BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI DCE4901 LATIHAN INDUSTRI BACELOR SAINS (PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA)

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI DCE4901 LATIHAN INDUSTRI BACELOR SAINS (PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA) Disediakan oleh DR. ZOHARAH OMAR JABATAN PEMAJUA...
Author: Aron Pearson
27 downloads 1 Views 409KB Size
BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

DCE4901 LATIHAN INDUSTRI

BACELOR SAINS (PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA)

Disediakan oleh

DR. ZOHARAH OMAR JABATAN PEMAJUAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN LANJUTAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

2014

KANDUNGAN

BAB 1..................................................................................................................................................... 2 1.1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI .................................................................................. 2

BAB 2..................................................................................................................................................... 6 2.1

LATIHAN INDUSTRI PROGRAM BACELOR SAINS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA ............................................................................................................................... 6

2.2.

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI .......................................................................................... 9

2.2.1 Maklumat kursus dan syarat menjalani latihan industri.................................................... 10 BAB 3................................................................................................................................................... 12 3.1

PERLAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI............................................................................ 12

3.1.1. Peringkat I - Perlaksanaan Latihan Industri....................................................................... 12 3.1.2 Peringkat II – Pasca Latihan Industri ................................................................................. 18 BAB 4................................................................................................................................................... 21 4.1

KANDUNGAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DAN FORMAT LAPORAN LATIHAN INDUSTRI............................................................................................................................. 21

BAB 5................................................................................................................................................... 27 5.1

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG TERLIBAT DALAM LATIHAN INDUSTRI............................................................................................................................. 27

5.1.1 Peranan dan Tanggungjawab Pelajar................................................................................ 27 5.1.2 Peranan dan Tanggungjawab Agensi................................................................................ 29 5.1.3 Peranan dan Tanggungjawab Pensyarah/Tutor yang Menilai Pembentangan Pelajar. 29 5.2

MAKLUMAT PEGAWAI....................................................................................................... 30

RUJUKAN ........................................................................................................................................... 31 LAMPIRAN .......................................................................................................................................... 33

1

BAB 1

1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI Latihan industri yang juga dikenali sebagai internship atau praktikum merupakan satu aktiviti

pembelajaran

berasaskanterapan

(applied

learning)

atau

pembelajaran

berasaskan pengalaman (experiential learning) di mana pelajar didedahkan kepada situasi sebenar pekerjaan dalam bidang yang diceburi bagi membolehkan mereka menerapkan apa yang dipelajari ke dalam konteks sebenar serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang daripada pengalaman kerja semasa menjalani latihan industri. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan kepada isu dan cabaran sebenar yang dihadapi dalam bidang sumber manusia yang kemungkinan tidak dipelajari dalam kuliah. Peluang ini dapat membantu pelajar mendalami perkaitan antara teori, konsep, prinsip dan amalan sebenar kedalam kerja.

Di samping itu, latihan industri juga dapat membantu menjadikan pelajar modal insan berbakat besar yang berupaya untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan Negara.Usaha ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan kelas pertama yang berpengetahuan, berdaya saing, berfikiran kreatif, innovatif, kritis dan analitikal.Untuk menjadi modal insan berbakat besar pelajar bukan sahaja perlu menguasai kemahiran teknikal atau kemahiran kefungsian tetapi juga kemahiran insaniah.Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menghasilkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft-Skills) yang berteraskan kepada 7 kemahiran insaniah yang perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.Tujuh KI tersebut merangkumi kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan (KPT, 2006).

2

Melalui latihan industri, pelajar dapat menguasai kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berpasukan serta etika dan moral professional. Kemahiran komunikasi amat penting untuk dikuasai oleh pelajar kerana ia merupakan satu keperluan kemahiran yang amat ditiikberatkan oleh pihak majikan (Huzili, Azman, Muhammad Shukri 2008; Schluz 2008). Pelajar perlu berupaya menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dari segi penulisan dan secara lisan untuk menjadi lebih berdayasaing dan dianggap sebagai aset dalam sesebuah organisasi.

Selain itu, pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari semasa menjalani latihan industri

serta

kemahiran

insaniah

yang

diperolehi

dapat

membantu

pelajar

mempertingkatkan kemahiran bolehkerja (employability skill) mereka. Secara langsung, ia akan membantu meningkatkan kebolehpasaran pelajarapabila menceburi alam pekerjaan kelak. Majikan di Malaysia sangat menitikberatkan kemahiran bolehkerja dan mengganggap pelajar mesti mempunyai kemahiran tersebut (Husain, Mohktar, Ahmad & Mustapha 2010). Kemahiran bolehkerja merupakan kemahiran asas yang diperlukan untuk membolehkan seseorang melakukan kerja dengan baik.Ia merangkumi kemahiran, sikap dan perlakuan/tindakan yang membantu pekerja dalam menjalin hubungan yang baik dengan rakan sekerja dan ketua serta membuat keputusan secara bijak (Robinson 2000). Menurut McLaughlin (1992), tiga tret yang sangat dititikberatkan oleh majikan dalam diri pekerja mereka adalah 1) pekerja yang boleh berkomunikasi, berfikir dan ingin terus belajar sepanjang hayat mereka, 2) pekerja yang mempamerkan sikap

dan

tingkahlaku

yang

positif,

bertanggungjawab

dan

berupaya

untuk

menyesuaikan diri, dan 3) pekerja yang boleh bekerja dengan pekerja lain.Kajian Husin et al (2010) melaporkan, kemahiran bolehkerja yang sangat diutamakan oleh majikan adalah kualiti pribadi, diikuti oleh kemahiran interpersonal, kemahiran sumber, kemahiran asas, kemahiran memperoleh maklumat dan kemahiran sistem dan teknologi.Maklumbalas dari Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia turut meletakkan kualiti peribadi sebagai kriteria utama dalam memilih pekerja.(Abdul Hair Awang, Azimi Hamzah, Rahmah Ismail, Jegak Uli 2004). Justeru itu, melalui pengalaman yang dilalui

3

semasa pelajar menjalani latihan industri akan dapat meningkatkan kemahiran bolehkerja pelajar B.S. (PSM).

Selain itu, pengalaman pekerjaan yang diperolehi melalui latihan industri dapat memudahkan pelajar menyesuaikan diri di alam pekerjaan selapas mereka tamat penggajian. Pengalaman yang diperolehi juga dapat meningkatkan keyakinan-diri dan keyakinan-kerja pelajar serta dapat membantu membuka peluang pekerjaan di masa hadapan serta membina jaringan profesional dengan agensi berkenaan.

Bagi pelajar jarak jauh program B.S. (PSM) yang sudahpun mempunyai pengalaman pekerjaan dalam pelbagai bidang, pendedahan kepada situasi sebenar dalam amalan pembangunan sumber manusia dapat membantu meningkatkan kemahiran teknikal yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia serta kemahiran insaniah pelajar. Melalui latihan industri ini pelajar berpeluang untuk mengapliksi ilmu yang dipelajari bagi memperbaiki atau mempertingkatkan amalan pembangun sumber manusia di agensi tempat pelajar menjalani latihan industri. Selain itu, pelajar juga dapat memahami fungsi, peranan serta mempamerkan ciri-ciri profesionalisma seorang pengamal pembangunan sumber manusia.

Selain dari pelajar, agensi yang menerima pelajar untuk menjalani latihan industri turut mendapat manfaat dari aktiviti ini. Organisasi memperolehi bantuan sementara dari pelajar dalam menyempurnakan sesuatu tugas serta dapat membuat penambahbaikan kerja berdasarkan maklumbalas pelajar dari pengetahuan yang diperolehi di universiti. Selain itu, latihan industri merupakan alat saringan yang berkesan dalam menyaring bakal pekerja yang berpotensi yang boleh dijadikan sebagai aset dalam sesebuah organisasi (Narayanan, Olk & Fukami 2010; Rothman 2007).Tambahan pula, pelajar yang telah menjalani latihan industri tidak memerlukan banyak latihan serta dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat jika ditawarkan pekerjaan (Collins, 2002).

Latihan industri juga dapat memupuk serta mengeratkan jaringan universiti-industri bagi menggalakan perkongsian dan pemindahan ilmu-teknologi serta memupuk hubungan

4

usaha-sama antara industri dengan universiti (Al Atgash & Al Fahoum 2008).Ahli jabatan turut dapat memperoleh maklumat tentang trend terkini dalam bidang pembangunan sumber manusia apabila mereka melawat agensi tempat pelajar menjalani latihan industri serta melalui perkongsian pengalaman pelajar.

Kajian tentang keberkesanan latihan industri melaporkan, terdapat kesan yang positif dalam diri pelajar yang menjalani latihan industri.Menurut Narayanan et al. (2010) melalui latihan industri, pelajar dapat menguasai kemahiran menulis, membantu pelajar menerapkan konsep

yang abstrak ke dalam konteks sebenar, serta dapat

mempertingkatkan kemahiran menyelesai masalah dan pemikiran kritis.Pelajar yang menjalani latihan industri juga lebih yakin dengan keupayaan mereka.Walo (2001) melaporkan, pelajar yang telah menjalani latihan industri lebih yakin untuk berkomunikasi, menulis dan membentangkan laporan, memahami diri dan orang lain serta lebih produktif dan bermotivasi. Kajian Ko (2008) turut melaporkan pelajaryang menjalani latihan industri lebih yakin dengan kerjaya di masa hadapan mereka.

Walaubagaimanapun, untuk mempastikan aktiviti latihan industri dapat memberi impak positif seperti yang diharapkan, ia perlu dilaksanakan secara terancang dan berstruktur. Selain itu, latihan industri yang berkesan memerlukan komitmen dan kerjasama bukan sahaja dari pihak universiti tetapi juga dari pelajar dan industri.

5

BAB 2

2.1 LATIHAN INDUSTRI PROGRAM BACELOR SAINS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Latihan Industri (DCE4901) merupakan kursus wajib yang ditawarkan kepada pelajar Bachelor Sains Pembangunan Sumber Manusia (B.S. (PSM) di Universiti Putra Malaysia. Memandangkan bidang Pembangunan Sumber Manusa (PSM) merupakan satu bidang sains sosial gunaan (McGuire, & Cseh 2004), latihan industri amat penting agar pelajar diberi pendedahan kepada pelbagai amalan pembangunan sumber manusia melalui pengalaman yang dilalui dalam situasi kerja sebenar.

Pembangunan sumber manusia merupakan satu proses yang dilaksanakanuntuk membangun atau menyerlah potensi sumber manusia melalui pembangunan organisasi, latihan dan pembangunan serta perkembangan kerjaya (Swanson 1998). Berdasarkan Roda Sumber Manusia MacLagan (1989) yang telah diterimapakai secara meluas, pembangunan organisasi, latihan dan pembangunan, dan pembangunan sumber manusia merupakan tiga komponen utama pembangunan sumber manusia.

Di samping komponen tersebut, terdapat beberapa komponen lain yang turut dianggap sebahagian dari PSM seperti pengurusan perubahan strategik, pengurusan ilmu, tempat kerja yang sihat dan produktif, pembentukan kumpulan kerja, pembangunan kepimpinan, serta penggunaan teknologi dalam PSM (McGuire & Cseh, 2004). Selain itu, bidang pembangunan sumber manusia bukan sahaja terhad kepada PSM dalam konteks organisasi tetapi merangkumi aspek pembangunan komuniti (McLean & McLean 2001). Sungguhpun bidang PSM di anggap sebagai bidang yang berlainan daripada Pengurusan Sumber Manusia, namun tidak dinafikan kedua-dua aspek sumber manusia ini saling berkaitan (McGoldrick & Stewart, 1996).

6

Program B.S. (PSM) yang ditawarkan di UPM memberi fokus kepada empat komponen utama PSM iaitu pembangunan kerjaya, pembangunan komuniti, pembangunan organisasi dan latihan dan pembangunan. Pendekatan ini adalah selaras dengan definisi Pembangunan Sumber Manusia oleh McLean dan McLean (2001) yang menekankan kepada aspek pembangunan individu dari segi pengetahuan, kepakaran, produktiviti dan kepuasan untuk pencapaian matlamat individu, pasukan, organisasi, komuniti, negara dan akhirnya untuk manfaat kemanusiaan sejagat.

Pembangunan kerjaya

Pembangunan kerjaya memberi pendedahan kepada pelajar dalam dua peringkat.Pada peringkat pertama, semasa dalam kuliah pelajar telah didedahkan dengan teori dan konsep asas pembangunan kerjaya, ciri atau kriteria motivasi serta perihal identiti kerjaya.Seterusnya perbincangan mengenai perbezaan antara pembangunan kerjaya dengan pengurusan kerjaya, ciri dualistik kerjaya seperti gender dan kerjaya.Tidak ketinggalan pelajar turut membincangkan isu serta cabaran semasa mengenai kerjaya dalam pembangunan sumber manusia. Peringkat kedua memfokuskan kepada pembangunan kerjaya dalam organisasi yang memberi tumpuan pada konsep dan proses pengurusan prestasi pekerja, deskripsi kerja, rancangan pembangunan untuk pekerja dan organisasi, bimbingan dan kaunseling, pengukuran prestasi pekerja, harta intelek dan pengurusan prestasi, pampasan dan ganjaran.

Pembangunan komuniti

Pembangunan komuniti merupakan bidang pendidikan sepanjang hayat dan pendidikan pengembangan yang memberi tumpuan pada teori dan model pembangunan, evolusi pembangunan masyarakat, falsafah, prinsip dan objektif pembangunan masyarakat, pendekatan perancangan,

dan

pengurusan

sumber

masyarakat,

pelaksanaan dan penilaian program

penglibatan

masyarakat,

pembangunan

masyarakat,

globalisasi dan pembangunan masyarakat. Selain itu, bidang ini turut memfokuskan kepada isu gender dalam pembangunan sumber manusia, pembangunan belia,

7

kesukarelawanan dalam kerja pembangunan, pembangunan komuniti daripada perspektif Islam, dan pembangunan kepemimpinan.

Pembangunan organisasi

Pembangunan organisasi memberi fokus keperluan organisasi untuk berubah bagi memenuhi keadaan semasa, merancang perubahan berencana, mengenal pasti persekitaran organisasi, membuat diagnosis, intervensi dan pengekalan perubahan dalam organisasi. Dalam usaha membangunkan sesebuah organisasi secara berkesan, bidang ini memberi penumpuan kepada aspek penting seperti prinsip pengurusan, pengurusan prestasi, organisasi pembelajaran, psikologi organisasi, penyeliaan staf, kepelbagaian budaya dalam organisasi, penjanaan ilmu, pengurusan konflik, dan polisi pembangunan.Selain itu aspek kesihatan pekerjaan turut dititikberatkan dalam program ini.

Latihan dan Pembangunan

Latihan dan pembangunan memberi tumpuan kepada perubahan atau meningkatkan pengetahuan, kemahiran,dan sikap individu. Lazimnya latihan melibatkan menyediakan pekerja pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melakukan tugas khas atau kerja, usaha ke arah perubahan sikap juga boleh dilaksanakan. Aktiviti latihan dan pembangunan bermula apabila seorang pekerja baru memasuki organisasi. Mereka akan melalui proses orientasi kerja di mana pekerja baru didedahkan kepada nilai-nilai dan norma-norma organisasi, jalinan hubungan kerja, dan belajar bagaimana berfungsi dalam pekerjaan mereka serta diberi latihan kemahiran awal. Apabila pekerja baru telah menjadi mahir dalam pekerjaan mereka, aktiviti-aktiviti PSM akan tertumpu kepada aktiviti pembangunan seperti memberi bimbingan dan kaunseling. Dalam proses bimbingan individu digalakkan untuk menerima tanggungjawab atas tindakan mereka, untuk menangani sebarang masalah yang berkaitan dengan kerja, dan untuk mencapai dan mengekalkan tahap prestasi tinggi. Teknik kaunseling digunakan untuk membantu pekerja menangani masalah peribadi yang boleh mengganggu pencapaian matlamat

8

ini. Selain itu, pengamal HRD juga bertanggungjawab untuk menyelaras latihan pengurusan dan program-program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi pengurus dan penyelia. (DeSimone & Werner, 2006). Dalam program Bachelor P.S.M, latihan dan pembangunan memfokuskan kepada konsep dan amalan reka bentuk latihan, model-model pilihan program latihan, analisis trainability, analisis keperluan latihan, pembentukan objektif latihan, pembentukan kandungan latihan, pemilihan teknik latihan dan dokumentasi latihan. Seterusnya, bidang penting yang turut diberi tumpuan adalah reka bentuk dan metodologi latihan, pemantauan dan penilaian latihan, dan pendidikan professional berterusan.

Selain itu, program B.S. PSM turut diperkuatkan dengan penyelidikan saintifik seperti metodologi penyelidikan, statistik asas, analisis dan intrepretasi data, dan kertas projek.

2.2. OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI Tujuan utama pelajar B.S. (PSM) menjalani latihan industri adalah bagi membolehkan pelajar mengamalkan ilmu berbentuk teoretikal dalam bidang PSM kepada yang lebih praktikal dalam suasana sebenar. Khususnya melalui latihan industri pelajar dapat: 

Merancang proses pembangunan sumber manusia dalam berbagai situasi kerja sebenarnya (C5).



Menggunakan teknik, kaedah dan strategi pembangunan sumber manusia yang sesuai (P5)



Mempamerkan ciri-ciri profesionalisma seorang pengamal sumber manusia (A5)



Mengamalkan sikap beretika, disamping menerima idea baharu dan pembelajaran berterusan (LL,EM)

Selain daripada objektif di atas, pelajar sendiri perlu menetapkan matlamat yang ingin dicapai melalui latihan industri yang akan dijalani melalui Kontrak Pembelajaran agar dapat memperoleh manfaat daripada latihan industri yang dijalani. Contohnya, pelajar boleh menetapkan matlamat untuk memperbaiki keupayaan berkomunikasi dalam

9

Bahasa

Inggeris,

meningkatkan

kemahiran

menggunakan

Microsoft

EXCEL,

menjalankan survei, membina sistem pengurusan prestasi dan lain-lain.Kontrak Pembelajaran tersebut terdapat dalam Buku Log.Pelajar perlu melengkapkan Kontrak Pembelajaran tersebut sebelum mula menjalani Latihan Industri.

2.2.1 Maklumat kursus dan syarat menjalani latihan industri Berikut adalah maklumat kursus serta syarat bagi membolehkan pelajar mendaftar kursus bagi menjalani latihan industri:

Kod & Nama :

DCE4901 Latihan Industri

kursus Sinopsis

:

Kursus ini menekankan penggunaan pelbagai aspek dan fungsi pembangunan sumber manusia. This course emphasizes the utilization of the various aspects and functions of human resource development

Jumlah

jam :

12 kredit (0 + 12)

kredit Semester

:

Selepas Semester 5

:

Pelajar telah mengambil sekurang-kurangnya 60 kredit dan telah

menjalani Latihan Industri Syarat menjalani

mengambil kursus-kursus berikut:       

Latihan Industri

Tempoh

:

DCE3001 – Komputer dalam Pembangunan Sumber Manusia DCE3004 – Metodologi Penyelidikan DCE3101 - Pembangunan Sumber Manusia DCE3103 – Reka bentuk Latihan DCE3104 – Metodologi Latihan DCE3301 – Andragogi MGM3111 – Pengurusan Organisasi dan Perniagaan

Satu Semester – 480 jam

10

Agensi pilihan

:

Agensi boleh terdiri daripada: a. syarikat swasta (tempatan atau multinasional) dari pelbagai industri seperti industri pengeluaran, perbankan, perhotelan, perkhidmatan, pertanian, teknologi maklumat dan lain-lain (yang mempunyai jumlah pekerja sekurang-kurangnya 100 orang pekerja) b. agensi kerajaan – ibu pejabat persekutuan atau negeri. Peringkat daerah tidak dibenarkan kerana aktiviti PSM banyak dilaksanakan di peringkat ibu pejabat persekutuan atau negeri. c. Badan berkanun – ibu pejabat persekutuan atau negeri. Peringkat daerah tidak dibenarkan kerana aktiviti PSM banyak dilaksanakan di peringkat ibu pejabat persekutuan atau negeri. d. Badan bukan kerajaan yang mempunyai jumlah pekerja tidak kurang dari 20 orang.

Dalam memilih agensi adalah penting bagi pelajar untuk memastikan bahawa agensi yang dipilih dapat memberi pendedahan kepada amalan pembangunan sumber manusia.

Bagi pelajar jarak jauh yang sudah bekerja, mereka boleh menjalankan latihan industri di agensi tempat mereka bekerja. Mereka perlu menjalani latihan industri di jabatan yang dapat memberi pendedahan kepada amalan pembangunan sumber manusia di agensi tempat mereka bekerja. Syarat pemilihan agensi 1. Agensi yang dipilih perlu mempunyai Jabatan Sumber Manusia serta menjalankan aktiviti PSM. 2. Pelajar perlu memilih agensi yang mengamalkan aktiviti PSM secara sistematik dan berstruktur bagi memperoleh pendedahan yang lebih mantap. 3. Pelajar boleh di tempatkan di Jabatan lain selain daripada Jabatan Sumber Manusia dengan syarat, aktiviti yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan PSM.

11

BAB 3

3.1 PERLAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI Latihan industri pelajar B.S. (PSM) jarak jauh dilaksanakan secara berstruktur. Ia dilaksanakan dalam 2 peringkat iaitu 1) Peringkat Perlaksanaan Latihan Industri, dan 2) Peringkat Pasca Latihan Industri, seperti dalam Rajah 1.

Perlaksanaan latihan industri

Pasca Latihan Industri

(1 semester)

(penilaian)

Rajah 1: Model Latihan Industri Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia

3.1.1. Peringkat I - Perlaksanaan Latihan Industri

Pelajar akan menjalani latihan industri untuk tempoh 1 semester di agensi. Tanggungjawab pelajar semasa menjalani latihan industri adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti agensi pilihan:

A. Pelajar jarak jauh yang masih belum bekerja

a. Pelajar perlu mencari agensi yang bersesuaian untuk menjalani Latihan Industri.

12

b. Hubungi agensi untuk mengesahkan sama ada mereka menerima pelajar untuk menjalani latihan. i. Dapatkan maklumat tentang nama agensi, matlamat, skop atau bidang utama agensi tersebut, produk, jumlah pekerja, aktiviti PSM yang dijalankan dan lokasi latihan industri. ii. Beberapa persoalan sebagai panduan boleh difikirkan oleh pelajar untuk memilih agensi: 1. Adakah

agensi

dapat

menyediakan

pengalaman

atau

memberi

pendedahan yang berkaitan dengan bidang PSM? 2. Adakah agensi ini akan menyediakan penyelia untuk membimbing anda dalam tugas yang dilakukan serta merangkap sebagai mentor? 3. Adakah pelajar mempunyai prospek kerjaya di agensi tersebut setelah pelajar tamat penggajian? 4. Adakah agensi ini sesuai dengan pilihan pelajar untuk memulakan kerjayanya dalam bidang yang ingin diceburi di masa akan datang.

c. Dapatkan surat pengesahan pelajar menjalani latihan industri dari pihak UPMET.

d. Hantar surat

permohonan

pelajar

dan

lampirkan

Resume

serta surat

pengesahan daripada UPMET kepada agensi. i. Pelajar perlu membuat salinan surat permohonan dan Resume dan dilampirkan dalam Laporan Latihan Industri.

e. Pelajar perlu hubungi agensi untuk menyemak status permohonan masingmasing. i. Pelajar mungkin akan dipanggil untuk temuduga sebelum agensi menerima anda. ii. Pastikan anda membuat persediaan sebelum menghadiri temuduga. f. Pelajar perlu mendapatkan surat penerimaan pelajar menjalani latihan industri dan melampirkan surat tersebut sebagai Lampiran dalam Laporan Industri.

13

B. Pelajar jarak jauh yang sedang bekerja sepenuh masa

a. Pelajar boleh menjalani latihan industri di tempat kerja masing-masing untuk tempoh satu semester (Jumlah jam: 480 jam).

b. Pelajar perlu mengisi borang maklumat menjalani latihan industri seperti dalam Lampiran 1 dan diserahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMET. Borang yang dilengkapkan perlu dilamprikan dalam Laporan Latihan Industri.

c. Pihak UPMET akan mengeluarkan surat kepada majikan pelajar bagi mengesahkan bahawa pelajar perlu menjalani Latihan Industri. Pelajar perlu menyerahkan surat tersebut kepada agensi masing-masing untuk mendapatkan kelulusan secara bertulis dari agensi membenarkan pelajar menjalani latihan industri di agensi masing-masing. Surat UPMET perlu dilampirkan dalam Laporan Latihan Industri.

d. Lampirkan surat kebenaran menjalani latihan industri daripada agensi ke dalam Laporan Latihan Industri.

2. Persediaan pelajar

a. Pelajar perlu berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan dalam membuat persediaan untuk menjalani latihan industri.

b. Pelajar perlu proaktif dalam membuat persediaan kendiri dengan mencari dan menambah pengetahuan tentang konsep, teori dan amalan PSM bagi memudahkan pelajar melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi oleh agensi. Perkukuhkan kefahaman anda tentang apa yang telah dipelajari terutama tentang konsep HRD, latihan dan beberapa aspek dalam Pengurusan Sumber

14

Manusia (HRM) yang selalu menjadi tumpuan Bahagian Sumber Manusia sesebuah organisasi.

c. Pelajar perlu melengkapkan Kontrak Pembelajaran (rujuk Lampiran 2) sebelum mula menjalani latihan industri. Bagi pelajar yang bekerja sepenuh masa, mereka perlu menyatakan LIMA aktiviti bekaitan dengan PSM yang mereka rancang untuk jalankan pemerhatian dan SATU projek bekaitan dengan PSM yang dirancang untuk dilaksanakan di agensi tempat kerja pelajar. Kontrak Pembelajaran perlu dilampirkan dalam Laporan Latihan Industri.

3. Perlaksanaan latihan industri

a. Pelajar perlu mempunyai seorang penyelia sebagai wakil agensi yang menyelia aktiviti latihan industri di agensi berkenaan.

b. Catat log harian sepanjang latihan untuk dijadikan bahan dalam penyediaan laporan akhir menggunakan Buku Log Latihan Industri yang disediakan (Rujuk Lampiran 3 – contoh Buku Log). i.

Catat aktiviti dan pengalaman yang dilalui dalam sehari bekerja pada setiap hari.

ii.

Buat refleksi tentang pengalaman pembelajaran yang penting yang diperolehi serta tindakan susulan yang perlu diambil.

iii.

Nyatakan bukti menunjukkan bahawa perkara-perkara yang dinyatakan dapat dicapai.

iv.

Antara perkara penting yang perlu pelajar lakukan dalam mengisi buku log adalah: 1

Membuat pemerhatian dengan melihat, mendengar dengan baik serta meneliti ke semua aktiviti/tugasan yang perlu disempurnakan

2

Menyatakan teknik, kaedah dan strategi PSM yang sesuai dalam tugasan yang diberi

15

3

Menjelaskan secara terperinci tentang setiap aktiviti dan projek yang dilaksanakan oleh pelajar.

4

Mencatatkan matlamat projek dan perancangan serta strategi untuk mencapai matlamat projek.

5

Mencatatkan pencapaian yang dicapai semasa latihan industri.

6

Mencatat kesukaran yang dilalui di agensi serta bagaimana anda mengatasi kesukaran tersebut

7

Mencatatkan aktiviti yang memberikan motivasi, dorongan, dan galakan semasa bekerja

8

Mencatatkan persoalan yang ingin ditanya kepada penyelia.

9

Buat refleksi pada setiap minggu dan catatkan: i.

teori, prinsip dan proses-proses PSM yang dinilai dengan situasi sebenar – iaitu dalam tugasan atau permerhatian anda

ii.

sama ada anda ada menggunakan kaedah, teknik dan strategi PSM yang dipelajari dalam tugas anda – perincikan kaedah, teknik atau strategi tersebut.

iii.

sama ada anda dapat mempamerkan ciri-ciri profesionalisme seorang pengamal sumber manusia

iv.

sama ada anda dapat mengamalkan sikap beretika, di samping dapat menerima idea baharu.

v.

pengalaman pembelajaran atau pribadi yang anda perolehi.

10 Dapatkan pengesahan penyelia agensi pada setiap minggu.

4. Aktiviti yang perlu dilaksanakan semasa latihan industri

a. Memandangkan agak sukar bagi pelajar jarak jauh yang bekerja sepenuh masa untuk menjalani latihan industri sama seperti pelajar dalam kampus, mereka dikehendaki menjalani latihan industri dengan: 1. membuat pemerhatian kepada LIMA aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia di agensi tempat kerja mereka; dan

16

2. menjalankan SATU projek yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia di agensi tempat kerja mereka.

b. Pemerhatian – LIMA Aktiviti PSM 1. Berikut adalah contoh aktiviti berkaitan dengan PSM yang boleh pelajar melaksanakan pemerhatian. Pelajar menjalankan pemerhatian dengan memerihati gelagat atau tingkahlaku, menemubual pegawai yang terlibat serta membuat analisis dokumen yang berkaitan. 

Proses kerja, reka bentuk kerja atau sistem kerja,



Hubungan antara staf atau dengan ketua, kepimpinan



Aspek motivasi pekerja dan komunikasi



Pengurusan perubahan



Latihan dan pembangunan



Penilaian prestasi



Aktiviti berkaitan dengan tanggungjawab sosial korporat



Aktiviti berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

c. Menjalankan SATU projek pembangunan sumber manusia

1. Berikut adalah contoh projek pembangunan sumber manusia yang boleh pelajar laksanakan semasa latihan industri: 

Membina model kompetensi.



Membina soal-selidik dan menjalankan survei.



Merangka

soalan

temubual

untuk

pekerja

yang

menamatkan

perkhidmatan (Exit Interview) 

Terlibat dalam perancangan dan perlaksanaan program latihan.



Terlibat dalam program Tanggungawab Sosial Korporat.



Merangka polisi atau manual berkaitan dengan sumber manusia



Menyemak atau merangka Deskripsi Tugas (Job Description)



Terlibat

dalam

perancangan,

penambahbaikan dan perlaksanaan

Program Orientasi untuk pekerja baharu.

17



Merangka borang penilaian prestasi.



Menjalankan temubual berkelompok (focus group interview)



Terlibat

dalam

penambahbaikan

aktiviti

pengurusan

yang

dilaksanakan

perubahan

seperti

projek

di

seperti

sistem

agensi

pengurusan kualiti, 5S, pengurusan kejat, e-borang, dll.

2. Pelajar perlu berbincang dengan penyelia agensi untuk mendapatkan kebenaran sebelum melaksanakan sesuatu projek.

3. Projek yang ingin dilaksanakan perlu boleh dilaksanakan dalam tempoh latihan industri dan boleh dinilai hasil perlaksanaan projek tersebut dalam tempoh latihan industri.

4. Perlaksanaan projek perlu dilaksanakan berpandukan kepada prinsip perencanaan program.

e. Pelajar perlu menyerahkan Borang Penilaian Latihan Industri Oleh Agensi (Rujuk Lampiran 4) kepada penyelia di agensi untuk menilai anda. Borang Penilaian Latihan Industri perlu dilampirkan bersama dengan Laporan Latihan Industri (dalam sampul surat yang dikepilkan).

3.1.2 Peringkat II – Pasca Latihan Industri

Di peringkat Pasca Latihan Industri penilaian latihan industri dilaksanakan bagi memastikan sejauhmanakah hasil pembelajaran yang ditetapkan untuk kursus ini tercapai.Di peringkat ini penilaian latihan industri dilaksanakan hasil berasaskan laporan, penilaian penyelia agensi, dan penilaian pembentangan pelajar.Jadual 1 menunjukkan jenis penilaian, peratus pemberat markah bagi setiap jenis penilaian serta pencapaian hasil pembelajaran yang dinilai (termasuk semasa peringkat perlaksanaan).

18

Jadual 1. Penilaian latihan industri

PENILAIAN SELEPAS TAMAT MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

PENILAIAN SEMASA MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

Peringkat

1.

Jenis Penilaian

Peratus

Hasil pembelajaran yang dinilai

1. Penilaian Penyelia Agensi

30%

 Perancangan proses pembangunan sumber manusia dalam berbagai situasi kerja sebenarnya (C5).  Penggunakan teknik, kaedah dan strategi pembangunan sumber manusia yang sesuai (P5)  Mempamerkan ciri-ciri profesionalisma seorang pengamal sumber manusia (A5)  Mengamalkan sikap beretika, disamping menerima idea baharu dan pembelajaran berterusan (LL,EM)

2. Laporan Latihan Industri

55%

 Perancangan proses pembangunan sumber manusia dalam berbagai situasi kerja sebenarnya (C5).  Penggunakan teknik, kaedah dan strategi pembangunan sumber manusia yang sesuai (P5)

3. Pembentangan Latihan Industri

15%

  

Penggunakan teknik, kaedah dan strategi pembangunan sumber manusia yang sesuai (P5) Mempamerkan ciri-ciri profesionalisma seorang pengamal sumber manusia (A5) Mengamalkan sikap beretika, disamping menerima idea baharu dan pembelajaran berterusan (LL,EM)

Penilaian Agensi

Penyelia agensi menjalankan penilaian berdasarkan kriteria yang ditetapkan di dalam Borang Penilaian Prestasi Pelajar (Agensi) seperti dalam Lampiran 4.

19

2. Laporan Latihan Industri

a) Pelajar wajib menyediakan laporan latihan industri. Penyediaan laporan ini perlu dilakukan sepanjang pelajar mula menjalani latihan industri. Format Penulisan dan Format Laporan latihan industri adalah seperti dalam Bab 4.

3. Pembentangan Pelajar

a. Pelajar perlu membuat pembentangan pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak UPMET. b. Pembentangan dibuat menggunakan powerpoint presentation. c. Kandungan pembentangan – 7 slaid ‘powerpoint’  Latarbelakang syarikat & jabatan sumber manusia  Lima aktiviti PSM yang diperhatikan  Projek yang dilaksanakan – nyatakan hasil pecapaian projek yang dilaksanakan  Pengalaman pembelajaran – aspek PSM  Cabaran/kekangan  Perkara penting yang dipelajari. Pelajar wajib membentangkan perkara berikut yang diperolehi semasa menjalani latihan industri: 

kemahiran,



ciri-ciri professional pengamal sumber manusia



nilai etika profesionalisme PSM yang diperolehi

 Komen/cadangan/kesimpulan d. Masa pembentangan – 7 minit. e. Pembentangan pelajar akan dinilai oleh Pensyarah/Tutor menggunakan Borang Penilaian Pembentangan (Rujuk Lampiran 5).

20

BAB 4

4.1

KANDUNGAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DAN FORMAT LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Pelajar perlu menyediakan satu laporan latihan industri bagi membincangkan lima aktiviti PSM yang diperhatikan dan projek latihan industri yang dilaksanakan.

a. Isi kandungan laporan latihan industri perlu mengandungi maklumat seperti yang dinyatakan dalam contoh yang diberi. Berikut adalah contoh format kandungan laporan latihan industri pelajar yang perlu disediakan oleh pelajar:

FORMAT PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

1. Muka Hadapan Contoh muka depan laporan yang bercetak adalah seperti di Lampiran.

2. Judul

3. Kandungan 4. Biodata Pelajar

5. Senarai Jadual 6. Senarai Rajah

7. Penghargaan

21

8. Bab 1 - Latar belakang agensi 8.1.

Nyatakan jenis industri, jumlah pekerja, misi & visi industri.

8.2.

Nyatakan tentang struktur dan fungsi jabatan sumber manusia atau mana-mana bahagian di mana pelajar menjalani latihan industri di agensi.

9. Bab 2 - Aktiviti pemerhatian yang dijalankan 9.1. Jelaskan pemerhatian yang dilakukan dari temubual/soal-selidik/analisis dokumen. Nyatakan apa yang dilakukan. 9.2. Jelaskan lima aktiviti yang berkaitan dengan bidang PSM yang diperhatikan di agensi berkenaan. Berikut adalah contoh aktiviti yang berkaitan dengan PSM. 

Membina model kompetensi



Membina soal selidik dan menjalankan soal selidik



Membina borang exit interviews dan analisis exit intreviews



Penglibatan dalam program latihan – merancang, mengendalikan program latihan



Terlibat dalam penyediaan polisi syarikat



Mengemaskini polisi dan buku panduan sumber manusia



Membina dan melaksanakan program penilaian prestasi atau terlibat dalam pengendalian program penilaian prestasi.



Mengemaskini dan menyediakan deskripsi tugas



Penglibatan dalam sistem maklumat sumber manusia HRIS



Penglibatan dalam aktiviti pengambilan kakitangan, membina soalan temuduga



Menjalankan temubual



Terlibat dalam projek-projek berkaitan dengan sumber manusia seperti perubahan struktur, tugas, proses dll.



proses kerja & sistem kerja,



hubungan antara staf atau dengan ketua, kepimpinan



aspek motivasi pekerja & komunikasi

22



pengurusan perubahan



latihan dan pembangunan

9.3. Bandingkan teori, prinsip & amalan yang dipelajari dengan pengalaman/tugas atau pemerhatian yang dilaksanakan semasa menjalani latihan industri. Ini merangkumi ke lima-lima aktiviti yang diperhatikan.

10. Bab 3 – Projek yang dilaksanakan 10.1. Tajuk projek – Nyatakan tajuk projek yang dijalankan 10.2. Tujuan projek – Nyatakan: a)

Tujuan projek tersebut dijalankan.

b)

Apakah isu/masalah yang membuatkan projek tersebut dilaksanakan.

c)

Hasil yang ingin dicapai daripada perlaksanaan projek tersebut.

10.3. Peranan pelajar – Nyatakan peranan pelajar dalam perlaksanaan projek tersebut. 10.4. Kaedah perlaksanaan – Jelaskan kaedah projek tersebut dilaksanakan dan bagaimana projek tersebut dilaksanakan. Jelaskan asas penggunaan sesuatu kaedah tertentu dalam perlaksanaan projek tersebut melalui sokongan literatur. 10.5. Hasil yang diperolehi daripada perlaksanaan projek tersebut. Lampirkan bukti hasil pencapaian projek tersebut. 10.6. Kekangan dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan projek tersebut.

11. Bab 4 - Tren dan cabaran dalam amalan sumber manusia yang dihadapi oleh agensi. 11.1. Dapatkan maklumbalas daripada agensi tentang trend dan cabaran dalam amalan sumber manusia yang dihadapi dan tindakan agensi dalam menghadapi cabaran tersebut. 11.2. Kaitkan dengan tren dan cabaran dalam amalan sumber manusia yang dibincangkan dalam literatur.

23

12. Bab 5 – Pengetahuan dan Kemahiran yang diperolehi Berdasarkan pemerhatian dan projek yang dilaksanakan: 12.1. Nyatakan apa yang telah anda pelajari (sesuatu yang tidak diketahui sebelum menjalani latihan industri) hasil dari pengalaman menjalani latihan industri. 12.2. Nyatakan kemahiran yang diperolehi yang berkaitan dengan profesion PSM Nyatakan kemahiran peribadi yang diperolehi. 12.3. Hasil dari pengalaman latihan industri, bincangkan ciri penting yang perlu ada

dalam

diri

pengamal

sumber

manusia



dari

segi

sikap,

profesionalisme, etika kerja serta sumbangan kepada masyarakat. 12.4. Kaitkan dengan ciri-ciri penting pengamal PSM yang dinyatakan dalam literatur.

13. Bab 5 - Cadangan 13.1. Nyatakan cadangan penambahbaikan untuk agensi

14. Rujukan Nyatakan bahan rujukan yang digunakan untuk menguatkan lagi hujah yang ditulis. Format yang digunakan perlu mengikut paiwaian sepertimana American Psychological Association (APA). Bagi mendapatkan panduan dalam format penulisan

bahan

rujukan,

pelajar

boleh

melayari

laman

sesawang

http://www.apastyle.org

15. Jadual/Rajah 15.1.

Semua ilustrasi hendaklah diterangkan secara terperinci. Sebarang ilustrasi selain dari Jadual seperti carta, graf, gambar atau lukisan dinyatakan sebagai Rajah. Penomboran bagi jadual/rajah mestilah mengikut turutan seperti berikut:



Rajah 1, Rajah 2, Rajah 3 ................



Jadual 1, Jadual 2, Jadual 3 ............

24

15.2.

Semasa penulisan, pastikan rujukan dibuat kepada setiap jadual/rajah yang dimasukkan dengan menyebut atau memberi penekanan kepada perkaraperkara penting tentang jadual/rajah tersebut. Sebagai contoh ianya perlu ditulis seperti berikut: “Sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 6, penilaian kebekesanan latihan adalah berpandukan kepada

.....” atau “Jadual 3 menunjukkan

bilangan kakitangan di bahagian Sumber Manusia....”

15.3.

Sebarang jadual yang di ambil dari sumber lain, perlu nyatakan sumber dari mana jadual itu diambil atau disesuaikan di bahagian bawah jadual tersebut.

16. Lampiran Berikut adalah dokumen yang wajib dilampirkan oleh pelajar. Selain daripada lampiran dokumen yang wajib, pelajar boleh melampirkan lain-lain dokumen sebagai lampiran jika berkenaan. 16.1. Lampiran Wajib a)

Pelajar wajib melampirkan dokumen berikut dalam laporan latihan industri mereka: 1. Borang Maklumat Menjalani Latihan Industri 2. Surat UPMET 3. Surat Pengesahan Penempatan Latihan Industri daripada Agensi 4. Kontrak Pembelajaran 5. Borang Penilaian Agensi

16.2. Lain-Lain Lampiran a)

Pelajar boleh melampirkan dokuman lain yang berkaitan dengan aktiviti latihan industri yang dilaksanakan. Contoh: Borang-borang tertentu, carta organisasi dan sebagainya.

16.3. Pastikan pelajar meminta kebenaran agensi untuk melampirkan dokumendokumen yang berkaitan dengan agensi. 16.4. Dokumen-dokumen yang dilampirkan perlu dilabelkan dan dinyatakan dalam kandungan laporan

25

b)

Sila rujuk kepada Lampiran 6 untuk Format menyediakan Laporan Latihan industri Industri.

c)

Penilaian laporan adalah berdasarkan kepada berikut: 

Format [30%] - susunan, ilustrasi dan penggunaan bahasa.



Kandungan [70%] - semua aspek yang berkaitan dengan latihan yang dijalani.

26

BAB 5

5.1 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG TERLIBAT DALAM LATIHAN INDUSTRI Latihan industri yang berkesan memerlukan kerjasama utuh dan komitmen daripada tiga pihak utama dalam melaksanakan latihan industri, iaitu pelajar, pensyarah dan agensi. Bahagian ini menggariskan peranan dan tanggungjawab setiap pihak yang terlibat.

5.1.1 Peranan dan Tanggungjawab Pelajar

Setiap pelajar yang menjalani latihan industri di sesebuah agensi dikehendaki mematuhi segala peraturan dan tanggungjawab seorang pekerja disesebuah organisasi. Pelajar perlu:

1. Menjalani latihan industri dalam tempoh yang ditetapkan. 2. Mematuhi waktu kerja, polisi, peraturan dan prosedur yang menggariskan tatalaku profesional pekerja di agensi berkenaan. 3. Mematuhi polisi kerahsiaan agensi dalam mengendalikan maklumat sulit. 4. Mematuhi etika berpakaian di agensi tersebut. 5. Bertanggungjawab secara pribadi dan professional ke atas tindakan dan aktiviti yang dilakukan. 6. Menjalin serta memelihara hubungan dengan pekerja lain (termasuk pelanggan) di agensi berkenaan 7. Melakukan sesuatu tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh. 8. Mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam seting akademik ke dalam tugas dan tanggungjawab yang diberi oleh agensi. 9. Menyerahkan/menyempurnakan tugasan yang diberi oleh agensi tepat pada masanya secara konsisten.

27

10. Mempamerkan sikap, nilai dan tingkah laku yang mencerminkan kewibawaan dan keperibadian positif pelajar. 11. Setiap pelajar dikehendaki menjaga imej universiti dengan tidak melakukan perkaraperkara yang boleh mencemarkan imej universiti. 12. Mencatat buku log harian secara konsisten. 13. Semasa latihan industri berjalan pelajar perlu memberi perhatian kepada faktor berikut: 

saling menghormati staf,



kekalkan sikap yang positif,



tunjukkan minat kepada sesuatu perkara yang dilakukan,



pamerkan sikap berminat untuk belajar,



gunakan komunikasi yang berkesan,



dapatkan tunjuk ajar daripada penyelia agensi,



minta penjelasan mengenai sesuatu perkara,



sentiasa proaktif,



tidak menerima tanggungjawab di luar batas kemampuan,



bertindak dengan jujur,



sesuaikan diri dengan agensi,



menjaga kerahsiaan agensi; dan



jaga personaliti berpakaian

14. Pelajar perlu mematuhi semua peraturan am yang ditetapkan seperti dalam Buku Garis Panduan ini.

15. Pelajar perlu berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri untuk rujukan, nasihat atau padangan untuk melakukan sesuatu tugas yang kompleks.

16. Menyerahkan Laporan Latihan Industri dalam masa yang ditetapkan oleh pihak UPMET.

28

5.1.2 Peranan dan Tanggungjawab Agensi

Kerjasama dan sokongan daripada agensi adalah sangat diperlukan dalam memberikan sumbangan yang maksimum kepada pelajar untuk mendalami pengetahuan dan kemahiran serta membentuk etika profesionalisme sebagai pengamal pembangunan sumber manusia. Berikut adalah peranan dan tanggungjawab agensi yang boleh dijadikan panduan bagi setiap agensi:

1.

Menyediakan sumber yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

2.

Melantik penyelia untuk memantau kemajuan pelajar.

3.

Memberi tugas/projek yang bersesuaian dengan kemampuan dan bidang penggajian pelajar

4.

Memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti pembangunan sumber manusia serta yang berkaitan seperti menghadiri mesyuarat, terlibat dalam projek, aktiviti sosial korporat, temuduga pekerja dan lain-lain aktiviti yang berkaitan.

5.

Menilai prestasi pelajar menggunakan Borang Penilaian Prestasi Pelajar (Agensi) (rujuk lampiran 4)

5.1.3 Peranan dan Tanggungjawab Pensyarah/Tutor yang Menilai Pembentangan Pelajar

1.

Pensyarah/Tutor yang dilantik dikehendaki membuat penilaian pembentangan pelajar menggunakan borang penilaian

2.

Pihak UPMET akan mengumpul borang penilaian tersebut dan menyerahkan kepada Pensyarah yang bertanggungjawab menyelaraskan latihan industri.

29

5.2

MAKLUMAT PEGAWAI

Berikut adalah maklumat pensyarah yang boleh dihubungi oleh pelajar dan agensi:

Dr. Zoharah Omar Penyelaras Latihan Industri Jabatan Pemajuan Profesional dan pendidikan Lanjutan Fakuli Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang, Selangor Tel: 03-89467911 Faks: 03-89450455 Email: [email protected] [email protected]

30

RUJUKAN

Abd Hair Awang, Azimi Hamzah, Rahmah Ismail, Jegak Uli (2004) Kemahiran Bolehkerja: Keseimbangan Antara Tuntutan Majikan dan Penguasaan Pelatih. Dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Siswazah Pengajian Pendidikan, UPM, 11 Sept 2004. Al-Atgash, S. and Al-Fahoum A. (2008) An innovative model for university-industry partnership. International Journal of Innovation and Learning, 5(5), 512-532. Collins, A.B. (2002). Gateway to the real world, industrial training: dilemmas and problems, Tourism Management, 23(1), 93-96. Huzili Hussin, Azman Zakaria, Muhammad Shukri Salleh (2008). Memperkasakan mahasiswa kejuruteraan menerusi penerapan kemahiran insaniah (Soft Skills). Kertas Kerja dibentangkan di International Conference on the Roles of the Humanities and Social Sciences in Engineering 2008 (ICOSHE08) yang dianjurkan oleh Pusat Kemahiran Komunikasi dan Keusahawanan UniMAP bersama Ministry of Higher Education Malaysia, 5 - 6 Disember 2008 di Putra Palace Hotel, Perlis Accessed on 23 March 2011 at http://dspace.unimap.edu.my/dspace/handle/123456789/5836 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2006). Modul pembangunan kemahiran insaniah (SOFT SKILLS) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang:Universiti Putra Malaysia. McGoldrick, J. and Stewart, J. (1996) The HRM-HRD nexus in Stewart, J. and McGoldrick, J. (eds) Human ResourceDevelopment: Perspectives, Strategies and Practice. London: Prentice Hall. McGuire, D. & Cseh, M. (2004): "The Disciplinary Development of HRD: A Delphi Study", Presented at the 5th UFHRD/AHRD Conference, University of Limerick, May 27th-28th 2004. McLagan, P (1989). Models for HRD practice. ASTD Press, St Paul, Minnesota. McLaughlin, M. (1992). "Employability Skills Profile: What Are Employers Looking For?" (Report 81-92-E). Ottawa, ON: Conference Board of Canada. Mohd Yusof Husain, Seri Bunian Mokhtar, Abdul Aziz Ahmad, Ramlee Mustapha (2010). Importance of Employability Skills from Employers' Perspective, Procedia - Social and Behavioral Sciences, 7, International Conference on Learner Diversity 2010, p. 430438,

31

Narayanan, V.K., Olk, P.M. and Fukami, C.V. (2010). Determinants of Internship Effectiveness: An Exploratory Model. Academy of Management Learning & Education. 9 (1) (2010): 61-80. Robinson, J.P. (2000) What Are Employability Skills?.The Workplace, 1(3), p. 1-3. Rothman, M. (2007). Lessons learned: Advice to employers from interns. Journal of Education for Business, 82, 140-144. Schluz, B. (2008). The Importance of Soft Skills: Education beyond academic knowledge. NAWA Journal of Language and Communication, June, p. 146-154. Siwatu, K.O. (2011). Preservice teachers' sense of preparedness and self-efficacy to teach in America's urban and suburban schools: Does context matter?,Teaching and Teacher Education, 27(2), 357-365.

32

LAMPIRAN

33

LAMPIRAN 1

34

LAMPIRAN 1

BORANG MAKLUMAT MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DCE 4901 LATIHAN INDUSTRI PROGRAM BACELOR SAINS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PENDIDIKAN JARAK JAUH

Bahagian A: Maklumat Pelajar Nama Pelajar Alamat Surat-Menyurat

No. Telefon (Pejabat) No. Telefon bimbit Emel Kod Kursus yang telah dan sedang diambil:

Bahagian B: Maklumat Pekerjaan Sekarang Nama Majikan Alamat Majikan

No. Telefon (Pejabat) No. Telefon bimbit Emel Tempoh bekerja dengan majikan sekarang Bahagian/Jabatan berkhidmat

anda

Pengesahan Majikan: Saya sahkan bahawa maklumat di Bahagian B adalah benar. Tandatangan Nama pegawai Cop Jawatan

Bahagian C: Maklumat Tempat Latihan Industri Nama Agensi

Alamat Agensi

No. Telefon (Pejabat) No. Telefon bimbit Emel Jabatan/Bahagian yang anda akan jalani latihan industri Adakah agensi telah memberi kebenaran untuk anda menjalani Latihan Industri di agensi berkenaan? Tandakan mana yang berkenaan. Ya

 (Sila lampirkan surat kebenaran)

Tidak



Nama pegawai agensi yang bertanggungjawab/ yang menyelia anda No. Telefon emel

Bahagian D: Pengakuan Pelajar Saya mengakui segala maklumat yang diberikan adalah benar.

Tandatangan pelajar Tarikh

LAMPIRAN 2

KONTRAK PEMBELAJARAN LATIHAN INDUSTRI

A. 1.

PERINGKAT PERSEDIAAN Nyatakan apa yang ingin anda pelajari semasa menjalani latihan industri. Senaraikan objektif yang ingin dicapai mengikut bidang berikut: a. Pengetahuan /Amalan berkaitan PSM:

b. Kemahiran:

c. Nilai etika/profesionalisma sebagai pengamal sumber manusia

1

d. Pemahaman yang anda ingin perolehi yang berkaitan dengan kerjaya anda, kekuatan dan kelemahan anda dan keupayaan anda berfungsi sebagai pengamal sumber manusia

2. Nyatakan bagaimanakah anda rancang untuk mencapai matlamat ini. Nyatakan secara terperinci strategi yang akan digunakan seperti projek, latihan, pembacaan, dan perbincangan formal.

2

LAMPIRAN 3

BUKU LOG LATIHAN INDUSTRI BACHELOR SAINS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PENDIDIKAN JARAK JAUH

Butir-Butir Latihan Industri

NAMA

:

NO. MATRIK

:

NAMA AGENSI ALAMAT AGENSI

NAMA PENYELIA

:

JAWATAN PENYELIA TARIKH MULA LATIHAN INDUSTRI TARIKH AKHIR LATIHAN INDUSTRI

: :

JABATAN PEMAJUAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN LANJUTAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LOG HARIAN

TARIKH:__________________

Masa

Aktiviti

Pengalaman/Pembelajaran

Catatan:

Pengesahan Penyelia Agensi: ____________________________________________

LOG HARIAN TARIKH:__________________

Masa

Aktiviti

Pengalaman/Pembelajaran

Catatan:

Pengesahan Penyelia Agensi: ____________________________________________

LOG HARIAN

TARIKH:__________________

Masa

Aktiviti

Pengalaman/Pembelajaran

Catatan:

Pengesahan Penyelia Agensi: ____________________________________________

LAMPIRAN 4

BORANG PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI PELAJAR OLEH PENELIA/PEGAWAI AGENSI BACHELOR SAINS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PENDIDIKAN JARAJ JAUH LAPORAN SULIT Nama Pelajar: No. Matrik: Nama Agensi: Alamat Agensi:

E-mel pegawai/penyelia: Sila nilai prestasi pelajar berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan mengikut skala berikut: 5

Cemerlang

4

Baik

3

Sederhana

2 1 A.

Perlu diperbaiki Tidak memuaskan

Sentiasa mempamirkan tingkah laku/ keupayaan/ prestasi kerja lebih daripada yang yang dijangkakan Kerap mempamirkan tingkah laku/ keupayaan/ prestasi kerja lebih daripada yang dijangkakan Memenuhi standard tingkah laku/ prestasi kerja seperti yang diharapkan Tidak sepenuhnya memenuhi standard tingkah laku/prestasi kerja seperti yang diharapkan Tidak memenuhi standard tingkah laku/ prestasi kerja seperti yang diharapkan

KEUPAYAAN MERANCANG PROSES PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DALAM BERBAGAI SITUASI KERJA

1. Perancangan projek yang ditugaskan. 2. Mencari dan menggunakan sumber sedia ada yang sesuai dalam melaksanakan projek

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

1/4

1

2

3

4

5

Tidak memuaskan

Perlu diperbaiki

Sederhana

Baik

Cemerlang

3. Membahagikan tugas atau masalah kompleks kepada bahagian yang kecil agar dapat diselesaikan/dilaksanakan dengan lebih mudah.

1

2

3

4

5

4. Keupayaan menjana pelbagai idea yang bernas dalam melaksanakan projek.

1

2

3

4

5

5. Keupayaan menyelesaikan projek yang dipertanggungjawabkan kepada pelajar dalam masa yang ditetapkan

1

2

3

4

5

MARKAH

______/25

B. APLIKASI TEKNIK, KAEDAH DAN STRATEGI PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA YANG SESUAI 1. Mematuhi peraturan syarikat dan/atau arahan yang diberi

1

2

3

4

5

2. Menggunakan pengetahuan dalam melaksanakan projek atau penyelesaian masalah yang dihadapi.

1

2

3

4

5

3. Mengunakan teknik, kaedah dan strategi pembangunan sumber manusia yang sesuai dalam melaksanakan projek.

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

4. Keupayaan menguruskan pelbagai tugas dalam satu masa.

MARKAH

______/20

C. CIRI-CIRI PROFESIONALISMA i.

Disiplin

1. Kehadiran kerja

1

2

3

4

5

2. Ketepatan waktu dalam menghadiri mesyuarat, temujanji, dsb.

1

2

3

4

5

3. Pakaian dan penampilan yang sesuai

1

2

3

4

5

4. Mempamirkan tingkah laku dan sikap yang profesional

1

2

3

4

5

5. Menerima kritikan dan nasihat yang membina dengan terbuka.

1

2

3

4

5

6. Menyempurnakan tugas dalam masa yang ditetapkan.

1

2

3

4

5

MARKAH

______/30

2/4

1

2

3

4

5

Tidak memuaskan

Perlu diperbaiki

Sederhana

Baik

Cemerlang

ii.

Kemahiran Komunikasi

1. Menyampaikan idea dan konsep dengan jelas dan tepat secara bertulis.

1

2

3

4

5

2. Menyampaikan idea dan konsep dengan jelas dan tepat secara lisan.

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

3. Memahami dan dan mengikuti arahan lisan. 4. Terlibat aktif dalam mesyuarat atau perbincangan kumpulan. 5. Berkomunikasi secara berkesan dan sesuai dengan pelanggan, rakan sekerja dan pegawai atasan.

MARKAH iii.

_____/25

Kemahiran interpersonal dan kerja berpasukan

1. Berkerja dengan dengan rakan sekerja secara berkesan.

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

3. Mengambil bahagian dan menerima tanggungjawab sebagai ahli pasukan.

1

2

3

4

5

4. Berupaya mengawal emosi dalam cara yang sesuai semasa melaksanakan tugasan.

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

2. Mengurus dan menyelesaikan konflik dengan cara yang berkesan.

5. Berfungsi dengan baik dalam persekitaran pelbagai budaya. 6. Menghormati kepelbagaian (agama / budaya / etnik) rakan sekerja.

MARKAH

________/30

D. CIRI-CIRI PRIBADI 1. Menunjukkan motivasi dan inisiatif yang tinggi dalam melaksanakan tugasan. 2. Bertanya dan merujuk kepada penyelia untuk mendapatkan bimbingan

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

3/4

1

2

3

4

5

Tidak memuaskan

Perlu diperbaiki

Sederhana

Baik

Cemerlang

3. Mempamirkan tingkah laku beretika 4. Menjaga kerahsiaan maklumat sulit 5. Keinginan dan kesungguhan untuk mempelajari perkara baharu. 6. Kesediaan menerima tanggungjawab

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

1

2

3

4

5

MARKAH

______/30

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN: _________ /150x 100 = ________% Tanda Tangan Nama Pegawai Penilai Jawatan Cop Rasmi

Tarikh

4/4

LAMPIRAN 5

BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN LATIHAN INDUSTRI PELAJAR OLEH PENSYARAH/TUTOR

Nama Pelajar:

No. Matrik:

Nama Agensi: Sila berikan penilaian ke atas prestasi pelajar berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan mengikut skala berikut: 1

Tidak memuaskan

2

Kurang memuaskan

3

Memuaskan

4

Sangat Memuaskan

1. Latar belakang agensi

1

2

3

4

2. Aktiviti utama/projek yang dilaksanakan

1

2

3

4

3. Pengalaman pembelajaran

1

2

3

4

4. Cabaran/kekangan

1

2

3

4

5. Perkara penting yang diperolehi

1

2

3

4

6. Komen/cadangan dan kesimpulan

1

2

3

4

7. Gaya persembahan

1

2

3

4

8. Pakaian dan personaliti

1

2

3

4

Jumlah:

/32

Komen (jika ada): ____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ Tandatangan: _________________ Nama:

Tarikh: _____________

LAMPIRAN 6

LAMPIRAN 6

Format Kulit Depan Laporan Akhir Latihan Industri (Hard Cover Binding – Warna MAROON)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

JABATAN PEMAJUAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN LANJUTAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI NAMA TEMPAT DAN ALAMAT AGENSI

NAMA PELAJAR No. Matrik

Semester 2 2013-2014

Format JUDUL

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH

NAMA PELAJAR (NOMBOR MATRIK)

DI

NAMA AGENSI ALAMAT AGENSI

JABATAN PEMAJUAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN LANJUTAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SEMESTER 2 2013-2014

Format Isi Kandungan

KANDUNGAN Halaman KANDUNGAN Judul Penghargaan Isi Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Lampiran

i ii iii iv v vi

BAB 1 - PENGENALAN 1. LATARBELAKANG AGENSI 1.1. Sejarah Penubuhan 1.2. Misi dan Visi 1.3. Maklumat tenaga kerja

1 1 3 4

i [Mukasurat dalam nombor Roman]

Format Senarai Jadual

SENARAI JADUAL Nombor Jadual

Tajuk

Mukasurat

1

Jumlah kakitangan mengikut jantina

3

2

Jumlah pusingganti tenagakerja mengikut jabatan

15

ii [Mukasurat dalam nombor Roman]

Format - Senarai Rajah

SENARAI RAJAH Nombor Rajah

Tajuk

Mukasurat

1

Model Penilaian Kirkpatrik

16

2

Model Kompetensi ASTD

23

iii [Mukasurat dalam nombor Roman]

Format - Senarai Lampiran

SENARAI LAMPIRAN Nombor Lampiran

Tajuk

1

Carta Organisasi Syarikat ABC Sdn Bhd

2

Borang Penilaian Latihan

3

Borang Penilaian Prestasi

4

Borang Pengesahan jawatan

iv [Mukasurat dalam nombor Roman]

Format Penulisan Bagi Muka surat PERMULAAN SETIAP BAB.

2.5 sm

BAB 1 PENGENALAN

1. LATARBELAKANG AGENSI

1.1. Sejarah latarbelakang penubuhan agensi 4 sm

2.5 sm

1.2. Struktur organisasi

1 [Nombor mukasurat di bahagian tengah] 2.5 sm

Format Rujukan dan Penulisan dalam Teks

1. Buku yang ditulis oleh seorang penulis Gore, A. (2006). An inconvenient truth: The planetary emergency of global warming and what we can do about it. Emmaus, PA: Rodale. Penulisan rujukan dalam teks: (Gore, 2006) 2. Buku yang ditulis oleh dua orang penulis Michaels, P. J., & Balling, R. C., Jr. (2000). The satanic gases: Clearing the air about global warming. Washington, DC: Cato Institute. Penulisan rujukan dalam teks: (Michaels & Balling, 2000) 3. Buku dengan Editor sebagau Penulis: Galley. K. E. (Ed.). (2004). Global climate change and wildlife in North America. Bethesda, MD: Wildlife Society. Penulisan rujukan dalam teks: (Galley, 2004) 4. Brosur atau Pamplet New York State Department of Health. (2002). After a sexual assault. [Brochure]. Albany, NY: Author. Penulisan rujukan dalam teks: (New York, 2002) 5. Buku yang tiada nama penulis Environmental resource handbook. (2001). Millerton, NY: Grey House. Penulisan rujukan dalam teks: (Environmental Resource Handbook, 2001)

6. Artikel dalam Buku Rujukan Greenhouse effect. (2005). American heritage science dictionary. Boston, MA: Houghton Mifflin. Penulisan rujukan dalam teks: (Greenhouse effect, 2005),

Schneider, S. H. (2000). Greenhouse effect. World book encyclopedia (Millennium ed. Vol. 8, pp. 382-383). Chicago, IL: World Book. Penulisan rujukan dalam teks: (Schneider, 2000) 7. Artikel Majalah Allen, L. (2004, August). Will Tuvalu disappear beneath the sea? Global warming threatens to swamp a small island nation. Smithsonian, 35(5), 44-52. Penulisan rujukan dalam teks: (Allen, 2004 Begley, S., & Murr, A. (2007, July 2). Which of these is not causing global warming? A. Sport utility vehicles; B. Rice fields; C. Increased solar output. Newsweek, 150(2), 4850. Penulisan rujukan dalam teks: (Begley, 2007) 8. Artikel daripada akhbar (dengan nama penulis dan tanpa nama penulis) College officials agree to cut greenhouse gases. (2007, June 13). Albany Times Union, p. A4. Penulisan rujukan dalam tekss: (“College Officials”, 2007) Landler, M. (2007, June 2). Bush’s Greenhouse Gas Plan Throws Europe Off Guard. New York Times, p. A7. Penulisan rujukan dalam teks: (Landler, 2007) 9. Jurnal Artikel Miller-Rushing, A. J., Primack, R. B., Primack, D., & Mukunda, S. (2006). Photographs and herbarium specimens as tools to document phonological changes in response to global warming. American Journal of Botany, 93, 1667-1674. Penulisan rujukan dalam teks: (Miller-Rushing, Primack, Primack, & Mukunda, 2006) 10. Jurnal Artikel yang diperolehi daripada pengkalan data yang dilanggan oleh pepustakaan. Mora, C., & Maya, M. F. (2006). Effect of the rate of temperature increase of the dynamic method on the heat tolerance of fishes. Journal of Thermal Biology, 31, 337341. doi: 10.101b/jtherbio.2006.01.055 Penulisan rujukan dalam teks: (Mora & Maya, 2006)

11. Website: United States Environmental Protection Agency. (2007, May 4). Climate Change. Retrieved From the Environmental Protection Agency website: http://www.epa.gov/climatechange Penulisan rujukan dalam teks: (United States Environmental, 2007) Gelspan, R. (2007). The Heat Is Online. Lake Oswego, OR: Green House Network. Retrieved from The Heat Is Online website: http://www.heatisonline.org Penulisan rujukan dalam teks: (Gelspan, 2007)

Dipetik daripada: Finger Lakes Community College, Charles J. Merder Library. APA List Examples. http://library.flcc.edu/APA_FLCC.pdf

Suggest Documents