HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN INTELEK, KECERDASAN EMOSI DAN STRES DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN INTELEK, KECERDASAN EMOSI DAN STRES DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ILFI BIN NORMAN UNIVERSITI TEKNOLOG...
Author: Shavonne Cole
18 downloads 0 Views 3MB Size
HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN INTELEK, KECERDASAN EMOSI DAN STRES DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

ILFI BIN NORMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN INTELEK, KECERDASAN EMOSI DAN STRES DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

ILFI BIN NORMAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

April 2006

iv

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Penyayang yang memberi taufik dan hidayah, ketabahan serta kesabaran dalam menyempurnakan kajian ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda yang sangat dihormati, P.M. Dr. Othman Bin Md. Johan. Di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan, beliau telah memberi bimbingan dan perbincangan dengan penuh tanggungjawab, sabar, dedikasi serta kesungguhan sehingga projek dan laporan ini berjaya disiapkan.

Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji kerana telah sanggup mengorbankan masa bagi menjawab soal selidik yang diedarkan.

Begitu juga penghargaan diberikan kepada sesiapa yang terlibat sama secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini. Budi baik anda semua hanya Allah SWT jua yang akan membalasnya.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kecerdasan intelek, tahap kecerdasan emosi dan tahap stres guru-guru di 5 buah Sekolah Menengah Kebangsaan terpilih di daerah Johor Bahru. Ia juga bertujuan untuk melihat perbezaan tahap kecerdasan intelek, tahap kecerdasan emosi dan tahap stres di antara guru lelaki dan guru perempuan seterusnya mengenal pasti hubungan di antara tahap kecerdasan intelek dan kecerdasan emosi dengan tahap stres. Data kajian dikumpul dari 120 sampel yang dipilih secara rawak berstrata yang melibatkan 5 buah sekolah di daerah Johor Bahru. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, min dan peratusan bagi tujuan mengetahui tahap setiap pembolehubah. Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan di antara kecerdasan intelek dan kecerdasan emosi dengan stres. Dapatan kajian ini juga menunjukkan 55% guru mempunyai tahap kecerdasan intelek sederhana dan 45% guru mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan kesemua guru yang dikaji mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Dapatan kajian mengenai tahap stres pula menunjukkan 72.5% guru mempunyai tahap stres yang sederhana dan 27.5% guru mempunyai tahap stres yang tinggi. Pada masa yang sama, peratusan guru lelaki yang berada pada tahap kecerdasan intelek tinggi adalah lebih besar berbanding guru perempuan. Guru lelaki dan guru perempuan mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Manakala keputusan tahap stres pula sebaliknya. Ujian korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang tidak signifikan di antara kecerdasan intelek dengan stres guru manakala hubungan di antara kecerdasan emosi dengan stres adalah signifikan, iaitu r = -0.281.

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to determine teacher’s emotional intelligence, intellectual intelligence and stress level in selected 5 secondary schools in the district of Johor Bahru. It is also aimed at distinguishing the difference between male and female teachers’ level of intellectual, emotional and stress and to identify the correlation between intellectual intelligence and emotional intelligence with stress. Research data was collected from 120 samples chosen by using a stratified random sampling method from 5 secondary schools in the district of Johor Bahru. The data collected was analyzed to get the frequencies, means and percentages. Pearson Correlation was used to determine the correlation between intellectual and emotional intelligence with stress. A total of 55% of the teachers have medium intellectual intelligence and 45% of them have high intellectual intelligence. The findings indicated that the teachers in the study have high emotional intelligence. In terms of stress, it was found that 72.5% of the teachers have medium stress level and 27.5% of them have high stress level. The percentage of male teachers having high intellectual intelligence is higher than female teachers. All of teachers under study having high emotional intelligence. However, male teachers were found to have low stress level than their counterpart. Intellectual intelligence was found to correlate insignificantly with stress where as the correlation between emotional intelligence and stress was significant, (r = -0.281).

vii

KANDUNGAN

BAB

1

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiii

SENARAI LAMPIRAN

xiii

PENDAHULUAN

1

1.1

1

Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

3

1.3

Pernyataan Masalah

8

1.4

Objektif Kajian

9

1.5

Persoalan Kajian

10

1.6

Hipotesis Kajian

10

1.6.1 Hipotesis Kajian 1.5.4

11

1.6.2 Hipotesis Kajian 1.5.5

11

1.6.3 Hipotesis Kajian 1.5.6

11

Definisi Konsep

12

1.7

viii

2

1.7.1

Kecerdasan Intelek

12

1.7.2

Kecerdasan Emosi

13

1.7.3 Stres

16

1.8

Kepentingan Kajian

17

1.9

Batasan Kajian

18

SOROTAN PENULISAN

19

2.1

Pendahuluan

19

2.2

Kecerdasan Intelek

19

2.2.1

Tahap Kecerdasan Intelek

20

2.2.2

Jenis Kecerdasan Intelek

23

2.2.3

Punca Wujudnya Perbezaan Tahap Kecerdasan Intelek Pada Individu

2.3

2.4

25

Kecerdasan Emosi

28

2.3.1

Sejarah

30

2.3.2

Perbezaan Kecerdasan Emosi

31

Stres

32

2.4.1

Model Stres

33

2.4.2

Sumber Stres

34

2.4.3

Kesan Stres

37

2.4.4

Stres Dan Kecerdasan Intelek

39

2.4.5

Stres Dan Kecerdasan Emosi

43

2.4.6

Stres Dalam Pekerjaan

46

2.4.7

Stresor Dalam Pekerjaan

46

2.4.8 Lelaki Dan Stres

47

2.4.9

47

Perempuan Dan Stres

ix 3

4

METODOLOGI KAJIAN

49

3.1

Pendahuluan

49

3.2 Rekabentuk Kajian

49

3.3

Kaedah Pengumpulan Data

50

3.4

Populasi Dan Sampel

50

3.5

Tempat Penyelidikan

51

3.6

Instrumen Kajian

51

3.7

Kajian Rintis

52

3.8

Penganalisisan Data

53

3.9

Kesimpulan

53

DAPATAN KAJIAN

54

4.1

Pendahuluan

54

4.2

Dapatan Kajian

54

4.2.1

Tahap Kecerdasan Intelek

55

4.2.2

Tahap Kecerdasan Emosi

56

4.2.3

Tahap Stres

57

4.2.4

Tahap Kecerdasan Dan Tahap Stres Mengikut Jantina 4.2.4.1

57

Tahap Kecerdasan Intelek Mengikut Jantina

4.2.4.2

58

Tahap Kecerdasan Emosi Mengikut Jantina

4.2.4.3

59

Tahap Stres Mengikut Jantina

60

x 4.2.5

Hubungan Kecerdasan Intelek Dengan Stres

4.2.6

Hubungan Kecerdasan Emosi Dengan Stres

5

61

61

RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

62

5.1

Pendahuluan

62

5.2

Rumusan Kajian

62

5.3

Perbincangan Mengenai Dapatan Kajian

64

5.3.1

Tahap Kecerdasan Intelek

64

5.3.2

Tahap Kecerdasan Emosi

65

5.3.3

Tahap Stres

66

5.3.4

Tahap Kecerdasan Dan Tahap Stres Mengikut Jantina 5.3.4.1

67

Tahap Kecerdasan Intelek Mengikut Jantina

5.3.4.2

69

Tahap Kecerdasan Emosi Mengikut Jantina

5.3.4.3

Tahap Stres Mengikut Jantina

5.3.5

70

Hubungan Kecerdasan Emosi Dengan Stres

5.4

70

Hubungan Kecerdasan Intelek Dengan Stres

5.3.6

68

Implikasi Kajian

71 71

xi 5.4.1

Kecerdasan Intelek

71

5.4.2

Kecerdasan Emosi

72

5.4.3 Stres

74

5.5 Cadangan Kajian Akan Datang

76

5.6

78

Penutup

BIBLIOGRAFI

79

LAMPIRAN

85

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

2.1

Jalinan Pekerjaan Dan Pencapaian IQ

22

2.2

Rangka Kecekapan Emosi

29

2.3

Perbandingan Ciri Kecerdasan Emosi Dengan Ciri-ciri yang dikaitkan Dengan Stres

45

4.1

Analisis Tahap Kecerdasan Intelek Guru

55

4.2

Analisis Tahap Kecerdasan Emosi Guru

56

4.3

Analisis Tahap Stres Guru

57

4.4

Analisis Tahap Kecerdasan Intelek Guru Mengikut Jantina

4.5

4.6

59

Analisis Tahap Kecerdasan Emosi Guru Mengikut Jantina

60

Analisis Tahap Stres Guru Mengikut Jantina

61

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH

2.1

TAJUK

MUKA SURAT

Gambaran keputusan mengenai IQ dan pewarisan

2.2

26

Hubungan Di Antara Stres Dengan Pencapaian

32

2.3

Multimodal-Model Stres

33

2.4

Kecerdasan Kontekstual Dan Proses Stres

41

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A

Soal Selidik Tentang Maklumat Diri

86

B

Soal Selidik Tentang tahap Stres

87

C

Soal Selidik Tentang Kecerdasan Emosi

89

D

Soal Selidik Tentang Kecerdasan Intelek

91

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Bidang pendidikan merupakan bidang yang bersifat dinamik di mana ia berubah mengikut keperluan dan tuntutan semasa. Guru dan pendidik merupakan individu yang penting dalam bidang ini. Bagi membolehkan guru dan pendidik melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik, maka guru dan pendidik perlulah merupakan individu yang seimbang dan sihat dari segi jasmani, emosi, rohani , intelek dan sahsiah di samping mempunyai daya tahan yang tinggi dalam menghadapi segala cabaran yang wujud dalam sistem pendidikan.

Cabaran dalam sistem pendidikan kini memerlukan guru dan pendidik yang mempunyai kemahiran yang tinggi, bersemangat kental, mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi dan tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Ini kerana guru bukan sahaja berperanan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar malah guru juga berperanan untuk membolehkan perubahan tingkah laku berlaku kepada individu pelajar iaitu berubah daripada menjadi seorang yang tidak berilmu kepada seorang yang berilmu. Menurut Falsafah Pendidikan Negara, peranan guru adalah untuk melahirkan pelajar sebagai insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

2 Dengan ini, tugas seseorang guru sebenarnya tidak semudah seperti yang disangka oleh masyarakat. Ini kerana guru merupakan individu yang dipertanggungjawab untuk memikul tugas yang pelbagai dalam sistem pendidikan di mana guru perlu bertindak sebagai pengajar dan pendidik, kaunselor, kawan dan ibu bapa kepada pelajar pada satu masa yang sama. Peranan yang dimainkan oleh setiap individu guru ini adalah bagi membolehkan guru dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara seperti yang diharapkan. Selain itu, guru juga tidak terlepas daripada tekanan ibu bapa dan masyarakat yang sering mempertikaikan tindakan guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, akibatnya lebih separuh daripada guru mengalami stres yang melampau yang mana sudah tentu ianya akan memberi kesan negatif kepada tahap kesihatan mereka dari segi fizikal dan mental. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kemerosotan kepada mutu perkhidmatan mereka.

Sebenarnya setiap individu sentiasa terdedah kepada stres. Selagi mereka hidup mereka tidak boleh lari daripada masalah ini. Seperti yang diketahui, setiap perubahan yang berlaku kepada diri individu akan menyebabkan berlakunya stres tanpa mengira sama ada perubahan yang berlaku adalah bersifat positif atau negatif. Tetapi perkataan stres yang dimaksudkan dalam kajian yang akan dijalankan ini adalah merujuk kepada stres yang melampau. Menurut Palmer dan Dryden (1995) sama ada stres yang dialami itu bersifat positif atau negatif adalah bergantung kepada persepsi seseorang individu terhadap keupayaannya untuk mengendalikan stres tersebut. Ini bermakna individu yang mempunyai keupayaan untuk mengendalikan stres dengan baik akan dapat mengelakkan dirinya daripada mengalami stres yang melampau.

Hubungan dan sokongan yang baik dari rakan sekerja adalah penting untuk mengurangkan stres yang dialami di kalangan pekerja walaupun mereka mendapat stres yang melampau daripada majikannya (Caleste, 2001). Ini bermakna hubungan sosial yang baik dengan rakan sejawat dan persekitaran penting untuk mengurangkan risiko mengalami stres yang melampau. Kedua-dua perkara ini bolehlah dikelaskan sebagai sebahagian daripada kecerdasan emosi.

3 Pengambilan pelajar ke maktab perguruan dan universiti hanya mengambil kira tahap kecerdasan intelek pelajar semata-mata dengan meminggirkan tahap kecerdasan emosi pelajar. Dengan itu, kita hanya dapat mengetahui tahap kecerdasan intelek guru sahaja tetapi kita tidak mengetahui tahap kecerdasan emosi guru. Sepatutnya tahap kecerdasan emosi guru patut diambil kira juga selain daripada mengambil kira tahap kecerdasan intelek guru dalam pengambilan pelajar ke maktab perguruan dan universiti. Ini kerana hanya guru yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi sahaja dapat mengendalikan stres melampau yang dialami dengan berkesan. Namun, ini tidak bermakna yang kecerdasan emosi merupakan saingan kepada kecerdasan intelek. Ini kerana kecerdasan intelek dan kecerdasan emosi adalah sama penting.

Oleh itu, guru haruslah sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap kecerdasan intelek dan tahap kecerdasan emosinya dari masa ke semasa bagi menjamin setiap individu guru dapat mengendalikan stres melampau yang dialami dengan berkesan.

Kajian ini akan meninjau tahap kecerdasan intelek, tahap kecerdasan emosi dan tahap stres guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji. Kemudian, kajian ini juga akan meninjau hubungan di antara tahap kecerdasan intelek dengan tahap stres dan tahap kecerdasan emosi dengan tahap stres di antara guru lelaki dan guru perempuan.

1.2

Latar Belakang Masalah

IQ digunakan untuk menentukan tahap kecerdasan intelek seseorang individu. IQ merujuk kepada skor yang diperoleh oleh seseorang individu dalam sesuatu ujian kecerdasan intelek yang diduduki olehnya. Ujian ini juga ditentukan berdasarkan peringkat umur seseorang individu.

Ahli psikologi Perancis, Binet dan Simon (1905) telah menyediakan Ujian Binet-Simon bagi mengukur IQ. Menjelang abad ke-20, semakin ramai penyelidik yang

4 menggunakan Ujian Binet-Simon dalam menjalankan kajian psikologi ke atas tahap kecerdasan intelek. Ujian ketenteraan iaitu Ujian Alpha dan Beta Binet yang digunakan untuk menaksir personel ketenteraan semakin popular digunakan dalam kajian psikologi ke atas IQ.

Baru-baru ini, Ujian “Wechsler Scale” telah menjadi instrumen yang semakin popular digunakan oleh penyelidik bagi mengukur tahap IQ dalam bidang psikologi. Ujian “Wechsler Scale” adalah ujian yang dibina oleh penyelidik yang bernama Wechsler (1930). Wechsler (1930) telah menggunakan material daripada Ujian Alpha dan Beta Binet dalam menerbitkan Ujian “Wechsler Scale”. Ciri penting yang terdapat pada Ujian “Wechsler Scale” adalah ia mengambil kira peringkat umur seseorang individu dalam menentukan tahap kecerdasan intelek mereka. Dengan perkataan lain, dalam melakukan pengiraan terhadap IQ, peringkat umur seseorang individu akan diambil kira terlebih dahulu. Atas sebab inilah, Ujian “Wechsler Scale” masih digunakan oleh penyelidik sehingga kini.

Gardner (1999) telah mengklasifikasikan tujuh jenis kecerdasan intelek yang mungkin terdapat pada seseorang individu. Tujuh jenis kecerdasan intelek ini juga lebih dikenali sebagai “Multiple Intelligence ” atau MI. MI terdiri daripada kecerdasan verbal atau linguistik, matematik atau logik, spatial atau ruang, jasmani atau kinestetik, muzik atau irama, interpersonal dan intrapersonal. Disebabkan oleh faktor inilah yang menyebabkan kebolehan yang dimiliki oleh setiap individu itu adalah berbeza antara satu sama lain.

Sebenarnya masih ramai yang tidak mengetahui tentang EQ atau kecerdasan emosi. Ia adalah satu konsep baru jika dibandingkan dengan IQ. Istilah Emotional Intelligence (EI) atau EQ telah buat pertama kali dikemukakan oleh Salovey dan Mayer (1990). Goleman (1995) telah menerbitkan buku yang bertajuk “Emotional Intelligence: Why It Can Matter More Than IQ?’. Mengikut kajian yang dibuat oleh Goleman (1995), IQ hanya menyumbangkan 20% kepada kejayaan seseorang individu, sedangkan 80% lagi adalah bergantung kepada faktor luar termasuk EQ. Oleh itu, EQ menjadi terkenal

5 dan mula dilihat sebagai unsur yang penting dalam menentukan kejayaan dan kebahagiaan hidup seseorang individu. Individu yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi mampu membuat jaringan kerja serta bekerjasama dengan baik. Sebaliknya individu yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang rendah umumnya gagal dalam mengurus emosinya dengan efisien bahkan individu tersebut lebih cenderung menggunakan kuasa yang dimiliki sepenuhnya. IQ tidaklah bernilai sekiranya emosi yang menguasai diri seseorang itu. Sebaliknya EQ menambahkan lebih banyak sifat-sifat yang membuatkan kita menjadi lebih manusiawi (Verina, 1999). Ini kerana orang yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi mampu mengendali dan mengelola emosi, memberi dorongan dan memotivasikan diri dan juga orang lain. Salovey dan Mayer (1990) pula menyatakan bahawa EQ merupakan keupayaan untuk menilai dan membezakan perasaan sendiri mahupun orang lain serta mampu menggunakan maklumat yang diperoleh untuk membimbing pemikiran dan tindakan seseorang. Ini bermakna dengan adanya tahap kecerdasan emosi yang tinggi pada diri seseorang individu akan membolehkannya membuat sesuatu keputusan dengan wajar dan baik. Manakala menurut Cooper dan Sawaf (1997), EQ adalah kebolehan untuk menghayati, memahami dan keupayaan untuk mengaplikasikan kecerdasan emosi sebagai satu sumber tenaga, maklumat, perhubungan dan pengaruh kepada manusia.

EQ atau juga dikenali sebagai EI merujuk kepada kebolehan atau kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu dalam memotivasikan diri, menjadikannya tabah dalam menghadapi kekecewaan, boleh mengawal desakan hati, berupaya melakukan penundaan ganjaran, mengurus perasaan, menghalang kesengsaraan daripada menguasai kebolehan berfikir serta mempunyai sifat empati (Goleman, 1995). Ini bermaksud EQ mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan untuk memotivasikan diri sendiri dan dapat bertahan apabila menghadapi kekecewaan dalam hidup, kesanggupan untuk mengendalikan dorongan hati, emosi tidak melebih-lebihkan kesenangan, mengurus perasaan dan mengawal beban stres agar tidak melumpuhkan kemampuan berfikir, menjaga perasaan orang lain, memelihara hubungan sosial dengan baik, kemampuan untuk menyelesaikan konflik serta kemampuan untuk memimpin.

6 Secara umumnya masyarakat beranggapan bahawa hanya orang yang mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi sahaja yang akan mendapat pekerjaan yang baik dalam hidupnya. Pernyataan ini benar secara realiti di mana untuk membolehkan seseorang individu mendapatkan pekerjaan yang baik, sijil, diploma dan ijazah yang mewakili kebolehan intelek individu tersebut diperlukan. Tanpa dokumen ini, seseorang individu itu tidak berpeluang untuk mendapat jawatan yang baik dalam sesuatu pekerjaan yang dimohon. Oleh itu, ramai yang tidak menyedari akan kepentingan kecerdasan emosi kepada kehidupan. Buktinya tiada sebarang pekerjaan di Malaysia yang meletakkan tahap kecerdasan emosi yang tinggi sebagai syarat untuk mendapatkan pekerjaan walaupun pekerjaan tersebut sebenarnya memerlukan individu yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi.

Untuk mencapai tahap kecerdasan emosi yang tinggi, seseorang individu itu tidak semestinya perlu berpangkat tinggi atau berpelajaran tinggi untuk mencapainya. Sebaliknya, tahap kecerdasan emosi yang tinggi dapat dicapai melalui perhubungan mesra, bertindak tidak mengikut perasaan, menghormati orang lain serta menyedari bahawa setiap insan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing (Ismail Zain, 2001).

Jika diperhatikan tidak semua individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi akan dapat mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Dalam realiti, kebanyakan guru mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi. Ini kerana dalam setiap temuduga pengambilan ke maktab perguruan dan universiti yang dijalankan, sijil, diploma atau ijazah yang baik diperlukan. Tiada sebarang ujian kecerdasan emosi yang dikehendaki. Oleh itu, golongan guru merupakan individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi tetapi kecerdasan emosi yang tidak diketahui tahapnya.

Kebanyakan orang beranggapan bahawa perkataan “stres” adalah sinonim dengan perasaan bimbang. Ini bermakna jika berlakunya sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu mempunyai rasa bimbang, maka itulah stres.

7 Sebenarnya sistem badan kita mempunyai definisi yang lebih meluas berkenaan dengan perkataan “stres”. Menurut sistem badan kita, perkataan stres adalah sinonim dengan perubahan. Segala perkara atau aktiviti yang menyebabkan berlakunya perubahan kepada diri seseorang individu itu dikenali sebagai stres. Oleh itu, stres adalah segala perubahan yang berlaku kepada sistem badan manusia sama ada perubahan yang berlaku bersifat positif atau negatif. Tetapi maksud “stres” dalam kajian ini adalah merujuk kepada stres yang melampau.

Di antara kajian yang menunjukkan bahawa guru menghadapi tekanan dalam pekerjaan ialah kajian yang dijalankan oleh Aloysia Aeria (1995). Dapatan kajian ini menunjukkan guru di daerah Petaling mengalami tahap burnout yang sangat membimbangkan. Begitu juga dapatan Suseela (1994) mendapati guru di Lembah Klang mengalami tekanan yang sangat tinggi. Mokhtar Ahmad (1998) dalam kajiannya ke atas tekanan guru di daerah Kulim mendapati 16.5% responden berada pada aras tekanan kerja rendah, 66% berada pada aras tekanan kerja sederhana dan 17.5% pada aras tekanan kerja yang tinggi.

Adams (1999) mendapati sifat dalaman guru merupakan satu daripada punca utama berlakunya stres di kalangan mereka. Menurut kajian antarabangsa, stres guru yang melampau mempunyai kaitan yang rapat dengan sifat dalaman guru. (Jarvis, 2002).

Individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi tetapi tahap kecerdasan emosi yang rendah akan menghadapi kesukaran dalam melakukan aktiviti sosialnya apabila masuk ke alam dewasanya. Ini kerana individu tersebut mempunyai penghargaan kendiri yang rendah. Menyendiri atau menyisihkan diri merupakan ciri biasa yang dimiliki oleh individu yang tidak sukakan hubungan emosi dan sosial (Ruf, 2000).

Sebaliknya individu yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi dijangka kurang menghadapi risiko stres kerana mereka mampu mengelola perasaan dengan baik iaitu dengan memiliki toleransi terhadap kekecewaan, mampu

8 mengendalikan kemarahan dengan baik, tidak menjadi agresif, memiliki perasaan positif tentang diri sendiri, keluarga dan sekolah serta mengurangkan ekspresi verbal yang menjatuhkan orang lain. Individu ini juga mempunyai kemahiran komunikasi yang baik kerana individu ini berupaya menjadi pendengar yang baik, sanggup melakukan pendedahan kendiri serta mengekspresi perasaan. Secara tidak langsung, individu ini akan dapat mengelakkan atau mengurangkan kemungkinan berlakunya stres yang melampau kepada dirinya.

Daripada penjelasan yang diberikan, didapati bahawa seseorang yang mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi tidak terlepas daripada mengalami stres. Namun begitu, kita tidak dapat mengaitkan apakah hubungan di antara tahap kecerdasan intelek dan tahap stres guru. Begitu juga hubungan di antara tahap kecerdasan emosi dan tahap stres guru. Persoalan ini hanya akan terjawab selepas kajian empirikal dilakukan ke atasnya.

1.3

Pernyataan Masalah

Kecerdasan intelek dan kecerdasan emosi merupakan unsur yang penting dalam menentukan kejayaan dan kebahagiaan seseorang individu. Ini kerana ia dapat menentukan kejayaan seseorang guru sebagai pendidik. Di samping itu, ia juga dapat digunakan untuk menentukan tahap kesihatan seseorang guru dari segi fizikal dan mental.

Pada masa kini, guru merupakan individu yang tidak terlepas daripada mengalami stres. Ini kerana tugas seorang guru bukan sekadar mendidik dan membentuk akhlak pelajar, namun guru juga berperanan untuk memenuhi kehendak masyarakat. Ini kerana guru bukan sahaja berperanan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah tetapi guru juga perlu berhadapan dengan tekanan ibu bapa dan masyarakat

9 yang mempertikaikan tindakan guru terhadap pelajar. Oleh itu, faktor-faktor seperti inilah sebenarnya yang menyebabkan berlakunya stres di kalangan guru.

Pengambilan pelajar ke maktab perguruan dan universiti melalui sesi temuduga hanya menitikberatkan tahap kecerdasan intelek seseorang individu semata-mata tanpa mempertimbangkan tahap kecerdasan emosi seseorang individu yang bakal menjadi guru pada masa depan. Oleh itu, kita boleh simpulkan bahawa guru adalah terdiri daripada individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi tetapi kecerdasan emosi yang tidak diketahui tahapnya. Persoalan ini akan terjawab selepas kajian ini dilakukan.

1.4

Objektif Kajian

Objektif utama yang ingin dicapai dari kajian ini ialah untuk mengetahui hubungan di antara tahap kecerdasan intelek, tahap kecerdasan emosi dan tahap stres di kalangan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji.

Kajian ini juga akan meninjau adakah terdapat perbezaan antara tahap kecerdasan intelek, tahap kecerdasan emosi dan tahap stres di antara guru lelaki dan guru perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji.

1.5

Persoalan Kajian

10

1.5.1

Apakah tahap kecerdasan intelek guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji?

1.5.2

Apakah tahap kecerdasan emosi guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji?

1.5.3

Apakah tahap stres guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji?

1.5.4

Adakah terdapat perbezaan dalam tahap kecerdasan intelek, tahap kecerdasan emosi dan tahap stres di antara guru lelaki dan guru perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji?

1.5.5

Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kecerdasan intelek dengan tahap stres guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji?

1.5.6

Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kecerdasan emosi dengan tahap stres guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji?

1.6

Hipotesis Kajian

Sebagai tambahan kepada persoalan-persoalan yang dinyatakan di atas, beberapa hipotesis telah dibentuk khususnya untuk menguji perbezaan terhadap tahap kecerdasan intelek, tahap kecerdasan emosi dan tahap stres di kalangan guru lelaki dan perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji. Selain daripada itu, hipotesis juga dibentuk untuk menguji sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kecerdasan intelek dengan tahap stres dan tahap kecerdasan emosi dengan tahap stres guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji. Hipotesis-hipotesis berikut dinyatakan seperti berikut.

1.6.1

Hipotesis Kajian untuk Persoalan 1.5.4

Suggest Documents