LAPORAN AKTIVITI KOLABORASI

LAPORAN AKTIVITI KOLABORASI PENCAPAIAN PRODUK INOVASI YANG DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI TAHUN 2015 NAMA PRODUK INOVASI: BAKUL SERBAGUNA DARIPADA...
Author: Lydia Hardy
10 downloads 1 Views 1MB Size
LAPORAN AKTIVITI KOLABORASI PENCAPAIAN PRODUK INOVASI YANG DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI

TAHUN 2015 NAMA PRODUK INOVASI: BAKUL SERBAGUNA DARIPADA BAHAN KITAR SEMULA RAK KASUT DARIPADA BAHAN KITAR SEMULA RAK BESI MUDAH ALIH PIHAK INDUSTRI TERLIBAT: PANORAMA PARADISE RESORT (PPR) KG.RASAK DARAT TIGAMAN KOTA MARUDU SABAH

LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI ________________________________________________________________________________________

1. Aktiviti:Pembangunan produk inovasi berasaskan bahan kitar semula untuk diaplikasikan oleh pihak industri. Produk inovasi yang telah berjaya dibangunkan adalah:

Bakul Serbaguna Daripada Bahan Kitar Semula



Rak Kasut Serbaguna Daripada Bahan Kitar Semula



Rak Besi Mudah Alih

2. Latar belakang/Rasional pelaksanaan aktiviti:Melonjak politeknik sebagai institusi peneraju Technical and Vocational Education and Training (TVET) serantau.

3. Sasaran (KPI):Bilangan produk/perkhidmatan penyumbang kepada sistem TVET yang diaplikasikan di luar atau di dalam institusi.

4. Progam/Jabatan/Institusi terlibat:Program Diploma Pemasaran, Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Kinabalu Sabah.

5. Latarbelakang:Produk inovasi ini adalah merupakan hasil cetusan idea pensyarah dan direalisasikan oleh pelajar Program Diploma Pemasaran yang mengambil kursus projek pemasaran (PM604). Dalam beberapa dekad kebelakangan ini aktiviti perniagaan berasaskan bahan kitar semula telah menjadi satu industri yang semakin diterima di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Kewujudan industri ini telah memberikan peluang keemasan kepada golongan usahawan untuk menjadikannya sebagai satu perusahaan yang sangat menguntungkan dan dalam masa yang sama menyumbang secara berkesan kepada pemuliharaan alam sekitar. Seperti yang kita sedia maklum, melalui usaha kitar semula aliran sisa boleh dikurangkan dan sekaligus menyumbangkan kepada pembangunan kehidupan komuniti yang lebih lestari. Sesungguhnya industri ini menyediakan peluang yang sangat luas untuk diusahakan dan menjanjikan pulangan yang sangat lumayan kepada usahawan yang berminat. Salah satu 1|Page

LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI ________________________________________________________________________________________ sebabnya adalah kerana kos pengeluaran produk berasaskan bahan kitar semula jauh lebih murah berbanding dengan kos pengeluaran produk berasaskan sumber asli. Tambahan pula bahan pengeluaran produk berasaskan bahan kitar semula lebih mudah untuk diperolehi.

6. Perancangan aktiviti inovasi:Secara umumnya, projek ini dibangunkan dalam tempoh 5 bulan (1 semester). Proses perancangan produk inovasi ini telah dilakukan selama sebulan (awal semester) dan seterusnya mengambil masa selama 3 bulan untuk dibangunkan atau disiapkan (pelaksanaan perancangan). Dalam masa yang sama, sebuah laporan juga telah dibuat secara terperinci mengenai perancangan dan pembangunan produk ini.

7. Pelaksanaan aktiviti inovasi:Fasa 1 – Mengenalpasti bahan kitar semula yang boleh digunakan untuk membangunkan produk inovasi bernilai komersial Fasa 2 – Mengumpul dan membersih bahan-bahan kitar semula yang akan digunakan untuk membangunkan produk inovasi Fasa 3 – Merekabentuk dan membangunkan produk inovasi yang telah dirancang Fasa 4 – Menguji penggunaan atau fungsi produk inovasi yang telah dibangunkan Fasa 5 – Membuat penambahbaikan ke atas produk inovasi yang telah dibangunkan

8. Pencapaian produk inovasi:Pingat Emas dalam Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Projek Pelajar (Projex) Kali Ke 9.

9. Faktor yang menyumbang kepada kejayaan Motivasi untuk menyelesaikan masalah komuniti

10. Dasar/Garis panduan yang menyokong pelaksanaan aktiviti inovasi:Dasar/Garis panduan Outcome Based Education (OBE) Sistem CDIO

2|Page

LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI ________________________________________________________________________________________

11. Isu-isu berbangkit:Produk inovasi yang dihasilkan daripada bahan kitar semula tidak boleh dipatenkan. Rasionalnya adalah bagi menggalakkan semua lapisan masyarakat agar terlibat sama dalam aktiviti merekacipta bahan kitar semula.

12. Penambahbaikan:Pada masa kini, pelajar tidak mempunyai tempat khusus di dalam kampus bagi melaksanakan kerja-kerja inovasi. Justeru itu, pelajar perlu diberikan ruang atau tempat khusus di kampus bagi melakukan aktiviti atau kerja pembangunan produk inovasi.

13. Pegawai bertanggungjawab:Azrin Bin Jalasi, Ketua Program Diploma Pemasaran

14. Lampiran

3|Page

LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI ________________________________________________________________________________________

14.1 Panel juri industri yang telah dilantik untuk mengadili pertandingan projek akhir ke 9 telah mengiktiraf inovasi produk berasaskan bahan kitar semula sebagai satu projek yang sangat berpotensi untuk dikomersialkan.

4|Page

LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI ________________________________________________________________________________________

14.2 Simbolik penyerahan produk inovasi daripada Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Kinabalu kepada Pengarah Urusan, Panorama Paradise Resort Kota Marudu

5|Page

LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI ________________________________________________________________________________________ 14.3 Komen Pengarah Urusan Panorama Paradise Resort (PPR) terhadap produk inovasi pelajar Jabatan Perdagangan yang telah dimuatkan di dalam laman sosial Facebook.

6|Page

LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI ________________________________________________________________________________________

7|Page

LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI ________________________________________________________________________________________

14.4 Rak kasut daripada bahan kitar semula berikut (dalam gambar) kini menjadi daya tarikan kepada pengunjung yang datang menginap ke Panorama Paradise Resort (PPR), Kota Marudu.

8|Page

LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI ________________________________________________________________________________________

14.5 Ulasan Panorama Paradise Resort (PPR) terhadap produk inovasi yang telah diaplikasikan:-

Seperti yang kita sedia maklum, melalui usaha kitar semula aliran sisa boleh dikurangkan dan sekaligus menyumbangkan kepada pembangunan kehidupan komuniti yang lebih lestari. Justeru itu, tawaran yang diberikan oleh pihak Politeknik Kota Kinabalu (PKK) untuk mengaplikasikan produk inovasi berasaskan bahan kitar semula ke dalam premis perniagaan Panorama Paradise Resort (PPR) di Kota Marudu merupakan satu peluang yang sangat dinanti-nantikan. Kami menjangkakan peluang ini akan memberikan nilai tambah ke atas perniagaan sedia ada yang kami miliki. Tambahan lagi, pihak Panorama Paradise Resort (PPR) memang bercadang untuk menonjolkan imej sebagai penyokong aktiviti “Green Marketing”. Secara peribadi, saya berpandangan bahawa penglibatan golongan graduan dalam industri keusahawanan berasaskan bahan kitar semula sangat penting kerana ianya bukan sahaja membantu membangunkan ekonomi negara tetapi juga membantu dalam memulihara kesihatan alam sekitar kita yang semakin hari semakin terhakis. Industri ini sangat unik kerana tidak ramai lagi usahawan yang menceburi bidang perusahaan ini. Justeru itu, industri ini dilihat sangat relevan untuk generasi muda masa kini khususnya golongan graduan IPT. Kami di pihak industri, sentiasa menyokong aktiviti ini dan berharap agar suatu masa nanti pelajar Politeknik Kota Kinabalu amnya akan dapat membangunkan sebuah produk berasaskan bahan kitar semula yang mampu memberikan nilai tambah ke atas perniagaan sedia ada. Sesungguhnya industri ini menyediakan peluang yang sangat luas untuk diusahakan dan menjanjikan pulangan yang sangat lumayan kepada usahawan yang berminat. Salah satu sebabnya adalah kerana kos pengeluaran produk berasaskan bahan kitar semula jauh lebih murah berbanding dengan kos pengeluaran produk berasaskan sumber asli. Tambahan pula bahan pengeluaran produk berasaskan bahan kitar semula lebih mudah untuk diperolehi. Ikhlas,

Selvestone Selvestone Junit Pengarah Operasi Panorama Paradise Resort (PPR)

9|Page

Suggest Documents