KOMPETENSI PENSYARAH MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (PDT) DALAM SISTEM PEMBELAJARAN KONVENSIONAL

KOMPETENSI PENSYARAH MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (PDT) DALAM SISTEM PEMBELAJARAN KONVENSIONAL Yusup Hashim Md Nor Saleh Ismail R...
Author: Joella Green
2 downloads 0 Views 128KB Size
KOMPETENSI PENSYARAH MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (PDT) DALAM SISTEM PEMBELAJARAN KONVENSIONAL

Yusup Hashim Md Nor Saleh Ismail Raoh Mahizer Hamzah

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kompetensi pensyarah di Pusat Pengajian Tinggi menggunakan pendekatan pembelajaran dalam talian (PDT) dalam sistem pembelajaran konvensional.

Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap

kecekapan atau kompetensi pensyarah menggunakan pendekatan PDT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian boleh digunakan untuk membantu IPTA mengenal pasti masalah pelaksanaan PDT dan merancang penggunaan PDT sebagai satu sokongan kepada pendekatan konvensional. Sampel kajian terdiri dari 60 pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggunakan SPP MyGuru dan 50 pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menggunakan sistem SPP Blackboard. Data di analisis menggunakan SPSS versi 12.0. Statistik min, frekuensi dan korelasi Spearman telah digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan kompetensi asas teknikal dan operasi pensyarah serta elemen penting dalam penggunaan SPP adalah pada tahap sederhana. Manakala dalam pengajaran dan pembelajaran, kompetensi pensyarah yang mempunyai berpengalaman lebih dari 2 tahun adalah lebih tinggi berbanding pengalaman pensyarah kurang dari 2 tahun.

Selain itu, wujud

hubungan antara kemahiran teknikal dan operasi dengan pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Oleh itu, setiap pensyarah seharusnya mempunyai pengetahuan dan

kemahiran asas komputer dan sistem telekomunikasi serta kemahiran menggunakan SPP bagi membantu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian.

Pengenalan

Internet mula diperkenalkan di institusi pendidikan pada tahun 1996. Kemudahan teknologi komunikasi universal ini membolehkan institusi pendidikan merancang penggunaan pendekatan e-pembelajaran atau PDT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan PDT terbahagi kepada dua.

Pertama, pendekatan ini digunakan sepenuhnya dalam talian. Kedua, PDT

digunakan sebagai sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran konvensional atau dikenali dengan sistem hybrid. Sistem hybrid adalah campuran antara sistem bersemuka dalam kampus dengan sistem pembelajaran dalam talian.

Dari segi pelaksanaan ada institusi yang

menggalakkan pensyarah mengintegrasikan pendekatan PDT secara sukarela untuk membantu sistem kuliah tradisional dan ada pula yang menjadikan sistem ini sebagai polisi universiti iaitu melaksanakan PDT sepenuhnya bagi semua atau beberapa kursus yang ditawarkan. Ada juga kursus PDT dilaksanakan secara campuran konvensional dan dalam talian untuk satu atau beberapa kursus (Contoh: 2 kredit sistem konvensional dan 1 kredit sistem online). Banyak kajian menunjukkan bahawa penggunaan PDT dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna, meningkatkan motivasi dan pengetahuan pelajar, kebolehan berfikir secara kreatif, inovatif dan konstruktif, membina pengetahuan baru dan berupaya menyelesaikan masalah dalam konteks yang sebenar. Dari segi pengurusan ia dapat menjimatkan kos terutama bagi institusi yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai lantas memerlukan ruang yang besar dan tenaga pengajar yang ramai. Walau bagaimanapun institusi harus menyediakan kemudahan infrastruktur, teknologi dan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk melaksanakan sistem PDT ini (Yusup, 2000). PDT akan menjadi pilihan utama bagi institusi yang melaksanakan sistem pembelajaran jarak jauh.

Manakala institusi konvensional akan menggabungkan sistem pembelajaran

bersemuka dengan PDT (dipanggil blended learning atau hybrid) terutama bagi kursus yang mempunyai bilangan pelajar yang besar agar dapat mengatasi ruang untuk belajar dan kos pengurusan. Bedasarkan kepada kelebihan relatif yang diperoleh dari sistem PDT ini, adalah wajar bagi institusi mengkaji faktor-faktor yang menyumbangkan kepada kecekapan atau kompetensi pensyarah dalam sistem PDT ini. Justeru kajian ini akan meninjau kompetensi asas pensyarah dalam PDT, elemen penting yang menyokong kompetensi pensyarah dalam PDT,

tahap kemahiran pensyarah menggunakan SPP MyGuru atau Blackboard dan pengalaman pensyarah melaksanakan PDT.

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kecekapan atau kompetensi pensyarah menggunakan pendekatan PDT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor ini akan membantu IPTA mengenal pasti masalah pelaksanaan PDT dan merancang penggunaan PDT sebagai satu pendekatan alternatif kepada pendekatan konvensional.

Objektif Kajian

Berikut adalah objektif kajian :

1. Meninjau kemahiran asas pensyarah dalam Pembelajaran Dalam Talian (PDT) 2. Meninjau elemen penting yang menyokong kecekapan pensyarah dalam PDT 3. Meninjau tahap kecekapan pensyarah dalam PDT menggunakan MyGuru 4. Meninjau tahap kecekapan pensyarah PDT menggunakan Blackboard. 5. Meninjau pengalaman pensyarah dalam menggunakan sistem PDT 6. Melihat pengalaman pensyarah (0-2 tahun) dengan kemahiran asas teknikal dan operasi berbanding pengalaman pensyarah lebih 2 tahun 7. Melihat pengalaman pensyarah (0-2 tahun) dengan kemahiran pengajaran dan pembelajaran berbanding pengalaman pengalaman pensyarah lebih 2 tahun 8. Melihat hubungan antara kompetensi asas teknikal dan operasi dengan kompetensi pengajaran dan pembelajaran Metodologi Kajian Kajian tinjauan ini dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada pensyarah yang terlibat di dua buah universiti terpilih iaitu UPSI dan UTHM. Soal selidik berkisar kepada pengalaman, kemahiran dan kecekapan pensyarah melaksanakan PDT serta menggunakan SPP. Sejumlah 110 pensyarah yang terdiri dari 60 pensyarah UPSI dan 50 pensyarah UTHM terlibat dalam kajian ini. Pensyarah UPSI menggunakan sistem konvensional dengan bantuan SPP MyGuru (sistem tempatan) manakala pensyarah UTHM pula menggunakan sistem konvensional dengan bantuan sistem komersial SPP Blackboard.

Instrumen kajian yang digunakan telah diubahsuai dari Online Professional Development (OPD) oleh Kabilan (2003) yang memperkatakan tentang kompetensi pensyarah mengunakan pendekatan PDT.

Manakala instrumen untuk penanda aras PDT pula

diubahsuai dari Quality on the line, National Education Association (NEA), (2000). Elemen-elemen penting yang digunakan dalam PDT pula diubahsuai oleh penyelidik dari Fifty-One Competencies for Online Instruction (Smith, 2005). Elemen-elemen penting yang

dinyatakan itu adalah seperti kemahiran asas teknikal dan operasi, pengajaran dan pembelajaran dan penilaian yang melibatkan tanggung jawab dan pengalaman pensyarah dalam PDT. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 12.0. Analisis statistik yang digunakan ialah min, frekuensi, peratus dan korelasi Spearman. Statistik min dan peratus digunakan untuk melihat tahap kompetensi pensyarah dalam kemahiran asas teknikal dan operasi PDT, elemen penting PDT, pengalaman pensyarah dan tahap kemahiran pensyarah menggunakan SPP. Manakala korelasi digunakan untuk melihat hubungan kemahiran asas teknikal dan operasi PDT dengan pengajaran dan pembelajaran dan pengalaman pensyarah menggunakan PDT.

Kepentingan Kajian

Sebagai sebuah Universiti Pendidikan yang unggul, UPSI mempunyai tanggungjawab untuk membantu Kementerian Pengajian Tinggi khususnya dan negara amnya untuk meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Oleh itu dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan bagi universiti dan Kementerian Pendidikan menilai keupayaan atau kompetensi pensyarah menggunakan sistem PDT di institusi pengajian tinggi.

Dapatan Kajian

Bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian tentang kompetensi pensyarah dalam kemahiran asas teknikal dan operasi, elemen penting PDT, pengalaman pensyarah menjalankan PDT dan hubungan antara kemahiran teknikal dan operasi dengan pengajaran dan pembelajaran

Jadual 1 menunjukkan kompetensi pensyarah dalam kemahiran asas teknikal dan operasi berada pada tahap yang sederhana tinggi dengan nilai min keseluruhan sebanyak 3.67. Kemahiran

tertinggi ialah kemahiran melayari web/bahan Internet dengan min sebanyak 4.43, diikuti kemahiran persembahan elektronik seperti persembahan PowerPoint dengan nilai min 4.35 dan kemahiran mengguna dan mengurus e-mail dengan min sebanyak 4.25.

Manakala kemahiran teknikal dan operasi yang paling rendah ialah kemahiran tentang pengetahuan Personal Digital Assistant (PDA) dengan nilai min 2.98, diikuti dengan kemahiran mereka bentuk dan membina tapak atau lama web sendiri dengan nilai min 2.87 dan menggunakan telesidang video semasa pembelajaran dalam talian dijalankan dengan nilai min 2.68. Jadual 1 Kemahiran Teknikal dan Operasi Gabungan (n=110) Kemahiran

Nilai Min

Sisihan Piawai

Kemahiran melayari web/bahan internet

4.43

0.683

Kemahiran persembahan elektronik (cth: Power Point)

4.35

0.656

Kemahiran mengguna dan mengurus e-mail

4.25

0.848

Pengetahuan Personal Digital Assistant (PDA)

2.98

1.092

Kemahiran mereka bentuk dan membina tapak atau laman web Kemahiran menggunakan telesidang video

2.87

1.293

2.68

1.100

Kesimpulannya, dalam kemahiran teknikal dan operasi, pensyarah mempunyai tahap kemahiran asas yang hampir sama antara satu sama lain sama ada dalam kemahiran yang tertinggi atau kemahiran yang terendah. Oleh itu, pihak yang terlibat perlu meningkatkan lagi tahap kecekapan mereka terutama dalam kemahiran menggunakan telesidang video dan kemahiran mereka bentuk laman web. Kemahiran asas teknikal dan operasi adalah penting bagi melaksanakan PDT.

Hasil kajian tentang elemen penting dalam PDT menunjukkan nilai min keseluruhan kompetensi pensyarah adalah pada tahap sederhana dengan nilai min 3.38. Elemen kompetensi yang paling tinggi ialah pengetahuan dan kemahiran pensyarah dalam kurikulum dan kandungan pelajaran yang sentiasa terkini mengikut standard kurikulum dan kandungan serta kaedah instruksional dalam kursus yang diajar dengan nilai min sebanyak 3.73. Manakala elemen akses kepada teknologi terkini, perisian, dan rangkaian telekomunikasi (Internet) memperoleh nilai min

sebanyak 3.71, diikuti oleh elemen persekitaran pengajaran tertumpu kepada pendekatan tumpuan pelajar dengan nilai min 3.58.

Elemen penting PDT yang paling rendah untuk menyokong PDT ialah penilaian yang berterusan terhadap keberkesanan teknologi PDT dalam proses pembelajaran dengan nilai min 3.11, dikuti bantuan teknikal untuk menyenggara dan menggunakan teknologi PDT dengan nilai min 3.08, dan komuniti atau masyarakat dan universiti berkongsi kepakaran, sokongan dan sumber dalam melaksanakan PDT dengan nilai min 3.04 (Lihat Jadual 2).

Oleh itu institusi pengajian tinggi di negara ini seharusnya mendapat sokongan dari komuniti serta sama-sama menyokong antara satu sama lain untuk membangunkan PDT bagi mencapai matlamat penggunaan ICT dalam pembelajaran. Jadual 2 Elemen Penting Kompetensi Pensyarah dalam PDT (n=110) Kompetensi

Nilai Min

Sisihan Piawai

Pengetahuan dan kemahiran anda dalam kurikulum dan kandungan pelajaran, sentiasa terkini mengikut standards kurikulum dan kandungan dan kaedah instruksional dalam kursus yang diajar Anda mempunyai akses kepada teknologi terkini, perisian dan rangkaian telekomunikasi (Internet) Persekitaran pengajaran anda tertumpu kepada pendekatan tumpuan pelajar Kemahiran anda menggunakan teknologi PDT untuk pembelajaran Penilaian yang berterusan terhadap keberkesanan teknologi PDT dalam proses pembelajaran Anda mendapat bantuan teknikal untuk menyenggara dan menggunakan teknologi PDT Komuniti atau masyarakat dan universiti berkongsi kepakaran, sokongan dan sumber

3.73

0.904

3.71

1.126

3.58

0.948

3.45

0.964

3.11

1.287

3.08

1.081

3.04

1.304

Kajian juga melihat penilaian pensyarah terhadap penggunaan SPP MyGuru bagi pensyarah UPSI dan Blackboard bagi pensyarah UTHM. Berdasarkan kepada nilai min keseluruhan didapati kompetensi pensyarah melaksanakan penilaian adalah pada tahap sederhana rendah dengan nilai min 2.47.

Jadual 3 di bawah menunjukkan penilaian yang dilakukan oleh pensyarah UPSI dan UTHM dalam PDT. Penilaian tertinggi yang dilaporkan oleh pensyarah ialah mereka menghormati isu privasi pelajar dengan min 3.08 diikuti memberi maklum balas segera terhadap pertanyaan pelajar dengan min 2.63 dan pensyarah menilai pencapaian pelajar selepas PDT dijalankan dengan min 2.54.

Kompetensi pensyarah yang paling rendah ialah melakukan penilaian pengajaran mereka selepas pengajaran (Nilai min 1.95), membuat refleksi tentang PDT (Nilai min 2.30) dan menggunakan alat penilaian yang disediakan dalam sistem pengurusan PDT (Nilai min 2.34). Jadual 3 Penilaian Pensyarah (n=110) Kompetensi

Nilai Min

Sisihan Piawai

Menghormati isu privasi

3.08

1.563

Memberi maklum balas segera

2.63

1.477

Menilai pencapaian pelajar

2.54

1.519

Menggunakan alat penilaian yang disediakan dalam sistem pengurusan pembelajaran Membuat refleksi tentang PDT

2.34

1.621

2.30

1.469

Menilai pengajaran anda selepas pengajaran

1.95

1.567

Kajian ini juga meninjau pengalaman pensyarah bagi kedua-dua buah universiti melaksanakan PDT. Jadual 4 menunjukkan bahawa majoriti pensyarah tidak terlibat dalam Jawatan Kuasa Perancangan dan Pelaksanaan Kurikulum PDT (82.7%), PDT tidak dijalankan sepenuh masa (75.5%), pertama kali mereka menggunakan PDT (43.6%) dan PDT tidak mengganggu beban tugas mereka (57.3%).

Walau bagaimanapun pensyarah mempunyai akses komputer, Internet dalan lain-lain sumber untuk PDT (90.9%), PDT dapat membantu mata pelajaran dan cara pensyarah mengajar (89.1%), pensyarah juga berminat untuk menggunakan PDT dalam kursus lain (83.6%), PDT dijalankan untuk membantu sistem pembelajaran konvensional (85.5%), institusi menyediakan kemudahan

dan sokongan PDT (86.4%), pensyarah bersedia untuk mengajar dalam PDT (80.9%), dan pensyarah berminat untuk menggunakan PDT dalam kursus lain sekiranya diberi pilihan (83.6%). Jadual 4 Pengalaman Pensyarah UPSI dan UTHM Tentang PDT (n = 110) Pengalaman Pensyarah pertama kali menggunakan sistem PDT

Peratus (%) 43.6

PDT tidak dijalankan sepenuh masa

75.5

PDT dijalankan untuk membantu sistem pembelajaran konvensional

85.5

pelajar berminat untuk menggunakan sistem PDT

71.8

Pensyarah bersedia untuk mengajar dalam PDT

80.9

Pensyarah pernah mengikuti latihan mengajar PDT

67.3

Pensyarah mempunyai akses komputer, internet dan lain-lain sumber untuk menjalankan PDT dan PDT dapat membantu mata pelajaran dan cara mereka mengajar Institusi menyediakan kemudahan dan sokongan PDT

90.9

PDT dapat membantu mata pelajaran dan cara pensyarah mengajar

89.1

PDT mempengaruhi komunikasi pensyarah dengan pelajar

77.3

Pensyarah tidak terlibat dalam Jawatan Kuasa Perancangan dan Pelaksanaan kurikulum PDT Persekitaran PDT dapat mengubah cara pensyarah menjalankan penilaian terhadap pembelajaran pelajar Pembelajaran autentik/konteksual dapat dilaksanakan

82.7

Persekitaran PDT dapat menjamin kredibiliti kursus

70.0

PDT tidak mengganggu beban tugas pensyarah

57.3

Pensyarah berminat untuk menggunakan PDT dalam kursus lain sekiranya diberi pilihan

83.6

86.4

66.4 73.6

Dari segi pengalaman menggunakan PDT (MyGuru) oleh pensyarah UPSI, didapati hampir 71.7% (43 orang) pensyarah mempunyai pengalaman antara 0 tahun hingga 2 tahun. Manakala didapati hampir 78.0% (39 orang) pensyarah UTHM mempunyai pengalaman pembelajaran menggunakan PDT (Blackboard) antara 0 tahun hingga 2 tahun (Jadual 5). Ini menunjukkan bahawa penggunaan PDT di UPSI tidak jauh bezanya berbanding penggunaan PDT di UTHM dengan perbezaan sebanyak 6.3.0%. Manakala bagi pengalaman dari 2 tahun hingga 3 tahun lebih pula, hampir 28.3% (17 orang) pensyarah UPSI mempunyai pengalaman dalam menggunakan

PDT dan sebanyak 22.0% (11 orang) pensyarah UTHM yang berpengalaman dalam menggunakan PDT. Ini bererti majoriti pensyarah yang terlibat dalam kajian ini mempunyai pengalaman kurang dari 2 tahun dalam mengendalikan PDT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Hasil daripada dapatan di atas menunjukkan lebih ramai dari kalangan pensyarah UPSI dan UTHM mempunyai pengalaman menggunakan PDT kurang dari 2 tahun. Jadual 5 Pengalaman Pensyarah Menggunakan MyGuru dan Blackboard

Tahun pengalaman Antara 0 – 2 tahun

Antara 2 – 3 tahun lebih

UPSI (MyGuru) Bilangan (%) 43 (71.7%)

UTHM (Blackboard) Bilangan (%) 39 (78.0%)

17 (28.3%)

11 (22.0%)

Melihat kepada pengalaman menggunakan PDT MyGuru dan Blackboard oleh pensyarah dari kedua-dua buah universiti di bawah, didapati lebih ramai pensyarah yang mempunyai pengalaman menggunakan PDT kurang dari 2 tahun iaitu sebanyak 76.4% (84 orang) berbanding pengalaman antara 2 hingga 3 tahun lebih yang hanya sejumlah 23.6% (26 orang). (Lihat Jadual 6). Ini menunjukkan bahawa penggunaan PDT dalam pembelajaran di kedua-dua universiti secara serius dan efektif masih belum mencapai tahap yang dikehendaki oleh pihak pengurusan.

Jadual 6 Pengalaman Pensyarah Menggunakan MyGuru dan Blackboard (n= 110) Tahun pengalaman

Bilangan

Peratus (%)

Antara 0 – 2 tahun

84

76.4

Antara 2 – 3 tahun lebih

26

23.6

Analisis Ujian-t sampel bebas seperti Jadual 7 di bawah adalah melihat perbandingan pengalaman pensyarah UPSI yang mempunyai pengalaman 0-2 tahun berbanding pensyarah yang mempunyai pengalaman lebih dari 2 tahun dengan kemahiran teknikal dan operasi. Keputusan analisis mendapati nilai t yang diperoleh ialah t = 2.424, p = 0.019 (p < 0.05). Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman pensyarah dengan kemahiran teknikal dan operasi. Ini menunjukkan bahawa pensyarah UPSI yang mempunyai pengalaman lebih dari 2 tahun mempunyai tahap kompetensi yang hampir sama dalam kemahiran teknikal dan operasi dengan pensyarah yang hanya mempunyai berpengalaman 0 – 2 tahun. Jadual 7 Ujian-t Sampel Bebas Pengalaman Pensyarah UPSI 0 – 2 Tahun Berbanding Pengalaman Lebih 2 Tahun Dengan Kemahiran Teknikal dan Operasi Min Kumpulan Perkara

Kemahiran Teknikal dan Operasi

Pengalaman 0 – 2 tahun 3.4133

Pengalaman lebih dari 2 tahun 3.9133

Ujian satu sampel Perbezaan Min

Nilai-t

0.5000

2.424

Probabiliti keertian (2 arah) 0.019

* signifikan pada paras keertian p < 0.05, n = 60

Analisis Ujian-t sampel bebas seperti Jadual 8 di bawah adalah melihat perbandingan pengalaman pensyarah UTHM yang mempunyai pengalaman 0-2 tahun berbanding pensyarah yang mempunyai pengalaman lebih dari 2 tahun dalam kemahiran teknikal dan operasi. Keputusan analisis mendapati nilai t yang diperoleh ialah t = 1.838, p = 0.072 (p < 0.05). Ini bermakna wujud perbezaan yang signifikan antara pengalaman pensyarah dengan kemahiran teknikal dan operasi. Ini menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan dalam tahap kemahiran teknikal dan operasi antara pensyarah UTHM yang mempunyai pengalaman lebih dari 2 tahun dengan pensyarah yang mempunyai pengalaman 0 hingga 2 tahun. Pensyarah yang berpengalaman lebih dari 2 tahun lebih cekap dalam kemahiran teknikal dan operasi.

Jadual 8 Ujian-t Sampel Bebas Pengalaman Pensyarah UTHM 0 – 2 Tahun Berbanding Pengalaman Lebih 2 Tahun Dengan Kemahiran Teknikal dan Operasi Min Kumpulan Perkara

Pengalaman 0 – 2 tahun

Kemahiran Teknikal dan Operasi

3.7385

Ujian satu sampel

Pengalaman lebih dari 2 tahun 4.1864

Perbezaan Min

Nilai-t

Probabiliti keertian (2 arah)

0.44790

1.838

0.072

* signifikan pada paras kekertian p < 0.05, n = 50

Kesimpulannya, tahap kompetensi pensyarah UPSI dalam kemahiran teknikal dan operasi adalah sama dari segi pengalaman mengajar (iaitu lebih dari 2 tahun ataupun kurang dari 2 tahun). Manakala tahap kompetensi pensyarah UTHM pula adalah berbeza mengikut pengalaman pensyarah tersebut.

Berdasarkan kepada Jadual 9 di bawah didapati nilai mata korelasi (r) yang diperoleh ialah (r = 0.588, p = 0.000; p

Suggest Documents