MAJALAH DALAM PEMBELAJARAN BAHASA DAN PENDIDIKAN ISLAM

MAJALAH DALAM PEMBELAJARAN BAHASA DAN PENDIDIKAN ISLAM Hasanah Hj. Iksan Nurul Hani binti Sulaiman Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)...
9 downloads 2 Views 527KB Size
MAJALAH DALAM PEMBELAJARAN BAHASA DAN PENDIDIKAN ISLAM Hasanah Hj. Iksan Nurul Hani binti Sulaiman Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA

1. PENGENALAN Pelbagai bahan bacaan umum boleh didapati pada masa kini yang dapat membantu dalam mempengaruhi perkembangan minda. Majalah merupakan salah satu mekanisma yang mempunyai peranannya tersendiri dalam penyebaran ilmu dan maklumat kepada masyarakat terutamanya dalam pembelajaran bahasa Arab dan pendidikan akhlak. Bahasa Arab merupakan antara bahasa lingua franca yang ditutur oleh sebilangan besar masyarakat dunia. Ia juga mempunyai kaitan rapat dengan ilmu agama Islam kerana sumber utama agama Islam iaitu al-Quran dan al-hadis ditulis dalam bahasa Arab. Seharusnya ke atas umat Islam mempelajari bahasa Arab bagi mengetahui dan memahami ajaran agama Islam dalam ibadah yang dilakukan. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk melihat sejauhmana majalah berperanan dalam pembelajaran bahasa Arab dan pendidikan Islam (asas-asas hukum dan ciri-ciri akhlak yang baik dalam Islam) kepada masyarakat umum dan kanak-kanak khususnya di Malayisa. Kajian meninjau majalah seperti majalah Asuh, Sayang Muslim, Celik, Cilik, dan Aulad dari aspek isi kandungan dan rekaletak yang digunakan dalam penghasilan maklumat dan tahap pembelajaran bahasa Arab yang disampaikan.

2. ASPEK-ASPEK PENDIDIKAN ISLAM Zainal Abidin Safarwan (1995) mendefinisikan majalah dalam Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan sebagai risalah, surat berkala, jurnal, buletin, akhbar, bahan bercetak, buku. Ia merupakan suatu penerbitan atau risalah yang mengandungi berita, ulasan, rencana, esei dan sebagainya yang dikeluarkan pada masa yang ditetapkan. Majalah boleh bersifat umum, khusus, ilmiah atau bagi tujuan perhubungan awam. Kandungannya hendaklah disesuaikan dengan pembaca sasaran. Justeru, majalah kanak-kanak merupakan bahan bacaan ringan yang memberi fokus kepada golongan tersebut. Isi kandungannya merangkumi makalah, cerita pendek, komik, peraduanperaduan, pembelajaran dan sebagainya. Ahmad Mohd Salleh (1997) menyatakan pendidikan Islam merangkumi pendidikan akidah, ibadah, akal, akhlak, jasmani, ketrampilan dan hubungan sosial bersumberkan al-Quran dan Sunnah bagi melahirkan manusia bertaqwa dan mengabdikan diri semata-mata kepada Allah. Menurut Dr. Gamal Zakaria (2003), pendidikan akidah merupakan asas dalam pendidikan Islam. Akidah merupakan kepercayaan dan keyakinan yang diikat setiap muslim dan diwajibkan untuk terus istiqomah dengannya. Apabila terlepas ikatan tersebut, maka terlepaslah ia dari keislamannya (murtad). Pendidikan ini bertujuan agar ikatan anak dengan agama Islam bermula sejak kecil lagi dan berpegang dgn rukun iman yang menjadi tunjang kepada keseluruhan akidah Islamiyyah.

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net

768

Melakukan ibadah ialah menjunjung dan melaksanakan perintah Allah. Pendidikan Islam berasaskan ibadah kerana ia merupakan tujuan dalam hidup. Apa sahaja yang baik adalah ibadah, Allah berfirman :        Maksudnya : “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” Az-Zariyaat (51) : 56 Al-Ghazali (1996) dalam kitabnya Ilmu Dalam pemahaman kaum Sufi, yang diterjemahkan oleh Muhammad al-Baqir menyatakan bahawa pendidikan akal merupakan potensi yang dengannya kita dapat menerima dan memahami pengetahuan-pengetahuan yang berdasarkan pemikiran dan dengannya mampu menghasilkan produk-produk pemikiran yang canggih. Dengan ilmu dan akal meletakkan manusia di tingkat yang lebih tinggi dan mulia dari segala makhluk Allah yang lain. Namun, al-Quran menegaskan agar tidak memikirkan hal-hal diluar akal kemampuan manusia kerana Allah sahaja yang mengetahuiNya. Firman Allah S.W.T.

                Maksudnya : “Dan mereka bertanya tentang roh. Katakan (wahai Muhammad): Roh itu dari urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”. Al-Isra’ (17):85

Pendidikan akhlak mbina roh, peribadi, minda, hati, perwatakan dan peradaban manusia yang tinggi a.Pendidikan ini bertujuan membentuk peribadi luhur yang boleh disemai dalam diri manusia sejak kecil lagi. Akhlak bukan bermaksud hubungan sesama manusia sahaja, tetapi lebih daripada itu iaitu hubungan dengan Sang Pencipta, binatang dan alam. Rasulullah merupakan contoh terbaik untuk diikuti kerana akhlaknya yang mulia. Firman Allah S.W.T.                   Al-Ahzab (33) : 21 Maksudnya : “Demi sesungguhnya, bagi kamu rasulullah sebagai contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di hari Akhirat, serta ia banyak menyebut dan mengingati Allah (dalam masa susah dan senang)”. Baik hubungan dengan Allah bererti menunaikan segala perintah dengan baik dan ikhlas. Orang yang tidak menunaikan solat dan puasa, walaupun baik hubungannya dengan manusia tetap dikatakan tidak berakhlak. Permasalahan akhlak amat penting kepada manusia baik dalam bentuk individu, masyarakat dan negara dalam usaha meningkatkan sifat kemanusiaan. Besarnya pengaruh akhlak kepada tindak tanduk manuisa sehingga nilai akhlak yang ada pada diri seseorang itu menjadi neraca penilaian kepada sesuatu perbuatan.

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net

769

Jika mempunyai akal yang sihat, rohani yang baik tetapi tidak memiliki kesihatan dan jasmani yang kuat, seseorang itu tidak dapat melakukan sebarang kerja dan ibadah dengan sempurna. Dr. Fadhilah Kamsah dan Muhammad Zakaria (2005) menjelaskan bahawa antara pendidikan jasmani adalah mendidik dan menekankan tentang pemakanan halal kerana ia merupakan perkara asas dalam menjaga kesihatan dan kekuatan jasmani. Ia juga akan membentuk darah daging, dan pembersihan diri. Terdapat beberapa peraturan dalam syariat yang menghendaki umatnya membersihkan diri seperti wuduk, mandi majib dan sunat, besugi, berpuasa dan sebagainya. Akal yang sihat lahir dari tubuh badan yang sihat. Al-Quran mengakui semua kebolehan manusia tidak sama. Masing-masing akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan usaha dan keterampilannya asalkan tidak menyimpang dari landasan Islam. Kanak-kanak perlu dilatih cara melakukan ibadah dan diasah bakatnya dari awal lagi. Mereka perlu didedahkan dan dilatih dengan kemahiran kraftangan dan kreativiti atau hobi bagi mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Firman Allah S.W.T.            Maksudnya : “Dan bagi mereka masing-masing diberi balasan sesuai dengan apa yang mereka kerjakan, dan supaya Allah menyempurnakan bagi mereka balasan amal-amal mereka, sedang mereka tidak dirugikan (sedikitpun). Al-Ahqaf (46) : 19 Setiap insan saling memerlukan antara satu sama lain. Bagi kanak-kanak, mereka akan menempuh pelbagai proses sosialisasi dalam kehidupannya. Pendidikan sosial mendidik kanak-kanak kehidupan bermasyarakat serta mengajar mereka berdikari dan memelihara diri dari sebarang anasir negatif di sekeliling mereka. Pendidikan sosial juga mengajar dan membentuk diri mereka agar mahu dan pandai bergaul dengan manusia di sekeliling mereka. Firman Allah S.W.T.                                Maksudnya: “ Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu akan rasa seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan juga tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.” Al-Fussilat (41) : 34-35

3. ASPEK-ASPEK PEMBELAJARAN BAHASA Pembelajaran bahasa merangkumi empat komponen kemahiran iaitu membaca, mendengar, menulis dan berkomunikasi. Keempat-empat komponan ini memerlukan pendekatan pembelajaran yang berbeza. Kemahiran mendengar dan membaca dikategorikan di dalam kemahiran reseptif, sementara kemahiran bertutur dan menulis dikategorikan di dalam kemahiran produktif. Dalam pemnbelajaran bahasa Arab, kemahiran mendengar merupakan salah satu tugas yang paling berat kepada pendidik. Ini kerana kemahiran mendengar yang berjaya memerlukan masa dan penumpuan serta latihan yang banyak. E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net

770

Kemahiran mendengar yang baik, membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikiran dengan berkesan. Ini bermakna seorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. Ini bermakna, mendengar dan bertutur merupakan langkah awal dalam proses pembelajaran bahasa. Namun, bagi pembelajaran bahasa Arab yang merupakan bahasa Asing di Malaysia, kemahiran membaca dan menulis didahulukan. Ini terbukti dengan isi kandungan pembelajaran bahasa Arab dalam majalah kanak-kanak yang dikaji. Keseluruhannya ruangan bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Arab memperkenalkan kosakata bahasa beserta ilustrasi yang menarik bagi memberi kefahaman yang lebih baik kepada kanak-kanak. Terdapat juga latihan dan aktiviti bagi mengukuhkan kefahaman dan pengetahuan pembaca. Apa yang penting adalah tujuan utama ruangan bahasa Arab ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap bahasa Arab iaitu membaca dan menulis, bukannya pada kemahiran mendengar dan berkomunikasi.

4. PERANAN MEDIA CETAK SEBAGAI SALURAN PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN Media cetak ialah segala bahan cetak yang digunakan untuk tujuan perhubungan awam. Media cetak yang paling popular yang menjadi alat perhubungan ialah akhbar di samping majalah, risalah brosur, poster, surat berita dan perbagai bahan penerbitan organisasi. Media cetak masih dianggap sebagai alat perhubungan yang paling berkesan memandangkan lebih tiga perempat daripada kegiatan perhubungan awam berkaitan dengan media cetak. Nurul Huda (2003) dalam kajian ilmiahnya menyatakan bahawa media cetak menjadi sumber ilmu dan rujukan selain pengajaran secara dua hala. Pelbagai ilmu dapat dicetak di atas kertas dan disebarkan kepada orang ramai. Sebagai penyalur maklumat, ia menyampaikan maklumat, bimbingan, panduan, hiburan dan sebagainya. Maka sudah pasti ia menjadi rujukan ramai dalam mencari maklumat mengenai Islam dan ajarannya. Sebaiknya ia dilakukan dengan pendekatan yang terbaik iaitu melalui pengolahan isi yang menarik, mudah difahami, jelas, tepat, mantap dan tidak membosankan. Selaku saluran pendidikan, media cetak berperanan melahirkan insan yang tinggi ilmu pengetahuannya serta memiliki nilai-nilai murni yang diajar oleh agama Islam.Walaupun media cetak dipengaruhi oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan seperti penyelewengan dalam tulisan, ia bergantung kepada pihak yang bertanggung jawab unruk menilai dan menapis terlebih dahulu sebelum dicetak dan disebarkan di pasaran. Kewujudan syarikat-syarikat penerbitan dan percetakan yang berorientasikan Islam telah menawarkan bahan rujukan yang banyak kepada masyarakat dalam memahami ajaran ialam. Berdasarkan kepada pentingnya media cetak sebagai salah satu cara pengembangan ilmu pengetahuan, maka menjadi satu tanggungjawab ibubapa untuk mengajar anak mereka boleh membaca dan menulis. Umar al-Khattab r.a. berkata “ di antara hak anak ke atas ayahnya ialah hendaklah ayahnya mengajari tulisan, memanah dan tidak memberinya makan kecuali dari rezeki yang halal dan bagus”maka media cetak boleh dijadikan medium untuk proses pembelajaran.

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net

771

Di antara peranan media cetak seperti majalah ialah : a.

Mendidik. Mereka yang terbabit dengan penerbitan media khususnya majalah mempunyai tanggungjawab memberi pendidikan kepada kumpulan sasaran. Bagi majalah kanak-kanak, peranannya dalam mendidik serta membentuk akhlak merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan. Setiap karya yang dihasilkan mempunyai motif tersendiri. Ciptaan watak-watak yang melambangkan prinsip-prinsip moral menerusi kartun, cerita-cerita dan perbahasan membantu mendidik kanak-kanak berilmu pengetahuan.

b.

Membantu kecemerlangan akademik Belajar di luar bangku sekolah seperti menerusi bacaan yang disukai, merupakan pengembaraan yang menjanjikan banyak ilmu dan pengalaman. Majalah juga menyelitkan ruang untuk akademik mengikut subjek-subjek yang diajar di sekolah. Selain latihan dan nota yang diberikan oleh guru, majalah dapat membantu sebagai bahan tambahan dalam proses ulangkaji pelajaran mereka. Mereka dapat mengisi masa lapang dengan mambaca bahan berfaedah dan secara tidak langsung mereka akan turut mengulangkaji pelajaran serta belajar melalui pembacaan dan latihan.

c.

Menghibur Majalah merupakan satu cabang media kepada masyarakat untuk mendapatkan hiburan, sama ada berunsur positif atau negatif. Sebagai contoh komik adalah sesuatu yang amat diminati oleh kanak-kanak dan ini boleh didapati dalam majalah. Dengan mambaca majalah, kanak-kanak dapat berhibur tanpa membuang masa. Majalah merupakan bahan bacaan yang menghiburkan kerana mengandungi ruangan yang pelbagai sertailustrasi yang unik.

d.

Memupuk sifat yakin diri. Penyediaan ruangan sepeti pertandingan mewarna, melukis, membuat karangan, silangkata, menulis sajak dan sebagainya dapat memupuk keyakinan diri,memupuk sifat berani untuk mencuba, semangat yakin pada bakat yang mereka ada dan mengembangkan kreativiti kanakkanak. Ruangan pertandingan ini dapat menguji tahap kemampuan mereka dalam ilmu pengetahuan.

5. ISI KANDUNGAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM MAJALAH a. ASUH Majalah Asuh merupakan majalah yang sesuai dijadikan alat bantu belajar di sekolah mahupun di rumah bagi pelajar sekolah rendah. Ruangan yang dinamakan “Lughah Arabiah” membantu kanak-kanak mempelajari asas-asas bahasa Arab seperti penggunaan sesuatu perkataan, cara membina ayat di samping menambah perbendaharaan kata yang disertakan terjemahannya ke bahasa Melayu, kefahaman dan sebagainya. Ruang pembelajaran bahasa disediakan oleh Ust. Lutfi Hasan. Selain kosakata bahasa Arab yang diberikan, latihan dan ruang soalan disediakan bagi pembaca mempraktikkan bahasa Arab tersebut. Untuk menyuntik motivasi untuk pembaca menjawab soalan yang dissdiakan, jawapan kepasa soalan disediakan. Ini diharapkan dapat memandu pembaca menjawap soalan tersebut dan suka untuk membuat latihan itu.

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net

772

Ruangan ini membantu pembaca khususnya kanak-kanak mahir dan cemerlang bahasa Arab sekaligus meningkatkan pengetahuan pelbagai bahasa dan memupuk minat terhadap kalam Allah yang mulia. b. SAYANG MUSLIM Majalah keluaran syarikat Ana Muslim Sdn Bhd. difokuskan kepada kanak-kanak berusia 4-7 tahun dengan menyediakan 24 segmen. Ruangan mempelajari bahasa Arab dinamakan “Ana wa Anta” dengan disediakan tajuk tertentu setiap keluaran. Pembelajaran bahasa Arab lebih santai dan ringan isi kandungannya. Menggunakan kepelbagaian gambar-gambar kartun, pembelajaran bahasa Arab berkonsepkan baca dan tulis. Pembelajaran bahasa arab lebih mudah dengan mempelajari 5 – 10 patah perkataan baru bahasa Arab dengan kaedah menyambung huruf. Perbendaharaan kata yang disertakan diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan tulisan rumi dan jawi. c. CELIK Segmen “Lughatul Arabiah” meletakkan tajuk tertentu bagi mempelajari bahasa Arab, contohnya : bilangan adik beradik )‫(عدد اإلخوة‬. Diberikan kosakata dengan kaedah perbualan beserta dengan maknanya dalam bahasa Melayu. Tiada latihan atau soal jawab diberikan. d. AULAD Majalah kanak-kanak ini menyediakan sudut mempelajari bahasa Arab dengan nama “Bahasa Arab” Untuk satu-satu keluaran, hanya mempelajari satu perkataan sahaja sahaja. Contohnya: almari )‫(دوالب‬. Setelah itu, ditampilkan gambar bagi menunjukkan perkataan tersebut dengan menyediakan satu permainan bagi mejelaskan lagi fungsi bagi benda tersebut. Walaupun hanya mempelajari satu perkataan bahasa Arab, terdapat sudut bahasa yang diletakkan sebelum sudut bahasa Arab bagi mempelajari ketiga-tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Dalam sudut bahasa, dipaparkan gambar dan nama bagi gambar yang dipaparkan dalam tiga bahasa. Contoh, gambar kubis, diberikan perkataan kubis untuk bahasa Melayu, makna kubis dalam bahasa Arab dan ruangan kosong yang perlu dilengkapkan bagi mengeja kubis dalam bahasa Inggeris. e. CILIK Segmen bahasa Arab yang disediakan bernama “Hiwar”. Tajuk tertentu disediakan dan bepaparkan dalam bentuk hiwar iaitu perbualan. Situasi dan gambaran perbualan itu berdasarkan tajuk yang diberikan. Sebagai contoh, di restoran )‫ (في المطعم‬akan ditunjukkan perbualan dua orang memesan makanan di restoran. Banyak perkataan baru dapat dipelajari menerusi perbualan ini.

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net

773

6. ISI KANDUNGAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM MAJALAH Sebagai sebuah majalah Islamik, aspek pendidikan Islam menjadi keutamaan untuk diterapkan dalam minda dan jiwa pembaca iaitu kanak-kanak. Aspek pendidikan Islam itu merangkumi : a.

Akidah Bertepatan dengan matlamat penerbitan majalah-majalah ini iaitu untuk menanam keimanan dan keyakinan kepada Allah, aspek akidah diterap memalui ilmu fardhu ain, fardhu kifayah, kisah-kisah anbiya’, kisah teladan dan sebagainya untuk melahirkan insan yang beriman dan berjya di dunia dan akhirat. Pembaca dikenalkan tentang Allah sebelum mereka mengenal hukum-hukum Allah. Mereka juga disuruh dan dididik untuk menyembah Allah, melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang. Melalui kisah-kisah sejarah seperti kisah para nabi dan para solihin, dapat meningkatkan keyakinan akidah mereka tehadap kekuasaan Allah serta percaya terhadap kewujudan Allah. Di samping itu juga, mendidik akidah mempercayai rukun Iman.

b.

Ibadah Aspek ibadah banyak dititikberatkan dalam banyak ruangan pada setiap majalah yang dikaji melalui pelbagai bentuk seperti soal jawab, kartun dan fakta. Ruangan doa dan zikir harian memperkenalkan kepada pembaca doa-doa yang dan zikir-zikir yang sepatutnya menjadi amalan seharian dalam kehidupan. Terdapat juga ruangan feqah Ibadahyang khusus membincangkan tentang ibadah serta hukum hakam dalam beribadah. Ruangan soal jawab untuk menyelesaikan persoalan berkenaan ibadah juga disediakan. Hadis-hadis dan ayat-ayat Quran juga diselitkan bagi mengukuhkan lagi kewajiban dan keharusan beribadah.

c.

Muamalat Aspek muamalat yang ditekankan dalam majalah-majalah ini adalah akhlak dan pergaulan sesama manusia. Pendidikan muamalat ini dapat dilihat hampir meliputi setiap ruang dalam majalah bagi memupuk nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak. Penyampaiannya adalah melalui ilustrasi yang pelbagai seperti ruangan godaan syaitan dan pekerti mulia (majalah asuh), ruangan akhlak anak muslim (majalah sayang muslim), ruangan akhlak (majalah aulad) dan cerita-cerita pendek yang penuh dengan pengajaran. Keseluruhannya adalah bertujuan untuk mendidik kanak-kanak cara bermuamalat, bergaul dengan baik, menjaga adab dan berkelakuan baik sesama manusia.

7. BENTUK PENDEKATAN MAJALAH Secara keseluruhannya, pendekatan penyampaian isi kandungan majalah adalah berbentuk : a.

Formal. Hjh Noresah Baharom dkk (1996) dalam Kamus Dewan menjelaskan maksud formal ialah menurut peraturan (bentuk, ciri-ciri, cara-cara dan sebagainya), tertentu (yang sudah diterima atau yang dianggap wajar dan sebagainya), menurut aturan, menurut adat kebiasaan, rasmi. Ruangan formal di dalam majalah adalah maklumat yang berbentuk ilmiah seperti puisi atau prosa, cerpen, ruangan mata pelajaran, rencana, surat dan sebagainya.

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net

774

b.

Tidak formal. Pendekatan tidak formal di dalam majalah adalah ruangan yang berbentuk komik, kartun yang amat digemari oleh kanak-kanak. Komik-komik yang dipaparkan mengandungi unsur lawak jenaka, pembelajaran, pengajaran, keagamaan, kepahlawanan dan sebagainya.

c.

Reka letak Majalah juga menitikberatkan reka letak dalam persembahannya. Reka letak yang kreatif dan menarik dari aspek warna, grafik, gambar dan susun atur mampu menarik minat kanak-kanak untuk membaca. Pendekatan reka letak yang menarik dapat menghilangkan kebosanan pembaca dan dapat menjadikan ilustrasi serta ruangan majalah menjadi lebih ceria.

d.

Bahan bacaan ringan

e.

Penerbit majalah menggunakan pendekatan memaparkan bahan bacaan ringan dan menghiburkan bagi menggalakkan kanak-kanak membaca pada peringkat awal lagi. Bacaan ringan tersebut menggunakan bahasa yang mudah, tidak mengelirukan, ringkat, padat dan jelas penyampaiannya. Melalui pembacaan sebegini dapat membina bahasa, memahami teks dengan mudah dan tepat tanpa penggunaan bahasa yang mengelirukan atau berlapik, memahami teks dengan cepat dan menggalakkan komunikasi. Peraduan-peraduan Penyajian peraduan yang yang berbagai dapat menarik kanak-kanak untuk menyerlahkan kreativiti mereka, mengasah ketajaman akal dan menyeronokkan. Kanak-kanak merasa teruja untuk memenangi hadiah-hadiah yang disediakan bagi setiap pemenang. Kebiasaannya peraduan yang disediakan adalah peraduan mewarna, teka silang kata, ruangan berkarya seperti, cerita pendek, puisi, sajak dan sebagainya. Mereka merasa seronok apabila hasil karya mereka dipaparkan dalam majalah tersebut dalam ruangan keputusan peraduan.

f.

Latihan dan aktiviti Di samping pembelajaran bahasa, disajikan juga latihan-latihan bagi menggukuhkan pemahaman pelajar terhadap pembelajaran bahasa yang dipelajari. Terdapat juga aktiviti mengira dan menghitung. Melukis, origami, mencari benda tersembunyi, kreativiti menghias hadiah, mencari perbezaan dan sebagainya merupakan aktiviti yang tidak membosankan bahkan menajamkan pemikiran kanak-kanak. Mereka juga dapat bermain bersama-sama dengan rakan-rakan mereka.

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net

775

RUJUKAN Zainal Abidin Safarwan. 1995. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. Cheras: Utusan Publications & Distributions. _____ 1996. Ensiklopedia Malaysiana, Jil 8, Ed 2, Cet. 3. Kuala Lumpur: Anzagain Sdn Bhd. Ahmad Mohd Salleh. 1997. Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Cet2. Selangor: Penerbit Fajar Bakti. Gamal Zakaria. 2003. Dari Syahadah ke Mahabbah. Cet 2.Bangi : Pusat penyelidikan dan Pembangunan Akademik KUIS. Al-Ghazali. 1996. Ilmu Dalam Pemahaman Kaum Sufi. Cet 2. Terj. Muhammad al-Baqir. Kuala Lumpur : Penerbit Karisma. Mohd Fadhilah Kamsah & Muhammad Zakaria. 2005. 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang. Bandar Sri Damansara K.L. : Telaga Biru Sdn. Bhd. Nurul Huda binti Adam. 2003. Keberkesanan Media Cetak dalam Menyampaikan Dakwah: Satu kajian di Galeri Ilmu Sdn Bhd. Latihan Ilmiah Pengajian Islam. Sekolah Pengajian Islam. Kolej Islam Selangor Darul Islam.

E- Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net

776

Suggest Documents