Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only. 1 Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENA...
Author: Simon Neal
182 downloads 2 Views 2MB Size
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

1 Kertas kerja ini adalah karya pelajar. 1. PENGENALAN Bumi merupakan satu-satunya planet dalam sistem solar yang terdiri daripada hampir keseluruhan dengan air di permukaannya iaitu kira-kira 70 peratus. Di sebabkan berlaku kombinasi suhu dan tekanan di permukaan bumi, membolehkan air wujud dalam keadaan yang sangat unik iaitu dalam keadaan cecair, pepejal dan wap air. Hal ini berbeza dengan bukti kajian yang telah di lakukan di Planet Mars di mana keadaannya sangat sejuk dan kering menyebabkan air hanya boleh wujud dalam bentuk ais dan wap air sahaja (Elizabeth Kay Berner and Robert A.Berner, 1987). Sifat air juga sangat istimewa kerana mampu menyerap dan membebaskan haba. Malah kebanyakan proses yang berlaku di bumi memerlukan air sebagai agen penggerak. Air memainkan peranan yang amat penting untuk manusia di muka bumi ini kerana ia bukan sahaja berfungsi sebagai penyeimbang suhu, malah menjadi sumber makanan dan air bersih untuk kesihatan manusia. Dan daripada bukti-bukti sejarah juga menunjukkan air amat penting dalam pembentukkan tamadun awal manusia. Hal ini kerana kebanyakkan tamadun awal manusia bermula berhampiran dengan sungai. Menunjukkan bahawa air menjadi factor untuk mewujudksn sesusuatu tamadun. Antara tamadun

yang di temui bermula di

sepanjang sungai ialah Tamadun Sumeria di sepanjang Sungai Tigris, Tamadun Mesir di sepanjang Sungai Nil, Tamadun Indus di sepanjang Sungai Indus dan Tamadun Hwang Ho di sepanjang Sungai Hwang Ho (Biswas, 1970 dalam Nordin Sakke et.al 2008). Tidak dapat dinafikan bahawa air amat penting dalam kehidupan manusia kerana semua manusia di dunia memerlukan air untuk terus hidup. Hal ini kerana manusia memerlukan air sebanyak tiga liter sehari untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Jika air yang dibekalkan kepada badan tidak mencukupi, pelbagai masalah kesihatan yang akan timbul. Bahkan manusia akan mati jika tidak mendapat bekalan air yang secukupnya. Hal ini dibuktikan lagi dengan kajian oleh para saintis mengatakan bahawa badan manusia terdiri daripada 70 peratus air. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa air adalah elemen terpenting bagi pembentukan tubuh manusia.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

2 Manusia menggunakan air untuk tujuan domestik, pengangkutan, perindustrian, reakreasi, perniagaan dan pertanian. Kandungan air dunia kira-kira 265 678.6 X 10¹² kg (Clapham, 73). Jumlah air dunia Air di bumi terdiri daripada 97 peratus air masin, dan selebihnya adalah air tawar yang terdiri daripada litupan ais di kutub dan glasier, air bawah tanah, air tawar di tasik, , lembapan tanih, wap air di atmosfera dan sungai. Sumber-sumber air di permukaan bumi seperti air bawah tanah, sungai dan tasik adalah sumber air yang penting untuk kehidupan seharian manusia.,

Graf 1.1.Taburan Air Bumi

Jadual 1.2.Taburan Air Dunia Bil 1

Taburan air Lautan

Peratus (%) 97.2

2

Litupan Ais di kutub dan Glasier

2.14

3

Air bawah tanah

0.6

4

Air Tawar di Tasik

0.01

5

Air Masin di Tasik

0.01

6

Lembapan Tanih

0.005

7

Wap Air di Atmosfera

0.001

8

Sungai

0.009

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

3 100 (Sumber : http://ga.water.usgs.gov/edu/watercyclemalay.html) 2. LEMBANGAN SALIRAN 2.A. DEFINISI DAN KONSEP Lembangan saliran boleh definisikan sebagai point atau titik yang terendah di kenali sebagai outlet yang mana semua air hujan yang turun ke dalam kawasan tersebut akan mengalir ke outlet tersebut. Samaada aliran air hujan tersebut bergerak sebagai air larian permukaan atau menyusup ke dalam tanah. Namun begitu, melalui pembacaan tentang kajian mengenai air atau bidang hidrologi telah wujud banyak istilah untuk menerangkan maksud Lembangan Saliran. Antaranya ialah river basin, drainange basin, watershed dan catchment. Perbezaan istilah yang di gunakan merujuk kepada disiplin yang berbeza bagi setiap pengkaji. Biasanya istilah river basin, drainange basin dan watershed lebih menjurus ke arah pengurusan sumber air manakala istilah catchment, lebih kepada sistem kawalan sungai (Gregory and Walling, 1973 : 37). 1. River

Basin

meliputi keseluruhan kawasan yang menyediakn air larian permukaan (runoff) dan menampung sebahagian atau keseluruhan aliran sungai, sungai utama atau cawangan-cawangannya.

2. watershed

(Jamaluddin Md.Jahi, 2000)

atau

Drainange

Basin

Di bentuk atau di cirikan berdasarkan outletnya yang merupakan kawasan terendah dalam lembangan. Sempadan biasanya di wakili oleh titik atau garisan yang bersambungan pada kedudukan tertinggi atau lebih di kenali sebagai legeh. Dengan andaian semua hujan yang turun akan mengalir dalam lingkungan garis sempadan yang hasilnya samaada membentuk air larian,menyusup ke dalam tanah dan keluar ke titik terendah (outlet) atau hilang di sebabkan sejatpeluhan. (krenky & Novotny, 1980)

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

4

3. Catchment Merujuk kepada mana-mana titik dalam sesuatu landskap kawasan tersebut menyediakn air

di mana mana

ke point melalui aliran literal di atas

permukaan dan bawah permukaan . Ia di sempadani oleh garis atau titik tertinggi yang di tentukan berdasarkan topografi permukaan yang mana air akan mengalir (Mulligan, M. 2004)

Rajah 2.1(a).Lembangan Saliran (Sumber : http://geoscape.nrcan.gc.ca/h2o/bowen/images/watershed_e.jpg)

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

5

Rajah 2.1(b).Lembangan Saliran

(Sumber:http://www.co.berks.pa.us/conservation/lib/conservation/images/watershed/wha t_is_watershed_action.gif) Penjelasan tentang lembangan yang menggunakan titik atau point tertinggi /watershed sebagai pengagih aliran ke outlet dikenali sebagai pendefinisian secara topografi. Pendefinisian secara topografi dalam menentukan sempadan pemisah tidak selalunya tepat bagi menggambarkan proses-proses sebenar. Hal ini kerana pergerakan dan pengagihan air dalam dalam tanah khususnya di antara batuan dasar tidak selalunya mengikut garis sempadan topografi (Muligan, 2004 :18, Gregory and Walling, 1973 :41, VICAIRE-a, 2006). Oleh hal demikian, VICAIRE telah mengelaskan lembangan saliran kepada dua, iaitu Lembangan Topografi dan Lembangan Realiti.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

6

Rajah 2.2.rajah Lembangan Topografi dan Lembangan Realiti (Sumber : http://echo.epfl.ch/VICAIRE/mod_1a/chapt_2/main.htm) Sempadan Lembangan topografi merujuk kepada kawasan yang dibahagikan berdasarkan jaringan point tertinggi sesuatu kawasan (Krenkel and Novotny, 1980). Berdasarkan sempadan lembangan topografi, sesuatu lembangan dipisahkan oleh puncak bukit tertinggi. Dengan mengandaikan semua air hujan yang turun akan terus sampai ke outlet kecuali yang tersejat ke udara. Keadaan ini tidak mengambil kira tentang susupan yang berlaku atau proses yang berlaku semasa proses susupan. Manakala Sempadan Realiti pula, penentuan sempadan bergantung kepada dari lokasi mana air yang mengalir ke outlet diterima. Untuk menjelaskan keadaan tersebut, tedapat tiga proses yang akan digunapakai. Pertama ialah apabila semua air hujan yang turun dan jatuh ke permukaan bumi mengalami proses susupan. Penentuan bagi keadaan ini adalah bergantung kepada ciri-ciri ketelapan sesuatu tanih, sudut tegak batuan dan paras air di kawasan tersebut. Air yang menyusup akan dihalang memasuki outlet kawasan yang sepatutnya (a) oleh lapisan atas batuan tidak telap air. Air akan bergerak mengikut kecondongan batuan dan akan memasuki outlet lain (b) proses yang berlaku menjadikan sempadan pemisah antara outlet ialah batuan tidak telap air. Penjelasan kedua pula melihat kepada proses air larian permukaan kerana proses

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

7 susupan tidak berlaku kerana semua kawasan permukaan telah tepu. Dalam keadaan ini, sempadan lembangan merujuk kepada sempadan topografi. Manakala keadaan ketiga merujuk kepada proses susupan dan air laian permukaan berlaku serentak semasa hujan lebat. Bagi air yang mengalir terus ke outletnya akan menggunakan sempadan topografi dan bagi susupan yang berlaku kerana sudut kecondongan batuan akan dijelaskan berdasarkan bahan tidak telap air (Nordin Sakke et.al. 2008) 2.B. FUNGSI LEMBANGAN SALIRAN Lembangan

Saliran

memainkan

peranan

yang

amat

penting

untuk

keseimbangan alam sekitar. Ia boleh di katogerikan kepada tiga iaitu fungsi hidrologi, fungsi ekologi dan fungsi tindak balas / respon

. Secara hidrologi terdapat tiga

karakteristik yang perlu difahami: a) pengumpulan /tadahan (collection) air daripada jatuhan hujan, pencairan ais dan simpanan yang akhirnya menjadi air larian b) simpanan (storage) air dalam pelbagai jumlah dan dalam tempoh masa yang berbeza c) luahan (discharge) air sebagai air larian

Manakala lembangan sebagai sebuah sistem ekologi pula berfungsi dalam dua cara iaitu : d) menyediakan kawasan (pathways) persekitaran yang pelbagai seterusnya membolehkan proses dan tindak balas kimia berlaku. e) menyediakan habitat untuk flora dan fauna yang menjadi elemen biologi kepada sesebuah ekosistem.

Hasil gabungan daripada kelima-lima fungsi (a – e) di atas telah menghasilkan dua bentuk respon semulajadi yang sangat penting kepada persekitaran akuatik. Dua bentuk respon tersebut adalah: f) dalam konteks hidrologi, ia memperlahankan/mengurangkan (attenuates) tenaga semulajadi daripada kerpasan (hujan dalam konteks Malaysia) yang turun, g) pergerakan air yang keluar dari pelbagai kawasan simpanan akan membasuh /memenuhi (flushes) badan air. Proses ini merupakan sifat universal sistem

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

8 akuatik yang membolehkannya menggerakan bahan – bahan kimia serta boleh mempengaruhi kepekatan, muatan atau ketelarutan bahan di dalam badan air. 2.B.(a) Fungsi pengumpulan / tadahan Secara umumnya,lembangan saliran merupakan kawasan tadahan air hujan yang pertama sebelum air tersebut menjadi air larian permukaan. Terdapat dua isu yang biasanya berlaku secara logik. Isu pertama adalah melibatkan kerpasan yang berlaku mampu disimpan oleh keseluruhan lembangan. Isu kedua pula melibatkan kerpasan yang mengakibatkan banjir di satu kawasan kecil di mana-mana bahagian lembangan saliran iaitu di bahagian hulu,hilir atau tengah. Hal ini kerana faktor yang mepengaruhi air larian permukaan adalah taburan hujan. 2.B.(b) Fungsi penyimpanan Secara naturalnya,penyimpanan merupakan fungsi utama dalam lembangan saliran. Penyimpanan berlaku setelah berlakunya proses pengumpulan dan sebelum berlakunya luahan air. Sesetengah ciri-ciri peyimpanan yang kompleks telah memainkan peranan yang penting untuk bertindak balas dan berinteraksi antara satu sama lain denga fungsi-fungsi yang lain.

Beberapa perkara tentang aliran air bawah tanah terutamanya mengenai aliran kedua bawah tanah yang dipanggil sebagai lembangan saliran kecil di dalam tanah. Aliran bawah tanah ini mempunyai ciri yang bertentangan dengan graviti dan kelajuan luahan air. Pertentangan penyimpanan ini termasuklah ciri-ciri penyimpanan,sekatan aliran keluar air dan tempoh masa kepekatan serta perkara yang berlaku antara dua ciri di atas secara serentak. Pertamanya adalah melihat kepada kekuatan pegangan air bawah tanah sebagai penentu kestabilan penahan air dan pengekalan kawasan penyimpanan yang berperanan sebagai tempat untuk mengekalkan sumber kepada aliran sungai. Kedua pula adalah melihat kepada sekatan secara fizikal kepada laluan keluar lembangan saliran seperti kolam,tasik atau tanah lembap serta kederasan air sungai yang di akibatkan oleh faktor-faktor seperti puing atau batu tongkol yang berkedudukan berselerak menyebabkan aliran sungai yang tidak menentu.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

9 Tempoh masa kepekatan adalah melibatkan tindak balas aliran keluar air dengan suhu dimana ia akan berlaku secara berulang mengikut musim dan ia berlaku dengan pantas mengikut bekuan air bawah tanah. 2.B.(c) Fungsi luahan Fungsi adalah yang terakhir selepas fungsi pengumpulan dan penyimpanan air. Tindak balas yang berlaku pada proses penyimpanan dan pengumpulan juga sedikit sebnyak telah memberi tindak balas kepada proses luahan ini dan ia menjadi lebih kompleks kepada hidrograf tahunan.

Hidrograf merupakan catatan untuk aliran sungai. Ia menunjukkan carta yang boleh mengenalpasti aliran air pada lebihan masa yang menggambarkan tindak balas antara siste penerimaan proses pemendapan dengan ciri-ciri biofizikal dalam sistem hidrologi. Daripada proses pengupuln dan penyimpanan dalam lembangan dan saliran tasik,kolam dan tanah lembap,kestabilan luahan air perlulah seimbang. Faktor yang dapat mengekalkan keseimbagan tanah adalah permukaan dan subpermukaan, kedudukan kawasan yang berhampiran kawasan pengumpulan atau luahan air dan tindak balas antara kedua-dua faktor di atas. 2.B.(d) Fungsi sebagai medium tindak balas kimia Air adalah medium utama dalam kebanyakan tindakbalas kimia yang berlaku. Tindakbalas juga termasuk

pergerakan bahan pencemar dan nutrient yang tidak

dikehendaki yang terdapat di dalam persekitaran akuatik. Molekul semulajadi air berupaya untuk mengubah tahap keasidan air dengan mengawal luluhawa batuan, hakisan serta proses – proses lain, melarutkan gas dan mineral serta menyebarkannya dan seterusnya menyediakan tempat untuk penggabungan semula, menguatkan dan menyokong hidupan.

2.B.(e) Fungsi sebagai habitat Hampir semua benda hidup di muka bumi akan tertumpu di kawasan yang mudah untuk mendapatkan bekalan air. Terdapat satu teori yang popular mengatakan bahawa banyak organisma hidup di muka bumi didapati di dalam persekitaran yang berair (Morgan 1972 dlm Peter 1996). Sejak dari dulu, perkembangan populasi manusia kebanyakkannya berlaku di persekitaran pinggir pantai yang mana di kawasan ini

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

10 pelarut universal (air) membantu pergerakan nutrien dan menyedia pelbagai bentuk habitat yang selamat untuk menyokong dan melengkapkan kehidupan manusia yang sangat kompleks ini.

Gangguan manusia ke atas fungsi ekologi ini mempengaruhi ciri – ciri fizikal dan biologi dan ianya sering menjadi punca kepada kerosakan ekosistem, serta flora dan fauna yang tinggal di dalamnya. Contohnya hujan asid, penipisan ozon, pemanasan global, penyahutanan, pencemaran bekalan air bersih, sedimentasi dan pengurangan populasi spesies ikan dan hidupan liar lain adalah disebabkan oleh kelemahan dalam pengurusan atau kesan langsung daripada proses kimia yang berlaku dalam sesebuah lembangan. 2.B.(f) Maklumbalas memperlahankan tenaga (attenuation respons) Gabungan ketiga - tiga fungsi hidrologi sesuatu lembangan iaitu pengumpulan, simpanan dan luahan air membentuk maklumbalas fizikal yang merendahkan atau mengecilkan puncak luahan yang ekstrem yang ditunjukkan dalam keluk hidrograf banjir. Melalui pemerhatian yang telah dibuat, menunjukkan bahawa aliran puncak adalah rendah dan perlahan bagi sesebuah lembangan yang bersaiz besar. 2.B.(g) Maklumbalas basuhan berterusan (flushing respons) Maklumbalas kimia antara kombinasi fungsi ekologi dengan fungsi hidrologi menjadikan sesuatu lembangan mempunyai sifat basuhan secara berterusan. Keupayaan air mengangkut dan menggerakkan bahan – bahan terlarut dan terampai yang berlebihan yang terdapat di dalamnya dari satu kawasan simpanan ke kawasan simpanan yang lain bergantung kepada jumlah dan halaju luahan, serta sifat bahan yang akan diangkut tersebut. Fungsi ini boleh diperhatikan semasa membuat pemantauan terhadap kepekatan sedimen, nutrien, bahan buangan atau gas terlarut semasa berlakunya larian permukaan. Apabila bahan – bahan ini dibawa oleh air larian dari satu tempat ke satu tempat ia akan mengubah tahap kepekatan bahan tersebut.

2.C. LEMBANGAN SEBAGAI SISTEM FIZIKAL Bumi terbentuk dengan sokongan sistem fizikal melibatkan semua subsistem yang saling berhubungkait antara satu sama lain. Ia terdiri daripada subsistem

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

11 atmosfera, hidrosfera, litosfera/pedosfera dan biosfera. Kesemua elemen sistem bumi pe rlu berinteraksi antara satu sama lain untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar bumi.

ATMOSFERA

LITOSFERA/PEDOSFERA

HIDROLOGI

BIOSFERA Rajah 2.3.Sistem Fizikal Bumi

(Sumber : Ubahsuai dari Jamaluddin Md.Jahi) Sistem Atmosfera. Merupakan satu lapisan nipis yang berada di sekeliling bumi. Terdapat empat lapisan utama iaitu Troposfera, stratosfera, mesosfera dan Ionosfera. Terdiri daripada gas-gas, wap air dan debu yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia tetapi terbukti wujud di sekeliling manusia. Antara gas utama yang wujud di atmosfera ialah gas Nitrogen iaitu sebanyak 78 peratus, Oksigen 21 peratus, Karbon dioksida 0.03 peratus dan selebihnya adalah Argon, Helium, Hidrogen, Kriptom,Xenon dan Ozon. Atmosfera berkait rapat dengan keadaan bumi yang berbeza dari segi cuaca dan iklim seluruh Negara. Sistem Hidrosfera merujuk kepada kewujudan air walau dalam apa bentuk sekalipun. Ia meliputi air dari permukaan bumi (tasik, sungai, kolam dan lautan), air bawah tanah atau dalam batuan, ais dan glasier mahupun wap-wap air yang berada di udara. Air memainkan peranan yang amat penting untuk manusai di muka bumi ini. Ia bukan. Sistem Biosfera pula meliputi semua benda hidup di bumi samaada di atrmosfera, litosfera/pedosfera, atau hidrosfera. Lapisan ini merupakan satu lapisan interaksi atau pertembungan antara semua sistem fizikal. Sistem Litosfera/Pedosfera adalah bahagian kerak bumi yang keras yang tebalnya berubah-ubah antara 0-100km lapisan pejal bumi dan juga lapisan tanih yang menyediakan platform bagi kehidupan di

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

12 bumi. Tumbuhan dan haiwan dapat hidup di permukaan litosfera/pedosfera kerana memperoleh sumber makanan yang secukupnya.

Rajah 2.4.Kitar Hidrologi (Sumber : http://www.clw.csiro.au/education/groundwater/hydrology_diag.jpg) Dalam Lembangan saliran, kita boleh melihat kesemua interaksi akan berlaku antara setiap subsistem. Proses interaksi yang paling jelas dalam lembangan saliran adalah Kitaran Hidrologi. Hal ini boleh dilihat bermula dengan proses kerpasan, pintasan, susupan, air larian permukaan dan sejatpeluhan. Ia menjelaskan kadar aliran dan sejatpeluhan dari peringkat semasa air mengalir dan keluar dari simpanan, kemampuan dan isipadu penyimpanan dalam sesuatu masa tertentu.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

13

Rajah 2.5.Proses Kerpasan (Sumber : http://aphs.worldnomads.com/lani/2261/raining.jpg)

Proses pertama yang untuk menghuraikan kitar hidrologi ialah melalui proses kerpasan. Kerpasan merujuk kepada sebarang longgokan atau pemendapan berair samaada dalam bentuk embun, hujan, dan salji. Hujan akan berlaku apabila wap air yang terkondensai menjadi manik-manik kecil dan membentuk awan. Di dalam awan, manik-manik tersebut akan bercantum sehingga ia tepu dan tidak boleh menampung beban wap air lagi lalu turunlah sebagai hujan. Kemudian proses yang akan berlaku semasa berlaku kerpasan ialah pintasan. Apabila air hujan turun, tumbuh-tumbuhan yang ada di kawasan lembangan berfungsi sebagai intersepsi. Ia berupaya melambatkan proses jatuhan air ke permukaan bumi. Seterusnya ciri-ciri tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai peringkat ketinggian pula menghasilkan jtuhan hujan yang berbeza. Ia boleh menyebabkan air hujan yang turun mengalami jatuhan langsung, intersepsi silara, sejatpeluhan, titisan kanopi, aliran batang, dan intersepsi sarap.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

14

Rajah 2.6.Proses Pintasan

(Sumber : Wan Ruslan. 1994. Pengantar Hidrologi) Kemudian

proses

yang

berlaku

ialah

dalam

kitar

hidrologi

ialah

Susupan/perkolasi (infiltration). Ia di panggil susupan kerana pada peringkat ini air akan memasuki permukaan tanah melalui rongga-rongga tanih yang kosong. Keliangan dan ketelapan bair sangat penting dalam proses ini (Douglass, 1977). Sifat dan cirri-ciri tanih yang berbeza menyebabkan kadar intersepsi yang berlaku bagi setiap jenis tanih adalah berbeza. Kebolehupayaan tanah untuk menyusup air bergantung kepada Saiz liang, kandungan lembapan tanih dan tumbuhan tutup bumi (Carson dan Kirkby, 1972). Tiga proses yang paling penting ialah kemasukan air ke dalam tanih, simpanan air di dalam jisim, dan penyerakan air melalui proses perkolasi. Proses perolasi ini digerakan olehdaya kapilari dan graviti dan di pengaruhi oleh darjah ketelapan tanih.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

15

Rajah2.7.Proses susupan (Sumber:http://www.ocrwm.doe.gov/ym_repository/studies/sitechar/images/infiltration.jp g) Seterusnya adalah proses Air Larian permukaan (runoff). Pergerakan air sama ada dalam bentuk bebenang halus ataupun sebagai aliran deras di permukaan cerun dan masuk ke dalam sungai (Selby, 1993). Hal ini berlaku kerana tanih sudah tidak mampu menjalankan proses susupan lagi akibat tanih tepu ataupun hujan lebat.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

16

Rajah2.8. Proses Air Larian Permukaan

(Sumber:http://www.desktopscenes.com/Scenes%20from%20Glacier%20National%20P ark%20(2004)/Runoff%20Waterfall%20Near%20Logan%20Pass.jpg) Proses terakhir ialah Sejat peluhan. Cahaya matahari memainkan peranan yang paling penting kerana melalui tenaga, ia akan memanaskan permukaan air yang terdedah seperti tasik, sungai, kolam dan lautan. Pemanasan ini menyebabkan cecair yang tersejat akan ditukarkan menjadi wap air. Air yang terperangkap pada permukaan daun disebabkan oleh hujan atau transpirasi juga akan disejat oleh tenaga matahari.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

17

Rajah 2.9. Proses Sejatan/Sejatpeluhan

(Sumber:http://www.atmos.uiuc.edu/earths_atmosphere/images/water_cycle/hydrologic_ cycle2.jpg) Melalui proses-proses yang berlaku, elemen-elemen sistem bumi mempunyai kawalan yang tersendiri dan sentiasa berkerjasama sebagai rakan sepasukan untuk mengekalkan keseimbangan setiap system secara berterusan. Interaksi yang berlaku di kenali sebagai faktor penggalak, faktor pengehad dan agen penerima. Setiap system akan berkomunikasi untuk menentukan jumlah bahan yang akn dipindahkan mengikut kadar tetapan yang mampu di terima oleh sistem seterusnya (Nordin Sakke et.al, 2008) contohnya sekiranya wap air di udara berkurangan, signal akan dihantar kepada faktor penggalak seperti matahari dan angin bagi membolehkan cecair ditukarkan kepada wap air. Sekiranya sesuatu lembangan tidak mampu menerima kemasukan air, wap air tadi akan membentuk awan dan awan akan menghalang faktor penggalak matahari. Sejatan kurang menyebabkan proses pembentukan hujan akan dapat diperlahankan.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

18 2.D. LEMBANGAN SALIRAN SEBAGAI SISTEM KEGUNAAN MANUSIA Selain menjadi sistem fizikal, Lembangan Saliran juga berperanan sebagai sistem kegunaan manusia (Jamaluddin Md Jahi, 2000). Keperluan dan kehendak manusia yang semakin meningkat menyebabkan permintaan terhadap sumber daripada lembangan saliran turut meningkat. Sistem kegunaan manusia meliputi semua aktiviti sosial dan ekonomi sama ada sebagai memenuhi keperluan atau untuk mendapatkan keuntungan. Terdapat empat proses penting di dalam sistem kegunaan manusia iaitu persepsi, membuat keputusan, merancang dan tindakan (Jamaluddin Md Jahi, 2000). Persepsi seseorang individu bergantung kepada tahap pengetahuannya terhadap alam sekitar dan pada kebiasaannya, sesuatu keputusan dibuat berdasarkan persepsi tersebut. Jika seseorang individu mendapati berlaku kepincangan tindakan yang sewajarnya diambil bagi menangani kepincangan tersebut akan dirancang. Antara

kepentingan

yang

di

perlukan

oleh

manusia

ialah

:

Reakreasi/ pelancongan Kesihatan

Perikanan

Pertempatan

Perlombongan

KEPENTINGAN LEMBANGAN SALIRAN

Perhutanan

Perindustrian

Agrikultur

Hidupan liar

Perdagangan

Pengangkutan

Pendidikan

Sumber tenaga

(sumber : ubahsuai dari Jamaluddin Md.Jahi)

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

19 2.E. SALING INTERAKSI ANTARA KOMPONEN LEMBANGAN SALIRAN

Manusia

Alam Sekitar

Rajah 2(e).Interaksi Manusia Dan Alam Sekitar

Lembangan Saliran boleh diklasifikasikan sebagai sistem terbuka kerana sifatnya yang akan menerima input tenaga dan bahan-bahan dari atmosfera. Keadaan ini mewujudkan hubungani antara angkubah-angkubah untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Hubungan tersebut juga mewujudkan maklumbalas iaitu merujuk kepada output sesuatu sistem menyebabkan perubahan positif ataupun negatif. Terhadap komponen yang diukuar (Pidwirny, 2006). Proses Interaksi Komponen lembangan saliran juga merujuk kepada hasil tindakan manusia ke atas lembangan saliran atau sistem fizikal bumi dan kesan yang berlaku hasil tindak-balas tersebut. Interaksi di antara manusia dan sistem fizikal juga boleh menghasilkan respon positif ataupun negatiif yang bersifat timbal balas. Lazimnya aktiviti manusia ke atas sistem akan mengubah

keharmonian

sejagat.

Bahkan

gangguan-gangguan

manusia

akan

menyebabkan proses penggalak meningkat dan menghasilkan tindakbalas positif secara berterusan. Keadaan ini akan mengakibatkan perubahan sistem hidrologi dalam lembangan saliran. Biasanya hasil interaksi antara manusia dengan lembangan saliran akan membawa kepada tiga perkara Iaitu perubahan (changes), kesan (effects) dan akibat (consequences or impacts). Terdapat tiga kumpulan perubahan yang akan berlaku ke atas sistem lembangan saliran. Pertama merujuk kepada perubahan litupan tumbuhan (land cover) di mana berlaku proses membersihkan kawasan hutan sehingga mendedahkan permukaan

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

20 tanah

di

sebabkan

aktiviti

penebangan

hutan,

pertanian,

perbandaran

dan

perlombongan. Kumpulan perubahan kedua pula berhubung-kait dengan penggunaan dan pengeksploitasian air. Kegunaan air pula amat di perlukan untuk tujuan kegunaan domestik, pertanian, perindustrian, pembinaan kawasan tadahan, dan perbandaran. Dan yang terakhir ialah kumpulan perubahan kumpulan ketiga iaitu merujuk kepada kerjakerja pengubahsuaian jaringan alur. Ia meliputi aktiviti memperdalam alur dan kerjakerja di kawasan dataran banjir untuk mengelakan di tenggelami air (Arnel, 2002 : 170 171). Untuk menghuraikan kesan dan akibat yang terjadi hasil interaksi antara komponen ialah dengan melihat kepada aktiviti yang telah dilakukan oleh manusia. Misalnya aktiviti perbandaran seperti perumahan, pengangkutan, perindustrian dan kawasan reakreasi Bandar telah memberi impak yang amat buruk terhadap lembangan saliran kerana berlaku perubahan guna tanah secara besar-besaran terhadap kawasan litupan. Manusia mengubah telah mengubah kawasan telap air menjadi kawasan yang tidak telap air melalui pembinaan jalan raya, membina bangunan, kompleks beli-belah, dan kawasan letak kereta. Hal ini menyebabkan proses susupan tidak dapat di jalankan terutama semasa hujan. Kesemua air hujan yang turun akan mengalir sebagai air larian permukaan kerana kawasan permukaan di litupi dengan tar, simen dan aspalt. Air larian juga akan membawa semua sedimen seperti sampah-sarap, kelodak, pasir dan hakisan terus ke dalam alur sungai menyebabkan alur sungai tersumbat dan menjadi cetek. Akhirnya lama-kelamaan alur sungai yang berfungsi sebagai kawasan discas air tidak lagi mampu untuk menampung kuantiti air yang banyak. Keadaan ini menyebabkan kawasan Bandar mengalami masalah banjir. Biasanya banjir yang sering di alami di kawasan Bandar adalah banjir kilat dan ia berlaku setiap kali hujan lebat. Daripada rekod yang di peroleh, kawasan Bandar Lembah Klang merupakan salah satu lokasi banjir kilat yang paling teruk. Contohnya pada Jun 2007, telah berlaku banjir kilat yang teruk di sekitar Ibu Kota kerana hujan lebat yang luar biasa turun selama 2 jam. Hal ini menyebabkan Sungai Klang melimpah dan membanjiri kira-kira 13 buah kawasn seperti Jalan Dang Wangi, Jalan Melayu, Jalan Pantai Baru, Jalan Tun Sambatahna dan Jalan Melaka. Begitu juga negeri Johor yang mengalami banjir teruk pada penghujung tahun 2007 di sebabkan faktor perbandaran. Selain banjir kesan terhadap ekosistem lembanagn saliran juga menyebabkan kemusnahan habitat, hakisan dan pelebaran alur, serta perubahan dasar sungai.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

21 Ekoran daripada aktiviti perbandaran, muncul pelbagai kesan negatif yang terpaksa ditanggung oleh manusia sendiri. Semasa berlakunya banjir, air larian permukaan membawa sampah sarap dan bahan-bahan yang tercemar masuk ke dalam alur sungai. Hal ini menyebabkan sungai terpaksa menerima segala bahan pencemar dan mengubah kualiti dan kuantiti air. Selain itu, sungai juga akan tercemar kerana buangan sisa dari kawasan perindustrian dan juga sisa domestik isi rumah. Air sungai yang telah tercemar akan menimbulkan pelbagai gejala penyakit dan akan menyerang manusia. Oleh itu, manusia bukan sahaja menderita kerana masalah kekurangan bekalan air bersih bahkan terpaksa berhadapan dengan wabak penyakit. Misalnya pada tahun 1997, hanya 20.7 peratus daripada seluruh sungai di Malaysia dianggap bersih dan selamat untuk digunakan kerana majoritinya berada dalam tahap Sungai Kelas III. Oleh Masyarakat pada hari ini tidak mempunyai pilhan kecuali tetap menggunakan air yang dibekalkan walaupun ia tidak memenuhi piawaian kualiti yang sepatutnya. Di samping itu juga, masalah kemerosotan simpanan air bawah tanah turut dihadapi kerana proses susupan tidak berlaku. Hal ini menyebabkan paras air sungai rendah dan mengakibatkan masalah kekurangan air. Sekitar tahun 1997 juga Selangor gempar dengan masalah kekurangan air kerana empangan Durian Tunggal kering dan catuan air terpaksa dilaksanakan. Selangor juga terpaksa mendapatkan sumber air dari Pahang untuk menampung keperluan masyarakatnya. Dan bekalan air pada masa tersebut langsung tidak terjamin kualitinya. 3. PENGURUSAN LEMBANGAN 3.A DEFINISI PENGURUSAN i. pengurusan merujuk kepada melaksanakan sesuatu melalui manusia. ii. pengurusan adalah satu proses sosial yang dibentuk, disusun untuk mewujudkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. iii. pengurusan melibatkan proses kemanusiaan. Peter E. Black mentakrifkan pengurusan lembangan sebagai rancangan memanipulasi satu atau lebih faktor gangguan sama ada secara semulajadi atau

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

22 tindakan manusia ke atas sesuatu lembangan untuk mengubah atau mengekalkan keadaan sumber air seperti yang diingini. Pengurusan lembangan saliran bermula dengan memahami konsep asas dan kesepakatan semua bahagian yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam membangun dan memelihara fungsi dan nilai yang terdapat pada lembangan tersebut. Terdapat tiga prinsip umum dalam pengurusan lembangan saliran yang telah dikenalpasti (Black, 1970) iaitu ekologi semulajadi lembangan saliran sebagai satu sistem seimbang yang dinamik, faktor – faktor yang mempengaruhi air larian dan ketiga adalah taburan air di dalam ruang hidrosfera yang berkaitan dengan amalan pengurusan lembangan. Oleh itu, pengurusan sungai merangkumi pelan pengurusan dan pembangunan koridor sungai, pelan pengurusan dan pemantauan kawasan tadahan, pelan pembangunan kawasan rekreasi dan pelan pemulihan dan pemeliharaan sungai. 3.B OBJEKTIF PENGURUSAN LEMBANGAN Pengurusan lembangan mempunyai satu objektif utama yang ingin dicapai iaitu mengembalikan keadaan persekitaran lembangan dan komponen-komponennya yang telah terganggu kepada keadaan asal, atau paling tidak dapat mengurangkan kesan negatif ke tahap yang paling minimum. Sebagai contoh di Malaysia, sungai sungai yang telah tercemar pada kelas iii dapat dikembalikan sekurang-kurangnya kepada kelas ii menjelang 2010. Bagi mencapai objektif ini terdapat tiga aktiviti utama yang menjadi garis panduan iaitu

aktiviti pemulihan dan pemeliharaan, perlindungan dan peningkatan

kualiti. Pertama, pemulihan (rehabilitation) terhadap tanah terbiar ataupun perubahan secara semulajadi terhadap tanah yang mempunyai sedimen berlebihan, yang tidak di perlukan semasa proses air larian berlaku. Pemulihan terbatas kepada kawasan yang kecil sahaja dan biasanya ia tertumpu kepada bahagian penyimpanan. Hal ini kerana pemulihan di bahagian penyimpanan lebih baik kerana fungsi utama adalah di bahagian tersebut. Aktiviti perlindungan (protection) biasanya dilakukan di bahagian-bahagian sensitif dalam lembangan saliran. Bahagian ini dilindungi daripada sebarang aktiviti pemulihan kerana akan menyebabkan perubahan negatif yang mendadak. Konsep

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

23 perlindungan sebenarnya bersamaan dengan pemeliharaan (preservation) yang menghalang terus sebarang aktiviti daripada dilakukan di kawasan tersebut. Ataupun dengan kata lain, perlindungan juga dimaksudkan sebagai tiada pengeksploitasian (exploitation) di mana kawasan tersebut dihalang dan tidak dibenarkan untuk sebarang pembangunan pada masa hadapan. Apabila digabungkan kedua-dua aktiviti ini untuk masa kini dan akan datang, ia amat bermanfaat untuk mengekalkan persekitaran terutama kepada generasi akan datang dan keadaan ini dipanggil pembangunan mapan (sustainable development).

Aktiviti ketiga pula ialah peningkatan kualiti (enhancement). Peningkatan kualiti lebih tertumpu kepada badan air mengikut karakter-karakternya. Keadaan ini boleh menyempurnakan satu atau lebih sifat lembangan saliran yang dipengaruhi oleh fungsi hidrologi ataupun kualiti air tersebut. Daripada tindakan tersebut membolehkan setiap tamadun memainkan peranan penting untuk membuat kepelbagaian dalam fungsi khusus dan skema pengurusan lembangan saliran atau membuat pembaharuan dalam susunan pada peringkat-peringkat baru, menentukan hasrat atau karakter dalam sesebuah lembangan saliran.

Ketiga-tiga aktiviti ini harus dilaksana dalam mengklasifikasikan pengurusan. Ia bersesuaian untuk dilakukan tanpa had. Namun, secara realitinya ia sangat sukar untuk diklasifikasikan kerana untuk mencapai ketiga-tiga objektif tersebut, badan-badan yang bertanggungjawab perlu menemui setiap agensi yang berada di tempat dan masa yang berlainan semata-mata untuk menerangkan setiap objektif tersebut. Pengurusan lembangan

saliran

yang

merangkumi

pemulihan

(rehabilitation),

perlindungan

(protection) dan peningkatan kualiti (enhancement) secara keseluruhannya merupakan pengurusan yang terbaik (best management practices) BMPs.

3.C AKTIVITI BAGI MEMENUHI OBJEKTIF 3.C.i Aktiviti Pemulihan (Rehabilitation activity)

Pemulihan dilakukan apabila sesuatu kawasan tersebut telah disalahguna dan diceroboh. Aktiviti penggondolan hutan terutama di bahagian cerun ynag bertujuan untuk mendapatkan hasil balak sedikit sebanyak telah mengganggu kawasan sensitif

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

24 tersebut. Namun kebanyakan aktiviti penebangan hutan secara haram tersebut dapat dihidu oleh badan – badan bertanggungjawab. Oleh kerana kegiatan tersebut semakin berleluasa ia telah meningkatkan kadar hakisan, pengangkutan sedimen dan banjir di bahagian hilir. Contohnya aktiviti penggondolan hutan terbesar di Lembangan Copper (Copper Basin) yang memiliki keluasan kira – kira 60 ribu ekar persegi. Ia terletak di daerah Ducktown di wilayah Tennessee. Akibat daripada penggondolan hutan tersebut telah menghasilkan gas sulfur dioksida di mana ia merupakan kombinasi antara air dengan asid sulfurik yang menyebabkan berlakunya hujan asid. Kawasan yang dikhususkan sebagai kawasan sensitif adalah kawasan yang menerima hujan tahunan yang tinggi. Kaitan antara kadar hujan yang tinggi dengan kesensitifan sesuatu kawasan adalah kerana kawasan ini memerlukan tumbuhan melindunginya daripada berlakunya kadar hakisan yang tinggi.

Program – program yang telah dilakukan untuk melaksanakan aktiviti pemulihan adalah seperti pemulihan tanah pertanian. Program ini telah menghasilkan lebih banyak perkembangan ekonomi secara mendadak serta meluas dan menambahkan BMPs supaya ia senang diatur oleh pengurusnya. Ia melibatkan galakan, cukai, permit dan mengenakan denda penalti kepada peladang yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam melaksanakan pemulihan tanah pertanian. Galakan yang diberikan adalah termasuk pengurangan kadar cukai, pembiayaan kos (subsidi), ataupun wang yang disalurkan terus kepada program-program alam sekitar. Cukai yang dikenakan melihat kepada jenis baja yang digunakan, kekerapan penaburan baja dan kadar menyerapannya ke dalam tanih. Permit pula boleh didapati melalui agensi-agensi yang diiktiraf. 3.C.ii Aktiviti Perlindungan (Protection activity)

Pengiktirafan diperlukan untuk melindungi kawasan terbiar daripada berlakunya aktiviti penggondolan hutan secara haram. Secara umumnya, melindungi kawasan sensitif ini daripada aktiviti pembangunan adalah lebih baik dari mencari pelbagai jalan untuk memulihkan keadaan kawasan yang telah diteroka. untuk menyempurnakan aktiviti ini, ia memerlukan sokongan orang ramai. Dan asas ini telah berjaya meraih

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

25 cadangan agar melonggarkan kaedah pengukuran termasuklah BMPs di lapangan hidrologi untuk mengenalpasti analisis kesan kepada alam sekitar.

Sebagai contohnya, pemulihan dan perlindungan kawasan tebing sungai yang mempunyai hubungkait yang sangat rapat dengan peningkatan kualiti lembangan saliran di kawasannya. DeBano dan Schimdt (1989) mengkelaskan zon tebing sungai di keduadua belah bahagian sungai iaitu bahagian hulu dan bahagian hilir mempunyai sifat larian air permukaan (runoff) yang berbeza dan pengaplikasian amalan pengurusan yang spesifik mestilah disesuaikan mengikut keadaan tersebut (runoff). Melalui pemerhatian mereka, menyatakan bahawa kawasan tersebut mestilah dilindungi melalui konteks lembangan saliran. Mereka juga menyatakan bahawa zon di bahagian hulu sungai yang terletak pada paras ketinggian tertinggi merupakan sumber bekalan air kepada lembangan manakala zon di bahagian hilir merupakan sumber kegunaan kepada pengguna sama ada manusia atau hidupan lain. Tujuan usaha – usaha mengawal tebing di kawasan hilir adalah untuk meningkatkan keadaan sesebuah lembangan, meningkatkan jangka masa aliran sungai semasa banjir berada pada tahap sederhana dan menstabilkan liku – liku sungai untuk mengurangkan hakisan (DeBano & Schimdt, 1989). Tebing sungai merupakan zon yang paling sensitif dalam lembangan dan memerlukan perhatian khusus untuk memastikan kestabilan sesebuah lembangan dengan setiap perancangan pengurusan. Akibatnya sebahagian jenis dan zon lembangan memerlukan perhatian yang lebih khusus dengan mengambil kira dan melihat jenis guna tanah yang terdapat disekelilingnya. 3.C.iii Aktiviti Peningkatan Kualiti (Enhancement activity)

Program pengaliran / terusan, pengawalan hakisan tebing sungai, pengairan kawasan tanah lembap, pemulihan dan perlindungan perikanan dan program mencantikkan semula sungai telah diletakan di bawah satu pengkelasan iaitu pembaikan sistem sungai

oleh Gillete, 1972 yang mana menurut beliau program –

program ini mendatangkan keuntungan dari segi ekonomi.

Apabila sesebuah sungai diluruskan dan ditambah dengan suatu material seperti konkrit atau bahan buatan lain, ia masih boleh distabilkan sekiranya struktur yang

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

26 berfungsi untuk mengurangkan tenaga dimasukkan atau jika aliran tersebut dikawal dari hulu hingga ke seksyen akhir.

Di Belanda misalnya, strategi tebatan banjir memberi penekanan kepada simbiosis antara aspek kejuruteraan sungai dan fungsi ekosistem. Kejuruteraan sungai membabitkan inisiatif peningkatan keupayaan saliran sungai dan sistem perparitan untuk menampung dan mengalirkan air semasa curahan hujan maksimum dalam tempoh 100 tahun. Selain itu, fungsi ekosistem perlu dilestarikan pada tahap terbaik termasuk mengekal bahkan meningkatkan keluasan kawasan hijau dipenuhi pokok dan tumbuhan lain untuk mengurangkan impak aliran air permukaan mengalir deras ke sistem pengairan. Semakin banyak pokok maka semakin tinggi pula keupayaan penyerapan dan penakungan hujan yang boleh mengurang dan memperlahankan aliran air permukaan.

Di Malaysia, pelestarian fungsi ekosistem sungai dalam projek penebatan banjir di Kuala Lumpur dapat dilakukan melalui beberapa langkah iaitu: ♦ Membina taman awam yang besar seperti di Hyde Park London (350 ekar) atau Central Park New York (843 ekar) sebagai pengimbang suhu, pembekal oksigen, penyerap hujan dan penebat banjir. ♦ Mewartakan kawasan di hulu lembangan Sungai Gombak, Sungai Kerayong dan Sungai Klang sebagai hutan simpan sekunder. Keluasan litupan hijaunya perlu dipertingkat dan dipulihara. ♦ Membina lebih banyak kolam takungan hujan yang juga berperanan sebagai kolam rekreasi di tempat strategik. ♦ Menukar sistem saliran dan landskap sedia ada secara berperingkat kepada sistem lebih mesra alam seperti digariskan dalam Manual Saliran Mesra Alam (MASMA) yang disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Aktiviti – aktiviti lain yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia adalah seperti Program Sungai Angkat yang dijalankan oleh JPS dan badan lain bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam penjagaan sungai. Antara sungai yang terlibat dalam program ini ialah Sungai Gombak, Sungai Lui (Hulu Langat), Sungai Batu (Kuala Lumpur), Sungai Lendu (Alor Gajah), dan Sungai Skudai (Johor Bahru).

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

27 Selain itu antara projek perintis MASMA yang dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dan JPS ialah Sistem Saliran Bio-Ekologi (BIO-ECODS). Projek ini adalah salah satu alternatif pengurusan air larian hujan yang mesra alam dan mapan untuk memenuhi konsep kawalan kuantiti dan kualiti air larian hujan seperti yang disarankan oleh MASMA. Projek ini merupakan projek pertama yang dilaksanakan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Asia Tenggara yang menggabungkan pelbagai komponen BMPs. Komponen – komponen yang terdapat dalam BIOECODS adalah alur berumput (swale), kolam takungan kering (dry pond), kolam basah (wet pond), tanah lembap (wetland), kolam tahanan (detention pond), dan kolam rekreasi. Ia berperanan untuk mengurangkan kadar alir air larian, isipadu air larian dan beban bahan pencemaran dengan melaksanakan kaedah kawalan pada punca. Hasilnya projek BIOECODS ini telah berjaya mengecilkan puncak dan isipadu air larian dan juga melalui konsep penyucian berterusan telah membantu kualiti air larian BIOECODS menepati kualiti kelas IIB Piawaian Kualiti Air Kebangsaan Malaysia dan kolam ekologinya berjaya mengurangkan kepekatan bahan cemar.

Aplikasi BIOECODS telah dilakukan di Wad Forensik Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak dan telah siap sepenuhnya pada Jun 2004. Kedua Asrama Anak Yatim Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Kota Bharu, Kelantan telah siap pada Julai 2006. Ketiga Klinik Kesihatan 2 Taiping, Perak yang masih dalam pembinaan. Keempat Lot 40367 Sg. Kinta, Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta, Ipoh, Perak juga masih dalam pembinaan.

4. KESIMPULAN Pengurusan lembangan saliran secara menyeluruh merupakan satu topik alam sekitar yang sangat penting masa kini. Pengurusan menyeluruh suatu lembangan memerlukan penglibatan dari pelbagai disiplin ilmu untuk menyelesaikan masalahmasalah komplek yang timbul. Setiap lembangan mempunyai sifat yang unik yang perlu diterokai dan difahami sebaik-baiknya supaya rancangan pengurusan yang dibangunkan dapat berfungsi dengan efektif. Dalam usaha untuk membangunkan rancangan pengurusan lembangan secara menyeluruh, beberapa langkah mesti diikuti. Perkara yang paling penting adalah analisis menyeluruh mengenai sifat fizikal sesuatu lembangan mesti dipantau. Sifat ini termasuklah struktur geologi, tanih, topografi atau

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

28 cerun, cabang-cabang sungai, dan kawasan tanah lembap. Selain aspek fizikal persekitaran semulajadi, aspek sosioekonomi dan politik yang terdapat di dalam lembangan tersebut perlu diambil kira dan dianalisis secara individual kemudian digabungkan supaya matlamat dan objektif yang dirangka dalam pengurusan dapat dicapai.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

29 Rujukan Black. P.E. 1996. Watershed Hydrology. (2nd edition). Michigan: Ann Arbor Press Inc.

DeBarry. Paul A. 2004. Watersheds: processes, Assessment and Management. New Jersey: John Wiley & Sons Inc. Dingman S. Lawrence. 1994. Physical Hydrological. New York: Macmillan Publishing Company. Gregory, KJ, Walling DE. 1973. Drainage Basin Form and Process: A Geomorphological Approach. Norwich: Edward Arnold. Elizabeth K. Berner, Robert A. Berner. 1987. The Global water Cycle: Geochemistry and Environment. New Jersey: Prentice Hall Inc. Haliza Abdul Rahman. 2007. Satu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai di Malaysia. Dibentangkan di Persidangan Geografi. 8 – 9 September 2007. Tanjung Malim: UPSI Mostafa M. Soliman et al. 1997. Environmental Hydrogeology. New York: Lewis Publishers M. Svenden (ed). 2005. Irrigation and river Basin Management: Options For Governance and Institutions. Cambridge: CABI Publishing.

Nordin Sakke et al. 2008. Memahami Proses- Gerakbalas Lembangan Saliran Dalam Konteks Kajian Hidrologi dan Sumber Air. (dalam proses penerbitan). Kota Kinabalu: UMS Jamaluddin Md.Jahi. 2000. Considering Social And Economic Aspects in Integrated River Basin Management system. National Conference On Sustainable River Basin Management in Malaysia. 13 - 14 November 2000. Bangi : UKM

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

30 Wan Ruslan Ismail. 1994. Pengantar Hidrologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Sistem Saliran Mapan: Penyelesaian Banjir Kilat, Pencemaran Sungai dan Kekurangan Air untuk Kesejahteraan Sejagat” (atas talian) http://www.spgis.gov.my

“Watershed Function” dan “Watershed Hydrology” dlm. http://www.watershedhydrology.com

“Strategi Lestari Fungsi Ekosistem Elak Bah” (atas talian) http://www.web.utm.my

“Gambarajah Kitaran Air-The Water Circle” (atas talian) http://www.image.google.com

http://www.co.berks.pa.us/conservation/lib/conservation/images/watershed/what_is_wat ershed_action.gif http://geoscape.nrcan.gc.ca/h2o/bowen/images/watershed_e.jpg http://www.co.berks.pa.us/conservation/lib/conservation/images/watershed/what_is_wat ershed_action.gif

http://echo.epfl.ch/VICAIRE/mod_1a/chapt_2/main.htm

http://ga.water.usgs.gov/edu/watercyclemalay.html

http://www.atmos.uiuc.edu/earths_atmosphere/images/water_cycle/hydrologic_cycle2.jp g

http://www.ocrwm.doe.gov/ym_repository/studies/sitechar/images/infiltration.jpg

http://www.desktopscenes.com/Scenes%20from%20Glacier%20National%20Park%20(2 004)/Runoff%20Waterfall%20Near%20Logan%20Pass.jpg

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

31

Suggest Documents