka bentuk antara muka butiran dan gambar pelanggan

40

Rajah 3.14 Reka bentuk antara muka menambah pelanggan

Rajah 3.14 menunjukkan reka bentuk antara muka bagi pengguna yang menekan butang Start Order. Satu borang mengenai butiran tempahan ditunjukkan dalam antara muka ini. Setelah pengguna berjaya membuat tempahan, tempahan akan dipaparkan dalam satu jadual yang ditunjukkan dalam Rajah 3.15.

Rajah 3.15 Reka bentuk antara muka membuat tempahan

41

Rajah 3.16 Reka bentuk antara muka senarai tempahan

Rajah 3.16 menunjukkan reka bentuk antara muka bagi pengguna yang menekan pada butang Catalogue untuk melihat katalog. Produk jualan dipaparkan dalam kategori masing-masing. Untuk melihat butiran dan gambar produk yang dipilih, antara muka Rajah 3.17 dipaparkan. Ia adalah reka bentuk bagi aplikasi ini selepas produk dipilih daripada senarai produk.

Rajah 3.17 Reka bentuk antara muka katalog

42

Rajah 3.18 Reka bentuk antara muka butiran dan gambar produk

3.8

KESIMPULAN

Satu analisis mengenali aplikasi semasa bagi jualan langsung berjenama Amway dilakukan. Pelbagai jenis rajah digunakan dalam fasa analisis. Spesifikasi aplikasi dan reka bentuk bagi aplikasi yang dibangunkan juga ditunjukkan dalam bab ini.

Dalam analisis permasalahan dan kajian awal yang dijalankan, masalah yang dihadapi dan kekurangan pada aplikasi sekarang dapat dikenalpasti. Hal ini adalah amat penting supaya aplikasi yang bakal dibangunkan mempunyai fungsi yang lebih sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi sekarang.

Selain daripada itu, fasa rekabentuk aplikasi juga amat penting dalam peringkat pembangunan sesuatu aplikasi. Rekabentuk antaramuka yang mesra pengguna amat dititikberatkan supaya memudahkan pengguna untuk menggunakan aplikasi ini dan juga dapat membolehkan pengguna menggunakan fungsi-fungsi dalam aplikasi ini dengan lebih optimum. Untuk rekabentuk aliran data pula, perancangan yang teliti dilaksanakan supaya dapat meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap aplikasi yang bakal dibangunkan. Perancangan yang lebih terperinci akan dilaksanakan pada bab yang seterusnya.

43

BAB IV

HASIL KAJIAN DAN IMPLEMENTASI

4.1

PENGENALAN

Bagi memastikan aplikasi yang dibangunkan dapat memberikan output yang dikehendaki, proses implementasi dan pengujian perlu dilakukan. Fasa implementasi dan pengujian aplikasi merupakan fasa berikutnya selepas aplikasi reka bentuk secara logikal dan fizikal. Dalam fasa ini, pembangunan aplikasi melibatkan pengaturcaraan, pengujian serta dokumentasi. Reka bentuk fizikal yang dilakukan dalam fasa reka bentuk akan di transformasikan kepada kod aturcara yang boleh berfungsi.

Seterusnya, aplikasi diuji dengan mengambil kira segala kemungkinan yang akan berlaku semasa penggunaan aplikasi. Kajian mengenai kawalan harus dilakukan supaya aliran data aplikasi dalam fasa pengujian adalah tepat dan selamat. Pengujian merupakan proses yang dapat menjamin ketepatan dan kualiti aplikasi yang dibangunkan. Melalui proses ini, ralat yang mungkin mengganggu perjalanan aplikasi dapat dielakkan dan diperbaiki. Dokumentasi yang lengkap disediakan pada akhir fasa ini.

Bab ini akan membincangkan hasil kajian, proses implementasi dan pengujian bagi Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung. Beberapa topik yang akan dibincangkan adalah hasil rekabentuk, implementasi Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung, pengujian aplikasi. Bahagian hasil rekabentuk aplikasi akan menunjukkan hasil antaramuka Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung.

44

Manakala bahagian implementasi modul aplikasi pula akan menjelaskan mengenai bagaimana modul utama yang terdapat pada aplikasi yang dibangunkan berfungsi. Pengujian aplikasi pula menjelaskan mengenai pengujian ketepatan analisis, pengujian keselamatan, pengujian kecekapan dan pengujian kebolehgunaan.

4.2

PERSEKITARAN PEMBANGUNAN

Dalam pembangunan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung, perkakasan pembangunan yang digunakan ialah Eclipse. Manakala, bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah Java. SQLite merupakan bahasa pangkalan data yang diaplikasikan.

4.3

HASIL PEMBANGUNAN APLIKASI

Apabila Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung dimulakan oleh pengguna. Antara muka pertama ditemui ialah antara muka yang meminta pengguna mendaftar masuk. Sebelum aplikasi ini boleh digunakan, pengguna diwajib mendaftar nama dan password mereka. Dengan menekan butang Sign Up, pengguna boleh menbuat pendaftaran akaun. Manakala pengguna boleh mencapai antara muka log masuk dengan menekan butang Sign In. Rajah 4.1 menunjukkan antara muka yang meminta pengguna mendaftar masuk.

45

Rajah 4.1 Antara muka mendaftar masuk

Selepas pengguna menekan butang Sign Up, pengguna akan dibawa ke antara muka daftar akaun. Pengguna perlu masukkan Username dan Password dua kali. Selepas itu, menekan butang Create Account untuk menjayakan proces pendaftaran. Rajah 4.2 menunjukkan antara muka mendaftar akaun. Selepas pengguna menekan butang Create Account, pegguna akan dibawa pergi ke antara muka log masuk. Pengguna dikehendaki masuk Username dan Password yang telah didaftar. Rajah 4.3 menunjukkan antara muka log masuk.

46

Rajah 4.2 Antara muka daftar

Rajah 4.3 Antara muka log

akaun

masuk

Selepas pengguna menekan butang Sign In, pengguna boleh mencapai menu Utama. Dalam menu utama ini, ia akan mengandungi enam modul iaitu Contact Book, Start An Order, List Of Order, Order History, Catalogue dan juga Stock Management. Selain itu, terdapat satu butang Exit yang direka bentuk di atas sebelah kanan. Rajah 4.4 menunjukkan antara muka Menu Utama.

47

Rajah 4.4 Antara muka Menu Utama

Apabila modul Contact Book dipilih, antara muka yang dipaparkan ialah antara muka yang digunakan untuk memaparkan senarai pelanggan. Di sebelah kanan nama setiap pelanggan, terdapat dua butang yang fungsinya berlainan. Satu diguna untuk mengemas kini maklumat pelanggan, dan satu lagi adalah untuk menghapuskan pelanggan daripada senarai pelanggan. Selain itu, satu butang tambah pelanggan juga direka bentuk di atas sebelah kanan pada antara muka ini. Rajah 4.5 dan Rajah 4.6 menunjukkan antara muka senarai pelanggan sebelum dan selepas pelanggan ditambah oleh pengguna.

48

Rajah 4.5 Antara muka Senarai Pelanggan sebelum pelanggan ditambah

Rajah 4.6 Antara muka Senarai Pelanggan selepas pelanggan ditambah

Pengguna boleh menambah pelanggan dengan menekan butang tambah. Setelah menekan butang tambah, pengguna akan dibawa ke antara muka tambah pelanggan. Pengguna perlu masukkan maklumat peribadi pelanggan seperti nama, nombor telefon, emel dan juga alamat. Pengguna juga boleh memilih gambar dari galeri imej sebagai profil imej bagi pelanggan tersebut dengan menekan butang Add Image. Setelah siap mengisi maklumat pelanggan, pengguna boleh menekan butang Save Contact untuk simpan pelanggan ke dalam senarai pelanggan. Rajah 4.7 menunjukkan antara muka Tambah/Kemas Kini pelanggan.

49

Rajah 4.7 Antara muka Tambah/Kemas Kini pelanggan

Apabila pengguna memilih pelanggan dan menekan pada nama pelanggan, satu gambar pelanggan dan butiran seperti nama, nombor telefon, emel dan alamat tinggal dipaparkan. Butiran-butiran dan gambar tersebut adalah butiran daripada pangkalan data. Rajah 4.8 menunjukkan antara muka gambar dan butiran pelanggan yang dipilih. Butang Back merupakan butang yang membenarkan pengguna kembali kepada halaman yang sebelumnya.

50

Rajah 4.8 Antara muka butiran pelanggan yang dipilih

Antara muka dalam Rajah 4.9 merupakan antara muka bagi pengguna memilih modul Start An Order. Antara muka ini memaparkan senarai nama pelanggan yang diperolehi daripada pangkalan data. Pengguna perlu memilih satu pelanggan untuk memulakan penempahan.

51

Rajah 4.9 Antara muka pilih pelanggan

Antara muka seterusnya ialah antara muka yang memaparkan borang tempahan ringkas. Pengguna hanya perlu memilih produk dan masuk produk quantity yang dikehendaki oleh pelanggan untuk membuat tempahan. Tarikh akan dipapar secara automatik mengikuti tarikh semasa. Harga produk juga akan berubah mengikut produk yang dipilih. Selain itu, jumlah harga juga dikira secara automatik dan tidak perlu menyusahkan pengguna untuk mengira secara manual. Rajah 4.10 menunjukkan antara muka bagi borang tempahan ringkas. Apabila butang MakeOrder dipilih, butiran tempahan tersebut akan dimasukkan ke dalam pangkalan data dan kuantiti produk yang dipesan juga akan ditolak daripada pangkalan data.

52

Rajah 4.10 Antara muka borang tempahan ringkas Rajah 4.11 menunjukkan antara muka bagi pengguna memilih modul List Of Orders. Antara muka ini akan memaparkan semua tempahan yang telah dibuat oleh pengguna daripada pangkalan data. Butiran mengenai tempahan seperti tarikh tempahan, nama pelanggan yang buat tempahan, status tempahan dan jumlah harga akan dipaparkan dengan teratur.

53

Rajah 4.11 Antara muka senarai tempahan yang telah dibuat

Rajah 4.12 menunjukkan antara muka bagi pengguna yang memilih modul Order History pada menu utama. Antara muka ini akan memaparkan semua pelanggan yang pernah membuat tempahan dan tempahan mereka telah diluluskan. Setelah pengguna tekan pada nama pelanggan, pengguna boleh melihat setiap tempahan yang telah dibuat bagi pelanggan tersebut. Butiran bagi tempahan merangkumi nama produk, quantity produk, jumlah harga, status tempahan dan juga tarikh tempahan dibuat. Rajah 4.13 menunjukkan senarai sejarah tempahan bagi pelanggan.

54

Rajah 4.12 Antara muka senarai pelanggan yang mempunyai

Rajah 4.13 Antara muka senarai butiran sejarah tempahan

sejarah jualan

Antara muka dalam Rajah 4.15 merupakan antara muka bagi pengguna memilih modul Stock Manage. Antara muka ini akan memaparkan id produk, nama dan kuantiti bagi setiap produk yang ada dalam katalog. Bagi produk yang kuantitinya berada dalam satu tahap yang rendah, butiran bagi produk tersebut akan dimerah dan dibesarkan serta barisnya diterangkan juga. Dengan ini, pengguna lebih senang memerhati produk yang kuantitinya pada tahap yang rendah. Untuk menambah kuantiti stok atau mengemas kini kuantiti stok, pengguna boleh tekan pada nama produk tersebut.

55

Rajah 4.14 Antara muka senarai

Rajah 4.15 Antara muka produk

produk dalam katalog

diterangkan bagi kuantitinya pada tahap yang rendah

Selepas pengguna pilih nama produk yang hendak dikemaskini, pengguna akan mencapai ke antara muka yang ditunjukkan dalam Rajah 4.16. Dalam antara muka ini, pengguna boleh mengemaskini kuantiti produk dengan memasukkan kuantiti produk yang baru pada ruang yang disediakan. Selepas itu, pengguna hanya perlu pilih butang Update Product Quantity, dan kuantiti bagi produk tersebut akan dikemaskini dalam pangkalan data.

56

Rajah 4.16 Antara muka mengemaskini kuantiti stok

Antara muka yang seterusnya adalah antara muka katalog produk. Produk akan dikategorikan mengikuti kategori masing-masing. Terdapat empat kategori iaitu kategori semua, kategori nutrisi, kategori barangan mandi dan kategori komestik. Dalam setiap antara muka kategori, gambar kecil, nama produk, harga produk dan penerangan produk akan dipaparkan. Selain itu, terdapat dua butang yang direka bentuk di sebelah kanan setiap baris produk. Butang pertama digunakan untuk mengemaskini butiran produk tersebut dan butang yang kedua pula digunakan untuk menghapuskan produk tersebut daripada senarai produk. Manakala butang tambah di atas sebelah kanan pula digunakan untuk menambah produk. Rajah 4.17 menunjukkan antara muka katalog produk.

57

Rajah 4.17 Antara muka katalog produk

Selepas pengguna memilih produk dan menekan pada nama produk, satu gambar produk dan butiran seperti nama, harga, penerangan dan kuantiti dipaparkan. Butiran maklumat bagi produk adalah butiran daripada pangkalan data. Rajah 4.18 menujukkan antara muka gambar dan butiran produk yang dipilih. Butang Back merupakan butang yang membenarkan pengguna kembali kepada halaman yang sebelumnya.

58

Rajah 4.18 Antara muka butiran produk yang dipilih

Selepas pengguna tekan pada butang tambah produk, satu antara muka yang ditunjukkan di Rajah 4.19 akan dipaparkan. Pengguna perlu masukkan butiran maklumat produk seperti nama, harga, penerangan, quantity dan juga kategori. Pengguna juga boleh memilih gambar dari galeri imej sebagai gambar bagi produk tersebut dengan menekan butang Add Image. Setelah siap mengisi maklumat produk, pengguna boleh menekan butang Save Product untuk simpan produk ke dalam pangkalan data dan dipaparkan semula dalam senarai produk.

59

Rajah 4.19 Antara muka menambah produk

4.4

PENGUJIAN APLIKASI

Pengujian Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung dilakukan untuk memastikan aplikasi bebas daripada ralat semasa aplikasi digunakan. Pengujian aplikasi yang berterusan akan menghasilkan aplikasi yang efisien dan efektif. Terdapat dua pengujian iaitu pengujian blackbox dan pengujian whitebox. Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung menggunakan pengujian Blackbox. Pengujian Blackbox merupakan pengujian yang mengabaikan mekanisme dalaman bagi sesuatu aplikasi. Pengujian ini memberi tumpuan semata-mata kepada output yang dijana dalam keadaan input dipilih semasa pelaksanaan (Laurie 2006). Berdasarkan pengetahuan keperluan pengguna, keputusan pengujian blackbox boleh dijangka.

60

4.4.1

Kes Pengujian bagi Modul Pangkalan Data

Jadual 4.1 menunjukkan senarai kes pengujian aplikasi yang telah dijalankan.

Jadual 4.1 Pengujian aplikasi No

Langkah

Hasil

Hasil sebenar

Hasil

Pengujian

Jangkaan

1.

Memasukkan kata laluan yang salah

Log masuk ke Menu Utama tidak berjaya. Memberi mesej “User Name or Password does not match”

Lulus

2.

Input kuantiti produk yang lebih daripada kuantiti produk dalam stok semasa membuat tempahan

Lulus

3.

Tidak masuk input kuantiti semasa membuat tempahan

Satu mesej “**Sorry, no enough quantiy for this product! Quantity Left : 50(kuantiti daripada pangkalan data)” dipaparkan Tidak berjaya membuat tempahan dan satu pop up mesej “ Sorry Could Not Add Order” dipaparkan

Pengujian

Lulus

61

4.

Simpan produk dengan tidak masuk input nama, harga, kuantiti

Tidak berjaya menyimpan produk dan satu pop up mesej “Error In Save Product” dipaparkan

Lulus

5.

Simpan pelanggan dengan tidak masuk nama pelanggan

Tidak berjaya menyimpan pelanggan dan satu pop up mesej “Error In Save Contact” dipaparkan

Lulus

6.

Tidak membuat sebarang tempahan

Memaparkan mesej “Sorry No Order Found”

Lulus

7.

Tekan butang Make Order

Tempat isi kuantiti dikosongkan, jumlah harga reset to 0.00 dan pop up mesej “ Added Order Successfully” dipaparkan

Lulus

62

4.5

UJIAN KEBOLEHGUNAAN

Untuk menilai kualiti Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung, prototaip aplikasi telah diuji di kalangan sampel enam pengguna. Para pengguna yang dipilih adalah mereka yang biasa dengan aplikasi Android untuk meneroka dan menilai aplikasi tersebut. Latar belakang pengguna adalah seperti berikut: semua pengguna berada di tahun akhir pengajian ijazah dalam program Pengkomputeran Industri, Universiti Kebangsaan Malaysia, tiga daripadanya adalah peserta wanita dan tiga yang lain adalah peserta lelaki.

Instrumen yang digunakan untuk penilaian terdiri daripada tiga aspek kualiti perisian, iaitu kebolehpercayaan, kebolehgunaan dan persekitaran aplikasi. Maklum balas daripada pengguna diperolehi dengan meminta mereka untuk mengisi dalam instrumen selepas diberi masa yang cukup untuk mengakses aplikasi. Pendapatan hasil pengujian dianalisis dan dibentangkan dalam Jadual 4.2. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur dalam prototaip yang perlu diperbaiki. Ini termasuk menyediakan input dan output yang mencukupi bagi aplikasi.

Jadual 4.2 Penilaian bagi Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung Perkara

Kebolehpercayaan Memaparkan output yang betul Kawalan input yang betul Konsistensi (mesej ralat seragam/ paparan output seragam Mudah guna (antara muka ringkas, mudah diguna, tidak mengerilukan) Kebolehgunaan Berfungsi seperti yang diharap

1

2

3

4

Tiada

Sebahagian kecil

Sebahagian besar

Sepenuhnya

4(66.67%) 5(83.33%) 5(83.33%)

2(33.33%) 1(16.67%) 1(16.67%)

4(66.67%)

2(33.33%)

5(83.33%)

1(16.67%)

63

Input mencukupi Output mencukupi Persekitaran Mesra pengguna Mudah capai maklumat Antara muka menarik

4.6

2(33.33%)

6(100%) 4(66.67%) 3(50%) 4(66.67%) 5(83.33%)

3(50%) 2(33.33%) 1(16.67%)

KESIMPULAN

Hasil pembangunan bagi Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung ditunjukkan dalam bab ini. Antara muka bagi aplikasi ini dan fungsi setiap antara muka dijelaskan. Selain itu, pengujian juga dilakukan untuk menguji fungsi bagi aplikasi yang dibangunkan. Beberapa kes pengujian dihasilkan untuk menguji fungsi aplikasi ini. Hasil pengujian juga dicatatkan.

Secara kesimpulannya, pembangunan sebuah aplikasi yang baik memerlukan setiap modul yang direkabentuk dengan terperinci mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Bagi menjamin aplikasi dapat digunakan, proses pengujian perlu dilakukan untuk mengelakkan sebarang ralat. Hal ini akan memastikan masalah yang wujud pada peringkat awal dapat diperbaiki supaya proses pembangunan aplikasi dapat dijalankan dengan sempurna. Kelemahan terhadap aplikasi yang dibangunkan juga dapat difahami untuk dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan aplikasi yang dibangunkan supaya aplikasi yang sempurna, berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna dapat dibangunkan.

64

BAB V

KESIMPULAN

5.1

PENGENALAN

Setelah menyiapkan fasa perancangan, kajian literatur, analisis, reka bentuk, implementasi dan pengujian, projek pembangunan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung telah berjaya dibangunkan. Walaupun begitu, aplikasi ini masih mempunyai beberapa kelemahan. Oleh itu, usaha penambahbaikan perlu dilakukan pada masa hadapan.

Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung adalah satu aplikasi yang dibangunkan untuk membantu pihak pengedar berjenama Amway untuk mengendalikan paparan produk jualan dan kawalan stok. Aplikasi ini memfokuskan kepada pengedar jualan langsung untuk menunjukkan katalog, menyemak dan mengemas kini pangkalan data bagi stok yang terdapat dalam tangan mereka, menguruskan maklumat pelanggan pengguna, dan menyimpan rekod pelanggan untuk dijadikan rujukan masa kelak. Pembangunan sesebuah aplikasi yang lebih luas memerlukan jangka masa yang lebih lama dan kumpulan projek yang lebih besar. Aplikasi yang dibangunkan ini hanya menumpu kepada perniagaan jualan langsung berjenama Amway sahaja. Pangkalan data yang dibina juga tertumpu kepada stok yang sedia ada sahaja.

Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung ini dapat dibangunkan walaupun menghadapi pelbagai masalah pada awal dan semasa proses pembangunannya.

65

Segala masalah dapat diatasi dengan melakukan perbincangan dengan penyelia dan rakan seperjuangan. Proses penukaran gambar produk dan pengawalan saiz gambar produk adalah satu perkara yang agak rumit. Oleh itu, penyelidikan dan kajian terperinci untuk mendapatkan maklumat yang tepat perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum pembangunan aplikasi ini. Pemahaman mengenai gerak kerja dan keadaan aplikasi adalah sangat penting sebelum sesuatu aplikasi berjaya dibangunkan.

Bab ini membincangkan mengenai kelebihan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat terhadap aplikasi yang dibangunkan. Di samping itu, bab ini akan memberi beberapa cadangan bagi memperluas dan memperbaiki aplikasi ini pada masa hadapan.

5.2

KELEBIHAN APLIKASI

Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung merupakan aplikasi sokongan yang dapat membantu pengedar produk jualan langsung Amway semasa mengendalikan perniagaannya. Dengan menggunakan aplikasi ini, pengguna dapat menjimatkan masanya mencari katalog produk untuk ditunjukkan kepada pelanggan. Ini disebabkan produk jualan telah dikategorikan dalam kumpulan masing-masing. Oleh itu, pengguna tidak perlu menyemak buku katalog yang mengandungi pelbagai jenis produk semata-mata untuk mencari satu produk yang dikehendaki oleh pelanggan.

Kawalan stok boleh dilakukan dengan menggunakan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung. Modul pangkalan data disediakan untuk mengendali kawalan stok. Pengedar Amway boleh mengemas kini kuantiti stok dengan mudah semasa ketibaan stok dalam modul pangkalan data. Butiran produk seperti nama, harga, gambar yang terkini juga boleh dikemas kini dari masa ke semasa hanya dengan mencapai modul pangkalan data yang sama.

Selain itu, pengguna Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung juga boleh menjimatkan kos dan ruang dengan menggunakan aplikasi ini. Peniaga tidak perlu

66

mencetak katalog dan harga produk kerana aplikasi ini mempunyai fungsi memaparkan katalog dan butiran produk seperti harga dan kuantiti. Oleh itu, pengguna boleh menjimatkan kos percetakan. Pengedar Amway juga tidak perlu menyediakan satu tempat untuk menyimpan buku katalog. Ini membolehkan pengedar Amway menjimatkan ruangan dan beban mereka kerana aplikasi ini boleh dipasangkan dalam telefon pintar ataupun tablet. Alat elektronik ini tidak memerlukan ruangan yang besar serta mudah dibawa.

Tambahan pula, Aplikasi Penugurusan Katalog Produk Jualan Langsung mempunyai fungsi log masuk bagi admin untuk keselamatan perniagaan. Senarai maklumat pelanggan akan menunjukkan pelanggan yang berurusan dengan pengedar Amway atau admin. Bukan sahaja begitu, pengguna Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung juga boleh menambahkan kuantiti stok dengan menaip bilangannya dalam antara muka tertentu. Pengguna Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung juga boleh menukar gambar produk untuk mengemaskinikan maklumat produk tersebut.

Selain itu, peringatan akan muncul apabila kuantiti stok berkurang sehingga satu paras yang ditetapkan. Produk yang kekurangan stok akan ditunjukkan dengan perkataan dalam warna merah untuk mengingatkan pengguna untuk menambahkan stok produk tersebut. Dengan fungsi tersebut, stok pengguna akan sentiasa sedia ada apabila diperlukan. Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung juga membolehkan pengguna merekodkan jualan pelanggan supaya dapat ditunjukkan sebagai satu rujukan.

Antara muka yang mesra pengguna dan mudah difahami digunakan dalam Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung ini. Ini bagi memudahkan pengguna memahami setiap arahan dan maklumat yang diberikan oleh aplikasi. Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung ini juga dapat mengurangkan berlakunya kesilapan bagi pihak pengguna semasa menginput data ataupun menerima data dan seterusnya mengurangkan kesilapan dalam pemahaman mengenai maklumat yang disampaikan oleh aplikasi ini.

67

5.3

KELEMAHAN APLIKASI

Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung yang dibangunkan ini mempunyai beberapa kelemahan yang masih boleh diperbaiki lagi. Salah satu kelemahannya ialah pengguna tidak dapat terus membuat tempahan menggunakan aplikasi tersebut. Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung hanya boleh digunakan oleh admin atau pengedar Amway sahaja. Selain itu, aplikasi ini juga tidak mempunyai fungsi promosi yang digunakan untuk membuat promosi bagi sesuatu produk. Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung tersebut tidak mempunyai fungsi memaparkan katalog promosi dan berita organisasinya. Ini adalah kerana Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung tidak mempunyai kriteria untuk akses internet.

5.4

KEKANGAN

Kekangan merupakan satu cabaran yang pasti wujud dalam membangunkan sesebuah aplikasi terutamanya dalam membangunkan aplikasi baru. Antara kekangan yang dihadapi dalam usaha membangunkan aplikasi ini termasuklah:-

i.

Kekangan Masa

Kekangan ini adalah kekangan yang paling utama dalam membangunkan sesebuah projek. Jangka masa yang ada adalah agak singkat. Oleh itu, pembangun telah menghadkan sasaran fungsi aplikasi dengan mengeluarkan output tertentu yang diperlukan dan dinyatakan oleh pengguna sahaja sedangkan lebih banyak fungsi boleh ditambahkan ke dalam aplikasi ini. Dengan kekangan ini, keupayaan apliksi ini terpaksa dihadkan agar mencapai sasaran output tertentu yang diperlukan dan dinyatakan oleh pengguna sahaja selaras dengan peruntukan masa yang ada.

ii.

Kekangan Kemampuan Dan Pengetahuan

68

Pembangunan aplikasi Android merupakan satu pengetahuan dan kemahiran yang baru dan kebanyakan pembelajaran pembangunan Android adalah daripada sumber Internet. Ia juga merupakan satu pengetahuan dan kemahiran yang agak baru dan kebanyakan pembelajaran pembangunan sistem adalah daripada sumber pertama, sekunder dan buku rujukan. Disebabkan pengetahuan dan kemampuan diri sebagai pembangun sistem maklumat yang terbatas, maka sistem ini masih terdapat tempat yang boleh diperbaiki supaya mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi.

5.5

CADANGAN PENAMBAHBAIK APLIKASI

Pada keseluruhannya, aplikasi ini tidak dapat menyediakan fungsian yang menyeluruh memandangkan kekangan yang dihadapi. Namun demikian, fungsian aplikasi ini masih mampu diperkembangkan lagi dari masa ke semasa. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan di masa hadapan yang ingin dikemukakan supaya aplikasi ini dapat terus dipertingkatkan fungsiannya. Cadangan yang ingin dikemukakan ialah:-

i.

Menambahkan Keupayaan Untuk Mengakses Internet

Adalah dicadangkan bahawa aplikasi yang dibangunkan di masa yang akan datang dapat menambah keupayaan untuk mengakses internet. Penambahan keupayaan tersebut membolehkan pengguna Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung melihat berita dan promosi yang ada pada jenama Amway tersebut dari semasa ke semasa tanpa bertanya kepada pengedar Amway ataupun admin Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung. Berita dan promosi Amway dapat dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

ii.

Menambahkan Keupayaan Bagi Pelanggan Untuk Log Masuk

Penambahan fungsi keupayaan bagi pelanggan untuk log masuk pada Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung membolehkan pelanggan Amway dapat menempah

69

barangan yang diingini di dalam rumah tanpa memerlukan pengedar Amway untuk berkunjung ke rumah mereka untuk menerangkan spesifikasi produk yang diingini. Penambahan

fungsi

tersebut

dapat

memudahkan

pelanggan

malah

dapat

memperkembangkan hasil jualan langsung jenama Amway.

iii.

Antara Muka Yang Lebih Menarik

Antara muka dalam aplikasi ini disarankan supaya dapat direka agar kelihatan lebih menarik bagi meningkatkan minat pelanggan. Gambaran produk daripada pelbagai sudut boleh dipaparkan dalam modul katalog supaya pelanggan boleh mendapat gambaran yang lebih jelas.

5.6

KESIMPULAN

Pembinaan Aplikasi Mudah Alih Katalog Produk Jualan Langsung ini mengambil masa lebih kurang lima bulan untuk mencapai objektif iaitu membantu jualan langsung berjenama Amway mengendalikan pengurusan pelanggan dan pengurusan stok dengan lebih efisien dan efektif. Kelemahan dan cadangan pembangunan aplikasi pada masa akan datang telah dinyatakan dengan jelas. Penambahbaikan yang berterusan diperlukan agar fungsi bagi aplikasi yang dibangunkan ini sentiasa dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Secara keseluruhannya, pelbagai pengalaman baru telah diperolehi sepanjang membangunkan sistem ini seperti pengurusan masa, perancangan kerja dan pencarian maklumat. Beberapa perisian dan bahasa pengaturcaraan baru turut dipelajari dan difahami yang dapat dimanfaatkan pada pembangunan sistem pada masa hadapan. Selain itu, sistem ini mempunyai kelebihan yang perlu ditonjolkan, kelemahan yang perlu diperbaiki dan cadangan penambahan agar sistem yang lebih baik dan efektif dapat dibangunkan pada masa hadapan.

70

RUJUKAN

AVON Store Sdn Bhd. http://www.avon.com.my [30 May 2013].

Baker, W.E., Sciglimpaglia, D. & Saghafi, M. 2010. Branding of post-purchase accillary products and services. An application in the mobile communications industry. European Journal of Marketing 44(5): 547-566.

Bauer, H.H., Barnes, S.J., Reichardt, T. & Neumann, M.M. 2005. Driving consumer acceptance of mobile marketing: A theoretical framework and empirical study. Journal of Electronic Commerce Research 6(3): 181-192.

Bauer,

J.

2011.

Android

versus

Apple

in

Mobile

Stats.

November

2011.

http://technorati.com/technology/article/android-versus-apple-in-mobile-stats/

[6

March 2013].

Bell, D. (IT Architect, IBM Corparation) 2004. UML Basics: The Sequence Diagram. http://www.ibm.com/developerworks/rational/library/3101.html [13 April 2013].

Blanchard, B.S. & Fabrycky, W.J. 2006. System Engineering and Analysis. Ed. ke-4. Prentice Hall: New Jersey.

Brownlow, M. 2012. Smartphones statistics and market share. http://www.emailmarketing-reports.com/wireless-mobile/smartphone-statistics.htm [6 March 2013].

Ericsson,

M.

2001.

Activity

Diagram

-

What

It

Is

and

How

to

Use.

http://sunset.usc.edu/classes/cs577a.../ActivitydiagramsforRoseArchitect.pdf

[12

April 2013].

GooglegPlayghttps://play.google.com/store/apps/details?id=com.ikea.catalogue.android& hl=en. [ 10 March 2013].

71

Gryka, M. 2009. 3D Visualisation of Sensor Information on Google Android Platform. Tesis Sarjana Sains. University of Surrey Guildford, Surrey, U.K.

Hall, K. 2006. RSS Reader for a Mobile Device. UCD School of Computer Science and Informatics, College of Engineering Mathematical and Physical Sciences, University College Dublin.

Helmy Abd Rahman. 2007. OS bentuk kaedah penggunaan. Artikel My Metro.

Josep, S.C. 2011. What is the difference between MySQL and SQLite?.SaltOS RhinOs http://www.saltos.net/portal/en/detail/wiki/67/what-is-the-difference-betweenmysql-and-sqlite.htm

Laurie,

W.

2006.

[18 May 2013].

Testing

Overview

and

Black-Box

Testing

Techniques

http://agile.csc.ncsu.edu/SEMaterials/BlackBox.pdf [1 Jun 2013].

Lee, W.M. 2011. Beginning Android Application Development. Indiana: Wiley Publishing.

Meier, R. 2010.

Professional Android 2 Application Development. Indiana: Wiley

Publishing.

Roach, G. 2009. Consumer perceptions of mobile phone marketing: A direct marketing innovation. Direct Marketing: An International Journal 3(2): 124-138. Sadun, E. 2009. The iPhone Developer’s Cookbook: Building Application with the iPhone SDK. Boston: Pearson Education, Inc.

Shankar, M.R. 2009. Location Based Restaurant Finder Application for Google Android Phones. Tesis Sarjana Sains. Dayananda Sagar College. Belgaum, Karnataka.

72

Shankar, V., Venkatesh, A., Hofacker, C. & Naik, P. 2010. Mobile marketing in the retailing environment: Current insights and future research avenues. Journal of Interactive Marketing 24(2): 111-120.

TESCO Store (Malaysia) Sdn Bhd. http://www.tesco.com.my [20 May 2013].

Thimbleby, H., Blandford, A., Cairns, P., & Jones, M. 2003. User Interface Design as Systems Design. University College London Interaction Centre, Interaction Design Centre of Middlesex University, Department of Computer Science, University of Waikato.

Wikipedia The Free Encyclopedia. 2012. http://en.wikipedia.org/wiki/IOS

[7 March

2012].

Yen, J.Y., Chen, M.L., & Chen, Y.C. 2008. The study of direct selling Management Strategies: An example of the Avon cosmetics company in Taiwan. Journal of International Management Studies (February): 214-227.

Zou, Y., Wu, H. & Huang, J. 2011. An Analysis and Comparison of Open and Closed Mobile Platforms - Android vs. iPhone. Energy Procedia 13: 4584 – 4590.

Suggest Documents