PEMBANGUNAN BUDAYA KESELAMATAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

PEMBANGUNAN BUDAYA KESELAMATAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN Mohd Saidin Misnan1, Abdul Hakim Mohammed2 Sulaiman Kadikon, Zakaria Mohd Yusof , Wan Yusoff W...
Author: Elfreda Barker
14 downloads 3 Views 71KB Size
PEMBANGUNAN BUDAYA KESELAMATAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN Mohd Saidin Misnan1, Abdul Hakim Mohammed2 Sulaiman Kadikon, Zakaria Mohd Yusof , Wan Yusoff Wan Mahmood, Ahmadon Bakri Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai, Johor, Malaysia [email protected], [email protected],

ABSTRACT: Most of accidents show that the construction industry is unique, involved with human behaviour, construction site which cause on the difficulties of works, unsafe safety culture, involved with the dangerous machinery and equipment, and involved with many procedures. Study shows that an accident and injury at the worksite is the result of workers behaviour, work practices or behaviour and work culture. Safety and health culture at the firms is more related to workers’ safety practices. This paper will discuss the issues of work practices and the development of safety culture in the construction industry. Key words: Safety, work practices , safety culture ABSTRAK: Kebanyakan kes kemalangan dalam industri pembinaan menggambarkan sendiri keadaan industri tersebut yang unik, melibatkan kelakuan manusia, tapak pembinaan yang menyukarkan kerja, budaya kerja yang tidak selamat, penggunaan jentera dan peralatan yang bahaya, dan melibatkan prosidur yang pelbagai. Kajian membuktikan kemalangan dan kecederaan di tempat kerja adalah disebabkan oleh sikap pekerja, amalan kerja atau tingkahlaku dan budaya kerja. Budaya keselamatan dan kesihatan di dalam firma lebih berkaitan dengan sikap semua pekerja terhadap amalan keselamatan. Kertas kerja ini akan membincangkan isu amalan kerja dan pembangunan budaya keselamatan dalam industri pembinaan. Kata kunci: Keselamatan, Amalan kerja, Budaya keselamatan

1.

PENGENALAN Kualiti dan keselamatan merupakan dua isu penting di dalam industri pembinaan masa kini. ISO 9000 telah aktif dipromosikan dalam industri pembinaan bagi memastikan kualiti pembinaan yang disiapkan oleh kontraktor. Selain faktor kualiti, keperluan menyediakan persekitaran kerja yang selamat tidak boleh dipinggirkan dalam situasi industri pembinaan yang sememangnya berisiko tinggi. Semakin banyak projek yang kompleks, keselamatan semakin menjadi isu penting bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda terjamin. Industri pembinaan masih mengamalkan proses kerja yang berintensifkan buruh (labour intensive) berdasarkan tred-tred kerja basah (wet trades). Ini adalah faktor penyumbang utama kepada kemalangan di tapak bina.

2.

OBJEKTIF Objektif kertas kerja ini adalah bagi membincangkan amalan kerja, budaya keselamatan dan pembangunan budaya keselamatan dalam industri pembinaan

3.

AMALAN KERJA Sektor pekerjaan dalam industri pembinaan menggambarkan amalan tersebut sememangnya tidak terlepas daripada risiko kemalangan dan amalan kerja yang tidak selamat (Anon, 1993). Sektor pembinaan juga merupakan antara satu industri paling merbahaya (Koehn et al. 1994), Menurut Barrie, et al. (1984), faktor manusia merupakan punca kemalangan, selain menambah bahawa amalan keselamatan tidak pendapat perhatian semasa bekerja dan banyak lagi amalan kerja yang tidak selamat. Menurut Mohd Saidin et al. (2000), pekerjaan dalam sektor pembinaan merupakan jenis kerja yang paling merbahaya dengan mencatatkan kadar kemalangan yang tinggi. Faktor-faktor yang mendorong kemalangan di sektor pembinaan ialah pengalaman pekerja, pengalaman pegawai keselamatan, jenis-jenis peralatan yang digunakan, tahap kemahiran pekerja dan pengendalian loji dan bahan binaan. Berdasarkan kajian Perkhidmatan Utama (Rogers, 1995) bagi tempoh 1991 hingga 1994, kebanyakan kecedaraan dan kemalangan adalah berkaitan dengan tingkahlaku dan amalan kerja dan bukannya faktor kejuruteraan. Pendekatan telah diubah dengan menyatakan faktor kejuruteraan merupakan punca utama kemalangan setiap kali mengutarakan masalah keselamatan dan keputusan tersebut sungguh menghairankan.

3.1.

Amalan Terhadap Keperluan Keselamatan Sememangnya telah menjadi budaya kerja pekerja menganggap pemakaian peralatan keselamatan akan mengurangkan produktiviti malah menyukarkan untuk mereka melakukan kerja. Arahan pemakaian peralatan keselamatan seperti yang telah disediakan oleh majikan sering tidak dipatuhi oleh pekerja dan beranggapan budaya kerja yang biasa adalah selamat tanpa menimbulkan bahaya kepada mereka. Peralatan keselamatan yang biasa disediakan oleh majikan seperti kasut keselamatan, topi keselamatan sering tidak dipakai. Pemakaian peralatan keselamatan selain sering dikaitkan dengan kesukaran melakukan kerja, mengurangkan produktiviti, ia juga dikaitkan dengan peralatan yang tidak selesa untuk dipakai dan pemakaiannya menyebabkan penyakit dan sebagainya merupakan alasan yang biasa diberikan oleh pekerja untuk tidak memakai peralatan keselamatan. Selain daripada itu, wujud juga segelintir pekerja yang sememangnya tidak mahu memakai peralatan keselamatan kerana berkeyakinan yang budaya kerja mereka sentiasa selamat sepertimana sebelumnya (Wang, 1994).

-1-

Tapak bina yang tidak selamat boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada pekerja-pekerja atau kerosakan ke atas bahan-bahan binaan, peralatan atau struktur (Barrie, et al., 1984). Keadaaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh faktor manusia, misalnya: (1) kekurangan latihan; (2) penyeliaan kerja yang lemah; (3) budaya kerja; (4) perancangan kerja yang lemah; dan (5) kelalaian. Menurut Ridley (1986), sungguhpun aspek keselamatan mendapat publisiti yang meluas di media massa serta mendapat banyak peruntukan sama ada dalam bentuk tulisan, latihan dan juga dari segi kewangan, namun pihak kontraktor masih tidak dapat menyediakan tahap keselamatan yang tinggi. Perhatian dan tanggungjawab terhadap keselamatan juga masih kurang di kalangan pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan. 3.2.

Kajian Berkaitan Amalan Kerja Sejak isu mengenai kemalangan meningkat dalam industri pembinaan, banyak kajian berkaitan keselamatan telah dijalankan bagi kerja-kerja bangunan. Kejadian kemalangan seperti yang sering berlaku di sektor pembinaan telah mengakibatkan kehilangan begitu ramai tenaga kerja dan kerugian harta benda berjuta-juta ringgit pada setiap tahun di negara ini. Sekiranya situasi ini tidak dibendung, sudah tentu sedikit sebanyak ianya akan menjejaskan perkembangan ekonomi negara serta hasrat untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Kejadian kemalangan di dalam industri pembinaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program program kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini (CIDB, 2004).

4. BUDAYA KESELAMATAN 4.1. Konsep Budaya Keselamatan Budaya keselamatan adalah berkaitan dengan sikap, tingkahlaku, sistem dan faktor persekitaran yang mempromosikan secara berkesan pengurusan keselamatan dan kesihatan. Budaya pengurusan risiko keselamatan adalah lebih menjurus kepada hubungan antara manusia berbanding budaya keselamatan, sebagaimana hubungan risiko yang lebih mengaitkannya dengan kesihatan, keselamatan dan kemalangan persekitaran, dan bilamana mengambilkira kedudukan pengurusan dalam tindakan pada tahap kawalan risiko. Organisasi boleh dikategorikan sebagai mempunyai budaya keselamatan yang baik atau positif atau budaya keselamatan yang buruk atau negatif bergantung kepada tahap keberkesanan dalam strategi pengurusan keselamatan risiko (Rowlinson, 2004). Budaya keselamatan sebenarnya merupakan satu budaya yang baik untuk diterapkan di tempat kerja bagi menggalakkan keperihatinan pekerja terhadap amalan keselamatan kepada semua pekerja dan orang lain. Budaya keselamatan merupakan suatu kebiasaan yang menjadi satu set yang spesifik, kepercayaan dan pegangan, peraturan, sikap dan amalan di dalam organisasi. Antara langkah bagi memupuk budaya keselamatan termasuklah: penghargaan; pengambilan, peranan pengurusan dan; polisi (Turner, 1991). Keseluruhan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh ditakrifkan sebagai satu set kepercayaan, sikap dan amalan teknikal sosial yang berkaitan pada tahap yang minimum terhadap pendedahan kepada individu, di dalam dan di luar organisasi terhadap keadaan yang berkaitan dengan bahaya atau kemalangan (Radhlinah, 2000). Konsep mengenai budaya keselamatan telah menjadi perkara penting dan pengaruh yang besar kepada paradigma keselamatan, seterusnya menjadi perbincangan dalam falsafah mengenai punca kemalangan dan proses-proses melibatkan risiko yang tinggi. Cooper (1998) menyatakan bahawa budaya keselamatan dalam organisasi memberikan kesan bukan saja kepada kadar kemalangan, malahan kepada kaedah kerja, kebiasaan pekerja yang tidak hadir bekerja tanpa alasan yang munasabah, kualiti, produktiviti, komitmen, kesetiaan dan pengorbanan. Banyak sekali definisi berkaitan dengan budaya keselamatan dari penulisan akademik, dengan kebanyakan menyatakan budaya keselamatan sebagai perkara asas atau dasar kepada keupayaan organisasi untuk menguruskan aspek berkaitan keselamatan di dalam operasi mereka (Glendon and Stanton, 2000). Ciri-ciri positif budaya keselamatan mempunyai persamaan atau selari dengan banyak aspek dalam pengurusan kualiti menyeluruh. Pada peringkat organisasi, ciri-ciri budaya keselamatan yang positif termasuk kepercayaan kepada perkara keutamaan dalam pengelakan dan pengawalan risiko, nilai kemanusiaan, pemberian kuasa, penglibatan, kerja berpasukan, pengawasan dan latihan. Banyak ciri-ciri dalam industri pembinaan di UK dan Caribbean mengenalpasti bidang ini dan kajian konflik yang lain dengan menggunakan ciri-ciri penting dalam budaya keselamatan yang positif (Rowlinson, 2004). 4.2.

5.

Budaya Keselamatan Berdasarkan Sikap Pekerja Pendapat mengenai sikap pekerja sebagai penyebab kemalangan dipersetujui oleh Rogers (1995) yang membuktikan kajian mendapati 90 peratus dari kecederaan di tempat kerja adalah disebabkan oleh sikap pekerja, amalan kerja atau tingkahlaku dan budaya kerja. Menurut Hofmann (2005), dalam banyak keadaan kesediaan pekerja terhadap pemakaian kelengkapan keselamatan, ia sebenarnya bergantung kepada sikap dan keperihatinan terhadap amalan dan budaya keselamatan di tempat kerja. Semakin meluas dan aktif penekanan majikan terhadap keselamatan di tapak pembinaan, maka semakin banyak dan mudah perlaksanaan amalan tersebut di dalam organisasi. PEMBANGUNAN BUDAYA KESELAMATAN

-2-

Goodwin (1994) membincangkan bagaimana dua individu mempunyai idea yang berbeza dengan apa yang dikatakan dengan budaya keselamatan. Beliau mencadangkan perkataan budaya keselamatan sepatutnya diasingkan atau dibuang dan para pekerja melihat ianya dari pendekatan pembangunan sebenar kepada kesedaran terhadap keselamatan yang bermaksud usaha pengelakkan daripada kemalangan. Menurut Anonymous (1990) beberapa perkara yang menjadi kunci kepada pembangunan budaya keselamatan adalah melibatkan; komitmen pengurusan atasan; penglibatan pekerja; dan latihan staf. Pendapat ini dipersetujui oleh Purvis (1997) dengan menambah bahawa bagi memastikan budaya keselamatan berjaya dilaksanakan di firma, ia memerlukan komitmen dari semua lapisan pekerja dan perasaan berpuas hati tidak seharusnya dibenarkan ada di dalam firma. Taubitz (1992); Swartz (1992) menyatakan semasa pembangunan budaya keselamatan, komitmen dari pihak pengurusan atasan terhadap program keselamatan amat penting bagi membangunkan budaya keselamatan dan ianya sememangnya perkara utama yang perlu ditentukan. Doke (1997) menyatakan beberapa faktor yang menyumbang kepada amalam budaya keselamatan di Afrika Selatan yang dilaksanakan oleh ASB Pieersburg menekankan kepada jawatankuasa keselamatan dan pengurusan keselamatan. Dua pendekatan digunakan bagi menguruskan keselamatan iaitu berdasarkan tingkah laku dan amalan kerja, fokus kepada pengenalpastian dan modifikasi terhadap amalan keselamatan yang kritikal, dan menitikberatkan kepada sejauhmana tingkahlaku mempunyai kaitan terhadap kemalangan dan kecedaraan di tempat kerja (Dejoy, 2005). Menurut Glendon dan McKenna (1995), pengurusan keselamatan yang efektif merupakan gabungkan antara kedua-dua fungsi (melibatkan elemen; kawalan pengurusan, penyeliaan, eksekutif dan sub-sistem komunikasi) dan kemanusiaan (melibatkan elemen; kepimpinan, politik dan sub-sistem budaya keselamatan yang utama terhadap budaya keselamatan). Menurut Jones (1997), keselamatan merupakan antara aspek yang perlu diberikan perhatian dan panduan bagi mempertingkatkan pengurusan keselamatan telah ditentukan bagi menguatkan budaya keselamatan. Antara yang boleh digunakan adalah dengan kaedah meningkatkan pengurusan, peralatan dan kelengkapan, dan penglibatan para pekerja. Turner (1991), berpendapat, budaya keselamatan merupakan suatu kebiasaan yang menjadi satu set yang spesifik, kepercayaan dan pegangan, peraturan, sikap dan amalan di dalam organisasi. Antara langkah bagi memupuk budaya keselamatan termasuklah: penghargaan; pengambilan, peranan pengurusan dan; polisi. Budaya keselamatan dalam industri pembinaan di Carribean menggambarkan ciri-ciri tingkahlaku budaya keselamatan berdasarkan pendapat Shillito (1995). Pekerja diminta untuk menerima tanggungjawab keatas keselamatan diri mereka sendiri dan jangan terlalu ingin mencapai sasaran pengeluaran. Walau bagaimanapun, pada pengurusan, tahap keselamatan tidak diuruskan dengan baik. Eckenfelder (1997) berpendapat industri pembinaan di Carribean tidak sematang sepertimana pengurusan keselamatan yang tidak aktif atau mungkin tiada, kekurangan latihan, kekurangan kemahiran dan mempunyai pengurusan proses yang lemah. Sedikit pendekatan motivasi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan adalah menerusi perundangan dan aktiviti pemeriksaan. Terdapat tiga belas elemen penting dalam pembangunan budaya keselamatan (Anonymous, 1990; Turner, 1991; Taubitz, 1992; Swartz, 1992; Simpson, 1993; Shillito, 1995; Glendon dan McKenna, 1995; Purvis, 1997; Jones, 1997; Doke, 1997; Buchan, 1999; Holt, 2001; Lochhead, 2002; Arant, 2004; Root, 2005; Dejoy, 2005; Peterson, 2005) iaitu:

5.1.

5.2.

a. Struktur organisasi h. Jawatankuasa dan pengurusan keselamatan b. Komitmen pengurusan atasan; i. Penghargaan c. Penglibatan pekerja; j. Motivasi d. Perubahan tingkahlaku. k. Kerja berkumpulan e. Komunikasi l. Persekitaran kerja f. Polisi m. Pemberian kuasa g. Latihan dan pendidikan Struktur Organisasi Menurut Mohd Hizam dan Zahir (2002), struktur organisasi adalah suatu sistem peraturan dan hubungan kuasa yang mengawal bagaimana manusia di dalam organisasi bekerjasama dan berinteraksi. la juga berkaitan dengan penggunaan struktur sumber untuk mencapai matlamat organisasi. Tujuan utama, pembentukan organisasi adalah sebagai satu alat kawalan sama ada mengkoordinasi tindakan manusia dalam pencapaian matlamat organisasi atau sebagai alat memotivasikan individu didalam organisasi. Komitmen Pengurusan Atasan Buchan, (1999) menyatakan dalam usaha menwujudkan budaya keselamatan di tempat kerja terdapat dua pendekatan yang boleh dilaksanakan. Pertama kita perlu lakukan apa yang telah kita lakukan dan menerima akibat atau kesan yang tidak boleh dielakkan akibat kemalangan. Kedua, kita perlu memahami sebagai suatu industri, kita perlu lakukan sesuatu yang berbeza jika hendak mewujudkan budaya kemalangan sifat dalam pekerjaan. Budaya keselamatan boleh diterapkan menerusi tingkahlaku bekerja dan perubahan organisasi sekiranya ingin mencapai ke arah perubahan langkah yang tetap dalam budaya keselamatan dan prestasi. Usaha meningkatkan budaya keselamatan boleh dicapai melalui kerjasama yang erat antara komitmen personel pekerja, kepimpinan dan tingkahlaku. Menurut Carrillo (1998), dalam mewujudkan budaya keselamatan bagi menghadapi ke perubahan ekonomi global, adalah penting bagi pengurus untuk memeriksa dan menukar idea terhadap terma-terma pekerjaan dan mengambil posisi kepimpinan untuk menwujudkan satu budaya keselamatan yang baru. Peranan pihak pengurusan dan

-3-

penglibatan semua pekerja sama penting sebagai pelaku dalam budaya keselamatan dan kesihatan dan menjadi penting bagi usaha menyuburkan kepercayaan yang positif, praktikal, kebiasaan dan sikap yang baik di dalam firma (Glendon dan McKenna, 1995). Dalam cadangan model bagi melaksanakan budaya keselamatan positif, hubungan yang dinamik antara iklim keselamatan, sistem pengurusan keselamatan dan strategi motivasi bagi menwujudkan tingkahlaku keselamatan. Pendekatan juga seharusnya mempertimbangkan kemudahan yang disediakan apabila ingin mempraktikkan budaya tersebut kepada bentuk budaya organisasi yang berbeza (Copper, et al, 1995). Menurut Jones (1997), keselamatan merupakan antara aspek yang perlu diberikan perhatian dan panduan bagi mempertingkatkan pengurusan keselamatan telah ditentukan bagi menguatkan budaya keselamatan. 5.3.

Penglibatan dan Komitmen Pekerja Pendekatan yang positif telah dijalankan bagi mewujudkan perkongsian budaya kerja selamat dengan meletakkan kepercayaan pada tahap yang tinggi dan penglibatan semua pekerja. Ini merupakan satu saluran dimana model budaya dan tingkahlaku diubahsuai dengan bukan saja memfokuskan kepada amalan kerja yang selamat, malah kesemua amalan pekerjaan, kepercayaan dan nilai kerja yang tinggi. Terdapat 6 kunci bagi membangunkan displin positif antaranya (Preston, 1994): mendapatkan penglibatan pekerja agar pekerja menghargai amalan tersebut; pemerhatian objektif bersama-sama yang memfokuskan kepada amalan kerja semasa dan berkongsi bersama dengan isu-isu semasa; penilaian terhadap amalan dan tingkahlaku semasa; mewujudkan pelan tindakan yang positif yang memerlukan pekerja untuk memahami keperluan amalan kerja yang selamat; dan pengesahan dan persetujuan semua pekerja untuk mendapatkan komitmen sepenuhnya terhadap pelan dan tindakan bagi mewujudkan amalan kerja yang selamat untuk keseluruhan kerja yang akan dilaksanakan dan persetujuan tersebut tidak boleh dirundingkan dan amalan perlu diubah kepada amalan kerja yang selamat. Menurut Jones (1997), keselamatan merupakan antara aspek yang perlu diberikan perhatian dan panduan bagi mempertingkatkan pengurusan keselamatan telah ditentukan bagi menguatkan budaya keselamatan. Antara yang boleh digunakan adalah dengan kaedah meningkatkan pengurusan, peralatan dan kelengkapan, dan penglibatan para pekerja.

5.4.

Perubahan Tingkahlaku Menurut Dejoy (2005) di Amerika Syarikat secara khususnya, dua pendekatan yang jelas telah digunakan bagi menguruskan keselamatan di tempat kerja bagi memberikan saingan terhadap perhatian dan bagi menghasilkan jumlah yang mencukupi terhadap perdebatan dan kontroversi beberapa dekad sebelumnya. Pendekatan pertama, adalah keselamatan berdasarkan tingkah laku dan amalan kerja, fokus kepada pengenalpastian dan modifikasi terhadap amalan keselamatan yang kritikal, dan menitikberatkan kepada sejauhmana tingkahlaku mempunyai kaitan terhadap kemalangan dan kecedaraan di tempat kerja. Pendekatan kedua adalah, berlawanan, menitikberatkan kepada kepentingan asas terhadap budaya keselamatan organisasi dan bagaimana ia menentukan dan mempengaruhi tingkahlaku keselamatan dan keberkesanan program keselamatan.

5.5.

Komunikasi Budaya keselamatan dan kesihatan di dalam firma lebih berkaitan dengan sikap semua pekerja terhadap amalan keselamatan. Mereka akan berkongsi risiko firma, kemalangan dan kejadian yang tidak diingini. Menurut Glendon dan McKenna (1995), pengurusan keselamatan yang efektif merupakan gabungkan antara kedua-dua fungsi (melibatkan elemen; kawalan pengurusan, penyeliaan, eksekutif dan sub-sistem komunikasi) dan kemanusiaan (melibatkan elemen; kepimpinan, politik dan sub-sistem budaya keselamatan yang utama terhadap budaya keselamatan). Menurutnya lagi, terdapat empat faktor kritikal sebagai petunjuk kepada budaya keselamatan, iaitu: komunikasi yang efektif, pembelajaran organisasi yang baik, fokus organisasi terhadap keselamatan dan kesihatan, dan fokus luaran. Budaya keselamatan yang positif adalah antara ciri-ciri pekerja yang mempunyai sikap yang boleh dipersoalkan, keras dan mempunyai pendekatan yang sangat berhati-hati dan mempunyai komunikasi yang positif (Meshkati, 1995). Komunikasi di dalam organisasi adalah dipengaruhi oleh faktor budaya kebangsaan sebagaimana budaya organisasi yang tertentu. Hofstede (1994) and Meshkati (1995) menyatakan tahap mana pekerja yang mempunyai sikap yang boleh dipersoalkan adalah dipengaruhi oleh kuasa yang jauh, halatuju peraturan dan ketidaktentuan pengelakan terhadap persekitaran sosial, dan keterbukaan kepada budaya dalam organisasi.

5.6.

Polisi Keselamatan Budaya keselamatan sebenarnya merupakan satu budaya yang baik untuk diterapkan di tempat kerja bagi menggalakkan keperihatinan pekerja terhadap amalan keselamatan kepada semua pekerja dan orang lain. Budaya keselamatan merupakan suatu kebiasaan yang menjadi satu set yang spesifik, kepercayaan dan pegangan, peraturan, sikap dan amalan di dalam organisasi. Antara langkah bagi memupuk budaya keselamatan termasuklah: penghargaan; pengambilan, peranan pengurusan dan; polisi (Turner (1991).

5.7.

Pembangunan Budaya Menerusi Latihan Program keselamatan adalah program yang dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada pekerja mengenai kepentingan keselamatan serta memberi pendedahan terhadap risiko kemalangan di tapak bina. Saiz sesebuah program yang dilaksanakan bergantung kepada bilangan pekerja, saiz syarikat serta kerja pembinaan yang

-4-

dilaksanakan. Bagi syarikat yang besar, program keselamatan melibatkan lebih ramai penyertaan dan bagi syarikat yang kecil, memadai dengan memenuhi keperluan asas keselamatan untuk mengatasi risiko kemalangan di tapak bina (Peyton dan Rubio, 1991). Kepentingan latihan keselamatan dan kesihatan dilihat dari aspek membekalkan pekerja semua lapisan ketukangan atau kepakaran profesional kepada kemahiran asas dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan pekerjaan atau menambahkan pengkhususan kepakaran. Latihan tidak perlu dilihat sebagai khusus latihan seperti di kolej malah latihan yang khusus di tapak bina yang membekalkan pengetahuan berkaitan risiko pekerjaan di lapangan (King dan Hudson, 1985). 5.8.

Jawatankuasa Dan Pengurusan Keselamatan Doke (1997) menyatakan beberapa faktor yang menyumbang kepada amalam budaya keselamatan di Afrika Selatan yang dilaksanakan oleh ASB Pieersburg menekankan kepada jawatankuasa keselamatan dan pengurusan keselamatan.

5.9.

Penghargaan Menurut Turner (1991) budaya keselamatan sebenarnya boleh dibangunkan melalui penghargaan. Budaya keselamatan dipengaruhi beberapa faktor antaranya penghargaan, tanggungjawab dan peluang untuk mencapai kejayaan (Shamil Noaoum, 2001)

5.10.

Motivasi Menurut Shamil Naoum (2001) faktor motivasi boleh membantu dalam membangunkan budaya keselamatan menerusi perubahan tingkahlaku dalam pekerjaan yang diterapkan oleh organisasi. Pearson (1992) menyatakan, empat faktor yang menpengaruhi budaya keselamatan ialah pemberian kuasa, kerja berpasukan, keterlibatan dalam kepimpinan dan motivasi. Selain dari itu, faktor motivasi berupaya mengubah sikap pekerja dan membangunkan budaya keselamatan bagi melaksanakan kerja dengan lebih selamat (Langford, et al, 1995)

5.11.

Kerja Berkumpulan Gillen dan Kelly (1994), mendefinisikan kumpulan kerja sebagai sejumlah kecil orang yang saling mengisi pengetahuan, sesiapa yang terlibat untuk maksud pelaksanaan tujuan, yang mana mereka mempertahankan tanggung jawab mereka antara satu sama lain. Kumpulan banyak merubah motivasi atau keperluan individu dan boleh mempengaruhi prilaku individu dalam satu organisasi. Kumpulan adalah satu kurnpulan kecil dimana sejumlah orang saling berinteraksi satu sama lain dalam satu pertemuan, dimana masing-masing menerima kesan daripada anggota yang cukup berbeza sehingga ia boleh memberikan reaksi bersama sebagai seorang peribadi, meskipun hanya untuk menyatakan perbezaan pihak lain (Gibson et al. 1996).

5.12.

Persekitaran Kerja Menurut Smith (2003), keselamatan boleh dikategorikan sebagai keperluan yang sangat penting dalam perniagaan. Keselamatan merupakan kunci penentu kejayaan suatu organisasi. Jentera dan peralatan yang selamat merupakan moral pekerja yang tinggi, produktiviti yang tinggi, dan kecacatan dan kerosakan yang minimum. Kejayaan suatu perniagaan adalah mustahil tanpa persekitaran kerja yang selamat dan pekerja yang selamat. Perlaksanaan proses dan sistem untuk kejayaan keselamatan, dan gabungan faktor-faktor tersebut ke dalam aktiviti seharian, akan membangunkan budaya keselamatan dan seterusnya menjamin keselamatan tempat kerja selain keselamatan pekerja. Menurutnya lagi keselamatan ”adalah pertandingan yang tidak akan tamat”. Persekitaran kerja yang selamat akan meningkatkan motivasi selain akan memberi kesan kepada keselamatan kerja.

5.13.

Pemberian Kuasa Pemberian kuasa ialah penglibatan pekerja yang benar-benar bererti, tidak hanya sekadar memiliki kuasa, tetapi juga memperhatikan, mempertimbangkan, memikirkan samada arahan atau sesuatu perkara tersebut akan ditenima atau tidak. Pemberian kuasa adalah diandaikan sebagai kuasa penuh kumpulan mengurus diri sendiri (Kirckman dan Rosen, 1999).

6.

KESIMPULAN Perubahan kepada budaya kerja ke arah budaya keselamatan memerlukan satu komitmen padu dari semua pihak khususnya majikan dan pekerja yang sememangnya mengamalkan budaya kerja dalam aktiviti dalam industri pembinaan. Pelbagai pendekatan perlu diubahsuai bagi memastikan budaya keselamatan boleh dimasyarakatkan dalam industri pembinaan menerusi sistem komunikasi yang berkesan, kesediaan organisasi untuk berubah, fokus organisasi terhadap amalan keselamatan dan kesihatan dan faktor luaran seperti suasana kerja, sikap dan faktor ekonomi yang menjadi sokongan pembentukan budaya keselamatan dalam industri. Budaya keselamatan sebenarnya merupakan satu budaya yang baik untuk diterapkan di tempat kerja bagi menggalakkan keperihatinan pekerja terhadap amalan keselamatan kepada semua pekerja dan orang lain. Budaya keselamatan seharusnya perlu dijadikan sebagai suatu kebiasaan dalam organisasi, menjadi kepercayaan dan pegangan, peraturan, sikap dan amalan dalam pekerjaan di dalam organisasi.

-5-

RUJUKAN Anonymous (1990) Developing a Safety Culture: A CBI Report, Health and Safety Information Bulletin, July, 3. No. 175, pp. 5-7 Anonymous (1993). Health Care, Work Safety and Legal Issues, Journal of Supervision, Vol. 54 No. 10, pp. 18-19. Wang, Bernard T.H (1994). The Malaysian Construction Industry : It's Trends of Growth - Past, Present and Future, dlm : 5th CICA International Conference United States: Atlanta Georgia. Barrie, D.S. & Paulson, B.C, (1984). Profesional Construction Management, 2nd. Edition, United States of America: Halliday Lithograph Corporation, pp. 375-383. Buchan, R. (1999) Safety Can’t Wait: A Global Campaign For Transformational Changes. Proceeding of The 1999 SPE/IADC Drilling Conference, Amsterdam, March 9-11. Browne, M. (1994) Off The Job Safety Scheme-One Company’s Experience, Journal of Health and Safety, Julai 1994, 10, pp. 65-69 Carrillo RAS (1998) Expanding Manager’s Leadership Role in Safety, Journal of Professional Safety pp 43, No 6, pp. 38-41 Cheal, N.E. (2001), Evaluating Toolbox Training Safety Programme for Construction and Mining, Washington: Department of Health and Human Sevices & National Institute for Occupational Safety and Health, Dec. 5, 2001. Vol. 66, No. 234. pp. 63244-63245 Construction Industry Development Board Malaysia (2004) Tinjauan Industri Pembinaan 2001-2002, Kuala Lumpur: CIDB, pp.49-67 Cooper, M.D (1997) Evidence From Safety Culture That Risk Perception is Culturally Determined, The International Journal of Project & Business Risk Management, Vol. 1(2), pp. 185-202 Cooper, M.D (2000) Towards Model of Safety Culture. Journal of Safety Science, No. 36, pp. 111-136 Dejoy, D. (2005) Behaviour Change Versus Culture Changes: Divergent Approaches to Managing Workplaaces Safety, Journal of Safety Science, No. 45, pp 105-129 Doke, L (1997) Training and Precision are Brewing a Powerful Safety Culture, Journal of Safety Management Veiligheidsbestuur. May 1997, pp. 10-13 Eckenfelder, D.J., (1997) It's the Culture Stupid. Journal of Occupational Hazards. June 1997. pp. 41-44. Gibson, J.L., Invanchevich, J.M. dan Donnely, C.H. (1996). Organization, Vol. 1, Richard D. Erwin, Inch. Gillen, T. dan Kelly, G.L. (1994). Getting People to Work Together Successfully Can Depend on Learning Styles, Proceeding of American Production and Inventory Control Society, pp. 239-245 Glendon, A.I dan McKenna, E.F., (1995) Human Safety and Risk Management, London: Chapman Hall. Glendon, A.I and Stanton, N.A (2000) Perspective on Safety Culture, Journal of Safety Science, No. 34, pp. 193-214 Goodwin, A (1994) Developing a Safety Culture, Journals of Environmental Health, April 1994, 102(4), pp. 96-97 Hofstede, G., (1994) Culture and Organisations: Software of the Mind, London: Harper Collins Publishers Hofmann, M.A. (2005) Noise Safety Advice Unheeded, Journal of Business Insurances, Chicago,1 Ogos 2005, Vol. 39, Bil. 31. pg 15. Jones, C.L (1997), Tower of Strength, Journal of Mining Technology, March 1997 V79, no 907, pp 73-80 Kirckman, B.L. dan Rosen, B. (1999). Beyond Self- Management: Antecedent and Consequences of Team Empowerment, Academic of Management Journal, Vol. 42, Bil. 1, pp. 58-74 Langford, R, Hancock, M.R, Fellows, R. dan Gale, A.W (1995) Human Resources Management in Construction, Essex: Longman Scientific & Technical, pp. 81 Meshkati, N., (1995) The Culture Context of Safety Culture: A Conceptual Model And Experimental Study. In Safety Culture in Nuclear Installations Conference, Proceedings of the International Topical Meeting on Safety Culture in Nuclear Installations, 24-28 April, Vienna, Austria, pp. 261-270. Mohd Hizam, H. dan Zahir, M.M. (2002). Pengurusan Organisasi,Kuala Lumpur: Mc-Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Mohd Saidin Misnan, Wan Yusoff Wan Mahmood & Norizan Mansor (2000) Isu dan Masalah Keselamatan Dalam Projek Pembinaan. Jurnal Alam Bina, Nov 2000. Vol. 03, No. 1, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Alam Bina. Palmer, J.M., Jackson, K.J. (1991), Behavoiur Change in Safety Culture Calls for Computer-Based Training, Journal of Occupational Health and Safety, Vol. 60 No. 10, pp. 71-75. Pearson, G (1992) The Competitive Organization, Managing for Organizational Excellence, New York: McGraw-Hill Book Company. Peckitt, S.J., 2001, Construction Industry Safety Culture: A Comparative Study Of Britain And The Caribbean, Aston University. Peyton, R.X. dan Rubio, T.C. (1991). Construction Safety Practices and Principles, New York: Van Nostrand Reinhold, pp. 20-22, 95-96, 162-163. Pidgeon, N.F (1998) Safety Culture: Key Theoretical Issues. Journal of Work and Stress, 12, 3, pp. 202-216 Preston, R. dan Topf, M. (1994) Safety Discipline: a Constructive Approach, Journal of Occupational Hazards, Vol. 56, No. 3, pp 51-54 Purvis, N. (1997) Safety: An Engineering Issue, Journal of Professional Engineering, PP 10 No 3, pp.34 Radhlinah Kunju Ahmad (2000) Developing a Proactive Safety Performance Measurement Tool (SPMT) for Site Construction Site, Loughborough University: Degree of Doctor of Philosophy Rogers, B. (1995) Creating a Culture of Safety, Journal of HR Magazine, Feb. 1995, pp 85-88. Rowlinson, S. (2004). Construction Safety Management System, London & New York: Spoon Press, pp. 1-103 Shamil Naoum (2001) People and Organizational Management in Construction, London: Thomas Telford Publishing, pp. 228

-6-

Shillito, D.E., (1995) Grand Unification Theory or Should Safety, Health, Environment And Quality Be Managed Together or Separately? In Process Safety and Environmental Protection Transactions of the Institution of Chemical Engineers, part 3, 73, B3, pp. 194-202, August Smith, S. (2003). World Class Safety, Journal of Occupational Hazards, September 2003, Apenton Publication Swartz, G. (1992) How Does Midas Muffle Injuries?, Journal of Safety and Health, May 1992, 145(5), pp. 29-31 Taubitz, M. (1992) GM Slam The Brakes on Injuries, Journal of Safety and Health, July 1992, 146(1), pp. 31-32 Turner B. A (1991) The Development of a Safety Culture, Journal of Chemistry and Industry, April 1991, No. 7, pp. 241243.

-7-

Suggest Documents