KORELASI DAN PENGARUH KOMPETENSI EMOSI TERHADAP KEPIMPINAN SEKOLAH: PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH BERKESAN DENGAN SEKOLAH KURANG BERKESAN YAHYA BIN DON

i KORELASI DAN PENGARUH KOMPETENSI EMOSI TERHADAP KEPIMPINAN SEKOLAH: PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH BERKESAN DENGAN SEKOLAH KURANG BERKESAN YAHYA BIN ...
Author: Giles Waters
10 downloads 5 Views 67KB Size
i

KORELASI DAN PENGARUH KOMPETENSI EMOSI TERHADAP KEPIMPINAN SEKOLAH: PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH BERKESAN DENGAN SEKOLAH KURANG BERKESAN

YAHYA BIN DON

TESIS DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

FEBRUARI 2009

ii PENGHARGAAN Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Profesor Dr. Shahril @ Charil Haji Marzuki selaku penyelia saya di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, dorongan dan nasihat yang telah diberi sepanjang penyelidikan dan pembikinan tesis ini. Pengorbanan masa dan penyeliaan beliau akan diingati dan dihargai selama-lamanya. Semoga Allah S.W.T jua yang boleh membalas jasa Yang Berbahagia Profesor. Saya juga ingin memberikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada isteri tercinta, Hajjah Rohana Mat Hassan, yang menyokong dan mendorong pendidikan saya sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD). Tanpa sokongan moral dan bantuan yang tidak ternilai oleh beliau, saya tidak akan berjaya menyiapkan kajian dan tesis yang sungguh bermakna ini. Dalam kesempatan ini juga, ucapan terima kasih saya sampaikan kepada Dekan Fakulti Pendidikan, Profesor Dr. Noraini Idris, Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi), Profesor Madya Dr. Wan Hasmah Wan Mamat, Ketua Jabatan Pengurusan Perancangan dan Dasar Pendidikan, Prof. Madya Rahmad Sukor Abd. Samad dan Profesor Kanan Jabatan Pengurusan Perancangan dan Dasar Pendidikan, Profesor Dr. Sufean Husin. Ucapan terima kasih khas dan penghargaan istimewa turut ditujukan kepada Timbalan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Profesor Dr. Mahmood Nazar Mohamed atas segala dorongan dan tunjuk ajar yang telah memberi keyakinan dan semangat kepada saya. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya yang banyak membantu sepanjang penyelidikan ini, terutamanya Dr. Hj. Yaakob Daud, Dr. Mohd Isha Awang, Encik Mohd Razif Ibrahim (JPN Perak) dan Tn. Hj. Hishamuddin Hashim (Jemaah Nazir Sekolah) yang dengan relanya memberi banyak sokongan, bantuan dan dorongan kepada saya. Semoga Allah S.W.T jua membalas segala budi baik mereka. Akhir sekali, penghargaan dan ucapan yang tidak ternilai ditujukan kepada isteri saya Dalina Zainal Abidin, arwah ibu (yang telah meninggal dunia semasa saya melanjutkan pengajian ini, arwah bapa dan abang saya, Hj. Saad Hj. Abdul yang banyak membantu dan menggalakkan saya untuk menuntut hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Begitu juga saya memberi penghargaan tercinta kepada anak-anak kesayangan, Muhd. Nur Irsyad, Muhd. Nur Ikhwan, Muhd. Nur Imran, Muhd Nur Arif dan Muhd. Nur Iman yang kerap saya abaikan dan tinggalkan demi penyelidikan ini. Kesabaran dan kasih sayang mereka amat saya hargai buat selama-lamanya. Sesungguhnya, tanpa jasa baik, sokongan moral dan bimbingan anda semua yang disebut di atas, saya tidak akan dapat menyiapkan Tesis PhD ini dengan sempurna.

HAJI YAHYA BIN HAJI DON Universiti Malaya Januari 2009

iii

SINOPSIS Kajian ini bertujuan untuk meneliti kompetensi emosi pemimpin dalam sesebuah organisasi sekolah dan pengaruhnya terhadap kepemimpinan sekolah. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kompetensi emosi dengan kepemimpinan transformasional, di samping meninjau peranan faktor-faktor demografi iaitu umur, jantina dan pengalaman pentadbiran dengan kompetensi emosi pemimpin. Kajian ini juga cuba melihat sama ada terdapat perbezaan dari segi kompetensi emosi dan kepemimpinan transformasional pemimpin-pemimpin di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Di samping itu, kajian ini juga meninjau subskala-subskala kompetensi emosi pemimpin yang utama dalam meramal kepemimpinan transformasional di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Kaedah tinjauan rentas diaplikasikan dalam kajian ini dalam proses pengumpulan data. Dalam kaedah tinjauan soal selidik Emotional Competence Inventory (ECI-2) (Boyatzis, 2001) dan Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ5x) (Bass & Avalio, 2000) telah digunakan sebagai alat ukur kajian. Sejumlah 233 orang sampel dari sekolah berkesan dan 252 sampel dari sekolah kurang berkesan terlibat dalam kajian yang menggunakan kaedah tinjauan. Data kuantitatif dianalisis dengan analisis statistik Korelasi Pearson, Multivariate Analysis of Variance (MANOVA), Ujian-t, dan Analisis Regressi Berganda (Multiple Regression). Hasil kajian menunjukkan kompetensi emosi pemimpin mempunyai hubungan dengan kepemimpinan transformasi di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Namun begitu, kompetensi emosi tidak mempunyai hubungan dengan kepemimpinan transaksi dan kepemimpinan laissez-faire. Dapatan ini juga menunjukkan terdapat perbezaan dalam kompetensi emosi pemimpin, kepemimpinan transformasi dan kepemimpinan laissez-faire di kalangan pemimpin di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan.Namun begitu, tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam kepemimpinan transaksi di kalangan pemimpin sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Perbezaan juga ditunjukkan melalui umur dan jantina terhadap kompetensi emosi pemimpin. Hasil analisis regresi berganda menunjukkan dimensi kebolehsuaian dan pengaruh memainkan peranan terhadap kompetensi emosi di sekolah berkesan. Di sekolah kurang berkesan dimensi kesedaran organisasi, kebolehsuaian, membangunkan orang lain, kepemimpinan berinspirasi, dan pemangkin perubahan berpengaruh terhadap kepemimpinan transformasi. Sebaliknya subskala-subskala kompetensi emosi tidak mempunyai pengaruh terhadap kepemimpinan transaksi dan kepemimpinan laissez-faire di kalangan pemimpin sekolah kurang berkesan. Secara keseluruhannya, kajian ini menjelaskan tentang tahap kompetensi emosi yang tinggi mempengaruhi kepemimpinan sekolah dengan lebih baik.

iv

CORRELATION AND THE INFLUENCE OF EMOTIONAL COMPETENCIES ON SCHOOL LEADERSHIP: A COMPARISON BETWEEN THE EFFECTIVE AND LESS EFFECTIVE SCHOOL

SYNOPSIS This research examined the relationship between school leader emotional competencies and transformational leadership. This study also attempted to examine the relationship between demographic factors (age, gender and experience) and school leader emotional competencies. It was argued here that school leader’s emotional competencies (EI) will influence the process of transformational leadership in effective school and less effective school. Survey method of data collection was employed in this study. In the survey method, commercial questionnaire was utilized that is the Emotional Competence Inventory (ECI-2) (Boyatzis, 2001) and Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ5x) (Bass and Avolio, 2000) and returned by 485 respondents (233 respondents from effective school and 251 respondent from less effective school). Statistical analysis used was the Pearson Correlation, t-test, Multivariate Analysis Of Variance (MANOVA) and Multiple Regression Analysis. The result revealed there was a significant relationship between school leadership emotional competencies and transformational leadership in effective school and less effective school. The study also indicated that significant difference in the school leader emotional competence and the transformational leadership between effective school and less effective school. The hypothesis for differences in term of age and gender at effective and less effective school was supported. This study also found the dimension of the adaptability and influence played significant role in influence to the transformational leadership in the effective school. In the less effective school, organizational awareness, adaptability, developing others, inspirational leadership and change catalyst played a significant role as the influence to transformational leadership.. However, leaders emotional competencies were not play the significant role as influence to the transactional and laissez-faire leadership in the less effective school. In general, this study illuminated that the good implementation of the transformational leadership in the school has brought along an increase in the emotional competencies. As conclusion, this research contributes to the field by offering support for the effect of school leaders emotional competencies on the transformational leadership as well as by showing school leader level emotional competencies effected school performance positively.

v

SENARAI ISI KANDUNGAN

M/SURAT

PENGHARGAAN

ii

SINOPSIS

iii

SYNOPSIS

iv

SENARAI ISI KANDUNGAN

v

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI RAJAH

xiii

SENARAI SINGKATAN

xiv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.0

Pengenalan

1

1.1

Penyataan Masalah

3

1.2

Kerangka Teoritikal Kajian

14

1.2.1

Teori Prestasi Berasaskan Kecerdasan Emosi

14

1.2.2

Teori Kepemimpinan

21

1.2.3

Model Sekolah Berkesan

27

1.3

Kerangka Konseptual Kajian

29

1.4

Tujuan Kajian

33

1.5

Soalan Kajian

34

1.6

Hipotesis Kajian

35

1.6.1

Kompetensi Emosi Pemimpin dan Kepemimpinan Sekolah.

36

1.6.2

Perbezaan Kompetensi Emosi Pemimpin Dari Aspek Pembolehubah Demografi (Jantina, Umur dan Pengalaman Pentadbiran)

37

1.6.3

Perbezaan Kompetensi Emosi Pemimpin Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

38

1.6.4

Perbezaan Kepemimpinan Sekolah Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

38

1.6.5

Subskala Utama Kompetensi Emosi Pemimpin Bagi Meramal Kepemimpinan Di Sekolah Berkesan dan

39

vi

1.7

Sekolah Kurang Berkesan Singnifikan Kajian

47

1.8

Limitasi Kajian

49

1.9

Definisi Operasi

51

1.9.1

Pemimpin Sekolah

51

1.9.2

Kompetensi Emosi Pemimpin

53

1.9.2.1 Kelompok Kesedaran Diri

55

1.9.2.2 Kelompok Pengurusan Diri

56

1.9.2.3 Kelompok Kesedaran Sosial

59

1.9.2.4 Kelompok Pengurusan Perhubungan

61

Kepemimpinan

63

1.9.3.1 Kepemimpinan Transformasi

63

1.9.3.2 Kepemimpinan Transaksi

66

1.9.3.3 Kepemimpinan Laissez-Faire

67

1.9.4

Sekolah Berkesan

68

1.9.5

Sekolah Kurang Berkesan

69

Rumusan

69

1.9.3

1.10 BAB DUA

ULASAN RUJUKAN

71

2.0

Pengenalan

71

2.1

Konsep Sekolah Berkesan

71

2.2

Kajian Sekolah Berkesan

73

2.3

Kepemimpinan dan Sekolah Berkesan

76

2.4

Kepemimpinan

81

2.5

Kepemimpinan dan Sekolah Berkesan

83

2.6

Kecerdasan Emosi Pemimpin

86

2.7

Kepemimpinan dan Kecerdasan Emosi

92

2.8

97

2.9

Kecerdasan Emosi Pemimpin dan Keberkesanan Organisasi Model Kecerdasan Emosi Pemimpin danKepemimpinan

102

2.10

Model Kepemimpinan dan Pengurusan Emosi

104

2.11

Kompetensi Emosi dan Kepemimpinan

107

vii 2.11.1

Kelompok Kesedaran Diri

109

2.11.2

Kelompok Kesedaran Sosial

112

2.11.3

Kelompok Pengurusan Diri

114

2.11.4

Kelompok Pengurusan Perhubungan

118

Demografi dan Kompetensi Emosi

121

2.12.1

Umur

121

2.12.2

Jantina

122

2.12.3

Pengalaman Kerja

124

Teori dan Model-Model Kecerdaan Emosi Pemimpin

125

2.13.1

Teori Kompleksiti Sekolah (Complexity School)

125

2.13.2

Model Goleman dan Bar-On

129

2.13.3

Model Mayer dan Salovey

130

2.13.4

Model Kecerdasan Emosi dan Kepemimpinan

131

2.13.5

Model Kecerdasan Emosi dan Kepemimpinan Servant

132

2.13.6

Model Kecerdasan Emosi Pemimpin dan Perkhidmatan

135

2.13.7

Model Kecerdasan Emosi Pemimpin dan Pengagihan Tugas Model Kecerdasan Emosi: Pemimpin dan Visi Organisasi Model Kecerdasan Emosi dan Keberkesanan Organisasi

137

140

Rumusan

144

2.12

2.13

2.13.8 2.13.9 2.14 BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN

138

145

3.0

Pengenalan

145

3.1

Reka Bentuk Kajian

145

3.2

Populasi Dan Sampel Kajian

146

3.3

Teknik Persampelan

150

Pemilihan Sekolah

150

Instrumen dan Cara Permarkatan

151

3.4.1

Kompetensi Emosi Pemimpin

152

3.4.2

Kepemimpinan Sekolah

154

3.5

Terjemahan Soal Selidik

158

3.6

Ujian Rintis

159

3.3.1 3.4

viii 3.6.1

Maklumat Deskriptif Instrumen

160

3.6.2

Kebolehpercayaan Instrumen

160

3.6.3

Analisis Kesahan Instrumen

162

3.7

Prosedur Pengumpulan Data

165

3.8

Analisis Data

167

Prosedur Analisis Data Kuantitatif

167

Rumusan

169

3.8.1 3.9 BAB EMPAT

DAPATAN KAJIAN

170

4.0

Pengenalan

170

4.1

Penyemakan Data Kajian Sebenar

171

4.2

Analisis Faktor dan Kebolehpercayaan Soal Selidik Kajian

172

4.2.1

Analisis Faktor Soal Selidik Kompetensi Emosi Pemimpin

172

4.2.2

Analisis Faktor Soal Selidik Kepemimpinan

177

4.2.3

Kebolehpercayaan Soal Selidik Kajian

181

Analisis Data Deskriptif

184

4.3.1

Data Pemerihalan Responden

184

4.3.2

Dapatan Deskriptif Pembolehubah Kajian

187

4.3.2.1 Dapatan Deskriptif Kompetensi Emosi Pemimpin

187

4.3.2.2 Dapatan Deskriptif Kepemimpinan

190

Pengujian Hipotesis Kajian

192

Hubungan Kompetensi Emosi Pemimpin dan Kepemimpinan Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan Perbezaan Kompetensi Emosi Pemimpin Berdasarkan Pembolehubah Demografi Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

193

4.3

4.4 4.4.1

4.4.2

204

4.4.2.1 Perbezaan Kompetensi Emosi Pemimpin Mengikut Umur

205

4.4.2.2 Perbezaan Kompetensi Emosi Pemimpin mengikut Pengalaman Mentadbir

209

ix 4.4.2.3 Perbezaan Kompetensi Emosi Pemimpin Berdasarkan Jantina

213

4.4.3

Perbezaan Kompetensi Emosi Pemimpin Berdasarkan Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

216

4.4.4

Perbezaan Kepemimpinan Berdasarkan Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

219

4.4.5

Peramal Kepemimpinan Di Sekolah Berkesan

222

4.4.6

Peramal Kepemimpinan Di Sekolah Kurang Berkesan

238

4.5

Analisis Model Persamaan Struktur (SEM)

234

4.6

Kesimpulan Dapatan Kajian

237

4.8

Rumusan

243

BAB LIMA

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

244

5.0

Pengenalan

244

5.1

Hubungan Kompetensi Emosi Pemimpin Dan Kepemimpinan Di Sekolah Berkesan dan Sekolah KurangBerkesan

244

5.2

Perbezaan Kompetensi Emosi Dari Aspek Pembolehubah Demografi Di Sekolah Berkesan Dan Sekolah Kurang Berkesan

250

5.3

Perbezaan Kompetensi Emosi Pemimpin dan Kepemimpinan di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

253

5.4

Subskala Kompetensi Emosi yang Utama Dalam Meramal Kepemimpinan Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

256

5.5

Rumusan Kajian

264

5.6

Implikasi Kajian

265

5.6.1

Implikasi Teoritis

265

5.6.2

Implikasi Amalan

267

5.7

Cadangan Kajian Akan Datang

269

5.8

Penutup

273

x BIBLIOGRAFI

275

LAMPIRAN

SENARAI JADUAL Jadual

1.1

Kerangka Kompetensi Emosi (EC)

19

Jadual

2.1

Refleksi Kecerdasan Emosi

90

Jadual

2.2

Tingkahlaku Kepemimpinan dan Kecerdasan Emosi

128

Jadual

3.1

Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan Di Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak

147

Jadual

3.2

Populasi dan Sampel Kajian

149

Jadual

3.3

Katogeri Sekolah dan Bilangan Soal Selidik Diedarkan

151

Jadual

3.4

Konstruk, Faktor dan Skala MLQ5x

157

Jadual

3.5

Maklumat Deskriptif Instrumen

160

Jadual

3.6

Analisis Kebolehpercayaan Instrumen

162

Jadual

3.7

Korelasi Antara Kompetensi Emosi dan Kepemimpinan

164

Jadual

3.8

Interpretasi Nilai Pekali Korelasi

168

Jadual

4.1

Keputusan Analisis Faktor Pengesahan Pemuatan Faktor Kompetensi Emosi Pemimpin

174

Jadual

4.2

Keputusan Analisis Faktor Pengesahan Pemuatan Faktor Kepemimpinan Transformasi

179

Jadual

4.3

Keputusan Analisis Faktor Pengesahan Pemuatan Faktor Kepemimpinan Transaksi dan Kepemimpinan LaissezFaire

181

Jadual

4.4

Kebolehpercayaan Cronbach Alpha Soal Selidik Kompetensi Emosi Pemimpin

182

Jadual

4.5

Kebolehpercayaan Cronbach Alpha Soal Selidik Kepemimpinan Sekolah.

183

Jadual

4.6

Kebolehpercayaan Cronbach Alpha Dimensi-dimensi dalam Soal Selidik Kepemimpinan Sekolah

184

Jadual

4.7

Taburan Ciri-Ciri Demografi Responden Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan.

186

xi

Jadual

4.8

Statistik Deskriptif Pembolehubah Kompetensi Emosi Pemimpin Di SB dan SKB

189

Jadual

4.9

Statistik Deskriptif Pembolehubah Kepemimpinan Transformasi Di SB dan SKB

190

Jadual

4.10

191

Jadual

4.11

Statistik Deskriptif Pembolehubah Kepemimpinan Transaksi dan Kepemimpinan Laissez-Faire Di SB dan SKB Korelasi Antara Kompetensi Emosi Pemimpin dan Kepemimpinan Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

Jadual

4.12

Korelasi Antara Kompetensi Emosi Pemimpin dan Dimensi Kepemimpinan Transformasi Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

194

Jadual

4.13

Korelasi Antara Kompetensi Emosi Pemimpin dan Dimensi Kepemimpinan Transaksi Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

195

Jadual

4.14

Korelasi Antara Kelompok Kesedaran Diri dan Dimensi Kepemimpinan Transformasi Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

196

Jadual

4.15

Korelasi Kesedaran Diri dengan Kepemimpinan LaissezFaire dan Dimensi Kepemimpinan Transaksi Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

197

Jadual

4.16

Korelasi Antara Kelompok Kesedaran Sosial dan Dimensi Kepemimpinan Transformasi Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

Jadual

4.17

Jadual

4.18

Jadual

4.19

Korelasi Kesedaran Sosial dengan Kepemimpinan Laissez-Faire dan Dimensi Kepemimpinan Transaksi Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan Korelasi Antara Kelompok Pengurusan Diri dan Kepemimpinan Transformasi Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan Korelasi Pengurusan Diri dengan Kepemimpinan Laissez-Faire dan Dimensi Kepemimpinan Transaksi Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

193

198

199

200

201

xii Jadual

4.20

Korelasi Antara Kelompok Pengurusan Perhubungan dan Kepemimpinan Transformasi Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

202

Jadual

4.21

Korelasi Pengurusan Perhubungan dengan Kepemimpinan Laissez-Faire dan Dimensi Kepemimpinan Transaksi Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

203

Jadual

4.22

Analisis MANOVA Bagi Perbezaan Kompetensi Emosi Pemimpin Berdasarkan Umur Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

206

Jadual

4.23

Analisis MANOVA Bagi Subskala Kompetensi Emosi Berdasarkan Umur Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

208

Jadual

4.24

Analisis MANOVA Bagi Perbezaan Kompetensi Emosi Pemimpin Berdasarkan Pengalaman Mentadbir Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

210

Jadual

4.25

Analisis MANOVA Bagi Perbezaan Subskala Kompetensi Emosi Pemimpin Berdasarkan Pengalaman Mentadbir

212

Jadual

4.26

Perbezaan Kompetensi Emosi Pemimpin Berdasarkan Jantina Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

213

Jadual

4.27

Perbezaan Subskala Kompetensi Emosi Pemimpin Berdasarkan Jantina Di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

215

Jadual

4.28

Perbezaan Kompetensi Emosi Pemimpin Berdasarkan Katogeri Sekolah

216

Jadual

4.29

Perbezaan Subskala Kompetensi Emosi Pemimpin Berdasarkan Katogeri Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

219

Jadual

4.30

Perbezaan Kepemimpinan Transformasi Berdasarkan Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

220

Jadual

4.31

Perbezaan Kepemimpinan Transaksi dan Kepemimpinan Laissez-Faire Berdasarkan Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

221

xiii

Jadual

4.32

Sumbangan Kompetensi Emosi Terhadap Kepemimpinan Sekolah: Nilai Beta Regresi Berganda Di Sek. Berkesan

224

Jadual

4.33

Sumbangan Kompetensi Emosi Terhadap Komponen Kepemimpinan Sekolah: Nilai Beta Regresi Berganda Di Sek. Berkesan

225

Jadual

4.34

Sumbangan Kompetensi Emosi Terhadap Kepemimpinan Sekolah: Nilai Beta Regresi Berganda Di Sek. Kurang Berkesan

229

Jadual

4.35

Sumbangan Kompetensi Emosi Terhadap Komponen Kepemimpinan Sekolah: Nilai Beta Regresi Berganda Di Sekolah Kurang Berkesan

231

Jadual

4.36

Ringkasan Dapatan Kajian Kajian

240

SENARAI RAJAH Rajah

1.1

Kerangka Pengaruh Dalam Kelompok Kompetensi Emosi

20

Rajah

1.2

Kerangka Konseptual Kajian

32

Rajah

1.3

Kepemimpinan Sekolah

53

Rajah

2.1

Model Kecerdasan Emosi dan Kepemimpinan Servant

135

Rajah

4.1

Model Fit Kompetensi Emosi Pemimpin dan Kepimpinan

235

Rajah

5.1

Cadangan Model Kajian Sekolah Kluster dan Sekolah Harian

271

Rajah

5.2

Cadangan Model Kajian Sekolah Kluster dan Sekolah Kurang Berkesan

272

xiv

SENARAI SINGKATAN BPPDP B&K EC

Bahagian Perancangan, Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling

Dasar

dan

Penyelidikan

Kompetensi Emosi (Emotional Competencies)

EI

Inventori Kompetensi Emosi (Emotional Competence Inventory) (Versi 2) Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence)

EQ-i

Inventori Pengukur Emosi (Emotional Qotient – Inventory)

FPN

Falsafah Pelajaran Negara

GERKO

Gerakkan Ko-Kurikulum

ECI-2

HEM IQ

Hal Ehwal Murid Ukuran Kecerdasan (Intelectual Qotient)

JKS

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

JPN

Jabatan Pelajaran Negeri

JNS

Jemaah Nazir Sekolah

KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia

Ko-K

Kokurikulum

KMO

Kaiser-Mayer-Olkin

MLQ5x MANOVA

Multifactor Leadership Questionnaire 5x Multivariate Analysis of Variance

NSSE

National Society of the Study of Education

OLA

Organizations Leadership Assessment

PPD

Pejabat Pelajaran Daerah

PIPP

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PKPGB

Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

PKSR

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah

PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru

P&P

Pengajaran dan Pembelajaran

PKG

Pusat Kegiatan Guru

xv PSS

Pusat Sumber Sekolah

PKPA

Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam

PSBA1

Pemimpin Sekolah Berkesan A Satu

PSBA2

Pemimpin Sekolah Berkesan A Dua

PSKBB1

Pemimpin Sekolah Kurang Berkesan B Satu

PSKBB2

Pemimpin Sekolah Kurang Berkesan B Dua

RMK-9

Rancangan Malaysia Ke Sembilan

RMT

Rancangan Makanan Tambahan

SKPM

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

SAQ

Self Assessment Questionnaire

SPSS

Statistical Package For the Social Science

TQM

Pengurusan Kualiti Menyeluruh Management) Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UPSR

(Total

Quality

xvi

SENARAI LAMPIRAN Lampiran 1

Soal Selidik Kompetensi Emosi Pemimpin Dan Kepemimpinan Sekolah

Lampiran 2

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada EPRD Kementerian Pelajaran Malaysia

Lampiran 3

Surat-Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Jabatan-Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah Dan Perlis

Lampiran 4

Surat Kebenaran Menggunakan Instrumen Kajian

Lampiran 5

Skala Analisis Kebolehpercayaan – Alpha Cronbach

Lampiran 6

Ujian Normaliti Soal Selidik

Lampiran 7

Data-Data Faktor Analisis

Suggest Documents